Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

24
REVOLUSI PERTANIAN DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN

description

bab 9

Transcript of Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

Page 1: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

REVOLUSI PERTANIAN DAN

REVOLUSI PERINDUSTRIAN

Page 2: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

• Revolusi merupakan suatu perubahan besar yang berlaku secara mendadak dan menyeluruh.

• Sesuatu revolusi yang berlaku boleh memakan masa yang agak lama dan berterusan contohnya Revolusi Perindustrian.

• Britain merupakan negara pertama yang mengalami Revolusi Perindustrian.

• Revolusi Pertanian dianggap sebagai satu revolusi yang telah menyediakan asas bagi Revolusi Perindustrian.

Page 3: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

Perkembangan Bidang Pertanian

• Sebelum Revolusi Pertanian, pengeluaran makanan dikendalikan secara kecil-kecilan.

• Pengeluaran secara besar-besaran semasa Revolusi Pertanian dapat dilakukan kerana beberapa faktor, iaitu : 1. Perubahan dalam sistem penggunaan dan pemilikan tanah.

2. Penggunaan kaedah atau teknik saintifik (merangkumi penanaman yang lebih efisien, penggunaan peralatan baru, penggunaan baja).

3. Kaedah pemasaran produk pertanian secara lebih meluas dan berkesan.

Page 4: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

Pemilikan Tanah Persendirian• Sebelum Revolusi Pertanian, terdapat 2

sistem pemilikan tanah, iaitu: 1. Sistem pemilikan tanah persendirian (milik

gol. kaya)

2. Sistem pemilikan tanah awam (milik orang perseorangan tapi rakyat biasa di Britain diizinkan ikut adat kebiasaan menggunakan tanah awam ini untuk bercucuk tanam secara kecil-kecilan, memelihara ternakan, memburu binatang atau memancing)

Page 5: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

• Britain menghadapi pertambahan penduduk, jadi hasil pertanian mesti ditingkatkan.

• Oleh itu, tuan-tuan tanah yang dahulunya membiarkan sahaja tanah mereka digunakan oleh rakyat biasa, kini mahu memanfaatkan tanah awam tersebut untuk tujuan pengeluaran pertanian secara besar-besaran. Tambahan pula harga gandum yang meningkat pada abad ke-18.

• Terdapat usaha pihak tuan tanah untuk memagari tanah awam tersebut.

Page 6: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

• Tuan-tuan tanah mendapatkan kelulusan daripada Parlimen bagi menguatkuasakan proses pemagaran tanah.

• 1761-1792 – 500,000 ekar tanah telah dipagari melalui Akta Pemagaran Tanah

• Implikasi : 1. Tersedia kawasan yang lebih luas utk penanaman

secara besar-besaran (ladang)

2. Rakyat biasa kehilangan punca rezeki

• Petani kecil jadi buruh ladang dan seterusnya berhijrah ke bandar dan jadi buruh kilang bila berlaku Revolusi Perindustrian.

Page 7: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

Kaedah dan Ciptaan Baru dalam Pertanian• Kaedah dan ciptaan peralatan membolehkan

penanaman dilakukan secara lebih efisien dan produk dihasilkan dengan lebih lumayan.

• Kaedah penanaman secara bergilir – sesuatu bidang tanah boleh digunakan secara berterusan sepanjang tahun dengan menanam jenis tanaman yang berbeza mengikut musim. Tanaman yang berbeza memerlukan nutrien tanah yang berbeza, maka semua tanaman dapat tumbuh dengan subur. Dengan itu, tiada tanah yang perlu ditinggalkan kosong. Selain itu, tanaman baru turut diperkenalkan seperti turnip dan kentang.

Page 8: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

• Terdapat alatan yang dicipta oleh Jethro Tull untuk kegunaan menggali dan menugal yang membolehkan banyak lubang digali secara serentak. Jadi proses penugalan dan penanaman biji benih dapat dilakukan dengan lebih pantas.

Page 9: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

Pertanian Komersial• Baja asli mula digunakan secara meluas dan

menjadikan tanaman lebih subur dan hasil pertanian bertambah.

• Peningkatan kuantiti dan kualiti hasil pertanian ini membawa kepada lebihan produk.

• Maksudnya, setelah para peladang menggunakan produk yang dihasilkan untuk keperluan harian, masih terdapat baki dan diperdagangkan.

Page 10: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

Perkembangan Bidang Perindustrian• Peladang yang jadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah

melaburkan lebihan modal mereka dalam bidang perindustrian. • Perubahan sikap – sanggup ambil risiko untuk melaburkan modal

mereka dalam bidang baru yang belum pasti menjanjikan pulangan. • Revolusi Pertanian menyediakan bahan makanan untuk

menampung permintaan dan keperluan para pekerja kilang yang kian meningkat. Jadi Britain tidak perlua bergantung pada pengimportan makanan dari luar.

• Terdapat faktor lain dalam percetusan dan perkembangan Revolusi Perindustrian iaitu rekaan dalam bidang sains dan teknologi serta semangat dan kegiatan keusahawanan.

