SEHATI SEJIWA - moe.gov.my · PDF fileKoleksi Tesis 82 4. Koleksi CD-ROM 13 5. Koleksi Jurnal...

9
BPPDP BIL. (03) 2017, EDISI MAC SEHATI SEJIWA Pensyarah IPG peneraju TN50 YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid Pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) memainkan peranan penting untuk merealisasikan Transformasi Nasional 2050 (TN50). Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, semua pensyarah institut itu akan menjadi pemimpin dan peneraju TN50. Beliau berkata, pensyarah IPG perlu memiliki ilmu yang mantap, diamalkan, dikongsi dan disebarluaskan untuk memperoleh manfaat maksimum ke arah pencapaian TN50. Menurut beliau, ilmu berkenaan boleh dikongsi dan disebarluaskan menerusi penulisan bermutu dan bertaraf global. Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pembudayaan penulisan dan penerbitan dalam kalangan pensyarah IPG membantu merealisasikan matlamat menjadikan institusi itu sebagai pusat rujukan serantau dalam bidang keguruan. Selain itu, budaya penulisan dapat melahirkan pensyarah dan guru berfikiran aras tinggi. Sumber: Berita Harian, 21 Mac 2017 Maklumat dan Pertanyaan Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284 Tingkatkan pembelajaran sains YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mempertingkatkan pembelajaran subjek Sains di sekolah dalam usaha memastikan lebih ramai murid menceburi aliran tersebut pada masa akan datang. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, langkah itu termasuk melaksanakan proses menambah baik makmal sains di sekolah serta melengkapkannya dengan perkakasan pembelajaran sains. Beliau berkata, selepas makmal itu dipertingkatkan, KPM akan mencadangkan agar murid tingkatan empat melakukan tugasan sains mereka secara praktikal di makmal pada masa hadapan. KPM sedar betapa kurangnya murid aliran Sains dan hakikat itu boleh dilihat pada bilangan calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016. Beliau berkata, menerusi inisiatif mempertingkatkan makmal Sains ini, KPM berharap lebih ramai murid menceburi aliran sains, sekali gus membantu dalam melonjakkan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Usaha KPM bagi memastikan lebih ramai murid menceburi aliran tersebut pada masa akan datang Sumber: Utusan Malaysia, 1 Mac 2017 Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 1

Transcript of SEHATI SEJIWA - moe.gov.my · PDF fileKoleksi Tesis 82 4. Koleksi CD-ROM 13 5. Koleksi Jurnal...

Page 1: SEHATI SEJIWA - moe.gov.my · PDF fileKoleksi Tesis 82 4. Koleksi CD-ROM 13 5. Koleksi Jurnal 2 6. Koleksi Risalah/ Hadiah/Sumbangan 97 JUMLAH 200 ISU-ISU ... rasuah dalam kalangan

BPPDP BIL. (03) 2017, EDISI MAC

Disember 2016

SEHATI SEJIWA

Pensyarah IPG peneraju TN50

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Pensyarah Institut Pendidikan Guru

(IPG) memainkan peranan penting untuk merealisasikan Transformasi Nasional 2050 (TN50). Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, semua pensyarah institut itu akan menjadi pemimpin dan peneraju TN50. Beliau berkata, pensyarah IPG perlu memiliki ilmu yang mantap, diamalkan, dikongsi dan disebarluaskan untuk memperoleh manfaat maksimum ke arah pencapaian TN50. Menurut beliau, ilmu berkenaan boleh dikongsi dan disebarluaskan menerusi penulisan bermutu dan bertaraf global. Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pembudayaan penulisan dan penerbitan dalam kalangan pensyarah IPG membantu merealisasikan matlamat menjadikan institusi itu sebagai pusat rujukan serantau dalam bidang keguruan. Selain itu, budaya penulisan dapat melahirkan pensyarah dan guru berfikiran aras tinggi.

