Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran...

58
صَ حِ ح يُ م ل اَ وْ لِ دُ ن ل اَ ّ نَ وِ يِّ ش ل اَ ّ رِ ف يِ PEMBAHASAN 37 DALIL HUKUM ISLAM PERAYAAN MAULID NABI YANG MULIA ADALAH "SAHIH" 1

Transcript of Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran...

Page 1: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

يفرالش يوب الندلوالم يححص

PEMBAHASAN 37 DALIL HUKUM ISLAM PERAYAAN MAULID NABI YANG MULIA

ADALAH "SAHIH"

1

Page 2: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

في 37 دليليفرالش يوب الندلوالم يححص

يي فاد الصدرو متهذيب الهادي دلوم

هـ 842 يقشم الدين الد ناصرافظللح تعالىا اللهمهم رحرج ح ابن الحافظأستاذ

درويش أحمد به عنينشر وتوزيع موقع محمد على اإلنترنت

Muhammad com (SA0188620-A)

\

2

Page 3: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

( عليك سالم( )يا خديجة عليك سالم)يا نبيWahai Nabi, kesejahteraan atasmu.

Wahai Khadijah, kesejahteraan atasmu

داةهم ي وسيد زينب السيدة هاشم من أملكل

الكاسر الله وأبيهم أسدنة الج أهلشباب ه وجهم الله كر أبي طالب بننا علىسيد الزهراء فاطمة أبيها السيدةم أمهوأم

عليها السالم - صاحبة خديجةها السيدةوأم ه وصاحبةها سبحانه وتعالى وجبريلمن رب

فيه والبخ ال صبص من قةن في الجبيت آمنة الله رسول أم السيدة - ووارثةبصن

الله رضيالية الون عي صاحبة وهببنت اللهنا رسول سيد الفرحوإلى صاحب عنها

صلى الله عليه وآله وسلم

Perayaan Kelahiran Nabi Muhammad

Naskah Sahih Ghumari dan AlawiManuskrip Pertama yang disahkan oleh Syeikh Hafiz Nasiruddin Ad-Dimsyaqi, guru dari

3

Page 4: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

Syeikh Hafiz Ibnu Hajar Al Asqalani, junjungan kaum mukminin dalam ilmu hadis. Diringkas dan diterjemah oleh Syeikh Ahmad Darwish, penyusun yang mengumpulkan semua hadis dalam satu buku, murid dan sekretaris Syeikh Sayid AlHafiz habib Abdullah Al Ghumari, Guru Besar Al- Azhar selama 8 tahun, Muhaddis kenamaan Mesir dan Maroko

Daftar isiPerayaan Kelahiran

turut disertakanPuisi Kepiluan, pengharapan pertolongan Allah

olehHafiz Abdullah Ghumari

Part I

4

Page 5: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

5

Page 6: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

6

Page 7: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

7

Page 8: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

Segala puji bagi Allah atas nikmat pengutusan Rasulullah :

Segala puji bagi Allah. Semoga Allah sentiasa melimpahkan pujian, keberkatan dan kesejahteraan kepada tuan dan penghulu kita iaitu baginda Muhammad,

8

Page 9: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

serta kepada keluarga dan para Sahabat baginda. Adapun selepas itu, maka ini adalah tiga puluh tujuh dalil yang disimpulkan daripada karya-karya| para ulama yang merupakan pewaris para nabi, lebih-lebih lagi daripada tulisan| para tonggak Islam| seperti Sheikh Iraqiy|, Ibnu Hajar, As Suyuthi, dan ulama besar yang lain.

1. Allah SWT berfirman, "Katakanlah, 'Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.'" (QS Yunus, 10:58)

Daripada Abu| Syeikh r.h.m.| bahawa Ibnu Abbas r.a.| telah meriwayatkan maksud ayat di atas| seraya berkata: Kurniaan Allah SWT adalah ilmu, sedangkan rahmat-Nya adalah baginda Muhammad SAW|. Ini sebagaimana firman Allah, "Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam." (Q.S Al-Anbiya ', 21:107). Keterangan di atas telah disebutkan di dalam| kitab karya

9

Page 10: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

Imam Suyuthi yang berjudul Ad Durr Al Mantsur - tafsir Al-Quran melalui hadis - (jilid 4 hal 367).

2. Syeikh Ahmad Darwish berkata: Umat Islam hendaknya merasa senang lahir batin menyambut bulan kelahiran baginda sambil memperlihatkan kebahagiaan di lisan mereka dan menambah perbuatan baik. Pesta suka cita yang mereka adakan dengan melantunkan sejarah Nabi Muhammad SAW| dan menyajikan| pelbagai| hidangan serta menabuh rebana, membuat orang kafir, orang Khawarij dan orang sesat marah dan berdukacita, sedangkan orang yang beruntung di antara mereka menjadi tertarik pada ajaran Islam. Perayaan maulid menenangkan hati orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, tua dan muda, dan dengan merayakan maulid, kaum muslimin telah mensyiarkan akhlak Islam yang mulia seperti memberi makan dan menyebarkan salam.

