Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu...

62
Sinopsis "INGIN bertanya pada hati, bibir berat berbicara... siapa yang bertakhta di hati? Hanya dia..." Kata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala cemburu itu membuat diri menjadi tak tentu hala. Perhubungan kasih yang cuba di hulurkan Tuan Megat membuat Miera dalam dilema. Hatinya masih menunggu kehadiran Haikal iaitu cinta pertamanya. Kehilangan Haikal bertahun lamanya tanpa khabar berita membuat Miera tertanya-tanya. Apa salahnya? Dalam masa yang sama sikap Tuan Megat yang sentiasa memburu cintanya meletakkan dia di persimpangan. Seperti janji Tuhan, setiap makhluknya tidak sempurna semuanya. Begitu juga dengan Tuan Megat. Dalam keperibadian yang terjaga masih ada kecacatannya. Demi keluarga, Miera menerima Tuan Megat dengan bersyarat dan cuba memberi ruang untuk mengenali lelaki itu. Tetapi tidak semuanya indah belaka. Panas yang diharapkan gerimis gugur juga. Kehadiran teman lamanya Jay Jay yang lebih bersikap tomboy dan kemunculan Haikal mencabar keegoaan Tuan Megat. Siapakah yang dapat mengetuk pintu hati Miera hanya beliau sahaja yang tahu. Adakah Haikal kembali merebut takhta dan Tuan Megat menjeruk rasa? Dapatkah Tuan Megat memenuhi syarat yang ditetapkan dan bagaimana pula perhubungan Miera dengan teman karibnya. Perlukah Miera berkorban lagi untuk senyuman orang lain dan gerimis masih meniti bibir hatinya. BAB 1

Transcript of Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu...

Page 1: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

Sinopsis"INGIN bertanya pada hati, bibir berat berbicara... siapa

yang bertakhta di hati? Hanya dia..."

Kata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala cemburu itu membuat diri menjadi tak tentu hala.

Perhubungan kasih yang cuba di hulurkan Tuan Megat membuat Miera dalam dilema. Hatinya masih menunggu kehadiran Haikal iaitu cinta pertamanya. Kehilangan Haikal bertahun lamanya tanpa khabar berita membuat Miera tertanya-tanya. Apa salahnya? Dalam masa yang sama sikap Tuan Megat yang sentiasa memburu cintanya meletakkan dia di persimpangan. Seperti janji Tuhan, setiap makhluknya tidak sempurna semuanya. Begitu juga dengan Tuan Megat. Dalam keperibadian yang terjaga masih ada kecacatannya. Demi keluarga, Miera menerima Tuan Megat dengan bersyarat dan cuba memberi ruang untuk mengenali lelaki itu. Tetapi tidak semuanya indah belaka. Panas yang diharapkan gerimis gugur juga. Kehadiran teman lamanya Jay Jay yang lebih bersikap tomboy dan kemunculan Haikal mencabar keegoaan Tuan Megat.

Siapakah yang dapat mengetuk pintu hati Miera hanya beliau sahaja yang tahu. Adakah Haikal kembali merebut takhta dan Tuan Megat

menjeruk rasa? Dapatkah Tuan Megat memenuhi syarat yang ditetapkan dan bagaimana pula perhubungan Miera dengan teman karibnya. Perlukah Miera berkorban lagi untuk senyuman orang lain dan gerimis masih meniti bibir hatinya.

BAB 1

"DAH boleh pergi ni...."

Aku berbicara sendiri.Aku begitu ralitmemeriksa segala peralatan memancing tanpa menyedarimama sudah berada di belakang, memerhati tingkah lakuku."Kau ni nak ke mana, Miera?"Hampir gugur jantungku bila mama menyergah."Mama ni buat Miera terkejut aje. Lain kali bagilahsalam," usikku bila melihat mama menjeling tajam."Janganlah mama membebel...." doaku sendiri."Kau ni nak ke mana?"Aku terdiam bila mama sudah bersuara."Miera nak pergi memancing kat sungai belakangrumah tu." Rasa tak tertelan air liur bila menerangkanrancanganku hari ini."Kau nak jadi apa, Miera? Kalah budak lelaki! Abangkau pun tak seteruk ni."Aku menghela nafas sambil menadah telinga,terpaksa mendengar leteran mama sambil menggosok-gosok joran kesayanganku.

Page 2: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

"Alah mama, Miera pergi sekejap aje. Lagipun minggu depan Miera dah mula kerja, jadi mesti tak ada masa." Aku cuba memujuk mama membenarkan aku pergi."Biarlah dia nak pergi. Bukan ke mana pun!"Aku tersenyum bila ayah melangkah menghampiri kami. Aku tahu ayah selalu menyokong segala apa yang kubuat kerana ayah lebih percayakan aku daripada mama."Abang nikan, selalu menangkan anak kesayangan abang ni...."Aku melihat mama sudah menarik muka masam."Bukan abang menangkan Miera ni... Cuba Maz fikir, dari dia merayau tak tentu arah di kompleks-kompleks membeli-belah, bercampur pulak dengan orang-orang yang tak senonoh, lebih baik dia melekat di sungai. Kita tahu di mana nak cari dia!" terang ayah membuat hatiku kembang."Abang memang, suka kalau dia ikut jejak langkah abang, kan? Tunggang motor besar, memancinglah... macam-macam lagilah! Kekadang saya pun tak tahu anak saya ni perempuan ke lelaki!" luah mama sambil matanya menjeling tajam ke arahku."Mama ni... ada pulak tak kenal Mira ni lelaki ke perempuan! Miera ni masih tahulah nak bezakan hobi dan sikap." Aku cuba membela diri."Betul cakap Mira tu, Maz. Salah anggapan Maz pada anak kita ni...." Ayah sudah mula bersyarah."Dahlah, malas saya nak bertekak dengan bapak dan anak ni. Takkan menangnya saya...." rajuk mama sambil bangun mahu meninggalkan kami.

"Sikit-sikit sayang abang ni tarik muncung. Janganlah merajuk, sayang...."Geli hati aku melihat ayah memujuk mama.

"Mulalah tu! Tak malu langsung dengan anak agaknya?"Aku lihat muka mama sudah merona merah. Tawa aku dan ayah bersatu melihat tingkah mama. Memang aku dan ayah selalu menyakat mama kerana bagiku mama begitu pemalu sifatnya. Mungkin juga sebab itu ayah begitu setia dengan mama. Aku berharap agar dapat merasai seperti percintaan mama dan ayah, tetapi adakah insan yang mahu menjadikan aku teman hidupnya dengan perangai aku begini? Biarlah masa menentukan segalanya... Bagiku biarlah pasanganku dapat menerima aku seadanya. Terbayang wajah yang satu itu.BUNYI air yang mengalir membuat aku leka seketika. Kuambil seekor cengkerik yang kubeli tadi dan kucucuk di mata kail lalu kulontar ke dalam air. Kugulung perlahan-lahan talinya sehingga tegang dan membiarkannya. Aku memang suka duduk di tepi sungai ini andai tiada apa yang hendak kulakukan. Sungai ini telah banyak berjasa denganku kerana di sinilah segala rintihan dan kegembiraan kulepaskan. Seperti kata ayah, mama sudah tahu di mana hendak mencariku kalau kelibat ini tiada di depan matanya.Minggu depan aku akan mula bekerja di sebuah syarikat gergasi di bahagian pentadbiran. Dengan sijil dan pengalaman di tempat lama, aku diterima sebagai Pentadbir Kanan. Itu yang dikatakan rezeki, kata ayah. Teringatkan ayah membuatkan aku senyum sendiri terkenang peristiwaSiapakah Di Hatikutadi. Selamba sahaja ayah menunjukkan kasih sayangnya dengan mama. Romantik sungguh! Adakah suami aku pun begitu nanti?Haikal... satu nama yang sering sahaja menghiasi bibirku. Tetapi itu dulu, sebelum lelaki itu menghilangkan diri tanpa khabar berita. Aku sendiri tidak tahu apa kesilapanku sehingga aku ditinggalkan sendirian. Nasib baiklah ayah dan mama tidak mengetahui

Page 3: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

perhubungan kami. Hanya abang sahaja yang mengerti dan sering meniupkan semangat agar aku tidak terus rebah.Haikal, di mana kau? Kalau tidak suka berkawan dengan aku, beritahu saja.... desis hatiku.Tiba-tiba aku terasa joranku bergerak. Dengan pantas aku menyentap. Berhati-hati aku menggulung tali agar ikan yang sudah tersangkut di mata kail tidak terlepas. Akhirnya setelah berhempas-pulas, aku berjaya menaikkan seekor ikan keli yang saiznya lebih kurang sama dengan lenganku. Aku akan meminta mama buat masak lemak cili api. Tetapi tentu lebih sedap kalau dibakar dulu. Meleleh air liur beb!

BAB 2

HARI ini adalah hari pertama

aku bekerja di PerfectHoldings Berhad. Syarikatgergasi yang mempunyai tiga tingkat ruang pejabat. Akuditempatkan di tingkat lima belas manakala tingkat enambelas adalah bahagian kewangan dan tingkat tujuh belashanya untuk pengarah syarikat ini dan pegawai-pegawainya.Majoriti pekerja di sini adalah Melayu. Hanya segelintir sahajayang bukan kaum bumiputera. Memandangkan bahagianaku masih tidak mempunyai ketua yang kebetulan barumeletakkan jawatan, jadi segala-galanya diamanahkan kepadaaku untuk sementara waktu. Di bawah tanggungjawabkuterdapat lima orang pekerja, dua lelaki dan tiga perempuan.Rasa segan apabila aku yang tidak biasa mengarah orang tibatiba

terpaksa berbuat begitu. Aku berjanji untuk membentukpasukanku berbekalkan pengalamanku sendiri."Cik Miera, ini ada borang permintaan daribahagian akaun untuk membeli sebuah printer bagimenggantikan printer mereka yang rosak."Tersentak aku apabila Shikin tiba-tiba sahajabersuara. Jauh aku mengelamun mengenangkan hal sebulan yang lepas."Awak ni Shikin, lain kali bagi salam dulu. Terperanjat saya. Amalkanlah sergah-sergah orang ni!"Sengaja kujegilkan mata sambil tangan mengurut dada. Terkebil-kebil Shikin bila aku berkata demikian."Maafkan saya, Cik Miera. Lain kali saya beri salam dulu."Pecah ketawaku melihat betapa lurusnya gadis ini."Dahlah Shikin, saya memain saja tadi. Errr... apa yang awak cakap tadi?" Aku bersuara bila tawaku reda."Ini... bahagian kewangan ada hantar borang permintaan untuk pembelian printer," kata Shikin sambil menunjukkan sekeping borang yang telah siap diisi datanya."Baiklah, sekarang saya mahu awak cari quotation dari tiga syarikat pembekal. Saya nak lihat perbandingan harganya," arahku."Kenapa banyak sangat?" tanya Shikin."Apa yang banyak?" tanyaku semula."Quotation tu sampai tiga syarikat," luahnya.Aku tahu Shikin hairan dengan cara aku bekerja kerana aku lebih suka membuat perbandingan harga sebelum membuat sebarang keputusan."Cik Shikin sayang... kalau kita ada tiga quotation dari tiga syarikat, senanglah kita tahu harga pasaran sekarang ni dan senang kita nak buat perbandingan...."

Page 4: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

Jawapanku membuat Shikin tersenyum simpul."Baiklah Cik Miera, esok saya akan serahkan," janji Shikin akhirnya.

"Awak tak mahu balik ke? Dah pukul berapa ni...." soalku seraya melihat jam tangan."Saya nak baliklah ni. Cik Miera tak balik lagi ke?"Aku pula ditanya."Awak balik dulu, kejap lagi saya balik. Ada kerja sikit lagi ni." Aku tersenyum dengan sikap ambil berat Shikin."Kalau macam tu, saya balik dululah Cik Miera," pohon Shikin.Setelah Shikin berlalu, aku segera meneliti kerjaku yang hanya tinggal beberapa muka surat lagi. Bila petang begini, aku memang malas hendak balik dalam keadaan yang sesak. Membawa motosikal besar umpama membawa kereta juga, susah hendak menyelit. Memang salah aku kerana sudah ditegah mama dulu, tetapi memandangkan minat, aku teruskan juga apatah lagi mendapat sokongan daripada ayah dan abang. Baru sekarang sesalan itu tiba. Tetapi kalau aku mengeluh depan mama, mesti ada habuan percuma menanti.Kulihat jam di pergelangan tangan sudah menunjukkan pukul lapan malam. Tidak sedar masa berlalu. Aku mencapai helmet di meja sisi dan mencapai beg sandangku lantas bergerak ke lif.Sebaik sahaja pintu lif terbuka, kelihatan seorang lelaki di dalamnya. Tersenyum lelaki itu menyambut pandanganku dan sebagai membalasnya, bibirku merekah dengan spontan. Sedekah sahaja, apa salahnya. Boleh tahan juga orangnya. Tinggi lampai, segak dengan kemeja biru dan bertali leher biru gelap. Briefcase di tangan dan kot terselit di celah lengannya menjadikan dia seperti orang korporat lagaknya.

"Tingkat berapalah agaknya dia ni bekerja?" tanyakusendiri di dalam hati sambil mataku mengerling sekilas memandangnya.Memang aku jarang naik ke tingkat yang melebihi bahagian kewangan. Kalau boleh memang hendak dielakkan. Aku sendiri tidak pernah melihat pengarah syarikat ini yang sering disebut-sebut oleh kakitangan syarikat. Menurut kata mereka, orangnya masih bujang. Kalau sudah dikata bujang, maka banyak borang yang tidak rasmi dihantar.Lantaklah, aku tidak suka hendak campurkan hal peribadi dan kerjaya. Cukuplah namanya kubawa ke sana ke mari untuk urusan kerja. Megat Shahrizal Bin Megat Shaifulbahri. Satu nama yang menarik tetapi tidak tahulah bagaimana orangnya. Biarlah... yang penting gajiku setiap bulan dimasukkan ke dalam akaun bank."Cik, dah sampai."Termalu sendiri aku bila ditegur. Hai... kenapa aku asyik berkhayal sahaja?"Terima kasih." Hanya itu sahaja jawapanku sambil melangkah keluar. Terasa berbahang mukaku dan untuk menoleh, tidak sama sekali.Aku mendapatkan motosikal kesayangan yang terparkir megah di bahagian tempat letak kenderaan yang memang disediakan untuk motosikal. Mangga kunci depan dan belakang kubuka. Memang remeh tetapi itu adalah langkah keselamatan untuk motosikal kesayanganku. Biarlah ambil masa tetapi barang berharga terjaga. Aku tekan suis untuk menghidupkan enjin, tetapi motosikal ini bagaikan tidak mahu berfungsi. Berkali-kali aku mencuba tetapi masih tidak berjaya. Kuperiksa meter minyak. Takkanlah minyak? Baru sahaja kuisi pagi tadi. Mintak-mintak betullah motor ni...! Kuperiksa plagnya, tiada apa-apa masalah. Setiap bulan aku akan

Page 5: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

menghantar ke mekanik untuk diservis. Janganlah motor ni buat perangai malam-malam begini dan di tempat ini, mampus aku!Sedang aku terkial-kial berusaha untuk menghidupkan motosikal kesayanganku, sebuah kereta lalu dan tiba-tiba berhenti. Dahiku yang sudah berpeluh bertambah berpeluh bila melihat kereta itu berundur."Kenapa?"Sepatah kata daripada pemandu itu setelah tingkap kereta diturunkan. Alhamdulillah... Rupa-rupanya lelaki yang kutemui di dalam lif tadi."Tak ada apa-apa."Aku cuba menutup keresahan di hati. Kucuba menghidupkan motosikalku sekali lagi, namun masih begitu. Sekali lagi kutekan suisnya dan alhamdulillah motosikalku seakan mengerti dengan keluh-kesahku lantas mengaum enjinnya. Kupulas minyaknya supaya enjinnya cepat panas dan tidak tersengguk-sengguk nanti.Rambutku yang panjang kuikat dan masukkan ke dalam helmet dan identitiku sebagai perempuan tidak kelihatan setelah menyarungkan jaket kulit.Aku mengangkat tangan kepada lelaki yang sedari tadi memerhati perbuatanku tanpa bersuara dan bergerak perlahan-lahan.Lelaki tersebut juga ikut bergerak meninggalkan tempat parkir.

