pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

33
52 BAB 4 KATA TUGAS Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas lain. Terdapat 17 jenis kata tugas yang telah dikenal pasti dalam bahasa Melayu: 1. Kata adverba 2. Kata hubung 3. Kata sendi nama 4. Kata seru 5. Kata bantu 6. Kata perintah 7. Kata pangkal ayat 8. Kata bantu 9. Kata penguat 10. Kata penegas 11. Kata nafi 12. Kata pemeri 13. Kata pembenar 14. Kata arah 15. Kata bilangan 16. Kata penekan 17. Kata pembenda Untuk perbincangan dalam modul ini, hanya beberapa kata tugas sahaja diperkatakan. 4.1 KATA SENDI NAMA Bahagian Satu: Morfologi

Transcript of pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

Page 1: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

52

BAB 4KATA TUGAS

Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata sifat yang

mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas

dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung

sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat,

pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas lain. Terdapat 17

jenis kata tugas yang telah dikenal pasti dalam bahasa Melayu:

1. Kata adverba

2. Kata hubung

3. Kata sendi nama

4. Kata seru

5. Kata bantu

6. Kata perintah

7. Kata pangkal ayat

8. Kata bantu

9. Kata penguat

10. Kata penegas

11. Kata nafi

12. Kata pemeri

13. Kata pembenar

14. Kata arah

15. Kata bilangan

16. Kata penekan

17. Kata pembenda

Untuk perbincangan dalam modul ini, hanya beberapa kata tugas sahaja diperkatakan.

4.1KATA SENDI NAMA

4.1.1 Takrif/DefinisiKata sendi nama bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata

atau frasa-frasa lain dalam sesuatu ayat dan hadir di hadapan frasa nama, contohnya: di, ke,

dari, daripada, ke, kepada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, laksana, sejak,

terhadap, akan, oleh, hingga, antara, untuk, dengan, dalam, dan sampai.

4.1.2 Bentuk Kesalahan Lazim4.1.2.1 Kata Sendi

(a) di

Bahagian Satu: Morfologi

Page 2: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

53

(i) Dia datang ke rumah saya di hari raya.(x)

(ii) Puan Siti mencalitkan gincu di bibirnya. (x)

(b) pada

(i) Suraya menulis surat pada keluarganya.(x)

(c) dengan

(i) Emak selalu marah dengan adik. (x)

(ii) Mereka terpesona dengan keindahan pantai itu. (x)

(d) bagi

(i) Hadiah ini bagimu. (x)

(ii) Antara

Jarak antara rumah Zainab dengan sekolah baharu itu kira-kira dua

kilometer. (x)

Tidak ada apa-apa hubungan di antara Hilmi dengan gadis tersebut.(x)

4.1.2.2 Kata sendi + kata sendi

Oleh kerana (x)

Sejak dari itu (x)

Selain daripada itu (x)

Demi untuk negara (x)

4.1.2.3 Frasa sendi berpasangan

(a) dari......ke

dari masa ke semasa (x)

(b) daripada.... kepada

daripada seorang ke seorang (x)

(c) sejak... hingga

sejak dahulu sehingga kini (x)

(d) antara....dengan

antara buku dan pensel.(x)

(e) dari ....hingga

dari atas hingga ke bawah. (x)

4.1.2.3 Frasa sendi gabungan

Bahagian Satu: Morfologi

Page 3: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

54

(a) di.... dan di......

di atas dan bawah (x)

(b) ke....dan ke.....

ke kiri dan kanan (x)

4.1.3 Rumus Penyelesaian

1P 2D 2K

1P – pada - digunakan untuk orang,

2D – dari, daripada - asal kejadian

2K – ke, kepada - perbandingan dan abstrak

4.1.3.1 Ayat Contoh

(a) Ayah menggantung lukisan itu pada dinding rumah.

(b) Salman mengulang kaji pelajaran dari tengah malam hingga subuh.

(c) Ukiran itu diperbuat daripada logam.

(d) Mereka berpindah ke Gombak baru-baru ini.

(e) Zulkifli menyerahkan buku itu kepada gurunya.

1L 8S

1L – laksana

8S

Seperti

Seumpama

Sebagai

Selama Digunakan untuk menunjukkan

Selain perbandingan dan masa.

Sepanjang

Sejak / Semenjak

Sampai

4.1.3.2 Ayat Contoh

(a) Adik ketakutan seperti dikejar hantu.

(b) Hatinya keras seumpama batu.

(c) Dia telah berkhidmat sebagai guru selama 10 tahun.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 4: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

55

(d) Hidupnya menjadi sepi sejak kematian ayahnya.

(e) Rashdan sampai ke sekolah pada pukul 7.00 pagi.