Sumber: Berita Harian, 21 Mac 2017

Sumber: Berita Harian, 11 Januari 2017

Sumber: Berita Harian, 6 Disember 2016

Maklumat dan Pertanyaan

Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya

Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284

Tingkatkan pembelajaran sains YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mempertingkatkan

pembelajaran subjek Sains di sekolah dalam usaha memastikan lebih ramai murid menceburi aliran tersebut pada masa akan datang. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, langkah itu termasuk melaksanakan proses menambah baik makmal sains di sekolah serta melengkapkannya dengan perkakasan pembelajaran sains. Beliau berkata, selepas makmal itu dipertingkatkan, KPM akan mencadangkan agar murid tingkatan empat melakukan tugasan sains mereka secara praktikal di makmal pada masa hadapan. KPM sedar betapa kurangnya murid aliran Sains dan hakikat itu boleh dilihat pada bilangan calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016. Beliau berkata, menerusi inisiatif mempertingkatkan makmal Sains ini, KPM berharap lebih ramai murid menceburi aliran sains, sekali gus membantu dalam melonjakkan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Usaha KPM bagi memastikan lebih ramai murid menceburi aliran tersebut pada

masa akan datang

Sumber: Utusan Malaysia, 1 Mac 2017

Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 1

Page 2: SEHATI SEJIWA - moe.gov.my · PDF fileKoleksi Tesis 82 4. Koleksi CD-ROM 13 5. Koleksi Jurnal 2 6. Koleksi Risalah/ Hadiah/Sumbangan 97 JUMLAH 200 ISU-ISU ... rasuah dalam kalangan

Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 2

Kata Kunci Kejayaan

”Keberhasilan adalah kemampuan untuk melewati dan mengatasi dari satu

kegagalan ke kegagalan berikutnya tanpa kehilangan semangat”. (Winston Chuchill)

)

Kementerian kaji penguasaan elemen KBAT

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan

mengkaji prestasi semua mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya dalam konteks elemen Kemahiran Berfikir (KBAT) yang ketika ini diterapkan dalam sistem pendidikan negara. Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, kajian dan penilaian prestasi itu penting untuk mengenal pasti sejauh mana penguasaan murid terhadap elemen KBAT itu yang mula dilaksanakan pada 2013. Beliau berpuas hati dengan pencapaian SPM 2016 walaupun berlaku penurunan dalam jumlah calon yang mencatat keputusan cemerlang dalam semua subjek tetapi Gred Purata Nasional 5.10 pada 2016, meningkat 0.05 berbanding 5.15 pada tahun sebelumnya. Bagaimanapun, KPM mengakui masih ada beberapa perkara yang perlu diteliti terutama dalam pelaksanaan elemen KBAT dan kajian akan dilakukan dengan pengkhususan kepada subjek yang diterapkan dengan elemen itu bagi memudahkan KPM mengenal pasti sebarang kelemahan yang wujud untuk ditangani.

Sumber : Berita Harian, 17 Mac 2017

Permata pada landasan betul – Mahdzir

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Isu pertindihan kuasa antara Permata Negara

(Permata) dengan kementerian yang bertanggungjawab terhadap peranan pembangunan pendidikan awal kanak-kanak seharusnya tidak timbul berikutan pencapaian program tersebut sangat baik termasuk diperakui pada peringkat antarabangsa. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir berkata, Permata berada pada sasaran sebenar untuk menjadikan sistem pendidikan awal kanak-kanak negara ini berkualiti tinggi seperti mana hasrat sistem pendidikan kebangsaan. Kementerian Pendidikan mempunyai hubungan sangat rapat dengan Permata sebagai salah satu agensi Jabatan Perdana Menteri untuk bersama-sama melaksanakan agenda pendidikan negara.

Isu pertindihan kuasa antara Permata Negara dengan kementerian yang bertanggungjawab terhadap peranan pembangunan pendidikan awal kanak-kanak seharusnya tidak timbul

berikutan pencapaian program tersebut sangat baik termasuk diperakui di peringkat

antarabangsa

Sumber: Utusan Malaysia, 16 Mac 2017

Page 3: SEHATI SEJIWA - moe.gov.my · PDF fileKoleksi Tesis 82 4. Koleksi CD-ROM 13 5. Koleksi Jurnal 2 6. Koleksi Risalah/ Hadiah/Sumbangan 97 JUMLAH 200 ISU-ISU ... rasuah dalam kalangan

