sejarah kemunculan orientalisme

75
PN3362 SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME. 1. Pe ng ena la n. Dua kat a dasar y ang digabun gkan , iai tu ore int dan isme. Oreint adalah berm aksu d Tim ur, at au negara- negara sebe lah timur daripada Meditter anie teruta ma sebelah Asia Tim ur (Hawkins 1985, 591) Sementara ism e pula adalah suatu penambah an yang boleh membentuk satu kata nama bagi membawa maksud sebarang doktrin atau praktis yang tertentu. Sebagai contoh ia ditambah untuk menunjukk an s esuatu sistem atau prinsip (Conservatism ), se bar ang keadaan atau kua li ti (  Barbarisme   , Her oisme ) at au ya ng men unju kkan seuat u kela inan , yakn i pemusat an sifat- sifa t istime wa yang ada pada seseo ran g individu ata u hak mili k seca ra ekslusif yan g tiad a pada y ang la in (  Americanism) (Hawkins 1989,434) Ungkapan Oreintali s secara umumnya disebut untuk orang-orang barat yang pakar dalam mengkaji ilmu T imur , sama ad a kepakara n mereka sampai k epuncaknya, pertengaha n atau pe ringkat rendah , sama a da dalam bidang bahasa, sastera, tamaddun dan agama . Walau pun pengajian Timur itu boleh diberikan pengertian yang begitu luas, namun yang  penting dalam k ajian ini ialah tentang ka jian bara t yang berkaitan dengan Islam dan  pe nga nut nya , sama ad a me nye ntu h bid ang bahasa , sa ste ra, akid ah , syari ah dan tamadun seca ra umum . Makna in ilah yang te rlin tas da lam pe mik iran du nia Is lam apabila menyebut ungkapan oreintalis ( al Isytishraq) . Bagi Edward W . Said , T erda pat tiga pengertian yan g biasa diinte rpri tasi untuk Oreintalime: i- Peng er ti an yan g lebi h be rsi fat a ka demik . Sesia pa sahaja yang mem beri  pen gaja ran , menu lis dan mengkaj i men genai Tim ur , tida k kira sama ada ia seorang ahli ant ropologi, sosiologi, ahli sejara h, filologi dan lain-la in , maka ia digelar sebagai oreintalis dan hasilan aktiviti mereka itu disebut Oreintalisme. 1

Transcript of sejarah kemunculan orientalisme

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 1/75

PN3362

SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME.

1. Pengenalan.

Dua kata dasar yang digabungkan , iaitu oreint dan isme. Oreint adalah bermaksud

Timur, atau negara-negara sebelah timur daripada Meditteranie terutama sebelah Asia

Timur (Hawkins 1985, 591) Sementara isme pula adalah suatu penambahan yang boleh

membentuk satu kata nama bagi membawa maksud sebarang doktrin atau praktis yang

tertentu. Sebagai contoh ia ditambah untuk menunjukkan sesuatu sistem atau prinsip

(Conservatism), sebarang keadaan atau kualiti ( Barbarisme    , Heroisme) atau yang

menunjukkan seuatu kelainan , yakni pemusatan sifat-sifat istimewa yang ada pada

seseorang individu atau hakmilik secara ekslusif yang tiada pada yang lain (

 Americanism) (Hawkins 1989,434)

Ungkapan Oreintalis secara umumnya disebut untuk orang-orang barat yang pakar dalam

mengkaji ilmu Timur, sama ada kepakaran mereka sampai kepuncaknya, pertengahan

atau peringkat rendah , sama ada dalam bidang bahasa, sastera, tamaddun dan agama .

Walau pun pengajian Timur itu boleh diberikan pengertian yang begitu luas, namun yang

  penting dalam kajian ini ialah tentang kajian barat yang berkaitan dengan Islam dan

  penganutnya , sama ada menyentuh bidang bahasa , sastera, akidah , syariah dan

tamadun secara umum . Makna inilah yang terlintas dalam pemikiran dunia Islam

apabila menyebut ungkapan oreintalis ( al Isytishraq) .

Bagi Edward W. Said , Terdapat tiga pengertian yang biasa diinterpritasi untuk 

Oreintalime:

i- Pengertian yang lebih bersifat akademik . Sesiapa sahaja yang memberi

  pengajaran , menulis dan mengkaji mengenai Timur, tidak kira sama ada ia

seorang ahli antropologi, sosiologi, ahli sejarah, filologi dan lain-lain , maka ia

digelar sebagai oreintalis dan hasilan aktiviti mereka itu disebut Oreintalisme.

1

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 2/75

PN3362

ii- Oreintalisme ialah suatu stail pemikiran yang diasaskan kepada perbezaan-

  perbezaan ontologikal episitmologikal yang dilakukan di antara oreint dan

Occident. Di sini didapati sejumlah besar penulis –penulis , antaranya penyair ,

novelis, ahli falsafah, politik dan ekonomi telah menerima perbezaan asas di

antara Timur dan barat sebagai garis permulaan untuk mereka menghuraikan

teori , epik, novel , sosial , politik, adat , matlamat dan minda orang-orang Timur.

iii- Pengetian yang lebih bercorak sejarah dan material berbanding dengan kedua-dua

definisi yang awal di atas . Dengan memandang suasana akhir di abad ke 18 ,

Oreintalisme boleh didiskusi dan di analisakan sebagai institusi koporat yang

  berurusan dengan Timur,sama ada dalam bentuk membuat kenyataan terhadap

Timur, mengulas, mengajar, menguasai dan mengawalnya. Atau dalam kata lain

ia adalah satu stail Barat yang bertujuan untuk mendominasi, mengatur dan

memilikkuasa ke atas Timur.

2. Bilakah Bermulanya Gerakan Oreintalis:

Tidak ada satu tarikh yang tepat dan jelas bila ia bermula. Bagi sejarawan barat mereka

mencatatkan kemunculannya secara resmi adalah selepas Vienna Church Cionference

yang telah memutuskan untuk membentuk Jabatan bahasa Arab , Greek, Hebrew dan

Syria dibeberapa buah Universiti di Eropah (Said 1978,50)

Sebenarnya gerakan oreintalime gereja memang telah wujud lama sebelum tarikh

 perhimpunan gereja di Vienna itu lagi , tetapi ia merupakan suatu aktiviti atau gerakan

yang tidak resmi. Oleh itulah para pengkaji Eropah tidak mahu berpegang dengan tarikh

itu dan kajian terus dijalankan bagi menentukan tarikh permulaan oreintalisme

 berdasarkan tahun-tahun anggran .

Menurut rekod kristian, golongan pendita kristian yang terawal mengkaji Islam ialah

Yuhana al Dimashqi (676-749M) yang telah menghasilkan beberapa buah buku yang

  berbentuk panduan untuk mengadakan dialog atau panduan untuk berurusan dengan

kaum Muslimin. Oleh kerana Yuhana adalah seorang kristian dari Timur yang hidup di

2

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 3/75

PN3362

zaman kerajaan umawiyyah dan pernah berkhidmat di istana kerajaan itu , maka ia tidak 

 boleh dikira sebagai tarikh permulaan yang sebenar .

Ada Sesetengah pengkaji mengatakan ia bermula pada kurun yang ke sebelas Mesihi,

sementara Rodi Poret berpendapat bahawa permulaan kajian tentang Islam dan Bahasa

arab di Eropah bermula pada kurun ke dua belas . pada masa yang sama juga al Quran

telah diterjemah ke Bahasa Latindan satu kamus Bahasa Arab-Latin telah disusun.(Dr 

Mustafa Mahir, 1967 .al Dirasat al Islamiyah Fi al Jamicah al c Ilmaniyah)

Ada juga yang pengkaji yang mengatakan orentalisme telah bermula pada kurun yang

ke sepuluh Masihi. Pendapat ini di dokong oleh Najib al cAqiqi yang mengatakan

  bahawa oreintalisme telah wujud sejak seribu tahun dulu lagi bersandarkan kepada

wujudnya seorang Pederi dari Perancis (940-1003) yang telah pergi menuntut ke

Andalusia di Sevilla dan Cordova sehingga menjadi alim di kalangan pendita di Eropah

 pada zaman itu. Beliau adalah mahir dalam Bahasa Arab , Ilmu Hisab dan Ilmu Falak.

Beliau kemudiannya memegang jawatan ketua pederi di Rom dengan memakai nama

Silvester II pada tahun 999-1003 Masihi. (al c Aqiqi, al Mushtashriqun , 1:110)

Sementara mengikut penelitian Sheikh Mahmud Hamdi Zaqzuq tarikh yang tepat

terhadap kemunculan oreintalisme ini pada tahun 1799M di Britain dan sejurus selepas

itu lahir pula di Perancis . Pada tahun 1883M oreintalisme telah menjadi maddah

akademik secara resmi di Perancis ( Zaqzuq 1984 , 7).

3. Faktor Kelahiran Oreintalisme :

Kalau dirujuk kepada perbincangan tentang kelahiran oreintalisme tadi, maka kita dapati

ada dua sudut yang perlu diperhatikan :

i- Yang diterima barat sebagai aktiviti resmi iaitu selepas berlakunya perhimpunan

gereja yang memutuskan untuk mewujudkan pengajian oreintal di pusat-pusat

 pengajian di barat.

ii . Aktiviti yang dicatatkan sebelum itu , iaitu yang berlaku sebelum keputusan

3

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 4/75

PN3362

perhimpunan Veinna tersebut .

Meskipun dari satu sudut, oreintalime ini dikaitkan dengan bidang akademik dan usaha-

usaha akademik, tetapi kelahirannya secara rasmi mempunyai tujuan, matlamat dan

faktor-faktor lain yang bukan semata-mata akademik tersbut. Ia bertaut dengan sejarah

hubungan diantara Barat dan Timur atau lebih tepat lagi antara Islam dan Kristian.

Pergeseran yang berpanjangan berlaku di antara kedua-duanya sehingga membawa

kepada perang salib dan seumpamanya adalah merupakan faktor pendorong yang sangat

 besar kepada lahirnya keputusan oleh perhimpunan gereja di Veinna itu. Ia kemudian

dikuti dan dilaksana dengan matlamat dan strategi yang diatur bagi mencapai tujuan

yang melampaui matlamat akademik dan keilmuan semata-mata .

Kita akan lihat selepas ini bahawa oreintalisme dengan maksud yang eksklusif , bukan

sahaja bermaksud untuk memahami dan mendalami Islam , tetapi adalah mempunyai

kaitan rapat dengan penjajahan politik dan ekonomi, Ia juga sangat berkait rapat dengan

gerakan dakwah kristian . Ini akan kita bincangkan dalam tujuan dan matlamat

oreintalisme nanti .

4

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 5/75

PN3362

DORONGAN DAN TUJUAN ORIENTALIS.

1. Tujuan Akademik,

Aktiviti dan usaha penyelidikan dan pengajian tentang Timur oleh kalangan Barat

adalah didorong oleh matlamat keilmuan dan akademik iaitu untuk memahami dan

mendalami selok belok Timur, termasuk bahasa, budaya dan adat resam mereka telah

 berlaku dan berjalan sejak lama dahulu iaitu sejak berlaku perhubungan dan keilmuan

diantara orang-orang Timur khususnya Orang Islam dan Barat melalui pertukaran

maklumat , penterjemahan dan sebagainya . Tetapi pengajian dengan maksud yang lain

disebaliknya tidak berlaku hanya setelah resolosi dibuat dalam Perhimpunan gereja-

gereja di Veianna yang telah berlaku pada tahun 1312 M.

2. Tujuan Keagamaan ;

Seikh Hamdi Zaqzuq telah menjelaskan bahawa para sejarawan oreintalis meyakini

  bahawa tujuan agama adalah merupakan motif besar bagi perkembangan fahaman

oreintalisme dan peubuhan akademi pengajian dan pengajaran Bahasa arab dan Kajian

Islam di Eropah. Motif keagamaan oreintalis ini dapat dihuraikan sebagai berikut :

(zaqzuq 1984 , 66) :-

i- Menyerang Islam dan mencari titik kelemahannya, meyakinkan orang lain

  bahawa Islam adalah agama yang diambil dari agama Nasrani dan Yahudi,

merendah-rendahkan nilai-nilai Islam dan menjatuhkan martabat Nabi-nabi

Islam dan lain-lain .

ii- Memelihara penganut nasrani atau kristian daripada bahaya Islam dengan cara

menutup kebenaran Islam , meyakinkan penganut kristian tentang kekurangan

Islam serta memperingatkan mereka supaya tidah menyerah kalah kepada Islam .

5

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 6/75

PN3362

iii- Di sana ada lagi satu matalamat yang sentiasa tidak dilupai oleh golongan

oreintalis dalam setiap kegiatan dan kajian “ilmiah” yang mereka lakukan iaitu

matlamat untuk menyebarkan agama kristian dikalangan orang timur, Oleh itu

mereka telah cuba sedaya upaya mereka untuk merosakkan kemuliaan Islam

dan menanamkan keraguan dalam hati pengikut dan penganutnya.

Dorongan keagaman ini adalah kerana kegiatan oreintalais itu sendiri adalah dimulakan

oleh gereja, Pada mereka . Islam adalah merupakan satu-satunya musuh yang

mengancam kristian dan ia adalah satu agama yang sepatutnya tidak boleh berkembang,

Kegiatan oreintalis yang didorong oleh tujuan keagamaan ini dapat dirumuskan daripada

kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh kalangan tokoh-tokoh oreintalis sendiri

tentang tujuan mereka dan juga penelitian terhadap hasil-hasil kajian mereka berkaitan

dengan Islam. Kenyataan dan pandangan yang dikemukakan oleh oreintalis tentang

Islam dan ajarannya , tentang dasar-dasar dan perundangannya , berkaitan dengan Nabi,

al-Quran, al-Hadis dan lain-lain yang dibuat secara memutarbelitkan apa yang

sebenarnya, adalah memperlihatkan matlamat dan tujun ini.

Antara kenyataan oleh para oreintalis yang mendedahkan tujuan mereka adalah :

i- Kenyataan oleh Pierri Clury tentang tujuan usaha dan aktiviti beliau yang

mempelopori usaha terjemahan al Quran ke bahasa Latin yang dimulakan pada

tahun 1143 M bersama Robert Ketton beliau mengatakan :

“   Jika usaha ini ternyata di antara perkara-perkara tambahan, dan keduanya kerana

musuh tidak perlu diserang dengan senjata , tetapi aku berhasrat supaya dinegeri yang 

ada raja yang agung mestilah ada benteng sama ada untuk pertahanan atau perhiasan

atau kedua-duanya sekali. Nabi Sulaiman membuat senjata untuk pertahanan

walaupun ia tidak perlu pada zaman itu Nabi Daud membuat perhiasan walau pun

bukan untuk , kegunaan zamannya ….. Begitu jugalah halnya dengan usaha ini, walau

  pun tidak boleh mengkristiankan umat Islam, tetapi cukup sekadar pihak gereja

dapat memberikan pertolongan kepada orang yang lemah dan susah “

6

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 7/75

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 8/75

PN3362

mengkaji semua aspek yang ada di negara-negara berkenaan , sama ada di sudut akidah ,

adatresam , corak dan perangai masyarakat juga hasil bumi yang ada , Tujuannya ialah

untuk mengenalpasti sudut kekuatan yang ada untuk supaya dapat dilemahkan dan

dikuasai , Juga di selidikan aspek-aspek kel;emahannya agar dapat digunakan bagi

melaksanakan tujuan mereka .

4. Dorongan Perniagaan .

Diantara faktor yang mendorong kegiatan oreitalis ialah keinginan barat untuk 

  berdagang dengan orang Islam sama ada untuk melariskan barangan keluaran mereka

dan juga untuk memperolehi dan membeli barangan mentah yang ada pada orang Islam

dengan harga yang murah disamping dapat mematikan kilang-kilang perusahaan

setempat yang bersaing dengan kilang-kilang mereka yang besar-besar yang diwujudkan

diserata tempat dinegara Islam .

5. Dorongan Siasah ( Politik).

Pada masa kini setelah negara-negara Arab dan negara-negara Islam telah mencapai

kebebasan , maka terserlah pula satu lagi pendorong baru untuk kegiatan oreintalis ini.

Di kedutaan-kedutaan barat yang terdapay dinegara-negara Arab dan negara Islam

terdapat pegawai khas yang fasih berbahasa arab atau bahasa umat Islam di negara-

negara yang berkenaan. Dengan itu membolehkan mereka berhubung secara terus

dengan para pemikir, wartawan dan ahli politik untuk mereka menyelami arah pemikiran

mereka . Mereka akan berusaha untuk menyuntik pemikiran yang selari dengan siasah

dan kemahuan negara mereka . Di negara-negara arab misalnya mereka berusaha untuk 

menanam pemikiran yang bertentangan dan memecah belahkan pemimpin-pemimpin

negara Arab agar saling bertentang antara satu dengan yang lain. Hal ini dilakukan dalam

  bentuk nasihat dan menyampaikan bantuan . Ia dilakuakn setekah mereka dapat

mengenali sikap kebanyak pemimpin utama yang bertanggungan jawab dalam

mengatus strategi negara.

8

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 9/75

PN3362

3. Matlamat dan Tujuan Oreintalis.

Ada tiga bentuk tujuan dan matlamat golongan oreitalis ini mengikut kelompok 

mereka.

Pertama: Golongan yang dikuasaioleh rasa fanatik dan mempunyai rasa permusuhan

yang jelas terhadap Islam dan penganutnya .

Kegiatan golongan ini adalah bermatlamat untuk :

i- Menimbulkan keraguan tentang kesahihan kerasuluan Nabi Muhamad s.a.w. dan

menanam prasangka terhadap sumbernya. Kebanyakan mereka menyangkal

  bahawa nabi Muhamad itu seorang Rasul yang menerima wahyu dari Allah

S.W.T. Mereka berusaha untuk membuat pelbagai tafsiran yang menyeleweng

tentang wahyu dan al-Quran .

ii- Penolakan mereka terhadap al-Quran yang sebagai yang datang dari langit

membawa kepada usaha mereka menolak Islam sebagai agama Allah . Islam

didakwa sebagai hasil ciplakan dari dua agama sebelumnya iaiatu Yahudi dan

 Nasrani.

iii- Menimbulkan keraguan terhadap kesahihan hadith yang menjadi asas pegangan

umat Islam dan asas perundangan hukumnya. Mereka bersandarkan kepada

wujudnya hadis palsu dengan membutakan matanya terhadap usaha yang

dilakukan oleh para ulama hadith membersihkan hadith daripada semua

 pemalsuan itu. Ia dibuat oleh para ulama dengan kaedah dan metod yang cukup

teliti dan kemas yang belum pernah ada tandingannya. Sebenarnya mereka

merasa iri hati melihat hadith Nabi yang lengakap dan sempurna serta kaya

dengan khazanah perundangan yang begitu mengkagumkan sedang mereka tidak 

mahu mengakui tentang kerasulan Nabi Muhamad s.a.w. lalu mereka dakwa

adalah tidak munasabah ia datang dari seorang yang ummiy yang tak tahu

membaca dan manulis.

9

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 10/75

PN3362

iv- Menanam keraguan tentang nilai Fiqh Islam itu sendiri. Iaitu suatu

 perbendaharan yang begitu agung dan tidak pernah ada pada mana-mana umat di

sepanjang zaman.

v- Menanam keraguan terhadap kemampuan Bahasa Arab untuk mengikuti

  perkembangan dan kemajuan akademik . Dengan adanya keyakinan demikian

maka umat Islam khas umat Arab akan sentiasa mengemis untuk menggunakan

istilah dan bahasa mereka . Orang Islam akan merasa mereka tidak akan mampu

menandingi barat dalam semua bidang .

Kedua : Golongan oreintalis yang mempunyai sikap yang tidak fanatik.

Golongan ini melakukan kajian dan penyelidikan mereka semata-mata kerana keinginan

untuk mengetahui secara tepat tentang Islam . Dengan kata lain kegiatan mereka adalah

didorong oleh maksud akademik . Walau bagaimana pun terkadang-kadang terdapa juga

fakta-fakta yang kurang tepat berhubung dengan Islam . Ini adalah disebabkan oleh

kurangnya pengetahuan mereka tentang Bhasa Arab dan selok beloknya , atau pun

disebabkan kejahialan mereka tentang iklim yang ada dalam sejarah Islam dan

kedudukan suasana masyarakat yang berbeza . Apabila mereka cuba enggambarkan

makaia cuba digambar dalam suasana dan iklim yang mereka alami . Merekalupa dan

tidak dapat dapat menghayati . Bezanya diantara kumpulan ini dengan kumpulan

  pertama ialah mereka akan segera mengakui kesilapan mereka dan membetuklkan

tanggapan mereka apabila dijelaskan dengan fakta yang mempunyai bukti dan asas yang

sebenar, tidak berkeras dengan kebatilan dan pembohongan walau pun ternyata ia tidak 

 berasas.

Tidak dapat dinafikan bahawa setelah beberapa abad wujudnya jabatan-jabatan

 pengajian Timur yang ditubuhkan melalui keputusan gereja , maka lahir pula

sekumpulan pelajar dan penyelidik yang mempunyai sikap yang tidak fanatik terhadap

kristian dan yang tidak mahu terjebak dengan tujuan dan matlamat yang tidak ilmiyah.

