Riba Adalah Ziyadah

download Riba Adalah Ziyadah

of 7

Transcript of Riba Adalah Ziyadah

  • 8/18/2019 Riba Adalah Ziyadah

    1/7

  • 8/18/2019 Riba Adalah Ziyadah

    2/7

    Qar, pinjaman dengan bayaran dalam bentuk yang sama. Cth: Duit seringit dengan duit

    seringit, beras (long grain) dengan beras (long grain yang sama)

    I’arah, pinjaman dengan bayaran dalam bentuk yang berbeza, Cth: iPad2 (umur 2 tahun)

    dengan iPad2 (1 tahun)

     

    Persepakatan ulama silam, pinjaman dalam bentuk Qar atau I’arah jika disyaratkan pembayarannya

    samada di dalam bentuk berlainan seperti hadiah, melebihi daripada pinjaman permulaannya adalah

    haram dan RIBA.

     

    Cth dalam konteks semasa,

     

    Pinjaman wang dengan bank konvensional untuk membeli keretaiaitu RM100K, 10 %

    bayar deposit dan 90% lagi dari ‘loan’ bank konvensional. Bank kovensional beri pinjam RM100kyang perlu dibayar dalam jangkamasa 5 tahun dengan pertambahan interest iaitu 4%. Maka 4% itu

    adalah RIBA. Ada yang menggunakan hujah inflasi bagi menerima interest 4% dengan mengatakan

    harga RM1 pada tahun 2000 adalah berlainan dengan harga RM1 dalam tahun 2012. HUJAH

    INFLASI TIDAK DITERIMA DI DALAM ISLAM

     

    PEMBELIAN KERETA DENGAN PINJAMAN DARIPADA BANK KOVENSIONAL ADALAH RIBA.

     

    Sesiapa yang mengambil atau memberi RIBA adalah mengisytiharkan perang dengan ALLAH

    S.A.W dan RASULLAH S.W.T 

    Rasullah bersabda, dosa sesiapa yang terlibat dengan RIBA, walaupun sebanyak 1 dirham

     (RM20) bersamaan dengan berzina sebanyak 36 kali.Akibat dosa begini iaitu riba yang tidak

    disedari antara punca penyebab solat kurang khusyuk, doa tidak diterima, tidak mahu nasihat dsb.

     

    Rasullah juga bersabda, riba boleh datang dalam 72 pintu, yang paling ringan dosanya

    umpama seorang lelaki berzina dengan ibunya dan untuk perempuan, umpama berzina

    dengan bapanya.

     

    Pinjaman untuk rumah yang dibuat dengan bank konvensional selain riba terdapat juga

    GHARAR (penambahan yang tidak tahu berapa nilainya)

    Cth: pinjaman RM200k dengan interest 4% dan pertambahan BLR-2.0%. BLR itu adalah gharar

    dimana nilainya mengikut ekonomi Malaysia yang tidak diketahui dinilainya.

     

  • 8/18/2019 Riba Adalah Ziyadah

    3/7

    Maka, dosa meminjam duit dengan bank konvensional untuk membeli rumah adalah LEBIH

    BERDOSA berbanding dengan beli kereta kerana adanya GHARAR.

     

     Kad kredit dengan bank kovensional. Pembelian barang dengan kad kredit konvensional

     ada tempoh untuk membayarnya (Cth:20 hari). Jika tidak membayarnya akan dikenakan RIBA.Jika

    membayarnya dalam tempoh tersebut juga adalah RIBA kerana kita menyokong urusniaga

    dengan bank konvensional iaitu si penjual (merchant) akan memberi sebanyak 2-3% kepada

    pengeluar kad konvensional.

     

    SOALAN 1: Pinjaman dengan kad kredit konvensional iaitu sebanyak RM3000 dengan 0% interest

    selama 3 bulan. Selepas 3 bulan, interest akan dikenakan adalah 6.5%. Adakah 6.5% adalah riba?

     

    SOALAN 2: Pembiayaian dengan Bank Islam ada dinamakan keuntungan dengan akad adakahbersamaan dengan pinjaman dengan bank konvensional yang ada perjanjian?

     

    SOALAN 3: Dalam perjanjian pinjaman konvensional jika kita menanda tangani adalah mengiyakan

    pinjaman tersebut adakah riba?

