Perbezaan Revolusi Amerika dan Perancis

23
1.0 PENGENALAN Esei ini akan membincangkan berkaitan Revolusi Amerika (1775 - 1783) dan Revolusi Perancis (1787 - 1799) dalam konteks melihat perbandingan diantara dua revolusi ini. Esei ini juga akan melihat beberapa perkembangan yang berlaku diantara kedua Revolusi. Ideologi adalah sebagai idea utama yang digunakan untuk menyatupadukan rakyat disamping membantu mereka mengatur perjuangan untuk mencapai revolusi. Ini dapat dilihat secara jelas melalui pengaruh peristiwa-peristiwa perubahan sosial di Eropah dan di Amerika Utara sehingga mengakibatkan penjelmaan ideologi- ideologi yang berpengaruh. 1.1 PENGENALAN REVOLUSI AMERIKA Pada lazimnya peperangan dengan pihak luar dilihat boleh mencetuskan kontroversi dan perpecahan di dalam sesebuah negara. Bagi negara Amerika Syarikat (AS), peperangan telah memberikan satu impak positif kepada negara tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung. Di AS, peperangan telah menukar sesebuah bangsa menjadi sebuah negara. 1 Melalui Revolusi Amerika, ia sebenarnya telah menghasilkan bangsa Amerika. Revolusi Amerika Syarikat menyebabkan terbentuknya negara Amerika Syarikat. Ini kerana sebelum tahun 1820-an, AS pernah menghadapi ancaman keselamatan daripada tiga kuasa besar Eropah iaitu British dari kawasan utara dan timur, Perancis di kawasan barat dan Sepanyol di kawasan selatan namun ancaman tersebut telah berjaya diselesaikan secara ketenteraan dan perjanjian yang ditandatangani seperti Perjanjian Rush-Bagot dan Doktrin Montroe. Tetapi, AS masih lagi menghadapi ancaman yang utama iaitu Orde Lama Eropah kerana rakyat Amerika pada ketika itu berasakan tidak wujudnya kebebasan, hak sama rata, demokrasi dan kedaulatan undang-undang kerana kebanyakan negara Eropah dikuasai oleh pemerintahan beraja, bangsawan dan saki baki sistem feudal. 2 Revolusi Amerika sebenarnya satu manifestasi semangat rakyat 1 Henrich Von Treitschke 2 Samuel P.Huntington. Bab 6 Kebangkitan, Kemenangan & Kehakisan, Cabaran Kepada Identiti Nasional Amerika

description

Esei ini akan membincangkan berkaitan Revolusi Amerika (1775 - 1783) dan Revolusi Perancis (1787 - 1799) dalam konteks melihat perbandingan diantara dua revolusi ini. Esei ini juga akan melihat beberapa perkembangan yang berlaku diantara kedua Revolusi. Ideologi adalah sebagai idea utama yang digunakan untuk menyatupadukan rakyat disamping membantu mereka mengatur perjuangan untuk mencapai revolusi. Ini dapat dilihat secara jelas melalui pengaruh peristiwa-peristiwa perubahan sosial di Eropah dan di Amerika Utara sehingga mengakibatkan penjelmaan ideologi-ideologi yang berpengaruh.

Transcript of Perbezaan Revolusi Amerika dan Perancis

Page 1: Perbezaan Revolusi Amerika dan Perancis

1.0 PENGENALAN

Esei ini akan membincangkan berkaitan Revolusi Amerika (1775 - 1783) dan

Revolusi Perancis (1787 - 1799) dalam konteks melihat perbandingan diantara dua

revolusi ini. Esei ini juga akan melihat beberapa perkembangan yang berlaku diantara

kedua Revolusi. Ideologi adalah sebagai idea utama yang digunakan untuk

menyatupadukan rakyat disamping membantu mereka mengatur perjuangan untuk

mencapai revolusi. Ini dapat dilihat secara jelas melalui pengaruh peristiwa-peristiwa

perubahan sosial di Eropah dan di Amerika Utara sehingga mengakibatkan

penjelmaan ideologi-ideologi yang berpengaruh.

1.1 PENGENALAN REVOLUSI AMERIKA

Pada lazimnya peperangan dengan pihak luar dilihat boleh mencetuskan kontroversi

dan perpecahan di dalam sesebuah negara. Bagi negara Amerika Syarikat (AS),

peperangan telah memberikan satu impak positif kepada negara tersebut sama ada

secara langsung atau tidak langsung. Di AS, peperangan telah menukar sesebuah

bangsa menjadi sebuah negara.1 Melalui Revolusi Amerika, ia sebenarnya telah

menghasilkan bangsa Amerika.

Revolusi Amerika Syarikat menyebabkan terbentuknya negara Amerika

Syarikat. Ini kerana sebelum tahun 1820-an, AS pernah menghadapi ancaman

keselamatan daripada tiga kuasa besar Eropah iaitu British dari kawasan utara dan

timur, Perancis di kawasan barat dan Sepanyol di kawasan selatan namun ancaman

tersebut telah berjaya diselesaikan secara ketenteraan dan perjanjian yang

ditandatangani seperti Perjanjian Rush-Bagot dan Doktrin Montroe. Tetapi, AS masih

lagi menghadapi ancaman yang utama iaitu Orde Lama Eropah kerana rakyat Amerika

pada ketika itu berasakan tidak wujudnya kebebasan, hak sama rata, demokrasi dan

kedaulatan undang-undang kerana kebanyakan negara Eropah dikuasai oleh

pemerintahan beraja, bangsawan dan saki baki sistem feudal.2 Revolusi Amerika

sebenarnya satu manifestasi semangat rakyat Amerika dalam menyokong usaha untuk

menggalakkan perubahan demokratik di Eropah dan menganggap pemerintahan yang

1 Henrich Von Treitschke2 Samuel P.Huntington. Bab 6 Kebangkitan, Kemenangan & Kehakisan, ‘Cabaran Kepada Identiti Nasional Amerika’

Page 2: Perbezaan Revolusi Amerika dan Perancis

zalim, sistem pemerintahan beraja, bangsawan dan penindasan terhadap kebebasan

dan hak individu adalah sebagai musuh rakyat Amerika.

Apabila Benua Amerika ditemui, ia menarik begitu banyak bangsa di Eropah

untuk membangunkan koloninya. Bangsa-bangsa yang pernah membangunkan koloni

di benua tersebut, seperti Sepanyol, Perancis, dan Inggeris. Penjajahan Inggeris di

Amerika bermula bahagian utara bermula kedatangan John Cabot (1497) beserta

sejumlah penjelajah Inggeris lainnya. Di benua baru tersebut, John Cabot telah

memperolehi hak mengelola beberapa bidang tanah yang kemudian berkembang dan

meluas menjadi koloni. Pada tahun 1763, daerah di Amerika yang menjadi wilayah

kekuasaan Inggris telah mencapai tiga belas koloni yang masing-masing memiliki

pemerintahan sendiri.

