Pergerakan Kreatif

20
PENGENALAN Pergerakan kreatif bermaksud pergerakan yang dilakukan secara simbolik. Pergerakan Kreatif dihasilkan daripada idea, perasaan serta tanggapan deria untuk menterjemahkan sesuatu situasi atau rangsangan yang diberi. Sebagai contoh, pokok pisang yang ditiup angin boleh ditunjukkan secara simbolik dengan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil digoyang ke kiri dan ke kanan secara lemah lembut. Pengalaman dalam melakukan pergerakan kreatif akan memberi peluang memperkembangkan kesedaran dan kefahaman tentang konsep pergerakan. PERGERAKAN KREATIF Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi. Dengan kata lain pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan. Pergerakan kreatif boleh dilakukan sama ada secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan. Sekiranya pergerakan itu dihayati dengan mood dan perasaan yang berkaitan, pergerakan tersebut menjadi lebih bermakna. Penyelesaian masalah dalam pergerakan kreatif bukan berunsurkan pertandingan. Setiap pergerakan yang ditonjolkan adalah mengikut interpretasi dan penilaian kendiri. 10.1 T T o o p p i i k k 1 1 0 0 Pergerakan Kreatif HASIL PEMBELAJARAN Setelah anda mengikuti topik ini, anda akan dapat: 1. menyatakan dan mencirikan pergerakan kreatif; 2. mengkategori jenis tema dalam pergerakan kreatif; dan 3. menyatakan nilai, tujuan dalam pergerakan kreatif;
  • Upload

    -
  • Category

    Documents

  • view

    1.455
  • download

    1

Transcript of Pergerakan Kreatif

Page 1: Pergerakan Kreatif

PENGENALAN

Pergerakan kreatif bermaksud pergerakan yang dilakukan secara simbolik. Pergerakan Kreatif dihasilkan daripada idea, perasaan serta tanggapan deria untuk menterjemahkan sesuatu situasi atau rangsangan yang diberi. Sebagai contoh, pokok pisang yang ditiup angin boleh ditunjukkan secara simbolik dengan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil digoyang ke kiri dan ke kanan secara lemah lembut. Pengalaman dalam melakukan pergerakan kreatif akan memberi peluang memperkembangkan kesedaran dan kefahaman tentang konsep pergerakan.

PERGERAKAN KREATIF

Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi. Dengan kata lain pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan. Pergerakan kreatif boleh dilakukan sama ada secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan. Sekiranya pergerakan itu dihayati dengan mood dan perasaan yang berkaitan, pergerakan tersebut menjadi lebih bermakna. Penyelesaian masalah dalam pergerakan kreatif bukan berunsurkan pertandingan. Setiap pergerakan yang ditonjolkan adalah mengikut interpretasi dan penilaian kendiri.

10.1

TTooppiikk 1100 PergerakanKreatif

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah anda mengikuti topik ini, anda akan dapat:

1. menyatakan dan mencirikan pergerakan kreatif;

2. mengkategori jenis tema dalam pergerakan kreatif; dan

3. menyatakan nilai, tujuan dalam pergerakan kreatif;

Page 2: Pergerakan Kreatif

TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF 232

Terdapat empat unsur utama dalam pergerakan kreatif Kesemua unsur yang dinyatakan ini akan dapat membantu pelakunya untuk berkomunikasi. Empat unsur tersebut itu ialah:

Tubuh badan

Ruang

Masa dan

Daya

TUJUAN

Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk meningkatkan potensi sedia ada pada pelajar berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan. Pergerakan kreatif memberi fokus kepada penggunaan pancaindera. untuk mencipta sesuatu pergerakan secara berterusan. Melalui pergerakan kreatif pelajar akan berasa seronok dan riang ketika belajar. Dengan kata lain tujuan utama pergerakan kreatif adalah untuk berkomunikasi melalui pergerakan. Pergerakan kreatif ialah bentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau perasaan.

Gambarajah 10.1: Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk meningkatkan potensi sedia ada pada pelajar berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan

10.2

Page 3: Pergerakan Kreatif

TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF 233

NILAI YANG BOLEH DITANAMKAN DALAM PERGERAKAN KREATIF

Dalam pergerakan kreatif, banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan agar boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai yang perlu diperhati dan ditegaskan, ialah:

Keyakinan diri dalam melakukan pergerakan.

