PERISTIWA-PERISTIWA YANG SEDANG KITA NANTIKAN fileSUARA JAM’IYAH 9 No.55 • 2015/1436H...

7
SUARA JAM’IYAH 9 No.55 • 2015/1436H PERISTIWA-PERISTIWA YANG SEDANG KITA NANTIKAN Perang Akhir Zaman (Armageddon) Secara teksual dak ada satu hadis pun yang menyebutkan lafaz Armageddon. Jika yang dimaksudkan adalah perang internasional, maka sabda nabi yang mengisyaratkan hal itu adalah: “Kalian akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman. Lalu kalian akan berperang bersama mereka melawan satu musuh dari belakang mereka...” (Hadis sahih riwayat Imam Ahmad) Munculnya Imam Mahdi Nama beliau ialah Muhammad bin Abdullah al-Mahdi al-Fathimi al-Quraisy. Beliau ialah keturunan Rasulullah S.A.w. dan termasuk salah seorang Khulafa’ al-Rasyidin. Imam Mahdi adalah seorang Quraisy yang akan muncul di akhir zaman untuk memenuhi dunia dengan keadilan di mana sebelumnya telah dipenuhi kezaliman. Beliau berada di bumi antara 7 hingga 9 tahun, meme- rangi musuh-musuh Islam dan Dajal. Munculnya Imam Mahdi semasa perjanjian damai antara kaum Muslimin dengan Bani Asyfar, hingga akhirnya mereka mengkhiana kaum Muslimin. Selanjutnya beliau menjadi pemimpin ternggi dalam semua per- tempuran berikutnya. Beliau muncul saat wafatnya se- orang khalifah, kemudian dia keluar menuju Makkah dan dikejar oleh satu pasukan dari umat Muhammad; hingga apabila sampai di suatu tempat yang bernama al-Baida’, pasukan itu ditelan oleh bumi. Kemudian Imam Mahdi dibai’ah oleh kaum Muslimin antara sudut Kaabah dan Makam Ibrahim. Rasulullah S.A.w. bersabda, maumnya: “Jika kamu melihatnya, maka bai’ahlah walaupun terpaksa merangkak di atas salji, kerana dia adalah khalifah Allah al-Mahdi.” (Hadis riwayat Ibnu Majah) “Al-Imam Mahdi adalah dari golongan kami, ahlul bait. Allah akan mengislahkannya dalam satu malam.” Dengan demikian keberadaan Imam Mahdi belum diketahui sehingga ada satu pasukan yang mengejar orang Arab, dan Allah menenggelamkan mereka di al-Baida’. Dengan demikian juga dapat dipaskan bahawa yang dikejar-kejar adalah Imam Mahdi, hingga berbondong-bondong kaum Muslimin memaksanya untuk dibai’ah. Hadis-hadis tentang Imam Mahdi telah mencapai darjat mutawar maknawi. (Lihat Tanda-Tanda Kiamat oleh Yusuf wabil, hlm. 195-211) Perang Melawan Semenanjung Arabia Mereka adalah suku Quraisy yang dipimpin oleh seorang lelaki yang bernama Sufyani dari suku Kilab, dan Imam Mahdi berjaya mengalahkan mereka. Nabi S.A.w. bersabda, maumnya: “Kamu akan memerangi Semenanjung Arab, lalu Allah akan menaklukkannya untukmu. Kemudian kamu akan me- merangi Dajal dan Allah akan menak- lukkannya untukmu.” (Hadis riwayat Muslim) Perang Melawan Parsi Menurut sebahagian pendapat, mereka adalah kelompok Syiah Iran (Parsi) yang merupakan musuh Ahli Sunnah. Kaum Syiah merasa jengkel kerana Imam Mahdi yang muncul bukan salah seorang dari Imam 12 yang dijanjikan kepada mereka. Dalam peperangan ini Imam Mahdi berhasil mengalahkan mereka. Pengkhianatan Rom Kaum Rom mengkhiana kaum Muslimin, mereka menyusun pasukan untuk menyerang kaum Muslimin dengan mengarahkan 80 bendera yang masing-masing bendera terdiri daripada 12,000 tentera. Rasulullah S.A.w. bersabda yang maumnya: “Kemudian akan terjadi perdamaian antara kamu dan Bani Asyfar (bangsa Rom), tetapi kemudian mereka mengkhiana perjanjian itu dan datang kepadamu, dengan membawa 80 bendera dan ap-ap bendera diiku seramai 12,000 orang.” (Hadis riwayat al-Bukhari) Al-Malhamah al-Kubra Ini merupakan pertempuran yang amat dahsyat yang terjadi antara kaum Muslimin dengan Romawi. Dalam peperangan ini kedua belah pihak bertempur dak lagi meng- gunakan senjata moden sebaliknya menggunakan kuda dan pedang; kerana semua senjata moden telah musnah dalam perang besar akhir zaman (Armageddon). Pertempuran besar (Al-malhamah al-Kubra) terjadi di sebuah daerah yang bernama Ghutah dekat Damsyik; di mana tempat itu menjadi pusat Muslimin masa itu. Perang ini dipimpin oleh Imam Mahdi. Kaum Rom bergerak menuju Syria dan turun ke kota A’maq atau Dabiq, dalam sebuah kumpulan tentera dengan 80 bendera, dan seap bendera terdapat 12,000 orang tentera. Perang al-Malhamah al-Kubra terjadi selama empat hari berturut- turut di mana 1/3 dari kaum Muslimin melarikan diri dari pertempuran, yang mana dosa mereka dak akan diampuni Allah. Dan 1/3 mendapat syahid, dan bakinya 1/3 lagi mendapat kemenangan yang mana mereka dak akan tersesat untuk selama-lamanya. (Lihat Sahih Muslim dalam Al-Fitan wa Asyratus Sa’ah – 18/21-22) Penaklukan Konstantin Keunikan periswa ini ialah kerana penaklukan kota ini tanpa mengguna- kan senjata pedang atau panah, tetapi hanya dengan takbir. Rasulullah S.A.w. bersabda yang maumnya: “Apakah kalian pernah mendengar bahawa satu kota yang sebahagian terletak di darat dan Bersambung di hlm. 21 jamiyah 55.indd 9 5/27/2015 10:07:37 AM

