PJ PERMAINAN GULI.docx

download PJ PERMAINAN GULI.docx

of 14

Transcript of PJ PERMAINAN GULI.docx

  • 8/12/2019 PJ PERMAINAN GULI.docx

    1/14

    PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI2014

    1

    1.0 PENGENALAN

    Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada

    kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. permainan tradisional juga dikenali

    sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan

    lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga

    yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini iaitu guli.

    Guli adalah sejenis bola kecil yang biasanya diperbuat dari kaca, tanah

    liat atau akik . Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak. Guli juga boleh digunakan

    dalam sesetengah permainan lain, contohnya congkak. Ramai juga yang mengumpul

    guli, sama ada untuk nostalgia atau warna estetiknya.

    Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai

    sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan

    dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan

    lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang

    digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur,

    berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.

    2.0 SEJARAH

    Permainan guli, yang juga dinamakan sebagai Kelereng, merupakan permainan

    tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang mereka. Ia

    biasanya dimain oleh kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas

    tahun. Mereka biasanya bermain di tempat yang teduh. Guli juga, biasanya, dimainpada musim panas atau kemarau. Ini kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk

    lubang yang akan digali. Apabila tanah becak, permainan guli tidak seronok kerana

    buah guli akan menjadi lenget.

  • 8/12/2019 PJ PERMAINAN GULI.docx

    2/14

    PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI2014

    2

    Pada zaman dahulu, potongan-potongan kayu

    dibulatkan sebesar sebiji telur ayam untuk

    dijadikan sebuah guli. Selepas Perang Dunia

    Pertama, guli dibuat dari bahan kapur yang

    diadun dengan simen. Ia sebesar ibu jari kaki.

    Sekarang, guli diperbuat dari bahan-bahan

    kaca dengan ukuran yang pelbagai saiz, dari

    ukuran jari kaki kelingking hingga ibu jari kaki.

    Guli dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat dengan mengenakan

    sasarannya. Jumlah pemain pula tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan

    lapang merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menjadi gelanggang bermain

    guli. Guli yang digunakan sekarang diperbuat daripada kaca.

    3.0 MATLAMAT

    Matlamat penghasilan tugasan ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan

    tentang permainan tradisional, meningkatkan kefahaman dan memberi

    kesedaran bahawa permainan tradisional sebagai perantaraan untuk pergerakan

    dan perkembangan sosial.

    Antara matlamat lain asas permainan tradisional ialah seperti berikut:

    a) Memupuk semangat kesukanan dalam diri setiap murid.

    b) Meningkatkan tahap kecergasan, kesihatan dan integrasi sosial setiap murid.

    c) Mempertingkatkan penguasaan pergerakan asas dalam permainan.

    d) Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk bersungguh-sungguh cuba sedaya

    upaya menyempurnakan permainan.

    e) Mengekalkan kecergasan para murid berasaskan kesihatan dan perlakuan

    motor.

  • 8/12/2019 PJ PERMAINAN GULI.docx

    3/14

    PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI2014

    3

    f) Melatih pemikiran untuk membuat keputusan atau langkah-langkah bijak

    mengikut keadaan.

    g) Mengajar konsep permainan kanak-kanak mengikut kemampuan mereka.

    4.0 OBJEKTIF

    Kertas kerja yang disediakan bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut :

    4.1. Objektif pembangunan Kemahiran Motor

    i. Membangunkan kemahiran bukan lokomotor.

    ii. Membangunakan kemahiran mengawal guli

    iii. Membangunakan kecergasan fizikal.

