PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

17
Membentuk Fasa Pembelajaran Anak Anda Selanjutnya PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

Transcript of PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

Page 1: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

Membentuk Fasa Pembelajaran Anak Anda Selanjutnya

PENDIDIKAN SEKOLAHMENENGAH

Page 2: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

01

03

04

06

08

21

23

2427

KANDUNGANSISTEM PENDIDIKAN SINGAPURA : GAMBARAN KESELURUHAN

PEMBELAJARAN YANG DISESUAIKAN DENGAN KEBOLEHAN YANG BERBEZA-BEZA

MEMBANGUNKAN ANAK ANDA DEMI MASA DEPAN MEMENUHI MINAT DAN PEMBANGUNAN HOLISTIK

PENYESUAIAN MENGIKUT MINAT DAN PEMBANGUNAN MENYELURUH

BIASISWA & ANUGERAH EDUSAVE DAN SKIM BANTUAN KEWANGAN

MEMILIH SEBUAH SEKOLAH MENENGAH

PENEMPATAN MENENGAH 1

MEMILIH SEBUAH SEKOLAH :PERSPEKTIF PENGETUA

Kementerian Pelajaran membentuk dan melaksanakan dasar-dasar mengenai struktur pendidikan, kurikulum, pedagogi dan penilaian. Kami menyelia pembangunan dan pengurusan sekolah yang dibiayai Pemerintah, Institut Pendidikan Teknikal, politeknik dan universiti berautonomi. Kami juga membiayai kajian akademik.

Page 3: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH01 02

POSMENENGAH1-6 tahun

PENDIDIKAN KHAS

PEPERIKSAAN TAMAT SEKOLAH RENDAH (PSLE)

SEKOLAH RENDAH6 Tahun

SEKOLAH KHAS* 3-6 Tahun

NORMAL (TEKNIKAL) [N(T)]

4 Tahun

GCE PERINGKAT ‘N(T)’

ASAS POLITEKNIK 1 Tahun

GCE PERINGKAT ‘N(A)’NORMAL (AKADEMIK)

[N(A)] 4-5 Tahun

MENENGAH 5N(A) 1 Tahun

EKSPRES 4 Tahun

SEKOLAH BIAYAAN SWASTA

4-6 Tahun

GCE PERINGKAT ‘O’

SEKOLAH BEBAS KHAS** 4-6 Tahun

PROGRAM BERSEPADU

4-6 Tahun

SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

KELAYAKAN-KELAYAKAN

ALTERNATIF***

UNIVERSITI

MAKTAB RENDAH/INSTITUT PUSAT

2-3 Tahun

GCE PERINGKAT ‘A’

POLITEKNIK 3 Tahun

INSTITUT PENDIDIKAN

TEKNIKAL 2-3 Tahun

PEKERJAAN

PENDIDIKAN DAN LATIHAN BERTERUSAN (CET)****

PEKERJAAN

Laluan yang Berbeza-Beza

bagi Pekerjaan dan Kehidupan

PERINGKAT MENENGAH

4-5 tahun

PERINGKAT RENDAH

6 tahun

POLYTECHNICFOUNDATION

PROGRAM SKIM KEMASUKANTERUS KE POLITEKNIK

INSTITUSI SENI3-6 Tahun

KELAYAKAN-KELAYAKAN ALTERNATIF***

Sekolah-sekolah Khas menawarkan program-program yang direka khas untuk pelajar yang cenderung ke arah pembelajaran yang bersifat amali dan praktikal. Sekolah-sekolah ini termasuk Sekolah Northlight, Sekolah Assumption Pathway, Sekolah Menengah Crest dan Sekolah Menengah Spectra.

Sekolah Bebas Khas menawarkan pendidikan khas kepada pelajar-pelajar yang mempunyai bakat dan minat yang mendalam dalam bidang-bidang tertentu, seperti Seni, sukan, matematik dan sains, dan pembelajaran gunaan. Sekolah-sekolah ini termasuk Sekolah Seni, Sekolah Sukan Singapura, Sekolah Tinggi NUS Sekolah Matematik dan Sains, dan Sekolah Sains dan Teknologi.