Keseronokan dan kepuasan.

Kesyukuran

Kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi.

Menghormati orang lain.

Menyedari keperluan orang lain

Semangat cintakan keindahan alam sekitar

Bekerjasama.

baik hati

berhemah tinggi

kasih saying

kebebasan

kejujuran

rasional

berkerjasama

berdikari

keadilan

keberanian

kebersihan fizikal dan mental

kerajinan

kesedehanaan

semangat bermasyarakat.

10.3

Page 4: Pergerakan Kreatif

TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF 234

FAEDAH PERGERAKAN KREATIF

Antara faedah yang kita peroleh daripada pergerakan kreatif ialah:

Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti.

Pergerakan kreatif memperdalamkan pemahaman tentang manusia.

Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi.

Pergerakan kreatif membentuk sifat-sifat Jay a diri dan inisiatif.

Pergerakan kreatif membantu membina corak tingkah laku yang utuh.

Pergerakan kreatif menolong membentuk kebolehan mengkomunikasikan idea-idea dengan menggunakan tubuh badan sebagai wadah ekspresi.

Pergerakan kreatif menolong membina keyakinan diri, kepastian dan kepuasan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berhubung dengan prinsip-prinsip asas mengenai corak pergerakan.

Pergerakan kreatif menolong memberi makna kepada pelbagai aspek pergerakan melalui pengalaman dalam mengaplikasikan prinsipnya.

Pergerakan kreatif membina kesedaran serta apresiasi terhadap bentuk yang indah dan seni dalam geraktari.

Pergerakan kreatif menggalakkan perkembangan kebolehan untuk bekerja dengan memuaskan dan mahir di dalam sesuatu kelompok, berkongsi dan bekerja sama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan.

untuk membina alatan-alatan yang boleh diguna dan membantu dalam mencipta pergerakan geraktari yang signifikan dan asli serta menarik dengan nilai-nilai estetika.

perkembangan pelbagai bentuk pergerakan.

peningkatan kemahiran pergerakan.

penyelesaian masalah pergerakan dengan cara tersendiri.

perkembangan kemahiran pembelajaran kognitif dan afektif.

perkembangan kesedaran badan dan konsep kendiri yang positif.

pembentukan hubungan baru dengan diri sendiri dan orang lain.

peningkatan tahap kecergasan, koordinasi, ketangkasan, daya tahan dan kekuatan.

10.4

Page 5: Pergerakan Kreatif

TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF 235

Gambarajah 10.2 : Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi.

TEMA DALAM PERGERAKAN KREATIF

1. KKesedaran Tubuh Badan

Dalam tema kesedaran tubuh badan tumpuan gerakan di beri kepada pergerakan bahagian-bahagian badan serta keseluruhan tubuh badan untuk mencetus dan melahirkan idea atau perasaan.

(a) Keseluruhan Tubuh Badan Dalam pergerakan ini gerakan dilakukan menggunakan keseluruhan tubuh badan dan gerakan akan berhenti daripada bergerak secara bebas atau terkawal. Pergerakan ini mengawal aliran pergerakan lokomotor atau bukan lokomotor tubuh badan. Misalnya, pergerakan berjalan dan buka-tutup boleh dilakukan secara bebas atau terkawal. Pergerakan boleh berubah-ubah iaitu bergerak atau berhenti mengikut rangsangan yang diberi, misalnya muzik.

10.5

Page 6: Pergerakan Kreatif

TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF 236

Rajah 10.1: Pergerakan berjalan dan buka tutup melibatkan lokomotor dan bukan loko motor

(b) Bahagian Tubuh Badan Pergerakan ini dapat dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul. Pergerakan ini adalah persediaan tubuh badan untuk menyokong, memindah dan menerima berat badan. Bahagian tubuh badan yang digunakan perlu dikenal pasti sebelum melakukan sebarang pergerakan mengikut rangsangan yang diberi. Misalnya, bagi pergerakan merangkak seperti kucing berjalan, bahagian tubuh badan yang dikenal pasti ialah tangan, tapak tangan dan lutut. Tapak tangan dan lutut menjadi sokongan kepada berat badan.

Rajah 10.2: Pergerakan ini dapat dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul.

