Penulisan ilmiah web 2.0

download Penulisan ilmiah web 2.0

of 42

  • date post

    23-Jun-2015
  • Category

    Documents

  • view

    3.189
  • download

    2

Embed Size (px)

Transcript of Penulisan ilmiah web 2.0

  • 1. 1.0PENDIDIKAN1.1Pendidikan Abad ke-21Pendidikan abad ke 21 merupakan pendidikan yang berteraskan kepada teknologi maklumatdan komunikasi. Ia diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yangbanyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi seiring denganperkembangan negara yang semakin pesat membangun. Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam sesebuahnegara.Pendidikan dilihat mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segipeningkatan ekonomi, politik, budaya dan sosial. Pendidikan yang berterusan sepanjanghayatharuslah berasakan empat tonggak iaitu learning to know (belajar untuk tahu),learning to do (belajar untuk buat), learning to live together (belajar untuk hidupbersama) dan learning to be (belajar untuk menjadi). Menurut Hasan (2003), pendidikan dapat dihuraikan menerusi dua sudut pandangan.Sudut pandangan yang pertama adalah berkaitan dengan masyarakat. Masyarakatmemandang pendidikan sebagai suatu proses pewarisan atau penyaluran kebudayaan yangmengandungi nilai-nilai budaya oleh generasi tua kepada generasi muda secara berterusansupaya kelangsungan hidup sesebuah masyarakat dapat berlaku. Sudut pandangan yangkedua pula adalah menjurus kepada individu iaitu pendidikan merupakan prosesmembangun dan menggilap potensi-potensi yang sememangnya ada dalam diri manusiasehingga potensi-potensi tersebut dapat mewujudkan kemampuan tertentu bagi menjaminkehidupan manusia yang seimbang dan normal. Setiap negara menginginkan untuk menjadi negara yang berpendidikan bertarafdunia.Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesatpendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard dan kecemerlangan yangdiakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Jika dilihat dari perspektif yangluas, pendidikan bertaraf dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang baginegara Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahandan kemajuan dinamik iaitu pembangunan tenaga manusia, kepesatan pertumbuhanekonomi, pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial, pemodenan dan reformasi sosialmasyarakat, kecemerlangan budaya fikir dan intelektual serta pembangunan teknologi dansains. 1