3. Di dalam Sahih Bukhari (jilid 4 hal 1462 Hadis ke 3758) disebutkan bahawa Al Humaidi meriwayatkan sebuah hadis

10

Page 11: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

daripada Amru|, dan Amru menceritakannya daripada Atho| 'bahawasanya Ibnu Abbas menjelaskan firman Allah yang berbunyi, "Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah dengan kekufuran dan (mereka) menjatuhkan kaum mereka ke lembah kebinasaan. " (QS Ibrahim, 14:28) seraya berkata, "Demi Allah, orang-orang yang dimaksudkan dalam ayat itu adalah orang-orang kafir Quraisy sedangkan yang dimaksudkan nikmat Allah ialah baginda Muhammad SAW."Ibnu Abbas berkata lagi, "Lembah kebinasaan adalah neraka iaitu ketika mereka terbunuh pada pertempuran Badar."

4. Sebuah hadis di dalam Sahih Muslim (jilid 2 hal 819 Hadis ke-1162), Abu Qotadah Al Anshori r.a., meriwayatkan, suatu ketika Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari Isnin dan baginda menjawab, "Hari itu adalah hari ketika aku dilahirkan dan hari ketika aku diutus sebagai nabi dan pertama kali wahyu diturunkan kepadaku. "

11

Page 12: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

5. Dalam kitab Al Hawi Lil Fatawa (jilid 1 hal 196) Al-Hafiz As-Suyuthi r.h.m. berkata: Aku melihat jelas dasar undang-undang Islam perayaan maulid adalah berdasar kepada sumber-sumber yang lain, iaitu hadis yang diriwayatkan Imam Baihaqi r.h.m. (jilid 9 hal 300) daripada Anas| r.a.| yang mengatakan bahawa Nabi SAW melakukan akikah untuk diri baginda sendiri setelah diangkat menjadi nabi.Dalam riwayat lain disebutkan, Abdul Muttalib, datuk baginda, telah melakukan akikah untuk baginda pada hari ketujuh kelahiran baginda. Akikah tidak dilakukan lebih daripada satu kali. Dengan demikian, difahami bahawa akikah yang dilakukan Nabi SAW adalah sebagai usaha memperlihatkan rasa syukur kepada Allah SWT| kerana telah menjadikan baginda sebagai rahmat bagi seluruh alam. Oleh itu, dianjurkan bagi umat baginda memperlihatkan rasa syukur atas kelahiran (maulid) baginda dengan menyelenggarakan jamuan atau acara yang dihiasi sajian| dan hidangan serta pelbagai| bentuk ibadah yang lain. Dalam kitab Al Hidayah (jilid 6 hal 281) Al-Hafiz Ahmad bin

12

Page 13: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

Siddiq telah menegaskan kesahihan hadis riwayat Imam Baihaqi tersebut.

6. Sekali lagi, dalam kitab yang sama, Al-Hafiz As Suyuthi berkata: daripada huraian| di atas| difahami bahawa melakukan sesuatu pada hari tertentu sebagai ungkapan rasa syukur kepada Allah atas datangnya kurnia atau tertolaknya suatu musibah adalah dianjurkan. Begitu pula bila melakukannya setiap tahun. Bersyukur kepada Allah boleh dilakukan dengan pelbagai macam ibadah, misalnya mengerjakan sujud syukur, berpuasa, bersedekah, dan membaca Al-Quran. Nikmat manakah yang lebih besar daripada nikmat kelahiran baginda sebagai Nabi Rahmat bagi seluruh dunia! Dengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari Asyura 'untuk memuliakan Nabi Musa|.

Yang paling utama adalah merayakan maulid tepat pada hari kelahiran baginda, boleh juga merayakannya pada hari-hari

13

Page 14: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

yang lain di bulan Rabi'ul Awal. Adapun kaum yang mengadakan Maulid Nabi pada hari-hari selain bulan Rabi'ul Awal, saya tidak mengetahui dalilnya, demikian pula yang merayakannya sepanjang tahun.

7. Di dalam| Sahih Muslim tertulis sebuah hadis yang berbunyi, "Hari itu adalah hari ketika aku dilahirkan dan hari ketika aku diutus ..."Syeikh As--Shon'ani r.h.m. di dalam| kitab Subulus Salam Syarah Bulughul Maram (jilid 2 hal 166) telah menjelaskan maksud hadis tersebut dan mengungkap alasan disyariatkannya puasa pada hari| Isnin| di antaranya adalah kerana baginda telah bersabda, "Hari itu adalah hari ketika aku dilahirkan, dan hari ketika aku diutus sebagai nabi dan pertama kali wahyu diturunkan kepadaku. "

Para ulama bersepakat bahawa Nabi Muhammad SAW dilahirkan dan diutuskan menjadi nabi pada hari Isnin.Ini sekaligus adalah dalil bahawa ketika seseorang mendapat suatu anugerah, maka

14

Page 15: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

sepatutnya ia mengagungkan Allah dengan berpuasa dan memperbanyak ibadah.

