PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA … · 2017-01-20 · PERSEPSI WANITA TERHADAP...

17
PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA Rosnah Ismail Habibie Hj. Ibrahim ABSTRACT Malaysia will be classified as an aging nation in the year 2005 with 1.7 million or 7.2% of its population consists of aged population. With an increasing number of the aged, the problem on caring the aged becomes critical especially for women. Women who hold a traditional role in thefamity are expected to carefor the aged at home beside household tasks and raising children. But urbanization and migration factors that encourage women to work outside the house will give burden and difficulties for women to care for the aged. The aim of this paper is to discuss women perception towards caring for the aged and outline suggestions on how to increase efforts on caring for the aged in the family. One. hundred and ninety seven (197) women were interviewed in Tuaran district, Sabah in 3 villages namely Kg. Serusup, Kg. Pekan Nabalu and Kg. Laya-Iaya. Women were randomly selectedfrom the Bajau, Kadazandusun and Malay ethnic group. The questionnaire consists of /O-item on care for the aged. Results show that 59.4% women give financial support and materials to their parents. Medical treatment and medicines for the sick elderly are very much needed. Both male andfemale children normally look after their sick elderly parent together. Even though they had bad experience in looking after the aged person, for example irritable and sensitive behavior; but 52.3% women are willing to spend time at least 5 hours per day to care for the elderly. Around 87.3% women said they get help from family members in taking care of the aged besides getting help from neighbors and medical staff. Resultsfrom this study show that 85.8% women do not intend to send their aged parent to the oldfolk's home. About 75.1% women said they involved aged person in making decisions and 70. I % women felt that family relationships become distant is due to busy lifestyle and career development. Few suggestions are given to increase efforts in caring for the aged and further research is to be done in the future. PENGENALAN Sejak dahulu lagi kaum wan ita telah memainkan peranan dan tanggungjawab sepenuhnya di dalam menjaga dan menyediakan keperluan-keperluan harian anggota keluarga mereka yang meliputi anak-anak, adik-beradik, keluarga terdekat, suami dan warga tua - kedua orang tua tidak mengira ibu bapa sendiri mahupun ibu bapa mertua. Peranan dan tanggungjawab ini menjadi tradisi untuk dipegang S5

Transcript of PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA … · 2017-01-20 · PERSEPSI WANITA TERHADAP...

Page 1: PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA … · 2017-01-20 · PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA Rosnah Ismail Habibie Hj. Ibrahim ABSTRACT Malaysia will be classified

PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA

Rosnah Ismail Habibie Hj. Ibrahim

ABSTRACT

Malaysia will be classified as an aging nation in the year 2005 with 1.7 million or 7.2% of its population consists of aged population. With an increasing number of the aged, the problem on caring the aged becomes critical especially for women. Women who hold a traditional role in thefamity are expected to carefor the aged at home beside household tasks and raising children. But urbanization and migration factors that encourage women to work outside the house will give burden and difficulties for women to care for the aged. The aim of this paper is to discuss women perception towards caring for the aged and outline suggestions on how to increase efforts on caring for the aged in the family. One. hundred and ninety seven (197) women were interviewed in Tuaran district, Sabah in 3 villages namely Kg. Serusup, Kg. Pekan Nabalu and Kg. Laya-Iaya. Women were randomly selectedfrom the Bajau, Kadazandusun and Malay ethnic group. The questionnaire consists of /O-item on care for the aged. Results show that 59.4% women give financial support and materials to their parents. Medical treatment and medicines for the sick elderly are very much needed. Both male andfemale children normally look after their sick elderly parent together. Even though they had bad experience in looking after the aged person, for example irritable and sensitive behavior; but 52.3% women are willing to spend time at least 5 hours per day to care for the elderly. Around 87.3% women said they get help from family members in taking care of the aged besides getting help from neighbors and medical staff. Resultsfrom this study show that 85.8% women do not intend to send their aged parent to the oldfolk's home. About 75.1% women said they involved aged person in making decisions and 70. I % women felt that family relationships become distant is due to busy lifestyle and career development. Few suggestions are given to increase efforts in caring for the aged and further research is to be done in the future.

PENGENALAN

Sejak dahulu lagi kaum wan ita telah memainkan peranan dan tanggungjawab sepenuhnya di dalam menjaga dan menyediakan keperluan-keperluan harian anggota keluarga mereka yang meliputi anak-anak, adik-beradik, keluarga terdekat, suami dan warga tua - kedua orang tua tidak mengira ibu bapa sendiri mahupun ibu bapa mertua. Peranan dan tanggungjawab ini menjadi tradisi untuk dipegang

S5

Page 2: PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA … · 2017-01-20 · PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA Rosnah Ismail Habibie Hj. Ibrahim ABSTRACT Malaysia will be classified

Rosnah Ismail, Habibie HI. Ibrahim

oleh anak-anak perempuan atau kaum wanita. Penjagaan anak-anak terhadap warga tua menjadi fenomena penting masa kini. Tidak dapat ditolak, orang-orang tua merupakan golongan yang perlu dihonnati dan dilayan sepenuhnya. Agama Islam dan adat Melayu misalnya menyeru agar anak-anak supaya tidak melupakan tanggungjawab mereka kepada kedua ibu bapa (Mat, 1982).