2T

Tentang - rujukan hal yang dilakukan dan hadir

terhadap sebelum kata nama

4.1.3.3 Ayat Contoh

(a) Berita tentang kejayaannya telah tersebar luas.

(b) Ketaatan murid itu terhadap gurunya patut dicontohi.

2D Menunjukkan maksud tujuan

Maksud bersama-sama

demi Cara sesuatu dilakukan

dengan Memakai atau menggunakan dan

perbandingan yang serupa

4.1.3.3 Ayat Contoh

(a) Widad rela mengorbankan masa cuti demi menjaga ibunya.

(b) Nurain pergi ke perpustakaan dengan kawannya.

c) Ayah memotong kayu dengan gergaji.

(d) Sifat lemah lembut kakak sama dengan ibu.

Menunjukkan hubungan pembuat (ayat

OU pasif)

- Membawa maksud sebab

Oleh Menunjukkan kegunaan sesuatu

untuk Maksud bahagian yang ditentukan.

4.1.3.4 Ayat Contoh

(a) Nasi lemak itu dimasak oleh ibu.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 5: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

56

(b) Hadiah itu adalah untuk suaminya.

(c) Kami amat terpesona dengan suara merdu penyanyi itu.

BAA

bagi Menunjukkan kegunaan sesuatu,

akan Maksud bahagian yang ditentukan

Digunakan di hadapan kata nama dan mesti didahului

oleh kata adjektif yang bersifat emotif.

antara Berfungsi sebagai kata arah yang hadir

di hadapan kata nama yang membawa

pengertian lingkungan yang tidak

mempunyai ruang atau jarak.

4.1.3.5 Ayat Contoh

(a) Program motivasi itu diadakan bagi membantu pelajar-pelajar yang lemah.

(b) Ibu bapa sangat sayang akan anak-anak mereka.

(c) Kasih sayang antara keluarga amat penting.

4.1.4 Latihan Pengukuhan

4.1.4.1 Mengenal Pasti Kesalahan Kata Sendi

(a) Dia datang ke rumah saya di hari raya.

(b) Puan Siti mencalit gincu di bibirnya.

(c) Suraya menulis surat pada keluarganya.

(d) Emak selalu marah dengan adik.

(e) Surat itu dari Ramli.

(f) Sejak dari itu, hidupnya semakin merana.

(g) Sejak dahulu sehingga kini sikapnya tidak pernah berubah.

(h) Shafwan berlatih bersungguh-sungguh demi untuk berjaya.

(i) Oleh kerana hujan, Nuruddin tidak hadir ke sekolah.

(j) Rumahnya terletak antara masjid dengan sekolah.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 6: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

57

4.1.4.2 Membetulkan Kesalahan Kata Sendi

(a) Dia datang ke rumah saya pada hari raya.

( di : tidak boleh digunakan untuk menunjukkan masa)

(b) Puan Siti mencalitkan gincu pada bibirnya.

(pada : menunjukkan konsep ‘ada’ + ‘pada’ + manusia)

(c) Suraya menulis surat kepada keluarganya.

(kepada : menunjukkan arah orang yang ditujui)

(d) Emak selalu marah kepada adik.

(dengan: tidak boleh digunakan kerana membawa maksud bersama-sama, cara,

menggunakan sesuatu dan perbandingan)

(e) Surat itu daripada Ramli.

( dari: tidak boleh digunakan kerana menunjukkan tempat asal sesuatu, tempat atau

masa bermulanya sesuatu perkara)

(f) Sejak itu, hidupnya semakin merana.

( sejak dan dari ; kedua-duanya kata sendi dan tidak boleh digunakan serentak)

(g) Sejak dahulu hingga kini sikapnya tidak pernah berubah.

(Kata sendi sejak mesti berpasangan dengan hingga)

(h) Safwan berlatih bersungguh-sungguh untuk berjaya.

( demi dan untuk : kedua-duanya kata sendi dan tidak boleh digunakan serentak)

(i) Oleh sebab hujan, Nuruddin tidak hadir ke sekolah.

(Oleh sebab ialah sebahagian daripada frasa nama manakala kerana ialah kata

hubung)

Bahagian Satu: Morfologi

Page 7: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

58

(j) Rumahnya terletak di antara masjid dengan sekolah.