2.2 PUNCA DAN FAKTOR REVOLUSI AMERIKA

Menurut Alan Heimert, Sarjana Harvard menyatakan bahawa faktor politik,

ekonomi dan fahaman bergabung untuk mencetuskan Revolusi Amerika. Antara

faktor fahaman itu ialah liberalisme Locke, rasionalisme Gerakan Kesedaran dan

fahaman republican Whig. Paling penting ialah sumber agama revolusi Amerika,

terutamanya ketika Kesedaran Besar zaman 1730-an dan 1740-an yang dipimpin oleh

George Whitefield telah berjaya mengerakkan rakyat Amerika supaya mengabdikan

diri kepada agama, Melalui kesedaran tersebut, ia sebenarnya telah mencorakkan

semangat nasionalisme Amerika melalui dorongan mubaligh-mubaligh Kristian.

Bermula di gereja-gereja, semangat rakyat Amerika terbentuk melalui kesatuan

pejuang hak rakyat. Sehubungan itu ia telah menyatukan rakyat Amerika, bermula

dengan tiupan semangat nasionalisme berbanding dengan semangat kedaerahan

sebelum ini. Menurut John Adams 1818, revolusi sudah berada dalam fikiran dan hati

rakyat sebelum perang bermula lagi dengan perubahan yang berlaku dalam sentimen

agama kerana rakyat Amerika ketika itu sangat kuat berpegang pada agama dan

hampir semuanya menganuti agama Kristian. Peneroka abad ke 17 juga mendirikan

komuniti mereka di Amerika ketika itu atas sebab agama. Revolusi yang

diperjuangkan dilihat menerusi kacamata agama dan kitab Injil di mana kitab tersebut

memainkan peranan dalam pembentukan budaya di Amerika melalui penganut

Protestan yang bersatu disebalik prinsip Scriptura Sola (Kitab Injil semata-mata).

Page 3: Perbezaan Revolusi Amerika dan Perancis

Rakyat Amerika selalu melihat musuh dan sahabat mereka dari segi fahaman.

Pada tahun 1745 semasa pemerintahan Raja George II telah dicabar oleh Charles

Stuart (Young Pretender atau Penuntut Takhta Muda) dalam pemberontakan yang

berpunca daripada isu tradisi kekeluargaan, kelompok etnik dan keagamaan. Tiga

dekad kemudiannya, pemberontakan Amerika yang berbeza sama sekali telah

memasukkan faktor ideologi ke dalam politik moden. Menurut Ahli Sejarah Jerman,

Jurgen Heideking menyatakan bahawa pada tahun 1776 yang menjadi kriteria untuk

menentukan identity nasional adalah ideology dan bukannya kelompok etnik, bahasa

atau agama. Ini menjadi faktor kepada timbulnya perasaan benci rakyat Amerika yang

menganggap orang Inggeris sebagai musuh. Orang Inggeris telah dianggap sebagai

mengamalkan pemerintahan yang zalim, sistem pemerintahan beraja, bangsawan,

penindasan terhadap kebebasan dan hak individu. Raja George III didakwa cuba

mendirikan pemerintahan zalim yang berkuasa mutlak di Amerika.

Pentadbiran British di bawah George Grenville di London Bagi tujuan untuk

mendapatkan sumber perbelanjaan pasukan tentera British di koloni-koloni, Grenville

sekali lagi memperkenalkan satu akta yang dikenali sebagai Quartering Act of 1765

yang mensyaratkan kemudahan kediaman dan keperluan tertentu kepada tentera-

tentera British disediakan oleh koloni. Ini menyebabkan perasaan tidak puas hati pihak

koloni dengan pengenalan akta tersebut, terutamanya koloni New York yang terpaksa

menempatkan sejumlah besar tentera British berbanding koloni-koloni lain.

Grenville juga telah meluluskan Stamp Act of 1765 pada tahun yang sama

bertujuan untuk mengenakan cukai setem ke atas pergerakan (kiriman) semua surat-

surat atau dokumen-dokumen dan lesen pembelian arak, suratkhabar, sijil pelajaran

dan lain-lain lagi. Undang-undang mahkamah ketenteraan juga dikenakan ke atas

pesalahnya. Walau bagaimanapun, pihak koloni-koloni tidak bersetuju dengan akta

ini, malah memulaukan penjualan setem tersebut. Pihak koloni di Amerika telah

melancarkan protest mereka terhadap pengenalan akta setem tersebut. Pada bulan

Oktober 1765, semasa diadakan kongres (Stamp Act Congress) oleh 9 koloni di New

York telah meluluskan satu Declaration Of Rights And Grievances terhadap dasar

kerajaan kolonial. Dalam deklarasi tersebut, antara keputusan yang diluluskan ialah

menuntut pihak kerajaan kolonial menghapuskan pengadilan mahkamah ketenteraan

laut, akta gula dan akta cukai dengan alasan bahawa pihak kerajaan kolonial di

Page 4: Perbezaan Revolusi Amerika dan Perancis

London tidak mempunyai hak untuk mengenakan sebarang peraturan ke atas koloni-

koloni di Amerika memandangkan ketiadaan perwakilan di Parlimen.

Semasa kongres Akta Setem sedang berjalan di New York, rakyat di koloni-

koloni mula merancang beberapa tindakan penentangan terhadap dasar pemerintahan

kerajaan kolonial British. Kaum wanita mula memulau keperluan teh, pakaian dan

lain-lain yang diimport daripada Great Britain. Manakala kaum lelaki bersiap sedia

untuk melancarkan sebarang bentuk penentangan secara fizikal demi memperjuangkan

hak kebebasan masyarakat koloni Amerika. Beberapa peristiwa buruk berlaku ekoran

tunjuk perasaan rakyat koloni Amerika, misalnya penahanan gabenor di Boston dan

beliau dipaksa membaca sendiri surat perletakkan jawatannya di khalayak umum,

membakar rekod-rekod kes di Mahkamah Tentera Laut dan sebagainya. Pada bulan

Mac 1766 kerajaan Kolonial British telah menghapuskan Akta Setem. Sebaliknya

telah meluluskan Akta Deklaratori (Declaratory Act) yang memberi hak penuh kepada

pihak kerajaan kolonial British untuk membuat undang-undang ke atas koloni-koloni

di Amerika. Penghapusan Akta Setem telah disambut dengan meriah oleh masyarakat

koloni, malah mereka segera membina tugu raja George III (1760-1820) di New York.

Pada awal tahun 1773, Lord North telah memperkenalkan satu akta bagi

memberi kuasa monopoli perdagangan teh di koloni-koloni Amerika kepada Syarikat

India Timur Inggeris yang menghadapi masalah kewangan ketika itu. Ini telah

menyebabkan kebangkitan penduduk koloni Amerika untuk menentang peraturan baru

tersebut. Mereka bukan sahaja memaksa ejen-ejen syarikat meletak jawatan malah

sama ada merampas teh untuk disimpan ataupun merampas kapal-kapal dagang teh.

Pada 16 Disember 1773 di Boston, sekumpulan penduduk koloni Amerika yang

menyamar sebagai bangsa pribumi Indian keluar ke pelabuhan dan menenggelamkan

3 buah kapal dagang teh dan menyebabkan 15 ribu paun nilai bekalan teh telah

dibuang ke dalam laut. Peristiwa ini dikenali sebagai The Boston Tea Party.

Menjelang tahun 1774, setiap koloni di Amerika telah menubuhkan

Committees of Correspondence untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka

mengenai hak kebebasan rakyat Amerika terhadap ancaman kerajaan kolonial British

manakala Penjajah British telah meluluskan beberapa peraturan baru yang meletakkan

koloni-koloni Amerika di bawah pemerintahan tentera British. Peraturan-peraturan

baru ini adalah lebih keras hingga dikenali sebagai Intolerable Acts oleh koloni-koloni

Page 5: Perbezaan Revolusi Amerika dan Perancis

Amerika. Antara isu kontroversi yang berlaku ialah perlantikan ketua kommander

Jeneral Thomas Gage sebagai gabenor baru di Massachusetts.