     

    JAWAPAN: Kad kredit konvensional yang menawarkan pinjaman yang dikenakan 6.5% selepas 3

    bulan adalah RIBA. Maka perlulah selesaikan secepat mungkin jika sudah melakukannya samada

    masih dalam tempoh atau melebihi tempoh pembayaran kerana kita sudah menyokong urusniaga

    bank konvensional tersebut.

     Rasullah bersabda, akan dilaknati orang yang MEMBERI, MENERIMA, menjadi SAKSI dan

    PENULIS perjanjian urusniaga RIBA

     

    Pembiayaian dengan bank Islam yang mempunyai akad yang ada kontrak dan rukun dan juga apa

    yang dijualnya adalah berbeza dengan bank konvensional . Si penerima akad tersebut perlu melihat

    dengan teliti dokumen tersebut sebelum mengiyakan dan menandatangani perjanjian.

     

    Di dalam Fiqh Islam keredhaan dengan sesuatu pada permulaan adalah juga redha pada

    pengakhirannya. Maka menandatangi perjanjian pinjaman konvensional yang dimana akan

    dikenakan riba pada masa akan datang, maka pada ketika itu kita terlibat dengan riba. 

    SOALAN 4: Apa beza BFR (Islamic housing loan) dengan BLR (Conventional housing loan)?

     

    SOALAN 5: Status Amanah Saham Bank Rakyat?

     

    SOALAN 6: Bagaimana kita hendak menghapuskan dosa lepas kerana melakukan riba?

  • 8/18/2019 Riba Adalah Ziyadah

    4/7

     

    SOALAN 7: Status pinjaman perumahan dengan menggunakan ‘goverment loan’ ada kaitan dengan

    riba atau tidak?

     

    SOALAN 8: Pembelian kereta dengan CIMB Islamik dengan akad adakah terlibat dengan riba?

     

    SOALAN 9: Pembelian rumah dengan pinjaman daripada bank konvensional, hendak membeli

    dengan cash tidak mampu, maka bagaimana dengan pinjaman tersebut dan alternative untuk

    mengelaknya?

     

    JAWAPAN: Beza antara BFR (Base Financing Rate) dengan BLR (Base Lending Rate). BLR adalah

    kadar benchmark untuk kadar pinjaman bank konvensional atau kos pinjaman duit. Bank –bank

    islam tiada pinjaman, hanya ada pembiayaan. Bank-bank islam menggunakan duit yang didapatkan

    daripada orang ramai untuk membeli asset dan menjual asset kepada pelanggan mereka.

    Kebanyakkan orang tidak mengetahui mengenai asset yang dibeli kerana tidak membaca kontrak.

    Walaubagaimanapun kadar BFR dan BLR adalah sama tetapi BFR adalah halal 

    Perumpamaan BFR adalah: Membuka kedai daging halal lembu Australia di tempat yang tiada

    kedai daging halal, si penjual daging halal akan meninjau harga daging semasa dan menjual daging

    dengan harga yang sama dengan daging di kedai daging tidak halal.

     

    Dividen saham Bank Rakyat adalah patuh syariah dan halal

     

    Maksud dalam surah Al-Baqarah ayat 277-278:

    Maka apabila datang peringatan tentang dosa-dosa riba, yang terlibat dengan riba hendaklah

    dengan SEGERA BERHENTI. 

    Ada 4 perkara hendak hapuskan dosa jahil tentang riba.

    Berhenti dengan segera melakukan perkara RIBA

    Minta taubat

    Banyakkan sedekah

    Perbanyakkan bercerita dan ajari tentang riba dan dosa riba kepada orang lain bagi

    menunjukkan kita bersungguh-sungguh memerangi riba dan menutup kesalahan kita ketika

    melakukan riba

     

    Pinjaman perumahan bagi kakitangan kerajaan telah ada 2 bentuk iaitu konvensional dan islamik.

