SEBUT HARGA -...

56
No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018 SEBUT HARGA SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR TONER/DAKWAT PENCETAK UNTUK PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI PAHANG BAGI TAHUN 2018 NO. SEBUT HARGA : PKPN.PHG.01/2018

Transcript of SEBUT HARGA -...

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

SEBUT HARGA

SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR TONER/DAKWAT PENCETAK UNTUK PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI PAHANG

BAGI TAHUN 2018

NO. SEBUT HARGA : PKPN.PHG.01/2018

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

KANDUNGAN DOKUMEN SEBUT HARGA

BIL PERKARA RUJUKAN MUKA SURAT

1. Arahan Kepada Penyebut Harga 1 - 9

2. Syarat-Syarat Am dan Khas 10 - 18

3. Senarai Semak Lampiran 1 19 & 20

4. Lampiran Q 21 & 22

5. Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat dan

Pengesahan Dokumen Yang dikemukakan Borang A 23 & 24

6. Maklumat Penyebut Harga / Profil Syarikat Borang B 25, 26 & 27

7. Data-Data Kewangan Borang C 28

8. Laporan Bank / Institusi Kewangan Mengenai Kedudukan Kewangan Penyebut

Harga

Borang C-1 29 & 30

9. Pengakuan Penyebut Harga Borang D 31 & 32

10. Borang Pematuhan Spesifikasi Lampiran 2 33

11. Jadual Harga Tawaran Lampiran 3 34

12. Jadual Penghantaran Pertama Lampiran 4-1 35

13. Jadual Penghantaran Kedua Lampiran 4-2 36

14. Jadual Penghantaran Ketiga Lampiran 4-3 37

15. Surat Pengesahan Pengilang / Prinsipal Lampiran 5 -

16. Jadual Bayaran Lampiran 6 -

17. Surat Akuan Penyebut Harga Lampiran 7 39

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

ARAHAN KEPADA

PENYEBUT HARGA

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

1 ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA

1.1 Kenyataan Tawaran

1.1.1 Pelawaan Sebut Harga ini adalah terbuka kepada Syarikat yang

berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 020601 (Alatulis - tidak termasuk borang dan semua jenis kertas) dan masih dibenarkan membuat tawaran pada

masa ini bagi bekalan berikut:-

Membekal Dan Menghantar Toner/Dakwat Pencetak Untuk Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Pahang Bagi Tahun 2018.

1.2 Syarat-syarat Am 1.2.1 Penyebut Harga mestilah mempunyai sijil pendaftaran yang sah

dengan Kementerian Kewangan untuk menyertai Sebut Harga ini.

1.2.2 Penyebut Harga mestilah berpengalaman dan mempunyai prestasi yang baik dalam pembekalan dan penghantaran toner dan dakwat bagi mesin pencetak.

1.2.3 Penyebut Harga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma

yang ditetapkan apabila menyertai Sebut Harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan terma yang ditetapkan akan menyebabkan tawaran yang dikemukakan tidak diproses dan

tidak dipertimbangkan.

1.3 Dokumen Sebut Harga

1.3.1 Penyebut Harga hendaklah mengisi maklumat yang tepat pada semua dokumen Sebut Harga seperti berikut:-

a. Arahan dan Syarat Kepada Penyebut Harga;

b. Lampiran Q

c. Lampiran 1 – Senarai Semak

d. Borang A – Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat

e. Borang B – Maklumat Penyebut Harga

f. Borang C - Data-Data Kewangan

▪ Borang C-1 – Laporan Bank / Institutsi Kewangan

Mengenai Kedudukan Kewangan Penyebut Harga

g. Borang D - Pengakuan Penyebut Harga

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

h. Lampiran 2– Borang Pematuhan Spesifikasi

i. Lampiran 3 – Jadual Harga Tawaran

j. Lampiran 4 – Jadual Penghantaran:-

▪ Lampiran 4-1 - Jadual Penghantaran Pertama ▪ Lampiran 4-2 - Jadual Penghantaran Kedua

▪ Lampiran 4-3 – Jadual Penghantaran Ketiga

k. Lampiran 5 – Surat Pengesahan Pengilang / Prinsipal

l. Lampiran 7 - Surat Akuan Penyebut Harga -Integrity Pact

1.4 Penyerahan Dokumen Sebut Harga Secara Manual (Hardcopy) 1.4.1 Dokumen-dokumen manual (Hardcopy) yang perlu dikemukakan

dalam dua (2) salinan berasingan seperti berikut ;-

a. Salinan Pertama - Tawaran Teknikal

▪ Lampiran 2 – Borang Pematuhan Spesifikasi (Wajib);

▪ Lampiran 4-1 – Jadual Penghantaran Pertama (Wajib)

▪ Lampiran 4-2 – Jadual Penghantaran Kedua (Wajib)

▪ Lampiran 4-3 – Jadual Penghantaran Ketiga (Wajib)

▪ Surat pengesahan dari “principal supplier” bagi bekalan yang berkaitan (Wajib)

b. Salinan Kedua - Tawaran Kewangan

▪ Lampiran 1 - Senarai Semak (Wajib)

▪ Lampiran Q

▪ Borang A - Surat Pengakuan Kebenaran Maklumat (Wajib);

▪ Borang B - Maklumat Penyebut Harga (Wajib);

▪ Borang C – Data-Data Kewangan (Wajib);

▪ Borang C-1 - Laporan Bank / Institutsi Kewangan Mengenai Kedudukan Kewangan Penyebut Harga (Wajib);

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

▪ Borang D – Pengakuan Penyebut Harga (Wajib);

▪ Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga (Wajib);

▪ Lampiran 7 - Surat Akuan Penyebut Harga -Integrity

Pact (Wajib); ▪ Surat Perwakilan Kuasa (Wajib), jika yang

menandatangani dokumen tawaran adalah selain Pengarah/Pemegang Saham Syarikat Penyebut Harga];

▪ Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank Bagi Bulan

Februari 2018, Mac 2018 dan April 2018 (Wajib);

▪ Surat Pengesahan Baki Nilai Kemudahan Kredit/Nilai

Kemudahan Kredit Tambahan daripada bank atau institusi kewangan (Jika ada)

▪ Salinan surat kelulusan daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia yang mengandungi nombor pendaftaran

CBP/GST (jika berdaftar)

1.4.2 Spesifikasi bekalan adalah seperti yang dinyatakan di dalam

Lampiran 2 – Borang Pematuhan Spesifikasi.

