Penulisan Refleksi

30
KOD & NAMA KURSUS KPR 3012: SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR TAJUK DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK PROGRAM SITI NURANIS SOFIA BT MOHAMAD FAUZI D20111047860 AT09 PENSYARAH: PUAN NORAZILAWATI BINTI ABDULLAH KUMPULAN : AT09 ( SAINS PERTANIAN) PENULISAN REFLEKSI PEMARKAHAN

description

praktikum

Transcript of Penulisan Refleksi

(PEMARKAHAN)RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

KPR 3012: SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR

TAJUK

(PENULISAN REFLEKSI)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA

NO. MATRIK

PROGRAM

SITI NURANIS SOFIA BT MOHAMAD FAUZI

D20111047860

AT09

PENSYARAH: PUAN NORAZILAWATI BINTI ABDULLAH

KUMPULAN : AT09 ( SAINS PERTANIAN)

TARIKH :

Penulisan Refleksi

1.0 Pendahuluan

Pada 13 Julai 2014 hingga 6 November 2014 tahun lalu, saya telah menjalani praktikal selama 4 bulan di Sekolah Menengah Dato Lela Pahlawan yang terletak di Padang Serai, Kedah. Semasa saya berkhidmat di sana saya telah diberikan amanah untuk mengambil alih kelas Tingkatan 4 aliran Sains Pertanian, Tingkatan 2 (Kemahiran Hidup Pilihan 2) dan Tingkatan 1 (Kemahiran Hidup Pilihan 1). Sepanjang saya berpraktikal di sana, saya mendapati mata pelajaran Sains Pertanian dan Kemahiran Hidup sukar untuk difahami oleh pelajar walaupun hakikatnya mata pelajaran tersebut tidaklah sesukar mana. Hal ini kerana, sekolah kekurangan kelengkapan yang memudahkan pelajar yang mengambil aliran tersebut untuk memahami dengan lebih mendalam.

Kebanyakan pelajar yang mengambil mata pelajaran Sains Pertanian tidak mempunyai banyak pengalaman berkaitan dengan ilmu pertanian. Oleh itu, ia menjadi agak sukar kepada saya untuk menerangkan kepada mereka bagaimana sesuatu kaedah dijalankan ke atas pokok sewaktu kelas amali berlangsung. Tambahan pula, kekurangan alatan untuk bertani juga menjadi salah satu punca kepada mereka untuk memahami sesuatu kaedah itu dijalankan ke atas pokok dengan lebih jelas. Begitu juga dengan mata pelajaran Kemahiran Hidup, rata-rata pelajar saya tidak dapat memahami kegunaan mesin-mesin yang terdapat dalam silibus buku teks Kemahiran Hidup kerana kesemua mesin tersebut tidak ada di dalam bengkel untuk didemonstrasikan.

Malah , saya telah menggunakan pelbagai inisiatif bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Walaupun terdapat banyak gangguan dan kekangan semasa menjalani latihan mengajar tersebut, namun saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah berjaya menamatkan latihan mengajar tanpa sebarang masalah. Terdapat banyak perkara yang saya telah pelajari sepanjang saya menjalani latihan mengajar di sekolah tersebut. Oleh itu, refleksi ini akan membincangkan isu / masalah yang dihadapi, mengenal pasti mengapa masalah tersebut berlaku serta memberikan langkah penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang telah saya kemukan berdasarkan maklum balas guru pembimbing dan pensyarah.

2.0 Hasil Dapatan

Isu/Masalah 1

Semasa pertama kali diselia oleh guru pembimbing, saya telah mendapat beberapa komen yang perlu diberi perhatian antarannya ialah saya perlu pelbagaikan kaedah pengajaran dengan membuat aktiviti yang lebih menarik. Semasa mengajar topik penggunaan pengawalatur, saya mendapati pelajar kurang berminat dan memberi tumpuan kepada saya. Mereka hanya dapat menumpukan perhatian pada 30 minit awal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selepas 30 minit berlalu, mereka mula menunjukkan tanda-tanda tidak berminat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Apabila, saya menyuruh mereka melakarkan peta minda mengenai topik penggunaan pengawalatur ini untuk menguji kefahaman mereka, kebanyakan mereka masih tidak memahami sepenuhnya topik ini.

Analisis Masalah

Setelah mengenal pasti mengapa masalah ini berlaku, saya mendapati kaedah pengajaran yang digunakan oleh saya agak membosankan. Saya banyak menggunakan kaedah bersyarah di hadapan kelas. Para pelajar tidak berpeluang mengemukan soalan kerana saya tidak memberi ruang kepada mereka untuk bertanya. Saya juga menggunakan bahan bantu mengajar yang yang kurang menarik dan sesuai bagi topik pengajaran ini. Saya seharusnya perlu lebih peka dengan keadaan pelajar-pelajar saya.

