Retinoscopy on human eye
-
Upload
anis-suzanna-mohamad -
Category
Healthcare
-
view
340 -
download
1
Embed Size (px)
description
Transcript of Retinoscopy on human eye

RETINOSCOPY ON HUMAN EYE RETINOSKOPI MATA MANUSIA
Shared by:Anis Suzanna Binti Mohamad
Optometrist

REFRAKSI (refraction) Biasanya melibatkan refraksi objektif
(retinoskop) diikuti dengan refraksi subjektif. Refraksi objektif dengan retinoskop
memberikan permulaan bagi refraksi subjektif.
Dalam sesetengah keadaan, hanya refraksi objektif ATAU subjektif sahaja boleh dilakukan.
Refraksi boleh dilakukan menggunakan foropter (refractor) atau bingkai cubaan (trial frame).

REFRAKSI (refraction) Target fiksasi
Tidak mengaruh mata untuk berakomodasi (non-accommodative target) – mata mestilah dalan keadaan relax
Misalnya lampu spot pada jarak 6 meter. Kanta kabut (fogging lens)
Guna kanta positif – mata mestilah dalam keadaan relax.
Biasanya kuasa kanta kerja (WDL +1.50D atau +2.00D) cukup untuk kabutkan mata – letakkan WDL pada kedua-dua mata.
JANGAN TUTUP (occlude) mata yang tidak diperiksa.

REFRAKSI (refraction) Kedudukan dan jajaran (alignment) penting untuk
mendapatkan keputusan yang tepatWDL mestilah sepadan dengan jarak kerja yang
digunakan, misalnya +1.50 D pada jarak kerja 67 cm. Jika tidak ralat pada kuasa akhir sferikal
Jajaran dengan paksi visual pesakit ○ Jika tidak ralat kuasa akhir silinder
Pastikan fiksasi pesakit tidak dihalang.

REFRAKSI (refraction) Gunakan mata kanan (tangan kanan) untuk
memeriksa mata kanan pesakit dan mata kiri (tangan kiri) untuk memeriksa mata kiri pesakit – jika tak mahir, PRACTICE!
Mulakan dengan mata kanan diikuti dengan mata kiri (JANGAN KELUARKAN kanta pembetulan yang diperolehi pada mata kanan!)

REFRAKSI (refraction)
Pemeriksa menggunakan mata kiri (retinoskop dipegang dengan tangan kanan) untuk memeriksa mata kiri pesakit. Pesakit berfiksasi pada target jauh (a distant target) tanpa kepala pemeriksa menghalang pandangan pesakit.

Teknik minus selinder Neutralkan most plus atau least minus
ini adalah kuasa kanta SFERIKAL untuk meridian pertama.
Refleks yang diperhatikan pada meridian keduaMestilah AGAINSTNeutralkan meridian kedua dengan kanta
SILINDER MINUSPaksi SELARI dengan ORIENTASI streak
retinoskop.


Foropter

Foropter Terdapat tiga cakera (disc) pada foropter
Kanta sfera.Kanta selinderAssesori.
Penukaran kanta lebih mudah dilakukan menggunakan foropter tetapi pengawalan jarak verteks sukar dilakukan.
Foropter tidak sesuai pada sesetengah pesakit, e.g., kanak-kanak, pesakit dengan low vision.

Refraksi subjektif Selepas peneutralan telah dilakukan
dengan kaedah retinoskopi, kuasa akhir ditentukan dengan kaedah subjektif.
Dua komponen perlu disahkan iaituKomponen sfera – kuasa akhirKomponen silinder – kuasa dan paksi.

Retinoskopi (tanpa kanta kerja)
Retinoskopi boleh dilakukan tanpa menggunakan kanta kerja (WDL)Misalnya jika memggunakan lens rackatau apabila terlalu banyak kanta, berlaku
pembalikan dan sukar untuk melihat refleks retinoskop.
Kuasa akhir = Kuasa kanta (sfera) yang digunakan untuk mendapat neutral – jarak kerja dioptrik (kuasa WDL).

Retinoskopi (tanpa kanta kerja) Contoh retinoskopi pada jarak kerja 67 cm
tanpa kanta kerja: Pergerakan sblm peneutralan : WITH Kuasa kanta untuk neutral : +4.00DS Kuasa akhir (ralat refraksi pesakit) +4.00 – (+1.50) = +2.50DS
Contoh: retinoskopi dilakukan pada jarak kerja 67 cm tanpa kanta kerja: Pergerakan sblm peneutralan : AGAINST Kuasa kanta untuk neutral : -2.00 DS Kuasa akhir (ralat refraksi pesakit) : ?

Ralat retinoskopi Jika berlaku perbezaan yang ketara pada
kuasa akhir yang diperolehi dengan kaedah retinoskopi berbanding kaedah subjektif, ianya mungkin berpunca dariInterpretasi titik neutral.Teknik pemeriksa.Refleks yang tidak jelas atau mengelirukan
(irregular)○ Aberasi sferikal○ Pergerakan scissor

Teknik pemeriksa Ralat retinoskopi boleh berlaku jika jarak kerja tidak
sepadan dengan kanta kerja atau jajaran (alignment) dengan paksi visual yang tidak tepat.
Ralat jarak kerja menyebabkan kuasa kanta pembetulan sferikal akhir tidak tepat Pastikan jarak kerja adalah betul (misalnya 67 cm jika
menggunakan +1.50DS) Jajaran dengan paksi visual yang off (tidak tepat)
menyebabkan kuasa kanta pembetulan akhir silinder yang tidak tepat diperolehi.Pastikan retinoskopi dilakukan hampir kepada paksi visual
pesakit.

