RPI Contoh 1 Amend

download RPI Contoh 1 Amend

of 59

description

RPI Contoh 1 Amend

Transcript of RPI Contoh 1 Amend

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU TAJUK TUGASAN

PKP 3103 PERKHIDMATAN DALAM PEMULIHANAhli kumpulan : 6

MOHANA A/P VEERASELVAMPARAMESWARI A/P PERUMALTHANALETCHUMY A/P CHALADOREY

TAJUK ISL

Menghuraikan definisi dan konsep Rancangan Pendidikan Individu (RPI), kepentingan RPI, format penulisan RPI.

Bincangkan kesesuaian pelaksanaan RPI di kelas Pemulihan Khas

BAHAGIAN 1KONSEP RPI DAN KEPENTINGANNYA DALAM PENDIDIKAN KHAS1.1 Definisi dan konsep1.2 Ciri-ciri RPI1.3 Elemen RPI1.4 Kepentingan RPI1.5 Kebaikan Proses RPIDEFINISI DAN KONSEP RPIRPI merupakan satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluankeperluan kanak-kanak dan cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut boleh dipenuhi. Dari segi pelaksanannya ,RPI adalah sebuah kontrak tentang perkhidmatanperkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang murid tersebut. (Hallahan dan kauffman 1977)

RPI adalah satu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka untuk memenuhi keperluan-keperluan individu murid kurang upaya.(Bender W.N 1995) Rancangan Pendidikan Individu(RPI) ialah: Satu dokumen bertulis Dirancang khusus untuk seseorang murid.Dibentuk bertujuan untuk mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan. Ini menunjukkan bahawa RPI berfungsi sebagai satu alat atau instrumen untuk menentu kerjasama dan kolaborasi antara sekolah ,ibu bapa dan murid itu sendiri jika perlu, dengan pegawai pendidikan daerah dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.

RPI pada dasarnya adalah satu pernyataan ringkas tentang :

Tahap prestasi seseorang murid.Perancangan yang merangkumi aspek akademik dan bukan akademik Matlamat jangka panjang yang boleh dicapai oleh murid.Matlamat yang mempunyai satu siri objektif yang boleh diukur bagi setiap matlamat yang dikenal pasti.Objektif,prosedur dan urutan penilaian bagi menentukan pencapaian murid-murid dalam satu aspek berhubung dengan perkhidmatan yang diperlukan oleh murid.Perancangan jangka masa dan tarikh perkhidmatan yang dapat disediakan oleh murid. Satu perancangan dan persediaan untuk membantu murid berkeperluan khas menghadapi cabaran hidup. KESIMPULANNYA RPI adalah rancangan program penilaian berteraskan individu dan sebagai teras perancangan pendidikan dalam program pendidikan khas.

KOMPREHESIF Merangkumi pelbagai bidangKomunikasiTingkah lakuSosial alam sekelilingProvokasional/ vokasionalKemahiran amali untuk berdikari Reakreasi dan daya kreatifNilai dan kerohanian

MENGIKUT URUTANRPI dibentuk berasaskan urutan perkembangan kemahiran dan urutan fungsi kemahiran. SPESIFIK Matlamat dan objektif RPI ditulis dalam bentuk kemahiran tingkah laku yang boleh dibuat pemerhatian dan ianya boleh diukur.

MUDAH DIFAHAMIRPI ditulis dalam bahasa yang mudah supaya senang difahami oleh semua pihak yang terlibat.DIGUBAL BERSAMARPI merupakan satu rancangan kerja yang telah dipersetujui bersama sepenuhnya oleh murid, ibu bapa dan guru golongan profesional dan kumpulan pelbagai disiplin yang brkenaan.BERSESUAIAN DAN REALISTIKMatlamat dan objektif RPI mestilah bersesuaian dengan tahap kebolehan, keupayaan dan juga kadar perkembangan murid.ELEMEN RPIKerjasamaBerkongsi maklumatKeputusan bersamaKebolehpercayaanDokumentasiProses dan hasil KERJASAMABekerjasama dalam kumpulan merupakan elemen penting dalam RPI. RPI dirangka oleh sekumpulan individu yang terlibat secara langsung dan kebajikan murid berkenaan.

Oleh itu, ibu bapa dan guru merupakan orang yang sangat penting dalam proses ini.BERKONGSI MAKLUMATPerancangan RPI mesti berdasarkan kepada maklumat yang dikumpul daripada individu yang mempunyai hubungan rapat dengan murid.

Maklumat ini mesti dikongsi bersama dan menjadi asas kepada keputusan untuk membina perancangan pendidikan yang akan dibuat.KEPUTUSAN BERSAMAIbu bapa dan golongan profesional bekerjasama untuk menyediakan RPI.

