Penyimpanan Bahan

15
DBK-1242 PENGURUSAN BENGKEL DAN MAKMAL PENYIMPANAN BAHAN PENYIMPANAN BAHAN MERUPAKAN SATU PROSES DI DALAM MEMASTIKAN BAHAN-BAHAN YANG DIKENALI SEBAGAI STOK ATAU ASET BERADA DALAM KEADAAN YANG TERATUR DAN SELAMAT. TERDAPAT EMPAT KAEDAH PENYIMPANAN INI,EMPAT KAEDAH PENYIMPANAN TERSEBUT ADALAH; (a) Menggunakan ruang simpanan secara ekonomik (b) Menyusun dengan cara yang teratur (c) Menyusun agar tidak menghalang kerja-kerja pemunggahan (d) Menyusun bagi memudahkan pengeluaran mengikut sistem MDKD STOK YANG DISIMPAN PERLU DIJANGKA KEKERAPAN PENGGUNAANNYA KEMBALI BAGI MENGANGGAR MASA PENGELUARANNYA. SISTEM LETAKAN STOK TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU: 1.LETAKAN STOK TETAP - Pengeluaran stok adalah jarang,mengikut keperluan. 2.LETAKAN STOK RAMBANG - Pengeluaran stok adalah kerap 1

Transcript of Penyimpanan Bahan

Page 1: Penyimpanan Bahan

DBK-1242 PENGURUSAN BENGKEL DAN MAKMAL

PENYIMPANAN BAHAN

PENYIMPANAN BAHAN MERUPAKAN SATU PROSES DI DALAM MEMASTIKAN BAHAN-BAHAN YANG DIKENALI SEBAGAI STOK ATAU ASET BERADA DALAM KEADAAN YANG TERATUR DAN SELAMAT.

TERDAPAT EMPAT KAEDAH PENYIMPANAN INI,EMPAT KAEDAH PENYIMPANAN TERSEBUT ADALAH;

(a) Menggunakan ruang simpanan secara ekonomik

(b) Menyusun dengan cara yang teratur

(c) Menyusun agar tidak menghalang kerja-kerja pemunggahan

(d) Menyusun bagi memudahkan pengeluaran mengikut sistem MDKD

STOK YANG DISIMPAN PERLU DIJANGKA KEKERAPAN PENGGUNAANNYA KEMBALI BAGI MENGANGGAR MASA PENGELUARANNYA.

SISTEM LETAKAN STOK TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU:

1.LETAKAN STOK TETAP

- Pengeluaran stok adalah jarang,mengikut keperluan.

2.LETAKAN STOK RAMBANG

- Pengeluaran stok adalah kerap

1

Page 2: Penyimpanan Bahan

DBK-1242 PENGURUSAN BENGKEL DAN MAKMAL

PERATURAN AM PENSTORAN

(a) Ruang stor dibahagikan kepada beberapa seksyen seperti seksyen elektrik, mekanikal, alat ganti, bahan kimia, alat tulis dan sebagainya.

(b) Diberi tanda pengenalan dengan menggunakan susunan abjad atau nombor atau kedua-duanya sekali.Setiap para melintang diberi satu huruf dan setiap jalur kotak (tegak) diberi satu nombor.

Contoh: Pensil 2B terletak di Seksyen A, rak nombor 1, para B

dan kotak nombor 2

*LOKASI Pensil 2B ialah di A-1B2

SISTEM PENYIMPANAN BAHAN DI DALAM STOR

2

Page 3: Penyimpanan Bahan

DBK-1242 PENGURUSAN BENGKEL DAN MAKMAL

Rajah 1.0 : Lokasi Penyimpanan Barang

CONTOH-CONTOH PENYIMPANAN BARANG DI DALAM STOR:

(a) Stor yang bersih dengan simpanan barang yang tersusun rapi serta system lokasi yang jelas bagi memudahkan pelaksanaan segala aspek pengurusan stor.

Rajah 1.1 : Penyimpanan Barang yang tersusun rapi dan lokasi yang jelas.

3

Page 4: Penyimpanan Bahan

DBK-1242 PENGURUSAN BENGKEL DAN MAKMAL

(b) Stor yang penuh sesak dengan pelbagai jenis barangan yang mencerminkan tahap pembelian oleh jabatan.

