PROFESSOR MORIS.odt

25
PROFESSOR MORIS, ZAILAN. ISLAMIC PHILOSOPHY. HFI 302/E ACADEMIC SESSION 2014/2015. KULIAH, SEPTEMBER 10th 2014. 1.Al-Quran adalah kitab agama dan bukannya falsafah, namun Al- Quran juga memperkatakan semua masalah yang melibatkan agama dan falsafah. Agama dan falsafah menyentuh masalah yang berkaitan dengan makna kata2 seperti Tuhan, alam, roh individu, dan perkaitan antaranya baik dan buruk, dan hidup sesudah mati. 2.Semasa menyentuh persoalan ini, maka dapat pula keterangan tentang anggapan seperti rupa bentuk hakikat, kewujudan dan sifat, asal usul dan untung nasib manusia, kebenaran dan kekhilafan, ruang dan masa, kekekalan dan perubahan, alam akhirat dan keabadian. -Dalam falsafah Islam, kadangkala juga digelar falsafah Arab. -dalam tubuh manusia, ada dua benda penting a) hati b) aql 3.Kadangkala, apabila hati dan aql adalah tidak sama, ia tidak mendatangkan kebahagiaan. -sbg contoh : apabila seseorang berkata, hatinya ingin mempelajari subjek falsafah, tetapi dalam fikirannya berkata lain – fikirannya berkata bahawa apakah sebabnya ingin mempelajari falsafah? Adakah boleh mendapatkan pekerjaan? Akal fikiran akan selalu memikirkan pro dan cons bagi satu2 keputusan, sedangkan hatinya itu minat kepada yang lain. 4.Apa yang paling baik, adalah apabila kedua2nya, aql dan hati bersatu. Maka ianya akan menjadi baik, dan tenteram. Dan itulah cinta. 5.Dalam konsep falsafah Islam, ada satu konsep yang penting, iaitu KESATUAN. - THE ONE - “Al-tawhid” - SATU. -kerana semuanya akan kembali pada yang SATU, dan semuanya datang dari yang SATU. -kebahagiaan manusia juga terikat kepada YANG SATU. -kenapa? -kerana, metafiziknya asasnya adalah “al-tawhid”. -kerana yang satu itu saling berdampingan, saling mencintai. -sesuatu yang bernilai itu, memerlukan pengorbanan dalam kehidupan itu.

Transcript of PROFESSOR MORIS.odt

Page 1: PROFESSOR MORIS.odt

PROFESSOR MORIS, ZAILAN.ISLAMIC PHILOSOPHY. HFI 302/EACADEMIC SESSION 2014/2015.

KULIAH, SEPTEMBER 10th 2014.

1.Al-Quran adalah kitab agama dan bukannya falsafah, namun Al-Quran juga memperkatakan semua masalah yang melibatkan agama dan falsafah. Agama dan falsafah menyentuh masalah yang berkaitan dengan makna kata2 seperti Tuhan, alam, roh individu, dan perkaitan antaranya baik dan buruk, dan hidup sesudah mati.

2.Semasa menyentuh persoalan ini, maka dapat pula keterangan tentang anggapan seperti rupa bentuk hakikat, kewujudan dan sifat, asal usul dan untung nasib manusia, kebenaran dan kekhilafan, ruang dan masa, kekekalan dan perubahan, alam akhirat dan keabadian.

-Dalam falsafah Islam, kadangkala juga digelar falsafah Arab.-dalam tubuh manusia, ada dua benda pentinga) hati b) aql

3.Kadangkala, apabila hati dan aql adalah tidak sama, ia tidak mendatangkan kebahagiaan. -sbg contoh : apabila seseorang berkata, hatinya ingin mempelajari subjek falsafah, tetapi dalam fikirannya berkata lain – fikirannya berkata bahawa apakah sebabnya ingin mempelajari falsafah? Adakah boleh mendapatkan pekerjaan? Akal fikiran akan selalu memikirkan pro dan cons bagi satu2 keputusan, sedangkan hatinya itu minat kepada yang lain.

4.Apa yang paling baik, adalah apabila kedua2nya, aql dan hati bersatu. Maka ianya akan menjadi baik, dan tenteram. Dan itulah cinta.

5.Dalam konsep falsafah Islam, ada satu konsep yang penting, iaitu KESATUAN. - THE ONE- “Al-tawhid” - SATU. -kerana semuanya akan kembali pada yang SATU, dan semuanya datang dari yang SATU. -kebahagiaan manusia juga terikat kepada YANG SATU. -kenapa? -kerana, metafiziknya asasnya adalah “al-tawhid”.-kerana yang satu itu saling berdampingan, saling mencintai. -sesuatu yang bernilai itu, memerlukan pengorbanan dalam kehidupan itu.

“KALAU BERILMU, TIDAK SEMESTINYA BERHIKMAH. TETAPI, KALAU BERHIKMAH, MESTI BERILMU”.

-hikmah juga berkaitan dengan pengalaman-kalau hikmah, mesti ada asas kebenaran-kalau hikmah, mesti ada benda baik pada dirinya-kalau hikmah, ia mestilah benar,

6.'Al-Hakim' – (nama Allah) -kalau cinta hikmah, mesti cinta Al-Hakim-cinta akan hikmah, adalah bermaksud cinta kepada TuhanNya.

Nafsu mungkin murah, tetapi Cinta. Tidak ternilai harganya.

Page 2: PROFESSOR MORIS.odt

KULIAH SEPTEMBER 17, 2014

1.'Wisdom' bermaksud sesuatu yang baik. Apabila kita kata wisdom, ia mestilah benar. Wisdom adalah berkait rapat dengan pengetahuan. Wisdom is associated with being good. Being correct. Having knowledge.

2.Wise – means experience of life.

3.Knowledge alone DOES NOT produce wisdom! It should come up with knowledge + wisdom.FALSAFAH = ILMU PENGETAHUAN + HIKMAH

4.Wisdom (hikmah) itu apa?--> kebenaran--> kebaikan--> pengalaman--> dan keupayaan untuk mengaplikasikan pengalaman itu. Mahir. Ada budi bicara yang baik untuk mengaplikasikan hikmah

5.Apabila mengenali hikmah, kita akan mencari kualiti “hikmah” yang ada pada sesuatu yang tidak ada pada individu lain. Bermaksud apa yang dia ada yang orang lain tidak ada.

Contoh : Apakah maksud yang paling baik, maksudnya pelajar paling baik yang layak untuk seseorang pelajar mendapat biasiswa? Bagaimana kita harus memilih daripada 100 pelajar, yang manakah yang paling baik yang harus dipilih? Apakah sesuatu yang baik itu?

a)adakah kriteria pelajar yang bagus dan baik itu – hanya cukup diukur sekadar grade sahaja?b)adakah cukup pula kriteria pelajar yang bagus dan baik itu – hanya cukup diukur sekadar grade co-curricular activities sahaja?