Kelayakan-kelayakan Alternatif merujuk kepada kelayakan yang tidak ditawarkan oleh kebanyakan sekolah aliran utama di Singapura.

Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) direka untuk pelajar dewasa atau syarikat-syarikat yang ingin meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja mereka.

KELAYAKAN-KELAYAKAN

ALTERNATIF***

Sistem Pendidikan Singapura : Sistem pendidikan kita menawarkan banyak pilihan untuk fasa pembelajaran yang selanjutnya bagi anak anda. Laluan pendidikan yang pelbagai bertujuan untuk membantu setiap anak menemukan minat, keupayaan dan, bakat dan membangunkan potensi sepenuhnya.

Gambaran Keseluruhan

POSMENENGAH1-6 tahun

PENDIDIKAN KHAS

PEPERIKSAAN TAMAT SEKOLAH RENDAH (PSLE)

SEKOLAH RENDAH6 Tahun

SEKOLAH KHAS* 3-6 Tahun

NORMAL (TEKNIKAL) [N(T)]

4 Tahun

GCE PERINGKAT ‘N(T)’

ASAS POLITEKNIK 1 Tahun

GCE PERINGKAT ‘N(A)’NORMAL (AKADEMIK)

[N(A)] 4-5 Tahun

MENENGAH 5N(A) 1 Tahun

EKSPRES 4 Tahun

SEKOLAH BIAYAAN SWASTA

4-6 Tahun

GCE PERINGKAT ‘O’

SEKOLAH BEBAS KHAS** 4-6 Tahun

PROGRAM BERSEPADU

4-6 Tahun

SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

KELAYAKAN-KELAYAKAN

ALTERNATIF***

UNIVERSITI

MAKTAB RENDAH/INSTITUT PUSAT

2-3 Tahun

GCE PERINGKAT ‘A’

POLITEKNIK 3 Tahun

INSTITUT PENDIDIKAN

TEKNIKAL 2-3 Tahun

PEKERJAAN

PENDIDIKAN DAN LATIHAN BERTERUSAN (CET)****

PEKERJAAN

Laluan yang Berbeza-Beza

bagi Pekerjaan dan Kehidupan

PERINGKAT MENENGAH

4-5 tahun

PERINGKAT RENDAH

6 tahun

POLYTECHNICFOUNDATION

PROGRAM SKIM KEMASUKANTERUS KE POLITEKNIK

INSTITUSI SENI3-6 Tahun

KELAYAKAN-KELAYAKAN ALTERNATIF***

Sekolah-sekolah Khas menawarkan program-program yang direka khas untuk pelajar yang cenderung ke arah pembelajaran yang bersifat amali dan praktikal. Sekolah-sekolah ini termasuk Sekolah Northlight, Sekolah Assumption Pathway, Sekolah Menengah Crest dan Sekolah Menengah Spectra.

Sekolah Bebas Khas menawarkan pendidikan khas kepada pelajar-pelajar yang mempunyai bakat dan minat yang mendalam dalam bidang-bidang tertentu, seperti Seni, sukan, matematik dan sains, dan pembelajaran gunaan. Sekolah-sekolah ini termasuk Sekolah Seni, Sekolah Sukan Singapura, Sekolah Tinggi NUS Sekolah Matematik dan Sains, dan Sekolah Sains dan Teknologi.

Kelayakan-kelayakan Alternatif merujuk kepada kelayakan yang tidak ditawarkan oleh kebanyakan sekolah aliran utama di Singapura.

Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) direka untuk pelajar dewasa atau syarikat-syarikat yang ingin meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja mereka.

KELAYAKAN-KELAYAKAN

ALTERNATIF***

Page 4: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH03 04

Rangka Kerja untuk Kecekapan Abad ke-21 dan Hasil Pelajar

Nota: Rujuk pada gambaran keseluruhan Sistem Pendidikan Singapura di halaman sebelumnya untuk melihat pelbagai laluan pendidikan yang ditawarkan selepas sekolah menengah.