Transcript of PERISTIWA-PERISTIWA YANG SEDANG KITA NANTIKAN fileSUARA JAM’IYAH 9 No.55 • 2015/1436H...

Page 1: PERISTIWA-PERISTIWA YANG SEDANG KITA NANTIKAN fileSUARA JAM’IYAH 9 No.55 • 2015/1436H PERISTIWA-PERISTIWA YANG SEDANG KITA NANTIKAN Perang Akhir Zaman (Armageddon) Secara teksual

SUARA JAM’IYAH 9 No.55 • 2015/1436H

PERISTIWA-PERISTIWA YANG SEDANG KITA NANTIKAN

Perang Akhir Zaman (Armageddon)

Secara teksual tidak ada satu hadis pun yang menyebutkan lafaz Armageddon. Jika yang dimaksudkan adalah perang internasional, maka sabda nabi yang mengisyaratkan hal itu adalah: “Kalian akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman. Lalu kalian akan berperang bersama mereka melawan satu musuh dari belakang mereka...” (Hadis sahih riwayat Imam Ahmad)

Munculnya Imam MahdiNama beliau ialah Muhammad

bin Abdullah al-Mahdi al-Fathimi al-Quraisy. Beliau ialah keturunan Rasulullah S.A.w. dan termasuk salah seorang Khulafa’ al-Rasyidin.

Imam Mahdi adalah seorang Quraisy yang akan muncul di akhir zaman untuk memenuhi dunia dengan ke adilan di mana sebelumnya telah di penuhi kezaliman. Beliau berada di bumi antara 7 hingga 9 tahun, meme-rangi musuh-musuh Islam dan Dajal.

Munculnya Imam Mahdi semasa perjanjian damai antara kaum Muslimin dengan Bani Asyfar, hingga akhirnya mereka mengkhianati kaum Muslimin. Selanjutnya beliau menjadi pemimpin tertinggi dalam semua per-tempuran berikutnya.

Beliau muncul saat wafatnya se-orang khalifah, kemudian dia keluar menuju Makkah dan dikejar oleh satu pasukan dari umat Muhammad; hingga apabila sampai di suatu tempat yang bernama al-Baida’, pasukan itu ditelan oleh bumi. Kemudian Imam Mahdi dibai’ah oleh kaum Muslimin antara sudut Kaabah dan Makam Ibrahim.