Di dalam memainkan peranan dan tanggungjawab kepada penjagaan warga tua. wanita tidak lerlepas daripada menyediakan keperluan-keperluan harian warga tua. Keperluan-keperluan harian membawa makna apa sahaja keperluan asas yang diperlukan oleh anggota keluarga termasuk makan-minum. pakaian, tempat tinggal, kesihatan. kebajikan, bantuan kewangan dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan lagi beban dan tanggungjawab kaum wanita bukan sahaja memegang peranan untuk menjaga kebajikan anggota keluarga terdekat, malah merekajuga sebagai "caretakers" kepada golongan-golongan yang memerlukan perhatian dan penjagaan rapi seperti golongan yang tenatlsakit, orang-orang tua bahkan kepada komuniti-komuniti tertentu (Noddings, 2(01). Umumnya aspek penjagaan warga tua di dalam erti kata ibu bapa sendiri adalah secara tradisinya dipegang oleh anak-anak perempuan tidak kira sarna ada anak tersebut seorang ibu, anak perempuan, anak menantu mahupun cucu perempuan. Kaum wanita yang cuba menolak peranan ini bolehlah dikatakan sebagai wan ita yang tidak sejati. Wanita memegang peranan di dalam memberikan penjagaan kepada warga tua (Sommers & Shields, 1987). Walaupun terdapat wanita yang cuba lari daripada.tugas dan peranan ini, namun jangkaan dan harapan diberikan terhadap kaum wan ita dalam menyediakan dan memberikan penjagaan terutamanya warga tua yang benar­benar memerlukan rawatan dan penjagaan rapi kaum wan ita (Rebervy, 1987). Sehingga beberapa dekad yang lampau kaum wanita yang cuba menolak peranan sebagai 'caregiver' terhadap warga tua dianggap sebagai wanita yang tidak mengenang jasa dan budi ibu bapa mereka.

Perubahan yang berlaku dalam zaman kian berubah lebih-Iebih lagi di era globalisasi dan perindustrian telah memaksa kaum wanita untuk keluar bekerja dan melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan di luar rumah. Peranan dan tanggungjawab wanita terhadap warga tua juga semakin berubah. Budaya dan tradisi penjagaan warga tua oleh kaum wan ita masa kini semakin longgar. Kelonggaran hubungan kaum wanita dengan warga tua bukanlah disebabkan oleh kurangnya kasih sayang tetapi disebabkan oleh keadaan yang memaksa kaum wan ita melepaskan sebahagian peranan mereka kepada orang lain. Keadaan ini jelas kelihatan di kawasan-kawasan ban dar dan kian menular ke kawasan pinggir bandar dan kampung-kampung.

Tanggungjawab menjaga warga tua dilepaskan mungkin kerana kaum wan ita masa kini terlibat di dalam pencarian sumber rezeki. Pengabaian terhadap warga tuajuga boleh berlaku kerana kurangnya sumber ekonomi dan pendapatan di dalam keluarga.

56

Page 3: PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA … · 2017-01-20 · PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA Rosnah Ismail Habibie Hj. Ibrahim ABSTRACT Malaysia will be classified

Perseps/ Wan/fa Terhadap Penjagaan Warga Tua

Hamid (1985) menyatakan bahawa faktor ekonomi merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlakunya pengabaian terhadap ibu bapa. Pendapat ini disokong oleh Halim (1988) di mana dalam kajiannya didapati bahawa faktor ekonomi merupakan salah satu penyeba.b dan faktor kepada pengabaian penjagaan warga tua. Bagi keluarga miskin, beban dalam menanggung dan menyediakan keperluan-keperluan asas terhadap anak-anak dan tanggungan mereka menyebabkan keperluan dan penjagaan rapi terhadap warga tua terpaksa diabaikan dan diketepikan.

Wanita juga memainkan peranan dan tanggungjawab mencari rezeki demi menambahkan pendapatan keluarga. Tidak baleh dinafikan bahawa kini semakin ramai wanita yang mempunyai kedudukan tinggi, hidup bekerjaya dan mempunyai status sosial yang tinggi. Kepelbagaian peranan dan tanggungjawab. memberikan implikasi terhadap pengabaian warga tua seperti hasil daripada satu kajian yang menyatakan bahawa kesibukan anak-anak di dalam menambahkan sumber rezeki juga menyebabkan pengabaian terhadap penjagaan warga tua (Abdullah, 1992). Adalah diharapkan kaum wanita tidak melupakan dan melepaskan tradisi dan budaya menjaga warga tua sebagai peranan penting dan utama di dalam kehidupan mereka. Kaum wanita bukan dibebankan dengan tugas menjaga warga tua tetapi apa yang penting adalah tradisi dan budaya tersebut haruslah dikekalkan walaupun kebanyakan kaum wanita mempunyai peketjaan di luar rumah dan rnenguruskan keluarga.

Terdapat banyak penyelidikan yang dijalankan ke at as permasalahan penjagaan warga tua. Lantaran daripada itu juga terdapat banyak faktor-faktor yang dikenalpasti menjadi punca kepada pengabaian terhadap warga tua. Salah satu faktor yang boleh diketengahkan ialah faktor kerenggangan hubungan kekeluargaan di antara anak-anak dan ibu bapa khususnya kepada anak-anak perempuan atau wanita yang bckerjaya. Namun demikian dalam kehidupan masyarakat Malaysia amnya dan khususnya orang-orang Melayu. Mat (1982) mendapati perpecahan keluarga luas dan kerenggangan hubungan antara golongan tua dengan golongan muda tidaklah seteruk seperti yang dial ami oleh masyarakat Baral. Ini membuktikan masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Melayu masih lagi berpegang kuat kepada adat resam dan budaya bangsa mereka sendiri. Apa yang paling penting adalah patuh kepada ajaran agama yang dipegang yang berkehendakkan umatNya dan penganutNya menghormati kedua orang tua. Ajaran agama ini diharapkan masih dipegang oleh anak-anak termasuk anak perempuan kerana kita menganggap wanita mempunyai perasaan dan naluri yang halus dan sifat penyayang yang semulajadi. Pernyataan ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Mercier et, al (1989) yang mendapati anak perempuan mempunyai kualiti hubungan yang lebih tinggi dengan ibu bapa berbanding dengan anak lelaki.

