Salsilah Kitab Fiqih Dalam Mazhab Syafi

17

Transcript of Salsilah Kitab Fiqih Dalam Mazhab Syafi

Page 1: Salsilah Kitab Fiqih Dalam Mazhab Syafi
Page 2: Salsilah Kitab Fiqih Dalam Mazhab Syafi

Kitab Fiqih dalam Mazhab Syafi’i Rhl. Yang dikarang oleh Ulama’-ulama’ Syafi’i dari abad keabad adalah mewarisi pusaka ilmu, kitab-kitab tersebut dikarang oleh sahabat-sahabat Imam Syafi’i Rhl. (Ulama’-ulama’ pengikut Syafi’i) sudah demikian banyaknya. Hampir setiap ulama’ itu mengarang kitab Fikih syafi’i untuk dijadikan pusaka bagi murid-muridnya dan bagi pencinta-pencintanya sampai akhir zaman. Tidak terhintung lagi banyaknya kerana di antaranya ada yang tidak sampai ke tangan kita, tidak pernah kita melihat dan bahkan kadang-kadang ada yang tidak pernah didengari mengenai kitab-kitab dari segi nama kitabnya, pengarangnya, bahkan tidak mengetahui langsung tentang hal kitab dan para ulama’ bagi penuntut ilmu islam. Fenomena ini perlu kita sedari bahwa, hal demikian perlu diambil tahu dan peka bagi setiap penuntut ilmu dari siapa kitab menuntut ilmu, dan dari mana kitab mengambil rujukan hukumnya. Kerana dikhuatiri tiada panduan di dalam menetapkan hukum islam. Menjadi tanggungjawab kita mengetahui hal demikian moga-moga jelas hukumnya, dan benar pengambilannya.

Untuk diketahui lebih mendalam di bawah ini kami sediakan sebuah gambar rajah yang

Page 3: Salsilah Kitab Fiqih Dalam Mazhab Syafi

dapat mengambarkan situasi yang telah berlangsung dalam memperjelas, memperinci dan meringkaskan kitab-kitab Syafi’iyyah dari dulu sampai sekarang.

Keterangan :

1. Kitab-kitab Imam Syafi’i. “Al-Imla” dan “al-Hujjah” adalah kitab-kitab Qaul qadim yang digunakan lagi, kerana semua isinya sudah termasuk dalam kitab-kitab Qaul Jadid.

2. Kitab-kitab Imam Syafi’i yang diguna sebagai kitab induk adalah kitab Umm, Mukhtasar, Buwaiti dll.

3. Imam haramain mengikhtisarkan (memendekkan) kitab-kitab Imam syafi’i dengan kitabnya yang bernama “An-Nihayah.

4. Imam Ghazali memendekkan juga kitab-kitab Imam Syafi’i dengan kitab-kitabnya yang bernama Al-Basith, Al-wasith, Al-Wajiz.

5. Imam Ghazali juga mengikhtisarkan lagi dengan kitabnya yang bernama Al-Khulasoh.

6. Imam Rafi’i mensyarahkan kitab Imam Ghazali Al-Wajiz dengan kitabnya yang bernama Al-‘Aziz.

7. Dan Imam Rafi’i juga memendekkan kitab Imam Ghazali Al-Khulasoh dengan kitabnya yang bernama Al-Muharrar.

8. Imam Nawawi memendekkan dan menambah di sana sini kitab Al-Muharrar itu dengan kitabnya yang bernama MINHAJUT THALIBIN (Minhaj).

9. Kitab Imam Nawawi, Minhaj disyarahkan oleh Imam Ibnu Hajar al-Haitami dengan kitabnya Tuhfa, oleh Imam Ramli dengan kitabnya An Nihayah, oleh Imam Zakaria al-Anshori dengan kitabnya yang bernama Minhaj jug, oleh Imam Khatib Syarbaini dengan Mughni al-Muntaj.(Kitab-kitab tersebut dalam nombor 8 dan 9 ini banyak beredar di pasentren).