Rasulullah S.A.w. bersabda, mafhumnya: “Jika kamu melihatnya, maka bai’ahlah walaupun terpaksa me rangkak di atas salji, kerana dia adalah khalifah Allah al-Mahdi.” (Hadis

riwayat Ibnu Majah)“Al-Imam Mahdi adalah dari

golo ngan kami, ahlul bait. Allah akan mengislahkannya dalam satu malam.”

Dengan demikian keberadaan Imam Mahdi belum diketahui se hingga ada satu pasukan yang me ngejar orang Arab, dan Allah me neng gelamkan mereka di al-Baida’. Dengan demikian juga dapat dipasti kan bahawa yang dikejar-kejar adalah Imam Mahdi, hingga ber bondong-bondong kaum Muslimin memaksa nya untuk dibai’ah. Hadis-hadis tentang Imam Mahdi telah mencapai darjat mutawatir maknawi. (Lihat Tanda-Tanda Kiamat oleh Yusuf wabil, hlm. 195-211)

Perang Melawan Semenanjung Arabia

Mereka adalah suku Quraisy yang dipimpin oleh seorang lelaki yang bernama Sufyani dari suku Kilab, dan Imam Mahdi berjaya mengalahkan mereka.

Nabi S.A.w. bersabda, mafhum nya: “Kamu akan memerangi Semenanjung Arab, lalu Allah akan menaklukkannya untukmu. Kemudian kamu akan me-merangi Dajal dan Allah akan me nak-lukkannya untukmu.” (Hadis riwayat Muslim)

Perang Melawan ParsiMenurut sebahagian pendapat,

mereka adalah kelompok Syiah Iran (Parsi) yang merupakan musuh Ahli Sunnah. Kaum Syiah merasa jengkel kerana Imam Mahdi yang muncul bukan salah seorang dari Imam 12 yang dijanjikan kepada mereka. Dalam peperangan ini Imam Mahdi berhasil mengalahkan mereka.

Pengkhianatan RomKaum Rom mengkhianati kaum

Muslimin, mereka menyusun pasukan untuk menyerang kaum Muslimin dengan mengarahkan 80 bendera yang masing-masing bendera terdiri daripada 12,000 tentera.

Rasulullah S.A.w. bersabda yang mafhumnya: “Kemudian akan terjadi

perdamaian antara kamu dan Bani Asyfar (bangsa Rom), tetapi kemudian mereka mengkhianati perjanjian itu dan datang kepadamu, dengan membawa 80 bendera dan tiap-tiap bendera diikuti seramai 12,000 orang.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Al-Malhamah al-KubraIni merupakan pertempuran yang

amat dahsyat yang terjadi antara kaum Muslimin dengan Romawi. Dalam peperangan ini kedua belah pihak bertempur tidak lagi meng-gunakan senjata moden sebaliknya menggunakan kuda dan pedang; kerana semua senjata moden telah musnah dalam perang besar akhir zaman (Armageddon).

Pertempuran besar (Al-malhamah al-Kubra) terjadi di sebuah daerah yang bernama Ghutah dekat Damsyik; di mana tempat itu menjadi pusat Muslimin masa itu. Perang ini di pimpin oleh Imam Mahdi. Kaum Rom bergerak menuju Syria dan turun ke kota A’maq atau Dabiq, dalam se buah kumpulan tentera dengan 80 bendera, dan setiap bendera terdapat 12,000 orang tentera.

Perang al-Malhamah al-Kubra terjadi selama empat hari berturut-turut di mana 1/3 dari kaum Muslimin melarikan diri dari pertempuran, yang mana dosa mereka tidak akan diampuni Allah. Dan 1/3 mendapat syahid, dan bakinya 1/3 lagi mendapat kemenangan yang mana mereka tidak akan tersesat untuk selama-lamanya. (Lihat Sahih Muslim dalam Al-Fitan wa Asyratus Sa’ah – 18/21-22)

Penaklukan KonstantinKeunikan peristiwa ini ialah ke rana

penaklukan kota ini tanpa meng guna-kan senjata pedang atau panah, tetapi hanya dengan takbir.