Cadangan/ Tindakan

Jadi, sebagai langkah penambahbaikan saya perlu pelbagaikan teori, kaedah, dan teknik semasa saya menjalankan pengajaran bagi topik tersebut. Aktiviti meneka gambar pada sesi induksi dan menggunakan peta i-think dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar, menarik perhatian mereka disamping membantu pelajar bersedia dari sudut kognitif dan afektif serta untuk mengetahui pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi pelajar. Menurut Ausubel (1978), aktiviti mencungkil idea sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia merupakan langkah pertama ke arah memurni, menstruktur semula dan/atau mengatasi sebarang prakonsepsi/miskonsepi yang kemungkinan ada pada pelajar. Selain itu, saya juga perlu menggunakan teknik penyoalan, semasa saya bertanya soalan kepada pelajar-pelajar saya. Saya juga boleh menggunakan kaedah pembelajaran koperatif iaitu apabila saya meminta pelajar-pelajar berbincang untuk mendapat satu jawapan yang dipersetujui sesama mereka dalam kumpulan. Menurut Tay (2000), pembelajarankoperatif bermaksud sekumpulan murid bekerjasama belajar dalam kumpulan kecil bagi mencapai matlamat pendidikan yang dikongsi bersama.

Malah, saya boleh menggunakan pengajaran ekspositori apabila saya bersyarah dan memberitahu pelajar tentang kepentingan pengunaan pengawalatur dan fungsi hormon dalam pertumbuhan tumbuhan. Saya juga boleh mengaplikasikan teori pembelajaran behavioris, semasa saya meminta pelajar-pelajar menepuk tangan apabila pelajar lain mampu menjawab soalan dengan betul serta menggunakan teknik ganjaran kepada mereka sebagai satu usaha untuk memotivasi pelajar-pelajar agar mereka terus aktif dalam pembelajaran. Situasi ini memberikan satu iktibar yang amat penting kepada saya bahawa sebagai seorang guru yang berkaliber dan dedikasi, kita perlulah bijak mengaplikasikan pelbagai teori, kaedah, dan teknik semasa mengajar supaya kita dapat menyampaikan kandungan pengajaran kita dengan sempurna di samping para pelajar tidak bosan dengan pengajaran kita.

Di samping itu juga, penggunaan pelbagai media bahan bantu mengajar, iaitu slaid-slaid power point dan juga model serta lembaran kerja yang menarik perlu saya gunakan semasa menjalankan pengajaran bagi topik ini serta topik-topik lain untuk membolehkan pelajar mengekalkan minat dan motivasi mereka terhadap pelajaran, menyebabkan mereka sentiasa melibatkan diri secara aktif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, dan membolehkan mereka lebih mengingati kandungan pembelajaran yang telah saya ajar. Saya juga boleh menggunakan kaedah akronim bagi memudahkan murid-murid mengingati setiap fungsi pengawalatur terlibat dalam pertumbuhan tumbuhan. Oleh itu, BBM dan juga lembaran kerja juga memainkan peranan dalam pelaksanaan pengajaran yang berjaya dan berkesan.

Aplikasi Ke Atas Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Sains Pertanian

Tingkatan : 4 IntanKedatangan: _17_/_17_

Tarikh : 24 Mac 2014Masa : 11.15-12.35 tengahari

Kelas : Teori

Tema/Bidang Pembelajaran

2.0 Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan dan Hasil Tumbuhan

2.6.1 Penggunaan Pengawalatur

Objektif pengajaran

Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat :

1. Menjelaskan kesan pengawalatur pertumbuhan.

2. Menerangkan kesan-kesan pengawalatur pertumbuhan.

3. Menerangkan penggunaan pengawalatur dengan berkesan

Pengetahuan Sedia Ada

Pelajar mengetahui jenis hormon yang terlibat dalam penggunaan pengawalatur

Nilai Murni dan Sikap

Patuh arahan dan bekerjasama

Media dan Alat/Bahan Bantu Mengajar

Tayangan slaid, LCD, laptop dan kertas mahjong, peta i-think,lembaran kerja,gambar

Sumber Rujukan

1. Buku Panduan Sains Pertanian KBSM, 2002, KPM

2. Internet

Langkah Keselamatan (jika ada)

-

LANGKAH/MASAISI KANDUNGANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KAEDAH P & P

KBKK, ABM, NILAI MURNI DAN SIKAP

AKTIVITI GURUAKTIVITI PELAJAR

PENGENALAN

SET INDUKSI

(10 minit)

-Pengunaan pengawalatur terdiri daripada :

1) Aruhan pembungaan

2)Pengurusan tapak semaian.

3)Penghasilan tumbuhan rendah.

4)Pengurangan kos pemangkasan

-Guru menunjukkan gambar kepada murid

1) gambar pokok bunga raya.

-Guru mengaitkan gambar tersebut dengan topik yang akan dipelajari.

-Guru mengedarkan peta i-think untuk meningkatkan lagi kefahaman murid.

Murid berfikir dan menyumbang idea.

-Murid cuba mengimbas kembali pengajaran lalu dan mengaitkan dengan topik yang akan dipelajari.

-Setiap murid akan mendapat helaian peta i-think.

Kaedah P&P :

Imbas kembali

Interaksi 2 hala

BBM :

Gambar

Peta i-think

Langkah 1

(40 minit)

(menstruktur idea)

Aras 1

Menjelaskan kesan pengawalatur pertumbuhan.

-mempengaruhi pembungaan

-mempengaruhi kemasakan

-meningkatkan hasil

-mengawal pertumbuhan vegatatif

Aras 2

Menerangkan penggunaan pengawalatur pertumbuhan dalam

1)aruhan pembungaan

2)pengurusan tapak semaian

3)penghasilan tumbuhan rendah

4)pengurangan kos pemangkasan

-Guru menerangkan mengenai kesan pengawalatur pertumbuhan kepada murid dengan menggunakan nota-nota slaid power point.