Nota Kaki:1 Program-program yang terpilih akan beransur-ansur disediakan sebagai Program Bekerja Dan Belajar SkillsFuture, yang merupakan program kerja sambil

belajar, yang direka bentuk untuk memberikan para graduan politeknik dan ITE permulaan awal dalam kerjaya mereka yang berkaitan dengan disiplin pengajian mereka.

2 Graduan Diploma Jurutera Teknikal (TED) dalam Teknologi Jentera dan TED dalam Kejuruteraan Automotif layak untuk memohon kemasukan ke program ijazah sambilan yang berkaitan dengan Ijazah Sarjana Muda Teknologi (B.Tech) di NUS.

3 Kursus modular yang berkaitan boleh diambil kira dalam pencapaian kelayakan penuh di universiti, politeknik dan ITE.

Pembelajaran Yang Disesuaikan Dengan Kebolehan Yang Berbeza-Beza

Tiga kursus ditawarkan di peringkat sekolah menengah.

Bergantung pada pencapaian Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah anak anda, dia akan ditempatkan dalam kursus Ekspres (termasuk Program Bersepadu di beberapa buah sekolah), kursus Normal (Akademik) [N(A)], atau kursus Normal (Teknikal) [N(T)].

Walaupun pada mulanya anak anda ditempatkan dalam kursus tertentu, bagi menyokong rentak dan gaya pembelajarannya dengan lebih baik, dia berpeluang untuk dipindahkah ke kursus lain sesuai dengan kemampuan dan minatnya. Dia juga boleh mengambil subjek tertentu di peringkat akademik yang lebih tinggi.

MEMBANGUNKAN ANAK ANDA DEMI MASA DEPANBerpandukan Rangka Kerja untuk Kecekapan Abad ke-21 dan Hasil Pelajar, sekolah anak anda akan menyediakan pengalaman pembelajaran yang akan membangunkan kesedaran kendiri, sahsiah diri yang kukuh, serta bakat, kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Anak anda akan bertanggungjawab terhadap keluarga, masyarakat dan negara. Anak anda juga akan menghargai keindahan dunia di sekelilingnya, memiliki minda dan tubuh yang sihat, serta mempunyai semangat untuk kehidupan.

Pelajar yang Berarah Kendiri

Warganegara yang Prihatin

Penyumbang y

ang A

ktif

Kem

ahira

n Ko

mun

ikas

i, Ko

labo

rasi

dan I

nform

asi

Literasi Sivik, Kesedaran Global dan Kemahiran Rentas Budaya

Berfikir Secara Kritis dan Inventif

Indi

vidu y

ang Yakin

Kesedaran Kendiri

Pengurusan Kendiri

KesedaranSosial

Membuat KeputusanSecara Bertanggungjawab

Pengurusan Perhubungan

Nilai-nilai Teras

Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE)

Menengah 4N(A)Menengah 4 Ekspres Menengah 4N(T)

Menengah 3N(A)Menengah 3 Ekspres Menengah 3N(T) Sekolah-sekolah Khas

Sijil Kemahiran ITE

Menengah 2N(A)Menengah 2 Ekspres Menengah 2N(T)

Menengah 1N(A)Menengah 1 Ekspres Menengah 1N(T)

Peperiksaan GCEPeringkat 'N(T)'

Skim Kemasukan-Langsung-ITE ke Program Politeknik

ProgramPeningkatanAsas Nitec

Kursus Modular di Universiti, Politeknik

dan ITE3

Diploma Teknikal ITE2 Pakar Nitec ITE1

Ijazah UniversitiKelayakan

Kemahiran Tenaga Kerja

KERJA DAN KEHIDUPAN

Peperiksaan GCE Peringkat ‘A’/ Diploma BaccalaureateAntarabangsa/ Diploma Sekolah Tinggi Universiti Nasional Singapura

