RPH Tahun 3 Jisim

download RPH Tahun 3 Jisim

of 2

Transcript of RPH Tahun 3 Jisim

  • 7/27/2019 RPH Tahun 3 Jisim

    1/2

    RANCANGAN PROGRAM HARIAN

    (Tanpa program LINUS Numerasi )

    Matapelajaran : Matematik

    Kelas : 3 Ceria

    Masa : 8.10 pagi 9.10pagi

    Bilangan Murid : 20 orang

    Tajuk : Jisim

    Standard Pembelajaran : 12.2 ( i )

    Objektif Pembelajaran :

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid berupaya untuk :

    i. menambah hingga tiga jisim yang melibatkan

    a. kilogram

    b. gram

    c. kilogram dan gram

    Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

    1. Murid dipilih secara rawak untuk menyebut sebarang nombor bulat dalam lingkungan1 hingga

    1 000 dalam unit kilogram sahaja.

    2. Semua murid menulis jisim yang telah disebutkan oleh rakan mereka di atas meja masing -masing dengan menggunakan kapur tulis.

    3. Murid melakukan operasi tambah bagi jisim jisim yang disebutkan.

    4. Seorang murid menunjukkan dan menerangkan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan

    jawapan.

    5. Murid yang menggunakan kaedah berbeza di beri peluang untuk menerangkan kaedah yang

    digunakan.

    6. Guru dan murid berbincang kaedah penyelesaian yang betul.

    7. Ulang aktiviti ini dengan menggunakan unit gram, kilogram dan gram.

    Elemen Merentas Kurikulum ( EMK )

    Kreativiti dan inovasi. Keusahawanan

  • 7/27/2019 RPH Tahun 3 Jisim

    2/2

    Bahan Bantu Belajar

    Lembaran kerja (rujuk modul m/s 78)

    Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran :

    Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di lembaran kerja .

    Kebolehan murid menyebut dan menambah dengan unit jisim.

    Refleksi:

    1 daripada 20 murid yang belum mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing dalam kelas yang akan

    datang . 19 murid menguasai kemahiran yang diajar dan di beri aktiviti pengayaan.