Pitos 101 dr sah

19
PITOS 101/ DR SAH HADIYATAN

Transcript of Pitos 101 dr sah

PITOS 101/ DR SAH HADIYATAN

Apakah pendapat Carr dan Collingwood tentang sejarah. Bincangkan pendapat tersebut dan berikan contoh-contoh yang bersesuaian.

Pelbagai jenis takrifan telah dinyatakan oleh para sejarawan untuk mendefinasikan sejarah setepat-tepatnya.

Sejarawan mendefinisikan sejarah mengikut idea masing-masing yang dipengaruhi oleh zaman, tempat dan budaya masing-masing

SEJARAH BERDASARKAN PENDAPAT

Menurut E. H. Carr, sejarah ialah suatu proses berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya.

Sejarah merupakan suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau.

Sejarah juga merupakan satu bentuk penyelidikan proses sosial dan justeru itu merupakan perhubungan antara masyarakat sekarang dengan masyarakat yang telah lalu.

Sejarah juga merupakan tafsiran semula berdasarkan fakta yang wujud masa kini.

Malahan sejarah akan berubah mengikut fakta-fakta yang baru muncul. E. H. Carr juga menekankan bahawa sejarah adalah tidak statik dan mampu berubah.

A) Sejarah awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu  Peristiwa Sejarah membuktikan bahawa kedatangan Islam ke

Tanah Melayu bermula di Melaka sekitar tahun 1409, di mana Parameswara selaku Raja Melaka pada masa itu telah memeluk Islam dengan membawa gelaran Sultan Iskandar Syah. E. H. Carr, What is History?, Penguin Books Ltd, Middlesex, 1980, hlm: 27.

Oleh yang demikian, pada waktu tersebut Melaka telah dianggap sebagai negeri yang pertama dan yang paling awal menerima kedatangan Islam. Walaubagaimanapun, selepas penemuan Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu pada tarikh 1303 M telah membawa satu paradigma yang baru. Penemuan Batu Bersurat Terengganu telah membuktikan bahawa Islam telah bertapak di Terengganu lebih awal daripada di Melaka. Oleh yang demikian, fakta sejarah telah berubah. Kini, Terengganu merupakan negeri yang paling awal menerima kedatangan Islam. Terengganu diiktiraf sebagai pusat negara Islam.

B) Isu Mat Indera Mat Indera pada waktu mulanya dikatakan

sebagai pejuang kemerdekaan disebabkan berjuang untuk menentang penjajahan British. Walaubagaimanapun, setelah dikaji berdasarkan fakta-fakta yang wujud, Mat Indera sebenarnya telah mengggunakan platform komunis untuk menentang penjajah British. Akibat perbuatan Mat Indera ini, rakyat hidup di dalam ketakutan dan berlaku banyak kerugian di dalam negara.

C) Perjuangan Rentap Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang British di

Sarawak.

Rentap digelar ‘Raja Darat’ dan merupakan pemimpin orang Iban di Sungai skrang dan sungai Saribas.

Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun.

Perjuangan Rentap berdasarkan bukti yang dikaji membuktikan bahawa Rentap telah berjuang dengan James Brooke dan akhirnya telah berjaya. Dengan ini, Rentap telah diiktiraf sebagai pejuang bangsa.

D) Peristiwa Hijrah Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah

dalam usaha untuk memperkukuhkan kedudukan Islam dan sebagai strategi baru untuk menyebarkan ajaran Islam. Orientalis Barat mentafsir hijrah sebagai pelarian. Walaubagaimanapun sekiranya, peristiwa ini dikaji dengan bukti dan fakta maka penghijrahan sebenarnya merupakan satu perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan atau kejahatan. Empat hujah yang boleh menyangkal konsep hijrah oleh orientalis Barat ialah:

Penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah adalah kerana jemputan penduduk Madinah seperti yang tercatat dalam Perjanjian Aqabah Kedua. Ketibaan orang Islam Makkah disambut dengan meriah dan rela oleh orang Madinah. Orang Madinah menyediakan tempat tinggal kepada orang Islam Makkah serta menjamin keselamatan mereka. Nabi Muhammad s.a.w. dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua golongan masyarakat Madinah termasuk yang bukan Islam.

SEJARAH BERDASARKAN PENDAPAT

Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau.2 R.G. Collingwood turut mentafsirkan sejarah sebagai, "Sejarah itu ialah satu sains (ilmiah) yang menginterpretasikan masa lampau dengan berdasarkan butir-butir kenyataan, diteliti secara terasing (iaitu penulis mesti mengetepikan perasaannya sendiri).

