Ring Kasan

50
PENGENALAN Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan serta mempunyai minda kelas pertama. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Modal insan minda kelas pertama sering dikaitkan dengan taraf pendidikan seseorang tetapi tidak semestinya bergantung kepada faktor pendidikan. Nilai modal insan juga bergantung kepada pemilikan ilmu dan kemahiran yang bergantung kepada situasi atau konteks persekitaran. Dalam pembentukan yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, peranan guru pada hari ini akan mampu menyediakan generasi modal insan minda kelas pertama. Justeru, dalam memastikan pencapaian misi dan visi negara untuk melahirkan

description

:)

Transcript of Ring Kasan

PENGENALANPendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan serta mempunyai minda kelas pertama. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Modal insan minda kelas pertama sering dikaitkan dengan taraf pendidikan seseorang tetapi tidak semestinya bergantung kepada faktor pendidikan. Nilai modal insan juga bergantung kepada pemilikan ilmu dan kemahiran yang bergantung kepada situasi atau konteks persekitaran.Dalam pembentukan yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian.

Oleh yang demikian, peranan guru pada hari ini akan mampu menyediakan generasi modal insan minda kelas pertama. Justeru, dalam memastikan pencapaian misi dan visi negara untuk melahirkan sumber manusia yang mempunyai minda kelas pertama dan kualiti bertaraf dunia, sebagai seorang pendidik, pengamalan nilai-nilai integriti amatlah penting dalam melahirkan generasi insan minda kelas pertama kerana kita membayangkan betapa dengan implikasi modal insan ini akan menjanjikan sebuah tamadun yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Untuk mempersiapkan diri mengambil bahagian dalam masyarakat dan misi negara, pembangunan modal insan bermutu tinggi menjadi salah satu keperluan yang dahulunya mungkin hanya dianggap sebagai suatu kemewahan. Maka, pembangunan modal insan ini pula memerlukan kepada Minda Kelas Pertama supaya elemen mikro dalam masyarakat ini memberi implikasi makro terhadap pembangunan negara (Zaini Ujang :2008).

Bertepatan dengan dasa kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta penghayatan nilai murni, kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi memastikannya sentiasa holistik dan sentiasa relevan agar generasi ini akan sentiasa dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Secara umumnya, pada tahun 1983 satu kurikulum sekolah rendah telah diperkenalkan dan dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). 10 tahun kemudian, kurikulum sekolah rendah telah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah sebelum Kementerian Pelajaran menjalankan semakan KBSR pada tahun 2003.

Mulai 2011, kurikulum sekolah rendah akan menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Keupayaan negara menghasilkan modal ins an berkualiti sememangnya tidak boleh disangkal lagi dengan kelahiran siswazah yang sentiasa meningkat dari masa ke masa. Namur, peluang pekerjaan yang terhad mengikut kemahiran yang dimiliki menyebabkan berlakunva pembaziran dari pelbagai aspek terutamanya kepada aspek pembangunan negara.

Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara.Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas. Kurikulumyang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar bagi perkembangan menyeluruh meliputi dimensi insrtrumental / sosial dan dimensi intrinsik.Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing (Akta Pendidikan 1996).Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia.Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008).

PEMBANGUNAN MODAL INSANPENDIDIKAN masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal insan pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baru akan dapat membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju.

Pembangunan modal insan merupakan satu agenda penting negara bagi mengupayakan kapasiti negara ke arah mencapai status negara maju sejajar dengan Wawasan 2020. Sumber guna tenaga negara yang dihasratkan harus memiliki ciri-ciri unggul bagi menyediakan mereka dengan cabaran dunia menjelang 2020. Maka, pembangunan kapasiti sumber insan perlu dilaksanakan secara terancang dan berkesan bermula dari sekarang. Usaha ini telah diterapkan mula dalam sistem pendidikan negara melalui pengisian kandungan kurikulum dan aktiviti pembelajaran yang mengarah kepada pembangunan kapsiti jasmani, emosi, rohani dan intelek relevan dengan keperluan semasa dan masa akan datang. Sememangnya, pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan kapasiti modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Melalui pendidikan, modal insan itu boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Modal insan yangingin dihasilkan perlu mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta dan mempelopori teknologi baru, berdaya tahan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang bersifat dinamik. Strategi pembangunan kapasiti modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagipenyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu pelajarpelajar ini akan dilengkapi dengan kemahiran komunikasi berkesan, kebolehan mengunakan ICT dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional; mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat;mempunyai nilai yang tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