Koleksi Bahan dan Keratan Akhbar bagi Mac 2017

Maklumat bahan rujukan dan peminjaman

koleksi layari laman sesawang berikut:

http://librarykpm.moe.gov.my

Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 3

2. ARTIKEL AKHBAR

BIL BERITA HARIAN, UTUSAN

MALAYSIA, STAR,

NEW STRAITS TIMES

BILANGAN

TAJUK

BAHAN

JUMLAH 191

3. KEMASUKAN DATA DAN PENGKATALOGAN

BIL JENIS KOLEKSI BILANGAN

DIKATALOG

JUMLAH 187

Jumlah Kumulatif sehingga 31 Mac 2017: 192,792

1. PEROLEHAN

BIL JENIS KOLEKSI JUMLAH

1. Koleksi Umum 0

2. Koleksi KPM 6

3. Koleksi Tesis 82

4. Koleksi CD-ROM 13

5. Koleksi Jurnal 2

6. Koleksi Risalah/

Hadiah/Sumbangan 97

JUMLAH 200

ISU-ISU UTAMA YANG DIPAPARKAN DI AKHBAR

BAGI BULAN MAC 2017

1. Kurikulum Pengajaran & Pembelajaran

Bagi Semua Mata Pelajaran/MBMMBI/

Sukatan Mata Pelajaran

- 02 isu

2. Kenyataan oleh Menteri Pendidikan &

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

- 11 isu

3. Pengurusan Pendidikan

- 02 isu

4. Keselamatan Murid

- 01 isu

STATISTIK PENGGUNAAN PUSAT DOKUMENTASI

BAGI BULAN MAC 2017

Bilangan Pengguna 212

Pendaftaran Baharu 52

Pinjaman Buku/CD/Bahan KPM 25

Pinjaman Tesis 148

JUMLAH PENGUNJUNG PORTAL LIBRARYKPM

SEHINGGA 31 MAC 2017

37,117 orang

Perkhidmatan Kaunter

Senyum Selalu

SEDIA BANTU 03-8884 6425

Page 4: SEHATI SEJIWA - moe.gov.my · PDF fileKoleksi Tesis 82 4. Koleksi CD-ROM 13 5. Koleksi Jurnal 2 6. Koleksi Risalah/ Hadiah/Sumbangan 97 JUMLAH 200 ISU-ISU ... rasuah dalam kalangan

Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 4

INTEGRITI PENJAWAT AWAM

Amaran kepada guru wajar - Khairy

Tindakan Kementerian Pendidikan memberi amaran keras

kepada guru yang menggunakan pentas politik pembangkang untuk menghentam kerajaan dianggap wajar. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata ini kerana berdasarkan polisi yang dikeluarkan kepada penjawat awam, semua kakitangan kerajaan mesti memberi sokongan kepada kerajaan semasa. Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO, berkata mana-mana penjawat awam yang melakukan perkara bercanggah dengan polisi kerajaan itu, perlu diambil tindakan segera. "Saya tidak melihat ini (tindakan tegas itu) bercanggah dengan dasar yang sedia ada, ditambah pula membabitkan aspek pendidikan dan sekolah yang sama sekali tidak boleh dipolitikkan dan digunakan sebagai platform politik. "Semua penjawat awam mestilah memberi sokongan kepada kerajaan semasa," katanya selepas menutup Perhimpunan Belia Bandar Asia (AUYA) di Hotel Hatten, Melaka. Beliau mengulas tindakan Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid, yang mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada lima guru kerana didakwa aktif berpolitik dan menghentam kerajaan di pentas pembangkang. Semua guru itu diberi tempoh dua minggu bagi menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan, baru-baru ini.

