Rusa yang bongkak

31
RUSA YANG BONGKAK

Transcript of Rusa yang bongkak

Page 1: Rusa yang bongkak

RUSA YANG BONGKAK

Page 2: Rusa yang bongkak

Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak.  Rusa itu selalu pergi ke tepi kolam untuk melihat bayangnya.  Rusa itu berasa bangga melihat tanduknya yang cantik.   

           ”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya.  Namun demikian, rusa itu tidak suka pada kakinya yang kurus.            ”Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku.  Aku mahu kakiku cantik juga.  Aku mahu kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki,” rungutnya.

Page 3: Rusa yang bongkak

            Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar seekor anjing menyalak.  Rusa itu sedar yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat itu.  Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat hati.           

Page 4: Rusa yang bongkak

Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah.  Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu.  Rusa itu bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat.  Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya melepaskan diri.  Namun, tanduknya patahnya sedikit

Page 5: Rusa yang bongkak

            Anjing pemburu semakin hampir.  Rusa itu dapat melarikan diri kerana ia boleh berlari laju.  Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya.           .

Page 6: Rusa yang bongkak

Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang buruk atau tidak berguna.  Rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik.  Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan

Page 7: Rusa yang bongkak

Nilai Kita jangan menjadi

seorang budak yang sombong.

Kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan

Page 9: Rusa yang bongkak

Pada suatu hari, seekor semut sedang minum air di tebing sungai. Tiba-tiba angin bertiup kencang. Semut itu terjatuh ke dalam sungai. Semut yang malang itu terkapai-kapai di dalam air.

Page 10: Rusa yang bongkak

Dia rasa tentunya akan mati lemas. Seekor burung merpati berehat di pokok berdekatan dan ternampak apa yang berlaku. Dengan pantas, dia memetik sehelai daun dan menjatuhkannya ke permukaan air berhampiran semut. Semut memanjat ke atas daun itu. 

Page 11: Rusa yang bongkak

Akhirnya, dia hanyut ke tebing sungai dengan selamat.

 Semut berkata, "Terima kasih,

sahabatku. Saya akan menolongmu suatu hari nanti.

Page 12: Rusa yang bongkak

 

Beberapa hari kemudian, seorang pemburu datang ke tempat itu untuk memburu burung. Dia ternampak merpati itu berehat di atas pokok. Dia mengeluarkan busur dan anak panahnya. Pemburu mengarahkan busur dan anaknya ke arah burung merpati itu.

Page 13: Rusa yang bongkak

Semut ternampak segalanya. Dia teringat burung merpati itu pernah menolongnya. Dengan pantas, semut mengigit kaki pemburu. Dia melompat kesakitan dan anak panahnya terlepas sasaran. Apabila terdengar jeritan kesakitan pemburu itu, burung merpati pun terbang pergi. 

Page 14: Rusa yang bongkak

 "Terima kasih, semut," kata burung merpati itu.

 "Kali ini, kamu telah menolong saya."

Page 15: Rusa yang bongkak

 

Kita perlu tolong –menolong antara satu sama lain.

Page 17: Rusa yang bongkak

Pada zaman dahulu terdapat seorang tukang kayu yang tua dan miskin bernama Geppetto.Dia amat suka membuat patung.Patung kesayangannya ialah Pinocchio.”Alangkah baiknya kalau aku mempunyai anak”kata Geppetto sambil melihat Pinocchio. 

Page 18: Rusa yang bongkak

Pada malamnya, seorang pari-pari yang baik hati datang ke rumah Geppetto dan mengayunkan tongkat saktinya ke Pinocchio sambil berkata”Esok Pinocchio akan dapat bergerak dan bercakap seperti manusia biasa.”

Page 19: Rusa yang bongkak

Pada keesokan harinya, Geppetto mendapati bahawa Pinocchio boleh bergerak dan bercakap.Dia sangat hairan dan gembira melihat keadaan Pinocchio yang seperti manusia biasa.Geppetto terpaksa menjual baju dan sepasang kasutnya untuk membeli buku untuk Pinocchio belajar di sekolah.Dia memang ingin menyekolahkan Pinocchio

Page 20: Rusa yang bongkak

“Sekarang kamu bolehlah belajar seperti budak-budak lain belajar,”kata Geppetto kepada Pinocchio.Semasa berjalan ke sekolah, Pinochio berhenti untuk menyaksikan pertunjukan patung.”Mahukah kamu menyertai pertunjukan ini?”tanya ketua pertunjukan yang jahat .Tanpa berfikir apa-apa, Pinocchio bersetuju.

Page 21: Rusa yang bongkak

Ketua pertunjukan patung itu pun mengunci Pinocchio ke dalam

sangkar yang kecil.Pinocchio berasa takut dan ingin pulang ke pangkuan Geppetto.Tanpa disangka, datanglah seorang pari pari yang baik hati membebaskan Pinocchio dari sangkar kecil itu.Pinocchio berasa sangat gembira.”Saya akan terus pergi ke sekolah dan tidak akan singgah ke mana-mana,”kata Pinocchio.

Page 22: Rusa yang bongkak

Semasa dalam perjalanan ke sekolah Pinocchio terserempak dengan seekor musang yang jahat.Dia menceritakan tentang sebuah pulau yang indah iaitu Pulau Ria.Pinocchio terlupa akan sekolahnya dan dia menukarkan bukunya dengan tiket ke Pulau Ria

Page 23: Rusa yang bongkak

.”Kamu hendak pergi ke mana?”tanya pari-pari kepada Pinocchio.”Saya hendah ke sekolah,”Pinocchio berbohong.Tiba-tiba hidung Pinocchio menjadi panjang.Dia berasa menyesal kerana berbohong dengan pari-pari yang telah menyelamatkannya.

Page 24: Rusa yang bongkak

Pari- pari muncul lagi untuk membantu Pinocchio dan menukarnya ke rupa asal .Pinocchio segera meninggalkan pulau itu.Dia duduk di sisir pantai dan ingin bertemu dengan Geppetto.Tiba-tiba dia melihat kelibat Geppetto sedang mengayuh sampan.Semasa Geppetto sedang mengayuh sampan,seekor ikan paus muncul dari belakang dan terus menelan Geppetto bersama sampannya.

Page 25: Rusa yang bongkak

Pinocchio berenang dengan sekuat-kuat hatinya untuk menyelamtkan Geppetto.Apabila Pinocchio hampir dengan ikan paus itu,ikan paus membuka mulutnya dengan luas.Pinocchio terus berenang dan masuk ke dalam mulut ikan paus itu.

Page 26: Rusa yang bongkak
Page 27: Rusa yang bongkak

Pinocchio berjumpa dengan Geppetto.Mereka berasa gembira kerana dapat bertemu lagi."Mari kita kumpulkan kayu api dan bakarnya,"kata Geppetto kepada Pinocchio.Asap api membuatkan ikan paus itu membuka mulutnya lalu Pinocchio dan Geppetto pun keluar dari situ.

Page 28: Rusa yang bongkak
Page 29: Rusa yang bongkak

Pinocchio dan Geppetto berenang hingga ke persisiran pantai.Mereka amat letih lalu tertidur di situ.Apabila bangun,Geppetto mendapati bahawa Pinocchio telah berubah menjadi manusia.Dia sangat gembira kerana impiannya untuk memiliki anak sudah tercapai.

Page 30: Rusa yang bongkak
Page 31: Rusa yang bongkak

Kita perlu bercakap benar , jangan berbohong pada orang lain.