    4.2. Objektif pembangunan kognitif

    i. Meningkatkan keupayaan mematuhi peraturan

    ii. Menolong dalam pemahaman peraturan

    iii. Menggalak kreativiti dan imaginasi

    4.3. Objektif Pembangunan Afektif sosial

    i. Mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan berkesan dalam

    situasi sosial

    ii. Membanggunkan semagat kerjasama

    iii. Menggalakkan mematuhi peraturan

    iv. Membangungkan semangat kesukanan yang baik

  • 8/12/2019 PJ PERMAINAN GULI.docx

    4/14

    PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI2014

    4

    iv. Memberi kebebasan untuk mencurahkan idea dan perasaan.

    v. Meningkatkan kesedaran tentang pergerakan yang sesuai

    digabungkan dengan manipulasi alatan.

    vi. Mempelajari bagaimana menyusun atur pergerakan mengikut aliran

    dan ruang.

    v. Mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam situasi

    sosial

    5.0 Alatan permainan guli :

    Masking tape/tepung/kapur ( untuk menanda rumah guli ) dan untuk menanda garis

    permulaan bermain.

    5 biji Guli bersaiz besar (gundu / ibu )

    50 biji guli bersaiz kecil

    5 buah sudu

    Rajah : Alatan permainan guli

    6.0 Cara bermain

    1. Permainan ini merupakan permainan individu di mana individu bermain untuk

    dirinya sendiri dan guli yang dimenangi akan menjadi hak milik pemenang

    tersebut.

  • 8/12/2019 PJ PERMAINAN GULI.docx

    5/14

    PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI2014

    5

    2. Pemain boleh terdiri daripada lelaki dan perempuan untuk setiap permainan.

    Bilangan guli diagihkan sebanyak 10 biji bagi setiap pemain. Guli-guli ini boleh

    dipegang atau digenggam dalam tangan masing-masing.

    3. Penentuan permulaan permainan

    5 orang pemain akan membuat balingan guli besar ( gundu )dari rumah guli ke

    garisan permulaan dengan menggunakan sudu.Gundu mana yang paling hampir

    dengan garisan akan memulakan permainan manakala gunduyang tidak sampai

    dan paling jauh dari garisan tadi akan menjadi pemain terakhir. Namun sekiranya

    gundu yang dilontar melepasi garisan, maka ianya dikira pemain yang paling

    akhir yang akan memulakan permainan. Cara bagaimana penentuan permulaan

    permainan ditunjukkan seperti rajah di bawah.

    E

    D

    A

    garis permulaan B

    C gundu pemain

    rumah guli

    Rajah : Penentuan permulaan permainan guli

  • 8/12/2019 PJ PERMAINAN GULI.docx

    6/14

    PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI2014

    6

    A- Pemain pertama B-Pemain kedua C-Pemain ketiga D-Pemain keempat

    E-Pemain kelima

    4. Pemain pertama akan mengambil tempat di belakang garisan dan menggolekkan

    gundunya terus ke rumah guli. Lakuan ini seterusnya diikuti oleh pemain kedua,

    ketiga,keempat dan kelima. Gundu yang mengenai guli dan berjaya

    mengeluarkannya (guli) dari di dalam rumah guli akan berhenti di suatu tempat

    dan pegun di situ. Pemain tadi akan diberi peluang membuat paka atau tuju

    gunduke arah guli di dalam rumah guli.

    Perbuatan ini diulang sehinggalah guli tidak berjaya ditolak keluar oleh gundu

    dari pemain pertama tadi. Guli yang berjaya dikeluarkan tadi dikumpul oleh

    pemain tersebut.

    5. Pemain kedua dan seterusnya akan cuba membuat golekan seperti pemain

    pertama ini dan cuba mengeluarkan dan mengumpul guli sebanyak mungkin dari

    dalam rumah guli. Lakuan ini diulang bergilir-gilir mengikut giliran.

    6. Sekiranya mana-mana pemain berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya dua

    biji guli dalam sekali paka, maka pemain tersebut mendapat lesen mematikan

    gundu pemain lain. Pemain ini boleh menggunakan kebijaksanaan mereka dan

    kemahiran mereka untuk mematikan pemain lain dengan paka gundu mereka

    yang hampir dengan gundunya dan gundu pemain tersebut mengenai gundu

    pemain yang hendak dimatikan. Maka giliran pemain yang gundunya telah mati

    akan ditamatkan dan pemain tersebut harus keluar daripada permainan ini.

