Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

131

Click here to load reader

Transcript of Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Page 1: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

1

Pegenalan Dan

Pengetahuan Sugar Glider

Page 2: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

2

PENGENALAN DIRI

Saya Niny Syuhada Binti Harmen atau dikenali oleh umum sebagai Angah Syuhada di laman muka sosial(Facebook). Berasal dari Melaka, juga seorang pelajar daripada Institut Latihan Perindustrian. Sesetengah masyarakat amat gemar dengan haiwan peliharaan yang dikenali sebagai Sugar Glider.Oleh itu saya dengan berbesar hati menghasilkan satu induktrinasi panduan yang digelar e-book untuk mengendalikan haiwan kecil ini(Sugar Glider)

Kesemua maklumat rujukan ini saya perolehi daripada laman sesawang, dan dijadikan sebagai panduan .Oleh yang demikian,saya percaya ramai yang menginginkan panduan ini sebagai aktiviti harian bersama si kecil mereka (Sugar Glider).Dengan ini saya telah menghasilkan e-book untuk semua masyarakat yang meminati haiwan yang dikenali sebagai (Sugar Glider). Tambahan pula,e-book ini bertujuan untuk memberi sedikit panduan dari segi penjagaan,pemakanan dan sebagainya.Selain itu e-book ini juga berupaya mencetus inovasi pemilik yang meminati (SG) tidak kira dari golongan yang baru ataupun yang professional .Justeru itu saya menggalakkan panduan ini dipratikan oleh masyarakat yang meminati (Sugar Glider)

Secara kesimpulanya,implikasi ini secara tidak langsung dapat menarik minat generasi akan datang yang meminati haiwan ini.Oleh itu saya menyeru kepada semua masyarakat agar menjadikan e-book sebagai satu artikel yang berguna dimasa akan datang.

Page 3: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

3

• Pengenalan terhadap Sugars • Persiapan sebelum memiliki Sugar Glider • Keperluan Asas : Sangkar • Harga Pembelanjaan sangkar, aksesori/mainan Sugar Glider • Keperluan Asas : Pemakanan • Makanan yang selamat untuk Sugar Glider • Tabiat dan Diet Sugar Glider • Tips-Tips Pemakanan • Memilih Sugar Glider • Sebelum membawa Joey pulang • Bunyi-bunyian Sugar Glider • Hadapi gigitan Sugar Glider • Keperluan Asas : Bonding • Jinakkan Mereka • Pembersihan Sangkar • Penyakit Lazim Sugar Glider • Cara potong kuku Sugar Glider • Sugar tak nak makan HPW/Buah/Sayur? • Tips : Membawa Sugar Glider keluar outing • Tips : E-Collar • Tips : Membawa Sugar Glider Balik Kampung • Tips : Sugar menerkam macam singa • Tips : Bulu Sugar Glider gugur atau semakim kurang • Soalan Lazim : Bulu, Extra : Memandikan Suggies? • Ketahui Jantina Suggies anda • Sumber

Klick tajuk yang ingin di tuju

Page 4: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

4

Pengenalan Suggies

Asal Sugar gliders

Haiwan bersaiz kecil ini merupakan binatang marsupial dan nokturnal yang berasal di seluruh bahagian utara dan timur tanah besarAustralia, serta pulau-pulau sekitar Tasmania, Papua New Guinea, dan Indonesia.

Anatomi Sugar glider mempunyai badan seperti tupai dengan ekor yang panjang. Sugars jantan adalah lebih besar daripada betina, dan panjang mereka dari hidung ke hujung ekor kira-kira 24 hingga 30 cm (12-13 inci, dan badannya sendiri adalah lebih kurang 5-6 inci). Sugar gliders mempunyai bulu tebal dan lembut yang biasanya kelabu kehitaman; ada juga spesis lain yang berwarna kuning, tan, atau albino. Sugars juga mempunyai jalur hitam dari hidung sehingga ke belakang mereka. Perut, tekak dan dada sugars berwarna krim.

• Ia mempunyai lima jari dengan setiap kaki dan tangannya. Masing-masingnya

mempunyai kuku, kecuali untuk jari kakinya yang kelihatan seperti ibu jari manusia. Kakinya atau dipanggil 'hindfeet', digit kedua dan ketiga adalah sebahagian syndactylous (kuku dan jari yang kelihatan bersambung) bersama-sama untuk dijadikan sebagai 'sikat' atau kuku untuk mereka membersihkan bulu atau 'grooming'.

• Tetapi, ciri-ciri yang paling menarik ialah patagium, atau membran, yang kelihatan seperti sayap seperti yang dimiliki oleh 'flying squirrel'. Apabila tangan dan kaki sugars ini dikembangkan, sayap atau membran ini membenarkan ia untuk meluncur atau 'glide' dari jarak 50 hingga ke 150 meter.

Page 5: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

5

• Ciri lain adalah kelenjar bau, yang terletak di atas dahi, dada, dan bahagian perut mereka. Ini bertujuan untuk menandakan kawasan mereka, terutamanya untuk sugars jantan. Sugars jantan yang sudah matang juga mempunyai kawasan yang botak di dahi mereka yang kelihatan seperti bentuk berlian.

• Sugars jantan juga mempunyai zakar yang bifurcated, (yang kelihatan seperti berbelah) ini kerana sugars jantan mempunyai dua zakar manakala sugar betina mempunyai marsupium (kantung) di tengah-tengah abdomen untuk membawa anak-anaknya dan dua uterus dan vagina. Ini menyebabkan kebiasan untuk sugars yang membiak untuk pertama kalinya mendapat sepasang joeys (panggilan bagi sugars yang masih lagi bayi).

Page 6: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

6

• Sifat dan tabiat

Sebagai haiwan nokturnal, mereka aktif pada waktu malam, bermakna mereka tidur di dalam 'sleeping pouch' atau jika mereka cukup jinak dengan tuan mereka- mereka tidur dalam poket atau jika yang sudah terbiasa.

• Jadi, oleh sebab kebanyakan masa siang digunakan untuk tidur, pemilik sugars perlu memberikan perhatian yang secukupnya pada waktu malam. Sugars mula aktif pada waktu malam atau bila sahaja keadaan persekitaran mejadi gelap dan masa mereka mula menjadi aktif adalah bergantung pada sugars secara individual. Ada yang mula aktif selepas pukul 8 dan ada sahaja yang hanya celik selepas tengah malam. Pemilik sugars harus bersedia untuk mengorbankan waktu tidur mereka, sekurang-kurangnya 1-2 jam setiap malam untuk melayan mereka.

• Sugars boleh hidup sehingga 15 tahun dalam penjaagan manusia atau dalam kurungan manusia, jadi ia amat penting bagi pemilik sugars untuk memberi komitmen sepanjang tempoh ini kepada sugars mereka.

• Sugars mempunyai keperluan diet yang istimewa kerana mereka adalah haiwan yang eksotik dan pemilik sugars perlu sanggup mengambil masa setiap malam dalam purata masa 10-20 minit untuk menyediakan makan malam mereka.

Page 7: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

7

Sebagai haiwan sosial yang tinggal secara berkoloni, mereka memerlukan perhatian yang secukupnya dan sangat suka bersosial dalam kumpulan mereka sendiri. Sebab itu sugars dinasihatkan untuk didapatkan dalam pasangan, agar mereka tidah stres dan berasa sunyi. Tetapi, ia juga dinasihatkan agar pemilik sugars yang 'newbie' atau baru dalam penjagaan sugars untuk tidak membenarkan pasangan sugars mereka membiak. Untuk pembiakan sugars adalah kompleks, banyak persediaan diperlukan untuk mengenalpasti dan menjaga suggies yang bunting. Dan persediaan yang lebih tinggi diperlukan sekiranya joey yang lahir di'reject' oleh ibunya. Jadi sugars jantan dinasihatkan untuk dikasi atau 'neutered' agar sebarang joey yang tidak di dijangka boleh dielakkan dari terjadinya pelbagai masalah dan komplikasi. Jika anda hanya mampu secara kewangan dan kudrat untuk membela hanya seekor sugar, anda perlu memastikan yang anda boleh dan sanggup memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada mereka.

• Walaupun mereka hanya aktif pada waktu malam, ini tidak bermakna yang mereka tidak boleh dibawa bermain pada waktu siang. Salah satu sifat haiwan marsupial ini adalah suka meluangkan hari siang mereka, 'cuddling' atau bermanja di dalam pouch yang digantung di leher pemilik mereka yang kelihatan seperti rantai yang mempunyai poket. Mereka amat mudah untuk dibawa mereka ke mana-mana.

Seperti yang dinyatakan, sugars merupakan haiwan yang sukakan perhatian dan tanpa perhatian yang cukup, mereka akan menjadi murung dan ini juga boleh menjurus kepada 'self mutilation' (sifat yang mencederakan sendiri yang dilakukan kerana stres, amat bahaya ketika sugars ada 'suicidal thoughts', ambil tindakan dengan cepat dengan membeli collar yang kecil utuk mengelakkan dia mencederakan dirinya sendiri dan luangkan masa yang cukup dengan mereka).

Page 8: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

8

Belum ada Sugar Glider! Apa persiapannya?

1. Pengetahuan Asas mengenai Sugar Gliders 2. Sugar Glider yang sihat 3. Sangkar 3 kaki (had minima) 4. 'Sleeping pouch' 5. 'Bonding pouch' 6. Bekas makanan dan minuman 7. Diet utama Sugar Glider (HPW, High Protein Wombaroo Diet. Ini yang paling lazim dan mudah didapati di semenanjung Malaysia) 8. Kerajinan, komitmen, minat yang tinggi.

Penghuraian yang lebih terperinci bermula dengan perkara nombor 1

1. Pengetahuan asas merangkumi informasi mengenai tabiat pemakanan, senarai makanan yang selamat, cara untuk bonding, ilmu tentang penyakit-penyakit lazim yang dihidapi serta juga akses informasi kepada alamat pakar veterinari haiwan yang arif mengenai Sugar Gliders untuk rawatan penyakit dan pemeriksaan berkala. Ianya juga berguna untuk mengetahui senarai doktor haiwan yang pakar tentang Sugar Gliders sekiranya berlaku apa-apa kecemasan kepada si kecil anda.

Page 9: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

9

Betik boleh makan, kurma jangan banyak.. semua simpan dalam otak belah kiri ke.. kanan?

Konklusinya, sebelum anda membuat keputusan untuk membela sugars, ilmu tentang pemakanan, penjagaan, tabiat, kesihatan, pengendalian perlu cukup di dada. Jangan nanti ada masalah baru terkial-kial hendak bertanya di sana sini. Sesal dahulu pendapatan.. sesal kemudian tiada berguna.

2. Sugar Glider yang sihat adalah faktor yang penting bagi memastikan jangka hayat dan kehidupan yang panjang dan selesa untuk si kecil anda. Sugar Gliders lazimnya pandai menyembunyikan masalah kesihatan mereka, sehinggalah ianya menjadi kronik baru ia dapat dikenal pasti dan kelihatan dengan lebih jelas oleh pemilik mereka. Dan selalunya jika ianya dikenal pasti terlalu lambat, kondisi sugars akan bertambah kronik dan sukar diubati.

Jadi, untuk mendapat atau mencari Sugar Glider yang sihat, adalah PENTING untuk mendapatkan Sugar Gliders daripada orang yang mempunyai kesemua lapan kriteria yang telah disebut diatas.

Page 10: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

10

Terdapat dua jenis penjual Sugar Gliders yang saya klasifikasikan iaitu; Penjual 'mass breeders'/'Mill breeders'/Penjual komersial (samada iklan di Facebook mahupun Mudah.my *tetapi analisa dengan prihatin ya)

*Definisi Penjual Komersial dan Homebreeders dirujuk melalui blog Suggies at Home dan disunting.

• Mereka mempunyai stok joeys setiap masa. Maknanya, ibu bapa mereka dipaksa untuk mengawan dan joeys akan diambil secara paksa/sebelum OOP (out of pouch) dan akan dihumban di dalam sangkar yang sama, kebanyakannya makan epal, betik atau pisang. Mereka tidak diberi diet HPW kerana mereka hanya mementingkan duit, rugi/untung. Langkah ini dibuat setiap bulan agar stok mereka sentiasa ada.

• Mass breeders ini tidak akan dapat memberitahu anda/tidak hairan untuk

memberitahu anda segalanya mengenai penjagaan serta segalanya mengenai sugar gliders. Mereka hanya akan berkata, "jinak gila babas" atau sewaktu dengannya. Malah, kebanyakan mass breeders tidak tahu tentang penjagaan sebenar sugar gliders. Mereka hanya inginkan duit anda dan tidak kisah jika joeys yang dibeli akan mati di tangan anda kerana diet atau penjagaan yang salah!

Page 11: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

11

Pakej A; Satu suggie. Pakej B; Dua Suggies.

• Menawarkan sepasang joeys dengan pelbagai pakej. Mereka menawarkan

makanan kucing/anjing, sabun mandi hamsters/binatang kecil serta vitamin dan suplemen yang meragukan. Malah, nasihat yang diberikan untuk diet mereka hanya berasaskan epal/betik/anggur/oats/nestle cerelac dan sebagainya agar anda fikir penjagaan suggies ini mudah dan senang. Kalau susah, siapa nak beli bukan?

• Mass breeders sentiasa menjual sepasang suggies jantan dan betina. Mereka tidak peduli jika joeys yang dijual tersebut adik-beradik atau tidak. *Peringatan, mengawan suggies yang mempunyai talian darah boleh mengakibatkan joeys yang baru lahir komplikasi kesihatan dan DNA yang tidak kuat. Macam manusia jugalah, lebih baik kahwin orang jauh kan.. ;)

• Ada mass breeders yang kadang-kadang akan mengaku joeys mereka adalah 100% dari Australia. Tiada siapa dibenarkan untuk mengimport joeys atau sugar gliders dari Australia, kerana ia diharamkan oleh negara mereka kerana eksploitasi perdagangan haiwan tersebut yang disalahgunakan.

Ni joey yang underaged lah ni.. Macam baru je keluar kantung ibunya..

Page 12: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

12

• Mass breeders akan menjual joeys bawah umur atau kadang-kadang joeys

yang bersaiz kecil dengan ekor yang kononnya lebat. (Saiz kepala sugar gliders yang kecil mungkin tandanya yang mereka bawah umur/'underaged')

• Homebreeders/Penternak hobi/Orang jual sugar gliders pasal suggies dia pun banyak ke hapa. :/ (saya semakin sengal kalau menulis di tengah pagi buta);

• Homebreeder akan menggunakan asal joey gambar untuk dijual.

Mungkin gambar sebenar joey dia tak meyakinkan, ekor tidak kembang, kepala kecil, nampak tidak sihat. Biasalah taktik penjual guna 'misrepresentation' dan 'passing off' produk orang lain.

• Homebreeder tidak akan memisahkan joeys daripada ibu bapa mereka dan sumbatnya di dalam sangkar bersama joeys yang asing padanya. Ini akan menyebabkan stres pada joeys kerana sifat rindu pada ibu bapa mereka ada, seperti manusia.

• Homebreeders selalunya tidak akan menjual sepasang suggies pada masa

yang sama/pada satu masa. Homebreeders tidak mempunyai stok suggies yang mencukupi untuk memberikan anda pasangan lelaki dan perempuan pada masa yang sama. Jika ini berlaku dan ianya dari homebreeder, kemungkinan ianya suggies yang mempunyai talian darah antara satu sama lain. Namun, jangan hanya menganggap dengan membuta-tuli pada orang ya. Cuma amalkan sikap prihatin dan kesedaran untuk menyiasat dengan lebih dalam akan hal ini jika ianya berlaku pada anda atau pada orang yang anda kenali. ;)

• Homebreeders selalunya tahu setiap nama joeys yang mereka bela, dan

joeys yang mereka bela akan selalunya sudah terbiasa dengan sentuhan manusia.

Page 13: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

13

Contoh gambar ladang penternak besar-besaran Sugar Gliders

Homebreeders selalunya tidak menjual joeys mereka di dalam satu pakej. Mereka tidak ada stok bekalan suggies yang sentiasa ada seperti penjual komersial yang kebiasaannya mempunyai 'ladang': selalunya sangkar tinggi yang dibelah dua, dibekalkan tempurung kelapa, makanan yang diletak atas lantai sangkar yang berkarat, diet hanya epal/betik, botol air yang berlumut dan kotor. Gambaran yang mengerikan bukan? Dari tempat inikah anda mahu suggies anda datang? Penyakit apa yang mungkin tersembunyi di sebalik suggies yang anda beli dari orang seperti mereka ini?

Page 14: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

14

3. Sangkar 3 kaki (had minima) Ya, ini pun sebenarnya keperluan minima bagi suggies. Mereka berasal dari hutan Australia, Papua New Guinea, serta sesetengah kepulauan Indonesia yang habitatnya tidak ada had maksima mahupun minima. Mereka menggelungsur dari pokok ke pokok tanpa batas namun dalam kurungan, sekurang-kurangnya anda boleh membekalkan senaman yang membolehkan mereka menjalani rutin natural mereka sebaik yang kita boleh.

4. . 'Sleeping pouch' Ini untuk tempat tidur mereka di dalam sangkar. Ada pelbagai jenis yang boleh digunakan tetapi sleeping pouch yang menggunakan bahan kain 'fleece' adalah yang terbaik. Kalau kamu nak tidur, nak tidur atas tilam yang bercadar kain ke bercadar plastik dan tempurung kelapa?

Page 15: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

15

5. 'Bonding pouch' Amat penting/perlu untuk menjinakkan suggies. *Ingat, semua suggies/joeys yang baru diterima adalah liar. Tiada istilah bagi joeys yang jinak gila babas punya spesis dll. Kalau jinak, ianya samada sudah terbiasa dengan interaksi dengan manusia, selesa dengan bau anda, atau kalau kes yang paling sedih.. ianya terlalu muda/kecil/underaged untuk 'tidak suka akan anda'/crabbing/sakit. (Ikut badan joeys tersebut lah, jika kepalanya lebih besar dari badannya sendiri, memang ia underaged. Jika ianya sendiri lagi kecil dari ibu jari anda, memang ia underaged. Hmm.. hati-hati denga permbelian joeys underaged. Nak menjaganya bukan senang.. cari dan beli 'Milk Replacer' yang khas untuk sugar gliders. Untuk kucing/anjing tidak sesuai.

6. Bekas makanan dan minuman

Page 16: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

16

7. . Diet utama Sugar Gliders, di Malaysia kebiasaannya memang HPW.. ada juga GliderSlurp dan lain-lain. Tetapi, stick to what you know best ya. Jangan pula beli nestum ke.. oats ke.. dan yang paling terbaru saya dengar.. Nestle Cerelac. Ada ke macam itu? Untuk tahu lebih lanjut mengenai HPW (High Protein Wombaroo), semak entri saya yang menyelitkan sedikit sebanyak mengenainya di sini)

8. . Semua jenis nilai murni yang perlu ada untuk menjaga bayi manusia adalah sama seperti untuk menjaga Sugar Glider. Adakah anda bersedia untuk menimang cahaya mata dalam hidup anda. Apa yang perlu untuk jaga bayi? Perancangan! Takkan tup tup terus dapat, bukan? Rancang dengan sempurna. Beli sangkar sudah? Dapatkan barang-barangnya? Beli di mana? Siapa stokis anda? Ada senarai klinik haiwan terdekat? Bagaimana, Kenapa, Mengapa, Bila, Hmm.. apa pandangan anda tentang semua ini?