6.Ini bermaksud kita perlu membuat :PERTIMBANGAN Pertimbangan --> Means -membuat pertimbangan yang wajar -membuat pertimbangan yang bijaksana -membuat pertimbangan yang mahir

7.Walaupun semua kriteria itu baik, kita perlu susun pula yang mana satu lebih baik

8.Contohnya, analogi animal kingdom. Daripada sekecil2 semut kepada sebesar2 gajah. -even the animals, we DISTINGUISHED them! We classified them. Kita membuat penilaian dari kecil kepada besar dan dll

9.Seperti analogi pelajar di atas yang inginkan biasiswa, walaupun semua kriteria itu baik, kita kena susun pula yang MANA LEBIH BAIK.

10.Semua benda dalam dunia ini, ada penilaian yang diberikan kepada mereka. “Everything is hierarchical”.

11.Itu sifat alam yang telah dicipta oleh Tuhan dan semuanya tidak sama. Jadi, penilaian itu amat penting.

12.Dan, kesemuanya itu adalah amat penting dalam wisdom. i.e : in philosophy, we talked about value. Nilai hikmah, nilai wisdom, nilai yang ada pada seorang ahli falsafah, nilai ilmu.

13.Human being must have -->value -->principle -->criteria

Page 3: PROFESSOR MORIS.odt

14.Apakah maksud Islam?-bermaksud : aman damai : tenteram : sejahtera : al-din (cara kehidupan, the way of life) : iman – faith (kepercayaan) : tawhid – esa : virtue (akhlak) : suci (kudus)

15.Suci. -->Everything in life is part of religious teaching. Everything is under teaching guided.

16.When God created the world, is the world is sacred (suci)?The answer is : -”nature is sacred”.

17.Manusia tidak boleh berbuat apa2 mengikut kehendak manusia cthnya : dengan senang-lenang memusnahkan hutan2 ciptaan Tuhan, memusnahkan alam sekitar, flora dan fauna. Oleh kerana ianya sacred, kita manusia tidak boleh memusnahkan ciptaanNya dengan membuat kerosakan. Every creation whether it is small or big, everything that He creates REFLECTS him! Walaupun kita sebagai manusia memang suka memberi penilaian kepada ciptaannya, besar, kecil, sederhana, gemuk, kurus dan tinggi, cantik atau tidak cantik. TETAPI. DIA mencipta sebaik2 ciptaan. Setiap ciptaanNya itu, adalah sempurna. Terletaknya kesempurnaan pada setiap ciptaanNya.

18.Setiap ciptaannya, menzahirkanNya. Menampakkan sifat2 Allah.

19.Ada satu soalan kita boleh tanya. Adakah sacred ini, sesuatu yang boleh dialami (tanggapi) / satu konsep (pemikiran) sahaja, bukan tanggapan/ pengalaman?

20.Suci : apa maksudnya? Lihat kembali pada nature (alam), ianya indah, kita berasa lega. Jika kita melihat bintang itu, ada ketenteraman. Salah satu pengalaman kita adalah mengalami rahmat / barakah. Sesuatu yang kita rasai yang bukan bersifat dunia / fizikal. Sesuatu yang kita tidak dapat menafikan. Indah. Bersih. Bermanfaat. Bijaksana.

21.Dan kita dapat rasa ''suci'' dari ayat2 Allah, manusia dan ciptaannya yang lain. Yang baik itu dapat kita rasa. Yang benar itu dapat kita lihat. Kerana, itulah sifat2 Allah.

22.Dalam falsafah Islam, ia juga mempunyai sifat tertentu. Apa yang membezakan falsafah Islam dan tradisi falsafah2 lain selain mempunyai perkongsian dari segi persamaan aktiviti intelektual sejagat ini ialah – Islamnya. Inilah yang membezakan antara falsafah Islam dan falsafah2 lain.

LECTURE, WED 23th SeptemberPERDEBATAN : ISTILAH FALSAFAH ISLAM.

1.Ada tiga istilah yang digunakan-Islamic philosophy-Arabic philosophy-Moslem philosophy

2.Ada ramai ahli falsafah2 Islam. Istilah “Arabic philosophy” - terjadi oleh sebab semua moslem menulis dalam bahasa Arab. Oleh sebab penggunaan bahasa Arab itulah mengapa dipanggil Arabic Philosophy.

3.Dalam penulisan mereka ini, mereka menceduk dan mengambilnya daripada Falsafah Greek.

Page 4: PROFESSOR MORIS.odt

4.Bayt Al-Hikmah – (832) which is really to translate work from Latin, Sanskrit etc

5.Pemerintah Moslem tahu bahawa terdapat banyak hasil2 karya zaman silam yang sangat bernilai seperti Greek, Persian, Sanskrit, Latin.

6.Kemudian,ada sesetengah pengkaji sarjana Moslem yang berpendapat bahawa istilah itu sepatutnya perlu disebut sebagai “Islamic Philosophy”. Kenapa? Sebab ianya ditulis oleh moslems.

7.Tetapi, melihat di sini – walaupun karya2 itu ditulis oleh Moslems, tetapi tidak semestinya bersifat Islamic. Kenapa? Sebab ada orang Kristian menulis falsafah Islam, ada orang beragama yahudi menulis falsafah islam, ada orang Parsi menulis falsafah Islam. Mereka juga menulis falsafah Islam tetapi sejauh manakah boleh kita panggil ''islamiknya falsafah mereka”?

8.Oleh itu, ada yang berkata bahawa istilah falsafah Islam itu tidak sesuai , dan lebih selamat menggunakan Falsafah Moslem.

9.Moslem philosophy – term used by Moslem scholars

10.Arabic philosophy – term used by Christian scholars

11.Saya pula bertanya satu soalan dalam kuliah kepada prof.

12.Prof. Is the term is very important? Why it it important? Well afterall it still based on the same sources A/Q and sunnah, which is the revelation – and personally I think the term is not very important.

13.Prof membalas : Istilah is extremely important. Istilah menunjukkan bidang, kepakaran. Kalau tidak ada istilah ia tidak ada kepakaran.

14.Ianya penting bagi-mengukur nilai falsafah itu-dan kayu ukur adalah kepada sumber mana yang digunakan

15.Tetapi, ada satu masalah. Iaitu. Sumber yang sama, fahaman yang berlainan. Contohnya mengenai konsep jihad dalam Islam. Orang Islam ada sumber yang sama, iaitu A/Q dan hadis tetapi mereka kadangkala menyalahtafsir/ mengenai makna dalam jihad dalam Islam.

16.Terdapat banyak kritikan dalam penggunaan istilah falsafah Islam. Penentuan falsafah bukan terletak pada bahasanya tetapi, sumber, batasan dan nilainya.

17.Apabila bercakap mengenai benar. Kalau dia Moslem, tidak semestinya dia adalah benar.

18.Gelaran “moslem” tidak dapat menjamin bahawa seseorang Moslem itu sangat benar.

19.Sebab itu orang bukan Moslem dapat menghasilkan karya2 mengenai Islam, dan orang Moslem pula dapat menghasilkan karya bukan Islam.

20.Kayu ukur bukan pada manusia. Macam mana kita hendak tentukan yang benar?

21.Mesti ada kayu ukur. Kalau tidak ada kayu ukur, tidak dapat kebenaran.