Rakyat Amerika mula menubuhkan pasukan tentera di setiap bandar untuk

menghadapi ancaman tentera British. Pada 18 April 1775, sebelum menawan

Concord, tentera British terlebih dahulu telah menawan bandar Lexington. Semasa

hendak meninggalkan bandar Concord, pasukan tentera kolonial Amerika telah

menyerang balas dan mengakibatkan ramai tentera British terkorban, Pertempuran-

pertempuran besar yang berlaku sepanjang Revolusi Amerika ialah :-

2.2.1 19 April 1775 — The Battles of Lexington and Concorde

2.2.2 10 May 10 1775 — The Siege of Fort Ticonderoga, New York

2.2.3 6 Jun 1775 — The Battle of Bunker (Breed’s) Hill

2.2.4 26 Disember 1776 — The Battle of Trenton, New Jersey

2.2.5 3 Januari 1777 — The Battle of Princeton, New Jersey

2.2.6 11 September 1777 — The Battle of Brandywine, Pa.

2.2.7 4 Oktober 1777 — The Battle of Germantown, Pa.

2.2.8 7 Oktober 1777 — The Battle of Saratoga, New York

2.2.9 28 Jun 1778 — The Battle of Monmouth, New Jersey

2.2.10 29 Disember 1778 — The Capture of Savannah, Ga.

2.2.11 29 Mac 1780 — The Siege of Charleston, S.C.

2.2.12 8 Ogos 1780 — The Battle of Camden, S.C.

2.2.13 1 Januari 1781 — The Battle of Cowpens, S.C.

2.2.14 10 Oktober 10, 1781 — The Battle of Yorktown, Va.

Page 6: Perbezaan Revolusi Amerika dan Perancis

2.3 KESAN REVOLUSI AMERIKA

Pada bulan Mei 1775, mesyuarat kedua yang dijanjikan telah berlangsung di

Philadelphia. Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh 4 tokoh veteran dan terpenting,

iaitu George Washington (perang) dari Virginia, Benjamin Franklin (politik) dari

Philadelphia, John Adams (peguam terkenal) dari Massachusetts, dan Thomas

Jefferson (peguam) dari Virginia. Memandangkan belum wujudnya pasukan tentera

Amerika yang rasmi atau formal, maka kongres ini mengisytiharkan kaum petani dan

pedagang yang sedang mengepung bandar Boston sebagai pasukan tentera gabungan

kolonial-Amerika (Army of the United Colonies).

Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat adalah dokumen penting dalam

sejarah Amerika Syarikat. Ia ditulis pada tahun 1776 dan menjelaskan bahawa

Amerika Syarikat bukan lagi koloni Great Britain. Sebelum tahun 1776, Amerika

Syarikat tidak wujud sebagai sebuah negara. Pada masa itu hanya terdapat negeri-

negeri individu yang diperintah oleh Great Britain. Pada masa itu, ramai penduduk

Amerika yang tidak berpuas hati dengan penjajah British kerana perlu membayar

cukai dan dalam masa yang sama tidak mempunyai wakil di Parlimen. Mereka tidak

mahu tanah mereka menjadi koloni dan mahukan sebuah negara yang merdeka agar

mereka bebas melakukan apa yang mereka mahu dan bukannya mengikut perintah

Great Britain yang ketika itu di bawah sistem monarki. Tindakan Great Britain

melalui akta-akta yang menyekat membuatkan koloni-koloni bersepakat untuk

menubuhkan sebuah kongres perjumpaan yang pertama telah diadakan pada 11 Jun

1776, di mana hasil perjumpaan pertama tersebut sebuah jawatan kuasa dibentuk

untuk mendraf satu dokumen yang kemudiannya dikenali sebagai Perisytiharan

Kemerdekaan. Jawatankuasa ini dianggotai oleh John Adams dari Massachusetts,

Benjamin Franklin (Pennsylvania), Thomas Jefferson (Virginia), Robert R. Livingston

(New York) dan Roger Sherman (Connecticut).

Draf perisytiharan kemerdekaan tersebut kebanyakan ditulis oleh Thomas

Jefferson yang menulis hak-hak rakyat dan tugas kerajaan. Perisytiharan

mengisytiharkan koloni sebagai negeri bebas dan merdeka. Kongres meluluskan

dokumen yang ditulis oleh Jefferson dengan sedikit pindaan. Mereka menggunakan

dokumen untuk mengisytiharkan kemerdekaan yang sebenarnya diumumkan pada 2

Julai 1776. Kelulusan dari kesemua ahli kongres hanya pada 4 Julai di Pennsylvania.

Page 7: Perbezaan Revolusi Amerika dan Perancis

Versi ini ditandatangani oleh Presiden Kongres John Hancock dan Setiausaha Charles

Thomson. Thomas Jefferson yang mendapat jolokan ‘Man of the people’ dan ‘Sage of

Monticello’ akhirnya dilantik sebagai Presiden ke 3 AS iaitu dari 4 Mac 1801

sehingga 3 Mac 1809. Dokumen asal Perisytiharan Kemerdekaan yang ditulis oleh

Jefferson, bersama Perlembagaan Amerika Syarikat dan Undang-Undang Hak Asasi,

masih disimpan di Muzium Arkib Negara di Washington D.C. Semasa perisytiharan

kemerdekaan tersebut, Great Britain dan penduduk Amerika sudah pun terlibat dalam

perang yang dipanggil Perang Revolusi Amerika. Amerika telah menang dalam

perang tersebut dan pada 1783, Great Britain terpaksa mengakui dan mengesahkan

kemerdekaan Amerika Syarikat melalui Perjanjian Paris. 3 orang tokoh daripada

Amerika telah dihantar ke Paris, iaitu John Adams, Benjamin Franklin dan John Jay

untuk menandatangani perjanjian dengan Great Britain. Melalui perjanjian tersebut

Great Britain mengiktiraf kemerdekaan Amerika. Sempadan kerajaan Amerika telah

ditetapkan dari Florida di selatan, Mississippi di barat, dengan sempadan negara

Canada.

Manakala Deklarasi Kemerdekaan ditandatangani oleh seramai 56 orang.