( di antara : menunjukkan kedudukan)

4.1.4.3 Mengenal Pasti Ayat yang Betul

Bil Ayat Betul/ Salah

1. Zalina suka bersiar-siar di taman bunga di waktu petang.

2. Teksi itu membelok daripada Jalan Gombak ke Jalan Ipoh.

3. Emak amat sayang pada abang kerana selalu mengambil berat terhadapnya.

4. Ayah di Kelantan selama lima tahun untuk mempelajari ilmu agama.

5. Perbuatan kamu itu salah dari sudut agama.

6. Kami amat terpesona dengan suara merdu penyanyi itu.

7. Semua gambar itu akan kami gantung pada dinding sekolah.

8. Kita haruslah tekun belajar selain daripada berdoa agar berjaya dalam pelajaran.

9. Hadiah ini saya beli khas bagi ibu sempena hari lahirnya.

10. Tidak ada apa-apa hubungan antara Hilmi dengan gadis tersebut.

Bil Ayat Betul/ Salah

1. Zalina suka bersiar-siar di taman bunga di waktu petang. x

2. Teksi itu membelok daripada Jalan Gombak ke Jalan Ipoh. x

3. Emak amat sayang pada abang kerana selalu mengambil berat terhadapnya.

x

4. Ayah di Kelantan selama lima tahun untuk mempelajari ilmu agama.

x

5. Perbuatan kamu itu salah dari sudut agama. /

6. Kami amat terpesona dengan suara merdu penyanyi itu. x

Bahagian Satu: Morfologi

Page 8: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

59

7. Semua gambar itu akan kami gantung pada dinding sekolah.

/

8. Kita haruslah tekun belajar selain daripada berdoa agar berjaya dalam pelajaran.

x

9. Hadiah ini saya beli khas bagi ibu sempena hari lahirnya. x

10. Tidak ada apa-apa hubungan antara Hilmi dengan gadis tersebut.

/

4.2 KATA HUBUNG

4.2.1 Takrif/DefinisiKata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan

sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat.

4.2.2. Jenis Kata Hubung:(a) Kata Hubung Gabungan

Contoh: dan, serta, atau, sambil, lalu, maka

(b) Kata Hubung Pancangan:

Contoh : sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila

(c) Kata Hubungan Berpasangan

Contoh: oleh sebab – maka, walaupun – namun, biarpun – tetapi, meskipun – namun, baik –

mahupun, sama ada – mahupun, bukan sahaja – malah

4.2.3 Kata Hubung Gabungan “Dan”Kata hubung yang menggabungkan dua klausa ayat atau lebih yang setara iaitu:

(i) Objek dengan objek

Contoh: Nazri membeli baju dan kasut di pekan.

(ii) Subjek dengan subjek

Syafiq dan Ekhwan bermain bola sepak di padang sekolah.

(iii) Ayat dengan ayat

Emak menyiram pokok bunga dan ayah mencuci kereta.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 9: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

60

4.2.4 Kesalahan Lazim Penggunaan Kata Hubung(a) Jangan gunakan dua kali perkataan “dan” untuk tujuan sama dalam satu ayat. (gunakan

berselang dengan “serta”)

Contoh:

Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam. (X)

Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam.(√)

(b) Gunakan ‘atau’ jika bermaksud membuat pilihan

Contoh:

Anda boleh makan dan minum di kantin ini pada waktu rehat nanti. (X)

Anda boleh makan atau minum di kantin ini pada waktu rehat nanti. (√)

Kamu boleh berehat di hotel dan di rumah tumpangan. (X)

Kamu boleh berehat di hotel atau di rumah tumpangan.(√)

(c) Jika “atau” digunakan, perkataan sebelumnya mesti diulang tulis.

Contoh:

Awak datang dari Melaka atau Johor. (x)

Awak datang dari Melaka atau dari Johor. (√)

Kamu boleh membawa buku sejarah atau matematik.(x)

Kamu boleh membawa buku sejarah atau buku matematik.(√)

Pelajar itu menghisap rokok atau dadah. (x)

Pelajar itu menghisap rokok atau menghisap dadah. (√)

4.2.5 Rumus

Jenis ayat Contoh ayat Pola ayat

Ayat tunggal Aisyah mengemas rumah. FN + FK

Bahagian Satu: Morfologi

Page 10: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

61

Ayat tunggal Ibu Aisyah membasuh kain FN +FK

Ayat majmuk

(menggunakan kata hubung

dan untuk menyambung dua

ayat tunggal)

Aisyah mengemas rumah dan ibunya

membasuh kain.

FN +FK+FN+FK

Ayat tunggal: Aisyah mengemas rumah.

Ayat tunggal: Ibu Aisyah membasuh kain.

Ayat majmuk: Aisyah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain.

4.2.6 Latihan Pengukuhan Mengenal pasti kesalahan penggunaan kata hubung

1. Anisah gemar akan buah ciku dengan jambu.

2. Nazri membeli baju dengan kasut di pekan.

3. Shafiq dengan Ekhwan bermain bola sepak di padang.

4. Emak menyiram pokok bunga dengan ayah mencuci kereta.

5. Ahmad serta Raju berkawan baik walaupun berlainan bangsa.

6. Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dan kedai.

