Sejarah Sepak Takraw

21
1.0 Sejarah Sepak Takraw Sepak takraw atau sepaktakraw merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik. Sepak raga pula merupakan permainan menimang bola takraw dalam bulatan dengan menggunakan kaki atau kepala dan telah dimainkan semenjak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dalam Sejarah Melayu ada menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Di Malaysia permainan ini disebut 'sepak raga', di Filipina 'sipa', di Burma 'chinlone', di Laos 'kator', dan di Thailand 'takraw'. Permainan sepaktakraw yang ada sekarang merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940an permainan ini telah dimainkan dengan 1

description

Sejarah Sepak Takraw, Sepak Takraw

Transcript of Sejarah Sepak Takraw

1.0 Sejarah Sepak TakrawSepak takraw atau sepaktakraw merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik.Sepak raga pula merupakan permainan menimang bola takraw dalam bulatan dengan menggunakan kaki atau kepala dan telah dimainkan semenjak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dalam Sejarah Melayu ada menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.Di Malaysia permainan ini disebut 'sepak raga', di Filipina 'sipa', di Burma 'chinlone', di Laos 'kator', dan di Thailand 'takraw'. Permainan sepaktakraw yang ada sekarang merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940an permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton. Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telahpun digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur.Sepaktakraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya di peringkat antarabangsa pada tahun 1965 di Sukan SEAP yang telah diadakan di Malaysia. Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP menerima sukan ini, perbincangan yang hangat telah berlaku di antara wakil-wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil-wakil dari Negara Thai dan Burma bagi membincangkan mengenai dengan nama permainan ini. Akhirnya atas dasar bertolak ansur, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP telah memutuskan bahawa permainan ini hendaklah dinamakan permainan SEPAKTAKRAW, iaitu gabungan perkataan 'sepak' dan 'takraw' menjadi satu perkataan.Dan kini permainan sepaktakraw telahpun mengalami evolusi dimana permainan bergu yang dimainkan oleh dua orang pemain bagi setiap pasukan telahpun diperkenalkan.

2.0 Undang-Undang Sepak Takraw2.1 Peralatan Sepak Takraw1. Gelanggang Ukuran gelanggang berukuran 13.4 x 6.1m dan bebas dari sebarang halangan setinggi 8m dari permukaan lantai ( gelanggang pasir dan rumput tidak digalakan). Garisan gelanggang lebar semua garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04m dan dilukis hala-dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Semua garisan hendaklah dilukis sekurang-kurangnya 3.0m dari sebarang halangan. Garisan teras garisan selebar 0.02m yang membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar. Garisan suku bulatan pada pertemuan-silang antara garisan tengah dengan setiap garisan tepi, garisan suku bulatan hendaklah dilukis dari garisan tepi ke ke garisan tengah berjejari 0.9m diukur dan dilukis hala-keluar dari jejari 0.9m. Bulatan sepak mula bulatan sepak mula berjejari 0.3m hendaklah dilukis pada petak kiri dan kanan gelanggang, yang mana pusatnya adalah 2.45m dari garisan belakang gelanggang, 4.25m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05m dari garisan tepi. Garisan 0.04m ini hendaklah diukur dan dilukis hala keluar dari jejari 0.3m.

2. TiangUkuran tiang tiang mestilah mempunyai ketinggian 1.55m (1.45m untuk Wanita) dari permukaan gelanggang dan hendaklah cukup teguh untuk mengekalkan ketegangan jaring. Ia hendaklah diperbuat daripada bahan yang teguh dan jejarinya tidak boleh melebihi 0.04m. Kedudukan tiang - tiang hendaklah didirikan atau ditempatkan 0.3m dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan teras.

3. JaringJaring hendaklah diperbuat dari tali biasa atau nilon yang halus dengan siratan berukuran antara 0.06m hingga 0.08m. Jaring hendaklah 0.7m lebar dan tidak melebihi 6.10m panjang dan pada kedua-dua hujungnya diletatkan pita 0.05m dari bahagian atas hingga kebawah dan hendaklah dalam kedudukan sebaris dan menegak dengan garisan tepi.Pita ini dinamakan pita sempadan. Dibahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan pita 0.05m yang diperkuat dengan benang atau nilon. Pita ini berfungsi sebagai pengampu tali regangan. Setelah diregang, bahagian atas jaring hendaklah 1.52m (1.42m untuk wanita) tinggi dibahagian tengah gelanggang dan 1.55m (1.45m untuk wanita) ditiang.

