PENGAMATAN

download PENGAMATAN

of 9

description

literasi

Transcript of PENGAMATAN

  • 5/22/2018 PENGAMATAN

    1/9

    PENGAMATAN

    Tajuk 1

    Melaksanakan aktiviti prabacaan.

    Melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan

    Melaksanakan aktiviti pengamatan pendengaran

    Melaksanakan aktiviti pergerakan tangan dan mata

    Aktiviti PrabacaanAKTIVITI PRA BACAAN

    Aktiviti pra bacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan

    memberikan asas kepada kanak-kanak sebelum mereka boleh membaca. Walaupun

    kemahiran-kemahiran pra bacaan dapat dipelajari secara semulajadi di rumah atau diprasekolah, kemahiran ini adalah penting dalam perkembangaan kemahiran membaca

    kanak-kanak.

    Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Pada peringkat awalnya,

    kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi menyediakan kanak-kanak

    untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap ini,murid didedahkan kepada aktiviti-

    aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan

    pendengaran. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran

    kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran

    sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan.Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu

    peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran

    pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan peglihatan, aktviti koordinasi

    psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan.

    Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.

    Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly, Chong (1992) pula,tahap prabacaan

    merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan kata lain, makna

    istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap ini, murid

    didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkanketajaman penglihatan dan pendengaran .

    Secara ringkasnya kemahiran-kemahiran ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

    1. pengamatan penglihatan2. pendengaran3. pergerakan mata & tangan.

  • 5/22/2018 PENGAMATAN

    2/9

    Melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan

    Terdapat empat belas komponen dalam pengamatan penglihatan dan setiap satu

    komponen mempunyai aktiviti serta tujuannya yang tersendiri. Komponen-komponen itu

    ialah diskriminasi penglihatan atau visual, ingat kembali, orientasi kedudukan, turutan,

    menyudahkan atau melengkapkan, menyalin, rajah dan latar bertindih, koordinasi matadan tangan, pertalian jarak (ruang), ketetapan bentuk/kedudukan dalam rajah, gambar

    bersiri, pembalikan, mencari jalan keluar, dan benda tersembunyi. Di sini diberikan

    beberapa contoh bahan yang boleh digunakan guru di dalam bilik darjah. Antaranya

    ialah:

    a) Diskriminasi penglihatanKomponen ini juga dikenali sebagai visual, merangkumi keupayaan murid untuk

    melihat dan mengamati persamaan dan perbezaan sesuatu objek, bentuk geometri,

    gambar, huruf dan perkataan. Ada dua tujuan, iaitu membolehkan murid membezakan

    perkataan, huruf, nombor dan perkataan yang hamper sama manakala tujuan kedua

    untuk melatih murid mencari cirri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, huruf,

    nombor, corak dan sebagainya.

    i) Aktiviti diskriminasi yang samaContoh 1

    Arahan: Bulatkan gambar yang sama.

    ii) Aktiviti diskriminasi yang tidak samaContoh 1

    Arahan: Tandakan ( X ) jenis yang tidak sama

    Arahan: Bulatkan yang ganjil

  • 5/22/2018 PENGAMATAN

    3/9

    b) Ingat kembaliAktiviti ini bertujuan melatih murid-murid supaya dapat mengingat kembali apa juga

    yang diamati. Ada dua cara untuk menjalankan aktiviti ini, iaitu menggunakan himpunan

    bahan maujud yang ditutup dengan kain, manakala kedua menerusi gambar. Kedua-

    dua ini sesuai untuk menguji murid secara individu.Bagi aktiviti menghimpunkan bahan maujud, guru meminta murid mengumpul bahan

    maujud sebanyak mungkin di atas meja. Sebaik-baiknya gunakan bahan maujud

    bersaiz kecil yang terdapat dipersekitaran murid. Kemudian seorang murid dijemput

    untuk meneliti semua bahan berkenaan sebelum ditutup menggunakan kain atau kertas

    yang sukar dilihat. Guru meminta murid menyebutkan kembali bahan maujud yang

    dilihat dan tugas guru mencatatkan markah yang diperoleh. Untuk itu satu senarai

    semak dan skor pencapaian murid diperlukan untuk tujuan semakan.