7. Aminah membaca serta mendengar muzik.

8. Hamidah penyabar dan adiknya pemarah.

9. Ketua pasukan kami menyatakan yang kami perlu berlatih dengan gigih.

10. Dia terjatuh dari atas pokok dan kaki kanannya patah.

Membetulkan kesalahan penggunaan kata hubung

1. Anisah gemar akan buah ciku dan jambu.

2. Nazri membeli baju dan kasut di pekan.

3. Shafiq dan Ekhwan bermain bola sepak di padang.

4. Emak menyiram pokok bunga dan ayah mencuci kereta.

5. Ahmad dan Raju berkawan baik walaupun berlainan bangsa.

6. Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dengan kedai.

7. Aminah membaca sambil mendengar muzik.

8. Hamidah penyabar tetapi adiknya pemarah.

9. Ketua pasukan kami menyatakan bahawa kami perlu berlatih dengan gigih.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 11: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

62

10. Dia terjatuh dari atas pokok maka kaki kanannya patah.

4.2.7 LatihanTandakan (√) pada ayat yang betul atau (x) pada ayat yang salah.

BIL AYAT (√) / (X)

1 Dia malas membuat ulang kaji dan dia gagal dalam peperiksaan.

2 Dia kaya tetapi dia kedekut.

3 Oleh kerana sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu

4 Kami terpaksa membatalkan lawatan itu kerana hari hujan.

5 Dia tidak hadir ke sekolah sebab terlibat dengan ujian memandu kenderaan.

6 Para penonton menepuk tangan bila persembahan drama itu tamat.

7 Fazlin memasang lampu lalu membaca buku di biliknya.

8 Ibu menonton drama sementara menantikan keknya masak

9 Encik Idrus berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Sarawak lagipun banyak halangan yang terpaksa ditempuhinya.

10 Beliau mengatakan yang masalah itu perlu diatasi secara bersama.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 12: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

63

Jawapan

BIL AYAT (√) / (X)

1 Dia malas membuat ulang kaji dan dia gagal dalam peperiksaan. x

2 Dia kaya tetapi dia kedekut. √

3 Oleh kerana sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu x

4 Kami terpaksa membatalkan lawatan itu kerana hari hujan. √

5 Dia tidak hadir ke sekolah sebab terlibat dengan ujian memandu kenderaan.

x

6 Para penonton bertepuk tangan bila persembahan drama itu tamat. x

7 Fazlin memasang lampu lalu membaca buku di biliknya. √

8 Ibu menonton drama sementara menantikan keknya masak √

9 Encik Idrus berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Sarawak lagipun banyak halangan yang terpaksa ditempuhinya.

x

10 Beliau mengatakan yang masalah itu perlu diatasi secara bersama. x

4.3 KATA PENGUAT

4.3.1 Takrif/Definisi

Bahagian Satu: Morfologi

Page 13: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

64

Kata penguat ialah kata yang mendahului atau mengikuti kata adjektif. Kata penguat berfungsi

untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Terdapat tiga jenis kata

penguat iaitu

Kata penguat hadapan - terlalu, paling, agak

Kata penguat belakang - benar, betul, nian, sekali

Kata penguat bebas - amat, sangat, sungguh

4.3.2 Contoh Penggunaan Kata Penguat Hadapan

Soalan itu terlalu rumit untuk diselesaikan oleh murid-murid tahun lima.

Di kampung saya, rumah penghululah yang paling besar.

Kehidupannya kini agak mewah setelah kesemua anaknya bekerja.

4.3.3 Contoh Penggunaan Kata Penguat Belakang

Kehidupan Mak Munah daif benar setelah kematian suami.

Terang betul rumah pengantin itu bermandikan cahaya lampu.

Pemandangan di tepi pantai pada waktu senja indah nian.

Tutur bicara anak dara Mak Ani sopan sekali.

4.3.4 Contoh Penggunaan Kata Penguat Bebas

Hujan yang turun petang semalam amat lebat. Hujan yang turun petang semalam lebat amat. Aksi pelakon lagak ngeri itu sangat bahaya.

Aksi pelakon lagak ngeri itu bahaya sangat Kemalangan yang berlaku di persimpangan itu sungguh mengerikan.

Kemalangan yang berlaku di persimpangan itu mengerikan sungguh.

4.3.5 Kesalahan Lazim

Kekeliruan sering terjadi apabila pengguna bahasa ingin menggunakan lebih daripada

satu kata penguat dalam ayat.

Contoh :

Paling laris betul ( x )

Agak payah sekali ( x )

Bahagian Satu: Morfologi

Page 14: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

65

Amat keras benar ( x )

Pengguna bahasa juga berasa tidak yakin untuk membina ayat menggunakan penguat

bebas, terutama meletakkan kata penguat bebas di belakang kata adjektif.