Era milenium menyaksiakan cabaran yang bersifat sejagat yang merentasi sempadan geografi mahupun sosiologi. Negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi.Oleh itu pendidikan memerlukan transformasi dan penyesuaian dengan perubahan semasa. Pendidikan dalam era milenium perlu bercirikan unsur global dan pada masa yang sama tanpa meninggalkan yang asal yang bersifat lokal. Pendidikan perlu mampu melahirkan warganegara Malaysia yang berupaya merancang masa depan mereka, mampu menghadapi cabaran baru, berupaya membuat pilihan dengan masa depan mereka, berupaya membuat pilihan dengan bijak,tepat dan sesuai dengan cabaran semasa yang akan dihadapi. Sehubungan itu pendidikan perlu dikaitkan dengan senario semasa dan masa hadapan yang dapat dilihat daripada aliran pembangunan dan kemajuan teknologi semasa khususnya ICT. Perancangan pendidikan umumnya perlu bersifat futuristik, fleksibel,dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat profil bangsa dan warganegara Malaysia yang diharapkan.Pendidikan di Malaysia kini berada dalam keadaan yang lebih mantap berbanding sebelumnya. Perkara ini disebabkan pendidikan di negara ini berkembang dari semasa ke semasa selaras dengan keperluan dan cabaran, atau dengan kata lain pendidikan mengalami kristalisasi iaitu ke arah yang lebih mantap dan cemerlang. Perkembangan sektor pendidikan dilihat penting dan diberi keutamaan seperti juga sektor-sektor yang lain kerana pendidikan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan, baik kepada pembangunan insan mahupun kepada pembangunan negara.Pendidikan adalah satu mekanisma penting terhadap pembangunan insan dan juga pembangunan negara.Kurikulum dan kokurikulum di sekolah atau Universiti adalah menjurus ke arah pembinaan insan yang berketrampilan, seimbang , mencapai tahap profesional yang tinggi bagi menggalas hasrat dan wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.Pendidikan yang bermula di peringkat asas sekolah rendah,menengah,seterusnya ke peringkat Pengajian Tinggi merupakan proses yang berkesinambungan yang mesti dilalui dengan cemerlang dan berkualiti supaya dapat mengambil manfaat sepenuhnya daripada sistem pendidikan yang ada ini bagi melahirkan modal insan dan tenaga manusia yang mempunyai kepakaran. Pendidikan insan yang sempurna merupakan petunjuk bahawa negara bakal mencapai pembangunan yang mapan.Pendidikan merupakan suatu proses mendidik insan untuk memperoleh keilmuan sehingga dapat mengubah tingkah laku seseorang mengikut tingkah laku dan amalan yang dikehendaki. Pendidikan dapat mengembangkan potensi individu ke arah membina akhlak, budi pekerti dan keperibadian mulia serta keimanan manusia.Pendidikan juga dapat membangunkan aspek sosial seseorang iaitu sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Dengan kata lain pendidikan adalah berfungsi untuk pembangunan insan dan seterusnya membawa kepada pembangunan negara. Melalui pendidikan seseorang itu akan membangunkan dirinya sendiri terlebih dahulu seterusnya membangunkan keluarga, masyarakat dan negara.Matlamat ini adalah selari dengan matlamat pendidikan Malaysia yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu; Pendidikan di Malaysia merupakan usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggung jawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.Sebagaimana yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan di atas, jelaslah bahawa fungsi pendidikan adalah bertujuan untuk perkembangan secara seimbang dan harmonis unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan akan membangun insan yang berketrampilan. Dalam usaha mencapai matlamat ini perkembangan unsur intelek, rohani dan jasmani tidak boleh dilakukan secara terasing atau terpisah antara satu sama lain. Seharusnya perkembangan ini perlu berlaku serta bersepadu dengan berpaksikan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Penekanan yang dilakukan terhadap mana-mana satu unsur sahaja akan melahirkan individu yang tidak seimbang. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan adalah sselaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Salah satu elemen yang terkandungdalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berperanan bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan merupakan satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan dalam konteks pendidikan tinggi pula bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma sahaja tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang yang bertanggungjawab. Dalam membangunkan insan, pembentukan sahsiah adalah antara perkara yang penting. Usaha ini bagi membetuk generasi masa hadapan dengan sahsiah, keperibadian dan akhlak yang tinggi. Ketinggian keperibadian dan akhlak yang terbentuk dalam diri setiap individu pelajar terutamanya remaja akan menjadi teras kepada pembangunan negara. Pada usia muda remaja pelajar mudah terpengaruh dengan hedonism yang boleh membawa kepda aktiviti sosial yang kurang berfaedah seterusnya membawa ke kancah maksiat seperti mabuk, menagih dadah, merempit, melacur diri, berfoya-foya dan lain-lain. Gejala tersebut perlu dibenteras dan langkah-langkah perlu di ambil untuk menanganinya sebelum ia merebak danmejadi semakin berleluasa. Justeru, pembangunan insan yang komprehensif melalui pendidikan diharap dapat membendung gejala soosial daripada terus menular.Oleh kerana pendidikan akan melahirkan individu yang seimbang daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani maka potensi intelek perlu diperkembangkan kerana seseorang perlu mempunyai kemampuan untuk berfikir secara logik dan rasional, membuat keputusan yang tepat dan menyelesaikan masalah dalam kehidupanya secara bijaksana. Pemikiran kreatif dan kritis perlu diperkembangkan secara seimbang. Perkara ini penting kerana didapati ramai yang boleh bertindak secara kreatif tanpa memikirkan secara kritis akan kesan-kesannya.Matlamat Pendidikan ialah bertujuan melahirkan insan yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :1. Percaya dan patuh kepada Tuhan2. Berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia3. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara4. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu5 .Memupuk perpaduanSelain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, dapat mencapai matlamatnya iaitu :1. Melahirkan insan yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya.2. Menghasilkan insan yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannyaberupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbanganterhadap kemajuan dan pembangunan.3. Melahirkan insan yang taat setia dan cinta kepada negara4. Melahirkan insan yang memahami dan bersikap toleransi, demi mewujudkan perpaduan.Tujuan Pendidikan juga ialah untuk mempergiatkan aktiviti kehidupan bangsa dan mengembangkan potensi manusia, iaitu manusia yang beriman dan bertakwa terhadap Tuhan Yang Maha Esa dan berbudi pekerti luhur, memiliki pengetahuan dan ketrampilan, mempunyai kesihatan jasmani dan rohani, memiliki keperibadian yang mantap dan mandiri serta memiliki rasa tanggung jawab kemasyarakatan dan kebangsaan.Pendidikan adalah pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Pencapaian yang dijana melaui sistem pendidikan akan menentukan hala tuju negara pada masa depan.Malahan proses pendidikan merupakan kaedah yang sangat berkesan bagi membentuk dan mengembangkan minda jiwa dan rohani ke arahmengenali diri dan mencapai tahap kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna. Daripada perspektif yang berbeza bidang pendidikan adalah jambatan yang membawa pengetahuan, latihan, potensi, minat dan semua elemen kualiti yang ada pada manusia iaitu modal insan ke suatu dimensi yang lebih dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan negara. Contoh yang dapat dilihat ialah Jepun dan korea Selatan adalah dua buah negara yang aset materialnya yang sedikit, berjaya membuktikan bahawa pembangunan modal insan yang mantap dapat membantu memajukan diri dan negara mereka standing dengan negara-negara maju yang lain.Perkembangan pembangunan pendidikan di nagara ini dengan pertambahan bilangan institusi pengajian tinggi awam dan swasta akan turut mempercepatkan proses pembangunan insan kerana rakyat yang terpelajar adalah kunci kepada pembentukan negara maju pada tahun 2020 nanti. Pendidikan mengenai nilai hidup juga dianggap sebagai modal insan ke arah meningkatkan aset itu sendiri. Oleh itu modal insan adalah harta terpenting yang ada pada seseorang yang juga boleh membawa kemajuan kepadanya. Dua elemen yang penting sebagai pelaburan masa depan dalam modal insan itu ialah pendidikan dan latihan. Institusi pendidikan seperti sekolah, Universiti, kelas komputer, pembelajaran kesihatan dan perbincangan-perbincangan mengenai nilai hidup juga dianggap sebagai modal insan ke arah meningkatkan kualiti insan itu sendiri.Kekuatan modal insan bermakna kekuatan tenaga kerja yang melibatkan semua lapisan dan semua sektor samada peringkat kepimpinan, pengurusan, kakitangan, dan banyak lagi, menjadikan sesuatu bangsa berkeupayaan dan berkemampuan untuk bersaing dan sama-sama membina negara maju. Modal insan ialah suatu punca kekuatan yang boleh menjana kekuatan negara, trasformasi kebudayaan dan peningkatan tamadun negara. Modal insan menjadi tulang belakang untuk mencapai pembangunan. Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke 21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Justeru, perancanga pendidikan perlu dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia.Teras pertama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi. Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sstem pendidikan bagi melahirkan warganegara glokal yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan tempatan.Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.Bidang pendidikan bukan sahaja dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik minda tetapi juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk memikul amanah bagi membantu memajukan negara. Modal insan yang mempunyai celik minda dan nilai-nilai ditambah sangat penting untuk melakukan anjakan besar selain mampu bersaing untuk berjaya.Pendidikan tinggi memainkan peranan utama dalam mencorakkan insan yang dikehendaki untuk pembangunan manusia dan negara.Perubahan dan anjakan baru dalam pendidikan tinggi bertepatan dengan usaha kerajaan mewujudkan modal insan yang dinamik dengan daya saing yang tinggi bagi menjana kemajuan negara dalam semua aspek. Pewujudan modal insan yang berkemahiran tinggi dalam berbagai bidang kepakaran yang dilengkapi pula dengan kemahiran insaniah dan nilai kerohanian menjadi tunjang yang kukuh bagi menjayakan sektor ekonomi dan seterusnya menjana kekayaan negara.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris.

KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.

Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Bermula tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan dan mengisi proses transformasi pendidikan oleh KPM bagi memastikan sistem pendidikan Malaysia setanding dengan piawaian antarabangsa. Kurikulum baru ini diharap berupaya mencorak dan membentuk generasi yang memenuhi tuntutan FPK bagi menjamin kejayaan negara menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri pada tahun 2020. Pentaksiran baru ini tidak lagi bergantung kepada peperiksaan semata-mata tetapi merangkumi pencapaian murid-murid secara total dan holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Kurikulum standard ini digubal berasaskan dua standard iaitu pertama : Standard Kandungan yang merujuk kepada pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kedua : Standard Pembelajaran yang merupakan satu penerapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Adalah diharapkan perlaksanaan KSSR ini dapat membaharui Kurikulum sedia ada bagi memastikan ianya seiring dengan keperluan pendidikan semasa bagi membangunkan modal insan bertaraf dunia.

KSSR telah diperkenalkan pada tahun 2009 dan telah dilaksanakan di 500 buah sekolah. Kurikulum Berasaskan Standard ini memberikan penekanan kepada penguasaan literasi 4M iaitu kemahiran asas ICT, pengembangan fizikal, kognitif, sikap dan nilai bagi Tahap 1. Bagi tahap 2, penekanan kurikulum adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi kemaharan 4M serta menguasai kemahiran yang lebih kompleks, perkembnagan fizikal, kognitif, sikap dan nilai.KSSR adalah singkatan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah, yang juga merupakan kurikulum baru yang telah diperkenalkan pada tahun 2011. Sebenarnya, ia adalah berasal daripada KBSR yang telah diperkukuh dan ditambahbaik melalui transformasi kurikulum dalam aspek reka bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan kurikulum di sekolah. KSSR ini memberi penekanan kepada pembelajaran menyeronokkan, pengurangan bilangan mata pelajaran, serta memberi perhatian kepada pentaksiran berasaskan sekolah. Selain daripada itu, penghayatan dan pengukuhan nilai seperti perpaduan, alam sekitar dan patriotism juga diberi tumpuan melalui penglibatan murid dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah.

KSSR atau lebih dikenali dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah kurikulum piawai yang telah diguna pakai bermula pada tahun 2011, iaitu pada tahun lepas bagi murid-murid Tahun 1, menggantikan KBSR Semakan 2003 yang mana PPSMI menjadi agen perubahan sistem pendidikan pada waktu itu.

Matlamat penubuhan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini adalah untuk mewujudkan modal insan yang berkualiti iaitu mereka yang berpengetahuan dan berkemahiran, kreatif serta berinovatif. Selain itu, KSSR mensasarkan murid-murid mampu melepasi aras piawaian yang dikehendaki oleh sesebuah sekolah atau kerajaan. Pendidikan ini juga bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Mengikut SuratPekeliling Ikhtisas bilangan 11 Tahun 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia (rujuk di lampiran),Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diterapkan di semua sekolah rendah di Malaysia bermula 4 Januari 2011, termasuklah Sabah.Oleh itu, kerajaan telah memanggil semua guru yang akan mengajar murid-murid Tahun 1 di seluruh Malaysia.Walaupun KSSR akan diimplementasikan di Tahun 1, namun sistem KBSR Semakan 2003 akan masih diteruskan untuk murid tahun dua hingga tahun enam tahun hadapan sehinggalah kemungkinan sekali pada akhir tahun 2015.

Guru-guru di sekolah akan terlibat secara langsung dengan adanya transformasi ini di mana guru-guru lebih aktif mengajar jika hendak dibandingkan dengan yang lepas. Dengan berpandukan arahan-arahan yang membina dan kerja buat yang efektif, guru-guru akan menghasilkan keputusan pelajar-pelajar mereka yang cemerlang.

2.1 Prinsip KSSR

Prinsip Kurikulum Standard Sekolah Rendah tidak banyak perubahannya dan ia selaras dengan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Antaranya ialah memberi pendekatan bersepadu kepada murid.

KSSR menekankan perkembangan individu secara menyeluruh iaitu meliputi semua aspek. Antaranya ialah dari segi fizikal, daya fikir yang kreatif dan inovatif, motivasi kendiri, kognitif murid-murid, sosial dan emosi dan moral mereka. Sebagaimana prinsip KBSR sebelumnya, kerajaan menekankan setiap guru memberi pendedahan bagi memastikan perkembangan murid terjamin bermula tahun 1 lagi. Sebagai contoh fokus utama 4M. Semua murid diajar kemahiran yang sama dan dalam pengajaran, tidak ada konsep pilih kasih daripada guru.

Selain itu, KSSR memberikan peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid. Hal ini dapat dilihat di mana pihak kerajaan tidak pernah menghadkan kemasukan murid-murid tahun 1 setiap tahun di mana-mana sekolah di negara kita. Dari segi pengajaran harian, murid diwajibkan untuk mengambil matapelajaran yang telah ditetapkan mengikut kaum dan usia. Mereka tidak diberikan pilihan untuk mengambil matapelajaran mana yang mereka sukakan.

Pendidikan seumur hidup kepada setiap murid pelbagai kaum adalah salah satu prinsip penting penubuhan KSSR iaitu berlandaskan prinsip asal KBSR. Di zaman serba moden ini, dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi ditambah ke dalam standard kandungan KSSR bagi memastikan murid-murid tidak tercicir dari arus perkembangan semasa. Lebih-lebih lagi, pendekatan yang holistik didedahkan kepada setiap pelajar supaya tidak terpesong dengan ajaran-ajaran yang salah melalui persekitaran mereka.

DasarMembangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni

Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. KBSR disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).Semua sekolah rendah diMalaysiaakan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruhMalaysiabagi murid Tahun Satu 2011. Ia selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan mampu bersaing di peringkatglobal.Proses pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks. Guru-guru yang telah dilatih untuk melaksanakan KSSR dan ianya diharapkan dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Kurikulum berbentuk modular itu akan memberi peluang kepada semua pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri. Ia juga memupuk sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh menyerlahkan potensi mereka.Kurikulum itu akan menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran. Sebagai usaha membentuk pelajar seimbang dari segi akademik dan kesukanan, kurikulum baharu akan menjadikan sukan sebagai subjek mata pelajaran.

KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. KSSR mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan tetapi seiringan dengan KBSR.KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.Modul Asas Teras merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.Modul Asas Tema pula terdiri daripada Dunia Sains dan Teknologi, Malaysia Negaraku serta Seni Visual dan Muzik. Modul Asas Elektif pula pilihan bahasa seperti Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau Bahasa Arab. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Menjelang abad ke-21, pendidikan di Malaysia telah banyak mengalami perubahan dan pembaharuan seiring dengan tuntutan lokal dan global. Pada peringkat lokal, persoalan patriotis dan kewarganegaraan mendesak pendidikan dengan Sejarah dijadikan teras pada peringkat rendah. Kebejatan sosial turut menyaksikan sekolah dijadikan tempat penyemaian nilai dan budaya kemanusiaan menerusi Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial. Bahasa terus dijadikan sebagai alat perpaduan social dan pengukuhan bangsa menjadi fokus yang tidak pernah selesai sejak Penyata Razak (1956) hinggalah kepada pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI). Pembangunan modal insan bertaraf dunia dengan minda kelas pertama turut menambahkan kemahiran menaakul sebagai objektif pembelajaran melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di samping 3M yang sedia ada. Arah aliran kurikulum juga menuntut agar peperiksaan dan prosedur penilaian diubah daripada bentuk berpusat kepada penilaian berasaskan sekolah mengikut tahap keupayaan murid-murid. Perubahan dan pembaharuan yang sedang dan akan berlaku bermatlamat untuk membangunkan kapasiti modal insan secara terancang dan berkesan sebagai yang diharapkan.

KSSR MEMBANGUNKAN MODAL INSAN PELAJAR.Modal insan negara yang berkualiti merupakan elemen paling kritikal dalam mencapai Misi Nasional. Oleh itu pembangunan modal insan akan menjadi teras utama pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). Pembangunan modal insan akan dilaksanakan secara holistik merangkumi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan teknologi( S & T ) serta memiliki sikap, nilai dan etika positif dan progresif melalui pendidikan, latihan dan pendidikan sepanjang hayat.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata perlaksanan KSSR juga akan lebih menekankan kepada elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi yang diajar secara eksplisit kepada murid.

"Ini adalah untuk membentuk modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi," katanya semasa menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN-UMNO) pada persidangan Dewan Rakyat di sini Khamis.

Ismail bertanya mengenai keberkesanan sistem KSSR dalam mencapai matlamat pendidikan negara.

Wee berkata sistem ini akan lebih menekankan soal-soal pembentukan keperibadian mulia, mempunyai jati diri yang kukuh serta mempunyai ketahanan dan daya saing yang tinggi agar modal insan yang dilahirkan mampu menghadapi cabaran di masa hadapan.

"Kemahiran dan penguasaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga merupakan elemen yang diberi penekanan supaya murid-murid dapat dilengkapkan dengan kemahiran generik," tambahnya.Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven. Relevan dari segi pembangunan modal insan yang seimbang dalam menangani cabaran semasa dan masa depan.Transformasi kurikulum perlu berikutan Gagasan Ketiga Ucapan Dasar Y.A.B Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang menuntut supaya sistem Pendidikan Negara memberi penekanan kepada 4 aspek Pertama: PembangunanModal Insan, Kedua: Menghasilkan pelajar celik minda, Ketiga: Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat, dan Keempat: Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul al bab. Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan.

Gagasan ke-3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteridalam Perhimpunan Agung UMNO 2006menuntut supaya sistem pendidikan Negara memberi penekanan kepada: Pembangunan modal insan Penghasilan pelajar celik minda Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat Program membangunkan akalmanusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab

Maka, dengan memberi penekanan ini, KSSR dapat membangunkan modal insan pelajar berdasarkan 6 tunjang utama iaitu :(1) Komunikasi(2) Kerohanian, Sikap & Nilai(3) Kemanusiaan(4) Keterampilan Diri(5) Perkembangan Fizikal & Estetika(6) Sains & Teknologi

Tunjang Keterampilan Diri dalam KSSR (rujuk gambarajah Reka Bentuk KSSR) memastikan murid dididik dan dibimbing agar memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum.

Justeru, tiga elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICI) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia.

Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara lain, adalah langkah pertama kementenan membentuk modal insan yang berpontensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model Ekonomi Baru pada masa hadapan.

Realitinya, kebanyakan negara maju terlebih dahulu telah menjadikan kreatif dan inovasi dalam sistem pendidikan mereka kerana menyedari is adalah kunci untuk berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains.

Sungguhpun sistem pendidikan negara telah mengaplikasikan elemen-elemen tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), namun masih terdapat banyak ruang untuk diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya saing biarpun di peringkat global. Justeru, elemen kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk transfor-masi KSSR yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya tahan untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

Langkah kementerian yang berusaha menerapkan daya pemikiran kreatif dan inovasi bermula dari bangku sekolah rendah bermula Januari 2011 adalah tepat kerana bukan semua murid dilahirkan dengan bakat tersebut namun bukanlah mustahil untuk membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil.

Reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmuyang relevandengan keperluan setiaptunjang.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi; Fizikal dan Estetika; dan Keterampilan Diri. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan. Beberapa penamahbaikan telah dibuat dalam standard kurikulum Bahasa Malaysia. Antara penambahbaikan ialah penekanan aspek tatabahasa yang diajarkan secara khusus dalam waktu yang diperuntukan dan aspek Seni Bahasa diperkenalkan untuk membolehkan murid mengapresiasi keindahan seni dalam bahasa melalui unsur didik hibur. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia ini dijelmakan dalam standard kandungan dan standard pembelajaran yang lebih memfokuskan keupayaan murid berkomunikasi.

KOMUNIKASI ( BAHASA) Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain.

Sosial juga penting dan harus diserap ke dalam diri muridmurid sekolah. Sosial ini boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti seperti lakonan, perbincangan, dan lainlain lagi. Guru perlu menggalakkan para pelajar bergaul mesra dengan rakanrakan, dengan guruguru, dan dengan sesiapa sahaja supaya pergaulan atau aktiviti sosial mereka lebih baik. Apabila sosial mereka baik dengan persekitaran dan masyarakat mereka dapat bergaul mesra dan dapat berkomunikasi dengan baik. Sifat pemalu dapat dihindari dari dalam diri sesetengah murid.