Rasulullah S.A.w. bersabda yang mafhumnya: “Apakah kalian pernah mendengar bahawa satu kota yang sebahagian terletak di darat dan

Bersambung di hlm. 21

jamiyah 55.indd 9 5/27/2015 10:07:37 AM

Page 2: PERISTIWA-PERISTIWA YANG SEDANG KITA NANTIKAN fileSUARA JAM’IYAH 9 No.55 • 2015/1436H PERISTIWA-PERISTIWA YANG SEDANG KITA NANTIKAN Perang Akhir Zaman (Armageddon) Secara teksual

SUARA JAM’IYAH 10 No.55 • 2015/1436H

Lengkapkan pustaka anda Lengkapkan pustaka anda Lengkapkan

dengan buku-buku pustaka anda dengan buku-buku pustaka anda

terbitan Jam’iyahdengan buku-buku terbitan Jam’iyahdengan buku-buku

Alhamdulillah – pada tahun 2014 kita telah berjaya menerbitkan empat buah buku baru

(termasuk dua jilid kitab Al-Muktamad bagi melengkapkan bilangan sirinya sebanyak 10 jilid.

Dua buku baru yang dimaksudkan ialah; Travelog: Gerakan Memperkasa Iman (TGMI) dan sebuah lagi buku Rahsia Kehebatan Bacaan dan Pergerakan Dalam Solat (RKBDPDS).

Pada pengamatan saya, apa yang ditekankan dalam TGMI ialah amalan Khuruj. Sesuai dengan konsep penulisannya, bahawa Khuruj atau keluar di jalan Allah merupakan kerja-kerja dakwah; iaitu suatu usaha yang amat disukai oleh semua nabi dan rasul.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredaan Allah, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik.” (Surah al-Ankabut ayat 69)

Dengan berpegang kepada ayat inilah bahawa selepas para sahabat, tabi’ dan tabiin, para syeikh dari benua Arab serta para maulana dari India telah berusaha meniru jejak para nabi dan rasul dengan bertebaran seluruh alam menyerbarkan dakwah bil-hal dan dakwah bil-lisan walaupun terpaksa menghadapi berbagai kesukaran dan rintangan termasuk ancaman.

Umpamanya pengasas Jam’iyah sendiri, iaitu Maulana Shah Mohammad Abdul Aleem Siddiqi al-Qadari (1892 – 1954) dari Meerut, India, merupakan seorang pendakwah tradisi, di mana lebih separuh usia hidupnya berkelana ke seluruh alam (antaranya ke China, Jepun, Filipina, Sri Lanka, Mauritius,

dengan buku-buku

Rahsia Kehebatan Bacaan dan Pergerakan dalam SolatPenulis: Ahmad Muhammad Abdul Ghafur & Muhammad Zen

Travelog: Gerakan Memperkasa ImanPenulis: Sabda S

Madagaskar, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kenya, Tanzania, Uganda, Amerika Syarikat, Kanada, Perancis, Britain, Belgium, Kongo, Afrika Timur, Surinam dan lain-lain) menyebarkan agama Islam; dan akhirnya ke Singapura menubuhkan Jamiyah Singapura (1930) sebelum ke Malaya menubuhkan Jam’iyah Selangor dan Wilayah Persekutuan (1950).

Hari ini jamaah tabligh dari seluruh dunia bertebaran ke serata alam me lakukan kerja-kerja yang pernah di amal kan oleh baginda dan para sahabat; dan masya rakat di Malaysia juga me ma hami akan hasrat murni itu serta memberi kerjasama menjadi-kan usaha-usaha khuruj tidak sesusah sebagaimana di zaman awwalin.

Masjid-masjid dibuka sepanjang masa dengan kemudahan yang selesa untuk para jamaah beriktikaf. Mereka juga tidak digalakkan menyediakan ma kanan sendiri di sepanjang iktikaf kerana penduduk tempatan bersedia me nyediakan dengan kadar yang seder hana.

Walaupun di sesetengah tempat ada masyarakat yang meng anggap tabligh sebagai dakwah ‘cara India’ namun itu bukan mujaha dah kubra se bagaimana yang pernah dihadapi oleh Maulana Shah Moham mad Abdul Aleem; dan jauh lagi jika dibandingkan dengan cabaran yang dialami oleh para sahabat.

Buku TGMI ini diharapkan dapat memberi gambaran sepintas lalu buat mereka yang ingin mengisi sisa-sisa usia dengan melakukan amalan-amalan sunah yang amat digemari oleh baginda Rasullullah SAW.