2. KKesedaran Rintangan kepada Beban dan Masa

Tema ini akab member! tumpuan kepada bagaimana cara tubuh badan bergerak dan membantu individu mengawal pergerakan mereka untuk melahirkan perasaan melalui pergerakan.

(a) BebanSesuatu pergerakan akan dikawal apabila pergerakan itu mendapat rintangan, misalnya beban. Kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan

Page 7: Pergerakan Kreatif

TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF 237

yang dilakukan. Misalnya, seseorang yang sedang mencangkung akan sukar untuk berdiri jika pergerakannya adalah berat-kuat iaitu seolah-olah dia memikul bende berat. Namun adalah mudah untuk berdiri jika pergerakan adalah halus dan ringan contohnya menyelam.

Rajah 10.3: Kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan

(b) MasaKesedaran rintanganterhadap masa memberi tumpuan kepada cara tubuh badan bergerak dan pengawalan gerakan sama ada secara serta merta atau kawal lambat. Contohnya pergerakan secara serta merta ialah sewaktu sebagai seorang peninju menggerakkan tangan dengan pantas untuk menumbuk. Sementara pergerakan kawal lambat ialah membayangkan cara burung terbang tinggi.

Page 8: Pergerakan Kreatif

TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF 238

Rajah 10.4: Kesedaran rintanganterhadap masa memberi tumpuan kepada cara tubuh badan bergerak dan pengawalan gerakan sama ada secara serta merta atau kawal lambat.

3. KKesedaran Ruang

Tema ini memberi tumpuan kepada ruang dalam menimbulkan perasaan. Kesedaran ruang ini akan melibatkan penggunaan kawasan dan arah udalam mentontonkan sesuatu pergerakan.

(a) Kawasan Kawasan yang digunakan dalam pergerakan ini memberi tumpuan kepada ruang diri dan ruang am. Sebagai contoh, perasaan gembira dilahirkan apabila tubuh badan digunakan untuk meneroka ruang dengan cara melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat. Selain daripada melibatkan penggunaan kawasan pergerakan ini juga melibatkan penggunaan arah.

(b) Arah Arah pergerakan iailah gerakan yang dilakukan sama ada ke hadapan, ke belakang, ke sisi, ke atas dan ke bawah. Contohnya dalam melakukan aktiviti pergerakan melompat-lompat dari satu tempat ke satu tempat akan melibatkan juga arah pergerakan tersebut. Pergerakan yang melibatkan penggunaan kawasan dan arah dengan teratur boleh dilakukan dengan menggunakan peta

Page 9: Pergerakan Kreatif

TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF 239

Rajah 10.5: Arah pergerakan iailah gerakan yang dilakukan sama ada ke hadapan, ke belakang, ke sisi, ke atas dan ke bawah.

4. AAliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa

Tema ini berdasarkan kepada kelancaran urutan pergerakan tubuh badan dengan menggunakan ruang dan masa

(a) Aliran Aliran mengutamakan kelancaran pergerakan menggunakan ruang dan masa dalam melakukan gerakan.

Terdapat dua jenis aliran dalam tema ini iaitu

Aliran bebas Pergerakan melompat adalah aliran bebas kerana keseluruhan tubuh badan berada di udara dan sukar diberhentikan.

Aliran terikat Pergerakan berjalan adalah satu pergerakan aliran terikat kerana pergerakan ini mudah berhenti dan badan berada dalam keadaan seimbang

Page 10: Pergerakan Kreatif

TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF 240

Gambar 10.4: Pergerakan berjalan adalah satu pergerakan aliran terikat kerana pergerakan ini mudah berhenti dan badan berada dalam keadaan seimbang

(b) RuangSalah satu kemahiran dalam pergerakan kreatif ialah memberi tumpuan kepada kesedaran tentang cara menggunakan ruang untuk melakukan pelbagai pergerakan. Daya cipta kreatif dapat dihasilkan dan di oertontonkan apabila individu itu dapat menunjukkan cara menggunakan ruang terus dan ruang tidak terus. Ruang terus ialah ruang yang di gunakan secara langsung dengan berada dalam lingkungan kawasan yang tidak luas aktiviti yang dilakukan pada aras yang rendah. contoh berjalan menggunakan pergerakan lurus, melengkung dan zig-zag. Ruang tidak terus ialah kawasan atau ruang yang di gunakan secara tidak langsung di gunakan dalam gerakan pelbagai aras. Kawasan aktiviti dalam lingkungan yang lebih luas berbanding ruang terus.