• James Watt dan Boulton – menunjukkan daya kreativiti, semangat inovatif

Page 11: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

Peralihan daripada Industri Desa kepada Perkilangan. • Sebelum Revolusi Perindustrian, produk/barangan telah

dihasilkan secara kecil-kecilan dengan menggunakan tenaga manusia.

• ApabilaApabila terdapat kaedah dan ciptaan baru atau mesin, pengeluaran barangan dapat dihasilkan secara besar-besaran melebihi paras keperluan pengusaha itu sendiri.

• Lebihan hasil akan diperdagangkan/dikomersialkan. • Revolusi perindustrian merangkumi perubahan dalam

teknik pengeluaran, skala pengeluaran yang bertambah besar dan aktiviti mengkomersialkan barangan yang dihasilkan.

Page 12: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

Pengkhususan Pengeluaran• Pembelian mesin memerlukan pelaburan modal yang

tinggi, jadi untuk mengawal kos, para pemodal tidak dapat melibatkan kegiatan industri mereka dalam terlalu banyak bidang.

• Ini telah mendorong mereka untuk menjurus/ mengkhusus dalam satu bidang sahaja, mislnya bidang tekstil.

• Pekerja menjadi kian mahir dalam bidang yang dipilih dan dapat menimba pengalaman untuk membaiki prestasi masing-masing.

• Oleh itu, kuantiti dan kualiti barang dapat ditingkatkan. Jadi, produk tersebut dapat dipasarkan secara meluas bukan hanya di dalam negeri tapi juga di luar negara.

Page 13: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

Penggunaan Teknologi• Tenaga manusia, binatang dan air digunakan dalam aktiviti

pengeluaran sebelum teknologi baru diperkenalkan. • Contohnya, sebelum enjin berkuasa wap digunakan untuk

memacu bot, tenaga manusi digunakan untuk mendayungnya. Di darat pula, tenaga kuda digunakan untuk menarik gerabak.

• Apabila enjin berkuasa wap diperkenalkan, masalah keletihan dapat diatasi. Apabila menggunakan mesin, barangan dapat dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak.

• Dengan itu, kos pengeluaran setiap barangan menjadi murah. Apabila harga barangan menjadi murah, barangan tersebut mudah dipasarkan kepada masyarakat umum termasuklah golongan masyarakat yang tidak mempunyai kuasa beli yang tinggi.

Page 14: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

• Apabila sesuatu barangan dapat menembusi pasaran antarabangsa, para usahawan mendapat keuntungan yang lumayan. Jadi usahawan bukan sahaja dapat menampung segala kos pelaburannya, malah boleh menggunakan sebahagian daripada keuntungan itu untuk meningkatkan lagi aktiviti pengeluaran dan perdagangan mereka.

• Pelbagai mesin dihasilkan melalui kajian dan kreativiti para ahli teknologi dan sintis. Salah satu sumber tenaga awal ialah tenaga wap. Penghasilan tenaga wap ini telah dipermudahkan dengan proses pembakaran arang batu. Britain mempunyai bekalan arang batu yang banyak.

• Penggunaan kuasa wap membantu perkembangan sistem pengangkutan (kereta api dan kapal laut(.

Page 15: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

Kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian

Pertanian Sebagai Punca Ekonomi Penanaman bijirin (gandum, rye, jagung) Lebihan pertanian dieksport dan para peladang besar menjadi

pedagang antarabangsa) Revolusi Pertanian menyediakan makanan yang cukup dan

tenaga buruh yang banyak untuk perkembangan perindustrian. Bila berlakunya Revolusi Perindustrian, kegiatan pembuatan

dan pengilangan telah menggantikan kegiatan pertanian sebagai bidang utama ekonomi negara. Semakin ramai rakyat Britain terlibat sebagai pekerja atau buruh industri berbanding buruh pertanian.

Kedudukan tuan-tuan tanah sebagai tokoh utama dalam masyarakat telah digantikan oleh para pengusaha dan pemilik kilang.

Page 16: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

Peningkatan Perdagangan AntarabangsaLebihan hasil revolusi pertanian dan

perindustrian tidak semuanya dapat dipasarkan dalam negara. Oleh itu, produk tersebut terpaksa dipasarakan pada peringkata antarabangsa. Jadi keuntungan dapat dimaksimumkan. Britain mengendalikan aktiviti perdagangan antarabangsa dengan mudah kerana merupakan negara penjajah yang utama serta kuasa maritim yang ulung pada abad ke-18 dan 19.

Page 17: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

Kemajuan Bidang PengangkutanPada peringkata awal, bergantung pada kereta kuda dan

baj. Perubahan besar berlaku dengan rekaan dan

penggunaan kereta api. Dengan rekaan enjin berkuasa wap, gerabak tersebut boleh dipacu dengan lebih laju enjin itu boleh menarik lebih banyak gerabah bagi mengangkut barangan dan juga pekerja kilang.

Pada mulanya, rel kereta api dibuat daripada kayu – besi – keluli.

Pengangkutan laut direvolusikan oleh kemunculan dan penggunaan kapal laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap.