-Guru menggunakan teknik akronim bagi memudahkan murid menghafal fungsi hormon.

-Guru memberi ruang kepada murid untuk bertanyakan soalan.

-Guru membincangkan mengenai penggunaan pengawalatur.

-Murid mendengar dengan teliti.

-Murid menghafal fungsi hormon dengan menggunakan kaedah akronim.

-Murid bertanyakan soalan yang tidak difahami kepada guru.

-Murid memberi respon kepada perbincangan yang diadakan.

Kaedah P&P :

-penerangan

-soal jawab

-perbincangan

-interaksi 2 hala

BBM :

-nota slaid

-buku teks

Langkah 2

(20 minit)

(Aplikasi idea)

Aktiviti melakar peta minda dalam kumpulan

dan lembaran kerja.

-Guru menyuruh murid berkumpul mengikut kumpulan yang telah diberi.

-Guru mengedarkan kertas majong kepada setiap ahli kumpulan.

-Guru memberi masa kepada murid untuk mengeluarkan isi-isi penting.

-Guru menyuruh setiap ahli kumpulan keluar ke hadapan kelas untuk berkongsi hasil lakaran peta minda kepada rakan-rakan lain.

-Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

-Murid berkumpul mengikut kumpulan yang diberi.

-Setiap kumpulan mendapat satu kertas majong.

-Murid-murid menggunakan masa yang diberi untuk mengeluarkan isi-isi penting.

-Wakil keluar ke hadapan untuk membentangkan hasil lakaran peta minda.

-Setiap murid mendapat helaian yang diberikan oleh guru.

Kaedah P&P :

Sumbang saran

Membimbing

Pembelajaran koperatif

Pusatkan bahan

Interaksi 2 hala

BBM :

Kertas mahjong

Lembaran kerja

Nilai murni dan sikap :

Bekerjasama, berani

Penutup

(10 minit)

-Rumusan isi pelajaran

-Guru meminta seorang wakil untuk merumuskan isi pelajaran yang dipelajari pada hari ini.

-Guru merumuskan semula isi pelajaran yang telah dipelajari pada hari ini.

-Guru mengingatkan murid untuk bersedia dengan topik pengajaran akan datang.

-Wakil bangun dan merumuskan isi pelajaran yang telah dipelajari.

-Murid memberi tumpuan

-Murid mencatat sebagai tanda peringatan.

Kaedah P&P

Interaksi 2 hala

Nilai murni:

Peka

Isu/Masalah 2

Pemantauan di dalam kelas juga agak lemah. Saya mendapati beberapa orang pelajar di bahagian belakang kelas selalu membuat bising semasa pengajaran saya. Mereka berbual dengan kawan ataupun bising sewaktu pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Ada kalanya saya terpaksa berhenti mengajar kerana kebisingan pelajar-pelajar ini di dalam kelas secara tidak langsung ia akan menggangu pengajaran pelajar-pelajar lain sehingga mereka tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran saya.

Analisis Masalah

Saya banyak menghabiskan masa berada di hadapan kelas dan tidak memantau aktiviti pelajar di setiap penjuru dan bahagian belakang kelas. Saya juga perlu lebihkan perhatian kepada pelajar yang kurang menonjol di dalam kelas. Disebabkan itulah, mereka banyak melakukan aktiviti sendiri dan mula sembang sesama mereka. Mereka tidak menumpukan perhatian kerana mungkin tidak faham dan mula melakukan kerja masing-masing. Pelajar-pelajar ini mungkin berfikir, guru hanya menumpukan perhatian pada pelajar di bahagian hadapan dan tidak pedulikan mereka. Oleh itu, mereka mungkin sudah hilang minat untuk belajar untuk pengajaran pada waktu itu. Pemikiran sebegini harus dibendung kerana pelajar-pelajar ini mungkin akan melakukan perkara yang sama bagi mata pelajaran lain.

Cadangan/ Tindakan

Oleh itu, sebagai langkah penambahbaikan saya tidak boleh berdiri statik di hadapan kelas semasa menyampaikan ilmu, sebaiknya saya perlu sentiasa bergerak bagi memantau kegiatan yang dilakukan oleh pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Melalui aktiviti pemantauan ini, sedikit sebanyak saya dapat mengawal disiplin pelajar di dalam kelas. Saya sebagai guru seharusnya lebih peka dengan perangai pelajar-pelajar saya. Terdapat segelintir pelajar malu untuk mengangkat tangan untuk bertanyakan soalan. Jadi dengan ini, sekaligus saya dapat membantu ketidak fahaman murid terhadap isi pelajaran secara serta merta.

Aplikasi Ke Atas Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Sains Pertanian

Tingkatan : 4 IntanKedatangan: _17_/_17_

Tarikh : 24 Mac 2014Masa : 11.15-12.35 tengahari

Kelas : Teori

Tema/Bidang Pembelajaran

2.0 Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan dan Hasil Tumbuhan

2.6.1 Penggunaan Pengawalatur

Objektif pengajaran

Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat :

1)Menjelaskan kesan pengawalatur pertumbuhan.

2)Menerangkan kesan-kesan pengawalatur pertumbuhan.