Refleks irregular Refleks yang irregular dan mengelirukan Pergerakan yang berbeza pada bahagian tengah
berbanding periferi pupil Misalnya pergerakan with pada bahagian tengah
dan against pada bahagian periferi apabila menghampiri neutral.
Disebabkan kehadiran aberasi sferikal apabila pupil besarBerlaku jika pupil pesakit besar atau penggunaan
ubat sikloplegia yang menyebabkan pupil mengembang.
Langkah mengatasi: tumpukan peneutralan refleks pada bahagian tengah pupil sahaja.

Refleks irregular Pergerakan scissors
Pergerakan refleks retina yang kelihatan bergerak keluar dan kedalam pada arah yang bertentangan (back and forth)
Mungkin disebabkan oleh○ Keratoconus (distorted cornea)○ Astigmatisma yang irregular
Sukar melihat refleks dan mungkin hanya boleh menentukan ralat refraksi dengan kaedah subjektif

Masalah MELIHAT refleks Sukar untuk melihat refleks pada mata
dengan pupil kecilBiasanya pada pesakit tua
Langkah mengatasi: ubah jarak kerja lebih dekat.Pastikan kuasa kanta kerja diubah sepadan dengan
jarak kerja yang digunakan.Apabila refleks semakin mudah dilihat selepas kanta
pembetulan diletakkan, cuba ubah semula pada jarak 67 atau 50 cm untuk mengurangkan ralat jarak (distance error).

Masalah MELIHAT refleks Refleks yang malap (dull)
Mungkin disebakan oleh○ Media mata pesakit yang berkabut (cloudy media)
misalnya kehadiran katarak.○ Ralat refraksi yang tinggi.
Langkah mengatasi○ Media mata pesakit yang berkabut: ubah jarak kerja
lebih dekat.○ Ralat refraksi yang tinggi: cuba kanta dengan kuasa
+ve atau –ve yang tinggi sehingga dapat melihat refleks yang lebih jelas atau gunakan cahaya konvergens jika pesakit miop tinggi.

Cahaya konvergens (Mengesahkan AGAINST)
Jika pesakit mempunyai ralat refraksi miopia tinggi – sukar untuk lihat pergerakan AGAINST.
Miop tinggi boleh disahkan dengan menggunakan cahaya konvergens (convergence)Dengan cahaya menumpu (sleeve atas), pergerakan
yang terbalik (reversal) akan diperhatikan iaitu WITH jika pesakit adalah miop.
Jadi jika WITH diperhatikan (dengan cahaya konvergens)○ pesakit disahkan MIOP.○ Lakukan peneutralan dengan mengubah sleeve
kepada cahaya divergens semula dan neutralkan seperti biasa.

ralat refraksi tinggi Masalah mengenal refleks apabila ralat
refraksi adalah tinggi. Tak nampak atau dull refleks
Letak kanta plus atau minus dengan kuasa tinggi e.g., +5DS atau –5D dan perhatikan refleks.
Jika letak +5D dan nampak pergerakan WITH, teruskan menambah kanta +ve sehingga neutral.
Jika letak +5D dan masih tak nampak pergerakan, keluarkan dan letak kanta –5D, jika nampak AGAINST, teruskan menambah kanta -ve sehingga neutral.

ralat refraksi tinggi Tak nampak atau dull refleks (samb.)
Jika masih tidak nampak pergerakan dengan kanta +5D atau –5D, cuba dengan kuasa yang lebih tinggi, e.g., +8D atau -8D.
Kadang-kadang refleks pada mata dengan ralat refraksi tinggi kelihatan seperti NEUTRAL (refleks penuh dan tiada pergerakan).
Untuk mengesahkan samada refleks yang dilihat betul-betul neutral, beberapa clue boleh digunakanRefleks neutral mestilah terang (bright) dan
pergerakan lajugerak beberapa cm ke hadapan – sepatutnya dapat
WITH. Jika pergerakan tidak berubah, pergerakan tersebut bukan NEUTRAL.

Retinoskopi (special circumstances) Penggunaan ubat sikloplegia
Boleh digunakan jika akomodasi pesakit sangat aktif, biasanya kanak-kanak.
Ubat sikloplegia menyebabkan pupil mengembang – perhatikan refleks pada bahagian tengah sahaja. Refleks pada bahagian tepi mungkin menunjukkan pergerakan yang berlainan (kehadiran aberasi sferikal).
Retinoskopi dengan lens rackMisalnya semasa di bilik bedah, refraksi ke atas bayi
atau semasa penyaringan penglihatan (screening)Teknik kanta sfera.

Retinoskopi (special circumstances)
Over-refractiondiatas kaca mata pesakit.Biasanya jika kuasa kaca mata pesakit adalah
tinggi dan jarak verteks mungkin berubah jika gunakan bingkai cubaan.
Letakkan klip Halberg di atas kaca mata pesakit dan lakukan retinoskopi seperti biasa.Lihat samada masih ada pergerakan dengan
cermin mata pesakit atau neutral telah diperolehi.