2 R.G. Collingwood (terjemahan Muhd. Yusuf Ibrahim), Idea Sejarah, Dewan Bahasa danPustaka, Kuala Lumpur, hlm. 2.

Collingwood juga berpandangan bahawa sejarah adalah tentang mempercayai orang ketika dia menyatakan bahawa sesuatu itu adalah peristiwa. Apabila yang dilakukan seseorang sejarawan hanya memotong dan menempel pernyataan daripada sumber saja, maka yang terjadi adalah sejarah yang ditutupi untuk kepentingan otoritas. Meskipun otoritas dalam hal ini dapat digunakan sebagai sumber dan bukti, tetapi sejarawan tidak boleh tunduk terhadap bukti. Seorang sejarawan tidak hanya mengumpulkan bukti dan melihat bukti semata-mata sebagai bukti sahaja, tetapi juga harus menganalisa apa yang ada di sebalik bukti tersebut. Sejarawan harus melihat bukti secara mendalam dan dapat membaca apa yang tersirat pada bukti tersebut. Bukti dapat dikatakan sebagai bahasa untuk menampilkan kembali suatu peristiwa. Dari sinilah kemudian dapat ditarik benang merah, bahawa bukti yang dihadirkan dapat digunakan untuk membangun atau merekonstruksi sesuatu peristiwa.

Selain itu, Collingwood juga berpendapat bahawa Sejarah adalah untuk diri manusia sebagai pengetahuan. Mengetahui diri sendiri bererti mengetahui, pertama: apa itu menjadi orang, kedua: mengetahui apa yang jenis anda dan ketiga: mengetahui apa itu untuk menjadi orang dan orang lain yang nobody. Mengetahui diri sendiri bererti mengetahui apa yang dapat kita lakukan dan sejak tak dapat mengetahui apa yang mereka

R.G. Collingwood, The Idea of History, London, 1966. 10-11. lakukan sampai mereka mencuba, satu-satunya petunjuk untuk

manusia dapat melakukan apa yang telah dilakukan manusia. Nilai sejarah mengajar kita bahawa apa yang telah

dilakukan manusia sehingga apa yang manusia itu. Terdapat beberapa peristiwa yang boleh dikaitkan dengan pendapat Collingwood mengenai sejarah.

A) Peristiwa pelepasan Singapura oleh Tunku Abdul Rahman semasa cadangan ke arah pembentukan Malaysia

Tunku Abdul Rahman telah menolak idea Lee Kuan Yew untuk menggabungkan Singapura ke dalam Malaysia. Tunku telah meneliti dan setelah menyelidik, beliau mendapati bahawa gabungan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan penduduk. Selain itu, Tunku juga tidak mahu pengaruh Komunis untuk menular ke dalam Persekutuan Tanah Melayu.

B) Hitler Penyelidikan peristiwa lalu mengajar pemimpin agar

mengelak kejadian yang tidak diingini seperti mogok, tunjuk perasaan dan pemberontakan untuk berlaku ke atas negaranya. Ini kerana masalah dalaman seperti ini merupakan faktor penentu kepada hidup matinya sesuatu kumpulan ataupun negara. Contohnya, Hitler di Jerman. Disebabkan keegoan dan keangkuhannya menyebabkan pentadbirannya mengalami pertikaian dan Jerman hampir-hampir musnah kesemuanya.

C) Pendudukan Jepun  Kekalahan British dengan begitu mudah di tangan Jepun

telah menjatuhkan maruah British dan telah melenyapkan “mitos superioriti” yang menganggap kuasa Barat tidak boleh dikalahkan oleh kuasa Timur. Cara mereka diusir oleh Jepun serta cara tawanan dilayan telah menjatuhkan lagi maruah British. Kekalahan British menyedarkan penduduk tempatan bahawa mereka tidak boleh bergantung kepada British untuk mempertahankan Tanah Melayu. Keadaan ini menyedarkan penduduk tempatan supaya berusaha sendiri bagi mempertahankan hak-hak dan kepentingan serta tanah air mereka.

D) Usaha memupuk perpaduan  Usaha mencapai perpaduan kaum di Tanah Melayu

telah bermula sejak tahun 1949 apabila timbul kesedaran pemimpin-pemimpin pelbagai kaum berbincang untuk kepentingan bersama. Pemimpin-pemimpin telah mengkaji kepentingan bersama untuk mencapai perpaduan. Selain itu, perpaduan kaum juga merupakan senjata yang berkesan untuk menolak pengaruh Komunis yang cuba memecahbelahkan penduduk dan mengancam perkembangan ekonomi.

Sejarah memang memberikan banyak kesan yang berguna dan pengajaran kepada manusia. Ini terpulanglah kepada kita untuk berfikir secara rasional sama ada mengambil sejarah untuk terus hidup maju dan menjaga sejarah agar tidak pupus ataupun sebaliknya. Analisis tentang berbagai pendapat yang disampaikan oleh sejarawan-sejarawan akan membuka peluang untuk memahami hakikat sejarah yang sebenarnya.

1. Yvonne Stephanie a/p Patinadan2. Rosni binti Daud3. Hasliza binti Othman

Sekian Terima K asih