Perakaunan Aset Tetap

download Perakaunan Aset Tetap

of 12

description

stpm matriks akaun

Transcript of Perakaunan Aset Tetap

  • Bab 5 : Perakaunan Aset Tetap

    143

    BAB 5PERAKAUNAN ASET TETAP

    (ACCOUNTING FIXED ASSETS)

    OBJEKTIFSelepas mempelajari bab ini, pelajar akan dapat:

    Memberi definisi susut nilai daripada aspek perakaunan Memberi faktor-faktor terjadinya susut nilai Memahami mengenai catatan perakaunan untuk aset tetap Mengetahui kaedah-kaedah pengiraan belanja susut nilai: garis lurus,

    baki berkurangan, jumlah angka tahunan dan unit pengeluaran Mengetahui perbezaan di antara perbelanjaan hasil dan perbelanjaan

    modal Memahami beberapa salah faham mengenai konsep susut nilai Memahami perlakuan dan catatan perakaunan mengenai pelupusan

    aset tetap

    Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

  • Bab 5 : Perakaunan Aset Tetap

    144

    5.1 DEFINISI DAN JENIS ASET TETAPAset tetap merupakan aset yang dibeli untuk tujuan digunakan dalam perniagaan dan bukannyauntuk dijual kepada pelanggan. Aset tetap mempunyai usia guna (jangka hayat) melebihi satutahun dan dikelaskan kepada aset tetap jenis ketara. Contoh-contoh aset tetap ialah seperti tanah,bangunan, mesin, peralatan, kelengkapan dan kenderaan. Aset tetap yang mempunyai usia gunayang terhad (contoh: bangunan, mesin, peralatan dan kenderaan) akan mengalami susut nilai.Manakala aset tetap yang mempunyai usia guna tidak terhad seperti tanah, tidak akan mengalamisusut nilai.

    5.2 PENENTUAN KOS ASET TETAPKos belian aset tetap termasuk semua kos yang perlu untuk menyediakan aset tetap tersebutboleh beroperasi dan digunakan. Kos-kos tersebut ialah harga dalam invois, kos angkutan, kospemasangan, cukai jualan, kos insuran semasa angkutan, kos guaman dan lain-lain kos yangberkaitan. Semua kos-kos ini dimodalkan dan menjadi kos aset tetap yang perlu dibuat peruntukankos.Kos-kos yang berkaitan dengan aset yang tidak boleh dimodalkan ialah seperti kos membaikikerosakan akibat daripada kecuaian pekerja semasa mengendalikan aset tetap tersebut. Kospembaikan ini tidak menjadi sebahagian daripada kos aset tetap dan ia dianggap sebagai belanjabiasa untuk tempoh semasa.Contoh 1:Syarikat Mahsuri membeli sebuah peralatan secara tunai untuk digunakan dalam perniagaan.Maklumat kos berkaitan dengan pembelian peralatan tersebut adalah seperti berikut:-

    Harga disenaraikan dalam invois RM 50,000Cukai jualan 3,000Kos angkutan 1,500Kos pemasangan 1,000Kos insurans semasa penghantaran 500

    RM 56,000Catatan jurnal:Dt. Peralatan RM 56 000Kt. Tunai RM 56 000(Merekod belian peralatan secara tunai)

    5.3 SUSUTNILAI5.3.1 Konsep SusutnilaiDaripada sudut perakaunan, susut nilai merupakan suatu proses atau cara peruntukan kossesuatu aset tetap sepanjang usia guna aset tersebut secara sistematik dan rasional. Sistematikbermaksud peruntukan kos dikira menggunakan kaedah-kaedah tertentu manakala rasional pulabermaksud kaedah-kaedah yang digunakan haruslah sesuai dengan manfaat (hasil) yangdiperolehi daripada penggunaan aset tetap tersebut.Tujuan asas peruntukan kos ialah sebagai memenuhi prinsip pemadanan yang menyataaknbelanja penggunaan aset tetap perlu ditolak daripada hasil yang diperolehi daripada penggunaanaset tetap tersebut. Oleh kerana aset tetap memberi hasil untuk beberapa tempoh perakaunanyang akan datang (selama tempoh usia guna), maka kos aset tetap perlu diperuntukan sepanjangtempoh tersebut.

    Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

  • Bab 5 : Perakaunan Aset Tetap

    145

    Kos belian aset tetap yang diperuntukkan sepanjang tempoh usia guna dipanggil belanja susutnilai. Untuk mengira belanja susut nilai tahunan, selain daripada kos belian aset tetap, dua perkaraberikut perlu diambilkira iaitu:

    a. Anggaran usia guna- kebanyakkan usia guna sesuatu aset tetap dianggarkanberdasarkan tahun, tetapi ada juga jenis aset tetap yang usia gunanya berdasarkanaktiviti seperti kilometer, unit pengeluaran dan jam. Usia guna aset tetap mungkinberbeza daripada usia fizikalnya.

    b. Anggaran nilai sisaan/skrap ialah anggaran nilai jualan aset pada akhir tempoh usiaguna atau nilai tukar niaga.

    5.3.1.1 Asas pengiraan susut nilaiSecara umumnya asas pengiraan sust nilai terbahagi kepada 2 iaitu:-a. Asas bulananPengiraan susut nilai secara bulanan bergantung kepada sama ada belian atau jualan aset tetapitu berlaku dalam separuh bulan pertama (1hb 15hb), susut nilai sebulan penuh dikira. Manakalajika belian berlaku dalam separuh bulan kedua (16hb 30hb/31hb), susut nilai tidak dikira untukbulan belian tersebut.Bagi jualan pula jika jualan dalam separuh bulan pertama (1hb 15hb), tiada susut nilai dikirauntuk bulan jualan tersebut dan jika jualan berlaku dalam separuh bulan kedua (16hb 30hb/31hb)susut nilai sebulan penuh dikira.b. Asas tahunanDalam asas tahunan pengiraan susut nilai untuk setahun penuh dikira untuk tahun belian,manakala tiada suust nilai dikira untuk tahun jualan.5.3.1.2 Faktor-faktor Susut NilaiAset tetap akan mengalami susut nilai disebabkan oleh dua faktor utama iaitu:-a. Faktor fizikal sesuatu aset tetap (seperti lusuh) akibat daripada penggunaan yang lasak

    dan kerap.b. Faktor keusangan sesuatu aset tetap akibat daripada perubahan teknologi.

    5.3.2 Kaedah Pengiraan SusutnilaiTerdapat empat (4) kaedah utama mengira susut nilai iaitu:-

    a. Kaedah garis lurusb. Kaedah baki berkuranganc. Kaedah jumlah angka tahunand. Kaedah unit pengeluaran

    Pemilihan kaedah pengiraan belanja susut nilai bergantung kepada corak penggunaan aset danmanfaat yang akan diperolehi. Kaedah yang dipilih haruslah dapat mengukur dengan sebaiknyacorak manfaat yang akan diperolehi.

    Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

  • Bab 5 : Perakaunan Aset Tetap

    146

    Sesuatu kaedah pengiraan susut nilai yang dipilih haruslah diguna secara tekal (prinsip ketekalan)supaya perbandingan antara tempoh-tempoh dan antara syarikat-syarikat lebih mudah dilakukan.Penggunaan kaedah susut nilai boleh berbeza antara satu jenis aset tetap dengan satu jenis asettetap yang lain.5.3.2.1 Kaedah Garis LurusKaedah garis lurus mengandaikan corak hasil yang diperolehi sama rata untuk setiap tempoh(tahun) penggunaannya. Oleh itu amaun belanja susut nilai juga harus menjadi sama rata.Formula untuk mengira belanja susut nilai tahunan ialah:Belanja susut nilai = Kos belian aset anggaran nilai sisaanTahunan Anggaran usia gunaContoh 2:Andaikan maklumat berikut diberi:

    Kos belian aset RM 75,000Anggaran nilai sisaan RM 6,000Anggaran usia guna 5 tahun