Golongan ini telah menjalankan kajian mereka dengan tujuan yang bersih dari kebencian

dan dengki kesumat tetapi dengan tujuan-tujuan dan kepentingan yang lain . Antara

tujuan dan matlamat ini ialah

10

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 11/75

PN3362

i- Kajian yang dibuat dengan tujuan ilmiyah semata-mata . Motif ilmiah ini muncul di

abad keemasan oreintalis iaitu zaman perkembagan penulisan dan penerbitan .

ii- Tujuan Perdagangan : Motif ini menjadi keutamaan oreiantalis di abad ke 19 dan 20

ketika misi perdagangan dan pelayaran giat dilaksanakan oleh pemerintah .

Perdagangan dengan Timur banyak memberikan kuntungan kepada oreintalis selain

daripada memperolehi bahan-bahan mentah yang diperlukan . Mereka juga

menimba pengalaman denagn mengenali geografi dan kebudayaan Timur.

iii- Tujuan Politik : Pihak pemerintah memberi sokongan dan dokongan sepenuhnya

kepada oreintalis untuk mendalami dan mempelajari bahasa, tradisi , agama Timur 

dengan tujuan supaya dapat mengenali teknik-teknik dan tektik yang sesuai bagi

mendekati, mempengaruhi dan menguasai penduduk tempatan yang dijajah.

Ketiga : Golongan Oreitalis Yang Mendapat Hidayat .

Golongan ini adalah merupakan mereka yang menyelidik dan mengkaji dengan maksud

untuk mencaari kebenaran . Apabila kajian mereka menjelaskan kebenaran apa yang

dibawa oleh Islam maka mereka untuk menerima dan menganut Islam dengan rela hati .

11

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 12/75

PN3362

MATLAMAT DAN STARTEGI ORIENTALIS

Apabila orang Islam berbicara tentang orientalis , maka pembicaraan mereka adalah

tertumpu kepada golongan orientalis yang sikap dan tindak tanduk serta aktiviti mereka adalah

digerakkan oleh sikap fanatik dan perseteruan mereka terhadap Islam dan penganutnya,

sehingga mereka dengan sengaja melancarkan berbagai-bagai serangan yang tidak berasaskan

terhadap Islam dan apa saja yang berkaitan dengan agama ini dan penganutnya. Fokus yang

akan di berikan penekanan dalam pembicaraan ini ialah perancangan dan strategi golongan

orientalis yang mempunyai matlamat dan tujuan menjadikan Islam sebagai sasaran mereka

dalam usaha mereka menyekat pengaruh dan kewibawaan Islam terhadap manusia sejagat.

Kelahiran gerakan orietalisme adalah berkait rapat dengan gerakan untuk penyebaran agama

kristian dan juga penjajahan, maka strategi gerakan dan usaha awal mereka adalah diatur untuk 

mencapai matlamat bersama . Apa yang diatur oleh pihak pengembang kristian adalah

mendapat dokongan berbentuk akademik dari golongan orientalis. Pendakwah kristian telah

menggunakan pelbagai cara dalam menjayakan misi mereka terhadap bangsa Timur. Antaranya

ialah dengan mengiksploitasi semua bidang keperluan manusia untuk tujuannya, termasuklah

melalui bidang pendidikan dengan menubuhkan institusi pendidikan di semua peringkat dengan

kurikulum dan pengisian yang sesuai dengan agama kristian, mengiksploitasi pelajar-pelajar 

yang dihantar ke barat untuk mengubah pendirian dan pemikiran mereka terhadap ajaran Islam

yang sedia ada dalam diri mereka agar menerima pandangan , pemikiran yang sesuai dengan

anutan mereka . Selain dari bidang pendidikan , maka bidang-bidang seperti perubatan , media

dan kewartawanan , penerbitan majallah dan sebaran digunakan untuk maksud tersebut .

Selain daripada gerak kerja yang dilaksanakan melalui kegiatan missionari ini ,maka orientalis

 juga menjalankan kegiatan mereka dalam bidang akademik yang meliputi pelbagai bidang . Al

Sayid Mustafa al Siba’y telah mengemukakan 5 aktiviti yang dijalankan oleh orientalis

i) meliputi pengajian di Universiti ,

ii) pengumpulan manuskrip dan membut katlog,

iii) penyuntingan dan penerbitan ,

iv) penterjemahan dari bahasa Arab ke Bahasa Eropah ,

v) Penulisan dalam berbagai-bagai bidang ilmu Islam .

12

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 13/75

PN3362

Matlamat orang barat termasuk golongan orientalis sejak awal lagi adalah merupakan

serampang dua mata :

i- Untuk menyekat masyarakat barat atau kristian daripada terpengaruh dengan ajaran Islam

dan menerima Islam sebagai anutan mereka . Dalam hal ini mereka menumpukan kerja-

kerja yang dilihat boleh memburukkan wajah Islam serta menutup semua keindahan dan

keistimewaannya agar dapat meyakinkan kaum kristian bahawa Islam adalah tidak sesuai

untuk mereka.

ii- Menumpukan kajian mereka tentang umat Islam dan mereka mula menimbulkan dan

membuat pelbagai dakwaan dan pembohongan terhadap akidah dan syariah Islam juga

sumber-sumber Islam . Tujuan mereka adalah bagi melemahkan pegangan umat Islam

terhadap agama serta menimbulkan perpecahan dikalangan umat Islam . Disamping itu ia

disertai dengan usaha yang kuat dan bersungguh-sungguh ke arah menjadikan mereka

sebagai penganut kristian .

iii. Menjadi konco kepada penjajah dan berusaha bagi membuka jalan dan memudahkan

  pihak penjajah menundukkan negara-negara umat Islam agar menerima pemikiran

mereka yang akhirnya mereka akan turut mendewa-dewakan nilai-nilai barat , dan pada

waktu yang sama mengurangkan pegangan mereka kepada nilai dan ajaran Islam .

Berikut adalah huraian ringkas tentang beberapa strtegi yang dilaksasanakan oleh orientalis

dalam gerak kerja mereka .

Polisi Pendidikan .

Barat yang telah berjaya menguasai negeri-negeri umat Islam secara leceknya menyusun dan

mengatur strategi mereka melalui pendidikan disemua peringkat pengajian kepada

masyarakat. . Mereka membangun dan mendirikan sekolah-sekolah di semua peringkat dari

 pra persekolahan sehingga peringkat tinggi. Banyak sekolah yang kemudahan yang lengkap

didirikan dan diletakkan dibawah kendalian pihak gereja atau misionari kristian . Di tanah

Melayu semasa dibawah penjajahan , sekolah-sekolah yang baik dan lengkap

kemudahannya adalah dikendalikan oleh pihak gereja dan diletakkan berhampiran dengangereja . Bangunan sekolah pula kadang-kadang merupakan sebahagian daripada kawasan

13

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 14/75

PN3362

gerejaitu sendiri . Ia selalunya dilengkapi dengan corak dan bentuknya. Terdapat banyak 

  bangunan sekolah yang diletakkan dipuncaknya lambang salib sama seperti bangunan

gereja sendiri. Paling tidak nama sekolah yang terkenal pada masa pnjajahan dan pada

 permulaan kemerdekaan seperti convent, Sent John, La Salle , dan sebagainya hingga kini

masih kekal sebagai bukti.

Peranan orientalis adalah membantu pihak penjajah dan pihak gereja atau misionari agar 

merangka kurikulum yang boleh diterima oleh masyarakat orng Islam dan juga yang akan

memberikan hasil kepada mereka dalam jangka panjang . Penyusunan kurikulum adalah

dengan tujuan untuk menanam secara halus nilai-nilai barat sehingga mereka membesar 

dengan pemikiran dan kecenderungan kepada barat dan diwaktu yang sama nilai-nilai Islam

akan terhakis secara halus sedikit demi sedikit dari jiwa mereka .

Sepanjang tempoh penjajahan oleh barat di negara-negara umat Islam , mereka telah juga

menubuh dan mendirikan pusat-pusat pengajian tinggi. Bahkan kadang -kadang institusi

  pengajian tinggi itu didirikan dengan kerjasama rapat pihak misionari dan dalam bentuk 

yang jelas sebagai sebuah institusi kristian . Antara contohnya ialah :

i. Amerikan Universiti di Qahirah . Ia didirikan di sana bagi menyaingi Universiti al-

Azhar yang dikira sebagai satu benteng kekuatan Umat Islam di Mesir . Institusi ini

setiap tahun melahirkan para pendidik dan pendakwah untuk sekolah-sekolah yang

mereka dirikan di seluruh pelosok negeri Timur dekat .

ii. Universiti Amerika di Beirut. Ia dinamakan juga sebagai Fakulti Syria Injil dan

selepas itu diubah nama sebagai Universiti Beirut . Institusi ini telah ditubuhkan pada

tahun 1865 M ( Dr cAbd al Muncim : 2001) .

 

Kedua-dua Uninversiti Amerika ini di katakan memaksa pelajar-pelajar yang

memasuki pengajiannya supaya mereka masuk ke gereja setiap pagi dan mengikuti

upacara keagamaan yang dilakukan. Sewaktu di bantah oleh pelajar-elajar Islam ,

maka salah seorang dari pihak berkuasa dan pentadbirnya telah mengemukakan akta

dan dokumen penubuhannya yang menyebut : « Faedah agama kristian wajib

diberikan kepada setiap pelajar . Injil adalah antara mata pelajaran asas/ utama yang

14

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 15/75

PN3362

teras . Setiap palajar yang memasuki institusi ini perlu tahu sejak awal lagi apa yang

diperlukan untuk lakukan oleh mereka.

iii. Di Istambul Turki, Universiti yang serupa telah ditubuhkan oleh seorang

 pendakwah kristian dan sehingga kini ia terus diketuai oleh pihak misionari

kristian.

iv- Pusat-pusat pengajian tinggi seumpamanya ditubuhkan juga dinegara-negara umat

Islam yang lain seperti di Sudan , di Lahore, di Lubnan dan lain-lain .

Semua pusat pengajian tinggi dan institusi pendidikan lain adalah membantu

menyebarkan matlamat yang ingin dicapai oleh orientalis . Ia bekerja sepanjang masa

  bagi membantutkan pertumbuhan belia yang bersemangat Islam dan memelihara

nilai-nilai agama Islam yang tulin .

Penulisan Buku Dan Penerbitan .

Satu kegiatan dan strategi yang sangat luas digunakan oleh golongan orientalis ialah

  penulisan dan penerbitan buku-buku dan apa yang dikatakan sebagai hasil kajian dan

  penyelidikan oleh kalangan mereka , tentang pelbagai aspek yang berkaitan dengan

Islam dengan pelbagai arah bentuk dan jodol. Ianya menyentuh tentang Agama Islam

secara menyeluruh atau Rasulullah atau tentang al Quran dan sebagainya .

Kebanyakannya ditulis dan mereka dengan sengaja memutar belitkan fakta dan hakikat

kebenaran yang ada, sama ada dengan mengubah maksud atau menafikan hakikat yang

sebenar dan sebagainya .

Kalangan orientalis sangat giat dan produktif dalam usaha mereka ini. Mereka secara

  berkumpulan menerbitkan beberapa hasil penulisan yang begitu besar dan menjadi

 pegangan dan rujukan oleh para pelajar Islam . Antaranya ialah The Encyclopaedia of 

Islam yang telah disusun pada mulanya dalam bahasa Inggeris dan kemudiannya

diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Ia kemudian telah mula diterjemahkan ke

dalam Bahasa Arab pada tahun 1956.Penerbitan pertama dalam edisi Bahasa Arab

mengandungi 13 Jilid. Banyak perkara dan fakta yang tidak tepat tentang Islamterkandung dalam buku ini..( Dr Mustafa al Sibaciy: Cet3 1985) Oleh kerana sistem

15

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 16/75

PN3362

kandungan yang begitu baik maka para penulis Islam telah berusaha untuk meneliti dan

memperbetulkan semula fakta-fakta dan kandungan yang tidak tepat di dalamnya.

Selain itu buku yang diberikan jodol Shorter Encyclopaedia of Islam , dan

Encyclopaedia of Religion And Ethics, Encyclopaedia of Sosial Sciences dan banyak 

lagi.

Demikian juga dengan buku Muc  jam Mufahras untuk hadis yang telah disusun oleh

Wensink dan rakan-rakannya . Walau pun tujuan asalnya adalah untuk meneliti mencari

hadis-hadis dan bagi meneliti aspek-aspek kelemahan yang boleh dipergunakan bagi

menentang Islam, tetapi susunannya telah dapat digunakan oleh para pelajar Islam dalam

 penyelidikan dan pengajian mereka.

Dalam usaha orientalis mencapai matlamat mereka , beberapa perkara menjadi tumpuan

dan sangat dititikberatkan oleh mereka untuk dicapai:

a- Menanam keraguan tentang kebenaran kerasulan Nabi Muhamad s.a.w. serta al-

Quran yang sumbernya dari Allah SWT. . Ini sentiasa diulang dan diwar-warkan

oleh para orientalis dalam pelbagai bentuk dan ibarat.

 b. Penolakan terhadap al-Quran itu sebagai kitab yang diturunkan dari langit. Ini

dibuat dengan pelbagai cara dan alasan .

 

c. Ekoran dari itu maka usaha dilakukan bagi menolak Islam sebagai satu agama

langit.

d. Menimbulkan keraguan dan kesangsian tentang kesahihan hadis Nabi s.a.w. Ini

disebabkan adanya apa yang disebutkan sebagai pemalsuan dalam hadis.

e. Menanamkan keraguan tentang nilai fiqh dan perundangan Islam .

f. Menimbulkan keraguan dan tidak yakin terhadap kemampuan Bahasa Arab dan

 bahasa umat Islam lain untuk mengikuti kepesatan dari perkembangan

keilmuan . Orang lain - umat Islam khususnya- akhirnya tunduk mengakui danterpaksa mengemis bahasa dan istilah ilmu dari mereka untuk mampu bersaing .

16

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 17/75

PN3362

g. Menghakiskan penghormatan umat kepada tokoh-tokoh dan ulama-ulama Islam

yang komited dan yang ulung.

Penubuhan Kesatuan dan Penerbitan Majalah.

Antara kegiatan yang dilaksanakan oleh orientalis dalam usaha mereka ialah

menerbitkan majalah untuk menjadi tatapan dan bahan bacaan masyarakat. Dalam

Majalah ini dimuatkan pemikiran atau yang disebut sebagai hasil kajian mereka tentang

sesuatu permasalahan yang mahu disampaikan kepada pembaca.

Penerbitan majalah dilakukan oleh kesatuan orientalis . Kesatuan ini telah ditubuhkan di

  pelbagai negeri mengumpulkan tenaga orientalis. Antaranya ialah Kesatuan Orientalis

Asia yang ditubuhkan di Paris pada tahuan 1822, Kesatuan Diraja Asia yang

ditubuhkan di Britan dan Ireland pada tahun 1942 dan di German pada 1845 . Majalah

yang mengandungi hasil kajian penyelidikan mereka tentang Islam ini diterbit dan

diedarkan oleh kesatuan/ pertubuhan ini dalam jumlah yang besar. Antaranya ialah :

1. Majallah Orientalis yang pertama diterbitkan di veinna pada tahun 1809-1818M .

2. Majallah Islam diterbitkan oleh guru-guru bantuan Prancis yang dihantar ke Moroco

 pada tahun 1895. Ia kemudian digantikan dengan majallah « Dunia Islam » pada tahun

1906M yang kemudiannya ditukakan lagi jodolnya kepada majalah « Kajian Islam ».

3. Di German diterbitkan majalah « Derlslam » atau Islam . Ia diterbitkan pada tahun

1910M.

4. Di Rusia diterbitkan satu majalah pada tahun 1912M , yang diberikan jodol

« Mirlslama » atau Dunia Islam .

 

5. Di Britan diterbitkan sejak 1911 majalah yang juga dinamaka sebagai « dunia Islam »

The Muslim World. Ia di asaskan oleh S. Zweimer.

17

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 18/75

PN3362

Lebih jauh dari itu para orientalis juga telah merebut peluang menggunakan akhbar-

akhbar tempatan di negari-negeri umat Islam yang dibeli oleh mereka dan dikekalkan

 penerbitannya dengan pengisian dari pihak mereka. Di mesir misalnya mereka berjaya

menggunakan akhbar-akhbar tertentu bagi menyetakan pandangan dan pendapat agama

kristian secara lebih bebas dan meluas berbanding dengan negeri-negeri lain . (Dr 

Mustafa al Sibaciy: )

Mengadakan Muktamar Atau Persidangan.

Atara Kegiatan yang sering di atur oleh orientalis ialah persidangan dan muktamar 

diperingkat dunia atau kawasan dan negeri tertentu menghimpunkan para tokoh-tokoh

akademik bagi membincangan hasil kajian yang mereka buat berkaitan Islam . Kegiatan

seperti ini telah lama dimulakan . Untuk peringkat antara bangsa ia telah dimulakan sejak 

1763M dan berterusaan hingga kini . Sementara untuk peringkat wilayah atau negeri

telah dimulakan di German 1849M.

6. Kegiatan Yang Berbaur Politik.

Jika diperhatikan nama-nama orientalis yang begitu menonjol dan yang begitu terserlah

  pendapat dan pemikiran mereka tentang Islam dan umat Islam , maka didapati

sebilangan mereka adalah merupakan tenaga yang bergiat dibawah kendalian kerjaan

 penjajah . Mereka menjadi ahli pemikir yang berpengaruh bagi mengatur strategi dalam

menghadapi umat Islam di negeri-negeri yang terletak dibawah penjajahan kerajaan

 barat. Pembentukan dasar dan keputusan politik di negara-negara umat Islam sangat

  berkait rapat dengan kajian dan penyeliidikan oleh kalangan orietalis ini. Ramai

kalangan orientalis yang bekerja sebagai penasihat atau atache di pejabat kedutaan

mereka dinegara Islam yang dijajah . Antara mereka ialah :

Snouck Hurgronje. Beliau merupakan seorang penasihat dalam merangka strtegi

 politik untuk kerajaan Belanda menghadapi umat Islam rakyat Indonesia yang dijajah.

Beliau juga bertanggungjawab dalam merangka , menggalakkan agar usaha

mengkristiankan umat Islam di sana dilaksanakan disamping syor melaksanakan

 peraturan dan undang-undang sekular untuk umat Islam Indonesia.

18

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 19/75

PN3362

Macdonald pula adalah orientalis yang menjadi penasihat kepada kerajaan British bagi

merangka dasar dan strategi politik menghadapi umat Islam di Benua kecil India .

Orientalis Gibb pula adalah juga penasihat kepada kerajaan British dan merangka

stategi politik untuk Britan dan Amerika yang bersekongkol dengan Isra’il memusuhi

negara Arab dan Umat Islam.

L. Massignon pula adalah merupakan penasihat kepada kerajaan Perancis dalam

mengatur strategi mereka terhadap umat Islam di Afrika Utara terutama Algeria.

 Nasihat dan cadangan yang diberikan olehnya telah mengakibatkan lebih sejuta umat

Islam di Algeria mati syahid dalam jihad mereka menentang penjajahan Perancis.

19

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 20/75

PN3362

SIKAP ORIENTALIS TERHADAP AL QURAN .

Pendahuluan :

Al Quran adalah merupakan asas utama kepada Islam dan Syariatnya . Ia adalah sumber utama

kepada semua ajarannya . Sikap golongan orientalis yang memusuhi Islam terhadap Al-Quran

adalah sama seperti sikap mereka terhadap Rasulullah saw. dan hadithnya. Bagi mereka al

Quran tidak patut dibiarkan menjadi pegangan umat Islam dan menguasai pemikiran mereka.

Umat Islam harus dipisah atau dijauhi darinya.

Atas sikap ini maka didapati pelbagai kekeliruan dan tuduhan tidak benar yang telah

dilemparkan secara berterusan oleh golongan orientalis terhadap al Quran ini, baik dari segi

kedudukannya sebagai wahyu, isi kandungannya dan ajaran-ajaran yang terkandung di

dalamnya . Semua kekeliruan yang ditimbulkan adalah untuk menafikan al Quran itu sebagai

wahyu dari Allah dan untuk membukti atau mengithbatkan bahawa ia adalah hasil ciptaan Nabi

Muhamad s.a.w.

Berikut akan dilihat beberapa tuduhan dan kekeliruan yang telah ditimbulkan oleh mereka serta

ulasan yang dibuat oleh penulis-penulis dan ilmuan Islam terhadapnya.

1. Al Quran Adalah Hasil Ciptaan Nabi Muhamad .

Kaum orientalis sama ada mereka terdiri dari kalangan yahudi atau nasara memang

tidak senang untuk menerima pandangan bahawa al Quran itu merupakan wahyu dari

Allah. Mereka sendiri menganggap kitab suci mereka sebagai hasil dari susunan dan

ciptaan yang dilakukan oleh para Nabi atau pendita mereka , maka begitu juga dakwaan

mereka terhadap al Quran . Mereka seboleh-bolehnya mahu memadamkan keyakinan

terhadap nilai ketinggian dan kesucian al-Quran dari hati sanubari penganut Islam .

20

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 21/75

PN3362

Tuduhan seperti ini dikemukakan oleh para orientalis dalam pelbagai cara. Montgomery

Watt , Noldeke , Goldizher dan lain-lain membuat tuduhan sedemikian dalam bentuk 

yang berbeza tetapi maksudnya sama..