10. Dan Imam Rafi’i pernah mensyarah kitab karangan Imam Ghazali Al-Wajiz dengan kitabnya yang bernama Al-‘Ajiz.

11. Imam Nawawi pernah memendekkan kitab Imam Rafi’i denagn kitabnya yang bernama Ar-Raudhah.

12. Imam Quzwaini pernah memendekkan kitab Al-‘Ajiz dengan kitabnya yang bernama Al-Hawi.

13. Kitab Al-Hawi pernah diikhtisarkan oleh Ibnul Muqri dengan kitabnya yang bernama Al-Irsyad dan kitab al-Irsyad ini disyarah oleh Ibnu Hajar al-Haitami dengan kitabnya yang bernama Fathul Jawad dan juga dengan kitabnya yang bernama Al-Imdad.

Page 4: Salsilah Kitab Fiqih Dalam Mazhab Syafi

14. Kitab Imam Nawawi bernama Ar-Raudhah pernah diiktisarkan oleh Imam Ibnu Muqri dengan nama Ar-Roudh dan oleh Imam mazjad dengan Al-Ubab.

15. Kitab Ibnul Muqri Al-Irsyad pernah disayarah oleh Imam Ibnu Hajar dengan kitabnya yang bernama Al-Imdad, dan dengan kitabnya bernama Fathul Jawad.

16. Kitab Ar-Roudh dari Ibnul Muqri pernah disyarah oleh Imam Zakaria Al-Anshori dengan nama Asnal Mathalib.

17. Imam Zakaria al-Anshori pernah mensyarah kitabnya yang bernama Al-Minhaj dengan kitabnya yang bernama Fathul Wahab.

Demikianlah keterangan ringkas dari jalur kitab-kitab dalam Mazhab Syafi’i yang sangat teratur rapi, yang merupakan suatu kesatuan yang tidak dapat dipisahkan satu sama lain. (ibaratnya daripada penulis, ia bagaikan sebuah keluarga dari jalur keturunan).

Kemudian banyak lagi kitab-kitab fikih Syafi’i yang dikarang oleh Ulama’ mutaakhirin yang tidak tersebut dalam jalur ini kerana terlalu banyak, seperti kitab-kitab Al-Mahalli karangan Imam Jalaluddin al-Mahalli, Kitab Fathul Mu’in karangan al-Malibari, Kitab I’anahtut Thalibin karangan Said Abu Bakar Syatha dan lain-lain yang banyak sekali.

Dengan perantaraan kitab-kitab ini kita sudah dapat memahami dan mengamalkan fatwa fiqih dalam Mazhab Syafi’i secara teratur dan secara rapid an terperinci, yang kesimpulannya sudah dapat mengamalkan syari’at dan ibadah Islam dengan sebaik-baiknya.

Sumber Rujukan:- Kiai.Haji. (K.H.) Siradjuddin Abbas, Sejarah & Keagungan Mazhab Syafi’i, Pustaka Tarbiyah baru, Jakarta,2007. http://sabilurrosyad.blogspot.com/2009/07/kitab-kitab-fiqh-mazhab-syafii-rhl_01.html

Page 5: Salsilah Kitab Fiqih Dalam Mazhab Syafi

Kepentingan hasil dari karya-karya Kitab Fiqh yang mempunyai kesenambungan mahupun rangkaian jalur salasilah kitab-kitab yang merupakan salah satu perkembangan Fiqh. Banyak karya besar Fiqh Syafi’iyyah yang popular dan Mashyur masih tetap utuh diajar dan dipelajari dari kalangan ahli madrasah, pondok ataupun pasentren di Asia Tenggara. Hal demikian, ia dilakukan adalah penulisan yang berbentuk komentar (al-Syarah) (iaitu keterangan, huraian, penjelasan, atau ulasan) terhadap matan (al-Matan) (naskah asli, teks), atau cacatan atas dasar komentar (huraian yang mengandungi penjelasan, kritikan, atau pendapat mengenai sesuatu perkara), yang dinamakan ia (Hasyiyah). Atau dilakukan sebaliknya, yakni disusun ringkasan (al-Mukhtashar) dari suatu karya yang lain dari tradisi ulama’ dalam perkembangan fiqh berbentuk lingkungan mazhab. Demikian terdapat beberapa “Salasilah” Kitab Fiqh Syafi’iyyah, dan hubungan antara anggota “Salasilah” ini dapat digambarkan penulis dalam sebuah gambar rajah yang akan disusulkan kemudian. Tiga yang menonjol, secara berturut-turut “berasal” dari Muharrar karangan Imam Rafi’i, Taqrib atau (Mukhtashar) oleh Imam Abu Syuja’ al-Isfahani, dan Qurrah al-‘Ain karangan Imam Zainuddin al-Malibari.