4. Bola Sepak TakrawBerbentuk bulat dan mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang. Ia diperbuat dari satu lapis rotan atau fiber sintetik. Jika ia diperbuat daripada rotan, lapisan tersebut mestilah mengandungi antara 9 hingga 11 urat. Ukuran garis lilitnya mestilah antara 0.42m hingga 0.44m (0.43m hingga 0.45m untuk wanita). Berat bola sebelum dimainkan hendaklah antara 170gm hingga 180gm (150gm hingga 160gm untuk wanita).

5. Pemain PemainSukan ini dimainkan oleh dua regu dimana setiap regu mempunyai tiga orang pemain. Salah seorang dari pemain ini hendaklah berada di belakang dan dinamakan Tekong. Dua orang lagi pemain hendaklah berada di hadapan, seorang di sebelah kiri dan seorang lagi di sebelah kanan. Pemain di sebelah kiri dinamakan Apit Kiri, manakala yang berada di sebelah kanan dinamakan Apit Kanan.

6. Peralatan dan Pakaian PemainPemain - pemain hendaklah memakai jersi dan berseluar pendek. Bagi wanita, hendaklah memakai baju - T berkolar bulat dengan seluar sehingga paras lutut dan berkasut sukan dengan tapak getah. Adalah dilarang pemain memakai seberang benda atau pakaian yang boleh membahayakan pasukan lawan semasa pertandingan. Dalam keadaan cuaca sejuk, pemain-pemain dibenarkan memakai pakaian sukan iaitu seluar panjang. Baju haruslah dimasukkan ke dalam seluar. Sebarang alatan atau benda yang boleh melajukan bola takraw atau membantu mempercepatkan pergerakan pemain tidak dibenarkan, kemudian ketua regu haruslah memakai Arm Band di lengan kirinya. Semua jersi hendaklah bernombor antara 1 hingga 15 di bahagian belakang. Setiap pemain mestilah diberi satu nombor tetap sepanjang kejohanan. Hanya nombor 1 hingga 15 dibenarkan untuk digunakan oleh setiap pasukan yang bertanding dan nombor ini hendaklah berukuran tidak kurang dari 19cm tinggi.

7. Gantian PemainGantian pemain dibenarkan pada sebarang masa asalkan ia diminta oleh pengurus pasukan atau jurulatih rasmi kepada pengadil rasmi dan semasa bola tidak di dalam permainan dan setiap regu hanya dibenarkan membuat satu gantian sahaja. Pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh Pengadil semasa permainan, boleh digantikan asalkan gantian belum dilakuan. Selain itu, mana-mana pemain yang telah bermain atau diletakkan sebagai pemain simpanan dalam mana-mana regu tidak dibenarkan bermain di dalam regu lain di dalam pertandingan yang sama.

8. Pegawai PegawaiPertandingan diuruskan oleh Pegawai-Pegawai seperti berikut:i) 1 Pengadil Rasmiii) 2 Pengadiliii) 6 Pengadil Garisan ( 4 digarisan tepi dan 2 digarisan belakang)i) Pengadil Rasmi Bertanggungjawab sepenuhnya diatas tugas yang diberi dan sentiasa mematuhi Undang-Undang Permainan, Peraturan Pertandingan, Etika Pengadil dan Arahan Tetap Pengadil, kemudian beliau juga berperanan:a) Menerima gelanggan permainan, peralatan permainan yang lengkap, senarai Pengadil bertugas, senarai Pemain yang bertanding mengikut spesifikasi ISTAF daripada pihak penganjur kejohanan.

b) Berada dikawasan permainan bagi mempastikan Pengadil dan Pengadil Garisan yang bertugas sentiasa mematuhi Undang-Undang Permainan, Peraturan Pertandingan, Etika Pengadil dan Arahan Tetap Pengadil, tegas dan mesra dalam menjalankan tugas.

c) Berhak menukar Pengadil atau Pengadil Garisan jika perlu sekiranya prestasi mereka tidak menepati kehendak Undang-Undang Permainan, Peraturan Pertandingan, Etika Pengadil dan Arahan Tetap Pengadil.