George Washington merupakan Presiden Amerika Syarikat yang pertama memegang

jawatan daripada tahun 1789 sehingga 1797 dan juga dikenali sebagai Bapa

Kemerdekaan Amerika Syarikat. Sehingga hari ini, Perisytiharan Kemerdekaan

disambut setiap 4 Julai dan perisytiharan ini juga penting kerana ia menyatakan idea

yang mudah bahawa rakyat mempunyai hak-hak untuk hidup, kebebasan serta

kerajaan harus mendengar pendapat rakyat. Perkara-perkara inilah yang menjadikan

Amerika Syarikat sebuah negara demokrasi. Ibarat tiada demokrasi tanpa negara

Amerika, tiada demokrasi tanpa politik dan tiada parti tanpa kompromi dan moderat.3

Revolusi Amerika telah menggantikan status rakyat seseorang raja dengan

status rakyat sesebuah negara dan melalui pendemokrasian kerakyatan dan perbezaan

antara rakyat dan bukan rakyat mula wujud dalam konteks modennya. Kerakyatan

menghubungkan identiti individu dengan indentiti negara. Revolusi Amerika itu

sendiri telah menghasilkn bangsa Amerika. Budaya teras Amerika sehingga kini

masih kukuh pada asas budaya peneroka pada abad ke 17 dan ke 18 ketika

menubuhkan masyarakat Amerika. Elemen budaya itu boleh ditakrifkan dengan

3 Chapter 1, The Pattern Of American Politics. ‘Parties and Politics In America’

Page 8: Perbezaan Revolusi Amerika dan Perancis

pelbagai cara termasuk melalui agama Kristian, nilai dan prinsip moral Protestan,

etika kerja, bahasa Inggeris, tradisi, undang-undang, keadilan dan batasan kuasa

kerajaan, warisan kesenian, kesusasteraan dan falsafah.

Daripada budaya teras ini, peneroka awal tersebut merumuskan mengenai

Rukun Amerika dengan mendukung prinsip kebebasan, kesamarataan, individualisme,

hak asasi manusia, kerajaan berperwakilan dan harta persendirian. Generasi Amerika

yang berikutnya diasimilasi ke dalam budaya teras tersebut tanpa mengubah asasnya.

Justeru itu, Amerika merupakan sebuah masyarakat koloni dalam erti kata sebuah

masyarakat dalam sebuah petempatan yang didirikan oleh sekumpulan orang yang

meninggalkan negara asal mereka di wilayah yang jauh. Deklarasi Kemerdekaan

sebagai manifestasi dari Revolusi Amerika juga merupakan satu sumber inspirasi

kepada semangat perjuangan bangsa Amerika.

1.0 PENGENALAN REVOLUSI PERANCIS

Revolusi Perancis yang berlaku pada tahun 1789 sehingga 1799 menandakan bahawa

kedatangan masyarakat kapitalis kelas pertengahan moden atau juga disebut sebagai

golongan bourgeois dalam membuat perubahan ke atas corak pemerintahan dan politik

perancis (Soboul 1975). Selain itu, revolusi ini juga dilihat sebagai satu kejayaan

penubuhan perpaduan dalam kalangan rakyat di sesebuah negara apabila berjaya

menamatkan sistem pemerintahan regim beraja kepada sistem pemerintahan yang baru

dimana rakyat mula berkuasa. Menurut Alexis de Tocqueville (1805-1859), revolusi

adalah menifestasi daripada golongan kelas pertengahan untuk menghapuskan sisa-

sisa terakhir zaman pertengahan apabila sedar akan kepentingan sosialnya. Kemuncak

dalam kewujudan demokrasi liberal dan corak pemerintahan Republik selepas

revolusi, menambahkan satu dimensi yang penting dalam sejarah dunia yang harus

dilihat sebagai model klasik dalam revolusi bourgeois (Lucas 1973).

1.1 REVOLUSI PERANCIS: PUNCA DAN FAKTOR UTAMA

Semasa pemerintahan Raja Louis XV (1715-1774), Perancis telah terlibat dalam

peperangan selama tujuh tahun di benua Eropah dan di Amerika Utara. Peperangan ini

telah mengakibatkan Perancis mengalami kehabisan sumber dan khazanah negara.

Page 9: Perbezaan Revolusi Amerika dan Perancis

Raja Louis XVI (1774-1792) yang kemudiannya telah menaiki takhta

walaubagaimanapun tidak mempunyai pengalaman dalam hal ehwal pentadbiran

negara. Keadaan ekonomi yang mengalami kemelesetan ketika itu tidak dapat

dipulihkan oleh Raja Louis XVI. Petani-petani telah mengalami masalah besar kerana

tanaman mereka tidak menjadi dan mereka pula terpaksa menyerahkan apa sahaja

hasil yang diperoleh kepada tuan tanah. Peningkatan harga di pasaran telah

membuatkan rakyat pada ketika itu terbeban dan hidup dalam keadaan merana.

Disebabkan keadaan ekonomi yang semakin tertekan, Raja Louis XVI telah melantik

beberapa orang penasihat kewangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Bagaimanapun, cadangan-cadangan penasihatnya seperti megenakan cukai ke atas

golongan bangsawan dan badan agama sama sekali tidak diterima oleh golongan

berpengaruh.

Rusuhan mula dilakukan oleh rakyat di merata tempat akibat dari kelemahan

Raja Louis XVI mengurus tadbir negara ketika itu (Lucas 1973). Raja Louis XVI telah

melantik Jacques Neckar sebagai menteri kewangan. Raja juga merestui persidangan

dewan perundangan (Estate General) yang tidak bersidang selama 175 tahun. Jacques

Necker pula telah menjanjikan kebebasan kepada rakyat dan memberi peluang untuk

rakyat memberi pendapat mereka. Walaubagaimanapun, Necker telah meletakkan

jawatannya sebagai menteri kewangan pada tahun 1781 dan tindakan ini memberi

kesan yang bertambah buruk terhadap krisis kewangan Perancis (Soboul 1975).

Golongan cerdik pandai yang terdiri daripada individu-individu yang terpengaruh

dengan karya-karya pemikir seperti Rousseau, Voltaire dan Montesquie telah

mendesak supaya rakyat memiliki kuasa pemerintahan (kedaulatan). Golongan ini

telah menggunakan kesempatan dengan menerbitkan ratusan risalah mengenai

kelemahan sistem sosial dan politik pada masa tersebut. Dalam karya tersbut, mereka

telah membidas corak pemerintahan beraja dan pengaruh golongan bangsawan serta

badan agama. Mereka telah menegaskan bahawa golongan ini kurang prihatin tentang

masalah yang dihadapi rakyat. Mereka juga telah menyebarkan risalah-risalah

mengenai hak asasi dan kebebasan. Tambahan pula golongan radikal telah

mengedarkan risalah-risalah yang mencadangkan sistem raja diamsuhkan dan

digantikan dengan sistem republik (Thomson 1978).

Page 10: Perbezaan Revolusi Amerika dan Perancis

Selain itu, Raja Louis XVI turut disifatkan oleh rakyat sebagai seorang lelaki

yang mulia dan mempunyai niat yang baik, namun sikapnya yang terlalu berhati-hati,

lemah dan teragak-agak dalam membuat keputusan membuatkan Raja Louis hampir

berputus asa sehingga gagal menggunakan kuasa yang dimilikinya dengan baik

sehingga rakyat merusuh akibat kelemahan sistem sosial dan politik pada masa

tersebut. Akhirnya Raja Louis XVI telah dikutuk dan dituduh mengadakan konspirasi

terhadap kebebasan awam dan kesejahteraan umum oleh perwakilan yang hadir

semasa konvensyen. Sebanyak 361 undian bersetuju untuk menjatuhkan hukuman

keatas Raja Louis XVI, 288 undi tidak bersetuju dan 72 perwakilan mengundi untuk

menangguhkan hukuman tersebut dari dijalankan. Akhirnya Raja Louis XVI telah

dibicarakan dan dijatuhi hukuman mati pada Januari 1793 melalui hukuman gilotin4.

1.2 STRUKTUR MASYARAKAT PERANCIS ERA REVOLUSI

Masyarakat Perancis terbahagi kepada tiga kelompok yang dikenali sebagai ‘Estate’.