Page 18: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

Kemunculan Golongan Buruh dan MajikanSetelah munculnya sistem ekonomi skala besar/

komersial dalam bidang pertanian dan perindustrian, golongan rakyat yang bekerja sendiri berkurang. Sebaliknya muncul golongan rakyat yang bekerja sebagai buruh ladang untuk tuan tanah dan buruh kilang untuk mengendalikan mesin-mesin.

Pada peringkat awal revolusi pertanian dan perindustria, golongan buruh tidak mendapat layanan yang sewajarnya. Mereka juga susah untuk menyesuaikan diri dengan perubahan sosial dan ekonomi yang berlaku.

Terdapat para pekerja mahir memprotes dan memusnahkan mesin-mesin pemidang yang digunakan dalam pembuatan stokin dan renda. (Pergerakan Luddite)

Page 19: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

Akta Antipenggabungan melarang pekerja daripada bergabung dan bermuafakat atau menjalankan sebarang tindakan bagi mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik daripada majikan. Hukuman berat dikenakan sekiranya melanggar peraturan tersebut.

Menyulitkan pekerja kerana tidak semua majikan bertimbang rasa.

Contohnya, kanak-kanak 10 tahun dieksploit di kilang tekstil dan lombong arang batu. Mereka bekerja melebihi 10jam sehari.

1824, Akta Antipenggabungan dimansuhkan dan Kesatuan Sekerja ditubuhkan. Majikan tidak lagi bertindak sesuka hati untukmemburu keuntungan.

Page 20: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

LatihanSebelum berlaku Revolusi Perindustrian telah terdapat Revolusi Pertanian. Revolusi Pertanian dianggap sebagai satu revolusi yang telah menyediakan asas bagi Revolusi Perindustrian. a) Huraikan sebab-sebab utama Revolusi Perindustrian berlaku

di Britain. (6 markah)

b) Pada pandangan anda, bagaimanakah kerajaan Malaysia dapat menggalakkan generasi muda melibatkan diri dalam bidang pertanian?

(6 markah)

Page 21: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

IMPERIALISME BARAT DI ASIA

• Penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap negera lain yang lemah bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik dan juga ekonomi.

• Berlaku sejak zaman Rom. • Abad ke 15 dan 16, Sepanyol dan Portugal telah menakluk daerah di

Asia dan Amerika Latin. • Semasa Revolusi Perindustrian, negara seperti Britain, Belanda dan

negara Eropah lain mempunyai matlamat untuk mengubah ekonomi negara yang dijajah supaya secocok dengan keperluan industri mereka. Mereka mahu mendapatkan bahan mentah yang sesuai dalam kuantiti yang banyak secara berterusan dari tanah jajahan.

• Penjajahan pada zaman Revolusi Perindustrian yang bermula pada 1870 diistilahkan sebagai Imperialisme Baru.

Page 22: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

Faktor-faktor yang Mendorong Kedatangan Kuasa-kuasa Barat ke Asia.

1. Mendapatkan bahan mentah. 2. Mendapatkan Pasaran Bagi Hasil Pengeluaran Industri• Revolusi pengangkutan yang berlaku dengan kewujudan sistem

jalan kereta api dan ciptaan kapal wap telah memudahkan hubungan dan mempercepat perjalanan.

• Negara Eropah mempunyai teknologi yang jauh melebihi negara di Asia dan Afrika ini telah berlumba antara satu sama lain untuk mendapatkan daerah masing-masing di Asia dan Afrika.

• Menjelang tahun 1830, Britain mendapat saingan daripada negara Eropah dan Amerika Syarikat yang telah melindungi industri mereka

Page 23: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

3. Menyebarkan pengaruh tamadun dan agama mereka ke seberang laut4. Wujud semangat perlumbaan di kalangan negara Barat untuk saling mengatasi antara satu sama lain dalam kegiatan menakluk kawasan/daerah di luar Eropah. 5. Menurut sesetengah apandangan, kuasa Barat seolah-olah menganggap pemilikan tanah jajahan sebagai satu simbol/status yang menandakan bahawa mereka sudah menjadi sebuah kuasa yang kuat. 6. The White Man’s Burden (Inggeris)7. Mission Civilisatrice (Perancis)8. Tugas menyebarkan budaya (Jerman)9. The Blessings Of The Anglo-Saxon Protection (Amerika)

Page 24: Revolusi Pertanian Dan Revolusi Perindustrian

KESAN-KESAN IMPERIALISME• Sistem pemerintahan dan pentadbiran- pemerintah

tempatan terpaksa menerima para penasihat dan pentadbir dari barat.

• Perundangan diubahsuai agar menyerupai sistem barat• Persaingan kuasa-kuasa barat (British di Tanah Melayu,

Belanda di Indonesia, Perancis di Indochina, Amerika di Filipina)

• Sistem pendidikan Inggeris diperkenalkan di kawasan bandar untuk memberikan pendidikan asas dan melatih golongan pentadbir rendah bagi keperluan pentadbiran British

• Kemasukan imigran – import buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja bagi keperluan kegiatan ekonomi komersial mereka