Page 17: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

17

Tabiat dan Diet Sugar Glider Sugar glider sangat serupa seperti manusia ketika dalam bab makanan. Mereka boleh memakan pelbagai jenis makanan yang berbeza, dan seperti kita juga, mereka semua mempunyai selera makanan tersendiri. Ada sugar yang cerewet, manakala ada sugar yang lain yang akan memakan apa sahaja dan apa-apa sahaja benda, dan ada juga akan menjadi penagih makanan ringan jika anda membiarkan mereka. Selain itu, ia adalah kebisaan sugar jika mereka secara tiba-tiba berhenti makan tembikai , susu, pisang atau makanan kegemaran mereka selama beberapa bulan jika anda member makanan kepada mereka terlalu kerap. Ini merupakan fasa yang lazim dilalui sugar apabila mereka merasa bosan dengan kitar atau rutin makanan harian mereka jika sering sangat ia dihidangkan kepada mereka. Jadi, sebagai tips, simpan 4-6 jenis buah yang selamat untuk dimakan sugar dan selang seli ikut hari agar mereka tidak jemu dengan menu yang sama setiap hari. Sugar yang bosan dengan makanan boleh menjadi murung/depresi dan ianya boleh berkait dengan pelbagai jenis masalah kesihatan yang lain. Pastikan mereka diberikan pemakanan yang seimbang dan betul, jika tidak mereka akan menjadi bosan, tertekan, murung, dan kurang zat dan nutrient yang penting untuk hidup lama dan bebas penyakit. *Ingat, HPW perlu dihidangkan setiap malam dan ia amat penting agar mereka menjamah formula tersebut. BAGAIMANA DIET SUGARS? Ada 5 perkara yang wajib ada, buah, sayur, supplement, protin, dan diet HPW/Leadbeaters/Mix/Taronga Zoo Diet, Priscilla Price’s Diet (Lazimnya di Malaysia, HPW atau High Protein Wombaroo diet ) Buah : Sila rujuk di Sini Sayur : Sila rujuk di Sini *Makanan seperti buah di dalam tin tidak disyorkan untuk sugar kerana bahan pengawet dan kandungan gula yang tidak asli Supplement : Kalsium, Gliderade, Glider Booster, Debunga lebah asal dari Australia etc.

Page 18: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

18

Supplement kalsium, ditabur atas buah secubit rasa. Jangan letak dalam botol air, boleh menggalakan pertumbuhan organisma.

Kasi booost sikit!

Nutrien debunga lebah yang berperisa blueberry!

Page 19: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

19

Protin: • Cengkerik o Daging lembu, tanpa lemak atau minyak o Ayam yang dimasak, tanpa lemak atau minyak (Paling selamat dan

kurang risiko berbanding mealworm, superworm dan cengkerik untuk kena bakteria atau infeksi dalam penghadaman suggies)

Direbus atau apa sahaja, asalkan tak guna minyak masak..

o Telur rebus, boleh dicampur yogurt atau jus epal/buah yang selamat o Yogurt biasa yang rendah lemak, apa-apa jenis perisa

Rendah lemak

Page 20: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

20

• Mealworm (Menggemukkan dan tinggi fosforus)

• Superworm (Menggemukkan dan tinggi fosforus)

• Wax Worms

Page 21: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

21

• Ulat Sutera/Silk worms

• Caterpillars/Ulat Bulu • Cottage Cheese (Terlalu menggemukkan) • Treats: Diberi secara berkala dan untuk diberi dalam proses

menjinakkan/bonding atau melatih/training mereka.

Jangan bagi banyak, nanti rasuah tak laku (untuk treats)

Sedap juga rasanya, tuan yang makan lebih bila suggie sendiri tak mahu..

Pastikan ianya organik dan selamat untuk penghadaman sugars. Contoh; buah-buahan kering tanpa pengawet, pewarna dan perasa tiruan, yogurt drops etc. *Jangan sesekali bagi makanan ringan manusia.

Page 22: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

22

Keperluan Asas: Sangkar Sangkar sugar gliders adalah salah satu komponen penting dalam memastikan mereka dapat rasa selesa dalam persekitaran baru mereka. Sugars anda akan meluangkan majoriti masa mereka pada waktu malam di dalam sangkar mereka dan dengan memastikan bahawa sugars anda selesa, selamat dan bebas bersenam dengan sesuka hati mereka. Faktor-faktor berikut adalah untuk pertimbangan untuk mencari sangkar yang sesuai dengan haiwan eksotik ini.

Saiz Sangkar

Untuk sugars, pelbagai saiz cage dibekalkan, dari 1.5 kaki sehingga 3 kaki. Namun, sangkar yang paling minimum terbaik dan untuk keselesaan optimum adalah yang bersaiz 3 kaki. Ingat, tidak ada sangkar yang mampu meniru habitat sugars seperti di hutan liar tetapi pemilik sugars sekurang-kurangnya boleh membenarkan mereka 'glide' atau menggelongsor dalam sangkar mereka dengan senang. Jadi, untuk peringatan dalam membeli sangkar untuk sugars; Lebih besar adalah jelas lebih baik. Tinggi adalah lebih baik daripada yang lebih luas

Sugars suka melompat dan meluncur. Mereka mungkin kecil, tetapi mereka memerlukan banyak senaman dan ruang untuk bermain. Jadi, pastikan anda tidak menggunakan sangkar hamster atau gerbil untuk tempat tinggal sugars anda. Sangkar seperti ini tidak sesuai untuk binatang eksotik yang habitat asalnya merupakan pokok-pokok di hutan. Bayangkan betapa bezanya habitat mereka dengan apa yang kita bekalkan sugars kita.

Page 23: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

23

Juga, pastikan anda mendapatkan sangkar yang banyak ruang untuk menggantung kantung tidur atau 'sleeping pouch', meletakkan 'glider kitchen' atau dapur sugars yang membekalkan air dan makanan (yang akan saya terangkan secara lanjut di dalam entri blog akan datang), roda yang sesuai untuk sugars seperti Wodent Wheel, beberapa mainan yang selamat untuk sugars, namun masih lagi membenarkan ruang yang cukup untuk mereka melompat atau 'glide' di dalam sangkar mereka tanpa halangan.

Page 24: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

24

Keadaan dalam sangkar Apa yang perlu dalam sangkar mereka? Yang penting adalah banyak tak semestinya bagus. Apa selalunya yang diletakkan di dalam sangkar mereka. Yang paling asas merupakan; Sleeping pouch atau apa jenis tempat tidur sugars yang digunakan pada waktu siang. Pastikan ianya selesa, senang dibasuh dan mudah untuk diakses oleh anda. Kebiasaannya, pemilik sugars akan menggunakan sleeping pouch yang diperbuat daripada kain fleece atau felt. Pastikan anda selalu mempunyai sleeping pouch yang berlebihan, sekiranya yang sedang digunakan terlalu kotor atau busuk.. jadi anda mempunyai 'backup' pouch untuk sugars anda. Selain dari sleeping pouches, ada juga pilihan dari tempurung kelapa, kediaman plastik yang kebiasaannya untuk hamster dan gerbil, tetapi saya menasihatkan anda supaya memilih sleeping pouches kerana ia lebih lembut, selesa dan mudah untuk anda.

Page 25: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

25

Roda yang bersaiz besar, bukan yang selalu digunakan hamster. Guinea pigs mungkin, tetapi ada satu jenama roda yang dipanggil Wodent Wheel. Roda tersebut khas untuk sugars dan selamat untuk digunakan mereka. Ini kerana, roda biasa yang mempunyai palang, lagi-lagi jika ianya palang besi boleh mencederakan sugars anda. Bayangkan jika ekor panjang mereka tersangkut, sugars anda boleh tercedera teruk jika roda begitu digunakan. Roda yang terlalu kecil juga tidak sesuai, kerana mereka akan membesar dan kebiasaannya roda kecil akan menyebabkan sugars untuk tergelincir keluar dari roda ketika bersenam.

Bekas minuman juga penting untuk sumber air mereka. Gunakan water bottle atau water feeder yang selalu digunakan untuk haiwan kecil seperti hamster. Anda tidak digalakkan untuk menggunakan bekas minuman yang terdedah seperti mangkuk bulat plastik atau jenis seramik. Sugars merupakan haiwan yang membuang air tidak kira dimana-mana. Mereka tidak boleh dilatih untuk membuang air di tempat spesifik seperti sesetengah haiwan lain. Jadi gunakan water bottle berbanding mangkuk air yang terdedah agar bebas dari pencemaran najis mereka sendiri. Selain itu, untuk langkah keselamatan bekalkan dua botol air untuk mengelakkan dehidrasi yang tidak sengaja.

Bekas makanan yang berbeza dari segi jenis makanan yang dihidangkan. Ada pemilik sugars yang gemar meletakkan makanan kering di dalam bekas

Page 26: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

26

makanan untuk akses pada waktu siang jika mereka inginkan snek dan bagi makanan basah untuk bekas yang berlainan. Ini agar makanan sugars kekal segar dan tidak mudah busuk.

Beberapa jenis mainan untuk sugars. Untuk mencari mainan untuk sugars seperti mencari mainan untuk bayi. Mainan yang berwarna-warni dan membuat bunyi seperti loceng adalah kegemaran mereka. Ranting atau tali juga merupakan alat senaman sugars yang amat digemari mereka. Cuba meletakkan tali yang diikat dengan mudah di dalam sangkar mereka, anda akan terkejut melihat tali yang diikat dirungkai terbuka. Sugar makhluk yang bijak, dan pastikan mainan yang disediakan untuk stimulasi minda mereka selamat dan bebas dari segala faktor bahaya yang mungkin.

Page 27: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

27

Besi/Palang/Wire Mesh Sangkar/Dawai

Jarak dawai perlu 1/2 inci diantara palang tegak dan palang yang mendatar. Palang yang mendatar sahaja atau tegak sahaja sebenarnya tidak penting. Bahagian yang penting ialah memastikan wayar tidak lebih daripada 1/2 inci jika palang tidak bersilang. Sugars yang kecil atau Joeys boleh keluar melarikan diri melalui celah palang jika jaraknya lebih

dari 1/2 inci walaupun hanya luas sedikit daripada itu. Jadi anda perlu prihatin akan keadaan palang sangkar yang akan dibeli. Sangkar yang diperbuat dari jenis apa Terdapat beberapa bahan-bahan yang boleh digunakan untuk sangkar sugars dan terdapat juga beberapa bahan yang tidak sesuai. Jika anda akan membeli sangkar atau membuat sangkar menggunakan kayu, pastikan kayu untuk tujuan hiasan sahaja dan di luar sangkar. Jika sugars mempunyai akses kepada kayu, bukan sahaja mereka akan menggigit, tetapi mereka juga akan kencing di atasnya, menjadikannya berbau busuk. JANGAN membeli atau membuat sangkar menggunakan keluli bergalvani. Air kencing sugars akan menyebabkan tindak balas kimia dengan keluli bergalvani, yang boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing atau UTI (Urinary Tract Infection). JANGAN menggunakan sangkar yang diperbuat daripada aluminium. JANGAN membuat sangkar daripada kain perkakasan. Jika anda mahu membuat sangkar DIY, dawai PVC merupakan bahan yang sangat popular untuk digunakan. Anda mungkin boleh mencarinya di kedai perkakasan tempatan, kedai makanan haiwan, atau syarikat membuat pagar.

Page 28: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

28

Harga/Bajet Pembelanjaan sangkar, aksesori/mainan Sugar Glider

Perkara asas dalam membeli barang suggies iaitu;-

1) Sangkar Sangkar yang mempunyai ketinggian 3 kaki (yang paling minimum untuk tempat tinggal tetap suggies) boleh menjangkau dari harga RM100-RM150. (RM100 tu murah sangat okay!) Bagi sangkar yang berketinggian 4-5 kaki, harganya dari RM325-RM525. *Jangan beli sangkar hamster, akuarium atau letak dalam kotak -_-"

Page 29: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

29

Page 30: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

30

2) Aksesori/Mainan Bonding pouch - RM25-RM45+

'Bonding bag' a.k.a 'travel bag' (tak sama macam bonding pouch. Bonding pouch ini bila suggies you baru nak berjinak-jinak dengan tuan dia. Bonding bag lebih kepada travel, dan apabila suggies sudah bonded dan mungkin perlukan lebih ruang dan styleee untuk dibawa berjalan-jalan keluar)

Page 32: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

32

• Sleeping Pouch - RM10-RM15++

Page 33: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

33

• Mainan gantung (kayu, plastik, mainan bahan material fleece seperti tunnel, hammock, seeking hut..etc) - RM15-RM50++

Page 34: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

34

Plush toys/mainan untuk bayi (lembut dan selamat untuk suggies) - RM?? *Kalau nak jimat, boleh je guna patung biasa kat rumah tu.. tak perlu beli semata-mata. Kebas adik punya ke baby sesapa..

Page 36: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

36

Bekas air/minuman (Lebih baik guna botol dari mangkuk, nanti terdedah pada najis suggies)- RM10-RM15++ (Beli mahal lagi bagus, jangan beli yang cikai.. alah membeli menang memakai, percayalaah)

Page 37: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

37

• Wodent Wheel/Wobust Wheel - RM70-RM100

Page 38: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

38

Travel cage (bila nak balik kampung etc) - RM30-RM100++

Page 39: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

39

3) Diet pemakanan.

High Protein Wombaroo (Ada pelbagai jenama, pilih Bengy/Exotic Nutrition/ChubbyPetsGarden/Bugsy/GliderSlurp*Buatan Malaysia. Search Suggies at Home di Facebook. - RM20-RM40++

Page 40: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

40

Suplemen (Semuanya adalah (3), Glider-Cal (suplemen kalsium untuk menghindarkan penyakit lazim suggies-Hind Leg Paralysis/HLP)*sumber kalsium selain *betik (antara buah yang tinggi kalsium), Glider Booster (untuk memberi suggies vitamin dan mineral yang diperlukan) dan Gliderade(vitamin dan nektar untuk suggies untuk lebih tenaga) - RM10-RM20++

Page 41: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

41

Treats (untuk bagi sekali-sekala, dan untuk diberi ketika hendak train/bonding supaya mereka suka datang kat kita *bila suggies associate tangan dengan manisan, dia akan percaya dengan kita dan tidak akan takut untuk mendekati kita) - RM??? Terpulang, ada murah dan mahal. Pastikan ianya khas untuk Sugar Gliders. Tanpa pengawet/gula tambahan/coklat.

Page 42: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

42

Page 43: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

43

Memilih Sugar Glider Bagaimana Memilih Suggie Dengan berat hanya 4 hingga 5 auns, Suggie adalah haiwan sosial kecil. Mereka berasal dari Australia dan New Guinea. Seperti kanggaru, Suggie adalah daripada keluarga marsupium. Suggie yang sihat boleh hidup sehingga 15 tahun. Apabila anda memilih Suggie sebagai haiwan kesayangan, pastikan anda memilih Suggie yang sihat. Langkah 1 Membeli atau menggambil angkat Suggie daripada pembiak baka yang baik. Biasanya ditempat-tempat ini mereka akan menyediakan penjagaan yang baik bagi menghasilkan baka Suggie yang sihat yang lebih sesuai untuk hidup sebagai haiwan kesayangan. Mereka juga akan mengetahui dengan tepat umur Suggie mereka. Langkah 2 Pastikan semua jari-jari Suggie adalah mencukupi. Ia wajib terdapat empat kaki dengan lima digit setiap kaki. Kesemua keempat-empat kaki seharusnya dapat mencengkaman dengan baik. Buaian harus berjalan seperti biasa tanpa sebarang kecacatan atau mengheret mana-mana kakinya. Langkah 3 Periksa tahap kebersihan keseluruhan Suggie. Bulunya harus lembut, gebu dan bebas daripada sebarang parasit. Telinga perlu bersih. Gusi, mucus membranes dan hidung seharusnya berwarna merah jambu. Hidungnya hendaklah lembap tetapi bebas daripada hingus. Mata mestilah jelas dan terang tanpa sebarang tanda2 berair atau bertahi. Langkah 4 Buat pemeriksaan pada kulit yang bersambung dari pergelangan tangan buaian ke buku lali. Kulit sayap inilah yang membantu haiwan ini meluncur. Kulit ini harus mempunyai keanjalan yang baik. Langkah 5 Perhatikan tahap aktiviti di Suggie. Seekor Suggie haruslah yang sihat aktif, peka dan pandai bergaul. Suggie adalah haiwan berkumpulan. Mereka memerlukan pada persahabatan dan pergaulan dan boleh menjadi tertekan jika dibiar tanpa perhatian yang mencukupi.

Page 44: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

44

Keperluan Asas : Pemakanan

• Sugar gliders merupakan haiwan asal dari Australia, Papua New Guinea serta sekitar pulau Indonesia. Jadi sebagai haiwan eksotik yang asing pada negara kita, pemakanan mereka tidak sesuai dengan cara diet yang biasanya diberi kepada haiwan-haiwan domestik yang dibela di rumah.

• Tanpa diet yang betul, atau diet yang sekurang-kurangnya hampir menyerupai pemakanan mereka di habitat asal, mereka boleh menderita samada kerana kurang zat dan nutrien atau mengalami penyakit-penyakit yang lazim dihidap sugars yang tidak mengikuti diet mereka yang sepatutnya. (Penyakit yang biasa dihidap oleh sugars akan saya terangkan dengan lebih lanjut dalam blog entri yang akan datang).

• Dalam penjagaan pemakanan, kebiasaannya ada dua konsensus atau pendapat oleh pemilik-pemilik sugars yang berpengalaman dalam menjaga diet mereka. Ada yang berpendapat bahawa diet mereka senang diikut sepanjang tempoh hidup sugars (12-15 tahun) dan ada juga pemilik sugars yang berkata diet mereka amat membebankan masa dan sukar untuk menjadi konsisten kerana ianya terlalu menuntut waktu lapang dan tenaga kita.

Jadi, ini dietnya yang wajib ada dalam genggaman pemilik-pemilik sugars;

• HPW (High Protein Wombaroo diet) • Gliderade • Repcal atau sebarang jenama suplemen kalsium lain yang sesuai untuk

sugars • Cebisan ayam rebus/mealworm/superworm/cengkerik • Pilihan buah-buahan pelbagai (yang selamat dimakan sugars) • Pilihan pelbagai jenis sayur-sayuran (yang selamat dimakan sugars)

Page 45: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

45

Makanan yang selamat buat Suggies

• Pemberian nisbah ratio kalsium dan fosforus amat penting untuk memastikan sugars anda hidup lama dan sihat. Rajin-rajin la mentelaah dan menghafal semua makanan yang selamat untuk sugars anda, mana tahu jika anda sedang makan tengahari di restoran dan anda ingin berkongsi timun atau tomato

Senarai buah-buahan yang selamat

1. Epal (Banyak penjual suggies rekomen makan buah ini, namun ianya tinggi kandungan fosforus. Kandungan fosforus yang tinggi boleh menghalang penyerapan kalsium dalam tubuh badan suggies. Apabila kalsium kurang, kalsium yang sedia ada di dalam tulang suggies akan diserap dan apabila itu berlaku, tulang suggies akan rapuh. Baca Pengetahuan Asas: Penyakit Lazim Sugar Gliders, bahagian HLP (Hind Leg Paralysis) *Tahukah anda epal penyebab UTAMA sugar gliders menghidap penyakit lumpuh kaki?