57

Page 4: PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA … · 2017-01-20 · PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA Rosnah Ismail Habibie Hj. Ibrahim ABSTRACT Malaysia will be classified

Rosnah Ismail, Hablbl, HJ. Ibrahim

Namun demikian tidak dapat dinafikan sistem kekeluargaan dan hubungan di dalam keluarga kian renggang disebabkan oleh desakan hidup dan terlalu ghairah untuk mengejar kemewahan dan kebendaan di dalam kehidupan. Sehinggakan ada segelintir anak-anak yang tergamak membuat keputusan untuk menghantar orang tua mereka ke rumah orang tua. Keputusan ini kadang-kalanya bukan kehendak kaum wanita tetapi mungkin boleh berlaku kepada wanita-wanita yang sudah bersuami dan mempunyai keluarga sendiri yang terpaksa akur kepada kehendak suami. Jika dilihat dari sudut lain pula. iaitu tentang kualiti hubungan an tara sama ada anak lelaki atau anak perempuan terhadap ibu mereka. ada kajian yang menyatakan bahawa hubungan an tara anak-anak dan orang tua adalah masih pada tahap yang memuaskan seperti Zaini dan Tengku Aizan (1995) berpendapat kedua-dua anak lelaki mahupun perempuan mempunyai hubungan yang baik dengan ibu mereka.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Abdullah dan rakan-rakan (1992). tcrdapat kecenderungan bagi masyarakat Melayu untuk menghantar orang tua mereka ke rumah warga tua. Bagi warga tua yang tinggal bersama anak-anak. 87.6% menyuarakan yang anak-anak mereka cuma pentingkan diri sendiri. Sementara itu. 74.0% warga tua menyatakan bahawa anak-anak mereka hanya mahukan orang-orang tua mereka tinggal bersama untuk membantu mengasuh anak-anaknya sahaja. Manakala 79.1 % warga tua pula mendakwa mereka diajak tinggal bersama oleh anak-anaknya kerana diharap untuk menjaga rumah dan 87.2% warga tua perempuan mengaku kesediaan anak-anak menerima mereka tinggal bersama bukan secara ikhlas dan jujur sebaliknya ada muslihat tersendiri (Abdullah. 1992). Memang tidak dapat dinafikan dan dielakkan kejadian ini daripada berlaku lebih-Iebih lagi dalam kehidupan masyarakat masa kini. Secara rasional ada masa dan ketikanya golongan warga tua ini memang diperlukan untuk menjaga dan memberikan perhatian kepada cucu-cucu semasa anak-anak mereka keluar bekerja. Bukan sahaja warga tua yang bertanggungjawab untuk menjaga ahli di dalam keluarga ltIereka tetapi ada ketikanya golongan tua ini pula yang memerlukan perhatian penuh dan penjagaan rapi daripada anak-anak mereka lebih-Iebih lagi pad a masa mereka uzur dan kurang sihat.

Kertas kerja ini membicarakan tentang sejauh mana kesediaan wan ita dalam penjagaan warga tua di zaman pembangunan perindustrian dan teknologi maklumat. Seandainya ramai wanita yang masih dan mahu memainkan peranan tradisi menjaga warga tua ini. apakah masalah-masalah yang mereka hadapi? Apakah perasaan dan pandangan kaum wanita terhadap kemestian menjaga orang tualibu bapa mereka sendiri? Daripada persoalan-persoalan di atas diharap dapal dibuat satu kesimpulan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah penjagaan warga tua di masa akan datang.

58

Page 5: PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA … · 2017-01-20 · PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA Rosnah Ismail Habibie Hj. Ibrahim ABSTRACT Malaysia will be classified

Perseps/ Wan/ta Terhadap Pen/agaan Warga Tua

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini ingin mendapatkan pandangan wanita tentang sikap prihatin, penyayang dan mengambil tahu tentang warga tua dari segi penjagaan mereka. Kajian ini penting bagi mengetahui tentang kesediaan wanita dalam penjagaan warga tua di zaman pembangunan perindustrian dan multimedia di mana ramai yang keluar bekerja di luar rumah. Bagaimanakah kerajaan dan keluarga dapat membantu mengurangkan beban wanita yang menanggung dan menjaga warga tua ini berdasarkan hasil kajian yang menunjukkan bahawa 77.2% wanita masih mempunyai ibu dan bapa dan 59.4% wanita serta suami mengaku masih memberikan bantuan yang berbentuk wang dan barangan kepada ibu bapa mereka. Bagi wan ita luar bandar yang tidak bekerja ataupun bekerja secara sambi Ian membantu suami, menimbulkan kesulitan bagi mereka untuk menyara ibu bapa yang tua ini.

OBJEKTIF

Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau pandangan dan persepsi wanita mengenai penjagaan warga tua dan mencadangkan langkah-Iangkah bagi membantu usaha wanita dalam penjagaan warga tua.