Sumber : Berita Harian

WAKTU OPERASI

Isnin - Khamis

8.00 pagi – 4.30 petang

Jumaat

8.00 pagi – 12.00 tengah hari

2.45 petang – 4.30 petang

Ditutup pada Sabtu, Ahad dan

cuti umum

KEAHLIAN

Keahlian adalah percuma:

Terbuka kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia

Institut Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS)

Agensi Kerajaan

Penyelidik

Bagi pelajar/pensyarah universiti yang pertama kali mendaftar perlu:

Membawa kad matrik dan surat pengesahan

Melengkapkan borang pendaftaran

Bagi agensi kerajaan lain dan penyelidik

Membawa surat pengesahan dari ketua jabatan yang berkaitan

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan Rujukan

Perkhidmatan Sirkulasi

Bilik Mesyuarat

Peti Pemulangan Buku (24 Jam)

Khidmat Nasihat dan Kepakaran

Bilik Tayangan

Informatif, Tepat &

Mesra

Page 5: SEHATI SEJIWA - moe.gov.my · PDF fileKoleksi Tesis 82 4. Koleksi CD-ROM 13 5. Koleksi Jurnal 2 6. Koleksi Risalah/ Hadiah/Sumbangan 97 JUMLAH 200 ISU-ISU ... rasuah dalam kalangan

Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 5

Informasi

Arab Saudi minat cara

Malaysia bangunkan negara

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Arab Saudi berminat untuk mempelajari

bagaimana Malaysia berjaya membina sebuah negara yang maju berasaskan kepada kepelbagaian kaum dan agama untuk dijadikan panduan dalam menuju Visi 2030 yang digariskan oleh kerajaan negara itu. Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, selain itu, negara tersebut juga berminat untuk mempelajari dan bertukar-tukar pandangan dalam bidang pendidikan dan kebudayaan dengan Malaysia. Menurut beliau, kerajaan Arab Saudi mahu hubungan baik ini diteruskan dan dimanfaatkan sebaik mungkin bukan sahaja oleh pihak kerajaan tetapi juga pihak swasta.

Sumber: Utusan Malaysia, 10 Mac 2017

GELOMBANG 2 PPPM 2016-2020

Tumpuan pelaksanaan dalam Gelombang 2

adalah untuk memperkenalkan perubahan struktur dan pada masa yang sama memacu peningkatan yang telah berlaku semasa Gelombang 1. Justeru, kita perlu kekal komited dan usaha perlu dilipatgandakan bagi memastikan peningkatan sistem pendidikan dapat dipercepatkan. Langkah ini perlu dilakukan untuk memaksimumkan peluang kejayaan dalam melaksanakan transformasi sistem pendidikan yang kompleks dan pantas.

Tiada halangan kegiatan luar sekolah diteruskan YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Kementerian Pendidikan Malaysia tiada halangan untuk

meneruskan kegiatan luar bagi murid sekolah di Perak pada masa ini walaupun wabak Influenza A (H3) kini sedang menular di negeri berkenaan. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid berkata, penyebaran wabak terbabit belum berada pada tahap serius kerana setakat ini hanya 232 murid terjejas akibat wabak itu dan Jabatan Kesihatan Negeri akan sentiasa memantau kes berkenaan. Beliau berkata, berdasarkan laporan diterima oleh kementerian, seramai 50 murid dikuarantin di rumah dan asrama. Kementerian berharap ibu bapa, pihak sekolah dan Jabatan Kesihatan sentiasa peka dengan wabak ini.

Sumber: Berita Harian, 14 Mac 2017

Gred Purata Nasional catat peningkatan Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad

Yusof berkata penurunan bilangan calon yang mencatat

keputusan A+ dalam semua subjek, tidak menjejaskan

pencapaian GPN yang mencatat peningkatan prestasi kali

ini. Beliau berkata, jurang GPN antara calon bandar

dengan luar bandar turut mengecil kepada 0.47

berbanding 0.50 pada tahun 2015. Peningkatan prestasi

ini menyaksikan pencapaian GPN oleh calon luar bandar

mencatat perbezaan 0.08 pada kali ini berbanding 2015,

sekaligus mengatasi perbezaan 0.05 oleh calon bandar.

Beliau menambah, seramai 340,698 atau 85.21 peratus

daripada 399,822 calon yang menduduki sekurang-

kurang enam mata pelajaran teras untuk kali pertama,

layak dianugerahkan sijil selepas lulus Bahasa Melayu

(BM) dan Sejarah. Tan Sri Dr. Khair turut menyatakan

seramai 434,535 calon sekolah Kementerian Pendidikan,

manakala baki 27,031 calon selain sekolah kementerian.