Ulasan ilmuan Islam terhadap tuduhan dan kekeliruan :

Tuduhan yang dibuat oleh orientalis ini adalah tidak mempunyai sebarang asas yang

kukuh. Tidak ada sebarang sandaran bukti sejarah . Ia hanya merupakan khayalan

mereka semata-mata . Tuduhan itu tidak lebih dari ulangan semula terhadap apa yang

 pernah di katakan oleh kaum kafir quraisy dahulu seperti yang dijelaskan oleh al Quran

dalam ayat 4-5 Surah al Furqan , dan telah pun dijawab oleh al Quran dalam ayat 6 .

Jika tuduhan mengatakan bahawa Nabi belajar dari seseorang maka ia juga telah dijawab

oleh al-Quran dalam ayat 103 surah al Nahl.

i- Sejarah memang nyata bahawa Nabi Muhamad s.a.w. adalah seorang yang ummi

 – tak tahu membaca dan menulis- dan al –Qur’an mula dipaparkan oleh

Rasulullah s.a.w setelah baginda berumur 40 tahun , sedang corak kehidupan

Rasulullah dalam tempoh sebelum itu tidak memberikan sebarang peluang untuk 

 baginda mempelajari dari mana-mana sumber. Bagaimana seorang yang ummi

 boleh mengarang dan mencipta suatu kitab yang sebegini unik bentuknya?.

ii- Ada juga kalangan yang mendakwa bahawa Nabi telah meperolehi maklumat

dari kalangan kaum ahl kitab ( Yahudi dan Nasara ) . Dakwaan ini boleh

diberikan pertimbangan sekiranya dapat dibuktikan bahawa baginda ada peluang

dan kesempatan yang cukup untuk berhubung dengan mereka yang dikatakan

itu dan mendapatkan maklumat seperti yang terkandung dalam al-Quran itu!.

iii- Kalau al Quran itu Nabi cipta hasil penglibatannya dengan kaum Yahudi dan

 Nasara, soalannya ; mengapa orang yang lebih lama dan lebih banyak bergaul

dengan kaum berkenaan tidak mampu untuk mengemukakan hasil seperti itu.

Dan mengapa tidak ada kalangan yahudi dan Nasara yang menjadi sumber itu

sendiri yang mampu. Sedangkan mereka sangat-sangat ingin menyekat pengaruhdan ajaran Nabi Muhamad s.a.w. disamping dicabar untuk berbuat demikian.

21

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 22/75

PN3362

iv- Kalau al Quran itu ciptaan Nabi Muhamad mengapa pula terdapat ayat-ayat yang

mengkritik dan menegur baginda sendiri dalam al Quran itu.

v- Secara logiknya apakah seorang yang ummi mampu untuk mengemukakan dalam

al Quran itu perkara-perkara yang seluruh ahli ilmu di masa itu tidak mempunyai

sebarang pengetahuan berhubung dengannya seperti ilmu yang berkaitan unsur 

alam / fakta sains dan sebagainya .

vi- Dari sudut masa dan tempoh . Tempoh kerasulan adalah sekitar 23 tahun sahaja

sedang Rasulullah s.a.w berada 13 tahun di Makkah dengan menghadapi dan

 berdepan dengan pelbagai tindakan oleh kaum kafir quraisy , sementara tempoh

10 tahun di Madinah di penuhi dengan pelbagai tugas yang dihadapi oleh

Rasulullah saw. Dari pentadbiran, kepada megharungi medan perang ,

menguruskan berbagai-bagai perkara lain lagi . Logiknya bagaimana baginda

mempunyai peluang untuk berfikir dan duduk merenung mencipta dan

mengarang al –Quran , pada hal kitab ini begitu sempurna dan lengkap

kandungannya mencakupi seluruh bidang kehidupan manusia yang tidak dapat

ditandingi oleh mana-kitab pun sebelum dan sesudahnya .

2. Isi Kandungan Al Quran Adalah Di Saring Dari Kitab Taurat dan Injil.

Di antara dakwaan dan kekeliruan yang mereka timbulkan berkaitan al-Quran adalah ;

ia adalah saringan atau dengan lain ungkapan berasal dari kandungan kitah Taurat dan

Injil .

Sandaran yang menjadi latar belakang kepada dakwaan ini ialah

i- Dakwaan mereka bahawa al Quran itu ciptaan Nabi .

ii- Adanya titik persamaan antara kandungan al-Quran dan kandungan kedua

kitab berkenaan. Iaitu tentang kisah nabi-nabi dan umat dahulu.

22

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 23/75

PN3362

Matlamat dari tuduhan ini tetap bermaksud untuk mengisbatkan bahawa al Quran itu

ciptaan Nabi Muhamad dan bukannya wahyu Allah . Tujuan akhirnya ialah menghakis

keyakinan dan mengikis penghormatan manusia terhadap kitab suci ini.

Ulasan Terhadap Tuduhan :

i- Tuduhan ini adalah berkait dengan anggapan mereka bahawa nabi Muhamad adalah

 pencipta dan pengarang kepada al Quran. Jika mereka menerima bahawa al-Quran itu

datangnya dari Allah maka dakwaan bahawa al-Quran itu disaring atau diambil daripada

apa yang terkandung di dalam Taurat dan Injil tidak timbul. Bila dakwaan itu dibuat

sudah tentulah ada pihak atau orang yang mengambil atau menyaringnya . Maka yang

mereka maksudkan ialah Nabi Muhamad sendiri. Anggapan dan dakwaan ini telah pun

di ulas dan dijawab serta dinyatakan kepalsuannya . Oleh itu tak perlu dipanjangkan lagi

 jawapannya.

ii- Kandungan Kisah yang Berbeza.

Adapun tentang terdapatnya persamaan di antara kisah dan cerita-cerita yang terdapat

dalam al-Quran dan dalam kedua kitab berkenaan berhubung dengan para nabi dan umat

dahulu , maka adalah benar dan tak dapat dinafikan bahawa topik dan isu yang sama

terdapat dalam al-Quran dan kitab-kitab sebelumnya . Persoalannya apakah keseluruhan

cerita dan kandungan kisah itu benar-benar sama ?

Jika diteliti maka persamaan yang ada hanya pada tajuk ceritanya dan mereka yang

 berkenaan sahaja, tetapi isi kandungannya adalah jauh berbeza. Cerita dan kisah yang

terdapat di dalam al-Quran adalah tertumpu kepada pekara-perkara penting yang menjadi

 pengajaran dan perkara yang boleh dijadikan contoh teladan dan iktibar , sedang yang

terdapat di dalam Taurat dan Injil adalah lebih tertumpu kepada jalan cerita dan kisah

itu semata-mata tanpa sebarang penekanan kepada apa-apa aspek pengajaran. Bahkan

kadang apa yang dikemukakan adalah suatu yang tidak munasabah dan bertentangan

dengan logik dan kehormatan para Nabi dan Rasul .

23

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 24/75

PN3362

Bahkan terdapat perbezaan yang jelas di antara apa yang dipaparkan di dalam al-Quran

dengan yang terdapat dalam kedua sumber ini walau pun tentang kisah yang sama.

Seperti cerita yang berkaitan dengan Nabi Yusuf dengan isteri pembesar Mesir , kisah

kelahiran Nabi Isa adalah sangat berbeza.

Bahkan terdapat perkara-perkara yang dinyatakan oleh al Quran tentang kisah umat-

umat dahulu yang langsung tidak disebut di dalam Taurat dan Injil. Contohnya kisah

tentang kaum cAd dan Thamud, Tentang Mariam yang dijaga oleh Nabi Zakaria , dan

dialog yang berlaku antara Nabi Nuh dan juga anaknya sewaktu dilanda gelombang

 banjir besar .

iii. Perbezaan dalam perkara asas yang penting.

Selain perbezaan yang begitu ketara wujud dalam perkara yang pada mulanya dilihat

ada kebetulannya, maka terdapat perbezaan dan pertentangan yang begitu jelas antara

kedua kitab ini dalam perkara-perkara asas yang utama , seperti akidah , hukum syariah,

a- Dalam akidah :

- Al Quran memandu dan mengajar konsep tauhid yang tegas akidah dalam

kedua kitab ini tidak menegakan tauhid. Dalam Injil tuhan itu berbilang . Ini

dijelaskan dalam al Quran :

 وقت ايهد عز ابن ال وقت اصرى امسيح ابن ال .

Dalam injil yang menjadi pegangan mereka ( orientalis) konsep trinity

adalah merupakan ajarannya. Sedang di dalam al-Quran konsep tauhid adalah

suatu yang tidak ada tolak ansurnya. Al Quran menolak semua bentuk syirik 

terhadap Allah s.w.t.

- Al Quran menjadikan hak memberikan keampunan hanya oleh Allah – ajaran

yang dipegang oleh nasara pula ialah , para padri mereka adalah diberikan

hak untuk menerima pengakuan dosa oleh setiap orang dan boleh

mengampunkan dosa mereka .

24

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 25/75

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 26/75

PN3362

sedikit pun dalam kedua kitab yang didakwa menjadi sumbernya . Contohnya

seperti ilmu berkaitan unsur alam, kejadian manusia dan lain-lain .

- Ilmu ilmu berkenaan yang termuat dalam al-Qur’an bukan sahaja tidak 

terdapat dalam Taurat dan Injil tetapi tidak terlintas pun dalam fikiran

manusia pada masa itu, bahkan sebahagian daripada perkara yang terkandung

dalam al-Quran itu hanya baru boleh difahami oleh manusia hampir seribu

tahun selepas ia diturunkan.

d- Penilaian al –Quran terhadap Kedua Kitab dan pengajarannya.

- Al-Quran telah mengkritik dan menjelaskan berbagai-bagai keburukan yang

adalah dalam Taurat dan Injil .

- Al-Quran juga mendedahklan perbuatan kaum Yahudi dan Nasara dalam

meminda dan mengubah kandungan kedua kitab ini.

- Dalam al-Quran dipenuhi dengan kritikan dan penjelasan terhadap

keburukan amalan kaum yahudi dan nasara.

Adakah layak untuk mendakwa bahawa kandungan al-Quran itu diambil daripada

Taurat dan Injil pada hal hampir keseluruhan kandungannya itu berbeza dan bahkan

 bertentangan dengan apa yang ada dalam kedua-dua kitab berkenaan. Apakah logik 

untuk dikatakan al Quran itu merupakan saringan atau dicedok dari kedua kitab itu

sedangkan al Quran mendedah dan menelanjang segala keburukan dan kepincangan

yang terdapat di dalam kedua-dua nya. Tentunya dakwaan itu tidak berasas langsung.

3. Pengharaman Arak Di Dalam Al Quran Ditangguhkan Kerana Takutkan Quraisy.

Suatu dakwaan yang dibuat oleh sebahagian orientalis khususnya oleh Montgomery Wattyang telah menulis dalam bukunya “ Muhamad di Makkah” mengatakan bahawa al

26

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 27/75

PN3362

Quran telah mendiamkan diri dan tidak mengharamkan arak dan riba secara tegas

sebelum Nabi berhijrah ke Madinah . Ini adalah disebabkan oleh ketakutan dan

kegerunan Islam terhadap kebengisan dan tindakan oleh kaum kafir Quraisy.

Sekali lagi dakwaan ini dibuat atas landasan bahawa al Quran itu merupakan ciptaan

nabi Muhamad s.a.w. dan berasaskan bahawa kedua perkara tersebut iaitu arak dan riba

adalah merupakan dua perkara yang menjadi darah daging dalam amalan dan

kehidupan kaum quraish di Makkah. Golongan kafir quraisy pula dilihat sebagai satu

 bangsa yang bengis dan ganas , melalui tindakan yang mereka lakukan terhadap pengikut

 Nabi. Contohnya terhadapBilal , terhadap keluarga Amamr dan lain-lain. Satu bangsa

yang di lihat tidak berperik kemanusiaan apabila sanggup menanam ank perempuan

mereka hidup-hidup .

Yang nyata dakwaan ini adalah merupakan andaian palsu yang tidak berasaskan sesuatu

alasan yang kukuh .

Memang benar pengharaman arak dan riba tidak berlaku pada peringkat Makkah .

Bukan sahaja dua perkara ini , bahkan semua pensyariatan hukum tidak dikemukakan

oleh al Quran pada peringkat ini Bukan disebabkan ketakutan dan kegerunan terhadap

kaum quraisy seperti yang di dakwa, tetapi

disebabkan oleh hikmah yang Allah tentukan . Antara hikmat yang boleh difahami ,

 bahawa Islam di peringkat Makkah adalah merupakan perinngkat memberikan tarbiyah .

Ia menerap dan melaksanakan strategi mendahulu yang terpenting daripada yang

 penting dan kurang penting . Perkara yang paling penting diberikan tumpuan pada

 peringkat awal dakwah diMakkah ini ialah membetulkan akidah dan pegangan serta

keyakinan terhadap keesaan Allah SWT. Kerana apabila akidah dapat diperbetulkan

maka segala hukum hakam akan dapat dikemukakan dan ia akan dilaksanakan dengan

mudah dan penuh kepatuhan .

Apakah dengan pengharaman arak itu dilewatkan maka boleh dibua dakwaan wujud

ketakutan dalam diri Muhamad? Sedangkan sejarah perjalanan dakwah di Makkah

memang diketahui dengan jelas oleh semua termasuk orientalis ini. Yang manakah lebih

utama antara arak dan riba yang di amalkan dengan akidah dan keyakinan yang menjadi

27

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 28/75

PN3362

tunjang kehidupan quraisy.Akidah penyembahan berhala . Tentunya akidah adalah lebih

utama .

Bagaimana boleh diterima dakwaan Nabi Muhamad gerun dan takut sedangkan dalam

sepanjang tempoh 13 tahundi Makkah Al Quran yang disampaikan oleh Baginda adalah

mengkritik dan menghentam perkara yang lebih asas dan terpenting bagi kaum quraisy

ini, iaitu seluruh akidah yang menjadi pegangan hidup mereka sambil mepersendakan

kebodohan mereka kerana menyembah berhala yang mereka bentuk dengan tangan

mereka sendiri. Sedangkang sewaktu mengatakan tentang perkara ini Nabi Muhamad

masih sendirian tanpa sebarang kekuatan atau hanya disokong oleh beberapa kerat

 pengikutnya sahaja.

 Nabi dan kaum muslimin berada di Makkah selama 13 tahun menghadapi pelbagai

tindakan zalim yang dilakukan oleh kafir quraisy terhadap baginda dan pengikutnya ,

termasuk ejekan , penyiksaan , pemulauan dan sebagainya . Kalau ada rasa takut dan

gerun masakan baginda terus berada di Makkah selama tempoh itu dan terus melakukan

dakwah yang ditentang oleh kaum quraisy . Sejarah mengenali sikap Rasulullah s.a.w

ini, yang terpancar dalam ungkapan baginda sewaktu menjawab tawaran yang dibuat

oleh quraisy melalui bapa saudaranya Abu Talib supaya berhenti daripada dakwah

Baginda . Baginda menegaskan “ Demi Allah jika mereka boleh meletakkan matahari di

kananku dan bulan di kiriku supaya aku berhenti dari urusanku ini maka aku tetap tidak 

akan berhenti sehingga urusan ini selesai atau pun aku terkorban kerana mempertahan

kannya “.

Apakah orang yang bersikap begini boleh dituduh sebagai pengecut dan takut.

Sesungguhnya melewatkan pengharaman arak itu tidak ada sangkut paut dengan

 perasaan demikian tetapi ia dilaksanakan mengikut perintah Allah yang mempunyai

hikmatnya.

Orientalisma

28

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 29/75

PN3362

 

TA'RIF 

Orientalisma adalah gagasan pemikiran yang mencerminkan berbagai kajian tentang negara-

negara timur Islam. Objek kajiannya meliputi peradaban, agama, seni, sastera, bahasa dan

kebudayaannya. Gagasan pemikiran ini telah memberikan kesan yang besar dalam membentuk 

 persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam. Caranya ialah dengan menyebarkan

kemunduran cara berfikir dunia Islam dalam pertarungan peradaban antara Timur (Islam)

dengan Barat.

SEJARAH KEMUCULAN DAN TOKOH-TOKOHNYA

 

1. Awal Kemunculannya

 

Amat sukar untuk menentukan secara pasti bilakan munculnya Orientalisma. Sebagian ahli

sejarah berkecenderungan mengatakan bahwa Orientalisma bermula dari zaman Daulah

Islamiyah di Andalusia (Sepanyol). Sedangkan sebagian ahli sejarah yang lain mengatakan ia

muncul ketika terjadi Perang Salib.

Orientalisma Ketuhanan (Lahuti) sudah wujud secara rasmi sejak dikeluarkan keputusan

Perundingan Gereja Viena tahun 1312 M dengan memasukkan subjek bahasa Arab ke berbagai

Universiti di Eropah.

Orientalisma muncul di Eropah hanya pada penghujung abad ke 18 M di mana pertama kali

muncul di England pada tahun 1779 M, di Perancis pada tahun 1799 dan dimasukkan ke dalam

Kamus Akademi Perancis pada tahun 1838.

Gerbert de Oraliac (938—1003 M), seorang paderi Venezia, pergi ke Andalusia. Di sana ia

 belajar dengan seorang profesor. Setelah kembali ke tanah air, dia dipilih sebagai Paderi Agung

dengan gelaran Silvester II (999—1003) M. Beliau merupakan Paus yang pertama dari Perancis.

Tahun 1130 M, Ketua Paderi Toledo menterjemahkan beberapa buku ilmiah berbahasa Arab.

29

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 30/75

PN3362

Kemudiannya langkah ini diikuti oleh Gerard de Cremona (1114—1187 M) dari Itali. Dia telah

 pergi ke Toledo dan menterjemahkan buku-buku yang tidak kurang dari 87 judul di bidang

falsafah, kedoktoran, astronomi dan geologi.

Di Perancis, Pierre le Venerable (1094-1156), seorang paderi Venezia dan Kepala Biarawan

Cluny, menubuhkan kumpulan penterjemah. Tujuannya ialah untuk memperolehi ilmu dan

 pengetahuan secara objektif tentang Islam. Dia sendiri adalah orang pertama yang

menterjemahkan al-Qur'an ke dalam bahasa Latin (1143 M). Manakala penterjemahan al-Qur'an

ke dalam bahasa Inggeris dilakukan pertama kali oleh Robert of Ketton.

Juan de Sevilla, seorang Yahudi yang memeluk agama Kristian, muncul pada pertengahan abad

ke-12 dan memberi perhatian dalam bidang astronomi. Ia telah menterjemah 4 buah buku

 berbahasa Arab karya Abu Ma'syar al-Balkhi (1133 M). Tugas penterjemahannya dibantu oleh

Adelard.

Roger Bacon (1214—1294 M), dari England . Menuntut ilmu di Oxford dan Paris dan mendapat

gelaran doktor di bidang Theologi. Ia menterjemahkan buku berbahasa Arab berjudul ‘Mir'at al-

Kimia’ dalam tahun 1251 M

2. Orientalis-orientalis yang Objektif (tidak berat sebelah)

 

Hardrian Roland (meninggal pada tahun 1718 M), adalah profesor bahasa-bahasa Timur di

Universiti Utrecht, Belanda. Ia menulis buku Muhammadanism dalam bahasa Latin sebanyak 

dua jilid (1705 M). Gereja-gereja di Eropah telah mengharamkan buku tersebut.

Johann J. Reiske (1716—1774 M), seorang orientalis Jerman pertama yang patut dikenang. Ia

dituduh murtad (atheis) karena sikapnya yang adil terhadap Islam. Ia hidup menderita dan mati

karena sakit paru-paru. Ia sangat berjasa dalam memperkenalkan dan mengembangkan pengajian

Bahasa Arab di Jerman.

Silvestre de Sacy (meninggal 1838 M), seorang orientalis yang memberi tumpuan kepada

sastera dan nahu Arab. Ia mengelak dari terlibat dalam pengkajian tentang agama Islam. Ia juga

sangat berjasa dalam menjadikan Paris sebagai pusat pengkajian Islam. Salah seorang yang

30

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 31/75

PN3362

 pernah berurusan dengan beliau ialah Syaikh Rifa'ah Thanthawi.

Thomas Arnold (1864—1930 M) dari England . Bukunya yang berjudul ‘Preaching in Islam’

telah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki, Urdu dan Arab.

Gustav le Bon, dikenal sebagai orientalis dan ahli falsafah materialisma. Ia tidak percaya

kepada agama. Pada umumnya kajian dan buku-bukunya menyentuh tentang peradaban Islam.

Disebabkan hasil kajian-kajiannya beliau tidak dipedulikan malah dibenci oleh orang Barat.

Z. Honke dianggap tidak berat sebelah kerana buku-bukunya yang objektif yang

memperkenalkan pengaruh peradaban Arab terhadap Barat. Di antara bukunya yang termasyhur 

ialah ‘Matahari Arab Bersinar di Barat’.

Jack Burke, Anne Marie Simmel , Thomas Garlyle, Renier Ginaut, Dr. Granier dan Gocthe

adalah orientalis-orientalis yang tergolong sederhana.

3. Orientalis Fanatik (Melampau)

Goldziher (1850—1920 M), orientalis berketurunan Yahudi, penulis buku Sejarah Aliran-aliran

Tafsir dalam Islam, adalah tokoh Pengajian Islam di Eropah. Ketokohan dan juga

kefanatikannya tidak dapat dipertikaikan

J.Maynard, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini termasuk salah seorang Pengarang

Majalah ‘Islamic Studies’.