    Orang Islam MESTI mengambil yang islamik. Status pinjaman yang telah dibuat boleh dirujuk pada

  • 8/18/2019 Riba Adalah Ziyadah

    5/7

    kontrak pinjaman perumahan. Kontrak islamik dinyatakan tentang BBA (al-Bai' Bithaman Ajil), jika

    tiada minta untuk ditukar

     

    Status pembelian kereta dengan CIMB Islamik adalah halal

     

    Perumahan tidak perlu beli dengan cash. Islam membenarkan pembelian secara bertangguh tetapi

    hendaklah dituliskan hutang tersebut bagi mengelakkan kelupaan. Maka pembelian rumah boleh

    dibeli dengan bayaran bertangguh dimana rumah tersebut dibeli melalui bank, bank akan melakukan

    transaksi pembelian dengan pemaju dan menjual semula kepada kita dan kita membayar secara

    bertangguh. Hanya bank-bank islamik sahaja melakukan transaksi begini.Dengan itu cara selamat

    mengelak riba adalah melakukan pembiayaan rumah atau refinancing dengan bank-bank

    islamik.

     

    SOALAN 10: Mengadai emas di kedai pajak yang mengenakan bayaran pajakan 1-2%. Jika tidak

    membayar dalam tempoh tertentu maka emas itu akan diambil oleh kedai pajak. Adakah perkara ituterlibat dengan riba?

     

    JAWAPAN: Gadai emas perlu dipastikan samada Ar-Rahnu atau kedai pajak biasa. Jika kedai pajak

    biasa, ada RIBA. Jika Ar-Rahnu maka ia adalah patuh syariah.

     

    SOALAN 11: 2 tahun selepas penyerahan rumah dikenakan bayaran lewat. Bolehkah pemaju

    kenakan denda tersebut dan adakah ianya riba? Bolehkah ditukar term kerpada denda lewat bayar?

     

    JAWAPAN: Term tidak boleh diubah sendiri kerana berkaitan dengan kontrak dengan penjual. DIdalam akta pembangunan perumahan mungkin terdapat klosa-klosa yang mengenakan denda

    apabila lewat bayar. Maka orang yang membuat akta tersebut dipertanggungjawabkan. Orang ramai

    yang dikenakan rukhsah atas pembayaran tersbut, namun haruslah berusaha sedaya-upaya untuk

    membayar sebelum tempoh itu tamat untuk mengelak riba

     

    SOALAN 12: Kenapa bayaran pembiayaian bank –bank Islam lebih mahal berbanding dengan bank-

    bank konvensional

     

    JAWAPAN: Sebenarnya pembayaran pembiayaian bank-bank islamik adalah murah. Anggapanmahal itu adalah kerana orang ramai tidak mengetahui cara mengiranya. Boleh rujuk

    dizaharudin.net.

     

    SOALAN 13: Bolehkan duit dividen KWSP digunakan untuk membayar income tax?

     

    http://l.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fzaharudin.net%2F&h=jAQGKtPqs&s=1http://l.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fzaharudin.net%2F&h=jAQGKtPqs&s=1

  • 8/18/2019 Riba Adalah Ziyadah

    6/7

    JAWAPAN: Perjelasan dari sudut akademik, wang perlaburan KWSP adalah bercampur iaitu halal

    dan haram. KWSP mengatakan tidak banyak perlaburan halal dapat dilakukan sedangkan duit di

    dalam simpanan KWSP orang ramai adalah banyak. Maka duit KWSP dilaburkan di tempat patuh

    syariah dan yang haram. Jika tidak duit itu akan dorman atau beku jika tidak dilaburkan.

    Makadividen yang didapati daripada KWSP adalah bercampur iaitu 30% dari sumber halal

    dan 70% adalah dari sumber haram.Maka 30% dividen bolehlah diambil dan 70% bolehlah

    didermakan untuk kegunaan umum. Oleh sebab bayaran income tax adalah berbentuk personal

    maka dividen KWSP tidak boleh digunakan kerana sebahagian besarnya adalah dari sumber yang

    meragukan.Apa sahaja duit yang HARAM tidak boleh digunakan untuk peribadi tetapi

    hendaklah disalurkan kepada kegunaan awam dan fakir miskin.

     

    SOALAN 14: Adakah pertandingan memancing yang menawarkan hadiah yang lumayan tetapi

    dikenakan yuran penyertaan adalah riba?