Page 5: PROFESSOR MORIS.odt

22.Caranya untuk mengatasi masalah ini, ialah ;a)Islamic – sumber mesti berdasarkan A/Q dan hadis.b)Fahaman c)Sumber, fahaman dan interpretasi perlu selarasd)Analogical reasoning (aql, intellect)

cth : dalam A/Q tidak ada organ donation. That's what we called it as analogical reasoning. - yang digunakan dalam hukum Islam / perundangan. Means benda2 berkaitan ini, perlu dibuat 'syura', atau satu persidangan majlis antara ulama dan orang2 berpengetahuan luas dalam bidang agama.

TUTORIAL : FRIDAY 26th September 2014.

Q : Mengapa terdapat wujudnya mereka yang berfalsafah bertentangan dengan ajaran agama / membuat falsafah tanpa ajaran agama?

-Jawapannya : kerana mereka hanya meletakkan pemikiran yang rasional yang terbatas ini sewaktu mencari kebenaran, dengan erti kata lain – mereka menyesuaikan wahyu dengan akal, padahal kita perlu menyesuaikan akal dengan wahyu. Aliran ini dipanggil sebagai rasionalisme. Dalam falsafah Islam, dalam pencarian kebenaran (the truth) kita perlu meletakkan revelation (wahyu) dalam mencari hakikat kebenaran.

1.Soalan : Kalau kebenaran itu sudah termaktub dalam A/Q, dan dalam A/Q sudah ada contoh kehidupan yang sempurna, mengapa perlu berfalsafah?

2.Soalan : Bukankah sudah boleh menjadi seorang Moslem yang baik tanpa falsafah?

3.Soalan : Kalau hikmah, mestikah tafsirannya berbeza?

4.Soalan : Boleh atau tidak ada kebenaran yang berbeza? (berbeza di sini means cara menterjemah kebenaran itu berbeza)

5.Jawapannya : Maksud benar itu sama. Kalau benar itu berbeza, maka dia bukan benar sudah.

6.Jawapannya : Masih perlu ada falsafah untuk memahami kebenaran dalam A/Q. Walaupun ada kebenaran, tetapi kita masih perlu tahu apakah hikmah di sebaliknya. Contoh : Apakah hikmah manusia ini dijadikan berpasang2?

7.Walaupun ada kebenaran, hikmah perlu dicari. Hikmah perlu berasaskan kebenaran. Kenapa? Sebab hikmah itu memahami kebenaran itu.

8.Yang penting dalam mencari ilmu adalah memahami kebenaran itu, bukan hanya menerimanya sahaja.

9. Contoh, apabila kita tidak ada duit. Ya, memang kita bermasalah. Fahaman kita tentang masalah itu dengan mengalaminya secara mental itu ada bezanya dengan tahu secara pengalaman. Selagi kita tidak memahaminya, kita tidak akan tahu.

10.Jadi, pengalaman itu memberi kita peluang, memahami, mengerti dengan lebih mendalam dan lebih baik. Itu sebab falsafah itu perlu dalam memahami kebenaran yang terdapat dalam A/Q.

11.Soalan : Kenapa dunia ini berpasang2?

12.Dunia ini berpasangan. Dalam A/Q, juga berkata. Semua benda berpasangan. Heraclitus berkata, semua benda berlawanan (berpasang2). Jika dalam falsafah Cina pula ada konsep Yin dan Yang. Contoh : semua benda, kalau kita lihat diri kita, ada banyak bangsa, ada banyak budaya dan rupa. Dan Allah sengaja mencipta kita berbeza2. Kenapa?

Page 6: PROFESSOR MORIS.odt

13.Kita biasa akan berkata: -agar dapat belajar antara satu sama lain-supaya saling kenal mengenali-saling melengkapi-dan berlumba2 membuat kebaikan

14. Kenapa? Kerana perbezaan ini dicipta olehNya supaya kita dapat MENGENALINYA!

15.Sebab sifat ciptaan Tuhan adalah pelbagai. Salah satu sifat ciptaan Tuhan ialah pelbagai. Apa juga yang Dia cipta, adalah pelbagai. Kepelbagaian memang adalah satu sifat ciptaan Tuhan.

16.Soalan : Mengapa mesti pelbagai? Mengapa mesti semua benda pelbagai? Even an identical twins juga mesti ada benda berbeza antara satu sama lain. Cap jari manusia juga lain walaupun berbillion manusia hidup di dunia ini. Mengapa tidak boleh seragam?

17.Lihat analogi ini.

18.Apabila terdapat perbezaan yang pelbagailah, di sini manusia selalu mempunyai masalah.

19.Macam mana kepelbagaian itu membantu manusia?

20.Ada ahli falsafah yang menjelaskan bahawa yang hanya boleh menjadi Esa, tunggal dan unik hanyalah Tuhan. Semua benda lain di dunia ini ada lawan dia, tetapi Tuhan tidak ada lawanNya. Kalau Tuhan ada lawan, bermakna Dia ada lebih dari satu. Itu tidak boleh. Jadi.

21.Maksud satu itu sebenarnya satu benda yang dijelaskan oleh ahli falsafah. Maksud Satu – tidak ada perbandingan. Tuhan – tidak ada lawanNya. Jika ada lawan, maksudnya ada lebih dari satu Tuhan. Itu tidak boleh.

22.Fahaman untuk keesaan itu ada dalam Al-Farabi. Bagaimana Al-Farabi menjelaskan konsep keesaan.

23.Kepelbagaian/ ketidakseragaman ini dicipta menjelaskan kehebatan Allah. Kerana tidak kehausan kreativiti Allah itu. Tidak ada batasan, tidak ada duplication (kependuaan), dan benda yang dicipta sama olehNya mesti ada perbezaan.

24.Jika dunia ini dicipta seragam, maka ia seolah2 Tuhan itu sama dengan ciptaanNya. Sebab itu segala ciptaan dicipta untuk tidak seragam, kerana yang satu itu hanya khas untuk Tuhan sahaja.

LECTURE : September 30 2014NOTE FROM:THE QURAN & HADITH AS SOURCE AND INSPIRATION OF ISLAMIC PHILOSOPHY – S.H. NASR.

1.Terdapat dua konsep penting untuk kita fahami falsafah Islam dari sudut S.H Nasr secara mendalama)Studied something from within b)studied something from without

2.Untuk Nasr, pemahamannya mngenai falsafah adalah “from within”, iaitu pandangan dia dan perspektifnya adalah dari dalam.

3.Berbeza dengan mereka yang belajar “from without”, (as an outsider). The understanding of the outsider and the insider is very different.

Page 7: PROFESSOR MORIS.odt

4.Bermaksud – segala apa yang dia pelajari daripada luar, pemahaman dan pendapatnya adalah berbeza dengan mereka yang belajar dari dalam.

5.Contoh: the ourtsiders perspectives will add some point of his own perspectives .eg western perspectives

6.Biased can bea)unfavourable (positive)b)favarouble (negative)

7.Mengemukakan falsafah Islam dari dalam, ianya merupakan satu kelebihan. Cth : Sarjana Islam – Henry Corbin. Dia sendiri dilatih untuk mempelajari falsafah Islam dari dalam. -writing-syarah' (commentaries) – means penjelasan yang lebih lanjut

8.Bagi Nasr, al-hikmah itu juga adalah milik-theologists-al-fikh-sufists-philosophers

9.Mengapa ahli2 di atas juga mendakwa mereka juga memiliki hikmah?-sebab hikmah adalah pengetahuan, dan ianya berdasarkan A/Q.

