Sepupuku Suamiku Bg P2U

98
Lynn Allyna 1 S UKAR benar hendak melelapkan mata. Sekejap dia berpaling ke kiri, sekejap ke kanan. Semuanya serba tak kena malam ini. Kata-kata mama siang tadi masih bermain-main di kepalanya. Masih terngiang-ngiang di telinganya. Penat berbaring, dia duduk bersila di atas katil. Tidak tentu arah dibuatnya. “Abang Syam nak bertunang minggu depan.” Sebaris ayat yang cukup membuatkan jantungnya rasa hendak gugur. Nafas terasa tersekat di kerongkong. “De... dengan siapa, ma?” Dia tiba-tiba sebak. Nak menangis dah ni...! Tenang Nana, tenang! “Dengan makwe dia la. Mama pun tak kenal lagi. Minggu depan pergi merisik lepas tu terus bertunang.” Abang Hisyam nak bertunang? Betul ke apa yang aku dengar ni? Aduh… tak boleh terima. Cinta pertama aku tu...! Abang, kenapa tak tunggu Nana...? Kau gila, Nana. Dia tukan sepupu kau. Jangan harap Bab 1

Transcript of Sepupuku Suamiku Bg P2U

Page 1: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

1

SUKAR benar hendak melelapkan mata. Sekejap dia berpaling ke kiri, sekejap ke kanan. Semuanya

serba tak kena malam ini. Kata-kata mama siang tadi masih bermain-main di kepalanya. Masih terngiang-ngiang di telinganya. Penat berbaring, dia duduk bersila di atas katil. Tidak tentu arah dibuatnya.

“Abang Syam nak bertunang minggu depan.”

Sebaris ayat yang cukup membuatkan jantungnya rasa hendak gugur. Nafas terasa tersekat di kerongkong. “De... dengan siapa, ma?”

Dia tiba-tiba sebak. Nak menangis dah ni...! Tenang Nana, tenang!

“Dengan makwe dia la. Mama pun tak kenal lagi. Minggu depan pergi merisik lepas tu terus bertunang.”

Abang Hisyam nak bertunang? Betul ke apa yang aku dengar ni? Aduh… tak boleh terima. Cinta pertama aku tu...! Abang, kenapa tak tunggu Nana...?

Kau gila, Nana. Dia tukan sepupu kau. Jangan harap

Bab 1

Page 2: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

2

mama dengan papa nak bagi kau kahwin dengan Abang Hisyam, tau!

Apa salahnya kahwin dengan sepupu? Tak haram, kan?

Memanglah... tapi Abang Hisyam tu suka kat kau ke? Entah-entah kau aje yang syok sendiri. Makwe dia lagi cantik agaknya. Setakat orang macam kau ni, dia nak pandang ke?

Tak kira... cantik ke tak cantik ke... Abang Syam! Nak kahwin dengan abang...! Huk huk huk….

Akhirnya Nana tertidur setelah penat bermonolog sendiri. Apalah nasib, terjatuh cinta dengan sepupu sendiri. Mana tak jatuh cinta? Hisyam sikit punya handsome. Doktor pulak tu! Aduh... silap-silap bukan saja bini orang, nenek orang pun boleh jatuh cinta dengan doktor handsome tu.

“KENAPA tak nak balik? Bukannya jauh sangat pun. Kak Yaya pun boleh pergi ambil,” tukas Zahlia. Ada-ada saja budak sorang ni. Sepupu sendiri bertunang pun tak nak balik.

“Tak apalah Kak Yaya. Nana banyak assignment nak kena submit next week. Alah, tunang aje, kan? Nanti kalau Abang Syam kahwin... Nana balik, okey?” pujuk Nana. Gila ke nak pergi majlis tunang Abang Syam. Nanti aku menangis kat depan tu, tak pasal-pasal buat ‘drama bajet murah’. Kantoi!

“Hmmm... suka hati Nanalah. Tapi nanti kalau Nana tiba-tiba rasa nak balik, bagitau akak ye! Nanti akak pergi jemput.”

Beria-ia Zahlia menyuruhnya pulang. Bukan apa, sekurang-kurangnya dia ada juga teman kerana hanya dia

Page 3: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

3

seorang sahaja anak dara dari pihak lelaki di majlis itu. Segan pula rasanya. Kalau Nana ada, mungkin tidaklah dia kekok sangat.

“Insya-Allah,” balas Nana.

Insya-Allah tak. Aku tidak akan berubah fikiran. Simpang malaikat empat puluh empat. Kesian Kak Yaya. Mesti dia nak aku temankan dia. Yelah, kami memang rapat sangat macam adik-beradik. Kak Yaya adik bongsu Abang Syam. Baru saja menamatkan pengajian tahun lepas. Sekarang sudah bekerja sebagai peguam, desis hati Nana.

Nana menekup mukanya dengan bantal. Jiwanya rasa tertekan. Macam mana dia nak hadapi semuanya nanti? Sekarang bolehlah dia mengelak. Abang Hisyam tak ada depan mata. Nanti, kalau dia pulang ke kampung dan jumpa dengan lelaki itu, macam mana dia nak berdepan? Lebih dahsyat jika ada wanita lain yang memeluk mesra lengan abang sepupunya itu. Makin sakit hatinya. Nana menggeleng-gelengkan kepalanya laju. Tidak mahu dia bayangkan semua itu. Tidak mahu semua itu terjadi kepadanya. Dia tidak sanggup hendak melihat semua perkara itu terjadi di hadapan matanya. Kenapalah aku jatuh cinta dengan dia? Tak ada lelaki lain ke dalam dunia ni? Kenapa mesti dia? Hati Nana menjerit. Sakit dadanya bagaikan dihempap dengan batu besar.

Sebab kau memang ditakdirkan untuk jatuh cinta dengan dia. Kenapa nak dihalang? Biarkanlah. Kalau ada jodoh takkan ke mana.... Ya, kalau jodoh tak akan ke mana. Tapi kalau tak ada jodoh? Nana semakin kalut. Tidak dapat dia bayangkan jika Abang Hisyam tidak menjadi miliknya. Mungkin dia tidak akan kahwin sampai bila-bila. Dia tidak sanggup menyerahkan hati dan jasadnya pada orang lain. Tidak boleh!

Page 4: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

4

MEREKA semua tengah bergembira sakan sekarang ini. Yelah, majlis pertunangan,

mestilah gembira. Takkan nak sedih-sedih. Nanti jadi macam majlis orang mati pulak. Hanya aku saja menangis tidak henti-henti. Siapa tak sedih... cinta pertama kena kebas. Sampai hati Abang Syam....

Kau ni pun satu. Manalah Abang Syam tu nak tahu kau suka kat dia? Kau bukannya pernah bagitau dia!

Takkan nak bagitau? Malulah aku!

Habis tu? Bukan salah Abang Syam kalau dia nak tunang ke... kahwin ke dengan orang lain.

Tapi, takkan dia tak boleh rasa aku syok separuh mati kat dia?

Lelaki... mana tahu perasaan perempuan macam mana. Ego!

Ah, lantaklah! Yang penting, kalau jadi bini nombor dua pun tak kisah.

Bab 2

Page 5: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

5

Hah? Bini nombor dua? Kau biar betul, Nana! Isy gila la kau ni. Dah tak ada jodoh nak buat macam mana....

“Arghhh! Tensionnya!!!” jerit Nana.

“Wei, terkejut beruk aku. Kau ni, nak mengamuk pun tengok tempatlah!” Farah yang sedang layan permainan komputer terperanjat mendengar jeritan Nana.

“Ops... sorry. Tak sengaja.” Nana tersenyum kambing.

“Kau ni kenapa? Sawan ke?” perli Farah. Dia menumbuk bantal. Dia kalah lagi. Semuanya gara-gara jeritan Nana yang tiba-tiba itu. Kalau tidak, pasti dia sudah dapat kalahkan lawannya.

“Isy, ke situ pulak kau ni. Muka lawa aku ni ada nampak macam orang sawan ke?” Perasan betul!

“Banyak la kau punya lawa. Cantik lagi amoi jual buah kat market tu, tau?” perli Farah lagi. Padan dengan muka Nana. Biar dia tahu sikit.

“Kurang asam kau, Farah. Ambik kau!”

Gedebuk! Bantal busuk tepat mengena ke muka Farah.

“Kurang garam kau, Nana. Tunggu kau!”

Alamak, kena selamatkan diri ni! Nana sudah buka langkah seribu. Sudah tawaf satu rumah budak tidak cukup umur dua orang ini. Sekejap Nana menjerit sebab kena baling bantal dengan Farah, sekejap lagi pula Farah yang menjerit.

“Ya Allah...! Korang ni apa hal? Baru terlepas dari Tanjung Rambutan ke?” tegur Suria yang baru balik dari perpustakaan. Dia terkejut melihat dua orang temannya yang berlari-lari di sekeliling rumah. Tak ingat dunia!

Gedebuk! Muka Suria pula jadi mangsa.

Page 6: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

6

“Woi, siap kau aku kerjakan!” Suria juga ikut sama berlari keliling rumah. Sekarang, dia pulak yang jadi macam orang gila terlepas dari Hospital Tampoi.

“Sudahlah! Aku dah tak larat ni. Dahlah baru balik dari library, makan pun belum tau! Lapar selapar-laparnya ni. Korang berdua dah makan ke? Jomlah kita pergi makan,” ujar Suria yang sudah terduduk di kerusi. Dia mengusap perutnya yang lapar. Tubuhnya sudah terasa lembik dikerjakan budak berdua itu.

“Aku pun belum makan. Ajak amoi ni, dia tak nak. Asyik termenung layan perasaan. Entah apa yang dia fikirkan pun aku tak tahu,” balas Farah.

Farah dan Nana kelihatan termengah-mengah. Mahunya tak penat. Kalau di atas jalan yang lurus, agaknya hampir satu kilometer juga mereka berkejaran.

“Suka hati akulah. Sibuk aje!” Nana tarik muka. Dia pun lapar juga. Tetapi apabila memikirkan keluarganya sedang bergembira menyambut bakal orang baru, dia terus tidak berselera untuk menjamah makanan. Terlampau kecewa agaknya.

“Hah Farah, kalau kau lapar, jom ikut aku. Jangan layan budak tak berapa nak betul ni. Kalau nak tunggu dia habis berangan, sampai esok pun kita tak makan.” Giliran Suria pula memerli.

Semakin panjang muncung Nana apabila Suria memerlinya. Mereka berdua tidak tahu apa perasaannya sekarang. Tetapi biarlah dia sendiri sahaja yang rasa. Ini rahsia hatinya. Tidak perlu dikongsi.

“Betul tu. Kalau dilayan, alamatnya tinggal tulanglah kita. Kau tunggu kejap. Aku pergi salin baju.” Farah berlari masuk ke biliknya.

Page 7: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

7

Nana masih mendiamkan diri.

Suria cuba menahan tawanya daripada terhambur keluar.

“Kau betul tak nak makan ni, Nana? Nanti kalau kau lapar, kita orang tak nak tolong,” tanya Suria meminta kepastian. Dia tahu, daripada air muka Nana, jelas menunjukkan gadis itu lapar. Selalunya, Nanalah orang pertama yang mengajak mereka berdua makan. Tetapi entah kenapa hari ini dia tidak mahu makan pula.

“Betul. Kau sajalah pergi. Tinggalkan aku sorang-sorang kat sini. Aku tak kisah,” kata Nana, seperti merajuk sahaja bunyinya. Bantal busuknya dipeluk.

Farah keluar setelah bertukar pakaian.

Suria bingkas bangun dan membuntuti langkah Farah.

“Eh Suria, tolong tapaukan aku mi goreng mamak satu. Guna duit kau dulu, tau! Aku malas nak ambil duit dalam bilik.” Nana tersengih macam kerang busuk.

Farah di luar sudah mencebik.

“Yelah.” Jawab Suria pendek. Tadi beria-ia tidak mahu makan. Sekarang, tahu pun lapar. Apa-apa sajalah temannya yang seorang ini.

Abang Syam, kenapa cepat sangat abang nak kahwin? Sekurang-kurangnya tunggulah setahun dua lagi. Tapi... kalau Abang Syam masuk meminang Nana sekarang pun, Nana sanggup tau!

Gatal! Belajar pun tidak habis lagi, sudah fikir tentang kahwin!

Page 8: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

8

CUTI semester memang membosankan walaupun hanya dua minggu sahaja. Tidak tahu

hendak buat apa. Makan tidur sahaja. Hendak keluar dengan teman-teman, malas. Sudahnya, duduk sahajalah di rumah jadi penunggu tetapi penakut.

Sedang Nana seronok melayan rancangan TV Tom and Jerry, tiba-tiba sebuah kereta CR-V meluncur laju memasuki pekarangan rumahnya.

Siapalah pulak datang pagi-pagi ni? Tudung yang tersedia di atas sofa disarungkan ke kepala.

“Assalamualaikum....”

Kedengaran suara wanita memberi salam.

“Waalaikumussalam. Oh, mak long. Ingatkan siapa tadi? Masuklah. Nanti Nana panggilkan mama.”

Tangan ibu saudaranya disalami. Senyum terukir di bibir kedua-duanya. Baru sahaja hendak dipanggil, mamanya sudah muncul dahulu.

Bab 3

Page 9: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

9

“Kenapa kak long tak bagitau nak datang?” tegur Puan Rosmah. Tangan kakak sulungnya disalami.

“Saja....”

Senyuman Nana mati apabila ternampak kelibat seseorang. Aduh! Jantungnya berdegup laju. Wajah yang dirindui siang dan malam walaupun sudah menjadi tunangan orang. Pergerakannya kaku. Mata tidak lepas memandang wajah kacak abang sepupunya itu. Alahai, makin handsomelah pulak aku tengok. Sabar, Nana. Behave yourself. “Eh, Abang Syam pun ada? Duduklah.”

Hisyam tersenyum memandang adik sepupunya itu.

Alamak, cair aku dibuatnya. Lemah lutut aku macam ni.

“Hmmm... Nana dengan Syam borak-boraklah dulu, ya. Mama dengan mak long nak ke dapur sekejap,” usul Puan Rosmah sambil menarik tangan kakaknya ke dapur. Seperti ada perkara mustahak sahaja yang harus dibincangkan tanpa kehadiran anak masing-masing.

Nana buntu. Borak berdua dengan Abang Syam? Ni yang lemah ni. Aku nak cakap apa? Nana gelisah. Dipandang wajah abang sepupunya yang hanya berlagak selamba. Dia juga sedang cuba sedaya upaya untuk kelihatan seperti biasa. Tetapi dia tidak boleh kawal diri.

Cakap pasal Tom and Jerry tadi aci tak? Dia berkira-kira di dalam hati apabila suasana masih lagi senyap. Hisyam juga diam tidak berkata apa-apa. Dia bertambah gelisah.

“Hmmm… Nana apa khabar? Lama tak jumpa. Dah lain abang tengok.” Agak lama barulah Hisyam membuka bicara. Dia sebenarnya tidak tahu apa yang harus dibualkan. Itu mungkin satu permulaan yang baik, fikirnya.

Page 10: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

10

“Hah? Okey aje.” Nana hanya mampu tersenyum.

Nak cakap apa? Aku malulah. Sambung tengok Tom and Jerrylah. Matanya tepat memandang ke skrin televisyen. Mindanya melayang entah ke mana.

“Bila habis study?” tanya Hisyam.

“Minggu depan,” selamba Nana menjawab. Padah apabila otak melayang ke tempat lain. Telinga pun jadi kurang mendengar. Mulalah otak mentafsir perkara yang salah.

“Hah? Minggu depan?” Hisyam hairan.

Biar betul sepupu aku ni! Takkan minggu depan habis belajar sekarang dia masih duduk berehat di sini?

“Eh, abang tanya apa tadi?”

Apa aku jawab tadi? Malunya… mana nak sorok muka ni? Dalam mangkuk jamban, aci?

“Abang tanya, bila habis study?” ulang Hisyam sambil tergelak halus.

Berangan ke minah ni? Atau syok sangat tengok kartun kat TV tu?

“Hmmm... bulan lima ni.”

Eee... malunya tidak tahu nak cakap. Itulah... control sangat. Kan dah malu! Air teh diteguk perlahan. Cuba mengawal getaran di jiwanya. Jantung pun sedari tadi asyik dup dap dup dap.

“Nantilah saya cakap macam mana. Benda macam ni tak boleh buat main-main, kak.”

Kedengaran suara Puan Rosmah yang baru keluar dari dapur bersama kakak sulungnya.

Puan Hasnah mengangguk. “Ye la. Tapi akak harap sangat kat Mah.”

Page 11: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

11

Puan Rosmah mengangguk lemah.

Apesal lain macam aje muka mama? Tadi elok aje. Bukan main ceria bila mak long datang.

“Nana, mak long balik dulu ya. Dah nak tengah hari ni. Senang-senang datanglah rumah.”

Nana sekadar mengangguk. Tangan mak longnya disalam. Wajah Abang Syam dipandang sekilas. Tak sanggup tenung tunang orang lama-lama. Nanti tak boleh tidur pulak!

“Kenapa mak long tadi tu ma? Pelik saja Nana tengok. Orang nak dapat menantu mestilah happy, tapi mak long tu macam sedih saja?”

Hu hu hu. Taktik korek rahsia tu. Maklumlah, tadi mak longnya cakap dengan mama kat dapur. Macam ada rahsia kerajaan saja.

“Tak ada apa-apalah. Penat agaknya. Yelah, sorang-sorang buat persiapan,” dalih Puan Rosmah. Belum masanya untuk bercerita. Nantilah.

“Kesian mak long. Nantilah Nana pergi tolong.”

Kuat ke aku? Buat persiapan untuk perkahwinan orang yang aku cinta? Menyesal pulak tawarkan diri tadi. Dah terlepas, nak buat macam mana? Nasiblah kau Nana....