Pertama ialah badan agama Katolik (Clergy-1st Estate) yang memiliki kebanyakan

tanah (tanah wakaf) di negara tersebut. Kumpulan kedua, ialah golongan bangsawan

(Nobility-2nd Estate) yang juga mempunyai banyak tanah dan mereka hanya

membayar sedikit cukai sahaja. Kumpulan ketiga pula terdiri daripada peniaga-

peniaga yang kaya, pekerja mahir dan petani (3rd Estate) dan dikenakan cukai yang

tinggi berbanding dengan dua kelompok yang lain dan juga merupakan kumpulan

paling ramai dalam negara dengan jumlah yang melebihi 24 juta orang diakhir

pemerintahan Regime Ancien (Soboul 1975).

Menurut Schwartz dan O’Connor (2007) 97% daripada kumpulan ketiga yang

terdiri daripada pekerja mahir dan petani ini menguasai 65% tanah pada ketika itu.

Kumpulan pertama dan kedua (Clergy and Nobility) telah lama wujud dan menguasai

10% - 25% tanah sebelum ini namun kumpulan ketiga dilihat semakin berkembang

4 Gilotin menjadi alat untuk memperlaksanakan hukuman mati terhadap seseorang individu tanpa mengambil kira pangkat dan kedudukan pesalah serta jenis kesalahan yang dilakukan. Hukuman dijalankan adalah melalui mekanisme memenggal kepada menggunakan alat yang direka daripada bingkai tinggi tegak dengan sebilah mata pisau besar dan bersudut digantung padanya. Alat ini terkenal sebagai cara utama bagi pelaksanaan hukuman bunuh di negera Perancis khususnya pada zaman Revolusi Perancis dan ia menjadi sebahagian daripada budaya popular serta disanjung sebagai pembalas dendam oleh rakyat dan penyokong Revolusi sebagai tanda mengutuk pemerintahan yang zalim.

Page 11: Perbezaan Revolusi Amerika dan Perancis

dan wujud dengan pesat hasil daripada peranan yang dimainkan oleh ahli-ahli mereka

dalam kehidupan bernegara.

1.3 PILIHAN RAYA (Estates General 1789)

Raja Louis XVI telah bersetuju dengan permintaan golongan liberal supaya pilihan

raya diadakan dengan syarat yang agak terbuka. Pilihan raya telah diadakan pada pada

Januari sehingga April 1789 untuk memilih perwakilan yang akan ke Estate General.

Pilihan raya ini diadakan selepas 175 tahun Estate General tidak bersidang.

Bagaimanapun, piliha raya ini telah berlangsung dalam suasana ekonomi yang tenat

serta kelumpuhan pemerintahan dalam menangani masalah rakyat. Dalam masa yang

sama rakyat telah mengharapkan pemulihan dan penguasaan Estate General akan

digunakan dengan baik untuk mengatur tindakan bagi memulihkan hal sosioekonomi

negara. Seterusnya, pilihan raya yang diadakan pada 1789 ini juga telah menyaksikan

kemenangan rakyat yang telah memperoleh 600 buah kerusi berbanding 291 kerusi

daripada kumpulan bangsawan dan 300 buah badan agama. Selepas selesai pilihan

raya, Raja Louis XVI telah berharap ketiga-tiga kelompok (Estates) akan bersidang

secara bersaingan dan delegat-delegat pula akan meluluskan bantuan kewangan

kepada raja. Pada 5 Mei 1789, dewan perundangan (Estate General) telah secara

rasminya bersidang.

Keputusan pilihan raya yang memberi kelebihan kepada gologan rakyat ini

didokong oleh pemimpin mereka yang berfahaman liberal (Brown 2007). Mereka

telah menyuarakan agar semua kumpulan dianggap berkuasa dan begitu juga dalam

hal meluluskan dasar. Mereka mengesyorkan supaya wakil-wakil dewan perundangan

atau delegat tidak lagi mengundi secara kumpulan tetapi secara individu bagi

mewakili diri sendiri. Mereka juga mendesak supaya semua ahli dewan perwakilan

bersidang dalam satu dewan sahaja dan bukan seperti dulu, iaitu bersidang secara

berasingan. Mereka juga mendesak supaya negara perlu diperintah berdasarkan

prinsip demokrasi yang rasional dan bukan oleh golongan yang mempunyai

keistimewaan. Walaubagaimanapun, desakan daripada kumpulan rakyat biasa ini

nyata tidak mendapat persetujuan daripada kumpulan lain dan raja pula telah berpihak

kepada kumpulan konservatif.

Page 12: Perbezaan Revolusi Amerika dan Perancis

Seterusnya, sebaik sahaja dewan bersidang, ahli-ahli dewan perundangan telah

berpecah belah atas isu prosedur cara pengundian atas usul yang bakal diperkenalkan.

Menurut amalan parlimen pada ketika itu, kumpulan (Estate) mengundi atas usul

sebagai satu kumpulan, tiap-tiap satu kumpulan mempunyai satu undi. Nyata sekali

golongan bangsawan dan badan agama yang sealiran pendapat dengan mudah

mematahkan atau membatalkan usaha wakil rakyat biasa (3rd Estate). Keadaan ini

telah mendorong rakyat untuk bersatu padu mendesak agar amalan cara mengundi

secara kumpulan (Estate) diberhentikan. Mereka juga menghendaki tiap-tiap ahli

dewan perundangan diberi hak undi yang sama. Nyata hal ini membuatkan golongan

perwakilan rakyat telah menunjukkan bahawa mereka menerima idea beberapa ramai

pemikir yang mencadangkan penguasaan rakyat jelata (Cobb 1998). Mereka telah

bersuara secara lantang bahawa rakyat yang berdaulat perlu diberi hak yang sama rata.

Walaubagaimanapun, desakan rakyat kelihatan hanya sia-sia, hal ini kerana gabungan

kumpulan konservatif enggan bersidang bersama rakyat tamabah lagi, mereka dengan

mudah mematahkan usul yang dimajukan oleh rakyat kerana majoriti yang dimiliki di

dalam dewan dengan undi dua per tiga.

Dalam kebuntuan ini, wakil-wakil rakyat telah menunjukkan azam yang kuat

dan tidak mempedulikan tindakan kedua-dua estate yang lain. Wakil-wakil rakyat

telah memulakan persidangan mereka tanpa penyertaan kedua-dua kumpulan (First

Estate dan Second Estate) yang lain. Raja pula tidak selesa dengan peristiwa ini dan

mengarahkan dewan perundangan ditutup kerana ia perlu diabaikpulih. Wakil-wakil

rakyat bagaimanapun tidak mempeduli akan arahan penutupan ini dan telah bersidang

di lapangan tenis yang berhampiran pada Jun 1789 (Cobb 1998). Persidangan ini

kemudiannya meluluskan usul bahawa persidangan tersebut mewakili semua rakyat

dan oleh yang demikian persidangan tersebut dikenali sebagai Majlis Kebangsaan

(National Assembly).

Raja bagaimanapun cuba menggunakan pasukan tenteranya untuk menggugat

anggota Majlis Kebangsaan. Bagaimanapun rakyat telah melancarkan pemberontakan

pada 14 Juali 1789 dan pemberontakan ini telah merebak ke seluruh pelosok Perancis

dan disertai oleh rakyat yang inginkan kebebasan daripada terus dibelenggu

penguasaan oleh golongan elit tradisional (Qasim 2003).