Peperiksaan GCEPeringkat 'N(A)'

Menengah 5N(A)

Maktab Rendah

Peperiksaan GCEPeringkat ‘O’

Program AsasPoliteknik

Program Bersepadu(Tahun 5 dan 6)

Pembelajaran Berterusan

Diploma Politeknik1Institut Pendidikan Teknikal (ITE)

Nitec Lanjutan1 /Nitec

Diploma Lanjutan/Diploma Pakar/ Diploma (Pertukaran)1

Kumpulan Berasaskan Subjek (Menengah) [SBB (Sec)] ialah salah satu laluan untuk pelajar-pelajar memupuk kebolehan dan meningkatkan peluang di sepanjang perjalanan pendidikan mereka. SBB (Sec) membolehkan anak anda mengambil subjek-subjek tertentu di peringkat akademik yang lebih tinggi bermula dari Menengah 1 sekiranya mereka didapati sesuai. Jika mereka berada dalam kursus N(A) atau N(T), mereka mungkin berupaya untuk mengambil beberapa subjek di Peringkat Ekspres atau N(A) bagi membolehkan mereka mengembangkan diri dan memperoleh kecekapan yang lebih mendalam dalam bidang kekuatan mereka.

BAGAIMANA SBB (SEC) DILAKSANAKAN?Pelajar N(A) dan N(T) layak untuk mengambil beberapa subjek (Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Ibunda) di peringkat akademik yang lebih tinggi bermula dari Menengah 1 sekiranya kelakonan mereka baik bagi subjek-subjek tersebut dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE):

• Pelajar N(A) dan N(T) yang mendapat gred A* atau A dalam subjek Standard PSLE boleh mengambil subjek tersebut di Peringkat Ekspres; dan

• Pelajar N(T) yang mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam subjek Standard PSLE atau ‘1’ dalam subjek Asas PSLE boleh mengambil subjek tersebut di Peringkat N(A).

Selain permulaan Menengah 1, pelajar-pelajar N(A) dan N(T) lain yang cemerlang dalam peperiksaan berasaskan sekolah boleh dipertimbangkan untuk mengambil subjek di peringkat akademik yang lebih tinggi sekiranya didapati sesuai oleh sekolah-sekolah mereka.

Sekolah menengah akan menyediakan maklumat lanjut dan surat tawaran kepada pelajar-pelajar yang layak untuk mempelawa mereka memohon subjek-subjek di peringkat akademik yang lebih tinggi apabila mereka berdaftar ke sekolah menengah mereka pada penghujung bulan Disember.

• INDIVIDU YANG YAKIN yang berupaya membezakan antara yang betul dengan yang salah, boleh menyesuaikan diri dan berdaya tahan, mengenali dirinya, arif membuat keputusan yang wajar, berfikir secara kendiri dan kritis, serta berkomunikasi dengan berkesan.

• PELAJAR YANG BERARAH KENDIRI yang bertanggungjawab akan pembelajaran

dirinya, mengajukan soalan, melakukan refleksi dan tabah mendukung semangat untuk belajar.

• WARGANEGARA YANG PRIHATIN yang berakar pada Singapura, memiliki rasa kesedaran sivik yang utuh, berpengetahuan dan memainkan peranan yang aktif dalam memperbaik kehidupan orang-orang di sekelilingnya.

• PENYUMBANG YANG AKTIF yang mampu bekerja secara berkesan dalam

pasukan, menggunakan inisiatif, mengambil risiko yang telah dipertimbangkan, inovatif dan berusaha mencapai kecemerlangan.

Page 5: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH05 06

KEGIATAN KO-KURIKULAR

Kokurikulum (CCA) merupakan bahagian penting pendidikan holistik anak anda. Melalui CCA, anak anda akan menemui minat dan semangat yang lebih di samping membangunkan nilai dan kecekapan. Ini akan mempersiapkan mereka menghadapi cabaran dunia yang berubah-ubah secara pesat.

