Refleksi Big Penanda Aras Imah

4
NAMA : MUNIRAH MOKHTAR NO. K/P : 870503025162 PROGRAM : PISMP 5 AMBILAN JUN 2013 SEKOLAH :SK SALAK,SEPANG Sepanjang saya bersama rakan-rakan sekelas mengikuti program Bina Insan Guru yang telah diadakan pada 20 Ogos 2015 yang lalu, pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi sama ada pengalaman baharu atau yang telah sedia ada tetapi perlu diberi penambahbaikan. Porgram yang dijalankan ini merupakan sebahagian daripada pelengkap kursus PISMP iaitu dengan mengadakan lawatan penanda aras di Sekolah Kebangsaan Salak, Sepang bagi program Bina Insan Guru Fasa Lima. Proses pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang, memerlukan beberapa perkara yang penting. Guru merupakan satu pekerjaan yang mulia. Bukan semua orang boleh menjadi seorang guru yang baik dan cemerlang. Bagi mendapat seorang guru yang berkualiti pada masa akan datang terdapat beberapa proses yang harus dilalui dan ditempuhinya seperti seperti menghadiri program bina insan guru. Program tersebut harus dilakukan bermula apabila guru pelatih mula menjejakkan kaki ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Rendah. Sebelum program ini dapat terlaksana dengan jayanya, seluruh ahli kelas telah beberapa kali bermesyuarat untuk menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini. Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan tempat, pembinaan kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah perbincangan dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih SK Salak, Sepang iaitu salah sebuah sekolah cemerlang untuk dijadikan tempat program BIG dilaksanakan. Ahli Jawatankuasa bagi lawatan penanda aras ini telah berbincang serta memohon kebenaran bagi mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah tersebut. Pihak daripada SK Salak, Sepang telah memberi maklum balas yang positif untuk menerima kunjungan kami ke sana. Kami berasa bangga dan terharu dengan sambutan yang telah diberikan oleh pihak dari SK Salak, Sepang.

description

:)

Transcript of Refleksi Big Penanda Aras Imah

Page 1: Refleksi Big Penanda Aras Imah

NAMA : MUNIRAH MOKHTARNO. K/P : 870503025162PROGRAM : PISMP 5 AMBILAN JUN 2013SEKOLAH :SK SALAK,SEPANG

Sepanjang saya bersama rakan-rakan sekelas mengikuti program Bina Insan Guru yang

telah diadakan pada 20 Ogos 2015 yang lalu, pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi

sama ada pengalaman baharu atau yang telah sedia ada tetapi perlu diberi penambahbaikan.

Porgram yang dijalankan ini merupakan sebahagian daripada pelengkap kursus PISMP iaitu

dengan mengadakan lawatan penanda aras di Sekolah Kebangsaan Salak, Sepang bagi program

Bina Insan Guru Fasa Lima. Proses pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang,

memerlukan beberapa perkara yang penting. Guru merupakan satu pekerjaan yang mulia. Bukan

semua orang boleh menjadi seorang guru yang baik dan cemerlang. Bagi mendapat seorang guru

yang berkualiti pada masa akan datang terdapat beberapa proses yang harus dilalui dan

ditempuhinya seperti seperti menghadiri program bina insan guru. Program tersebut harus

dilakukan bermula apabila guru pelatih mula menjejakkan kaki ke peringkat Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan Rendah.

Sebelum program ini dapat terlaksana dengan jayanya, seluruh ahli kelas telah beberapa

kali bermesyuarat untuk menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG

ini. Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan tempat,

pembinaan kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah perbincangan dibuat,

kami telah bersetuju untuk memilih SK Salak, Sepang iaitu salah sebuah sekolah cemerlang untuk

dijadikan tempat program BIG dilaksanakan. Ahli Jawatankuasa bagi lawatan penanda aras ini

telah berbincang serta memohon kebenaran bagi mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah

tersebut. Pihak daripada SK Salak, Sepang telah memberi maklum balas yang positif untuk

menerima kunjungan kami ke sana. Kami berasa bangga dan terharu dengan sambutan yang

telah diberikan oleh pihak dari SK Salak, Sepang.