“NANA, mama nak cakap sikit boleh?”

“Alahai mama ni... cakap ajelah. Apesal tak boleh pulak? Kelakarlah mama ni.”

Pelik betul mama ni. Bila pulak aku buat undang-undang kena minta kebenaran dulu sebelum bercakap? Apa-apa sajalah.

Page 12: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

12

“Ni... pasal mak long tadi.”

Puan Rosmah masih teragak-agak mahu meneruskan bicaranya. Dia tidak mahu anaknya terkejut. Dia tidak mahu anaknya berada di dalam keadaan serba salah.

Eh, tadi kata tak ada apa-apa. Ni yang aku tak sedap hati ni. Nana membetulkan kedudukannya. Dari wajah mamanya, dia dapat mengagak ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku. “Kenapa pulak dengan mak long, ma? Tadi mama kata tak ada apa-apa.”

Isy, suspenslah pulak mama aku ni.

Papa tenang menghadap Buletin Utama. Sesekali memandang muka mama yang seakan meminta kekuatan.

“Macam ni... mama pun tak tahu macam mana nak cakap.”

Puan Rosmah serba tak kena. Muka puteri kesayangannya dipandang penuh kasih sayang. Entah apalah agaknya reaksi anaknya nanti. Bolehkah diterima semua yang akan dia katakan nanti?

“Kenapa ni mama? Papa? Cakaplah,” tanya Nana semakin tidak sabar.

Apa yang susah sangat nak cakap ni? Nak suruh aku jadi pengapit ke? Tapi takkanlah sampai susah nak cakap macam ni? Nak suruh aku jadi pengantin? Bila-bila masa pun boleh. Tak payah cakap, aku memang dah sedia. Tapi, takkanlah kut!

“Tunang Syam mintak putus.”

Mata Nana membulat. Bagai tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya tadi. Mamanya tidak main-main, kan? “Hah???”

Isy biar betul! Aku tak silap dengar ke ni? Isy, bukan

Page 13: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

13

ke dia orang nak kahwin dua minggu lagi? Nana semakin gelisah. Duduknya juga sudah beralih. “Kenapa mama?”

Makin tidak sabar dia hendak mengetahui cerita selanjutnya.

“Entahlah. Tak pulak mak long Nana bagitau.”

Itu baru permulaan. Ada lagi satu perkara yang perlu anaknya tahu. Sangat penting. Lebih penting daripada berita tadi.

“Habis tu, apa kena-mengena dengan Nana?”

Haah. Apa kena-mengena dengan aku? Lantaklah tunang dia nak putus. Memanglah aku gembira, tapi kesian mak long. Lagi dua minggu nak buat majlis, tup-tup tak jadi.

“Mak long mintak Nana jadi pengganti.”

Cekodok yang baru nak disuap ke mulut tergolek jatuh ke atas karpet.

Aku bermimpi? Ganti? Kahwin dengan abang? Eh, sekejap. Pipi ditampar beberapa kali. Sakit. Maknanya aku tidak bermimpi.

“Nana? Dengar tak mama cakap apa ni?” Risau pula Puan Rosmah melihat anak gadisnya yang kelihatan tergamam. Kesian... tak pasal-pasal jadi mangsa.

“Mama biar betul! Mama jangan main-main dengan Nana.”

Isy, mama ni nak bergurau pun tengoklah dulu. Papa pun senyap saja. Bantah pun tidak, setuju pun tidak. Nana menelan air liur. Muka mamanya tidak menunjukkan yang wanita itu sedang bergurau.

“Buat apa mama nak main-main. Semua persiapan dah hampir siap. Kad pun dah diedar. Pengantin pulak lari. Mak long tak nak batalkan majlis tu. Syam pun dah setuju.”

Page 14: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

14

Puan Rosmah mengusap kepala anaknya. Dia tahu memang sukar hendak buat keputusan ini serta-merta. Perlu berfikir panjang. Tambahan pula, Nana masih lagi belajar.

Abang Syam setuju kalau aku jadi pengganti? Yang ni lagi aku tak percaya. Biar betul sepupu aku tu! Terbayang wajah kacak abang sepupunya. Wajah selamba yang menegurnya siang tadi.

Nana kelu seribu bahasa. Berkahwin dengan Abang Syam memang impiannya, tetapi masalahnya... dia belum habis belajar lagi. Malulah nanti dengan orang lain. Hatinya berbelah bahagi. Tetapi kalau tidak ambil peluang itu sekarang, ada lagikah peluang dia hendak kahwin dengan Abang Syam? Macam mana kalau dia tolak, mak long cari orang lain? Melepas dia!

“Mama tahu Nana susah nak buat keputusan. Nana fikirlah dulu. Mama terima apa saja keputusan Nana.”

Kepala anak manjanya terus diusap dengan penuh kasih sayang. Kesian anak aku... terpaksa membuat keputusan sebesar ini pada usia yang masih mentah.

MALAM itu, tidurnya tidak lena gara-gara memikirkan perkara yang dibangkitkan oleh mama siang tadi.

Aduh, macam mana nak buat ni? Nak buat solat istikharah, hati tak kuat. Betul ke Abang Syam setuju? Isy, tak percayalah aku. Biar betul mamat ni! Betul ke dia tak kisah kahwin dengan aku? Patutlah muka dia tadi tenang aje. Tapi takkan tak sedih putus tunang? Dengarnya dah lama jugak dia orang bercinta. Sejak sama-sama belajar di Australia dulu. Takkan tak rasa apa-apa kut? Isy, keliru aku.

Page 15: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

15

Ala... lelaki, mana nak tunjuk perasaan mereka depan orang, kan?

Isy, siapa pulak call malam-malam buta ni? Kacau orang tengah berangan sajalah. Alamak, Kak Yaya. Dia dah tahu ke pasal ni? Mestilah mak long dah bagitau anak dia sorang nikan?

“Dah tidur ke adik akak ni?”

“Belum la kak. Malam masih muda. He he he!”

“Tengah berangan ya?”

Aik, macam tahu-tahu aje kakak aku sorang ni. “Eh, mana ada! Pandai ajelah akak ni.” Cover sikit!

“Manalah tahu dah berangan-angan pakai baju pengantin,” serkap Zahlia.

Gulp!

Aduh, Kak Yaya ni. Dia pakai ilmu apa, ya? Nak jugak aku belajar. Boleh jugak aku tahu Abang Syam tengah buat apa sekarang ni. “Isy, ke situ pulak. Mana ada, kak. Orang tengah baca magazine ni.”

Yelah tu. Majalah pun tak nampak batang hidung. Bantal busuk adalah.

“Majalah pengantin ke? So, macam mana? Dah sedia?” usik Zahlia lagi. Dia memang suka menyakat Si Nana ni. Dari kecil sampai besar.

“Kak Yaya!!! Tak sukalah macam ni. Merajuklah!” Nana tarik muka empat belas. Buruk benar. Dah macam Joyah jual getah gayanya.

“Alahai merajuklah pulak. Tak apa, nanti akak suruh Abang Syam pujuk, ya sayang.” Makin galak Zahlia mengusik.

Page 16: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

16

Nana sudah hendak menangis. Malu. Siap kau, kak. Jumpa nanti tahulah apa Nana nak buat!

“Okeylah bakal kakak ipar, adik ipar tak nak ganggulah orang tengah berangan ni. Jangan tidur lewat sangat tau! Nanti tak berseri pulak kat atas pelamin.”

Zahlia sempat lagi menyakat.

“Kak Yaya!!!”

Geram betul dia dengan kakak sepupunya itu. Tetapi di dalam hati, gembira juga.

Eh, tapi betul ke aku nak kahwin dengan Abang Syam ni? Keputusan tak ada lagi ni. Kahwin ke tak nak? Isy, nak kahwin pun susahlah. Adoi...!!!!

Page 17: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

17

“FARAH, betul ke apa yang aku buat ni?”

Farah seperti tidak percaya apabila Nana memberitahunya bahawa dia hendak berkahwin. Dengan sepupu sendiri pulak tu! “Aku pun tak tahu. Tapi kalau kau rasa tindakan kau tu betul, just go on.”

Farah pun tidak tahu hendak cakap macam mana. Bukannya dia ada pengalaman bab-bab macam ni. Pakwe pun tak ada.

“Tapi kau janji jangan bagitau orang lain tau! Malu aku.”

Berkahwin di usia semuda ini secara tiba-tiba. Pasti orang luar akan berfikir bukan-bukan.

“Apa hal pulak nak malu? Bangga apa dapat kahwin. Bukan calang-calang orang laki kau tu. Doktor tu...!”

Sengaja Farah kenakan Nana. Sebenarnya dia pun cemburu dengan temannya itu. Bakal suaminya bukan calang-calang orang. Memang bertuah badan.

Bab 4

Page 18: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

18

“Banyak la kau punya bangga!”

Tapi memang bangga pun dapat kahwin dengan Abang Syam. Cinta pertama tu! Bukan semua orang dapat kahwin dengan cinta pertama. Aku ni kira bertuah la ya? Dalam kebimbangan terselit juga kegembiraan dan keterujaan.

“Nampaknya kempunanlah Si Johan tu. Kesian dia....” Farah cuba membayangkan wajah Johan jika lelaki itu tahu akan hal ini. Pasti lelaki itu kecewa.

“Johan? Ah, lantaklah. Aku peduli apa! Aku dah cakap awal-awal dengan dia. Dia tu yang pekak badak sangat. Ingat aku cakap bahasa Tamil agaknya. Susah sangat nak faham.”

Geram pula apabila dia teringatkan Si Johan yang tidak faham bahasa itu. Asyik hendak mengacau sahaja kerjanya. Dah orang tak nak tu, tak naklah! Sekali aku keluar bahasa Slovakia... baru ternganga.

“Nanti aku datang rumah kau. Maybe hari Rabu. Aku discuss dengan Suria dulu ya.” Farah mencongak-congak berfikir. Mungkin hari Rabu yang paling sesuai. Sekurang-kurangnya dia dapat juga bantu Nana buat persiapan terakhir.

“Okey, janji datang tau! Aku takut ni,” ujar Nana membuat muka kesian walaupun dia seorang sahaja yang dapat melihat. Talian dimatikan. Sambung berangan balik. Lagi dua minggu dia bakal bergelar isteri orang. Macam mimpi pula rasanya. Tidak pernah terlintas hendak kahwin dalam usia semuda ini. Dua puluh dua tahun. Dengan Abang Syam pulak tu!

“Argh!” Bantal busuk ditekup ke muka. Tidak boleh dibayangkan macam mana menjadi isteri kepada sepupu sendiri. Sudahlah kenal sejak kecil. Malunya...!

Page 19: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

19

Malu bercampur gembira. Jika difikirkan, apa lagi yang dia mahukan selain Abang Hisyam. Hanya Abang Hisyam yang menemani mimpi siang dan malamnya. Mungkin doanya selama ini telah dimakbulkan Tuhan. Bukan meminta perpisahan di antara lelaki itu dan bekas tunangnya, tetapi jika ditakdirkan ada jodoh di antara dia dan Abang Hisyam, dia akan terima dengan hati yang terbuka. Semuanya kerana dia tidak pernah ada lelaki lain di dalam hidupnya. Hanya Abang Hisyam seorang.

“Nana, jangan lari... nanti jatuh!”

Larangan Kak Yaya tidak diendahkan. Rama-rama coklat hitam besar yang terbang terus dikejar. Dia mesti dapatkan rama-rama itu.

Gedebuk!

Alamak, salah tempat mendarat pulak. Sakitnya kaki. Nana bangun perlahan-lahan. Mukanya comot dek kerana terjatuh di dalam lumpur. Itulah... degil sangat!

“Ha... kan akak dah kata jangan lari. Nasib baik jatuh dalam lumpur. Kalau jatuh dalam lombong macam mana?” Kak Yaya tergelak melihat muka Nana yang sudah macam askar masuk hutan. Dia segera mendapatkan gadis kecil itu dan membantu Nana untuk bangun.

Isy, Kak Yaya ni. Orang tengah sakit dia buat lawak pulak. Sakit tau! Nana menggosok-gosok kakinya yang sakit. Terhincut-hincut dia berjalan.

“Dah, jangan nangis lagi. Jom masuk. Kita sapu ubat.”

Nana mengikut sahaja cadangan kakak sepupunya. Teresak-esak dia menangis.

“La... kenapa pulak ni? Habis kotor baju ni. Kenapa

Page 20: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

20

kaki berdarah tu?” Abang Hisyam yang kebetulan ada di situ bertanya sebaik sahaja Nana dan Zahlia masuk ke dalam rumah. Dia juga sebenarnya menahan gelak melihatkan muka Nana yang comot. Tetapi bila melihatkan kaki adik sepupunya yang berdarah, terbit rasa kasihan di hatinya.

“Nana jatuh dalam lumpur kat depan tu tadi. Tu la, degil sangat,” adu Zahlia.

Nana masih lagi teresak-esak. Sudahlah kakinya sakit, dia pula terpaksa menahan malu berhadapan dengan abang sepupunya dalam keadaan yang sebegini.

“Hmmm... tak apa. Mari sini abang sapu ubat. Tapi, pergi basuh muka dulu.”

Baiknya abang sepupu aku ni. Macam manalah aku tak jatuh hati? Walaupun masa tu baru darjah enam, tapi kalau kena layan macam ni, budak tadika pun boleh jatuh hati. Abang Syam ni baik sangat dengan aku. Walaupun ada adik sendiri, tapi aku pun dia manjakan. Maklumlah, aku tak ada abang. Hanya ada kakak. Itu pun sekarang ni sedang menyambung pelajarannya di seberang laut. Jadi sepupu aku berdua ni sajalah yang aku ada.

Tapi, hubungan kami semakin renggang apabila Abang Syam sambung belajar di Australia. Masa tu aku baru tingkatan satu. Tapi, semua pasal Abang Syam aku tahu. Kak Yaya yang cerita. Nak tanya terang-terang, aku malu. Nanti dia perasan pulak yang aku minat kat abang dia. Tapi kakak sepupu aku sorang ni macam tahu-tahu saja aku suka dekat abang dia tu. Sebab tu, setiap kali jumpa mesti cerita pasal Abang Syam. Seronok. Gatal jugak aku ni ya!

Hadiah-hadiah yang Abang Syam bagi semasa kecil sampai sekarang aku simpan. Kad hari lahir semasa darjah enam pun aku simpan lagi. Satu kotak. Tak siapa boleh usik

Page 21: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

21

kotak tu. Mama pun tak berani nak buka. Harta karun paling berharga, bukan senang nak dapat.

“Nana... turun! Mak long datang ni!” jerit mama dari tingkat bawah.

Opocot! Terkejut aku! Tengah sedap berangan ni, ada saja yang kacau. Tension betul! “Ye, kejap.”

Kenapa mak long datang? Seganlah pulak nak jumpa. Nana segera membetulkan bajunya. Rambut disisir rapi dan diikat kemas. Baru nak turun, mak long terlebih dahulu masuk ke bilik. Alamak, bakal mak mertua buat spot check ke? Dahlah bilik bersepah ni. Tak sempat nak kemas.

“Susah-susah aje mak long naik. Nana baru nak turun,” ujar Nana sambil tangan mak long disalamnya.

Mak long menarik Nana ke dalam pelukan. Belakangnya diusap penuh kasih.

Apa hal pulak mak long aku ni? Nana hairan. Tiba-tiba sahaja mak long memeluknya. “Duduklah mak long. Maaflah, bilik bersepah sikit. Tak sempat nak kemas lagi ni.”

Tak sempatlah sangat. Alasan saja tu. Sebenarnya asyik berangan.

“Tak apa. Mak long faham. Mesti banyak yang Nana kena prepare, kan? Mak long mintak maaf sangat-sangat dengan Nana.” Mak long bersuara sayu.

“Eh, tak adalah mak long. Kan semua mak long yang sediakan. Nana sedia badan saja ni,” kata Nana buat sedap hati mak long.

“Nana betul tak menyesal dengan keputusan Nana ni? Betul Nana tak ada teman lelaki lagi?” Buat kesekian kalinya mak long bertanya. Dia bimbang anak saudaranya akan terseksa dengan permintaannya yang tiba-tiba itu kelak.

Page 22: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

22

“Mak long, kalau Nana dah ada pilihan sendiri, Nana takkan setuju dengan pernikahan ni. Mak long jangan risau. Nana okey.”

Nana tak pernah jatuh cinta dengan orang lain, mak long. Dengan Abang Syam sorang aje dari dulu sampai sekarang. Ingin diluahkan, malu. Biarlah masa sahaja yang menentukannya. Biar rahsia itu terbongkar dengan sendirinya.

“Amboi… mesranya menantu dengan mentua. Ini yang jealous ni. Kalau dah nikah nanti, anak sendiri pun lupa agaknya.”

Zahlia yang tiba-tiba muncul mengusik ibu dan sepupu atau bakal kakak iparnya seraya memeluk manja ibunya.

“Isy, mana ada kak. Borak-borak saja. Cemburu ke?” canda Nana.

“Mestilah. Tapi kalau setakat dengan Nana ni, tak berapa nak cemburu sangatlah.” Zahlia mencebik tanda dia tidak hairan.

“Oh… okey. Kita tengok nanti macam mana.”

“Korang ni! Tak habis-habis? Dari kecil sampai besar, tak berubah langsung! Dahlah, mak keluar dulu. Hah, Yaya, alang-alang ada kat sini, tolong Si Nana ni kemas bilik dia. Ada jugak faedah. Kesian dia kena buat sorang-sorang.” Suruh mak long sambil berlalu keluar.