5. PPenyesuaian terhadap Rakan

Penyesuaian terhadap Rakan adalah kemahiran yang berkaitan dengan hubungan atau berkomunikasi dalam pasangan atau kumpulan melalui pergerakan. Contoh aktiviti dalam kemahiran ini ialah:

Page 11: Pergerakan Kreatif

TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF 241

Gambar 10.6: Penyesuaian terhadap Rakan adalah kemahiran yang berkaitan dengan hubungan atau berkomunikasi dalam pasangan atau kumpulan melalui pergerakan.

Aktiviti 1

Kerja Berpasangan

Kerja berpasangan membolehkan hubungan dengan rakan dapat dilakukan bersama-sama berdasarkan peralihan tempat meniru sama ada selari atau pergerakan meniru bertentangan. Daya kreatif dapat dipupuk dan di pertontonkan secara unik

Arahan tugasan

Anda dan rakan anda telah ditugaskan untuk membersihkan kelas Lakukan tiga tugasan aksi pergerakan meniru selari dan tiga pergerakan meniru bertentangan. Gunakan tamborin atau tepukan tangan semasa melaksanakan tugasan sebagai ritma.

Meniru selari Meniru bertentangan

Rajah 10.6: Contoh pergerakan meniru

Page 12: Pergerakan Kreatif

TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF 242

Contoh Aktiviti

Kerja Berkumpulan

Dalam kerja berkumpulan penyesuaian terhadap rakan secara berkumpulan perlu dilakukan oleh pelaku. Hubungan yang berlaku dengan rakan boleh dilaksanakan seperti yang berikut:

Ketua dengan pengikut.

Kumpulan bekerjasama

Ahli kumpulan bertentangan dengan rakan-rakan.

Pertukaran tempat, pergerakan meniru atau bertentangan dengan rakan ialah cara-cara penyesuaian terhadap rakan yang boleh diteroka. Ahli-ahli kumpulan menyedari kedudukan rakan dari kedudukan dirinya dan juga kedudukan bahagian tubuh badan dengan bahagian yang lain.

6. PPenggunaan Tubuh Badan sebagai Alat

Tema ini memberi peluang kepada murid untuk menjelajah ruang dengan menggunakan tubuh badan sebagai alat persembahan secara spontan dan bebas.

(a) Lompatan Asas Terdapat lima lompatan asas tetapi pilihan corak kedudukan kaki untuk membuat lompatan tidak ditetapkan. Pengalaman lompatan ini berguna untuk membolehkan murid menyedari bahawa cara lompatan berbeza akan memberi kesan yang berbeza.

(b) Bentuk Tubuh Badan Penekanan ke arah kesedaran pergerakan yang mempunyai bentuk dan kesedaran bentuk badan semasa dalam keadaan seimbang. Tumpuan diberikan kepada keadaan seimbang sebagai satu pergerakan dan perkaitan antara bahagian tubuh badan yang melibatkan regangan otot. Empat bentuk badan asas ialah lebar (seperti tembok), lurus (seperti panah), bulat (seperti bola) dan pulas (seperti skru)

Page 13: Pergerakan Kreatif

TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF 243

Gambar 10.7: Penekanan ke arah kesedaran pergerakan yang mempunyai bentuk dan kesedaran bentuk badan semasa dalam keadaan seimbang

(c) Gaya Isyarat Lakuan gerak isyarat ialah pergerakan pada bahagian tubuh badan yang tidak menyokong beban badan. Contohnya kedua tangan melambaikan sedangkan berat badan di sokong oleh kedua belah kaki.

Page 14: Pergerakan Kreatif

TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF 244

Lakuan gerak isyarat ialah pergerakan pada bahagian tubuh badan yang tidak menyokong beban badan.

7. RRitma Berkaitan dengan Pekerjaan

Salah satu ritma yang agak terkenal dalam pergerakan kreatif ialah rithma yang berkaitan dengan perkerjaan. Setiap pelbagai bidang pekerjaan sama ada dalam industri pertanian, perkhidmatan atau perindustrian mempunyai ritma tertentu. Ritma ini boleh digunakan sebagai rangsangan pergerakan. Antara ciri untuk mengenal pasti lakuan pergerakan yang berkaitan dengan sesuatu bidang pekerjaan adalah seperti berikut:

Bentuk tangan yang memegang sesuatu alat.