Sekolah Kebangsaan Salak merupakan sebuah sekolah yang mencapai sekolah cemerlang

pada tahun 2010. Disamping itu juga, kecemerlangan sekolah dibantu oleh sepasukan guru-

gurunya yang dikategorikan sebagai guru cemerlang. Program Bina Insan Guru kali ini adalah

agak istimewa kerana kami diberi peluang untuk meninjau dalaman dan luaran sebuah sekolah

antara yang terbaik di negeri Melaka. Program lawatan penanda aras ini bertujuan mendedahkan

kami kepada aktiviti persekolahan serta kepimpinan sekolah yang berkesan dalam memastikan

jaminan produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan.

Page 2: Refleksi Big Penanda Aras Imah

Apabila sampai di SK Salak Sepang , kami telah disambut dengan penuh mesra oleh warga

sekolah dan disajikan dengan persembahan tarian zapin selamat datang oleh beberapa orang

murid . Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Gerakan yang begitu selesa untuk mendengar taklimat

daripada Guru Besar, En Azman B. Mokhtar. Sebelum majlis ramah mesra dijalankan kami telah

disediakan sedikit santapan dari pihak sekolah untuk dijamu kepada kami terlebih dahulu. Selepas

itu, beliau telah menerangkan tentang sejarah sekolah, kemudahan yang ada di SK Salak, dan

pencapaian SK Salak dalam bidang akademik mahupun sukan. SK Salak telah mendapat pelbagai

anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa. Ini dapat menunjukkan betapa

guru-guru di sekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah.

Akhir sekali kami akhiri lawatan kami dengan sesi melawat sekitar kawasan sekolah. Antara

kawasan yang dilawati ialah pusat sumber sekolah, prasekolah, bilik kelas pendidikan khas, sudut

pembelajaran, bilik kaunseling dan bimbingan, makmal dan lain-lain lagi. Sepanjang membuat

lawatan ke sekitar sekolah saya amat tertarik dengan bilik kaunseling di sana terdapat satu bilik

penghakiman bagi menghakimi pelajar yang membuat kesalahan disiplin terutama kesalahan

yang berat. Hanya kesalahan yang besar akan masuk ke dalam bilik tersebut.

Terdapat beberapa kekuatan yang boleh saya dapati sepanjang melaksanakan program ini

iaitu mempunyai semangat kerjasama dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan program

ini. Kami telah berganding bahu dalam menyumbangkan idea, fikiran dan tenaga supaya program

dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekangan. Selain itu, dengan adanya program

sebegini secara tidak langsung saya dapat menambah dan mendalami dengan lebih mendalam

mengenai bagaimana untuk berurusan dengan pihak luar . Sekiranya di beri tugasan semasa di

sekolah nanti secara tidak langsung mampu menguruskan dan tidak teragak-agak untuk menolak

apa sahaja kerja yang diberikan oleh guru besar. Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang

cemerlang, pengalaman memainkan peranan yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru

itu sendiri dan dipersekitaran dirinya. Jika ia mampu melakukan pada masa sekarang iaitu mampu

mengendalikan dan menguruskan sesuatu perkara bermakna pada masa akan datang tidak

mustahil akan dapat melakukan kerja tersebut dengan lebih baik dan cemerlang.

Kesimpulannya, tugasan yang diberikan dapat dijalankan dengan jayanya tanpa ada yang

tertinggal dan dapat diserahkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Terima kasih diucapkan

kepada semua pihak terutama pensyarah pembimbing Puan Mageswary Marie dan Encik Md

Rozi Abu dari unit Kokurikulum yang turut serta bersama-sama menyertai. Pada pendapat saya,

lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru kerana mampu memberi

motivasi dan semangat kepada kami. Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips

kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam

kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana

cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang. Saya

Page 3: Refleksi Big Penanda Aras Imah

berpendapat bahawa objektif program ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini

akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

GAMBAR SEPANJANG PENANDA ARAS DI SK SALAK, SEPANG

SEBELUM PERGI SK SALAK SETIBA DI SK SALAK

PERSEMBAHAN TARIAN SELAMAT DATANG KENANGAN BERSAMA PIHAK SEKOLAH

SEMASA DI BILIK GERAKAN SK SALAK TAKLIMAT DARI EN AZMAN MOKHTAR,GURU BESAR SK SALAK