refleksi individu

download refleksi individu

If you can't read please download the document

description

D

Transcript of refleksi individu

ALYSSA GOH HARN YIING (931016-13-5416)1

REFLEKSIREFLEKSI INDIVIDUKe Kampung Tanjung bawa jerami,Singgah di kota membeli tapai,Tugasan SDP sudah selesai,Tugasan dilaksanakan manfaat tercapai.Kerja kursus bagi subjek Seni dalam Pendidikan yang berkod WAJ 3073 ini memang agak mencabar, tetapi banyak ilmu pengetahuan yang telah saya peroleh sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini. Saya berasa cukup bersyukur kepada Tuhan atas limpah kurnianya kerana saya dapat menyiapkan juga kerja kursus ini tepat pada masanya. Masa yang diberikan mencukupi untuk melaksanakan tugasan ini walaupun sebagai guru pelatih kami tidak terlepas daripada melakukan tugasan-tugasan lain dan hal inilah yang menjadi cabaran terbesar kami untuk membahagikan masa melakukan berbagai-bagai kerja dalam satu masa. Jika kekangan ini tidak dapat ditangkis, maka tidak dapatlah tugasan ini disiapkan dalam masa. Namun, pemikiran yang positif ditambah pula dengan pengurusan dan strategi perlaksanaan kerja, pengurusan masa, dan bimbingan pensyarah menjamin kualiti kerja projek ini menjadi sebuah tugasan yang baik. Ribuan terima kasih ditujukan kepada pensyarah saya, Puan Izzatul Ashikin binti Ibrahim kerana sudi membimbing saya sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini. Beliau sangat sabar melayan soalan-soalan yang dikemukakan oleh saya untuk membantu saya menyelesaikan kesulitan yang saya hadapi semasa membuat kerja kursus ini. Semasa saya menghadapi masalah dalam penjanaan idea untuk aktiviti P&P yang melibatkan seni, pergerakan dan muzik, Puan Izzatul sabar membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya agar saya faham kehendak soalan tugasan ini.

Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Demikian jugalah halnya dengan kerja kursus pendek (KKP) untuk mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan yang diberikan kepada kami sebagai pelajar kursus Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Semester 4. Melalui kerja kursus ini, banyak manfaat yang telah saya dapati.

Semasa diamanahkan tugasan projek ini, saya cukup gementar kerana tidak pernah menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) secara individu. Kerja kursus RPH sebelum ini semuanya dilaksanakan secara berkumpulan. Selain itu, saya juga tidak pernah menghasilkan RPH yang mengandungi elemen seni, muzik, dan pergerakan. Oleh itu, saya berasa amat bimbang bahawa saya tidak dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik.

Untuk memulakan tugasan saya, saya telah membuat perancangan yang teliti tentang subjek yang ingin saya guna sebagai RPH saya. Kami diberi kebebasan untuk memilih mana-mana subjek yang disukai asalkan RPH tersebut dituliskan dalam bahasa Malaysia, dan untuk Tahun 6. Setelah mengenal pasti tajuk pilihan saya, iaitu Pupus dan Terancam (Tahun 6), saya mula dengan merancang aktiviti-aktiviti yang ingin dimasukkan dalam RPH. Sebenarnya tidak susah untuk merancang aktiviti P&P, tetapi agak mencabar untuk merancang aktiviti-aktiviti mempunyai elemen seni, muzik, dan pergerakan. Saya faham bahawa proses merancang RPH SDP ini memerlukan beberapa elemen yang penting, iaitu kefahaman tentang tajuk yang ingin disampaikan, format RPH, strategi dan kaedah pengajaran, bahan-bahan bantu mengajar, hasil pembelajaran yang ingin dicapai, dan kemahiran merancang. Jikalau salah satu daripada elemen tersebut tidak wujud, maka RPH yang dihasilkan tidak akan sempurna.

Dalam proses merancang RPH SDP, saya telah melayari internet dan merujuk kepada bahan bacaan untuk mendapatkan ilham. Saya telah mengkaji idea-idea guru yang lain, cara mereka mengaplikasikan elemen seni, muzik dan pergerakan dalam RPH mereka. Pada asalnya, saya ingat ketiga-tiga elemen ini patut dipisahkan, contohnya pada set induksi saya menggunakan seni, langkah satu saya menggunakan aktiviti muzik, dan untuk penutup saya menggunakan elemen pergerakan. Rupa-rupanya saya dikehendaki untuk menggabungkan 3 elemen ini dalam satu aktiviti secara serentak.

Melalui pelaksanaan tugasan ini, saya dapat mengenal pasti kekuatan serta kelemahan yang ada pada saya. Oleh itu, saya akan mengemukakan SWOT dalam refleksi saya. SWOT bermaksud S (Strengths : Kekuatan), W (Weaknesses : Kelemahan) , O (Opportunities : Peluang), T (Threats : Ancaman).