2. Aprikot 3. Buah Pear 4. Apokat/Avokado 5. pisang 6. beri hitam 7. blueberry 8. buah Sukun 9. tembikai 10. ceri 11. kelapa 12. anggur 13. kranberi 14. Kurma 15. Jeruk Bali 16. jambu Batu 17. Tembikai susu 18. nangka 19. Buah Kiwi 20. Buah Kumkuat 21. Buah lemon 22. Kulit lemon 23. limau mandarin/cina 24. kulit limau mandarin/cina 25. longan 26. mangga 27. betik

Page 46: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

46

28. Buah Markisa 29. pic 30. pear 31. nanas 32. pisang (Juga tinggi fosforus, jangan beri dalam kuantiti yang banyak.. ia boleh

membuat bulu suggies gugur, seterusnya melemahkan badan sugar gliders dan langsung mati)

33. plum 34. Buah delima 35. prun 36. Buah Pomelo 37. kismis 38. raspberi 39. Bunga Roselle 40. Durian (Tak bagus kalau bagi banyak sangat. Tapi dinasihatkan tak bagi

langsung kerana buah ini pada manusia pun boleh menjadikan orang itu panas dan tak selesa. Akibatnya pada suggies mungkin teruk dan ia dikatakan juga boleh menyebabkan kematian) Jadi toksahlah beri depa makan durian bila nak musim nanti. Makan sendiri je la ye!

41. strawberi 42. tomato 43. tembikai 44. Buah Tin

Ini pula senarai sayur-sayuran yang selamat

1. Asparagus 2. Alfalfa Pucuk 3. Amaranth 4. rebung 5. bit hijau 6. bit 7. Kacang Hitam 8. Pak Choy 9. brokoli putih (tak bagus banyak-banyak) 10. Burdock Akar 11. Skuasy Butternut 12. sayur kubis 13. lobak merah 14. daun Saderi 15. chayote 16. chicory hijau 17. sayur kubis Cina 18. Collard hijau 19. ketumbar 20. jagung 21. Cowpeas 22. timun 23. Dandelion hijau

Page 47: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

47

24. Dock 25. terung 26. Kacang Perancis 27. Akar halia 28. kacang hijau 29. Salad (Butterhead) 30. Salad (gelap hijau daun) 31. Salad (aisberg) 32. Salad (Red) 33. Salad (Romaine) 34. serendeng Kacang 35. cendawan 36. sawi hijau 37. Bayam sawi 38. sayur kubis 39. bendi 40. daun pasli 41. Parsnips 42. Peas 43. kentang 44. labu 45. lobak 46. Red Peppers 47. Rutabagas 48. Snow Peas 49. kacang soya Bean 50. Skuasy spageti 51. bayam 52. Skuasy 53. Sweet Peppers (Green) 54. Sweet Peppers (Red) 55. ubi keledek 56. Swiss Chard 57. tauhu 58. lobak 59. lobak hijau 60. seladri air 61. Skuasy Winter 62. keladi 63. Wax Kacang Kuning 64. timun Jepun 65. Brokoli hijau (tidak bagus bagi banyak-banyak)

Ada beberapa buah dan sayur import yang telah saya buang dari senarai kerana buah atau sayur tersebut sukar didapati di Malaysia. Tetapi, jika anda ingin tahu kesemuanya dengan lengkap, ini sumber link laman web yang saya memperoleh senarai makanan tersebut.

Peringatan readers! Ini cuma senarai mudah dan untuk Newbies atau pemilik sugars yang baru mula membela mereka. Perlu

Page 48: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

48

diingat apabila memilih buah-buahan dan sayur-sayuran untuk sugars anda, walaupun sesuatu itu selamat dimakan, ia tidak bermakna ia patut diberi secara berlebihan kerana terlalu banyak dengan sesuatu yang bagus adalah tidak elok. Bayangkan coklat sebagai contoh, jika anda makannya, baik untuk hati dan mengurangkan stres. Jika berlebihan, obesiti pula akan menggantikan segala yang baik itu.

• Jadi jika anda sayang lebih dekat sugars anda, sila baca senarai makanan yang mengikut turutan nisbah kalsium dan fosforus ratio Click SINI untuk mengenal pasti apa jenis makanan yang bagus atau tidak patut diberi secara berlebihan agar diet pemakanan mereka seimbang.

Makanan yang perlu dielakkan untuk sugars; Tauhu dan produk kekacang soya: Penyelidikan pada beberapa haiwan lain menunjukkan tauhu boleh memberi kesan negatif kepada sistem penghadaman. Setakat ini, kesan negatif ke atas sugars belum lagi terbukti. Namun sesetengah penternak sugars membantah tauhu sebagai makanan sugars kerana ia merupakan sumber protin daripada kekacang, dan bukannya daging atau serangga. Jadi, ia lebih selamat untuk hanya memberi cebisan ayam kepada sugars sebagai sumber protin mereka. Anggur & Kismis: Mungkin ada benda yang mengaitkan anggur dan kismis dengan kegagalan buah pinggang dalam sugars (serta binatang peliharaan lain). Biji benih, kulit, dan sisa biji buah-buahan: Buang biji dari mana-mana buah-buahan yang anda berikan sugars anda. Biji benih, kulit, dan sisa biji buah-buahan tidak baik untuk sugars, namun sugar gliders kebiasaannya bijak untuk meninggalkannya dan tidak memakannya. Yay untuk sugars! Ini merupakan sumber laman web yang digunakan;

www.luckyyou-gliders.com

www.sweet-sugar-gliders.com

Page 49: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

49

Tips-Tips Pemakanan

Empat Tip Permakanan Untuk Suggie Dari Pemilik Berpengalaman. Semua pemilik mahu Suggie mereka kekal sihat sebaik yang mungkin. Jadi, Perkara yang uama adalah penyediakan diet yang sesuai. Jika anda tidak memberi Suggie jenis makanan sesuai dan seimbang, kesihatan Suggie akan terjejas dan yang pasti mereka akan menderita. Artikel ini akan memberi anda beberapa tips pada perihal pemberian makanan untuk Suggie. Buah-buahan / sayur-sayuran Buah-buahan segar dan sayur-sayuran adalah salah satu diet utama bagi Suggie anda. Mereka menikmati pelbagai seperti epal, pear, beri, dan tembikai. Anda juga boleh memberi buah-buahan eksotik seperti mangga dan kiwi. Adalah baik untuk menukar diet pada setiap hari supaya dia tidak akan jemu dengan makanan yang sama. Lemak Adalah penting bahawa makanan Suggie anda adalah rendah lemak. Sistem penghadaman mereka tidak memberi tindak balas baik pada makanan yang tinggi lemak, dan mereka akan berkemungkinan mengalami masalah kesihatan. Ini bermakna bahawa anda tidak boleh memberi mereka makanan dari jenis kekacang dan bijian kerana ianya mengandungi kandungan lemak yang sangat tinggi. Jika anda memberi ibu SG yang mengandung terlalu banyak lemak, joeys mereka akan mendapat penyakit bintik putih dalam mata merek.

Page 50: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

50

Kalsium / Fosforus Keseimbangan kalsium dan fosforus adalah sangat penting untuk kesihatan Suggie. Mereka sangat mudah terdedah kepada penyakit tulang jika terlalu banyak fosforus dalam makanan Suggie anda. Ini akan menyebabkan sistem metabolisma badanSuggie akan menyerap kalsium daripada tulang untuk membuat untuk keperluannya. Dalam kes ini, keadaan, Suggie akan sangat cenderung untuk mengalami patah tulang. Banyak masalah kesihatan yang lain juga boleh berlaku terutama Lumpuh Kaki Belakang. Ketoksikan Salah satu perkara yang paling penting, anda perlu belajar tentang memberi makanan untuk glider gula dan memastikan anda tidak meracuni mereka. Ada beberapa perkara anda tidak harus memberi mereka makan. Makanan bergoreng dan bercoklat adalah yang teratas didalam senarai ini. Anda juga harus mengelakkan makanan yang mengandungi gula pasir putih. Ia juga penting untuk anda mengetahui bahawa biji buah2an adalah toksik bagi Suggie anda. Dengan itu buat lah kajian seberapa banyak yang boleh juga perbandingan imbangan makanan untuk Suggie daripada mereka2 yang arif dalam soal permakanan Suggie ini, Agar Suggie anda akan dapat menikmati kehidupan yang panjang bersama anda.

Page 51: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

51

SEBELUM MEMBAWA JOEY PULANG

Memanaskan Joey (anak muda SG) anda Adalah penting untuk kita ingat bahawa Joey sentiasa berada bersama papa dan mamanya sepanjang masa. Suger Glider adalah haiwan yang sangat social yang memerlukan banyak menjalain perhubungan sama ada dengan anda atau Glider yang lain. Joey anda masih agak kecil dan akan tenang dengan mudah. Pastikan bahawa dia berada dalam keadaan cukup panas. Ini mudah dilakukan dengan meletakannya didalam kantung yang diperbuat daripada kain fleece diletakkan dibadan anda atau didlm sangkarnya. (Jangan gunakan kain atau tuala sebagai selimut kerana kuku kecil Joey anda dengan mudah boleh tersangkut) Jangan menggunakan pad pemanasan mahu pun batu-batu pemanasan kerana ianya boleh "membakar" Joey anda. Pastikan sangkar Joey anda jauh dari Penghawa Dingin atau tingkap supaya angin tidak bertiup terus ke Joey. Menjalin Ikatan Perhubungan Dengan Joey anda Sebelum membawa Joey baru anda pulang, beli kain fleece dan dipotong beberapa helai sebesar 6” setiap satu sebagai Blanket atau selimut. Blankit2 kecil ini akan digunakan untuk membantu proses ikatan anda sebaik sahaja Joey anda dibawa pulang kerumah bersama anda. Tidurlah dengan meletak beberapa helai blankit ini ke dalam baju anda supaya blanket itu akan melekat bau anda, letakkan blanket baru yang berbau anda ke dalam beg kantong ziploc untuk mengekalkan bau anda. Lakukan ini dengan beberapa blanket setiap malam sehingga semuanya berbau anda. Sebaik sahaja anda membawa pulang Joey anda, letakkan Blanket yang berbau anda ke dalam kantung setiap malam, ianya hendaklah di tukar dengan yang baru yang mempunyai bau anda setiap hari. Cuci yang telah digunakan dan tukar dengan yg baru setiap hari. Dan ulangi proses ini setiap hari. Joey kemudian akan tidur dengan bauan anda & ini akan membantu ia untuk menjadi biasa dan kenal dengan bau anda. Oleh kerana Sugar Glider amat peka dengan bauan, ini adalah salah satu cara terbaik untuk mendapatkan keprcayaan, ikatan dan hubungan antara Joey anda dengan anda dalam masa yang singkat.

Page 52: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

52

Selepas hari pertama, memelihara Joey anda, bawalah Joey bersama2 anda pada siang hari di dalam kantung seberapa lama yang anda boleh, sekurang-kurangnya 2-3 jam sehari. Ini akan membantu Joey anda untuk membiasakan dengan bau dan suara anda dan ianya sangat membantu anda dalam proses ikatan perhubungan dengannya. Saya suka untuk meletakkan tangan saya di dalam kantung glider saya dan perlahan-lahan menggosok mereka semasa mereka tidur. Ini juga mendapat mereka dilakukankan bagi membiasakan sentuhan anda padanya. Jika Joey anda cuba untuk mengigit sedikit, jangan takut atau kecewa: cuba hanya gosok dari luar kantung yang untuk sementara waktu sehingga ia biasa dengan perlakuan anda itu, dan dengan secara beransur-ansur mula meletakkan tangan anda di dalam kantung. Dari semasa ke semasa, anda boleh lah menghulur Joey dengan beberapa buah kering, anggur, sedikit yogurt atau sos epal dari hujung jari anda. Ini akan membantu Joey mengingatkan anda dengan benda-benda yang baik. Perlu diingat bahawa suger glider akan cuba gigit untuk mengesep jus kerana semula jadi Sugar Glider memang mengesep kulit kayu bagi mendapat jusnya,jadi anda haruslah bersedia untuk menambah makanan dijari anda sebelum ia habis atau dia akan gigit untuk mendapatkan jus dari jari anda.

Page 53: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

53

Hadapi Gigitan Mereka Bagaimana menghadapi SG Binatang Kesayangan Anda Yg Suka Mengigit. Cara Menghadapi gigitan Suggie haiwan kesayangan anda salah satu perkara pertama pemilik baru mesti belajar . Ikuti tip- tip mudah dibawah ini bagi mengurangkan bilangan gigitan dari SG anda… Langkah 1 Ketahui perbezaan diantara gigitan berasaskan ketakutan dan nibbles mesra. Gigitan kerana takut nil ah yang harus diubahkan perangainya, sambil nibbles atau gigitan mesra adalah sebahagian daripada naluri semula jadi haiwan. Langkah 2 Pastikan SG anda berasa selamat di dalam persekitarannya. Lakukanlah segala-galanya bagi membuat ia merasa aman dan selesa dengan kehadiran anda. Langkah 3 Ketahui cara betul untuk memegangnya. Memegang SG anda dengan cara yang betul akan mengurangkan kejadian gigitannya. Langkah 4 Pertalian hubungan dengan dengan SG adalah wajib. Pastikan untuk bermain dengan sekurang-kurangnya 2 jam sehari dan sentiasa membawanya didalam kantung kemana saja dan bila-bila waktu, ini akan mengujudkan ikatan kepercayaan dan mengajar SG supaya jangan merasa takut aatau terancam terhadap anda.

Page 54: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

54

Langkah 5 Sentiasa sedia dengan treats atau makanan sampingan supaya anda boleh memberikannya sesuatu,,supaya dia ada benda yang hendak dikunyah jika dia ada keinginan untuk mengigit anda. Dengan memberinya sesuatu untuk dimakan akan mengurangkan keinginannya untuk mengigit jari2 anda. Langkah 6 Sapukan atau letakkan sedikit yogurt atau madu atau sos apple di hujung jari anda , dan hulurkan jari anda pelahan-pelahan kearah SG anda dan biarkan SG datang kepada jari anda, dengan ini SG anda akan datag ke jari anda dengan menganggapnya adalah membekalkan makanan dan bukan nya ancaman. Langkah 7 Usap dan bercakaplah dengan SG dalam nada yang menenangkan semasa anda menawarkan ia makanan (treats). Jadi Kepercayaan antara SG dan anda adalah amat2 diperlukan bagi menjalinkan perhubungan antara anda dan SG anda.. selamat mencoba

Page 55: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

55

Keperluan Asas: Bonding Pengenalan kepada penjinakan atau 'bonding' sugar gliders Kebiasaannya, selepas memastikan sangkar, pemakanan sugar gliders sudah diuruskan, pemilik sugars akan heboh dengan proses bonding atau taming sugars mereka. Istilah bonding ini sebenarnya bermaksud percaya. Bonding tidak bermakna mereka akan melompat kepada anda jika dipanggil atau boleh melakukan 'tricks' atau helah yang selalu dilihat dari pemilik sugars yang bertahun pengalaman atau dari video-video Youtube. Bonding ini hanya berlaku bila sugars anda, percaya, selesa, suka akan kehadiran anda. Sugars yang sudah bonded dengan pemilik mereka tidak akan crabbing jika dipegang, dibawa kemana-mana dan lain-lain. Bau tubuh badan adalah penting Bonding melibatkan pembiasaan BAU tubuh badan pemilik kepada sugars mereka. Bau badan adalah penting untuk mengenal pasti siapa yang mejinakkan, memberi makan atau membawa mereka ke mana-mana. Jadi, orang yang ada 'Body Odour' atau bau badan dan membela sugars agak bertuah kali ini kerana sugars akan segera bond dengan bau pemilik mereka yang 'menonjol' itu. :p Jadi ketika bonding, ia juga penting untuk tidak mengenakan losyen atau minyak wangi sebelum mengendalikan mereka. Umur optimum untuk proses bonding Paling muda ialah 2 bulan. Bak kata pepatah, melenturi buluh biarlah daripada rebungnya. Mereka lebih menerima dan terbuka kepada persekitaran dan orang di sekeliling mereka memandangkan mereka masih 'fresh' dalam dunia ini dan mereka belum mempunyai apa-apa pengalaman dikendalikan oleh manusia. (Kerana lazimnya hanya umur 2 bulan baru boleh joey dipisahkan dari ibunya. *Jika anda mendapat joey yang lebih kecil dari ibu jari, segera hubungi doktor haiwan dan dapatkan 'milk replacer' khas untuk marsupials dan beri susu kepada joey tersebut setiap 2 jam).

Page 56: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

56

Jangan salah sangka dan berasa bahawa suggies yang tua beberapa bulan atau beberapa tahun tidak boleh dijinakkan atau bond. Ianya semua bergantung pada perwatakan dan personaliti suggies anda. Selain itu, anda juga perlu bersabar dengan proses yang mungkin mengambil seminggu atau sebulan dan lebih dari itu. Konklusinya, suggies yang muda seperti 2 bulan mudah dijinakkan dan suggies yang berusia (agak-agak macam dah matang sangat atau sudah lama dibiarkan liar atau terdedah dengan pengalaman buruk contohnya; penderaan fizikal, masalah kesihatan yang berlarut, stres dan sebagainya) memerlukan masa yang lebih lama untuk dijinakkan, namun tidak mustahil jika pemilik memberi kesabaran dan usaha yang tinggi untuk mendapatkan kepercayaan suggies tersebut. Kebiasaan pada awal waktu bonding Sugar gliders kebiasaannya akan membuat bunyi 'crabbing' pada kali pertama mereka berkenalan dengan anda. Ini adalah tabiat yang normal dan sihat dalam sugar gliders. Jika sugar glider anda tidak melakukan crabbing ini, mungkin mereka sudah jinak dengan manusia ataupun mereka sakit/lemah untuk membuat bunyi crabbing tersebut. Crabbing ini saya telah jelaskan di dalam entri bertajuk Bunyi-bunyian Sugar Gliders. Crabbing ketika mereka mula dikenalkan kepada anda tidak bermakna mereka marah atau benci dengan anda. Malah saya tidak percaya sugar gliders boleh merasa benci kepada manusia walhal sebenarnya itu cara mereka mempertahankan diri mereka kerana mereka takut akan anda. Pengalaman saya membela sugar glider saya, baby amat sukar dan stres bagi saya. Saya ketika itu yakin bahawa baby membenci saya dan tidak akan suka saya selama-lamanya. Namun selepas usaha yang tidak putus, 4 hari kemudian baby tidak lagi crabbing malah suka tidur di dalam tangan saya dan dia bersama saya tak kira masa.