Secara keseluruhan, beliau berkata 41 daripada 73 mata

pelajaran SPM 2016 mencatat peningkatan prestasi, 28

lagi merosot, manakala empat tidak berubah.

Sumber: Berita Harian, 17 Mac 2017

Sumber: Google

Page 6: SEHATI SEJIWA - moe.gov.my · PDF fileKoleksi Tesis 82 4. Koleksi CD-ROM 13 5. Koleksi Jurnal 2 6. Koleksi Risalah/ Hadiah/Sumbangan 97 JUMLAH 200 ISU-ISU ... rasuah dalam kalangan

NOTA ILMIAH

Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 6

Integrasi pendidikan STEM

dengan dunia sebenar

Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan

dan Matematik (STEM) tidak boleh berdiri

sendiri sebagai disiplin yang terasing

sebaliknya harus diintegrasikan dengan dunia

sebenar.

Sudah sampai masanya pihak sekolah

dibenarkan mengadakan kerjasama dengan

pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan

syarikat-syarikat bagi memastikan pendidikan

STEM dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Pendidikan berasaskan kelas tradisional yang

berorientasikan pemusatan kepada guru perlu

diubah kepada konsep baharu yang

mengutamakan murid banyak bertanya.

Mereka harus belajar untuk mencari

penyelesaian kepada permasalahan dunia

sebenar.

Bagi memastikan pendidikan STEM benar-

benar dapat menarik minat pelajar, kaedah

pengajaran pasif di dalam bilik darjah perlu

diubah kepada pembelajaran aktif yang

mementingkan idea-idea kreatif dan

kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Sumber : Prof. Madya Dr. EffandiI Zakaria, 17 Mac 2017, UPM

PENDIDIKAN PENCETUS

EKSPRESI NEGARAKU

MESEJ YB MENTERI PENDIDIKAN

Integriti Penjawat Awam

1. Dalam konteks perkhidmatan awam yang efektif, integriti

merupakan asas kepada tadbir urus kerajaan yang

kukuh.

2. Mengambil tindakan pencegahan awal yang lebih serius

berkaitan teguran audit dan ketidakpatuhan yang

dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara

khususnya berkaitan program dan projek

pelaksanaannya.

3. Menjaga emej dan memantapkan sahsiah dan peribadi

penjawat awam sehingga sampai ke tahap

kebolehpercayaan yang lebih tinggi.

4. Warga KPM perlu sentiasa bersedia memastikan amalan

kerja yang cekap, cepat serta berintegriti tinggi dalam

melaksanakan tanggungjawab secara proaktif bagi

meningkatkan keyakinan rakyat terhadap prestasi

perkhidmatan awam.

5. Pengurusan Tertinggi dan Ketua-ketua Jabatan di KPM

perlu lebih bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran

dan kewangan dengan melakukan pemantauan berkala

di bahagian masing-masing.

6. Bekerjasama dengan semua pihak bagi menanggani isu

rasuah dalam kalangan warga KPM.

7. Peranan Unit Integriti KPM ditingkatkan supaya perkara

yang negatif terhadap kerajaan apatah lagi menyebarkan

perkara-perkara yang melibatkan Akta Rahsia Rasmi

sehingga berlakunya ketirisan maklumat dapat ditangani.

8. Mematuhi penguatkuasaan peraturan 4(1) Peraturan-

Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)

1993 iaitu “seseorang pegawai hendaklah pada setiap

masa memberikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan

Agong”

9. Warga KPM perlu memperkemaskan diri dengan ilmu

pengetahuan, kemahiran, sikap dan jati diri yang

bersesuaian dengan imej sebagai penjawat awam.

Sumber : Teks Ucapan Perhimpunan Bulanan KPM, Mac 2017

Page 7: SEHATI SEJIWA - moe.gov.my · PDF fileKoleksi Tesis 82 4. Koleksi CD-ROM 13 5. Koleksi Jurnal 2 6. Koleksi Risalah/ Hadiah/Sumbangan 97 JUMLAH 200 ISU-ISU ... rasuah dalam kalangan

Psikologi penting bantu guru mendidik pelajar Faktor psikologi penting dalam membantu guru mendidik pelajar terutama di kawasan luar bandar dan

pedalaman. Ahli Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr. Tamby Subahan Mohd. Meerah berkata, seorang

guru perlu melihat cara sesuai untuk memajukan pendidikan yang kolaboratif bagi mengurangkan jurang

pencapaian sekolah bandar dan luar bandar.