    Kedudukan gundu-gundu selepas golekan ditunjukkan seperti rajah dibawah.

  • 8/12/2019 PJ PERMAINAN GULI.docx

    7/14

  • 8/12/2019 PJ PERMAINAN GULI.docx

    8/14

    PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI2014

    8

    7.0 Penentuan pemenang

    1. Pemenang permainan ini dikira berdasarkan jumlah guli yang berjaya dipungut

    oleh setiap pemain. Jumlah guli dicatatkan oleh pengelola atau rakan kepada

    pemain tersebut.

    2. Oleh itu, walau pun pemain berjaya mematikan gundu-gundu lain dan pemain

    tersebut telah berjaya menamatkan permainan, namun kemenangan tetap dikira

    berdasarkan jumlah guli yang berjaya dipungut sepanjang permainan.

    8.0 Carta Markah(Scoreboard)

    Pemain Jumlah Guli

    Guli

    Dipertaruhkan

    Guli yang

    dikumpul

    Jumlah Guli

    Pemain 1 10 8 8

    Pemain 2 10 12 12

    Pemain 3 10 11 11

    Pemain 4 10 9 9

    Pengiraan Markah

    Kiraan mata berdasarkan jumlah guli yang dapat dikumpul hasil jentikan dibuat

    terhadap guli pihak lawan sehingga semua pemain selesai giliran.Ini bermaksud, jika

    pemain mendapat guli yang banyak melebihi guli yang dipertaruhkan, maka ianya

    dianggap sebagai pemenang dalam permainan ini.

  • 8/12/2019 PJ PERMAINAN GULI.docx

    9/14

    PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI2014

    9

    a. Pemain 1.

    Guli dipertaruhkan : 10

    Guli yang dikumpul : 08

    Jumlah guli : 08

    Rumusan : Pemain pertama telah kalah dalam permainan ini

    kerana kehilangan buah guli yang dipertaruhkan

    sebanyak 2 biji.

    b. Pemain 2.

    Guli dipertaruhkan : 10

    Guli yang dikumpul : 12

    Jumlah guli : 12

    Rumusan : Pemain kedua dianggap sebagai penang dalam

    permainan ini kerana mendapat pertambahan buah

    guli yang dipertaruhkan sebanyak 2 biji.

    c. Pemain 3.

    Guli dipertaruhkan : 10

    Guli yang dikumpul : 11

    Jumlah guli : 21

    Rumusan : Pemain ketiga juga dianggap kalah dalam permainanini walaupun mendapat pertambahan guli sebanyak

    sebiji guli, tetapi masih kurang daripada pemain ke

    dua.

  • 8/12/2019 PJ PERMAINAN GULI.docx

    10/14

    PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI2014

    10

    .

    d. Pemain 4.

    Guli dipertaruhkan : 10

    Guli yang dikumpul : 09

    Jumlah guli : 09

    Rumusan : Pemain ke empat telah kalah dalam permainan ini

    kerana kehilangan buah guli yang dipertaruhkan iaitu

    sebanyak sebiji.

    9.0 INOVASI DALAM PERMAINAN GULI

    Inovasi dalam permainan guli ini ialah semasa penentuan permainan. Lima

    orang pemain akan membuat balingan guli besar dengan menggunakan sudu dan

    dilontar melalui kelengkang kaki. Gundu mana yang paling hampir dengan garisan akan

    memulakan permainan manakala gundu yang tidak sampai dan paling jauh dari garisan

    akan menjadi pemain terakhir.

  • 8/12/2019 PJ PERMAINAN GULI.docx

    11/14

    PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI2014

    11

    10.0 KESIMPULAN

    Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis

    kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini

    disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap

    keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-

    masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan

    ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-

    acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka

    banyak permainan tradisional yang diperhasilkan.

    Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada

    kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas

    penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa

    lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil

    lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian.diantara

    permainan yang masih masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari

    ini ialah congkak, wau, batu selambut, sepak raga, gasing, kabaddi,

    mahjong, dan lain-lain. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak

    dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita

    sahaja.

    Ini disebabkan kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya

    sangat dibanggakan. Tetapi, kita seharusnya sedar yang sebenarnya permainan

    tradisional yang kita warisi sejak dulu lagi semakin lama semakin dilupakan dan hilang

    bersama dengan peredaran zaman.

    Banyak faedah yang boleh diperolehi dari permainan tradisional seperti boleh

    mengeratkan silaturahim sesama manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan

    peluh dan dapat memelihara warisan budaya zaman berzaman. Selain itu, Negara

  • 8/12/2019 PJ PERMAINAN GULI.docx

    12/14

    PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI2014

    12

    dapat mempromosikan permainan tersebut sebagai salah satu aktiviti yang perlu

    diperkenalkan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Ia juga akan

    menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sendiri.

    . Oleh itu, remaja boleh mengikuti dan meneruskan permainan berteknologi tapi pada

    masa yang sama masih lagi memelihara dan pertahankan warisan nenek moyang kita.

  • 8/12/2019 PJ PERMAINAN GULI.docx

    13/14

    PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI2014

    13

    BIBLIOGRAFI

    Hafidz ( 2008 ). Cara-cara Bermain Permainan Guli ( bahagian 1 ). Dimuat turun pada

    20 Februari 2014 dari http://bb2088-hafidz.blogspot.com/2008/07/cara-cara-bermain-

    permainan-guli-html

    (2008 ).Permainan Tradisional. Dimuat turun pada 20 Februari 2014 dari

    http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/5499-permainan-tradisional.html

    (2011). Permainan Tradisional. Dimuat turun pada 20 Februari 2014 dari http://blog-

    permainan-tradisional.blogspot.com/2012/04/sejarah-dan-asal-usul-guli.html

    Syazwan (2010). Melayu Kita (guli).Dimuat turun pada 20 Februari 2014 daripada

    http://paichorwan-tradisional.blogspot.com/2010/08/guli.html

    http://bb2088-hafidz.blogspot.com/2008/07/cara-cara-bermain-permainan-guli-htmlhttp://bb2088-hafidz.blogspot.com/2008/07/cara-cara-bermain-permainan-guli-htmlhttp://bb2088-hafidz.blogspot.com/2008/07/cara-cara-bermain-permainan-guli-htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/5499-permainan-tradisional.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/5499-permainan-tradisional.htmlhttp://blog-permainan-tradisional.blogspot.com/2012/04/sejarah-dan-asal-usul-guli.htmlhttp://blog-permainan-tradisional.blogspot.com/2012/04/sejarah-dan-asal-usul-guli.htmlhttp://blog-permainan-tradisional.blogspot.com/2012/04/sejarah-dan-asal-usul-guli.htmlhttp://paichorwan-tradisional.blogspot.com/2010/08/guli.htmlhttp://paichorwan-tradisional.blogspot.com/2010/08/guli.htmlhttp://blog-permainan-tradisional.blogspot.com/2012/04/sejarah-dan-asal-usul-guli.htmlhttp://blog-permainan-tradisional.blogspot.com/2012/04/sejarah-dan-asal-usul-guli.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/5499-permainan-tradisional.htmlhttp://bb2088-hafidz.blogspot.com/2008/07/cara-cara-bermain-permainan-guli-htmlhttp://bb2088-hafidz.blogspot.com/2008/07/cara-cara-bermain-permainan-guli-html
  • 8/12/2019 PJ PERMAINAN GULI.docx

    14/14

    PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI2014

    14