10.Jadi, boleh dilihat di sini bahawa hikmah ialah bukan hanya keistimewaan untuk ahli falsafah sahaja, tetapi juga terbuka kepada semua orang. Menurut Nasr, hikmah bukan hanya milik ahli falsafah.

11.Dalam falsafah, menurut Nasr, ada dua benda penting. a)Kalam – theology (the speech of God)-ahlinya dipanggil Al-Mutakallin (singular) Al-mutakallimun (plural)b)tasawuf – sufi

12.Ada connection sebenarnya antara a)falsafahb)tasawufc)kalam-cuma pendekatannya agak berbeza

-contoh : Al-Ghazali, seorang ahli Kalam, kemudian mempelajari falsafah untuk mengkritik falsafah. Kemudian akhirnya dia menjadi ahli tasawuf dalam proses mencari kebenaran -ada hadis mengatakan : mencari hikmah itu adalah satu perkara yang fardhu dan kewajipan bagi Muslim dan mendapatkannya merupakan satu kebaikan.

13.Definisi falsafah menurut Greek :a) Philosophy (al-falsafah) is the knowledge of all existing things qua existens (ashya' a;-mawjudah bi ma hiya mawjuda)b) Philosophy is knowledge of divine and human mattersc) Philosophy is taking refuge in death, that is, love of deathd) Philosophy is becoming God-like to the extent of human abilitye) It (philosophy) is the art (sina'ah) of arts and the science ('ilm) of sciencesf) Philosophy is predilection for hikmah

14.Ahli falsafah Islam juga mempunyai mereka punya tafsiran yang tersendiri mengenai philosophy.

Page 8: PROFESSOR MORIS.odt

15.Contohnya: Tentang falsafah, Al-Kindi mengatakan bahawa falsafah adalah ilmu tentang mengetahui hakikat benda.-Mengapa perlu mengetahui hakikat benda?-Kerana : falsafah secara teoretikal adalah untuk mencari hakikat

16.Secara amalan (praktikal) adalah mengikut benda yang diketahui itu. (maksudnya mengetahui kebenaran dan mengikut kebenaran itu)

17.PHILOSOPHY IN ISLAM IS NEVER THEORY. Tetapi teori dan praktikal. Dari awal lagi, Phytagoras kata : philosophy adalah practical. - practical way

18.Al-Farabi pula, mendefinisikan dua benda penting :a)certainty (kepastian) -demonstration (burhan / proof)-demonstration bermaksud kita boleh membuktikannya .

-contoh : Semua A adalah B Semua B adalah C Semua A adalah C-semua (A)wanita adalah (B)perempuan-semua (B)perempuan adalah (C)manusia-Jadi, semua (A)wanita adalah (C)manusia.

-->Bermakna hujah ini sah. Kita boleh demonstrate (membuktikannya). Dalam falsafah, apa yang kita kata demonstrate, adalah bermakna hujah yang sah – valid argument! Kita tidak dapat menolak hujah itu.

19.Menurut Ibn Sina pula ;-falsafah “is a perfection of a human soul” melalui tasawwur – tasdiq (pertimbangan)-pertimbangan menunjukkan budi bicara-falsafah adalah kesempurnaan diri manusia -ilmu daripada fikiran

20.Question : What is realized knowledge? Not a mental knowledge but realized knowledge?

LECTURE (SAMBUNGAN ARTIKEL NASR) : OCTOBER 3th 2014

1.Peripatetic philosophy-they're philosopher and scientist at the same time.-mean : al-hikmah al-masha'riyyah-established Masha'ie school

2.Antara science dan philosophy, - mereka saling berhubung kait (intertwined/interconnected)-to have knowlege-to have existence of things-the way of truth – penghayatan amalan pada falsafah -pemikiran + falsafah (theory)

3.It is never to be clever, it is to know the truth! - professor moris

4.Sebab apa? Sebab apa yang manusia ketahui adalah dia akan bertindak berdasarkan apa yang dia ketahui (mengikut pengetahuan dia). Contoh : Socrates kata “ To know is to be”.

5.Contoh : mencuri. Mencuri untuk kebaikan. Dia menganggap mencuri itu untuk kebaikan dirinya. ya. Dia mendapat kebaikan tertentu bagi dirinya jika dia mencuri, tetapi kebaikan itu bukan hakiki,

Page 9: PROFESSOR MORIS.odt

tetapi kebaikan yang sementara.6.Al-Kindi, Al-farabi, Ibn Sina-semuanya adalah aliran Masha'ie school a.k.a peripatetic school

7.Namun, terdapat juga lagi satu sekolah yang ditubuhkan, iaitu -”the school of Illumination” (al-hikmah al-ishraqiyyah)

8.Bagi Suhrawardi, philosophy selain daripada practical pemahaman + pengetahuan, ianya juga seiring dengan penyucian jiwa (the purification of the soul)

9.Maksudnya: Suhrawardi berkataa)pemikiran akal, pembelajaran (practical)b)penyucian jiwa-kedua2nya mesti ada sekali

10.Kenapa? Sebab ilmu itu bukan hanya mental, tetapi satu tahap kesedaran diri (self-reflection). Tahu saja tidak boleh, It's a state of being. That is why knowledge of the purification of the soul is important. To be illuminated, jiwa itu mesti bersih. Nur ilahi. Dan daripada itu mendapat hikmah. Mendapat ilmu. -INI ADALAH PENDAPAT SUHRAWARDI.

11.Contoh menurut Plato : Observation ---> Mental ---> Perfect Form-melalui pemerhatian, kepada mental dan seterusnya perfect form

12.Itu sebab Plato dipanggil sebagai “The Divine Plato”

Definitions of divineAdjective of, from, or like God or a god."heroes with divine powers"

Nouna cleric or theologian.

Verb-Discover (something) by intuition.e.g "His brother usually divined his ulterior motives"

13.Bagi islamic philosopher: Plato --> he is mysticBagi western philosopherPlato ---> he is rational

14.Di barat, apabila kita membaca falsafah Barat, - mereka berkata bahawa philosophy is mental. Mereka anggap – it is to be clever. Cerdik. Bijak. Tajam pemikiran. (human rational thinking). Tetapi, bagi aspek kebatinan, kerohanian, lain cerita. Jika kita mencerita mengenai Tuhan, mereka akan memanggil “theology”. - itu fahaman western perspectives

15.Kita boleh perhati bahawa western philosophy tidak bercakap mengenai purification of the soul, God,

16.Pandangan Nasr : Bila kita guna philosophy, mereka akan translate kepada mental sahaja. Here, Nasr been telling us that : mengenai “philosophy” orang boleh salah sangka. Sebab orang berkata bahawa philosopy adalah aktiviti mental sahaja. Itu sebab ada orang takut mereka yang belajar falsafah akan menjadi atheist.