1.4.3 Lampiran-lampiran kewangan kepada dokumen Sebut Harga ini hendaklah lengkap dan ditandatangani (jika berkenaan) oleh pemilik syarikat atau mana-mana wakil yang diberi kuasa secara

bertulis.

1.4.4 Dokumen tawaran Sebut Harga yang dipinda/ diperbetulkan tanpa tandatangan ringkas tidak akan dipertimbangkan.

1.4.5 Tawaran Harga yang dinyatakan pada Lampiran Q mestilah sama seperti di dalam dokumen tawaran harga manual (hardcopy)

Lampiran 3. Sekiranya terdapat perbezaan tawaran harga di atas, tawaran harga pada Lampiran Q akan digunapakai.

1.4.6 Penyebut Harga yang telah berdaftar cukai barang dan

perkhidmatan (CBP/GST) hendaklah mengesahkan status

pendaftaran GST syarikat dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

1.4.7 Dokumen tawaran manual (Hardcopy) Sebut Harga bagi tawaran

Teknikal dan Kewangan WAJIB dijilidkan secara berasingan

(dokumen yang tidak diasingkan, TIDAK AKAN DINILAI) dan dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang berlakri (sealed)

dan ditanda di sudut sebelah atas kiri sampul surat itu dengan:-

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

TAWARAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR TONER/DAKWAT

PENCETAK UNTUK PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI PAHANG BAGI TAHUN 2018

Sebut Harga PKPN.PHG.01/2018

Di bahagian tengah sampul surat berkenaan hendaklah diletakkan alamat berikut:-

YB PEGAWAI KEWANGAN NEGERI PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN

NEGERI PAHANG,

BLOK B, TINGKAT 6, WISMA SRI PAHANG, 25200 KUANTAN.

Semua dokumen tawaran manual (HARDCOPY) hendaklah diserahkan secara serahan tangan dan dimasukkan ke dalam

peti Sebut Harga di alamat berikut:-

SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN,

BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN,

PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI PAHANG,

BLOK B, TINGKAT 6 WISMA SRI PAHANG, 25200 KUANTAN.

1.5 Harga dan Tempoh Sah Laku Sebut Harga

1.5.1 Tawaran harga yang dikemukakan hendaklah meliputi semua kos

termasuk pengiriman, insurans, pengangkutan, pemasangan,

penghantaran, pengujian, belanja pelbagai dan komisen.

1.5.2 Semua harga yang ditawarkan hendaklah tanpa GST dalam Ringgit Malaysia dan dalam angka yang tepat.

1.5.3 Penyebut Harga hendaklah memperincikan semua butiran kos-kos

yang terlibat dengan melengkapkan Lampiran 3 – Jadual

Tawaran Harga.

1.5.4 Tempoh sah laku harga tawaran hendaklah kekal selama 90 hari dari tarikh tutup sebut harga dan sebarang tuntutan kenaikan harga dalam jangkamasa sah laku harga tawaran

tidak akan dilayan.

1.5.5 Penyebut Harga juga hendaklah bersetuju bagi pembekalan tambahan toner/dakwat sekiranya diminta oleh pihak Kerajaan pada masa akan datang. Harga toner/dakwat adalah sama

dengan harga tawaran seperti yang tertulis dalam dokumen tawaran asal.

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

1.5.6 Pejabat Kewangan & Perbendaharaan Negeri Pahang juga tidak

akan melayan tuntutan bagi bayaran tambahan harga akibat dari perbezaan antara tafsiran pembekal dengan tafsiran Jabatan

mengenai spesifikasi yang ditetapkan.

1.6 Bantahan Oleh Penyebut Harga

1.6.1 Penyebut Harga boleh mengemukakan bantahan secara bertulis

mengenai spesifikasi teknikal kepada Seksyen Khidmat Pengurusan, PKPN Pahang beserta dengan bukti-bukti kukuh.

Bantahan hendaklah sampai ke PKPN Pahang dalam tempoh lima (5) hari daripada tarikh iklan disiarkan ke alamat berikut:

YB PEGAWAI KEWANGAN NEGERI

PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI PAHANG,

BLOK B, TINGKAT 6, WISMA SRI PAHANG,

25200 KUANTAN.

Bantahan yang diterima selepas tempoh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

1.7 Tarikh Tutup dan Penyerahan Tawaran Sebut Harga

1.7.1 Tarikh tutup tawaran ialah pada 25 Mei 2018 (Jumaat), jam

12.00 tengah hari.

1.7.2 Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal yang lengkap

hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga selewatnya pada 25 Mei 2018 (Jumaat), jam 12.00 tengah hari:

SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN,

BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN, PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN

NEGERI PAHANG, BLOK B, TINGKAT 6 WISMA SRI PAHANG,

25200 KUANTAN.

Tawaran yang lewat dikemukakan TIDAK AKAN DIPROSES dan TIDAK DIPERTIMBANGKAN.

Sekiranya bilangan tawaran Sebut Harga yang diterima adalah kurang daripada tiga (3) Penyebut Harga, PKPN Pahang boleh

membatalkan perolehan ini dan akan melaksanakan tawaran sekali lagi.

1.7.3 Notis pembatalan berkenaan akan dimaklumkan kepada semua pembekal melalui faksimili atau e-mel.

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

1.8 Surat Setuju Terima

1.8.1 Penyebut Harga yang berjaya akan menerima Surat Setuju Terima

(SST) yang akan diserahkan melalui pos atau serahan tangan mengikut mana yang sesuai. SST yang telah ditandatangani

hendaklah dikembalikan kepada PKPN Pahang dalam tempoh empat belas hari (14) dari tarikh ia dikeluarkan.

1.8.2 Semua Penyebut Harga yang gagal akan dimaklumkan melalui emel setelah SST dan Bon Pelaksanaan diterima daripada

Penyebut Harga yang berjaya.

1.9 Pemeriksaan dan Penerimaan Bekalan

1.9.1 Penyebut Harga yang berjaya hendaklah mengemukakan

bersama penghantaran/penyerahan satu surat Akuan menyatakan bekalan yang diserahkan adalah berkualiti dan bermutu sepertimana syarat-syarat penentuan yang telah

ditetapkan dan dipersetujui di dalam kontrak serta kuantiti adalah tepat seperti yang dikehendaki. Tindakan akan diambil ke atas

Penyebut Harga tersebut sekiranya surat akuan didapati adalah palsu.