METOD

Lokasi: Kajian ini dijalankan di daerah Tuaran, Sabah yang meliputi kawasan-kawasan Kampung Serusup, Kampung Pekan Nabalu dan Kampung Laya-Laya. Tiga kampung ini dipilih kerana ketiga-tiga kampung ini mewakili 3 etnik terbesar di daerah Tuaran iaitu Bajau, Kadazandusun dan MelayuIBrunei. Etnik Bajau dan Kadazandusun juga merupakan etnik majoriti di negeri Sabah.

Subjek: Subjek dipilih secara rawak di ketiga-tiga kawasan: Kg. Serusup, Kg. Pekan Nabalu dan Kg. Laya-Laya. Bilangan subjek keseluruhannya adalah 197 orang wanita. Ciri-ciri latarbelakang subjek yang lengkap ditunjukkan dalam Jaduall.

Soal- selidik: Soal- selidik telah dirangka oleh penyelidik. Soal - selidik ini merangkumi 10-item yang merangkumi soalan-soalan yang tertutup dan terbuka serra memerlukan penjelasan yang meliputi aspek-aspek penjagaan warga tua seperti latarbelakang, keperluan asas, jenis bantuan, kesihatan, permasalahan dalam penjagaan warga tua, masa yang diluangkan untuk penjagaan warga tua, sikap terhadap warga tua,

S9

, , , i I I

I \

Page 6: PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA … · 2017-01-20 · PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA Rosnah Ismail Habibie Hj. Ibrahim ABSTRACT Malaysia will be classified

Rosn,h Ism,iI, H,blbl. HJ. Ib"hlm

bersambung

Agama Islam 59.0 Kristian 405 Buddha 0.5

Etnik Kadazan Dusun 44.3 Bajau 462 Murut 1.5 Cina 0.5 Me\ayuIBrunei 7.5

Tahap persekolahan Tak bersekolah 33.0 Darjah 1-6 22.8 Tingkatan 1-3 21.8 Tingkatan 4-6 19.8 Kolej 1.5 Universiti 1.0

Pekerjaan (responden) Nelayan 0.5 Petani 22.3 Peniaga 16.8 Bekerja sendiri 11.7 Bekerja dengan orang lain 9.6 Perhotelan 0.5 Buruh kasar 1.0 Tidak bekerja 37.6

Pekerjaan (suami) Nelayan 5.6 Petani 20.3 Peniaga 5.6 Bekerja dengan orang lain 44.1 Bekerja sendiri 127 Perhotelan 2.0 Buruh kasar 6.1 Tidak bekerja 3.6

62

Page 7: PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA … · 2017-01-20 · PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA Rosnah Ismail Habibie Hj. Ibrahim ABSTRACT Malaysia will be classified

Perseps/ Wanlta Terhadap Penjagaan Warga Tua

bersambung

Kegiatan ekonomi sampingan Bemiaga di Tamu Ladang Menjahit Pergi laut Bemiaga kraftangan Penjaga Pastol

Penyata pendapatan keluarga sebulan >RM750 ~750 RM350-SOO RMI75-350 <RM175 Tiadajawapan

U mur perkah winan pertama 10-19 tho 20-29 tho 30-39 tho

Bilangan anak (masih hidup) 1-5 orang 6-10 orang 11-150rang.

lumlah tanggungan Tiada 1-4 orang S-IOorang 11-15 orang 16 orang dan ke atas

485 42.9 4.1 1.5 1.5 1.0 0.5

203 17.8 25.9 23.9 7.6 4.5

585 40.4

1.1

74.2 23.8 2.0

5.6 563 35.6

1.5 1.0

ladua12 menunjukkan seramai 81.3% responden masih mempunyai ibu dan bapa dan 59.4% mengaku memberi bantuan kepada ibu dan bapa mereka.

63

Page 8: PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA … · 2017-01-20 · PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA Rosnah Ismail Habibie Hj. Ibrahim ABSTRACT Malaysia will be classified

Rosnah Ismail, Hablbl. HJ. Ibrahim

Jadual2: ~ tempunyai ibu dan bapa serta memberi bantuan

Perkara ~ Ttdak Jumlah

Mempunyai ibu dan bapa 100 J7 197 (813%) (18.8%) (100.00%)

Memberi bantuan 117 00 197 (59.4%) (40.6%) (100.00%)

Mengenaijenis bantuan yang diberi. 63.9% responden menyatakan mereka memberi kedua-dua bantuan wang dan benda. 28.5% menyatakan memberi wang dan 7.6% memberikan hanya benda (JaduaI3).

Jadua13 : lenis bantuan yang diberi

Perkara Bil Peratus

Wang 36 28.5%

Benda 15 7.6%

Wang dan Benda 126 63.9%

JUMLAH 197 100.00%

Mcngenai kesihatan warga tua. 57.4% responden menyatakan yang orang tua mereka tidak mengalami apa-apa penyakit. Hanya 17.8% sahaja yang menyatakan orang tua mereka mengalami sakit tua yang memerlukan penjagaan (59.4%). Bagi warga tua yang men gal ami penyakit. 62.9% responden menyatakan mereka mendapatkan rawatan bagi mereka di klinik at au di hospital kerajaan.

ladual 4 menunjukkan individu yang menjaga warga tua apabila mereka sakit. Hasil kajian mendapati 39.1 % anak lelaki dan perempuan menjaga warga tua yang sakit. 21.3% ahli keluarga, 14.2% dijaga oleh responden dan yang lain-lain seperti warga tua sendiri (7.6%), anak perempuan (6.6%), responden dan suami (4.1 %), anak lelaki (3.0%), semua anak (2.0%), suami responden (\.5%) dan pasangan warga tua (0.5%).