Komunikasi KSSR menekankan cara belajar dua hala di dalam kelas iaitu guru mengajar dan murid belajar secara lisan dan bukan lisan. Sebagai contoh, murid berjaya menghidupkan suasana pembelajaran di dalam kelas dengan pelbagai idea yang dibentang atau dicadangkan. Manakala, guru menyokong pendapat murid jika ianya bernas dan berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.

Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yangberlaku di bilikdarjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengankemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilaitambah kemahiran menaakul.Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain.

Transformasi Kurikulum di Malaysia telah membawa banyak perubahan kepada kemampuan berbahasa dalam kalangan murid samaada ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan seterusnya apabila mereka terlibat dalam pelbagai aktiviti dalam kehidupan sebenar. Prestasi kebahasaan mereka hanya dapat ditentukan berdasarkan kualiti bahasa yang mereka hasilkan dalam mengutarakan pelbagai pendapat dalam pelbagai situasi komunikasi samaada di bilik darjah ataupun dalam kehidupan seharian. Dengan kata lain, kewibawaan berbahasa mereka sama ada semasa menghasilkan ouput atau memahami input bahasa akan terserlah apabila mereka melaksanakan proses komunikasi dalam menjalani pelbagai aktiviti atau melalui pengalaman kehidupan seharian.Kemampuan pelajar berbahasa Melayu dalam kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah dilaksanakan bermula dari tahun 2011 dilihat amat baik untuk perkembangan sosial dan meningkatkan keyakinan dan jatidiri murid. KSSR merupakan kesinambungan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dengan menerapkan pembangunan modal insan pelajar yang lebih holistik untuk memastikan sistem pendidikan di Malaysia setaraf dengan Negara maju yang lain. Pendekatan pembelajaran murid dalam KSSR telah membuka peluang yang lebih luas kepada pelajar untuk meningkatkan dayamaju dalam berbahasa bukan sahaja dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu malah semua bidang ilmu pengetahuan seperti Matematik, Dunia Sains dan Teknologi dan matapelajaran lain. Untuk menangani cabaran global abad ke-21, transformasi kurikulum memberi banyak impak kepada dayamaju berbahasa Melayu dalam kalangan murid untuk memastikan mereka memperolehi kemahiran berkomunikasi yang lebih berkesan seiring dengan matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025. Dengan erti kata lain, dayamaju berbahasa murid amat bergantung kepada sejauhmana pengetahuan bahasa yang diperolehi melalui pendekatan dan strategi pembelajaran dalam sesebuah kurikulum (Mahzan Arshad, 2003). Manakala transformasi Kurikulum amat membantu meningkatkan prestasi pencapaian murid agar lebih berdayamaju dan berkeyakinan dalam berbahasa serta membentuk jatidiri sebagai rakyat Malaysia yang bijak berkomunikasi secara berkesan. Dayamaju dalam berbahasa dengan menggunakan bahasa Melayu diharapkan dapat memartabatkan bahasa ibunda atau bahasa rasmi tanahair sesebuah Negara di mata dunia.Dayamaju untuk berbahasa merujuk kepada usaha dan kemampuan seseorang pengguna bahasa menghasilkan output bahasa yang gramatis dan bersesuaian dengan kepelbagaian situasi dan keadaan, dan juga kemampuan mereka memahami input bahasa yang diterima bersesuaian dengan keperihalan komunikasi iaitu bersesuaian dengan maksud yang diingini oleh penutur. Dengan kata lain, sesuatu input bahasa yang diterima oleh pendengar mestilah ditafsirkan bersesuaian dengan maksud yang cuba diketengahkan oleh penutur, dan bukannya sepertimana yang dikehendaki oleh pendengar. Berpegang pada pandangan Steinberg (1990) dayamaju berbahasa juga merujuk kebolehan penutur menghasilkan ayat-ayat tanpa had kepanjangan, dan juga tanpa had bilangan. Seseorang pengguna bahasa yang hanya mampu menghasilkan ayat berdasarkan hafalan dianggap belum lagi menguasai kemahiran berbahasa. Justeru itu, kriteria utama untuk menentukan sama ada seseorang pengguna bahasa telah menguasai kemahiran berbahasa dalam sesuatu bahasa apabila seseorang mempunyai kebolehan menghasilkan ayat-ayat secara spontan tanpa apa-apa kekangan kemampuannya. Transformasi kurikulum merupakan satu proses perubahan yang dinamik dan berterusan. Dalam konteks transformasi kurikulum, transformasi membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum: struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolahKurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. KBSR disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Semua sekolah rendah di Malaysia telah menggunakan satu kurikulum baharu yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bagi murid Tahun Satu 2011. Ia selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan mampu bersaing di peringkat global. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks.Guru-guru yang telah dilatih untuk melaksanakan KSSR dan ianya diharapkan dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam Bahasa Melayu. Kurikulum berbentuk modular itu akan memberi peluang kepada semua pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri. Ia juga memupuk sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh menyerlahkan potensi mereka. Kurikulum itu akan menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran. Sebagai usaha membentuk pelajar seimbang dari segi akademik dan berkemahiran berbahasa kurikulum baharu akan menjadikan kemahiran dwibahasa sebagai salah satu elemen penting merentasi semua bidang ilmu di sekolah rendah. Murid diberikan peluang yang lebih luas untuk meningkatkan dayamaju berbahasa Melayu bukan sahaja dalam konteks pendidikan bahasa Melayu sahaja malah menggunakan bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain dalam aktiviti dan eksplorasi murid meluahkan pandangan dan menyuarakan idea dan bersoaljawab dengan guru mereka secara aktif ketika belajar.Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa, Inggeris (MBMMBI) yang diperkenalkan tahun ini nyata bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan, bahasa perhubungan dan bahasa ilmu. Pada masa yang sama peningkatan penguasaan bahasa Inggeris turut diberi kepentingan supaya pelajar dapat bersaing dan meneroka ilmu di peringkat antarabangsa. Sukar untuk menafikan bahawa kedua-dua bahasa ini sememangnya memainkan peranan penting ke arah melahirkan modal insan berilmu, berkemahiran tinggi dan berketrampilan untuk memacu ekonomi berasaskan pengetahuan. Justeru, dalam usaha meletakkan MBMMBI pada tempat sewajarnya, maka beberapa kaedah dan strategi pelaksanaan diperkenal berasaskan langkah yang mampu melonjakkan keberkesanannya. Tumpuan utama ialah melalui transformasi kurikulum sekolah dan peningkatan kapasiti guru. Malah, kedua-dua aspek ini juga dikenal pasti berupaya menjadi elemen asas melahirkan sumber manusia yang mengisi keperluan negara. Untuk itu, kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa untuk menghadapi cabaran abad ke-21.Menerusi transformasi kurikulum, modul Pengajaran clan Pembelajaran (P&P) bagi kurikulum bahasa Melayu dan bahasa Inggeris disediakan berdasarkan kemahiran bahasa berkenaan, membabitkan proses mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain penekanan terhadap modul tatabahasa dan seni bahasa. Apa yang diharapkan melalui pendekatan modul sedemikian, setiap sesi pengajaran akan berupaya mewujudkan fokus kepada sesuatu kemahiran utama dengan mengintegrasikan kemahiran lain secara bersepadu. KSSR dibina berteraskan enam tunjang utama merangkumi komunikasi; sains dan teknologi; perkembangan fizikal dan estetika; kerohanian,sikap dan nilai; kemanusiaan; dan ketrampilan diri. Setiap tunjang mengandungi disiplin ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang seimbang dan berpemikiran kreatif, kritis dan inovatifMenurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. Manakala menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. Kamus Dewan edisi keempat pula mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah.