Pasti kalau tinggal serumah nanti lebih meriah. Walaupun dia sudah biasa tinggal di rumah Zahlia, tetapi pasti suasananya berbeza jika dia sudah menjadi isteri Hisyam. Apa yang pasti, Zahlia mesti akan lebih galak mengusik dan menyakatnya.

Page 23: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

23

SEMAKIN dekat hari pernikahan, semakin bercelaru perasaan Nana. Kadang-kadang rasa seronok

sangat, teruja dengan alam baru yang akan ditempuhinya. Kadang-kadang takut, bimbang tidak dapat melaksanakan tanggungjawab baru yang bakal dipikulnya. Tetapi apa yang pasti, dia telah menerima lamaran mak longnya dan akan berkahwin dengan Abang Syam, merangkap sepupunya sendiri esok. Semua persiapan telah disiapkan oleh mak long. Majlis di rumahnya akan hanya dibuat selepas dia habis belajar nanti. Baju pengantin berwarna perak bercampur ungu yang tergantung di dinding biliknya dipandang dengan perasaan yang bercampur baur.

Macam mana rupa aku pakai baju tu, ya? Sesuai ke? Isy... kenapalah dengan aku ni? Bertenang, Nana. Esok kau akan jadi isteri Abang Syam yang sah. Bukan ke itu yang kau impikan selama ni?

Memanglah, tapi macam mana kalau dia tak dapat terima aku sebagai bini dia?

Bab 5

Page 24: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

24

Kan dia sendiri yang setuju kalau kau jadi bini dia?

Memanglah. Tapi kalau dia buat tu semua sebab tak nak susahkan mak dia, macam mana? Terseksa aku!

Takkanlah Abang Syam nak buat macam tu kat kau? Diakan baik orangnya?

“Argh!!! Benci….” Nana melepaskan tekanannya. Perasaan positif dan negatifnya berlaga. Semuanya gara-gara majlis pernikahan esok.

“Nana? Kenapa menjerit tadi?” tanya mama yang tiba-tiba muncul. Mukanya berkerut. Jangan anaknya buat hal pulak. Esok majlis penting!

“Hah? Tak ada apalah, ma. Ada cicak jatuh tadi. Tu yang terkejut tu. Mama tak tidur lagi ke? Dah malam ni. Nanti esok tak terjaga, susah.”

Banyaklah cicak! Agaknya cicak nak masuk bilik aku ni pun takut. Pantang nampak cicak, mesti kena lastik.

“Mama nak tidurlah ni. Terperanjat dengar Nana menjerit. Dahlah. Tidur. Mama tak tidur pun tak apa. Awak tu yang kena tidur. Nanti ada pulak esok pengantin lelaki bersanding sorang-sorang atas pelamin,” seloroh mama sebelum menutup pintu bilik Nana.

“Good luck Nana. You can do it.”

Kata-kata semangat untuk diri sendiri. Dia melelapkan mata. Esok hari paling penting buatnya. Mesti bersemangat.

Chaiyok!!!

Page 25: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

25

PALUAN kompang memeriahkan suasana. Majlis akad nikah sudah selamat dijalankan. Kini Diana

Syakira binti Suhaimi sah menjadi isteri kepada Mohd. Hisyam bin Mohd. Nor. Sukar untuk digambarkan perasaan Nana saat Abang Syam melafazkan akad nikah sebentar tadi. Air jernih begitu mudah menitis dari tubir matanya. Terharu. Saat bibir Abang Syam mengucup mesra dahinya, terlalu indah perasaan itu untuk digambarkan.

“Meriahnya wedding kau, Nana. Jealous aku tau!” Farah yang telah sampai ke rumahnya pagi-pagi tadi begitu teruja dengan pernikahan teman baiknya ini.

“Yalah. Aku pun cemburu. Rasa macam nak kahwin esok jugak.” Suria pula menyampuk.

“Hah, kalau macam tu, nikah ajelah. Nanti aku bagitau dekat Zarul ya?” usik Nana.

“Isy, aku gurau ajelah. Seronok tengok orang kahwin. Tapi aku tak sedia lagilah. Duit pun tak ada ni.”

“Eh, Nana. Kau tak bagitau Johan ke yang kau

Bab 6

Page 26: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

26

kahwin hari ni?” tanya Farah. Tiba-tiba dia teringatkan lelaki itu. Lelaki yang begitu mengharapkan cinta Nana. Tidak pernah putus asa selama empat tahun ini. Kalau dia tahu pujaan hatinya sudah jadi milik orang sekarang, mesti dia sangat kecewa.

“Ah, buat apa aku nak bagitau dia? Dia bukannya siapa-siapa pun. Korang pun kena ingat, jangan bagitau siapa-siapa tau yang aku dah nikah. Especially mamat tu. Promise?”

“Okey.”

Suria dan Farah menjawab serentak. Keras hati betul Si Nana ni. Langsung tak terbuka hati untuk menerima cinta Johan. Cakaplah apa sahaja yang Johan tidak buat untuknya. Semuanya Johan lakukan demi memiliki cintanya. Johan sanggup ponteng kuliah semata-mata untuk menghantarnya ke klinik semasa dia demam, tidak lupa memberi hadiah tidak kira pada hari jadinya atau tidak. Terlalu tulus cinta lelaki itu untuk Nana tetapi Nana langsung tidak tersentuh hati.

“Nana, dah nak maghrib ni. Jom kita masuk. Tak elok duduk luar waktu macam ni.”

Abang Syam yang menyapa tiba-tiba menghentikan gelak ketawa mereka bertiga.

Alahai, lembutnya suara. Ini yang buat aku makin terpikat ni....

“Yalah Nana. Kalau macam tu, aku dengan Farah balik dululah. Kita jumpa kat kolej sajalah nanti ya. Tapi jangan buat-buat lupa nak datang pulak. Maklumlah, dah dapat laki handsome,” usik Suria membuatkan Nana tersipu malu.

“Isy, korang ni. Aku tahulah. Thanks sebab sudi

Page 27: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

27

datang. Ingat janji kita tau!” Nana memeluk kedua-dua sahabat baiknya sebelum kedua-duanya beredar.

NANA mundar-mandir di dalam bilik. Jantungnya berdegup kencang. Macam mana ni? Aku mana reti bab-bab macam ni. Habislah… gumam hati Nana. Dulu, masa teman-temannya bercerita mengenai malam pertama, dia langsung tidak ambil peduli. Alasannya, lambat lagi. Nanti boleh belajar. Hah, sekarang, dia juga yang tak keruan.

Pintu bilik dibuka. Terpacul wajah Abang Syam dengan senyuman mesranya. Ya Allah, kuatkanlah hati hamba-Mu, doa Nana di dalam hati. Wajahnya sudah pucat.

“Nana tak tidur lagi? Tak penat ke?” tanya Hisyam seraya duduk di sebelah isterinya.

“Belum. Tak ngantuk lagi.”

Isy, janganlah duduk rapat-rapat sangat. Seram ni...! Nana makin tidak senang duduk apabila Hisyam merapatkan kedudukannya.

“Tunggu abang ya?”

Menggoda sekali suara Abang Syam di pendengaran Nana. Aduh… janganlah buat macam ni. Amma... appa... help me! “Ya. Eh, bukan... bukan. Betul, Nana tak ngantuk lagi.”

Alamak, terkantoilah pulak. Eee... malunya!

Hisyam tergelak. Lucu melihat Nana gelabah. Kasihan dia. Mesti terkejut kena kahwin tiba-tiba macam ini. Dia sendiri juga bagaikan tidak percaya yang dia berkahwin dengan sepupu yang sudah dianggap seperti adik kandungnya sendiri. Memang pada mulanya dia yang bersetuju dengan

Page 28: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

28

cadangan emaknya untuk menggantikan tempat Hani dengan Nana kerana kasihankan emaknya. Dia tidak sanggup melihat emaknya menanggung malu. Bukan dia tidak kasihankan Nana, tetapi entahlah. Fikirannya tidak tenang ketika itu.

Keputusan Hani untuk memutuskan pertunangan mereka di saat akhir amat menghancurkan hatinya. Selama tujuh tahun menyulam cinta, tiba-tiba pada saat pernikahan mereka semakin hampir, Hani memutuskannya tanpa sebarang alasan yang kukuh. Terlalu payah untuk dia menerima hakikat bahawa cinta pertamanya hancur begitu sahaja. Dia terlalu mencintai Hani. Dan kini, dia perlu menyemai perasaan cinta itu sekali lagi terhadap isterinya. Terlalu payah dirasakan kerana perasaan sayangnya pada Nana adalah perasaan sayang seorang abang kepada adiknya. Tetapi dia harus mencuba. Gadis di hadapannya ini telah banyak berkorban untuk dia sekeluarga.

“Abang, kenapa ni? Abang penat ya. Kalau abang nak tidur dulu, tidurlah.”

Pelik Nana melihat suaminya tiba-tiba senyap. Tadi bukan main romantik!

“Taklah. Nana, abang nak tanya satu soalan boleh?” Dia mesti tahu perkara ini. Untuk kebahagiaan mereka juga.

“Apa dia? Tanya ajelah.”

Abang nak tanya seribu soalan pun Nana sanggup jawab.

“Hmmm... dah...”

Tiba-tiba telefon bimbit Nana berdering. Telefon dicapai. Alamak, kenapa masa ni jugak dia nak call? Nana memutuskan talian.

“Siapa tu? Kenapa tak jawab?”

Page 29: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

29

Teman lelakinyakah? Mungkin dia tak selesa kalau aku ada di sini.

“Errr... tak ada siapa-siapalah. Salah nombor kut,” jawab Nana sedikit gusar. Telefon bimbitnya sekali lagi berdering.

“Jawablah. Abang nak ke bawah kejap.” Hisyam bingkas bangun dan menuju ke tingkat bawah.

Nana hanya memandang dengan perasaan yang sebal. Isy, mamat sengal ni! Merosakkan suasana orang betullah. Tak ada masa lain ke nak telefon? Tak payah telefon terus pun tak apa! Nak tak nak dia jawab juga panggilan itu.

“NANA mana? Dah tidur ke?” tanya Zahlia yang sedang sibuk mengemaskan pinggan mangkuk apabila melihat kehadiran abangnya.

“Ada kat atas. Tak tidur lagi.”

“Kenapa ni? Macam tak ada mood aje? Hai, takkan tak sampai sehari nikah dah gaduh kut?” usik Zahlia.

“Isy, ke situ pulak. Mana ada! Abang tak macam awak tu. Hari-hari gaduh. Tu belum kahwin, esok dah kahwin, entah apa jadi kat Si Haidar tu,” balas Hisyam.

Zahlia mencebik. Ada sahaja idea abangnya hendak mengenakannya.

“Yaya, abang nak tanya sikit boleh?”

Hisyam mula mengatur bicara. Mungkin adiknya tahu. Mereka berdua rapat. Mungkin Nana ada ceritakan apa-apa pada Zahlia.

“Apa dia?”

Page 30: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

30

“Nana ada cerita apa-apa tak kat Yaya? Pasal pakwe dia ke... apa ke?”

“Hah? Tak ada pulak. Kenapa? Abang jealous ya? Tanyalah dia sendiri.”

Hai, apalah abang aku sorang ni. Benda tu pun takut ke nak tanya bini sendiri?

“Hmmm... tak apalah. Abang nak naik dulu. Kesian Nana sorang-sorang.”

“Kesian ke rindu? Jangan ganas-ganas sangat, ya bang. Kesian anak orang tu. Budak lagi tu.”

Zahlia tergelak kuat selepas mengusik abangnya untuk kesekian kalinya.

Hisyam sudah sedia dengan kain buruk di tangan. Balingannya tepat mengena muka Zahlia.

“Hah, padan muka! Gelak lagi.”

Giliran Hisyam pula yang gelak seraya meninggalkan adiknya yang mencuka.

Pintu bilik dikuak. Terang dan senyap. Hisyam melihat sekujur tubuh Nana terbaring di katilnya. Gadis itu dihampiri. Nyenyak sekali tidurnya. Telefon masih di tangan.

Mungkin benar itu teman lelaki dia. Dia mencapai bantal dan merebahkan diri di atas karpet. Mungkin Nana perlukan masa. Biarlah... dia akan tunggu sehingga Nana betul-betul bersedia.

Page 31: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

31

NANA terjaga ketika azan subuh berkumandang. Malasnya nak bangun. Mengantuknya… tidur

sekejap lagilah. Dia kembali melelapkan mata. Tiba-tiba... “Alamak!”

Peristiwa yang berlaku semalam menerjah kepalanya. Kenduri, persandingan, akad nikah....

Ya Allah, aku dah jadi bini orang. Tapi mana suami aku? Mana Abang Syam? Di sebelahnya kosong. Bantal pun tiada. Hampir menjerit Nana melihat sekujur tubuh suaminya meringkuk kesejukan di bawah. Nasib baik tidak dipijaknya.

Ya Allah. Kenapa abang tidur kat bawah? Apa dah jadi semalam? Aku tak bagi abang tidur atas ke? Dia tidak ingat apa yang berlaku semalam sebelum tidur. Yang dia ingat dia tertidur ketika berbual dengan Johan di telefon. Nasib kaulah Johan. Selepas itu, dia tidak ingat apa yang berlaku.

Kenapa abang tak tidur kat atas katil? Tak sudi

Bab 7

Page 32: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

32

tidur dengan aku ke? Hati Nana hiba tiba-tiba. Ditahan air mata daripada mengalir. Perlahan-lahan dia bangun menuju ke bilik air. Mungkin hatinya akan tenang sedikit selepas solat.

Nak kejut ke tak nak? Nanti tak kejut aku yang dapat dosa percuma. Belum pun sempat tangannya mendarat di kaki suaminya, lelaki itu lebih dulu terjaga. Cepat-cepat Nana bangun. Buat-buat tak tahu.

“Nana dah solat ke?”

Tersentak Nana mendengar soalan Hisyam yang tiba-tiba itu.

“Dah. Bangunlah.”

“Abang baru ingat nak solat jemaah. Tapi tak apalah kalau Nana dah solat.”

Hisyam bangun dan mencapai tuala sebelum melangkah ke bilik air.

Hah, solat jemaah? Aduh, malunya... Sebelum ini, kalau papa dan mamanya ajak dia solat subuh berjemaah, mesti ada sahaja alasan yang diberi. Tidak pernah hendak berjemaah sama-sama. Tetapi sekarang, suaminya sendiri ajak berjemaah. Hendak bagi alasan apa? Tapi okeylah tu daripada dapat suami yang tak solat langsung. Berkat sikit keluarga aku. Amin.

Page 33: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

33

“BETUL ni Nana tak nak ikut abang?” tanya Hisyam. Dia perlu pulang ke Kuala

Lumpur hari ini kerana cutinya telah tamat. Sebolehnya dia mahu Nana mengikutnya pulang. Mungkin dengan cara itu dia dapat mengenali Nana dengan lebih dekat dan mengeratkan hubungan mereka. Tetapi Nana semacam berat hati untuk mengikutnya.

“Tak apalah bang. Lagipun Sabtu ni dah nak balik kampus. Banyak benda nak kena settle kat sini.”

Abang, tak payahlah balik dulu. Baru nikah dua hari dah kena tinggal. Nak ikut... rintih hati Nana.

“Hmmm… tak apalah kalau macam tu. Tapi nanti abang cuba balik hari Jumaat. Sabtu boleh abang hantar Nana balik kampus, okey?”

“Eh, tak apalah bang. Nana boleh naik bas. Dah biasa. Bukannya jauh sangat pun.”

Abang baliklah sini hari Jumaat nanti. Nana lagi suka kalau abang hantar Nana ke kampus. Namun, kata-kata

Bab 8

Page 34: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

34

itu hanya bermain di hatinya sahaja. Sayang, tidak terluah di bibir.

“Abang pergi dulu. Kalau ada apa-apa, call abang.”

Nana mengangguk tanpa bicara. Dia menyalami tangan suaminya.

Hisyam mengucup mesra dahi Nana.

Abang, peluklah daku… nak cium lagi. Isy, gatal betul kau ni, Nana. Tapi tak apalah, suami aku. Ikut suka akulah.

“Ops...!”

Alamak, dia dengar ke aku cakap apa? Aduh, malunya....

Hisyam memeluk Nana erat. Pipi isterinya dikucup. Berat rasanya hendak meninggalkan isteri yang baru dinikahinya dua hari lepas.

Ah, sekejap aje. Bukannya tak jumpa langsung lepas ni!

Muka Nana panas. Malu diperlakukan begitu. Sudahlah depan mama dan papa.

Isy, abang ni. Semalam tak nak peluk. Depan mama dengan papa nak main peluk-peluk pulak! Malu…! Hai, tak tidurlah kau malam ni, Nana.

Kereta Hisyam meluncur laju meninggalkan pekarangan rumah. Hati Nana menjadi sayu. Abang, cepat balik. Nana dah rindu ni....

“Nana, tak nak masuk ke? Dahlah tu. Bukannya cik abang awak tu pergi tak kembali.” Perli mama.

Nana tersipu malu. Isy, mama ni. Macam tau-tau aje!

Page 35: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

35

NANA termenung panjang. Penumpang lain yang berada di dalam bas juga buat hal masing-

masing. Terasa jauh perjalanannya kali ini. Rindunya pada suami tidak tertanggung.

“Nana, abang mintak maaf. Esok abang tak boleh hantar Nana balik kampus. Ada emergency.”

Luluh rasa hatinya. Apa tidaknya, sepanjang lima hari menunggu kepulangan Abang Hisyam, fikirannya hanya dipenuhi dengan angan-angan. Membayangkan yang dia akan berdua-duaan dengan suaminya sepanjang perjalanan ke kampus. Gurau senda, kata-kata romantis, kehangatan sentuhan suami. Argh... semuanya hanya tinggal angan-angan. Kini, dia sendirian. Tiada gurau senda, tiada usikan manja, juga tiada kata-kata romantis mengusik jiwa. Hatinya menangis.