2. Sektor industri pendidikan di negara Malaysia sedang berubah secara dinamik dandikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21.Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantauAsia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke-21 ini nanti memerlukan negarameningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia ataumemperoleh status World Class Education.Pada peringkat dunia, Finland memegang status negara yang menyediakan sistempendidikan terbaik dunia. Pada peringkat Asia tenggara pula, Malaysia berada di tangga ke-2selepas Singapura .Forum Ekonomi Dunia telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negarayang mempunyai tahap persaingan yang lebih baik daripada 142 buah negara di seluruhdunia. Berdasarkan laporan terbaru, Malaysia menduduki tangga ke-21 berbanding tahun2010 yang berada pada kedudukan ke-26. Penekanan yang lebih meluas dalampembangunan sektor pendidikan misalnya turut menjadikan Malaysia berada di kedudukanke-14 secara keseluruhannya Menurut laporan tersebut, tahap persaingan global pada tahun2011/2012 berada pada keadaan yang lebih baik kerana kesungguhan Malaysia untukmemperbaiki kedudukannya selaras dengan perubahan-perubahan yang diperlukan bagimembolehkan mencapai tahap negara maju pada tahun 2020 seterusnya keluar daripadasituasiekonomi yang berpendapatansederhana kepada ekonomi negarayangberpendapatan tinggi.Dari segi kualiti pendidikan aras rendah, Malaysia berada di tangga ke-21.Kedudukan tersebut membuktikan Malaysia lebih maju sedikit daripada negara BruneiDarussalam, Amerika Syarikat, Filipina dan Thailand. Pencapaian tersebut sebenarnya telahmencerminkan kesungguhan kerajaan untuk membantu setiap rakyat menerima pendidikanberkualiti dan tidak disisihkan daripada sistem persekolahan kerana Malaysia yakin,menerusi pembangunan modal insan akan dapat melonjakkan pencapaian sebagai sebuahnegara maju menjelang 2020.Ukuran-ukuran yang dibuat itulah telah berjaya melonjakkan kedudukan Malaysiasebagai sebuah negara yang sedang mengalami transformasi pendidikan yang berkesan danmampu bersaing di peringkat global.Bagi meneruskan usaha menambah baik kedudukandaya saing di peringkat global, terutamanya dalam pendidikan rendah dan menengah,Malaysia sentiasa membuka ruang kepada semua pihak untuk membantu memperkenalkanpelbagai pembaharuan dan penambahbaikan.Ini adalah sesuatu yang amat penting keranabidang pendidikan sentiasa berkembang dan amat bergantung kepada perubahan 2 3. persekitaran. Dalam usaha memahami aspirasi semua rakyat, Kementerian PelajaranMalaysia akan memulakan siri dialog pendidikan di seluruh negara bermula April 2012,dengan menghimpunkan pelbagai pihak, dari professional, warga pendidik, pemimpinmasyarakat dan ibu bapa berganding bahu menyumbangkan idea bagi membentuk sebuahblueprint pendidikan yang bakal mencorakkan arah tuju sistem pendidikan pada masahadapan.Jadual 1:Kedudukan kualiti pendidikan bagi negara-negara seluruh dunia yang dikaji.3 4. 4 5. 1.2Guru Abad ke-21Menurut kamus dewan, guru merupakan tenaga pengajar, pendidik dan pengasuh.Guru jugaboleh dianggap sebagai pengurus kepada kelas yang diajarnya. Guru memainkan peranansebagai fasilitator, mentor dan kaunselor sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.Menjelang abad ke-21, guru memainkan peranan yang lebih berat dengan bebanan tugasyang semakin bertambah. Guru abad ke-21 merupakan guru yang mempunyai ciri-ciriseperti kaya dengan maklumat terutama dalam sains dan teknologi, mempunyai kemahiranberfikir dan pemikiran konstruktif, mampu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajarserta mempunyai pengetahuan dan kemahiran industri. Peranan guru sama ada di peringkat global mahupun peringkat Asia tenggara adalahsama terutama dalam menempuh abad ke-21. Para pendidik seharusnya mengorak langkahdan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketerampilan sebagai pemimpinilmu berasaskan teknologi serta bersedia mengusai dan menggunakan teknologi maklumatuntuk pelbagai bidang dan menjalani urusan harian.Selain itu, kemahiran berfikir dan 5 6. pemikiran konstruktif juga perlu dimiliki oleh guru abad ke-21.Para pelajar hendaklah dididikmenggunakan daya pemikiran yang tinggi untuk menghadapi era globalisasi.Ia juga perluterarah kepada pandangan yang jauh dan luar biasa yang mampu menjana pemikiran parapelajar untuk berfikir. Guru abad ke-21 juga berperanan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diripelajar. Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, tatasusila insan serta hubungansesama manusia, alam dan Tuhan.Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaanmasyarakat yang dapat mewujudkan keharmonian negara.Dalam hal ini, guru bolehbertindak sebagai role model.Di samping itu, guru abad ke-21 juga perlu menguasaipengetahuan dan kemahiran industri.Ia penting untuk melahirkan generasi atau pelajaruntuk pasaran tenaga kerja industri. Usaha ini adalah sebagai sumbangan kepadamelahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, serbaboleh dan responsif kepada perubahan keadaan perindustrian. Dalam menempuh abad ke-21, guru berdepan dengan pelbagai cabaran. Antaracabaran yang akan ditempuhi oleh guru adalah cabaran di dalam bilik darjah. Para pelajarakan mendapat pelbagai kemudahan seperti kemudahan ICT untuk membantu merekadalam proses pembelajaran bestari. Ini mungkin menimbulkan kesulitan bagi guru-guruyang tidak mahir menggunakan kemudahan ICT. Dari segi penilaian pelajar pula , penilaiankemajuan berasaskan sekolah (PKBS), penilaian hasil pembelajaran, pelaksanaan penandaaras dan ujian secara atas talian akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam abadke-21 (Gruber et. al., 1999). Cabaran lain yang perlu ditempuhi oleh guru abad ke-21 adalahmasalah sosial pelajar yang perlu ditangani ke arah membentuk masyarakat madani.Masalah sosial yang semakin berleluasa kini menyebabkan guru harus memainkan perananyang lebih dalam memastikan masalah sosial pelajar berkurangan. Cabaran seterusnya yang perlu dihadapi oleh guru abad ke-21 adalah misiKementerian Pendidikan Malaysia untuk membangunkan sistem pendidikan bertarafdunia.Kurikulum terus mengalami perkembangan dari semasa ke semasa dan perubahanseperti ini tentunya mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas kecekapan danketerampilan guru-guru agar impian yang diwarwarkan menjadi kenyataan.Contohnya,pengenalan mata pelajaran vokasional (MPV).6 7. 1.3Pelajar Abad ke 21Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap muriddibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan. Sejarah sistempendidikan Malaysia, seperti negara lain di dunia, memberi penekanan terhadappembangunan kandungan pengetahuan yang kukuh menerusi mata pelajaran Sains,Matematik dan Bahasa. Walau bagaimanapun, dari segi pengiktirafan di peringkat global,kemahiran murid adalah tidak mencukupi sekadar menguasai 3M (membaca, menulis danmengira) sahaja apabila mereka meninggalkan persekolahan. Tumpuan bukan hanyakepada kepentingan pemerolehan ilmu pengetahuan, tetapi juga pembangunan kemahiranberfikir aras tinggi. Lebih-lebih lagi dalam dunia globalisasi menuju abad ke 21.Pelajar abad ke 21 adalah pelajar yang terdiri daripada pelajar yang mempunyai ciri-ciriseperti yakin berkomunikasi, bersifat ingin tahu, berkemahiran kritis, berani mencuba danbijak menyoal memandangkan kepesatan teknologi yang semakin pesat membangun.Pelajarabad ke 21 seharusnya lebih profesional dan amat memahami tugas mereka sebagaipelajar.Kaedah pembelajaran tidak lagi tertumpu pada guru sebagai punca maklumatutama.Sebaliknya, mereka mesti mampu mencari maklumat daripada pelbagai sumber.Sesetengah sekolah mampu melaksanakannya tetapi