BAB 3

MIERA!!! Miera!!! Tengok

siapa datang ni!"Terdengar jeritan

mama dari ruang tamu.Aku yang sedang berpeluh-peluh mengeluarkanbaju yang telah siap dicuci, tersentak. Kenapa mama terjeritjeritni? Dah hilang keayuan ke apa? Dengar dari nada suara,macam gembira aje."Kejaplah mama, Miera tengah sibuk ni!"Malas aku hendak ke ruang tamu. Lebih baik akuselesaikan kerja, lagi bagus. Entah-entah kawan mama. Penatkurasakan hari ini kerana menyiapkan kerja rumah. Dari atassampai ke bawah, semuanya di atas pundakku. Tugasanmama hanya memasak. Begitulah yang berlaku kalau hujungminggu. Sudah jadi undang-undang di dalam rumah ini."Marilah sini. Cepatlah!" jerit mama lagi."Isy... mama ni ada-ada sajalah!" rungutku sambilmeletakkan bakul baju yang sudah penuh di muka pintu. Akumembasuh tangan di sinki dan mengelap tanganku yangbasah pada kain batik sarung yang elok terlilit di tubuhku. Belum sempat aku melangkah sampai di sisi pintu..."Aaahaaahhh...!!!"Terkejut aku dengan sergahan itu. Akibat dari kejutan itu, tubuhku tersandar di peti sejuk berhampiran pintu."Ha ha ha!"Pecah ketawa insan yang bertanggungjawab dengan kejadian itu. Kutatap wajah menyerupai lelaki yang sedang menekan perutnya. Ketawanya masih bergema. Macam aku kenal bunyi suara tawa itu. Tawa yang sudah bertahun tak kudengar. Betul ke? Kalau diukur dari segi pakaian, sembilan puluh peratus adalah betul."Jay Jay...?"Betul ke di hadapan ini budak yang sama-sama membesar denganku dulu?

Page 6: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

"Hmmm... ha ha ha!"Hanya itu jawapan yang keluar dari bibirnya dan ketawa itu bersambung kembali."Jay Jay...?" tanyaku lagi. Soalanku masih dibiarkan tidak berjawab."Jamaliah Jamaluddin!!!" panggilku geram.Serta-merta ketawa itu terhenti."Jamaliah Jamaluddin, kan?" tanyaku mohon kepastian.Betul ke budak ini? Dari segi pakaian masih tidak berubah. Kemeja lengan pendek yang terlipat sedikit di lengan dan seluar jean gedobohnya masih seperti dulu. Rambut yang sentiasa digunting pendek dan cuping telingakiri disumbat dengan subang perak dan cuping telinga kanannya dibiarkan kosong. Tubuh badannya yang kurus masih seperti dulu. Lekuk-lekuknya tetap tersorok kemas di sebalik bajunya yang besar."Teruklah kau, panggil nama penuh aku!"Akhirnya bersuara juga Si Jay Jay aku ini."Ha ha ha!"Kali ini gelakku pula pecah. Mimik muka Jay Jay atau Jamaliah Jamaluddin ini berjaya menggeletek hatiku."Janganlah gelakkk...!" rayunya sambil tangannya menampar bahuku kuat.Ketawaku masih bergema di ruangan dapur dan masih tidak dapat kuhentikan. Tadi aksinya bagaikan lelaki macho dan sekarang, sifat keperempuanannya terserlah."Kau gelakkan aku," rajuk Jay Jay sambil tangannya masih mendarat di merata tempat dengan tamparan."Bukan aku nak gelak tapi dah tergelak... ha ha ha!" Ketawaku yang hampir surut kembali bergema."Dahlahhh... pleaseee...!" pujuknya lagi sambil menyatukan kedua-dua belah tangannya menjadi satu sambil mengangkatnya.

"Okey... okey.... Aku diam." Aku menarik nafas panjang dan berdeham berkali-kali."Janji jangan gelak macam tadi?" pohon Jay Jay. Jari telunjuknya diangkat sambil matanya bersinar geram."Ha ha ha!" Gelakku bersambung kembali. Sisanya masih ada apatah lagi tika melihat gelagat Jay Jay."Kau gelak lagi! Janganlah gelak...." rengek Jay Jay sambil menarik-narik lengan bajuku.

"Iyelah, iyelah dear... Aku janji!" akurku sambil menariknya ke dalam pelukanku.Begitulah panggilan kami sesama sendiri, sehingga ada yang tersalah tafsir. Tidak semesti hanya dengan kekasih hati boleh bersayang-sayang. Persahabatan pun sama juga. Yang penting nawaitu kita.Bertahun kami tidak berjumpa setelah masing-masing membawa arah sendiri-sendiri. Bila tamat sekolah menengah, Jay Jay mengikut keluarganya berpindah ke Singapura dan kami terputus berita. Memang sedih kerana kehilangan teman karib yang sama-sama membesar tetapi kerana ingin mengubah kehidupan menjadi lebih baik, mereka sekeluarga berhijrah ke sana setelah ayah Jay Jay mendapat tawaran bekerja di negara Singa itu.Dahulu kami terkenal dengan sikap lasak. Apatah lagi pakaian kami mengalahkan budak lelaki membuatkan kami digeruni di sekolah yang kesemuanya dihuni oleh murid perempuan. Walaupun demikian, kami tahu batas kami dalam hal jantina ini. Sebut sahaja JM, mesti satu sekolah kenal kami. Huruf yang kami ambil dari permulaan nama kami. Memang ada juga orang salah mengerti dengan perhubungan ini dan menggelar kami lesbian tetapi kami tidak ambil kisah kerana bagi kami tahu siapa diri kami. Dengan

Page 7: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

baju kurung yang dilipat lengan sehingga ke siku dan kainnya kami sentengkan sehingga menampakkan stoking, telah menjadi ikutan para pelajar lain dan sering kali nama kami tercatat dalam buku catatan pengawas. Tetapi itu semua hanya kegilaan zaman remaja kami dan tidak lebih dari itu."Aku rindu sangat dengan kau, dear," bisik Jay Jay.Kami tenggelam di dalam rindu yang bertahun disimpan.Setelah aku berpindah, Jay Jay tidak dapat mencariku kerana alamat yang diberikan telah hilang semasa aku berpindah dan aku tidak dapat memberitahu di mana aku tinggal. Hampir sebulan aku merana mencari alamat Jay Jay. Setelah abang memujukku dengan berjanji bila besar nanti dia akan cuba mencari Jay Jay untukku, barulah aku akur."Aku pun sama, rindu sesangat," ujarku, sebak."Bila kau sampai?" tanyaku sambil meleraikan pelukan.Aku mengelap air mata di pipi Jay Jay dan tangannya segera menarik jariku untuk menghentikan perbuatan itu. Memang Jay Jay tidak suka aku memujuknya kerana baginya itu sifat seorang insan yang lemah kalau sentiasa hendak dipujuk. Entahlah... aku pening dengan prinsip anak dara yang berkulit anak teruna ini. Lantas aku menarik kerusi di meja makan berhampiran dan melabuhkan punggungku di situ."Lama kau hilang, kan?" luahku dan Jay Jay ikut sama duduk di kerusi hadapanku."Bukan aku hilang, cuma jodoh untuk kita berjumpa belum sampai lagi," usiknya sambil mencapai gelas kosong lantas menuang air suam ke dalamnya. Begitulah Jay Jay, tidak pernah malu bila berada di rumah kami. Kami sudah seperti adik-beradik."Kau tak berubah pun." Aku pandang wajah Jay Jay lama. Memang kawanku ini tidak berubah sejak dulu.

"Lahhh... buat apa nak berubah! Aku tetap aku, kan? Yang penting kau tahu siapa aku." Jay Jay mengeluarkan pendapatnya."Iyelah... Kau dah kahwin ke?" soalan cepumasku menyerangnya.

Wajah Jay Jay berubah. Renungan tajamnya seakan menikam. Lama kami bertentang mata. Sebenarnya bukan memaut rasa, tetapi berlawan siapa yang terkelip mata dulu. Perlahan-lahan senyuman terukir di bibir Jay Jay tetapi matanya tetap begitu. Keningnya sengaja diangkat beberapa kali."Mana aci!!!" Akhirnya aku kalah. Ketawa Jay Jay pecah dan dengan pantas aku menjentik jari runcing yang elok terletak di atas meja."Sakitlah, mangkuk!" Jeritan Jay Jay memuaskan hatiku."Oit... cakaplah kau dah kahwin ke belum?" Aku bertanya dalam kelelahan tawa."Rahsia...." jawab Jay Jay."Kau songsang ek?" Sengaja aku menjentik kemarahan Jay Jay lagi."Kau memang nak kena, kan? Aku belasah kang!"Jay Jay sudah bangun dan aku turut bangun. Jay Jay mengejar aku keliling meja. Ketawa kami bergema bersama-sama dan akhirnya kami terduduk di lantai simen."Lahhh... kau pakai kain batik ke?" Jay Jay kembali mengenakanku setelah kepenatannya hilang."Kenapa? Tak boleh ke?" ejekku sambil menongkat tangan ke belakang."Bukan tak boleh, tapi kelakarlah. Seorang budak tomboy dulu yang tak pernah memakai kain kecuali uniform sekolah, sekarang berkain batik. Macam dara sunti!" gelak Jay Jay sambil tangannya cuba menarik-narik kain batikku."Hoiii... janganlah! Terburai nanti!!!" jeritku sambil memegang kuat

Page 8: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

ikatan kain.

"Ha ha ha!" Jay Jay ketawa bagai orang gila dan tarikannya lama-kelamaan dilepaskan."Cuak juga kau, ek? Aku ingat terror bebenor tadi!" usik Jay Jay."Kau memang!!!" ujarku geram."Kau ingat aku ni gila ke nak jatuhkan maruah kawan baik aku? Saja-saja aje tadilah," luah Jay Jay sambil cuba berdiri dan lantas tanganku ditarik sama."Lupa nak tanya, tadi kau datang dengan siapa, dear?" tanyaku sambil membetulkan ikatan kain batikku."Dengan mak akulah, siapa lagi?" ujar Jay Jay sambil bersandar di kabinet dapur."Lahhh... mak kau ada, nape tak cakap?" marahku."Kau tak tanya." Selamba Jay Jay menjawab."Teruklah kau," luahku geram."Biarlah mak aku dengan mama kau tu kat depan. Mungkin dia orang berdua pun tengah bergelak ketawa macam kita," gurau Jay Jay."Jomlah join dia orang. Aku pun dah lama tak jumpa mak kau," ujarku sambil menarik tangan Jay Jay agar mengikutiku ke ruang depan.Kelihatan mama dan mak Jay Jay sedang bersembang tak ingat dunia. Begitulah akrabnya perhubungan kami. Cuma masa membataskan segalanya. Baruku ketahui yang keluarga Jay Jay sudah kembali menetap di Malaysia dan berusaha menjejaki kami. Buat sementara ini Jay Jay masih bekerja di Singapura menanti tamat tempoh kontraknya yang masih berbaki dua tahun lagi. Seronok kurasa bila teman yang memahamiku sudah kembali ke sisiku.

BAB 4

KESIBUKAN suasana bekerja

membuatkan aku tidak sangkasudah tiga bulan aku di sini.Teman-teman sentiasa menceriakan keadaan. Mama pulasudah mula bising kerana masaku lebih banyak dihabiskandi pejabat daripada menemaninya. Tetapi ayah seperti biasamenjadi penyelamat dalam apa juga keadaanku. ManakalaJay Jay sudah lama tidak kutemui semenjak pertemuandulu. Bekerja sebagai IT programmer menjadikan Jay Jayseperti manusia yang hidup di alam lain. Segala masanyaditumpukan kepada satu-satu projek mengikut deadline.Hanya telefon dan e-mel sahaja yang menghubungkan kami.Itu pun sesekali. Bagai orang bercinta pula. Malanglah siapayang menjadi kekasih Jay Jay.Mak Jay Jay juga seperti mama, sering mengeluhdengan kesibukan kami. Tetapi Jay Jay lagi teruk. Bila akumenyampaikan keluhan maknya, hanya satu alasan yangdiberikan. Dia ingin menghabiskan projeknya seberapabanyak yang boleh sebelum dia meninggalkan Kota Singaitu.

Bayangkan cuma dua tahun lagi, namun entah berapa ribu projek yang Jay Jay kena siapkan. Aku takut bila dia balik ke Malaysia ini rupanya dah tak serupa orang. Kadangkala aku cuba risik juga kalau-kalau perempuan yang berkulit lelaki ini sudah berpunya, tetapi hanya jawapan ‘rahsia’ sering diberikan.

Page 9: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

Memang teruk betul Si Jay Jay ni. Bertahun kami terpisah memang banyak cerita yang hendak kami kongsi bersama. Bagaimana dengan kehidupannya di Kota Singa itu setelah berpisah denganku, semuanya hendak aku korek satu per satu. Nantilah kau, Jay. Kalau aku dapat tahu kau sudah ada kekasih tetapi masih nak berahsia dengan aku, pasti telur tembelang aku bagi. Biar dia rasakan penangan telur tersebut.Lamunanku terputus bila mendengar bunyi telefon di atas meja."Cik Miera, Encik Safuan nak berjumpa dengan cik sekarang."Suara Anis kedengaran di hujung talian."Kenapa Anis, ada apa-apa ke?" Aku cuba mengorek rahsia daripada Anis memandangkan aku sudah biasa dengannya."Alah… Cik Miera naik sajalah!" Anis tergelak."Okey, tak apa... Nanti saya tak mahu belanja awak!" Aku cuba mengugut Anis."Ugut nampaknya? Naik sajalah!" Anis memang tidak goyah diugut."Tak apalah kalau tak mau cakap. Saya naik sekarang." Aku segera meletakkan gagang telefon.Hatiku menjadi berdebar-debar setiap kali naik ketingkat ini. Mana tidaknya, semua pegawai ditempatkan di sini. Lagipun di sini letaknya bilik pengarah.Tersenyum Encik Safuan melihat wajahku tersembul di muka pintu biliknya. Sebagai penolong pengarah, Encik Safuan banyak menolongku sejak aku mula bekerja di sini. Segala yang tidak kufahami, sering kurujuk kepadanya. Usianya yang lebih tua daripadaku menjadikan aku lebih menghormatinya."Syarikat kita akan mengadakan majlis jamuan tahunan bagi tahun ni. Jadi saya mahu bahagian Cik Miera mengendalikan."Aku termangu bila menerima arahan tersebut."Boleh saya bertanya, Encik Safuan?" Spontan ayat itu keluar.

"Boleh, apa salahnya?"Senyuman Encik Safuan melegakan hatiku untuk terus bersuara."Tahun sebelum ni, siapa yang mengendalikan majlis ini?" Tanpa membuang masa terus aku bertanya."Di syarikat ni, setiap bahagian diberi kesempatan untuk mengendalikan majlis tahunan dan tahun ni bahagian Cik Miera pula."Aku tidak tahu sama ada aku mampu melakukannya ataupun tidak. Mampukah aku? Soalan itu segera berlegar-legar di kepalaku. "Boleh ke?"Tanpa sedar bisikanku itu didengar oleh Encik Safuan."Saya yakin Cik Miera boleh melakukannya."Aku termalu sendiri bila Encik Safuan menjawab.