1.9.2 Pemeriksaan dan ujian ke atas bekalan ini akan di uruskan oleh pegawai penerima Stor Alat Tulis , PKPN Pahang. Bekalan akan

ditolak sekiranya didapati dalam keadaan rosak, cacat, rendah kualiti atau berlainan daripada mutu dan pembuatan seperti yang ditetapkan dalam kontrak. Dalam

hal yang demikian, Penyebut Harga yang berjaya adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk menggantikan

bekalan tersebut seberapa segera di atas ikhtiar, usaha dan perbelanjaan sendiri.

1.10 Prestasi Bekalan

1.10.1 Penyebut Harga adalah bertanggungjawab bagi segala prestasi dan jaminan ke atas barangan yang dibekalkan seperti yang

telah dimasukkan ke dalam tawaran Sebut Harga.

1.11 Tempoh Jaminan

1.11.1 Semua bekalan hendaklah dijamin untuk tempoh tidak kurang

dua belas bulan (12) dari tarikh penerimaan bekalan secara rasmi oleh PKPN Pahang. Dalam tempoh jaminan ini, semua penggantian toner/dakwat yang rosak hendaklah dibuat

tanpa kos dan bekalan yang diganti mestilah tidak kurang atau sama spesifikasinya berbanding yang asal kepada PKPN Pahang.

1.12 Penghantaran Bekalan

1.12.1 Penyebut Harga yang berjaya mesti membuat penghantaran bekalan seperti di Lampiran 4-1, 4-2 dan 4-3 atau sebarang

ketetapan lain yang akan ditentukan kemudian.

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

1.12.2 Sekiranya Penyebut Harga yang berjaya menjangkakan halangan yang tidak dapat dielakkan akan menyebabkan kelewatan dalam

tempoh siap yang telah dipersetujui, Penyebut Harga tersebut hendaklah dengan serta-merta (tidak lebih daripada 14 hari)

memaklumkan PKPN Pahang tentang kedudukan yang sebenarnya.

1.12.3 Penyebut Harga yang berjaya perlu menyediakan dan menanggung risiko kos barang tersebut, buruh, pengangkutan

dan segala yang perlu bagi membekal dan menghantar barangan tersebut ke Seksyen Khidmat Pengurusan, PKPN Pahang.

1.12.4 Penyebut Harga yang berjaya adalah bertanggungjawab ke atas sebarang kesukaran atau kerosakan yang timbul akibat dari

penggunaan barangan yang dibekalkan yang tidak mengikut spesifikasi dan menanggung semua kos yang terlibat.

1.13 Kegagalan Pelaksanaan Penghantaran Oleh Pembekal

1.13.1 Sekiranya Penyebut Harga yang berjaya, gagal membuat penghantaran yang diperlukan dalam masa yang ditetapkan, PKPN Pahang boleh mendapatkan pembekalan dari punca lain dan

segala perbelanjaan tambahan yang terpaksa ditanggung oleh PKPN Pahang akan dituntut terus daripada Penyebut Harga yang

berjaya tersebut. 1.13.2 Bagi penghantaran yang terpaksa ditangguhkan kerana sebab-

sebab di luar kawalan Penyebut Harga yang berjaya seperti rusuhan, kekacauan awam, mogok, kebakaran banjir, bahaya laut

atau seumpamanya, PKPN Pahang boleh membenarkan perlanjutan tempoh penghantaran tersebut dengan syarat Penyebut Harga yang berjaya perlu mengemukakan notis sebab-

sebab penghantaran tertangguh dan masa tambahan atau lanjutan yang diperlukan.

1.14 Kontrak

1.14.1 Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki menandatangani

Kontrak dengan Kerajaan Malaysia dan perlu membayar

gantirugi sekiranya tidak mematuhi kontrak

NO. SEBUT HARGA : PKPN.PHG.01/2018

1.14.2 PKPN Pahang mempunyai hak untuk menamatkan kontrak

pada bila-bila masa apabila Penyebut Harga yang berjaya, gagal memenuhi obligasi kontrak mengikut perjanjian.

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

1.15 Integrity Pact

1.15.1. Selaras dengan usaha untuk mencegah rasuah serta

meningkatkan integriti dan ketelusan dalam perolehan Kerajaan, Lampiran 7 – Surat Akuan Penyebut Harga hendaklah

dilengkapkan dan diserah oleh Penyebut Harga bersama-sama dokumen sebut harga ini mengikut ketetapan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2010 (SPP 10/2010) berkenaan

Perlaksanaan Integrity Pact dalam Perolehan Kerajaan.

1.16 Pertanyaan

1.16.1 Penyebut Harga yang memerlukan sebarang penjelasan

mengenai Sebut Harga ini boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

Nama : Elisa binti Razman

Alamat :

Seksyen Khidmat Pengurusan

Bahagian Pengurusan kPKewangan Pejabat Kewangan & Perbendaharaan Negeri Pahang,

Blok B, Tingkat 6, Wisma Sri Pahang, 25200 Kuantan.

Telefon : 09-512 6807

Faks : 09- 516 2576

E-mel : [email protected]

Nama : Hashirah binti Ab Hamid

Alamat :

Seksyen Khidmat Pengurusan

Bahagian PengurusanKkewangan Pejabat Kewangan & Perbendaharaan Negeri Pahang,

Blok b, Tingkat 6, Wisma Sri Pahang, 25200 Kuantan.

Telefon : 09-512 6845

Faks : 09-516 2576

E-mel : [email protected]

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

Nama : Mohd Nespu bin Mohd Ibrahim

Alamat :

Seksyen Khidmat Pengurusan

Bahagian Pengurusan Kewangan Pejabat Kewangan & Perbendaharaan Negeri Pahang, Blok B, Tingkat 6, Wisma Sri Pahang,

25200 Kuantan.

Telefon : 09 – 512 6806

Faks : 09 – 516 2576

E-mel : [email protected]

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

SYARAT-SYARAT

AM DAN KHAS

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

SYARAT-SYARAT AM

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan

ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-

syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.

1 KEADAAN BARANG

Semua barang yang hendak dibekalkan hendaklah tulen, baru dan belum

digunakan.