S.M. Zwemer, orientalis dan pendawah Kristian , adalah pengasas majalah ‘Islamic World’ di

Amerika. Di antara bukunya yang bernada fitnah ialah ‘Islam Memasung Aqidah’, terbit tahun

1908 M dan ‘Al-Islam’ yang merupakan kumpulan makalah yang disampaikan dalam

Persidangan Kristianisasi II pada tahun 1911 M di Lucknow, India.

G. Von Grunebaum, seorang Yahudi berbangsa Jerman yang pernah belajar di universiti-

31

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 32/75

PN3362

universiti Amerika. Tulisannya antara lain ialah ‘Upacara-upacara Agama Muhammad’, terbit

tahun 1951 M dan ‘Beberapa Kajian Tentang Sejarah Kebudayaan Islam’ terbit pada tahun 1954

M.

A.J. Wensinek adalah orientalis yang sangat memusuhi Islam. Bukunya yang berjudul ‘Aqidah

Islam’ yang diterbitkan dalam tahun 1932, mengandungi banyak kecaman terhadap Islam.

K.Cragg, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini menulis buku ‘Da'wah dan Menara Azan’

yang diterbitkan pada tahun 1956 M.

L. Massignon, pendakwah Kristian berbangsa Perancis, pernah menjadi penasihat kepada

Departmen Jajahan Perancis Berkenaan Afrika Selatan. Bukunya yang terkenal ialah ‘Hallaj;

Shufi yang Syahid dalam Islam’, terbit pada tahun 1922 M.

D.B. Macdonald orientalis dan pendakwah Kristian berbangsa Amerika ialah seorang yang

terkenal fanatik. Ia menulis buku ‘Perkembangan Ilmu Kalam’, ‘Fiqh dan Teori Undang-Undang

 Negara’, terbit pada tahun 1930 M, dan buku ‘Sikap Agama Terhadap Kehidupan Menurut

Islam’, terbit pada tahun 1908 M.

M. Green, setiausaha kepada Sidang Pengarang Majalah Timur Tengah.

D.S. Margoliouth (1885—1940 M), orientalis berbangsa Inggeris yang sangat fanatik ini pernah

mendidik dan mengasuh Thaha Husain dan Ahmad Amin . Buku-bukunya antara lain:

- Perkembangan Baru dalam Islam, terbit pada tahun 1913 M.

- Muhammad Menjelang Kelahiran Islam, terbit pada tahun 1905 M.- Universiti Islam, terbit pada tahun 1912 M.

A.J. Arberry, adalah orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi Islam.

Bukunya terkenal antara lain;

- Islam Dewasa Ini, terbit tahun 1943 M.

- Tashawwuf, terbit pada tahun 1950 M.

32

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 33/75

PN3362

Baron Carra de Vaux adalah Orientalis Perancis yang sangat fanatik dan termasuk salah seorang

tokoh penting Sidang Pengarang Ensiklopedia Islam.

H.A.R. Gibb (1895—1965 M), orientalis berbangsa Inggeris penulis buku ‘Mohammedanism’,

diterbitkan dalam. tahun 1947 M dan ‘Aliran-aliran Moden dalam Islam’ yang diterbitkan juga

dalam tahun 1947 M.

R.A. Nicholson, orientalis berbangsa Inggeris yang menolak aspek kerohanian Islam. la

menganggap Islam sebagai agama materialistik dan tidak mengakui keluhuran manusia.

Bukunya yang terkenal ialah ‘Shufi-Shufi Islam’ ( 1910 M) dan ‘Sejarah Kesusastraan Arab’

( 1930 M )

Henry Lammens (1872—1937M), orientalis fanatik yang menulis buku ‘Al-Islam’ dan ‘Tha'if’.

Dia juga salah seorang sidang pengarang Ensiklopedia Islam.

J. Schacht, terkenal sebagai orientalis Jerman yang sangat fanatik memusuhi Islam. Penulis buku

‘Ushul Fiqh Islam’.

Blacherc yang pernah bekerja untuk Kementerian Luar Negara Perancis sebagai staf untuk 

urusan Arab dan umat Islam.

Alfred Guillaume orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi Islam, penulis buku AI-

Islam.

PEMIKIRAN DAN DOKTRIN-DOKTRINNYA

 

Pertama : Faktor-faktor munculnya Orientalisme 

1. Faktor Agama 

Faktor inilah yang menjadi asas kepada kemunculan dan pertumbuhan orientalisma yang berlangsung begitu lama. Sasarannya antara lain ialah :

33

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 34/75

PN3362

 

a. Menimbulkan keraguan ke atas kerasulan Muhammad s.a.w dan menganggap hadis Nabi

sebagai amal perbuatan ummat Islam (bukannya daripada nabi) selama tiga abad pertama.

 b. Menimbulkan keraguan terhadap kebenaran al-Qur'an dan memutar belitnnya.

c. Memperkecil nilai fiqh Islam dan menganggapnya sebagai saduran dari hukum Romawi.

d. Menganaktirikan bahasa Arab dan menjauhkannya dari ilmu pengetahuan yang semakin

 berkembang.

e. Memperkenalkan teori bahwa Islam adalah berasal dari agama Yahudi dan Nasrani

f. Mengkristiankan ummat Islam.

g. Menggunakan hadis-hadis dha'if dan maudhu' untuk menyokong pendapatnya dan

mengembangkan teorinya.

2. Faktor ekonomi dan penjajahan 

Institusi-institusi kewangan, industri-industri mega dan pihak pemerintah sendiri telah

mengeluarkan banyak modal untuk kajian-kajian bagi mengenalpasti keadaan negara-negara

Islam dengan lebih mendalam . Kajian tersebut sangat digalakkan terutamanya pada masa

sebelum penjajahan Barat dalam abad 19 dan 20 M.

3. Faktor politik 

 

a. Melemahkan semangat ukhuwah Islamiyah dan memecah belah ummat untuk membolehkan

mereka (orang-orang Islam) dikuasai

 b. Menghidupkan bahasa Arab 'amiyyah (bahasa pasar) dan mengubah adat istiadat yang

diamalkan.

c. Para pegawai di negara-negara Islam diarahkan untuk mempelajari bahasa asing (iaitu bahasa

 penjajah) agar memahami kebudayaan dan agama penjajah. Tujuannya agar mereka mudah

dipengaruhi dan dikuasai.

34

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 35/75

PN3362

4. Faktor keilmuan

 

a. Sebagian orientalis ada yang mengarahkan kajian dan analisanya semata-mata untuk 

menambah ilmu dan pengetahuan. Sebagian mereka ada yang memahami asas-asas dan roh

Islam malah ada yang memeluk Islam, seperti Thomas Arnold yang mempunyai peranan yang

 besar dalam menyedarkan kaum muslimin dengan bukunya ‘The Preaching in Islam’, dan Dinet

yang telah memeluk Islam dan tinggal di Algeria. la menulis, buku Sinar Khusus Cahaya Islam.

Ia meninggal di Perancis dan dikebumikan di Algeria.

Kedua: Karya-karya Orientalis yang Penting

 

1. Sejarah Kesusasteraan Arab, Carl Brockelmann (meninggal 1956 M).

2. Ensiklopedia Islam, cetakan pertama terbit dalam bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman, antara

tahun 1913—1938 M. Sedangkan cetakan berikutnya diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan

Perancis saja, 1945—1977 M.

3. Mu’jam Mufahras li Alfazhi al-Hadits, sebuah kamus untuk 

mencari lafaz-lafaz hadits. Mu’jam ini mencakup Kitab Sunan

Sittah, kumpulan hadits yang terhimpun dalam kitab yang

enam, ditambah dengan Musnad Darimi, Muwaththa' Imam

Malik, Musnad Ahmad bin Hanbal. Mu’jam ini terdiri daripada tujuh jilid dan beredar sejak 

tahun 1936 M sampai sekarang.

Ketiga: Persidangan dan Organisasi 

Pada tahun 1873 telah diadakan persidangan orientalis pertama di Paris. Setelah itu banyak kali

 persidangan-persidangan seumpamanya diadakan. Setakat ini tidak kurang dari 30 kali

 persidangan di peringkat antarabangsa dianjurkkan. Ini tidak termasuk sesi perbincangan,

seminar dan pertemuan-pertemuan di peringkat serantau, seperti Persidangan Orientalis Jerman

35

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 36/75

PN3362

yang dianjurkan di Bandar Dresden, Jerman Barat, pada tahun 1849 M. Sampai sekarang

 persidangan-persidangan seperti itu masih tetap berjalan.

Dalam persidangan-persidangan seperti ini disertai beratus cendikiawan orientalis. Misalnya,

Persidangan Oxford yang dihadiri tidak kurang dari 900 cendikiawan dari 25 negara, 80

universiti dan 69 institusi ilmiah.

Kegiatannya ditaja oleh institusi-institusi orientalisma, seperti Institut Asiatik di Perancis,

ditubuhkan dalam tahun 1822 M. Lembaga Hak Milik Asia di England, ditubuhkan dalam tahun

1823 M, Institut Orientalisma Amerika, ditubuhkan pada tahun 1842 M dan Institute

Orientalisma Jerman, didirikan tahun 1845 M.

Keempat : Majalah-majalah Orientalis

 

Mereka menerbitkan majalah dan mempunyai banyak kilang-kilang penerbitan. Lebih dari 300

majalah yang beraneka ragam dan dalam berbagai bahasa diterbitkan, antara lain ;

1. The Muslim World, diasaskan oleh Samuel Zwemer (meninggal tahun 1952 M) di England .

Dalam tahun 1911 M ia menjadi Ketua Gerakan Kristianisasi di Timur Tengah.

2. Mir Islama terbit di Petersburg pada tahun 1912 M. Tapi majalah ini tidak berumur panjang.

 

3. Sumber Air Timur, diterbitkan di Wina, 1809—1818 M.

4. Islam, terbit di Paris, pada tahun 1895 M. Kemudian dalam tahun 1906 M ditukar nama

kepada ‘Islamic World’. Majalah ini diterbitkan oleh Missi Ilmiah Perancis di Morocco. Akhir 

sekali, namanya ditukar menjadi majalah Islamic Studies.

5. Tahun 1910 M di Jerman terbit sebuah majalah berbahasa Jerman, Der Islam.

36

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 37/75

PN3362

Kelima: Orientalisma Adalah Abdi kepada Penjajah

 

Carl Heinrich Becker (meninggal tahun 1933 M) adalah yang bertanggungjawab menubuhkan

majalah Islam di Jerman. Ia melakukan kajian tentang Timur untuk kepentingan penjajah di

Afrika.

Barthold (meninggal tahun 1930 M), pengasas majalah The Muslim World Rusia, yang telah

menjalankan kajian untuk menjaga kepentingan Rusia di Asia Tengah.

Snouck Horgronje dari Belanda (1857—1936) pernah menziarahi Mekah pada tahun 1884

dengan nama Abdulghaffar. Ia tinggal di Mekah selama lebih kurang setengah tahun. Kemudian

dia kembali ke Belanda dengan laporan-laporan untuk kepentingan penjajahan di dunia Islam

 bagian Timur. Sebelumnya ia pernah tinggal di Indonesia selama 17 tahun.

Institut bahasa-bahasa Timur di Paris, ditubuhkan dalam tahun 1885 M, bertugas sebagai

 pengumpul data dan maklumat tentang negara-negara Timur dan Timur Jauh untuk memudahkan

 penjajah mengukuhkan cengkamannya di kawasan-kawasan tersebut.

Keenam: Pemikiran-pemikiran Orientalisma yang Sangat Merbahaya

George Sale, dalam kata pengantar terjemahan al-Qur'annya (1736 M), menyatakan bahwa al-

Qur'an adalah produk dan karangan Muhammad. Ini, katanya, tidak dapat dibantah.

Richard Bell menuduh Muhammad menyusun al-Qur'an berasaskan sumber dari kitab Yahudi,

khususnya Perjanjian Lama dan juga dari orang-orang Nasrani.

Reinhart Dozy (Meninggal 1883 M) menganggap bahwa al-Qur'an mempunyai citarasa yang

sangat buruk. Di dalamnya tidak ada yang baru, kecuali sedikit. Selain gaya bahasanya yang

tidak menarik, kalimat-kalimatnya terlalu panjang dan membosankan.

Menteri urusan koloni Inggeris di dalam salah satu laporannya yang disampaikan kepada Ketua

37

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 38/75

PN3362

Pemerintahan 9 Januari 1938 menyatakan, "Kami telah mendapat pelajaran dari perang”

Ternyata perpaduan Islam adalah sangat berbahaya. Ianya mesti diperangi oleh kerajaan. Bukan

hanya Kerajaan yang merasakan demikian, tetapi juga Perancis. Kami sangat gembira karena

Khilafah Islamiyyah telah lumpuh. Saya berharap semoga ianya tidak akan bangkit kembali."

Saledon Amous berkata,bahwa 'Ajaran Muhammad’ hanyalah merupakan ciplakan undang-

undang Romawi bagi sebuah kerajaan Timur, terutama dalam soal politik dan peraturan hak 

milik." Ia berkata lebih lanjut, "undang-undang Muhammad tidak lain hanyalah undang-undang

Justinian yang berbaju Arab.'

Ahli falsafah Perancis Ernest Renan berkata, "Falsafah Arab adalah falsafah Yunani yang ditulis

dalam bahasa Arab."

Sedangkan Louis Massignon, seorang tokoh perosak , menganjurkan agar bahasa Arab ditulis

dengan huruf latin dan menggalakkan penggunaan bahasa 'Amiyyah.

CATATAN 

Walaupun demikian, para orientalis cukup berjasa dalam menggali buku-buku warisan Islam

dan disebarkannya setelah ditahqiq dan disistematikkan.

Banyak di antara mereka yang memiliki kaedah-kaedah ilmiah yang sangat berguna dalam

menjalankan kajian.

Sebagian mereka ada juga yang memiliki kesabaran, ketekunan dan ketelitian dalam mentahqiq,

menyaring dan menganalisai bahan-bahan dan masalah-masalah.

Seorang Muslim hendaknya bersikap kritis dalam menelaah karya-karya mereka, serta berhati-

hati terhadap hal-hal yang sesat dan menyimpang. Seorang Muslim hendaklah membuang yang

salah atau membongkar kesalahannya kemudian dilakukan penolakan. "Hikmah adalah barang

hilang milik kaum muslimin. Di mana saja ia ditemukan, kaum muslimin berhak memilikinya."

38

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 39/75

PN3362

ASAS  PEMIKIRAN DAN SIFAT IDEOLOGINYA 

Sebenarnya orientalisme adalah hasil pergeseran yang terjadi antara Timur yang Islam dan Barat

yang Nashrani pada masa Perang Salib dengan melalui delegasi-delegasi resmi ataupun melalui

 perjalanan-perjalanan.

Pendorong utamanya ialah ajaran Nasrani yang bercita-cita menghancurkan Islam dari dalam

dengan cara tipu daya dan pembelotan. Tetapi pada akhir-akhir ini, orientalisme nampaknya

mula cuba melepaskan diri dari belenggu tersebut dan beralih mendekati semangat ilmiah.

PENYEBARAN DAN KAWASAN PENGARUHNYA 

Barat merupakan medan gerakan kaum orientalis. Mereka terdiri daripada orang-orang Jerman,

Inggeris, Perancis, Belanda dan Hungari. Sebahagiannya muncul di Itali dan Sepanyol.

Sekarang, Amerika merupakan pusat orientalis yang terkemuka. Di sana banyak terdapat pusat-

 pusat orientalisme dan pengkajian Islam.

Pemerintah, lembaga-lembaga ekonomi, yayasan dan bahkan gereja tidak putus-putus

menyediakan dana untuk kepentingan orientalisma. Selain mengeluarkan dana keuangan dan

 penajan , mereka juga menyediakan kemudahan untuk pengkajian tentang Islam di universiti-

universiti sehingga jumlah orientalis mecapai ribuan orang.

Gerakan orientalisme diciptakan untuk mengabdi kepada penjajahan dan gerakan Kristianisasi.

Akhir-akhir ini gerakan ini dimanfaatkan kaum Yahudi dan Zionisme untuk kepentingannya

dalam rangka melumpuhkan Timur yang Islami dan mengukuhkan cengkamannya , baik 

langsung ataupun tidak langsung.

 

 Saringan dari “Ensaiklopedia Gerakan Keagamaan dan Pemikiran” dari www.al-

ahkam.net 

39

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 40/75

PN3362

Mengenal Penentang HadisNIK ROSKIMAN ABDUL SAMAD

 _____________________________________________________________________  ______ 

Golongan yang "meragui" hadis (mereka menafikan diri mereka sebagai golongan antihadis)sekali lagi muncul di persada negara, menggamatkan suasana hening dan damai masyarakatIslam di Malaysia - sehangat isu artis ditangkap melacur dan isu politik wang. Walaupun kiniisunya reda lantaran tindakan bijak Pusat Islam untuk tidak menganjurkan sebarang dialog,

namun ramai di kalangan masyarakat masih kabur tentang asal usul fahaman meragui hadis ini.

Golongan seumpama ini pernah wujud di awal kurun Islam yang menggelari golongan merekasebagai "Ahlul Quran" , iaitu golongan yang menolak hadis, menolak pendapat dan tafsiranulama serta menolak juga fakta sejarah. Kedudukan hadis sebagai sumber hukum Islam yangkedua selepas al-Quran sepatutnya tidak dipersoalkan lagi, lebih-lebih lagi bagi kita umat Islam.Saya melihat gerakan mempertikaikan autoriti hadis yang dihebohkan dewasa ini, khususnya diMalaysia, sebenarnya disebabkan oleh empat faktor utama iaitu sekularisme, sosialisme,orientalisme dan "bebalisme" (meminjam istilah Prof. Dr. Syed Husein Al-Attas).

Sikap biadab golongan ini yang menolak pendirian ulama muktabar dan mengganggap mereka

sebagai pembohong, sebenarnya mencerminkan kepada kita akan "kebebasan" (freedom) mutlak dan "tiada keterikatan" yang diperjuangkan oleh golongan ini. Sudah pasti dengan berpeganghanya kepada al-Quran, tidak hadis dan pendapat para ulama, menjadikan paradigma agamaIslam itu semakin meluas berbanding dengan keadaan sebelumnya lantaran perincian(refinements) yang dikemukakan oleh hadis dan para ulama dibakulsampahkan.

Dengan paradigama baru itu, sembahyang dari lima kali menjadi tiga kali sehari dan pelbagailagi tafsiran baru yang karut-marut dibuat; membawa kepada agama yang dulunya "Islam" telah

 bertukar menjadi suatu ideologi atau agama baru.

Menyingkap timbulnya aliran pemikiran menentang serta mencerca ulama ini sebenarnya adalahciplakan daripada apa yang diistilahkan oleh Cornelis van Peursen sebagai "gerakan

 pembebasan" seperti mana gerakan yang dipimpin oleh Martin Luther (1485-1546) menentang para paderi gereja Katolik di awal abad ke-16 Masihi.

Martin Luther menganggap bahawa para paderi telah melakukan banyak pembohongan terhadapmasyarakat di dalam banyak perkara khususnya di dalam soal "pengampunan" - di mana paderimengenakan bayaran (atas khidmatnya sebagai perantaraan dengan Tuhan) ke atas setiap orangyang ingin meminta ampun. Bagi mempengaruhi masyarakat menyokong perjuangannya, pada1520, Martin Luther telah menerbitkan buku-buku mengkritik Pope Leo dan para paderi. Buku-

 buku itu telah dikecam hebat oleh Pope Leo dan Majlis Paderi sebagai sesat dan menyeleweng.

Pun begitu, buku-buku itu telah mendapat sambutan hangat sekali di mana sekitar 300,000naskhah telah dijual di Switzerland, Perancis, Sepanyol dan England. Sebaliknya buku-buku para

40

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 41/75

PN3362

 paderi, seperti buku-buku Papal Bull, telah dibakar oleh para pengikut Luther dan akhirnya,kemuncak kepada penentangan untuk membebaskan masyarakat dari kongkongan paderi gerejaitu ialah penubuhan Gereja Lutheran dan Gereja Protestan.

"Semangat Reformasi Martin Luther" golongan meragui hadis itulah yang sekarang ini melanda

negara ini ― bukan terhadap agama Kristian ― tetapi terhadap agama Islam yang suci bersihdan dijaga oleh Allah s.w.t. Dalam benak kepala golongan ini para ulama Islam adalah sama sajadengan para paderi Kristian. Lantas tuduhan membohong kini dihalakan pula kepada para ulamaIslam semata-mata kerana berandaian bahawa mereka juga telah menokok tambahkan ajaranIslam seperti mana para paderi Kristian lakukan terhadap agama mereka.

Lanjutan daripada perjuangan Martin Luther itu telah membibitkan benih-benih ideologi yangdipanggil "sekularisme", yang kemudiannya diperjuang dan dikembangkan lagi oleh para filsuf seperti Descartes dan yang seangkatan dengannya, membawa kepada "Revolusi Sains" di kurunke-17.

"Sekular" yang berasal dari perkataan Latin saeculum itu sebenarnya bermakna "masa" dan"tempat" iaitu dalam erti kata lain masa kini dan dunia ini. Oleh itu "sekularisme" adalahideologi yang memperjuangkan pembebasan masa kini daripada apa jua bentuk kongkongan atauketerikatan sama ada terhadap nilai agama, politik, budaya dan termasuklah juga pembebasandari ikatan sejarah.