Mereka perlu membuat keputusan bersama untuk menentukan apa yang diperlukan oleh murid berkenaan dan bagaimana RPI dilaksanakan dengan lebih berkesan.KEBOLEHPERCAYAANObjektif pengajaran dn prosedur penilaian perlu diterangkan dalam RPI. RPI juga perlu dibuat semakan pemantauan dan penilaian dari semasa ke semasa. DOKUMENTASIRPI perlu didokumentasi bagi tujuan rujukan dan panduan semua pihak.PROSES DAN HASILRPI merupakan proses yang meliputi aktiviti bagi memastikan program pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk murid berkenaan.PROSES RPIMerujuk pihak yang terlibat seperti:Guru khas Guru mata pelajaran Ibu bapa atau keluargaPentadbiran sekolah Pengamal perubatanJurulatih pertuturanJurupulih carakerjaKaunselor Mengumpul maklumat.Mengadakan mesyuarat.Membina rancangan bertulisMenjalankan apa yang dirancang menilai pembelajaran yang telah dijalankan.KEPENTINGAN RPIRPI membolehkan murid mengikut program pendidikan yang dirancang sama ada yang telah diadaptasi atau dimodifikasi dengan lebih berkesan.Dalam konteks ini,ia bertujuan untuk menyimpan rekod dalam aspek-aspek berikut:Jenis modifikasi dan adaptasi yang dibuat ke atas kurikulum asal.Perkara yang perlu dipelajari oleh murid.Jenis strategi dan teknik pengajaran yang perlu digunakan.Penilaian pencapaian kemahiran. KEBAIKAN PROSES RPIMURIDSetiap perancangan pendidikan yang digubal bertujuan membantu murid dalam proses pembelajaran.Memberi peluang untuk terlibat dalam program pembelajaran yang dirangka.Menjadikan matlamat dan objektif lebih jelas.

GURUMenerangkan peranan dan tugas dengan lebih jelas.Mendapat maklumat murid.Mendapat bantuan untuk menyelesaikan masalah.Memastikan bidang tugas yang memerlukan nasihat golongan profesional.Menyediakan forum untuk mendapatkan pandangan, bantuan resos dan sokongan pihak berkenaan.Menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan amalan dalam segala aspek perkhidmatan yang disediakan.

BAHAGIAN 2Penyediaan dan Pelaksanaan RPI2.1 Rujukan pihak yang terlibat.2.2 Pengumpulan data 2.3 Mesyuarat2.4 Penyediaan RPI2.5 Pelaksanaan2.6 Penilaian 2.7 Penulisan RPI2.8 Matlamat2.9 ObjektifPENYEDIAAN DAN PELAKSANAAN RPIPenyediaan RPI memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat dengan murid berkeperluan khas untuk sama-sama merancang program yang paling sesuai untuk murid berkenaan.CARTA ALIRAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDURUJUK PIHAK YANG TERLIBATPENGUMPULAN MAKLUMATMESYUARATPENULISANPELAKSANAANPENILAIAN OBJEKTIF / KEMAHIRAN BERIKUTNYA OBJEKTIF TERCAPAI OBJEKTIF / SRTATEGI BARU GAGAL 1. Rujukan pihak yang terlibatPada peringkat ini hubungan komunikasi yang baik perlu diwujudkan:Antara guru.Antara ibu bapa dan sekolahAntara sekolah dan agen luar yang berkaitan2.Pengumpulan dataMengumpul segala maklumat berkaitan dengan kekuatan,kelemahan dan keperluan murid yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran.Maklumat dikumpul melaluiBorang biodata muridSejarah hidup termasuk aspek kesihatan dan perkembangan Ujian diognostikPemerhatian ke atas murid.Perkara yang perlu diberi perhatian dalam proses pengumpulan maklumat ialah: Cara mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan murid.Individu yang akan mengumpul maklumat berkenaan, jenis bantuan yang diperlukan dalam proses mengumpul maklumat.Sejauh mana penglibatan murid.Sejauh mana penglibatan ibu bapa.Sejauh mana penglibatan khidmat sokongan.Maklumat yang terkumpul hendaklah dianalisis, dirumus dan dicatat dalam borang rumusan data awal sebagai panduan semasa sesi mesyuarat AJK RPI.3. Mesyuarat Mesyuarat RPI mempunyai dua fungsi utama iaitu: 3.1 Aspek tugasan Berkongsi maklumatMenyediakan matlamat dan objektif.Menyenaraikan strategi pengajaran.Membahagikan tugas kepada individu yang terlibat dalam pengajaran.Menyediakan kriteria penilaian .Menetapkan tarikh penilaian / semakan semula. 3.2 Tanggungjawab Pastikan setiap orang berpeluang untuk mengeluarkan pendapat.Menerima pendapat dan persepsi daripada orang lain.Menghormati setiap orang tanpa mengira pangkat dan jawatan.