Kenapa abang buat macam ni? Nana rindu sangat dekat abang. Abang tak rindu Nana ke? rintih hati kecilnya. Air mata yang ingin menuruni pipinya segera diseka.

Bab 9

Page 36: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

36

HISYAM menilik jam di pergelangan tangannya.

Mesti Nana dah sampai kampus. Kesian dia, hatinya berkata-kata.

Hisyam tidak dapat mengelak apabila seorang pesakit memerlukan pembedahan segera hari ini. Dia terpaksa mendahulukan pesakitnya. Lagipun Nana sendiri yang kata, dia sudah biasa balik sendiri. Terdetik juga perasaan kasihan kerana sudah berjanji dengan isterinya. Dia juga rasa rindu untuk bertemu Nana. Perasaan itu datang tiba-tiba tanpa diundang. Mungkinkah dia sudah jatuh hati pada sepupunya itu?

Suami mana yang tak sayang bini? Tapi aku masih lagi anggap dia macam adik aku. Rasa kekok nak layan dia macam isteri. What should I do?

“Hai pengantin baru, kenapa ni? Rindu kat bini ke?” Norman, rakan sekerjanya menegur.

“Isy, tak adalah. Aku penatlah. So, macam mana dengan pesakit tu? Stable?”

“Stable. Aku takut kau yang tak stable. Aku rasa, kau patut pergi jumpa dialah bro.” Norman sengih. Dia dulu pun macam itu juga. Sehari tidak berjumpa sudah menggelabah tidak tentu arah. Inikan pula tidak jumpa seminggu. Sudahlah masih lagi pengantin baru. Boleh jadi sawan dibuatnya!

Page 37: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

37

“ASSALAMUALAIKUM, Nana buat apa?” tegur Hisyam.

Nana yang masih lena ketika Hisyam menelefon, terpisat-pisat. Isy, kenapalah telefon masa macam ni? Mengantuk ni! desis hatinya.

“Hmmm… tak buat apa-apa. Saja duduk lepak-lepak.” Nana mengawal suaranya. Apa taknya, baru bangun tidur. Sah-sah suara ala-ala Amy Search sakit tekak.

“Ye ke? Suara macam baru bangun tidur aje ni?” serkap Hisyam.

“Hah?”

Nana menggelabah. Aduh, malunya. Dahlah sekarang ni pukul sembilan!

“Jom. Pergi jalan-jalan. Abang tunggu kat bawah hostel Nana ni.”

“Hah?”

Nana melompat dari katilnya. Alamak, apesal tak bagi tau awal-awal? Aku tak mandi lagi ni. Mau sejam baru

Bab 10

Page 38: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

38

siap ni...! Kelam-kabut dia mencapai tuala. Hisyam masih lagi di talian ketika itu.

“Nana? Okey ke? Ke nak abang tolong mandikan?” usik Hisyam.

“Eh, tak apa... tak apa. Nana dah bangun ni. Abang tunggu. Nanti Nana turun.”

Tolong mandikan? Biar betul laki aku ni! Buang tabiat ke apa? Tapi, kalau nak tolong pun apa salahnya. He he he….

Nana bergegas ke bilik mandi. Senyumannya tak lekang dari bibir. Suaminya ajak dating. Seronoknya… “Yahooo!!!”

“Amboi… wanginya. Kau nak pergi mana ni Nana?” tanya Suria. Peliknya. Awal benar temannya yang seorang ini bersiap. Biasanya, selagi belum pukul dua belas, tak bangun.

“Dating.”

“Dating? Dengan siapa? Johan?”

Ada ke dengan mamat tak cukup matang tu?

“Dengan suami akulah. Okey, aku pergi dululah. Bye….”

“Eh, Nana... tunggu!”

Belum sempat Suria bertanya lebih lanjut, Nana sudah hilang. Amboi... dapat laki, kawan pun tak layan. Siap kau balik nanti!

“HMMM... kita nak pergi mana ni bang?” tanya Nana. Hatinya berdebar-debar melihat Abang Hisyam yang begitu maco walaupun hanya memakai t-shirt Polo dan berseluar jeans.

Page 39: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

39

Aduh… handsomenya laki aku ni. Nak aje aku peluk kat sini. Rindunya!

“Mana-manalah yang Nana nak pergi. Abang ikut aje. Actually, abang nak mintak maaf sebab tak dapat ambil Nana kat kampung hari tu. So, hari ni abang jadi driver Nana. Nana nak pergi mana, abang sanggup bawak. Asalkan tak ke bulan, okey?”

So sweet. Ni yang Nana makin sayang kat abang ni. Isy… rasa nak cubit-cubit aje pipi abang. Kalau Nana kata nak duduk aje kat sini dengan abang sampai pagi esok boleh? Gatal betul kau ni Nana....

Hari ini memang hari yang paling membahagiakan buat Nana. Buat pertama kalinya dia keluar dengan orang yang paling dia cintai sejak sepuluh tahun lalu. Terasa macam mimpi. Rasa macam hendak hentikan sahaja masa, biar hari ini kekal sampai bila-bila. Hisyam sangat baik dengannya. Romantis sekali. Tengok wayang, makan bersuap, shopping sambil berpimpin tangan, mengelilingi Tasik Putrajaya berdua, semuanya terlalu indah. Betul-betul seperti pasangan yang sedang hangat memadu kasih. Dapat dirasakan hangatnya kasih Hisyam padanya.

“Nana happy?” tanya Hisyam semasa menghantar Nana pulang ke kampus.

Nana hanya mengangguk. Happy sangat, abang. Thanks sayang, hatinya berperi.

“Sweet dreams okay.”

Nana tak nak balik. Abang… janganlah balik lagi. Nana tak puas lagi tatap wajah abang.

Lambat-lambat Nana turun dari kereta. Payah benar kakinya hendak melangkah keluar. Macam kena lekat dengan gam gajah sahaja.

Page 40: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

40

“Kenapa sedih aje ni? Ke nak ikut abang balik?” teka Hisyam.

Nak!!! jerit hati Nana.

“Hmmm… taklah. Bila abang nak datang lagi?”

Ops, alamak! He he he!

Hisyam tersenyum. “Insya-Allah, kalau ada masa abang datang lagi. Kalau Nana rasa nak balik rumah abang, Nana call ajelah. Nanti abang datang ambil, okey?”

Nana mengangguk. Sekarang, boleh?

Nana menunggu sehingga kereta suaminya hilang dari pandangan. Air matanya yang tertahan sejak tadi gugur jua. Bahagia bercampur sedih. Tidak pernah terfikir yang hari ini akan muncul di dalam hidupnya. Tiba-tiba Nana rasa seperti diperhatikan. Dia menoleh ke kiri.

Alamak, Johan!!! Dia nampak ke Abang Hisyam tadi? Apa aku nak cakap kalau dia tanya? Isy, kacau daun betullah mamat sorang ni!

Page 41: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

41

HISYAM keresahan seorang diri. Kebelakangan ini dia asyik teringatkan isterinya.

Semua kerja yang dibuat rasa macam serba tak kena. Asyik terbayangkan wajah manis dan gelak manja Nana sahaja.

Aku dah jatuh cinta ke? Tapi, normallah tu. Diakan bini aku? Memang patut aku cinta kat dia.

Tapi dia sepupu kau. Dah macam adik kau pun.

Tapi kan ke dia dah jadi bini aku yang sah? Aku memang patut layan dia macam seorang isteri. Bukan seorang adik.

Macam mana kalau dia tak cintakan kau? Macam mana kalau dia dah ada pilihan sendiri?

“Hoi bro. Kau ni apa hal? Nak kata hilang bini, baru saja jumpa semalam.”

Bahu Hisyam ditepuk kuat, mengejutkan lelaki itu dari lamunannya.

“Pandailah kau. Dah habis round wad ke?”

Bab 11

Page 42: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

42

Sengaja Hisyam mengalih topik perbualan.

“Dah. Kau tak payahlah nak ubah topik. Kat muka kau tu dah ada perkataan problem tau tak? Cuba kau story sikit kat aku, apa masalah kau sebenarnya.”

“Mana ada. Aku okey aje,” jawab Hisyam masih lagi ingin berahsia.

“Hmmm... maklumlah. Orang dah ada bini. Mana nak cerita masalah kat kawan lagi. Kalau dulu, muka ni jugak yang kau cari time ada problem,” ujar Norman seakan merajuk.

Hisyam tersenyum hambar. Cerita ajelah. Mana tahu Norman boleh tolong. Walaupun kadang-kadang idea mamat ni memang gila, tetapi kadang-kadang boleh pakai jugak, hati Hisyam berbisik.

“Man, aku sebenarnya ada masalah dengan bini aku sikit.” Hisyam membuka cerita. Suara diperlahankan sehabis mungkin.

“Hah? Isy, kau ni biar betul bro. Takkan nikah tak sampai sebulan dah ada problem kut? Apa hal?”

Terkejut beruk Norman. Masakan tidak, inai masih merah di jari. Honeymoon pun belum. Tup-tup, ada masalah? Memang berat ni!

“Kau tahu, kan... bini aku tu sepupu aku? Aku dah anggap dia macam adik aku. Aku mengaku aku sayang kat dia. Tapi sayang abang kepada adik. Kau faham tak?”

“Hmmm… berat jugak masalah kau ni. Habis tu, takkan sampai sekarang kau tak boleh terima dia lagi?” Norman semakin berminat mendengar luahan hati sahabatnya itu.

“Aku memang boleh terima dia walaupun aku

Page 43: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

43

bukan kahwin atas dasar cinta. Aku cuba nak semai rasa cinta tu. Kebelakangan ni, aku dah macam mula rasa sesuatu. Tapi aku tak sure betul ke apa yang aku rasa ni.”

“Ha… okeylah tu. Sekurang-kurangnya, kau usaha. Tapi takkan masa kau peluk-peluk dia, cium-cium dia, kau tak rasa apa-apa kut?” usik Norman.

“Tu lagi satu benda. Aku sebenarnya tak pernah sentuh dia lagi. Maksud aku yang ‘berat-berat’lah.”

“Weh bro, kau ni biar betul? Kau dengan bini kau tak pernah….” Norman menunjukkan isyarat dengan tangannya.

Hisyam menggeleng.

“Fuh… ni lagi kes berat. Habis tu? Isy, macam tak percaya pulak aku. Respect la kat kau, bro. Boleh ya kau tahan. Biasanya, first night orang dah ‘ngap’ aje terus.”

Mati pucuk ke kawan aku sorang ni?

“Kau memang. Tak ingat benda lain. Tu aje yang kau fikir.”

Norman tersengih.

“Aku takut. Aku takut yang dia tak dapat terima aku. Yelah. Kahwin pun dalam keadaan mengejut macam tu. Macam mana kalau dia dah ada pilihan sendiri? Aku kesian dekat dia.” Balik-balik, masalah itu juga yang mengganggu fikirannya.

“Habis tu, kau tak tanya dia? Manalah tahu, dia pun sebenarnya jatuh cinta kat kau?”

“Aku dah cuba tanya hari tu. Tapi tak sempat nak tanya, ada orang call. Dia pun macam tak selesa aje nak jawab call tu masa aku ada. So, aku blah aje la. Lepas tu aku tak tanya lagi.”

Page 44: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

44

“Aku rasa, baik kau tanya dia betul-betul. Be bravelah bro. Takkan dengan bini pun nak takut. Manalah tahu, dia pun cinta kat kau. Dapatlah kau qada first night kau tu.” Norman bantai gelak.

“Kau ni tak ada benda lain nak fikir? Aku smackdown kang, baru kau tahu.” Marah Hisyam. Kepala sahabatnya diketuk dengan fail.

Tiga suku betul! Tapi kalau betul pun, apa salahnya. Ha ha ha!

“AWAK keluar dengan siapa semalam? Bukan main mesra lagi saya tengok,” tanya Johan.

Jelas kelihatan riak cemburu di wajah Johan. Sebenarnya dia sudah mula curiga sejak terpandang cincin dan inai yang menghiasi jari Nana. Tetapi semua itu dibiarkan selagi tidak mendapat penjelasan yang sebenar dari gadis itu.

Sibuk betullah mamat ni! Suka hati akulah nak keluar dengan siapa pun. Nampak sangat ciri-ciri king control. Nasiblah siapa yang dapat kau, Johan.

“Sepupu,” jawab Nana sepatah.

Malas nak bersoal jawab dengan mamat sorang ni. Nana sengaja buat-buat sibuk. Memang malang nasibnya tiba-tiba terserempak dengan Johan hari ini.

“Tapi lain macam aje saya tengok. Siap cium dahi lagi.” Api cemburunya semakin marak. Takkan ada siapa yang dapat memiliki gadis pujaannya. Gadis itu hanya miliknya.

Isy… suka hati akulah nak cium ke, nak peluk ke, nak apa ke. Laki aku. Kau kisah sangat apa hal?

Page 45: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

45

“Dahlah. Nak baliklah. Penat ni!”

Ada sahaja alasannya untuk mengelak dari berdua-duaan dengan Johan.

“Awak tak jawab lagi soalan saya. Siapa lelaki tu?”

Suara Johan mula keras. Geram dengan perangai Nana yang macam tidak kisah sahaja dengan dirinya. Sampai bila gadis ini mahu mengelak darinya? Tidak nampakkah cinta yang dihulurkannya?

“Yang awak sibuk sangat nak tahu ni kenapa? I’m not your girlfriend, okay? Suka hatilah orang nak keluar dengan siapa pun! Kalau saya kata tu laki saya, awak nak buat apa?”

Tak faham bahasa betullah mamat tiga suku ni. Ambik kau sebijik! Kalau boleh, mahu sahaja dilenyek-lenyek muka Johan dengan belacan. Biar jadi sambal. Sah-sah (tentu) tidak ada orang yang nak makan. Geram betul!

Johan menggetap bibir. Nana memang sengaja mencabar kesabarannya. Tak apa. Kalau tak nak bagitau, aku boleh siasat sendiri. Tunggu ajelah!

Matanya tidak lepas memandang Nana yang sudah jauh meninggalkannya. Hatinya takkan puas selagi tidak tahu siapa lelaki itu. Dia akan cari sampai dapat!

Page 46: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

46

TELEFON BIMBIT Nana menjerit-jerit minta diangkat.

Siapa pulak yang telefon pagi-pagi ni? Nak pakai baju pun tak senang. Alamak, abang? Apa hal call pagi-pagi ni? “Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Nana sihat? Kenapa tak jawab call tadi?”

“Hmmm… sihat. Nana baru lepas mandi.”

“Mesti wangi ni. Abang kat sini pun boleh bau.”

Mestilah… Eee… malunya!

“Nana free tak hujung minggu ni?” tanya Hisyam. Dia sudah ada rancangan untuk mereka berdua.

“Hmmm… free. Kenapa?”

Abang nak bawak Nana pergi jalan-jalan lagi ke? Nak... nak! Tak payah tunggu hujung minggu pun tak apa. Sekarang pun boleh. Hati Nana berbunga riang.

“Kalau macam tu, petang esok abang datang ambil Nana.”

Bab 12

Page 47: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

47

Aik, tadi kata hujung minggu. Esok hari Jumaat. Nana pelik. Nak pergi mana pulak ni?

“Bawak baju sekali tau!”

Eh! Ni lagi pelik. Buat apa nak bawak baju pulak? Nak pergi holiday ke?

“Kenapa? Nak pergi mana ni bang?” tanya Nana tidak mengerti.

“Rumah abang. Nana tak pernah datang sini lagi, kan? Nana ready aje esok, okey?”

“Okey.”

Pergi rumah abang? Yahoo!!! Nana sudah terguling-guling kegembiraan di atas katil. Tidak sedar dirinya yang masih bertuala.

Pergi rumah abang maknanya duduk berdua-duaan dengan abang. Cepatlah esok.

“Ya Allah budak bertuah ni. Kau kenapa? Dengan tak pakai bajunya. Cepatlah nenek! Kau tak nak pergi kelas ke? Dah lewat ni!” tegur Farah yang hairan melihat temannya yang terguling-guling di atas katil macam orang sawan.

Buang tabiat ke apa minah ni?

“Ya, kejap aku siap. Kacau daunlah kau ni. Nak berangan kejap pun tak boleh,” ujar Nana lalu bangun dari katil dan mencapai baju kurung yang tergantung di dalam almari.

“Banyaklah kau punya berangan. Dah nak dekat pukul sepuluh ni. Kau tu kalau bersiap, tak sah kalau tak sejam,” bebel Farah.

“Yelah nek. Cu nak pakai baju ni. Nek tunggu kat luar ya.”

Page 48: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

48

Minah ni kalau dah membebel, payah nak berhenti. Kalah nenek aku. Nana segera menyarungkan baju ke tubuhnya. Senyum tidak lekang di bibir.

Tak sabarnya nak tunggu esok. Jumpa abang. Duduk kat rumah abang pulak tu. Eee… seronoknya!

Masih tidak habis-habis berangan. Agaknya kalau boleh nampak apa yang difikirkannya, mungkin sudah sampai langit ketujuh tingginya.

Farah dan Suria sudah membebel-bebel di luar. Nampaknya, mereka akan terlewat ke kelas lagi hari ini. Semuanya gara-gara Nana yang suka berangan. Memang nasiblah dapat kawan macam Nana yang suka berangan.

Bibir Nana tidak lekang dengan senyuman. Suria dan Farah mencebik. Entah apa yang buat perempuan itu gembira sangat. Sudah macam orang tidak betul sahaja gayanya.

“Farah, aku rasa semacamlah dengan minah ni. Seram aje. Kau tak rasa ke?” perli Suria.

Nana buat derk aje.

“Aku pun. Kau rasa kita kena buat report dekat Hospital Bahagia tak?” Giliran Farah pula memerli.