Ritma yang terdapat semasa melakukan pekerjaan itu diulangkan.

Peralihan antara dua pergerakan.

Cara tubuh badan digunakan untuk melakukan pergerakan.

Kesedaran Bentuk-bentuk Pergerakan

Dalam kemahiran ini bentuk-bentuk pergerakan dibina daripada pergerakan tubuh badan dalam sesuatu ruang. Terdapat pelbagai bentuk-bentuk pergerakan seperti garisan lurus, lengkung dan bulatan. Bentuk-bentuk ini boleh dihasilkan atau di lihat sama ada di lantai atau di awangan. Bentuk pergerakan di lantai boleh dilakukan dengan pergerakan kaki secara melompat atau merangkak. Pergerakan tangan seperti melambai-lambai atau ayunan tangan ketika berkawad menghasilkan bentuk di awangan. Bentuk pergerakan ini boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.Alat gendang dan alat muzik lain seperti tamborin boleh di gunakan untuk menimbulkan suasana pergerakan.

Page 15: Pergerakan Kreatif

TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF 245

Gambar 10.7: Bentuk-bentuk ini boleh dihasilkan atau di lihat sama ada di lantai atau di awangan

Orientasi Ruang

Ruang boleh dibahagikan kepada ruang diri, ruangan umum dan persekitaran. Dalam membincangkan tema orientasi ruang. Perbincang lebih mengutamakan arah bahagian tubuh badan yang boleh digerakkan dan perkaitannya dengan beberapa arah yang lain. Orientasi ruang ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu dimensi ruang, orientasi berpasangan dan berkumpulan serta susunan dan urutan.

PENAIKAN DARI LANTAI

Dalam melakukan penaikan dari lantai perlaku perlu mengerakan tubuh badan dari lantai beransur-ansur hingga keseluruhannya lepas ke udara. Kemahiran ini melambangkan perasaan kebebasan. l Kemahiran penaikan dari lantai dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu:

Penaikan dari lantai

Lepas dari lantai ke ruang udara

Membina pelbagai bentuk di ruang

Melakukan pelbagai lakuan daya asas di ruang

Kesedaran Kumpulan

Kesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan kerjasama sekumpulan sebagai satu unit yang menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama. Ahli kumpulan mempunyai peranan mereka tersendiri sama ada sebagai ketua atau pengikut kumpulan tersebut untuk membentuk pergerakan.

Page 16: Pergerakan Kreatif

TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF 246

Ahli dalam kumpulan mempunyai peranannya sendiri sama ada sebagai pemimpin atau pengikut. Peranan boleh dimainkan apabila seseorang dilantik sebagai ketua. Ahli kumpulan akan meniru pergerakan ketua. Setiap ahli kumpulan akan bergerak berpandukan pergerakan ketua. Pergerakan itu boleh disesuaikan mengikut peranan masing-masing.

Gambar 10.9: Kesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan kerjasama sekumpulan sebagai satu unit yang menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama

Page 17: Pergerakan Kreatif

TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF 247

Pergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi

pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan .

Pergerakan kreatif boleh dilakukan sama ada secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan.

Sekiranya pergerakan itu dihayati dengan mood dan perasaan yang berkaitan, pergerakan tersebut menjadi lebih bermakna.

Tujuan pergerakan kreatif adalah untuk meningkatkan potensi sedia ada pada pelajar berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan.

Pergerakan kreatif ialah bentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau perasaan.

Dalam pergerakan kreatif, banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan agar boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian.

Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti;

Pergerakan kreatif memperdalamkan pemahaman tentang manusia;

Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi;

Pergerakan kreatif membentuk sifat-sifat Jay a diri dan inisiatif;

Pergerakan kreatif membantu membina corak tingkah laku yang utuh;

Pergerakan kreatif menolong membentuk kebolehan mengkomunikasikan idea-idea dengan menggunakan tubuh badan sebagai wadah ekspresi;