    JawapanBelanja susut nilai = RM 75,000 RM 6,000Tahunan 5

    = RM 69,000 5

    = RM 13,800Dalam contoh di atas, amaun RM 69,000 dikenali sebagai kos boleh disusutnilaikan. Ini bermaksudkos belian aset tetap disusutnilaikan hanya setakat RM 69,000 supaya kos yang masih tinggalmenjadi RM 6,000 sebagai nilai sisaan pada akhir usia gunanya. Amaun belanja susut nilaiRM 13,800 mewakili kadar 20% daripada kos boleh disusutnilaikan (RM 69,000).Kadar Susutnilai (%) = 100% = 100% = 20% Usia Guna 5 tahunSusut nilai tahunan = kadar x kos aset boleh disusutnilaikan. = 20% x RM 69,000

    = RM 13,800Kaedah garis lurus adalah kaedah yang paling senang digunakan dan kebanyakan syarikatmengamalkan kaedah ini.

    Belanja Susutnilai 31 Dis Susutnilai terkumpul 13,800

    Susutnilai Terkumpul31 Dis Belanja Susutnilai 13,800

    Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

  • Bab 5 : Perakaunan Aset Tetap

    147

    5.3.2.2 Kaedah Baki BerkuranganKaedah baki berkurangan digunakan apabila manfaat yang diperolehi daripada penggunaan asettetap itu menunjukkan corak penurunan iaitu menfaat diperolehi tinggi di awal tahun penggunaandan menurun di akhir tahun penggunaan. Oleh itu amaun susut nilai di bawah kaedah bakiberkurangan memberikan corak yang sama supaya sesuai dengan prinsip pemadanan iaitu amaunsusut nilai adalah tinggi di awal penggunaan dan berkurangan di akhir penggunaan.Corak peruntukan kos sebegini sebenarnya juga bertujuan untuk memberi perseimbangan antarabelanja susut nilai dan belanja penyelenggaraan setiap tahun. Biasanya pada awal tahunpenggunaan, kecekapan aset adalah tinggi dan tidak memerlukan belanja penyelenggaraan yangbanyak tetapi apabila sudah lama digunakan, kecekapan aset akan menjadi berkurang dan belanjapenyelenggaraan akan menjadi bertambah.Amaun belanja susut nilai di bawah kaedah baki berkurangan dikira dengan formula berikut:-Susut nilai tahunan = Kadar x Nilai buku pada awal setiap tahun

    Kadar yang digunakan adalah tetap untuk setiap tahun. Jika kadar tidak dikira, pengiraannyaadalah seperti berikut.Kadar susut nilai(dalam %)

    = 100 % x 2 usia guna

    Contoh 3:Andaikan maklumat sama seperti dalam contoh 2, tetapi kadar susut nilai ialah 40%.Tahun Belanja susut nilai tahunan Susut nilai

    Terkumpul (SNT)Nilai buku

    (kos asal SNT)0 RM 75,0001 40% x RM 75,000 = RM 30,000 RM 30,000 45,0002 40% x 45,000 = 18,000 48,000 27,0003 40% x 27,000 = 10,800 58,800 16,2004 40% x 16,200 = 6,480 65,280 9,7205 40% x 9,720 = 3,888

    hanya setakat RM 3,72069,000 6,000

    Untuk tahun terakhir, aset tetap tidak boleh disusutnilaikan sehingga melebihi anggaran nilaisisaan.

    Belanja SusutnilaiTahun 1 Susutnilai terkumpul 30,000

    Belanja SusutnilaiTahun 2 Susutnilai terkumpul 18,000

    Susutnilai TerkumpulTahun 1 Baki h/b 30,000 Tahun 1 Belanja Susutnilai 30,000Tahun 2 Baki h/b 48,000 Tahun 2 Belanja Susutnilai 18,000Tahun 3 Baki h/b 58,800 Tahun 3 Belanja Susutnilai 10,800Tahun 4 Baki h/b 65,280 Tahun 4 Belanja Susutnilai 6,480Tahun 5 Baki h/b 69,000 Tahun 5 Belanja Susutnilai 3,720

    Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

  • Bab 5 : Perakaunan Aset Tetap

    148

    5.3.2.3 Kaedah Jumlah Angka TahunanAmaun belanja susut nilai tahunan di bawah kaedah jumlah angka tahunan memberikan corakyang sama seperti kaedah baki berkurangan iaitu amaunnya tinggi dalam tahun-tahun permulaanpenggunaan aset dan berkurangan dalam tahun-tahun akhir pengunaannya.Belanja susut nilai dikira dengan formula berikut:Susut nilai tahunan = kos boleh disusutnilaikan x pecahan jumlah angka tahunan

    Kos boleh disusutnilaikan mewakili jumlah kos asal aset tetap selepas ditolak anggaran nilaisisaan. Pecahan pula mewakili sebahagian daripada jumlah angka tahun usia guna aset.Formula jumlah angka tahunan dikira seperti berikut:Jumlah angka tahunan = n (n + 1), di mana n = usia guna

    2Contoh 4:Andaikan maklumat yang sama dalam contoh 2. Anggaran usia guna 5 tahun.Jumlah Angka Tahunan = 5(5 + 1) = 15

    2Tahun Kos boleh disusutnilaikan

    (kos asal nilai sisaan)(75,000 6, 000)

    Belanja SNTahunan (RM)

    SNT(RM)

    Nilai buku(RM)

    0 75,0001 RM 69,000 5/15 x 69,000 = 23,000 23,000 52,0002 RM 69,000 4/15 x 69,000 = 18,400 41,400 33,6003 RM 69,000 3/15 x 69 000 = 13,800 55,200 19,8004 RM 69,000 2/15 x 69 000 = 9,200 64,400 10,6005 RM 69,000 1/15 x 69 000 = 4,600 69,000 6,000

    Nota:Angka penyebut dalam pecahan mestilah sentiasa konstan, iaitu 15 dalam contoh ini, tetapi angkapembilang akan menurun setiap tahun.

    Belanja SusutnilaiTahun 1 Susutnilai terkumpul 23,000

    Belanja SusutnilaiTahun 2 Susutnilai terkumpul 18,400

    Susutnilai TerkumpulTahun 1 Baki h/b 23,000 Tahun 1 Belanja Susutnilai 23,000Tahun 2 Baki h/b 41,400 Tahun 2 Belanja Susutnilai 18,400Tahun 3 Baki h/b 55,200 Tahun 3 Belanja Susutnilai 13,800Tahun 4 Baki h/b 64,400 Tahun 4 Belanja Susutnilai 9,200Tahun 5 Baki h/b 69,000 Tahun 5 Belanja Susutnilai 4,600

    Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

  • Bab 5 : Perakaunan Aset Tetap

    149

    5.3.2.4 Kaedah Unit AktivitiKaedah unit pengeluaran juga dikenali sebagai kaedah unit aktiviti. Kaedah ini menyatakan usiaaset tetap dalam bentuk ukuran aktiviti atau pengeluaran bukannya tahun (masa), yangdijangkakan daripada aset tetap tersebut. Contoh unit aktiviti atau unit pengeluaran ialah sepertikilometer (bagi kenderaan), unit pengeluaran dan jam beroperasi (bagi mesin dan peralatankilang). Berbanding kaedah garis lurus, kaedah unit pengeluaran sesuai digunakan jika amaunpenggunaan mesin yang diukur dengan pengeluaran adalah berbeza-beza dari tahun ke tahun. Inikerana ia memberi pemadanan belanja dan hasil yang paling baik.Di bawah kaedah ini untuk menentukan belanja susut nilai tahunan, kadar susut nilai seunit (jugasekilometer atau sejam) perlu dikira terlebih dahulu seperti berikut:Kadar susut nilai seunit = Kos boleh disusutnilaikan

    Jum anggaran unit aktivitiBelanja susut nilai tahunan pula dikira seperti berikut:Belanja susutnilaitahunan = Kadar susut nilai seunit x jum unit aktiviti sepanjang tahunContoh 5:Andaikan mesin dalam contoh 2 mempunyai anggaran jam beroperasi sepanjang 5 tahun ialah10,000 jam. Untuk tahun pertama operasi, jumlah jam beroperasi ialah 2,500 jam.Jawapan:Kadar susut nilai sejam = RM 75,000 RM 6,000