64

Page 9: PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA … · 2017-01-20 · PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA Rosnah Ismail Habibie Hj. Ibrahim ABSTRACT Malaysia will be classified

Perseps/ Wan;ta Terhadap Pen/agaan Warga TUII

Jadual4 : Individu yang menjaga wargatua apabila sakit

Perkara Bil Peratus

Sendiri 15 7.6

Pasangan warga tua 1 0.5 Responden 28 14.2

Suami responden 3 1.5 Anaklelaki 6 3.0

Anak perempuan l3 6.6

Anak lelaki & perempuan 77 39.1

Ahli keluarga lain 42 21.3

Semuaanak 4 2.0

Responden & suami 8 4.1

JUMLAH 197 100.00

Mengenai permasalahan yang dihadapi semasa menjaga warga tua. 70.6% responden menghadapi masalah kecerewetan dan sukar memahami perasaan warga tua. 24.9% menyatakan masalah pengurusan masa dan lain-lain masalah kecil seperti masalah kesihatan dan pengangkutan (1.5%). masalah kewangan dan pemakanan (masing-masing 1.0%) dan masalah kesihatan dan kebimbangan (masing-masing 0.5%).

Jadual5: Permasa\ahan dalam penjagaan wargatua

Masalah

Cere wet dan sukar memahami perasaan

Pengurusan masa

Masalah kesihatan & pengangkutan

Kewangan

Pemakanan

Kesihatan

Kebimbangan

JUMLAH

6S

Bil

139

49

3 2

2

197

Peratus

70.6

24.9

1.5 1.0

1.0

0.5 0.5

100.00%

Page 10: PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA … · 2017-01-20 · PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA Rosnah Ismail Habibie Hj. Ibrahim ABSTRACT Malaysia will be classified

Rosnah Ismail, Hablb;6 HJ. Ibrahim

Menyentuh mengenai pengurusan masa dalam penjagaan warga tua, kebanyakan responden (52.3%) meluangkan mas a selama 5 jam bagi penjagaan warga tua, 26.9% menumpukan masa selama 4 jam dan 20.8% menumpukan mas a selama 3

jam sehari (JaduaI6). .

JaduaJ 6 : Masa dalam sehari bagi penjagaan warga tua

Masa(Jam) Bil Peratus

5 103 52.3%

4 53 26.9%

3 41 20.8%

JUMLAH 197 100.00%

Hasil kajian menunjukkan 72.6% responden mendapat pcrtolongan dalam pcnjagaan warga tua, dan hanya 27.4% responden tidak mendapat bantuan dalam penjagaan warga tua.

Jadual7 menunjukkan bagi mereka yang mendapat pertolongan dalam penjagaan warga tua, 87.3% responden menyatakan mereka mendapat bantuan daripada ahli keluarga, 7.3% mendapat bantuan daripadajiran dan 5.4% mendapat pertolongan daripada kakitangan perubatan.

Jadual7: Pertolongan dalam penjagaan warga tua

Individu Bil Peratus

Ahli keJuarga 172 87.3 Jiran 19 7.3

Kakitangan perubatan 6 5.4

JUMl.AH 197 100.00

Jadual 8 menunjukkan 85.8% responden tidak pemah terfikir untuk menghantar ibu dan bapa mereka ke rumah orang tua. Hanya 13.2% sahaja yang menyatakan 'Ya' iaitu berhasrat untuk menghantar warga tua ke rumah orang tua dan 1.0% menyatakan bergantung kepada keadaan.

66

Page 11: PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA … · 2017-01-20 · PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA Rosnah Ismail Habibie Hj. Ibrahim ABSTRACT Malaysia will be classified

Perseps/ Wan/ta Terhadap Penjagaan Warga Tua

Jadual8 : Menghantar ke rumah orang tua

Perkara Bil Peratus

Tidal< 169 85.8

Ya 26 13.2

Bergantung 2 1.0

JUMLAH 197 100.00

Lebih separuh daripada responden (55.4%) menyatakan mereka tidak menghantar ibu dan bapa mereka ke rumah orang tua disebabkan penjagaan ibu bapa merupakan tanggungjawab anak. 23.3% menyatakan mereka sayangkan ibu bapa mereka. 13.6% menyatakan perbuatan menghantar ibu bapa ke rumah orang tua adalah perbuatan yang tidak mengenang budi mereka dan 7.7% berpendapat mereka berpegang kepada agama dan budaya (Jadual 9).

Jadua19 : Sebab tidak menghantar ke rumah orang lua

Sebab Bit Peralus

Tanggungjawab anak 100 55.4

Sayangkan ibubapa 46 23.3 Perbuatan tidak mengenang budi Zl 13.6 Agama dan budaya 15 7.7

JUMLAH 197 100.00

Mengenai keperluan warga IUa, laduall 0 menunjukkan bahawa 39.6% responden berpendapat warga lua memerlukan keulamaan makan minum. 21.8% responden menyatakan keperluan kewangan. 19.3% responden menyatakan keperluan ubat­ubatan dan rawatan kesihatan dan 12.1 % responden menyatakan warga tua memerlukan dorongan dan kasih sayang.

Jadua110 : Keperluan yang diperlukan oleh warga lua

Keperluan Bil Peratus

Makan dan minum 78 39.6 Jiran 57 29.0 Kakitangan perubatan 38 19.3 Agama dan budaya 24 12.1

JUMLAH 197 100.00

67

Page 12: PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA … · 2017-01-20 · PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA Rosnah Ismail Habibie Hj. Ibrahim ABSTRACT Malaysia will be classified

Rosnah Ismail, Hablbl. Hi. Ibrahim

Hasil kajian menunjukkan warga tua merasa mereka diberi perhatian sekiranya sentiasa ada seseorang menemaninya (60.9%), sentiasa ada orang yang mengambil tahu kebajikannya (67.0%), sentiasa ada seseorang yang berbual-bual dengannya (52.3%) dan sentiasa dikunjungi (53.8%).