3)Menerangkan penggunaan pengawalatur dengan berkesan

Pengetahuan Sedia Ada

Pelajar mengetahui jenis hormon yang terlibat dalam penggunaan pengawalatur

Nilai Murni dan Sikap

Patuh arahan dan bekerjasama

Media dan Alat/Bahan Bantu Mengajar

Tayangan slaid, LCD, laptop dan kertas mahjong, peta i-think,lembaran kerja,gambar

Sumber Rujukan

-Buku Panduan Sains Pertanian KBSM, 2002, KPM

-Internet

Langkah Keselamatan (jika ada)

-

LANGKAH/MASAISI KANDUNGANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KAEDAH P & P

KBKK, ABM, NILAI MURNI DAN SIKAP

AKTIVITI GURUAKTIVITI PELAJAR

PENGENALAN

SET INDUKSI

(10 minit)

-Pengunaan pengawalatur terdiri daripada :

1) Aruhan pembungaan

2)Pengurusan tapak semaian.

3)Penghasilan tumbuhan rendah.

4)Pengurangan kos pemangkasan

-Guru menunjukkan gambar kepada murid

1) gambar pokok bunga raya.

-Guru mengaitkan gambar tersebut dengan topik yang akan dipelajari.

-Guru mengedarkan peta i-think untuk meningkatkan lagi kefahaman murid.

Murid berfikir dan menyumbang idea.

-Murid cuba mengimbas kembali pengajaran lalu dan mengaitkan dengan topik yang akan dipelajari.

-Setiap murid akan mendapat helaian peta i-think.

Kaedah P&P :

Imbas kembali

Interaksi 2 hala

BBM :

Gambar

Peta i-think

Langkah 1

(40 minit)

(menstruktur idea)

Aras 1

Menjelaskan kesan pengawalatur pertumbuhan.

-mempengaruhi pembungaan

-mempengaruhi kemasakan

-meningkatkan hasil

-mengawal pertumbuhan vegatatif

Aras 2

Menerangkan penggunaan pengawalatur pertumbuhan dalam

1)aruhan pembungaan

2)pengurusan tapak semaian

3)penghasilan tumbuhan rendah

4)pengurangan kos pemangkasan

-Guru menerangkan mengenai kesan pengawalatur pertumbuhan kepada murid dengan menggunakan nota-nota slaid power point.

-Guru menggunakan teknik akronim bagi memudahkan murid menghafal fungsi hormon.

-Guru memberi ruang kepada murid untuk bertanyakan soalan.

-Guru membincangkan mengenai penggunaan pengawalatur.

-Murid mendengar dengan teliti.

-Murid menghafal fungsi hormon dengan menggunakan kaedah akronim.

-Murid bertanyakan soalan yang tidak difahami kepada guru.

-Murid memberi respon kepada perbincangan yang diadakan.

Kaedah P&P :

-penerangan

-soal jawab

-perbincangan

-interaksi 2 hala

BBM :

-nota slaid

-buku teks

Langkah 2

(20 minit)

(Aplikasi idea)

Aktiviti melakar peta minda dalam kumpulan

dan lembaran kerja.

-Guru menyuruh murid berkumpul mengikut kumpulan yang telah diberi.

-Guru mengedarkan kertas majong kepada setiap ahli kumpulan.

-Guru memberi masa kepada murid untuk mengeluarkan isi-isi penting.

-Guru menyuruh setiap ahli kumpulan keluar ke hadapan kelas untuk berkongsi hasil lakaran peta minda kepada rakan-rakan lain.

-Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

-Murid berkumpul mengikut kumpulan yang diberi.

-Setiap kumpulan mendapat satu kertas majong.

-Murid-murid menggunakan masa yang diberi untuk mengeluarkan isi-isi penting.

-Wakil keluar ke hadapan untuk membentangkan hasil lakaran peta minda.

-Setiap murid mendapat helaian yang diberikan oleh guru.

Kaedah P&P :

Sumbang saran

Membimbing

Pembelajaran koperatif

Pusatkan bahan

Interaksi 2 hala

BBM :

Kertas mahjong

Lembaran kerja

Nilai murni dan sikap :

Bekerjasama, berani

Penutup

(10 minit)

-Rumusan isi pelajaran

-Guru meminta seorang wakil untuk merumuskan isi pelajaran yang dipelajari pada hari ini.

-Guru merumuskan semula isi pelajaran yang telah dipelajari pada hari ini.

-Guru mengingatkan murid untuk bersedia dengan topik pengajaran akan datang.

-Wakil bangun dan merumuskan isi pelajaran yang telah dipelajari.

-Murid memberi tumpuan

-Murid mencatat sebagai tanda peringatan.

Kaedah P&P

Interaksi 2 hala

Nilai murni:

Peka

Isu/Masalah 3

Ketepatan masa yang ditetapkan juga merupakan kelemahan saya yang paling besar. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik seperti yang dirancang. Perancangan masa yang lemah mungkin akan menyebabkan saya tidak dapat menghabiskan sesuatu bidang pengajaran seperti yang ditulis di dalam buku rancangan pengajaran harian.