d) Pengadil Rasmi hendaklah membuat keputusan muktamad sekiranya Pengadil bertugas tidak dapat membuat keputusan yang tepat setelah diberi penjelasan.e) Menangguhkan permainan sekiranya terdapat masalah seperti hujan, gangguan penonton dan lain-lain keadaan yang membahayakan pemain dan pegawai.

ii) Pembantu PengadilBertanggungjawab membantu Pengadil dengan adil, tegas dan mesra berdasarkan kepada Undang-Undang Permainan, Peraturan Pertandingan, Etika Kepengadilan dan Arahan Tetap Pengadil di sepanjang kejohanan tersebut. Pembantu Pengadil juga berperanan:a) Memeriksa gelanggang permainan seperti garisan, jaring, tiang, kerusi Pengadil, kerusi Pembantu Pengadil, kerusi Pengadil Garisan dan bola takraw mengikut spesifikasi yang dibenarkan.b) Memeriksa pakaian para pemain.c) Melakukan undian sebelum permainan bermula melalui kedua-dua ketua regu.d) Memantau pergerakan pemain yang melakukan perkara batal yang terlindung dari pandangan Pengadil, terutama di jaring.e) Pembantu Pengadil akan memberikan bola takraw yang lain kepada pemain yang terdekat dengan segera bagi menggantikan bola takraw yang telah terkeluar dari kawasan permainan. Beliau akan mengumpulkan semua bola takraw yang digunakan untuk diserahkan kepada Pengadil Rasmi.

iii) Pengadil GarisanHendaklah sentiasa adil, tegas dan duduk dengan sopan semasa bertugas:a) Memastikkan bola takraw DALAM atau LUAR digarisan gelanggan yang ditugaskan apabila ditanya oleh Pengadil Utama. Memberitahu Pengadil Utama kedudukan bola sekiranya pandangan beliau tidak jelasb) Di larang makan, minum, menghisap rokok, bercakap-cakap, menjerit semasa bertugas dan hendaklah duduk di kerusi Pengadil Garisan dengan sopan sehingga pertandingan tamat.

9. Undian dan Warm UpSebelum permainan dimulakan, Pengadil akan membuat undian. Regu yang memenangi undian boleh memilih untuk Sepak mula atau Petak Gelanggang. Regu yang melakukan Sepak Mula hendaklah memulakan pemanasan badan selama 2 minit dan diikuti oleh Regu yang satu lagi. Hanya 5 orang sahaja dibenarkan bergerak bebas di dalam gelanggang dengan menggunakan Bola Rasmi.

10. Kedudukan Pemain-Pemain Semasa Sepak MulaSemasa permain bermula, semua Pemain mesti berada didalam Petak masing masing dalam keadaan bersedia dan Tekong yang membuat Sepak Mula hendaklah sebelah kakinya berada di dalam Bulatan Sepak Mula dan sebelah lagi kakinya hendaklah berada di luar Bulatan Sepak Mula untuk menyepak bola. Kemudian, Kedua-dua apit Regu yang membuat Sepak Mula mestilah berada di dalam Suku Bulatan masing-masing, manakala pemain Regu Lawan bebas berada dimana-mana kawasan di dalam Petak Gelanggangnya.

11. Permulaan Permainan dan Sepak MulaRegu yang memilih untuk memulakan permainan hendaklah memulakan permainan set pertama. Selepas tamat set pertama, kedua-dua Regu hendaklah menukar petak dan pemenang memulakan set kedua. Kemudian, campakan hendaklah dibuat setelah Pengadil selesai mengumumkan mata pertandingan. Jika mana-mana pemain apit melontar bola sebelum pengadil mengumumkan mata pertandingan, campakan semula hendaklah dilakukan dan amaran diberikan kepada pelontar bola. Semasa melakukan sepak mula, sebaik sahaja bola disepak oleh penyepak mula, semua pemain bebas bergerak di dalam petak gelanggang masing-masing. Sepakan Mula cuma sah jika ia melepasi jaring, sama ada ia menyentuh jaring atau tidak melalui di antara dua Pita Sempadan jatuh di dalam petak gelanggang pasukan lawan. Sepakan mula boleh dilakukan oleh Tekong dengan apa cara sekalipun asalkan salah satu dari kakinya sentiasa menyentuh gelanggang di dalam bulatan sepak mula.

