Proses Cetakan Lino

16
Cetakan lino : Langkah demi langkah Entri kali ini untuk memenuhi permintaan rakan-rakan dan murid. Lama betul pakcik tak menulis, almaklumlah cuti sekolah, sibuk dengan kenduri sana-sini. Ramai yang bertanya tentang langkah-langkah untuk menghasilkan seni cetakan timbul. Jadi pakcik terpanggil untuk mewakafkan sekelumit ilmu berdasar sedikit pengetahuan dan pengalaman menghasilkan cetakan semasa berguru dengan sifu Ponirin Amin. Seni cetakan timbulan merupakan kaedah cetakan tradisional paling tua, dianggarkan bermula sejak lebih 5000 tahun lampau. Seni cetakan awal ditemui di China, muncul pada abad ke 7 masihi, mereka gunakan blok kayu untuk hasilkan cetakan kitab keagamaan dan yang paling tua ditemui dalam piramid . Cetakan timbul boleh dibuat menggunakan blok kayu, blok lino atau kolagraf. Di Maalaysia teknik cetakan digunakan dalam penghasilan batik tradisional iaitu batik cap, menggunakan blok kayu dan logam . Tujuan kita mencetak ialah untuk mendapatkan imej yang sama berulang kali. Diringkaskan cerita mari kita bincangkan proses catakan langkah demi langkah. Langkah 1 : Menyediakan alat serta bahan Bahan utama ialah kepingan lino dan dakwat cetakan. Kepingan lino ada bermacam kualiti, yang paling bagus adalah kepingan lino buatan German dijual dengan harga sekitar RM35 sekeping yang berukuran 1X1 kaki. Ada kepingan lino buatan China yang dijual dengan harga lebih murah iaitu sekitar RM 11 hingg RM 15 untuk saiz yang sama. Dakwat cetakan pula dijual dalam bentuk tiub kecil (RM 6.50), bekas ½ kilo (RM30) dan Tin 1 kg (RM55). Kedua-dua bahan ini agak sukar didapati disini, selalunya pakcik oder dari Kak Tie Ketereh, nah ini no hp beliau

Transcript of Proses Cetakan Lino

Page 1: Proses Cetakan Lino

Cetakan lino : Langkah demi langkah

Entri kali ini untuk memenuhi permintaan rakan-rakan dan murid. Lama betul pakcik tak menulis, almaklumlah cuti sekolah, sibuk dengan kenduri sana-sini.  Ramai yang bertanya tentang langkah-langkah untuk menghasilkan seni cetakan timbul. Jadi pakcik terpanggil untuk mewakafkan sekelumit  ilmu berdasar sedikit pengetahuan dan pengalaman menghasilkan cetakan semasa berguru dengan sifu Ponirin Amin. 

Seni cetakan timbulan merupakan kaedah cetakan tradisional paling tua, dianggarkan bermula sejak lebih 5000 tahun lampau. Seni cetakan awal ditemui di China, muncul pada abad ke 7 masihi, mereka gunakan blok kayu untuk hasilkan cetakan kitab keagamaan dan yang paling tua ditemui dalam piramid . 

Cetakan timbul boleh dibuat menggunakan blok kayu, blok lino atau kolagraf. Di Maalaysia teknik cetakan digunakan dalam penghasilan batik tradisional iaitu batik cap, menggunakan blok kayu dan logam . Tujuan kita mencetak ialah untuk mendapatkan imej yang sama berulang kali. Diringkaskan cerita mari kita bincangkan proses catakan langkah demi langkah.

Langkah 1 : Menyediakan alat serta bahan

Bahan utama ialah kepingan lino dan dakwat cetakan. Kepingan lino ada bermacam kualiti, yang paling bagus adalah kepingan lino buatan German dijual dengan harga sekitar RM35 sekeping yang berukuran 1X1 kaki. Ada kepingan lino buatan China yang dijual dengan harga lebih murah iaitu sekitar RM 11 hingg RM 15 untuk saiz yang sama. Dakwat cetakan pula dijual dalam bentuk tiub kecil (RM 6.50), bekas ½ kilo (RM30) dan Tin 1 kg (RM55).

   Kedua-dua bahan ini agak sukar didapati disini, selalunya pakcik oder dari Kak Tie Ketereh, nah ini no hp beliau 0179603324. Kebanyakan rakan guru telahpun mengenali dia. Ehh!! iklan percuma lah pulak. 

Peralatan lain yang diperlukan ialah pisau ukir, roller, pisau palit, kepingan kaca, registration block, turpentine dan pastinya….. kertas. 

Page 2: Proses Cetakan Lino

Ini Dakwat cetak

Ini kepingan Lino

Langkah 2 : Menyediakan imej negatif  Untuk menghasilkan seni sudah pasti memerlukan imej. Dalam

konteks cetakan kita akan menyediakan imej secara terbalik, contohnya sekiranya kita ingin memasukkan teks sebagai imej cetakan maka kita perlu sediakan design dengan tulisan terbalik. Rujuk gambar dibawah untuk lebih jelas. Pakcik memilih gambar tikus dan labu untuk demonstrasi kali ini. Buat beberapa cadangan komposisi dan pilih satu yang paling berkenan dihati (atau paling senang dibuat).