Apabila ditanya mengenai tempat tinggal yang diingini apabila tua kelak, 91.9% responden menyatakan mereka tidak suka duduk sendirian, 55.9% responden suka duduk dengan suami, 66.5% responden gemar linggal bersama anak/cucu dan 97.0% responden menyatakan mereka tidak suka tinggal di rumah orang lua.

Hasil kajian rnenunjukkan, 75.1 % responden rnelibatkan warga tuadi dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan hal ehwal warga tua. Menurut responden, mereka melibatkan warga tua kerana orang tua lebih berpengalaman (53.3%), hormal kepada orang tua (31.5%) dan ingin meminta pendapat mereka (15.2%) (Jadual 11).

JadualU : Penglibatan warga tua dalam membuat keputusan

Sebab Penglibatan . Bil Peratus

Lebih berpengalaman lOS 533 Hormat 62 31.5 Meminta pendapat ~ 151

JUMlAH 197 100.00

Apabiladilanya lentang sebab-sebab kerenggangan hubungan kekeluargaan pada masa ini, 70.1 % responden menyatakan kesibukan mencari nafkah, 20.5% menyatakan sikap ambil mudah dan tidak peduli dan 9.4% menyatakan sibuk menguruskan anak-anak.

PERBINCANGAN

Dapatan kajian mengenai kesihatan warga tua menunjukkan bahawa bagi ibu dan bapa yang mengalami sakil tua, 59.4% wanila memerlukan penjagaan. Ini membuktikan yang wanita sangat-sangat mengharapkan bantuan dalam penjagaan warga lua yang sakit ini tidak kira bantuan dari segi material, sosial atau prasarana. Namun begitu, ramai yang telah sedar, peka dan prihatin terhadap kemudahan rawalan kesihatan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan di mana hasil kajian menunjukkan ramai wanita (62.9%) telah mendapatkan perubatan di klinik atau hospital kerajaan bagi warga tua yang mengalami penyakit.

68

Page 13: PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA … · 2017-01-20 · PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA Rosnah Ismail Habibie Hj. Ibrahim ABSTRACT Malaysia will be classified

Perseps/ Wan/fa Terhadap Pen/agaan Warga Tua

Menyenluh mengenai penjagaan warga lua apabila saki I, hasil kajian menunjukkan anak Ielaki dan anak perempuan yang paling ramai (39.1 %) menjaga warga lua yang sakit. Hasil kajian di Sabah ini nampaknya berbeza dan menolak kajian yang dijalankan oleh Mercier et, aJ (1989) yang menyatakan anak perempuan mempunyai kualiti hubungan dengan ibu bapa yang lebih tinggi berbanding dengan anak Ielaki. Mungkin budaya masyarakat di Sabah berbeza dengan di Barat di mana kedua-dua anak lelaki dan perempuan bersama-sama memikul tanggungjawab dan peranan menjaga warga tua berasaskan kepada sikap teradisional mereka yang hormat dan paluh kepada orang tua dan menganggap orang lua adalah orang yang disegani dan berpengaruh.

Walaupun men gal ami masalah dan kesulitan dalam menjaga warga tua seperti perangai cerewel, perasaan yang sensilif, namun sebilangan besar wanila (52.3%) sanggup meluangkan masa selama 5 jam sehari bagi penjagaan warga tua. Ini menunjukkan sikap kesediaan dan pengorbanan kaum wanita dalam menjaga orang tua mereka walaupun dalam kesibukan bekerja, menguruskan rumahlangga dan anak-anak. Wanita di Sabah ini sememangnya mengambil berat tentang kehidupan warga tua mereka Hasil kajian ini membuktikan yang kaum wanita tidak mengabaikan peranan mereka dalam keluarga khususnya dalam penjagaan warga tua. Adalah diharapkan agar amalan tradisi dan budaya ini dapat dikekalkan walaupun dijangkakan rarnai lagi kaum wanila yang akan keluar bekerja di luar rumah.

Dari segi banluan dalarn penjagaan warga tua, hasil kajian menunjukkan, sebilangan besar (87.3%) wanita menyalakan mereka mendapat pertolongan daripada ahli­ahli keluarga dalam penjagaan warga tua selain daripada mendapat bantuan daripada jiran dan kakilangan perubatan. Ini menunjukkan yang hubungan kekeluargaan masih kuat, rapat dan intim di mana ahli-ahli keluarga saling bekerjasama dan banlU membanlU dalam hal-hal rumahtangga dan permasalahan keluarga. Hasil kajian ini menyokong dan mengesahkan pemyataan Mat (1982) yang mengakui perpecahan keluarga luas kepada keluarga nuklear tidaklah senegatif yang dialami oleh masyarakat BaraL Di Malaysia, khususnya di Sabah, walaupun berlaku peru bah an daripada keluarga luas kepada keluarga nuklear, namun hubungan keluarga luas masih kuat dan saling berinteraksi dan menolong an tara salu sama lain (Dahlan, 1997). Keluarga tradisi di Sabah masih berpegang kuat kepada adal resam dan budaya bangsa mereka sendiri.