Contoh :

Aksi pelakon lagak ngeri itu bahaya sangat. Kemalangan yang berlaku di persimpangan itu mengerikan sungguh.

4.3.6 Rumus

Untuk memudahkan pengguna bahasa mengingati contoh-contoh tiga jenis kata

penguat, pengguna bahasa boleh mengingati rumus berikut.

Kata penguat Rumus

Kata Penguat Hadapan

hadir di hadapan kata adjektif tidak boleh terima ‘sekali’

T - terlalu A - agak P - paling

Kata Penguat Belakang

hadir di belakang kata adjektif

B - benar S - sekali N - nian B - betul

Kata Penguat Bebas

boleh hadir di hadapan atau belakang kata adjektif

S - sangat A - amat S - sungguh

4.3.7 Latihan Pengukuhan4.3.7.1 Mengenal Pasti Kesalahan1. Baju itu agak kurang longgar untuk saya.

2. Jarak lontarannya terjauh sekali.

3. Pemidato dari sekolah itu hebat sungguh sekali.

4. Tanggungjawab itu terlalu sangat berat untuk saya pikul.

5. Rasa gulai itu amat tawar sungguh sehingga mematahkan selera saya.

6. Dalam kalangan adik-beradiknya, Ahmadlah yang paling nakal sekali.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 15: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

66

7. Sungguh pandai betul Hamizan mengambil hati mentuanya.

8. Angin yang bertiup di tepi pantai itu amat nyaman nian.

9. Harga jam tangan berjenama itu terlalu mahal sekali bagi orang yang berpendapatan

sederhana.

10. Bangunan yang baru siap dibina itu sungguh tinggi amat.

4.3.7.2 Membetulkan Kesalahan

Ayat Asal Ayat yang Dibetulkan Ulasan

Baju itu agak kurang longgar untuk saya.

Baju itu agak longgar untuk saya.

Dua kata penguat berurutan yang tidak sesuai.

Jarak lontarannya terjauh sekali.

Jarak lontarannya jauh sekali. Darjah perbandingan penghabisan “ter” tidak boleh digandingkan dengan kata penguat “sekali”.

Pemidato dari sekolah itu hebat sungguh sekali.

Pemidato dari sekolah itu sungguh hebat sekali.

sungguh + kata adjektif + sekali

Tanggungjawab itu terlalu sangat berat untuk saya pikul.

Tanggungjawab itu terlalu berat untuk saya pikul.

Tanggungjawab itu sangat berat untuk saya pikul.

Darjah perbandingan penghabisan ‘ter’ tidak boleh digandingkan dengan kata penguat ‘sangat’.

Rasa gulai itu amat tawar sungguh sehingga mematahkan selera saya.

Rasa gulai itu tawar sungguh sehingga mematahkan selera saya.

Rasa gulai itu amat tawar sehingga mematahkan selera saya.

Perlu memilih hanya satu kata penguat sahaja, sama ada tawar sungguh atau amat tawar.

Dalam kalangan ahli keluarganya, Ahmadlah yang paling nakal sekali.

Dalam kalangan ahli keluarganya, Ahmadlah yang paling nakal.

Dalam kalangan ahli keluarganya, Ahmadlah yang nakal sekali.

Dalam darjah perbandingan penghabisan hanya kata penguat amat, sangat, sungguh, yang boleh menerima “sekali”.

Sungguh pandai betul Hamizan mengambil hati mentuanya.

Sungguh pandai Hamizan mengambil hati mentuanya.

Pandai betul Hamizan mengambil hati mentuanya.

Penggunaan dua kata penguat iaitu penguat bebas dan penguat belakang yang tidak gramatis. Pilih salah satu kata penguat.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 16: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

67

Angin yang bertiup di tepi pantai itu amat nyaman nian.

Angin yang bertiup di tepi pantai itu nyaman nian.

Angin yang bertiup di tepi pantai itu amat nyaman.

Penggunaan dua kata penguat iaitu penguat bebas dan penguat belakang yang tidak gramatis. Pilih salah satu kata penguat.

Harga jam tangan berjenama itu terlalu mahal sekali bagi orang yang berpendapatan sederhana.

Harga jam tangan berjenama itu terlalu mahal bagi orang yang berpendapatan sederhana.

Dalam darjah perbandingan penghabisan hanya kata penguat amat, sangat, sungguh, yang boleh menerima ‘sekali’.

Bangunan yang baru siap dibina itu sungguh tinggi amat.

Bangunan yang baru siap dibina itu sungguh tinggi.