2 HARGA

Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos

tambahan yang berkaitan.

3 SEBUT HARGA SEBAHAGIAN

Sebut harga boleh ditawarkan bagi semua bilangan item atau sebahagian bilangan

item.

4 BARANG SETARA

Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir -

butir penuh diberi.

5 PERSETUJUAN

5.1 Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau

mana-mana sebut harga; dan

5.2 Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang

berasingan.

6 PEMERIKSAAN

6.1 Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa dan

menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa

lain sebelum penyerahan bekalan tersebut; dan

6.2 Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau

pengujian apabila dikehendaki.

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

7 PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI

Penyebutharga dikehendaki memperakui bahawa bekalan / perkhidmatan yang

dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang

dinyatakan di dalam pelawaan ini.

8 PENOLAKAN

8.1 Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan yang

telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak;

8.2 Apabila diminta penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang

ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia

hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah

dilakukan mengenai barang yang ditolak itu; dan

8.3 Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa Hak

Kerajaan untuk mendapatkan gantirugi kerana kegagalan memenuhi

obligasi kontrak

9 PENGIKLANAN

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh

disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, media sosial atau lain-lain saluran

iklan tanpa kelulusan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang terlebih dahulu.

10 TAFSIRAN

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan

mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebutharga bersetuju

tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa

pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini

atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

11 INSURAN

Tiada apa-apa insuran atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau

dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

12 BON PELAKSANA

12.1 Penyebut Harga yang berjaya akan dikehendaki mengikat kontrak dengan

Kerajaan. Sebelum kontrak ini ditandatangani, Penyebut Harga yang

berjaya akan dikehendaki mendepositkan suatu Jaminan Bank dalam bentuk

Bon Pelaksana bernilai:-

a. 2.5% daripada jumlah harga kontrak bekalan dan perkhidmatan

yang bernilai melebihi RM200,000 hingga RM500,000. b. 5.0% daripada jumlah harga kontrak bekalan dan perkhidmatan

yang bernilai melebihi RM500,000.

12.2 Bon Pelaksanaan ini hendaklah dikemukakan dalam Ringgit Malaysia (RM)

dari bank-bank atau institusi-institusi kewangan yang dibenarkan oleh

Perbendaharaan sama ada dalam bentuk:-

a. Jaminan Bank/Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh bank-

bank/syarikat kewangan berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang beroperasi di Malaysia; atau

b. Jaminan Bank Islam yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah Akta Bank Islam 1983 yang beroperasi di Malaysia; atau

c. Jaminan insurans yang dikeluarkan syarikat-syarikat insurans yang

berlesen di bawah Akta Insurans 1996 yang beroperasi di Malaysia;

atau Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful yang berlesen di bawah Akta Takaful 1984 yang beroperasi di Malaysia;

atau d. Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad

(BPMB) dan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Bank).

12.3 Bon Pelaksana adalah jaminan yang berterusan dan sah dalam tempoh

dua belas (12) bulan selepas tamat tempoh jaminan atau tempoh

kontrak atau selepas obligasi terakhir mengikut mana yang

terkemudian. Kegagalan penyebut harga untuk berbuat demikian akan

membolehkan Kerajaan menarik balik tawaran yang diberikan.

12.4 Bank Guarantee / Bank Draf akan dikembalikan kepada penyebutharga

selepas dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat jaminan atau

tempoh kontrak atau selepas obligasi terakhir mengikut mana yang

terkemudian dengan syarat Kerajaan berpuashati bahawa syarat-syarat

kontrak telah dipenuhi.

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

BARANG-BARANG EK-STOK ATAU KELUARAN MALAYSIA

13 CUKAI

Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan.

14 PEMBUNGKUSAN

14.1 Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja

bungkusan dan belanja pembungkusan.

14.2 Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan

yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual.

15 PENGENALAN

Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri

tempat asal barang-barang itu, jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan.

BARANG-BARANG DI PESAN DARI LUAR NEGARA

16 CUKAI

Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai, unsur-unsur

cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.

17 MATAWANG

Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

18 PEMBUNGKUSAN

18.1 Barang-barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke

Malaysia melainkan jika mengikut norma perdagangan barang-barang itu

dieksport dengan tidak dibungkus.

18.2 Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja

bungkusan dan belanja pembungkusan.

18.3 Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan

yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga.

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

19 JAMINAN

19.1 Semua toner/dakwat yang dibekalkan mestilah baru, tulen dan belum

pernah digunakan.

19.2 Penyebut Harga dikehendaki menyediakan perkhidmatan penghantaran

toner/dakwat pencetak ke lokasi yang dinyatakan dalam tempoh yang telah

dipersetujui.

19.3 Semua bekalan hendaklah dijamin untuk tempoh tidak kurang dua belas

bulan dari tarikh penerimaan bekalan secara rasmi oleh PKPN

Pahang. Dalam tempoh jaminan ini, semua penggantian toner/dakwat yang

rosak hendaklah dibuat tanpa kos dan bekalan yang diganti mestilah tidak

kurang atau sama spesifikasinya berbanding yang asal kepada PSUK

Pahang.

20 PENUTUP

Pembekalan bagi sebut harga ini perlulah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan

kepada Penyebut Harga.

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

SYARAT-SYARAT KHAS

1 TANGGUNGJAWAB PENYEBUT HARGA

1.1 Penyebut Harga yang mengemukakan tawaran adalah dengan ini mengaku

janji bahawa :

a. Penyebut Harga telah meneliti dan sebenar-benarnya memahami

syarat-syarat dan spesifikasi di dalam dokumen sebut harga ini.

Penyebut Harga juga hendaklah mendapatkan semua maklumat

yang diperlukan untuk memastikan pelaksanaan dan

penyempurnaan pembekalan tersebut. Penyebut Harga tidak berhak

membuat apa-apa kenyataan bahawa tidak mendapat maklumat

yang mencukupi daripada pegawai Kerajaan;

1.2 Penyebut Harga yang berjaya adalah bertangggungjawab untuk membekal

dan menghantar toner/dakwat pencetak sehingga Kerajaan berpuas hati

sepenuhnya.