8. Syeikh As--Shon'ani r.h.m. menambah: dalam hadis yang diriwayatkan Usamah disebutkan alasan mengapa baginda SAW melaksanakan puasa pada hari Isnin dan Khamis, iaitu kerana pada hari itu, seluruh amal diangkat ke langit dan baginda suka amalan baginda diangkat saat baginda sedang berpuasa.Dengan demikian tidak ada pertentangan di antara dua dalil mengapa baginda berpuasa pada hari Isnin.

9. Dalam kitab "Al-Mufhim Lima Asykala Min Talkhishi Kitab Muslim" iaitu syarah Sahih Muslim (jilid 3 hal 187) Imam Qurtubi r.h.m. mengulas| hadis "Hari itu adalah hari ketika aku dilahirkan, dan hari ketika aku diutus sebagai nabi dan pertama kali wahyu diturunkan kepadaku" seraya berkata: "Pada hari itu baginda meninggal dunia. Semuanya itu merupakan bukti keutamaan hari tersebut."

15

Page 16: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

10. Imam Ibnu Al-Hajj r.h.m. mengulas| di dalam kitab Al-Madkhol (jilid 2 hal 3) tentang keutamaan bulan Rabiul Awal dan hari kelahiran Rasulullah SAW: Baginda telah memberi isyarat keutamaan bulan kelahiran baginda yang agung di dalam perkataan baginda, iaitu ketika ditanya tentang puasa hari Isnin, kemudian baginda bersabda, "Hari itu adalah hari ketika aku dilahirkan ..." jadi memuliakan hari Isnin sama seperti memuliakan bulan kelahiran baginda. Maka sudah seharusnya kita memberikan penghormatan yang sebesar-besarnya pada bulan kelahiran baginda sebagaimana Allah mengutamakan beberapa bulan mulia yang lain.

Kelebihan hari dan bulan maulid telah jelas. Adapun keutamaan baginda atas seluruh anak keturunan| Nabi Adam, tampak dalam sabdanya, "aku adalah Junjungan anak keturunan Nabi Adam dan aku tidak bangga" dan "Nabi Adam dan yang lain berada di bawah panjiku."

Aneka masa dan tempat menjadi istimewa kerana Allah telah mengkhususkan masa

16

Page 17: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

dan tempat itu dengan rangkaian ibadah. Pelbagai masa dan tempat tidak menjadi mulia dengan sendirinya, akan tetapi kerana ibadah yang dilakukan pada masa dan tempat tersebut mempunyai keutamaan yang agung.

Lihatlah bagaimana Allah menjadikan istimewa hari Isnin dan bulan kelahiran baginda yakni bulan Rabi'ul Awal dengan baginda lahir pada hari dalam bulan| tersebut, dan lagi, baginda melakukan amalan yang khusus seperti berpuasa pada hari itu. Semoga Allah sentiasa mencurahkan rahmat-Nya kepada kita semua.

11. Di dalam| kitab karyanya "Hadis Pilihan Keutamaan Rasulullah", Al-Hafiz Abdullah bin Siddiq r.h.m. mengutip sebuah hadis riwayat Imam Ahmad dan Hakim, daripada Irbad| bin Sariyah As Sulami yang meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Aku adalah penyembah Allah| dan penutup para nabi ketika Adam masih berupa tanah liat. Aku akan memberitahu kamu mengenai hal ini. Aku adalah doa

17

Page 18: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

ayahku Ibrahim, khabar gembira Isa, dan penglihatan ibuku, dan begitulah ibu para nabi melihat, dan sesungguhnya ibu Rasulullah SAW telah melihat ketika melahirkan baginda, sebuah cahaya memancar daripada beliau| yang menerangi istana-istana Syam, hingga beliau telah melihatnya. "Imam Hakim dan ulama 'besar yang lain mengatakan bahawa hadis tersebut mempunyai sanad (rantai perawi) yang sahih. Al-Hafiz Ibnu Hajar juga mengakui kesahihannya.

Jadi bonda| Aminah telah melihat seluruh cahaya baginda secara lengkap dengan mata wilayah (mata auliya'|) dan dalam keadaan terjaga ketika melahirkan baginda SAW. Inilah asas permulaan untuk umat manusia bergembira sebagaimana yang diungkap dalam ayat, "Katakanlah, 'Dan dengan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira.'" (QS Yunus, 10:58). Sudah sepatutnya merayakan segala kebaikan yang datang pada setiap orang Islam

18

Page 19: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

disebabkan oleh baginda, antaranya adalah kebaikan pada kelahiran baginda, kebaikan dengan wafatnya baginda, kebaikan dengan diutusnya baginda sebagai nabi, kebaikan dengan diturunkannya wahyu kepada baginda sekaligus menjadi penutup para nabi, kebaikan dengan tampaknya cahaya baginda, dan kebaikan dengan baginda sebagai penyuluh| bagi kaum mukminin. Demikian pula kebaikan dengan kemenangan baginda atas orang-orang salib (Kristian) dan mereka yang dimurkai yakni bani Israil serta bala tentera Iblis seluruhnya.

