Sejarah Dan Perlembagaan Afghanistan

9
Sejarah dan Perlembagaan Afghanistan

description

Sejarah afghanistan

Transcript of Sejarah Dan Perlembagaan Afghanistan

Sejarah dan Perlembagaan Afghanistan

Sejarah dan Perlembagaan AfghanistanSejarah AfghanistanSebuah negara Afghanistan telah diasaskan pada tahun 1746 di bawah Empayar Durrani tetapi kuasa pemerintah telah dipindahkan kepada British sehingga Raja Amanullah menaiki takhta pada tahun 1919. Sejak itu, Afghanistan telah melalui bermacam jenis pemerintahan dan beberapa perang saudara..Zaman stabil yang terakhir sekali dikecapi oleh Afghanistan wujud dari tahun 1933 hingga 1973, apabila negara itu berada di bawah pimpinan Raja Zahir Shah. Pada 1973, Sardar Mohammed Daoud, saudara kepada Zahir Shah telah melancarkan rampasan kuasa. Namun pada 1978, Daoud dan keluarganya dibunuh oleh ahli komunis Parti Demokratik Rakyat Afghanistan yang memberontak dan berjaya mengambil alih kuasa memerintah Kerajaan Arab menaklukkan wilayah Afghanistan dan menjadikan sebahagian besar penduduk wilyah tersebut beragama Islam pada tahun 652 sampai 709 Masehi. Tahun 1219 wilayah yang dikenal sebagai Afghanistan sekarang mendapatkan serbuan bangsa asing dan kali ini giliran bangsa Mongol dibawah pimpinan Genghis Khan dan berhasil menaklukkan wilayah tersebut..Wilayah ini dikuasai oleh bangsa Mongol agak lama bahkan kematian Genghis Khan tidak menyebabkan surutnya kekuasaan Mongol di wilayah Afghanistan. Tamerlane atau Timur Leng melanjukan kekuasaan Gengis Khan. Tahun 1504 Empayar Mughal dari India meluaskan wilayahnya yang meliputi Afghanistan sampai tahun 1738. Selanjutnya pada tahun 1738 Raja Persia Nadir Shah menakluki Kabul dan Kandahar dan menandakan kembalinya pengaruh Islam di wilayah AfghanistanSeorang pemimpin tempatan bernama Ahmad Shah Durrani mengisytiharkan kemerdekaan Afghanistan dari Pars. Seiring dengan bersatunya pemimpin dari suku-suku terutama suku Pashtun ditetapkan bahwa Durrani sebagai raja dari sebuah bangsa bernama Afghanistan.Tahun 1772 Timur Shah Durrani anak dari Ahmad Shah Durrani memindahkan ibu kota Afghanista dari Kandahar ke Kabul.Afghanistan mulai menjadi rebutan negara-negara imperialis dari Eropah. Untuk pertama kalinya pada tahun 1839 sampai tahun 1842 wilayah Afghanistan yang secara geografi berada ditengah dan strategi menjadi rebutan antara Empayar Rusia dan Kerajaan Inggeris yang sedang berkuasa di India.

Perang Anglo-Afghanistan kemudian meletus kembali untuk kedua kalinya pada tahun 1878 sampai 1881, di mana Afghanistan kehilangan kuasa atas wilayahnya yang sebahagian besar jatuh ke tangan Inggeris.Pada tahun 1880 sampai 1901 raja Abdur Rahman mengeluarkan kenyataan yang menyatakan suku Pashtuns sebagai etnis atau suku yang mendominasi Kerajaan Afghanistan. Pada masa ini Inggris melalui Sir Mortimer Durand membuat sempadan yang dikenal dengan sempadan Durand sejauh 750 batu antara India dan kerajaan Afghanistan namun tidak pernah disahkan oleh Afghanistan.

Awal abad ke 20 iaitu pada tahun 1919 Amanullah Khan mendeklarasikan kemerdekaan Afghanistan secara utuh dari tangan Inggeris. Akibatnya perang kembali meletus antara Inggeris dan Afghanistan. Perjanjian kesepakatan kemudian dilakukan. Tahun 1967 sumber gas alam pertama kali dihasilkan dari Afghanistan. Pada masa selanjutnya Afghanistan selalu dilanda rampasan kuasa. Rampasan kuasa pertama berlaku pada tahun 1973, Zahir Shah, Penguasa Afghanistan saat itu, ketika sedang berubat ke Itali,jawatan tersebut disandang oleh saudaranya Sardar Mohammed Doud. Rampasan kuasa tak berdarah tersebut berjaya menggulingkan kuasa saudaranya.Tahun 1978 terjadi lagi perubahan kekuasaan yang dilakukan oleh Parti Communist Peoples Democratic Party of Afghanistan yang dikenal dengan Saur. Peralihan kekuasaan ini menandakan bermulanya rangkaian pemerintahan komunis di Afghanistan. Amerika Syarikat yang anti komunis kemudian menyokong pasukan Mujahidin untuk melakukan perlawanan terhadap pemerintahan komunis yang didukung oleh Uni Soviet.Tahun 1979 Uni Soviet menceroboh Afghanistan untuk memberikan dukungan terhadap pemerintahan komunis Afghanistan. Akibat pencerobohan Uni Soviet ini perdana menteri Afghanistan saat itu terbunuh dan lebih dari 5 juta orang melarikan diri ke negara jiran seperti Pakistan dan Iran. Tahun 1989 situasi bertambah kacau dengan kedatangan pasukan Uni Soviet ke AfghanistanTahun 1992 selepas berakhirnya rejim komunis maka bermulalah perang saudara antara puak-puak Mujahidin. Konflik ini memakan korban 10 ribu orang terbunuh di KabulTahun 1994 muncul kelompok bersenjata dari wilayah selatan yang bernama Taliban yang terdiri atas para ulama dan mantan anggota Mujahidin. Tujuan Taliban untuk menyingkirkan Mujahidin. Tahun 1996 Taliban berhasil menguasai ibu kota Kabul.Taliban kemudian memerintah Afganistan, menguasai 95 persen dari total seluruh negri dan menerapkan Syariat Islam yang keras dan oleh negara-negara barat dianggap sangat ekstrim, terutama yang berhubungan dengan Gender ke dalam system pemerintahan Afghanistan. Semua hal di luar Islam dihancurkan termasuk dua buah gua yang berisi patung Budha peninggalan antara abad pertama sampai abad ke 6. Kekuasaan Taliban berakhir pada tahun 2001 ketika Amerika Serikat menginvasi Afghanistan dan membentuk sebuah pemerintahan yang baru.