Keinginan untuk berbahasa dengan baik serta gayabahasa yang diamalkan oleh sesuatu kelompok penutur seringkali berbeza secara jelas dengan bahasa dan budaya kelompok lain. Aspek inilah yang membentuk satu identiti yang tersendiri bagi sesuatu kelompok pengguna bahasa. Biasanya, sesuatu kelompok akan sentiasa sensitif terhadap cabaran, persaingan dan kelunturan yang mungkin dihadapi oleh bahasa dan adatbudaya serta gaya mereka berbahasa ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sesuatu kelompok akan menjadikan dayamaju berbahasa sebagai satu jambatan perhubungan kepada kelangsungan perjalanan dalam menuntut ilmu pengetahuan secara lebih baik dan berkesan. Keupayaan berbahasa yang lebih berdayamaju mampu membimbing pelajar menghadapi persaingan di peringkat lokal, nasional atau global. Umumnya, ahli-ahli falsafah bahasa berpandangan bahawa bahasa bukan sahaja berperanan sebagai alat untuk menyalurkan pandangan atau pemikiran tetapi bahasa turut berperanan sebagai pembentuk atau pencetus pandangan atau pemikiran penutur. Hipotesis ini dikenali sebagai Hipotesis Relativiti Linguistik. Pandangan yang dikemukakan dalam Hipotesis Relativiti Linguistik ini boleh dirumuskan menurut pandangan yang pernah dikemukan oleh Whorf (dlm. Mangantar 1987). Whorf berkata "Setiap bahasa tidaklah hanya merupakan satu alat untuk menyuarakan idea-idea malahan merupakan pembentuk dan penentu idea-idea itu, merupakan program dan penuntun kegiatan mental seseorang, penentu analisis kesan dan sintesis struktur mental seseorang itu". Pandangan yang dikemukakan oleh Whorf secara jelas mengggambarkan bahawa bahasa pada aspek dan tahap yang tertentu dapat membentuk dan memberi peluang untuk manusia membuat pilihan dalam kehidupan. Ini seterusnya memberikan gambaran bahawa bahasa ialah salah satu unsur utama yang membentuk sikap dan mendorong kemajuan sesebuah masyarakat dalam pelbagai bidang bukan sahaja dalam bidang bahasa semata-mata. Penggunaan bahasa tidak sahaja dikekang oleh pelbagai kekangan nahu, tetapi juga oleh pelbagai kekangan budaya semasa berbahasa (Hamid 2011). Keadaan ini menggambarkan bahawa, peraturan-peraturan nahu dan peraturan-peraturan budaya sama-sama menentukan corak pemikiran dan tindakan anggota sesebuah masyarakat. Dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan dan kaedah pembelajaran yang diterapkan di dalam kurikulum baharu perlu mengambil kira aspek budaya untuk memastikan pelajar lebih mudah dan serasi serta berkeyakinan ketika berbahasa. Dalam membina jatidiri pelajar sebagai rakyat Malaysia, KSSR diakui amat mengambilkira aspek budaya dalam sesebuah masyarakat atau sesuatu bangsa dan lebih memberi keutamaan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara ini. Dengan kata lain, tanpa perlu mengkaji atau tinggal bersama sesebuah masyarakat, kita boleh mengenali masyarakat tersebut dengan intim dengan hanya mengkaji bahasa dan budaya masyarakat tersebut. Apabila seseorang pengguna bahasa menggunakan bahasa, sama ada dalam pemahaman input atau penghasilan output, persekitaran sosial atau persekitaran budaya merupakan suatu aspek yang akan menjadi pertimbangan utama. Ini bermaksud, bahasa tidaklah digunakan dalam sesuatu kekosongan, tetapi bahasa digunakan dalam konteks atau persekitaran sosial yang tertentu (Khalidi 2002). Oleh kerana itu juga, transformasi kurikulum KSSR ini menerapkan aspek keupayaan berbahasa dengan lebih holistik dan melangkaui sempadan bidang ilmu pengetahuan dalam setiap matapelajaran yang diajar di sekolah bukan hanya ditekankan dalam pendidikan bahasa Melayu semata-mata tetapi turut mengambil kira persekitaran budaya dan adat resam di Negara ini yang berbilang kaum dan agama.

KEROHANIAN, SIKAP & NILAI

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada ini.

Di samping itu, kehidupan seseorang murid tidak boleh terpisah dengan kerohanian, sikap dan nilai-nilai yang baik. Dari segi ini, murid diberi penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Bukan sahaja di dalam kelas dan sekolah, malah nilai ini secara terusnya akan disebarkan dalam kalangan mereka sendiri semasa berinteraksi di luar.

Tunjang kerohanian,sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek kerohanian, sikap dannilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui system pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia.Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada ini.

Justeru, kita tidak hanya memandang pembangunan fizikal semata-mata sebagai ukuran kemajuan sesebuah masyarakat. Acuan kita adalah pembangunan fizikal yang disertai dengan kekayaan mentaliti masyarakatnya. Apa gunanya pembangunan jika dalam masa yang sama masih banyak lagi timbul elemen-elemen yang boleh menjejaskan pembangunan itu semula. Kekayaan moral bukanlah suatu skop kelebihan yang kecil dalam pembangunan insan. Tetapi adalah meliputi aspek akhlak mulia, nilai murni, budi bahasa, integriti, beretika dan mengikut norma-norma sebagai masyarakat timur. Norma adalah peraturan masyarakat mengenai tingkah laku yang betul dan salah. Budaya pula adalah merangkumi cara hidup sesebuah masyarakat secara asli atau tersendiri yang bukan tiruan. Budaya seterusnya akan membentuk tamadun. Sesebuah masyarakat boleh dilabelkan sebagai berbudaya dan bertamadun dengan menjadikan cara hidup timur sebagai imej tersendiri.