Encik Safuan menerangkan serba sedikit tentang majlis yang telah berlangsung pada tahun lepas dan berjanji akan memberi salinan rakaman sepanjang majlis tersebut untuk aku tonton."Safuan, you jangan lupa petang ni ya?"Perbualan kami terhenti bila secara tiba-tiba seorang lelaki masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Tidak ada kesedaran sivik langsung!"Maaf, I mengganggu rupanya."Lelaki itu tersenyum ke arah kami sambil meminta maaf di atas keterlanjurannya mengganggu perbincangan kami.Aku rasa macam pernah melihat wajah ini."Taklah, saja nak bincang tentang majlis jamuan tahunan dan kali ni bahagian Cik Miera yang kendalikan."Senyumanku mati bila melihat wajah lelaki itu serius memandangku."Cik Miera, kenalkan... ini pengarah kita Tuan Megat Shahrizal. Cik

Page 10: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

Miera mesti belum pernah berjumpa dengan tuan pengarah kita ni, kan? Yalah, sentiasa sibuk aje...."Aku menyambut huluran tangannya. Inilah dia pengarah syarikat yang selama ini hanya aku dengar namanya sahaja. Terasa sejuk tanganku bila berada di dalam genggamannya."Megat Shahrizal."Cara dia perkenalkan diri."Miera Eliani," jawabku pula. Yalah, cara dia dah begitu... aku hanya mengikut rentak sahaja.

"Motor dah okey?"Spontan aku teringat peristiwa itu dan aku hanya mengangguk kerana lidahku kelu untuk berkata-kata."Okeylah, kalian sambunglah perbincangan tadi. I nak keluar dan you jangan lupa janji kita." Luahnya pada Encik Safuan sambil berlalu pergi.

BAB 5

MALAM itu mama

menyediakan laukkegemaranku. Mungkinkerana sudah lama aku tidak makan bersama menjadikansuasana di meja makan kecoh dengan celoteh mama."Malam esok Miera jangan ke mana-mana."Arahan mama membuat aku tidak senang duduk.Ini mesti ada benda yang mama hendak suruh aku buat.Berada di bawah lembayung kasih mama dan ayah membuat

aku sudah dapat membaca gerak langkahnya."Kenapa pula, mama?"Pertanyaanku dibiarkan tanpa jawapan. Akumemandang ke wajah ayah untuk memohon sebarangpertunjuk."Mama!" Sepatah aku bersuara."Esok mama nak pergi ke rumah kawan mama.Kebetulan minggu lepas mama terjumpa dengan dia masamembeli-belah dengan ayah," terang mama sambilmenyenduk sambal sotong ke dalam pinggan ayah.

"Kawan mama yang mana satu?"Aku hairan dengan penerangan mama kerana kawan mama boleh dikatakan semuanya aku kenal. Auntie Minah, Auntie Zaleha dan ramai lagi kerana mama memang disenangi oleh rakan-rakannya."Ini kawan mama masa sekolah dulu. Lepas SPM kami berpisah kerana mama sambung belajar di universiti tempatan dan dia dapat tawaran ke luar negeri. Dia jemput keluarga kita datang ke rumahnya," terang mama dan aku hanya menjadi pendengar."Ohhh... iye ke? Macam Miera dengan Jay Jaylah, ek?" usikku. Dari ekor mata, aku sempat melihat mama sedang menjelingku."Hah... cakap pasal Si Jay, apa khabarnya dia?" sampuk ayah yang sedang mengambil seketul ayam masak merah dan meletakkan di pinggan mama.Melihat adegan tersebut aku pun mengangkat pinggan dan menyuakan kepada ayah. Tersengih ayah dengan gelagatku dan seketul ayam jatuh juga ke dalam pingganku."Anak manja!" ajuk mama."Alah... mama ni, takkan ayah nak layan mama sorang aje. Miera pun nak jugak," usikku dan serta-merta pipi mama merona merah.

Page 11: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

Jahatnya aku...!"Apa salahnya... Dua-dua ayah sayang tapi mama... persen dia tinggi sikit dari Miera."Usikanku tadi disambut oleh ayah. Wajah mama sudah berubah. Ini yang menyeronokkan aku."Persen Miera tak boleh sama ke dengan mama?" Sengaja aku ingin membakar wajah mama dengan kenakalanku.

"Mana boleh! Persen tu dah ada cap mohor," ulas ayah sambil memandang mama, lembut.Aku hanya tersenyum sumbing. Bahagianya mama dan ayah."Jay apa khabar?" Sekali lagi ayah bertanya."Dia macam biasalah, yah. Sibuk memanjang," aduku sambil mengunyah nasi. Memang bagi kebanyakan orang masa makan tidak boleh bersembang, tetapi tidak bagi kami. Keluarga kami lebih senang hendak berbicara ketika ini kerana di situlah letaknya kemesraan."Bila habisnya kontrak dia di sana?" tanya ayah lagi. Mata ayah memandangku, menagih jawapan."Entahlah, dia kata dua tahun tapi kalau siap semua projek under dia, cepatlah dia balik sini."Panjang lebar aku menerangkan pada ayah. Terangguk-angguk ayah mendengar ulasanku."Kesian dia. Sorang aje kat sana."Simpati ayah menggelikan hatiku. Si Jay Jay yang kaki berdikari takkan menyusahkan sesiapa pun. Baginya, letaklah dia di mana sahaja, insya-Allah dia boleh hidup."Ayah nak kesiankan Si Jay Jay ke?" tanyaku sambil tertawa."Iyelah, Miera tak kesian kat kawan baik Miera tu?" tanya ayah pelik.

"Ayah jangan takutlah, Jay Jay... mana aje dia pergi, pasti boleh hidup," terangku sambil menggeleng lucu."Pandailah anak ayah ni!" usik ayah."Tengoklah siapa ayahnya. Kan ma?" tanyaku pada mama yang sedang bangun untuk membawa pinggan kotor.

"Perasan!" jawab mama dan hilang di sebalik pintu."Ingat tau Miera, apa yang mama cakap tadi."Mama bersuara sebaik sahaja kembali ke meja makan."Cakap apa ma?" tanyaku kembali. Memang aku terlupa setelah bersembang dengan ayah."Budak nikan! Mama cakap pasal undangan kawan mamalah," keluh mama."Kalau macam tu okeylah, tapi abang pergi sama tak?" Baru aku teringat tentang abangku."Abang tak dapat pergi sekali. Dia cakap ada hal."Aku tahu abang sengaja mengelak. Memang selalu aku sahaja yang terkena mengikut ke mana mama dan ayah pergi."Pukul lapan malam kita ke sana." Ayah bersuara kembali.Aku hanya menundukkan muka tanpa sepatah kata.

Page 12: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

BAB 6

SEPERTI yang dijanjikan, kami

ke Shah Alam, rumah temanmama. Setibanya di sana, kamidisambut dengan penuh mesra oleh Auntie Shamin dansuaminya.Pada mulanya aku berfikir mungkin suasana iniakan membuat aku dilanda kebosanan memandangkan hanyaaku sahaja orang muda. Tetapi bila melihat kehadiran anakperempuannya yang agak ramah, kebisuan kulontarkan jauhjauh."Sudah besar anak kau, Maz. Cantik macamibunya."Terasa kembang hatiku bila Auntie Shaminmemujiku."Kau pun apa kurangnya, anak dara kau ikutlangkah maknya... sentiasa jaga kecantikan."Aku hanya tersenyum pada Shazlin, anak ketigapasangan ini sementara Shazlin mengangkat keningnyasambil membalas senyumanku.

"Mana anak kau yang lagi dua orang tu, Min?"Mama ni, semuanya hendak ditanya. Biarlah mereka tiada di sini, senang sikit hatiku."Yang sulung tu sibuk memanjang dengan kerjanya, yang kedua tu pulak bekerja di Sarawak," terang Auntie Shamin serba sedikit."Nasib baiklah ada anak membantu kau, Min," luah mama."Iyelah Maz, nasib baik yang sulung tu sanggup nak ambil alih

perniagaan ayahnya. Kalau tak, sampai sekarang tak duduk rumahlah orang tua tu...."Beruntung Auntie Shamin mempunyai anak yang begitu bertanggungjawab."Hai, abang-abang kita kat luar tu tak mahu makan ke?"Pertanyaan mama mengingatkan yang kami datang bersama ayah. Dari tadi ayah asyik berbual dengan suami Auntie Shamin yang masih tidak kutahu namanya, di ruang tamu. Aku terasa ada kelainan di perutku. Mungkin kerana di rumah tadi, bergelas air yang kuminum. Hajat hati hendak masuk sahaja ke tandas di ruang dapur ini, tetapi macam tidak manis pula."Kak Miera, mari naik atas sekejap nak tak?"Sapaan Shazlin menyelamatkanku."Marilah...." jawabku spontan sambil memandang mama. Aku takut mama marah dengan gelagatku."Miera!"Sepatah ayat mama aku sudah tahu niatnya."Biarlah Maz, dia orang nak berbual jugak. Asyikmendongak pandang kita berbual tak tahu hujung pangkalnya." Tersenyum Auntie Shamin menyokong kami.Shazlin menarik tanganku agar mengikutnya. Sampai sahaja di tingkat atas, aku pula menarik tangan Shazlin, membuatkan langkahnya terhenti."Lin, akak nak masuk bilik airlah." Segera aku sampaikan niatku."Boleh, apa salahnya. Akak nak masuk yang mana? Situ ada, dan dalam bilik Lin pun ada."Bagiku biarlah aku masuk ke bilik air di luar sahaja kerana segan rasanya hendak menggunakan bilik air di bilik Shazlin. Tambahan pula kami baru sahaja berkenalan."Bilik air kat luar sajalah."

Page 13: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

Aku segera masuk ke bilik air tersebut sementara Shazlin berlalu ke biliknya. Setelah selesai segala-galanya, aku memulas tombol pintu dan hendak melangkah keluar dari situ. Oleh kerana terperanjat melihat seseorang berdiri di muka pintu sebuah bilik, menjadikan aku terpijak permukaan yang tidak rata di antara tebing pintu dan bilik air tersebut. Terduduk aku di situ menahan sakit. Mungkin kaki aku terseliuh kerana terasa sakit di buku lali."Miera! Apa awak buat di sini?"Aku segera mendongak dan bagai hendak luruh jantungku melihat wajah yang begitu kukenali berada di hadapan mataku."Tuan!!! Apa tuan buat kat sini?"Dia turut terperanjat melihat diriku yang terduduk di atas lantai bilik air."Kenapa Kak Miera?" tanya Shazlin sambil menerpa ke arahku yang masih terduduk.

"Kaki akak terseliuhlah," jawabku tanpa menjawab pertanyaan daripada lelaki itu."Lin kenal kakak ni ke?"Mungkin kerana tidak mendapat jawapan daripadaku, maka dia menagih daripada Shazlin pula."Ini anak kawan maklah, Kak Miera namanya. Itulah abang, asyik kerja saja sampai tetamu pun tak kenal."Huh! Dahsyat juga Si Shazlin ni membebel!"Kak Miera boleh jalan tak?" tanya Shazlin."Rasanya boleh kut." Aku cuba bangun dan berjalan, tetapi terduduk semula."Kenapa?" Lelaki itu bertanya."Kaki saya tak boleh nak pijak." Berkerut keningku menahan sakit."Kak Miera tunggu sini, Lin pergi turun ambil minyak angin

sekejap."Belum sempat aku berkata apa-apa, Shazlin segera berlari turun, meninggalkan aku dan lelaki ini. Tanpa sebarang signal, tubuhku diangkat dan diletakkan di atas sofa yang terdapat di situ."Tuan!!!" Aku hanya sempat berkata itu sahaja bila kata-kataku dipintas."Diam!" Tegas suaranya kedengaran di telinga."Jangan salah faham. Saya tak mahu awak duduk di atas lantai sambil menahan sakit," sambung lelaki itu apabila menyedari aku hanya terlopong melihat perbuatannya.Baru aku hendak bersuara, suasana menjadi kecoh semula bila mama, ayah, Auntie Shamin dan suaminya terkocoh-kocoh meniti anak tangga dan menuju ke arahku.

"Macam mana boleh jadi begini, Shah?"Auntie Shamin cuba memegang kakiku tetapi segera kualih kerana denyutannya sudah mula menyerang ke seluruh bahagian buku lali."Miera terseliuh masa keluar dari bilik air, mak. Mungkin licin agaknya," terang Shah."Salah Miera, auntie." Aku cuba meredakan kerisauan di hati Auntie Shamin dan mama. Kulihat ayah dan suami Auntie Shamin hanya memerhati."Dah bengkak kaki Miera ni, kena bawa ke klinik," luah Auntie Shamin sambil matanya tidak lekang dari melihat kakiku yang mulai membesar dari saiz asal."Tak apalah auntie, sikit aje ni. Nanti baiklah." Aku cuba membuat alasan."Mana boleh baik kalau kaki tu dah bengkak. Shah, boleh bawa Miera ke klinik tak?"Ini yang aku lemah bila Auntie Shamin mengarah Tuan Megat.

Page 14: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

"Tak apalah Min, nanti Maz bawa Miera ke klinik. Kesian pula dengan Shah, kan ke dia baru balik kerja. Penat pun tak hilang lagi tu," sampuk mama."Auntie dan uncle tunggu kat sini, biar Shah bawa Miera ke klinik. Auntie pun baru sampai kat rumah kami. Biar Lin temankan kami."Aku hanya memerhati mereka berbincang pasal diriku.Tuan Megat berlalu masuk ke biliknya dan sebentar kemudian dia muncul dengan berseluar jean dan t-shirt. Nampak kasual pula bila sesekali melihat dia berpakaian seringkas ini.

"BAGAIMANA isteri you boleh jadi begini?"Terkulat-kulat aku bila doktor itu berkata demikian dengan Tuan Megat. Doktor ni, sedap-sedap saja kata aku isteri kepada lelaki ini! Mungkin dia melihat perbuatan Tuan Megat mendukungku masuk ke bilik rawatan ini sementara Shazlin disuruh menunggu di luar."Dia terjatuh masa nak keluar dari bilik air."Termangu dengan jawapan yang diberikan oleh Tuan Megat, aku langsung tidak membantah dengan anggapan doktor itu. Terlintas semula peristiwa ketika hendak ke klinik tadi. Ayah sememangnya tidak larat hendak mendukungku ke kereta dan secara gentleman Tuan Megat meminta kebenaran daripada mama dan ayah untuk menghulurkan bantuan. Permintaan itu disokong pula oleh Auntie Shamin dan suaminya kerana menurutnya, niat anak bujang mereka ikhlas dan tidak perlu dipertikaikan.Pada mulanya aku menolak dan cuba juga untuk melangkah, tetapi kerana kesakitan yang teramat, aku tidak sanggup untuk terus memaksa diriku melakukannya. Tidak tahu di mana hendak kuletakkan mukaku bila berada di dalam dukungan Tuan Megat.Shazlin dari tadi asyik tersenyum simpul bila mata kami bertembung. Jantungku berdegup pantas bila harumannya

mencucuk-cucuk hidungku, tetapi wajahnya kelihatan selamba sahaja. Ini adalah kali kedua aku dikendongnya. Berhati-hati dia meletakkanku di kerusi penumpang sebelahnya dan memakaikan tali pinggang keselamatan."Isteri you pernah jatuh ke?"Tersentak aku bila doktor itu bertanya. Aku bagaikan boneka sahaja di hadapan dua orang lelaki ini.