Dalam peringkat ini perkara-perkara berikut perlu dilakukan

Wujudkan jawatankuasaMengedarkan maklumat yang diperolehi semua ahli yang terlibat.Mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Guru Besar atau mana-mana pentadbir di sekolah. 4. Penyediaan RPI (PENULISAN)Bahagian penting dalam proses pembinaan RPI ialah pendokumentasian.Perlu di ingat bahawa dalam pendokumentasian RPI tiada format khusus yang harus diikat.Penulisan RPI perlu mempunyai komponen-komponen berikut.

Objektif khusus untuk murid.Strategi pengajaran yang terperinci.Profesional pengajaran yang terperinci.Profesional atau individu yang akan bertanggungjawab terhadap tugas berkenaan.Resos yang diperlukan untuk mencapai objektif.Prosedur penilaian yang terperinci. 5. PelaksanaanDalam peringkat ini,segala resos dan kemudahan bantuan perlu diselaras, dan dipantau untuk membantu pencapaian pengajaran guru.Perkara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:Penyelarasan resos dan kegunaannya.Mengenal pasti individu yang bertanggungjawab tentang pelaksanaan .Penyelarasan programBantuan dan sokongan guru.Pemantauan dan penilaian program.6. Penilaian Pada peringkat ini, mesyuarat penilaian perlu dibuat .

Maklumat tentang pencapaian dan perkembangan murid dikumpul dan diedarkan kepada ahli.

Maklumat yang tepat tentang pencapaian dan perkembangan murid perlu di bentangkan oleh guru.

Segala maklumat ini perlu dibincang bersama ahli jawatan kuasa bagi tujuan pemantauan .

Jika perlu ,strategi yang lain, perlu dirangka untuk mencapai objektif dan matlamat telah dicapai,program yang seterusnya dirangka sesuai dengan matlamat berikutnya. CARTA ALIRAN PENILAIANBAHAGIAN 31.PENULISAN RPISetiap RPI harus mengandungi perkara-perkara yang berikut:Nama ajk: guru besarGuru khas Ibu bapaPara profesionalDan lain-lain.

Matlamat: Jangka panjangJangka pendek

Pencapaian murid Jangka masa untuk mencapai objektif Pilih bidang bidang yang penting sahaja.Tumpu kepada satu atau dua perkara pada satu-satu masa.

Objektif Objektif merupakan sasaran dalam jangka masa yang ditetapkan.Objektif perlu dinyatakan dengan terperinci dan tepat.Objektif hendaklah disenaraikan menurut keutamaan.PENULISAN RPIv) Prosedur dan Kriteria PenilaianKriteria penilaian boleh juga dijadikan sebagai sebahagian daripada objektif

vi) Strategi PengajaranBahagian ini menentukan murid dapat mencapai objektif pengajaran

PENULISAN RPIvii) ResosGuru perlu memastikan resos tersedia pada waktunya. RPI juga perlu menyatakan dengan jelas objektif yang akan dicapai dan resos yang akan digunakan, seterusnya bagaimana resos itu dapat digunakan untuk mencapai objektif berkenaan.

viii) Orang yang bertanggungjawabMenyatakan individu yang bertanggungjawab untuk memastikan murid mencapai objektif pembelajaran.PENULISAN RPIix) Inklusif Harus dijelaskan jangka masa dan sebab-sebab mengapa murid-murid berkenaan diinklusif ke kelas biasa.

x) Catatan Digunakan untuk ulasan penulis atau pihak-pihak yang berkaitan.Digunakan sebagai rekod.Digunakan untuk mencatat penggunaan resos.Ditulis selepas penilaian dijalankan.2. MATLAMAT

Matlamat ialah objektif jangka panjang yang menyatakan tentang kemampuan secara umum apa yang akan berlaku kepada murid.

Apabila memilih matlamat, perkara-perkara berikut perlu ada:Bersifat positifMengambil kira kekuatan muridTidak terhad kepada keperluan murid itu sahajaMatlamat dirancang bersama ibu bapa dan guru

Perbincangan penulisan matlamat hendaklah dilakukan sebelum mesyuarat RPI dijalankan secara rasmi.

3. OBJEKTIF

Objektif ialah pencapaian yang akan dicapai oleh murid dalam jangka masa pendek yang mana kemahiran itu akan membantu untuk mencapai matlamat.