“Dan janganlah kamu mengusir orang-orang yang menyeru Tuhan di waktu pagi dan petang, sedangkan

jamiyah 55.indd 10 5/27/2015 10:07:39 AM

Page 3: PERISTIWA-PERISTIWA YANG SEDANG KITA NANTIKAN fileSUARA JAM’IYAH 9 No.55 • 2015/1436H PERISTIWA-PERISTIWA YANG SEDANG KITA NANTIKAN Perang Akhir Zaman (Armageddon) Secara teksual

SUARA JAM’IYAH 11 No.55 • 2015/1436H

me reka menghendaki keredaan-Nya.” (Surah al-An’am ayat 52)

Buku ini lebih merupakan travelog yang boleh dibaca secara santai ke-rana ditulis dengan gaya bahasa yang bersahaja berserta analogi-analogi yang mudah dan logik. Ia disampaikan dalam bentuk cerita atau rencana pen-dek dan ada yang berbentuk laporan yang disebut sebagai karguzari (ehwal). Justeru kerana ia catatan dari bayan para maulana, saya dapati terdapat peng ulangan frasa dibeberapa tajuk-tajuk kecil yang berbeza; namun cara yang demikian saya kira wajar bagi me-ne kankan apa yang hendak disampai-kan.

Pada pengamatan saya – penulis berjaya meyakinkan bahawa ‘tabligh’ yang dimaksudkan di dalam Gerakan Memperkasa Iman ini ialah sifat dan amalan Rasulullah SAW yang terpuji sebagaimana sifat-sifat terpuji yang lain nya seperti siddiq, amanah dan fatanah.

Bagi mempastikan catatannya sahih, penulis juga telah membuat rujukan beberapa buah kitab, ter utama-nya Muntakhab Ahadith, Fadhail Amal, Ihya’ Ulumuddin dan lain-lain kitab muktabar dan disusuli dengan tashih terhadap manuskripnya oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Ab. Aziz Mohd Zin (Mantan Dekan Akademik Penga jian Islam, Universiti Malaya).

Bagi buku Rahsia Kehebatan Bacaan dan Pergerakan Dalam Solat (RKBDPDS) hasil tulisan Ustaz Ahmad Muhammad Abdul Ghaffur, seorang pendakwah bebas dan pembimbing ibadah haji dan umrah, merupa kan sebuah buku yang patut dimiliki oleh generasi muda yang ingin merasai kesempurnaan dalam solat.

Walaupun buku-buku mengenai solat sudah banyak dalam pasaran, namun ibadah solat itu sendiri se makin dikaji semakin banyak pene muan baru ditemui. Yang pasti, solat merupakan perintah utama dan yang pertama disebutkan oleh Allah SWT; walaupun ibadat solat hanya diwajib kan satu dekad selepas kenabian.

Ini jelas apabila Allah menyebutkan perkataan solat dalam wahyu per-tama-Nya kepada baginda Rasul ke tika di Gua Hira’ yang mafhumnya: “Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang; seorang hamba ketika sedang malaksanakan solat? (Surah al-‘Alaq ayat 9 – 10) sedang solat ketika itu belum diwajibkan.

Begitu juga, ramai yang solat tetapi tidak khusuk gara-gara ingatan kepada dunia dan persekitaran. Justeru buku ini diharapkan dapat menjadi panduan tambahan kepada umat Islam dari semua peringkat.

Yang utama – buku-buku ini perlu dimiliki oleh generasi Y agar lebih memahami akan hakikat dan falsafah solat dan tuntutannya; di mana kandu-ngannya juga sesuai untuk dijadikan modul kursus smart solat di musim cuti sekolah.

Selain seorang pembimbing ibadat haji dan umrah, ustaz Ahmad Muham-mad Abdul Ghaffur juga merupakan aktivis Jam’iyah yang sangat aktif. Be liau sentiasa bersedia melaksanakan tanggungjawab ce ramah, tarbiyah, tausiyah, mem bimbing majlis usrah dan qiadah yang ditugaskan oleh Jam’iyah tanpa banyak bicara.

Lain-lain buku terbitan Jam’iyah yang masih dalam simpanan ialah se-perti berikut:

Denyutan Yang Bermakna (Panduan bagi pengidap sakit jantung) oleh Prof. Dr. Wan Azman Wan Ahmad.

Gaya Hidup Dakwah: Bertebaran Seluruh Alam oleh Sabda S.

Melestarikan Keluarga Bahagia oleh Sabda S.

Ramadhan al-Mubarak oleh Sabda S. & Safwan Fathy.

Pengantar Dakwah Islamiah oleh Prof.Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin.

Aqidah Islamiah dan Tuntutannya oleh Prof. Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin.