    Cara kedua menerusi kad imbasan. Guru perlu menunjukkan kepada murid kad

    imbasan yang mengandungi gambar pelbagai jenis bentuk geometri dengan saiz,

    warna dan rupa yang berbeza dalam tempoh yang singkat. Kemudian murid diminta

    menunjukkan kepada guru gambar yang sepadan dengan bentuk yang ada pada kad

    imbasan tadi.

    Ujilah dengan bilangan gangguan pengamatan yang sedikit dahulu kemudian

    berperingkat jumlahnya. Mereka bukan sahaja diuji dari segi rupa tetapi juga

    pengamatan dari segi warna dan saiz.

    Contoh

    Arahan: Lihat dan ingat bentuk ini.

    c) Rajah dan latar bertindihAktiviti ini menguji kebolehan murid mengesan dan menentukan jenis imej seperti

    bentuk, huruf atau nombor dari latar belakang sesuatu rajah. Kemudian murid diminta

    melukis bentuk yang ada pada sehelai kertas putih.

    Contoh

    Arahan: Lihat dan lukis bentuk

    Aktiviti mengesan imej

    d) Benda tersembunyiAktiviti ini menguji kebolehan murid untuk menyelesaikan masalah secara abstrak.

    Berbantukan sekeping gambar, murid-murid dikehendaki mengesan semua objek yang

    tersembunyi pada gambar berkenaan.

    Contoh

  • 5/22/2018 PENGAMATAN

    4/9

    Arahan: Cari objek tersembunyi ( pensel, topi, baldi, huruf S dan kasut )

    Melaksanakan aktiviti pengamatan pendengaran

    Pengamatan jenis ini mempunyai enam komponen, iaitu diskriminasi pendengaran,

    penerimaan pendengaran, perkaitan pendengaran, ingatan pendengaran,melengkapklan pendenagran dan pencantuman bunyi.

    a) Diskriminasi pendengaranTujuan aktiviti adalah melihat keupayaan murid-murid untuk mengenali dan mengamati

    persamaan dan perbezaan bunyi atau perkataan yang telah didengar. Untuk

    melaksanakan aktiviti ini, guru boleh menggunakan pita rakaman dan kad gambar

    sebagai bahan bantu mengajar.

    Contoh aktiviti diskriminasi yang sama

    Guru memperdengarkan pita rakaman yang mengandungi bunyi kucing jantan, kucing

    betina dan anak kucing.

    Contoh

    Arahan: Padankan bunyi kucing ini

    Aktiviti diskriminasi pendengaran yang sama

    Contoh aktiviti diskriminasi yang berbeza

    Guru meminta murid membunyikan haiwan yang ditunjukkan pada kad gambar yang

    diberi

    Contoh

    Arahan: Bunyikan semua haiwan berikut

    Aktiviti diskriminasi pendengaran yang berbeza

    b) Penerimaan pendengaranAktiviti ini bertujuan melihat keupayaan murid-murid, memperoleh atau mendapat

    makna daripada apa yang telah didenagar atau secara lisan. Contoh aktiviti adalah

    meneka bunyi yang didengar secara langsung dengan pandangan mata yang terhad

    atau mata ditutup. Aktiviti ini memerlukan murid mendengar dengan teliti, fokus danberfikir dalam tempoh masa yang singkat sebelum membuat keputusan. Antara bunyi

    yang boleh diwujudkan untuk tujuan ini adalah bunyi duit syiling jatuh ke lantai, bunyi

    ketukan meja, ketukan tin dan botol.

  • 5/22/2018 PENGAMATAN

    5/9

    c) Perkaitan pendengaranAktiviti memberikan peluang kepada murid-murid untuk mengaitkan beberapa konsep

    tertentu yang disampaikan secara lisan. Contoh aktiviti ialah murid melakonkan watak

    emosi sedih dan gembira manakala rakan-rakan mereka yang lain diminta

    menceritakan gambaran emosi yang dilakonkan.

    d) Ingatan pendengaranAktiviti ini membolehkan murid-murid mengingati apa jua yang telah didengar,

    kemudian mengulaginya. Contoh aktiviti ialah permainan surat beratai di mana perlukan

    kerjasama setiap ahli kumpulan. Orang pertama akan membaca mesej asal yang

    diberikan guru secara bertulis. Kemudian orang yang pertama tadi akan menyampaikan

    mesej secara lisan kepada orang yang kedua, manakla oranga yang kedua akan

    menyampaikannya kepada orang ketiga dan begitulah seterusnya. Orang yang terakhir

    akan menulis semula mesej yang diterima sebelum menyerahkan kepada guru. Tugas

    guru menyemak dan membandingkan mesej yang diterima dengan mesej asal.