Penjelasan yang pertama akan diulaskan oleh penulis diantara salasilah-salasilah tersebut adalah dari kelompok kitab yang memiliki hasil kecenderungan yang besar dari kalangan penuntut ilmu didalam mempelajari Fiqh Mazhab Syafi’i. Melalui hasil penelitian, salasilah yang dimaksudkan penulis adalah jalur salasilah Matan Al-Ghayah wa al-Taqrib ( والتقريب الغاية -yang juga terkenal dengan Mukhtashar, oleh Abu Syuja’ al ,(متن

Page 6: Salsilah Kitab Fiqih Dalam Mazhab Syafi

Isfahani . Diantara syarah Taqrib adalah Fath al-Qarib (oleh Ibn Qasim Al-Ghazzi) , Kifayat al-Akhyar, (oleh Taqiyad-Din al-Dimasyqi), dan syarah kitab yang ketiga daripada Taqrib adalah al-Iqna’ karangan (Syeikh Khathib Syarbini). Salasilah yang dipaparkan penulis bukanlah hanya itu ketetapan salasilah kitab Fiqh Mazhab Syafi’i daripada jalur salasilah Matan Al-Ghayah wa al-Taqrib, malah kemungkinan ada pekembangan daripada salasilah tersebut yang belum diketahui oleh penulis. Demikian itu, penulis hanya memaparkan sebagai gambaran salasilah kitab sahaja daripada salasilah Matan Al-Ghayah wa al-Taqrib bukan merangkumi keseluruhan kesempurnaan salasilahnya.

Seterusnya penulis cuba ingin menukilkan serba sedikit perkongsian bersama mengenai perbahasan kitab Fath al-Qarib menurut Syeikh Ibn Qasim al-Ghazzi daripada muqadimah kitab syarahnya, yang menerangkan secara ringkas mengenai tujuan disyarahkan daripada kitab Taqrib adalah sebagai berikut :

لينتفع : وبعد بالتقريب المسمى الكتاب على وضعته والتهذيب، اإلختصار غاية في كتاب هذاونفع*ا الدين، يوم لنجاتي وسيلة وليكون والدين، الشريعة لفروع المبتدين من المحتاج به . . سألك وإذا يخيب ال قصده ومن مجيب وقريب عبادة دعاء سميع إنه المسلمين، لعبادة

قريب فإني عني .عبادي

“Dan selepas itu, ini adalah kitab pada sehabis-habis ringkas dan murni, yang aku letakkan ia keatas kitab yang dinamakan dengan “Taqriib” supaya mengambil manfaat dengannya orang-orang yang berhajat daripada orang yang baru mula belajar, kepada cabang-cabang syariat dan agama dan supaya jadilah ia wasilah bagi kejayaanku pada hari Agama, dan untuk manfaat hamba-hambaNya yang Islam. Sungguhnya Dia maha mendengar doa hambaNya dan amat hampir lagi amat memperkenan. Barangsiapa yang menuju kepadaNya tidak kehampaan. Dan apabila bertanya kepada kamu oleh hamba-hambaku maka sunggunya Aku ini amat hampir”.

Maka pengarang kitab Fath al-Qarib melanjutkan muqadimahnya daripada perbezaan nama naskah kitab seperti berikut:

بغاية وتارة ، بالتقريب تارة نسميته خطبته غير في الكتاب هذا نسخ بعد في يوجب أنه وإعلم . : . التقريب. ألفاظ شرح في المجيب القريب فتح أحدهما باسمين سميته فلذلك اإلختصار

اإلختصار : غاية شرح في المختار القول .والثاني

“Ketahuilah, bahawa didapati pada sebahagaian naskah kitab ini pada selain khutbahnya penamaannya sekali dengan “التقريب” sekali yang lain dengan “ اإلختصار Maka kerana demikian itu aku namakan ia dengan dua nama, satu .”غايةdaripadanya “ التقريب ألفاظ شرح في المجيب القريب pembukaan yang mudah) .” فتحpada mensyarahkan lafaz-lafaz Taqrib). Keduanya “ اإلختصار غاية شرح في المختار القول” (Pendapat yang terpilih pada mensyarahkan اإلختصار (.غاية

Gambar rajah : Geneologi (Salasilah) Kitab Fiqh Syafi’i

Page 7: Salsilah Kitab Fiqih Dalam Mazhab Syafi

Salasilah Berkembangnya kitab Qurrat Al-‘Ain.