Analisis Masalah

Hasil komen daripada guru pembimbing, beliau menyatakan saya terlalu mengambil masa yang lama di bahagian penerangan. Oleh itu, masa yang telah dirancang untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Contohnya, apabila saya bertanya kepada salah seorang pelajar mengenai isi pelajaran hari ini, mereka lebih banyak menyatakan mereka tidak dapat faham. Hal ini menyebabkan saya terpaksa mengulangi pengajaran tersebut sekali lagi kepada mereka. Jadi, jika langkah menyampaikan isi pelajaran terganggu, hasil pembelajaran yang dirancang akan turut tergendala. Pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.

Cadangan/ Tindakan

Justeru itu, sebagai langkah penambaikan saya akan cuba menggunakan ruang masa dengan efektif supaya pengajaran dan pembelajaran saya mengikut seperti yang dirancang. Saya akan cuba mengurangkan isi pelajaran supaya potensi untuk pelajar-pelajar faham akan lebih tinggi supaya masa tidak akan banyak terbuang dengan mengulangi kembali isi pelajaran yang telah saya ajar. Selain itu, apabila saya mengulangi isi pelajaran yang kepada pelajar yang tidak faham, pelajar yang sudah memahami akan mula merasa bosan seterusnya mula bersembang. Jadi, saya akan mengurangkan isi kandungan pelajaran untuk membolehkan pelajar mendapat ilmu yang ingin saya sampaikan. Walaupun ilmu itu sedikit tetapi ia berkualiti.

Aplikasi Ke Atas Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Sains Pertanian

Tingkatan : 4 IntanKedatangan: _17_/_17_

Tarikh : 24 Mac 2014Masa : 11.15-12.35 tengahari

Kelas : Teori

Tema/Bidang Pembelajaran

2.0 Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan dan Hasil Tumbuhan

2.6.1 Penggunaan Pengawalatur

Objektif pengajaran

Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat :

1)Menjelaskan kesan pengawalatur pertumbuhan.

2)Menerangkan kesan-kesan pengawalatur pertumbuhan.

3)Menerangkan penggunaan pengawalatur dengan berkesan

Pengetahuan Sedia Ada

Pelajar mengetahui jenis hormon yang terlibat dalam penggunaan pengawalatur

Nilai Murni dan Sikap

Patuh arahan dan bekerjasama

Media dan Alat/Bahan Bantu Mengajar

Tayangan slaid, LCD, laptop dan kertas mahjong, peta i-think,lembaran kerja,gambar

Sumber Rujukan

-Buku Panduan Sains Pertanian KBSM, 2002, KPM

-Internet

Langkah Keselamatan (jika ada)

-

LANGKAH/MASAISI KANDUNGANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KAEDAH P & P

KBKK, ABM, NILAI MURNI DAN SIKAP

AKTIVITI GURUAKTIVITI PELAJAR

PENGENALAN

SET INDUKSI

(10 minit)

-Pengunaan pengawalatur terdiri daripada :

1) Aruhan pembungaan

2)Pengurusan tapak semaian.

3)Penghasilan tumbuhan rendah.

4)Pengurangan kos pemangkasan

-Guru menunjukkan gambar kepada murid

1) gambar pokok bunga raya.

-Guru mengaitkan gambar tersebut dengan topik yang akan dipelajari.

-Guru mengedarkan peta i-think untuk meningkatkan lagi kefahaman murid.

Murid berfikir dan menyumbang idea.

-Murid cuba mengimbas kembali pengajaran lalu dan mengaitkan dengan topik yang akan dipelajari.

-Setiap murid akan mendapat helaian peta i-think.

Kaedah P&P :

Imbas kembali

Interaksi 2 hala

BBM :

Gambar

Peta i-think

Langkah 1

(40 minit)

(menstruktur idea)

Aras 1

Menjelaskan kesan pengawalatur pertumbuhan.

-mempengaruhi pembungaan

-mempengaruhi kemasakan

-meningkatkan hasil

-mengawal pertumbuhan vegatatif

Aras 2

Menerangkan penggunaan pengawalatur pertumbuhan dalam

1)aruhan pembungaan

2)pengurusan tapak semaian

3)penghasilan tumbuhan rendah

4)pengurangan kos pemangkasan

-Guru menerangkan mengenai kesan pengawalatur pertumbuhan kepada murid dengan menggunakan nota-nota slaid power point.

-Guru menggunakan teknik akronim bagi memudahkan murid menghafal fungsi hormon.

-Guru memberi ruang kepada murid untuk bertanyakan soalan.

-Guru membincangkan mengenai penggunaan pengawalatur.

-Murid mendengar dengan teliti.

-Murid menghafal fungsi hormon dengan menggunakan kaedah akronim.

-Murid bertanyakan soalan yang tidak difahami kepada guru.

-Murid memberi respon kepada perbincangan yang diadakan.

Kaedah P&P :

-penerangan

-soal jawab

-perbincangan

-interaksi 2 hala

BBM :

-nota slaid

-buku teks

Langkah 2

(20 minit)

(Aplikasi idea)

Aktiviti melakar peta minda dalam kumpulan

dan lembaran kerja.

-Guru menyuruh murid berkumpul mengikut kumpulan yang telah diberi.

-Guru mengedarkan kertas majong kepada setiap ahli kumpulan.

-Guru memberi masa kepada murid untuk mengeluarkan isi-isi penting.

-Guru menyuruh setiap ahli kumpulan keluar ke hadapan kelas untuk berkongsi hasil lakaran peta minda kepada rakan-rakan lain.

-Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

-Murid berkumpul mengikut kumpulan yang diberi.

-Setiap kumpulan mendapat satu kertas majong.

-Murid-murid menggunakan masa yang diberi untuk mengeluarkan isi-isi penting.

-Wakil keluar ke hadapan untuk membentangkan hasil lakaran peta minda.

-Setiap murid mendapat helaian yang diberikan oleh guru.

Kaedah P&P :

Sumbang saran

Membimbing

Pembelajaran koperatif

Pusatkan bahan

Interaksi 2 hala

BBM :

Kertas mahjong

Lembaran kerja

Nilai murni dan sikap :

Bekerjasama, berani

Penutup

(10 minit)

-Rumusan isi pelajaran

-Guru meminta seorang wakil untuk merumuskan isi pelajaran yang dipelajari pada hari ini.

-Guru merumuskan semula isi pelajaran yang telah dipelajari pada hari ini.

-Guru mengingatkan murid untuk bersedia dengan topik pengajaran akan datang.

-Wakil bangun dan merumuskan isi pelajaran yang telah dipelajari.

-Murid memberi tumpuan

-Murid mencatat sebagai tanda peringatan.

Kaedah P&P

Interaksi 2 hala

Nilai murni:

Peka

Isu/Masalah 4

Seterusnya, masalah keempat yang perlu saya titikberatkan adalah cara penyampaian objektif yang kurang jelas kepada para pelajar. Sepanjang saya mengajar di sana, saya telah menerima sebanyak dua kali komen yang sama berkaitan dengan cara penyampaian objektif saya. Pertama, semasa saya mengajar topik tanah dalam mata pelajaran Sains Pertanian dan keduanya, apabila saya mengajar topik tanaman hiasan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Analisis Masalah

Setelah mengenal pasti mengapa masalah ini berlaku, saya mendapati saya telah menyatakan terlalu banyak objektif dalam sesuatu topik pengajaran. Hal ini menyebabkan, di akhir pembelajaran topik tersebut, pelajar harus menguasai apa yang telah dipelajari pada hari itu. Saya juga mungkin menggunakan istilah yang sukar difahami oleh pelajar menyebabkan mereka tidak dapat memahami apa yang perlu dipelajari pada hari tersebut.

Cadangan/ Tindakan

Tindakan wajar yang perlu saya ambil adalah dengan mengurangkan isi kandungan objektif yang akan diajar dalam sesuatu topik pengajaran. Dengan itu, di akhir pembelajaran, pelajar dapat menguasai topik pengajaran yang diajar pada hari tersebut dengan berkesan. Saya juga haruslah menggunakan istilah-istilah yang lebih mudah yang bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka.

Aplikasi Ke Atas Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup

Tingkatan : 2 DedikasiKedatangan: _21_/_21_

Tarikh : 16 Oktober 2014Masa : 2.25-3.00 petang

Kelas : Teori

Tema/Bidang Pembelajaran

Pilihan 2 (Tanaman Hiasan)

-Pemasuan Semula

Objektif pengajaran

Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat :

1) Mengetahui langkah-langkah memasu semula tanaman hiasan mengikut prosedur yang betul.

2) Menerangkan mengenai langkah-langkah memasu semula tanaman hiasan mengikut prosedur yang betul dengan berkesan.

Pengetahuan Sedia Ada

Pelajar mempunyai ilmu mengenai pemasuan semula

Nilai Murni dan Sikap

Patuh arahan, bekerjasama dan rajin

Media dan Alat/Bahan Bantu Mengajar

Buku teks,buku rujukan ,lembaran kerja, kertas majong, pen maker, peta i-think

Sumber Rujukan

Buku Panduan Sains Pertanian KBSM, 2002, KPM

Internet

Langkah Keselamatan (jika ada)

-

LANGKAH/MASAISI KANDUNGANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KAEDAH P & P

KBKK, ABM, NILAI MURNI DAN SIKAP

AKTIVITI GURUAKTIVITI PELAJAR

PENGENALAN

SET INDUKSI

( 5 minit)

Pemasuan Semula

-Guru menunjukkan dua jenis gambar kepada murid.

1)pokok bunga kertas subur

2)pokok bunga kertas tidak subur

-Guru mengaitkan gambar tersebut dengan topik pengajaran pada hari ini.

-Murid berfikir dan menyumbang idea

-Murid menjawab pertanyaan guru dengan mengaitkan gambar tersebut dengan topik pengajaran hari ini.

Kaedah P&P :

Bersoal jawab seluruh kelas.

Interaksi 2 hala

BBM :

Gambar

Langkah 1

(15 minit)

(menstruktur idea)

Langkah-langkah memasu semula tanaman hiasan.

1)Pilih pasu yang lebih besar

2)Masukkan medium memasu.

3)Potongkan akar yang terkeluar

4)Mengeluarkan pokok bersama medium dari pasu lama

5)Memangkas dahan ranting yang tidak dikehendaki.

6)Pangkas 1/3 bahagian medium lama

7)Masukkan pokok bersama medium lama yang telah dipangkas ditengah-tengah pasu baru.

8)Siramkan medium di dalam pasu baru

-Guru menerangkan

kepada murid mengenai langkah-langkah memasu tanaman hiasan dengan bantuan kertas majong.

-Guru bersoal jawab dengan murid.