Malah, katanya, keadaan di Sarawak dan Sabah misalnya mempunyai situasi atau konteks agak berbeza

seperti sekolah kurang murid dan terletak di pedalaman yang kekurangan kemudahan. "Justeru, bagaimana

kita (guru) hendak membuatkan murid atau pelajar ingin belajar, mahu belajar dan terus belajar ialah dengan

mengkaji minda mereka.

"Sebab itu, psikologi penting dalam memastikan kemahuan untuk belajar. Kita

mahu mengubah pemikiran mereka di pedalaman daripada rasa tidak

mampu dan tidak boleh,"

Mengulas lanjut, beliau berkata, guru-guru itu perlu melihat daripada sudut minda bagaimana pembelajaran

itu berlaku dengan cara otak berfungsi dan ilmu yang kekal dalam kepala. Pelajar pada masa kini sudah

berbeza berbanding dahulu kerana generasi terbabit mahir dengan internet dan mudah mendapatkan

maklumat. Maka guru juga perlu berubah caranya dengan lebih kepada penumpuan pembentukan minda,

akhlak, adab dan lain-lain.

"Dulu, guru memberi ilmu dan kini mereka lebih kepada memandu

arah murid dalam pembelajaran"

Sumber : Utusan Malaysia, 20 Mac 2017

Fiksyen Melayu mampu kuasai sains dan teknologi YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Genre fiksyen sains dan kesusasteraan Melayu berupaya menjadi platform untuk menarik minat pelajar

terhadap mata pelajaran sains dan teknologi sekali gus menyumbang kepada pembentukan generasi untuk

menguasai bidang tersebut. Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, penulisan genre dalam

bahasa Melayu penting kerana ia bersesuaian dengan perkembangan dunia semasa yang berteraskan sains

dan teknologi. Beliau seterusnya menambah, asas kepada pembinaan generasi bangsa Malaysia yang

cemerlang sebagaimana yang diimpikan oleh semua orang adalah melalui penawaran yang berasaskan karya

kesusasteraan dan pengisian idea yang penting dalam penulisan genre fiksyen sains akhirnya boleh membina

minat dan memupuk pemahaman kepada bidang yang penting iaitu sains dan teknologi. Dato’ Seri Mahdzir

Khalid, turut memuji inisiatif menggabungkan bidang kesusasteraan Melayu bersama sains dan teknologi yang

dilaksanakan Kumpulan Utusan dan UTM. Beliau berpandangan, usahasama itu adalah selari dengan

kehendak Kementerian Pendidikan yang menyediakan pembelajaran Komponen Sastera (Komsas) dalam

subjek Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah. Beliau seterusnya berkata kementerian bersedia untuk

mempertimbangkan karya yang terhasil untuk menjadi teks Komsas jika ia memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Selari dengan kehendak Kementerian Pendidikan yang menyediakan pembelajaran

Komponen Sastera (Komsas) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah

Sumber : Utusan Malaysia, 29 Mac 2017

Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 7

1

Page 8: SEHATI SEJIWA - moe.gov.my · PDF fileKoleksi Tesis 82 4. Koleksi CD-ROM 13 5. Koleksi Jurnal 2 6. Koleksi Risalah/ Hadiah/Sumbangan 97 JUMLAH 200 ISU-ISU ... rasuah dalam kalangan

Maklumat Perancangan Pendidikan

Pendidikan Negara Sejajar dengan Sustainable Development Goals (SDG) dan Transformasi Nasional 2050 (TN50) iaitu dasar

futuristik bersifat holistik dan inklusif untuk menyediakan generasi baharu.

Transformasi Nasional

Peranan warga pendidikan amat penting bagi memastikan kejayaan transformasi pendidikan berupaya melakukan anjakan paradigma yang menjurus kepada transformasi minda bagi membolehkan generasi baharu murid berdaya saing dan mampu berdikari untuk membangunkan negara menjelang tahun 2050.