Sebuah kebesaran bagi para ulama’ apabila penulisan kitab-kitabnya berlaku perkembangan. Kitab Qurrat al-‘Ain adalah merupakan kitab Fikih Mazhab as-Syafi’i yang berlaku pekembangan salasilahnya.

Kitab ini ditulis oleh al-’Allamah Zain al-Din ibn Abdul Aziz al-Malibari, ia merupakan seorang Ulama’ India Selatan abad ke-16. Dan kemudiannya beliau mensyarahkan tersebut yaitu Qurrat al-‘Ain , menjadi sebuah kitab yang diberi nama Fath Al-Mu’in. Walau bagaimanapun perkembangan kitab Qurrat al-‘Ain bertambah berkembang nilai ilmiahnya dan popular di Nusantara apabila seorang Ulama’ besar dari Nusantara (Indonesia) yaitu Syeikh Nawawi al-Banten (1316H) telah mensyarahkan kitab tersebut menjadi sebuah kitab yang diberi nama Nihayah al-Zain, kitab ini digunakan secara meluas dan rujukan bagi penuntut ilmu.

Di Makkah, dan sezaman Syeikh Nawawi al-Banten, tapi beliau berusia lebih muda dari syeikh Nawawi al-Banten, yang telah menulis hasyiyah secara meluas atas karya syarah al-Malibari yakni Fath al-Mu’in, menjadi karya yang lebih mashyor dan rujukan utama fikih Mazhab Syafi’i, yaitu kitab I’anah at-Tholibin. Kitab ini dikarang oleh seorang ulama’ bernama Sayyid Bakri bin Muhammad Syatha Al-Dimyathi, (maklumat lanjut

Page 8: Salsilah Kitab Fiqih Dalam Mazhab Syafi

mengenai pengarang dan riawat hidupnya, klik di link ini ).

Selain kitab I’anah at-Tholibin, terdapat juga karya kitab yang lebih sederhana (2jilid) daripada mengluaskan ilmu dari karya Fath al-Muin, yaitu kitab Tasyih Al-Mustafidin yang dikarang oleh seorang Ulama’ bernama ‘Alwi Al-Saqqaf, yang hidup dan mengajar sekitar tahun 1300 H. (1883M).

Dengan ini, menunjukkan bahawa karya-karya kitab Fiqh yang mempunyai kesenambungan mahupun rangkaian jalur salasilah kitab-kitab yang merupakan salah satu perkembangan Fiqh dan pekembagan tersebut melalui hasil penulisan para ulama’. Maka tidak dinafikan banyak karya besar kitab Fiqh Syafi’iyyah yang popular dan Mashyur masih tetap utuh diajar dan dipelajari dari kalangan ahli madrasah, pondok ataupun pasentren di Asia Tenggara dan menjadi sebuah karya utama dalam pengambilan hukum. Moga jasa dan sumbagan para Ulama’ yang berjuang ini mendapat kurniaan dan anugerah dari Allah S.W.T di hari akhirat kelak. Amiin..

Wallahu ‘alam .

Mengenali Qaul-Qaul yang terdapat dalam Mazhab Syafi’iyyah

Di kalangan Syafi'iyah, pada setiap kitab matan, syarh dan hawasyi karya fuqaha’ sekaliber Imam Ibn Hajar al-Haitami, Imam Ramli, Syaikh Zakaria al-Anshari, Syaikh Khatib al-Syarbini, AI-Mahalli dan yang lainnya, semuanya boleh dibuat pegangan.

Akan tetapi keberadaan yang kuat dan lemah qaul yang dihasilkan dari perpaduan antara dalil dan realita yang diolah dalam metodologi kecekapan keilmuan mujtahid, sangat bergantian. Muqallid tidak boleh sembarangan nggebyah uyah podho asine

Page 9: Salsilah Kitab Fiqih Dalam Mazhab Syafi

mengkonsumsi setiap qaul yang ditemukan. Qaul yang akan difungsikan untuk berfatwa dan memutuskan hukum dalam pengadilan harus bertendensikan qaul yang kuat, sedangkan qual yang akan digunakan untuk pribadi ada kelonggaran yakni boleh memakai qaul yang dha’if (lemah) selagi bukan qaul yang berlebel fasid (rosak) atau yang benar-benar dha'if. Hal demikian selagi bagi kaca niat mata awam sangatlah kabur, mereka tidak mampu memilih mana yang kuat dan mana yang lemah. Oleh karena itu tampillah mujtahid murajjih sebagai pihak yang bertugas menyeleksi tingkat-tingkat eksistensi qaul.

