Rph kssr menggambar

6
Tahun : Tahun 1 Aman Bidang : Menggambar Aktiviti : Kolaj Tema : Alam Benda Tajuk : Ikan Peliharaanku Masa : 60 minit Media : Alat : Pensel, gam dan gunting Bahan : kertas lukisan dan kertas warna Bahan Bantu Mengajar : i. Klip video cara membuat kolaj ii. Persembahan multimedia pengertian kolaj dan bahan yang diperlukan untuk membuat kolaj. iii.Contoh lukisan ikan menggunakan teknik kolaj. EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif STANDARD KANDUNGAN : 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni warna dan rupa) 2. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karya 3. Apresiasi terhadap karya seni.

Transcript of Rph kssr menggambar

Page 1: Rph kssr menggambar

Tahun : Tahun 1 Aman

Bidang : Menggambar

Aktiviti : Kolaj

Tema : Alam Benda

Tajuk : Ikan Peliharaanku

Masa : 60 minit

Media : Alat : Pensel, gam dan gunting

Bahan: kertas lukisan dan kertas warna

Bahan Bantu Mengajar : i. Klip video cara membuat kolaj

ii. Persembahan multimedia pengertian kolaj dan

bahan yang diperlukan untuk membuat kolaj.

iii.Contoh lukisan ikan menggunakan teknik kolaj.

EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif

STANDARD KANDUNGAN :

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni warna dan rupa)

2. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam

penghasilan karya

3. Apresiasi terhadap karya seni.

STANDARD PEMBELAJARAN :

1.1 Persepsi Estetik 1.1 Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami bahasa seni visual

yang terdapat pada karya seni1.1.1 unsur seni1.1.1.1 Garisan- lurus dan melengkung (untuk lakaran)1.1.1.2 Rupa – organik & geometri

Page 2: Rph kssr menggambar

1.1.1.3 Warna –premier,sekunder, tertier

1.2 Aplikasi Seni 1.2 Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis media1.2.1.1 Alat-gunting1.2.1.2 Bahan – kertas lukisan, kertas warna1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya1.2.2.1 Teknik – kolaj

1.3 Ekspresi Kreatif 1.3 Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif1.3.2 Menggunakan unsur seni( garisan, warna dan rupa) dalam penghasilan karya1.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual

1.4 Apresiasi Seni 1.4 Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan.1.4.1 Mempamer hasil karya yang dihasilkan1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan

Page 3: Rph kssr menggambar

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik

Guru menayangkan klip video tentang cara-cara membuat lukisan ikan peliharaan menggunakan teknik kolaj.

Murid melihat klip video dengan penuh perhatian.

Murid dapat mengenalpasti objek yang

ditayangkan

Aplikasi Seni

Guru memberi penerangan sambil memaparkan persembahan multimedia tentang pengertian kolaj.

Guru memberitahu murid bahawa mereka perlu menghasilkan lukisan ikan perliharaan dengan menggunakan teknik kolaj.

Bersoal jawab dengan murid mengenai kefahaman mereka tentang konsep kolaj.

Ekspresi Kreatif

Guru menunjukkan contoh lukisan ikan menggunakan teknik kolaj yang telah guru sediakan.

Murid menghasilkan kolaj ikan dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.

Page 4: Rph kssr menggambar

Langkah 1

Melukis lakaran ikan di atas kertas lukisan.

Langkah 2

Gunting atau koyak kertas warna menjadi cebisan kecil.

Langkah 3

Tampal cebisan kertas pada motif ikan yang dilakar.

Ulangi langkah tampalan sehingga memenuhi semua ruang motif ikan.

Apresiasi Seni

Murid menghantar hasil karya mereka.

Murid mempamerkan hasil karya seni kolaj dan menceritakan hasil karya seni sendiri.

Guru membuat rumusan dan menanya dua soalan untuk menguji minda iaitu :1) Apakah maksud kolaj?2) Cara-cara membuat teknik kolaj?

Page 5: Rph kssr menggambar