Objektif boleh dikategorikan sebagai:Objektif tingkahlakuObjektif pengajaran dan pembelajaranPENYEDIAAN DAN PELAKSANAAN RPI

4. OBJEKTIFKeperluan Dan Kebaikan Menulis Objektif:

Menggalakkan perancangan pengajaran dan penilaian yang sistematik.Meningkatkan kebolehpercayaan. Boleh digunakan oleh semua pihak sebagai pengukur sama ada apa yang boleh diajar sudah tercapai atau belum.Meningkatkan motivasi murid.OBJEKTIFKeperluan Dan Kebaikan Menulis Objektif:Menyediakan guru untuk merancang pembelajaran dengan lebih tepat dan lengkap. Guru merancang jenis-jenis kemahiran yang akan diajar kepada murid. Ini akan membantunya merancang mengikut keperluan murid.

Objektif yang ditulis dengan jelas akan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada semua pihak tentang apa yang diharapkan dan bila ianya akan dicapai oleh murid.

Ia juga memberi peluang kepada guru untuk berbincang dengan semua pihak yang terlibat.

Menjadi asas menentukan matlamat pengajaran dan membantu menjelaskan lagi perkara yang hendak diajar.5. KOMPONEN OBJEKTIF PENGAJARANTingkah laku yang akan dilakukan oleh murid.Keadaan yang mana murid akan melakukan tingkah laku.Kriteria untuk menjayakan perlakuan tingkah laku.Murid yang terlibat.6. PERINGKAT-PERINGKAT PENULISAN OBJEKTIFBila dan di mana tingkah laku itu berlaku.

Tanda-tanda yang memberi gambaran bahawa murid itu telah mencapai objektif.

Contoh kepada teras objektif: Murid boleh menyebut perkataan dengan betul yang terdiri daripada dua suku kata terbuka dan tertutup.

Murid boleh melontar bola dengan menggunakan dua belah tangan.

Murid boleh duduk diam di tempat sendiri selama 5 minit. 7. Pemilihan objektif Adakah dengan pencapaian objektif ini akan membantu pencapaian matlamat?Adakah ibu bapa telah diberitahu tentang objektif ini?Adakah objektif itu sesuai dengan murid berkenaan?Bagaimanakah objektif itu bersesuaian dengan kemahiran lain yang perlu dicapai oleh murid?Bagaimanakah objektif itu bersesuaian dengan program yang dijalankan dalam bilik darjah?BORANGRANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDURANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDUMata Pelajaran :Nama murid : Tarikh lahir :Tarikh Mula : Tarikh Semak :Pengetahuan Sedia Ada :Matlamat :

Objektif Strategi Pengajaran dan pembelajaranPenilaian Catatan CONTOH RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SEKOLAH RENDAH Mata Pelajaran : Bahasa MelayuNama Murid : Awang Bin Ali Tarikh Lahir : 2 Mei 1994Tarikh mula : 1 Mac 2003 Tarikh Semak : 1 Mei 2003Pengetahuan Sedia Ada : Awang boleh membezakan bunyi-bunyi yang terdapat di sekelilingnya.Matlamat : Awang boleh membezakan bunyi vokal a, e, i, o dan u.

Objektif Strategi Pengajaran dan PembelajaranPenilaian Catatan Awang boleh :- Mengajuk bunyi vokal awal a, i, dan u yang didengar sebanyak lima kali.Memperdengarkan rakaman bunyi-bunyi yang berkaitan dengan bunyi-bunyi vokal awal.Memperdengarkan nyanyian lagu-lagu vokal awal.a a a a adiki i i i ikanu u u u udang3. Menyanyikan lagu vokal awal 4. Menyebut vokal awal sambil mengangkat lambang vokal.Jangka masa:

2 bulan

PemerhatianUjian lisan; betul dengan 10 kali ulangan.Awang dapat mengajuk bunyi vokal awal a, I dan u dengan betul dan tepat 10/10CONTOH SURATRANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU....Tarikh :Kepada :Pengetua / Guru Besar...

Tuan,

PERSETUJUAN PELAKSANAAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini dimaklumkan bahawa saya .. Ibu bapa kepada .. Bersetuju dengan pelaksanaan Pendidikan Individu yang dijalankan terhadap anak saya bagi tujuan meningkatkan keberkesanan pembelajarannya.

2. Kerjasama dari pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,Kelas Pendidikan Khas Bermaslah Pembelajaran,S. K. Datuk Akhir Zaman,71200 Rembau,Negeri Sembilan. 1 OGOS 2003

Melalui,

Guru Besar,S. K. Datuk Akhir Zaman,71200 Rembau,Negeri Sembilan.

Kepada,..

Tuan, MESYUARAT PELAKSANAAN PERANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDUDengan segala hormatnya, dan sukacitanya menjemput tuan / puan untuk hadir ke mesyuarat sebagaimana yang tersebut di atas. Maklumat tentang mesyuarat tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh : Hari :Masa :Tempat :

Kerjasama tuan / puan amat dihargai oleh pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Saya yang menurut perintah,..(Penyelaras PKBP)

SEKIAN, TERIMA KASIH