Berikut adalah beberapa istilah yang sering digunakan Ulama' untuk mengungkapkan qaul-qaul yang kuat.

1. Azhhar

Adalah pendapat Imam Syafi`i yang paling unggul dari persaingan ketat (qawiya al-khilaf) antara qaul-qaul beliau, yakni Imam Syafi`i pada masalah yang berkaitan mengeluarkan beberapa qaul. Masing-masing mempunyai landasan yang kekuatannya hampir berimbang, qaul yang paling kuat diungkapkan dengan azhar.

¬2. Masyhur

Adalah qaul yang paling unggul dari beberapa qaul-nya Imam Syafi’i dengan persaingan yang tidak begitu ketat. Yakni Imam Syafi`i pada masalah yang berkaitan mempunyai beberapa pendapat yang berbeza. Salah satu di antaranya - mempunyai landasan dalil yang sangat kuat, sedang yang lain dianggap kurang kuat. Qaul yang terkuat diungkapkan dengan istilah masyhur.

3. Jadid

Adalah qaul-nya Imam Syafi'i ketika beliau berada di Mesir. Yakni Imam Syafi`i pada masalah yang berkaitan mempunyai dua pendapat yang berbeza. Pendapat pertama ketika beliau masih berada di Baghdad yang diistilahkan dengan qaul qadim dan qaul kedua ketika beliau berada di Mesir, yang kemudian diistilahkan dengan qaul jadid. Dari dua pendapat tersebut yang diuggulkan adalah qaul jadid kerana merupakan pendapat yang telah diyakini oleh Imam Syafi'i.

4. Nash

Adalah qaul Imam Syafi`i di antara qaul para Ashhab-nya (Ulama' pengikut beliau). Yakni dalam menanggapi masalah yang berkaitan antara Imam Syafi'i dan Ashhab terjadi perbezaan pendapat. Qaul yang kuat adalah pendapat beliau, adapun pendapat para Ashhab yang dihasilkan dari ijtihad mereka atau dari hasil pengembangan qa’idah (kaidah) dan dhabit (batasan) yang telah diletakkan Imam Syafi`i ataupun hasil dari takhrij (hasil dari pengolahan nash) yang dilakukan Ashhab semuanya dianggap lemah (dha’if).

Page 10: Salsilah Kitab Fiqih Dalam Mazhab Syafi

5. Ashah

Adalah qaul yang terunggul dari persaingan ketat di antara beberapa qaul yang dikeluarkan Ashhab. Yakni pada masalah yang ada, Ashhab al-Syafi'i berbeda pendapat, qaul yang paling unggul diungkapkan dengan ashah.

6. Shahih

Adalah qaul yang dianggap benar dari beberapa qaul yang dikeluarkan Ashhab. Yakni dalam menanggapi masalah yang terjadi, Ashhab mengeluarkan pendapat yang berbeda. Salah satunya mempunyai landasan yang dianggap benar yang diistilahkan dengan shahih, sedangkan yang lain dianggap fasid (rosak).

Berkenaan kemusykilan terdapatnya dua qaul (pendapat) daripada Imam Syafie, sehingga ada dikalangan

mereka yang membantah mengatakan palsu dakwaan para pengamal kenduri arwah mengatakan

terdapatnya dua qaul atau pendapat Imam Syafie dalam masalah sampai pahala kepada mayyit?. Penjelasan

terdapatnya dua Qaul atau dua pendapat yang diriwayatkan daripada Imam As Syafie rahimullahu ta’ala

boleh kita telili didalam beberapa buah kitab Mazhab Syafie yang muktabar. Pendapat Imam As Shafie

Rahimahullah telah dicatitkan oleh Imam Nawawi dalam kitabnya, SYARAH MUSLIM, yang telah menjadi

masalah kepada mereka yang kontra adalah seperti berikut:

“Adapun bacaan Quran , maka [Qaul Masyhur] dalam Mazhab Syafie, adalah tidak sampai………

Dalil Imam Syafie dan mereka yang sependapat dengannya ialah firman Allah (yang maksudnya),

" Dan seseorang tidak akan memperoleh melainkan pahala usahanya sendiri",

dan sabda Nabi SAW (yang maksudnya),

Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya kecuali tiga hal, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak

Page 11: Salsilah Kitab Fiqih Dalam Mazhab Syafi

soleh(laki-laki/perempuan) yang berdoa untuknya (si mati)."-- (An Nawawi, SYARAH

MUSLIM, juz 1, hal. 90)”.