CCA juga menggalakkan persahabatan antara pelajar daripada pelbagai latar belakang sambil mereka belajar, bermain dan menjadi dewasa bersama-sama.

Penyertaan dalam CCA menggalakkan integrasi sosial dan memperdalam rasa kekitaan, komitmen dan rasa tanggungjawab anak anda terhadap sekolah, masyarakat dan negara.

Anak anda boleh memilih daripada pelbagai CCA yang menarik, termasuk kumpulan beruniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan, serta seni visual dan persembahan.

Memaksimumkan Potensi Anak AndaTerdapat banyak sekolah menengah yang berbeza-beza untuk dipilih, setiap satu menawarkan pelbagai program bagi membangunkan minat dan bakat pelajar-pelajar kita yang berlainan. Kami percaya akan penyediaan pilihan pelbagai agar setiap anak mempunyai peluang untuk mengembangkan set kemahiran teras dan holistik mereka.

Semasa memilih sesebuah sekolah, kami menggalakkan anda untuk menimbangkan kekuatan setiap sekolah dan meletakkan anak anda dalam persekitaran yang terbaik, yang boleh meluaskan pengetahuannya, merangsang anak anda menjadi pelajar yang terlibat dan sentiasa membangunkan dirinya.

PEMBELAJARAN GUNAAN

Sekolah-sekolah kita menyediakan pelajar dengan pengalaman pembelajaran amali dan autentik. Melalui cara ini, pengetahuan boleh diguna pakai dalam konteks dunia sebenar. Kecekapan Abad ke-21 dan nilai juga boleh dibangunkan,

• Pendekatan Pembelajaran Gunaan disepadukan dengan pelbagai subjek melalui aktiviti-aktiviti seperti lawatan pembelajaran dan projek.

• Modul Elektif Lanjutan (AEM) dan Modul Elektif (EM) ialah kursus-kursus pendek yang masing-masing dijalankan oleh politeknik-politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE). Modul-modul ini meluaskan pembelajaran pelajar-pelajar kita terhadap subjek-subjek dan mendedahkan laluan pendidikan dan kerjaya dalam Sains Gunaan dan Kesihatan, Rekaan dan Media, Perniagaan dan Keusahawanan, Kejuruteraan dan Teknologi Info-Komunikasi kepada mereka. AEM ditawarkan kepada pelajar-pelajar Ekspres dan Normal (Akademik), manakala EM ditawarkan kepada pelajar-pelajar Normal (Teknikal) dan Normal (Akademik).

• Subjek-subjek Gunaan meluaskan pengalaman pendidikan pelajar-pelajar di sekolah menengah dan meluaskan pelbagai pilihan pendidikan posmenengah mereka. Subjek-subjek Gunaan ini menyediakan pelajar-pelajar yang mempunyai minat dan kebolehan dalam bidang pembelajaran gunaan tertentu. Sebahagian sekolah menawarkan Subjek Gunaan MOE sebagai subjek di Peringkat O dan Subjek Gunaan MOE-ITE sebagai subjek Peringkat N(T). Bagi senarai Subjek Gunaan dan sekolah-sekolah yang menawarkannya, sila lawati pautan sesawang yang berkaitan (di bahagian kanan halaman ini).

PROGRAM PEMBELAJARAN GUNAAN (ALP) DAN PROGRAM PEMBELAJARAN UNTUK KEHIDUPAN (LLP)

ALP direka untuk memberikan peluang kepada pelajar-pelajar untuk menemui kebolehan dan minat mereka, membina kekuatan dan membuat keputusan termaklum mengenai pendidikan dan laluan kerjaya mereka. ALP dilengkapi dengan LLP di mana pelajar-pelajar membangunkan kemahiran-kemahiran dan sifat-sifat yang membolehkan mereka menyumbang pada kebaikan masyarakat sebagai warganegara yang mempunyai tanggungjawab sosial.