KEKUATAN : Pertama sekali, saya dapat mengenal pasti kekuatan tugasan saya iaitu penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai. Saya telah menghasilkan satu topeng dinosaur menggunakan bahan-bahan kitar semula kadbod dan kertas buruk. Saya rasa amat bangga kerana dapat menghasilkan satu topeng atas usaha saya sendiri. Saya telah membuat pertimbangan yang mendalam ketika memilih jenis BBM yang hendak dihasilkan. Akhirnya, saya rasa saya dapat menyerlahkan kemahiran seni saya melalui penghasilan topeng muka menggunakan bahan-bahan kitar semula. Saya juga membuat topeng muka 2D di mana saya mewarnakan topeng-topeng tersebut sendiri. Berikut merupakan langkah-langkah saya menghasilkan BBM bahan maujud 3D ini :

Langkah 1: Menghasilkan rangka utama topeng dinosaur.

Langkah 2: Membina rangka kepala topeng dinosaur.

Langkah 3: Melekat penyokong dari rangka kepala ke bahagian utama topeng.

Langkah 4: Melekat kadbod strips pada model.

Langkah 5: Belum siap, sekejap lagi!

Langkah 6: Sediakan bahan pelekat. Bahannya adalah tepung gandum dan air. Langkah 7: Celupkan cebisan kertas buruk dan tampalkan pada rangka topeng dinosaur.

Langkah 8: Rupa topeng dinosaur yang telah siap ditampal dengan cebisan kertas. Langkah 9: Menyembur cat pada topeng dinosaur

Langkah 10: Topeng dinosaur yang sudah siap! ( Ditampal dengan bentuk gigi dan matanya)Melalui penghasilan BBM 3D ini, saya dapat membentuk sifat kesabaran yang tinggi dalam diri saya. Saya telah menggunakan masa 3 hari untuk menyiapkan topeng dinosaur ini. Dari proses menggunting kadbod hinggalah langkah yang terakhir, saya membuat perancangan dengan sabar dan teliti.

Selain itu, tajuk subjek saya, iaitu Pupus dan Terancam amat menarik dan sesuai untuk dimasukkan elemen seni, muzik, dan pergerakan. Saya dapat merancang aktiviti-aktiviti P&P saya dengan berkesan kerana isi pelajaran tajuk subjek ini yang luas. Saya dapat memperkenalkan nama-nama haiwan yang pupus dan terancam kepada murid-murid, mendedahkan murid-murid kepada sebab-sebab haiwan terancam, membimbing murid-murid menjana idea tentang cadangan menyelamatkan haiwan yang terancam dengan menggunakan unsur SDP.

Tugasan ini juga membantu meningkatkan kemahiran menulis RPH. Sebelum ini, saya kurang pandai merancang dan menulis satu RPH yang lengkap dan sempurna. Tetapi melalui tugasan ini, saya dapat menghasilkan satu RPH yang lengkap dan menepati kehendak soalan tanpa bantuan daripada ahli-ahli kumpulan kerana ini merupakan tugasan individu. Akhirnya, tugasan ini telah mendedahkan saya kepada penerapan unsur seni, muzik dan pergerakan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Saya telah sedar tentang kepentingan Seni Dalam Pendidikan. Seni dalam pendidikan boleh membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang mata pelajaran lain.

KELEMAHAN: Manusia dicipta oleh Tuhan bukanlah bersifat sempurna. Kadang-kala kita melakukan kesalahan juga. Salah satu kelemahan yang saya dapati adalah saya tidak pandai menguruskan masa. Saya sepatutnya menyediakan satu jadual kerja ataupun daily planner supaya dapat merancang dengan teliti apa yang harus saya lakukan untuk tugasan WAJ 3073 ini setiap hari. Kadangkala, saya terlalu menitikberatkan tugasan subjek yang lain sehingga mengabaikan tugasan SDP pula; ada masa juga saya menumpukan perhatian sepanjang hari atas tugasan SDP dan mengabaikan tugasan subjek yang lain. Disebabkan kelemahan saya menguruskan masa, didapati kerja-kerja yang dilaksanakan tidak dapat mencapai matlamat. Contohnya, saya menetapkan matlamat untuk membuat topeng muka dinosaur dalam masa 2 hari, tetapi gagal melakukannya.

Seterusnya, saya dapati kelemahan saya adalah dari segi penulisan RPH secara sistematik. Saya tidak membuat draf terlebih dahulu sebelum menulis RPH saya, akibatnya RPH saya tidak cukup teliti. Saya terpaksa menulis semula, dan kali inilah saya sedar bahawa saya tidak boleh terburu-buru ingin menghabiskan kerja, tetapi perlu perancangan terlebih dahulu. . PELUANG: Pelaksanaan tugasan ini telah memberikan saya peluang untuk menghasilkan BBM 3D dan 2D yang menarik. Sebelum ini, saya tidak pernah membuat topeng muka berbentuk 3D. Rupa-rupanya saya dapat merasai keseronokan ketika menghasilkannya. Selepas saya mengkaji langkah-langkah membuat topeng muka dinosaur daripada internet, saya menyediakan bahan-bahan yang diperlukan, dan memulakan kerja. Saya rasa bakat seni saya dapat dicungkil melalui penghasilan BBM topeng dinosaur ini, dan saya akan memastikan saya menggunakan bakai saya ini untuk memanfaatkan pelajar-pelajar saya pada masa depan. Pelaksanaan tugasan ini turut memberikan saya peluang untuk menulis RPH secara individu sebagai satu pengalaman yang amat berharga kerana saya akan berdepan dengan Praktikum tahun depan. Walaupun saya mengkhusus dalam subjek RBT, tidak semestinya saya tidak akan diberikan subjek Sains pada masa depan. Oleh itu, saya akan menggunakan pengalaman dan pengetahuan yang saya telah peroleh daripada penulisan RPH ini supaya semasa praktikum nanti, saya dapat berdikari dalam melaksanakan tugasan saya dengan baik.