Page 10: PROFESSOR MORIS.odt

17.Kerana hari ini – pemahaman masyarakat hari ini, philosophy adalah lebih pada fahaman aql fikiran dan bukan aql fikiran + agama.

18.Selepas Suhrawardi, ada banyak lagi ahli falsafah Muslim, contoh seperti Mulla Sadra-Mulla Sadra menubuhkan sekolah “Al-Hikmah Al-Muta'aliyyah-Mutaa'lin bermaksud transcendent. (transcendent: beyond or above the range of normal or merely physical human experience. "the search for a transcendent level of knowledge")

19.Mulla Sadra berkata :-manusia ini adalah satu alam Al-Saghir (kecil) -human being is a small world. micro cosmos (kecil) (tersusun)-alam ini ialah alam Al-Kabin (macro cosmos)-antara manusia dengan alam, ada persamaan. Sebab apa?-sebab kedua2nya adalah makhluk alam-apa yang ada pada alam, ada pada manusia

20.Jadi, dunia ini adalah dunia jisim. -atas pada dunia jisim adalah alam jiwa (alam nafs)-alam jiwa tidak boleh ditanggapi dengan indera-atas pada alam jiwa (singular) ialah ruh (alam arwah - plural)-jadi, diri manusia dan alam, lapisannya sama-jadi, alam besar ini – macrocosmos (al-insan al-kabir)

21.Al-hikmah itu nubuwwah. Daripada nur – cahaya. Dan daripada situ datangnya hikmah. Dan dia bukan luar dari A/Q dan sunnah.

22.Jadi, ahli hukama ini – mengikut jejak nabi dan rasul. Untuk Mulla Sadra, ahli falsafah ini mengikut jejak nabi dan rasul – bukan dari sumber lain

23.Sekolah aliran : 1) Al-hikmah al-Mashaiyyah 2) Al hikmah al- 3) Al-hikmah al-Mutaa'liyyah

CHAPTER 2 : THE QURAN AND HADITH AS SOURCE AND INSPIRATION OF ISLAMIC PHILOSOPHY . Artikel NASR.

1.Semuanya bermula dengan Al-Kindi. Beliau merupakan ahli falsafah Islam yang pertama. Menurut Nasr – islamic philosophy hidup dalam A/Q dan As-Sunnah. Islamic philosophy tidak boleh berpisah dengan dengan sumber A/Q dan As-Sunnah. (Nasr's view)

2.Kita akan dapat tahu bahawa falsafah Islam adalah tulen. Walaupun ahli falsafah Islam menyerap sumber falsafah mereka dari tamadun Greek – tetapi mereka tidak berhenti di situ sahaja. Mereka mengembangkan lagi falsafah itu. - they went further. e.g : The role of prophet (prophetic philosophy)

3.Rational – Ibn Sina dan Ibn Rushd (rationalist) -sangat rational – ibn sina was a kadi by profession-tetapi kedua2nya hidup dalam A/Q dan As-Sunnah

4.Dalam konteks ini kita boleh panggilnya sebagai “prophetic philosophy”. (nubuwwah – kenabian)

5.Ahli falsafah Islam merujuk pada A/Q untuk menjawab soalan2 kefalsafahan.

Page 11: PROFESSOR MORIS.odt

6.Contoh : What is the connection between aql and revelation (wahyu)?

7.Ini tidak disebut dalam falsafah Yunani, tetapi ianya terbit dalam falsafah Islam kerana A/Q adalah sumber ilmu. Ini adalah satu hujah kukuh untuk membuktikan bahawa falsafah Islam walaupun menyerap tamadun yunani tetapi mereka juga mempunyai falsafah Islam sendiri yang tulen.

8.Contoh : seorang nabi dapat menerima wahyu. Antara manusia biasa dan seorang rasul – ada jurang yang sangat besar. Melalui penerimaannya, seorang Rasul menerima wahyu dalam bahasa Arab.

9.Nasr bertanya : Soalannya adalah : “what kind of consciousness can receive revelation”? Apakah jenis kesedaran yang boleh menerima wahyu?

10.Seperti orang biasa – mereka tidak boleh menerima wahyu. Bermakna rasul2 itu mesti mempunyai kesedaran diri yang sangat tinggi.

11.Jadi, ianya transfrom daripada sumber ketuhanan dan Rasul menerima kesedaran itu.

12.Aql – adalah fakulti mengetahui dalam diri manusia. Ibn sina berkata ada dua fakulti:a)theoretical intellect (pengetahuan – knowledge) (al-aql al-nazari)b)practical intellect (tindakan)

13.Ahli falsafah Islam cuba untuk menjelaskan aql nabi bagaimana. (the prophetic intellect)- intelek kenabian – yang mengupayakannya, memahaminya dan menterjemahkannya dalam tindakan.

14.Quran ada dua makna yang berbeza. -the outward (zahir) - tersurat-inward – (batin) – tersirat

15.Quran juga melihat pada sumber pengetahuan (source of knowledge) dan sumber tindakan (source of action).

16.Shariah – adalah hukum2 Islam cth macam wajib, sunat, harus, haram etc

17.Shariah ini memberi panduan kepada tindakan manusia.

18.Selain dari itu A/Q juga mempunyai hakikah (al-haqiqah)

19.contoh : hakikat benda. Apakah kebenaran benda dan realiti benda. Al-Haq (bermaksud – a) truth b) reality

20.Hakikat benda bermaksud – kebenaran benda dan hakikat benda. Hakikat mesti berasaskan kebenaran dan realiti.

21.Ahli2 falsafah ini juga melakukan “philosophical commentaries of the Quran”. - maksudnya cuba untuk memahami Quran verses menggunakan kaedah falsafah.

22.Untuk apa? Untuk memahami hakikah Quran dan makrifah.

23.Makrifah – bermaksud pengetahuan daripada pengalaman, (knowledge from experience) bukan pengetahuan mental. (mental knowledge).

24.Makrifah ialah tentang sesuatu knowledge yang melebihi tanggapan indera. Ini yang dipanggil sebagai intuition. - it goes beyond our sense. (merentasi deria).

25.Makrifah : adalah ilmu daripada pengalaman kerohanian – from spiritual experience.

26.Makrifah – ini kita panggil realized knowledge. Kadang2 juga dipanggil spiritual knowedge.

Page 12: PROFESSOR MORIS.odt

27.Seseorang yang mempunyai ilmu dipanggil alim.

28.Contoh : Apabila kita melihat manusia, kita ada deria. Dan daripada 5 deria ini, kita ada deria rasa, dengar, lihat etc. (inilah juga merupakan sumber pengetahuan manusia).

29.Tetapi juga, selain daripada bergantung kepada pengetahuan deria itu untuk mendapat knowledge, kita juga boleh berfikir menggunakan akal, TANPA ANGGAPAN DERIA.

30.Selalunya, kita hanya berfikir kita mempunyai dua benda sahaja – akal dan deria. (untuk memperoleh pengetahuan). Tetapi. Kita sebenarnya juga mempunyai satu lagi fakulti – iaitu INTUISI.