Page 4: Proses Cetakan Lino

Langlah 3 : Memindahkan imej keatas blok / kepingan lino

Bagi mereka yang sudahdah pro, boleh terus ukir imej pada kepingan lino. Tapi itu tentunya sukar, pakcik pun tak pernah buat macam tu.

Pilihan kedua ialah menampal design tersebut diatas kepingan lino dan ukir mengikut imejnya. Ini pun masalah juga, kalau satu warna memang boleh, tapi untuk cetakan berwarna-warni cara ini tidak sesuai, malah proses mengukir keluar imej juga menjadi sukar kerana lapisan kertas atas permukaan lino akan koyak rabak semasa proses mengukir.

Jadi pakcik cadangkan pilihan terakhir iaitu lukis imej negative atas permukaan lino menggunakan pen marker berdakwat kekal. Kenapa dakwat kekal?? ,,,,,,supaya imej pada blok tidak tertanggal semasa proses mencetak berulang kali. Terpulang samada mahu lukis secara freehand atau trace dengan kertas karbon. 

Ini imej yang dilukis dengan marker pen diatas kepingan lino. Mungkin ada yang bertanya kenapa kepingan lino pakcik berwarna hijau. Sebenarnya ini eksperimen, pakcik guna cutting matt..... alaaah benda yang orang buat lapik untuk memotong kertas tu. Tauke Art Jaya Machang yang minta pakcik cuba bahan ini... Iklan percuma lagi. Cutting matt boleh digunakan cuma mungkin lebih baik kepingan lino.Dan gambar diatas sebenarnya yang telah siap diukir lapisan pertama, yang belum diukir pakcik terlupa snap. Korang guna imaginasi sendiri lah.

Langkah 4 : Menngukir keluar imej

Proses mengukir imej dilakukan menggunakan pisau ukir. Ukir keluar mengikut urutan warna yang dirancang. Warna cerah akan dicetak lebih

Page 5: Proses Cetakan Lino

dahulu jadi bahagian tersebut diukir keluar dahulu, diikuti warna yang semakin gelap dan diakhiri dengan warna paling gelap atau hitam. 

 Nah!!! Ukior! Ukior!!

Langkah 5 : Menyediakan registration block

Registration block adalah tempat untuk kita letakkan blok cetakan untuk proses cetak keatas kertas. Kegunaannya ialah supaya imej tidak lari bila dicetak kali kedua dan seterusnya. Dua paku dibahagaian atas akan memastikan kertas berada ditempat yang sama apabila dicetak. Rujuk gambar supaya lebih jelas.

Page 6: Proses Cetakan Lino

Potong mountingboard dan tampal atas plywood atau mountingboard besar, buat sarang ikut saiz kepingan lino

Langkah 6 : Menyediakan dakwat

Dakwat cetak dilepa diatas permukaan kaca menggunakan pisau palit sehingga lembut dan tidak berketul. Gelek dengan roller sehingga rata dan nipis, kemudian gelekkan roller keatas blok lino untuk meratakan dakwat cetak. Sedia untuk mencetak.

Page 7: Proses Cetakan Lino

Langkah 7 : Proses mencetak

Letakkan kepingan lino dalam registration block dengan berhati-hati. Letakkan kertas pada lubang paku, dan lepas kan kertas supaya terhampar diatas kepingan lino. Gosok dengan sudu atau sudip kayu, tapi Pakcik lebih selesa guna upih pinang untuk menggosok cetakan. Setelah diyakini dakwat telah melekat barulah kertas diangkat dengan cermat. Keringkan ditempat teduh selama 1 hingga 3 hari atau sehingga dakwat kering.

Page 9: Proses Cetakan Lino

 Imej yang siap dicetak warna pertama

Langkah 8 : Membersihkan dakwat

Bersihkan dakwat pada permukaan kaca, roller, kepingan lino dan pisau palit menggunakan turpentine. Lapkan dengan kertas surat khabar dan kain sehingga semua kesan dakwat hilang. Sedia untuk proses mengukir untuk cetakan warna kedua. Rasanya langkah ini tak perlu gambar. 

Page 10: Proses Cetakan Lino

Langkah 9 : Proses mengukir untuk cetakan warna kedua

Ukir keluar semua bahagian yang akan dibiarkan dengan warna kuning dari cetakan pertama. Lihat gambar untuk lebih jelas.

Page 11: Proses Cetakan Lino

Setelah diukir keluar kali kedua : tinggal bahagian yang akan dicetak hitam sahaja

Langkah 10 : Ulang cetak dengan warna kedua

Untuk cetakan kali ini, pakcik Cuma menggunakan dua warna, jadi warna kedua ialah warna hitam. Lihat gambar langkah-demi langkah.

Gelek dakwat

Page 14: Proses Cetakan Lino

Sidai ditempat teduh

Sudah masuk Asar...... nanti pakcik sambung kemudian

9:27 pm,, ok sambung lagi. Proses mencetak diatas mengambil masa selama 5 hari. Walaupun cuma dua warna, prosesnya tetap makan masa terutamanya proses menjana

idea, mengukir, mencetak dan pengeringan dakwat sangat perlahan.

Sekitar bengkel cetakan di SMK Kubang Kerian