Tuan Megat yang sedari tadi duduk di kerusi setelah meletakkanku, segera menghampiriku."Miera pernah jatuh ke?"Lembut dia bertanya. Baru pertama kali aku dengar suaranya begitu lembut. Kalau tidak dari tadi asyik dengan gaya seriusnya."Miera pernah jatuh dulu, tapi dah lama." Aku membuka sejarah silamku."Jatuh dari apa? Pokok ke, tangga ke atau katil?"Doktor ini kurasa sudah melebih pula."Saya pernah jatuh motor masa kemalangan dulu." Selamba aku menjawabnya. Geram aku dengan Tuan Megat kerana tiada membantah bila doktor itu bertanya macam-macam."Suami awak yang bawa ke?" Doktor itu masih tidak puas hati nampaknya dengan jawapanku."Taklah, saya bawa sendiri. Kenapa doktor tanya macam-macam ni?" Anginku mula menyerang satu badan."Pandai awak bawa motor? Saya sendiri pun tak reti bawa motor."Aku mendengus geram, tidak ambil endah apa yang doktor itu bicarakan."Dia memang begini, doktor. Perangai pun macam budak lelaki."Terkejut dengan kenyataan daripada Tuan Megat membuatkan aku merenung tajam ke arahnya. Macam bagus sahaja mulutnya

Page 15: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

mengeluarkan kenyataan sebegitu. Macamlah sudah kenal lama. Hanya di tempat kerja sahaja kami bertembung, itu pun dari jauh.

"You harus beri perhatian pada isteri you ni. Kalau dia jatuh lagi, mungkin kakinya boleh patah. Okey, sekarang I nak balut kaki isteri you supaya tulang buku lalinya tidak bergegar kerana itu yang membuatkan kakinya sakit bila berpijak. Jadi minta isteri you bertahan sikit."Panjang lebar doktor itu memberi penerangan.Tuan Megat mengambil tempat di belakangku dan memegang bahuku. Aku cuba mengelak kerana tidak suka diperlakukan begitu."Cuba beri kerjasama!" bisiknya perlahan sambil tangannya diletakkan kembali di bahuku.Geram sangat rasanya bila memikirkan dia ini cuba hendak mengambil kesempatan. Terasa sakit bila doktor itu menarik kain balutan untuk menegangkan dan aku memegang tepi katil sekuat hati."Cuba tahan sikit!" bisik Tuan Megat lagi bila mendengar aku mengaduh sambil menarik diriku bersandar ke dada bidangnya. Selesa dengan tindakan dan perbuatannya, juga berjaya mengurangkan kesakitan. Lagipun aku malas hendak memberontak dengan perangainya. Betul apa yang pernah kubaca - belaian akan membuat kesakitan berkurangan.Setelah selesai membalut buku laliku, doktor memberi kata-kata nasihat supaya aku tidak banyak bergerak. Dia memberiku cuti sakit selama seminggu.Ketika hendak keluar dari bilik doktor, Tuan Megat mahu mendukungku tetapi aku menolak dengan memberi alasan bahawa aku sudah boleh berjalan. Apabila kaki sudah dibalut, memang senang hendak melangkah kerana kesakitannya mula berkurangan.

"Macam mana, dah baik?"

Shazlin menyambutku di ruang menunggu. Aku duduk di bangku yang disediakan sambil menunggu Tuan Megat mengambil ubat."Bolehlah." Sepatah aku menjawabnya. Masih terasa malu dengan tingkah Tuan Megat tadi."Berapa hari doktor bagi MC?" tanya Shazlin."Dua hari saja...." usikku."Kenapa dua hari saja? Teruklah doktor tu!" bebel Shazlin."Tak apalah... Lagipun kerja akak banyak di pejabat," tambahku dengan tujuan untuk mengusiknya."Syarikat apa yang akak kerja ni, teruk betul sampai sakit begini pun masih nak suruh bekerja?"Aku tidak sangka Shazlin akan berkata demikian. Terperanjat aku bila Tuan Megat berdiri di sebelahku dan mungkin mendengar luahan Shazlin. Tetapi hendak menyalahkan dia, tidak munasabah pula. Lagipun dia tidak tahu aku bekerja dengan abangnya."Dah, mari balik."Dia melangkah dulu tanpa mempedulikan kami."Kenapa dengan abang ni? Tadi datang bukan main romantik, nak balik main tinggal-tinggalkan pulak!"Bebelan Shazlin tidak kuendahkan, tetapi lebih memikirkan lelaki itu memang sah sudah mendengar perbualan kami.

Page 16: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

BAB 7

"ASSALAMUALAIKUM. "

Dalam mamai akumenjawab telefon yangberdering."Waalaikumussalam dear."Suara di hujung talian bergema sebaik sahaja akumemberi salam."Siapa ni?" tanyaku sambil menggosok mata. Jamdi hujung meja dipandang lama. Sedikit demi sedikitpandanganku dapat menangkap jarum jam Mickey Mouseyang comel terletak."Mangkuk betullah kau ni dear, suara aku yangmacho ni pun kau boleh tak cam."Suara di hujung talian memarahiku pula. Lama akuterdiam. Siapa ni ek? "Alamak! Sorrylah dear, aku takkenallah. Sorry ye dear."Tegak badanku sambil menarik bantal danmeletakkannya di atas pangkuanku. Rambut yang kusutmasaidirapikan menggunakan jari-jariku.

"Kau ni tidur ke?" sergah suara di hujung sebelah sana."Iyelah, aku tengah tidur. Kacau aje," akuiku."Kau tak kerja ke?" tanyanya lagi. Macam polis pencen pula kurasa."MC hari ni," jawabku ringkas."Kau sakit ke? Berapa hari?" Bertubi-tubi soalan masuk ke dalam kotak pertanyaan.

"Terseliuh dan seminggu cuti mulai hari ni," terangku sambil menggosok kakiku perlahan-lahan. Bila tersentuh tempat yang bengkak, serta-merta sakitnya berdenyut.Kenangan semalam kembali bermain di fikiran. Lelaki yang cuba mengganggu debaran hati yang selama ini sering merindui kehadiran Haikal. Lelaki yang cuba mengetuk memori lalu dan cuba menguis pergi."Lamanya MC, kau bodek doktor ek?" usik si pemanggil."Bodek doktor buat apa? Lebih baik aku bodek bos aku. Cuti tak perlu bayar," terangku."Wait... wait... dear, aku tak faham maksud kau. Cuba kau terangkan." Suara di hujung sana kembali bertanya."Tu, la...! Mak suruh pergi sekolah, kau pergi panjat pokok. Sekarang siapa yang susah? Kau dan aku jugak, kan?" ujarku, geram."Alahhh... bukan aku sorang yang panjat, kau pun sama, kan? Nak salahkan orang pulak!" marah suara di hujung sana. Nasib baik jauh, kalau tidak mesti telingaku ditariknya.

"Kalau kau tak ajak aku Jay, mesti aku pun tak buat," lawanku, tidak puas hati.Kenangan di kebun Pak Atan kembali menjelma. Pada mulanya aku tidak berani memanjat pokok jambu air yang sedang masak ranum itu tetapi melihat Si Jay Jay beria-ia mengunyah, membuat aku tidak boleh berdiam diri. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk sama-sama memanjat. Bila sudah berada di atas pokok, rasa gerun pula apabila aku memandang ke bawah. Setelah ditenangkan oleh Jay Jay, baru rasa takutku hilang. Ingat hanya itu sahaja masalahnya, tetapi timbul pula masalah baru. Aku tidak tahu bagaimana hendak turun pula. Puas Jay Jay ajar. Hendak menangis rasanya tetapi Jay

Page 17: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

Jay memujukku dan akhirnya aku dapat juga memijak tanah. Itu pun sedikit lagi aku tidak jatuh menyembah ke bumi."Hoi! Tidur ke?" Jay Jay menjerit di hujung talian.Aku menjauhkan telefon kerana tidak tahan mendengar jeritan Jay Jay."Aku dengarlah, janganlah menjerit! Kau tak kesian ke dengan orang sakit ni?" rayuku yang dibuat-buat. Hendak tergelak pun ada."Alahhh... sayangnya dia. Sakit ye, meh sini aku ubat."Usikan Jay Jay mengundang tawaku."Kau MC lama sangat ni, tak kena warning letter ke?" tanya Jay Jay setelah tawa kami reda."Bos aku dah tahu. Dia yang bawak aku ke klinik," terangku jujur."Whattt...???" Sekali lagi Jay Jay menjerit."Kau ni asyik menjerit aje. Pekak telinga aku!"

"Iyelah. Mana aku tak menjerit? Cik Miera kusayang dibawa oleh bosnya ke klinik. Ada skandal ke dear?" tembak Jay Jay."Skandal janggut hang!" marahku."Aku mana ada janggutlah, dear.""Habis tu kau cakap aku ada skandal dengan bos aku?" ujarku sambil menarik tali bantal peluk di kakiku."Iyelah... mana tahu, kan? Aku yang musafir di sini pun tak pernah bos aku hantar ke klinik," luah Jay Jay."Bukan bos yang hantar kau ke klinik, takut kau yang hantar bos kau ke klinik pulak nanti," usikku dan senyuman meniti di bibir bila mengenangkan hal semalam."Okey... okey... aku serius ni. Kau couple dengan bos kau ke, dear?" tanya Jay Jay jujur."Hellooo dear, sorry sesangat. Tak mahu aku and tak sanggup aku!"Terbayang wajah Tuan Megat yang serius semacam. Sekejap okey,

sekejap anginnya tunggang-langgang."Habis tu kau tak ada pakwe ke?"Suara Jay Jay mengacau benak fikiranku. Teringat akan Haikal. Rindu sangat dengan lelaki itu. Tetapi apakan daya? Hanya kelibat Haikal yang menari-nari di ruang mata tetapi jasadnya aku tidak tahu di mana letaknya."Miera, kau okey ke?" Jay Jay bertanya lagi. Mungkin risau dengan sikap diam diriku."Aku okey. Untuk pengetahuan kau, dulu aku ada berkawan dengan kawan abang aku," terangku dengan tenang. Biarlah aku cuba luahkan semuanya, sekurang-kurangnya lega sedikit hati ini.

"Now bagaimana?" Tidak sabar Jay Jay menyerang lagi.Bahasa Jay Jay ini kadangkala buat aku tergelak. Bahasa yang digunakannya terlalu rojak. Bagaimanalah dia deal dengan warga Singapura yang seratus peratus berbahasa Inggeris itu?"Nantilah satu hari nanti aku cerita dengan kau," keluhku. Aku tidak ada kekuatan rupanya untuk meluahkan."Okey, aku tunggu. Hujung bulan ni aku turun KL. Kita cerita. Kau jangan sedih-sedih," pujuk Jay Jay bila mengesan suara sebakku."Iyelah, nanti aku cerita," janjiku pasti."Dahlah, kau rehat. Aku nak masuk meeting ni. Dua hari lagi aku call kau." Jay Jay pula berjanji."Dua hari lagi? Apalah punya kawan," kompelinku. Bantal di atas paha kuletak tepi dan telefon ditukar ke telinga sebelah."Kau ingat panggilan ni murah? Singapore dollarlah dear. Mahal gila tau!" jawab Jay Jay sambil terdengar bunyi seperti kerusi ditarik."Kedekut!" ejekku."Nantilah... Kalau aku jumpa kau, taulah apa aku nak buat." Suara

Page 18: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

Jay Jay tenggelam dalam gelakku."Okeylah dear, aku nak meeting ni. See you soon. Assalamualaikum." Jay Jay ingin memutuskan talian."Okeylah dear, you take care. See you. Waalaikumussalam."Akhirnya talian diputuskan dan aku termenung bersama senyuman. Terasa lega sedikit perasaan ini walaupun aku tidak bercerita tentang Haikal sepenuhnya. Entahlah,sejak Haikal meninggalkanku tanpa berita, aku terasa bagaikan hidup di dalam dunia sendiri. Bila rindu menjenguk, sesekali aku rasa tidak boleh bernafas. Sesak dada ini.Perhubungan aku dengan Haikal bermula apabila abang masuk ke universiti tempatan. Abang dan Haikal mengambil jurusan yang sama. Abang dan Haikal adalah kawan karib yang tidak boleh dipisahkan seperti aku dan Jay Jay. Dari usik-mengusik menjadikan aku dan Haikal rapat. Sesekali kami keluar bertiga dan abang yang jenis sporting, sentiasa menjaga perhubungan aku dan Haikal. Dalam erti kata sebenar abang merestui hubungan ini. Cuma mama dan ayah tidak tahu ketika itu kerana kami masih belajar.Haikal juga jenis yang tidak kisah dan berjanji setelah dia bekerja dan membantu keluarganya, baru kami akan menitikkan hala tuju hubungan ini. Tetapi panas yang kuharapkan, gerimis di tengah hari. Haikal hilang tanpa khabar, tanpa pesan. Tinggalkan aku kekosongan. Tanpa teman untuk meluahkan segala masalah.Haikal... salahkah aku untuk menjadi kekasihmu? Salahkah aku untuk menjadi surimu? Andai jawapannya ya, noktahkanlah perhubungan ini. Aku akan pasrah untuk segalanya.

BAB 8

HANYA baru dua hari di rumah,

aku mula dilanda kebosananyang teramat. Segala yangdilakukan serba tak kena. Hendak melakukan itu, ini... adasahaja mata yang memerhati. Semuanya mama yang aturkan.Alat penggera (mulut mama) sentiasa berbunyi apabila akuberbuat sesuatu yang tidak digemarinya. Bergerak sedikitsahaja, berbunyilah alat penggera itu. Tambahan pula hendakpergi memancing... jangan haraplah!Bila aku merengek pada ayah dan abang, hanyasimpati yang diberikan kerana mereka tidak berani campurkalau mama yang menjaga. Aku tahu mama amat ambil berattentang sakit pening kami.Kakiku pun sudah baik sedikit kerana mamamenjemput Auntie Zainab untuk mengurut. Memang AuntieZainab pandai dalam bab-bab ini semua. Patutlah badannyacantik sahaja walaupun sudah berusia. Dia juga mengajarmama bagaimana hendak menjaga kecantikan dan aku puntumpanglah sekali. Lagipun kecantikan itu adalah miliksetiap insan.

Esok bolehlah aku mula bekerja kerana aku risau dengan tanggungjawab yang Encik Safuan berikan untuk mengendalikan majlis jamuan tahunan. Ini bukan macam majlis olok-olok atau majlis perpisahan macam di sekolah dulu. Kalau majlis ini tidak berjaya, maka secara tidak langsung reputasi syarikat terbabit sama.

Page 19: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

Aku akan berbincang dengan ayah untuk memujuk mama membenarkan aku mula bekerja."EH, Cik Miera! Bukan ke cik masih bercuti lagi?"Aku tersenyum apabila ditegur oleh Hamdan, salah seorang kakitanganku."Kaki saya dah okey sikit. Lagipun bosan duduk di rumah, tak ada apa yang nak dibuat. Saya risau banyak kerja yang tak siap kat ofis ni," luahku."Cik Miera tak percaya dengan kami ke untuk melakukan kerja-kerja ni semua?" Hamdan bersuara."Jangan salah faham, Hamdan. Saya cuma risau tentang majlis tahunan syarikat ni yang bahagian kita kena kendalikan. Kalau saya ada di sini, sekurang-kurangnya saya boleh membantu apa yang patut," tambahku lagi."Bertuah syarikat ni dapat pekerja macam Cik Miera, kan?"Usikan Hamdan membuatkan aku teringat kepada Tuan Megat. Aku harap dia tidak tahu akan kedatanganku hari ini. Aku rasa belum masanya aku berjumpa dengannya kerana rasa malu dengan peristiwa hari itu masih menebal. Lagipun dia mungkin sudah melupakannya kerana dia tiada menghubungiku. Hanya Shazlin yang rajin menelefon."Saya nak turun beli makanan. Cik Miera nak kirim apa-apa?" Hamdan menyapu pergi lamunanku."Tak apalah, saya dah minum di rumah tadi," jawabku perlahan.Kerja yang bertimbun-timbun membuatkan aku leka, tetapi pergerakanku masih terbatas kerana itu janjiku dengan mama - tidak membuat kerja-kerja yang renyah dan lasak.Ketika waktu tengah hari, aku masih menatap fail-fail yang hendak disemak. Aku hanya menyuruh Shikin dan Wati membungkuskan makanan untukku.