Nana masih buat derk aje. Lantaklah!

“Aku rasa kita kena buat report kut. Kalau dibiarkan lama-lama, nanti aku takut makin serius. Nanti kita pulak yang berjangkit,” kata Suria sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.

Nana kerut dahi. Mereka serius ke? “Oit, korang ingat aku ni dah gila ke? Sampai hati! Aku waras lagilah.”

Ketawa Farah dan Suria terhambur.

Nana tarik muka masam. Laju sahaja dia berjalan

Page 49: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

49

meninggalkan teman-temannya di belakang yang masih tidak henti-henti mentertawakannya.

“NANA, kau ni apa hal? Dari tadi aku tengok tak habis-habis tersenyum sorang-sorang. Dah macam orang yang kat Tanjung Rambutan aku tengok,” tegur Farah. Hairan melihat temannya yang terlebih ceria hari ini.

Suria di sebelah juga hairan.

Kena sampuk hantu bukit senyum ke apa budak ni?

“Korang ni. Aku senyum salah, aku bad mood salah. Habis tu aku nak buat macam mana? Jadi macam patung aje? Tak ada perasaan?”

“Tak adalah. Pelik aje aku tengok cara kau senyum hari ni. Kena marah dengan apek book store tu pun kau senyum saja. Seram aku. Kau sihat ke tak ni Nana?” duga Farah. Risau pula dia. Nanti tidak pasal-pasal dia terpaksa menjadi pelawat tetap Tanjung Rambutan pula.

Terbayang kejadian di book store tengah hari tadi. Secara tidak sengaja dia tersepak kertas A4 yang tersusun rapi di tepi rak. Apa lagi, habis berselerak bungkusan kertas itu. Ada juga yang terkoyak. Macam mana tidak terlanggar kalau sudah asyik sangat berangan. Sebesar-besar kertas A4 itu pun dia boleh langgar. Apa lagi, membebel panjang tauke book store. Semakin panjang bebelan apek itu apabila nampak Nana membawa beg masuk ke dalam kedai padahal sudah terpampang di hadapan kedai:

Sila Tinggalkan Beg Anda Di Atas Rak

Page 50: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

50

Tahan sahajalah telinga mendengar bebelan apek itu yang seakan-akan tidak ada hentinya.

“Korang. Weekend ni aku tak ada tau!” Tersipu-sipu Nana memberitahu.

“Kau nak pergi mana? Nak balik kampung ke?”

“Tak.”

Isy, malunya nak bagitau. Nanti budak-budak tak matang dua orang ni mesti perli aku.

“Habis tu kau nak pergi mana?”

Nak pergi mana pulak minah ni? Semacam aje? Ke nak pergi honeymoon? Tapi takkan dua hari aje kut? Suria berteka-teka di dalam hati.

“Aku nak balik rumah abang aku.”

“Abang? Bila masa pulak kau ada abang?” tanya Farah. Setahunya, Nana hanya ada seorang kakak.

“Laki akulah! Lambat betullah korang ni. Tu pun tak boleh nak fikir.”

Geram betul Nana dengan kelembapan cara berfikir teman-temannya tika ini. Selalunya, Farah dan Suria begitu advance! Alih-alih hari ni tiba-tiba jadi seperti kura-kura pula.

“Ooo…cakaplah terus terang. Aku ingatkan abang manalah tadi. Hmmm… patutlah happy dua tiga macam aje. Nak balik rumah laki. Maklumlah, orang dah kahwin....” Suria dan Farah senyum mengejek.

“Yelah. Nanti kalau masam-masam, cik abang lari. Mari sini aku buat check-up sikit. Manalah tau, ada daki-daki degil ke kat badan kau ni. Nanti, abang kau tu tak selera pulak.” Suria dan Farah sudah mula mengusik. Kedua-dua temannya ini memang pakar dalam bab mengarut!

Page 51: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

51

“Kurang asam korang. Banyaklah korang punya daki. Korang ingat aku ni budak empat tahun yang main lumpur kat lombong ke?”

Lombong ada lumpur ke? Ah, bantai sajalah!

“Eh, bukan ke kau budak tu? Baru semalam aku tengok budak tu ada kat situ. Ingatkan nak panggil suruh balik. Tapi kesianlah pulak sebab aku tengok dia syok sangat main lumpur. Sebijik macam kau!”

Farah dan Suria tergelak besar sampai merah muka masing-masing. Macam apek menang judi sahaja lagaknya.

“Sengal! Siap korang aku kerjakan!”

Ni yang malas nak bagitau ni. Dah agak dah. Mesti kena sakat dengan minah dua orang ni. Siap korang, aku bagitau Abang Syam. Nanti Abang Syam bawak lumpur lumur kat muka korang. Buat masker.

Page 52: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

52

NANA memerhatikan sekali lagi penampilannya di cermin. Dia senyum puas hati. Jarang dia

berpakaian begini, tetapi demi suaminya, dia pakai juga. Beg pakaian dicapai. “Farah, aku balik dulu ya? Suria mana?”

“Ada dalam bilik dia. Kau balik sini lagi tak? Besar aje beg aku tengok?” Farah masih sempat memerli.

“Isy, mestilah balik. Habis tu kuliah aku macam mana?” balas Nana selamba.

“Tak adalah. Beg kau besar sangat. Macam tak nak balik. Okeylah, aku doakan kau bahagia. Nanti dah berkepit dengan cik abang, jangan lupakan kami kat sini pulak.”

“Kau ni... aku balik bukannya lama. Lusa aku baliklah sini semula. Nanti kalau kau nak apa-apa, kau call aku. Aku tolong belikan. Kirim salam kat Suria ya.”

“Tapi benda yang aku nak beli ni mahal. Kau boleh belikan ke?” Farah buat muka serius.

“Apa dia? Kalau tak sampai seratus tu boleh la aku belikan.”

Bab 13

Page 53: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

53

Farah hendak ketawa tetapi ditahan. Lurus bendul betul kawan aku ni. “Laki kau. Boleh?”

Ketawa Farah terhambur. Bergema satu rumah.

Nana menjegilkan matanya. “Kalau yang tu, kau tunggulah sampai kiamat. Insya-Allah takkan dapat.”

Nana angkat beg pakaiannya dan terus keluar. Sehari Farah tidak menyakatnya, memang tidak sah.

“Nana, aku gurau ajelah!” Laung Farah. Ketawanya masih bersisa. Dia cemburu. Pasti Nana bahagia. Entah bila dia akan rasa begitu juga.

NANA menanti dengan sabar. Seketika kemudian dia tersenyum lega apabila melihat kereta Abang Hisyam berhenti di depannya.

Hisyam keluar dari perut kereta dan membukakan pintu untuk Nana.

Aduh… romantiknya. Tolong bukak pintu, tolong tutup sekali pulak tu. Rasa macam puteri. Senyumnya sampai ke telinga.

Hisyam mengucup lembut dahi isterinya.

Merah muka Nana menahan malu.

“Nana dah makan ke? Kita pergi makan dulu ya?”

Nana mengangguk. Kereta meluncur meninggalkan pekarangan kolej kediaman. Pergilah mana-mana saja, bang. Ke bulan pun Nana sanggup ikut abang.

“Nana nak makan apa? Western, Malay, Chinese?” Hisyam bertanya sekadar ingin menarik perhatian Nana yang masih berdiam diri.

Page 54: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

54

“Tak kisah. Nana makan aje apa-apa.”

Tolak batu dengan kayu aje, bang.

“Hmmm… kalau macam tu kita makan dekat depan tu sajalah.”

“Hah?”

Mana ada kedai kat situ. Pokok banyaklah. Biar betul laki aku ni. Ke aku yang rabun? “Mana ada kedai kat situ, bang?”

Mata Nana masih melilau-lilau ke arah yang ditunjukkan oleh Hisyam, mencari jika ada kedai yang terselit di celah pokok-pokok walaupun rasanya tidak ada.

“Kata nak makan apa-apa saja. Makan kayu dengan batu pun bolehlah.” Hisyam ketawa geli hati kerana dapat mengenakan Nana. Muka gadis itu bukan main serius tika mencari kedai makan di hadapan.

“Eee... jahatlah abang ni. Ingatkan betul-betul tadi. Semangat orang cari. Tak suka tau!” Nana buat-buat merajuk. Lengan suaminya dipukul manja. Mukanya yang sememangnya merah bertambah merah apabila disakat oleh suaminya.

Alahai abang. Macam manalah aku tak jatuh cinta dengan dia ni. Dahlah romantik, kelakar pulak tu. I love you, abang.

“Oh… main pukul-pukul orang ye. Nanti sampai rumah, siap Nana....” Hisyam masih lagi mengusik.

Nana menelan air liur. Gulp, balik rumah? Alamak, mamat ni nak buat apa kat aku? Ni yang seram ni.

Kereta Hisyam berhenti di hadapan sebuah restoran mewah.

Nana tergamam. Nak makan kat sini ke?

Page 55: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

55

“Okey. Kita dah sampai. Jom.”

Nana melangkah keluar sebaik sahaja pintu kereta dibuka oleh Hisyam.

Isy… malunya nak makan kat sini. Dahlah aku pakai sempoi aje ni. Jeans dengan blaus tahun lepas. Warna pun dah nak luntur ni!

“Kenapa ni? Tak suka makan kat sini ke?” tanya Hisyam yang hairan apabila melihat riak wajah Nana seolah-olah kurang senang.

“Bukan macam tu. Nana tak biasa makan kat tempat macam ni. Malu… baju pun tak cantik.”

Hisyam ketawa lucu. Nana… Nana. Kesian betul isteri aku ni.

“Tak apa. Okey apa baju ni. Cantik aje abang tengok. Kat dalam tu, yang pakai baju tak cukup kain pun ada. Dia orang tak malu pun. Dahlah. Kita nak makan aje. Bukan nak tunjuk fesyen,” kata Hisyam cuba memujuk Nana.

Betul jugak. Sepatutnya, yang pakai baju tak cukup inci tu yang patut malu. Ah, bantai sajalah. Bukan ada orang kenal aku pun. Asalkan ada abang, aku tak kisah. Nana tersenyum. Huluran tangan Hisyam disambut. Mereka beriringan masuk ke dalam restoran.

Mak ai… romantiknya! Lampu suram, sentimental music dan kebanyakan orang dalam restoran itu adalah pasangan kekasih atau suami isteri. Mungkin juga kekasih gelap.

“Nana nak makan apa? Order aje apa yang Nana nak makan, okey.”

Order apa saja? Nak order apa? Satu benda pun tak tahu ni. Kalau setakat black papper beefsteak ke, tanduri ke,

Page 56: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

56

aku taulah. Ni, nak sebut pun terbelit lidah, manalah aku tau!

“Hmmm… abang order ajelah. Nana tak tahu apa yang sedap kat sini,” putus Nana.

Tak tahu apa yang sedap tu satu hal, ni yang paling kronik ni... tak tahu macam mana nak sebut.

“Hmmm… kalau macam tu, abang order apa-apa sajalah ya?”

Nana mengangguk. Ternganga dia saat Hisyam memesan makanan. Abang order apa tu? Apalah rasa makanan tu nanti. Tu la tadi. Masa tanya, tak nak cakap. Kalau makan kat kedai mamak, kan senang? Order aje mi goreng mamak. Senang. Sedap pun sedap. Tapi tak kisahlah. Merasa jugak aku makan kat restoran mewah macam ni. Candle light dinner lagi. Jangan jealous…!

Sejurus kemudian, Nana pandang tidak berkelip hidangan yang dipesan. Udang galah, ayam, sayur, sup dan ada dua tiga jenis lauk lagi yang dia sendiri pun tidak tahu apa ke bendanya.

Isy, banyaknya lauk. Siapa nak habiskan ni? Aku ni dahlah bukan jenis makan banyak!

“Hmmm… makanlah.”

Macam mana nak makan ni? Udang galah ni nampak macam sedap. Tapi, nak kopek macam mana ni? Pakai tangan, aci?

“Ambiklah udang ni. Sedap tau. Favorite abang ni.”

Macam mana nak ambik. Tak tahu! Nana kecur.

Hisyam tersenyum. Dia tahu Nana tidak tahu bagai mana hendak mengeluarkan isi udang itu.

“Nah,” kata Hisyam sambil isi udang galah diletakkan ke dalam pinggan Nana.

Page 57: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

57

Nana senyum meleret.

Yes. Dapat makan udang galah. Sedapnya… Macam tahu-tahu aje abang ni. Ni makin sayang ni.

Hisyam melirik ke arah isterinya membuatkan gadis itu tersipu malu. Sopan sekali Nana menyuap makanan ke dalam mulutnya. Seakan tidak terbuka mulutnya kerana malu.

Abang, janganlah pandang macam tu. Malu ni…Sekali lagi Nana tergamam apabila Hisyam menyuakan sudu ke arahnya. Suapan disambut malu-malu. Aduh… boleh pengsan aku macam ni.

NANA melangkah ke dalam rumah dengan perasaan berdebar-debar. Matanya memandang segenap sudut rumah yang agak luas itu. Susunan perabotnya rapi dan sederhana. Hanya terdapat set sofa, TV, beberapa almari dan bantal yang tersusun di lantai berhadapan dengan TV.

Pandai abang kemas rumah. Kalau bagi kat aku, entah apa jadi kat rumah ni.

“Abang tinggal sorang aje ke kat rumah ni?” tanya Nana, pembuka bicara.

“Ya. Sebelum kahwin tinggal berdua dengan kawan abang. Tapi dia dah pindah kat rumah bawah,” sahut Hisyam sambil meletakkan beg pakaian Nana ke dalam biliknya.

“Nana duduk dulu, okey. Abang nak solat kejap. Kalau nak makan apa-apa, pergi aje kat dapur.” Hisyam senyum sebelum berlalu pergi.

Nana mengangguk. Alat kawalan TV dicapai. Matanya masih melilau-lilau memerhatikan sekeliling.

Page 58: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

58

Bilik ada tiga. Malam ni aku nak tidur mana? Dengan abang ke? Tapi abang nak ke? Daripada abang tidur kat atas lantai, baik aku terus tidur kat bilik lain aje. Tapi beg aku mana ya?

Matanya mencari-cari beg pakaiannya. Seingatnya, Abang Hisyam yang mengangkat begnya tadi. Mana pulak abang letak?

“Nana cari apa ni? Nana solat tak? Kalau nak solat, pergilah. Abang dah siapkan kat dalam bilik.”

Nana bangun dan menuju ke bilik. Begnya ada di situ. Selesai solat, Nana kembali ke ruang tamu.

Hisyam sedang leka menonton siaran National Geographic. Dia tersenyum apabila melihat Nana.

“Kenapa duduk jauh sangat. Duduklah kat sebelah abang. Atau tak sudi?” Sengaja Hisyam menduga.

“Hah? Hmmm….” Nana bangun dan melabuhkan duduknya di sebelah Hisyam. Haruman yang dipakai oleh Hisyam menusuk hidungnya. Jantungnya berdegup kencang.Melihatkan Hisyam yang hanya memakai kain pelekat dan baju Pagoda pun sudah membuatkannya tak keruan. Seksi. Inikan pula duduk di sebelah.

Hisyam menukar siaran HBO. ‘Mr. and Mrs. Smith’ lakonan Brad Pitt dan Angelina Jolie.

Alamak, babak yang tak sepatutnya la pulak. Nana makin resah.

Hisyam dapat melihat kegelisahan gadis itu. “Nana, abang nak tanya satu perkara, boleh?”

Dia perlu tahu perkara sebenar dengan segera. Dia tidak mahu Nana terus terseksa dengan ikatan ini.

“Ada apa, bang? Tanyalah.”

Page 59: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

59

“Abang nak Nana jawab dengan ikhlas dan jujur.”

Isy, makin suspens. Apa hal pulak ni?

“Abang tahu, perkahwinan kita ni bukan atas kerelaan Nana. Abang pun sebenarnya keliru masa mak cadangkan Nana untuk gantikan bekas tunang abang. Tapi, abang tak dapat nak bantah. Abang pun tak tahu kenapa. Tapi sekarang, abang rasa abang dah tahu kenapa. Mungkin Nana memang dijodohkan untuk abang.”

Terharu Nana mendengarnya. Nana rela, abang. Memang ini yang Nana inginkan.

“Tapi abang tak tahu perasaan Nana macam mana. Abang mintak maaf kalau Nana dah ada pilihan sendiri dan kalau Nana rasa terseksa dengan ikatan ni, abang rela le…”

Nana menutup mulut suaminya. Tidak sanggup mendengar perkataan seterusnya. Air matanya laju sahaja mengalir.

Hisyam kaget.

“Nana bahagia, bang. Bahagia sangat. Nana memang reda dengan perkahwinan kita. Nana hanya sayang abang sorang saja. Tak ada orang lain dalam hati Nana.” Sendu Nana jelas kedengaran.

Pilu hati Hisyam mendengar pengakuan Nana. Hapus semua kesangsian di dalam hatinya. Tubuh kecil Nana dipeluk erat. Dahi isterinya dikucup penuh kasih. Ya Allah, jika ini jodoh yang Kau tentukan untukku, redailah perhubungan ini. Dakapan Hisyam semakin erat.

Nana bahagia. Rasa selamat dalam pelukan itu. Pertama kali dia merasakan amat selesa dalam dakapan seorang lelaki. Kecupan Hisyam beralih ke pipi, mata, hidung dan bibir mungil Nana. Nana kaku. Tidak tahu apa yang harus

Page 60: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

60

dilakukan. Dia tidak reti. Mukanya panas. Wajahnya dialih ke arah lain. Malu.

TV dipadamkan. Tubuh gadis itu didukung.

Nana kaget. Tidak sanggup membayangkan apa yang akan berlaku selepas ini.

“Kenapa ni? Nana takut?”