2 PERJANJIAN

2.1 Penyebut Harga yang berjaya adalah dikehendaki menandatangani satu

perjanjian dengan Kerajaan. Sementara dokumen perjanjian diuruskan dan

dirasmikan, Surat Setuju Terima Tawaran dan dokumen sebut harga ini

hendaklah menjadi kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan Penyebut

Harga.

3 KEROSAKAN KEPADA HARTA KERAJAAN

3.1 Penyebut Harga hendaklah mengganti dan / atau membaiki harta benda

Kerajaan yang didapati mengalami kerosakan dan / atau memerlukan

penyenggaraan semasa kerja-kerja sebut harga ini dilakukan. Penggantian

atau pembaikan yang dibuat hendaklah dengan perkakasan dan perisian

yang sama atau setaraf sebelum kerosakan berlaku.

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

4 PELANGGARAN HAK PATEN ATAU LAIN-LAIN HARTA INTELEKTUAL

4.1 Penyebut Harga yang berjaya hendaklah menentukan bahawa Kerajaan

sentiasa ditanggung rugi sepenuhnya terhadap apa jua tuntutan berhubung

dengan pelanggaran Surat Paten atau Reka Bentuk Berdaftar. Ianya

mungkin berlaku melalui penggunaan atau penjualan olehnya apa-apa

toner/dakwat pencetak yang dibekalkan atau digantikan oleh Penyebut

Harga tersebut. Ianya juga terhadap semua kos atau kerugian yang dialami

oleh Kerajaan di dalam sebarang tindakan yang menyebabkan pelanggaran-

pelanggaran tersebut di mana Kerajaan mungkin dipertanggungjawabkan di

dalam tindakan demikian. Penanggungan kerugian ini adalah tidak termasuk

apa-apa pelanggaran yang disebabkan oleh Penyebut Harga diisyaratkan

mematuhi atau mengikut reka bentuk atau arahan yang diberikan oleh

Kerajaan.

5 PEMBAYARAN

5.1 Pembayaran akan dibuat mengikut jumlah nilai toner/dakwat pencetak yang

dibekalkan pada setiap kali jadual penghantaran selesai dilaksanakan oleh

Penyebut Harga yang berjaya.

5.2 Penyebut Harga hendaklah mengeluarkan invois kepada Kerajaan untuk

tujuan pembayaran.

6 DENDAAN BAGI KELEWATAN SOKONGAN

6.1 Kerajaan berhak menamatkan perkhidmatan dengan Penyebut Harga yang

gagal mematuhi syarat-syarat perjanjian.

6.2. Sekiranya Penyebut Harga gagal mematuhi tempoh dan syarat yang

ditetapkan dalam Kontrak, Kerajaan berhak mendapatkan sebahagian

toner/dakwat pencetak yang setara atau berhubung terus dengan pengedar

toner/dakwat pencetak tersebut dan kos tersebut akan ditanggung oleh

Penyebut Harga.

6.3 Pengiraan denda lewat bekalan adalah berdasarkan harian dengan menggunakan formula berikut:

(BLR + 1.5%) x HJB x jumlah hari yang lewat 365

Dimana:

i. HJB – Harga Jumlah Bekalan (Harga seunit x kuantiti)

ii. Kadar Pemberian Pinjaman Asas (BLR) – Kadar faedah yang digunakan oleh bank komersil yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai kadar

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

pemberian pinjaman asas yang lazimnya pada hari itu untuk mengenakan

LAD.

7 TAKRIF 'PENYEBUT HARGA YANG BERJAYA'

7.1 Penyebut Harga yang berjaya adalah bermaksud Penyebut Harga yang telah

mematuhi semua syarat-syarat yang terkandung di dalam tawaran ini dan

diluluskan serta diterima oleh Jawatankuasa Sebut Harga.

8 CUKAI SETEM

8.1 Semua cukai setem yang dikenakan di dalam pendaftaran perjanjian yang

timbul dari tawaran ini hendaklah ditanggung oleh Penyebut Harga

yang berjaya.

9 AKTA RAHSIA RASMI DAN DASAR KESELAMATAN ICT

9.1 Penyebut Harga adalah terikat dengan Akta Rahsia Rasmi Kerajaan Malaysia

dan Dasar Keselamatan ICT Terkini Kerajaan bagi setiap maklumat yang

diperolehi sepanjang tempoh perolehan dan penyenggaraan dijalankan.

10 PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

10.1 Penyebut Harga adalah diingatkan mengenai kesalahan rasuah seperti yang

diputuskan oleh Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan

Pengurusan Kerajaan pada 22 September 2008 iaitu :

a. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau

memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah

kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan sebut harga ini

merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Any act or attempt to corruptly offer, solicit or receive any

gratification to and from any person in connection with this

procurement is a criminal offence under the Malaysian Anti-Corruption

Commision Act 2009 (Act 694).

b. Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa

suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak

yang ditawar atau dibei suapan dikehendaki membuat aduan dengan

segera ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau bali

polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah

merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

If any person offers or gives any gratification to any members of the

public service, the latter shall at the earliest opportunity thereafter

lodge a report at the nearest office of the Malaysia Anti-Corruption

Commission or police station. Failure to do so ia an offence under the

Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

c. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib

terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan

Penyebut Harga atau Penyebut Harga boleh diambil tindakan

sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)

Without prejudice to any other actions, disciplinary action against a

member of the public service and blacklisting of the contractor or

supplier may be taken it the parties are involved with any act of

corruption under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009

(Act 694).

d. Mana-mana Penyebut Harga atau Penyebut Harga yang membuat

tuntutan bayaran berkaitan sebut harga ini walaupun tiada kerja

dibuat atau tiada perkakasan dibekal mengikut spesifikasi yang

ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota

perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah

melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia 2009 (Akta 694).

Any contractor or supplier who makes a claim for payment in relation

to this procurement although no work was carried out or no goods

were supplied or no service rendered in accordance with the

specifications and any member of the public service who certifies the

claim commits an offence under the Malaysian Anti-Corruption

Commission Act 2009 (Act 694).

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

LAMPIRAN 1

SENARAI SEMAK (BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA) Sila tandakan Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan.

BIL

PERKARA/DOKUMEN

UNTUK DI TANDA OLEH

SYARIKAT

UNTUK DI TANDA

OLEH JAWATANKUASA

PEMBUKA SEBUT HARGA

1. Lampiran Q (WAJIB)

2.

Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) (WAJIB)

3.

Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari

Kementerian Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan) (WAJIB)

4.

Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan Lengkap (Borang A, B, C,

C-1, D dan Lampiran 3) dan Ditandatangani (WAJIB)

5. Lampiran 2 – Borang Pematuhan Spesifikasi (WAJIB)

6. Pematuhan kepada Jadual Penghantaran pada Lampiran 4-1, 4-2 dan 4-3. (WAJIB)

7.

Sijil/Surat Pengiktirafan (Lampian 5) membekal toner/dakwat pencetak

daripada pihak Prinsipal kepada syarikat (WAJIB)

8. Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga (3) Bulan Terakhir (WAJIB)

9. Surat Akuan Penyebut Harga (Lampiran 7) (WAJIB)

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami

semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut

harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar.

Tandatangan :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga mengesahkan penerimaan dokumen

bertanda kecuali bagi perkara bil. ......... (jika ada)

Tandatangan :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

Tandatangan :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

LAMPIRAN Q

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

No.Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

LAMPIRAN Q

Bila menjawab, sila nyatakan Nombor ini

KERAJAAN MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)

NEGERI PAHANG SEBUT HARGA UNTUK MEMBEKAL DAN MENGHANTAR TONER DAN DAKWAT

PENCETAK BAGI PEJABAT KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI PAHANG TAHUN 2018

Kepada (Nama Syarikat) -----------------------------

----------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------- -----------------------------------------------

-----------

No. Telefon : No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan :________________________

(sila taip no pendaftaran disini)

Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan pembelian ini 020601

Pelawaan Sebut harga dikeluarkan Oleh Jabatan :

YB PEJABAT KEWANGAN NEGERI, PEJABAT KEWANGAN DAN

PERBENDAHARAAN NEGERI PAHANG, BLOK B, TINGKAT 6, WISMA SRI PAHANG, 25200 KUANTAN.

u.p: Seksyan Khidmat Pengurusan

No. Telefon : 09-5126800 / 09-5126806 Tarikh : 16 Mei 2018

1. Sila beri sebut harga untuk bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan :-

1.1 Syarat Penyerahan / Penyempurnaan Mengikut lampiran berkembar.

1.2 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan dikehendaki mengikut lampiran

berkembar. (4-1, 4-2 dan 4-3)

1.3 Arahan Pengiriman hasil produk hendaklah dihantar ke Tidak Berkenaan

1.4 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul surat berlakri dan

bertanda "No. Sebut harga PKPN.PHG.01/2018 ”

1.5 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di

alamat di atas tidak lewat pada jam 12.00 TENGAHARI , 25 Mei 2018(Jumaat)

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

1.6. Tempoh sahlaku sebut harga hendaklah 90 hari dari tarikh sebut harga ditutup

Tarikh : Tandatangan : ___________________

Nama Pegawai : ___________________

Jawatan : ___________________

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

NOTA :

Jika ada butiran-butiran yang dikehendaki dalam Arahan Kepada Penyebut Harga, Soalselidik Sebut harga Peralatan, Syarat-syarat Am dan Syarat-syarat Khas yang tidak

termasuk di dalam ringkasan sebut harga ini, maka harga butiran tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam salah satu butiran berkaitan.

Sebarang kos penghantaran termasuk cukai, duti import (insuran barangan, insuran tanggungan awam), pembungkusan, kos pengangkutan dan penghantaran barangan

ke tempat yang diarahkan hendaklah dinyatakan dengan jelas. Adalah dengan ini, saya akan membekalkan barang-barang / perkhidmatan di atas

dengan harga dan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini menawarkan harga pukal sebanyak RINGGIT

MALAYSIA

Nyatakan tempoh penghantaran barangan kali pertama selepas tarikh

penerimaan surat setuju terima :

MINGGU

TANDATANGAN DAN COP PEMBEKAL TANDANGAN SAKSI

Nama : Nama :

No. K/P : No. K/P :

Tarikh : Tarikh :

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

BORANG A :

Surat Pengakuan

Kebenaran

Maklumat dan

Pengesahan Dokumen yang

dikemukakan

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

BORANG A

SURAT PENGAKUAN KEBENARAN MAKLUMAT

DAN PENGESAHAN DOKUMEN YANG DIKEMUKAKAN

Nama Kontraktor :

Alamat :

Kepada;

YB Pegawai Kewangan Negeri

Pejabat Kewangan & Perbendaharaan Negeri Pahang Blok B, Tingkat 6, Wisma Sri Pahang 25200 Kuantan.

[u.p : Seksyen Khidmat Pengurusan]

YB Dato’ Indera, Per : Maklumat Latar Belakang Kewangan Dan Teknikal Penyebut Harga

Kami telah membaca dengan teliliti semua arahan-arahan yang terkandung dalam

Arahan Kepada Penyebut Harga termasuk arahan yang mengkehendakkan kami mengemukakan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen mengenai perkara di atas

bersama-sama dokumen sebut harga kami semasa mengemukakan sebut harga ini untuk membolehkan Kerajaan Negeri menilai keupayaan kami untuk melaksanakan kerja yang disebut harga, semasa penilaian sebut harga.

2. Kami faham dan mengambil maklum bahawa penilaian ini akan mengambilkira dan

mementingkan keupayaan kami melaksanakan kerja yang disebut harga. Justeru itu sebut harga kami hanya akan dipertimbangkan untuk diperakukan kepada Lembaga Sebut Harga untuk disetuju diterima sekiranya kami didapati berkeupayaan untuk

melaksanakan projek disebut harga mengikut penilaian Kerajaan Negeri berasaskan maklumat dan dokumen-dokumen yang kami kemukakan.

3. Kami juga mengambil maklum bahawa kami dikehendaki mengemukakan semua maklumat dan dokumen-dokumen yang diminta bersama-sama sebut harga kami

sebelum sebut harga ditutup dan maklumat-maklumat atau dokumen-dokumen yang dikemukakan kemudiaan itu tidak akan diterima untuk diambilkira dalam penilaian

keupayaan kami. 4. Kami mengaku bahawa maklumat-maklumat dan data-data yang kami berikan

bersama-sama ini dan dokumen-dokumen yang kami sertakan bersamanya setahu kami adalah semuanya benar dan sah pada semua segi dan kami telah mengambil maklum

dan sedar akan tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan terhadap kami dan/atau sebut harga kami, sekiranya mana-mana maklumat data-data dan dokumen yang kami berikan itu didapati tidak benar atau palsu.