-Guru membincangkan mengenai langkah-langkah pemasuan semula.

-Guru memberi ruang kepada murid untuk bertanyakan soalan yang tidak difahami oleh mereka.

-Murid mendengar dengan teliti.

-Murid memberi respon dan bersoal jawab dengan guru.

-Murid memberi respon

-Murid mengemukakan soalan yang tidak difahami oleh mereka.

Kaedah P&P :

-penerangan

-soal jawab

-perbincangan

-interaksi 2 hala

BBM :

-buku rujukan

-buku teks

-nota tambahan

-kertas majong

-pen maker

Langkah 2

(15 minit)

(Aplikasi idea)

Aktiviti dalam kelas dan lembaran kerja

.

-Guru mengadakan aktiviti dalam kelas untuk menguji kefahaman murid.

1) Silang kata

-Guru mengedarkan lembaran kerja dan menyuruh murid menyiapkan di rumah

-Guru akan mengutip lembaran kerja tersebut pada kelas akan datang.

-Murid mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan.

-Setiap murid mendapat helaian lembaran kerja yang diberikan oleh guru

-Murid mencatat

Kaedah P&P :

Pembelajaran koperatif

Pusatkan bahan

Interaksi 2 hala

BBM :

Kertas mahjong

Lembaran kerja

Pen Maker

Nilai murni dan sikap :

Bekerjasama, berani

Penutup

(10 minit)

-Rumusan isi pelajaran

-Guru meminta seorang wakil untuk merumuskan isi pelajaran yang dipelajari pada hari ini.

-Guru merumuskan semula isi pelajaran yang telah dipelajari pada hari ini.

-Guru mengingatkan murid untuk bersedia dengan topik pengajaran akan datang.

-Wakil bangun dan merumuskan isi pelajaran yang telah dipelajari.

-Murid memberi tumpuan

-Murid mencatat sebagai tanda peringatan.

Kaedah P&P

Interaksi 2 hala

Rumusan

Nilai murni:

Peka

Isu/Masalah 5

Akhir sekali, selama 3 minggu saya mengajar di kelas Tingkatan 4 Intan, saya mendapati walaupun saya dapat melaksanakan pengajaran saya dengan agak berjaya, tetapi saya mendapati pelajar-pelajar seakan-akan tertekan dan kurang gembira semasa saya mengajar dan kebanyakan pelajar di bahagian belakang bersembang sesama mereka.

Analisis Masalah

Pada masa itu saya tertanya-tanya kepada diri sendiri: Adakah saya terlalu garang atau tegas semasa mengajar? Adakah pelajar-pelajar tidak dapat mengikuti apa yang sedang saya ajar? Adakah terlalu berat tajuk yang saya mengajar pada hari ini? Selepas mendengar komen daripada guru pembimbing, saya mendapati dan sedar bahawa rupa-rupanya unsur humor atau kecindaan semasa mengajar masih kurang dalam diri saya. Hal ini kerana saya mendapati bahawa saya agak serius dan tidak senyum semasa mengajar. Keadaan ini mungkin menyebabkan murid-murid beranggapan bahawa saya ialah seorang guru yang garang, kurang ramah, sukar didekati, dan tegas orangnya.

Cadangan/ Tindakan

Bagi mengatasi masalah kekurangan unsur kecindaan atau humor semasa mengajar, saya sedar bahawa saya perlulah sentiasa senyum dan mempamerkan riak wajah yang ceria kepada para pelajar. Mungkin dari situ, pelajar-pelajar saya akan mengubah tanggapan terhadap saya dan merasakan bahawa guru mereka seorang yang ceria dan mudah didekati. Selain itu juga, saya juga perlu meluangkan lebih masa bersama-sama dengan mengadakan aktivit-aktiviti luar kelas seperti bergotong-royong, melukis mural dan lain-lain. Dengan berbuat demikian, pelajar-pelajar mungkin akan beranggapan bahawa guru tersebut sebenarnya mempunyai unsur kecindaan yang amat tinggi.

Aplikasi Ke Atas Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Sains Pertanian

Tingkatan : 4 IntanKedatangan: _17_/_17_

Tarikh : 13 Oktober 2014Masa : 11.15-12.35 tengahari

Kelas : Amali

Tema/Bidang Pembelajaran

2.0 Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan dan Hasil Tumbuhan

2.5 Genetik

2.5.3 Pembiakan (cantuman baji)

Objektif pengajaran

Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat :

1) Mengetahui langkah-langkah melakukan cantuman baji

2) Melakukan cantuman baji pada pokok hiasan dengan sendiri

Pengetahuan Sedia Ada

Pelajar mengetahui secara teori untuk melakukan kaedah cantuman baji

Nilai Murni dan Sikap

Patuh arahan, bekerjasama dan rajin

Media dan Alat/Bahan Bantu Mengajar

Pisau,gunting,cutter,tali rapia,plastik aiskrim, pembalut jernih,prafilm,pokok penanti,ranting muda,lembaran kerja,nota tambahan,buku teks.

Sumber Rujukan

Buku Panduan Sains Pertanian KBSM, 2002, KPM

Internet

Langkah Keselamatan (jika ada)

-

LANGKAH/MASAISI KANDUNGANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KAEDAH P & P

KBKK, ABM, NILAI MURNI DAN SIKAP

AKTIVITI GURUAKTIVITI PELAJAR

PENGENALAN

SET INDUKSI

( 10 minit)

Pengenalan kepada Cantuman Baji

-Guru membawa murid ke tempat untuk melakukan kaedah cantuman baji

-Guru mengambil kedatangan murid

-Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan

-Murid berkumpul di tempat yang sepatutnya.

-Murid bergerak mengikut kumpulan yang telah diberikan oleh guru.

Kaedah P&P :

Arahan

Nilai Murni :

-tepati masa

Langkah 1

(15 minit)

(menstruktur idea)

Menerangkan langkah-langkah melakukan kaedah cantuman baji

1)Sediakan pokok penanti

2)Potong batang pokok penanti dengan menggunakan gunting pokok setinggi 15 cm dari paras tanah.

3)Pilih sebatang ranting muda yang pucuknya belum kembang dari pokok baka terpilih.

4)Dengan menggunakan pisau cantuman yang tajam,potong ranting supaya berbentuk V

5)Belah tunggul pokok penanti sedalam lebih kurang 2.5 cm

6)Masukkan pangkal ranting yang berbentukV dan ikat dengan pita cantuman khas yang dipanggil prafilm.

7)Sebelum disusun di tempat teduhan anak cantuman hendaklah diserungkup dengan kelongsong plastik.

-Guru menerangkan langkah-langkah melakukan kaedah cantuman baji pada pokok hiasan.

-Guru menunjuk cara bagaimana untuk melakukan kaedah cantuman baji pada pokok hiasan.

-Guru mengedarkan satu nota tambahan kepada setiap kumpulan.

-Guru memberi ruang kepada murid untuk bertanyakan soalan sebelum memulakan amali.

-Murid mendengar dengan teliti.

-Murid memberi perhatian.

-Wakil mrngambil helaian nota tambahan daripada guru.

-Murid menanyakan soalan yang tidak difahami oleh mereka.

Kaedah P&P :

-penerangan

-tunjuk cara

-bersoal jawab seluruh kelas

-perbincangan

-interaksi 2 hala

BBM :

-buku teks

-nota tambahan

Langkah 2

(45 minit)

(Aplikasi idea)

Melakukan aktiviti amali

-Guru memanggil ketua kumpulan untuk mengambil alatan untuk melakukan kaedah cantuman baji.

-Guru mengawasi aktiviti murid.

-Guru membimbing murid yang masih kurang memahami untuk melakukan kaedah cantuman baji.

-Guru menyuruh murid mengemas kembali kesemua alatan yang telah digunakan.

-Murid mengambil alatan untuk melakukan kaedah cantuman baji daripada guru.

-Murid melakukan amali dengan bersungguh-sungguh.

-Murid melakukan amali sambil dibimbing oleh guru.

-Murid mengemas kembali kesemua alatan yang telah digunakan.

Kaedah P&P :

Amali

Tunjuk cara

Sumbang saran

Pusatkan bahan

Interaksi 2 hala

BBM :

Pokok penanti

Pisau cantuman

Gunting pokok

Ranting muda

Prafilm

Kelongsong plastik

Nilai murni dan sikap :

Bekerjasama, prihatin.

Penutup

(10 minit)

-Rumusan isi pelajaran

-Guru meminta seorang wakil untuk merumuskan isi pelajaran yang dipelajari pada hari ini.

-Guru merumuskan semula isi pelajaran yang telah dipelajari pada hari ini.

-Guru mengedarkan lembaran kerja

-Guru mengingatkan murid untuk bersedia dengan topik pengajaran akan datang.

-Wakil merumuskan isi pelajaran yang telah dipelajari.

-Murid memberi tumpuan

-Murid mengambil lembaran kerja diberikan oleh guru.

-Murid mencatat sebagai tanda peringatan.

Kaedah P&P

Penerangan

Interaksi 2 hala

Rumusan

BBM :

Lembaran kerja

Nilai murni:

Peka

3.0 Penutup

Kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak perkara yang tidak dapat saya pelajari dalam kuliah semasa praktikal lalu. Antaranya ialah guru haruslah melakukan rancangan pengajaran, iaitu rancangan harian yang lebih teliti dan tersusun agar segala matlamat dan objektif pengajaran dapat disampaikan dan diterapkan ke dalam diri setiap pelajar. Lakukan latihan mengajar terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas bagi memastikan segala rancangan pengajaran dapat dilaksanakan. Kaitkan topik baru yang hendak diajar dengan topik yang telah dipelajari. Misalnya, kaitkan topik cahaya dengan topik yang telah dipelajari. Guru juga perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Keadaan kelas yang selesa membantu sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ini juga bagi memastikan pelajar-pelajar dapat mengusai objektif pengajaran yang ditetapkan. Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan soal jawab dengan pelajar-pelajar mengenai topik dibincangkan. Akhir sekali, guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Ini dapat dinilai dari segi penguasaan pelajar-pelajar mengenai objektif pengajaran pada hari tersebut, bukan dinilai dari segi sukatan mata pelajaran yang dapat dihabiskan. Saya akan cuba untuk lebih fokus dan membaiki kelemahan yang telah saya kenalpasti pada pengajaran yang lepas. Saya berharap bahawa saya mampu melakukan yang terbaik pada pengajaran yang seterusnya.

19