31.Seperti pengetahuan akal dan indera, intuisi (intuition) juga mempunyai peringkat. Contoh :gerak hati (tidak sedar – unconscious) – ini adalah peringkat awal yang paling rendah. Kedua adalah peringkat ilham – (iaitu mendapat maklumat tanpa deria, tanpa fikiran, tetapi kita mendapat maklumat dari dalam diri kita – from within, tanpa rangsangan dari pengetahuan lain. Ia datang secara tiba2. Iaitu – intuition is the knowldge you get from within yourself. Tetapi intuisi ini juga berkait rapat dengan hati.

32.Kalau hati itu suci, bersih, dia mudah mendapat pencerahan, penerangan. Secara normal, untuk mendapat intuisi, hati mesti bersih.

33.Sebab apa? Sebab antara kita dan dunia, ada hijab. Apabila hati itu suci, cahaya – pencerahan itu boleh berlaku.

34.Kerana itu, ilmu2 yang didapati ini adalah “dhawq”.

35.Contoh intuisi : apabila kita rasa ada seseorang prihatin kepada kita – kita dapat rasa. Kita rasa dalam diri kita dia menyukai kita.

36.Tetapi, “rasa” di sini – ia bersifat kerohanian dan kebatinan. Orang biasa mungkin tidak dapat rasa - Allah itu hampir, susah nak rasa. Tetapi bagi mereka, yang dapat mencapai intuisi contoh sufi, rasa di dalam hati ini dapat dirasai.

37.Sebab itu, kita tidak dapat kata akal tidak berada dalam ruang, waktu dan jisim, kerana ruang, waktu dan jisim juga dicipta olehnya. Oleh sebab akal itu berada dalam ruang, waktu dan jisim – walaupun dia boleh berfikir, tetapi oleh sebab dia berada dalam 3 benda itu, dia terbatas. Jika kita hendak fikir lagi – kita boleh jadi gila. Akal berada dalam 3 benda itu, oleh sebab itu dia tidak dapat memahami sepenuhnya. Ia terbatas.

38.Soalan : adakah ruang, waktu dan jisim juga ciptaannya? Ya. Ruang, waktu dan jisim (space, matter and time) ini juga makhluk ciptaanNya. Tuhan tidak berada dalam ruang, waktu dan jisim. Sebab apa? Sebab 3 benda itu adalah ciptaaNya. Tuhan berada di luar ruang, waktu dan jisim. Dia melebihi segalanya. Sebab kalau kita kata Tuhan berada dalam ruang, waktu dan jisim, bermakna tuhan itu terbatas sama macam manusia. Ini tidak boleh. Jadi, Tuhan kita boleh kata bahawa Tuhan itu melebihi segalanya. Dia tidak berada dalam ruang, waktu dan jisim dan sebab itu dia melebihi segalanya dan Dialah pencipta kita.

LECTURE : SAMBUNGAN ARTIKEL.

1.There must be guidence to think and to acquire knowledge. Manusia mempunyai iradat bebas (kehendak bebas) dan boleh bertindak bebas mengikut pilihan sendiri.

2.Manusia ada soul – hasil, karya, seni. Manusia ada kejiwaan. Tentang tindakan ini, ialah moral atau akhlak. Dan hasil buatan manusia / karya seni manusia adalah estetik.

Page 13: PROFESSOR MORIS.odt

3.Dalam Islam, ada dua benda:a) knowledgeb) free will (tindakan)

4.kedua2nya ini ada hukum / shariah. Dan juga A/Q juga adalah hidden truth (hakikah)

5.Hakikah ini ada dua – iaitu aspek zahir dan aspek batin.

6.Contoh : ilmu tafsir – ia cuba memahami A/Q secara zahir ilmu takwil – cuba memahami secara simbolik / mendalam -dan kedua2nya cuba memahami dan menterjemah ayat A/Q.

7.Dalam A/Q – ada makna yang jelas maknanya dan satu lagi yang dalam maknanya.

8.Dan apa yang cuba difahami oleh ahli falsafah, adalah memahami hakikat A/Q. Contoh : ahli fekah cuba memahami A/Q dengan caranya sendiri atas hukum2 dan tindakan manusia. Dan ahli falsafah pula cuba memahami A/Q secara falsafah.

9.A/Q tertulis : tidak ada yang boleh mendampinginya, (tahu rahsianya) melainkan yang suci. Apa maksud suci?

10.Secara literal – ahli fekah berkata : kena wudhuk. Ahli tasauf pula berkata : untuk mendampingi A/Q, bukan sahaja wudhuk tetapi jiwa juga perlu suci. Tidak guna jika berwudhuk tetapi jiwa kotor.

11.Macam Suhrawardi kata : untuk memahami A/Q – jiwanya kena bersih.

12.Nasr explain – A/Q -->wisdom. Orang yang dipilih belajar hikmah ada benda baik.

13.Philosophy is tied up with nubuwwah. Sebab philosophy juga adalah daripada A/Q. Jadi, dia ada konsep nubuwwah (kenabian).

14.Falsafah dalam Islamic philosophy adalah bersumber daripada kenabian – nubuwwah.

15.Surhrawardi berkata : philosophy (hikmah) diberi pada Nabi Idris. Falsafah ini sumbernya daripada Allah. Nabi2 Allah adalah mereka yang menerima al-hikmah dan dikatakan bahawa nabi2 ini adalah ahli falsafah. (sebab belajar hikmah).

16.Sebab philosophy adalah berakar daripada mishykat an-nubuwwah (kenabian). Sumber dari kenabian.

17.Nasr memberi bukti hujahnya lagi - “because God have wisdom, so that's why human being also can have wisdom”.

18.If you have hikmah, it is something good to your soul. Hikmah which is the business dealing with the Quran.

19.Soalan : daripada mana kita mendapat hikmah – dari Allah. Ciri2 orang yang belajar hikmah macam mana? - dia ada ciri2 kefalsafahan dalam diri dia.

20.The gold of philosophy is to know the truth!

Page 14: PROFESSOR MORIS.odt

LECTURE : SAMBUNGAN ARTIKEL NASR. October 10th 2014.

1.Nasr – dalam falsafah Islam, Quranic theme (tema A/Q) is dominate (penekanan) dalam falsafah Islam. Macam mana?

Contoh : Prinsip (tema) al-tawhid memang akan ada dalam pembicaraan falsafah. Sangat banyak penjelasan apa makna al-tawhid. Berjilid2 dan berbuah2 buku di tulis mengenai konsep al-tawhid oleh para sarjana Islam.

2.A lot of explanation what al-tawhid means. 'Because God is one, there are many implication”. Kalau Tuhan itu satu, wujud itu hanya pada dia.

3.Falsafah guna akal. Salah satu keupayaan akal adalah berfikir. Tetapi akal ini adalah hukum2 yang tersusun. (logik). Contoh :kalau kita kata ini adalah pen dan pada masa yang sama ia bukan pen. Ini tidak logik. Ini berkontradiksi. Jika kita kata ini adalah pen dan pada masa yang sama ia bukan pensil. Barulah benar dan logik. Logik – susunan akal fkiran manusia.