12. Imam Abu Syamah, guru imam Nawawi, di dalam kitabnya "Al-Ba'its 'Ala Inkaril Bid'i Wal Hawadits" (hal. 13) berkata: Di antara inovasi terbaik pada zaman kita sekarang dalam perayaan kelahiran Nabi SAW adalah apa yang dilakukan di bandar Irbil setiap tahun pada hari| kelahiran Rasulullah SAW, seperti mengeluarkan sedekah, meningkatkan perbuatan baik, membuat aneka hiasan dan memperlihatkan kegembiraan. Semuanya itu mengandungi unsur berbuat baik kepada kaum fakir

19

Page 20: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

miskin sekaligus sebagai bukti kecintaan kepada Nabi SAW, dan supaya hati menjadi semakin mengagungkan dan menghormati baginda.

Perayaan maulid termasuk bentuk rasa syukur kepada Allah atas kurnia-Nya menjadikan Nabi Muhammad SAW yang telah diutuskan-Nya sebagai rahmat bagi semesta alam. Orang pertama yang mengadakan maulid di bandar Mausil (Iraq) adalah Syeikh Umar bin Muhammad Al Mala r.h.m., salah satu orang yang soleh yang terkemuka, yang kemudian menjadi contoh teladan bagi penduduk Irbal dan yang lainnya. "

13. Ibnu Taimiyah dalam kitab Iqtidho'us Shiroth (hal. 294) berkata: "Mengagungkan dan menyelenggarakan Maulid pada musim kelahiran baginda telah dilakukan sebahagian manusia, mereka beroleh pahala yang sangat besar kerana mempunyai niat yang bagus dan kerana telah mengagungkan Rasulullah SAW."Semoga Allah memberikan hidayah kepada para pengikut Ibnu Taimiyah dan para

20

Page 21: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

pengikut Muhammad bin Abdul Wahab untuk patuh dalam pendapat| beliau tersebut.

14. Syeikh Adz-Dzahabi, dalam kitab karyanya yang mengandungi sejarah para ulama mulia berjudul "Sirah A'lami An-Nubala '" yang antaranya mengupas biografi raja Irbil (jilid 22 hal 337 biografi ke-205), berkata:Pemegang kuasa di Irbil - Irbil adalah suatu kawasan di Palestin - Sultonuddin Al Malik Al Mu'azzhom Mudhoffaruddin Abu Said Kukibri bin Ali bin Baktikin bin Muhammad At-Turkumani (dari Turki), adalah seorang pecinta yang tulus dan gemar bersedekah. Setiap hari raja Irbil membahagikan roti yang bertan-tan| banyaknya, dan setiap tahun beliau memberi pakaian kepada orang-orang yang memerlukan, serta memberi mereka satu atau dua dinar (dinar adalah wang emas).Raja Irbil membina empat bangunan untuk orang sakit dan cacat, membina rumah-rumah untuk kaum wanita dan anak-anak yatim, serta untuk siapapun yang tidak mempunyai| keluarga. Beliau juga telah

21

Page 22: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

memudahkan penyediaan air di Arafah (Mekah).Maka tak terbayangkan bagaimana kedermawanannya ketika menyelenggarakan perayaan Maulid Nabi.Selain pemurah, raja Irbil juga sangat rendah hati, beliau berakidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah (sunni) dan mencintai para ulama ahli hadis dan fiqh.

15.Di dalam kitab "Bidayah Wan Nihayah" (jilid 13 hal 136) Al-Hafiz Ibnu Katsir berkata: Raja Irbil adalah salah satu pemimpin besar yang dermawan, seorang raja yang mulia, dan mempunyai jejak peninggalan yang bagus. Beliau telah mengubahsuai| dan memakmurkan masjid agung Mudhoffar di lembah Qoisun (Hadramaut).Pada bulan Rabiul Awal, raja Irbil menyelenggarakan acara Maulid Nabi, dan membuat perayaan yang mengagumkan. Raja Irbil dikenali sebagai seorang yang gagah dan berani, berpengaruh, perwira|, bijaksana, berilmu dan adil. Semoga Allah merahmatinya dan memberi kemuliaan tempat kembalinya.