Jawabnya: Masalahnya, adakah kita telah memahami benar-benar peristilahan sesuatu qaum?, sehingga

dituduh qaum itu tak mengikut Imamnya sendiri?. Pokoknya adakah kita telah benar-benar memahami

masyrabnya, mustalahahnya, thuruq khilafnya , selok-belok mazhab dan sebagai-bagainya berkenaan

sesuatu mazhab khasnya “MazhabSyafie”?.

Berkenaan 'qaul masyhur',tidaklah jadi masaalah dalam memahami persoalan ini, maksud 'masyhur' itu

sendiri sebagaimana yang diistilahkan oleh Imam Nawawi dalam kitab Minhaj beliau, dan telah

disyarahkan(dihuraikan) oleh Syekh Ibnu Hajar dalam Tuhfah : Muka surat 84, juzuk 1, cetakan Daarul

Kutub al Ilmiyah, tahun 1996 m.

ا( ور ف� ه� و�) الم�ش ع�ار�ه� ب�ه� أ�عب�ر� الذ�ى ه� اء� ال�ءش ف� اب�ل�ه� ب�خ� ق� ع� م� ي�ق� ل'ف� و� ؤ� ب�ين� ت�ن�اق�ض( ل�لم�يح� ف�ى ك�ت�ب�ه� ج� أ� الت�ر اد�ه� ت�غ�ي6ر� ع�ن ي�نش� ت�ه� الي�عت�ن� ا�ج ر�ير�ه� ف� يق� ي�ر�يد� م�ن ذ�ل�ك� ب�ت�ح ق� ت�ح

� ي�أ ا. ع�ل�ى األ�ش ه� ه� و�ج

Begini maksudnya:

“ Maka 'qaul masyhur', ialah yang mengibaratkan oleh pengarang (Nawawi) dengan nya, bagi tujuan

memberitahu bahawa ada kesamaran muqobilnya (pertentangan), sesuatu pendapat (fatwa)tersebut. Dan

bagi pengarang (Nawawi) ,terjadi pentarjihan yang berlawanan diantara kitab-kitab beliau, yang terbit

(disebabkan) berubah ijtihad (samada Imam Syafie sendiri atau mujtahid mazhab atau mujtahid tarjih).

Maka hendaklah mengamat-amati dengan menghuraikan perkara tersebut atas mereka yang mahu ( yakni

mampu) mentahqiqkan (memeriksa dalil-dalilnya dengan ) mengikut jalan –jalan (kaedah) nya”.

Maksudnya : Qaul masyhur tersebut, boleh dibuat penelitian lagi oleh mereka yang mampu terhadap fatwa-

fatwa mazhab yang kedudukkannya di tahap masyhur.Jelasnya , Qaul Masyhur adalah satu istilah yang

dipopularkan oleh Imam Nawawi dan para Mujtahid Tarjih dikalangan Ulamak Mazhab ini. Bukan istilah

Imam Syafie sendiri. Bukan juga seperti sangkaan mereka yang membantah dengan mengatakan “Qaul

Masyhur” bermaksud qaul atau pendapat yang terkenal dari riwayat Imam Syafie. Menurut Imam Nawawi

memang terdapat 2 Qaul disisi Imam Syafie dalam masalah ini jika dipandang disudut istilah “masyhur”

yang dicatitkan disemua kitab –kitab yang menaqalkan masalah sampai pahala.

Page 12: Salsilah Kitab Fiqih Dalam Mazhab Syafi

Cuba kita perhatikan apakah pengertian sebenar “Qaul Masyhur” disini?. Ini sebenarnya telah dijelaskan lagi dalam kitab Majmu' Kutubis Sab a'h al Mufidah, m.s. 34:

لهم ظهر ما بحسب غيره من المعتمد بينوا و بعدهما جاء من تتبع قد و .

“Waqad tatabba'a man jaa aa ba'dahuma kalamma huma wabayyanu al mu'tamad min ghairih bihasabi

maa zho ha ra lahum”.