Wasatiyyah Islam: Antara Liberalisme dan Konservatisme di Malaysia oleh Prof. Madya Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid.

Wanita Wanita Solehah oleh Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar.

Mengenai kitab Al-Muktamad kara-ngan Prof. Dr. Muhammad Mustafa Al-Zuhaily pula; kitab yang asalnya ditulis dalam bahasa Arab itu mengandungi 11 jilid. Ia telah diterjemahkan oleh Ustaz Azhar Yahya yang juga merupakan anak murid kepada Prof. Mustafa dan secara peribadi telah memperoleh kebenaran menterjemah darinya. Kandungannya mencakupi permasalahan akidah, munakahat, jenayah dan maamalat. Setakat ini, 9 jilid telah siap dicetak mana kala selebihnya dijangka siap akhir tahun ini.

Kitab ini sesuai untuk rujukan mufti, kadi dan guru-guru agama kerana kandungannya mencakupi masalah-masalah semasa. Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh dikemukakan kepada ibu pejabat Jam’iyah:

No. 25, Lot 203, Jalan Rahmat off Jalan Ipoh, 50350 Kuala Lumpur atau tel 03-40441950/51 atau faks 03-404452 atau Web:www.jamiyah.org.my atau emel:[email protected].

Haji Milatusamsi Haji HassanSetiausaha Agung Jam’iyah

Ustaz Azhar Yahya (penterjemah) bersama penulis asal kitab Al-Muktamad, Prof. Dr. Muhammad Mustafa al-

Zuhaily (duduk).

jamiyah 55.indd 11 5/27/2015 10:07:39 AM

Page 4: PERISTIWA-PERISTIWA YANG SEDANG KITA NANTIKAN fileSUARA JAM’IYAH 9 No.55 • 2015/1436H PERISTIWA-PERISTIWA YANG SEDANG KITA NANTIKAN Perang Akhir Zaman (Armageddon) Secara teksual

SUARA JAM’IYAH 12 No.55 • 2015/1436H

Dalam usaha melebarkan jejak dakwah, dua orang ahli Jam’iyah telah menyertai misi bantuan kemanusiaan

di kawasan yang dilanda taufan Haiyan di Cebu, Filipina. Mereka ialah Tuan Haji Halhakasah Abdullah dan Tuan Haji Anhar Ahmad.

Bagi mempermudah langkah serta menepati sasaran dakwah, mereka bergabung dengan Malaysia Relief Agency (MRA), iaitu sebuah agensi bantuan kemanusiaan yang

Ahli Jam’iyah Sertai MiSi KeMAnuSiAAn di Cebu, Filipina

diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dalam menjalankan misi bantuan kemanusiaan ke luar negara.

Sebelum ini, MRA telah melak-sana kan beberapa misi kemanusiaan di Sudan, Afghanistan, Palestin, Indo-nesia, Filipina dan lain-lain negara.

Antara rasional dan matlamat Jam’iyah menyertai misi berkenaan ialah:

Mengambil pembelajaran me ngenai cara-cara pengagihan

ber bagai bentuk bantuan seperti makanan, kepakaran, pembinaan rumah-rumah kediaman, rawatan kesihatan dan perundingan psikologi; di samping mempelajari cara-cara memulihkan kawasan tanamam dan binatang ternakan yang musnah serta mengupayakan bisnes kecil-kecilan bagi penduduk yang terlibat;

Menjalin hubungan dengan NGO tempatan yang berpotensi menjadi rakan dakwah;

Haji Halhakasah Abdullah (sedang mendokong anak) bersama sebahagian remaja di kawasan penempatan Madinah Mosque Muslim Community, Cebu, Filipina.

jamiyah 55.indd 12 5/27/2015 10:07:41 AM

Page 5: PERISTIWA-PERISTIWA YANG SEDANG KITA NANTIKAN fileSUARA JAM’IYAH 9 No.55 • 2015/1436H PERISTIWA-PERISTIWA YANG SEDANG KITA NANTIKAN Perang Akhir Zaman (Armageddon) Secara teksual

SUARA JAM’IYAH 13 No.55 • 2015/1436H

Haji Halhakasah Abdullah (tengah) sedang mengislamkan seorang remaja.

Bangunan masjid yang terbengkalai.

Menyantuni anak-anak yang terbiar dan mendekati golongan gelandangan melalui dakwah santai dan street dakwah.