    10,000 jam= RM 6.90 sejam

    Belanja susut nilai tahun pertama = RM 6.90 x 2,500 jam= RM 17,250Belanja Susutnilai

    Tahun 1 Susutnilai terkumpul 17,250

    Susutnilai TerkumpulTahun 1 Belanja Susutnilai 17,250

    5.4 PELUPUSAN ASET TETAPPelupusan aset tetap boleh berlaku dalam empat situasi:a. Aset tetap dijual atau dibuang sebagai tiada nilai pada akhir usia gunanya.b. Aset tetap dijual sebelum sampai akhir usia gunanyac. Aset tetap lama ditukar dengan aset tetap baru.d. Aset tetap musnah disedabkan oleh bencana alam (tidak dibincangkan)

    Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

  • Bab 5 : Perakaunan Aset Tetap

    150

    Dalam setiap situasi di atas, akaun aset tetap terlibat berserta akaun susut nilai terkumpulnya perluditutup dengan mengkreditkan akaun aset tetap dan mendebitkan akaun susut nilai terkumpul.Sebarang untung atau rugi daripada pelupusan aset tetap ini perlu diiktiraf dan ditunjukkan dalampenyata pendapatan.Bagi situasi yang melibatkan jualan, untung atau rugi daripada aset tetap dikira denganmembandingkan nilai buku aset tetap dengan harga jualan. Jika harga jualan aset tetap itumelebihi nilai bukunya, perbezaan tersebut itu dikenali sebagai rugi atas jualan. Jika harga jualanbersamaan dengan nilai buku, maka tiada untung atau rugi daripada jualan. Untung atau rugi atasjualan aset tetap perlu dilaporkan dalam bahagian lain-lain hasil atau lain-lain belanja dalampenyata pendapatan.Contoh-contoh berikut menerangkan bagaimana catatan perakaunan dibuat apabila pelupusanaset tetap berlaku.5.4.1 Aset Tetap DijualContoh 7:Andaikan sebuah mesin telah dibeli pada 1 Januari 1996 dengan dengan kos RM 1,000, anggaranusia guna 5 tahun dan tiada nilai sisaan. Andaikan kaedah garis lurus digunakan untuk mengirasusut nilai.Kes A: Pada 31 Disember 2000 (akhir usia guna), mesin dibuang tanpa sebarang nilai.Catatan jurnal ialah:

    Dt. Susut nilai terkumpul RM 1,000Kt. Mesin RM 1,000(Hapus kira akaun mesin dan akaun susut nilai terkumpul apabila mesin dibuang)

    Kes B: Pada 1 Januari 1998, mesin dijual dengan harga RM 800.Catatan jurnal ialah:

    Dt. Tunai RM 800Dt. Susut nilai terkumpul 400*Kt. Mesin RM 1,000Kt. Untung atas jualan mesin 200**(merekod jualan mesin dan mengiktiraf untung atas jualan mesin)*(RM 1,000 / 5) x 2**Nilai buku = RM 1,000 RM 400 = RM 600 Untung = RM 800 RM 600

    Kes C: Pada 1 Jan 1998, mesin dijual dengan harga RM 500Catatan jurnal ialah:

    Dt. Tunai RM 500Dt. Susut nilai terkumpul 400Dt. Rugi atas jualan mesin 100*Kt. Mesin RM 1,000(merekod jualan mesin dan mengiktiraf rugi atas jualan mesin)*RM 500 RM 600

    Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

  • Bab 5 : Perakaunan Aset Tetap

    151

    5.4.2 Pertukaran Aset tetap (Exchange of Fixed Assests)Aset tetap juga mungkin ditukar dengan aset tetap yang lain sama jenis atau tidak sama jenis.Mengikut IAS 16, jika pertukaran aset tetap adalah antara aset yang tidak sama jenis, sebaranguntung atau rugi daripada pertukaran perlu diiktiraf. Bagi pertukaran yang melibatkan aset tetapyang sama jenis, tiada sebarang untung atau rugi yang perlu diiktiraf jika aset yang ditukarmempunyai nilai saksama yang sama seperti aset yang diterima. Dalam kes ini, nilai aset barumewakili nilai buku aset yang ditukar.Jika pertukaran melibatkan nilai saksama yang tidak sama antara aset yang ditukar dengan asetyang diterima dan melibatkan pula elaun tukar niaga, iaitu sejumlah tunai diberikan untuk asettetap lama yang ditukar, sebarang untung atau rugi daripada pertukaran ini perlu diiktiraf. Untungatau rugi dikira dengan membandingkan elaun tukar niaga dengan nilai buku aset yang ditukar.Oleh kerana pertukaran aset tetap kerap berlaku untuk aset tetap yang sama jenis, makaperbincangan kita hanya untuk pertukaran aset tetap yang sama jenis sahaja.Contoh 8:Maklumat mesin lama ialah:

    Kos mesin lama RM 200,000Susut nilai terkumpul RM 150,000

    Kes A: Andaikan pertukaran mesin lama dan mesin baru mempunyai nilai saksama yang sama.Catatan jurnal ialah:

    Dt. Mesin (baru) RM 50,000*Dt. Susut nilai terkumpul (mesin lama) 150,000Kt. Mesin (lama) RM 200,000(Merekod pertukaran mesin yang melibatkan nilai saksama yang sama)*Bersamaan dengan nilai buku mesin lama, RM 200 000 RM 150 000.

    Kes B: Andaikan mesin baru mempunyai nilai saksama RM 80,000 dan elaun tukar niagaRM 55,000 diberi mesin lama.

    Untung tukar niaga = elaun tukar niaga nilai buku(tidak diiktiraf) = RM 55,000 RM 50,000

    = RM 5,000Tunai dibayar = Nilai mesin baru elaun tukar niagaUntuk mesin baru = RM 80,000 RM 55,000

    = RM 25,000Nilai untung atas pertukaran sebanyak RM 5,000 akan mengurangkan kos mesin baru.

    Kos mesin baru RM 80,000Untung tukar niaga RM 5,000Kos yang direkod untuk mesin baru RM 75,000

    Catatan jurnal:Dt. Mesin (baru) RM 75,000Dt. Susut nilai terkumpul (mesin lama) 150,000Kt. Mesin (lama) RM 200,000Kt. Tunai 25,000

    (Merekod pertukaran mesin dan pembayaran tunai)

    Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

  • Bab 5 : Perakaunan Aset Tetap

    152

    Kes C:Andaikan mesin baru mempunyai nilai saksama RM 80,000 dan elaun tukar niaga RM 40,000diberi untuk mesin lama.

    Rugi dari pertukaran = RM 40,000 RM 50,000(diiktiraf) = RM 10,000Tunai akan dibayar = RM 80,000 RM 40,000

    = RM 40,000Catatan jurnal:

    Dt. Mesin (baru) RM 80,000Dt. Susut nilai terkumpul (mesin lama) 150,000Dt. Rugi dari pertukaran mesin 10,000Kt. Mesin (lama) RM 200,000Kt. Tunai 25,000(Merekod pertukaran mesin dan pembayaran tunai)

    Contoh soalan dan jawapanSarasota Sodas pengedar minuman ringan (dalam tin). Berikut adalah aset tetap yang dipetik darikunci kira-kira Sarasota pada 31 Disember 1999.

    Tanah 300,000Bangunan 250,000Susut Nilai Terkumpul Bangunan (22,500) 227,500Trak penghantaran 60,000Susut Nilai Terkumpul Trak (22,000) 38,000

    Berikut adalah urusniaga yang berlaku sepanjang tahun 2000.Jan 1 Menjual trak penghantaran yang berkos RM 35,000 pada harga RM 23,000. Susut

    nilai terkumpul trak pada 31/12/99 adalah RM 15,000.Apr 1 Membeli mesin mengetin pada harga RM 320 000 dan sebuah mesin membungkus

    pada harga RM 150,000. Mesin pengetin mempunyai usia guna 15 tahun dan nilaisisa RM 40,000. Manakala mesin pembungkus mempunyai usia guna 6 tahun danbernilai sisa RM 3,000. Kaedah baki berkurangan digunakan untuk mengira susutnilai mesin pengetin dan kaedah angka tahunan untuk mesin pembungkus.