Bangunan yang baru siap dibina itu tinggi amat.

Penggunaan dua kata penguat bebas darjah penghabisan yang tidak gramatis.

amat / sungguh / sangat + kata adjektif + sekali

4.3.7.3 Latihan Betul SalahTandakan ( √ ) pada ayat yang betul dan ( x ) pada ayat yang salah.

Bil Ayat ( √ ) / ( x )

1.

Pengat yang dimasak oleh kakak amat kurang manis.

2. Taufan yang melanda pesisiran pantai Filipina amat dahsyat sekali.

3. Wajah pengantin yang baru siap disolek itu sungguh cantik nian.

4. Penglihatannya agar kabur sejak akhir-akhir ini.

5. Merdu sungguh suara penyanyi tersohor itu.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 17: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

68

6. Rumah Ali yang paling hampir sekali dengan sekolah.

7. Pandai betul Alisya mereka cerita untuk melepaskan dirinya daripada dituduh mencuri wang.

8. Agak sukar sekali untuk peserta-peserta melepasi halangan itu.

9. Kuih bingka yang baru siap dibakar oleh emak nampak sungguh menyelerakan.

10. “Berat nian kotak ini hingga tidak terangkat oleh abang,” kata Saiful.

4.4 KATA PEMERI4.4.1 Takrif/Definisi

Bahagian Satu: Morfologi

Page 18: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

69

Kata pemeri ialah kata yang menjadi unsur pemeri hal dan perangkai antara subjek dengan

frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat tiga kata pemeri iaitu ialah, adalah dan

merupakan.

(i) Ialah dan merupakan: Digunakan di hadapan frasa nama yang

menunjukkan persamaan. Perkataan “ialah” mempunyai makna yang sama

dengan kata pemeri “merupakan”.

Contoh: (a) Universiti Malaya ialah universiti yang tertua di Malaysia.

(b) Universiti Malaysia merupakan universiti tertua di Malaysia.

(ii) Adalah: Kata pemeri “adalah” hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama

untuk, pada, dalam, daripada, dengan dan sebagainya. Kata pemeri

adalah menunjukkan huraian.

Contoh: Jambangan bunga mawar ini adalah untuk kakak.

Peringatan: Kata pemeri adalah tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja.

Contoh:

(a) Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Ahad. (x)

(b) Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Ahad.

(√)

4.4.2 Kesalahan Lazim:

(i) Kata pemeri ialah:

Baju sejuk yang dikait oleh nenek itu ialah untuk cucu sulungnya. ( x)

Baju sejuk yang dikait oleh nenek itu adalah untuk cucu sulungnya. (√)

(ii) Kata pemeri adalah:

Hamid adalah anak angkat Puan Ainon dan Tuan Adam. (x)

Hamid ialah anak angkat Puan Ainon dan Tuan Adam. (√)

(iii) Kata pemeri merupakan:

Bahagian Satu: Morfologi

Page 19: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

70

Ilmu adalah aset penting untuk mencapai kejayaan. (x)

Ilmu merupakan aset penting untuk mencapai kejayaan.(√)

4.4.3 Kesilapan Penggunaan “Adalah” dan “Ialah”(i) Kesilapan penggunaan kata “adalah” di tempat “ialah”

Contoh:

Anak adalah anugerah Allah. (Salah)

Anak ialah anugerah Allah. (Betul)

Pak Mat adalah orang yang pertama meneroka kawasan itu. (Salah)

Pak Mat ialah orang yang pertama meneroka kawasan itu. (Betul)

Matlamat AMAN adalah pembinaan masyarakat sejahtera. (Salah)

Matlamat AMAN ialah pembinaan masyarakat sejahtera. (Betul

(ii) Kesilapan penggunaan kata “ialah” di tempat “adalah”

Contoh:

Majalah ini ialah untuk kaum wanita sahaja. (Salah)

Majalah ini adalah untuk kaum wanita sahaja. (Betul)

Persembahan itu ialah baik. (Salah)

Persembahan itu adalah baik. (Betul)

(iii) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja.

Contoh:

Matlamat utama syarikat ini adalah membantu para golongan muda.

(Salah)

Usaha yang dijalankan adalah menerbitkan risalah. (Salah)

Matlamat utama syarikat ini adalah untuk membantu para golongan muda.