Rajah 1.2 : Keadaan stor yang sesak

4

Page 5: Penyimpanan Bahan

DBK-1242 PENGURUSAN BENGKEL DAN MAKMAL

(c) Stor yang mempunyai rak yang teguh tetapi tidak mahir dalam menyusun barang-barang iaitu tidak menggunakan ruangan secara maksimum.

Rajah 1.3 : Penyusunan barang yang tidak mahir

5

Page 6: Penyimpanan Bahan

DBK-1242 PENGURUSAN BENGKEL DAN MAKMAL

(d) Stor yang penuh dengan alat tulis yang mungkin mudah diperolehi daripada pasaran tempatan.

6

Page 7: Penyimpanan Bahan

DBK-1242 PENGURUSAN BENGKEL DAN MAKMAL

Rajah 1.3

(e) Ruang stor yang sempit menyebabkan sebahagian barang-barang masih berada didalam peti dan menyulitkan kerja-kerja penyemakan/menjustifikasikan stok.

Rajah 1.4 : Keadaan stor yang sesak dan tiada kemasan

7

Page 8: Penyimpanan Bahan

DBK-1242 PENGURUSAN BENGKEL DAN MAKMAL

KONSEP PERALATAN

Peralatan industri merujuk kepada mesin-mesin,loji-loji,alat-alat pengangkutan alat-alat yang membantu perkhidmatan serta kedudukan ruang-ruang.Didalam penyimpanan bahan,konsep perlatan bahan tersebut memainkan peranan di dalam menentukan tempat penyimpanan bahan itu.

JENIS BAHAN DAN TEMPAT PENYIMPANAN YANG BETUL:

8

Page 9: Penyimpanan Bahan

DBK-1242 PENGURUSAN BENGKEL DAN MAKMAL

9

Jenis Barang Tempat Penyimpanan

Barang tidak tahan lembab

(transforma & lensa kamera)

Bilik kering

Ubat-ubatan Bilik hawa dingin

Cat-cat dan tayar Ruang bersiling

Barang yang tahan kepada cuaca panas & hujan

Di tempat lapang dan berpagar

Barang tercerai Disimpan dalam bekas standard bagi memudahkan pengeluaran.

Barang yang tidak boleh dibungkus seperti alat perkakas disusun atau ditindan dengan baik untuk mengelak dari berkarat dan rosak.

Jenis Barang Tempat Penyimpanan

Simen-simen dan kayu Di ruang kering yang mempunyai laluan angin.

Barang-barang berat Diletakan paras rak paling bawah untuk keselamatan.

Barang berharga & menarik Dalam almari atau tempat berkunci.

Page 10: Penyimpanan Bahan

DBK-1242 PENGURUSAN BENGKEL DAN MAKMAL

PENYIMPANAN BARANG BERDASARKAN TARIKH LUPUT:

Menanda Tarikh Luput Tempoh

Tarikh luput dicatat di kotak, bekas atau bungkusan barang.

Senarai Barang Semua barang bertarikh luput hendaklah disenaraikan.

Kod Warna Teg biru dikepilkan pada Kawalan Stok

Sistem MDKD Menggunakan Sistem MDKD.

Penyelenggaraan Buku Daftar

Penyediaan Buku Daftar menggunakan Kew. 300-Q.

6 bulan sebelum tamat tempoh hendaklah dicatatkan di ruangan khas

PENYIMPANAN BAHAN KIMIA DAN BAHAN MUDAH TERBAKAR:

PENYIMPANAN BAHAN KIMIA:

a.Penyimpanan bahan-bahan kimia hendaklah dilakukan dengan tepat dan baik.Ini bagi mengelakkan kemungkinan berlaku kemalangan yang berbahaya.Berikut adalah antara prosedur yang perlu diikuti didalam penyimpanan bahan kimia:

I Klorid kapur, soda api, karbon tetra klorid, kaliam hidroksid, kuperam sulfat, amonia klorid disimpan di tempat dingin dan kering.

10

Page 11: Penyimpanan Bahan

DBK-1242 PENGURUSAN BENGKEL DAN MAKMAL

Ii Bekas dialas dengan platform kayu.

Iii Bahan kimia berlainan jenis disimpan dalam bekas berasingan.

Jenis bahan kimia dan tempat penyimpanan yang betul:

Jenis Bahan Kimia Tempat Penyimpanan

Minyak Petrol & Disel Simpan jauh dari bangunan stor & jika boleh tangki bawah tanah.