Lebih dari itu sejarah masa silam "dimatikan" dan "diputuskan" dari masa kini kerana ia jugamerupakan suatu bentuk pengongkongan, sebaliknya mengambil dunia masa kini yang terbukaluas sebagaimana seadanya, dan mencorakkan masa depannya sebebas mungkin (lihat Prof. Dr.Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Islam and Secularism).

Golongan Ahlul Quran juga adalah golongan yang menolak sejarah dan kini golongan yang"sefahaman" dengannya, iaitu golongan meragui hadis, muncul kembali di penghujung abad ke-20 ini, bercita-cita untuk bertapak di bumi Malaysia. Elemen terpenting sekularisme iaitu

 pemutusan sejarah silam daripada kehidupan masa kini terus mendapat tempat di dalammasyarakat moden dengan dipelopori oleh para filasuf Barat seperti Jean-Paul Sartre, AlbertCamus dan ramai lagi, malah telah berjaya menjajahi pemikiran umat Islam.

Bahaya pemikiran seumpama ini dalam masyarakat Islam sebenarnya sudah lama dibimbangi,sejak dari 1972 lagi oleh cendekiawan agung zaman ini, Prof. Syed Muhammad Naquib apabila

 beliau memberi amaran: "Keadaan memutuskan diri dari sejarah lampau inilah yang di sini

terlihat sebagai suatu bahaya besar, satu malapetaka telah menimpa jiwa kita dan akibat-akibatnya nyata sekarang"  (Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu)

Bagi umat Islam, sejarah bukan sahaja penting malah ia diterima pakai sebagai fakta dan buktikebenaran di dalam penghujahan. Kita lihat bagaimana kandungan Al-Quran sendiridiperuntukkan untuk menceritakan tentang sejarah umat yang silam. Amat malang dan hinanya

 bagi mereka yang menolak sejarah - lebih-lebih lagi sejarah agamanya, bangsanya danketurunannya sendiri. Meminjam ungkapan Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, " orang yang tidak tahu sejarah keturunannya sendiri …. Mungkin cuba menyembunyikan asal kejadiannya yang 

tidak sah".

41

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 42/75

PN3362

Api pemberontakan menentang para paderi yang dinyalakan oleh Martin Luther di abad ke-16 ituterus marak hingga ke abad ke-19, memperlihatkan satu zaman di mana berlakunya penerusan

 penentangan terhadap para paderi Kristian, kali ini di kalangan para pemikir Barat.

Ekoran dari itu, lahirlah "sosialisme" iaitu suatu ideologi yang dipopularkan oleh Karl Marx

(1818-1885) dan Engles (1820-1895) bagi melakukan peperangan ideologi terhadap para paderidan juga agama itu sendiri dengan menggunakan kaedah yang dipanggil dialectical materialism,iaitu suatu scientific world outlook yang menentang sebarang kepercayaan terhadap kuasa ghaib.

Sosialisme yang masih menjadi teras anutan para pemuka golongan meragui hadis di Malaysiaini, kini dijadikan asas bagi mereka untuk melihat Islam ini seperti mana Kristian. Kononnyatelah wujudnya penindasan kelas ulama terhadap kelas Muslim awam sebagaimana wujudnyagolongan paderi yang menindas golongan Kristian awam. Mereka melihat Islam itu darikerangka atau "paradigma" sosialisme Barat.

Kalau awal 70-an dahulu di Malaysia pejuang sosialis menjadi jaguh dan pujaan sebahagian

 besar daripada golongan intelektual dan mahasiswa, maka kini perjuangan Islam lebih mendapattempat di kalangan masyarakat terpelajar. Diparahkan lagi dengan robohnya tembok Kremlin dangelombang kapitalisme yang semakin hebat, aliran sosialisme menjadi semakin nazak bahkan

 jenama "sosialis" itu sendiri sudah tidak laku lagi.

Justeru untuk kembali menarik perhatian masyarakat dan memberikan nafas baru kepada para pendokongnya di samping untuk merekrutkan ahli-ahli baru bagi golongan intelektual dan profesional, maka mereka turut terjun menangani persoalan agama, yang sebelum ini dianggap"candu masyarakat", kononnya bermatlamatkan untuk mengembalikan kesucian agama Islam itudari "tangan kotor" para ulama.

Dasar utama sosialisme, yang menentang pemilikan harta kekayaan oleh golongan kapitalissebagai lesen untuk menindas golongan pekerja (J.M. Roberts, History of the World, hal. 605),kini digerakkan ke alam agama di mana golongan ulama pula kononnya dilihat berperanansebagai "kapitalis" dalam agama. Hak untuk bercakap mengenai agama mestilah dibebaskan darididominasikan oleh para ulama sahaja sebaliknya ia hendaklah dijadikan milik awam dalammasyarakat yang tiada kelas (classless society) . Lantaran itu, para ulama perlu ditentang dandigulingkan dari kedudukan mereka yang tinggi itu agar tiada lagi beza antara ulama dan massa.

Fahaman sosialisme anutan golongan meragui hadis ini yang juga memberi penekanan yang begitu kuat terhadap kebebasan (liberty) dan persamaan (equality), telah berjaya menarik minat

sebahagian golongan intelektual wanita Islam yang sudah sekian lama berjuang atas nama"pembebasan wanita" (women’s liberations/emancipation) untuk turut serta bersama mereka.

Kemasukan intelektual wanita Islam itu ke dalam "kandang" sosialisme golongan meragui hadisini, telah memberikan platform bagi mereka untuk bersuara dengan lebih lantang lagi atas nama

 pembebasan dan persamaan hak wanita Islam, dan sekali gus bekerjasama memporak- perandakan kesucian, kemurnian dan keutuhan agama Islam.Golongan berlatarbelakangkan beginilah, yang mula ingin bercakap tentang Islam - bukan kerana cintakan Islam - tetapi keranaterpaksa ikut serta dalam arus kebangkitan Islam dengan masih mengekalkan kerangka atau"paradigma" sosialisme mereka. Namun malang kerana sosialisme usang tiada menyediakan apa-apa buat mereka tentang agama.

42

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 43/75

PN3362

Justeru itu, mereka tercari-cari input agama bagi mengisinya di dalam kerangka yang kosong danlantas menemukannya dalam orientalisma. Ditambah lagi dengan tiada kemahiran bahasa Arab,maka para orientalis Barat dan akal merekalah yang menjadi rujukan dan sandaran utama mereka

 bagi memahami agama Islam, termasuklah memahami kedudukan dan autoriti hadis.

"Sumbangan" para orientalis Barat yang lebih banyak menimbulkan keraguan terhadap autoritihadis ini telah diambil sebagai asas ilmiah untuk mereka membebaskan diri dari hadis yangdirasakan mengongkong kebebasan akal dan nafsu mereka dalam membuat tafsiran bebastentang agama, manakala para ulama dan perawi hadis pula dijadikan sasaran serangan merekaseterusnya.

Antara para orientalis Barat yang mempelopori gerakan meragui autoriti hadis, yang menjadirujukan utama dan guru mereka ini ialah Ignaz Goldziher dan ramai lagi seperti Aloyer Sprenger dan James Robinson Sprenger dan Muir misalnya, mendakwa bahawa hadis hanya muladikumpulkan oleh Abu Bakar bin Muhammad bin Amr bin Hazmi (meninggal 117H) atas arahanKhalifah Umar b. Abdul Aziz.

Begitu juga dengan Goldziher dan Schact yang bersependapat bahawa hadis, khususnya yang berkaitan dengan hukum-hakam, hanya mula dikumpul dan dilakukan pada pertengahan kurunkedua selepas hijrah seperti oleh Imam Abu Hanifah (meninggal 150H), Abdul Malik bin Juraij(meninggal 150H) Imam Malik (meninggal 179H), Imam Shafei (meninggal 240H) dan lain-lain.

Memandangkan hadis mengikut pengajian mereka hanya mula dikumpul dan dibukukan selepaslebih 150 tahun hijrah, besar kemungkinan berlakunya tokok-tambah dan pemalsuan hadis.Mereka juga khususnya Goldziher, menolak pendapat majoriti ulama hadis yang mengatakan

 pengumpulan hadis sudah bermula sejak dari zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiqr.a lagi setelah menerima pandangan yang diberikan oleh Sayidina Umar r.a. agar pengumpulanhadis dibuat.

Mereka berhujah bahawa memang benar Sayidina Umar pernah mengutus surat kepada SayidinaAbu Bakar mencadangkan sedemikian, tetapi bukti Sayidina Abu Bakar menerima cadanganUmar itu tidak dapat dikesan di dalam sejarah Islam.

Hujah para orientalis itu sebenarnya telah lama dijawab oleh para ulama dan sarjana Islam, dan jika mereka (golongan yang meragui hadis itu) benar-benar berminat dan ikhlas mengkaji Islam,mereka juga sepatutnya turut merujuk kepada jawapan balas para ulama dan sarjana Islam yangtelah mengemukakan bukti yang jelas menangkis tuduhan tersebut. Fuad Sezgin di dalam

 bukunya Tarikh al-Turath al-‘Arabi dan Muhammad Mustafa Azmi di dalam Studies In Early Hadis Literature misalnya, telah satu persatu mematahkan hujah Sprenger, Muir, Goldziher danSchacht.

Mengenai dakwaan para orientalis bahawa hadis mula dikumpulkan setelah lebih 150 tahunselepas hijrah, Mustafa Azmi menjawab dengan mendakwa bahawa para orientalis itusebenarnya gagal memahami maksud sebenar bahasa Arab terhadap perkataan seperti Tadwin,

Tasnif, Risalah, Sahifah dan juga Nuskhah. Pengumpulan hadis sebenarnya telah wujud sejak kurun pertama hijrah lagi, cuma ia di dalam bentuk Sahifah dan Nuskhah yang bertaburan dantidak tersusun secara kemas dan sistematik seperti Sahifah Hammam Ibn. Munabbih, Sahifah al-Sadiqah, Nuskhah Salim bin Abdillah al-Khayyat dan seterusnya.

43

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 44/75

PN3362

Bertitik tolak dari sahifah dan nuskhah inilah para ulama hadis seawal kurun pertama lagi sepertiAbdul Malik bin Abdul Aziz bin Juraij (80-1150h), Muhammad bin Ishaq (80-151H), Ma’mar 

 bin Rashid (96-153H), Said bin Abi Aruba (80-155H), Muhammad bin Abdul Rahman Ibni abi.Dh’ib) (80-158H), Abdul Rahman bin Amr al-Auzai (88-158H), Sufyah bin Said al-Thauri (96-161H) dan ramai lagi, mula menyusun dan mengkelaskan hadis-hadis yang sememangnya sedia

terkumpul dalam bentuk sahifah dan naskhah itu tadi, kepada bentuk buku yang lebih kemas,sistematik dan tersusun.

Kesilapan yang lebih besar yang terjadi pada kebanyakan orang ialah mereka beranggapan bahawa hadis hanya mula dikumpulkan di zaman enam ulama hadis. (Sihah Sittah) pada awalkurun ketiga hiujrah iaitu oleh Imam Bukhari (194-256H), Muslim (206-281H), al-Nasai (214-303H) Abu Dawud (202-275H), al-Tkirmizi (209-274H) dan Ibn Majah (209-273H).

Tanpa mengkaji sejarah, pasti akan timbul keraguan bagaimana mungkin keenam-enam imamtersebut yang hanya hidup setelah hampir 200 tahun kewafatan Rasulullah s.a.w (wafat 11H)dapat mengumpul hadis yang begitu banyak.Mereka tidak menyedari bahawa keenam-enam

imam hadis itu tadi bukanlah di peringkat pengumpulan hadis, sebaliknya mereka adalah di peringkat memastikan kesahihan sesuatu hadis dan seterusnya mengklasifikasikan hadis-hadistersebut mengikut bad-bad tertentu sesuai dengan disiplin ilmu dalam Islam yang kemudiannyadi panggil Musnad dan Musannaf.

Kita tegaskan sekali lagi bahawa pengumpulan hadis memang telah bermula sejak dari

zaman pemerintahan Sayidina Abu Bakar lagi ( di dalam bentuk  sahifah dan nuskhah

seperti mana yang kita jelaskan sebelum ini), dan bukannya hanya baru bermula di zaman

Khalifah Umar Abdul Aziz seperti mana yang didakwa oleh para orientalis, atau di zaman

Imam hadis yang enam.

Berhubung dengan kegagalan mengesan jawapan bertulis Sayidina Abu Bakar r.a. terhadapcadangan Sayidina Umar sepertimana yang didakwa oleh Goldziher, ia juga telah dijawab olehMustafa Azmi. Memang benar tiada bukti bertulis ( sama ada tidak diketahui atau sememangnyatiada) sebagai menandakan persetujuan Sayidina Abu Bakar terhadap cadangan pengumpulanhadis oleh Sayidina Umar. Namun persoalannya apakah bukti persetujuan itu mesti dalam bentuk 

 bertulis?Kita berpendapat bahawa sama ada Sayidina Abu Bakar menjawab secara bertulis atautidak, itu sepatutnya bukanlah perkara pokok. Apa yang lebih penting dari itu ialah apa yangsejarah telah catatkan terhadap tindakan Sayidina Abu Bakar selepas menerima cadangan itu.Apakah beliau hanya berpeluk tubuh dan mendiamkan diri, atau berbuat sesuatu ke arah

 pengumpulan hadis seperti dicadangkan Umar.

Kajian sejarah secara teliti dan halusi khususnya terhadap manuskrip-manuskrip asal sejarahIslam, terutamanya sejarah perkembangan hadis, yang masih tersimpan di beberapa perpustakaanseperti di Maghrib, Turki, Mesir dan lain-lain telah menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya50 orang sahabat, 48 orang tabi’un kurun pertama hijrah, 86 orang para ‘ulama akhir kurun

 pertama dan awal kurun kedua hijrah dan 256 orang ulama awal kurun kedua telah mencatatkandi dalam kitab-kitab mereka bahawa Sayidina Abu Bakar pernah mengerahkan pengumpulanhadis dibuat, sekaligus membuktikan beliau menerima cadangan Umar itu tadi.

Semua ini boleh dilihat di dalam menuskrip Kitab al-Maghazi oleh Musa bin Uqba (60-141H),manuskrip Kitab al-Siyar oleh Ibrahim b. Muhammad b. Harith al-Farasi yang masih selamat

tersimpan di Perpustakaan Qarawiyyih, Fez, Maghribi. Begitu juga manuskrip Seerah oleh

44

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 45/75

PN3362

Muhammad bin Ishaq bin Yaser (80-151H) yang baru ditemui dan Nuskhah, kepunyaan Salim bin Abdillah al-Khayyat (85-150H). Inilah dia bukti dari segi sejarah.

Bagi kita yang mengkaji sejarah, sejarah Islam itu ibarat mata rantai bersambung dari satugenerasi ke generasi yang lain bermula dari Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat dan

seterusnya. Kepentingan sejarah tidak dapat dinafikan lagi di dalam menentukan kebenaran perisitwa yang berlaku di zaman silam. Jika mereka yang meragui hadis juga meragui sejarah,maka manusia yang seumpama ini akan tiba suatu masa nanti turut meragui al-Quran dan sejarah

 penurunannya, Rasul dan sejarah (seerah) kerasulannya, dan akhir sekali meragui kewujudanTuhan ini sendiri. Semuanya diragui, termasuk sejarah keturunannya sendiri.

Oleh itu sikap pihak kerajaan, khususnya Pusat Islam menolak muzakarah dengan golongan ini bertepatan sekali dan patut dipuji. Golongan yang meragui hadis menolak ulama mu’tabar danmenolak apa juga fakta dari sejarah Isalam sebenarnya adalah golongan yang tidak boleh diajak 

 berbincang bagi mencari kebenaran, kerana mereka seumpama golongan Sufastaiyah (Sophists)suatu golongan yang hanya inginkan kemenangan, bijak menggunakan teknik-teknik retorika

dalam perdebatan untuk menampakkan kepalsuan itu suatu kebenaran dan kebenaran itu suatukepalsuan, atau dalam istilah Prof. Dr. Syed Husein Al-Attas golongan yang mempunyai bentuk 

 pemikiran bebalisme. (lihat Syed Husein Al-Atas, Intel-lectuals in Developing Societies, 1977,

hal.25).

Golongan Sufastaiyah ini percaya bahawa tiada "kebenaran mutlak" (absolute truth) kerana bagimereka kebenaran itu bersifat relatif bergantung atas setiap individu. Justeru itu mereka sering

 bersikap skeptikal di dalam semua perkara sehinggalah kewujudan tuhan itu sendiri pun turutdiragui, contohnya seperti Protagoras of Abdera di kurun ke-5 sebelum Masihi.

Kesimpulannya, fahaman golongan ini telah melahirkan suatu "agama" (kalau pun masih mahudipanggil agama) atau ideologi baru yang merangkumi empat elemen terpenting mendasarifahaman ini iaitu: Paradigmanya ialah sosialisme, inputnya pula dari para orientalis Barat,

 pendiriannya terhadap perkaitan antara dunia dengan agama, sejarah dan lain-lain adalah atasfahaman sekularisme, manakala pendukung ideologi baru ini pula adalah sejenis manusia yang

degil dan bebal.

[NIK ROSKIMAN ABDUL SAMAD  adalah seorang pensyarah di Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains

Kemanusiaan, UIAM. Rencana ini pernah tersiar di akhbar Utusan Malaysia tanggal 17.08.1995]

Orientalisme

TA'RIF

Orientalisme adalah gelombang pemikiran yang mencerminkan berbagai studi ketimuran yang

Islami. Yang dijadikan obyek studi mencakup peradaban, agama, seni, sastra, bahasa dan

kebudayaannya. Gelombang pemikiran ini telah memberikan andil besar dalam membentuk 

 persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam. Caranya ialah dengan mengungkapkan

kemunduran pola fikir dunia Islam dalam rangka pertarungan peradaban antara Timur (Islam)

dengan Barat.

45

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 46/75

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 47/75

PN3362

Roger Bacon (1214—1294 M), dari Inggris. Menuntut ilmu di Oxford dan Paris dan meraih gelar 

doktor di bidang theologi. Ia menerjemahkan buku berbahasa ArabMir'at al-Kimia tahun 1251 M

2. Orientalis-orientalis yang Objektif 

Hardrian Roland (meninggal tahun 1718 M), adalah profesor bahasa-bahasa Timur pada

Universitas Utrecht, Belanda. Ia menulis buku Muhammadanism, dua jilid, dalam bahasa Latin

(1705 M). Tetapi gereja-gereja di Eropa memasukkan buku tersebut sebagai buku terlarang.

Johann J. Reiske (1716—1774 M), seorang orientalis Jerman pertama yang patut diingat. Ia

dituduh zindik (atheis) karena sikapnya yang positif terhadap Islam. Ia hidup menderita dan mati

karena sakit paru-paru. Ia sangat berjasa dalam mengembangkan dan menampilkan Arabic

Studies di Jerman.

Silvestre de Sacy (meninggal 1838 M), seorang orientalis yang menekuni sastera dan nahwu. Ia

menghindari terlibat dalam pengkajian Islam. Ia juga sangat berjasa dalam menjadikan Paris

sebagai pusat pengkajian Islam. Salah seorang yang pernah berhubungan dengan beliau ialah

Syaikh Rifa'ah Thanthawi.

Thomas Arnold (1864—1930 M) dari Inggris. Bukunya yang berjudul Preaching in Islam telah

diterjemahkan ke dalam bahasa Turki, Urdu dan Arab

Gustav le Bon, dikenal sebagai orientalis dan filosof materialis. Ia tidak pernah percaya kepada

agama. Pada umumnya kajian dan buku-bukunya menyoroti peradaban Islam. Kajian-

kajiannyalah yang menyebabkan orang-orang Barat tidak memperdulikan dan tidak 

menghargainya.

Z. Honke buku-bukunya dinilai sebagai objektif dikarenakan menampilkan pengaruh peradaban

Arab terhadap Barat. Di antara Bukunya yang termasyhur ialah Matahari Arab Bersinar di Barat.

Jack Burke Anne Marie Simmel , Thomas Garlyle, Renier Ginaut Dr. Granier dan Gocthe adalah

orientalis-orientalis yang tergolong moderat.

3. Orientalis Fanatik 

47

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 48/75

PN3362

Goldziher (1850—1920 M), orientalis berdarah Yahudi, penulis buku Sejarah Aliran-aliran Tafsir 

dalam Islam, adalah tokoh Islamic Studies di Eropa. Ketokohan dan sekaligus kefanatikannya

tidak dapat diingkari.

J.Maynard, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini termasuk salah seorang anggota Dewan

Redaksi Majalah Islamic Studies.

S.M. Zwemer, orientalis dan zending Kristen , adalah pendiri majalah Islamic World Amerika.

Bukunya yang bernada fitnah antara lain Islam Memasung Aqidah, terbit tahun 1908 M dan Al-

Islam yang merupakan kumpulan makalah yang disampaikan pada mu'tamar Kristenisasi II tahun

1911 M di Lucknow India.

G. Von Grunebaum, Yahudi berkebangsaan Jerman ini belajar di universitas-universitas Amerika.

Tulisannya antara lain ; Upacara-upacara Agama Muhammad, terbit tahun 1951 M dan Beberapa

Studi Tentang Sejarah Kebudayaan Islam, terbit tahun 1854 M.