Menggoda sekali suara Hisyam di pendengaran Nana. Terasa terhenti nafasnya. Saat bibir Hisyam sekali lagi ingin singgah ke bibir Nana, gadis itu mengalihkan mukanya.

“Cup!” Nana mengangkat jari tanda mahu ke tandas.

Suaminya tergelak. Takut sangat ke bini aku ni? Sampai nak terkucil.

Isy, macam mana ni? Bab-bab ni yang aku lemah ni...! Nana mundar-mandir di dalam tandas. Kepala yang tidak gatal digaru. Sepuluh minit kemudian, dia keluar.

“Tak apa kalau Nana tak sedia lagi. Abang tak paksa. Dahlah tu. Jom tidur,” pujuk Hisyam. Kasihan pula dia melihat Nana yang jelas menggelabah.

Nana melangkah perlahan menuju ke katil.

“Tidurlah. Dah lewat ni.”

Nana mengangguk. Sorry abang. Nana tak tahu kenapa Nana gelabah sangat tadi. Tapi apa yang penting, malam ini tidurnya lena sekali dalam dakapan suami yang tercinta. Moga malam-malam lain juga seindah malam ini.

Page 61: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

61

CUACA pagi begitu dingin. Nana terpaku sendirian melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.

Kabus pagi menutupi sebahagian kawasan itu. Mentari masih malu-malu untuk memancarkan sinarnya. Senyuman terukir apabila minda nakalnya mengingati romantisnya malam tadi. Tiba-tiba senyumnya lenyap. Nafasnya seakan terhenti, jantungnya bagaikan tidak berfungsi.

“Sayang fikir apa ni? Mesti fikir pasal abang, kan?”

Ciuman mesra singgah di pipinya membuatkannya terasa membahang. Tangan Hisyam kemas melingkari pinggangnya.

“Mana ada. Nana tengok pemandangan kat sini. Cantik.”

Abang ni pakai ilmu apa ya? Asyik tahu aje apa yang aku tengah fikirkan. Kagum betul aku.

“Nana suka ya? Kalau macam tu, kena selalu datang sinilah. Boleh tengok selalu. Hari-hari pun boleh.”

“Hah? Hari-hari?”

Bab 14

Page 62: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

62

Abang ni macam nak suruh aku duduk sini aje. Ni yang best ni. Hati Nana berbunga riang.

“Yelah. Kalau sayang duduk sini, mestilah dapat tengok hari-hari. Abang pun boleh tengok sayang hari-hari.”

Abang panggil aku sayang? Sukanya! Kalau panggil abang ‘baby’ boleh? Gedik betul!

“Duduk sini? Apa maksud abang? Nana tak fahamlah.”

Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Tak apa, saja nak manja-manja dengan abang. Tangan Hisyam masih erat merangkul pinggang Nana. Begitu selesa. Nana melentok manja di dada bidang suaminya.

“Apa kata kalau sayang pindah aje. Duduk dengan abang kat sini. Takdelah abang sunyi sangat,” cadang Hisyam. Dia harap Nana akan setuju. Kalau boleh, dia mahu Nana sentiasa ada dengannya.

“Hmmm… sebenarnya, memang Nana suka duduk sini. Dapat tengok pemandangan, dapat duduk dengan abang. Tapi….”

Macam mana nak cakap ni?

“Tapi?” Hisyam menunggu ayat seterusnya.

Nana kelihatan agak kurang selesa. Kalau aku duduk sini, tak tahulah apa yang jadi. Nanti projek tahun akhir aku ke mana, assignment ke mana, yang lain pulak jadi nanti. Nana, kau jangan buat hal pulak! Elok-elok dapat ijazah tahun ni, nanti ada yang melopong tengok orang lain terima ijazah.

Lagipun, rumah abang dengan kampus bukannya dekat. Mahu sejam. Aku ni dahlah jenis yang lambat bersiap. Kalau kelas pukul lapan, mahu pukul enam pagi dah kena

Page 63: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

63

bangun. Isy, aku dah lama tinggalkan zaman bangun pagi-pagi ni. Tapi macam mana nak cakap ni? Nana serba salah.

“Tak apa kalau sayang tak nak pindah. Abang faham.”

Mungkin Nana belum sedia. Biarlah dulu. Bagi masa. Lagipun aku dah tahu dia tak ada orang lain selain aku. Itu pun dah cukup. Masih ada banyak masa lagi.

“Biar Nana fikir dulu, ya bang.”

Huh, nasib baik. Kalau tak jenuh aku nak terangkan satu-satu.

“Okey. Tapi dengan satu syarat.”

“Syarat? Apa dia?”

Katakan saja syaratnya wahai jantung hatiku sayang. Hamba sedia turuti.

“Sayang kena balik rumah abang every weekend, okey?”

Satu permulaan. Biar Nana selesa dulu.

“Okey.”

Rangkulan Hisyam makin kemas. Bibirnya galak mengucup wajah isterinya. Dari dahi turun ke pipi dan kemudian leher membuatkan Nana kaku. Terasa mengasyikkan.

“Ops….”

Hisyam melonggarkan rangkulan. Ada sahaja alasan Nana saat bibirnya ingin mendarat di bibir gadis itu.

“Nana belum mandi lagi. Nana mandi dulu ya.”

Baik aku cabut sebelum apa-apa terjadi. Isy, seram! Tak boleh bayangkan apa akan berlaku selepas ni kalau terus dibiarkan. Berdosakah aku menolak kemahuan suami? Tapi, Nana tak sedia lagi. Sorry abang….

Page 64: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

64

Hisyam tersenyum. Mungkin dia menakutkan Nana lagi. Sabar Syam. Takkan lari gunung dikejar.

“NANA, matilah kali ni!” Suria bersuara cemas. Dia harus memberitahu Nana perkara ini dengan segera.

“Apa yang matinya? Aku hidup aje lagi ni. Sihat walafiat. Bahagia lagi....” Nana buat suara gedik.

“Aku tahulah kau hidup lagi. Kalau tak, macam mana aku boleh cakap dengan kau sekarang ni.”

“Okey, okey. Kenapa? Cuba story kat aku. Relaks….”

“Mamat tu dah tahu!”

“Mamat? Mamat mana pulak ni? Indon, Bangla?”

“Johanlah!”

“Oh, mamat tu. Dia tahu apa?”

“Dia dah tahu kau dah kahwin. Aku tercakap pulak hari tu,” cerita Suria dengan rasa bersalahnya. Dia sudah berjanji dengan Nana agar tidak memberitahu sesiapa yang Nana sudah berkahwin.

“Hah? Macam mana dia tahu? Apa lagi kau bagi tahu mamat tu?” Terkejut beruk Nana. Orang yang paling dielakkan daripada tahu akan perkara ini sudah pun tahu. Mukanya tiba-tiba berpeluh.

“Semalam dia nampak kau naik kereta laki kau. Lepas tu, pagi tadi dia datang jumpa aku. Dia paksa aku cakap kau keluar dengan siapa. Aku takut bila dia dah mula ugut aku dengan Farah. Aku terpaksalah cakap perkara sebenarnya.”

Page 65: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

65

Aduh! Kenapalah aku tak pandang kiri kanan dulu semalam. Mana nak sempat, dah teruja sangat bila abang bukakan pintu. Lupa benda lain.

“Macam mana ni, Nana? Aku tak sengaja. Sorrylah….” Rasa bersalah terus menerjah Suria. Kasihan pula dengan Nana. Mesti dia terpaksa berdepan dengan pelbagai asakan Johan.

“Tak apa. Kau tenang dulu. Biar aku settlekan perkara ni sendiri.”

Alahai…. Baru saja settle satu masalah, masalah lain pulak muncul. Parah ni!

Tapi aku peduli apa. Aku bukannya makwe dia pun. Salah dia jugak. Awal-awal lagi aku dah tolak. Dia yang jenis tak reti bahasa. Kalau aku cakap bahasa Sepanyol baru dia faham agaknya. Ada pulak yang jadi Rosalinda nanti.

“Siapa yang call?”

Opocot meletup! Ni lagi sorang. Suka sangat buat orang terkejut. Tapi tak boleh marah-marah, malam nanti ada yang kena tidur sorang. Tak seronok.

“Suria.”

“Ooo… Kenapa dia call?” tanya Hisyam seraya melabuhkan punggungnya di sebelah Nana. Tangannya merangkul bahu Nana.

“Saja aje. Tanya bila nak balik.”

Sorry abang. Tak apa, bohong sunat.

Hisyam angguk.

“Pukul berapa abang nak hantar Nana balik kampus?” tanya Nana setelah agak lama berdiam.

“Hmmm… lewat sikit boleh? Tak puas lagi nak

Page 66: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

66

manja-manja ni. Lepas ni seminggu abang kena duduk sorang-sorang tau!” Hisyam buat-buat manja. Kepalanya dilentokkan ke bahu Nana.

Alamak, manja la pulak laki aku ni. Janganlah macam ni, abang. Ada jugak yang tak balik kampus nanti.

JOHAN menggenggam penumbuk tanda tidak berpuas hati. Telahannya selama ini ternyata benar. Gadis pujaannya sudah berkahwin. Suatu perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran dalam waktu begini. Masih belum tamat belajar. Kenapa terlalu cepat Nana buat keputusan?

Kau memang kejam, Nana. Takkan selama ni kau langsung tak rasa apa yang aku rasa? Aku sanggup buat apa saja demi kau. Ini balasan kau pada aku? Kau gadis pertama yang aku cintai. Dan aku sumpah, takkan ada gadis lain yang dapat gantikan tempat kau di hati aku. Aku akan pastikan suatu hari nanti kau akan melutut depan aku supaya menerima kau. Waktu tu, baru hati aku akan puas. Kita sama-sama tunggu, Nana.

Tilam ditumbuk keras. Hatinya terlalu sakit. Teramat sakit hingga air mata jantannya menitis. Tidak semudah itu dia akan melepaskan Nana. Selama empat tahun dia mengejar cinta gadis itu. Bukan mudah untuk melupakannya dalam sekelip mata. Status Nana bukan halangan. Walaupun dia tahu betapa berat dosa yang akan ditanggung kerana meruntuhkan masjid yang dibina, tetapi kerana mata hatinya telah buta dek kerana terlalu mencintai gadis itu.

Page 67: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

67

JANTUNG Nana berdegup kencang. Gelisah. Serba tak kena. Muka Johan di hadapannya tegang. Dia

takut hendak pandang. Johan merenungnya tepat, tidak berkelip.

Apa mamat ni nak buat? Abang… tolong Nana! Keluar sahaja dari dewan kuliah, Johan sudah menunggunya di luar. Hajatnya hendak ke kafe bersama Suria dan Farah terbantut.

“Ikut saya!” Tegas sekali suara Johan waktu itu. Hendak melawan, bimbang Johan bertindak kasar. Malu kalau orang nampak. Nak tak nak dia terpaksa mengikut kemahuan Johan. Sekarang, mamat tak cukup matang ini hanya duduk merenungnya tajam tanpa sebarang kata-kata selepas hampir lima belas minit.

“Kalau awak tak ada apa-apa nak cakap, saya balik dulu. Saya banyak kerja.” Nana memberanikan diri bersuara. Dua hari lagi dia perlu menghantar laporan projeknya. Banyak lagi yang perlu disiapkan.

Bab 15

Page 68: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

68

Isy mamat ni. Dah pekak ke apa? Aku tanya, dia boleh buat bodoh aje. Aku sumbat mulut dengan payung ni karang, baru betul-betul bisu. Geram Nana dengan perlakuan Johan. Dia bangun. Malas hendak melayan perangai Johan yang mengalahkan budak tadika.

“Duduk!” Kuat suara Johan memberi arahan.

Terperanjat Nana. Mukanya jelas ketakutan. Dia kembali duduk. Datang bulan ke apa mamat ni? Moody semacam aje.

“Kenapa awak tipu saya? Hina sangat ke saya ni sampai awak tak boleh nak terima saya, tipu saya macam orang bodoh?”

Nana tercengang. Tidak sangka Johan akan berkata begitu. Alamak. Mamat ni dah start nak bermadah pujangga dengan aku ke? Ni yang aku lemah ni. Macam mana nak terangkan ni? Nana pula terdiam.

“Siapa lelaki yang selalu jemput awak tu?” Suara Johan kembali tenang. Tidak boleh terlalu memaksa.

Aku dah agak dah. Soalan cepumas ni mesti ada. Aduh… apa aku nak cakap ni? Tapi alang-alang mamat ni dah tahu, cakap sajalah perkara sebenar. Dia bukan boleh buat apa-apa pun. Suka hati akulah nak kahwin dengan siapa pun. Bukan aku guna duit dia pun. Sikit pun tak menyusahkan.

“Saya rasa awak dah tahu siapa dia. Tak perlu saya nak ulang banyak-banyak kali,” jawab Nana tegas.

“Jadi betullah cerita Farah dengan Suria?”

Kenapa mesti jadi macam ni?

“Baguslah kalau awak dah faham. Saya nak balik sekarang.”

“Tunggu. Saya tak kisah siapa awak sekarang ni.

Page 69: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

69

Saya tetap akan tunggu awak. Dan saya akan pastikan awak jadi milik saya suatu hari nanti!” Amaran itu meluncur laju dari mulut Johan.

Muka Nana pucat. Mulutnya ternganga. Tidak sangka yang lelaki pendiam seperti Johan boleh bertindak sebegitu. Dia kecut. Tidak terfikir dek akalnya apa yang bakal Johan lakukan selepas ini.

Nana bangun dan terus meninggalkan Johan yang masih memandangnya tanpa berkelip. Badannya menggigil. Matanya berkaca. Perasaan takut menguasai diri. Dia tidak kisah kalau Johan melakukan sesuatu pada dirinya, tetapi jangan memperapa-apakan Hisyam. Tidak sanggup dia melihat Hisyam menderita kerananya. Johan kelihatan nekad.

NANA merebahkan dirinya ke atas katil. Dia menangis semahu-mahunya. Perasaannya bercampur baur.

Ya Allah, apakah dugaan yang bakal aku hadapi nanti? Banyaknya dugaan untuk memiliki kebahagiaan. Air matanya tidak henti mengalir. Esakannya semakin kuat.

“Ya Allah Nana. Kau kenapa ni?”

Suria dan Farah yang baru pulang dari kuliah cemas melihat Nana menangis tersedu-sedan.

Nana segera merangkul kedua-dua sahabatnya. “Aku takut.”

“Kenapa? Kau takut apa?” Suria bertambah hairan. Apa yang berlaku sebenarnya?

“Johan,” jawab Nana bersama tangisan yang semakin menjadi-jadi.

Page 70: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

70

“Johan? Apa dia dah buat kat kau? Baik kau cerita kat aku.” Suria tidak sabar ingin tahu. Apa Johan yang pendiam itu sudah lakukan pada Nana?

“Dia… dia….” Tersekat-sekat Nana menjawab dek kerana tangisnya yang belum reda.

“Dia buat apa?” Giliran Farah pula mendesak.

“Dia ugut aku. Dia cakap, dia tetap nak jadikan aku milik dia nanti. Aku takut....” Mata Nana jelas kelihatan bengkak kerana terlalu lama menangis. Air matanya masih lagi mengalir. Ketakutan masih menguasai dirinya.

“Johan ugut kau macam tu? Apa kena dengan mamat tu? Macam dah tak ada perempuan lain dalam dunia ni!” ujar Suria geram. Tidak masuk akal. Nampak sahaja pendiam tetapi rupanya pendendam.

Farah dan Suria memujuk Nana yang masih belum berhenti menangis. Kasihan melihat nasib Nana. Sebelum kahwin, lain ceritanya. Sudah kahwin lain pula ceritanya.

“Kau jangan bimbang, Nana. Aku dengan Suria ada. Kalau Johan buat apa-apa dekat kau, kau bagitau. Biar aku ajar sikit si mamat sengal tu.” Amarah Farah membara.

Suria mengangguk, setuju dengan kata-kata Farah.

Abang, I need you now. I really need you….

PANGGILAN telefon segera dijawab.

“Assalamualaikum.”

Suara yang amat dirindui oleh Nana. Berair matanya. Dadanya terus menjadi sebak. “Waalaikumussalam.”

Suaranya bergetar kerana menahan tangis.

Page 71: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

71

“Kenapa nangis ni? Sayang okey ke?” tanya Hisyam risau. Semalam, semasa dia menelefon isterinya, gadis itu kedengaran ceria sahaja. Tetapi hari ini, lain pula.

“Tak ada apa-apalah. Nana selesema sikit,” dalih Nana. Dia masih belum sedia untuk bercerita. Biarlah suaminya tidak tahu apa-apa tentang perkara itu.

“Sayang rindu kat abang ya?” serkap Hisyam.

Nana tersenyum. Rindu sangat-sangat. Rasa macam nak terbang sekarang juga, jumpa dengan abang. “Abang sihat ke? Dah habis kerja ke ni?”

“Dah. Abang kat dalam kereta ni, kurang sihat sikit.”

“Kenapa? Abang demam ke?” Nana cemas.

“Tak. Sakit dada sebab rindu sangat kat sayang,” usik Hisyam.

Nana ketawa manja. Hilang tangisnya. “Mengada-adalah abang ni. Ingatkan sakit betul-betul. Buat takut orang aje tau!”

“Sayang tak nak jumpa abang ke?”

“Mestilah nak. Tapi macam mana? Sekarang ni kat kolej. Dah malam pulak tu. Tunggulah hujung minggu ni,” pujuk Nana. Bahagia rasanya apabila Hisyam merinduinya.

“Tapi abang tak sabar nak tunggu hujung minggu ni. Nak jumpa sekarang jugak.”

“Sabarlah. Lusa aje. Sekejap aje tu.”

Kalau nak jumpa sekarang, datanglah. Nana sanggup tunggu.