Page 57: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

57

Cara untuk bond dengan sugar glider anda Apa yang perlu ada (Asas)?? Baju T-Shirt yang tidak lagi digunakan atau yang boleh dikorbankan untuk suggies anda .Pakai T-Shirt semalaman, letak di dalam sangkar atau sidai di atasnya. Bonding Pouch Letak suggies di dalam pouch. Ambil ketika waktu pagi/petang/suggies tidur (jika ia tidak biasa dipegang dan masih crabbing). Letak di dalam baju dan bawa ia kemana-mana. Bunyi suara dan pergerakan anda akan membuatnya rasa biasa dengan anda. Treats Jika ia di tempat yang sunyi atau bilik yang kosong, panggil namanya dan tunggu ia datang ke tangan anda. Beri treats jika ia datang dan anda boleh cuba mengusap kepalanya. Biasakan memanggil namanya. Cebisan kain/T-Shirt yang boleh dikoyakkan kecil-kecil Lap pada muka atau tidur semalaman dengannya dan letak di dalam bonding pouch/sleeping pouch. Nanti suggies anda akan terbiasa dengan bau anda. Kesabaran yang tinggi Proses ini tidak mengambil semalaman. Jangan putus asa dan jangan ingat yang suggies anda tidak dapat dijinakkan. Ulang langkah di atas dengan konsisten.

Page 58: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

58

Jinakkan Mereka Bagaimana Untuk melatih/menjinakkn Suggie Anda Melatihan Suggie haiwan peliharaan anda adalah hampir sama seperti bermain dengannya. jika anda memiliki tindakbalas dan tanggungjawab serta sifat ingin tahu Suggie responsif, latihan ini juga adalah sebahagian daripada proses ikatan/hubungan dengannya. Belajar bagaimana untuk membuat Suggie datang kepada kamu apabila ia dipanggil, berjalan dan meneroka rumah anda. Melatih Suggie Kesayangan Datang Apabila Dipanggil Langkah 1 Membuat satu bunyi bagi membuat Sugie anda kenal panggilan anda, Ia akan kenal bunyi ini sebagai bunyi panggilan untuk ia datang. Kita boleh gunakan apa jua bunyi seperti klik atau siul anat pentik jari atau mengetuk sesuatu, juga boleh buat bunyi kucupan. Langkah 2 Tunggu masa Suggie anda keluar bermain. Langkah 3 Dapatkan perhatiannya dengan menggunakan bunyi isyarat yang talah anda tetapkan. langkah 4 Berikan Suggie anda Upah seprti Buah-buahan kering yang ada dijual apabila dia datang.. langkah 5 Ulangi proses ini seberapa kerap dan beri lah dia ‘treats’ setiap-kali dia datang kepada anda, lama kelamaan dia akan datang sendiri pada kamu setiap kali anda buat bunyi panggilan terebut.

Page 59: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

59

Melatih Suggie Binatang Kesayangan Untuk MenjelajahDi Dalam Rumah langkah 1 Pastikan Rumah anda selamat dan escape proof supaya Suggie anda tak boleh keluar. Pastikan tiada Air bertakung, jauhkan bahan2 kimia sebaiknya disimpan tempat tertutup. Beri perhatian khusus kepada tandas, bahan2 pencuci isi rumah dan tingkap tertutup. langkah 2 Masuk besama2 Suggie anda dalam bilik kecil dahulu yng telah dipastikan selamat daripada langkah 1. langkah 3 Benarkan Suggie anda untuk melompat dari kamu dan berkeliaran di sekitar bilik. Biarlah ia memanjat dan bermain. langkah 4 Panggil Suggie anda kembali kepada anda dengan menggunakan bunyi isyarat panggilan anda. Berikan ‘Treats’ apabila dia datang ke anda. langkah 5 Biarkan Sugie anda melompat dan meneroka lebih jauh sekali lagi. langkah 6 Terus memanggil semula dan memberi ia ‘Treats’ supaya ia tahu ia sepatutnya datang kepada anda untuk mendapatkan makanan. langkah 7 Jika ini berjaya anda lakukan anda haruslah mempertimbangkan untuk membawanya ke tempat yang lebih luas dan akhirnya keluar rumah

Page 60: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

60

Pembersihan Sangkar Bagaimana Untuk Membersikan Sangkar Suggie Anda ... Suggie mempunyai reputasi untuk sebagai haiwan yang sangat bersih, tetapi tabiat peribadi mereka ini bukanlah dijadilkan alasan anda dari kerap mengekalkan kebersehan sangkar mereka. Suggie anda, juga adalah seperti haiwan peliharaan lain, memerlukan persekitaran yang bersih untuk didiami. Ikutilah tip-tip untuk menjaga kebersihan sangkar Suggie anda dan bebas dari bacteria. Langkah 1 Bersihkan keseluruhan sangkar sekurang-kurangnya sekali seminggu. Sangkar kecil harus dibersihkan lebih kerap daripada sangkar yang lebih besar, dan sangkar yang dihuni oleh Suggie yang banyak juga perlu dibersihkan lebih kerap daripada yang dihuni oleh hanya satu ekor. Langkah 2 Gunakan peluntur dan air untuk gosok bersih sangkar. Selepas sentalan awal basuh sangkar dengan jumlah air yang banyak untuk memastikan semua peluntur telah dibersihkan. Langkah 3 Kosongkan sangkar. Gantikan semua tempat tido bila perlu atau setiap 3 hari. Langkah 4 Ambil tuala kertas yang lembap dan lap bilah sangkar setiap 2 hingga 3 hari.

Page 61: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

61

Langkah 5 Cuci dan bilas mangkuk makanan dan air setiap hari. Gunakan air panas dan rumah bahan pencuci pinggan. Biarkan mangkuk hidangan untuk kering sebelum mengisi dengan makanan dan air. Langkah 6 Sentiasa gantikan permainan mereka kerana ianya akan menjadi kotor. Semana membersehkan permainan mereka pastikan anda letakkan permainan lain sebagai ganti. Jika permainan itu diperbuat daripada kain, rendam dalam detergen mesra haiwan peliharaan dan pastikan ianya benar-benar kering sebelum meletakkan ianya semula untuk mereka. Langkah 7 Tukar ranting2 kayu yang diletakkan di dalam sangkar Suggie jika ada. Suggie suka bermain, bertenggek dan duduk di ranting2 ini. Bila ternampak sahaja tanda kekotoran gantikanlah ia supaya bakteria tidak boleh membiak dan merebak. Langkah 8 Lakukan pemeriksaan harian kepada sangkar Suggie anda. Basuh bahagian sangkar yang perlu sehingga pencucian penuh selanjutnya.

Page 62: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

62

Cara potong kuku Sugar Glider

A) Kenali kuku ynag biasa dipotong dan biasa ditinggalkan (tanpa di potong) i) Kuku di jari tangan, perlu dipotong ii) Hanya 2 kuku di jari kaki perlu dipotong (ibu jari kaki tidak mempunyai kuku,. Kebiasaannya 2 kuku jari ditinggalkan (tidak dipotong). Ini kerana kuku tersebut dijadikan sikat bagi mereka. B) Bila waktu yang sesuai untuk memotong: i) Kuku SG terlalu panjang @ tajam. Ini akan melukakan badan tuan SG atau sesiapa yang memegangnya. ii)Kebiasaannya, kuku dipotong ketika SG sedang tidur diwaktu petang

Page 63: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

63

C) Langkah - Langkah yang perlu diambil sebelum memotong kuku SG: i) Pastikan cahaya (lampu) adalah terang - bagi mengelak sebarang kesilapan.[Anda nampak urat darah di jari SG] ii) Sediakan kain yang lembut iii) Pemotong kuku yang bersesuaian. Pemotong kuku yang paling terbaik adalah jenis serong (boleh didapati dari set pemotong kuku yang dijual). D) Langkah - langkah untuk memotong kuku SG : i) Balut SG anda dengan kain yang lembut @ fleece dengan kemas, agar SG tidak bergerak aktif. ii) keluarkan 1 tangan SG yang ingin dipotong kukunya dari balutan. iii) Pegang perlahan - lahan jari SG yang ingin dipotong kukunya, ini bagi mengelakkan jari SG terluka ketika SG tersebut "crabbing". iv) Potong dengan berhati - hati. Jika perhatikan picbawah, sebelah kanan, jenis illustrasi), potong kawasan bertanda "TRIM" sahaja. E) Jika jari SG berdarah ketika sesi pemotongan. i) hentikan sessi pemotongan kuku. ii) Sapu jari SG yang terluka dengan campuran tepung jagung dengan air (jangan bagi cair sangat) - Ini membantu menghentikan darah yang mengalir. iii) Jika pendarahan berterusan, sila bawa berjumpa dengan doktor haiwan

Page 64: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

64

Tips: Cara nak potong kuku Sugar Gliders

• Bilakah masanya Sugar Glider anda perlu trim kuku? Apabila mereka jalan di tangan anda dan rasa macam seribu juta jarum mencucuk setiap inci liang roma.

• Bagaimana nak potong kuku mereka? Ada beberapa benda yang diperlukan. Namun, jika anda terlalu terror (sudah berpengalaman lama dengan suggies dan suggies anda pun sudah bonded dan teramat selesa dengan anda), anda hanya memerlukan satu ketip kuku yang canggih lagi tajam.

• Apa yang perlu ada..? Kain material fleece. Ianya tidak akan membuatkan kuku suggies anda tersangkut. Hati-hati dengan pilihan kain yang akan digunakan. Ini digunakan untuk membalut suggies anda.

• Ketip kuku yang mempunyai bilah yang serong.

Page 65: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

65

Lebih mudah nak potong kuku suggies kalau dia 'slanted'/serong sikit. Pasal kuku suggies kan macam bentuk sabit..

• Ini kali pertama saya potong kuku! Macam mana? Anda memerlukan seorang untuk membantu anda.. ataupun anda boleh mencubanya tanpa bantuan sesiapa.

• Kenapa nak kena ada seorang lagi untuk potong kuku?

Orang tu akan menjadi tukang pegang suggies anda.

• Sampai mana nak potong? Boleh ke potong sebenarnya?

Cuba tengok dekat-dekat kuku suggies anda, nampak tak urat darah depa tu.. sampai akhir urat darah tulah tempat awak boleh mula potong. Memang la boleh potong.. ada orang kata tak boleh tu pasal dia takda research, main cakap je tu. Gambar ilustrasi ada di bawah ni. Sikit je potong pun.. bukan sampai habis

Page 66: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

66

• Jari mana satu yang nak kena potong?

Jari tangannya ada 5, semua boleh potong. Namun saya selalu tinggalkan jari kelingkingnya tidak diketip kerana ia tidak begitu panjang dan tajam. Untuk jari kakinya, anda boleh melihat similariti dengan jari kaki kita sendiri. Ibu jari suggies tidak mempunyai kuku dan jari yang lain ada. 2 jari terakhir tidak perlu dipotong kerana ia digunakan sebagai 'sikat' bagi suggies ketika mereka membersihkan bulu mereka. Jangan potong tau! Lagipun ianya terlalu nipis dan tidaklah begitu tajam jadi biarkan sahaja. Jadi, hanya tinggal 2 jari kuku diantara ibu jari dan dua 'sikat' suggies. Yang itu boleh dipotong. Masa tengah baca ni, tengok la jari kaki dan tangan suggies anda untuk melihat mana satu yang boleh dan tidak boleh dipotong!

• Ok, habis tu macam mana cara nak pegang? Ambil kain fleece atau kain yang lembut, balut/lapik suggies didalamnya dan pegang erat-erat badan suggies tersebut agar mereka tidak bergerak. Kemudian keluarkan tangan suggies satu persatu untuk bersedia memotong kukunya.

Page 67: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

67

Pelan-pelan je pegang, tapi jangan gelabah bila suggies crabbing, nanti boleh terluka nanti.

• Saya kena buat apa? Awak potong kuku dia l. Kalau tak pun, suruh kawan awak/orang yang berpengalaman tunjukkan caranya dan awak boleh cuba lain kali.

Kadar konsentrasi kena tinggi. Pastikan anda dan suggies selesa

• Masa bila sesuai potong? Masa petang, ketika suggies sedang tidur nyenyak.. kamu ambil dia dan cekup. Jangan bagi dia terkejut sudah.

• Berapa lama proses potong kuku ni? Kalau newbie, dah potong satu jari, tarik nafas, potong dua jari, lap peluh di dahi.. mungkin 5-10 minit. Tapi kalau pro, 3 minit pun siap. Takpa, buat perlahan-lahan, bukannya ada race ke apa..

Page 68: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

68

• Apa lagi nasihat?

Pastikan cahaya yang ada cukup agar nampak urat darah suggies. Takut terlebih potong pulak nanti.

• Alamak! terlebih potong Kalau nak hentikan pendarahan, sediakan tepung jagung untuk bagi dia 'clot' dan bagi darah berhenti mengalir

Hati-hati kalau nak ketip kuku suggies. Kalau tak boleh sakit dia nanti.

Page 69: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

69

Penyakit Lazim Suggies

Penyakit SG dan alternatif merawat Luka Perkelahian Sewaktu Mengawan (I):

Luka ini dialami oleh SG betina ketika proses pengawan. Pegangan SG jantan terlalu kuat mencengkam dan mengigit ketika mengawan.Luka sewaktu proses mengawan ini biasanya terjadi di bahagian leher dan telinga.SG betina yang mengalami luka ini, disarankan tidak dibenarkan dikahwinkan dalam masa terdekat. SG betina ini pelu mendapatkan rawatan. Menurut bog yg dibaca, dikhabarkan luka begini kadang kala lambat sembuh sehingga boleh mencapai jangkamasa 6 - 8 minggu. Dalam menunggu mendapatkan rawatan doktor haiwan, dinasihatkan supaya : I) Menyapu iodin ( untuk prevent infection) II) Kuku juga hendaklah dipotong. III) Cuba pakaikan E- COLLAR, bagi mengelakkan SG menjilat luka tersebut (dikhuatiri akan menyebabkan kepedihan air liur dan merebak bakteria). Untuk memyediakan E - COLLAR .Sila rujuk link ini http://www.suzsugargliders.com/ecollar.htm . Info ttg penyapuan iodin dan penggunaan E-COLLAR ini adalah dari Kapan Kthxbai & Andy Stephen ..

Page 70: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

70

Antara langkah awal menghindari perkara sebegini adalah: 1) Kenali umur SG anda:Kebiasaannya si jantan perlulah muda dari yang si betina. 2) Kenali mood SG anda : Lihat samada SG betina telah bersedia atau belum untuk mengawan. Jila belum, berkemungkinan jika mendapat anak, si betina akan "reject" anak - anak tersebut. 3) Kuku SG tidak terlalu panjang/tajam (ini berkemungkinan berlaku pencakaran yang kuat dan serius). Oleh itu, sentiasa memastikannya dalam saiz/ukuran yang sesuai, bila panjang, sila potong (berhati - hati ketika memotong kuku SG anda, dikhuatiri akan melukakan pula). 4) Sentisa pastikan SG dan cage SG sentiasa bersih : Kerana bau yang kurang menyenangkan juga merupakan salah satu faktor kecelaruan ketika proses mengawan. 5) Sentiasa memastikan makanan terutama HPW dan minuman mencukupi. (kalau boleh berikan makanan tambahan dan multivitamin) ============================================================

Katarak - 1) Disebabkan SG sering terkena sinaran matahari secara langsung. 2) SG yang telah terkena katarak tidak akan melahirkan anak2 yg mengalami penyakit yang sama. A) Langkah yang perlu diambil jika SG mengalami masalah sebegini : I) Sentiasa berikan makanan diet yang seimbang terutama HPW II) Sentiasa memastikan badan SG bersih (sebab dia dah sakit, jadi nak bersihkan diri tu agak sukar) III) Sentiasa bermain dengan mereka (mereka mahukan perhatian yang lebih sedikiit) IV) Lebihkan memberi lobak. V) Berikan makanan tambahan dan multivitamin.

Page 71: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

71

Menurut Andy Stephen, jika SG anda telah berada dibawah sinaran matahari yang agak lama, berikan mereka makan lobak merah. B) Langkah yang perlu diaambil sebagai pencegahan: 1) Jangan biarkan SG anda terlalu lama mendapat sinaran matahari (bawa jalan2 tu tak apa) 2) Sentiasa memastikan makanan mencukupi dan seimbang (kalau boleh berikan makanan tambahan) 3) Bekalan minuman perlu cukup ============================================================

Hind Leg Paralysis : Lumpuh kaki belakang bagi sugars biasanya disebabkan oleh paras kalsium tidak mencukupi di dalam badan. Ini boleh dianggap sebagai masalah yang membawa maut jika tidak dirawat dengan segera, jika sempat dikenal pasti ianya boleh dirawat. Kekurangan kalsium adalah perkara biasa berlaku pada sugar gliders kerana kebanyakan makanan yang mereka makan mempunyai nisbah kalsium dan fosforus yang tidak cukup seimbang.Tandanya ialah lemah kaki belakang. Ianya dapat dilihat apabila sugars mempunyai masalah memanjat, berjalan, dan kaki menggelatar secara berlebihan. Tanda-tandanya; * Menggeletar dengan teruk * Kurang koordinasi * Letih * Berjalan berdengkot * Lemah * Kehilangan penggunaan kaki belakang (mengheret satu atau kedua-dua kaki) * Bengkak jari kaki dan, atau jari tangan * Tulang yang patah secara tiba-tiba dengan tiada sebab yang jelas * Sendi kejang * Kehilangan berat badan tidak dapat diterangkan Baik-baik dengan sugars yang kekurangan kalsium, jika mereka jatuh.. ini boleh terjadi pada mereka RAWATANNYA: Jumpa doktor haiwan untuk rawatan dan buat perubahan dalam diet. Beri suplemen kalsium kepada sugars anda. Perkongsian dari http://suggies101.blogspot.com/ INFO DARI SUMBER LAIN :

Page 72: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

72

A) Langkah mencegah perkara sebegini: 1) Sentiasa pastikan makanan yang diberikan adalah bersih dan seimbang, terutama HPW. (kalau boleh berikan makanan tambahan). 2) Pastikan mereka dimanja (jika bersendirian) dan dapatkan pasangan untuk mereka. 3) Jangan terlalu ganas seaktu bermain dengan mereka. B) Langkah sewaktu SG anda mengalami masalah sebegini, sebelum mendapatkan rawatan doktor haiwan: i) berikan mereka Calcium ii) pastikan mereka mendapat makanan iii) belai mereka TETAPI JANGAN CUBA URUT DIBAHAGIAN TERSEBUT, takut boleh membahayakan lagi keadaan ============================================================

kenapa sugar glider saya tak nak makan? Ramai yang sering bertanyakan "Mengapa suggies mereka tidak makan sesuatu benda yang diberi?". Samada ianya HPW (High Protein Wombaroo Diet), buah-buahan atau sayuran atau apa sahaja. Diet Sugar gliders di tempat asalnya (hutan) berasaskan nira manis dari sesetengah spesis daun eucalyptus (macam yang koala selalu makan), Acacia dan Gum Tree (memang bukan dari fauna tempatan kita). Mereka juga memakan debunga, serangga dan haiwan-haiwan kecil. Tetapi kini ianya dijadikan haiwan peliharaan di dalam rumah, pemakanan mereka sukar ditiru seperti yang sudah terbiasa oleh nenek moyang mereka. Jadi lumrah pemakanan mereka mungkin sukar dibentuk untuk menyukai apa yang kita beri kepada mereka. Namun, setelah penyelidikan yang menyeluruh dan teliti, pakar-pakar haiwan marsupials yang arif tentang possum (spesis yang lebih kurang sama dengan sugar gliders) telah berjaya mengubah diet khas untuk Sugar gliders agar nutrien-nutrien