A.J. Wensinek, adalah orientalis yang sangat memusuhi Islam. Bukunya yang berjudul Aqidah

Islam, terbit tahun 1932, mengandung banyak kecaman terhadap Islam.

K.Cragg, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini menulis buku Da'wah dan Menara Adzan

yang terbit tahun 1956 M.

L. Massignon, zending Kristen berkebangsaan Perancis ini pernah menjadi penasehat pada

Departemen Koloni Perancis Urusan Afrika Selatan. Bukunya yang terkenal ialah Hallaj; Shufi

yang Syahid dalam Islam, terbit tahun 1922 M.

D.B. Macdonald orientalis dan zending Kristen yang terkenal fanatiknya ini berkebangsaan

Amerika. Ia menulis buku Perkembangan Ilmu Kalam, Fiqh dan Teori Undang-Undang Negara,

terbit pada tahun 1930 M, dan buku Sikap Agama Terhadap Kehidupan Menurut Islam, terbit

tahun 1908 M.

M. Green, sekretaris Dewan Redaksi Majalah Timur Tengah.

D.S. Margoliouth (1885—1940 M), orientalis Inggris yang sangat fanatik ini pernah menelorkanThaha Husain dan Ahmad Amin dari sekolahnya. Buku-bukunya antara lain:

48

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 49/75

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 50/75

PN3362

Motivasi inilah yang melatarbelakangi pertumbuhan orientalisme yang berlangsung begitu lama.

Sasarannya antara lain :

a. Menumbuhkan keragu-raguan atas kerasulan Muhammad SAW dan menganggap hadits Nabi

sebagai perbuatan ummat Islam selama tiga abad pertama.

 b. Menumbuhkan keraguan terhadap kebenaran al-Qur'an dan memutar balikkannya.

c. Memperkecil nilai fiqh Islam dan menganggapnya sebagai adopsi dari hukum Romawi.

d. Memojokkan bahasa Arab dan menjauhkannya dari ilmu pengetahuan yang semakin

 berkembang.

e. Mengembalikan Islam kepada sumber Yahudi dan Nashrani

f. Mengkristenkan ummat Islam.

g. Mengangkat hadits-hadits dha'if dan maudhu' untuk mendukung pendapatnya dan membangun

teorinya.

2. Motivasi ekonomi dan penjajahan

Lembaga-lembaga keuangan, perusahaan-perusahaan raksasa dan pihak pemerintah sendiri telah

mengeluarkan biaya banyak untuk para peneliti dalam rangka mengenal lebih jauh tentang

kondisi negara-negara Islam melalui laporan lengkap mereka. Penelitian tersebut sangat

digalakkan terutama pada masa sebelum penjajahan Barat dalam abad 19 dan 20 M.

3. Motivasi politik 

a. Melemahkan semangat ukhuwah Islamiyah dan memecah belah ummat untuk dikuasai

 b. Menghidupkan bahasa Arab 'amiyyah (pasaran) dan mengkaji adat istiadat yang berlaku

c. Para pegawai di negara-negara diarahkan untuk mempelajari bahasa asing agar memahami

seni dan agama penjajah. Tujuannya agar mereka mudah dipengaruhi dan dikuasai.

4. Motivasi keilmuan

a. Sebagian orientalis ada yang mengarahkan penelitian dan analisisnya semata-mata untuk 

 pengetahuan. Sebagian mereka ada yang sampai kepada esensi Islam dan bahkan masuk Islam,

seperti Thomas Arnold yang telah mempunyai andil dalam menyadarkan kaum muslimin dengan

 bukunya The Preaching in Islam, dan Dinet yang telah masuk Islam dan tinggal di Aljazair. la

menulis, buku Sinar Khusus Cahaya Islam. Ia meninggal di Perancis dan dikubur di Aljazair.

Kedua: Karya Tulis Orientalis yang Penting

50

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 51/75

PN3362

1. Sejarah Kesustraan Arab, Carl Brockelmann (wafat 1956 M).

2. Ensiklopedia Islam, cetakan pertama terbit dalam bahasa Inggris, Perancis dan Jerman, antara

tahun 1913—1938 M. Sedangkan cetakan berikutnya diterbitkan dalam bahasa Inggris dan

Perancis saja, 1945—1977 M.

3. Mu jam Mufahras li Alfazhi al-Hadits, sebuah kamus untuk 

mencari lafaz-lafaz hadits. Mu jam ini mencakup Kutub al

Sittah, kumpulan hadits yang terhimpun dalam kitab yang

enam, ditambah dengan Musnad Darimi, Muwaththa' Imam

Malik, Musnad Ahmad bin Hanbal. Mu jam ini terdiri atas

tujuh jilid dan beredar sejak tahun 1936 M sampai sekarang.

Ketiga: Mu'tamar dan Organisasi

Pada tahun 1873 di Paris telah diselenggarakan Mu'tamar orientalis pertama. Setelah itu berulang

kali mu'tamar-mu'tamar sejenis diselenggarakan. Sampai hari ini tidak kurang dari 30 kali

mu'tamar tingkat internasional diselenggarakan. Belum lagi berupa diskusi, seminar dan

 pertemuan-pertemuan yang bersifat regional, seperti Mu'tamar Orientalis Jerman yang

diselenggarakan di kota Dresden, Jerman Barat, tahun 1849 M. Sampai sekarang

mu'tamarmu'tamar seperti itu masih tetap berlangsung.

Dalam mu'tamar-mu'tamar semacam itu hadir ratusan ilmuwan orientalis. Misalnya, Mu'tamar 

Oxford. Dalam mu'tamar ini telah hadir tidak kurang dari 900 ilmuwan dari 25 negara, 80

universitas dan 69 lembaga ilmiah.

Kegiatannya ditunjang oleh lembaga-lembaga orientalisme, seperti Lembaga Asiatik di Perancis,

didirikan tahun 1822 M. Lembaga Hak Milik Asia di Inggris, didirikan tahun 1823 M, Lembaga

Orientalisme Amerika, didirikan tahun 1842 M dan Lembaga Orientalisme Jerman, didirikan

tahun 1845 M.

Keempat : Majalah-majalah Orientalis

Mereka memiliki majalah dan penerbitan dalam jumlah besar. Lebih dari 300 majalah dalam

 bentuknya yang beraneka ragam dan dalam berbagai bahasa, antara lain

1. The Muslim World, didirikan oleh Samuel Zwemer (meninggal tahun 1952 M) di Inggris.

Tahun 1911 M ia menjadi Ketua Gerakan Kristenisasi di Timur Tengah.2. Mir Islama terbit di Petersburg tahun 1912 M. Tapi majalah ini tidak berumtr panjang.

51

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 52/75

PN3362

3. Sumber Air Timur', diterbitkan di Wina, 1809—1818 M.

4. Islam, terbit di Paris, 1895 M. Kemudian tahun 1906 M diubah menjadi majalah Islamic

World yang diterbitkan oleh Missi Ilmiah Perancis di Marokko. Terakhir berubah lagi menjadi

majalah Islamic Studies.

5. Tahun 1910 M di Jerman terbit sebuah majalah berbahasa Jerman, Der Islam.

Kelima: Orientalisme Mengabdi Penjajah

Carl Heinrich Becker (meninggal tahun 1933 M) adalah pendiri majalah Islam di Jerman. Ia

melakukan kajian tentang Timur untuk kepentingan penjajahan di Afrika.

Barthold (meninggal tahun 1930 M), pendiri majalah The Muslim World Rusia, melakukan

 penelitian untuk kepentingan Rusia di Asia Tengah.

Snouck Horgronje dari Belanda (1857—1936) pernah datang ke Makkah tahun 1884 dengan

nama Abdulghaffar. Ia tinggal di Makkah selama kurang lebih setengah tahun. Kemudian

kembali dengan sejumlah la.poran untuk kepentingan penjajahan di dunia Islam bagian Timur.

Sebelumnya ia pernah tinggal di Indonesia selama 17 tahun.

Lembaga bahasa-bahasa Timur di Paris, didirikan tahun 1885 M, bertugas sebagai pengumpul

data dan informasi tentang negara-negara Timur dan Timur Jauh untuk memudahkan penjajah

menancapkan kukunya di kawasan-kawasan tersebut.

Keenam: Ide-ide Orientalisme yang Sangat Berbahaya

George Sale, dalam kata pengantar terjemahan al-Qur'annya (1736 M), menyatakan bahwa al-

Qur'an adalah produk dan karangan Muhammad. Ini, kata dia, tidak dapat dibantah.

Richard Bell menganggap Muhammad dalam menyusun al-Qur'an telah mengambil sumber 

Yahudi, khususnya Perjanjian Lama dan sumber Nashrani.

Reinhart Dozy (Meninggal 1883 M) menganggap bahwa al-Qur'an -mengandung selera sangat

 buruk. Di dalamnya tidak ada yang baru, kecuali sedikit. Selain gaya bahasanya yang tidak 

menarik, kalimat-kalimatnya terlalu panjang dan membosankan.

Menteri urusan koloni Inggris di dalam salah satu isi laporannya yang disampaikan kepada

52

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 53/75

PN3362

Kepala Pemerintahan 9 Januari 1938 menyatakan, "Kami telah mengambil pelajaran dari perang.

Ternyata persatuan Islam adalah sangat berbahaya. Ini harus diperangi oleh kerajaan. Bukan

hanya Kerajaan yang merasakan demikian, tetapi juga Perancis. Kami sangat bahagia karena

Khilafah Islamiyyah telah hilang dari peredaran. Saya berharap semoga tidak akan muncul

kembali."

Saledon Amous berkata,'bahwa'Ajaran Muhammad hanyalah merupakan perundang-undangan

Romawi bagi sebuah kerajaan Timur, terutama dalam soal politik dan peraturan hak milik." Ia

 berkata lebih lanjut, "Perundangundangan Muhammad tidak lain hanyalah perundang-undangan

Justinianus yang berbaju Arab.'

Filosof Perancis Ernest Renan berkata, "Filsafat Arab adalah filsafat Yunani yang ditulis dengan

huruf Arab."

Sedangkan Louis Massignon, tokoh perusak ini, menganjurkan agar bahasa Arab ditulis dengan

huruf latin dan menggunakan bahasa 'Amiyyah.

CATATAN

Meski demikian, orang-orang orientalis cukup berjasa dalam menggali buku-buku warisan Islam

dan disebarkannya setelah ditahqiq dan disistematikkan.

Banyak diantara mereka yang memiliki metodologi ilmiah yang cukup membantu dalam

 penelitian.

Sebagian mereka ada juga yang memiliki kesabaran, ketekunan dan ketelitian dalam mentahqiq,

menyaring dan menelusuri persoalan.

Seorang Muslim hendaknya kritis dalam menelaah karya-karya mereka, seraya berhati-hati

terhadap hal-hal yang merusak dan menyimpang. Seorang Muslim harus membuang yang salah

atau membongkar kesalahannya kemudian dilakukan penolakan. "Hikmah adalah barang hilang

milik kaum muslimin. Di mana saja ia ditemukan, kaum muslimin berhak memilikinya."

53

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 54/75

PN3362

AKAR PEMIKIRAN DAN SIFAT IDEOLOGINYA

Sebenarnya orientalisme adalah akibat gesekan yang terjadi antara Timur yang Islam dan Barat

yang Nashrani pada masa Perang Salib dengan melalui delegasi-delegasi resmi ataupun melalui

 perjalanan-perjalanan.

Pendorong utamanya ialah aspek theologi Nashrani yang berambisi menghancurkan Islam dari

dalam dengan cara tipu daya dan kecurangan. Tetapi kemudian, pada masa-masa terakhir ini,

orientalisme bagaimanapun juga mulai tampak melepaskan diri dari belenggu tersebut dan

 beralih mendekati semangat ilmiah.

PENYEBARAN DAN KAWASAN PENGARUHNYA

Barat merupakan arena gerakan kaum orientalis. Mereka terdiri atas orang-orang Jerman,

Inggris, Perancis, Belanda dan Hongaria. Mereka sebagian muncul di Italia dan Spanyol.

Sekarang, Amerika merupakan pusat orientalis yang tersohor. Di sana banyak terdapat pusat-

 pusat orientalisme dan pengkajian Islam.

Pemerintah, lembaga-lembaga ekonomi, yayasan dan bahkan gereja tidak segan-segan menguras

dana untuk kepentingan orientalisme. Selain mengeluarkan dana keuangan dan dukungan,

mereka juga menyediakan fasilitas untuk pengkajian keislaman

di universitas-universitas, sampai jumlahorientalis menjadi ribuan orang.

Gerakan orientalisme diciptakan untuk mengabdi kepada penjajahan dan gerakan Kristenisasi.

Terakhir gerakan ini dimanfaatkan kaum Yahudi dan Zionisme untuk kepentingannya dalam

rangka melumpuhkan Timur yang Islami dan menancapkan dominasinya, baik langsung ataupun

tidak langsung.

RESOLUSI SEMINAR ISLAM DAN ORIENTALISME Tarikh: 7/22/2002

RESOLUSI SEMINAR ISLAM DAN ORIENTALISME

PERINGKAT KEBANGSAAN

Anjuran: Persatuan Ulama’ Malaysia

Pada: 20-21 Julai 2002

54

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 55/75

PN3362

Seminar yang dihadiri oleh 150 orang peserta daripada para alim ulama’, para cendiakawan, para

 profesional, para pelajar, para pemimpin dan ahli beberapa NGO Islam, para aktivis masyarakat

dan lain-lain; Setelah mengambilkira beberapa pembentangan Kertas Kerja dan Majlis Forum

seperti berikut:

• Ucap Utama dan Perasmian: Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Ghani Samsudin ( Yang Dipertua

Persatuan Ulama’ Malaysia)

• Ustaz Mohd Darus Senawi (Institut Ibnu Khaldun)

• Prof Madya Dr. Muhamed Redzuan Othman (UM)

• Tn. Haji Mohd Azmi Abdul Hamid (TERAS)

• Ustaz Uthman El- Muhammady (IKIM)

• Profesor Zakaria Stapa (UKM)

• Prof. Madya Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor (USM)

• Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid (UM)

• Professor Abd Fattah El- Awaisi (Al-Maktoum Institute, UK)

• Professor Muhammad Abu Bakar (UM)

• Ustaz Mat Taib Pa (UM)

• Forum Perdana daripada ahli panel berikut:

1. Ustaz Hj. Abdul Ghani Samsudin (YDP PUM)

2. Ustaz Alias Zakaria (USM)

3. En Shahrum TM Sulaiman (UiTM)

Maka Dengan ini Seminar Meluluskan Resolusi seperti Berikut:

1. Memahami bahawa orientalisme merupakan gerakan dan ideologi gabungan institusi

akademik, imperialis dan Kristianisasi yang mempunyai sikap permusuhan yang mendalam

terhadap Islam dan Timur. Ia membuat kajian, menulis, mengajar tentang selok-belok Timur 

sama ada dalam bidang agama, sosiologi, sejarah, fisiologi, antropologi, bahasa dan lain-lain

dengan tujuan–tujuan untuk menabur penyelewengan, menanam kekeliruan dan menjajah tanah

air umat Timur serta Islam dalam usaha untuk mengubah wajar timur .

55

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 56/75

PN3362

2. Mengambil perhatian bahawa orientalis menggunakan pelbagai metod dan tindakan yang

sistematik tetapi imiginatif dan tidak objektif untuk merealisasikan tujuan jahat mereka.

Antaranya ialah menubuhkan pusat dan institut kajian, menerbitkan buku dan majalah,

“merompak” manuskrip khazanah Islam dan membandingkan Barat dengan Timur.

3. Mengambil perhatian bahawa hubungan yang amat rapat antara orientalis dan Kristianisasi

khususnya setelah perang Salib dalam usaha untuk mengkristiankan umat Islam dengan pelbagai

cara termasuk melalui memecahbelah dan memporak perandakan umat Islam.

4. Berpendirian bahawa pihak orientalis sentiasa tunduk dan diperkudakan oleh kuasa-kuasa

 besar Barat, membenarkannya dan membantunya melalui hasil-hasil kajian mereka dalam

mengekalkan penguasaan politik dan meluaskan pengaruh ekonomi terhadap dunia Timur 

khususnya umat Islam.

5. Mengingatkan bahawa gerakan orientalis telah menjalankan gerakan serangan pemikiran yang

hebat melalui usaha-usaha untuk mengubah imej Islam dan menyelewengkan fakta-fakta sebenar 

mengenai Islam, al-Quran al-Karim, Hadis, akidah , Nabi Muhammad dan sebagainya melalui

kajian dalam bidang teras disiplin ilmu Islam seperti pengkajian Al-Quran, Hadith, Bahasa Arab,

Tasawwuf, Syariah dan lain-lain.

6. Mengambil perhatian bahawa gerakan orientalis berusaha mengurangkan perasaan sensitiviti

umat Islam terhadap Islam, mengagongkan tamadun barat, menjuzu`kan Islam dan menghakis

keyakinan umat Islam kepada sistem-sistem yang terdapat dalam Islam terutamanya dalam hal-

hal perundangan Islam , Pentadbiran Islam, hak asasi dalam Islam dan lain-lain.

7. Menyedari bahawa pengaruh-pengaruh negatif orientalis khususnya orientalis Amerika

terhadap masyarakat awam Islam melalui hiburan dan keseronokan yang disiarkan melalui media

massa dengan meracuni dan mengubah budaya dan institusi kemasyarakatan umat Islam.

8. Mengambil perhatian orientalisme yang sentiasa menjadikan umat Islam di kalangan pemikir 

(cendiakiawan), pentadbir, pemimpin, pemilik-pemilik media sebagai penyampai idea-idea jahat

orientalis.

56

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 57/75

PN3362

9. Menginsafi bahawa orientalisme adalah gerakan yang mendokong dan memperjuangkan idea-

idea sekularis, liberalis, nasionalis dan modenis.

10. Menegaskan bahawa pengaruh orientalis di Malaysia amat jelas hari ini dengan pelbagai isu

yang dibangkitkan oleh pengikut-pengikutnya seperti penentangan terhadap hukum Islam

terutamanya hudud, penolakan Hadis dan penghinaan ulama’.

11. Menyedari bahawa pengaruh orientalis juga telah menular dalam sistem pendidikan di

sekolah dan universiti di Malaysia terutamanya yang berkaitan dengan penyelewengan fakta

sejarah Islam dan memberi penekanan kepada bahasa dan sastera Inggeris.

12. Mengambil perhatian bahawa bahasa Arab adalah bahasa Islam serta umat Islam dan tulisan

Arab atau jawi mempunyai kaitan dengan warisan ilmu-ilmu Islam yang apabila ditinggalkannya

akan memutuskan hubungan warisan tersebut.

13. Akur bahawa terdapat segelintir orientalis yang mengkaji dan menulis mengenai Islam

dengan objektif dan bertanggungjawab yang boleh dimanfaatkan oleh umat Islam terutamanya

dari aspek metodologi penyelidikan.

Maka Seminar Islam dan Orientalisme ini;

1. Menyeru umat Islam agar mengambil sikap kewaspadaan intelektual terhadap fakta-fakta,

hujah-hujah dan rumusan-rumusan yang diutarakan oleh pihak orientalis melalui ilmu Islam

yang sebenar dan memiliki kerohanian yang mantap.

2. Mendesak seluruh umat Islam bersepakat memusuhi orientalis dan menentang mereka melalui

gerakan dan organisasi dengan usaha bersungguh-sungguh dan tekun yang setara atau lebih

daripada apa yang dilakukan oleh orientalis itu sendiri.

3. Menyeru cendiakawan dan institusi-institusi Islam supaya bekerjasama dalam usaha

menyebarkan maklumat yang sebenar mengenai Islam dan mengkaji tentang barat dengan

57

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 58/75

PN3362

mendalam dan ilmiah seperti menyediakan enskelopedia Islam dan menterjemah sebahagian

daripada buku-buku utama mengenai orientalis.

4. Menegaskan perlunya umat Islam bersatu atas dasar akidah dan syariah supaya mereka

menjadi umat yang kuat dan ditakuti musuh.

5. Menyeru pengkaji-pengkaji sejarah supaya mengkaji sejarah Melayu yang sebenarnya dan

menilai semula fakta sejarah yang diajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi.

6. Menolak orientasi Barat dalam pendidikan sama ada dalam bahasa atau mata pelajaran dan

kursus yang diajar.

7. Mendesak institusi ilmiah dan gerakan Islam menyediakan sistem pendidikan Islam yang

 berkesan.

8. Mengingatkan orang Islam yang terpengaruh dengan orientalisme agar kembali kepada ajaran

Islam yang sebenar dan mendesak pihak berkuasa mengatur dialog ilmiah dengan golongan ini

serta mendedahkan kesilapan mereka kepada masyarakat umum sekiranya mereka masih terus

mengambil sikap yang sama.

9. Menyeru badan-badan Islam dan institusi pengajian memperbanyakkan seminar-seminar 

 berhubung dengan isme-isme dan aliran-aliran pemikiran moden yang bertentangan dengan

Islam terutamanya orientalis serta mendedahkannya kepada masyarakat umum melalui kuliah

dan ceramah.

10. Menegaskan keperluan memperbanyakkan pendakwah-pendakwah yang berwibawa dan

 profesional.

11. Mendesak semua pihak terutamanya ahli-ahli politik dan pemimpin negara mempertahankan

Islam dengan penuh kejujuran.