Page 13: Perbezaan Revolusi Amerika dan Perancis

1.4 REVOLUSI PERANCIS DAN PENJELMAAN IDEOLOGI

Ideologi merupakan sekumpulan doktrin, kepercayaan atau mitos dan ia berperanan

membimbing individu atau pergerakan sosial dan institusi sesuatu kelas mahupun

kumpulan dengan kepercayaan yang sistematik (Ramanathan 2013). Doktrin-doktrin

pula berpunca daripada pemikiran politik dan ia mempunyai satu rangkaian tindakan

sama ada untuk mengekalkan sesuatu corak sosial atau mendatangkan perubahan.

Revolusi Perancis pada tahun 1789 merupakan satu petanda yang penting

dalam sejarah penjelmaan ideologi (Sutherland 1989). Misalnya aliran konservatif

yang muncul sebagai kepercayaan politik dalam era Revolusi Perancis. Ini dibuktikan

apabila Edmund Burke (1729-1797) yang merupakan ahli Parlimen Britain telah

banyak mengkritik Revolusi Perancis dengan mengutarakan tema yang mendominasi

pemikiran aliran konservatif (Takiyuddin 2011). Sebelum Revolusi Perancis, negara-

negara Eropah dikuasai oleh golongan tuan tanah, badan agama, iaitu gereja dan raja

yang berfungsi sebagai penaung mereka. kebanyakan petani tidak memiliki tanah

sendiri dan mereka bergantung kepada penaung mereka iaitu tuan tanah. Semua

perusahaan terikat dengan sistem feudal yang menguntungkan golongan tuan tanah,

badan gereja dan raja. Rakyat ketika itu tidak mempunyai sebarang suara atau daya

untuk menukar pengaruh atau genggaman dari golongan tersebut.

Perubahan sosial akibat daripada Revolusi Industri5 abad ke-17 dan abad ke-18

telah mengakibatkan penghijrahan minda golongan yang dahulunya terikat dengan

sistem feudal, kini mula mempersoalkan penguasaan golongan bangsawan dan raja ke

atas penguasaan negara akibat daripada tekanan yang dialami oleh mereka. Golongan

pencabar yang berpegang kepada fahaman liberalisme telah mendapat sokongan

daripada rakyat sehingga menggalakkan mereka untuk menyuarakan tuntutan agar

perubahan diperkenalkan. Antara perkara yang dituntut mereka adalah agar rakyat

biasa diberi peluang mengemukakan kepentingan mereka melalui badan perwakilan.

Namun demikian, tuntutan golongan ini tidak mudah diterima oleh kuasa tradisional,

5 Revolusi industri telah mengakibatkan penciptaan baharau dan telah mendatangkan kemajuan yang pesat dalam proses penghasilan barangan. Proses perindustrian ini telah mengurangkan penggunaan tenaga manusia di kawasan desa kerana penggunaan jentera telah memudahkan kerja-kerja yang dahulunya diusahakan oleh ratusan pekerja. Ini bererti ramai pekerja telah kehilangan pekerjaan dan mereka sanggup behijrah ke kawasan yang mempunyai banyak peluang pekerjaan sehingga berlaku perpindahan pekerja dari desa ke kawasan bandar dimana kilang-kilang baharu dibina untuk mengeluarkan barang keperluan secara besar-besaran.

Page 14: Perbezaan Revolusi Amerika dan Perancis

iaitu raja dan golongan bangsawan serta tuan tanah, iaitu golongan yang beraliran

konservatif yang menguasai dewan perundangan.

Demikian peranan ideologi dalam mencorakkan penerimaan sekumpulan nilai

dan menyingkirkan sekumpulan nilai yang lain. Kemunculan ideologi politik muncul

sebagai kepercayaan yang dapat meyakinkan manusia untuk memperkenalkan

pembaharuan dan menyingkirkan amalan dan kepercayaan lama.

3.0 PERBANDINGAN DIANTARA REVOLUSI AMERIKA DAN

REVOLUSI PERANCIS

Perbandingan akan dilakukan dengan melihat beberapa sudut aspek, iaitu faktor

tercetusnya revolusi, kelahiran ideologi, perubahan sosial dan politik, hak mengundi

dan kelahiran deklarasi.

3.1 PERBANDINGAN FAKTOR TERCETUSNYA REVOLUSI

Pada tahun 1763, pihak British telah menguatkan kuasa mereka di Amerika Utara

ekoran kekalahan pasukan tentera Perancis serta puak orang asli (Native Indians).

Seterusnya, kerajaan British telah menempatkan sebuah pasukan tentera secara

berkekalan di Amerika Utara dan meminta panduduk di sana membiayai pasukan

tersebut. Seiring dengan tindakan ini, kerjaan British tanpa merujuk kepada rakyat nya

di Amerika Utara telah mula menguatkuasakan beberapa akta yang diluluskan di

Parlimen England.

Rakyat Amerika pada waktu ini telah dikenakan pelbagai cukai baharu sebagai

tindakan untuk menampung perbelanjaan peperangan yang berlaku antara Britain

dengan Perancis (Thomson 1978). Peraturan-peraturan baharu yang diperkenalkan

semuanya bersifat berat sebelah kepada peniaga dan pengusaha dari negara asal

Britain dan rakyat tempatan telah merasakan mereka dipinggirkan. Tambahan pula

pihak British telah menguatkuasakan sekumpulan dasar yang mengenakan pelbagai

cukai ke atas barangan yang datang dari Britain. Lama kelamaan rakyat Amerika mula

marah ekoran tindakan ini dan mereka mula menyatakan bantahan dan enggan

membayar cukai kerana mereka tidak diberi perwakilan di Parlimen Britain.

Page 15: Perbezaan Revolusi Amerika dan Perancis

Seterusnya, wakil-wakil dari 13 buah negeri telah bersidang dan meluluskan

satu usul yang menuntut hak dan kuasa kepada negeri-negeri berkenaan. Mereka juga

telah membuat usul bahawa tanah jajahan mesti diberi proses perwakilan di Parlimen

dan menolak kuasa Parlimen Britain untuk membuat undang-undang yang melibatkan

tanah jajahannya di Amerika. Ekoran dari usul ini juga, 13 buah tanah jajahan telah

menubuhkan dewan perwakilan secara sendirian dan seterusnya memecat semua

pegawai British daripada jawatan pentadbiran. Hal ini bererti tanah-tanah jajahan

mentadbirkan negeri mereka secara sendiri. Mereka juga memutuskan untuk

memulaukan semua barangan keluaran British.

Ekoran peristiwa ini, kerajaan British mula mengambil langkah tegas dan

berpendirian untuk menangkap mereka yang bersifat melawan. Rakyat tanah jajahan

pula telah menyiapkan diri mereka untuk menghadapi sebarang cabaran. Pada Jun

1775, Revolusi Amerika tercetus apabila tentera British diserang di beberapa tempat

oleh pasukan pejuang kemerdekaan.