Ertinya: Dan sesungguhnya telah menyelidiki dan membahas fatwa-fatwa kedua Syekhul Mazhab(Rafaie

dan Nawawi) oleh mereka (ulamak) yang kemudian , dan mereka telah menerangkan yang mana muktamad

(yg dipegang/ difatwakan) dengan yang tidak muktamad, dengan perkiraan (penilaian ) mereka.

Tamat

Maksudnya: Masih boleh berlaku penilaian semula terhadap pendapat atau pentarjihan yang telah

dilakukan oleh kedua mahaguru mazhab ini ( Rafaie dan Nawawi) amnya dan khasnya terhadap qaul-Qaul

Masyhur yang diriwayatkan daripada Imam Syafie r.a.

Ringkasnya, dalam masaalah ini, kita dapati sekalipun dikatakan Imam Syafie sendiri pada satu pendapat

beliau meyatakan tidak sampai sedekah bacaan alquran kepada si mati, ianya tidak lah qat'iy begitu saja

untuk diwartakan sebagai fatwa mazhab Syafie. Sebab ianya adalah qaul yang “Masyhur” sebagaimana

yang kita telah nyatakan. Ianya (method) ini, telah difahami dan diamalkan sebaik-baiknya oleh murid-

murid dan pengikut-pengikut beliau berdasarkan wasiat beliau yg masyhur.Tak perlulah disebut di sini

rasanya. Semua orang dah maklum apa wasiatnya. Lagi pula, kita dah nyatakan, fatwa-fatwa dalam mazhab

adalah tersusun rapi , urutan tertib pemilihan sesuatu fatwa untuk diterima pakai dalam bidang mazhab ini

diketahui oleh orang yang mempelajarinya mengkajinya secara mengakar umbikan kitab-kitab Mazhab.

Contohnya, pemilihan kitab-kitab Nawawi . Mana yang didahulukan diantara kitab-kitab beliau. Istilah

Sahih, Ashah , Masyhur , Qodim , jadid dan seterusnya adalah Istilah di Sisi Imam Nawawi dan para

pentarjih fatwa dalam Mazhab ini. Kalau dikatakan mengapa pula begitu?. Sebabnya, telah diselidiki

penyusunan kitab-kitab beliau dari berbagai aspek berdasarkan keteguhan dalil, tahqiq perbahasan,

kesemua kitab dan fatwa tersebut, lalu hasillah tertib sebagaimana tersebut. Lantaran itu kita dapati

Page 13: Salsilah Kitab Fiqih Dalam Mazhab Syafi

pengikut mazhab Syafie dikalangan ulamaknya, mentarjihkan dan memu'tamadkan sampai pahala bacaan

alQuran kepada mayyit. Jelasnya , mereka mentarjihkan dan memuktamadkan Qaul Imam Syafie Yang

kedua. Oleh yang demikian tidak benarlah jika dikatakan hanya semata-mata Ijtihad pengikut Mazhab

Syafie sahaja. Diantara mereka :Kalau mereka yang terdahulu dari Imam Nawawi: Imam Athobary ,

alMawardy, sebagai contohnya.Yang kemudian pula Imam AsSubky, Imam AsSayuthy dan lain-lain tak lupa

juga Ibnu Abbdissalam dalam satu riwayat beliau merubah pendapatnya setelah wafat dengan dimimpikan

orang berjumpa beliau dan beliau mengaku sampai pahala bacaan kepada arwah. Sekali lagi ditegaskan ,

bahawa Masyhur adalah bermaksud pendapat yang kurang jelas Muqobilnya ( lawan atau sebaliknya) ,

bukan bermakna qaul yang terkenal diriwayatkan dari Imam Syafie . Maka bila disebut saja Qaul Masyhur ,

bererti lawan atau sebalik dari pendapat yang Masyhur tersebut adalah suatu yang tidak jelas

kedudukannya. Maka di Tahkikkan oleh para ulamak kemudian selepas Imam Syafie. Ini membawa maksud

memang ada qaul yang sebalik masyhur atau Muqobil Masyhur . Qaul Masyhur atau Muqobilnya memang

kedua-duanya diriwayatkan dari Imam Syafie sendiri.

p/s : al-faqir hanya mengulangi posting dari blog pondok tampin, maklumat lanjut , rujuk di blog Pondok Tampin: http://pondoktampin.blogspot.com/search/label/Ushul%20Fiqh