(Betul)

Usaha yang dijalankan adalah dengan menerbitkan risalah. (Betul)

Bahagian Satu: Morfologi

Page 20: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

71

(iv) Kesilapan penggunaan kata “adalah” pada awal ayat

Contoh:

Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa... (Salah)

Dengan ini dimaklumkan bahawa... (Betul )

Adalah dimaklumkan bahawa... (Salah )

Dengan ini dimaklumkan bahawa... (Betul)

(v) Kesilapan penggunaan kata “adalah” dan kata kerja

Contoh:Keputusan ini diambil adalah berdasarkan... (Salah)

Keputusan ini diambil berdasarkan... (Betul)

Para pelajar adalah dipelawa memohon... (Salah)

Para pelajar dipelawa memohon... (Betul)

4.4.4 Rumus:

Kata pemeri Contoh

ialah (ialah + FN) ….ialah universiti….

adalah (adalah +FA atau FSN) …adalah untuk….

merupakan (merupakan + FN) …merupakan aset…

4.4.4.1 Latihan PengukuhanMengenal pasti Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri

1. Perkara utama yang diperkatakan oleh penceramah itu adalah amalan membaca

buku.

2. Profesor Adli adalah pensyarah Sains Sukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

3. Berita kebakaran yang dilaporkan oleh akhbar itu ialah terlalu ringkas.

4. Hadiah yang disusun di atas meja itu ialah untuk pelajar cemerlang PMR.

5. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan dibuka semula pada minggu hadapan.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 21: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

72

6. Malaysia adalah negara pengeksport getah dunia.

7. Yang akan merasmikan majlis itu adalah Menteri Kesihatan.

8. Tokoh Maal Hijrah 1426 adalah Tuan Haji Hamzah Muhammad.

9. Dakwaan bahawa dia didera oleh majikannya ialah palsu.

10. Anak adalah anugerah Allah.

4.4.4.2 Membetulkan Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri.

1. Perkara utama yang diperkatakan oleh penceramah itu ialah amalan membaca

buku.

2. Profesor Adli ialah/merupakan pensyarah Sains Sukan di Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

3. Berita kebakaran yang dilaporkan oleh akhbar itu adalah terlalu ringkas.

4. Hadiah yang disusun di atas meja itu adalah untuk pelajar cemerlang PMR.

5. Dengan ini dimaklumkan bahawa sekolah akan dibuka semula pada minggu

hadapan.

6. Malaysia merupakan/ialah negara pengeksport getah dunia.

7. Yang akan merasmikan majlis itu ialah Menteri Kesihatan.

8. Tokoh Maal Hijrah 1426 ialah Tuan Haji Hamzah Muhammad.

9. Dakwaan bahawa dia didera oleh majikannya adalah palsu.

10. Anak ialah anugerah Allah.

4.4.4.3 Latihan

Tandakan (√) pada ayat yang betul atau (x) pada ayat yang salah.

BIL AYAT (√) / (X)

1 Tema cerita itu ialah tentang kasih sayang dalam sebuah keluarga. x

2 Kata-kata semangat itu adalah untuk meyakinkan dirinya. √

3 Gunung yang kelihatan itu merupakan Gunung Kinabalu. √

4 Matlamat utama syarikat ini ialah untuk membantu para golongan muda.

x

Bahagian Satu: Morfologi

Page 22: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

73

5 Tuduhan yang dilemparkan oleh masyarakat terhadapnya itu ialah tidak benar.

x

6 Persembahan itu adalah baik. √

7 Pak Mat adalah orang yang pertama meneroka kawasan itu. x

8 Bekas banduan itu adalah dalam pemerhatian pihak polis. √

9 Pertukaran pelajar tersebut ialah dengan keizinan pihak sekolah. x

10 Kebenaran keluar sewaktu kursus tersebut adalah pada waktu tertentu sahaja.

.

Sebagai kesimpulannya, kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata

adjektif yang bersifat huraian sahaja, manakala kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata

nama atau frasa nama. Sebaliknya, kata kerja atau frasa kerja tidak perlu didahului oleh kata

pemeri, sama ada ialah atau adalah.

4.5KATA NAFI4.5.1 Takrif/DefinisiKata yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat seperti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif,

dan frasa sendi nama. Kata yang tergolong sebagai kata nafi ialah bukan dan tidak.

Contoh :

Dia bukan kakak kandung saya.

Hadiah itu bukan untuk diberi kepada awak.

Saya tidak dapat hadir pada mesyuarat itu kerana mempunyai komitmen di tempat lain.

“Harga yang kami tawarkan tidak mahal,” kata penjual itu kepada Puan Amira.

4.5.2 Kesalahan Lazim

Pengguna bahasa sering terkeliru menggunakan kata nafi dengan meletakkan kata nafi

bukan di tempat kata nafi tidak dan sebaliknya.