Imej masyarakat kita adalah kaya dengan norma-norma istimewa yang kebanyakannya selari dengan hukum agama. Norma dan budaya ini perlulah dipertahankan untuk membentuk Minda Kelas Pertama dalam kalangan pelajar hari ini. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, sebagai seorang ahli dalam profesion perguruan saya akan menerapkan kepada pelajar dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan, telah ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan modal insan yang berkualiti, menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negaraDalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan begutu menekankan aspek rohani dan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu boleh menekankan aspek rohani ini ke dalam jiwa kanakkanak atau muridmurid. Aspek nilainilai murni berkait rapat dengan rohani ini. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, nilainilai murni boleh diterapkan ke dalam diri muridmurid seperti nilainilai kasih sayang, bekerjasama, disiplin, tolenransi, bertolak ansur, kesyukuran, dan pelbagai lagi. Jika nilainilai ini dapat disemat ke dalam diri muridmurid, muridmurid akan bersikap lebih keronahian dari segi tingkah laku dan akhlak mereka. Mereka bersikap lebih baik, menunjukkan kesopanan dan tidak melakukan perkaraperkara negatif. Dengan kata lain, sikap mereka akan lebih menjadi positif dan bertambah mulia..

Kemanusiaan

Tunjang Kemanusiaan dibina sejajar dengan keperluan Pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara & global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan konsep pembangunan berterusan (sustainable development) dan pembangunan sumber tenaga berterusan (sustainable and renewal energy).

Tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama, agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha pembangunan negara. Semangat patriotisme perlu ditanam dalam diri individu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian, Tunjang Kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar.

Nilai kemanusiaan dapat dipupuk melalui penubuhan KSSR. Murid-murid dapat mempelajari persekitaran dan belajar untuk menjaga kepentingan alam sekeliling mereka. Akhir sekali, keterampilan diri murid-murid iaitu daripada aktiviti-aktiviti kurikulum dan kokurikulm dapat mendedahkan sahsiah pelajar.

Tunjang ketiga iaitu tunjang kemanusiaan yang dibina sejajardengan keperluan pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawabmenyediakan individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara dan global. Kesedarantentang perkara ini akan mendorong kepadapengupayaan konsep pembangunan berterusan (sustainable development ) dan pembangunan sumber tenaga berterusan (sustainable and renewal energy). Selain itu,tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme danperpaduan.Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,budaya dan agama,agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usahapembangunan negara. Di samping itu, semangat patriotisme perlu ditanam dalam diriindividu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi.Oleh yang demikian,tunjang kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahirandan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti PendidikanSivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan AlamSekitar.

Keterampilan Diri Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satua agenda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan hariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti (kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan. Tunjang Ketrampilan Diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individu murid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Seterusnya, Tunjang KetrampilanDiri yang menjurus kepada salah satu agenda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti,patriotik, rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupanhariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis.Namun, pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti(kurikulum) dankegiatan kokurikulum yang dilaksanakan diperingkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan. Tunjang ketrampilan diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum.Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individu murid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilikdarjah danmengamalkannya dalam penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luarsekolah. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepadamurid memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakatdan negara.

Perkembangan Fizikal & Estetika

Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik.Perkembangan fizikal dan estetika murid juga berubah dan ini akan berterusan jika KSSR digerakkan sepenuhnya di setiap sekolah. Hal ini kerana bukan sahaja dunia Sains sahaja diberikan penekanan, malahan dunia kesenian juga diberikan perhatian oleh kerajaan. Perubahan ini akan meningkatkan daya imaginasi para pelajar dan akan memudahkan standard pengajaran seseorang guru.\Insan seimbang seperti yang dihasratkan melalui Falsafah Pendidikan kebangsaan perlulah seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu pendidikan jasmani dan kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat Tunjang Fizikal. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik.

Estetika mengikut Kamus Dewan adalah merujuk perkara yang berkaitan dengan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan ( terutamanya ) dalam bidang seni. Ini bermakna nilai nilai estetika diajar dalam setiap disiplin ilmu atau mata pelajaran seperti Pendidikan Seni, Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan lain lain.

Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang darisegi jasmani, rohani, emosi daninteleknya. Kesihatan jasmani murid menjaminpembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahapkematangan murid. Bidangpembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan.Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri.Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik.

Sains & Teknologi Tunjang Literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Di peringkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Murid perlu memahami konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik sains dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menguasai kemahiran proses sains melalui kegiatan penyiasatan saintifik yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi dan pengalaman seharian murid. Ledakan maklumat, globalisasi dan konsep dunia tanpa sempadan menuntut murid disediakan dengan literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan masa akan datang. Capaian maklumat melalui kemudahan jalur lebar atau infrastuktur internet tanpa wayar semakin menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Kemudahan ini perlu digunakan secara berkesan dan optimum supaya manfaat kemudahan transaksi maklumat(transfer of information) ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua.perubahan dari segi Sains dan Teknologi. Perubahan ini merupakan elemen penting dan penggerak dalam perubahan KSSR. Hal ini kerana KSSR ditubuhkan selari dengan pembangunan negara dan sistem pendidikan masa kini keseluruhannya hanya bergantung kepada sebuah alat canggih sahaja. Sebagai contoh, dunia di hujung jari iaitu penggunaan komputer dalam pembelajaran murid-murid di setiap sekolah. KSSR juga ditubuhkan bagi memastikan murid berkebolehan untuk menguasai ilmu pengetahuan matematik.

Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, reka bentuk tunjangliterasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi.Di peringkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT.ELEMEN TAMBAHANElemen-elemen yang terdapat di dalam KSSR yang dirujuk sebagai nilai tambah kepada Elemen Merentas Kurikulum:

Kreativiti dan inovasiKeusahawananTeknologi Maklumat dan Komunikasi

KSSR turut memperkenalkan 3 elemen nilai tambah iaitu elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berperibadian mulia. Ini merupakan langkah pertama Kementerian untuk membentuk modal insan yang berpotensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model Ekonomi Baru pada masa hadapan. Kebanyakan negara maju telah mengimplemantasikan kreatif dan inovasi dalam sistem pendidikan mereka kerana menyedari ia adalah kunci untuk berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains. Melalui KSSR, ia telah menerapkan daya pemikiran kreatif dan inovasi bermula dari bangku sekolah rendah. Ini bertepatan sekali kerana bukan semua murid dilahirkan dengan bakat tersebut namun bukanlah suatu yang mustahil untuk membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil. Selain daripada itu, peningkatan siswazah yang bergraduasi setiap tahun tidak berkadar terus dengan peluang pekerjaan tetapi pengangguran. Ini menyebabkan terjadinya pembaziran dari pelbagai aspek terutamanya kepada aspek pembangunan negara. Di dalam KSSR turut memperkenalkan elemen keusahawanan yang sememangnya mempunyai potensi besar untuk diterokai dan secara tidak langsung dapat mengurangkan bilangan siswazah yang menganggur sebaik sahaja bergraduat pada masa hadapan.Dengan ini, negara bukan sahaja melahirkan modal insan yang berkeupayaan dalam bidang sains dan teknologi malah berpotensi untuk menjadi usahawan dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara di masa hadapan.Kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi adalah cabaran yang perlu dihadapi generasi masa kini. Sehubungan dengan itu, setiap modal insan harus dipersiapkan dengan cabaran tersebut agar tidak ketinggalan dalam persaingan global. Seperti elemen nilai tambah yang lain, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diberi pengukuhan dan perlaksanaan secara eksplisit dalam KSSR. Murid akan didedahkan dengan kemahiran tersebut dalam proses P&P supaya dapat meningkatkan tahap kemahiran murid dalam pencarian maklumat yang berkesan. Dengan kemahiran ini juga dapat melahirkan modal insan yang celik IT untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P)

Peranan strategi pengajaran dan pembelajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Contohnya, dalam bilik darjah KSSR yang terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulan kuat, memerlukan pelbagai kaedah mengajar yang dirancang secara teratur untuk membentuk strategi pengajaran yang berkesan.

Pentaksiran dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaranmereka. Murid-murid selalu leka dan mempunyai daya fikir yang tersendiri dan mereka tidak boleh dikerah sesuka hati. Guru bijak bertindak jika dapat mengesan murid-murid yang keciciran dalam setiap sesi pengajarannya setiap hari. Oleh itu, pentaksiran yang berterusan amat penting untuk menilai murid-murid dari semasa ke semasa.

Guru-guru perlulah menggunakan pentaksiran yang pelbagai dan tidak hanya melakukan proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas sahaja. Ini bertepatan dengan matlamat KSSR yang mensasarkan setiap guru menyediakan modul pengajaran semasa mengajar. Hal ini akan mengelak berlakunya kesulitan seseorang guru semasa mengajar. Jika guru hanya menggunakan buku teks sahaja di dalam kelas, mereka tidak akan dapat mengeluarkan murid-murid dari budaya lampau iaitu ketandusan ilmu-ilmu canggih seperti yang ada di zaman moden ini. Pelajar juga perlu di bawa keluar untuk mempelajari suasana yang baru walaupun sebentar sahaja masa yang perlu. Pentaksiran baru ini bersifat autentik dan holistik yang mana lebih bersifat kerohanian dan keagamaan. Mereka dapat didedahkan dengan nilai perpaduan dan kemasyarakatan.

Pembelajaran masteri juga adalah salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu pendekatan yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum beralih ke unit pembelajaran yang seterusnya. Pendekatan ini memerlukan usaha yang keras daripada tenaga pengajar iaitu guru dalam mengawal keadaan sesebuah kelas yang mereka ajar di mana proses pengajaran yang berkualiti. Guru-guru perlu menekankan dari pelbagai aspek seperti memastikan kebolehan dan keperluan murid kerana bakat setiap murid adalah berbeza. Selain itu, guru-guru perlu menekankan pembelajaran urid-murid dari segi kemahiran seperti menjalankan kuiz uji minda dan fizikal murid.

Selain itu, guru-guru perlu memperbaiki dan meningkatkan teknik pengajaran seperti penggunaan alat bantu mengajar atau ABM. Dalam konteks pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), guru perlu bersedia dalam memahami lebih jelas mengenai konsep bersepadu dan objektif mata pelajaran.

Pembelajaran secara kontekstual juga boleh digunakan dalam strategi P&P ini. Ia merupakan alternatif bagi menarik lebig banyak minat para pelajar untuk belajar. Pembelajaran kontekstual juga pembelajaran yang menggabungkan standard pembelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini meyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.

Pendekatan berpusatkan pelajar juga adalah salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang sangat penting. Ia melibatkan semua kreativiti yang dihasilkan oleh pelajar untuk mengambil pengalaman sedia ada dan mendapatkan pengalaman yang baru daripada konsep yang mendalam. Pengajaran ini bertujuan untuk menarik perhatian pelajar untuk melibatkan diri secara telus dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru haruslah mendengar pendapat pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang.

Akhir sekali pengajaran dan pembelajaran secara projek berkumpulan. Pelaksanaan atau strategi ini mungkin baru bagi sesetengah pelajar, tetapi hal ini perlu diterapkan ke dalam jiwa kanak-kanak bermula dari sekarang. Hal ini kerana strategi dan amalan ini akan membuahkan pelbagai idea dari kalangan pelbagai murid kerana mereka mempunyai bakat dan kreativiti yang berlainan.2.4Bidang Pelajaran

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah iaitu tahun 1 hingga 3 akan tertumpu kepada penguasaan 4M iaitumembaca,menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai juga termasuk di dalam penmbelajaran mereka. Sementara tahap dua sekolah rendah iaitu tahun 4 hingga 6 akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M iaitu kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Kemahiran ini digunakan semasa pembelajaran subjek bahasa dan Matematik. Subjek bahasanya ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris khususnya.

Kurikulum KSSR tersebut telah menggabungkan beberapa subjek menjadi satu dalam Modul Asas Tema seperti Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni diletakkan dibawah satu kelompok iaitu kelompok dunia kesenian. Sebelum itu, Pendidikan Seni ini diubah namanya menjadi Dunia Seni Visual. Manakala Pendidikan Muzik diubah menjadi Dunia Muzik.

Selain itu, KSSR turut memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dapat meningkatkan personaliti baik murid-murid dari segi keterampilan dan mentaliti para pelajar selain dapat menjadikan mereka lebih berdidiplin sejajar dengan matlamat sebenar KSSR iaitu memfokuskan untuk menerapkan nilai-nilai holistik dan kemasyarakatan dalam jiwa murid.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara. Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M. KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.

KSSR memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapaisandard yang ditetapkan.

KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan. pembelajaran (P&P) yang memberi lebih penekanan serta kesan terhadap murid-murid. Penekanan, kepada hands-on Teaming seperti inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran masteri dan pembelajaran luar bilik darjah amat diperlukan bagi murid-murid ini untuk menjalani proses P&P yang lebih menarik. Guru-guru pula perlu memberi penumpuan kepada pembelajaran yang berpusatkan kepada murid itu sendiri dan menyediakan ruang serta peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada mereka. Pendekatan yang digunakan mesti memberi peluang pembelajaran yang menyeronokkan serta mengambil kira kepelbagaian, kecerdasan murid-murid tersebut. Selain itu, KSSR turut memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan. Kejayaan KSSR sangat memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa dan pihak berkepentingan.