Pengalaman yang berbeza bagi Revolusi Perancis iaitu penyebaran idea baharu

merupakan suatu faktor yang amat utama dalam perbincangan nya. Seperti yang telah

dihuraikan di peringkat awal esei, kelemahan sistem pentadbiran beraja menjadi punca

utama pemberontakan rakyat. Namun penyebaran idea revolusi sebenarnya dipelopori

oleh idea baharu yang dikenali sebagai Enlightenment atau Kesedaran. Pergerakan ini

pernah disifatkan sebagai revolusi intelektual dan dikaitkan dengan ahli fikir seperti

Rene Desacartes (1596-1650), Charles de Secondat Montesquieu (1689-1755),

Voltaire dan Rousseau di Pernacis dan beberapa lagi. Namun demikian, wujud

perdebatan yang menyangsikan adanya kaitan pemikiran Kesedaran dengan faktor

pencetus Revolusi Perancis. Cobban (1968) menekankan bahawa Revolusi Perancis

sebenatnya dimulakan oleh golongan bangsawan yang tidak bersimpati terhadap idea

Kesedaran. Unsur dikatator dan ganas yang kemudiannya lahir pada masa Revolusi

Perancis juga bercanggah dengan semangat Kesedaran.

J.M. Thompson (1965) menekankan faktor sosioekonomi dalam penulisannya.

Thompson berpendapat bahawa rakyat Perancis tidak menghendaki ahli falsafah untuk

menyatakan bahawa keadaan buruk di negara mereka adalah akibat daripada

pengabaian terhadap hak asasi manusia. Ini kerana ia telah jelas melanggar

Page 16: Perbezaan Revolusi Amerika dan Perancis

Pengisytiharan Hak-hak manusia dan Warganega yang dikutip daripada rungutan pada

1789.

3.2 KELAHIRAN IDEOLOGI

Revolusi Amerika lebih merupakan perjuangan kemerdekaan daripada belenggu

penjajahan Britain (Sutherland 1989). Namun demikian, perjuangan kemerdekaan

nyata sekali dipengaruhi oleh karya-karya pemikir seperti Rousseau yang

mengesyorkan ideologi demokrasi langsung yang dikuasai sepenuhnya oleh rakyat. Di

samping itu, sumbangan pemikiran Jefferson, Madison dan Montasquieu semuanya

mencorakkan pemerintahan republik di Amerika Syarikat. Misalnya idea kesamaan,

menghormati hak asasi awam, liberalisme dan pengasingan kuasa semuanya

termaktub dalam perlembagaan Amerika.

Sebaliknya, Revolusi Perancis pula menamatkan penguasaan golongan

aristokrasi dan sistem pemerintahan monarki (Cobban 1968). Ia juga membangkitkan

unsur radikalisme, iaitu pendirian yang tegas mengenai sesuatu isu serta menamatkan

orde sosial yang lama dan menggantikannya dengan yang baharu. Revolusi Perancis

nyata sekali menguasai rakyat jelata dan membolehkan corak pemerintahan republik

seperti yang dilakukan di Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, terdapat juga

persaingan untuk mendapatkan kuasa dalam kalangan ahli politik era revolusi

sehingga akhirnya terpaksa mengharapkan kuasa angkatan tentera untuk mengawal

keadaan. Pada November 1799, Napoleon Bonaparte telah dilantik sebagai ketua

tenter. Napoleon sepanjang 5 tahun selepas itu telah memahkotakan dirinya sebagai

Maharaja Perancis dan detik ini menandakan tamatnya Revolusi Perancis. Nyata

pergolakan yang muncul sepanjang revolusi merupakan fasa percubaan ideologi

sosialisme dan demokrasi.

3.3 PERUBAHAN SOSIAL DAN POLITIK.

Nyata sekali, Revolusi Amerika telah mendatangkan beberapa perubahan sosial dan

politik. Antara yang penting ialah kuasa pemerintahan berada di tangan rakyat jelata

dan bukan lagi dikuasai sepenuhnya oleh golongan aristokrasi. Kedua, semua rakyat

mempunyai kuasa yang sama dan pernyataan ini telah menyamaratakan semua rakyat,

dan seterusnya menghauskan sistem perhambaan dan pemberian hak yang adil kepada

Page 17: Perbezaan Revolusi Amerika dan Perancis

wanita. Sistem perhambaan di Amerika ketika itu akhirnya dihapuskan pada tahun

1863. Wanita dan semua lapisan rakyat diberi hak yang adil secara berperingkat.

Deklarasi Kemerdekaan juga telah menandakan permulaan pelantikan perwakilan

berdasarkan sistem pengundian yang terbuka.

Menurut cara ini, semua rakyat berhak memilih wakil rakyat mereka untuk

bersidang di dalam dewan perwakilan bagi membuat undang-undang untuk semua

lapisan masyarakat. Revolusi Amerika juga telah mempengaruhi banyak tanah jajahan

menuntut kemerdekaan. Ia juga mengilhmkan rakyat menuntut kebebasan daripada

penguasaan golongan raja dan bangsawan terutamnaya di Eropah.

Revolusi Perancis bagaimanapun memperlihatkan kewujudan kelab-kelab

politik dalam memperlihatkan kegigihan yang hebat daripada golongan lawan (Qasim

2003). Mereka kebanyakannya bergerak atas semangat melancarkan propaganda bagi

menerangkan kepada kaum pekerja matlamat revolusi dan falsafahnya. Mereka juga

memberikan komen dan dengan cara ini mereka telah mendekatkan diri mereka dan

mewujudkan sosialisasi politik terhadap kaum pekerja dan memajukan pergerakan

revolusioner. Antara kelab yang wujud adalah seperti Persatuan Persaudaraan Lelaki

dan Wanita, Persatuan Golongan Miskin, Persatuan Golongan Miskin, Persatuan

Sahabat Kebenaran dan Persatuan Pencinta Undang-Undang.

Selain itu, sistem cukai yang baru juga diperkenalkan. Cukai telah dikutip

secara terus dan kadarnya dikira agar ia berpadanan dengan harta milik seseorang itu.

Sistem kehakiman juga disusun semula. Segala gelaran dan darjat feudal dihapuskan.

Semua rakyat membahasakan diri mereka sebagai citoyen (Thompson 1978). Dalam

bidang ekonomi, sistem ekonomi bebeas diperkenalkan. Perniagaan secara kecil-

kecilan diberikan galakan yang khusus oleh pemerintah. Segala ini merupakan

lambang order baru. Namun begitu, perlu diingat bahawa perubahan sosial yang

berlaku seperti penghapusan hak keistimewaan feudal dan sistem pembayaran cukai

ini bukanlah merupakan idea Majlis Kebangsaan yang asli, tetapi ia lebih kepada

desakan rakyat dan tindakan sendiri oleh para petani (Qassim 2003)

Page 18: Perbezaan Revolusi Amerika dan Perancis

3.4 HAK MENGUNDI

Di Amerika, selepas Revolusi Amerika atau Peperangan Kemerdekaan menentang

Britain pada tahun 1776, hak mengundi juga tidak diberikan kepada semua orang.

Sebaliknya, hak mengundi hanya diberikan kepada golongan berharta. Golongan kulit

hitam yang masih menjadi hamba langsung tidak diterima dalam pemikiran politik.

Berbeza dengan perkembangan politik ekoran Revolusi Perancis yang telah

memberi kesan dalam memperluas hak mengundi di kalangan rakyat memang sudah

merupakan sesuatu yang radikal dalam konteks zaman itu. Namun begitu, sesuatu

yang lebih radikal ialah peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Perancis

selepas revolusi yang memperuntukkan hak mengundi kepada semua rakyat Perancis

tanpa batasan harta.