12. Mendesak kerajaan Malaysia mendaulat tulisan jawi dan bahasa Arab.

58

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 59/75

PN3362

13. Mendesak Negara Arab mempermudahkan proses penerimaan pelajar asing khususnya dari

negara umat Islam dan membuka ruang yang luas kepada mereka untuk belajar di universiti di

sana.

Memahami Orientalis

Kiriman pada Friday, February 03 @ 23:05:08 MYT

Topik: Artikel

Mohd Rumaizuddin Ghazali

Menurut bahasa orientalisme diertikan dengan ilmu tentang ketimuran atau pengajian tentang

dunia Islam manakala orientalis adalah orang yang pakar dalam bidang pengajian ketimuran atau

 pengajian Islam. Oleh itu, orientalisme adalah kajian akademik yang dilakukan oleh para ilmuan

Barat mengenai Islam dan kaum Muslimin dari seluruh aspeknya termasuk akidah, syariah,

kebudayaan, peradaban, sejarah dan manusia. Ia bertujuan untuk membentuk pandangan umum

dan dalam hal-hal tertentu untuk menguasai dunia Islam yang mencerminkan latar belakang

ideologi, sejarah dan kebudayaan antara Barat dan Timur.

Orientalisme adalah disiplin akademik yang digunakan Barat untuk mendekati Timur secara

sistematik sebagai topik ilmu ketimuran, penemuan dan pengalaman. Dengan pendekatan

orientalisme pula, Barat berhasil memantapkan kehadirannya dalam bentuk ketenteraan,

ekonomi, budaya dan ideologi di hampir seluruh dunia Islam yang kini pengaruhnya masih

dirasakan kuat.

Dalam buku Gerakan Keagamaan dan dan Pemikiran yang disusun oleh WAMY, orientalisme

adalah gelombang pemikiran yang mencerminkan berbagai kajian ketimuran yang berkaitan

dengan Islam.Biasanya aspek yang menjadi kajian golongan ini seperti agama, seni, bahasa dan

kebudayaan. Kesan dari aktiviti orientalisme menghasilkan pandangan besar dalam membentuk 

 persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam. Persepsi yang terbentuk iaitu kemunduran pola

fikir dunia Islam dalam rangka pertarungan peradaban antara Timur dan Barat.

Kajian orientalisme memiliki karakteristik pokok yang tidak dapat dipisahkan dari pengertian

khusus yang secara singkatnya adalah bahawa orientalisme merupakan kajian yang mempunyai

ikatan yang kuat dengan penjajahan Barat ke atas dunia Timur, khususnya Britian dan Perancissejak akhir abad ke 18 hingga akhir Perang Dunia Kedua. Kemudian diwariskan kepada Amerika

59

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 60/75

PN3362

Syarikat yang mewakili negara-negara imperialis pasca Perang Dunia Kedua hingga sekarang. Di

samping itu, orientalisme juga berkait rapat dengan missionari. Hal ini dapat dilihat banyaknya

kaum Kristian dan Yahudi yang bekerjasama dengan kaum orientalis untuk melakukan kajian

Islam yang bertujuan untuk mengetahui celah-celah yang dapat dimasuki untuk memutar belit

fakta kebenaran Islam, menaburkan keraguan dan berusaha untuk menjauhkan mereka daripada

ajaran Islam.

Tidak ada satu kajian akademik yang mendapat nasib lebih buruk daripada kajian mengenai

keislaman di dunia Barat. Sejak awal memang telah terdapat akar-akar permusuhan Yahudi dan

Kristian terhadap Islam. Golongan ahli Kitab ketika mengetahui kedatangan nabi Muhammad,

mereka segera mendustakannya dan memutar belit peranan nabi sebagai pembawa amanah Allah

dan al-Quran berkali-kali memberi tantangan atas tuduhan mereka.

Oleh itu, sesuatu kajian yng bersifat apa pun di dunia Barat mengenai pengajian Islam baik yang

 bersifat polimek, agama, perdagangan, diplomatik, ilmiah dan akademik terus berlangsung sejak 

masa lalu yang sebahagian besarnya masih diwarnai oleh akar-akar kebencian yang mendalam.

Mereka mendakwa kemunduran umat Islam adalah disebabkan mereka terpengaruh dengan

tradisi Islam yang ketinggalan zaman.

Oleh itu, kaum orientalis berkesimpulan bahawa satu-satunya jalan menuju kemajuan adalah

dengan mengadopsi materialisme Barat dan tamadunnya. Mereka juga menimbulkan keraguan

terhadap Islam dan kaum Muslimin yang berkisar pada; bahawa al-Quran adalah hasil karya nabi

Muhammad, hadith nabi tidak boleh dijamin kebenarannya, Islam tidak lebih daripada gerakan

 politik di dunia Arab sahaja, Islam anti kehidupan metropolitan dan sebagainya. Anggapan-

anggapan keliru hampir selalu mewarnai potret yang ditulis oleh kaum orientalis mengenai

agama, kebudayaan, sejarah dan peradaban Islam.

Satu-satunya jalan untuk mengatasi kebatilan yang digemburkan oleh Barat adalah

tanggungjawab ilmuan Muslim untuk segera mendirikan pusat-pusat pengkajian yang

menyelidik kebatilan dan kekeliruan ilmiah kaum orientalis. Dengan kata lain, untuk 

menghancurkan kebatilan pemikiran harus dengan pemikiran yang lurus berdasarkan logika dan

hujah akal. Walaupun begitu, tidak kesemuanya orientalis adalah jahat. Orientalis turut memberi

sumbangan yang bererti bagi kajian ketimuran dan keislaman. Dunia orientalis telah melahirkansejumlah sarjana yang bersimpati yang mengabdikan sebahagian besar hidupnya untuk menkaji

60

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 61/75

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 62/75

PN3362

 Niat mereka adalah untuk memberi suatu persepsi terhadap Islam iaitu Islam itu ganas dan

 jahat.Mereka tidak perlu memberi alasan lagi jika mereka ingin melakukan sebarang kekejaman

terhadap orang Islam. Justeru itu, orang Islam harus sentiasa berwaspada dan mengambil langkah

yang positif dan strategik untuk mengatasi hal ini. Antara langkah yang harus diambil ialah

menjelaskan tentang agama Islam melalui pelbagi cara termasuk penulisan dan media massa

yang berdasarkan fakta dan bukan sekadar kata-kata retorik.

Orang Islam juga harus berusaha meningkatkan keilmuan terutama dari segi sains dan teknologi

yang boleh menandingi kemampuan orang-orang Barat dan menampilkan cara hidup yang lebih

 progresif, dinamik, mampu menangani krisis secara bijak dan mampu menggerakkan manusia ke

arah kemajuan. Oleh itu, menjadi kewajipan orang Islam di Malaysia untuk berusaha mewujukan

satu masyarakat yang harmonis dengan meningkatkan kemajuan dirinya melalui prinsip Islam.

Islam harus dirasai oleh orang Islam dan orang bukan Muslim dalam segala aspek kehidupan di

negara ini kerana agama Islam rahmat untuk alam sejagat.

Akar Pemikiran Islam Liberal

Posted by Administrator on 2006/4/11 18:40:56 (1242 reads)

Oleh:Khalif Muammar A. Harris (KDH)

Mukaddimah

Di akhir abad keduapuluh Masehi, Umat Islam dikejutkan dengan fenomena baru dalam

 pemikiran Islam. Golongan yang memperkenalkan diri dengan nama Islam Liberal telah

menggemparkan dunia Islam dengan isu-isu yang kontroversial dan ide-ide yang berani. Gerakan

Islam Liberal cukup popular di Indonesia, namun begitu tidak ramai yang menyedari sebenarnya

gerakan ini mempunyai jaringan yang luas bukan sahaja di dunia Islam bahkan juga hampir di

serata dunia: Mesir, India, Pakistan, Bangladesh, Amerika, Perancis, Malaysia, Turki, Jordan,

Sudan, Syria, Moroko, Tunisia, Lebanon, Algeria, Nigeria dll.

Pada dasarnya, Islam Liberal merupakan ‘produk’ baru untuk menjelmakan kembali modenisme

di Abad ke-21. Modenisme Islam telah lama muncul di kalangan intelektual Muslim dan menjadisatu tren pemikiran yang berpengaruh dalam dunia Islam sejak Abad ke-19M. Tulisan ini

62

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 63/75

PN3362

 bertujuan untuk melacak dan mencari penjelasan tentang akar ideologis gerakan Islam Liberal

sekaligus menyorot perkembangan terbaru yang berlaku kepada tren pemikiran ini yang cukup

 banyak diperdebatkan dalam perbahasan ilmiah dewasa ini. Hipotesis kajian ini adalah bahawa

adanya kesinambungan dan pengaruh yang kuat antara sekularisme, orientalisme, modenisme

Islam dengan Islam Liberal.

Kemunculan Modenisme Islam adalah akibat dari pertemuan yang tidak seimbang daripada dua

dunia: Islam dan Barat. Penjajahan yang berlaku lebih 400 tahun terhadap umat Islam sedikit

sebanyak menyebabkan sikap rendah diri atau inferiority-complex apabila berhadapan dengan

 peradaban yang canggih dan hebat. Perlu digarisbawahi di sini bahawa modenisme Islam

 bukanlah aliran pemikiran yang tunggal dan jelas, tetapi ia mencakupi beberapa aliran pemikiran

sesuai dengan istilah modenisme itu sendiri yang kabur. Gerakan modenisme telah mengalami

 banyak perubahan setelah kemunculan Fazlur Rahman (1919-1988) yang telah merangka

framework pemikiran neomodenisme pada awal 80an. Usaha beliau walaubagaimanapun telah

‘dimanfaatkan’ oleh orang-orang yang berkepentingan, untuk menjustifikasikan lahirnya

 pemikiran yang lebih radikal, liberal dan berani. Golongan ini kemudian diberi nama Islam

Liberal.

Modenisme Islam mengambil semangat pembaharuan dan reformasi. Dengan melihat model

 pembaharuan (modenisasi) yang telah berjaya merubah masyarakat di Barat. Modenisme di

Barat telah menghasilkan apa yang dinamakan enlightenment, revolusi industri dan akhirnya

telah meletakkan Barat sebagai negara yang maju dan pemimpin dunia. Menyedari kemunduran

dan keterbelakangan Umat Islam, dan setelah mereka mengkaji faktor kemajuan Barat maka

golongan modenis mengambil kesimpulan bahawa Umat Islam perlu bersikap terbuka terhadap

tamadun Barat untuk menguasai sains Barat dan seterusnya mengikuti rentak kemajuan. Sikap

keterbukaan ini didasari oleh pendirian bahawa ilmu itu bersifat bebas nilai atau neutral tidak 

diwarnai oleh ideologi pembawanya dan terserah sepenuhnya kepada pengguna sains tersebut

untuk dapat digunakan sesuai kehendaknya. Apabila telah terbukti bahawa sains yang sama telah

 berjaya memberi kemajuan kepada masyarakat Barat, maka tentunya apabila digunakan oleh

Umat Islam ianya juga akan dapat menjanjikan kemajuan.

Modenisme Islam dan Modenisme Barat.

63

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 64/75

PN3362

Oleh kerana modenisme Islam sangat berkait rapat dengan modenisme Barat, maka sebelum

membicarakan tentang modenisme Islam, sangat penting sekali untuk memahami konsep

modenisme dan modenisasi dan kemunculannya di Barat. Perlu digaris bawahi di sini bahawa

kemunculan modenisme Islam hanya berlaku sebagai satu konsekuensi daripada interaksi dunia

Islam dengan tamadun Barat. Satu fakta yang perlu diingat adalah bahawa Umat Islam sejak 

abad ke 16/17M telah dijajah dan diinfiltrasi oleh pemikiran dan budaya yang asing daripada

 pemikiran, budaya dan agama mereka. Reaksi dari diri Umat pada ketika itu adalah di antara

 penolakan dan penerimaan. Golongan tradisionalis lebih cenderung untuk menentang dan

mengasingkan diri dari segala bentuk pembaratan (Westernization). Adapun golongan modenis

yang pada masa itu mempunyai latarbelakang pendidikan Barat, melihat segala kebaikan berada

dalam tamadun Barat, dan adalah satu kerugian besar bahkan dianggap kekolotan berfikir apabila

umat Islam tidak tampil untuk memperolehinya.

Modenisme di Barat digerakkan oleh falsafah enlightenment-humanism yang berhasil

mempengaruhi pemikiran sebagian masyarakat Barat dan majoriti intelektual mereka.

Kemunculan ahli-ahli falsafah seperti Immanuel Kant, David Hume, Nietzsche dan lain-lain

telah memberikan penekanan terhadap rasionalisme dan kebebasan (liberalisme) atau

 pembebasan manusia daripada tradisi dan dogma. Gerakan keintelektualan ini semakin kuat

dengan munculnya falsafah eksistensialisme oleh Sartre dan logical-positivism oleh kelompok 

yang dikenali dengan Vienna Circle.

Pada hari ini gerakan humanisme dipelopori oleh Council for Secular Humanism. Menurut

mereka secular humanism bermaksud “cara berfikir dan cara hidup yang bertujuan untuk 

memberikan yang terbaik bagi manusia dengan menolak segala kepercayaan agama dan kuasa di

luar tabi’i. Humanisme sekular menekankan rasio manusia dan pengkajian saintifik, kebebasan

individu dan pertanggung-jawaban, nilai-nilai kemanusiaan dan kasih sayang dan keperluan

terhadap toleransi dan kerjasama”.

Penjelasan tentang humanisme sekular di atas memperlihatkan wujudnya dikotomi antara agama

dan sains, antara moralitas dan kebebasan individu, antara Tuhan dan nilai-nilai kemanusiaan.

Terlepas daripada elemen-elemen yang tampak baik yang terdapat dalam pemikiran ini,

 penumpuan kepada kerasionalan, penolakan terhadap agama, dan kebebasan individu dalam

menentukan segala sesuatu, pastinya memberi kesan negatif khususnya bagi seorang Muslim.Oleh kerana itu, penilaian perlu dilakukan secara menyeluruh dan sebaiknya penjelasan tentang

64

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 65/75

PN3362

modenisme dilakukan dari dua sudut pandang yang berbeza: Barat dan Islam. Seorang penulis

Muslim berasal dari Perancis dan menetap di Mesir, Renė Guenon, menjelaskan bahawa

modenisme pada intinya adalah penolakan terhadap segala apa yang berbentuk divine,

transcendent dan supernatural. Ia adalah penolakan yang dilakukan oleh enlightment-humanist

terhadap tradisi dan otoriti, demi kepentingan akal dan sains tabi'i. Ia dicipta atas dasar perkiraan

 bahawa kuasa individu yang menjadi satu-satunya sumber bagi makna dan kebenaran.

Demikianlah dapat disimpulkan bahawa pengaruh humanisme Barat sangat kuat dalam kerangka

 pemikiran modenisme Islam. Dalam menjelaskan hakikat liberalisme Islam, Leonard Binder 

menegaskan bahawa perbahasan rasional menjadi tonggak utama golongan Islam Liberal ini.

Rasionalisme, dalam erti mendewakan akal fikiran dan menjadikannya kayu ukur dalam menilai

segala sesuatu, yang menjadi asas peradaban Barat juga dianut oleh golongan modenis dan

liberal Muslim. Dalam mendefinisikan modenisme Islam Charles Kurzman, seorang lagi ideolog

Islam Liberal, dalam bukunya Modernist Islam mengatakan bahawa seorang modenis bukan

sahaja menerima nilai-nilai moden dari Barat sebagai sesuatu yang benar melainkan juga usaha

untuk memperjuangkan modenisme Barat (proponent of modernity) yang termasuk di dalamnya

rasionaliti, sains, kedaulatan perlembagaan (constitutionalism), dan persamaan manusia.

Bahkan peranan seorang modenis menurut beliau bukan sahaja dalam mencari persamaan di

antara nilai-nilai moden dengan nilai-nilai atau ajaran Islam. Lebih dari itu, seorang modenis

mesti berusaha untuk memperkasakan dan membangunkan teori yang kukuh yang dapat

membuktikan adanya persamaan dan kesesuaian tersebut. Dari sini tampak jelas bahwa gerakan

ini mempunyai prakonsepsi dalam memahami Islam. Penyatuan di antara modern values dan

ajaran Islam pada realitinya dilakukan dengan tidak adil iaitu dengan memilih sebahagian tradisi

dan teks-teks agama yang mampu menyokong nilai-nilai Barat. Sedangkan kajian terhadap

tradisi Barat sendiri dilakukan dengan penuh apresiasi dan tidak kritis.

Berkenaan dengan tema-tema Islam Liberal, mengikut tulisan mereka sendiri, dapat dilihat

sebenarnya tidak jauh berbeda dengan modernist Islam. Di antaranya adalah demokrasi,

 pembelaan hak-hak perempuan, kebebasan bersuara, dan masa depan kemajuan manusia. Tema-

tema yang diangkat memberikan impresi bahwa siapapun yang rasional tidak mungkin menolak 

 perjuangan mereka. Di sebalik itu ada keinginan untuk memonopoli perjuangan untuk 

kemanusiaan, sedangkan agama Islam sejak mula telah memperjuangkan kepentingan manusia.Tema-tema di atas tampak menarik dan segar, tetapi ini berbeda dengan tema-tema yang selalu

65

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 66/75

PN3362

menjadi perdebatan hangat di kalangan umat Islam. Isu-isu seperti penolakan Syari'at, pluralisme

agama, kebebasan berijtihad, penolakan otoriti agama dan hermeneutik sebenarya yang menjadi

 perbahasan utama gerakan ini.

Pandangan bahawa perlunya penyesuaian di antara Islam dan nilai-nilai Barat, di antara wahyu

dan kemodenan, adalah dengan andaian bahawa keduanya tidak bertentangan dan sesuai

(compatible). Atas andaian inilah maka peranan menyesuaikan di antara keduanya bukan perkara

yang rumit. Persoalannya adalah adakah andaian ini betul? Apakah tidak ada pertembungan nilai/

 prinsip di antara worldview Islam dan worldview Barat. Pemikir Islam seperti Syed Muhammad

 Naquib al-Attas menyatakan bahawa Islam mempunyai pandangan hidup yang jauh berbeza

dengan pandangan hidup Barat. Pandangan hidup Barat meletakkan falsafah humanisme,

rasionalisme, sekularisme sebagai asas peradaban mereka. Sedangkan falsafah-falsafah ini amat

asing dan tidak perlu dalam konteks umat yang beragama Islam. Isma'il al-Faruqi mengatakan

 bahawa humanisme Barat sekarang banyak dipengaruhi oleh humanisme Greco-Roman, yang

terlalu mendewakan manusia dan sebagai reaksi kepada tradisi Kristian yang sebenarnya

merendahkan nilai-nilai kemanusiaan. sebaliknya Islam telah dengan secara tidak langsung

meninggikan martabat manusia, maka dari itu, al-Fa>ru>qi> menyimpulkan bahawa humanisme

dalam Islam adalah satu-satunya yang asli dan terbaik. Dengan alasan kuatnya pengaruh

sekularisme dan humanisme dalam tamadun Barat, al-Attas menekankan perlunya ilmu-ilmu

Barat diIslamisasikan terlebih dahulu sebelum ianya diterima oleh umat Islam untuk 

mengelakkan berlakunya dikotomi dalam diri umat Islam dan wujudnya dilema atau krisis minda

yang menjadikan umat Islam keliru, lemah dan berpecah belah.

Untuk melihat sejauh manakah kesan dan pengaruh secular humanisme dan postmodenisme

terhadap pemikiran Islam Liberal kita dapat lihat dalam tema-tema yang dibangkitkan oleh

ideolog-ideolog Islam Liberal seperti Nasr Hamid Abu Zayd (lahir 1943), Muhammad Said al-

Ashmawi (l. 1932), Muhammed Arkoun (l. 1928), Abdullahi Ahmed al-Nai'im (l. 1946) dan

Asghar 'Ali Engineer (l. 1939). Abu Zayd misalnya mengatakan bahawa Islam adalah agama

sekular (al-di>n al-ilma>ni>) dan hanya diskursus sekularisme ('ilma>niyyah), yang menurut

 beliau berasal dari perkataan ilmu ('ilm), yang dapat membawa Umat Islam kepada pemodenan

dan kemajuan dan menyelamatkan mereka daripada kekolotan berfikir.

Adapun Muhammad Arkoun, beliau banyak terpengaruh dengan pemikiran postmodenisme

khususnya Jacques Derrida. Amat jelas terlihat metode deconstruct dan no truth-claim dalam pemikiran Arkoun. Robert D. Lee dalam kata pengantarnya terhadap buku Arkoun, Rethinking

66

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 67/75

PN3362

Islam, mengatakan: "In the world Arkoun proposes, there would be no margins and no center, no

marginalized groups and no dominant ones, no inferior beliefs and no superior, truth-producing

logic."