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

5. Kami juga mengambil maklum dan sedar bahawa sebut harga kami akan ditolak

(disqualified) dan tidak akan dipertimbangkan sekiranya maklumat-maklumat yang kami berikan tidak mencukupi atau sekiranya kami gagal untuk memberikan bersama-sama ini

mana-mana maklumat dan/atau menyertakan mana-mana dokumen penting yang sangat diperlukan untuk membolehkan Kerajaan Negeri menilai keupayaan kami;

terutamanya dokumen-dokumen berhubung dengan kedudukan kewangan dan prestasi kerja semasa kami seperti berikut:

i. Salinan Penyata Bulanan Bank Akaun Wang Dalam Tangan kami bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup sebut harga.

6. Kami dengan ini memberi kuasa kepada mana-mana pegawai kerajaan, Jurutera-jurutera projek, bank dan institusi kewangan lain dan lain-lain atau mana-mana orang

atau firma yang berkenaan untuk memberikan maklumat-maklumat yang dianggap perlu diminta oleh Kewangan Negeri untuk menyemak maklumat-maklumat yang kami berikan

atau untuk mendapatkan maklumat tambahan. Walau bagaimanapun kami tetap bertanggungjawab di atas maklumat dan dokumen-dokumen yang kami berikan bersama-sama ini.

Yang benar,

Tandatangan : Tarikh :

Nama Penuh :

No. Kad Pengenalan :

Yang diberi kuasa dengan sempurnanya untuk menandatangani Sebut Harga ini untuk dan bagi pihak :

---------------------------------------------- (Meteri atau Cop Penyebut Harga)

Tandatangan saksi : Tarikh :

Nama Penuh :

No. Kad Pengenalan :

Pekerjaan :

Alamat :

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

BORANG B :

Maklumat Profil

Syarikat

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

KETERANGAN MENGENAI SYARIKAT

BIL PERKARA MAKLUMAT

1. Nama Syarikat

2. No. Pendaftaran Syarikat (sertakan salinan) (WAJIB)

3. Alamat Pendaftaran/Syarikat

4. Alamat surat menyurat

5. No. Telefon Syarikat

6. No. Faks Syarikat

7. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan/JKR/KKDN/lain-lain (WAJIB)

8. No. Pendaftaran/Kelas

(sertakan salinan) (WAJIB)

9. Bidang Pendaftaran

10. Tarikh daftar dan sah Pendaftaran

11. No. Sijil Bumiputera & Tarikh daftar dan sah Pendaftaran

(sertakan salinan)( WAJIB)

12. Hak milik syarikat (Persendirian/Perkongsian/

Koperasi)

13. Modal dibenarkan (RM) (Bagi Syarikat Sdn Bhd)

14. Modal dibayar (RM) (Bagi Syarikat Sdn Bhd)

15. Perniagaan Utama lain

(jika ada dan nyatakan sejak bila)

16. Butiran Kewangan Syarikat : Sila lengkapkan maklumat di BORANG C dan BORANG C-1 dan

sertakan salinan penyata daripada item berikut:-

a) Baki wang dalam bank (kembarkan Penyata kira-kira 3 bulan terakhir terkini (Februari

2018, Mac 2018 dan April 2018) (WAJIB)

a) Deposit tetap (jika ada) b) Kemudahan kredit daripada bank (jika ada)

c) Harta (Aset Syarikat)(jika ada) WAJIB DISERTAKAN

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

17. Kontrak dengan Kerajaan (beritahu samada syarikat tuan mengalami penggantungan atau penamatan kontrak dengan Kerajaan oleh sebab

pelanggaran syarat-syarat kontrak)

18. Butir-butir Lembaga Pengarah Syarikat :-

BIL NAMA DAN JAWATAN NO. KAD

PENGENALAN WARGANEGARA

MODAL SAHAM DIPEGANG

1.

2.

3.

4.

5.

19. Pengurusan Syarikat (gunakan lampiran jika ruangan tidak mencukupi) - (Sila lampirkan salinan sijil kelulusan professional)

BIL NAMA JAWATAN

PENGALAMAN/

KELULUSAN AKADEMIK/ IKHTISAS

1.

2.

3.

4.

5.

20. Struktur Pengurusan Syarikat :

[ EKSEKUTIF ]

BIL TARAF BIL KAKITANGAN

PERATUSAN (%)

1 Bumiputera

2 Bukan Bumiputera

3 Bukan Warganegara

[ BUKAN EKSEKUTIF ]

BIL TARAF BIL KAKITANGAN PERATUSAN (%)

1 Bumiputera

2 Bukan Bumiputera

3 Bukan Warganegara

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

21. Nyatakan pengalaman kerja / perkhidmatan yang berkaitan dengan pelawaan sebut harga dalam tempoh (5) lima tahun yang terakhir (sila gunakan lampiran jika ruang tidak

mencukupi)

BIL JABATAN KERAJAAN / BADAN BERKANUN / SWASTA

JENIS KERJA / PERKHIDMATAN

TAHUN DAN HARGA (RM)

1.

2.

3.

4.

5.

22. Lain-lain keterangan mengenai Syarikat :

Saya mengaku bahawa keterangan yang diberikan di atas adalah benar.

.................................................... Tandatangan

Nama :

Cop Rasmi Syarikat :

Tarikh : ..........................................