22

Page 23: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

Masa kepemimpinan beliau terbilang lama dalam pemerintahan zaman dinasti Solahiyah. Riwayat hidup beliau terpuji secara lahir mahupun| batin.As-Sabt, seorang yang alim, memberitahu: Raja Irbil menyemak| rangkaian acara maulid dari masa zuhur sampai fajar, beliau begitu menghayati dan meresapi hingga menari-nari sendirian|.Untuk ketaatan dan mendekatkan diri kepada Allah, raja Irbil telah mengeluarkan sedekah di Tanah Haram iaitu di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, dan di tempat-tempat| selain keduanya. Setiap tahun, raja Irbil membebaskan orang asing yang ditawan hingga ada yang mengatakan jumlah tahanan yang telah dibebaskannya mencapai 60000 tawanan.Setiap tahun, wang yang dibelanjakan raja Irbil untuk perayaan Maulid mencapai tiga ratus ribu dinar. Sementara itu, untuk menjamu orang-orang di bangunan yang disediakan bagi para tetamu menghabiskan seratus ribu dinar. Untuk dua masjid di Tanah Haram, air dan keperluan lain di kawasan Hijaz, jumlah yang beliau infakkan sebanyak tiga puluh ribu dinar. Ini semua

23

Page 24: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

belum termasuk sedekahnya yang lain. Semoga Allah merahmatinya, menerima amalnya, menganugerahi kita pahala yang sepertinya serta menghindarkan kita daripada fitnah| selepas pemergiannya.Syeikh Darwish berkomentar: Inilah pemimpin yang wajib untuk ditaati kerana telah berjuang di jalan Allah.

16. Imam Bukhari r.h.m. meriwayatkan dalam kitab Shahihnya (jilid 3 hal 1434 hadis ke-3727), bahawa Ibnu Abbas r.a., berkata: Ketika Nabi SAW sampai di Madinah, baginda menemui orang-orang Yahudi melaksanakan| puasa Asyura, sehingga mereka ditanya tentang tradisi tersebut. Lalu mereka menjawab, "ini adalah hari di mana| Allah SWT memberikan kemenangan kepada Nabi Musa dan Bani Israil atas Firaun, maka kami melaksanakan puasa pada hari ini sebagai bentuk pengagungan kepada Nabi Musa." Kemudian Rasulullah SAW bersabda, "Kami yang lebih dekat dengan Musa daripada kamu." Lalu baginda memerintahkan kaum muslimin untuk melaksanakan puasa pada hari itu.

24

Page 25: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

17. Dalam kitab Sahihnya, Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis (jilid 2 hal 796): "Kemudian Rasulullah SAW melaksanakan puasa pada hari itu dan memerintahkan kaum muslimin agar juga berpuasa." Ini bermakna baginda sendiri berpuasa dan kaum muslimin diperintahkan supaya juga melakukannya.

18. Syeikh Ahmad Darwish - semoga Allah mengampuninya - berkata: disyariatkannya puasa menarik undang-undang disyariatkannya berbuka puasa bersama, demikian pula menghidupkan waktu antara magrib dan Isyak dengan pelbagai ibadah dan membaca puji-pujian| kepada Rasulullah SAW sebagaimana yang dilakukan dua Sahabat mulia iaitu Hassan bin Tsabit dan Ka ' ab Bin Zuhair r.a. yang termasuk harta pusaka memuji Rasulullah SAW. Sebagai contoh: selepas solat subuh, Ka'ab mengucap pujian "Sungguh Rasulullah adalah cahaya yang menerangi" di hadapan| Nabi SAW saat para Sahabat Muhajirin dan Ansar juga berada di dalam Masjid.

25

Page 26: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

19. Al-Hafiz As Suyuthi meriwayatkan dalam kitab "Al-Hawi Lil Fatawa": Syaikhul Islam Hafiz Al-Asr Abul Fadhl Ahmad bin Hajar Al Asqalani pernah ditanya tentang perayaan maulid nabi, lalu beliau menjawab: Perayaan Maulid Nabi tidak pernah dihukum bidaah| oleh para ulama salaf pada tiga abad pertama permulaan Islam mahupun pada abad sesudahnya. Perayaan Maulid Nabi mengandungi pelbagai kebaikan, namun mungkin juga beberapa perkara buruk berlaku yang disebabkan oleh orang-orang yang sedikit| ilmu agamanya. Maka sepatutnya untuk membetulkan kekeliruan dan tidak menyangkal perayaan Maulid. Perkara yang baik hendaknya diambil dan segala yang buruk semestinya ditinggalkan. 20. Sekali lagi, Al-Hafiz as Suyuthi menyebutkan dalam kitab "Al-Hawi Lil Fatawa" bahawa Hafiz Al-Asr Abul Fadhl Ahmad bin Hajar Al Asqalani juga telah berkata: Menurutku sumber hukum perayaan Maulid Nabi adalah berasal daripada dasar undang-undang| Islam yang kuat, iaitu hadis yang disebutkan di dalam

26

Page 27: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

Sahihain (Sahih Bukhari Muslim). Dalam hadis tersebut disebutkan bahawa sesampainya di Madinah, Rasulullah SAW menemui orang-orang Yahudi melaksanakan| puasa Asyura, maka baginda bertanya kepada mereka dan mereka menjawab: "ini adalah hari di mana| Allah menenggelamkan Fir'aun dan menyelamatkan Musa. Maka kami berpuasa pada hari tersebut sebagai bentuk rasa syukur kepada Allah SWT. "