Mengenai instilusi bagi warga tua, hasil kajian mendapati 85.8% wanila tidak terfikir unluk menghantar ibu dan hapa mereka ke rumah orang tua. Ini menunjukkan sikap keprihalinan, 'caring', mengambil lahu, ka<;ih sayang dan kemesraan terhadap warga lua.

Hasil kajian ini menolak kajian lerdahulu yang telah dijalankan oleh Abdullah (1992) yang mendapali kecenderungan bagi masyarakal Melayu untuk menghantar orang-orang lua ke rumah warga tua dan menganggap anak-anak

69

Page 14: PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA … · 2017-01-20 · PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA Rosnah Ismail Habibie Hj. Ibrahim ABSTRACT Malaysia will be classified

Rosn.h l,m.lI. Habibl. HJ. Ibrahim

hanya mementingkan diri sendiri. Ini mungkin disebabkan kehidupan keluarga di Sabah. khususnya di daerah pedalaman masih berpegang Imal kepada adal resam dan budaya tradisi keluarga yang memenlingkan kehormanian dan hubungan keluarga yang bahagia dan mesra di mana ahli-ahli keluarga saling bekerjasama, hormat-menghormati dan saling membanlu anlara salu sama lain (Dahlan. 1997).

Pemyataan ini dibuktikan daripada hasil kajian yang menunjukkan bahawa ramai wanita (55.4%) tidak ingin menghanlar ibu bapa ke rumah orang tua. Mereka berpendapat penjagaan ibu bapa adalah tanggungjawab anak. mereka sayangkan ibu bapa dan menganggap perbuatan hina menghantar ibu bapa ke rumah orang tua adalah sebagai salu perbuatan yang tidak mengenang budi ibu bapa. Ini menunjukkan kesedaran hum wanila tenlang jasa bakti yang telah dicurahkan oleh ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak mereka. Budi mereka mestilah dikenang dan dibalas dengan ganjaran yang baik melalui penjagaan dalam usia tua mereka. Hasil kajian ini juga sekaligus menyokong pemyataan Rebervy (1987) yang berpendapat kaum wanila mesti menyediakan dan memberi penjagaan warga tua yang memerlukan rawatan dan penjagaan rapi dan diperkukuhkan melalui hasil kajian ini yang menunjukkan 97.0% warga tua tidak suka tinggal di rumah orang tua.

Menyenluh mengenai keperluan warga tua. hasil kajian menunjukkan selain keperluan-keperluan as as seperti makan. minum. rawalan kesihalan dan ubat­ubatan. dan keperluan kewangan. yang paling penting sekali warga tua memerlukan dorongan dan kasih sayang. Keperluan-keperluan asas telah dan boleh disedia dan diberikan oleh pihak kerajaan. swaSla. badan-badan sukarela dan keluarga. Tetapi keperluan yang penting yang bersifat inlrinsik dan melibalkan emosi amallah penling bagi warga tua serta memerlukan perhalian serius. Sememangnya di peringkat tua. warga tua merasakan diri mereka diabaikan, tidak disayangi dan diambil peduli. disisihkan daripada keluarga yang mungkin menimbulkan perasaan sedih. kemurungan. kesunyian. rendah 'self-~sleem', lemah semangat dan kemarahan.

Justeru, perlulah bersama-sama memainkan peranan penling memikirkan sesuatu tindakan dalam usaha memberi dorongan dan kasih sayang. menjaga hali serta mengingati dan membalas kembali jasa dan pengorbanan mereka. Dorongan dan semangal unluk terus hidup dengan gembira dan riang perlu diberikan kepada warga tua. Mereka senang didampingi dan dikunjungi selalu oleh anak-anak cucu dan gembira bersama-sama dengan gelak kelawa mereka. Pemyalaan di alas disokong dan dibuklikan daripada hasil kajian ini yang menunjukkan warga tua merasakan gembira sekiranya ada seseorang yang menemaninya (60.9%), dan tidak suka duduk bersendirian. mengambil tahu kebajikan mereka (67.0%) dan ada seseorang yang berbual-bual dengannya (523%) dan sentiasadikunjungi (53.8%).

70

Page 15: PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA … · 2017-01-20 · PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA Rosnah Ismail Habibie Hj. Ibrahim ABSTRACT Malaysia will be classified

Perseps/ Wan/t. Terh.dap Pen/aga.n Warga Tu.

Sebilangan besar (75.1 %) wan ita menyatakan mereka melibatkan warga tua dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan hal ehwal warga tua kerana menu rut wanita yang ditemuduga. orang tua lebih berpengalaman. perasaan hormat dan ingin meminta pandangan dan pendapat daripada mereka. Sememangnya warga tua 'banyak makan garam' daripada orang muda dan mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam hidup. Apa jua keputusan, tindakan, perbincangan dalam keluarga perlulah melibatkan warga tua supaya mereka merasakan diri mereka dihargai dan diberi penghormatan, buah fikiran dan pandangan mereka diberi pengiktirafan dan keputusan mereka mendapat keutamaan.

Menyentuh mengenai kerenggangan hubungan keluarga pada masa kini, hasil kajian membuktikan kesibukan mencari natkah dan mengejar kebendaan (70.1 %) merupakan salah satu punca kerenggangan hubungan keluarga. Hasil kajian ini menyokong kajian-kajian awal yang telah dijalankan oleh Hamid (1985), Halim (1988) dan Abdullah (1992) yang menyatakan kesibukan anak-anak menambahkan rezeki menyebabkan pengabaian penjagaan warga tua yang secara langsung merenggangkan hubungan kekeluargaan.