*Potong mana yang tidak berkenaan

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

SALINAN SIJIL

SURUHANJAYA SYARIKAT

MALAYSIA (SSM)

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

SALINAN SIJIL

AKUAN

PENDAFTARAN

SYARIKAT

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

SALINAN SIJIL

AKUAN

PENDAFTARAN

SYARIKAT

BUMIPUTERA

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

BORANG C :

Data-data

Kewangan

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

BORANG C

DATA – DATA KEWANGAN

1. Ringkasan harta dan liabiliti seperti yang ditunjukkan dalam Lembaran Imbangan (Balance Sheet)* yang diaudit bagi tahun kewangan terakhir syarikat :

ASET*

(A) (RM)

LIABILITI*

(B) (RM)

NILAI KEWANGAN

(WORTH) (A –B) (RM)

SEMASA SEMASA MODAL PUSINGAN

TETAP

TETAP MODAL TETAP

JUMLAH

JUMLAH NETT WORTH

2. Akaun Wang Ditangan (Cash in Hand) **

NAMA DAN ALAMAT BANK NOMBOR AKAUN

3. Kemudahan Kredit (jika ada)

(sila sertakan Laporan Sulit daripada pihak Bank / Institusi Kewangan seperti format Borang CA dalam sampul surat berlakri)

Nama dan Alamat Bank/Institusi Kewangan yang memberi kemudahan kredit

Bentuk dan baki amaun yang boleh digunakan untuk projek pembinaan

Overdraf atau Talian Kredit RM

Overdraf bercagar RM

Pinjaman Tetap yang akan / layak Diperolehi untuk projek

RM

Lain – lain RM

JUMLAH RM

PERINGATAN PENTING

*Sila sertakan Salinan Penyata Bulanan Bank bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh tutup Sebut harga. Sebut harga yang tidak disertakan dengan penyata ini akan ditolak.

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

PENYATA BULANAN BANK

BAGI TIGA (3)

BULAN TERAKHIR

SEBELUM TARIKH

TUTUP SEBUT

HARGA

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

BORANG C-1 :

Laporan Bank / Institusi

Kewangan

Mengenai

kedudukan

kewangan

Penyebut Harga

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

BORANG C-1

SULIT

LAPORAN BANK / INSTITUSI KEWANGAN MENGENAI KEDUDUKAN KEWANGAN PENYEBUT HARGA

(Borang ini hendaklah dilengkapkan oleh pihak bank atau institusi kewangan lain dan diserahkan kepada pentender dalam sampul surat berlakri untuk disertakan bersama-

sama tendernya sekiranya pentender mempunyai kemudahan kredit dengan Bank / Institusi Kewangan berkenaan. Borang ini WAJIB dikemukakan semula kepada

pihak kerajaan. Jika tiada kemudahan kredit, sila nyatakan TIDAK BERKENAAN pada para B di bawah dan ditandatangani oleh pihak syarikat sahaja.)

Kepada :

YB Pegawai Kewangan Negeri, Pejabat Kewangan & Perbendaharaan Negeri Pahang Blok B, Tingkat 6,

Wisma Sri Pahang, 25200 kuantan,

Pahang Darul Makmur.

Nama Penyebut Harga

:

Projek :

A. Kemudahan kredit yang boleh digunakan untuk perlaksanaan projek : Kemudahan kredit yang telah dilulus dan kemudahan kredit tambahan minimum yang

layak diperolehi oleh penyebut harga adalah seperti berikut :

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

B. Ulasan – ulasan mengenai kedudukan kewangan dan akaun penyebut harga :

Tandatangan untuk dan bagi pihak bank …………………………………………………………………

(Nama Bank) Nama Pegawai : ……………………………………………………..

Jawatan : ……………………………………………………..

Tarikh : ………………………………………………………

BIL BENTUK KEMUDAHAN

KREDIT

BAKI DARIPADA

YANG TELAH DILULUSKAN

TAMBAHAN MINIMA YANG

AKAN DILULUSKAN

JUMLAH

1. Overdraf :

RM RM RM RM

2. Overdraf bercagar : RM

RM RM RM

3. Talian Kredit :

RM RM RM RM

4.

Pinjaman Tetap yang akan/ Layak diperolehi

untuk Projek : RM

RM RM RM

5. Lain – lain : RM

RM RM RM

JUMLAH RM RM RM

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

BORANG D :

Pengakuan

Penyebut Harga

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

BORANG D

PENGAKUAN PENYEBUT HARGA

(PENYEBUT HARGA WAJIB MENGISI SEMUA RUANG)

BIL PERKARA MAKLUMAT

1. Nama Syarikat

2. Alamat Syarikat

3. Cawangan syarikat yang terdekat dengan agensi / jabatan yang menawarkan sebut

harga

4. Pembuat dan Alamat Pembuat

5. Taraf Penyebut Harga (Pengeluar/ Pembahagi / Pengedar / Ejen dan lain-lain)

6. Tempoh penyerahan dan penggantian bagi toner/dakwat yang rosak

Tempoh :

7. Tempoh jaminan

(Manufacturer / Factory Warranty Period)

Tempoh :

8. Tempoh Penyelenggaraan Percuma (Free Maintenance) – jika berkaitan

Tempoh :

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

1. Kami/Saya dengan ini bersetuju menerima semua syarat-syarat spesifikasi

pelawaan sebut harga ini dengan harga yang disahkan seperti berikut :

NO. KETERANGAN JUMLAH HARGA (RM)

1 SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN

MENGHANTAR TONER/DAKWAT PENCETAK UNTUK PEJABAT KEWANGAN & PERBENDAHARAAN

NEGERI PAHANG BAGI TAHUN 2018

JUMLAH HARGA KESELURUHAN

2. Kami / Saya dengan ini mengaku bahawa syarikat atau Ahli Lembaga Pengarah

Syarikat kami / saya tidak dibatalkan, disenarai hitamkan atau ditahan daripada

menyertai sebarang sebut harga Kerajaan.

..................................................... ....................................................... (Tandatangan Penyebut Harga) (Tandatangan Saksi)

Nama : ..................................... Nama : ........................................ No. K/P : ..................................... No.K/P : ........................................

Jawatan : ..................................... Jawatan : ........................................

Cop Syarikat : Tarikh :

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

LAMPIRAN 2

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

LAMPIRAN 3

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

LAMPIRAN 4-1

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

LAMPIRAN 4-2

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

LAMPIRAN 4-3

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

LAMPIRAN 5

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

LAMPIRAN 6

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

JADUAL BAYARAN

TAHAP PENYEMPURNAAN

PERATUS PEMBAYARAN (%)

Penghantaran pertama ( Jun 2018)

Jumlah bayaran berdasarkan

jumlah harga toner/dakwat setiap kali penghantaran dibuat

(pay as received).

Penghantaran Kedua ( Ogos 2018)

Penghantaran Ketiga (Nov 2018)

NOTA PENTING :

Kuantiti di atas adalah anggaran. Kuantiti sebenar perolehan akan ditentukan setiap bulan berdasarkan pesanan tempatan yang

dikeluarkan kepada Syarikat.

No. Sebut harga: PKPN.PHG.01/2018

LAMPIRAN 7