     

    JAWAPAN: Jika pertandingan memancing mengenakan yuran penyertaan sebanyak RM50 bagi satupeserta.Pemenang hadiah adalah datang dari duit hasil kutipan yuran penyertaan sahaja

    maka ianya adalah JUDI.Jika hadiah datang dari penajaan sahaja tanpa melibatkan wang

    penyertaan maka ianya HARUS kerana wang penyertaan digunakan untuk pendaftaran dan hadiah

    yang diberikan adalah datang dari sponsor, dan pertandingan itu tidak melibatkan zero sum game

    and game of luck.

     

    SOALAN 15: Pinjaman dengan bank islamik tetapi yang menguruskan pinjaman tersebut adalah

    orang bukan Islam dan tidak berlaku akad tetapi semua perjanjian telah ditandatangani. Bagaimana

    dengan status perjanjian tersebut?

     SOALAN 16: Membeli rumah tetapi rumah atas nama isteri. Siapakah perlu membayar rumah

    tersebut samada suami atau isteri?

     

    SOALAN 17: Bagaimana denifinisi keberkatan dalam hasil pendapatan. Adakah berkat itu diukur

    dengan banyaknya rezeki yang didapati?

     

    JAWAPAN: Tiada pinjaman dalam bank-bank Islam tetapi hanya terdapat PEMBIAYAAN.

    Pembiayaan islamik tersebut diuruskan oleh orang bukan Islam adalah SAH. TIADA syarat sah jual

    beli yang mensyaratkan hanya beli dengan orang Islam.

     Cth: Pengurusan masjid boleh meminta orang bukan Islam menjual kuih kepada orang Islam

    asalkan kuih dan cara penjualan adalah halal.

     

    Rasullah s.a.w bersabda “ Tidak boleh kamu bersyarikat atau menjadikan partner kamu adalah

    orang bukan Islam kecuali urusan jual-beli adalah mengikut cara Islam, bermakna orang Islam boleh

  • 8/18/2019 Riba Adalah Ziyadah

    7/7

    mengambil pekerja bukan Islam dan pakaiannya adalah seksi. Pihak pengurusan boleh secara

    beransur-ansur menyuruh orang bukan Islam berpakaian lebih sopan.

     

    Jika rumah atas nama isteri itu dibeli oleh isteri maka si pembayar adalah antara si suami dan si

    isteri tetapitanggungjawab menyediakan penginapan adalah di atas bahu si suami maka

    suami lebih layak membayar kecuali jika si isteri secara ihsan bersetuju membayar dan rumah itu

    atas nama si isteri. Maka rumah itu adalah hak si isteri, jika si isteri meninggal, si suami tidak

    mempunyai hak harta pusaka atas rumah tersebut.

     

    Defini keberkatan dalam rezeki tidak semestinya banyak. Berkat itu tidak terletak pada numbers

    tetapi ianya terletak pada hati seseorang dimanaberkat itu apabila merasakan kecukupannya

    walaupun sedikit dan apabila banyak rezekinya, orang tersebut lebih suka memberinya. Jika

    orang yang berharta tetapi bakhil dan tidak mengeluarkan zakat maka rezeki itu adalah tidak

    berkat.

     

    Rasullah s.a.w bersabda, harta yang baik adalah berada pada tangan orang yang baik dimanaorang tersebut suka bersedekah dan membayar zakat.

     

    Contoh terbaik untuk melihat keberkatan adalah daripada Rasullah s.a.w, ketika baginda mendapat

    apa sahaja barang akan bersedekah barang tersebut. Ada hadis mengatakan, ketika rasullah s.a.w

    wafat, baginda tidak meninggalkan wang dan harta tetapi meninggalkan ilmu.

     

    Keberkatan dalam perniagaan boleh dilihat semakin banyak keuntungan yang didapati semakin taat

    dan amanah orang tersebut/ pekerja di dalam syarikat tersebut seperti yang berlaku kepada Nabi

    Muhammad s.a.w dimana baginda sangat amanah dalam urusniaga dan semakin ramai pelanggan

     kerana akhlak baginda. Jika perniaagaan untung tetapi pekerja semakin banyak menipu, pecahamanah maka ianya tidak berkat.

     

    KESIMPULAN: Tiada alasan untuk tidak tinggalkan riba. Rasullah s.a.w bersabda, “ sesiapa yang

    meninggalkan perkara syubhah maka dia sudah berjaya menjaga maruah dan menegakkan

    agamanya dan sesiapa yang terlibat dengan syubhah maka dia akan jatuh dalam perkara haram.