Contoh:

Makcik Timah tidak emak saudara saya. ( x )

Makcik Timah bukan emak saudara saya. ( √ )

Bahagian Satu: Morfologi

Page 23: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

74

Azman bukan menulis kerana tangannya sakit. ( x )

Azman tidak menulis kerana tangannya sakit. ( √ )

4.5.2 Rumus

Kata bukan digunakan dengan frasa nama dan frasa sendi nama Kata tidak digunakan dengan frasa kerja dan frasa adjektif

Kata Nafi Contoh

Bukan

FN / FSN

o … bukan ibu sayao … bukan ketua sayao … bukan di Kuala Kubu Bharuo … bukan pada dia

TidakFK / FA

o … tidak bekerjao … tidak membacao … tidak cantiko … tidak besar

Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif

sekiranya kedua-dua frasa itu membawa maksud pertentangan maklumat.

Contoh:

Dia bukan menulis tetapi menconteng.

Calon isteri abang bukan cantik sangat tetapi sedap mata memandang.

4.5.3 Latihan Pengukuhan5.5.3.1 Kenal Pasti Kesalahan

1. Tren itu tidak dari utara tetapi dari selatan.

2. Bakul itu bukan besar sangat.

3. Bapa saya bukan pergi ke sekolah.

4. Itu tidak baju yang baru dibeli oleh ayah.

5. Binatang dalam sangkar itu tidak arnab.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 24: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

75

6. Harun tidak berfikir tetapi berangan.

7. Kumpulan pelajar itu tidak berbincang tetapi berbual.

8. Arini bukan pandai menjahit baju.

9. Buah limau yang dibeli oleh ibu pagi tadi rasanya tidak manis tetapi masam.

10. Saya bukan berani memegang ular itu.

4.5.3.2 Membetulkan Kesalahan Penggunaan Kata Nafi

1. Tren itu bukan dari utara tetapi dari selatan.

( dari – kata sendi nama)

2. Bakul itu tidak besar sangat.

(besar – kata adjektif)

3. Adik saya tidak pergi ke sekolah.

(pergi – kata kerja)

4. Itu bukan baju yang baru dibeli oleh ayah.

(baju – kata nama)

5. Binatang dalam sangkar itu bukan arnab.

(arnab – kata nama)

6. Harun bukan berfikir tetapi berangan.

(berfikir – walaupun kata kerja, tetapi ayat membawa maksud pertentangan)

7. Kumpulan pelajar itu bukan berbincang tetapi berbual.

(berbincang – walaupun kata kerja tetapi ayat membawa maksud pertentangan)

8. Arini tidak pandai menjahit baju.

(pandai – kata adjektif)

9. Buah limau yang dibeli oleh ibu pagi tadi rasanya bukan manis tetapi masam.

(manis – walaupun kata adjektif tetapi ayat membawa maksud pertentangan)

10. Saya tidak berani memegang ular itu.

(tidak – kata adjektif)

4.5.3.3 Latihan Betul Salah Tandakan ( √ ) pada ayat yang betul dan ( x ) pada ayat yang salah.

Bil Ayat ( √ ) / ( x )

1. Kenderaan yang dinaiki oleh Ainul bukan buatan Jepun.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 25: pppnukm.files.wordpress.com file · Web viewpppnukm.files.wordpress.com

76

2. Saya bukan berasal dari Sabah tetapi dari Sarawak.

3. Azfar bukan suka makan makanan yang pedas.

4. Tunang kakak saya bukan orang Kedah.

5. Kek yang saya buat ini tidak untuk awak.

6. Hari hujan bukan alasan untuk kamu tidak hadir ke mesyuarat.

7. Sampah sarap di hadapan kelas bukan disapu oleh murid-murid kelas 5 Dedikasi.

8. Bukan Puan Umi yang mengeluarkan arahan itu.

9. Ruzana bukan mahu berkawan dengan Raini kerana sikap Raini yang suka mengadu domba.

10. Pokok rambutan yang ditanam oleh Pak Kassim bukan subur.

Jawapan

Bil Ayat ( √ ) / ( x )

1. Kenderaan yang dinaiki oleh Ainul bukan buatan Jepun. ( √ )

2. Saya bukan berasal dari Sabah tetapi dari Sarawak. ( √ )

3. Azfar bukan suka makan makanan yang pedas. ( x )

4. Tunang kakak saya bukan orang Kedah. ( √ )

5. Kek yang saya buat ini tidak untuk awak. ( x )

6. Hari hujan bukan alasan untuk kamu tidak hadir ke mesyuarat. ( √ )

7. Sampah sarap di hadapan kelas bukan disapu oleh murid-murid kelas 5 Dedikasi.

( x )

8. Bukan Puan Umi yang mengeluarkan arahan itu. ( √ )

9. Ruzana bukan mahu berkawan dengan Raini kerana sikap Raini yang suka mengadu domba.

( x )

10. Pokok rambutan yang ditanam oleh Pak Kassim bukan subur. ( x )

Bahagian Satu: Morfologi