CADANGANDAN RUMUSAN

Adalah tidak dapat dinafikan bahawa sumbangan wanita dalam penjagaan warga tua adalah besar dan mencabar dalam zaman perindustrian dan teknologi komunikasi maklumat. Sokongan dan bantuan patutlah diberi kepada wanita agar bebanan menjaga warga tua dapat dikurangkan.

Sikap 'caring' dan kesedaran diri perlulah sentiasa disemaikan ke dalamjiwa wanita supaya dapat menjaga warga tua dengan sempurna melalui layanan yang baik, mesra, penuh kasih sayang, menghormati mereka dengan menjaga pertuturan dan tingkah laku serta memahami perasaan mereka.

Hubungan yang renggang di kalangan ahli-ahli keluarga boleh menyebabkan pengabaian terhadap warga tua. Bagi menghindari keadaan ini daripada terus berlaku, sikap negatif wanita dan ahli keluarga perlu diubah. Kaum wanita tidak seharusnya terlalu mementingkan diri dan bersifat materialistik. Warga tua merasa senang hati sekiranya ahli-ahli keluarga sering mendampinginya dan mengambil tahu tentang kebajikan mereka. Mereka ingin melibatkan diri dalam sebarang aktiviti sosial yang dianjurkan oleh keluarga agar mereka berpeluang bergembira dengan ahli-ahli keluarga.

Daripada hasil kajian ini dapat memahami dan menyelarni isi hati wanita iaitu apabila mereka tua kelak mereka menyatakan mereka tidak gemar tinggal di rumah atau institusi warga tua. Justeru, kesedaran harus dipupuk di kalangan generasi muda

71

Page 16: PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA … · 2017-01-20 · PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA Rosnah Ismail Habibie Hj. Ibrahim ABSTRACT Malaysia will be classified

Rosnah I.mall, H,blble HI. Ibrahim

tentang pentingnya penjagaan warga tua di rumah. Nilai-nilai mumi perlu ditanam dari awal-awallagi kepada anak-anak agar sikap dan tingkah laku mereka terhadap orang tua dapat dibentuk berjiwa penyayang dan menghormati orang tua. Wanita tidak sepatutnya menghantar orang tua ke institusi warga tua kerana semata-mata tidak tahan dengan karenah mereka yang cerewet, beremosi dan nyanyuk. Dari segi psikologi, wanita harns memahami perasaan ibu bapa yang telah lanjut usia dan uzur. Mereka memerlukan hidup bahagia bersama anak cucu dan inginkan perhatian daripada anak-anak. Walaupun di rumah orang tua mereka mendapat penjagaan yang sepenuhnya dan dapat berkongsi masalah dengan rakan-rakan yang seusia dengan mereka. namun warga tua tetap merasa kesunyian kerana tidak dapat hidup bersama anak cucu. Tambahan pula. warga tua yang telah bersara daripada perkhidmatan merasa dirinya tersisih dan tidak berguna lagi kerana segala keistimewaan, pang kat dan kedudukan mereka tidak lagi dapat dinikmati. DaIam situasi ini, setiap pihak harns memainkan peranan penting dalam usaha menjaga hati serta mengingati dan membalas kembali jasa dan pengorbanan mereka selama ini. Dorongan dan seman gat untuk terus hidup dengan gembira dan riang perlu diberikan kepada warga tua.

RUJUKAN

Abdullah, M. M. (1992). Masalah dan Faktor Orang Tua-tua Melayu Ke Pusat Penjagaan Orang-orang Tua. Kajian Penyelidikan, FPPSM. UTM. Skudai.

Abdullah, M. M. (1995). Kelonggaran Ikatan Kekeluargaan Punca Pengabaian Penjagaan Terhadap Orang Tua. Seminar Kebangsaan Gejala Sosial J 995. Universiti Utara Malaysia.

Bigg, S. (1992). Groupwork and professional attitudes to older age. Gerontology: Responding to an ageing society. United Kingdom: Jessica Kingsley.

Dahlan. H. M. (1997). Urbanisasi alam kejiwaan sosial danpembangunan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hamid. F. (198S). Sikap Golongan Muda Terhadap Orang Tua - Satu Kajian di Kalangan Golongan Remaja dan Awal Dewasa. Latihan IImiah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian. Jabatan Psikologi, UKM, Bangi.

Halim, S. (1988). Masalah Penyesuaian Orang-orang Tua: Perbandingan di Antara Dalam dan Luar Institusi. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian. Jabatan Psiko\ogi, UKM, Bangi.

Mat, Z. (1982). Sikap Orang-orang Melayu Terhadap Orang Tua: Satu kajian Kes di Ketfah. ~tihan Ilmiah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian. Jabatan PSlkologl, UKM. Bangi.

72

Page 17: PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA … · 2017-01-20 · PERSEPSI WANITA TERHADAP PENJAGAAN WARGA TVA Rosnah Ismail Habibie Hj. Ibrahim ABSTRACT Malaysia will be classified

PeTSepsl Wan/fa Terhadap Penjagaan Warga Tua

Noddings. N. (2001). The Care Tradition: Beyond "Add Women and Stir". Theory into Practice. 40 (1).29-35).

Rebervy. S. (1987). Ordered to care. Cambridge. UK: Cambridge University Press.

Sommers. T .• & Shields. L. (1987). Women take care. Gainesville. FL:Triad.

Zaini. K & Tengku Aizan. H. (1995). Kualiti Hubungan Antara Anak Dewasa dan Ibu. Seminar Kebangsaan Gejala Sosial1995. UUM.

7J