Dalam peristiwa taufan Haiyan pada tahun 2013 yang lalu telah me-musnahkan sebahagian dari kampung-kampung, terutama di kepulauan Visayas, yang mengakibatkan ke-rosakan besar termasuk rumah-rumah kediaman, tanaman dan ternakan.

Namun tumpuan kemanusiaan yang disertai Jam’iyah bersama MRA ialah kawasan di sekitar Madinah Mosque Muslim Community, Cebu yang dihuni oleh kira-kira 3000 hingga 4000 orang dari berbagai agama.

Sebelum musibah taufan, daerah berkenaan dikategorikan sebagai kawasan kemiskinan kelas ke-3 (miskin tegar) oleh kerajaan Filipina; dan lebih parah lagi selepas musibah menimpa kawasan tersebut menjadi padang jarak padang tekukur.

Sebuah masjid yang tergendala dan tidak sempurna yang terdapat di kawasan berkenaan telah dijadikan sebagai pusat bantuan.

Sebelumnya – sewaktu taufan Haiyan melanda, para penduduk dari berbagai agama dari kawasan berdekatan telah berlindung di masjid berkenaan dan mereka merasa lebih selamat dan aman berada di dalamnya. Hasil interaksi sesama masyarakat Islam, beberapa buah keluaraga telah mengucap syahadah.

Bantuan dibawa dari Kuala Lumpur termasuk bahan-bahan makanan serta bantuan teknikal bagi memperbaiki bangunan dan masjid yang rosak. Dan bagi mewujudkan suasana yang lebih harmoni penduduk juga telah dihadiahkan beberapa ekor kambing sebagai ganti kepada ternakan khinzir.

Justeru dengan kehadiran misi bantuan MRA yang disertai oleh anggota Jam’iyah, natijahnya seramai 20 keluarga lagi; yang dianggarkan mengandungi 200 orang isi rumah telah memeluk Islam.

jamiyah 55.indd 13 5/27/2015 10:07:44 AM

Page 6: PERISTIWA-PERISTIWA YANG SEDANG KITA NANTIKAN fileSUARA JAM’IYAH 9 No.55 • 2015/1436H PERISTIWA-PERISTIWA YANG SEDANG KITA NANTIKAN Perang Akhir Zaman (Armageddon) Secara teksual

SUARA JAM’IYAH 14 No.55 • 2015/1436H

Dia hanya seorang pe-mimpin kaum asli, yang sesekali keluar kota menghadiri majlis rasmi;

tetapi mampu menampilkan kepim pinan terpuji dengan hemah ko munikasi yang tersendiri hingga di senangi tetamu yang datang tanpa temu janji.

Ketika kami sedang “teragak-agak dan tercangak-cangak, antara bimbang dan ragu” untuk berkeliling desanya; dia segera mengarahkan guru agama yang bertugas disitu sebagai rahaba (penunjuk jalan); termasuk meng-arahkan supaya kami melawat sebuah gereja yang agak seder-hana.

Itulah Batin Alam Supah, Ketua masyarakat kaum asli didesa Ulu Tamu, sebuah penempatan kaum asli, kira-kira sepuluh kilometer dari Batangkali.

Ustaz Ghazali Soleh, guru agama yang dimaksudkan mem-beri tahu; walaupun tok batin itu bukan beragama Islam, tetapi amat mengambil berat ten tang pembinaan surau. Beliau sering bertanya: “Bila surau nak dibina?”

Dan apabila diberitahu tentatif tempoh bermula, dia akan tanya lagi: “Berapa lama surau boleh siap?”

Untuk tujuan mempercepat kan, pihak ibu pejabat Bank Islam telah menghantar dua orang pegawai-nya, Ustaz Mohd. Faiz Ibrahim dari Jabatan Syariah dan Puan Normala Ali dari Perhubungan

Korporat bertujuan meninjau kawasan yang dicadangkan bagi membantu me-realisasikan kewujudan surau di situ.

Ustaz Ghazali memberitahu, dengan terbinanya sebuah surau yang sempurna dan selesa diharapkan akan lebih ramai warga desa akan turut serta dalam pro-gram fardu ain dan lain-lain majlis agama.

Beliau yang pernah bertugas di Bosnia Herzegovina selama tujuh bulan merupakan tenaga pengajar di situ

sejak tiga tahun yang lalu. walaupun beliau tinggal di Kuala Kubu namun ‘jarak’ tidak menjadi masalah; “Sebab, saya biasa dengan kerja-kerja amal,” katanya.