    Nov 1 Menukar sebuah trak lama dengan trak baru. Trak lama berkos RM 25,000 danmempunyai nilai sisa RM 1,000 dan usia guna 5 tahun. Susut nilai kaedah garis lurusdigunakan. Susut nilai terkumpul trak lama pada 1/11/99 adalah RM 11,000. Trakbaru berharga RM 40,000 dan Sarasota membayar tunai sebanyak RM 28,000 dalampertukaran tersebut.

    Dec 31 Rekod semua susut nilai di akhir tempoh perakaunan. Bangunan mempunyai usiaguna 10 tahun dan nilai sisa RM 25,000. Kaedah garis lurus digunakan dalammengira susut nilai bangunan dan trak. Trak baru mempunyai usia guna 5 tahun dannilai sisa RM 4,000.

    Dikehendaki:Rekod semua urusniaga di atas serta rekod belanja susut nilai pada akhir tahun.

    Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

  • Bab 5 : Perakaunan Aset Tetap

    153

    Jawapan:Tarikh Butiran Debit Kredit

    Jan 1 TunaiSusut nilai terkumpul Trak

    Trak Untung atas jualan(Merekod jualan trak)

    23,00015,000

    35,0003,000

    Apr 1 Mesin mengetinMesin membungkus Tunai(Merekod belian mesin mengetin & mesin membungkus)

    320,000150,000

    470,000Nov 1 Trak (baru)

    Susut nilai terkumpul Trak (lama)Rugi atas Pertukaran Trak Trak (lama) Tunai(Merekod pertukaran Trak Lama kepada Trak Baru)Nilai buku = 25,000 11,000 = 14,000Rugi = Elaun Tukar Niaga Nilai Buku

    = (40,000 28,000) 14,000 = (2,000)

    40,00011,0002,000

    25,00028,000

    31 Dis Belanja susut nilai bangunan Susut nilai terkumpul Bangunan(Merekod belanja susut nilai bangunan)BSN = 250,000 2, 000 10 tahun

    22,50022,500

    Belanja susut nilai Mesin Mengetin Susut nilai terkumpul Mesin Mengetin(Merekod belanja susut nilai mesin mengetin)Kadar SN = (100% / 15) x 2 = 13%BSN = 320,000 x 13% = 41,600 x 9 / 12

    31,20031,200

    Belanja susut nilai Mesin Membungkus Susut nilai terkumpul Mesin Membungkus(Merekod belanja susut nilai mesin membungkus)Jum angka tahunan = 6(6 + 1) / 2 = 21BSN = (150,000 3,000) x 6 / 21 = 42 000 x 9 / 12

    31,50031,500

    Belanja susut nilai Trak Baru Susut nilai terkumpul Trak Baru(Merekod belanja susut nilai Trak baru)40,000 4,000 = 7,200 x 2 / 12 5

    1,2001,200

    Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

  • Bab 5 : Perakaunan Aset Tetap

    154

    5.5 PERSEMBAHAN ASET TETAP DALAM PENYATA KEWANGAN

    Sarasota SadasKunci Kira-kira (bahagian Aset Tetap)

    Pada 31 Disember 2000Aset Tetap

    Tanah 300,000Bangunan 250,000- Susutnilai Terkumpul - Bangunan (45,000) 205,000Trak Penghantaran 40,000- Susutnilai Terkumpul Trak Penghantaran (1,200) 38,800Mesin Mengetin 320,000- Susutnilai Terkumpul Mesin Mengetin (31,200) 288,800Mesin Membungkus 150,000- Susutnilai Terkumpul Mesin Membungkus (31,500) 118,500

    Jumlah Aset Tetap 951,100

    Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online