4.Apabila kita berkata mengenai Tuhan, ada fikiran yang kita boleh fikirkan tetapi akal fikiran kita terbatas pada space,matter dan time. Itu sebab fikiran manusia ini terbatas. Ini adalah makna “akal fikiran terbatas”. Kenapa ia terbatas? Sebab ia terletak di dalam space, matter dan time dan bukan di luar lingkungan itu. Sebab itu ia terbatas. Contoh : kita tahu Tuhan itu wujud. Tetapi bagaimana ia wujud dengan sendiri itu kita tidak tahu. Kita tidak dapat tahu. Sebab kita terbatas.

5.Contoh : mengenai benda2 di luar batas masa, ruang dan jisim, akal fikiran takkan dapat memikirkannya. Contoh : syurga dan neraka. Manusia tidak dapat membayangkannya tetapi umat Islam perlu percaya ianya wujud.

6.Tetapi, selepas akal fikiran, ada fakulti lain. Sebab itu ada makrifah dan knowledge.

SAMBUNGAN ARTIKEL NASRLECTURE 14 oct 2014

1.Wujud – existence -A/Q memberitahu Allah mencipta sesuatu – kun fa ya kun – Be! And it will be! Jadi, maka jadilah ia! A/Q memberitahu begitulah cara Tuhan mencipta.

2.The islamic philosophy do not wrote on wujud. -ontology (greek), spesifically ia adalah sub bidang pada metafizik. (metafizik – ketuhanan, roh)

3.Nasr tanya : mengapa semua Islamic philosophers wrote / care about this metafizik? Sebab benda yang paling penting dalam pencarian falsafah adalah ketuhanan. Semua ahli falsafah islam menekankan mengenai ketuhanan. Jika kita melihat pada buku2 ahli falsafah yang digarap, di dalamnya penuh dgn membicarakan mengenai ketuhanan walaupun dalam buku mereka ada membicarakan mengenai tajuk lain iaitu etika, politik, dan sosial etc.

4.Nasr tanya : apakah hubungan antara wahyu dengan akal. Ahli falsafah Islam cuba membicarakan mengenai wahyu dengan akal.

5.satu lagi subject matter yang ditekan oleh Islamic philosophers – eschatology (alam selepas kematian) – iaitu tentang peristiwa2 yang berlaku di alam akhirat.

6.Dalam falsafah barat – ia tidak ada membicarakan mengenai soal2 aspek batin, tetapi dalam falsafah Islam ia ada.

Page 15: PROFESSOR MORIS.odt

7.The early philosophy although based on Quran and hadith but they don't with Quran and Hadith.

8.Nasr menerang kepada kita bahawa falsafah sebelum Suhrawardi adalah tidak mengikut A/Q dan Hadith but they are rationalist. But after al-Ghazali – the criticism towars philosophy then tidak ada lagi pembelajaran falsafah di dunia Islam.

9.Kita kena ingat bahawa Islamic Philosophy juga dipanggil sebagai prophetic philosophy (falsafah kenabian) – sebab it is derived from A/Q dan Hadith.

KULIAH FALSAFAH ISLAM : OCTOBER 16 2014

Sejarah Falsafah Islam.

1.Selain daripada Greek Philosophy, terdapt juga Persian. Yang bertempat di Jundishapur.

2.Bayt al-hikmah – (house of wisdom) – terdapat banyak hasil karya yang diterjemah dari bahasa Greek.

3.Sebab apa menterjemah karya2 ini? - sebab Islam emphasize (menekankan) knowledge.

4.Ahli2 falsafah Islam tidak mahu tertinggal di belakang para sarjana2 christian dan jews. Sewaktu dalam perdebatan mereka tidak dapat berdebat mengenai isu2 kefalsafahan yang diutarakan oleh para sarjana2 bijak pandai tersebut. Lalu ini mendorong / encourage mereka untuk belajar daripada para sarjana2 itu. Tetapi pada masa ini, bukanlah tidak ada para sarjana2 islam yang hebat2. Cumalah mereka tidak belajar ilmu falsafah sahaja.

5.Oleh sebab itu, para pemikir2 Islam ini, yang teruja dengan segala khazanah2 falsafah dari tamadun Greek, teruja mendapati dalam itu bahawa ada kebenaran yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Walaupun kesemuanya ada yang tidak sempurna oleh sebab ianya adalah hasil pemikiran manusia – namun ada ilmu dari tamadun greek ini yang selaras dengan kebenaran, dan A/Q juga membenarkan kebenaran itu.

6.Bayt al-hikmah – 830 - ditubuhkan untuk menggalakkan projek2 terjemahan secara besar-besaran. Tetapi.

7.Project mereka bukanlah “blind translation”, tetapi select translation – mereka memilih mana satu yang sesuai dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Contohnya: epik Homer, Illiyad dan Odssey yang penuh dengan khayalan, mitos dan tidak real dan bercanggah dengan ajaran agama Islam tidak diterjemah.

8.Siapakah penterjemah itu ? - jewish, Christian, scientists scholars

9.Bukan bermaksud sebelum proses penterjemahan, tidak ada pemikir2 Islam, tetapi ada satu jenis pemikiran, satu kumpulan cendekiawan Islam yang lahir hasil pertembungan antara Greek dan Islam. Jadi, oleh sebab pertembungan pemikiran inilah maka ada dari sesetengah mereka (walau tidak kesemuanya) mempelajari falsafah.

10.Mereka membaca dan mendapati ada hikmah, dalam khazanah ilmu yang baru ini, yang tidak bercanggah dengan ajaran agama Islam, A/Q dan sunnah. Dan mereka mengambilnya, dan mereka teruja.

11.Kalau tidak ada pengaruh falsafah Yunani, tidak adalah pengaruh Islam. Dan ini membuka persoalan besar kepada soalan2 besar.

12.Abad ke7th Masihi– Tamadun Persian, Greek dan Byzantium -sebaik sahaja Islam datang, terdapat banyak tamadun2 yang hebat

13.Jadi ahli fikir mengambilnya untuk membuahkan hasil pemikiran falsafah mereka.

Page 16: PROFESSOR MORIS.odt

14.Dalam pemikiran manusia ada kebebasan – samada ingin berada dalam lingkungan atau berada di luar lingkungan itu.

15.Ada juga ahli falsafah yang keluar daripada batasan, dan ada seolah2 mempersoalkan tetapi mereka bukan mempersoalkan tetapi berfikir. Dan inilah permulaan bagi Islamic Philosophy.

LECTURER 29 OCTOBER 2014

Q: Adakah Allah memberi manusia kemampuan mengetahui yang ghaib?

1.Allah memberi manusia keupayaan rohani. Kerana rohani sahaja yang kenal. Hati ini, jika bersih, tidak terikat dengan dunia, (all the good qualities), dan itu saja tidak cukup.

2.Apabila kita kata, jiwa kita bersih, - bermakna tidak ada halangan antara kita dengan Dia.

3.Ahli2 sufi ini, mereka ada hubungan yang baik dengan Tuhan. They cultivated it. (memupuk).

4.Inilah reasonnya mengapa kita dicipta. UNTUK KENAL ALLAH. Mengabdikan diri kepada Allah sehingga tiada.

5.When we have a sense of ourself, we are seperated from the other person, and the sense is related to EGO.