21. Dalam kitab "Mawarid Az-Zham'ani Ila Zawa'id Ibn Hibban" (hal. 493 hadis ke-2015) Al-Hafiz Ibn Hibban - dengan sanad yang sampai kepada Abdullah| bin Buraidah dan daripada ayah| Buraidah r.a. - berkata: suatu hari Rasulullah SAW pulang dari peperangan, lalu seorang budak perempuan berkulit hitam datang dan berkata, "Ya Rasulullah, aku telah bernazar untuk menabuh rebana saat engkau sedang duduk jika Allah SWT mengembalikan engkau dari peperangan dalam keadaan selamat." Lalu baginda bersabda: "Jika engkau telah menazarkannya, maka lakukanlah. Dan jika tidak, maka jangan

27

Page 28: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

lakukan." Perempuan itu berkata: "Sesungguhnya aku telah menazarkannya." Akhirnya Rasulullah SAW duduk, dan perempuan itu menabuh rebana sambil mendendangkan:

الوداع ثنيات من علينا البدر أشرقداع لله دعا ما علينا الشكر وجب

Bulan Purnama telah terbit di atas| kamiDari Tsaniatil Wida '(tempat perpisahan di Madinah)Wajib atas kami untuk bersyukurSelama para pendakwah mengajak kepada AllahHadis tersebut mempunyai sanad yang bagus, sebagaimana yang dikatakan oleh Al Hafiz Ibn Al Mulaqqin dalam kitabnya Tuhfatul Muhtaj (jilid 2 hal 584).

22. Dalam kitab "A'lamul Muwaqqi'in" (jilid 4 hal 320), juga disebutkan hadis yang sama kecuali perkataan si perempuan Asyroqol Badrul 'Alaina ... yang tidak disebutkan, dan hadis itu telah dihukum Sahih|. Ada dua sisi pemahaman dalam hadis tersebut. Pertama: Nazar tersebut harus hukumnya| untuk dipenuhi. Rasulullah SAW membenarkan perempuan itu

28

Page 29: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

melaksanakan nazarnya adalah untuk menyenangkan hatinya dan agar bertambah keimanannya serta kegembiraannya terhadap keselamatan baginda. Kedua, nazar tersebut wajib dipenuhi dan menjadi ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah kerana mengandungi kegembiraan akan datangnya Rasulullah SAW dalam keadaan selamat dan meraih kemenangan atas para musuhnya. Sesungguhnya Allah SWT telah menyokong Rasulullah SAW dan agamanya, dan nazar ini termasuk ibadah yang penting sehingga si perempuan diperintahkan untuk melaksanakannya.

23. Dalam kitab berjudul "Jiwa Sirah" Sheikh Khalabi| mengatakan bahawa Imam Waliyuddin Hafiz Iraqi telah ditanya tentang perayaan Maulid, kemudian beliau menjawab: menyelenggarakan perayaan (walimah) dengan menyajikan| makanan adalah hal yang dianjurkan untuk dilakukan pada bila-bila saja. Lantas bagaimana bila perayaan tersebut diiringi dengan sukacita dan kegembiraan menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW pada bulan| Rabiul Awal yang mulia. Tidak| seorangpun di generasi

29

Page 30: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

permulaan Islam yang mengatakan hal itu adalah bid'ah, bahkan bila pada masa| sekarang seseorang menyebutnya bid'ah, tidak bererti hukum merayakan maulid adalah makruh, sebab banyak bid'ah yang mustahab (dianjurkan) bahkan ada pula yang wajib. Contohnya adalah penulisan Al-Quran dalam satu kitab.

24. Syeikh As Sya'bi memberitahu dalam kitab As Sima 'karya Ibn Al Qaisarani (hal. 55), Siti Aisyah r.a., Ibu kaum Mukminin, telah meriwayatkan bahawa tatkala Rasulullah SAW sedang pergi dalam suatu perjalanan, seorang perempuan daripada suku| Quraisy bernazar bahawa jika Allah Yang Maha Mulia dan Maha Hebat mengembalikan baginda dengan selamat ke Madinah, maka ia akan menabuh rebana di rumah Aisyah. Sekembalinya Rasulullah SAW, perempuan itu datang dan Aisyah r.a. berkata kepada Nabi SAW, "ini adalah si polanah binti polanah yang bernazar jika Allah mengembalikan engkau dengan selamat, ia akan menabuh rebana di rumahku." Lalu baginda berkata, "Biarkan ia melakukannya." Sanad hadis ini Muttashil

30

Page 31: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

dan para perawinya adalah orang-orang yang dipercayai.

25. Rasulullah SAW telah bersabda: "Nazar tidak berlaku dalam hal kemaksiatan." Jika memang menabuh rebana termasuk tindakan maksiat, maka sudah pasti baginda memerintahkan perempuan itu untuk melakukan kifarat atas nazarnya dan melarang melakukannya.