    e) Melengkapkan pendengaranJuga dikenali sebagai Auditory Closure yang memberikan peluang kepada murid-

    murid untuk mengenali dan menggunkan unit-unit biasa dalam pengalaman

    pendengaran apabila sebahagian sahaja unit-unit itu didengar secara lisan. Contoh

    aktiviti ialah melengkapkan pantun dua kerat, melengkapkan lirik lagu atau

    melengkapkan dialog oleh watak-watak terkenal dalam drama Melayu.

    f) Percantuman bunyi atau perkataanAktiviti ini memerlukan murid mencantumkan bunyi-bunyi yang didengar secara

    terasing, menjadi susunan perkataan atau mencantumkan perkataan menjadi beberapa

    baris ayat yang lengkap. Antaranya aktiviti bercerita spontan di mana juruacara akan

    menyebutkan perkataan di awal, di tengah dan di akhir cerita. Untuk mengelakkan jalan

    cerita terpesong jauh, tema cerita diberikan sebelum acara bermula. Contohnya Pada

    suatu malam yang hening (ayat awal), terkejut apabila tiba-tiba seekor kerbau melintas

    jalan (ayat tengah), dan rupa-rupanya aku bermimpi di siang hari (ayat akhir).

  • 5/22/2018 PENGAMATAN

    6/9

    Melaksanakan aktiviti pergerakan tangan dan mata

    Aktiviti pergerakan tangan dan mata penting dalam pengamatan. Aktiviti ini bertujuan

    membantu murid-murid menguasai kemahiran asas menggerakan tangan secara

    kemas, berpandu dan bersistematik. Ada empat kemahiran yang ditekankan dalammelaksanakan aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan dan mata iaitu;

    a) Melakukan latihan pergerakan tangan.b) Menguasai gerak tangan secara bebas supaya boleh menulis dengan selesa.c) Melakukan latihan pergerakan mata.d) Melakukan latihan kordinasi tangan dan mata

    Terdapat dua jenis aktiviti yang telah dikenal pasti dan sesuai untuk tujuan ini,

    iaitu menyambung titik dan aktiviti menyalin corak.

    a) Menyambung titikAktiviti ini dilaksanakan dengan meminta murid-murid melukis garisan dengan

    menggunakan pensel warna antara titik-titik pada gambar mengikut urutan abjad yang

    disediakan. Jika murid berjaya melukis garisan tersebut mengikut susunan yang betul,

    maka hasilnya akan terbentuk satu gambar atau objek yang sempurna binaannya.

    Tetapi jika murid gagal melaksanakannya, gambar atau objek tersebut akan cacat dan

    tidak menarik.

    Guru perlu melaksanakan aktiviti ini secara berperingkat demi peringkat, iaitu dimulakan

    dengan gambar yang mempunyai bilangan titik sedikit, kemudian gambar yang

    mempunyai titik sederhana banyak hinggalah peringkat yang sukar dan rumit. Melalui

    cara ini murid-murid berpeluang menikmati keseronokan serta cabaran membuat aktiviti

    di samping mengalami aktiviti yang pelbagai aras kesukarannya. Secara tidak langsung

    akan berlakulah latihan kordinasi tangan dan mata.

    Contoh aktiviti ditunjukkan dalam rajah berikut.

    b) Menyalin corakCorak merupakan susunan motif (idea rekaan) sama ada secara teratur,terancang atau

    secara bebas. Terbahagi kepada dua jenis, iaitu corak terancang dan corak tidak

    terancang. Motof corak pula terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik.Aktiviti menyalin corak ialah murid-murid meniru corak yang ditunjukkan oleh guru

    kepada mereka sama ada secara pandang-lihat kemudian lukis atau secara berpandu,

    iaitu menggunkan kaedah tekap dengan menggunakan kertas karbon atau kertas surih.