12. Perkara Perkara Batala) Pihak Sepak MulaApit yang melontar bola, memain-mainkan bola seperti melambung, menghempas,memberi kepada apit lain dan lain-lain selepas pengadil selesai mengumumkan mata pertandingan. Kemudian, mana-mana apit mengangkat kaki, memijak garisan atau melepasi jaring atau menyentuh jaring semasa campakan bola dibuat. Selain itu, Tekong semasa melakuan sepak mula, sebelah kakinya tidak menyentuh gelanggang atau memijak garisan bulatan sepak mula dan Tekong tidak menyambut bola yang dihantar oleh pihak lawan. Seterusnya, perkara batal juga apabila, bola menyentuh regu sebelum melintasi gelanggangnya dan bola melintas gelanggang lawan, tetapi jatuh di luar gelanggang.

b) Penerima Sepak MulaMelakuan tingkah-laku yang boleh mengganggu atau membuat bising atau menengking terhadap pihak lawan.

c) Kedua-dua Pihak Semasa PermainanAntara perkara-perkara yang batal ialah pemain memijak garisan tengah, mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan pihak lawan, mana-mana bahagian badan pihak lawan yang memasuki kawasan pihak lawan, menyepak bola sebanyak lebih daripada tiga kali, bola menyentuh tangan, bola berjalan dianggota badan, mengepit bola di bawah tangan atau kedua-dua paha, sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut, pelilit kepala dan lain lain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh ke kawasan lawan, bola terkena bumbung atau dinding dan mana-mana pemain yang sengaja melambatkan permainan.

13. Sistem Kiraan MataBila perkara batal dilakukan oleh sama ada bahagian sepak mula atau menerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan termasuk melakukan sepak mula seterusnya. Mata kemenangan yang paling maksima ialah 21, kemudian, permainan dijalankan dengan dua set, dimana terdapat dua minit masa rehat. Selain itu, jika kedua-dua regu memenangi 1 set permainan, maka pusingan Tie Break akan dijalankan, dimana markah kemenangan ialah 15 mata dan dalam pusingan ini, jika sampai pada mata ke-lapan, regu akan bertukar gelanggang.

14. Masa RehatSetiap Regu boleh meminta sekali 'time out' selama 1 minit oleh Pengurus Pasukan atau Jurulatih Rasmi bagi setiap set, apabila bola tidak di dalam permainan. Hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan berada di garisan belakang.

15. Permainan Tergendala SebentarPengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, gangguan atau pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera, tidak lebih dari 5 minit. Kemudian, pemain yang tercedera dibenarkan time-out cedera sehingga 5 minit. Jika selepas 5 minit, pemain tersebut tidak berupaya meneruskan permainan, gantian mestilah dibuat. Seterusnya, semasa tempoh pemberhentian permainan ini, semua pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang untuk minum atau mendapatkan tunjuk ajar.

16. TatatertibSetiap pemain mesti mengikut undang-undang permainan dan hanya ketu regu yang dibenarkan untuk mendekati Pengadil.

17. HukumanPerkara-perkara yang patut dihukum ialah apabila pemain menunjukkan bantahan dengan tutur kata atau kelakuan terhadap mana-mana pegawai, mengenai sebarang keputusan dan kepada lain-lain pemain atau penonton, memaki atau mengeluarkan kata-kata kotor pada pemain, pengadil atau penonton, meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil, memberi bola kepada pihak lawan dengan menggunakan kaki dan melanggar undang-undang dan permainan perlawanan. Terdapat dua kad untuk menghukum pemain iaitu Kad Kuning dan Kad Merah. Kad Kuning adalah untuk amaran dan Kad Merah adalah untuk mengeluarkan pemain, jika setelah diberikan amaran, tetapi masih berdegil, memaki, meludah dan lain-lain.

18. Kelakuan Buruk Pegawai-PegawaiTindakan tatatertib perlu diambil terhadap pegawai-pegawai pasukan atau pasukan yang berkelakuan buruk atau menimbulkan kekacauan samasa kejohanan berlangsung, sama ada di dalam atau di luar gelanggang.

19. UmumJika berlaku pertelingkahan terhadap mana-mana perkara yang tidak termasuk di dalam undang-undang permainan ini, keputusan Pengadil Rasmi adalah muktamad.

6