• Semua sekolah menengah menawarkan satu ALP dan satu LLP manakala Sekolah-sekolah Berautonomi, Bebas dan Khusus menawarkan program-program distingtif yang diinisiatifkan di peringkat sekolah.

• Bila mana sesuai, sekolah-sekolah menengah mungkin menawarkan kemasukan secara langsung kepada murid-murid sekolah rendah yang mempunyai bakat dan pencapaian yang luar biasa dan/atau berpotensi dalam bidang yang berkaitan dengan program-program distingtif sekolah.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pembelajaran Gunaan, sila lawati: www.moe.gov.sg/education/secondary/applied-learning

Page 6: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH07 08

PENGAMBILAN MASUK KE SEKOLAH SECARA LANGSUNG-MENENGAH (DSA-SEC)DSA-Sec membolehkan pelajar diterima masuk ke sekolah menengah berdasarkan pelbagai jenis bakat dan pencapaian yang mungkin tidak ditunjukkan melalui PSLE.

Di bawah urusan ini, sekolah-sekolah yang mengambil bahagian boleh memilih beberapa pelajar Darjah 6 untuk kemasukan ke Menengah 1 sebelum keputusan PSLE diumumkan, berdasarkan bakat dan pencapaian tertentu mereka dalam bidang akademik dan/atau bukan akademik. Setelah diterima masuk, sekolah tersebut akan membangunkan bakat pelajar-pelajar dengan lebih lanjut melalui program-program dalam bidang-bidang tertentu itu.

PELAJAR DENGAN KEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS SEDERHANAPeruntukan tambahan telah dibuat di sekolah-sekolah bagi menyokong kemasukan pelajar yang mempunyai keperluan pendidikan khas ringan yang boleh mengakses kurikulum arus utama, seperti pelajar-pelajar yang mempunyai Disleksia, Masalah Hiperaktif dan Kurang Tumpuan, Autisme ringan, serta pelajar-pelajar yang mengalami gangguan fizikal dan deria.

Setiap sekolah menengah mempunyai kumpulan guru teras yang dilatih untuk menyokong pelajar-pelajar

Memenuhi Minat dan Pembangunan Holistik

PROGRAM-PROGRAM BAHASA, SENI DAN MUZIK MOE

Sekolah-sekolah kita mengiktiraf bahawa setiap anak itu unik, dan mempunyai minat, keupayaan dan bakat yang berbeza-beza. Para pelajar yang amat meminati bahasa, seni dan muzik boleh memilih daripada pelbagai program elektif yang memberi tumpuan pada bidang yang mereka minati secara khusus. Sekolah-sekolah kita juga menyediakan pelbagai jenis sukan. Para pelajar boleh memilih program pembangunan sukan yang berkualiti bagi sukan pilihan mereka. Maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan oleh pihak sekolah boleh ditemui di lelaman sesawang Perkhidmatan Maklumat Sekolah di http://sis.moe.gov.sg/.

KATEGORI PROGRAM KRITERIA DI MANA KELAS DIADAKAN

PROGRAM-PROGRAM BAHASA

Bahasa-bahasa Ibunda Lanjutan (HMTL)

10% Pelajar Terbaik PSLE

ATAU

Band 11% hingga 30% terbaik yang memenuhi kriteria bahasa, iaitu gred A* bagi MTL tersebut atau sekurang-kurangnya Merit bagi HMTL tersebut

Sekolah-sekolah terpilih (setiap tahun sekolah-sekolah akan memutuskan sama ada ingin menawarkan mana-mana satu, dua atau kesemua HMTL)

Nota: Bahasa Melayu Lanjutan juga ditawarkan di Pusat Bahasa MOE (Bishan) sementara Bahasa Tamil Lanjutan ditawarkan di Pusat Bahasa Tamil Umar Pulavar

Program Elektif Bahasa Melayu untuk Sekolah Menengah (EMAS)

Pelajar yang layak untuk Bahasa Melayu Lanjutan

Sekolah Menengah Anderson Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang Sekolah Menengah Tanjong Katong