Peranan Guru Berkualiti

Guru yang berkualiti dapat mewujudkan pendidikan

yang cemerlang sekali gus menjadi tunjang utama dalam mendidik anak bangsa merealisasikan TN50. Oleh itu, kualiti guru perlu dimantapkan menerusi latihan yang berterusan supaya mereka dapat membangunkan modal insan yang memenuhi Agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) iaitu generasi muda yang cemerlang dalam tempoh 30 tahun akan datang bagi meningkatkan martabat bangsa dan negara di peringkat antarabangsa. PPPM 2013-2025 merupakan pentas terbaik dalam menjayakan inisiatif memperkasakan profesion keguruan yang holistik, mapan dan berkualiti. Guru umpama tiang seri yang menjadi model terbaik dalam memeta masa depan anak bangsa. Mereka generasi muda terdiri daripada guru-guru pelatih merupakan tonggak kepimpinan negara pada masa depan bagi menyediakan modal insan yang bersifat inovasi, kreatif dan global.

Sumber : PADU / Utusan Malaysia

Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak

menyembunyikan perasaannya apabila secara terbuka menyatakan beliau seronok berada di Sesi Program Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Belia di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

“Saya tidak mahu majlis ini jadi monolog iaitu saya bercakap pelajar mendengar, saya mahu lebih banyak mendengar, bukan sangat nak jawab soalan, saya nak dengar suara hati

generasi muda.”

Sumber : Utusan Melaysia, 12 Mac 2017

Makumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 8

1

2013-2025 2030 2050

Page 9: SEHATI SEJIWA - moe.gov.my · PDF fileKoleksi Tesis 82 4. Koleksi CD-ROM 13 5. Koleksi Jurnal 2 6. Koleksi Risalah/ Hadiah/Sumbangan 97 JUMLAH 200 ISU-ISU ... rasuah dalam kalangan

Maklumat Sebagai Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 9

A New Way To Learn English

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

The Education Minister will introduce the

Cambridge Accessible Tests (CATs) programme to help student in rural areas improve their English Online. Education Minister, Dato’ Seri Mahdzir Khalid saids, CATs was a supplementary way to learn English online and ministry working committee will run the pilot project in the next six months, involve about 40 primary and secondary schools. He added, the ministry focus is on helping students in rural schools improve their English as, most of them are weak in this subject and have litte exposure to the language. Datuk Seri Mahdzir Khalid said, the programme would be fully implemented in all rural schools within one or two year. He said, the committee led by Education Director-general Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof, would monitor the implementation of CATS, which was developed in cooperation with Cambridge Malaysian Education and Development Trust. The teacher who will monitor the students will be sent to English Language Training Centres to undergo training.

Source: News Straits Times, 21 March 2017

EDUCATIONS NEWS

Chong: Shortage of Chinese teachers mainly in administrative post

Datuk Chong Sin Woon

The shortage of teachers at Chinese primary schools is

mainly in administrative positions and such, it could be resolved by June. Deputy Education Minister, Datuk Chong Sin Woon said, there was a shortage of 347 teachers at all SJKCs but these were not in teaching and learning (PdP) positions. He added, the shortage is in administrative categories such as headmasters as well as other areas like guidance teachers, library teachers and Islamic education teachers. Datuk Chong Sin Woon said, the ministry will promoting teachers in PdP positions and also conducting a transfer teacher in June to fill up the vacancies. Adding that, there will be 337 temporary teachers who will be completing their courses at the Teacher Education Institutes (IPGs) in June. Datuk Chong said, another 493 Bachelor in Education students were expected to graduate from IPGs in December which would further address the shortage problem.

Source: The Star, 21 March 2017

Parents urged to register their kids for school online Datuk Chong Sin Woon

Parents are encourage to utilise technology to book a

spot in their preferred school for their children’s primary education. Deputy Education Minister, Datuk Chong Sin Woon urged parents to refrain from going to district education office (Jabatan pendidikan Daerah) to register their children. He said parents who will sending their children to Year One next year can use the online application process. He added, those who opt to register their children via online will make things much easier for ministry as well as themselves.

Source: The Star, 2 March 2017

News