Page 73: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

73

yang hanya boleh didapati dari habitat asal mereka, boleh hanya dibancuh dengan mudah dari paket-paket serbuk untuk diberi kepada suggies peliharaan kita di rumah. *Jadi, dengan adanya diet yang sudah khas dirumus untuk suggies anda, mengapa perlu anda fikir susah-susah untuk menggantikan makanan mereka dengan makanan lain yang langsung tidak menepati diet dan keperluan mereka? Sudah banyak salah faham dan perdebatan mengenai diet pemakanan sugar gliders tetapi yang paling rasionalnya adalah bahawa makanan sugar gliders tidak boleh digantikan dengan makanan biasa yang dimakan bayi mahupun orang dewasa. Oleh itu, makanan seperti oat, nestum, epal dan anggur SAHAJA adalah HARAM untuk sugar gliders. Makanan yang kering seperti 'kibbles' atau pellet hanya perlu diberi makan kepada suggies anda sebagai makanan tambahan -dan bukan sebagai diet utama sugar glider. Makanan yang pellet ini boleh menyebabkan luka abses (macam ulser dan luka) atau keadaan yang dipanggil "Lumpy Jaw" kepada sugar glider anda. Bayangkan gigi suggie anda yang tak sekuat mana, cuba untuk menggigit makanan keras. Malah bayi pun tidak diberi makanan yang perlu dikunyah agar gusi mereka tidak sakit. Apatah lagi suggies anda? Samada ianya HPW, buah-buahan atau sayur-sayuran selepas anda cuba langkah-langkah yang dikongsikan ini, InsyaAllah suggies anda akan mula makan makanan yang anda berikan. Perkongsian dari http://suggies101.blogspot.com/ DARI SUMBER LAIN : i) Sentiasa variasikan makanan SG anda, tetapi jangan lupa bagi HPW. ii) Sentiasa bawa SG keluar dari sarang (cage), bagi mereka riadah. iii) Pastikan makanan yang diberikan bersih dan seimbang. ============================================================

DEHIDRASI : • Sugars yang tidak cukup air dalam badan akan kurang selera makan. • Anda boleh memantau pengambilan airnya, jika anda selalu berada dengan sugars anda pasti tahu berapa banyak yang dia minum dalam sehari. • Jika anda perasan yang sugar glider anda kurang makan dari biasa (dilihat melalui mangkuk makanan yang hampir tidak disentuh atau makanan diambil hanya sedikit) anda boleh melakukan satu ujian yang dipanggil 'camp test' ke atas sugars anda. Cuba

Page 74: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

74

picit kulit leher sugar glider anda dan tarik ke atas (seperti memegang leher anak kucing) tapi jangan sampai sugar glider anda terangkat sekal. Jika kulit sugars anda kembali ke tempat asal dengan lambat, maknanya sugars anda mengalami dehidrasi. Jika tidak, bermakna sugar glider anda terselamatlah. - Perkongsian dari http://suggies101.blogspot.com/ DARI SUMBER LAIN : Pastikan SG anda:: 1) sentiasa pastikan air minuman adalah bersih dan mencukupi. 2) Sentiasa memberi SG anda makanan yang bersih dan diet yang seimbang (HPW jangan ketinggalan) 3) Berikan makanan tambahan dan multivitamin 4) Variasikan makanan SG anda, supaya dia x jemu 5) Pastikan SG dan cage SG sentiasa bersih. 6) Sentiasa berikan perhatian kepada SG anda ============================================================

(GAMBAR NAJIS DIATAS ADALAH NAJIS SUGAR GLIDER YANG SIHAT) Cirit-birit • Sentiasa perhatikan perubahan dalam bentuk dan kepekatan najis sugars anda. • Warna najis juga boleh berubah beserta lendir atau darah. Najis basah dan tidak ada bentuk, cair. • Najis sugars yang sihat biasanya agak pejal, melekat di kulit jika sugars anda membuat 'bisnes' atas lengan anda. Najisnya mesti 'moist' atau lembab. • Cirit-birit boleh disebabkan diet pemakanan yang baru diperkenalkan, makanan yang tidak cukup serat, makanan tidak elok/basi atau parasit. • Untuk rawatan bagi makanan yang tinggi serat. Dan jangan lupa beri air yang secukupnya. Antara makanan yang tinggi serat; Sayuran tinggi serat: 1. Avokado

Page 75: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

75

2. Brokoli 3. Sayur kobis 4. Lobak merah 5. Chick Peas 6. Terung 7. Cendawan 8. Kentang dengan kulit 9. Labu 10. Kacang Peas - kacang polong bermata hitam, kacang hijau 11. Sayur bayam 12. Ubi keledek Buah-buahan tinggi dengan serat : 1. Epal 2. Pisang 3. Beri - Blueberries, beri hitam, raspberi, dll. 4. Buah-buahan kering - Buah tin, Raisins, aprikot, kurma, dan sebagainya. 5. Jambu Batu 6. Kiwi 7. Buah limau/oren 8. Pir 9. Prum ============================================================

Mata yang kusut, sakit, luka dan tertutup. A) Langakah yang perlu diambil sebelum membawa SG berjumpa doktor haiwan : I) Asingkan dahulu SG. II) Menyapu iodin ( untuk prevent infection). III) Kuku juga hendaklah dipotong. IV) Cuba pakaikan E- COLLAR, bagi mengelakkan kuku SG terkena dibahagian luka tersebut (dikhuatiri akan menyebabkan kepedihan dan merebak bakteria). Untuk memyediakan E - COLLAR .Sila rujuk link ini http://www.suzsugargliders.com/ecollar.htm . B) Langkah - langkah bagi menghindari masalah ini:

Page 76: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

76

1) Sentiasa pastikan SG dan sangkarnya bersih 2) Sentiasa pastikan SG mendapat diet yang seimbang ( HPW jangan lupa bagi) dan berikan air yang bersih. 3) Sentiasa bermain dengan SG anda (jika dia hanya seekor) dan cuba dapatkan pasangan. 4) Jika anda mendapati, ada pergaduhan dikalangan SG, sila asingkan mereka dahulu. Letakkan didalam sangkar berasingan tetapi berhampiran (biar mereka kenal bau jiran mereka dahulu) Mungkin para otai dan kawan2 boleh berkongsi alternatif lain yang boleh diambil sebelum mendapatkan rawatan di klinik haiwan ============================================================

Pipi dan mata yang bengkak. Alternatif : 1) Sapu air mata di bahagian mata menggunakan cotton buds dengan yang diletakkan air yang disteril. 2) Asingkan dari pasangan @ koloni. 3) Segera memvawa berjumpa dengan doktor haiwan ============================================================

Telinga, hidung dan badan bewarna kuning. bawa berjumpe vet secepat mungkin ============================================================

Page 77: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

77

Keguguran bulu kerana diet / makanan yang tidak seimbang. Sugar glider perlu diberikan makanan yang seimbang dan bersih. Pemberian HPW disamping buah - buahan adalah 1 kemestian. Jangan sesekali memberikan makanan manusia seperti nestum atau roti.Perlu diingatkan, hindari memberikan SG ulat kerana ulat yang dijual kebiasaannya diberikan roti. Jadi, jika anda menghindari pemberian roti, tetapi memberikan ulat, ianya tetap sama. Walaupun haiwan ini menyukai makanan yang manis, ia juga mempunyai diet khas yang tersendiri. Pemakanannya harus seimbang dengan mengambil kira nutrisi seperti protein (30-50 peratus), buah-buahan (20-30 peratus), sayur-sayuran (40 peratus) dan karbohidrat (15 peratus). HPW adalah diet yang paling senang untuk disediakan dan ia merupakan diet yang paling hampir menyerupai pemakanan sugar glider di dalam hutan ============================================================

Kesunyian + Kemurungan Jika dibiarkannya tanpa belaian, SG akan sunyi dan akhirnya akan mencederakan dirinya dengan menggigit ekornya, bulu di perut dan kemudian memakan isi perutnya sendiri walaupun telah diberi makanan mencukupi. ============================================================ Cage juga perlu sentiasa bersih dan tidak terlalu keci kepada koloni SG yang dipelihara.

Pemakaian kostum (baju) Memang jika dilihat dengan mata kasar, SG akan bertambah comel. Tetapi sebenarnya , ia membebankan dan menyakitkan SG itu sendiri. Ini kerana ditubuh SG terdapat membran yang sensitif. ============================================================

Page 78: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

78

Keguguran bulu di bahagian ekor + Hind Leg paralysis ( Kelemahan pada kaki bahagian belakang. Nampak sangan masa dia tengah memanjat, berjalan dan sebagainya. Dia mungkin akan give up untuk berjalan selama-lamanya) # ia jugak boleh terjadi dari cirit birit yang berlanjutan tanpa dirawat Penyebab : Kekurangan kalsium + kemurungan + diet tak seimbang langkah : 1) berikan HWP (makanan seimbang) 2) Berikan Calcium 3) berikan belaian (kalau boleh, dapatkan pasangan untuknya --> kemurungan / kesepian) 4) berikan buah buahan yg berair seperti honeydew,apple dan sebagainya (jika cirit birit) ============================================================

Simpton : i) Bulu melekat diantara satu sama lain dari kepala sehingga ekor. ii) Terlalu aktif dimalam hari Penyelesaian : i) berikan HPW + minuman seimbang ii) dapatkan pasangan iii) selalu luangkan masa dengan SG. ( manjakannya, jika boleh berikan makanan dengan tangan tuannya sendiri) iv) letakkan SG di dalam sangkar yang agak selesa saiznya. v) selalu beriadah dengan SG anda ============================================================

Page 79: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

79

Luka Perkelahian Sewaktu Mengawan (II): Luka ini dialami oleh SG betina ketika proses pengawan. Pegangan SG jantan terlalu kuat mencengkam dan mengigit ketika mengawan.Luka sewaktu proses mengawan ini biasanya terjadi di bahagian leher dan telinga.SG betina yang mengalami luka ini, disarankan tidak dibenarkan dikahwinkan dalam masa terdekat. SG betina ini pelu mendapatkan rawatan. Menurut bog yg dibaca, dikhabarkan luka begini kadang kala lambat sembuh sehingga boleh mencapai jangkamasa 6 - 8 minggu. Dalam menunggu mendapatkan rawatan doktor haiwan, dinasihatkan supaya : I) Menyapu iodin ( untuk prevent infection) II) Kuku juga hendaklah dipotong. III) Cuba pakaikan E- COLLAR, bagi mengelakkan SG menjilat luka tersebut (dikhuatiri akan menyebabkan kepedihan air liur dan merebak bakteria). Untuk memyediakan E - COLLAR .Sila rujuk link ini http://www.suzsugargliders.com/ecollar.htm . Antara langkah awal menghindari perkara sebegini adalah: 1) Kenali umur SG anda:Kebiasaannya si jantan perlulah muda dari yang si betina. 2) Kenali mood SG anda : Lihat samada SG betina telah bersedia atau belum untuk mengawan. Jila belum, berkemungkinan jika mendapat anak, si betina akan "reject" anak - anak tersebut. 3) Kuku SG tidak terlalu panjang/tajam (ini berkemungkinan berlaku pencakaran yang kuat dan serius). Oleh itu, sentiasa memastikannya dalam saiz/ukuran yang sesuai, bila panjang, sila potong (berhati - hati ketika memotong kuku SG anda, dikhuatiri akan melukakan pula). 4) Sentisa pastikan SG dan cage SG sentiasa bersih : Kerana bau yang kurang menyenangkan juga merupakan salah satu faktor kecelaruan ketika proses mengawan. 5) Sentiasa memastikan makanan terutama HPW dan minuman mencukupi.

Page 80: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

80

============================================================

JANGAN BERI SG ANDA MINUMAN BIKARBONAT BER GAS! Alternatif : 1) Jangan jadikan SG anda sebagai bahan ujikaji @ manusia. 2) Kenali jenis minuman yang sesuai untuk SG. Hanya beberapa jenis minuman yang sesuai ============================================================

JANGAN BAGI SG ANDA MAKANAN BRGORENG & BERMINYAK ============================================================

Penyakit UTI (Penis @ zakar terdedah terlalu lama dan tidak masuk kedalam) Menjadi kelaziman SG jantan akan menarik penis untuk dibersihkan. Penis akan kembali kepada kedudukan asal selepas itu. Penis akan kelihatan keluar sedikit apabila usia SG menjangkau 4 bulan keatas. Namun jika anda mendapati penis SG anda tidak kembali kepada kedudukan asal, sila bawa berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera. Alternatif sebelum berjumpa doktor haiwan: 1) Pastikan kuku SG tidak terlalu panjang dan tajam (bagi mengelak sg melakukan sesuatu kepada penis) 2) Berikan memakai E-COLLAR (supaya SG tidak menarik lagi penis dengan mulut/lidah & tiada janglitan dari air liur) ============================================================

Page 81: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

81

JANGAN BAGI SG makan NESTUM.. Ramai pembela SG mengambil langkah mudah dengan membeikan SG makan NESTUM @ apa ahaja makanan bayi. SG adalah haiwan yang sensitif dan bukan bayi.. ============================================================

Berikan makanan tambahan : Dari kiri (atas) : Sugar Glider Nectar, Gliderade, Glider Booster Dari Kiri (bawah) : Glider Cal (CALCIUM) , Acacia Gum 1) NECTAR: Merupakan formula karbohidrat tinggi yang direka khusus untuk keperluan metabolisma SG yang tinggi dan amat bermanfaat sebagai antibodi melawan penyakit/menahan kesakitan, bahan makanan tambahan selepas melahirkan anak, atau meredakan "stress" selepas memindahkan SG ke sangka baru @ koloni baru @ memperkenalkan kepada pasangan Kandungan gula yang tinggi membantu meningkatkan tahap tenaga dalam membantu SG dalam menggantikan elektrolit dan vitamin yang penting apabila mengalami mempunyai cirit-birit. Bagi SG Betina yang baru melahirkan anak, ianya akan mendapat manfaat daripada tenaga tambahan untuk menjaga dan menyusukan bayi mereka.

Page 82: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

82

Bagi SG yang baru dipindahkan, mungkin mengalami masalah tekanan yang berkaitan seperti cirit-birit dan penggunaan penggantian elektrolit boleh membantu acclimate mereka ke sangkar baru dengan cara yang sihat. Cara Penggunaan : 1) Dicadangkan 4 kali seminggu 2) Jika memilih sebagai taburkan kering, letakkan kira-kira 1 / 3 sudu teh bagi setiap ekor SG secara langsung pada makanan atau di jari anda (SG jilat) 3) Jika memilih sebagai penyediaan cair ~ campurkan 1 sudu teh ke dalam 1 / 3 cawan air suam dan kacau sehingga sebati. Letakkan diatas buah/ sayur @ dijadikan sebagai minuman. ========================== ================ 2) GLIDERADE: SG perlu untuk mengekalkan tahap tenaga yang tinggi didalam badan mereka. Secara semula jadi SG mengambil kuantiti yang besar madu dan debunga lebah. Mereka mempunyai keperluan yang hebat untuk karbohidrat kerana metabolisme yang tinggi. Gliderade menyediakan elemen-elemen penting serta debunga lebah retak berganda. Secara semula jadi SG mengambil kuantiti yang besar madu dan debunga. Mereka mempunyai keperluan yang hebat untuk karbohidrat kerana metabolisme yang tinggi. Gliderade Menyediakan unsur pemakanan yang penting. Gliderade disediakan karbohidrat yang tinggi yang mudah diserap lebah double retak debunga. Cara penggunaan: 1) Hanya campurkan 1 bahagian gliderade dengan air 5 bahagian. 2) Hidangkan dalam mangkuk bersih 3 kali seminggu ========================================= 3) BOOSTER : Untuk memastikan bahawa SG mendapat vitamin dan mineral yang mereka perlukan, renjiskan BOOSTER pada makanan atau buah-buahan setiap hari. Kadang kala SG menjadi cerewet pada masa makan,ini membantu menambahkan diet mereka (menyelerakan meraka) . Pemakanan diet yang seimbang adalah keutamaan bagi kesihatan dan makanan tambahan yang baik boleh membantu. Mengandungi probiotik yang menghalang pembiakan bakteria patogenik. Cara Penggunaan : 1) Taburkan 1 sudu teh diatas 100g buah-buahan setiap hari. ========================================== 4) CALCIUM

Page 83: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

83

Merupakan pemakanan tambahan yang paling penting dan seuai kepada SG berbanding pengambilan fosforus. Membantu mencegah kekurangan kalsium dan lumpuh kaki belakang. Cara Penggunaan : (boleh pilih salah 1 dari 3 ): 1) Campurkan 1 sudu teh didalam air suam dan taburkan diatas buah setiap hari 2) Mencampurkan 1/2 sudu teh CALCIUM dengan 1/2 sudu teh BOOSTER akan membawa hasil yang optimum diatas buah-buahan segar atau sayur-sayuran segar. 3) Campurkan 1/2 sudu teh CALCIUM dengan 1/2 sudu teh BOOSTER juga boleh ditaburi serangga hidup sebagai lapisan sebelum memberi makan. ========================================= 5) ACACIA GUM: Pada asalnya (habitat asal), SG memakan sap (dari pokok acacia di hutan. Acacia adalah sumber karbohidrat yang sangat penting, dan SG mampu untuk menghadamkan kira-kira 90% daripada gam. Gam Acacia ini membekalkan ketahanan antibodi dan membantu pembentukan serta menguatkan gusi Cara penggunaan: 1) Taburkan sudu kecil pada buah-buahan dan sayur-sayuran 2) Campur dengan air setiap hari @ 3 kali seminggu ============================================================

Dinasihatkan JANGAN memberikan SG anda memakan ULAT dalam kuantiti yg banyak! ROTI--> ULAT --> SG i) ulat memakan roti ii) SG memakan ULAT

Page 84: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

84

SG tidak boleh diberikan makanan manusia yang dah diproses seperti roti, biskut atau nestum. Tetaoi apabila anda memberikan SG anda makan ulat, ianya sama sahaja dengan anda memberikannya memakan roti! ============================================================

Baby SG KELESUAN: Kebiasaan, baby SG yang direject oleh ibunya mengalami masalah sebegini.Kes yang sama juga dialami bagi pembelian SG UNDERAGE. Alternatifnya : 1) Berikan baby SG anda minum susu setiap 2 jam 2) Berikan : i) Sugar Glider Booster Milk Replacer 4 oz http://www.facebook.com/photo.php?fbid=199197143490131&set=a.198478930228619.48855.100001995392735&type=3 ... ii) Wombaroo Possum Milk Replacer > 0.8 (Stage 2) http://www.facebook.com/photo.php?fbid=199197146823464&set=a.198478930228619.48855.100001995392735&type=3 ... iii) Wombaroo High Protein Supplement Diet Kit http://www.facebook.com/photo.php?fbid=199197150156797&set=a.198478930228619.48855.100001995392735&type=3 3) Berikan perhatian yang secukupnya 4) Pastikannya berada didalam pouch, agar terasa hangat ============================================================

jangkitan mata simptom - simpton : Mata SG akan berair, bengkak dan bertahi mata. Mata SG akan mengecil tetapi bengkak disekitarnya. Rawatan :