Saya juga dapat belajar cara mengaplikasikan seni, muzik, dan pergerakan dalam aktiviti P&P yang terkandung dalam RPH saya. Contohnya, dalam RPH yang dihasilkan oleh saya, saya telah mengaplikasikan seni, muzik, dan pergerakan dalam 4 bahagian : Set Induksi, Langkah 1, Langkah 3, dan Pengukuhan. Aplikasi seni dalam pendidikan ini dapat menarik minat para pelajar mengikuti proses pembelajaran di samping dapat merangsang minat pelajar untuk memberikan fokus yang sepenuhnya kepada isi pelajaran. Saya juga menyedari kepentingan aplikasikan seni dalam pendidikan, misalnya Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner juga telah menyokong agar seni diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum kerana menurutnya, manusia memperoleh pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai antaranya kecerdasan logikmatematik, kecerdasan verbal-linguistik, kinestetik badan, muzik, ruang visual, interpersonal, intrapersonal, naturalis, dan eksistensialis. Oleh itu, tugasan ini telah memberikan saya peluang untuk memahami seni dalam pendidikan dan memahami bahawa kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang baru di sekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan. Mereka juga digalakkan mencuba untuk meneroka sesuatu yang baru dengan dibantu oleh guru sebagai pembimbing.ANCAMAN: Ancaman di sini merujuk kepada perkara, situasi atau apa-apa pun yang telah menjadi satu halangan dan cabaran kepada saya sepanjang pelaksanaan tugasan. Semasa melaksanakan tugasan ini, ancaman yang pertama adalah soalan tugasan yang berbentuk individu . Semester-semester yang lepas, kebanyakan tugasan yang diamanahkan kepada kami adalah berbentuk kumpulan, terutamanya penulisan RPH dan membuat bahan bantu mengajar. Tetapi untuk subjek SDP semester ini, tugasan yang diberikan adalah berbentuk individu. Saya berasa agak bimbang pada mulanya kerana tidak yakin bahawa saya dapat melakukannya secara bersendirian. Ini merupakan satu ancaman kepada saya kerana saya belum sedia untuk berdikari. Saya telah berjumpa dengan pensyarah saya, Puan Izzatul untuk meminta pandangan beliau terhadap tugasan saya. Beliau telah memberikan saya tunjuk ajar dan bimbingan yang teliti sehingga rasa bimbang yang wujud dalam diri saya ini pudar. Saya mendapati bahawa kawan-kawan lain yang balik kampung setiap minggu telah mendapat bantuan daripada ahli keluarga untuk menyiapkan BBM mereka, jadi sebenarnya saya berasa amat bangga terhadap saya sendiri kerana dapat menghasilkan RPH dan BBM 3D + 2D melalui usaha sendiri. Walaupun hasil saya tidaklah sempurna, tetapi saya puas hati kerana saya melakukannya sendiri. Ancaman yang seterusnya adalah kelajuan internet yang lambat. Sambungan internet yang lambat ini telah menyebabkan saya tidak dapat mencari maklumat daripada internet dengan cepat. Kadangkala mengambil masa 10 minit untuk menunggu satu laman web dipaparkan. Oleh itu, saya cuba bangun pada pukul 5 pagi untuk membuat tugasan saya kerana pada masa itulah tidak ramai guru pelatih yang menggunakan sambungan internet. Saya dapat melakukan kerja saya dengan lebih senang.

Konklusinya, setelah bersusah payah, akhirnya tugasan ini dapat disempurnakan. Saya amat berpuas hati dan berbangga dengan hasil usaha saya. Saya berharap melalui pelaksanaan tugasan kerja kursus ini, saya mampu memperbaiki kelemahan saya dan meningkatkan mutu tugasan saya pada masa akan datang. Saya sangat berharap agar segala ilmu yang diperoleh ini mampu membimbing saya untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi, berilmu pengetahuan, dan mampu membina jati diri pelajar saya agar menjadi seorang insan yang berguna bukan sahaja di dunia, malah juga di akhirat kelak.Dari Kedah hingga ke Pekan Sari,Beli sejambak pisang di Kota Tinggi;Selesai sudah tugas yang diberi,Pengalaman ditimba ilmu dipelajari.Sekian, terima kasih.