"Kenapa awak datang kerja hari ni? Kan awak masih bercuti?"Rasa hendak terlepas pen di tangan apabila disergah begitu. Orang yang tidak mahu kutemui hari ini sudah berdiri di hadapanku. Entah bila lelaki ini masuk ke bilikku, aku sendiri tidak perasan. Tanpa ketukan dan sapaan, aku disergah sedemikian."Minta maaf, Tuan Megat. Saya rasa bosan di rumah. Lagipun kaki saya dah baik." Aku cuba menerangkan. Wajahnya yang tegang itu menjadikan aku kalut hendak berkata-kata lagi."Awak ni nak membodek syarikat ke?"Berdesing telingaku bila Tuan Megat berkata demikian."Bukan begitu, tuan." Aku cuba bersabar memandangkan dia adalah pengarah di syarikat ini. Kalau bukan status itu yang dipegangnya, sudah lama aku sembur. Dia fikir mulutnya sahaja yang boleh bercakap! Belum lagi mulut celopar aku bersuara...!"Nanti cakaplah dengan semua orang yang syarikat ni mendera pekerja. Suruh bekerja walaupun masih cuti sakit. Biar orang cakap-cakap tentang saya lagi baru puas hati awak!"Terasa hendak mengalir air mataku di situ. Tersinggung dengan kata-katanya.Hari itu bukan maksudku untuk berkata demikian, hanya bertujuan hendak mengusik Shazlin sahaja.Sebecok-becok mama, tidak pernah aku tersinggung dengan kata-katanya tetapi dengan lelaki ini hatiku cepat sahaja terasa. Kututup fail lantas kubangun dan mencapai helmet. "Minta maaf tuan, saya bersalah. Saya akan datang mulakan kerja setelah cuti sakit saya habis."Aku berlalu meninggalkan lelaki yang masih bermuka toye itu. Sampai di bawah, kudapati hujan sedang turun dengan lebatnya. Baru aku teringat aku terlupa mengambil jaket. Hendak naik ke atas semula, minta maaflah. Aku mengambil keputusan untuk meredah

Page 20: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

sahaja hujan tersebut kerana lagi lama aku berada di dalam bangunan ini, lagi sakit hatiku."HAMDAN, kau ada nampak Cik Miera tak?" tanya Shikin kepada Hamdan yang sedang berbual dengan Encik Safuan dan kelihatan Tuan Megat datang menghampiri mereka."Cik Miera tadi ada sebelum aku keluar. Kenapa kau cari dia?" Hamdan pula bertanya."Dia suruh kami bungkuskan nasi tadi." Shikin menunjukkan bungkusan di tangannya."Mungkin dia keluar agaknya," sahut Hamdan."Macam mana dia nak keluar? Hujan lebat kat luar tu!"Jawapan daripada Shikin membuatkan Tuan Megat tergamam mendengarnya. Rasa bersalah mula menyerang benaknya."Helmet dia tak ada ni, mungkin dia dah balik agaknya. Diakan masih dalam cuti sakit lagi." Hamdan membuat kesimpulan.

BAB 9

"AAAHHHCCCHHHUMMM!"

Pedih hidungku. Akibatmengikut rasa bengang dihatiku, aku mendapat satu lagi penyakit baru. Sudahbeberapa kali aku bersin.Mama mengamuk bila melihat aku balik dalamhujan. Aku hanya buat muka sedih dan cuba meraihsimpatinya tetapi tidak dilayan dan akibatnya mulut mamabelum berhenti membebel."Minum sup panas ni! Lain kali jalan kaki ajelah...buat apa naik motor? Mesti lama dapat main hujan, kan?"Aku hanya diam sahaja."Nak kata kecil, dah besar panjang. Kalau kahwindah beranak pinak, tapi perangai macam budak tak cukupbulan!" getus mama.Aduh dah masuk bab sensitif pula!"Miera rasa dah lama tak main hujan, sebab tuMiera redah aje...." Aku cuba berseloroh.

"Itulah, bila kita bercakap... dia memain. Kalau mama takde, siapa nak jaga Miera kalau sakit?"Aku terkedu bila mama mula meluahkan kata-kata itu."Maafkan Miera, mama. Miera janji tak buat lagi...." Aku memegang kedua-dua telingaku."Dah, pergi baring. Nanti abang balik mama suruh bawa ke klinik. Nama je cuti sakit, tapi tak tahu duduk diam. Sekarang tak pasal-

Page 21: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

pasal kena pergi klinik lagi. Siapa yang susah? Bukan mama, bukan abang atau ayah tapi Miera yang kena tanggung, kan?"Nada suara mama sudah ke tone yang mendayu. Aku baringkan badanku dan mama menyelimutkan sehingga ke dadaku. Mama mencium dahiku. Aduh, sadisnya! Aku tidak tahu berapa lama aku tertidur sehingga mama mengejutkan aku."Nape mama?" Terpisat-pisat aku menggosok mata."Auntie Shamin datang dengan keluarganya. Miera nak turun tak?"Aku rasa tidak terangkat kepalaku. "Tak naklah mama. Kepala Miera rasa beratlah."Terasa sejuk bila mama merasa dahiku."Miera demam ni...! Tak apalah, Miera baring aje."Mama keluar dan seketika kemudian muncul pula Shazlin."Mak akak cakap akak tak sihat ye?" Shazlin bertanya, memecah kesunyian."Alah, sikit je. Mungkin kena hujan tadi." Seboleh-bolehnya aku tidak mahu membuat orang di sekelilingku risau.Tiba-tiba telefon di poket jean Shazlin berbunyi. "Assalamualaikum."Lembut suara Shazlin bersuara. Mungkin buah hatinya, agakku."Haah, abang dekat mana ni? Iyelah...."Aku tidak tahu butir bicara Shazlin sehingga dia menghulurkan telefon bimbitnya kepadaku."Kenapa?" tanyaku, pelik."Abang nak cakap dengan akak." Shazlin menghulurkan telefon bimbitnya."Abang Lin nak apa?"Shazlin hanya mengangkat bahu.Aku hanya memandang sepi telefon itu."Cakaplah kak, mungkin ada benda yang abang nak tanya...."

Shazlin segera meninggalkan aku. Keluar dan duduk di balkoni bilikku."Helo." Sepatah aku bersuara dengan nada yang sengau."Miera…."Lembut dia berbisik. Lelaki ini memang betullah...! Tadi bukan main macam pengganas marahkan aku, sekarang sudah bertukar nada bagaikan Shah Rukh Khan memujuk Kajol pula."Miera...."Sekali lagi namaku diulang."Saya, Tuan Megat." Selamba aku menjawab."Miera demam ke?"Terperanjat aku dengan pertanyaannya. Mana dia tahu aku demam? Dia ini ada di mana sekarang?"Sikit saja, Tuan Megat." Aku cuba mengawal nada emosiku yang mula tergugat."Jangan panggil saya tuan. Panggil saya Shah saja, boleh, kan?" bisiknya lagi. Dia ini memang suka main bisik-bisik ke?"Tak bolehlah tuan. Tak biasa," jawabku spontan."Biasa-biasakanlah. Kalau di pejabat tak apalah."Alasannya memang macam cerita Hindustan. Aku hanya mendiamkan diri."Miera…."Ah, suara dia ni memungkinkan Gunung Fuji yang puncaknya diseliputi salji itu mencair."Saya…."Lembut aku menjawab. Eh, aku pula sudah terikut-ikut dengan gayanya!"Maafkan saya."Aduhhh! Boleh jadi layu dengar dia memujuk. Macam cerita Sinchan memujuk mamanya dan macam buku yang kubaca, bila TY

Page 22: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

memujuk Ifah."Pasal apa?" Aku pura-pura tidak faham."Perkara di pejabat tadi... dan sebab saya, Miera dah dapat demam.""Tak perlu minta maaf, saya yang bersalah.""Kita pergi klinik ya?"Serasa hendak melambung ke udara bila suaranya mengeluarkan tiap butir kata-kata."Tak apalah. Saya tak apa-apa. Okeylah tuan, saya nak hang up ni. Rasa panas telinga ni...."Aku segera menekan butang merah tanpa menunggu balasan kata-katanya. Cukuplah sekali hari itu dia membawaku ke klinik. Rasa berdebar jantung ini.Aku segera menyerahkan telefon kepada Shazlin dan budak seorang ini boleh tersenyum simpul meninggalkan aku. Baru aku hendak berbaring, kelihatan pintu bilikku ditolak dari luar.Kelihatan mama, Shazlin, Auntie Shamin dan Uncle Shaiful muncul sambil menghadiahkan senyuman."Miera demam ya?" Auntie Shamin meletakkan tangan di dahiku.Aku hanya mengangguk."Sikit saja, auntie." Aku cuba berbahasa."Panas badan dia ni. Kenapa kau tak bawak dia ke klinik, Maz? Nanti melarat!" tingkah Auntie Shamin yang risau dengan keadaanku."Itulah Min, aku tunggu abang dan ayah dia. Tapi sampai sekarang tak balik-balik lagi. Kebetulan pula mereka out-station...." beritahu mama dengan wajah risaunya."Macam mana bang? Kita aja yang bawa Miera ke klinik," saran Auntie Shamin sambil memandang suaminya."Suruh Shah bawa Miera pergi klinik," tegas Uncle Shaiful yang berbicara seperti anaknya. Yalah, mana tumpahnya kuah kalau tak

ke nasi!"Tak apalah uncle. Miera okey, tak apa-apa." Aku cuba membuat alasan."Pergilah Miera, nanti tengah malam kalau melarat susah! Abang dan ayah Miera pun belum sampai lagi ni...!"

Aku terpaksa akur dengan cadangan Auntie Shamin, apatah lagi mama juga turut bersetuju. Lemah sahaja aku menuruni tangga setelah menyalin pakaian. Rupa-rupanya lelaki itu ada datang bersama, patutlah dia tahu aku demam!"MIERA marahkan saya?" Dia memecah kebisuan bila melihat aku hanya diam sahaja dari mula aku masuk ke keretanya."Taklah." Aku malas hendak berbicara dengan kepalaku yang terasa berat ini."Habis tu, kenapa diam saja dari tadi?""Kepala saya sakit.""Sakit sangat ke? Sekejap lagi kita sampai. Miera cuba tahan, ya."Nada kerisauannya boleh dikesan. Dia mencapai kot yang terdapat di tempat duduk belakang dan memberinya kepadaku."Selimutkan badan Miera," arahnya sambil menaikkan suhu penghawa dingin.Sampai di klinik, ramai juga pesakit yang menunggu giliran dan aku hanya menyandarkan kepala di dinding ruang menunggu. Tuan Megat begitu setia duduk di sebelahku. Sesekali dia menoleh kepadaku, mungkin risau dengan keadaanku yang asyik bersin sedari tadi. Setelah namaku dipanggil, dia juga ikut masuk ke dalam walaupun aku cuba membantah."Hah! Kenapa pula dengan isteri you kali ni?"Aku bengang betul dengan doktor yang sama ini.

Page 23: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

Kalau aku tahu dia bertugas malam ini, lebih baik aku ke klinik lain."Dia main hujan."Aku segera menoleh kepada Tuan Megat. Bagai hendak tercabut jantungku bila matanya dikenyitkan kepadaku. Nak kena dia ni! Baru saja tadi minta maaf...."Macam manalah you jaga isteri you ni?" Doktor itu menggeleng.Setelah berada lebih kurang sepuluh minit di dalam bilik rawatan tersebut, aku keluar dengan muka yang masam mencuka. Geram dengan Tuan Megat dan doktor tersebut yang asyik mengenakan aku dari dulu sehinggalah hari ni."Kenapa tuan tak cakap dengan doktor tu yang saya ni bukan isteri tuan?"Belum sempat Tuan Megat menghidupkan enjin keretanya, aku sudah melontarkan ketidakpuasan hatiku."Hai, demam-demam pun boleh marah?" usiknya.Lagilah angin aku naik ke kepala."Kalau saya tak kata macam tu, nanti apa pula anggapan dia bila tengok saya dukung Miera hari tu. Miera tu perempuan, saya ni lelaki. Masyarakat kita ni lebih suka buat gosip pada kaum perempuan," luahnya pula apabila melihat aku diam sambil memeluk tubuh."Dah, jangan fikir sangat hal tu. Balik nanti Miera makan ubat dan tidur. Miera dah makan ke belum?"Bagai anak kecil aku mengangguk."Bagus, berehatlah secukupnya." Dia menambah.Sampai saja di rumah, baru aku hendak membuka pintu kereta, Tuan Megat tiba-tiba dengan selambanyaberkata, "hmmm… kalau Miera jadi isteri betul saya, tak salah, kan?"Terkejut dengan kata-kata lelaki itu, membuat anginku naik kembali

ke kepala. "Jangan mimpi!"Aku melangkah dengan hati yang berbuku sambil diiringi ketawanya yang panjang. Kalaulah Jay Jay tahu apa yang tengah berlaku ini, mesti budak perempuan berkulit lelaki itu akan bergolek-golek ketawakan aku!

BAB 10

PENAT rasanya hari ini setelah

seminggu melepak di rumah.Kerja yang berlambak-lambakmembuat aku tidak senang duduk. Nasib baik Shikinmenyediakan apa yang kuminta."Cik Miera, sekarang waktu makan. Tak mahuturun ke?"Baru aku perasan waktu yang begitu cepat berlalu.Kalau tidak ditegur oleh Shikin, memang aku terustenggelam di dalam arus kesibukanku. "Alamak! Dah pukulsatu? Saya tak sedarlah, Shikin."Shikin hanya tersenyum bila melihat kekalutanku.Shikin seorang gadis lembut yang telah mempunyai buahhati, hanya menunggu masa hendak merasmikannya sahaja.Aku senang berkawan dengannya. Walaupunjawatanku lebih tinggi daripada kakitangan lain di bahagianini, aku tidak pernah membezakannya kerana bagiku,kerjasama di dalam pasukan itu lebih penting."Cik Miera mengelamun lagi ke?"

Page 24: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

Terasa malu menyerbu apabila ditegur begitu.Kami akhirnya sama-sama menghayun langkah menuju ke arah lif. Sampai di tingkat bawah, aku melangkah diikuti oleh Shikin."Cik Miera makan di mana?"Terkejut aku apabila disapa oleh Encik Safuan. Kelihatan Tuan Megat berdiri di sisinya sambil memandang tepat kepadaku."Tempat biasalah...." balasku. Aku malas hendak bersoal jawab lagi dengan mereka."Saya pergi dululah Encik Safuan... Tuan Megat."Aku melangkah sambil memaut tangan Shikin sebelum sempat Encik Safuan berkata apa-apa. Dengan sifat ramah Encik Safuan itu, tidak mustahil dia akan mengajak kami makan sekali dengannya. Pada aku, tidak kisah makan dengan sesiapa pun... tetapi memandangkan pengarah ada sekali, pasti seleraku terbantut untuk menikmati makanan."Kenapa Cik Miera tergesa-gesa sangat ni?" tanya Shikin."Saya laparlah." Aku rasa itu sahaja alasan yang ada di fikiranku ketika ini. Logik tidaknya alasanku, itu soal kedua."Tuan Megat tu kacak, kan?"Rasa nak tergelak aku dengan kenyataan Shikin itu. Kalaulah dia tahu Tuan Megat itu pernah mendukungku, bagaimana penerimaan Shikin agaknya? Terasa bergetar jantungku bila Shikin berkata demikian. Kacakkah lelaki itu?Aku pun tiada jawapannya kerana aku tidak pernah menatapnya secara terperinci walaupun kesempatan itu sudah dihulurkan oleh empunya diri.Namun apa yang pasti, lelaki itu memang mempunyai karisma dan sifat kelelakian yang didambakan oleh semua wanita. Di sini sahaja ramai wanita yang cuba menarik perhatian lelaki itu. Mungkin dia

sudah ada teman istimewa agaknya... siapa tahu, kan?"Kenapa, dah terpaut ke? Ingat sikit, abang awak tu nak campak kat mana?" usikku."Saya cakap saja, tak ada apa-apa maksud pun!"Aku menahan tawa di dalam hati. Kelakar dengan sifat lurus bendul Shikin itu.