SEMAK KENDIRI 10.1

Berikan tafsiran pergerakan kraetif

Nyakan kepentingan pergerakan kreatif untuk golongan pelajar

Huraikan nilai-nilai yang boleh di terapka dalam pendidikan

Huraikan secara terperinci tema-tema dalam pergerakan kreatif

Page 18: Pergerakan Kreatif

TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF 248

Pergerakan kreatif menolong membina keyakinan diri, kepastian dan kepuasan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berhubung dengan prinsip-prinsip asas mengenai corak pergerakan;

Pergerakan kreatif menolong memberi makna kepada pelbagai aspek pergerakan melalui pengalaman dalam mengaplikasikan prinsipnya;

Pergerakan kreatif membina kesedaran serta apresiasi terhadap bentuk yang indah dan seni dalam geraktari;

Pergerakan kreatif menggalakkan perkembangan kebolehan untuk bekerja dengan memuaskan dan mahir di dalam sesuatu kelompok, berkongsi dan bekerja sama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan; dan

untuk membina alatan-alatan yang boleh diguna dan membantu dalam mencipta pergerakan geraktari yang signifikan dan asli serta menarik dengan nilai-nilai estetika

perkembangan pelbagai bentuk pergerakan.

peningkatan kemahiran pergerakan.

penyelesaian masalah pergerakan dengan cara tersendiri.

perkembangan kemahiran pembelajaran kognitif dan afektif.

perkembangan kesedaran badan dan konsep kendiri yang positif.

pembentukan hubungan baru dengan diri sendiri dan orang lain.

peningkatan tahap kecergasan, koordinasi, ketangkasan, daya tahan dan kekuatan.

Dalam tema kesedaran tubuh badan tumpuan gerakan di beri kepada pergerakan bahagian-bahagian badan serta keseluruhan tubuh badan untuk mencetus dan melahirkan idea atau perasaan.

Pergerakan ini dapat dilakukan menggunakan bahagian tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, kaki dan pinggul.

Pergerakan ini adalah persediaan tubuh badan untuk menyokong, memindah dan menerima berat badan.

Sesuatu pergerakan akan dikawal apabila pergerakan itu mendapat rintangan, misalnya beban.

Kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan.

Page 19: Pergerakan Kreatif

TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF 249

Kesedaran kumpulan lebih memberi tumpuan kerjasama sekumpulan sebagai satu unit yang menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama.

Ahli dalam kumpulan mempunyai peranannya sendiri sama ada sebagai pemimpin atau pengikut.

Dalam melakukan penaikan dari lantai perlaku perlu mengerakan tubuh badan dari lantai beransur-ansur hingga keseluruhannya lepas ke udara

Salah satu ritma yang agak terkenal dalam pergerakan kreatif ialah rithma yang berkaitan dengan perkerjaan.

Tubuh badan,

Ruang,

Masa dan

Daya.

Halus ringan

Berat kuat

Buschner, C.A. (1994). Teaching Children Movement Concepts and Skills.Champaign, IL: Human Kinetics.

Gallahue, D.L. (1996). Developmental Physical Education For TodayÊs Children(3rd ed.). Dubuque, IL: Brown & Benchmark.

Graham, G. (1992). Teaching Physical Education : Becoming A Master Teacher.Champaign, IL : Human Kinetic.

Hopple, C.J. (1995). Teaching For Outcomes In Elementary Physical Education: A Guide For Curriculum And Assessment. Champaign, IL: Human Kinetics.

Jasma, P. & French, R. (1994). Special Physical Education: Physical Activity, Sports and Recreation. N. Jersey: Prentice Hall.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani.K. Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Page 20: Pergerakan Kreatif

TOPIK 10 PERGERAKAN KREATIF 250

_____________________________ (1997). Buku Panduan Pendidikan Pergerakan : Gimnastik Artistik. K.Lumpur: DBP.

_____________________________ (2001). Kurikulum Kebangsaan PrasekolahK.Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mosston,M.(1981). Teaching Physical Education.London Sydney: Charles E. Merill Pub, Co, A. Bell, Howell.

Pangrazi, R.P. & Dauer, V.P. (1992). Dynamic Physical Education For Elementary School Children (10th ed.). N.Y. Macmillan.

Randall L.E. (1992). The Student TeacherÊs Handbook For Physical Education.Champaign IL: Human Kinetics.

Salmah Ayub. (1992). Pergerakan Kreatif dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Flo Enterprise.

Yusof Ismail. (1994). Gimnastik. Shah Alam: Fajar Bakti.