    Guru juga perlu menjalankan aktiviti ini secara peringkat demi peringkat, iaitu dimulakan

    dengan corak yang mudah kemudian diikuti corak yang sukar. Tujuan supaya murid-

    murid dapat melalui tahap kesukaran yang pelbagai. Pada waktu yang sama guru perlu

  • 5/22/2018 PENGAMATAN

    7/9

    membimbing kerja murid supaya proses menyalin corak berlaku dengan cermat dan

    kemas. Ini penting supaya proses kordinasi tangan dan mata berlaku secara teratur dan

    bersistematik.

    Contoh aktiviti ditunjukan dalam rajah berikut.

    Opssss...visit ydah!

    Sayang diri...Sayang hubby...Sayang family...

    Thursday, April 5, 2012

    Latihan Kordinasi Mata dan Tangan

    Aktiviti mengelas benda mengikut golongan atau kumpulan merupakan latihan bagi

    kordinasi mata dan tangan. Aktiviti

    aktiviti lain yang boleh dilaksanakan seperti

    menyusun , mencantum dan mewarna gambar yang diselaras mengikut urutan. Aktiviti lain

    dalam aktiviti kordinasi mata dan tangan ialah mencantum titik atau sempang untuk

    membentuk huruf, memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa, mencari sejumlah

    benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan dan juga aktiviti membuat garisan lurus dari

    atas ke bawah dan sebaliknya. Latihan mewarna dari kiri ke kanan dan sebaliknya juga

    dapat melatih murid bagi kordinasi mata dan tangan.

    Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel

    serta boleh duduk dengan cara betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang

    tulisan. Bermula di kertas kosong tanpa garisan, diikuti latihan membentuk huruf pada

    garisan, di mana peringkat ini ialah peringkat menulis mekanis.

    Berikut ini adalah beberapa contoh kegiatan pra tulisan

    1. Mari Menabung

    Alat yang diperlukan:

    o Kotak kasut yang salah satu sisinya mempunyai lubang, pstikan lubang berada tidaksejajar/searah satu dengan lainnya, hal ini agar permainan lebih bervariasi dan

    bertentangan.

    o Duit syiling/butang baju (lebih baik jika dengan pelbagai ukuran)

    Permainan melatih pola pegang alat tulis (3 jari), koordinasi mata tangan, serta melatih

    kecekapan dan kelembutan jari tangan serta pergelangan tangan (bila anak mencuba

    memasukkan duit syiling /butang baju dengan pelbagai posisi lubang.

  • 5/22/2018 PENGAMATAN

    8/9

    2. Membantu menjemur

    Alat yang diperlukan:

    o Penyepit kain

    o Gambar kanak-kanak/ saputangan/stokino Tali diikat diantara dua kerusi)

    Permainan melatih pola pegang alat tulis (3 jari), melatih kekuatan jari-jari dan

    koordinasi dua tangan serta koordinasi mata-tangan.

    3. Memasukkan kacang hijau ke dalam penyedut air plastik

    Alat yang diperlukan:

    o Penyedut air plastik dan kacang hijau

    Permainan melatih pola pegang alat tulis, koordinasi dua tangan, koordinasi mata-

    tangan, melatih kecekapan dan kelembutan jari tangan serta melatih konsentrasi dan

    kesabaran.

    4. Menguli dan membuat rekaan menggunakan doh

    Alat yang diperlukan:

    Tepung gandum,garam,pewarna dan sedikit minyak

    Permainan melatih koordinasi mata-tangan, melatih mengawal

    kekuatan dan gerakan jari tangan si kecil.

    5. Melakar bentuk (objek/ huruf/ nombor) menggunakan jari telunjuk di atas

    permukaan berlainan seperti di udara dan di pasir.

    Alat yang diperlukan:

    Pasir,besen atau bekas yang besar.

    Permainan melatih koordinasi mata-tangan, melatih mengawal

    kekuatan dan gerakan jari tangan si kecil.

    6. Menyambung Titik

    Alat yang diperlukan :

    Pensil,pensil warna, kertas putih.

    Permainan melatih koordinasi mata-tangan, melatih

    mengawal kekuatan dan gerakan jari tangan si kecil.

  • 5/22/2018 PENGAMATAN

    9/9

    Aktiviti di atas merupakan contoh yang boleh dikembangkann menjadi kegiatan pra

    menulis yang bertujuan untuk menyediakan murid untuk menulis dengan baik dan

    berminat.