BAB 11

"BARU balik Miera?" Mama

menyambutku dengansenyuman.Mama yang sedang bersantai di sofa kuhampiri.Tangannya kukucup dan terasa usapan di kepalaku. Hari inilewat aku sampai ke rumah. Banyak hal pejabat yang terpaksaaku hadap dan majlis makan malam yang semakin mendekatimembuatkan aku kecut perut. Tidak tahu yang mana satupatut didahulukan."Hmmm... ya, mama. Penatlah ma," luahku sambilmelabuhkan punggung di sebelah mama.Helmet kuletak di meja sisi. Hendak terus naik,malas pula. Rasa nak suruh mama dukung seperti masa akukecil-kecil dahulu."Kesian anak mama ni. Itulah... mama cakap takmahu dengar. Cuba rehatkan diri sikit. Kerja di pejabattakkan habis, tak kira kita overtime lama mana pun."Bebelan mama membuatkan mataku terpejam.

Page 25: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

Lama aku berkeadaan begitu. Teringat kejadian di pejabat

tadi di mana aku berlanggar dengan seorang perempuan yang hendak masuk ke dalam lif secara tergesa-gesa masa lunch tadi. Tidak tahu tingkat berapa yang dia tuju. Sudahlah aku tidak ada mood pagi tadi. Entah kenapa kepalaku sakit sejak dari keluar rumah. Macam budak sekolah, tidak sabar-sabar hendak masuk. Kami bertiga sengaja diadangnya. Akibatnya aku yang terkena rempuhan perempuan yang tidak ada kesedaran sivik itu. Nasib baik Shikin menarik lenganku. Kalau tidak, aksi kuak kupu-kupu pasti dapat ditonton."Buta ke apa orang ni? Tak boleh tunggu orang keluar dulu ke?" tukas Anis geram."Aku tak buta, tapi korang yang lembap sangat!" jawabnya sambil memberi jelingan maut.Dia ingat kami takut agaknya melihat matanya yang jeling menjeling. Nanti juling baru dia tahu.Anis mahu berpatah balik tetapi segera kutahan. Kalau tidak, bergaduh pula mereka berdua di sini.Minah tak cukup matang itu masih memandang kami dengan sinis sehinggalah pintu lif tertutup."Kenapa Miera tahan Anis tadi? Biar Anis ganyang mulut perempuan tu. Lancang sangat, tak hormat orang langsung!" Keras nada suara Anis membuang rasa hati yang terbuku sambil melangkah meninggalkan kawasan itu.Dahsyat juga cik kak ni angin. Boleh terbakar semua yang ada di sisinya. Mata-mata yang memandang tidak aku hiraukan. Lantaklah nak pandang. Memang bukan salah kami pun. Mereka ini hanya pandai buat cerita tanpa soal siasat."Dahlah Anis, buat apa nak bergaduh. Nanti kita juga yang malu,"

nasihatku sambil memicit tengkukku berkali-kali.

"Tu la Cik Miera, asyik nak mengalah aje. Sesekali cuba melawan sikit!"Amboi...! Shikin bersuara pula. Dalam lembut terselit juga angin yang sewaktu dengan Si Anis ni."Shikin... dah berapa kali saya cakap jangan panggil Cik Miera," tegurku tanpa menjawab soalan Shikin. Rasa tidak selesa bila di luar pejabat Shikin menggunakan perkataan ‘cik’ di hadapan namaku."Sorry, tapi dah biasalah Cik Miera." Shikin memandangku untuk mohon pengertian."Awak ni memang...!"Aku sengaja membuat aksi merajuk dengan berjalan jauh sedikit daripada Shikin.Dalam sekelip mata Shikin menarik tanganku sambil mendaratkan kepalanya di bahuku. Tanpa rasa malu dan dengan muka selambanya dia berbuat begitu.Anis sudah ketawa.Orang keliling terteleng-teleng memandang kami. Aksi tersebut pasti mengundang tanda tanya mereka."Okey... okeylah. Saya main-main saja tadi."Akhirnya aku mengalah, dan Shikin serta Anis ketawa megah.Entah kenapa hati meronta-ronta untuk memandang ke sebelah kananku. Bagai ada yang menarik-narik perhatianku di situ. Langkahku jadi satu per satu. Nasib baik Shikin dan Anis tidak mengesyaki dan asyik berbual sesama mereka tentang hal tadi.Sebaik pandangan kulabuhkan, kelibat Tuan Megat sedang tekun merenungku. Di sampingnya Encik Safuan sedang berbual dengan seseorang yang tidak kukenali.

Page 26: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

Pandangannya sukar kutafsirkan. Sama ada marah atau simpati. Marah atas kelakuan kami atau simpati dengan apa yang terjadi.Itu pun kalau Tuan Megat dapat menyaksikan adegan drama sebabak itu.Aku hanya melemparkan senyuman nipis dan berlalu untuk menyertai Shikin dan Anis tanpa menunggu balasannya.

BAB 12

"ADUH, bosannya...! Apa

aku nak buat ni?" Akumula resah sendiri bilahujung minggu begini. Selalunya aku melepak sahaja di tepisungai, tetapi kerana kesibukan kerja, dekat sebulan juga akutinggalkan hobiku itu.Tiba-tiba telefon di atas meja di ruang tamuberbunyi."Assalamualaikum." Aku memberi salam kepadaorang di sana."Waalaikumussalam Kak Miera." Lembutkedengaran suara di hujung talian membalas salamku."Siapa ni?""Linlah! Apalah akak ni? Tak kenal Lin... Sedih hatiLin, tau!"Aku tergelak apabila Shazlin merajuk dengankealpaanku."Alahai... Minta maaflah dik. Akak tak berapa camsuara Lin... Dah la lembut sangat, mendayu-dayu pulak tu!" usikku.

"Akak tengah buat apa tu?" tanya Shazlin."Tengah buat bodoh!" tambahku sambil tertawa."Akak!!!" rajuk Shazlin mula berkembang."Okey… okey... akak tengah bosan gila ni...!" Aku terangkan keadaanku yang sebenar."Baguslah kalau macam tu!"Aku terasa kelainan di dalam kata-katanya. Apa maksud kenyataan Lin tadi?"Kenapa pula bagus?" tanyaku."Kita pergi Genting Highlands nak tak?" pelawa Shazlin dengan suara yang tiba-tiba berubah ceria."Genting Highlands? Bila? Sekarang ke?" Memang aku benar-benar terkejut dengan cadangan serta pelawaannya itu. Biar betul!"Iyelah sekarang! Malam nanti kita baliklah," terang Shazlin."Akak kena tanya mama dululah," luahku."Okey, akak tanya mama akak. Pastu telefon Lin balik, bagitau sama ada jadi atau tak!" arah Shazlin bagaikan ketua ekspedisi.Setelah meminta kebenaran daripada mama, aku segera menelefon Shazlin untuk memberitahu persetujuanku dengan janji akan pulang semula ke rumah tika malam menjelma.Aku segera bersiap dan setengah jam kemudian kereta Toyota Harrier putih sudah terparkir di hadapan rumahku. Aku bergegas ke pintu setelah menyalami mama,tidak mahu tetamuku tertunggu-tunggu akan kedatanganku. Sudahlah pergiku berjemput dan pulangku berhantar, aku tidak mahu terus menyusahkan Shazlin dengan kelewatanku pula.Langkahku terhenti apabila melihat Tuan Megat keluar dari keretanya dan diikuti oleh Shazlin."Kenapa Lin tak cakap abang Lin ikut sekali?" bisikku apabila Shazlin menghampiriku.

Page 27: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

"Akak tak tanya pun?" Selamba sahaja Shazlin menjawab.Aku tidak bertanya dengan Lin ke tadi? Aku mula berkerut-kerut dahi memikirkan kesilapanku tadi."Kita bertolak sekarang."Tuan Megat bersuara bila melihat aku tercegat sahaja di sisi keretanya. Dengan kaca mata hitam yang dipakainya membuatkan ketampanannya terserlah.Memang Shazlin sengaja hendak mengenakan aku kerana dengan muka toye dia duduk di belakang dan Tuan Megat segera membuka pintu kereta di sebelah pemandu untukku."Miera sihat?" tegurnya.Chewah! Ambil berat sungguh tentang aku walaupun di hadapan adiknya."Alhamdulillah sihat," jawabku. Ringkas dan padat yang tidak memungkinkan dia untuk bertanyakan tentang kesihatanku lagi."Lin, kawan Lin tu tunggu di mana?" tanya Tuan Megat pada Shazlin yang duduk di tempat duduk belakang."Dia tunggu dekat tol Gombak, ayah dia hantar kat situ."

Mendengarkan jawapan Shazlin menjadikan aku bertambah pelik. Berapa ramai yang akan pergi? Yang tertera di kepalaku ketika itu adalah ‘Rombongan Cik Kiah ke Genting Highlands.’"Lin ajak kawan dia sekali," beritahu Tuan Megat, seolah-olah dia dapat membaca apa yang aku fikirkan.Aku hanya mengangguk sahaja. Yalah, takkan aku nak membantah. Siapa aku hinggakan mempunyai kuasa veto untuk membangkang? Sedangkan aku sendiri pun hanya menumpang!Apabila sampai di tol Gombak, kami menunggu kawan Shazlin. Lebih kurang sepuluh minit menunggu, barulah kawannya itu tiba.Tuan Megat terus menggerakkan kenderaannya dengan penuh hati-

hati hingga tiba ke destinasi.Sampai di puncak Genting, aku ditinggalkan berdua dengan Tuan Megat oleh Shazlin dan kawannya. Aku rasa segalanya memang telah dirancangkan oleh mereka berdua. Sakitnya hati ini. Adik dan abang satu kepala. Kalau diikutkan rasa sakit hatiku, mahu sahaja aku hantukkan kepala kedua-duanya, biar puas hatiku. Kalau aku tahu akan jadi begini, lebih baik aku lepak sahaja di rumah."Miera, kenapa ni?" Lembut suara lelaki itu bertanya."Kenapa buat saya begini?" luahku tidak puas hati."Apa yang saya dah buat pada Miera, cuba cakap?"Lelaki ini tidak tahukah yang hatiku sakit dengan rancangan bodohnya ini!"Ini semua rancangan siapa?"Aku berdiri di tepi batu besar yang ada di situ.Sakitnya jiwa bila berhadapan dengan lelaki ini. Lelaki yang sentiasa serius serta mempunyai pandangan yang tajam."Miera, pandang saya!" pintanya.Aku buat kepala gila aku tanpa mengendahkan permintaannya dan membuatkan dia berdiri di hadapanku. Pandangannya yang tajam membuatkan aku tertunduk. Aku tahu dia cuba mengawal perasaan marahnya dengan perangaiku. Lantaklah, siapa suruh kelentong aku? Pantang aku kalau ditipu! Memang nak kenalah orang itu!"Miera, jangan begini. Saya pun tak tahu tentang rancangan ni. Lin kata nak pergi Genting Highlands dan mintak saya pandu dengan alasan dia takut nak bawa kereta ke sini sebab banyak selekoh. Bila dah dalam kereta tadi baru saya tahu... sebab dia suruh saya ambil Miera dulu sebelum ambil kawannya," terangnya bersungguh-sungguh."Tuan, perkara yang paling saya tak suka adalah ditipu. Takkan tuan satu rumah dengan Lin tak tahu tentang rancangannya?" sangkal

Page 28: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

akal warasku yang mula mahu memuntahkan kemarahan."Betul Miera. Saya tak tahu. Kenapa susah sangat awak nak percayakan saya?" tingkahnya dengan wajah seriusnya semula."Tuan…." Kata-kataku terputus apabila dia pula mula bersuara."Saya cubit mulut comel awak tu kalau sekali lagi awak panggil saya tuan!"Aku cepat-cepat menutup mulutku. Gila ke dia ni nak cubit mulut aku? Buatnya bengkak, naya aje! Kalau bengkak dan seksi macam Angelina Jolie takpe juga, tapi salah cubit, jadi mulut itik betina, husy idaklah teman...!"Dah, mari kita pergi ke tempat games kat sana, cari Lin dan kawannya. Miera boleh tanya sendiri kalau masih tak percaya." Tuan Megat menarik tanganku."Apa ni main tarik-tarik!" Aku mematikan langkah sambil merentap tanganku dari pegangannya."Miera nak saya dukung ke? Saya tak kisah, bukannya berat pun!" ejeknya sambil tersenyum sinis.Geramnya! Bila di pejabat, perangai dan tutur katanya sentiasa terjaga... tapi kalau depan aku, kalah semua barisan kasanova yang ada di atas dunia ni!"Mieeeraaa…."Daripada gaya dia memanggil namaku, boleh berdiri bulu roma dibuatnya."Tuan nikan..."Tak sempat aku menghabiskan ayat apabila terasa bibirku dicubit lembut. Lelaki ini benar-benar memaksudkan kata-katanya."Sakitlah!" Aku menggosok bibirku. Nasib baik aku tidak pakai gincu, kalau tidak mesti comot."Sakit ke? Kalau nak kena cubit lagi, ulanglah perkataan tuan tu lagi."

Kenapalah nasib aku hari ini? Aku nak baliklah kalau aku terpaksa lalui semua ini dengan lelaki sewel ni...!Kami cuba mencari Shazlin, tetapi tidak berjumpa dan akhirnya aku dan Tuan Megat duduk-duduk sahaja memerhati telatah orang yang berkunjung tanpa bermain apa-apa. Beberapa kali Tuan Megat mengajak aku mencuba permainan yang terdapat di sana tetapi aku menolak. Bukannya apa, aku ni gayat sikit. Buatnya aku terlebih jerit nanti, hilang pula keayuanku di hadapan lelaki ini.Aku memeluk tubuhku sambil menggosok kedua-dua tanganku. Sejuk juga tempat ini. Selalunya aku masih boleh bertahan dengan cuacanya, lagipun sudah beberapa kali aku ke sini bersama teman-teman. Mungkin juga kerana kali ini tiada aktiviti yang kubuat melainkan duduk melanguk sahaja seperti ini menjadikan tubuhku tidak berpeluh dan kehangatan yang sepatutnya hadir digantikan dengan kesejukan. Tambahan pula bila duduk berdua-duaan kononnya dengan lelaki yang tidak sama sekali kuimpikan ini."Miera sejuk ya?"Aku melihat Tuan Megat cuba membuka jaket yang dipakainya."Taklah," dalihku.Tuan Megat menyangkut jaketnya di bahuku tetapi aku menanggalkannya semula kerana tidak sampai hati melihat dia yang hanya memakai t-shirt sahaja."Saya tak mahu." Aku memberikan semula jaket tersebut kepadanya."Mieeeraaa…."Kenapalah lelaki ini suka memanggil namaku sebegitu?"Please tu…." Terhenti aku hendak meneruskan kata-kata itu. Takut bibirku dicubit lagi.Lucu agaknya membuatkan Tuan Megat tertawa. Jarang sekali aku melihat dia tertawa begitu menjadikan wajahnya kian menarik untuk

Page 29: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

terus ditatap."Panggil Shah aje. Kalau tak, saya tak mahu pakai baju ni."Aku pula yang diugutnya. Bertuah betul!!!