Page 85: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

85

1) sapu tahi mata @ air mata di kawasan mata dengan cotton bud dengan air yang telah disteril. 2) Pastikan kuku SG tidak panjang. Ini mengelakkan kuku SG terkena dibahagian yang sakit. 3) Asingkan dari pasangan @ kumpulan. 4) dapatkan rawatan dengan doktor haiwan dalam kadar segera untuk rawatan antibiotik atau steroids. ============================================================

Cold or Flu/Demam - Simptom : 1) Hidung glider akan nampak berair (Hidung basah sikit takpe, tak jadi kecoh tapi kalau dah berat sangat berairnya, itu demam selesema) 2) SG selalu bersin. 3) Bunyi nafas SG menjadi kuat. 4) SG berbau busuk Penyebab : Anda disyaki memasang aircond tersangat kuat dan menyebabkan sangkar@ pouch sugar glider jadi lembab. Alternatif : 1) Berikan SG buah kiwi dan sedikit jus oren (tanpa bahan pengawet/bahan perasa tiruan / bahan pewarna tiruan. 2) Bawa berjumpa doktor haiwan ============================================================

Hissing during urinating/Bunyi hissing masa kencing : Bukan bermakna dia tengah syok nak kencing. Ini adalah simpton awal kepada penyakit susah nak kencing. Rawatan : 1) Beli pure cranberry juice dan berikan satu sudu kecil setiap hari 2) Berikan air yang bersih

Page 86: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

86

3) bawa berjumpa veterinar untuk ambil antibiotik jika keadaan berlarutan #Urinary Tract Infection - Penyakit susah nak kencing. Saluran kencing tersekat, masalah jangkitan kuman dan masalah buah pinggang. Penyebab : 1) SG makan terlalu banyak makanan high-protein. 2) SG makan terlalu banyak makanan high-mineral diets. 3) SG diberikan makanan kucing kerana penjual menyuruh anda bagi makan makanan kucing(cat food). Simptom : 1) SG akan jadi hilang berat badan 2) SG kurang nafsu makan 3) SG selalu haus 4) SG mengalami masalah ketika kencing 5) Kemaluan SG macam terkeluar 6) Kadang-kala kencing berdarah. Cara mengelak : 1) Berikan diet yang seimbang (HPW) 2) Berikan air yang bersih Rawatan terakhir : bawa berjumpa veterinar untuk ambil antibiotik ============================================================

Trembling or shakiness / Bergetar atau menggigil : Selepas bangun dari tidur, badan SG memang akan menggigil sedikit. Tetapi jika simpton ini berlanjutan, SG anda mempunyai masalah kekurangan kalsium. Rawatan : 1) Beli dan berikan Calcium supplement kepada SG anda. 2) Berikan makanan diet seimbang (HPW). 3) Berikan minuman (air) yang bersih dan mencukupi 4) Luangkan masa bermain dengan SG anda 5) Jika keadaan berlarutan , sila bawa SG anda berjumpa dengan doktor haiwan. * Adalah lagi elok, Calcium ini diberi pada peringkat awal lagi.

Page 87: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

87

============================================================

Dubur membengkak dan kemerahan. Alternatif : 1) Asingkan dari pasangan @ koloni (cage berasingan) 2) Pakaikan E -COLLAR (agar SG tidak menjilat bahagian yang luka) 3) Segera membawa berjumpa dengan doktor haiwan Langkah pencegahan : 1) Berikan makanan diet seimbang (HPW) 2) Pastikan SG sentiasa didalam keadaan bersih 3) Pastikan buah - buahan yang diberi bukan terlalu keras 4) Pastikan air minuman adalah bersih dan mencukupi 5) Pastikan cage sentiasa bersih ============================================================

SG tercekik atau luka akibat tali pegangan. SG adalah haiwan yang mempunyai membran yang sensitif. Alternatif jika anda telah menggunakan tali pegangan : 1) Segera menghentikan tabiat anda Alternatif jika SG anda telah terluka kerana pemakaian tali pegangan : 1) Buka tali pegangan 2) Sapukan iodin bagi mengurangkan kesakitan 3) Segera bawa SG anda berjumpa dengan doktor haiwan. * Jangan sesekali mencuba memakaikan SG anda dengan tali pegangan, tidak kira dari apa jua materi ============================================================

Page 88: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

88

Pemakaian PAMPERS/DIAPER mencederakan SG Penyebab : 1) Ianya tidak sesuai digunakan pada SG kerana akan menyebabkan kecederaan kepada SG, ini kerana badan dan sayap SG mempunyai membran yang sensitif Alternatif jika mengalami kelukaan kerana TERPAKAI pampers / Diapers: 1) Asingkan dari pasangan / koloni. 2) Sapukan iodin 3) Pakaikan SG, E-COLLAR bagi mengelakkan SG menjilat kelukaan 5) Segera membawa berjumpa doktor haiwan secepat mungkin. LANGKAH : Jangan sesekali teringin @ cuba memakaikan SG anda pampers / diapers ============================================================

SG kecil (baby) digigit si ibu Alternatif : 1) Segera pisahkan sianak dari siibu. 2) Sapukan iodin dibahagian yang luka 3) Segera bawa berjumpa doktor haiwan. Penyebab : 1) siibu belum bersedia untuk mengawan. 2) si anak punyai kelebihan dari siibu (kata orang tua2, Allahua'llam) ============================================================

Page 89: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

89

HLP (Penyakit Tulang Kaki Lumpuh / Metabolik Hind): SG mengheret / kaki belakang. Walau bagaimanapun, terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan ini. Oleh itu, diagnosis perlu TEPAT. SG akan mengheret kaki belakang mereka jika mereka mempunyai kecederaan ringan, mempunyai HLP atau dijangkiti parasit. Tindakan: * X-ray - keseluruhan badan bagi mencari bahagian tulang yang patah atau pecah iaitu dari kawasan sepanjang tulang belakang, pinggul dan kaki. Juga memeriksa hentaman ke atas tulang belakang * Kencing - jangkitan bakteria boleh menghilangkan kalsium daripada tulang, yang membawa kepada HLP * Analisis tahi - termasuk ujian SNAP giardia. Parasit adalah terkenal sebagai penyebab kehilangan kalsium dari tulang SG. ============================================================

Elakkan Memberi SG Anda Memakan Durian Memang tidak dinafikan, isi durian adalah enak dimakan. Namun dinasihatkan agar jangan sesekali memberikan SG anda menikmatinya. Buah durian boleh memberikan kepanasan yang melampau kepada SG dan ini boleh menyebabkan kematian. Buah durian mempunyai kandungan gula dan lemak yang tinggi. Ia boleh mengganggu sistem metabolisme gula di dalam badan. Kesan daripada peningkatan kadar metabolisme akan menghasilkan haba dalam badan.Buah durian amat tinggi kandungan karbohidrat yang secara tidak langsung meningkatkan paras gula dalam darah.

Page 90: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

90

============================================================

Elakkan Memberikan Tauhu dan produk kekacang soya: Penyelidikan pada beberapa haiwan lain menunjukkan tauhu boleh memberi kesan negatif kepada sistem penghadaman. Setakat ini, kesan negatif ke atas SG belum lagi terbukti. Namun sesetengah penternak SG membantah tauhu sebagai makanan SG kerana ia merupakan sumber protin daripada kekacang, dan bukannya daging atau serangga. Alternatif: 1) Jangan jadikan SG anda sebagai bahan ujikaji. 2) Berikan diet yang seimbang (HPW) 3) Gantikan sumber protein untuk SG anda dengan memberikan cebisan daging ayam atau cengkerik (bukan ulat ============================================================

Alkisahnya : "Dumplin’s development was unremarkable. She developed normally and I was never given cause for concern. There were two things to note with her: her nails grew very quickly and were very, very thin and soft. I could bend them. Cutting them was much like cutting paper. She were very strange. Also, she was pretty small – weighing 65 grams at her largest. Dumplin was having a difficult time getting around in the cage. I thought that it was because I had been neglectful in doing nails on time. So, I clipped her nails and didn’t think much more about it. I left for the RRRoundup. I returned two days later and found that she could hardly climb at all and was unable to grip anything. That week I watched them closely and was horrified to realize that Dumplin was much worse off than I thought. The colony they had lived in had 5 WF gliders in it – 4 of which were girls and one of which looks identical to Dumplin (I can only tell them apart by personality). I believe now that the glider I THOUGHT I was seeing eating and playing as Dumplin and Tid Bit was always just Tid-Bit. So, I believe that I missed Dumplin’s decline. Dumplin was unable to grip anything with either hand. She

Page 91: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

91

also had a very odd gait – her legs were turned out at the hips and her arms were turned out at the shoulders. She waddled and was unable to get her belly off the ground. She not eat great, but they would eat soft solid foods now (veggies and fruits). Dumplin had lost weight. I got up in the morning and found Dumplin cold and seizing. Before I could unload my emergency kit, she passed away. I could feel what I thought was a mass in her stomach" A)Analisa dari I) Bloodwork : Bloodwork came back very strange. Calcium was very low, as was Magnesium and a few other minerals (can’t remember which) and then there were things that were normal. II) X-ray : It revealed very poor bone density and curved long bones! B) Here are excerpts from Dumplin’s necropsy: Dumplin weighed 50 grams upon her death. 1) Digestive System: * The large intestine is quite distended with inspissated fecal material. *The distention extends the entire length of the colon, proximally to the cecum. * The stomach contains fluid grumous material and the gastric wall is reddened. * The small intestine is empty. 2) Musculoskeletal System: * There is mild curvature of the femurs and humeruses. * The mid shaft of these long bones are thickened. * The radius/ulnas and tibias are softened and can be bent to an acute angle without fracturing. 3) Long Bones (findings similar in all) : * The cortex is quite thickened but porous with intra spicular space. * The bone consists of osteoid but reduced mineralization is present 4) The histologic findings are interpreted to represent a metabolic bone disease resulting in reduced bone density. This could be due to dysplastic bone formation or bony resorption. A metabolic disease or nutritional defect is considered most likely ============================================================

Page 92: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

92

Pastikan Tahap Suhu SG anda Stabil. Tahap suhu badan Sugar Glider pula di dalam linkungan 89 darjah. Jangan letak SG anda di kawasan yang terlalu sejuk (suhu aircond jangan terlalu tinggi). Ini boleh menyebabkan SG anda selsema atau demam. Kalau ingin letakkan SG di dalam bilik yang ada aircond, selaraskan suhu diantara 23 celcius hingga 26 celcius sahaja

Cuba teka, kenapa SG ini begini dan mati? Gambar ini adalah bangkai SG betina yang berusi 4 tahun. Simptom yang sama boleh terjadi kepada SG jantan.. Simptom: 1) Sembelit 2) Pembesaran kelenjar paracloacal 3) Kesakitan dibahagian abdomen 4) Pendarahan cloacal. Gambar dari kiri: 1) Berlaku pendarahan "cloacal" dan badan SG yang terlalu lemah. 2) Sebelum kematian, SG mempunyai masalah dengan sembelit dan kesakitan. 3) Usus yang terkandung pengumpulan bahan lembut bewarna kuning. 4) Permukaan pundi kencing / usus dan faraj berdarah

Page 93: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

93

JAWAPAN : Suggie Shop memberikan jawapan paling tepat. SG diatas telah diberikan NESTUM selama 4 tahun, sebagaimana yang kita tahu, sistem penghadaman SG bukanlah sebaik sistem penghadaman manusia. Pengumpulan bahan asing didalam nestum telah menyebabkan beberapa sistem pencernaan mengalami masalah. Sepertii mana sebatang paip kecil yang tersekat dengan pengumpulan bahan asing dan dan menyebabkan sistem laluan mengecil (tersumbat), lama kelamaan ianya menyebabkan karat dan akhirnya melumpuhkan sistem saliran. begitu juga dengan sistem penghadaman SG yang kompleks. Jika dinilai dengan akal biasa, amat mustahil NESTUM itu membahayakan kerana sesetengah nestum diperbuat daripada oat. Namun NESTUM mengalami beberapa proses dan kita tidak tahu secara detail proses tersebut. Kerana pemakanan NESTUM yang begitu lama, usus SG tidak mampu bertahan dan menyebabkan kelenjar / usus membengkan dan akhirnya menyebabkan pendarahan

S : Kenapa SG (betina) saya jatuh sakit ketika mengandung / hamil? Sedangkan saya bagi makanan diet yang seimbang (HPW), buah segar dan air yang bersih? A: Kebanyakkan SG Betina jatuh sakit ketika kehamilan kerana kekurangan kalsium. Oleh itu, dinasihatkan kepada semua tuan SG memberikan sedikit perhatian yang lebih ketika SG (betina) mengandung. Pastikan : i) Calcium diberikan secukupnya didalam menu SG anda ii) Pastikan makanan / diet seimbang masih diteruskan (HPW) iii) Berikan buah - buahan / sayur - sayuran segar iv) Pastikan air minuman adalah bersih

Page 94: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

94

v) Pastikan cage dan pouch adalah didalam keadaan bersih dan selamat vi) Berikan riadah yang mencukupi (luangkan masa dengan mereka) Apakah tanda-tanda bahawa SG hamil? J: Itu adalah sangat sukar untuk menjawab. Jangkamasa bagi SG hamil adalah singkat berbanding mamalia lain. "Joey" dilahirkan pada peringkat umur yang muda dan terus membesar di dalam kantung ibunya. i) perut SG betina anda "membuncit" (anda boleh merasakan dengan menekan sedikit jari dikawasan perut SG anda, namun harus berhati - hati dan dengan perlahan - lahan). ii) SG anda menjadi kurang aktif (tidak mahu bermain) iii) SG anda menjadi gelisah. iv) Perubahan mood didalam pemakanan (sama ada bertambah selera @ kurang selera) Sesetengah orang akan mengatakan keadaan Joey dalam kantung adalah sama dengan keadaan SG ketika mengandung. Secara teknikalnya, perkara ini tidak benar. Jadi, satu-satunya cara membezakannya adalah : 1) Menunggu untuk melihat / merasai sama ada perut SG betina anda "membuncit" (anda boleh merasakan dengan menekan sedikit jari dikawasan perut SG anda, namun harus berhati - hati dan dengan perlahan - lahan). 2)Anda merasai terdapat dua buncit dikawasan di dalam kantung. Ia tidak digalakkan yang anda mengganggu SG untuk melihat untuk melihat jika terdapat Joey di dalam kantung. Jika anda percaya buaian gula anda mengandung, pastikan anda menyesuaikan diet untuk keperluan kalsium SG yang mengandung. Kebanyakkan SG Betina jatuh sakit ketika kehamilan kerana kekurangan kalsium. ============================================================

Constipation/Sembelit -

Page 95: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

95

Penyebab : 1) SG kurang makan buah-buahan 2) SG kurang meminum air 3) SG tidak beriadah / bersenam dengan aksesori atau roda Simptom : Biasa time nak membuang air besar, SG akan membuat bunyi 'hissing'. Rawatan : 1) Berikan makanan diet seimbang (HPW) 2) Lebihkan memberi air dan pastikan ianya bersih dan mencukupi. 3) Berikan satu sudu kecil pure apple juice iaitu 2 kali sehari. 4) hiasi cage SG dengan aksesori yang membantu SG beriadah.

Obesity ATAU Kegemukan - Simpton kegemukkan Sugar Glider bermula bila badan jadi bulat dan menjadi malas serta tak aktif. Alternatif: 1) Di cadangkan supaya mencari woodent wheel senior atau alat permainan untuk mereka bergayut/beriadah didalam sangkar. 2) Berikan makanan yang seimbang - Jangan terlalu banyak meletakkan makanan didalam bekas sampai melimpah ruah 3) Berikan air minuman yang bersih 4) Sentiasa membawa SG kelaur beriadah

Page 96: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

96

============================================================

Tercekik kerana tertelan mainan kecil Simptom 1) SG tidak bermaya 2) SG kurang selera makan 3) Terdapat benjolan di leher. Alternatif: Segera bawa SG anda berjumpa doktor haiwan. Langkah Menghindari masalah ini : 1) Pastikan kawasan rumah anda tiada benda - benda kecil yang boleh dicapai oleh SG anda untuk dimasukkan kedalam mulutnya. 2) Sentiasa memeriksa dan memastikan permainan/aksesori didalam sangkar berada didalam keadaan sempurna. ============================================================

Pemakaian Sugar Glider Leash tidak sesuai digunakan kerana menyebabkan kecederaan. Simptom : 1) Kecederaan dibahagian tengkuk dan badan.

Page 97: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

97

2) SG kurang selera makan Alternatif (I): 1) Hentikan pemakaian SG anda Sugar Glider Leah ini. 2) Berikan makanan diet seimbang (HPW) dan multivitamin Alternatif (II) - Jika SG anda cedera 1) Sapu iodin bagi mengurangkan sedikit kesakitan. 2) Asingkan dari pasangan atau koloni 3) Segera bawa SG anda berjumpa dengan doktor haiwan. * Jangan sesekali mencuba memberikan SG anda memakai Sugar Glider Leash ============================================================

Terkena kejutan elektrik kerana mengigit wayar elektrik / be electrocuted by chewing on an electrical cord (http://www.vcahospitals.com/main/pet-health-information/article/animal-health/sugar-gliders---diseases/1044). Alternatif : 1) pastikan SG anda tidak lapar dengan memberikan makanan yg seimbang dn mencukupi. 2) Berikan perhatian dengan meluangkan masa kepada SG anda @ carikan pasangan untu dia. 3) Pastikan wayar peralatan elektrik tidak bersepah. 4) Sentiasa pastikan plug elektrik ditutup selepas menggunakannya & langkah terbaik, sila cabut plug dari soket (suis). p/s : maaf, gambar yg 100% ttg pemasalahan ni tiada dijunpai dalam internet. ============================================================

Kurangkan Pemberian Pisang Kepada SG Anda (samada kuantiti atau kekerapan) Pisang merupakan buah yang tinggi kandungan Fosforus. Oleh itu, dinasihatkan jangan memberi SG anda pisang dalam kuantiti yang banyak atau terlalu kerap. Ia boleh membuat bulu SG anda gugur, seterusnya melemahkan badan sugar gliders dan boleh menyebabkan kematian.