26. Di dalam Sahih Ibn Hibban (jilid 13 hal 197 hadis ke-587) daripada Anas| bin Malik r.a., bahawa orang-orang Habasyah berjalan riang sambil bernyanyi-nyanyi pada suatu pesta pernikahan di hadapan Rasulullah SAW dan mereka mengucapkan perkataan yang tidak difahami baginda. Lalu Rasulullah SAW bertanya, "Apa yang sedang mereka ucapkan?" Mereka menjawab, "Muhammad adalah penyembah yang soleh." Sanad hadis ini adalah Sahih.

27. Ibnu Majah meriwayatkan (jilid 1 hal 612 hadis ke-1899) dengan sanad daripada Anas| bin Malik r.a., suatu ketika Rasulullah SAW menyusuri kota Madinah, tiba-tiba

31

Page 32: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

baginda melewati para wanita yang memukul rebana sambil bernyanyi dan mereka mengucapkan:

جار من محمد حبذا يا, النجار بنى من جوار نحنKami adalah tetangga daripada Bani Najjar, Alangkah bagusnya baginda Muhammad menjadi tetangga kamiMaka Nabi SAW bersabda, "Allah mengetahui bahawa aku mencintai kamu" Hadis ini Sahih dengan para perawi yang dipercayai.

28. Dalam kamus Lisanul Arab (jilid 13 hal 197) lafaz زفن bererti menari atau menyerupai menari. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Sayyidah Fatimah عليها disebutkan bahawa Sayyidah السالمFatimah membuat Sayyidina Hasan (anak lelakinya yang masih kecil) menari-nari.

29. Asal makna kata الزفن adalah bermain dan menggalakkan. Di antaranya terdapat dalam hadis riwayat Sayyidah Aisyah r.a.: "Delegasi orang Habasyah datang, lalu mereka menari dan bermain."

32

Page 33: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

30. Dalam Sunan Ibn Majah (jilid 1 hal 413 hadis ke-1302 dan hadis ke-1303) Amir berkata: Iyadh Al Asy'ari pernah menyaksikan hari raya di Atsbar, lalu beliau berkata, "Mengapa aku tidak melihat kalian berkasidah sambil menabuh rebana sebagaimana yang dilakukan di sisi Rasulullah SAW. " Al-Hafiz Al Bushari berkata dalam kitab Az-Zawaid (jilid 2 hal 106), "Sanad hadis ini para perawinya dipercayai."

31. Daripada Qais| bin Said r.a., beliau berkata, "Sekarang ini aku telah melihat segala yang terjadi pada masa| Rasulullah SAW, kecuali satu hal iaitu orang yang berkasidah dan menabuh rebana pada hari raya Aidil Fitri.""Pada masa| Rasulullah SAW, saya tidak pernah melihat baginda bernyanyi dan menabuh rebana kecuali pada hari raya Aidil Fitri." Dalam kitab Az-Zawaid disebutkan (jilid 2 hal 106): sanad hadis yang diriwayatkan Qais adalah Hasan dan para perawinya orang-orang yang dipercayai.

33

Page 34: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

32. Dijelaskan dalam kamus Lisanul Arab (jilid 6 hal 180), makna lafaz القليس adalah berkasidah dengan baik dan benar. Selain itu, maknanya adalah menari sambil berkasidah. Dalam kitab "An-Nihayah Fi Gharibil Hadis" (jilid 4 hal 100) dikatakan bahawa Umar meriwayatkan, ketika beliau (Umar) datang ke Syam, beliau bertemu dengan orang-orang yang berkasidah sambil menari dengan menggunakan pedang. Mereka itu adalah orang-orang yang bermain di hadapan ketua kerajaan ketika sampai ke suatu negeri, mereka berkasidah dan menari untuknya.

33. Merujuk pada hadis daripada Amru bin Syuaib, daripada ayah| Nabi Syuaib dan daripada datuk| Nabi Syuaib, Imam Baihaqi mengulas| sambil memberitahu bahawa seorang perempuan telah datang menemui Rasulullah SAW dan berkata, "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku telah bernazar untuk menabuh rebana ketika engkau sedang duduk." Lalu baginda menjawab, "Penuhilah nazarmu." Imam Baihaqi berkata: kelihatannya Rasulullah SAW memberikan izin kepada perempuan

34

Page 35: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

itu untuk menabuh rebana, kerana termasuk perkara harus| di mana mengandungi kegembiraan dengan kehadiran Rasulullah SAW yang pulang dengan selamat.

34. Di dalam Sahih Bukhari (jilid 5 hal 1961 hadis ke-4813) Urwah berkata: Tsuwaibah adalah Maula (hamba yang dimerdekakan) milik Abu Lahab. Keadaan Abu Lahab selepas kematiannya ditunjukkan pada sebahagian anggota keluarganya, dan seseorang bertanya kepadanya, "Apa yang kamu jumpai?" Abu Lahab menjawab, "Aku tidak menemukan ketenangan setelah meninggalkan kamu kecuali kerana telah memerdekakan Tsuwaibah sehingga hukumanku diringankan setiap hari Isnin."