Bahan Mudah Terbakar Cecair, gas,asid & kimia yang mudah terbakar hendaklah disimpan di bangunan berasingan, lengkap dengan alat pencegah kebakaran.

Tanda Pengenalan Bekas-bekas diberi tanda pengenalan secukupnya.

PRINSIP-PRINSIP PENYIMPANAN PERALATAN

a. Butiran peralatan harus disimpan dalam kotak asalnya

b. Kotak harus dibubuh tarikh menerimanya

c. Kedudukan karton tidak seharusnya betul-betul atas lantai supaya tidak dirosakkan oleh tumpahan ataupun banjir.

d. Hindarkan susunan bertingkat yang melampau tinggi kerana berat yang melampau akan dikenakan ke atas karton yang dibawah.

11

Page 12: Penyimpanan Bahan

DBK-1242 PENGURUSAN BENGKEL DAN MAKMAL

e. Jika kotak dibuka dan sebahagian sahaja digunakan,maka label harus diubah mengikut yang sepatutnya.

f. Peralatan kaca yang tidak disimpan dalam kotak,boleh disimpan diatas unit rak logam dengan pemisah tegak untuk mengasingkan peralatan tersebut mengikut kumpulan yang munasabah.

g. Peralatan kaca amat mudah pecah jika dibiarkan bersentuhan antara satu sama lain.Maka tidak boleh menerima semula peralatan kaca ke dalam stok setelah dikeluarkan,melainkan dalam kes melibatkan peralatan kompleks ataupun mahal.

h. Barangan plastic pakai-buang amnya mempunyai hayat simpanan yang lebih panjang,terutama politena atau polipropilena.

i. Sebaliknya,politrena menjadi rosak dengan cepat sekiranya terdapat wap pelarut organic dan menjadi ckup rapuh sehingga menjadi retak jika terhentak,sungguhpun disimpan dalam karton penghantarannya.

j. Banyak barangan pakai-buang diperoleh didalam kotak nyah kuman dan barangan seperti ini mestilah dikeluarkan dalam keadaan asalnya dan tidak harus dibuka di dalam stor.

k. Pencemaran yang terjadi tidak sahaja kan merosakkan kerja uji kaji,tetapi dalam kes picagari,jarum dan sebagainya,juga boleh boleh menyebabkan jangkitan kuman.

l. Barang pakai-buang diperbuat daripada kertas seperti kertas tisu dan topeng muka menjadi rosak debgan cepat dengan keadaan lembab dan oleh keran bahan ini biasanya distokkan dalam kuantiti yang besar,ada baiknya disediakan satu kawasan khas penyimpananya.

m. Untuk bahan-bahan unit kecil,unit laci adalah lebih sesuai keran boleh dibahagi ruang dengan mudah.

n. Rak dan tong juga boleh digunakan menyimpan barangan yang cenderung dicuri.

o. Sebagai satu peraturan umum,barangan berat haruslah disimpan berhampiran paras lantai dan barangan yang lebih ringan pada rak yang lebih tinggi (kurangkan risiko kerja berat,meminimumkan risiko kecederaan)

12

Page 13: Penyimpanan Bahan

DBK-1242 PENGURUSAN BENGKEL DAN MAKMAL

p. Peralatan yang mempunyai bahagian dan alat tambahan yang boleh ditanggal dapat menimbulkan masalah kerana terdapat kecenderungan untuk bahagian dan sesetengah bahagian kecil tidak mudah dikenal pasti dan mungkin dibuang.

q. Lebih baik sekiranya semua alat tambahan yang begitu disimpan didalam kotak atau beg dan dilekatkan pada peralatan berkenaan.

r. Bahan-bahan ini juga dikesani oleh haba,kelembapan dan pencemaran kimia serta sinaran daripada sumber menhgion daripada radioaktif dan elektrik.

s. Bahan fotografi dan fotokopi amnya memounyai hayat penyimpanan yang terhad dan oleh out herus dikeluarkan mengikut giliran.

t. Filem fotografi,terutamanya bahan warna,menjadi rosak dengan cepat pada suhu tinggi dan juga dalam persekitaran lembap.

u. Pengilang utama memberikan panduan tentang penyimpanan barangan keluaran mereka dalam cuaca tropika.

13