Bahasa Ketiga• Bahasa Cina

(Program Khas) [CSP]

• Bahasa Melayu (Program Khas) [MSP]

• Bahasa Indonesia

• Bahasa Arab• Bahasa Perancis• Bahasa Jerman• Bahasa Jepun• Bahasa

Sepanyol

CSP dan MSP:• Kursus Ekspres dan Normal

(Akademik)• Belum pernah mengambil Bahasa

Cina Lanjutan/ Bahasa Cina (untuk CSP) dan Bahasa Melayu Lanjutan/ Bahasa Melayu (untuk MSP) di peringkat PSLE

Bahasa Indonesia dan Bahasa Arab:• Kursus Ekspres dan Normal

(Akademik)• Belum pernah mengambil Bahasa

Melayu Lanjutan/ Bahasa Melayu (untuk Bahasa Indonesia) di peringkat PSLE

• Pelajar/ Ibu bapa ialah Warganegara Singapura atau Penduduk Tetap Singapura

CSP dan MSP:Di pusat-pusat CSP dan MSP yang berkenaan

Bahasa Indonesia dan Bahasa Arab:Pusat Bahasa MOE (Bishan)

Program Bahasa Asing (Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Sepanyol):• 10% pelajar terbaik PSLE• Pelajar/ Ibu bapa ialah

Warganegara Singapura atau Penduduk Tetap Singapura

• Lulus Bahasa Cina Lanjutan/ Bahasa Cina di PSLE (untuk Bahasa Jepun)

Program Bahasa Asing:Pusat Bahasa MOE (Bishan) menawarkan Bahasa Perancis, Bahasa Jerman dan Bahasa Jepun

Pusat Bahasa MOE (Newton) juga menawarkan Bahasa Sepanyol, Bahasa Perancis dan Bahasa Jepun

yang mempunyai Keperluan Pendidikan Khas (SEN) ringan. Sebahagian sekolah menengah disumberkan dengan Pendidik Bersekutu (Sokongan Pembelajaran dan Tingkah Laku), yang mempunyai kepakaran mendalam bagi menyokong pelajar-pelajar yang mempunyai SEN. Mereka bekerja rapat dengan guru-guru bagi menyediakan sokongan yang diperlukan untuk mengadakan pengalaman sekolah yang positif.

Sekolah-sekolah menengah arus utama kita menyediakan sokongan kepada pelajar-pelajar yang mengalami gangguan deria dan/atau fizikal dalam bidang berikut:

• Peruntukan peranti bantuan pembelajaran• Perkhidmatan pendidikan khusus berasaskan

sekolah bergerak yang dikendalikan oleh VWO• Penempatan guru sumber di sekolah-sekolah

menengah yang ditetapkan untuk pelajar yang hilang pendengaran dan/atau mengalami gangguan penglihatan

• Kemudahan lengkap kelainan upaya bagi akses tanpa halangan untuk pelajar-pelajar yang mengalami gangguan fizikal.

Bagi senarai sekolah menengah yang disumberkan untuk menyokong pelajar-pelajar yang mempunyai SEN ringan dan kelainan upaya fizikal/ gangguan deria, sila rujuk laman sesawang MOE di www.moe.gov.sg/education/programmes/support-for-children-special-needs.

Page 7: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH09 10

PROGRAM-PROGRAM BAHASA Dasar dwibahasa merupakan asas sistem pendidikan Singapura. Sekolah-sekolah kita melengkapi pelajar-pelajar dengan kecekapan bahasa dan budaya dari awal bagi membantu mereka membangunkan pandangan yang lebih luas dan membolehkan mereka merebut peluang dalam persekitaran serantau dan global.

Setiap pelajar dikehendaki untuk mempelajari Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda (MTL) di bawah dasar dwibahasa kita. Bagi menggalakkan pelajar mempelajari MTL selama dan setinggi yang mereka mampu, sekolah menawarkan program-program yang berbeza-beza bagi menangani keperluan pelajar yang pelbagai.