“Lama lagi tu. Nak jumpa sekarang jugak.”

Nana pelik. Apa kena laki aku ni? Rindu sangat ke?

Page 72: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

72

Aku pun rindu jugak, tapi boleh la cover lagi kut. Ke abang…

“Abang kat mana ni?” tanya Nana yang mula cuak.

Jangan kata kat kolej aku. Bukan boleh percaya sangat laki aku ni. Suka buat kejutan.

“Hmmm… kat dalam kereta.” Hisyam ketawa kecil. Dia terus berteka-teki dengan isterinya.

“Tahulah kat dalam kereta. Tapi kat mana? Kawasan mana?”

Main-main pulak!

“Hmmm… kat depan kolej budak perempuan yang comel. Nama dia Diana Syakira.” Ketawa Hisyam terhambur. Mesti Nana terkejut.

“Abang!!! Kenapa tak bagitau awal-awal? Eee… bencilah macam ni,” rajuk Nana manja.

Ketawa Hisyam semakin kuat kedengaran.

“Saja. Nak buat surprise kat isteri abang yang cute ni.”

“Yelah tu. Tunggu, Nana turun sekarang.”

Dah agak dah. Mesti ada saja perkara yang tak terduga yang dilakukan. Abang, abang….

“Okey sayang. Cepat sikit tau!”

“TOLONG bang. Jangan! Sakit….”

Rayuan wanita tiga puluhan itu langsung tidak dihiraukan oleh suaminya yang sudah naik hantu. Tubuh kecil wanita itu bukan sahaja disepak terajang, malah turut dilibas dengan tali pinggang dan dihentak dengan kerusi

Page 73: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

73

sehingga patah. Darah mengalir laju dari bibir dan kepala wanita yang hampir tidak bernyawa itu.

Sepasang mata kecil hanya memerhati dengan air mata dan esak tangis yang tidak berhenti.

“Cepat!!! Bagi aku duit! Aku nak duit! Kalau kau tak bagi, mampus kau kat sini!” jerkah lelaki mabuk itu tanpa secebis belas kasihan kepada isterinya yang tinggal nyawa-nyawa ikan itu.

“Saya tak ada duit….” Lemah sekali suara wanita itu menjawab.

Makin kuat pukulan lelaki itu.

Wanita itu memang langsung tidak berdaya. Air matanya hampir kering dek kerana terlalu banyak menangis. Ini bukan kali pertama dia didera oleh suaminya yang berhati binatang itu. Boleh dikatakan hampir setiap hari.

Suaminya kaki judi, kaki arak malah kaki perempuan. Dia hanya bertahan kerana anaknya. Dia tidak mahu anaknya hidup tanpa bapa. Dia rela dipukul, dimaki, dan diherdik.

Wanita itu semakin lemah. Lembik. Tubuhnya tidak mampu bangun lagi. Andai ini pengakhiran hidupnya, dia reda.

Maafkan ibu… hatinya merintih sayu.

Tiba-tiba pukulan di tubuhnya terhenti.

Suaminya yang gagah menghentamnya tadi rebah.

Kaca berderai kedengaran.

Berdiri di belakang suaminya seorang budak kecil dengan serpihan pasu yang sudah pecah. Darah pekat mengalir dari kepala lelaki durjana itu. Anak kecil itu nekad menghentak kepala ayahnya sendiri demi menyelamatkan

Page 74: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

74

ibunya yang hampir menemui ajal. Dia meluru mendapatkan ibunya. Memangku kepala ibunya yang dipenuhi darah. Entah dari mana dia mendapat kekuatan itu.

“Ibu… ibu…” rintih anak kecil itu dengan deraian air mata.

“Ibu!!!!”

Johan tersedar dari mimpinya. Mukanya penuh dengan manik jernih. Dia beristighfar di dalam hati.

Bayangan itu muncul lagi. Kenangan hitam yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Kejadian yang hampir membunuh ibunya. Nasib baik tindakan pantasnya berjaya menyelamatkan ibunya daripada terus terseksa didera suami sendiri.

Johan kembali merebahkan dirinya di atas katil. Jantungnya masih berdegup pantas disebabkan oleh mimpi tadi. Matanya cuba dilelapkan walaupun payah. Akhirnya dia kembali melelapkan mata bersama air jernih yang mengalir dari mata yang pernah menyaksikan kejadian kejam itu.

Page 75: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

75

FILEM Hindustan yang tertayang di kaca televisyen langsung tidak menarik perhatiannya. Bosannya!

Abang Hisyam bertugas hari ini. Dia hanya sendirian di rumah. Seluruh rumah sudah dibersihkan. Rancangan di televisyen pula tiada yang menepati seleranya. Dia memang teramat bosan sekarang ini. Telefon bimbit segera dicapai.

“Assalamualaikum.” Salam dihulur.

“Waalaikumussalam, Nana. Lama betul tak call mama ya? Maklumlah orang dah ada suami, mana nak ingat mama dia lagi,” usik mamanya.

“Mana ada, mama. Nana busy sikit sekarang ni. Projek dah nak due,” jawab Nana.

“Projek apa tu? Projek kat kampus ke projek kat rumah cik abang?”

Mamanya sudah mengekek ketawa. Mesti muka anaknya sudah merah menahan malu.

“Mama ni! Saja aje tau. Mana ada. Projek kat kampuslah. Tak naklah kawan dengan mama lagi macam ni.”

Bab 16

Page 76: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

76

“Yelah. Suami ada, mana nak kawan dengan mama lagi, kan?” usik mamanya lagi.

“Mama ni... tak baik tau! Rindulah kat mama dengan papa.”

“Baliklah. Nana pun dah lama tak balik, kan?”

Sejak pulang ke kampus dua bulan lalu, Nana masih belum pulang ke kampung lagi. Patutlah dia rindu pada mama dan papanya.

“Memang Nana nak balik. Tapi abang tu asyik busy aje,” adu Nana.

“Takkan busy memanjang. Ajaklah dia balik sekali. Sekejap pun tak apa,” pujuk mama. Dia sendiri pun memang rindu pada anak bongsunya itu.

“Nantilah Nana cakap dengan dia. Kalau jadi, hujung minggu depan Nana balik ya?”

“Okey. Kalau jadi, bagitau awal-awal ya. Boleh mama masak sedap-sedap sikit,” ujar Puan Rosmah gembira.

“Insya-Allah. Ni yang sayang mama ni.”

Rindu betul dia dengan masakan mamanya. Lebih-lebih lagi paprik mamanya. Memang kecur air liurnya.

“Hah, ni mama nak tanya. Nana masak tak untuk Syam?” duga Puan Rosmah. Dia tahu, anaknya memang gagal kalau bab masak memasak ni.

“Mama ni. Macam tahu-tahu aje. Abang tak ada di rumah hari ni. So, malam nantilah. Tapi biasanya abang ajak makan kat luar saja.”

Betul. Dia masih belum berpeluang untuk memasak. Pernah dia cuba sekali, tetapi apabila difikirkan balik, dia masih tidak yakin untuk itu. Sudahnya, dia habiskan semua lauk itu sebelum Hisyam pulang. Memang

Page 77: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

77

tidak sedap. Hanya separuh yang dia makan. Separuh lagi tong sampah yang makan. Dan sampai sekarang, mereka hanya makan di luar. Tetapi nasib baik Hisyam jenis yang tidak kisah orangnya.

“Awak tu ingat sikit. Awak tu dah jadi isteri orang. Kenalah pandai memasak. Kena layan suami. Kalau tak tahu, belajar,” nasihat Puan Rosmah.

Nana hanya menadah telinga. “Yalah mama. Nanti Nana belajar masak. Nana belajar dengan mama, ya?”

“Hmmm… yalah tu. Belajar tengok, kan?” perli mamanya.

“Alah mama ni. Orang nak belajar betul-betullah ni....” Nana pura-pura merajuk.

“Tapi Nana balik ya nanti. Ajak Syam sekali.” Puan Rosmah mengingatkan anaknya sekali lagi.

“Insya-Allah mama. Nanti Nana cakap dengan abang. Assalamualaikum mama.”

“Waalaikumussalam. Kirim salam pada Syam ya?”

Puan Rosmah meletakkan gagang telefonnya. Entah bagaimana keadaan anaknya. Boleh ke Nana layan suaminya dengan baik? Hisyam layan Nana dengan baik jugakah? Dia tahu Nana bukannya pandai memasak. Memang tidak pernah. Hanya tahu potong sayur dan masak air. Masak nasi pun kadang-kadang tidak lepas. Puan Rosmah menggeleng kepala.

“Apa yang awak gelengkan tu, Mah?” tegur suaminya.

“Nana. Entah macam mana dia sekarang, ya bang. Boleh ke dia layan suaminya dengan baik? Risau pulak saya. Yalah, abang bukan tak tahu anak abang yang sorang tu.

Page 78: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

78

Masak nasi pun tak lepas. Inikan pula nak masak lauk,” ujarnya.

“Tak apalah. Dia boleh belajar sikit-sikit. Nanti dia pandailah tu. Awak pun tolonglah ajar dia,” jawab suaminya positif sambil ketawa kecil.

“Harap-harap macam tu la abang. Mungkin sekarang tak risau sangat sebab Nana duduk asrama. Nanti, dah habis belajar, kenalah duduk dengan suaminya. Kalau dah duduk di rumah, kenalah memasak.” Puan Rosmah masih runsing. Bukannya dia tidak pernah ajar anaknya memasak. Tetapi kalau disuruh memasak, banyak betul alasannya. Takut tidak sedaplah, mama masak lagi sedaplah... macam-macam!

“Tak payahlah awak fikir banyak sangat, Mah. Pandai-pandailah budak tu nanti. Hah, awak pergi buat air untuk saya lagi bagus,” balas suaminya.

Puan Rosmah mencebik. Itu sahaja yang suaminya tahu. “Anak kita... mestilah kita risau.”

Puan Rosmah lantas bangun dan menuju ke dapur. Benaknya masih runsing memikirkan anaknya. Tetapi dia tahu, Hisyam baik. Tidak mungkin dia akan marah Nana hanya kerana tidak tahu memasak. Dia juga tahu, anaknya boleh belajar. Biarlah mereka rasa hidup berumah tangga. Mungkin anaknya akan jadi lebih rajin dan dapat melayan suaminya dengan baik. Doa sentiasa dipanjatkan agar pernikahan itu kekal selama-lamanya.

“SAYANG, bila cuti semester ya?” tanya Hisyam sambil memaut mesra bahu isterinya.

Page 79: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

79

Nana yang sedang khusyuk menonton TV berpaling.

“Hmmm… minggu depan dah start cuti. Kenapa bang?” Nana bertanya. Dahinya berkerut.

“Hmmm… apa kata kalau kita pergi honeymoon?” cadang Hisyam.

Hah, honeymoon? Nak!!! Tapi… Nana yang pada mulanya kelihatan gembira, berubah wajah tiba-tiba membuatkan Hisyam hairan.

“Kenapa? Tak suka ke pergi honeymoon dengan abang?” tanya Hisyam.

“Bukan macam tu, bang. Tapi….”

Kalau abang ajak Nana pergi sekarang pun Nana ikut tau!

“Tapi kenapa?”

“Hmmm… Nana cuti sekejap aje. Seminggu. Lagipun banyak kerja nak kena settle.”

“Bawaklah sekali kerja tu. Buat kat sana.”

Banyaklah bawak sekali kerja. Nanti, kerja yang aku nak buat tak siap, kerja lain yang jadi kang. Bukan boleh percaya sangat aku ni. Lebih-lebih lagi ada abang. Mesti kerja nak menghadap muka dia aje dua puluh empat jam.

“Hmmm… apa kata kalau kita pergi bulan tujuh ni? Masa tu Nana dah habis belajar. Cuti pun lama. Bolehlah honeymoon lama sikit. Barulah best….” Perlahan sahaja suara Nana menuturkan kata-kata akhirnya. Malu. Gatal pun ada.

“Apa dia? Abang tak dengarlah sayang kata apa tadi?” Sengaja Hisyam mengusik.

Nana sudah menutup mukanya dengan bantal.

Page 80: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

80

Abang ni saja tau! Suka buat orang malu. Benci…! Hati Nana berbunga riang. Kebahagiaan makin dirasai. Mungkin ini hikmahnya jika berkahwin dengan restu keluarga.

“Hmmm… okey. Abang setuju. Habis aje kuliah, kita terus pergi. Nanti sayang bagitau abang tarikh sayang habis semester, abang boleh apply cuti awal sikit.”

Nana mengangguk. “Abang… kalau kita pergi honeymoon rumah mama dulu minggu depan boleh tak?”

Ala… bolehlah….

“Hah? Ooo… patutlah tak nak pergi honeymoon minggu depan ya. Nak balik rumah mama rupanya. Nakal betullah budak ni.” Hisyam mencubit manja hidung isterinya.

“Boleh tak?” Nana bertanya lagi meminta kepastian.

“Hmmm… akan difikirkan.” Hisyam buat-buat tak endah sahaja dengan permintaan Nana. Dia saja ingin menduga.

“Alah... bolehlah. Please….” pujuk Nana. Sebenarnya di kepalanya sudah terbayang masakan mamanya yang penuh satu meja. Apalah punya anak. Bukan rindu dekat mama dan papanya, rindu pada masakan mama sahaja.

Hisyam masih belum memberikan kata putus. Matanya tertumpu pada drama yang disiarkan di televisyen.

Nana tarik muncung sedepa. Rasa mahu menangis tidak diendahkan begitu.

Hisyam perasan akan perubahan air muka Nana. Hatinya ketawa berdekah-dekah.

Hai… nasiblah kau, Syam. Dapat kahwin dengan anak manja.

Page 81: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

81

“Merajuk ke? Okeylah… kita balik kampung minggu depan. Okey?” pujuk Hisyam. Kelakar apabila melihat muka Nana yang masam mencuka. Makin comel!

“La… nangis ke? Abang main-main ajelah tadi. Sorry okey….” pujuk Hisyam lagi apabila melihat air mata bergenang di kelopak mata isterinya.

Isy… sensitif betul budak ni!

Nana mengesat air matanya. Entah kenapa, hatinya tiba-tiba sebak. Dia rindukan mamanya. Ini kali pertama dia berjauhan dengan mamanya dalam tempoh yang agak lama. Kalau dahulu, dia mesti balik selang dua minggu. Kadang-kadang, tiap-tiap minggu dia balik.

“Janji tau!” Nana bersuara manja.

“Ya… abang janji. Dah jangan nangis lagi. Tak comel….”

Sempat lagi Hisyam mengusik, membuatkan Nana tersenyum. Dada suaminya dipukul manja.

Hisyam memeluk erat tubuh gadis itu. Dahi Nana dikucup mesra. Hisyam bahagia. Walaupun Nana bukan gadis pilihannya, tetapi dia percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan dia semakin dapat merasai hikmah itu.

Page 82: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

82

NANA terjaga dari lenanya. Aik? Bila masa pulak aku tidur kat sini? Dia melihat ke sebelahnya.

Suaminya, Hisyam sedang lena dibuai mimpi. Agaknyalah. Seingatnya tadi, dia sedang menonton televisyen. Dia yang beria-ia hendak tengok. Walaupun mata sudah macam separuh hendak tertutup, digagahkan juga sebab hendak tengok pelakon kegemarannya, Brad Pitt yang handsome.

Mana tak penatnya, seharian tidak tidur. Letih. Kuliah habis pukul empat petang, abang datang ambil terus balik kampung. Maghrib baru sampai ke rumah. Lepas tu tolong mama sediakan makan malam. Walaupun terasa sangat malas, tapi kena jugak buat. Malulah dekat abang kalau dia tahu bini dia ni sebenarnya memang malas bab-bab memasak ni. Lepas solat isyak, teman abang tengok TV kejap. Terus sambung tengok mega movie sekali.

“Abang dah mengantuk ke?” tanya Nana bila melihat suaminya menguap beberapa kali. Mungkin penat selepas lama memandu tadi. Mama dan papa awal-awal lagi sudah masuk tidur. Biasalah... orang tua.

Bab 17

Page 83: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

83

“Sikit. Sayang tak nak tidur lagi ke? Mata dah merah tu,” ujar Hisyam.

Mata Nana memang sudah berair. Tetapi disebabkan oleh Brad Pitt, matanya yang semakin mengecil sengaja dibesarkan.

Ilmu apalah mamat maco ni pakai ya, sampai orang tergila-gilakan dia... sampai jadi gila pun ada!

“Nak tengok movie ni dulu. Kalau abang nak tidur, naiklah dulu. Nana boleh tengok sorang.”

Bunyi macam merajuk tapi cover la sikit. Kesian pulak kalau nak paksa.

“Tak apa. Abang teman.” Pasrah sahaja Hisyam bersuara. Demi isteri tersayang.

Sedar-sedar sahaja, dia sudah terbaring di sebelah Hisyam di atas katilnya.

Abang angkat aku ke? Ke aku berjalan sambil tidur? Isy, takkanlah kut. Kalau abang angkat, hmmm... romantiknya. Kesian kat abang. Dahlah penat, mengantuk lagi. Lepas tu kena angkat aku pulak naik tingkat atas. Thank you my darling.

Nana memandang wajah suaminya dari dekat. Walaupun dalam gelap, dapat dilihat segenap inci wajah tampan itu. Dia meneliti satu per satu, buat pertama kalinya. Sebelum ini dia tidak pernah melihat wajah Hisyam sedekat itu. Hanya beberapa inci sahaja dari mukanya. Alis mata yang tebal dan rapi, hidung yang sedikit mancung, bibir yang seksi. Aduh… membuatkannya tergoda. Jarinya gatal untuk cuba menyentuh wajah itu. Telunjuknya bermain-main dari dahi turun ke mata, hidung, pipi dan menyentuh mesra bibir suaminya.