Muhammad Said Ashmawi seperti pendahulunya 'Ali Abd al-Raziq, Wahid Ra'fat dan Faraj

Fawdah menentang konsep Islam syumul (way of life), baginya permasalahan politik terpisah

daripada agama. Beliau juga menolak keras pelaksanaan Syari'at Islam dengan alasan bahawa ia

akan memberikan kuasa politik kepada golongan agama dan mengakibatkan lahirnya negara

teokrasi. Dalam bukunya The Islamic State, Bagi Asghar Ali Engineer Hukum Islam adalah

ciptaan fuqaha, pelaksanaan Shari'at Islam bermakna pemerintahan teokrasi. Dan beliau juga

menyokong sepenuhnya pemerintahan sekular:

Secularism is highly necessary if India has to survive as a nation. But apart from survival of 

Indian nationalism and Indian unity, secularism is necessary for modern democratic polity. And

this need for secular polity becomes much greater if the country happens to be as diverse and

 plural as India. Secularism is a great need for democratic pluralism…. The most Orthodox

Muslim 'Ulama of Deobandi school preferred secular India to Muslim homeland or theocratic

Pakistan. They outright rejected the idea of Pakistan when mooted by Jinnah. They denounced

two nation theory on the basis of religion.

Radwan Masmoudi, seorang presiden Center for the Study of Islam and Democracy (CSID) yang

merupakan sebuah pertubuhan yang berpengaruh di Amerika dan baru-baru ini menjelaskan

 pendiriannya terhadap Islam Liberal. Beliau menjelaskan bahawa Liberal Islam memperjuangkan

kerajaan yang bertanggungjawab, kebebasan individu, dan hak-hak asasi manusia. Oleh karena

itu menurut beliau golongan ini merupakan Muslim majority di dunia Islam. Tentunya anggapan

 bahawa golongan Islam Liberal adalah golongan majoriti umat Islam tidak berasas dan boleh

dipertikaikan. Ini kerana imej liberal yang mereka ketengahkan berbesa dengan apa yang mereka

maksudkan. Dalam hal ini istilah yang tepat bagi golongan yang mereka sebutkan adalah

 progressif, bukan liberal. Jelas sekali istilah Islam Liberal itu sendiri sangat kabur dan

kontradiktif. Bahkan tokoh-tokoh yang disebutkan oleh Masmoudi, yang mengikut kategorisasi

Kurzman, seperti Muhammad Sali>m al-'Awwa>, Anwar Ibrahim dan Fathi Osman tidak pernah

dikategorikan sebagai Islam Liberal, tidak ada indikasi yang dapat mengaitkan pemikiran merekadengan pemikiran Islam Liberal. Tokoh-tokoh yang lain yang juga disebutkan seperti T}a>riq al-

67

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 68/75

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 69/75

PN3362

Di sini dapat dikesan kecenderungan Islam Liberal dalam melihat agama dan akal sebagai dua

entiti yang otonom dan independen. Agama ataupun shari’ah, kerana dilihat amat terbatas jumlah

teksnya, bergerak dalam ruanglingkupnya yang tersendiri dan akal mempunyai peranan dalam

kerangka yang lebih luas yang dapat memastikan kerelevanan agama dalam dunia masa kini.

Oleh kerana itu kontradiksi berlaku di antara dua aliran pemikiran modenis atau Islam Liberal

dan ramai ulama’ dan pemikir Islam yang meletakkan syarat penggunaan akal fikiran agar tidak 

 bertentangan dengan mana-mana teks al-Qur’an dan al-Sunnah.

Bagi Islam Liberal apabila pertentangan di antara keduanya berlaku, maka teks al-Qur’an ini

 perlu ditafsirkan melalui kaedah hermeneutik ataupun melalui pemahaman substantif agar tidak 

lagi terpaku kepada pemahaman literal terhadap shari’ah, akan tetapi pemahaman yang Liberal.

Berangkat dari metodologi dan cara berfikir inilah, tidak sedikit daripada mereka yang hanya

melihat daripada shari’ah itu nilai-nilai universal yang juga ada dalam tamadun Barat bahkan

 juga dikongsi bersama oleh mana-mana agama di dunia ini.

Penolakan Terhadap Otoriti Agama.

Liberalisme dan modernisme Islam menolak otoriti agama. Dalam wacana Islam Liberal banyak 

 penekanan diberikan kepada kebebasan berpendapat oleh siapa saja tentang apapun

 permasalahan agama. Metodologi yang digunakan adalah relativisme, iaitu dengan mengatakan

 bahwa kebenaran itu relatif tidak boleh didakwa oleh mana-mana pihak. Penolakan otoriti agama

ini penting agar kebebasan berpendapat/ ijtihad dapat dilakukan dan hanya dengan inilah

liberalisasi Islam akan berhasil. Atas dasar kebebasan berpendapat dan berijtihad inilah maka

Islam Liberal banyak merujuk kepada karya-karya orientalis-kristian kerana melihat mereka

adalah otoriti yang cukup kritis dan telah dapat mengemukakan pendekatan yang lebih rasional

dan berlainan.

Islam menetapkan bahawa otoriti dalam ilmu pengetahuan sangat penting. Cukup banyak ayat

dan hadis yang menuntut umatnya menghormati ilmuwan dan berpegang kepada disiplin ilmu.

Disiplin ilmu apapun memerlukan otoriti. Islam adalah subjek ilmu yang cukup ketat dalam

menentukan siapa yang layak dijadikan guru. Tanpa adanya kriteria-kriteria tertentu dalam

 pemilihan guru maka penyelewengan terhadap agama sangat mudah sekali berlaku. Setiap

disiplin ilmu ada otoriti masing-masing. Kalau dalam bidang perubatan, kejuruteraan dsb.seseorang itu perlu merujuk kepada otoriti dan pakar-pakarnya maka sebenarnya tidak ada

69

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 70/75

PN3362

 bezanya dengan agama Islam: shari>'ah, aqi>dah, tafsi>r, hadi>th, masing-masing cabang ilmu

ini memerlukan kepakaran yang juga memakan energi dan masa yang tidak kurang daripada

keperluan seseorang menguasai bidang perubatan dan sains. Bahkan dari ribuan orang yang

 berusaha menguasai cabang keilmuan Islam hanya segelintir saja yang diakui sebagai pakar dan

otoriti yang menjadi rujukan.

Golongan Islam Liberal melihat bahawa otoriti agama hanya akan memberi kesan negatif. Ini

kerana ulama’ akan memonopoli kebenaran dan menghukum pandangan selain daripada ulama’

sebagai tidak islami, sesat dan sebagainya. Kekeliruan ini timbul akibat salah faham atau distorsi

yang disengajakan. Wujudnya otoriti ilmu ini tidak mengisyaratkan wujudnya hirarki dalam

Islam. Islam sama sekali tidak pernah meletakkan ulama’ sebagai wakil Tuhan atau pemegang

kuasa menggantikan Tuhan sepertimana berlaku dalam tradisi Nasrani dan pemerintahan gereja

di zaman kegelapan (Dark Ages). Dalam Islam ijtihad ulama’ tidak mutlak kebenarannya. Oleh

itu pandangan ulama’ tidak semestinya benar. Pandangan ulama’ hanya boleh diterima sekiranya

terbukti sesuai dengan kehendak syari’ah dan dipersetujui kebenarannya. Di sinilah dalam tradisi

Islam kita mengenal konsep qawl al-jumhu>r (pandangan majoriti), dan ijma>' (kesepakatan

ilmuwan) dan konsep ini sangat penting dalam tradisi keilmuan Islam.

Penolakan terhadap otoriti agama memberi ruang yang luas kepada golongan Islam Liberal untuk 

 berijtihad dengan bebas. Kurzman menggunakan istilah yang berlainan agar tampak 

sophisticated iaitu “freedom of thought” dan “freedom of religious interpretation”. Bertolak dari

 premis inilah golongan ini melihat perlunya umat Islam mempertimbangkan hermeneutika al-

Qur’an di samping tafsir al-Qur’an yang dianggap tidak sesuai lagi pada zaman modern ini. Nasr 

Hamid Abu Zaid disebut sebagai tokoh hermeneutik Islam Liberal saat ini. Walaubagaimanapun

 buku beliau, Mafhu>m al-Nas} mendapat tentangan yang keras dari para sarjana Muslim.

Konsep Pluralisme Agama

Perdebatan tentang pluralime agama baru-baru ini cukup hangat di Indonesia. Aliran modenisme

dan Islam Liberal mendukung kuat ide ini dan promosi besar-besaran telah dilakukan. Banyak 

 buku-buku telah diterbitkan dan diseminarkan. Di antara tokoh utama dalam hal ini adalah Alwi

Shihab yang telah menulis buku yang bertajuk: Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka dalam

Beragama. Alwi mengatakan bahawa pluralisme agama adalah tuntutan penting untuk mencapaikerukunan hidup beragama. Atas dasar ini seorang pluralis berusaha untuk tidak bersikap

70

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 71/75

PN3362

eksklusif dan tidak mengklaim kebenaran hanya terletak pada agama yang dianutnya. Setelah itu

 barulah dialog dan toleransi beragama dapat dilaksanakan dengan jayanya. Penulis melihat

adanya pra-asumsi bahawa yang menyebabkan permusuhan antara agama berlaku adalah semata-

mata kerana wujudnya sikap ekslusif dalam beragama.

Alwi menafikan bahawa syari'at yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. adalah

 penghapus bagi syari'at-syari'at yang telah diturunkan sebelumnya. Alwi juga mengatakan bahwa

ayat al-Qur’an yang selalu digunakan untuk mengklaim eksklusivisme Islam yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai agama (di>nan) mereka maka tidak 

akan diterima (oleh Allah) daripadanya” dalam penjelasan terhadap ayat ini beliau mengatakan

 bahawa: hal itu (Islam) tidak hanya diperuntukkan bagi Muslim sahaja, tetapi bagi segenap

mereka yang percaya kepada Tuhan sepanjang sejarah umat manusia. Alasan Alwi adalah

 bahawa Islam bermakna berserah diri, maka sesiapa sahaja yang dapat melaksanakan tuntutan

iman ini dengan menyerahkan diri terhadap kehendak Tuhan adalah termasuk orang yang

 berserah diri.

Kekeliruan timbul akibat daripada pemikiran bahawa kebenaran tidak bersifat mutlak, kebenaran

tidak boleh dimiliki oleh mana-mana pihak lalu menafikan hak orang lain. Pemikiran relativisme

ini yang menjadi dasar falsafah pluralisme beragama. Terdapat beberapa tokoh falsafah Barat dan

Islam yang bertanggungjawab memperkenalkan ide ini antaranya adalah Frithjof Schuon dan

Syed Husein Nasr. Apa yang mereka ketengahkan adalah lebih kepada ide kesatuan agama pada

hakikatnya (the transcendent unity of religions) dan penekanan kepada agama Ibrahimiyyah.

Akan tetapi, pendekatan yang digunakan oleh Alwi Shihab cukup berani dan radikal. Kerana

 beliau bukan sahaja bercakap dari segi pemikiran dan falsafah akan tetapi cuba untuk mengambil

 pendekatan dari dalam, dengan mempergunakan tradisi Islam khususnya teks-teks al-Qur’an dan

mentafsirkannya dengan sewenang-wenang.

Alasan yang dianggap oleh pluralis cukup kuat dan dapat menyokong pandangannya bahawa al-

Qur’an mengakui keimanan komunitas beragama selain daripada umat Islam bahkan amalan

mereka juga akan diterima sebagaimana umat Islam. Dengan bersandarkan kepada ayat al-

Qur’an (al-Baqarah: 62 dan al-Ma>’idah: 69), Alwi menterjemahkan ayat tersebut sebagai

 berikut: “Sesungguhnya mereka telah beriman, Yahudi, Kristen, dan Kaum Shabiin; Mereka

yang percaya pada tuhan dan hari akhir dan berbuat kebaikan, akan menerima pahala dari Tuhanmereka. Mereka tidak akan merugi dan tidak akan berduka cita”. Sekilas pandang ayat ini seolah

71

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 72/75

PN3362

menjustifikasikan pandangan beliau, akan tetapi sesiapa yang faham bahasa Arab akan sedar 

adanya kalimat yang sengaja ditambah dan tidak sesuai dengan kehendak ayat. Ayat tersebut

 bermula dengan Innallazi>na a>manu> wallazi>na ha>du wannas}a>ra> was}s}}a>bi’i>na man

a>mana billa>h, jelas sekali ayat ini tidak mengatakan bahawa semua golongan yang dinyatakan

adalah dianggap beriman, ayat tersebut hanya menyatakan bahawa ada kemungkinan di antara

 penganut agama tersebut ada orang-orang yang mempunyai keimanan (yang belum tercemari

oleh kesesatan) terhadap Allah dan hari akhirat. Al-Qurtubi menjelaskan bahawa pendapat yang

kuat berdasarkan pendapat Ibn Abbas mengatakan bahawa ayat ini telah dimansuhkan dengan

ayat waman yabtaghi ghayr al-Isla>mi di>nan…Adapun pendapat yang mengatakan ia tidak 

dimansuhkan mengatakan bahawa terdapat syarat implisit bagi ayat tersebut iaitu beriman

kepada kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan ulama’ dan ramai mufassir mengatakan

 bahawa ayat ini perlu difahami sebagai satu seruan agar ahlul Kitab yang masih mempunyai

secebis keimanan tersebut hendaklah menyempurnakannya dengan beriman kepada nabi

Muhammad s.a.w. kerana keimanan terhadap Allah tidak sempurna dan tidak akan diterima tanpa

keimanan terhadap Rasulullah begitu juga amalan mereka tidak akan diterima sebagai amal saleh

apabila mereka enggan mengikuti syari’at Rasulullah s.a.w. Pentafsiran seperti inilah yang sesuai

dengan mesej keseluruhan dan objektif al-Qur’an. Ini kerana seorang mufassir dikehendaki

melihat satu-satu ayat selari dengan ayat-ayat yang lain bukan mengasingkannya dan menutup

mata dari melihat kepada nas}-nas} (teks) yang justeru bertentangan dengan pemahamannya.

Mengenai kedudukan orang kafir baik Ahlul Kitab maupun Musyrikin terdapat banyak ayat-ayat

al-Qur’an yang menjelaskan tentang kesesatan dan kekufuran mereka.

Konsep pluralisme agama adalah selari dengan misi sekularisasi dan liberalisasi. Di Barat,

masyarakat pada umumnya sudah hilang kepercayaan pada agama. Agama Kristian tidak lagi

menjadi rujukan dalam masalah kemoralan apalagi masalah politik, dan sosial. Falsafah

eksistensialisme dan pragmatisme telah mengambil alih peranan dalam menentukan nilai-nilai

moral masyarakat Barat. Ini kerana agama secara umum telah disepakati merupakan produk 

manusia tidak luput daripada silap dan salah. Bahkan banyak ajaran Injil hanya dianggap mitos

yang tidak rasional dan perlu ditinggalkan oleh orang yang telah bertamadun dan maju. Apabila

telah menjadi kesepakatan umum bahawa 'all religions are human inventions' maka tidak ada lagi

kebenaran mutlak, yang ada adalah kebenaran yang relatif, terserah kepada masing-masing

individu untuk memilih sesuai dengan 'selera'nya.

Penolakan terhadap Shari'at Islam

72

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 73/75

PN3362

Islam Liberal menolak pelaksanaan syari’at Islam, di Amerika al-Na’im pengikut setia tokoh

kontroversial Mahmud Muhammad Taha dari Sudan, menulis buku beliau pada tahun 1990

 berjudul Toward an Islamic Reformation yang intinya adalah merombak pemahaman orang Islam

terhadap syari’at Islam. Menurut beliau syari’at Islam itu tidak suci (divine). Beliau

menyuarakan perlunya syari’at Islam khususnya Islamic public law dirubah karena teks agama

tidak perlu diikuti secara literal. Bahkan beliau mengatakan bahwa pelaksanaan hukum Islam

 pada saat ini hanya akan memberi kesan counter-productive. Karena pelaksanaannya sangat

 bertentangan dengan hak-hak asasi manusia dan tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Al-

 Na'im menjelaskan:

I have shown that Shari'a was in fact constructed by Muslim jurists over the first three centuries

of Islam. Although derived from the fundamental divine sources of Islam, the Qur'an and Sunna,

Shari'a is not divine because it is the product of human interpretation of those sources. Moreover,

this process of construction through human interpretation took place within a specific historical

context which is drastically different from our own. It should therefore be possible for 

contemporary Muslims to undertake a similar process of interpretation and application of the

Qur'an and Sunna in the present historical context to develop an alternative public law of Islam

which is appropriate for implementation today.

Di sini dapat dilihat pengaruh kajian Orientalist terhadap al-Na'im. Berasaskan kepada kajian

orientalis seperti Goldziher, Schacht dan Coulson yang mengatakan bahawa Syari’at Islam

adalah hasil ciptaan ulama’ dan fuqaha selama tiga ratus tahun. Malangnya amat kurang sekali

tulisan-tulisan ilmiah yang dapat mendongkrak idea-idea seperti ini, kecuali beberapa tulisan

yang masih perlu dilanjutkan seperti M. Mustafa al-Azami yang telahpun membatalkan premis-

 premis Schacht tentang Shari'ah. Kajian mendalam orientalis terhadap hukum Islam

membuahkan hasil dengan diterimanya premis-premis mereka sebagai sandaran untuk menolak 

hukum Islam.

Penolakan hukum Islam sebenarnya berakar daripada keengganan meletakkan agama sebagai

dasar kehidupan masyarakat. Oleh kerana itu penolakan syari'at Islam sebenarnya merupakan

kesinambungan daripada pemikiran sekularisme dan bahkan juga diakui oleh al-Naim sendiri. Di

Indonesia mesej penolakan Shari'at dikemukakan Jaringan Islam Liberal.

73

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 74/75

PN3362

Anggapan bahawa syari’at Islam tidak divine adalah disandarkan kepada kajian-kajian orientalis

yang mengatakan bahwa formulasi syari’at Islam berlaku selama 300 tahun setelah kewafatan

Rasulullah s.a.w. Oleh itu mereka menyimpulkan bahwa syari’ah adalah produk ulama dan

 pemerintah yang tentunya bernuansa politik dan kekuasaan. Di sini sangat jelas kekeliruan

mereka karena tidak membezakan Syari’ah dengan Fiqh, di antara thawabit dan mutaghayyirat,

di antara perkara-perkara yang disepakati atau qat’iyyat dan perkara-perkara ijtihadi. Tanpa

melihat perkara-perkara seperti ini maka tentunya kekeliruan tersebut timbul.

Kesimpulan

Terdapat perbezaan yang ketara di antara teori yang dikemukakan oleh Kurzman dan Binder 

dengan kenyataan lapangan. Teori Kurzman membawa mesej untuk mempopularkan gerakan ini

dan memberi justifikasi atas setiap ide dan pemikiran Islam Liberal. Untuk tujuan ini, Kurzman

telah berjaya mengelabui mata orang ramai dengan penggunaan istilah dan terminologi yang

diterima ramai seperti: progress, freedom of thought, democracy dsb. Penumpuan pada hal-hal

tersebut akan memberi kesan ketidakrelevenan golongan yang menolak Islam Liberal. Dan

menutup mata orang ramai terhadap banyak lagi ide-ide yang justru menjadi ciri-ciri utama

 pemikiran Islam Liberal seperti: penolakan otoriti agama, pluralisme agama, penolakan Syari’ah

dll.

Hubungan dan pengaruh pemikiran Barat: sekularisme, orientalisme dan postmodernisme,

terhadap pemikiran Islam Liberal adalah berdasarkan bukti yang nyata dan tidak dapat disangkal.

Ini jelas dalam buku Kurzman Liberal Islam yang menjadikan tema-tema sekular sebagai elemen

 penting dalam gerakan ini. Oleh yang demikian, ada benarnya pernyataan Islamis bahwa Islam

Liberal sebenarnya merupakan ‘produk’ Barat, dilahirkan dan dibentuk bukan di dalam

 paradigma Islam akan tetapi di dalam paradigma pemikiran Barat. Walaupun para ideolog dan

 promotor mereka mencoba untuk memberikan legitimasi daripada teks-teks agama untuk setiap

ide yang dilontarkan, ia hanyalah sebagai satu strategi dan hanya digunakan dengan tujuan

validasi.

Adalah tidak benar jika dikatakan bahwa Islam Liberal tidak mempunyai metodologi dalam

 pemikirannya. Hasil kajian ini menunjukkan bahwa ideolog-ideolog Islam Liberal memakai

metodologi yang telah tersedia dan disadur daripada pemikiran Barat. Sebuah framework  pemikiran adalah hasil paradigma yang dibentuk oleh pemikir-pemikir yang berpengaruh dan

74

8/14/2019 sejarah kemunculan orientalisme

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-kemunculan-orientalisme 75/75

PN3362

tentunya ia tidak kelihatan, dalam bentuknya yang asli, pada gerakan ini. Kalau dalam diskursus

Islamis banyak menyebut tentang serangan pemikiran (al-Ghazw al-Fikri>) dan menjadikan

Orientalisme, sekularisme dan modernisme sebagian darinya, tentunya gerakan Islam Liberal ini

merupakan satu jelmaan baru serangan Barat terhadap Islam.

Pemikir-pemikir Islam seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas telah memberikan penjelasan

tentang worldview Islam dan worldview Barat, dengan tujuan bahawa umat Islam tidak keliru

dan terpengaruh dengan pemikiran Barat yang pada intinya tidak mesra agama kalau bukan anti-

agama. Anggapan bahawa tidak adanya percanggahan di antara keduanya memberikan isyarat

 bahawa Islam tidak mempunyai identiti tersendiri dan tidak memberikan pengaruh yang besar 

dalam kehidupan manusia, dan anggapan ini tentunya tidak benar sama sekali.

 

75