Desa Ulu Tamu menurutnya ber-potensi sebagai pusat dakwah bagi kaum asli memandangkan lokasinya yang hampir dengan pekan. “Di sini walaupun bilangan rumah boleh dikira, tetapi rumah-rumah baru

KE ARAH MEREALISASIKAN SURAU DESA TEMURombongan AJK Jam’iyah dan para pegawai dari ibu pejabat Bank Islam, Kuala

Lumpur berada di tapak yang bakal didirikan surau di Perkampungan Orang Asli Ulu Tamu. Dari kiri: Haji Fathil Ghazli (Penolong Bendahari Jam’iyah), Puan Normala Ali (Pegawai Perhubungan Korporat Bank Islam), Haji Shaari Ahmad Junid (Bendahari Jam’iyah), Ustaz Milatusamsi Haji Hassan (Setiausaha Agung Jam’iyah), Cikgu Adnan, Ustaz Mohd. Faiz Ibrahim (Pegawai Jabatan Syariah Bank Islam) dan Ustaz Ghazali Soleh (guru agama Desa Tamu).

BANK ISLAM BANTU BINA SURAU

jamiyah 55.indd 14 5/27/2015 10:07:45 AM

Page 7: PERISTIWA-PERISTIWA YANG SEDANG KITA NANTIKAN fileSUARA JAM’IYAH 9 No.55 • 2015/1436H PERISTIWA-PERISTIWA YANG SEDANG KITA NANTIKAN Perang Akhir Zaman (Armageddon) Secara teksual

SUARA JAM’IYAH 15 No.55 • 2015/1436H

Dewan Orang Ramai yang dijadikan surau. Bangunan yang dijadikan gereja.

Ustazah Khilwati Ahmad. “Oleh kerana mereka tidak boleh mengikuti kaedah Iqra’, pengajian dilakukan secara hafazan dan mereka cepat menangkap.”

terus terbina dalam jangka masa yang singkat…”

Mereka mudah mesra dan ber-sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang datang membuat program, terang Ustaz Ghazali lagi. Selain gereja, di situ juga terdapat dewan orang ramai yang dijadikan sebagai kelas pengajian agama dan surau.

Selain Jam’iyah, setiap minggu akan ada NGO lain yang datang mem buat program serta menyantuni anak-anak sambil beriadah bersama. “Kadang-kadang mereka bermalam di situ dan membantu membina atau membaiki rumah-rumah kediaman yang rosak,” terang ustaz.

Sementara itu Ustazah Khilwati Ahmad yang juga merupakan guru agama di situ memberitahu bahawa kelas agama tidak menggunakan buku atau kitab kerana mereka tidak tahu membaca.

“Kami telah cuba menggunakan kaedah Iqrak tetapi tidak boleh jalan.” Justeru itu pengajian dilakukan secara hafazan dan mereka cepat menangkap melalui kaedah tradisi itu, terang beliau.

Kelas diadakan sebelah siang dengan kekerapan tiga kali seminggu, sementara jumlah kehadiran antara 15 hingga 20 orang. “Murid-murid berusia antara 7 hingga 50 tahun.” Namun yang menariknya jelas ustazah yang berusia 45 tahun itu; bahawa

kelas-kelas tauhid juga dihadiri oleh mereka yang belum memeluk Islam.

Menurutnya lagi, kalangan masya-rakat Ulu Tamu terdapat pasangan yang berbeza agama. “Ada yang isteri beragama Islam dan suami beragama Kristian; dan ada juga pasangan yang masih tidak beragama.”

Setiap kali apabila ada organisasi luar datang membuat program, me-reka akan keluar beramai-ramai tanpa mengira agama. Tetapi mereka akan makan bersama (terutama kaum ibu)

jika dipelawa, terang Ustazah Khilwati. “Jika setakat ajak-ajak ayam, mereka akan pergi begitu saja.”

“Kami beruntung kerana tok batin sangat prihatin. Mudah didekati dan sentiasa bersedia dan turut serta dalam setiap program yang di datang-kan dari luar,” terang Khilwati. Kata-kata ustazah itu ternyata benar apabila Batin Alam Supah turut me nyarung jersey menyertai perlawanan bola sepak persahabatan yang dianjur kan oleh Jam’iyah awal Mac lalu. – SS

jamiyah 55.indd 15 5/27/2015 10:07:49 AM