Peranan guru dalam Pembentuk Tingkah Laku dan Pengurus Pembelajaran.pptx

download Peranan guru dalam Pembentuk Tingkah Laku dan Pengurus Pembelajaran.pptx

of 18

Transcript of Peranan guru dalam Pembentuk Tingkah Laku dan Pengurus Pembelajaran.pptx

Peranan Guru Sekolah Rendah Pembentuk Tingkah Laku dan Pengurus Pembelajaran

Peranan Guru Sekolah Rendah Pembentuk Tingkah Laku dan Pengurus PembelajaranDisediakan oleh:YEE YI HANNG SUT FUITANG SU MEIMELISSA THO SU WEN1Pembentuk Tingkah LakuGuru merupakan individu yang terlibat secara langsung dalam proses p&p bersemuka dengan murid pada setiap hari persekolahan.

Guru merupakan role model yang sangat penting dalam menyalurkan mesej tentang amalan nilai-nilai, kepercayaan dan sikap kepada anak didik mereka.Ibu bapa dan masyarakat secara amnya melihat peranan guru sebagai pembentuk tingkah laku yang amat berpengaruh sepanjang tempoh murid berada di dalam persekolahan.

Sebagai pembentuk tingkah laku, guru hendaklah memahami matlamat pembelajaran yang ingin dicapai. Pendekatan pembentukan tingkah laku yang digunakan seharusnya menyokong matlamat dan tujuan pendidikan.

Contohnya, jika matlamat pendidikan bertujuan membentuk insan yang mampu berfikir pada aras tinggi, menyelesaikan masalah secara berdikari dan menghargai keunikan individu, maka proses pembentukan tingkah laku harus selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan.

Guru perlu mempunyai kebijaksanaan dalam pemilihan pendekatan pembentukan tingkah laku secara profesional, berlandaskan falsafah fan teori tingkah laku yang bersesuaian.Penggunaan Pendekatan BehaviourisSeseorang pembentuk tingkah laku yang menggunakan pendekatan behaviouris akan:Memberikan fokus kepada perubahan tingkah laku.Tingkah laku merupakan tindakan yang boleh diperhatikan, didengar dan ditukur.Oleh itu, nilai, pegangan, perasaan dan imej diri bukan fokus utama dalam pembentukan tingkah laku. Matlamat pendekatan behaviouris adalah untuk mengajar tingkah laku baharu atau mengekalkan tingkah laku yang diingini melalui peneguhan.Mengutamakan peneguhan semula jadi. Seorang guru sebagai pembentukan tingkah laku yang mengamalkan pendekatan humanis akan:Memberikan fokus kepada pemikiran, perasaan, keperluan psikologikal dan emosi seseorang individu.

Memberikan peluang kepada individu untuk menguasai kawalan terhadap tingkah laku sendiri, bukannya melalui pengakuran kepada pihak lain ataupun pembentukan tingkah laku.

Langkah intervensi memberikan motif murid, rundingan kemahiran komunikasi, memahami motif murid, rundingan peribadi, penyelesaian masalah secara kumpulan/individu dna penggunaan pakar runding.Pilihan guru untuk menguruskan tingkah laku murid bergantung kepada:Apakan pegangan dan pandangan anda terhadap murid? Tahap kematangan, latar belakang budaya, rekod lampauApakah peranan anda sebagai guru? Untuk mengarah, membimbing, mempengaruhi3. Apakan motif anda apabila berhadapan dengan masalah disiplin? Menunjuk kuasa, berprihatinan terhadap murid Pengurus PembelajaranGuru bukan sahaja bergantung kepada keupayaan untuk mengaplikasikan kemahiran pengajaran di dalam bilik darjah tetapi perlu mempunyai kemahiran untuk membentuk persekitaran pembelajaran yang kondusif.Sebagai pengurus pembelajaran, guru harus mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalankkan penglibatan serta kerjasama murid dalam aktiviti bilik darjah supaya P&P menjadi lebih bermakna dan produktif.Tanggungjawab sebagai pengurus pembelajaran:Merancang, mengelola, mengarah dan mengawal aktiviti p&p.Menguruskan bilik darjah dari aspek peraturan dan rutin pengendalian kelas.3. Menguruskan persekitaran fizikal dari segi susunan kerusi-meja dan perabot, suhu, percahayaan, keceriaan, tempat simpanan peralatan/bahan P&P agar keselamatan fizikal bilik darjah terpelihara.

Menguruskan persekitaran psikososial bilik darjah dengam memastikan persekitaran pembelajaran adalah mesra, tempat murid membina keyakinan diri,wujudnya perasaan diterima tanpa syarat dan saling menghormati dalam kalangan murid dan guru.5. Menguruskan proses pentaksirna di dalam bilik darjah dan segi menyediakan soalan peperiksaan, mentadbir, mengawas, memeriksa, menyimpan rekod dan menyediakan pelaporanb pencapaian atau kemajuan murid.

Seorang pengurus pembelajaran yang berkesan mempunyai kualiti peribadi yang tinggi, kompetensi pedagogi dan isi kandungan serta penghayatan nilai dan sikap secara positif.SEKIAN, TERIMA KASIH~~