Page 98: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

98

============================================================

Kecederaan dan trauma : Kecederaan : Tulang SG paling kerap patah didalam keadaan ini. ianya boleh berlaku jika track roda terbuka. Apabila track roda terbuka atau ada kerosakan (patah @ retak), kaki SG mudah terperangkan di landasan yang terbuka. Alternatif: 1) Sentisa memeriksa peralatan / permainan SG anda. Jika ada kelonggaran, sila kemaskan. 2) Ganti permainan @ roda yang telah rosak (jangan baiki dengan cara sendiri yg difikirkan selamat untuk penjimatan kos) ============================================================

Selalu Perhatikan Berat SG. Sugar Glider mempunyai saiz yang berbeza. Berat badan ideal bagi bagi Sugar Glider : a) Jantan : lingkungan 120 grams - 140 gram (dewasa) b) betina : 180 gram - 200gram. (dewasa) KENAPA PERLU AWASI BERAT BADAN SG? 1) Dikhuatiri SG mengalami : * Kekurangan berat badan

Page 99: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

99

* Berat badan melebihi had (Obesiti) 2) Kebiasaannya bagi Sugar Glider yang tidak mempunyai diet yang seimbang dan pemakanan yang tidak mencukupi hanya bertahan sehingga 6 ke 8 tahun sahaja.. ALTERNATIF : 1) Berikan SG makanan diet seimbang (HPW) dan air yang bersih 2) Hadkan pengambilan buah - buahan segar untuk 1 hidangan a.k.a melimpah ruah buah - buahan di dalam bekas makanana (tapi jangan la terlalu kedekut sangat) 3) Jangan lupa letak aksesori yang boleh membantu SG anda beriadah. 4) Luangkan masa bersama sama SG anda.

JANGAN BEBANI EKOR SG ANDA Ekor SG ini berfungsi untuk menjaga keseimbangan. Selain itu ekornya juga berfungsi untuk mengangkat bahan2 yang digunakan untuk membuat sarang (ranting dan daun kering). Namun, ekor ini tidak cukup kuat untuk menahan berat tubuhnya ELAKKAN : 1) Mengangkat @ memegang @ menarik SG pada bahagian ekornya. 2) Jangan bebani ekor dengan mengikat sebarang objek

Page 100: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

100

Tips: Kenapa Sugar Glider saya tak nak makan HPW/Buah/Sayur? Diet Sugar Glider di tempat asalnya berasaskan nira manis dari sesetengah spesis daun eucalyptus, Acacia dan Gum Tree. Mereka juga memakan debunga, serangga, dan haiwan-haiwan kecil.

Tetapi, oleh sebab merekan dijadikan haiwan peliharaan di dalam rumah, pernakanan mereka sukar ditiru seperti yang sudah terbiasa oleh nenek moyang mereka. Jadi lumrah pemakanan mereka mungkin sukar dibentuk untuk menyukai apa yang kita beri kepada mereka. Namun, setelah penyelidikan menyeluruh dan teliti, pakar-pakar haiwan marsupials yang arif tetang possum ( spesis yang lebih kurang sama dengan sugar glider ) telah Berjaya mereplika diet khas untuk sugar glider agar nutrient-nutrien yang hanya boleh didapati dari habitat asal mereka, boleh hanya dibancuh dengan mudah dari paket-paket serbuk untuk diberikan kepada suggies peliharaan kita dirumah.

Page 101: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

101

Page 102: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

102

* Jadi, dengan adanya diet yang sudah khas dirumus untuk suggies anda, mengapa perlu anda fikir susah-susah untuk menggantikan makanan mereka dengan makanan lain yang langsung tidak menepati diet dan keperluan mereka? Sudah banyak salah faham dan perdebatan mengenai diet pemakanan sugar glider tetapi yang paling rasionalnya adalah bahawa makanan sugar glider tidak boleh digantikan dengan makanan biasa yang dimakan bayi mahupun orang dewasa. Konklusinya, makanan seperti ot, nestum, epal dan anggur SAHAJA adalah HARAM untuk sugar glider. Be a samart owner, don’t feed them crap just because they’re cheap and easier for you

Satu lagi perkara adalah makanan yang kering seperti 'kibbles' atau pellet hanya perlu diberi makan kepada suggies anda sebagai makanan tambahan -dan bukan sebagai diet utama mereka. Makanan yang pellet ini boleh menyebabkan luka abses (macam ulser dan luka) atau keadaan yang dipanggil "Lumpy Jaw" kepada sugar glider anda. Bayangkan gigi suggie anda yang tak sekuat mana, cuba untuk menggigit makanan keras. Malah bayi pun tidak diberi makanan yang perlu dikunyah agar gusi mereka tidak sakit. Apatah lagi suggies anda? Baiklah, tujuan utama entri ini sebenarnya adalah untuk memberitahu anda bagaimana caranya untuk memberi makan kepada suggies yang enggan makan dan mendorong mereka untuk makan dengan penuh semangat dan berselera. Hehe.. Samada ianya HPW, buah-buahan atau sayur-sayuran selepas anda cuba langkah-langkah yang saya berikan ini, InsyaAllah suggies anda akan mula makan makanan yang anda berikan.

Page 103: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

103

Pilihan 1

HPW yang dicurah ats buah dan sayur. Mangkuk tu biarlah selesa untuk suggies anda capai makanan.

• Potong buah-buahan dan sayur-sayuran menjadi 'bite size' atau sebesar separuh ibu jari anda

• Letak makanan yang sudah dipotong ke dalam mangkuk makanan suggies anda

• Tuang HPW yang sudah dinyah beku/'defrosted' ke atas buah dan sayur yang telah dipotong

• Hidangkan!

Page 104: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

104

Pilihan 2

Membuat 'Smoothies' buah-buahan Resipi Satu Bahan-bahan 2 cawan raspberry, beri biru, strawberi dan beri hitam 1 cawan Rock Melon/Cantaloupe

Rock Melon/Cantaloupe. Ada je kat supermarket

1 cawan buah oren 1 cawan epal merah 3 cawan betik Cara penyediaan Masukkan bahan-bahan ke dalam mangkuk besar. Keluarkan batang kayu dari epal, kupas kulitnya dan buang biji benihnya. Kupas oren dan buang biji benih. Kupas rock melon. Buang biji benih dari betik dan ambil isinya menggunakan sudu. Potong secara dadu/kiub semua bahan-bahan menggunakan blender atau pisau. Untuk strawberi dan buah beri yang lain, potong sebesar saiz kuku jari kelingking anda. Selepas itu, campur semua bahan-bahan ke dalam bekas ais kiub untuk dibekukan (agar tahan lama). 1 kiub untuk seekor suggie dan 2 kiub untuk 2 suggies.

Page 105: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

105

'Smoothies' buah-buahan Resipi Dua Bahan-Bahan 1/2 cawan beri biru 2 cawan strawberi 1/2 cawan tembikai 1/2 cawan epal merah 4 cawan betik Cara penyediaan Masukkan beri biru ke dalam mangkuk besar. Keluarkan biji benih dan batang epal dan kupas kulitnya. Kupas tembikai. Buang biji benih dari betik dan keluarkan isinya dengan sudu. Potong secara dadu/kiub semua bahan-bahan termasuk beri biru kemudian campur dan gaul semua bahan di dalam mangkuk besar. Isi bahan campuran (sebanyak satu sudu) ke dalam bekas kuib ais . Bekukan di dalam peti ais bahagian sejuk beku/freezer. Kesemua menu di atas mempunyai 1.5-2:1 ca:ph ratio iaitu nisbah kalsium:fosforus yang sesuai untuk diet sugar gliders yang menggunakan HPW (High Protein Wombaroo diet). Diet ini boleh dijadikan diet pelengkap bagi menu untuk buah-buahan. Sumbat satu sudu campuran ke dalam bekas ais kuib seperti ini. Senang untuk diambil dan dihidangkan kepada suggies anda!

Page 106: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

106

Pilihan 3 Jika suggies anda degil dan masih tidak mahu makan dengan menu yang diberikan dalam pilihan kedua, kisar semua makanan (buah dan sayur, dengan atau tanpa HPW) ke dalam pengisar makanan dan jika perlu, campur dengan air buah seperti epal yang tidak mempunyai pewarna/ pengawet/gula tambahan.

Pilihan 4. Jika semuanya tidak berhasil, anda perlu memberi makan suggies anda secara tangan/suap/'hand feed'. Gunakan picagari/syringe yang digunakan untuk bayi untuk memberi ubat jenis cecair. Suap suggies anda perlahan-lahan. Jangan paksa ke dalam mulut mereka, kalau tidak mereka akan tersedak. Dan biasanya mereka akan merajuk dan anda akan susah untuk memberi mereka makan selepas beberapa seketika itu. Setakat itu sahaja kali ini, untuk pilihan kedua, terdapat menu untuk sayur-sayuran dan juga campuran antara buah dan sayur..

Page 107: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

107

Tips: E-Collar E-Collar ni untuk sugar gliders yang 'self-mutilating' atau terlebih atau 'excessive grooming'. Biasanya berlaku selepas dikasi, dibedah, mendapat luka atau dalam proses sedang menyembuhkan luka lama.

Contoh E-Collar. (Sebelum)

(Selepas) Tabiat sugars ini memang cenderung untuk menggigit dan 'membersihkan' apa-apa yang mengacau fikiran mereka. Malah, contohnya sugars jantan akan menggigit penis mereka jika ada UTI (Urinary Tract Infection) untuk 'menghilangkan' rasa pedih dan sakit.

Page 108: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

108

Jadi untuk keselamatan mereka, kita perlu beri perhatian jika mereka mulai mempunyai tanda-tanda untuk 'self-mutilate' atau mencederakan diri sendiri. Selalunya mereka akan membuat bunyi yang seperti campuran 'crabbing; dan bunyi sayu/menangis, bunyi yang tidak pernah kamu dengar sebelum ini. Lagi-lagi jika mereka meletakkan mulut mereka di bahagian clocoa, jadi bersedialah untuk memasangkan E-Collar pada sugars anda secepat mungkin. Jika anda terlambat dan melihat luka-luka baru di badannya, bawanya segera ke klinik haiwan. Apa itu clocoa? Ini dia gambar anatomi sugars;

Page 109: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

109

Bagaimana untuk membuat E-Collar DIY Oleh sebab saya dalam rush saya tidak sempat membuat step by step dalam bahasa melayu, ini linknya; How to make an E-Collar.

Sebab-sebab sugars mencederakan dirinya adalah sebab depresi/kemurungan, sila rujuk Depresi melalui link ini. Self Mutilating disorders, atau SM boleh berlaku kepada;

• Jantan dan betina • Sugars hidup berpasangan dan keseorangan • Kebosanan, namun ini tidak boleh dibuktikan secara fakta • Berkaitan dengan diet, ini juga tidak boleh dibuktikan secara fakta • SM selalunya terjadi jika; • Joey yang dipisahkan dari ibu sebelum OOP (Out of Pouch) (Antibodi

yang diperlukan dari susu ibunya tidak ada untuk menolong joeys melawan penyakit yang lazim)

• Sugars dari petshop (Kalau trauma atau penjagaan yang teruk)

Page 110: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

110

o Besi bergalvani yang tidak dibersihkan (Penis sugars jantan akan terkeluar ketika puncak kematangan mereka, dan jika ianya terkena sangkar yang ada bakteria, akan berlakunya infeksi. Sugars akan cuba gigit penis mereka untuk menghilangkan rasa pedih dan sakit itu)

• Bekas kayu/tempurung yang kotor yang dijadikan tempat tidur sugars

• Permainan sugars yang tajam atau kasar (Jika terkena kulit atau bahagian sensitif, boleh luka)

• Puncak kematangan seksual sugars jantan,(dicetuskan oleh hormon) Bermula dari umur 6 bulan ke 2 tahun dan 9 bulan adalah yang palaing lazim, terjadi bila mereka terbau sugars betina.

Penjagaan sugars yang memakai E-Collar

• Simpan dalam sangkar rendah (Takut jatuh patah tulang) • Letak tuala di atas lantai (Kalau jatuh pun, tak sakit.. letak tuala gebu-

gebu yang jenis fleece agar kuku tidak tersangkut melainkan anda sudah memotong kuku sugars anda.)

• Letak bekas makanan untuk burung supaya senang untuk dia makan sendiri

• Letak water bottle, jangan bekas air terdedah tu • Jangan letak pouch atau mainan yang kecil dan sempit untuk dilaluinya,

letak hammock atau benda yang longgar-longgar sahaja. Nanti dia tersangkut pula.

Page 111: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

111

Tips: Membawa Sugar Glider anda keluar outing

• Peringatan, jangan membawa sugars anda keluar sehingga ia telah

menjadi biasa dengan anda dan barulah anda boleh membawanya keluar di dalam pouch. Saya akan membentangkan beberapa perkara asas.

• Jangan membawa sugars anda keluar pada waktu malam, mereka akan mula aktif pada waktu ini memandangkan mereka ini makhluk malam/nokturnal. Sesetengah sugars mula aktif mengikut masa (lebih kepada waktu yang mereka rasakan patut untuk bangun, untuk sugars dewasa), atau seperti sugars saya, yang hanya mula aktif bila keadaan sekeliling gelap. Baby selalu keluar dari pouch ketika gelap di dalam kereta, terpaksa lah saya melayankan saja telatahnya sebentar.

• Jangan bermain dengan sugars anda di dalam kereta. Saya akan menasihatkan anda jika anda bermain juga, pastikan bahawa bukan anda yang memandu kenderaan. Haiwan ini amat kecil dan laju, jika anda terlepas pandangan ia amatlah bahaya untuknya hilang di dalam kereta. Lagi-lagi kereta yang bergerak. Saya berpengalaman untuk meletakkan baby saya di dalam kereta, ketika ia rupanya sudah melepaskan diri dari sangkar kecilnya ke tempat duduk hadapan sebelah pemandu. Kawan saya yang duduk di hadapan itu tiba-tiba menjerit, saya sangkakan dia sedang histeria. Saya pun cuba menenangkannya tetapi dia jerit lagi tak berhenti. Seorang kawan lagi yang sedang memandu pun terganggu konsentrasinya. Nasib baik kemalangan tidak berlaku, dan apa yang saya sangkakan histeria merupakan jari kuku baby yang cuba mendaki kaki kawan saya tadi.

• Jangan dedahkan mereka di cahaya matahari dengan kerap. Mata bulat

comel mereka itu sensitif dan tidak biasa akan terik UV mentari.

• Jangan biarkan suggie anda bermain dengan mana-mana spesis haiwan yang lain.

• Jangan biarkan kanak-kanak bermain atau merebut sugars anda. Hanya biarkan mereka berinteraksi

Page 112: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

112

dengan sugars selepas ia telah tenang atau telah bpnded/terikat dengan orang dewasa terlebih dahulu.

• Jangan menggunakan rantai untuk megikat sugars anda seperti

anjing. Ia boleh merosakkan membran sayap mereka (patangium).

• Jangan bawa sugars anda berjalan-jalan di atas bahu anda di khalayak ramai jika ianya belum bonding atau percayakan anda. Jika anda belum mampu untuk memanggil sugars anda dengan arahan, jadi anda belum lagi bersedia. Jika ianya hilang secara tiba-tiba di bahagian semak atau pokok, mungkin dia boleh datang kembali kepada anda jika dipanggil. Ingat, sugars bukan asal dari Malaysia, dia tidak mungkin boleh terselamat daripada hidup di habitat kita. Jadi, janganlah berputus asa untuk mencari mereka jika mereka hilang, mereka perlukan anda untuk hidup.

Benda yang perlu dibawa (untuk outing bersama sugars)

1. Air minuman/botol air sugars 2. Buah-buahan yang boleh diletakkan di dalam pouch sugars sekiranya dia

lapar atau haus 3. HPW yang disimpan di dalam tupperware (kecil) 4. Syringe/picagari (Saya selalu membawa syringe kemana-mana di dalam

beg saya untuk kecemasan. Lagipun saya memang memberi baby makan HPW dengan syringe yang selalu digunakan untuk bayi)

5. Serbuk Gliderade, suplemen kalsium (Jika pada hari itu merupakan hari yang sugars anda perlu diberi suplemen, bawa sekali bersama anda)

Syringe

Page 113: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

113

Tips: Membawa Sugar Glider Balik Kampung Pelan satu Keperluan sugars ketika perjalanan ke kampung, di kampung dan pulang dari kampung. Apa yang penting? (Asas)

• HPW • Botol air/Water feeder • Mangkuk makanan • Sangkar perjalanan/Travel cage • Sangkar besar (kalau lama sangat tinggal di kampung, bawa sahaja

sangkar besar mereka) Apa perlu ada? (Keperluan)

• Buah-buahan • Sayur-sayuran

Beli sahaja buah dan sayur di kampung atau di dalam perjalanan. Sesetengah makanan tidak tahan berada di luar peti sejuk untuk masa yang lama. Bawa 'cooler' atau bekas untuk menyimpan makanan. Tambahan? (Ekstra)

• Gliderade/Gatorade (Jika mereka nampak lesu dan kurang air) • Suplemen Kalsium

Haus? Debunga lebah pun ada dalam ini, rasa blueberry lagi..

Page 114: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

114

Kecemasan?

• Swab kapas (Untuk lap bahagian mata jika ada apa-apa benda asing di matanya)

• 'Cotton bud' (Untuk membersihkan tempat yang sukar dicapai dan sempit)

• 'E-collar' (Sekiranya sugars anda terluka atau mempunyai kesan kudis daripada luka, pasangkan E-Collar agar dia tidak menggigit luka itu. Sugars cenderung 'groom' secara berlebihan ketika stres atau rasa sakit) Apa itu E-Collar?

• 'Syringe' untuk bayi (Jika terpaksa memberi makan 'hand feed'

Pelan kedua Apa rutin dalam kereta?

• Letak sugars dalam cage perjalanan/travel cage. • Sumbat sleeping pouch, beberapa barang mainan kegemaran sugars anda • Bawa lapik untuk melindungi sugars dari terik mentari • Campak beberapa ketul buah-buahan kering di dalam sangkar atau pouch

sugars • *Kalau perjalanan malam, letak buah-buahan segar dan HPW.

Page 115: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

115

Rutin dalam kapal terbang (Maju betul ye, dah naik MAS dah suggie awak..) Biasanya, prosedur yang perlu dibuat untuk membawa suggies anda naik kapal terbang adalah untuk mendapatkan kelulusan dari pakar veterinari haiwan yang sugar gliders anda bebas dari sebarang penyakit berjangkit atau sebarang komplikasi lain. Selain itu, anda perlu mengisi beberapa borang. Yang saya tahu, hanya MAS membenarkan haiwan peliharaan untuk dibawa ke atas kapal terbang. Namun suggies anda mungkin akan ditempatkan di bahagian kargo di belakang kapal. Jadi, jika anda mendapat kelulusan untuk membawa suggies anda naik kapal terbang, pastikan sangkarnya ditutup dengan kain yang gelap (takut dia stres dengan persekitaran yang asing) tapi nipis agar oksigen dapat lepas masuk dan keluar. Jangan lupa juga makanan dan minumannya!

Rutin dalam kereta api

• Letak dalam sangkar perjalanan (untuk malam)/bonding pouch (untuk waktu pagi dan petang)

• Letak semua keperluan, kecuali mainan yang membuat bunyi bising • Jika pada waktu malam, pastikan sangkar perjalanan mudah untuk

dimasukkan tangan, ini bertujuan untuk memastikan sugars tidak 'barking'

Page 116: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

116

untuk memanggil anda di dalam tren. Nanti ramai ingat anak anjing mana yang terselit dalam kereta api..