Page 84: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

84

Kesian abang. Maafkan Nana. Nana masih tak mampu nak jalankan tanggungjawab Nana sepenuhnya sebagai isteri. Abang memang sabar. Nana terlalu cintakan abang. Abang jangan tinggalkan Nana ya… rintihnya di dalam hati. Setitis air matanya gugur.

“Nana tak tidur lagi?”

Hampir terkeluar jantungnya mendengar suara serak Hisyam. Dapat dilihat sinar mata Hisyam memandang ke arahnya. Cepat-cepat dia menyeka air mata. “Terjaga tadi. Nak tidurlah ni.”

Nana memalingkan mukanya membelakangi Hisyam. Ops alamak! Tak boleh tidur membelakangi suami. Teringat ajaran ustaz semasa menghadiri kursus pra perkahwinan dulu. Dia segera kembali memusingkan tubuhnya menghadap Hisyam.

“Nana nangis ke?” tanya Hisyam.

“Mana ada! Mengantuk la....”

Nana menggelabah. Tangan Hisyam melingkari pinggangnya. Nana merapatkan tubuhnya ke arah suaminya. Terasa ingin bermanja.

Pelukan Hisyam semakin erat. Bibirnya mengelus manja wajah isterinya. “I love you sayang.”

Terungkap kalimah sakti itu dari bibir Hisyam. Sesungguhnya dia tidak dapat menipu rasa hatinya. Rasa itu semakin mendalam setiap hari. Rasa yang cuba disemai saat dia mengambil keputusan untuk menikahi Nana. Rasa yang tidak perlu dipaksa. Ia muncul dengan sendiri. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa.

Air mata Nana yang hampir kering tadi mengalir kembali saat mendengarkan kalimah agung itu. Tidak terfikir

Page 85: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

85

olehnya yang Hisyam akan mengungkapkan kata-kata itu. Saat itu, hatinya seakan berbisik mengatakan suaminya jujur mengungkapkannya dan dia harus mempercayainya. Bukan kerana terpaksa atau hanya ingin mengambil hatinya.

“I love you too….” Perlahan sahaja suara Nana. Antara dengar dan tidak. Dia malu. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja dia menjerit menyatakan kepada dunia yang dia cintakan suaminya sepenuh hati.

Bibir Hisyam menyentuh mesra bibir yang baru sahaja mengungkapkan kata cinta itu. Dia senyum. Nana tidak lagi mengelak seperti sebelum ini. Mungkinkah isterinya sudah dapat menerima cintanya? Dia berdoa agar apa yang diharapkan di dalam rumah tangganya dimakbulkan Tuhan. Hujan menjadi saksi penyatuan dua hati dan dua jasad ini. Semoga rasa cinta ini kekal buat selamanya.

Page 86: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

86

NANA menilik jam di meja. Enam tiga puluh minit pagi.

Hah? Alamak dah lewat. Tak solat lagi! Dia segera bangun tetapi pergerakannya tersekat. Tangan Hisyam melingkari kemas pinggangnya.

Tak boleh jadi ni! “Abang, bangun. Dah lewat nak solat subuh ni.”

Tangan Hisyam ditolak lagi. Kali ini berjaya. Dia segera bangkit dan menuju ke bilik air.

“Jangan lupa mandi wajib, ya sayang.”

Hisyam bersuara nakal.

Muka Nana merah padam. Tahulah! Ingat orang ni budak kecik ke? Nana segera mengunci pintu bilik air. Entah kenapa dia rasa lain sekali. Bahagia. Senyuman tak lekang dari bibirnya.

Bab 18

Page 87: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

87

“ASSALAMUALAIKUM,” sapa Hisyam kepada isterinya yang sedang leka menyiram bunga-bungaan di laman. Salah satu hobi Nana. Tanam bunga.

“Waalaikumussalam,” jawab Nana perlahan. Mukanya ditundukkan selepas memandang suaminya sekilas. Malu masih menyelubungi diri.

Abang jangan la tengok… malu tau! Nanti Nana tak boleh buat kerja.

“Nak tolong boleh?” Hisyam menawarkan diri. Dia berdiri di sebelah Nana yang tersipu-sipu.

“Tak payahlah. Dah nak habis ni.”

“Abang tak habis cakap lagi tau. Tolong tengok aje,” kata Hisyam seraya ketawa berdekah-dekah.

Nana geram. Isy dia ni!

“Siram dengan air nanti baru tahu!” ugut Nana.

“Siramlah… tak takut.” Hisyam berkata dengan nada riak. Ketawa masih berbaki. Dia tahu Nana takkan berani buat begitu.

Ohhh… ingat orang tak berani, ya? Tengok, siapa yang takut air. Satu… dua… tiga! Nana mengalihkan siraman air dari pokok rosnya kepada Hisyam yang masih ketawa.

Hisyam terkejut. “Eh, abang gurau aje tadi. Sayang, basah ni!”

Hisyam kaget. Nana makin galak menyiramnya. Dia lari.

Nana ikut mengejar. “Ha… tadi kata tak takut air!”

Nana memulangkan paku buah kerasnya. Padan muka. Berlagak sangat. Jangan tak tahu, sayang abang ni memang suka bab siram menyiram ni.

Page 88: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

88

“Ya Allah budak berdua ni. Main air pulak. Nana, sudahlah tu! Habis basah Si Hisyam tu. Nana!!!” jerit mamanya apabila melihat Nana yang semakin galak mengejar suaminya dengan pancutan air di tangan.

Nana segera menghentikan langkahnya sebaik sahaja mendengar jeritan mamanya.

Alamak, mama nampak. Malunya! Dia lupa yang dia berada di rumah mama dan papanya. Nasib baik papanya sedang leka membaca akhbar. Kalau tidak, lagi malu!

Hisyam tercungap-cungap selepas penat dikejar oleh Nana. Bajunya basah. Lega apabila dia melihat Nana sudah menutup pili air.

Thanks ma. Kalau tak, tak tahu apa anak mama tu nak buat lagi. Silap hari bulan, boleh mati kesejukan. Hisyam berjalan menghampiri isterinya. “Oh… mainkan abang ye? Siap la sayang nanti!”

Nana mengalihkan pandangannya. Aduh… apa pulak mamat ni nak buat kat aku? Tu la, berani sangat tadi. Tapi best! Kesian abang. Basah kuyup. Nana tersenyum.

“Sayang, thanks,” ucap Hisyam.

Aik, aku dah siram dengan air pun masih cakap terima kasih lagi? Dah demam ke laki aku ni? Dahi Nana kerut tanda tidak faham.

“Thanks sebab sudi terima abang sebagai husband dan buat abang bahagia. Abang bahagia sangat…” tutur Hisyam lembut. Tangan isterinya dikucup perlahan.

Nana senyum bahagia.

Nana pun bahagia. Thanks to you too my dear….

“And for last night too….” Hisyam menyambung dengan suara nakal membuatkan Nana menggelabah. Malu!

Page 89: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

89

“Isy, abang ni. Saja aje tau! Dahlah. Orang nak masuk.” Belum sempat Nana melangkah, tangannya terlebih dahulu ditarik oleh Hisyam memaksanya jalan beriringan.

“Yelah. Hari tu sayang jugak yang kata nak honeymoon kat rumah mama dulu.” Hisyam masih lagi giat mengusik Nana. Sengaja memancing reaksi isterinya.

“Orang cakap aje. Takkan honeymoon kena macam tu kut?” tanya Nana yang jelas menunjukkan sikap keanak-anakannya.

“Hmmm… part of it.” Hisyam menjawab dengan ketawa yang cuba ditahan.

Nana melepaskan pegangan tangannya. Dia berjalan laju menuju ke dalam rumah. Malas hendak bersoal jawab dengan Hisyam lagi. Alih-alih, dia juga yang terkena.

Saja aje tau! Kalau macam tu, tak naklah pergi honeymoon. Tapi, best jugak…. Nana tersenyum gatal. Hatinya berbunga riang. Seakan tidak sabar menanti hari bulan madunya. Ke mana agaknya Hisyam akan membawanya?

“Hah, ni yang senyum-senyum ni kenapa? Abang Hisyam mana?”

Terkejut Nana apabila ditanya mengejut oleh mamanya begitu. Senyumannya mati. “Hah? Ada kat luar. Nana nak ambil tuala kejap.”

Nana laju mendaki anak tangga menuju ke biliknya.

Mama tersenyum. Dia tahu Nana dan Hisyam sedang meniti kebahagiaan. Dia mengucap syukur di dalam hati. Walaupun pada mulanya dia kurang yakin Hisyam dapat menerima Nana dan anak kesayangannya itu dapat menerima pernikahan secara mengejut itu, tetapi sekarang dia percaya,

Page 90: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

90

keputusannya tepat. Mungkin ini hikmah yang dijanjikan Tuhan.

Dia kenal Nana bukan hanya sehari dua. Dari dulu dia tahu anaknya mempunyai perasaan pada sepupunya itu. Naluri seorang ibu takkan pernah tersilap. Apa yang diharapkan, biarlah kebahagiaan itu kekal sehingga ke akhirnya.

Page 91: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

91

PEMANDANGAN di hadapannya begitu indah dan mendamaikan seperti hatinya saat itu. Buat

pertama kalinya dia bercuti tanpa bebanan di kepala. Tidak perlu fikirkan soal pelajaran lagi. Segala penat lelahnya sejak di tadika hingga menamatkan empat tahun pengajian di kampus sudah tamat. Jauh dari kesibukan, jauh dari makhluk Tuhan paling sengal, Johan yang tidak henti-henti mengganggunya walaupun tahu dia sudah bersuami. Entah apa yang dimahukan lelaki itu, dia sendiri pun tidak tahu.

Dan sekarang dia di sini, menyaksikan panorama ciptaan Allah yang amat mengagumkan. Paling penting, dia bersama orang yang amat dicintainya. Itu lebih membuatkan percutiannya sangat bermakna.

Hisyam mengotakan janjinya membawa Nana berbulan madu. Lokasinya dirahsiakan hinggalah saat dia menaiki pesawat yang membawanya ke pulau peranginan ini. Kalau sebelum ini Nana hanya mendengar atau membaca mengenai keindahan pulau cinta ini, sekarang dia sendiri dapat menyaksikan segalanya. Memang dia tidak dapat

Bab 19

Page 92: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

92

menyangkal segala kata-kata itu. Pulau Bali memang indah dan romantik.

“Sayang buat apa ni?” tanya Hisyam sambil memeluk mesra pinggang isterinya. Ciumannya hinggap di pipi Nana.

Pagi yang amat romantik. Dua keajaiban Tuhan berada di hadapan matanya. Keindahan alam dan wanita di dalam dakapannya sekarang.

“Tengok keindahan alam ciptaan Tuhan. Cantik sangat,” balas Nana sambil melentokkan kepalanya ke dada Hisyam.

“Memang cantik. Orang kat depan abang ni lagi cantik,” puji Hisyam.

Nana tersipu malu.

“Jom kita ke sana,” ajak Hisyam.

Dia teruja apabila melihat ramai orang sedang bermandi-manda di pantai. Ada juga yang sekadar berjalan menyusuri pantai.

“Tak naklah. Nana tak mandi lagi ni,” tolak Nana.

Baju tidur masih tersarung di tubuhnya. Semalam, sampai sahaja di hotel, dia terus tertidur. Penat.

“Ala… kat sana lagi banyak air. Free aje. Jimat sikit air kat hotel ni.” Hisyam berlawak.

“Isy… takkan nak mandi kat sana. Segan la orang tengok.”

Isy, malulah aku. Ada ke nak suruh aku mandi kat pantai tu.

“La… orang lain pun mandi jugak. Tengok mat salih tu. Mandi pakai seluar Superman aje.”

Page 93: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

93

Hisyam menunjuk ke arah sekumpulan mat dan minah salih yang sedang mandi di pantai.

“Dia orang tu tak apalah. Tak ada rasa malu.”

“Okey. Kalau sayang tak nak mandi, temankan abang mandi aje. Dah lama tak mandi laut ni. Please….” Pujuk Hisyam.

Nana mengangguk tanda setuju.

Page 94: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Sepupuku Suamiku

94

PERCUTIAN selama empat hari di pulau peranginan itu memang menyeronokkan. Terasa terlalu

cepat masa berlalu. Kalau bersama orang tersayang, mesti rasa macam tukan? Tidak puas. Kalau boleh rasa macam hendak bercuti setahun aje.

Menyusuri pantai Jimbaran, melihat keindahan matahari terbenam dan melawat beberapa tempat menarik di Pulau Bali sememangnya suatu pengalaman yang indah dan menyeronokkan. Sempat juga Nana membeli beberapa barangan untuk dijadikan cenderahati kepada keluarganya nanti.

“Hmmm… rasa macam tak nak balik aje esok,” luah Nana semasa mereka sedang berehat selepas penat seharian meronda-ronda sekitar pulau itu.

“Kenapa? Dah terpaut kat mat indon kat sini ke?” usik Hisyam.

Nana memuncung. “Isy, ada ke macam tu. Orang suka tengok pemandangan kat sinilah. Mat indon buat apa?”

Bab 20

Page 95: Sepupuku Suamiku Bg P2U

Lynn Allyna

95

Deruan ombak di pantai yang terdampar indah di hadapan mata begitu mengasyikkan. Angin yang bertiup begitu mendamaikan. Tambahan pula dirinya hangat di dalam pelukan suami tercinta.

“Sayang, nanti abang nak sepuluh orang anak boleh? Lima lelaki lima perempuan,” kata Hisyam tiba-tiba.

Nana membulatkan matanya. “Hah? Sepuluh? Ramainya. Tak laratlah macam tu….”

Sepuluh? Kering aku macam tu.

“Alah… sikit aje tu. Abang tak pernah rasa macam mana ada famili besar. Nana pun, kan? Apa salahnya kalau kita ada anak ramai macam tu. Meriah sikit,” cadang Hisyam. Dia hanya dua beradik. Nana pun dua beradik sahaja.

“Memanglah meriah. Tapi nak beranakkan sepuluh orang tu rasanya… eee….” Nana cuba membayangkan kalau dia melahirkan sepuluh orang anak. Seorang pun sudah seram, inikan pula sepuluh.

“Hmmm… kita cubalah dulu. Banyak pahala tau kalau beranak ramai-ramai.” Hisyam masih tidak mahu mengalah. Dia sengaja mahu mengusik. Tetapi kalau ada rezeki apa salahnya.

Nana hanya tersenyum sumbing.

“Kalau macam tu, jom!” ajak Hisyam. Tubuh Nana dicempung masuk ke bilik dan diletakkan di atas katil.

“Nak ke mana?” Nana masih tak mengerti. Dahinya berkerut.

“Usahalah. Kata nak dapat sepuluh orang anak.” Hisyam tersenyum nakal. Pelukannya semakin erat. Kedinginan pulau menyelimuti pasangan itu yang sedang hangat dibuai asmara.

Page 96: Sepupuku Suamiku Bg P2U

No. ISBN:- 978-967-5067-38-9

Jumlah muka surat: 560

Harga Runcit:-

Semenanjung M’sia: RM19, Sabah/Sarawak: RM22

Harga Ahli KKN:-

Semenanjung M’sia: RM15, Sabah/Sarawak: RM18

Sinopsis:-

Nana menyintai dalam diam sepupunya sendiri, Hisyam. Pertunangan Hisyam dengan kekasih hatinya, Hani telah meremukkan hati Nana lantaran dia tidak dapat menerima yang Hisyam akan menjadi milik orang lain. Namun, tanpa diduga, pertunangan Hisyam dan Hani

Page 97: Sepupuku Suamiku Bg P2U

terputus di tengah jalan pada hari-hari terakhir mereka akan diijabkabulkan kerana kecurangan Hani yang beralih arah kepada seorang lelaki yang bergelar ahli perniagaan. Untuk menutup rasa malu keluarga, Nana diminta menjadi pengganti Hani pada majlis pernikahan itu.

Alam perkahwinan yang dikecapi oleh Nana dan Hisyam menuju ke puncak bahagia. Mereka saling mencintai dan saling memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi, panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kebahagiaan yang dikecapi telah diduga dengan penderitaan yang bertimpa-timpa tanpa sempat ditepis satu per satu.

Johan, yang sedari dulu sangat mencintai Nana, berazam untuk memiliki Nana walaupun Nana sudah menjadi isteri orang. Pelbagai cara digunakannya untuk mendapatkan hati Nana yang keras itu.

Hani pula muncul kembali, menagih semula cinta Hisyam. Terbit sesalan di hatinya kerana terlalu tamak mengejar kekayaan sehingga memutuskan pertunangan dengan orang yang sangat dicintai. Kali ini Hani nekad untuk memastikan Hisyam berada di dalam genggamannya.

Malang bagi Nana yang kehilangan anak dan perkahwinannya. Titik hitam itu membuatkan Nana hilang kekuatan untuk hidup. Manakala hidup Hisyam pula menjadi tidak tentu arah apabila dia memilih untuk bersama dengan Hani. Dia kehilangan sinar di dalam hidupnya, dia kehilangan Nana….

Adakah Nana dan Hisyam dapat bersatu kembali? Adakah mereka dicipta untuk hidup bersama? Atau… adakah mereka ditakdirkan hanya untuk menjadi sepasang sepupu yang sejati?

Page 98: Sepupuku Suamiku Bg P2U

“Larilah hingga ke hujung dunia, berenanglah ke dasar lautan, terbanglah hingga langit ketujuh. Kalau sudah jodoh, pasti bersatu jua. ”

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan SEPUPUKU SUAMIKU di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda.

Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos.

Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com.

Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise

No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,

D’Wangsa, Wangsa Maju,

53000 Kuala Lumpur.

No. Telefon:- 03-4149 0096

No. Faks:- 03-4149 1196