6.Contoh : apabila kita kecil, dari umur 1 hari, ibu bapa kita memelihara kita, kita mengikut sahaja kata2 parents kita, apa yang parents beri semuanya tidak ada masalah pada kita. kini setelah mencapai usia 13 tahun, kita ada pilihan kita sendiri, kita tidak mahu mengikut pilihan parents kita. Kita tidak mahu ada apa2 pilihan jika parents kita menentukan. Kita tidak suka parents menentukan pilihan kita. Dan inilah yang dinamakan sebagai EGO.

7.Sebab apa? Sebab kita ada sense diri kita sendiri. Sekarang ini, that self, has to be remove. Because that sense come between us and God!

8.The concept of Hamba Allah. - adalah tidak ada kemahuan diri, yang ada cumalah kemahuan Allah. Hanya yang dia mahu adalah apa yang Allah mahu. Itulah konsep hamba Allah.

9.Suhrawardi says : Falsafah yang benar, mesti ada kedua2nya. Tidak boleh juga menjadi seorang sufi, menyuci diri, tanpa pemahaman menggunakan akal. Dan ahli falsafah menekankan intelektual knowledge.

10.Untuk Suhrawardi:

ada beberapa peringkat :

student --> student of philosophy --> sufi --> seeker of knowledge (hakim mutakallin)

seeker of knowledge (hakim mutakallin) --> the wise person who has divine knowledge. - mendapat jiwa falsafah yang asli dan ilmu yang datang daripada pengalaman rohani. - al-ghazali kata “dwhazq”, iaitu:

11.a) kita tahu indirect (melalui maklumat) – penggunaan akal b) ilmu pengalaman batin yang dirasai oleh hati manusia, yang melebihi ruang, masa, tempat. Pengalaman perkara2 rohani, (different kind of knowledge).-iaitu, ilmu makrifah / basirah / kasyaf / laduni / - iaitu melalui pengalaman secara langsung

Page 17: PROFESSOR MORIS.odt

12.ilmu ini - not intellectual, not theoretical, but experience! Pengalaman. Experience by your heart.

13.Q : If we have to remove all the desires, what happen to the desire of fana as well?e.g : the sufi desire God. They have their own path.

14.Of all the things, what is the highest? Allah. Makrifatullah. The greatest happiness is to know Allah.

15.Slave – is somehow who cannot see himself outside the master.

16.Everything is according to the master. Pengisian hamba itu – ialah Tuhannya. What's remain left is inside us .

17.Sufi kata : kita ini seperti bekas. Yang hendak dituang ialah limpahan Allah. Yang menjadi masalah adalah diri kita. Sebab itu, pengisian Allah tidak dapat masuk. Jadi sebab itu, kita perlu mengeluarkan pengisian kita, dan masukkan pengisian Allah. (Inilah tujuan kehidupan Ahli2 sufi dan ahli2 falsafah juga mesti ada).

18.Falsafah ini abadi, kerana ia sejagat dan diturunkan kepada nabi2. Dalam pandangan Suhrawardi, ialah untuk mengembalikan semula hikmah abadi ini.

19.Sumber hikmah – hanya Allah sahaja iaitu Al-hakim.

TUTORIAL : FALSAFAH ISLAM 31 0CTOBER 2014

1.Dalam abad ke-15, pemerintahan Safarid, sebahagian daripada Iran, di mana fahaman mazhab Syiah di sini menjadi agama rasmi.

2.First period – Isfahan : Al-kindi, Al-farabi, Ibn Sina Second period – Adalusia : Al-Ghazali, Ibn Rushd Third period – Mongul : Nasir al-Din Tusi, Qutb al-Din Shirazi, Afdal al-Din Kashani. Kita tidak ada maklumat yang banyak mengenai period ini kerana barat tidak mengkajinya. Forth period – Mir Damad, Baha al-Din al-Amili, Mulla Sadra Mulla sadra – adalah yang paling famous. Sekolahnya – aliran al-hikmah al-mutaa'liyyah. “trancendent theosophy”.

Fifth period – a.ka.a Qajar period -Mulla Ali Zunuzi-Mulla Hadi Zabziwari-Syed Muhd Kazim Assar-Ablid Hassan Qazwini-Allamah Syed Hussein Tabatabai' (1980)-Jamal al-din Al-afghani (1897)

3.From 9-11th middle century – started from Al-Kindi, Al-farabi and Ibn Sina. (1st phase)-Ibn Sina : al-hikmah al-mashaiyyah (mashaie school) a.k.a peripatetic school. The 1st school (Timur). (traditional greek philosophy). - peripatetic philosophy / natural philosophy is very important – yang mana mereka ini ahli falsafah juga scientists pada masa yang sama.

4.Al-Farabi – sufi, juga ahli falsafah / orang hakim .

5.Selepas Ibn Sina, datang Al-Ghazali. (ahli kalam). Pada mulanya dia tidak mengkaji theologian. Tetapi ghazali ingin tahu, apakah sebenarnya falsafah ini. Dia hendak buat kritikan, tetapi dia sedar bahawa dia tidak boleh membuat kritikan kepada falsafah tanpa dia tahu. Jadi dia belajar falsafah dan mengkaji kelemahannya.

Page 18: PROFESSOR MORIS.odt

6.Selepas ghazali, datang ibn rushd. Ibn rushd summarizes all the work of ibn sina and al-ghazali, dalam bukunya tahafut at-tahafut.

7.Prof zailan : akal fikiran ini, bukan keseluruhan akal manusia. Rasio – HANYA satu aspek berfikir, iaitu berfikir sahaja. Tetapi akal ini juga mempunyai operasi tertentu.

8.Al-Ghazali mengkritik 3 perkara dlm falsafah yg diterangkan oleh Ibn Sina : Gods knowledge, kejadian alam dan kebangkitan manusia.

9.Ada dua : a)Analogical reasoning (qiyas burhan). b)Demonstrative reasoning (secara burhan. Secara pembuktian kebenaran). Demonstrative reasoning ini, berhujah secara betul, dengan kaedah yang betul dan menggunakan penyataan yang benar.

10.Falsafah kata : yang paling tinggi adalah hujah yang benar dalam bentuk kesimpulan yang betul.

11.Andalusian Philosophers: – Ibn Massara -pengasas falsafah di Andalusia

- Ibn Bajah - Ibn Tufyl – menulis buku falsafah yang amat terkenal , Hayy Ibn Yaqzan (living son of awake) - Ibn Rushd

12.Suhrawardi : Pembuka aliran falsafah yang kedua. -al hikmah al-ishraqiyyah --> cahaya / nur-dia melihat falsafah dengan menarik sekali -katanya falsafah tidak bermula dengan orang2 yunani-dia kata falsafah itu bersifat abadi.

-bermula dari sejarah awal manusia, manusia telah menerima hikmah, dikatakan Nabi Idris adalah pemulanya.Kita boleh katakan bahawa ;a)falsafah mula diajar di yunanib)falsafah diajar di mesirc)dan falsafah islam

-utk suhrawardi: falsafah2 ini bersifat abadi.

Page 19: PROFESSOR MORIS.odt