35. Al-Hafiz Ibn Hajar Al Asqalani berkata dalam kitab Fathul Bari (jilid 9 hal 135): As Suhaili menyebutkan bahawa Abbas memberitahu, "Setelah setahun kematian Abu Lahab, aku bermimpi melihatnya dalam keadaan yang sangat buruk. Lalu Abu Lahab berkata," aku tidak mencari ketenangan setelah meninggalkan kamu kecuali azab telah diringankan atasku| pada

35

Page 36: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

setiap hari Isnin. "Selanjutnya Abbas berkata: Demikian itu kerana pada hari Isnin| Rasulullah SAW dilahirkan, di mana Tsuwaibah menyampaikan berita gembira kepada Abu Lahab tentang kelahiran baginda sehingga Abu Lahab memerdekakannya. (Syeikh Darwish mengulas|: andaikan saja semua amal baik Abu Talib dikumpulkan lalu disukat dengan sukatan ini (kegembiraan Abu Lahab terhadap kelahiran baginda Muhammad SAW) sudah pasti semua pintu neraka diharamkan atasnya, ini andaikan beliau tidak menyembunyikan keimanannya kepada Rasulullah SAW, dan kepada ahli keluarganya seperti Abbas, Hamzah, dan Ali bin Abu Talib. Fikirkanlah hal tersebut).

36. Selepas kematian Abu Lahab, seseorang melihat Abu Lahab dalam tidurnya. Orang itu bertanya kepadanya, "Bagaimana keadaanmu?" Abu Lahab menjawab: "Di dalam api, namun setiap malam Isnin| hukumanku diringankan, ini kerana aku telah memerdekakan Tsuwaibah saat membuatku gembira dengan

36

Page 37: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

menyampaikan khabar| kelahiran Nabi Muhammad."Ibnu Jazri mengulas|: jika seperti ini keadaan orang kafir (Abu Lahab) yang celaan terhadap dirinya telah termaktub di dalam Al-Quran, di mana hukumannya diringankan kerana kegembiraannya dengan kelahiran baginda yang mulia SAW, maka bagaimana halnya dengan keadaan orang yang beriman di kalangan| umat baginda yang senang dengan kelahiran baginda dan merayakannya dengan pelbagai bentuk amal ibadah! Keterangan selengkapnya lihat dalam kitab Syu'abul Iman (1 / 261) karya Imam Baihaqi, Mushonnaf Abdurrazzaq (7 / 478), Fathul Bari (9 / 145) karya Ibn Hajar, dan Al Mawahibul Ladunniyah (1 / 27) karya Syeikh Al-Qustholani .

37. Dalam kitab "Al-Hawi Lil Fatawa", Hafiz As Suyuthi menyebutkan bahawa Al Hafiz Syamsuddin Ad-Dimasyqi berkata dalam kitabnya "Mawridus Shadi Fi Maulidil Hadi": Ada sebuah riwayat sahih yang menyatakan bahawa Abu Lahab mendapatkan keringanan azab neraka pada hari Isnin

37

Page 38: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

kerana telah memerdekakan Tsuwaibah. Abu Lahab memerdekakannya kerana gembira dengan kelahiran Nabi SAW. Terdapat sebuah alunan syair|:Bila orang kafir (Abu Lahab) yang sudah disebutkan celaannya dalam Surat Tabbat (Al-Masad) dan akan menghuni neraka Jahim| selama-lamanya, setiap hari Isnin| azabnya diringankan kerana gembira dengan kelahiran Ahmad (Nabi Muhammad),maka bagaimana kiranya jika yang gembira dengan kelahiran Ahmad adalah orang yang beriman dan meninggal dunia dalam keadaan beriman?

Bahan rujukan untuk pembahasan ini, sila lihat kitab "Al-Maurid An Nabawiyy Fil Maulid As Sunniy" karya Al Hafiz Al Iraqi, "At Tanwir Fi Maulidil Basyirin Nadzir" karya Imam Ibn Dahiyyah|, "Jami'ul Atsari Fil Maulidin Nabiyyil Mukhtari" karya Al Hafiz Muhammad Al Qisi Ad-Dimasyqi, "Maulid ... Tahqiq Salahuddin Al Munajjid" karya Al Hafiz Ibn Katsir, "Arfu Ta'rif Bil Maulid As

38

Page 39: Seerah Sejarah... · Web viewDengan demikian sudah seharusnya membuat perayaan pada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, seperti halnya orang-orang Yahudi membuat perayaan pada hari

Syarif" karya Al Hafiz Ibn Al Jazari yang juga penulis kitab "An-Nasyr Fil Qira'atil 'Asyr ", dan lain-lain|.

39