"Please Shah, pakai jaket ni. Saya tak sejuk pun!" Aku bersuara dalam terpaksa.Tuan Megat mengambilnya tetapi menyangkutnya semula di bahuku. "Saya rela kesejukan daripada tuan puteri saya mendapat sakit."Bisikannya terasa dekat di telingaku, membuat aku tergamam. Mata kami bertentangan dan aku terpesona dengan matanya yang berwarna hazel, hidungnya yang mancung dan bibir yang merah dengan kulit wajahnya yang bersih. Ditambah pula rambutnya yang sedikit berombak tersisir rapi, tubuhnya tegap dan dadanya yang bidang serta tinggi lampai orangnya. Bila aku berdiri di sampingnya, ketinggianku separas telinganya macam Adi Putra, pelakon dari Singapura itu."Hai... dah tergoda dengan saya ke?"Aku tersentak apabila suara itu berbisik di telingaku. Terasa darah menyerbu naik ke mukaku. Aku melarikan pandangan ke tempat lain, mengelak Tuan Megat perasan dengan tone wajahku."Saya dah lama tergoda dengan Miera, sejak dulu lagi!"Selamba sahaja lelaki ini berbicara. Aduh, manalah Lin ni? Selamatkanlah aku dari situasi ini...."Mieeeraaa…."Lembut bicaranya setiap kali memanggil namaku, tetapi aku tidak peduli dan melangkah meninggalkannya.AKU hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang. Tuan Megat dan Shazlin beberapa kali mengajakku berbualnamun aku hanya berbual seketika dan selebihnya aku melayan

perasaanku sendiri."Bye sayang...." bisik lelaki itu apabila dia menghantar aku ke pintu pagar rumah.Shazlin yang keletihan tertidur di kerusi belakang.Aku pura-pura tidak mendengar."Mieeeraaa…."Ketika mahu melangkah setelah pintu pagar ditutup, aku mendengar dia memanggil namaku seperti itu lagi. Aku menoleh dan lelaki itu tersenyum."Mimpi yang indah, ye…." Sambungnya dan terus masuk ke dalam kereta tanpa menunggu kata balasan daripadaku.SELESAI mandi aku merehatkan diri di dalam bilik. Keletihan masih lagi terasa. Bila memikirkan peristiwa tadi, aku tersenyum sendiri. Entah apa di fikiran Tuan Megat agaknya sehingga sanggup berkata demikian. Haikal juga melayanku begitu dahulu, tetapi entah di mana silapnya, aku ditinggalkan terkapai-kapai tanpa sebarang berita. Aku tersentak bila telefon bimbitku memainkan lagu ‘Teman Tapi Mesra’ nyanyian ‘Ratu’, menandakan ada pesanan yang masuk ke dalam inbox.Hai, mengelamun ke?Aku tak tahu siapa yang menghantar SMS tersebut. Mungkin salah nombor agaknya. Malaslah nak layan!

Takkan dah tidur?Aku semakin pelik membaca pesanan-pesanan ini.Tak jawab berdosa tau!Orang ni tak fikir ke yang dia lagi berdosa mengacau aku yang sedang mencari kedamaian ini? Hatiku sudah mula berbara.Ni mesti tgh jauh berangan....Siapa pengacau ni ye? Terus kudail nombor tersebut dan aku

Page 30: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

terperangkap sendiri apabila suara itu memberi salam padaku."Miera buat apa tu?"Mulutku terkunci untuk menjawab."Mieeeraaa…." bisiknya lembut.Aku terus mematikan talian. Entah kenapa aku tiba-tiba jadi tidak sanggup untuk terus mendengar suara itu lagi. Ada getar yang halus menghambat di ruang hati.Maafkan saya kerana mengganggu tuan puteri. Saya tak sangka pesanan saya tak diundang sama sekali. Sekali lagi saya minta maaf.Alamak! Macam mana ni? Aku tidak tahu apa yanghendak dibuat sekarang ini. Aku tidak bermaksud untuk mengguris hati lelaki itu, tetapi sikap romantiknya membuatkan aku rasa takut lama-kelamaan akan terpaut padanya. Sesuatu yang cuba kuelakkan buat masa ini."Assalamualaikum."Salam kuberi. Aku sendiri dapat mendengar degupan jantungku yang tidak lagi seirama."Waalaikumussalam." Suara itu menyambutnya. Lembut."Tuuu… ops... Shah, saya minta maaf pasal tadi. Saya tak bermaksud macam tu...." terangku panjang lebar tetapi suara di sana hanya membisu. Aku menjadi serba salah dengan kebisuan suara di hujung sana."Shah… please. Janganlah begini," rayuku tetapi suara itu masih membisu."Shahhh…." Aku mencuba lagi, kali ini separuh merayu."Iye sayang…."Erk! Tercekik aku apabila lelaki itu mula bersuara, membuat aku pula membisu. Terkejut. Tersentak."Saya suka bila dengar suara Miera merengek."Malaun punya budak! Dia kenakan aku?

"Shah!!!" Aku bersuara geram dan telingaku dapat menangkap suara lelaki itu ketawa."Janganlah marah, sayang...." Dia bersuara lagi."Awak nikan…!!!" Aku menjerit geram dan terus memutuskan talian.Beberapa kali telefonku berbunyi tetapi tidak kuendahkan dan terus mematikannya. Kenapalah hari inibanyak kali hatiku disakitinya? Kalau begini selalu, aku boleh migrain menghadap dia tiap-tiap hari dengan perangainya yang sebegitu!

BAB 13

PUKUL sebelas pagi baru aku

muncul di pejabat keranaterpaksa singgah di beberapabuah hotel untuk menemui pegawai yang bertugas bagimendapatkan quotation untuk majlis jamuan tahunan. Akulebih suka melihat sendiri tempatnya daripada mendapatkansemua maklumat dari laman webnya. Ketika aku meletakkanhelmet di bilik, suasana agak kecoh di bahagian belakangpejabat. Entah apa agaknya yang berlaku. Kelihatan Watiberlari mendapatkan aku bila menyedari akan kehadiranku."Kenapa Wati? Apa yang kecoh-kecoh sangat katbelakang tu?" soalku."Cik Miera, tolong tengokkan Shikin! Dari tadiberkurung dalam tandas. Dah puas kami pujuk, tapi dia tak

Page 31: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

mahu keluar!" Tercungap-cungap Wati menerangkan perkarayang berlaku."Dia buat apa kat dalam tu?" tanyaku hairan.Setahuku, Shikin bukan jenis yang suka menghadap cermin."Tadi saya cari dia, ada hal sikit nak tanya kat dia.

Tapi tak jumpa. Kemudian bila saya ke tandas, saya dengar orang menangis. Dari bunyi suara tu saya tahu Shikin yang menangis dan bila saya pujuk suruh dia buka pintu, dia tak mahu. Lagi kuat dia menangis. Kami semua dah cuba pujuk dia, tapi tak berjaya. Tolonglah Cik Miera. Saya risau kalau dia cuba buat sesuatu yang buruk kat dalam tu," rayu Wati."Encik Safuan tahu ke hal ni?" Aku takut kalau hal ini sampai ke pengetahuan pihak atasan."Semua dah tahu sebab masa kelam-kabut tadi Encik Safuan turun dengan Tuan Megat!" terang Wati.Aduh! Bagaimana aku hendak buat ni kalau Tuan Megat sendiri sudah mengetahui masalah ini? Aku segera berlalu ke bahagian belakang pejabat. Ketika melangkah masuk ke tandas, kulihat sudah ramai pekerja yang berkerumun di sana. Nasib baik kelibat Encik Safuan dan Tuan Megat tidak kelihatan.Aku mengetuk pintu tandas yang menempatkan tubuh Shikin di dalamnya. Aku cuba berlembut dengannya, menasihati agar dia segera keluar dari situ tetapi tidak diendahkan."Minta maaf semua... boleh tak kawan-kawan tinggalkan saya dengan Shikin di sini?"Aku meminta kerjasama daripada teman-teman sepejabat. Nasib baiklah mereka memahaminya dan segera meninggalkan kami berdua."Shikin, ini Miera. Kenapa awak menangis? Kalau awak ada

masalah, kita masih boleh berbincang. Jangan turutkan hati. Ia tak menguntungkan sesiapa." Aku cuba berlembut dengannya."Badrul tinggalkan saya...." Sedih kedengaran suara Shikin dari dalam itu dan kemudian dia menangis lagi."Habis tu, yang awak nak menangis teruk-teruk ni kenapa?" Aku paling benci bila perempuan menangis bagai orang gila hanya kerana seorang lelaki."Kenapa dia tinggalkan saya?"Memanglah budak ini tengah gila. Ada ke tanya aku tentang kekasihnya? Manalah aku tahu semua itu!"Shikin, saya ni tak pandai nak memujuk. Tapi saya paling benci perempuan menangis hanya kerana ditinggalkan lelaki. Awak ada maruah, kenapa nak letak maruah awak di kaki seorang lelaki? Awak ingat kalau menangis macam ni boleh selesaikan masalah? Entah-entah dia tengah gelakkan awak bila tahu keadaan awak sekarang ni. Saya tak suka kawan saya berperangai macam ni. Shikin... apa yang awak nak takutkan? Itu semua dugaan untuk awak. Satu hari nanti awak akan temui lelaki yang boleh menjadi kekasih awak dunia dan akhirat. Sekurang-kurangnya sekarang awak tahu Badrul tu tak sesuai dengan awak. Sekarang saya nak awak keluar! Kalau tak, saya pecahkan pintu ni!!!"Aku luahkan apa yang terpendam dan sekali gus rasa marah pada Haikal kuhamburkan keluar. Aku tidak mahu kalah hanya kerana seorang lelaki.Pintu tandas dibuka perlahan-lahan dari dalam dan muka sembap Shikin kelihatan. "Maafkan saya, Cik Miera."Aku menarik Shikin ke dalam pelukanku dan dia terus menangis lagi."Sudahlah, mari kita keluar," pujukku.Aku menarik tangan Shikin dan menggenggamnya untuk

Page 32: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

memberikan dia kekuatan. Aku harus bawa Shikin ke tempat yang tiada orang untuk memberi dia ketenangan kerana dia hanya sebatang kara di dunia ini. Ayah dan ibunya sudah lama meninggal dunia dan dia hanya tinggal menyewadengan teman-temannya. Ketika aku hendak keluar dari bahagian itu, aku bertembung dengan Tuan Megat. Beberapa pasang mata juga memerhatikan aku dan Shikin."Saya nak hantar Shikin balik." Aku memohon kebenaran daripadanya. Yalah... dia sudah berada di depan mataku, jadi lebih baik aku terus beritahu dengannya."Miera nak naik apa?"Pertanyaannya membuat aku terdiam. Yalah, takkan aku hendak bawa Shikin naik motosikal! Memanglah aku tidak kisah, tetapi bagaimana Shikin?"Saya bawa kereta Shikinlah."Baru aku teringat Shikin baru sahaja membeli kereta Kancil dua minggu lepas."Baiklah, nanti nak balik telefon saya," katanya yang membuatkan aku tertanya-tanya kenapa pula aku kena menelefon lelaki ini.Aku cuba berlagak selamba tetapi mulutku mendahului hatiku. "Kenapa pula nak telefon Shah… ops… Tuan Megat?"Tersenyum lelaki ini mendengar aku tersasul memanggil namanya. Aku segera memerhati keadaan sekeliling dan mata-mata itu masih memerhatikan kami. Aku berharap Tuan Megat tidak membuat perangai di hadapan para pekerjanya."Nanti saya ambil Miera di rumah Shikin," balasnya."Tak perlulah Tuan Megat, tahulah saya bagaimana nak balik nanti." Aku cuba memberi alasan."Kenapa degil sangat ni?" bisik Tuan Megat, tidak mahu sesiapa mendengar apa yang kami perkatakan.

"Baiklah, insya-Allah...." janjiku. Malas hendak bertegang urat dengannya di tika dan saat ini. Tambahan pula ramai yang sedang memasang telinga. Kalau didengar orang lain, apa pula anggapan mereka padaku? Bukankah dia the most eligible bachelor in the office?"Okey. Kalau ada apa-apa hal, telefon Shah." Dia pula membahasakan dirinya begitu padaku.Aku hanya mengangguk dan melangkah pergi bersama Shikin.SAMPAI di rumah Shikin, aku cuba mengajak Shikin meluahkan segala apa yang terpendam di hatinya untuk mengurangkan tekanan di fikirannya. Dengan susah payah dan bersama sedu-sedannya, baru aku ketahui Badrul meninggalkan Shikin hanya kerana terpaut pada seorang pekerja baru di tempat kerjanya. Patutlah sejak kebelakangan ini kulihat Shikin lebih banyak mendiamkan diri daripada berbual dengan teman-teman yang lain. Wajahnya juga sudah kehilangan ceria sejak akhir-akhir ini seolah-olah seluruh kebahagiaannya telah dirampas terus darinyaTepat jam enam petang aku memohon diri pulang ke pejabat untuk mengambil motosikalku. Itu pun dia kutinggalkan setelah banyak nasihat kucurahkan ke telinganya. Aku sangat berharap agar dia tidak mengambil sebarang tindakan bodoh yang hanya akan memudaratkan dirinya sendiri kelak.Baru sahaja aku hendak melangkah keluar dari rumah Shikin, telefon bimbitku berbunyi irama yang telah kusetkan hanya untuk si pemanggil ini."Miera kat mana ni?""Saya di rumah Shikin. Baru nak keluar," terangku."Tunggu di sana, sekejap lagi saya sampai."Lelaki ini tidak faham agaknya yang aku akan balik sendiri!"Saya balik sendiri."

Page 33: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

"Saya kata tunggu di sana, tunggu sajalah!"Memanglah dia ini tidak faham apa yang aku cakapkan tadi."Shahhh…."Aku sudah letih melayan fiil lelaki ini."Iye sayang."Memang dia ni tak reti bahasa langsung!"Awak nikan…."Aku rasa entah berapa kali aku ulang ayat yang sama apabila berhadapan dengan lelaki ini."Beri alamat Shikin!" arahnya tegas."Ingatkan dah tahu tadi!" Aku cuba menyindir."Kalau tak mahu bagi pun saya akan cari jugak....""Tahu sangat dah perangai awak," ujarku, geram."Tahu takpe. Cepatlah sayang, saya dah ada kat car park ni."Amboi... tak sabar-sabar betullah lelaki ni!"Iyelah-iyelah." Lepasku, kian geram."Awak tahu di mana Desa Pandankan?" tanyaku sambil masuk semula dan mengangkat cawan kopi lantas membawa ke sinki. Untuk menenangkan Shikin, aku sempat menyiapkan air untuk melepaskan lelah."Of couse my dear. Di mana sayang berada, pasti saya tahu." Suara garau Tuan Megat masih ingin mengusikku.Aku bertanya Shikin akan alamat rumahnya dan setelah itu memberikannya kepada lelaki itu. Setengah jam kemudian, kelihatan Toyota Harriernya perlahan-lahan menghampiri rumah Shikin. Cepatnya lelaki ni sampai, terbang agaknya! Perjalanan dari Bangunan AIA ke sini agak sesak dalam waktu begini. Aku harap Tuan Megat tidak keluar dari keretanya kerana takut Shikin akan bertanya bermacam-macam soalan denganku."Eh… itu Tuan Megat, kan?"