3.5 KELAHIRAN DEKLARASI

Revolusi Amerika tercetus apabila tentera British diserang di beberapa tempat oleh

pasukan pejuang kemerdekaan. Revolusi ini telah memberi kesan kepada Amerika

dalam pelbgai perkara. Pada tahun 1776, wakil-wakil badan perwakilan tanah-tanah

jajahan bersidang dalam Majlis Perwakilan dan deklarasi kemerdekaan telah

diluluskan. Majlis tersebut telah mengisytiharkan bahawa tiga belas tanah jajahan

British kini bebas dan merdeka. Majlis ini juga telah melantik George Washington

sebagai ketua pasukan tentera. Dibawah kepimpinan beliau, pasukan tentera revolusi

telah mencapai kemenangan selepas berperang selama enam tahun (Palmer 1959).

Pada September, 1782, Britain telah mengakui iltizam dan kekuatan rakyat

Amerika dan memberi mereka kemerdekaan. Perjanjian Paris yang termetrai antara

Britain dengan pihak revolusioner seterusnya telah mewujudkan Amerika Syarikat6.

Seterusnya Deklarasi Kemerdekaan (Declaration of Independence) diperkenalkan dan

ia telah memandu pemerintahan negara Amerika. Antara pernyataan yang penting

deklarasi ini adalah, “semua rakyat memunyai hak yang sama” dan mempunyai hak

terhadap “nyawa (mereka), kebebasan dan peluang mendapatkan kebahagiaan”.

6 Sebagai syarat perjanjian, Amerika Utara pula dibahagikan kepada dua, kawasan utara tasik besar menjadi tanah jajahan British (British North American Territories) dan semua kawasan di selatan (hingga ke Florida) dan semua kawasan di tebing timur Sungai Missisipi telah menjadi tanah naungan Amerika Syarikat (Jensen 1968).

Page 19: Perbezaan Revolusi Amerika dan Perancis

Bagi Revolusi Perancis, kesan revolusi adalah apabila Majlis Kebangsaan

(National Assembly) pada 4 Ogos 1789, meluluskan satu usul yang menamatkan

sistem feudal negara Perancis (Cobban 1968). Walaubagaimanapun, Raja Louis XVI

pula enggan mengiktiraf usul tersebut. Rakyat pula secara terbuka telah membantah

tindakan raja ini dan kejadian tersebut telah memaksa raja untuk menerima hakikat

bahawa beliau tidak lagi berkuasa seperti dahulu. Usul tersebut telah dikuatkuasakan

dan telah memberi kesan kepada golongan elit dan bangsawan apabila segala

keistimewaan yang dinikmati oleh mereka dihapuskan. Tanah kepunyaan badan

agama katolik telah dihakmilikkan oleh negara dan kemudian diagihkan kepada

sesiapa sahaja yang berupaya membelinya.

Revolusi Perancis turut memberi kesan kepada struktur pemerintahan negara.

Pentadbiran negara telah disusun semula mengikut bahagian-bahagian yang tertentu.

Badan pentadbiran dan badan kehakiman di semua peringkat disayaratkan supaya

dianggotai oleh orang yang dipilih dalam kalangan rakyat biasa. Namun apa yang

lebih penting ialah tindakan Majlis tersebut meluluskan satu Deklarasi Hak Asasi

Manusia (The Decalaration of The Right of Man). Menurut deklarasi tersebut, semua

rakyat mempunyai taraf yang sama dan berhak diberi layanan yang sama. Rakyat pula

berkuasa dan bukan lagi raja, kerabat atau golongan bangsawan.

Nyata sekali deklarasi ini menandakan detik-detik penamatan sistem

pemerintahan beraja di Perancis. Lebih penting lagi, deklarasi tersebut menyatakan

kuasa pemerintahan dipegang oleh wakil rakyat yang dipilih. Kesan deklarasi ini juga

telah mengihamkan perjuangan demokrasi di seluruh dunia.

Page 20: Perbezaan Revolusi Amerika dan Perancis

4.0 KESIMPULAN

Rumusannya, kedua-dua revolusi ini telah memberi kesan yang besar dalam sejarah

kehidupan berpolitik disampung mencorak ideologi-ideologi tertentu. Ideologi

revolusi digunakan bukan sahaja untuk membenarkan segala tindakan pemerintahan,

tetapi juga untuk mencorakkan tabiat rakyat sesebuah negara. Revolusi nyata sekali

berkisarkan persoalan asas kehidupan manusia, disamping mematuhi arahan

bernegara. Pada umumnya, Revolusi Perancis dilihat sebagai titik sejarah yang

penting dalam perkembangan masyarakat Barat. Tidak keterlaluan juga Revolusi

Perancis dikatakan lebih penting daripada Revolusi Amerika (1775) dan Revolusi

Inggeris (1688). Ia dianggap sebagai garis pemisah diantara peraturan lama dengan

peraturan baru. Kerana dengan berlakunya Revolusi Perancis, feudalisme telah diganti

dengan sistem masyarakat terbuka. Selain itu, ia juga dikatakan sebagai permulaan

peringkat kemerosotan pengaruh dan kedudukan agama dalam sistem pemerintahan

dan pemikiran. Sebaliknya, pengaruh pemikiran dan falsafah yang menegaskan atau

menyanjungi sepenuhnya keupayaan akal manusia, mula bertapak dan membiak.

Revolusi Perancis dan Revolusi Amerika juga dilihat telah dicetuskan atas prinsip

menuntut keadilan dan mencari kesempurnaan hidup manusia. Kepercayaan agama

yang dianggap karut dan pemerintahan raja yang dianggap zalim dilihat oleh para

penentang status quo sebagai penghalang untuk mencapai matlamat kesejahteraan

kehidupan manusia.

RUJUKAN

Page 21: Perbezaan Revolusi Amerika dan Perancis

Cobban, A. 1968. Aspects of the French Revolution. London: Cape.

Soboul, Albert. 1975. The French Revolution. New York: Vintages Book

Howard G. Brown. 2007. Ending the French Revolution: Violence, Justice, and Repression from the Terror to Napoleon. Charlottesville and London: University Press of Virginia

Thompson, J.M. 1965. Louis Napoleon and The Second Empire. Oxford: Basil Blackwell.

_______. Thomson, David. 1978. Eropah Sejak Napoleon. Terj. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

C.Wright Mills. 1967. The Power Of Elite. New York : Oxford University Press Muhd Nur Iman Ramli, 2012. Fail Sulit Presiden Amerika. Batu Caves: PTS Millenia Sdn Bhd

Samuel P.Huntington. 2008. Siapa Kita? Cabaran Kepada Identiti Nasional Amerika. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad

Clinton Rossiter. 1971. Parties and Politics In America. London : Cornell University Press.

Furet, F. “Democracy and Utopia.” Journal of Democracy. 9.1 (1998): 65

Lucas. “Nobles, Bourgeois and the Origins of the French Revolution.” Past & Present no. 60 (1973): 84

Jensen, Merrill. The founding of a nation: A history of the American Revolution Oxford University Press, 1968

Palmer, R.R.. The age of democratic revolution: A political history of Europe and America 1760-1800. 1959. Princeton University Press

Sutherland. “Introduction.” French Historical Studies 16.2 (1989): 259

Qasim Ahmad. 2003. Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur