SEJARAH BATIK

14
SEJARAH BATIK Sejarah batik yang tepat tidak dapat dipastikan tetapi artifak batik berusia lebih 2000 tahun pernah ditemui. Dari manapun asalnya, hasil seni ini telah menjadi warisan peradaban dunia. Pemakaian batik dalam busana tradisi mempunyai sejarah yang lama berlangsung dari zaman awal tamadun Melayu. Dipakai oleh semua golongan, dari raja ke bangsawan sampai ke rakyat jelata, batik menzahirkan dirinya sebagai seni asli yang praktikal dan popular. Dalam tradisi penulisan tradisi, kain cindai misalnya disebut dalam banyak hikayat-hikayat silam. Batik menjadi hadiah perpisahan dan perlambangan cinta dalam Hikayat Malim Deman dan persalinan dijadikan tanda penganugerahan darjat dalam Hikayat Hang Tuah. Dalam seni wayang yang lebih terkemudian; dalam filem Sumpah Orang Minyak (P. Ramli 1968) batik dijadikan lambang pernyataan cinta yang terlarang. Dan siapa yang boleh melupakan Ramona berkemban dengan batik lepas bermandi bunga dalam Fenomena (M.Nasir 1996). Perkembangan dalam seni batik Corak batik melalui evolusi dari corak terap yang asal dengan asimilasi pengaruh seni batik Indonesia dan luar. Batik tulis berdasarkan kaedah canting dipengaruhi oleh Indonesia dan bersama-sama dengan kemunculan pewarna baru yang susuai untuk sutera membawa kepada ledakan seni batik tulis di pertengahan 90an. Batik Terengganu khususnya batik terap mempunyai kedudukan yang unik walaupun dikatakan dipengaruhi oleh seni batik Jawa. Namun begitu, seingat saya, batik Terengganu dan batik Jawa berbeza; malah sehingga kinipun pengeluar batik tradisional masih mempertahankan teknik dan corak Terengganu walaupun ada beberapa pengeluar atas alasan kos menggunakan blok yang dibawa dari Indonesia. Cabaran dalam industri Perkembangan batik bergantung kepada beberapa faktor dari reka bentuk, bahan, artisan hinggalah kepada trend citarasa semasa. Ledakan 90an telah surut mendadak akibat lebihan bekalan dan ketiadaan kawalan mutu. Peniru melambak di pasaran. Pergantungan industri kepada tekstil dan pewarna yang diimpot juga menjadikan industri ini kurang daya tahannya. Tanpa perlindungan kerajaan, kos bahan mentah yang tinggi, saingan yang melampau dan perubahan citarasa kepada tekstil impot menjuruskan industri ini ke senja. Masa depan batik Ketahanannya merentas masa adalah faktor yang akan meneruskan sejarah batik. Seninya akan hidup melewati usia industri dan peredaran dunia fesyen akan membawa batik popular kembali. Demikian, keperluan kepada idea dan kaedah baru amatlah dirasai.

Transcript of SEJARAH BATIK

Page 1: SEJARAH BATIK

SEJARAH BATIK

Sejarah batik yang tepat tidak dapat dipastikan tetapi artifak batik berusia lebih 2000 tahun pernah ditemui.

Dari manapun asalnya, hasil seni ini telah menjadi warisan peradaban dunia. Pemakaian batik dalam busana

tradisi mempunyai sejarah yang lama berlangsung dari zaman awal tamadun Melayu. Dipakai oleh semua

golongan, dari raja ke bangsawan sampai ke rakyat jelata, batik menzahirkan dirinya sebagai seni asli yang

praktikal dan popular. Dalam tradisi penulisan tradisi, kain cindai misalnya disebut dalam banyak hikayat-

hikayat silam. Batik menjadi hadiah perpisahan dan perlambangan cinta dalam Hikayat Malim Deman dan

persalinan dijadikan tanda penganugerahan darjat dalam Hikayat Hang Tuah. Dalam seni wayang yang lebih

terkemudian; dalam filem Sumpah Orang Minyak (P. Ramli 1968) batik dijadikan lambang pernyataan cinta

yang terlarang. Dan siapa yang boleh melupakan Ramona berkemban dengan batik lepas bermandi bunga

dalam Fenomena (M.Nasir 1996).

Perkembangan dalam seni batik

Corak batik melalui evolusi dari corak terap yang asal dengan asimilasi pengaruh seni batik Indonesia dan

luar. Batik tulis berdasarkan kaedah canting dipengaruhi oleh Indonesia dan bersama-sama dengan

kemunculan pewarna baru yang susuai untuk sutera membawa kepada ledakan seni batik tulis di

pertengahan 90an. Batik Terengganu khususnya batik terap mempunyai kedudukan yang unik walaupun

dikatakan dipengaruhi oleh seni batik Jawa. Namun begitu, seingat saya, batik Terengganu dan batik Jawa

berbeza; malah sehingga kinipun pengeluar batik tradisional masih mempertahankan teknik dan corak

Terengganu walaupun ada beberapa pengeluar atas alasan kos menggunakan blok yang dibawa dari

Indonesia.

Cabaran dalam industri

Perkembangan batik bergantung kepada beberapa faktor dari reka bentuk, bahan, artisan hinggalah kepada

trend citarasa semasa. Ledakan 90an telah surut mendadak akibat lebihan bekalan dan ketiadaan kawalan

mutu. Peniru melambak di pasaran. Pergantungan industri kepada tekstil dan pewarna yang diimpot juga

menjadikan industri ini kurang daya tahannya. Tanpa perlindungan kerajaan, kos bahan mentah yang tinggi,

saingan yang melampau dan perubahan citarasa kepada tekstil impot menjuruskan industri ini ke senja.

Masa depan batik

Ketahanannya merentas masa adalah faktor yang akan meneruskan sejarah batik. Seninya akan hidup

melewati usia industri dan peredaran dunia fesyen akan membawa batik popular kembali. Demikian,

keperluan kepada idea dan kaedah baru amatlah dirasai.

Page 2: SEJARAH BATIK

SEJARAH SONGKET

Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan, dan mempunyai corak rumit benang emas

atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau

menenun menggunakan benang emas dan perak.

Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri.

Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan

tinggi seseorang pembesar. Ia telah terkenal di Malaysia dan Indonesiasejak abad ke-13 yang lampau.

Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat si

pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.

Sejarah songket

Sejarah dari mana datangnya kain songket itu tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun dan asal usul

perkataan songket dikatakan berasal daripada ‘menyungkit’ kerana dalam bahasa Siam ‘kek’ membawa erti

menyungkit selain ‘songkok’ (China) membawa maksud yang sama.

Mengikut Robyn Maxwell (1990), pengetahuan orang Melayu mengenai teknik songket mungkin diambil

daripada orang Cina yang memperkenalkan bahan logam tetapi kehadiran budaya dari Timur

Tengah, Parsi, Turki dan Moghul (India) telah memperkukuhkan lagi penghasilannya.

Corak dan motif

Corak dan motifnya memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu dan sekali gus mencerminkan cita rasa

Page 3: SEJARAH BATIK

budaya bangsa yang mekar dalam persekitaran yang kaya dengan keindahan dan keunikan. Antara corak

yang digunakan:

Susunan bunga penuh

Susunan bunga bertabur

Susunan bercorak

Motif yang digunakan pula adalah seperti:

Motif Tumbuh-tumbuhan

Motif Binatang

Motif Alam/Benda

Motif Kuih

Proses pembuatan

Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik menyungkit iaitu

menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan alat tenun yang

dipanggil kek tenun. Proses menyungkit dilakukan setelah benang karat butang disediakan. Benang karat

butang digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.

Mencelup benang

Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat benang perlu di

keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.

Melerai benang

Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan

bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.

Menganeng benang

Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang atau jumlah

helai kain yang akan ditenun.

Menggulung

Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan loseng.

Menyapuk benang

Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk dilakukan. Dua

urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.

Mengarak benang

Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil akan diangkat

turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.

Menyongket benang

Page 4: SEJARAH BATIK

Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi dengan

menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat dan dikenali sebagai

proses ikat butang.

Menenun

Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah

benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap

ini dipotong mengikut saiz.

Songket kini

Hari ini, pemakainya lebih menyeluruh, tidak terhad kepada kerabat diraja. Cara pemakaiannya juga lebih

meluas, bersesuaian dengan majlis begitu juga corak dan motifnya yang semakin kontemporari, sesuai

dengan perubahan dan peredaran masa. Suasana yang melatari songket kini turut berubah selaras dengan

peredaran masa.

Kini, usaha untuk memastikan kesinambungan industri songket masih berterusan dan secara relatifnya

berjaya mencapai tahap yang memuaskan sehingga songket semakin popular digunakan sebagai busana

majlis perkahwinan, hantaran perkahwinan, cenderahati dan hiasan dinding.

Peningkatan kos penghasilan sutera, benang emas dan perak serta perubahan fesyen dan trend sedikit

sebanyak mempengaruhi industri songket seawal pertengahan abad ke-20.

Pejuang songket

Usaha memartabatkan industri songket Malaysia ke persada fesyen tanah air dan antarabangsa dicetuskan

oleh Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood.

Perjuangan Allahyarham Endon yang tidak mengenal putus asa menganjurkan pelbagai program bagi

mengembalikan kegemilangan songket Melayu seolah-olah memberi nyawa baru kepada industri seni fabrik

yang menjadi identiti masyarakat Malaysia.

ARTIKEL : KAIN SONGKET

Page 5: SEJARAH BATIK

Sejarah

Kain Songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama

dengan benang emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau. Perkataan

songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit. Industri tenunan songket ini telah

berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan Kelantan.

Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau ragam hias tersebut

dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.

Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang penenun itu

mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket yang panjangnya di

antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan tentang seseorang penenun mahir ialah, dia

tidak melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-kerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus

daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi lagi unik.

Motif

Motif yang digunakan untuk menenun songket diilhamkan daripada alam semulajadi. Antara motif-motif songket adalah motif tumbuh-tumbuhan, motif binatang, motif alam / benda, motif kuih dan sebagainya.

Corak

Page 6: SEJARAH BATIK

Corak kain songket lazimnya terdiri daripada susunan bunga penuh, susunan bunga terabur, dan susunan bercorak.

Proses Pembuatan

Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik menyungkit iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan alat tenun yang dipanggil ?kek tenun?. Proses menyungkit dilakukan setelah benang ?karat butang? disediakan. Benang karat butang digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.

Mencelup Benang

Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat benang perlu di keringkan, sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan.

Melerai Benang

Pelenting yang diperbuat daripada buluh kecil digunakan untuk melilit benang. Proses ini dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.

Menganeng Benang

Proses membuat benang loseng yang diregang di alat penenun bagi menentukan saiz panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun.

Menggulung

Benang-benang yang diregang di alat menganeng (ianian) digulung dengan sekeping papan loseng.

Menyapuk Benang

Setelah benang loseng dimasukkan ke dalam gigi atau sikat jentera, kerja-kerja menyapuk dilakukan. Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera.

Menggarak Benang

Karak dibuat daripada benang asing yang digelung. Benang loseng berangka genap dan ganjil akan diangkat turun naik secara berselang seli sewaktu menenun.

Menyongket Benang

Page 7: SEJARAH BATIK

Proses mereka corak di atas benang loseng dengan menggunakan alat yang di panggil lidi dengan menyongketkan benang loseng sebanyak tiga atau lima lembar dan kemudian diikat dan dikenali sebagai proses ikat butang.

Menenun

Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz.

Penggunaan

Pada zaman dahulu songket melambangkan kebesaran. Raja-raja dan pembesar-pembesar istana sahaja yang bekemampuan memakainya. Kegunaannya adalah untuk membuat tanjak, samping, kain selendang dan persalinan diraja. Tetapi di zaman moden songket digunakan untuk pakaian pengantin, perhiasan dinding, beg tangan, alas meja, barang-barang cenderamata dan sebagainya mengikut keupayaan pengusaha untuk mempelbagaikannya.

Setelah sekian lama perusahaan songket berkembang di Malaysia maka kini corak songket mendapat tempat di hati para arkitek. Terdapat beberapa bangunan pencakar langit telah diterapkan dengan corak songket seperti bangunan Perpustakaan Negara Malaysia.

Page 8: SEJARAH BATIK

Perkataan “batik” bermaksud pakaian yang bertitik. Batik merupakan sejenis tekstil atau pakaian yang dihasilkan melalui proses menerap lilin cair dan mencelup warna.Ia merupakan kraf tradisionalyang terkenal di kelantan dan Trengganu.Kain Batik merupakan kain serba guna pada masa dahulu. Kain Batik Tradisional mempunyai pelbagai gaya dan bentuk.Fungsinya adalah seperti berikut :(A) Pakaian harian(B) Pakaian untuk kemajlis keramaian(C) Pakaian basahan(D) Buaian untuk bayi(E) Kain untuk mengendung anak kecil(F) Kelubung pengikat kepala(G) Tempat membawa bekal(H) Kain penutup mayat dan penutup keranda.

Batik Skrin

Teknik ini paling banyak digunakan kerana ia menjimatkan masa.Banyak kain batik dapat dihasilkan melalui satu skrin dan proses penghasilannya adalah berkali-kali ganda lebih cepat daripada proses batik blok dan batik canting. Disebabkan proses menghasilkan batik skrin tidak menggunakan lilin, hasilnyakelihatan kurang hidup dan tidak mempunyai kesan lilin. Batik skrin tidak dianggap sebagai batik tulen. semua batik yang dihasilkan menggunakan skrin yang sama.

Batik Canting

Teknik ini paling banyak digunakan kerana ia menjimatkan masa.Banyak kain batik dapat dihasilkan melalui satu skrin dan proses penghasilannyaadalah berkali-kali ganda lebih cepat daripada proses batik blok dan batik canting.Disebabkan proses menghasilkan batik skrin tidak menggunakan lilin, hasilnya kelihatan kurang hidup dan tidak mempunyai kesan lilin.Batik skrin tidak dianggapsebagai batik tulen kerana semua batik yang dihasilkan menggunakan skrin yang sama adalah serupa.Teknik membatik sama seperti teknik cetakan skrin ( cetakan sutera saring)

Batik Blok

Batik blok juga dikenali sebagai batik trap atau batik capBlok kayu yangmempunyai corak timbul digunakan untuk menerap lilin cair ke atas kain.Kain batik blok mempunyai kesan retak (retak seribu) disebabkan kesanwarna akibat proses merenyuk kain untuk mengeuarkan lilin

Page 9: SEJARAH BATIK

Kelebihanproses cetakan ini ialah ia dapat menghasilkan banyak batik denganmenggunakan blok yang sama.Setiap hasil batik blok dianggap batik tulin kerana setiap kali terapan dibuat, kesan garisan lilin yang dihasilkan adalah berbeza.

Batik Pelangi

Dikenali sebagai batik ikat dan celup. Dihasilkan dengan cara mencelup kain yang telah diikat ke dalam pewarna cair. Warna yang cerah dicelup dahulu diikuti dengan warna yang gelap. Hasil corak batik jenis ini biasanya berbentuk bulatan-bulatan yang berwarna-warni. Proses penghasilan batik ini tidak menggunakan bahan lilin.

Sejarah

Page 10: SEJARAH BATIK

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Motif

Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

Contoh Motif Organik.

Motif AyamMotif Bunga BuluhMotif Bunga Kerak Nasi Motif Bunga Kotak BercampurMotif Bunga OrkidMotif Bunga RayaMotif Daun SirehMotif GeometrikMotif Pucuk RebungMotif Rama-ramaMotif Siput 

Contoh Motif Geometrik.Motif Pucuk RebungMotif Bunga Kotak BercampurCorakCorak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut.Antara corak-corak yang sering digunakan.Corak BerdiriCorak JalurCorak MelintangCorak MenyeluruhCorak MenyerongCorak Tompok-tompokCorak Ulangan Batu-bataCorak Ulangan/Selang selangProses Membuat

Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.

Blok penerapCampuran lilinKain

Page 11: SEJARAH BATIK

PencelupSebuah Meja

Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.

Penjenisan Kain Batik

Batik terbahagi kepada tiga jenis.

Batik Blok

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Page 12: SEJARAH BATIK

Batik Conteng

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

Batik Skrin

Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan

Page 13: SEJARAH BATIK

sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

Penggunaan

Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.