Betul pun seperti yang kuduga, Shikin sudah pun bertanya.Tuan Megat dengan muka selamba tersenyum menghampiri kami.Memang tidak tahu duduk diam agaknya dia ni! Hatiku kembali dibungai rasa geram dan marah yang bersatu."Bagaimana Shikin? Dia dah okey ke?"Pertanyaannya kujawab dengan jelingan."Alhamdulillah, saya dah okey. Saya minta maaf kerana menyusahkan tuan dan saya harap tuan tak memandang serong pada saya."Kasihan Shikin. Tentu dia malu dengan Tuan Megat di atas peristiwa yang berlaku di pejabat, tengah hari tadi."Tak mengapa, asalkan awak tahu bahawa tindakan awak tadi tak elok dilakukan dan saya harap awak banyakkan bersabar. Emmm... saya datang ni sebab nak jemput Miera," terang Tuan Megat sambil tersenyum memandangku.Tuan Megat kemudian melangkah mendahuluikudan Shikin menarik tanganku agar aku melambatkan langkah."Cik Miera ada apa-apa ke dengan Tuan Megat?"Apa alasan yang hendak kuberikan sebagai jawapan kepada pertanyaan ini? "Awak jangan ingat yang bukan-bukan, Shikin. Saya tak ada apa-apa dengan dia. Dia datang ambil saya sebab saya nak ambil motor saya di pejabat."Tidak susah hendak menerangkan sesuatu kepada gadis yang lurus macam Shikin."Oh…." Hanya itu yang keluar dari mulut Shikin."Awak jangan buat gosip pula nanti." Aku berharap sangat agar Sikin tidak menceritakan dengan sesiapa tentang hal ini.Tuan Megat membuka pintu untukku di sebelah pemandu dan sebelum kereta bergerak, aku melambai-lambai pada Shikin."Kita pergi makan dulu."

Page 34: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

Sedap aje mulut lelaki ini memberi arahan padaku.Sepanjang perjalanan aku hanya diam membisu. Cuma apabila sesekali Tuan Megat bertanya itu dan ini, barulah aku bersuara."Kenapa diam aje ni?"Aku tidak memberi sebarang respons."Mieeeraaa…." Lembut suaranya menuturkan namaku."Saya tak apa-apa," dalihku."Kalau tak ada apa-apa, kenapa diam aje dari tadi? Cuba cerita, Shah nak dengar."Aku bungkam. Hati dan perasaanku berperangsesama sendiri. Entahlah... Haruskah aku luahkan pada lelaki yang tidak berapa kukenali ini?"Mieeerrraaa…."Aduh! Boleh cair rasanya bila berada di sisi lelaki ini. Aku sebenarnya pelik dengan diri ini. Entah apa ilmu yang dia gunakan, tiap tutur katanya membuatkan aku senang sekali walaupun ia menyakitkan."Kenapa kaum lelaki senang-senang aje campakkan kepercayaan yang perempuan berikan?" Aku bertanya dengan lelaki ini memandangkan hanya dia sahaja lelaki yang paling dekat denganku sekarang ini."Kenapa Miera beranggapan begitu? Tak semua lelaki macam tu...."Alasan yang selalu kudengar."Lelaki selalu kata macam tukan?" sindirku.Wajahnya masih bersahaja apabila aku berkata demikian. Karisma lelaki ini memang tiada bandingannya. Tetap tenang walaupun aku sering mengganggu-gugat kepala dan hatinya dengan pelbagai persoalan. Yalah, bukan salah aku. Dia yang selalu mempermainkan aku dengan telatahnya yang suka mengusik tanpa mengira masa."Kenapa Miera cakap macam tu? Macam pernah kecewa je

bunyinya?" usiknya sambil tersenyum."Ke situ pulak!"Aku tidak tahu di mana hendak kuletakkan muka ini. Perasaan malu menyapaku. Yalah, pasal orang lain... aku yang sibuk-sibuk. Tak pasal-pasal terkena batang hidung sendiri!"Miera jangan fikir macam tu... Masih ada lelaki sejati di muka bumi ni. Jangan hanya kerana sorang lelakibuat hal, Miera dah anggap semuanya sama. Bagaimana pula kalau perempuan buat macam tu, jadi saya kena buat anggapan macam Miera ke? Kalau semua orang buat macam tu, tak berkembang umat nabi Muhammad ni sayang oi...."Amboi! Dah jadi ustaz pula lelaki ni. Eee! Malas aku nak layan lelaki ini lagi."Saya dah lama nak tanya soalan ni, harap Miera tak kisah."Mata Tuan Megat memandangku sekilas dan pandangannya jatuh kembali ke arah jalan yang penuh dengan deretan kenderaan yang semakin sesak."Apanya?" tanyaku sepatah.Pandanganku tetap ke hadapan. Hati masih berbuku dengan apa yang dilakukan oleh Badrul terhadap Shikin. Semua lelaki sama sahaja. Lembutnya lidah bila nak menggoda, kerasnya gigi bila sudah tidak berguna."Apa yang terjadi hari tu?" Lembut Tuan Megat bertanya."Hari tu, hari apa?" Pertanyaannya kuajukan semula dengan soalan."Masa dekat lif tu?""Oh... tak ada apa-apa. Cuma salah faham saja. Kenapa? Shah kenal dengan budak perempuan tu ke?" Sengaja aku bertanya lagi. Entah mengapa, tiba-tiba dada terasa sesak kembali. Kenapa ek?"Oh... Saya ingat ada apa-apa, takut juga kut ada apa-apa terjadi pada Miera."

Page 35: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

"Tak adalah. Shah kenal ke dengan perempuan tu?" Hatiku bagaikan tidak boleh tenang bila jawapan yang kutagihkan masih tidak terhurai."Taklah, tak tahu tingkat berapa tapi biasa nampak." Ikhlas Tuan Megat menjawab."Hmmm...." Hanya itu yang mampu keluar dari bibir ini."Pagi esok saya ambil Miera, ya?"Ya Allah! Dia mula dah...."Tak apalah Shah, saya boleh pergi sendiri."Janganlah dia paksa aku buat benda yang aku tidak suka. Kalau dia datang pagi esok, mesti bergegar rumah aku dengan pertanyaan daripada mama dan abang."Motor Miera ada kat pejabat lagi, kan? Jadi esok saya datang ambil Miera, kemudian kita pergi breakfast dulu. Lepas tu baru kita ke pejabat."Kenapalah lelaki ni suka buat macam ni pada aku?"Janganlah macam ni, Shah. Saya tak mahu nanti gosip timbul di ofis bila orang lain tau kita datang bersama," luahku dengan berhati-hati. Aku benar-benar bimbang jika lelaki ini akan tersinggung dengan luahanku itu."Biarlah mereka nak bergosip! Apa salahnya lelaki sejati ni nak bersama dengan Miera?"Matanya dikerling bersama senyuman di bibirnya telah mematikan segala kebimbanganku yang sama sekali tidak berasas sebentar tadi. Sebaliknya kini angin kemarahan sudah mula bertiup sepoi-sepoi bahasa di hatiku.Perasan punya lelaki! Rasa nak aje aku cekik batang lehernya."Shahhh…!" Geram sungguh aku dengan perangai selambanya itu."Iye sayang…."Bahasa apa yang hendak kuutarakan lagi, aku sendiri tidak tahu.

Akhirnya aku hanya mendiamkan diri. Jika terus berlawan kata, aku bimbang aku juga yang akan terperangkap nanti."Kalau esok Miera nak datang sendiri, saya tak kisah. Tapi Miera kena berjanji dengan saya."Aku memandang padanya yang masih tenang memandu."Janji apa?" tanyaku tanpa sabar."Boleh percaya ke janji Miera ni?" Dia pula yang main tarik tali denganku."Miera janji…." ikrarku.Lelaki itu tersenyum dengan telatahku yang bagaikan anak kecil. Patuh pada arahan. Baru aku perasan yang aku membahasakan namaku dengannya. Lantaklah…!"Kalau begitu, Miera janji kena keluar dengan saya hari minggu ni!"Aduh!!! Aku sudah terjerat dan lelaki itu tertawa melihat mukaku yang terkulat-kulat….

Page 36: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

BAB 14KERANA perjanjian itulahkini aku berada di sini, di sisilelaki ini. Ketika lelaki itumengambil aku di rumah, mama yang menyambutnya. Ayahdan abang hanya tersenyum memandangku. Aku terpaksamemaniskan muka bila berada di hadapan mereka. Iyelah,takkan aku hendak buat muka masam, nanti apa pulaanggapan mereka tentang kami."Mieeeraaa…."Lemasnya aku bila dia menyebut namaku."Mieeeraaa…."Sekali lagi dia menuturkan namaku, rasa hendakterjun dari tingkap kereta ini."Saya," kujawab sepatah."Kenapa ni? Macam tak ikhlas saja?""Mana ada.""Betul ke atau kerana terpaksa?""Shahhh…!"

Lelaki ini sudah mula hendak menaikkan darahku."Iye sayang.""Saya nak cakap sikit, boleh tak Shah jangan panggil saya sayang?" protesku sambil menarik-narik tali pinggang keselamatan."Dah saya sayang Miera, nak buat macam mana?"Lelaki itu boleh bercakap begitu denganku bersama wajah yang tenang dan bersahaja. Seolah-olah perkataan ‘sayang’ itu tidak mempunyai nilai di hatinya. Agaknya kalau aku ni dalam cerita kartun, mesti dah nampak api di atas kepalaku."Shah, kenapalah awak macam ni?"

"Kenapa dengan saya?""Dahlah! Malas saya nak layan awak." Aku mengambil keputusan untuk berdiam diri."Kalau marahkan saya pun, janganlah sampai tarik safety belt tu macam nak terputus pula...."Aku terasa tersindir dengan kata-katanya."Habis, awak tak puas hati?" Nada suaraku mula meninggi. Aku tidak tahu kenapa aku tidak dapat mengawal amarahku."Miera, kalau awak tak mahu keluar dengan saya, cakap sajalah. Tak payah tengking-tengking macam ni!"Angin dia pula yang naik. Serta-merta dia memberhentikan keretanya di tepi jalan tanpa memberi signal. Bertalu-talu hon dibunyikan oleh pemandu di belakang.Kukerling wajahnya menerusi ekor mata. Nampak tegang. Takut juga aku. Buatnya dia campak aku ke gaung dibawah itu, alamatnya arwahlah aku dalam usia yang muda remaja ni."Dahlah. Kita balik aje," putusnya.Ada sedikit sesal di dadaku. Aku tahu aku yang bersalah. "Shahhh… saya minta maaf."Aku cuba berlembut tetapi dia masih membisu sambil matanya tunak memandu."Shahhh…." rayuku tetapi dia tetap begitu. Keras. Kaku. Beku."Shahhh… dengar tak saya minta maaf ni?" Terasa berat dadaku bila suaranya masih tidak kedengaran."Shahhh… pleassseee…."Terasa air mataku bagaikan hendak gugur tetapi kutahan. Bumbung rumahku sudah kelihatan tetapi lelaki ini masih membisu.Ketika dia memberhentikan keretanya, wajahnya tetap tenang tanpa sepatah kata.

Page 37: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

"Shahhh… jangan buat Miera macam ni...."Terasa air mataku mengalir di pipi. Entah kenapa aku boleh menangis kerana lelaki ini.Bila dia masih membekukan diri, aku mengambil keputusan untuk keluar dari perut kereta dan dia langsung tidak memandangku. Dia terus memecut keretanya tanpa mengucapkan apa-apa padaku. Aku hanya membatu di situ dan ketika aku hendak melangkah, kulihat ada tin Coca-Cola kosong di atas rumput. Aku terus menendangnya untuk melepaskan kemarahanku tetapi kutahu itu adalah tangisanku.MAMA terperanjat melihat kelibatku yang tidak sampai setengah jam sudah berada di hadapan matanya semula."Cepat Miera balik?"Sudah kuduga, mama pasti akan bertanya."Shah ada kerja penting yang nak diselesaikan," bohongku."Iye ke?"Aku tahu mama mesti tidak puas hati."Iyelah ma. Okeylah, Miera nak naik dulu." Aku terus berlalu ke bilikku di tingkat atas tanpa memandang mama. Aku takut mama dapat mengesan kekeruhan di wajahku."Kenapa dengan anak awak tu Maz?" Ayah bersuara apabila terpandang wajah keruh anak daranya."Entahlah bang, Maz pun tak tahu. Tak sampai setengah jam keluar dengan Si Shah, dah balik. Ni mesti ada apa-apa...." getus mama."Hmmm... entahlah," keluh ayah.Lama mama dah ayah berdiam diri, memikirkan perihal satu-satunya anak gadis mereka."Abang, macam mana kalau Maz telefon Min?" Mama meminta kebenaran ayah."Kalau untuk benda yang baik, abang tak kisah."Tersenyum mama apabila mendengar keizinan yang terlafaz dari

bibir ayah. Mama terus mencapai telefon dan mendail nombor yang memang sudah tersemat di fikirannya."Assalamualaikum Min." Mama berbicara dengan suara di hujung talian."Waalaikumussalam Maz. Aku baru nak telefonkau." Memang terbukti ada keserasian di antara dua wanita ini."Apa hal kau nak telefon aku, Min?" tanya mama."Ni pasal anak teruna aku... Yang kau pulak pasal apa telefon aku?" Suara di sebelah sana pula bertanya."Pasal anak dara akulah! Muka monyok semacam.... Baru setengah jam keluar dah balik," cerita mama."Hai… sama je bunyinya dengan anak teruna aku. Dua-dua monyok ni... mesti ada kes." Suara di hujung sana pula meneka."Apa kata kita buat rancangan untuk mereka berdua ni...." Suara di sebelah sana menambah."Aku tak kisah, lampu hijau pun dah on."Tak sangka rancangan mama sama dengan suara di hujung sebelah sana.Maka dengan semangat berkobar-kobar, kedua-dua wanita itu pun mengatur rancangan mereka tanpa pengetahuan anak dara dan anak teruna mereka.

Page 38: Sinopsis - NOVEL Islami "Vs" materi akuntansi | just want … · Web viewKata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala

BAB 15

SEMANGATKU semakin

menghilang apabila melihatkebisuan Tuan Megat. Hampirdua hari tanpa bicara, tanpa senda, aku dibiarkan terkapaikapaikeseorangan."Hai, senang hati kau pagi ni Ida? Selalunya pagiIsnin muka kau susah nak nampak di bawah ni.”Aku menegur Ida bila melihat dia berjalan-jalansantai di tingkat ini. Senang sungguh hatinya. Cemburu akumelihat keceriaannya."Tuan Megat out-station dua minggu,” terang Ida.Tiba-tiba rasa bersalah mengganggu fikirankutentang hal tempoh hari."Iye ke? Seronoklah kau!”Aku cuba bersandiwara sedangkan hatiku dipagutrasa bersalah yang begitu menunda-nunda."Bagaimana dengan majlis jamuan tahunan ni?”tanya Ida."Segalanya beres. Minggu depan kita akan adakan mesyuarat dan aku akan bentangkannya,” terangku."Alah, kau bagi tahulah kat aku....” Ida cuba membeliku."Kau tunggu ajelah... Masa tu nanti aku akan buat pengumuman.”Rahsia tetap rahsia, bisik hati kecilku sambil mengorak sejuring senyuman kepada temanku itu.Terasa masa berlalu begitu lambat. Dulu aku tidak kisah sangat pasal masa, tetapi sekarang aku seakan membilang waktu. Rasa

hendak kuputar sahaja jarum jam ini agar bisa menunjukkan masa yang kuinginkan.Aku mula menjadi penunggu setia pada deringan telefonku. Setiap pesanan yang masuk hanya satu harapanku, agar ianya daripada lelaki itu. Mungkin dia merajuk sungguh dengan sikapku tetapi sudah beberapa kali aku meminta maaf, hanya kebisuan yang diberikan sebagai jawapan kepada pertanyaan yang tidak kunjung berkesudahan