Sesampainya di kampung Lokasi: Tempat terpencil, tiada orang nak ganggu dan usik. Ia juga mesti tidak terlalu bising dengan bunyi yang boleh membuatkan suggies anda stres dengan persekitaran barunya. Juga, pastikan tiada binatang lain yang boleh ada akses kepada suggies anda. Dan yang paling penting, jangan bagi budak-budak tahu/main dekat dengan sangkar/bermain dengan suggies tanpa pengawasan anda! Banyak kes lagi-lagi masa raya, budak-budak tangan gatal membuka sangkar dan membiarkan suggies terlepas. Jumpa balik tak? Anda rasa? Saya rasa lepas hari raya pertama tu dia dah buat kenduri arwah dah.. Waktu malam: Biar dia bermain dalam sangkar. Kalau rasa selamat, lepaskan dalam bilik tapi pastikan bilik itu 'Glider-proof' yakni selamat dari perkara yang boleh memberi mudarat kepada suggies. Lubang tandas perlu ditutup dan pastikan apa jenis lubang atau ruang yang kecil ditutup.

Kenapa saya kena bawa suggies balik ke kampung?

• Kalau balik lebih 1 hari, bawalah suggies anda bersama balik kampung. • Kalau tak boleh bawa, pastikan ada orang yang pandai menjaga suggies

anda dan memberi makan dan perhatian yang cukup ketika anda tiada. • Suggies akan stres jika tuan mereka meninggalkan mereka (kalau dah

bonded and manja sangat) Jadi untuk pengganti, cari la orang untuk menjaganya.. paling afdhal, orang yang biasa dengan suggies anda dan berilmu.

• Nak tinggalkan pun boleh, cari la pet boarding/pet hotel yang boleh diharap dan berilmu dalam bab menjaga suggies. Tinggalkan cage dan barang aksesori + mainan suggies dan beri menu pemakanan pada penjaga pet boarding tersebut. Bagi semua informasi tentang penjagaan suggies pada pihak mereka agar mereka tahu tentang penjagaan suggies dan tiada masalah yang akan terjadi sementara anda merantau balik kampung.

• Juga, tinggalkan nombor dan alamat klinik haiwan veterinari untuk rujukan dan kes kecemasan suggies anda.

Page 117: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

117

Apa terjadi pada Sugar Glider yang ditinggalkan tanpa jagaan/teman? Sugar glider yang ditinggalkan seorangan tidak sebaik kondisi hati/perasaannya berbanding sugar glider yang dapat berinteraksi dan bergaul dengan pemilik. Seperti yang kita tahu, suggies adalah makhluk yang AMAT SOSIAL. Mereka tergolong dalam kategori haiwan 'high maintenance' (biasanya kita dengar terma ini digunakan untuk perempuan budget, namun inilah realitinya tentang sugar gliders. Satu lagi contoh haiwan yang perlukan interaksi sosial yang tinggi merupakan chinchilla). "Meninggalkan sugar gliders berseorangan tanpa teman boleh membunuh mereka".

Orang mengatakan bahawa mereka AKAN mati jika ditinggalkan keseorangan. Ini adalah kenyataan benar yang tidak boleh disokong oleh bukti yang sedia ada. Tetapi ia boleh dikaitkan bergantung pada situasi. Faktanya adalah, sesetengah suggies mati akibat kebuluran, jika mereka enggan makan. Ini adalah satu contoh depresi/kemurungan. (seperti sudah dibincangkan dalam entri Penyakit lazim Sugar Glider) Suggies yang disimpan berseorangan sering menunjukkan beberapa tanda-tanda kemurungan dan salah satu daripada tanda-tandanya banyak makan (menjurus kepada obesiti. Kerana bosan, mereka makan berlebihan) atau keengganan untuk makan apa-apa (depresi). Punca kematian selalunya adalah disebabkan oleh kebuluran. Dan saya fikir kita boleh menduga bahawa kemurungan yang menyebabkan perbuatan kebuluran adalah Disebabkan oleh kekurangan perhatian dan interaksi dalam persahabatan suggies dan pemilik. Sesetengah pakar mengatakan bahawa suggies perlu berinteraksi dengan kaum mereka sendiri, seperti kita manusia perlu berinteraksi dengan manusia yang lain. Suggies mempunyai struktur sosial yang kompleks. Melainkan jika anda boleh menyediakan persekitaran seperti zoo, namun.. pembelaan sugar gliders dalam berkumpulan susah untuk dilaksanakan. Jadi membela sepasang suggies adalah yang terbaik. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa banyak sugar gliders hanya 'survive' di dalam kurungan dengan hanya bergantung kepada persahabatan dan kasih sayang pemiliknya. Memang 'needy', kalah teman lelaki/teman wanita, kan?

Page 118: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

118

Walaupun anda melihat suggies anda masih dalam keadaan baik dan sihat walaupun mereka kerap ditinggalkan bersendirian pada masa yang panjang, jangan sekadar membaca info ini dan anggap masalah ini tidak berlaku pada suggies anda. Tidak semestinya apabila mereka tidak mati, mereka tidak bahagia. Teruskan tabiat ini, lama kelamaan anda akan mendapat suggies yang melakukan self-mutilation! Jaga-jaga ya.. Membela suggies bukan mudah dan saya harap dengan adanya mereka, kita boleh berubah untuk jadi yang terbaik untuk mereka

Page 119: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

119

Tips : Bulu Sugar Glider gugur atau semakim kurang Ada beberapa sebab. Ikut turutan ye bila melihat kemungkinan kenapa bulu suggies anda gugur. Ianya dari yang paling senang untuk dikenal pasti, sehingga pada simtom yang perlu anda beri rawatan vet secepat mungkin.

o Diet tak seimbang. Samada tak makan HPW -High Protein Wombaroo- iaitu diet wajib/khas/satu-satunya yang disyorkan untuk Sugar Gliders (Terdapat diet lain seperti GliderSlurp (buatan Malaysia oleh Suggies at Home), Priscilla's Diet, Taronga Zoo Diet etc). Ia juga boleh terjadi jika suggies tidak makan buah-buahan dan sayuran, vitamin atau makanan/diet yang dimakan tidak seimbang. Solusi; beri makan HPW, buah dan sayur.

Diet dia penting untuk menjaga keadaaan bulu dia

2. Stres. Kerana beberapa perkara; 1. Jika ia hanya seorang; anda tak beri layanan yang cukup 3-4 jam sehari, jika anda layan dia cukup setiap malam, mungkin dia mahukan teman yang sama spesis dengannya. 2. Kerana ada sakit atau luka, suggies akan cuba mencabut bulu di tempat sakit dan menggigit luka. (Lihat entri mengenai E-Collar)

Page 120: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

120

Overgrooming, atau membersihkan bulu secara berlebihan, mungkin kerana bosan. Beri mainan, dan tingkatkan waktu bermain dengan suggies anda. 3. Kerana kutu, hama, parasit, dan penyakit yang berjangkit. Jika anda suspek kutu dan etc, asingkan dengan suggies yang lain dan bawa ke vet untuk dapatkan ubat. 4. Jika anda mempunyai Sugar Glider jantan, ia akan mula botak di bahagian dahi/kepalanya pada bulan 4,5,6,7-9. Sesetengah suggies jantan juga akan botak di bahagian dadanya. Baby, suggie saya botak yang amat ketara di dada tetapi dahinya tidak kelihatan begitu botak walaupun umurnya sudah mencecah 10 bulan. Suggies jantan sahaja akan botak ya, suggie betina takda camtu. *Jika anda mengasi/neuter/'kasi mandul' suggie jantan anda, bulunya akan tumbuh kembali perlahan-lahan.

Botak tandanya matang.

Jangan risau, bulu suggies akan tumbuh kembali jika ianya sudah dirawat dan mereka tidak lagi stres/gatal/overgroom bulu mereka.

Page 121: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

121

Anatomi Sugar Glider: Bulu, Extra: Memandikan suggies?

Sugar Gliders mempunyai lapisan bulu kelabu dengan tanda gelap yang berbeza-beza jenis mengikut variasi/'variation' mereka. Bulu mereka sangat lembut seperti sutera (dibandingkan dengan haiwan Chinchilla atau arnab). Suggies boleh datang dalam pelbagai jenis warna yang berlainan. Antaranya, Standard Greys, Blondes, Cinnamons, Browns, Champagne, Platinum, Albinos dan lain-lain (Dengan beberapa warna bul yang SANGAT jarang untuk didapati, dan amat mahal!) Persoalan kerap mengenai bulu suggies.

• Boleh tak kita mandikan suggies? Boleh, tapi ikut cara. Mandi dengan air tidak boleh/tidak payah kerana suggies haiwan pembersih. Mereka mampu bersihkan diri dengan baik. (guna kuku kat jari kaki, jari dua terakhir dimana ia tidak patut dipotong kerana ia alat 'grooming' mereka. Kedua jari tersebut kelihatan bersambung atau 'syndactulous'. Kalau nak 'mandikan', cuma guna kain lembap/tisu basah/'wet tissue'/shampu KHAS untuk Sugar Gliders. Jangan beli kalau syampu tersebut untuk hamsters dan tikus. Bulu suggies memang lembut dan halus, jadi syampu sembarangan boleh merosakkan dan menarik lapisan minyak asli dari bulu suggies, menyebabkan mereka lut pada air dengan senang. Biasanya, syampu untuk suggies berharga RM14-RM18, syampu yang murah sangat tu sahlah koman dan kodi. Takpa mahal-mahal, asalkan selamat ye readers.. *Untuk 'wet tissue', Pastikan tiada alcohol dan awas dengan pewangi yang diguna. Alkohol atau pewangi boleh memberi komplikasi pada suggies. **Dalam kes emergency, bila suggies anda terjatuh dalam tong sampah ke, melekit kena kotoran dan sukar ditanggal jika hanya dilap dengan wet tissue, anda boleh mandikan dengan air suam tapi masih lagi guna tisu untuk mengelap bulu mereka. Jangan guna air suhu sejuk, nanti dapat penyakit selesema pula! Cepat-cepat keringkan suggies selepas mandi. Sabun digunakan pun mestilah 'mild' dan dilarut didalam air supaya tidak begitu pekat dan berbuih. (Pandai-pandai la fikir macam mana ye)

Page 122: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

122

Bebas alkohol dan tiada bau pewangi yang terlalu kuat

• Kenapa bulu suggies saya gugur? Ada beberapa sebab. Ikut turutan ye bila melihat kemungkinan kenapa bulu suggies anda gugur. Ianya dari yang paling senang untuk dikenal pasti, sehingga yang perlu anda beri rawatan vet secepat mungkin.

o Diet tak seimbang. Samada tak makan HPW (atau diet jenis lain seperti BML, Priscilla's Diet etc). Ia juga boleh terjadi jika suggies tidak makan buah-buahan dan sayuran, atau makanan/diet yang dimakan tidak seimbang. Solusi; beri makan HPW, buah dan sayur. Sila rujuk entri lepas dalam blog untuk maklumat lanjut. Keperluan Asas: Pemakanan, Pengetahuan Asas: Makanan yang selamat untuk Sugar Gliders, Pengetahuan Asas: Tabiat dan diet Sugar Gliders.

o Stres. Kerana beberapa perkara; 1. Jika ia hanya seorang; anda tak beri layanan yang cukup 3-4 jam sehari, jika anda layan dia cukup setiap malam, mungkin dia mahukan teman yang sama spesis dengannya. 2. Kerana ada sakit atau luka, suggies akan cuba mencabut bulu di tempat sakit dan menggigit luka. (Lihat entri mengenai E-Collar) 3. Overgrooming, atau membersihkan bulu secara berlebihan, mungkin kerana bosan. Beri mainan, dan tingkatkan waktu bermain dengan suggies anda.

Page 123: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

123

o Kerana kutu, hama, parasit, dan penyakit yang berjangkit. Jika anda suspek kutu dan etc, asingkan dengan suggies yang lain dan bawa ke vet untuk dapatkan ubat.

• Bagaimana suggies membersihkan badan? Guna kuku dan air liur. Kuku jari kaki yang kedua terakhir yang kelihatan bersambung/'syndactulous' diguna untuk 'grooming'. Kaki dan tangan digunakan untuk membersihkan seluruh anggota badan mereka. Air liur dikeluarkan, dan tangan akan menadah air liur untuk disapu di tempat mereka hendak groom bulu mereka. Ketika ini berlaku, ramai orang tersilap sangka yang suggies mereka menghidap selesema. Sebenarnya ini hanya bunyi suggies meludah ke atas tangan mereka. Bunyinya seakan-akan bersin. Anda boleh perhatikan dengan dekat ketika mereka meletakkan tangan di mulut dan bunyi seakan-akan bersin tu akan kedengaran. Comel bunyinya!

• Kenapa bulu suggies saya nampak pecah-pecah/tak rata? Macammana rupa bulu pecah tak teratur?

Normal sebenarnya.. bulu gebu sangat ni..

Page 124: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

124

Banyak orang bertanya tentang perkara ini, dan bertanya samada ianya adalah normal atau tidak. Kadang-kadang bulu akan berpisah dan kelihatan terasing di bahagian sendi (tangan, kaki, leher). Kadang-kadang jika suggies mempunyai badan yang gempal/besar atau suggies yang sudah tua atau dewasa, bulu boleh kelihatan seperti gambar tertera di atas. Jangan risau, semuanya normal. Dan ianya bukan satu jenis kecacatan atau bulu kurang pada suggies anda. ***** Namun jika anda perasan penampilan umum suggies anda kelihatan tidak sihat melalui gambaran bulunya, atau anda perasan mereka tidak memelihara diri mereka dengan rapi/ bersih macam biasa (perubahan tabiat/perangai) atau, jika anda notis mereka kerap membuat bunyi bersin (bunyi suggies mengeluarkan air liur untuk membersihkan badan) dengan kerap namun bulu tetap tidak bersih/rapi, sebaik-baiknya anda merujuk vet berpengalaman untuk melakukan pemeriksaan untuk memastikan tiada masalah atau penyakit. Kenapa dasar ekor suggies saya basah dan kotor selalu? Itu namanya penyakit 'wet tail'. Suggies anda mengalami cirit birit. Untuk fahami dengan lebih lanjut, lawati entri bertajuk Penyakit Lazim dihidap Sugar Gliders.

Page 125: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

125

Tips: Sugar Glider menerkam macam singa

• Bermain dengan sugar glider selama setengah jam, bagi ia makan dan minum.

• Tinggalkan sugar glider di dalam bilik dengan lampu tertutup dengan hanya night light dibiarkan terbuka. (bilik saya glider-proof, jangan risau).

• Buat aktiviti seperti biasa, seperti blogging ;). • Masuk ke dalam bilik secara interval/selang-seli untuk menjenguk

sugar glider untuk memastikan dia sudah makan HPW dan buah/sayur yang diberi.

• Melepak, tengok t.v., layari laman web

Page 126: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

126

• Sekarang sugar glider boleh buat tricks mudah seperti ini;

Page 127: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

127

Pengetahuan Asas: Bunyi-bunyian oleh Sugar gliders

Bunyi sugars amat unik dan orang yang tidak biasa dengan binatang comel ini mungkin akan terkejut dengan bunyi yang dihasilkan mereka. Perlu diingati bahawa setiap sugar glider mempunyai personaliti yang unik, jadi anda mungkin atau mungkin tidak mendengar semua bunyi-bunyi itu dengan kerap.

• Jika anda juga pemilik sugars, anda pasti tahu akan bunyi 'crabbing' yang dibuat oleh mereka pada hari pertama anda mendapat mereka. Crabbing merupakan bunyi yang paling biasa anda akan dengar, ia kedengaran seperti pengasah pensil elektrik dan ianya agak kuat. Saya mentafsirkan bunyi crabbing baby pada hari pertama saya mendapatnya seperti ini; "KEKEKEKEKEKEKEKE".

Video ini memaparkan joey yang amat comel yang sedang crabbing;

Page 128: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

128

Jika sugar anda crabbing, maksudnya ia mungkin berasa takut atau terkejut. Beserta dengan crabbing, sugars anda akan seakan-akan berdiri dengan kedua belah tangannya di depakan ke arah anda. Tahukah anda yang sugar gliders juga dikenali sebagai sugar bears? Ini kerana telatah yang spesifik dilakukan oleh beruang dan ketika mereka crabbing dan membuat gaya tangan didepakan seperti ingin mengatakan "Stop!!" adalah serupa dengan satu sama lain. Ketika crabbing juga sugars anda mungkin akan cuba menggigit anda, jangan risau.. ini tabiat biasa. Ini bukan bermakna yang mereka ini terlalu liar atau ganas dan tidak suka akan anda, malah ini sebenarnya cara mereka mempertahankan diri mereka di habitat liar. Oleh sebab saiznya yang kecil, mereka akan cuba menakutkan pemangsa dengan berlagak garang. Ingat! ianya hanya lakonan, yang sebenarnya mereka amat takut dan adalah normal untuk mereka bersikap begitu jika mereka belum bond atau percaya dengan pemilik mereka. Solusi untuk sugars yang crabbing, cuba untuk memberikan ruang sedikit dan pendekatan lebih perlahan. Pada ketika ini, ianya idea yang baik untuk tidak cuba mencekup sugars dengan laju. Perlahan-lahan letakkan belakang tangan anda (tips untuk tidak digigit) dan dekatkan dengan kepala sugars agar dia dapat mengenal bau anda. Selepas dia membiasakan diri dengan bau badan pemilik, sugars akan jarang atau tidak langsung membuat bunyi crabbing kepada manusia melainkan mereka terkejut atau takut dengan benda lain. Barking atau bunyi menyalak seperti anak anjing, boleh berlaku bergantung mengikut situasi. Anda perlu memerhatikan dan mengamati apa yang sedang berlaku pada persekitaran sugars ketika waktu mereka barking untuk mengenal pasti sebab mereka mengeluarkan bunyi ini. Kadang-kadang sugars mengeluarkan bunyi barking untuk berinteraksi antara satu sama lain, memberi amaran, atau cuma bertindak balas dengan bunyi yang didengari mereka.

Page 129: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

129

Bunyi barking amatlah comel dan ianya selalu berlaku pada waktu malam dan awal pagi. Barking berlaku bila; Mereka ingin mengambil perhatian anda untuk dipegang, dibelai, dibawa bermain atau mereka hanya lapar dan inginkan makanan. Selain itu, barking juga boleh bermaksud yang mereka gembira dan senang hati! Baby, sugar glider saya hanya sekali sekala membuat bunyi ini pada waktu 5-6 pagi meskipun saya sudah bermain dan meluangkan 2 jam untuknya dari pukul 12-2 pagi. Baby dibiarkan 'free range', istilah digunakan oleh pemilik sugars yang membiarkan sugars dilepaskan di dalam bilik atau di kawasan yang tertutup. Biasanya bila baby memanggil saya, saya cuma akan mengangkatnya dan bercakap dengannya selama beberapa minit dan menyimpannya di dalam sangkarnya. Dia cuma mahu tidur kembali dalam sangkarnya saya rasa fasal die terus senyap bila diletakkan di dalam sleeping pouchnya. :D Ini klip video sugars yang membuat bunyi yang comel ini;

• Klick SINI untuk mendengar bunyi-bunyi Suggies

Page 130: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

130

Ketahui Jantina Suggies

Jantan ( Male )

Betina ( Female )

Page 131: Pengenalan Dan Pengetahuan Sugar Glider

Angah Syuhada

www.facebook.com/syuhada.style

Page

131

SUMBER :

• Google • Forum • suggies101 Paling banyak panduan in BM • wikipedia • Ilovesuggies • Suggies At Home • Pak Ajak Baha FB

TAMAT