BAHASA IBUNDA LANJUTAN (HMTL)Anak anda boleh memilih untuk mempelajari HMTL jika dia mengambil Bahasa Cina/ Melayu/ Tamil atau Bahasa Cina/ Melayu/ Tamil Lanjutan di peringkat PSLE dan

• Tergolong dalam 10% pelajar terbaik PSLE; atau

• Tergolong dalam band 11% hingga 30% terbaik dan memenuhi kriteria Bahasa (iaitu gred A* dalam MTL atau sekurang-kurangnya Merit dalam HMTL).

Sekolah-sekolah juga diberi kelonggaran untuk membenarkan pelajar yang tidak memenuhi kriteria yang tertera untuk mengambil HMTL bergantung kepada kes tertentu, sekiranya mereka dinilai mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam MTL dan berupaya mengikuti HMTL tanpa menjejas prestasi mereka dalam mata pelajaran lain.

Pelajar yang berminat boleh memohon untuk mengambil HMTL apabila mereka melaporkan diri ke sekolah menengah pada akhir Disember. Anak anda akan menghadiri kelas di sekolah menengah jika kursus itu ditawarkan di sekolahnya. Jika tidak, anak anda akan menghadiri pelajaran HMTL di sekolah menengah yang telah ditentukan sebagai Pusat Bahasa Melayu Lanjutan (HML) dan Pusat Bahasa Tamil Lanjutan (HTL) di luar waktu kurikulum sekolah.

Kelas-kelas HML dan HTL juga ditawarkan di Pusat Bahasa MOE (Bishan) dan Pusat Bahasa Tamil Umar Pulavar.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang HMTL, sila rujuk pada lelaman web MOE di www.moe.gov.sg/education/secondary/language-programmes/.

KATEGORI PROGRAM KRITERIA DI MANA KELAS DIADAKAN

Program Pengajian Dwibudaya (Cina)[BSP(C)]

Pelajar yang layak untuk Bahasa Cina Lanjutan

Institusi Hwa Chong Sekolah Tinggi Dunman Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang Sekolah Tinggi River ValleySekolah Tinggi KatolikSekolah Perempuan St Nicholas CHIJSekolah Perempuan Cina Singapura

Program Pengajian Serantau (RSP)

• Mesti menawarkan MSP atau Bahasa Indonesia (BI)sebagai L3• Mesti merupakan seorang pelajar di salah sebuah pusat RSP

Sekolah Anglo-Chinese (Bebas) Institusi Raffles Sekolah Perempuan Raffles (Menengah) Sekolah Victoria Sekolah Menengah Perempuan Cedar

Bahasa Ibunda ‘B’ (MTLB)

Memperoleh Gred C atau kurang bagi MTL di peringkat PSLE

Sekolah- sekolah yang menawarkan kursus MTLBPusat-pusat MTLB

PROGRAM ELEKTIF SENI LUKIS DAN MUZIK

Program Elektif Seni Lukis (AEP)

Layak untuk Kursus Ekspres dan lulus Ujian Pemilihan AEP dalaman yang ditetapkan oleh pihak sekolah

Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang Sekolah Menengah CHIJ (Toa Payoh) Institusi Hwa Chong Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang Maktab Rendah Kebangsaan^

Sekolah Victoria Sekolah Menengah Zhonghua

Program Elektif Muzik (MEP)

Layak untuk Kursus Ekspres

DAN

Lulus Gred Tiga Praktikal dan Teori atau Praktikal dalam bidang Muzik daripada Associated Board of Royal Schools of Music (ABRSM) atau lembaga peperiksaan lain yang setara dengannya.

ATAU, sekiranya tiada kelayakan, lulus dalam ujian pemilihan bertulis dan uji bakat praktikal menggunakan alat muzik, yang dikendalikan oleh MEP sekolah

Sekolah Anglo-Chinese (Bebas)^

Sekolah Tinggi Katolik Sekolah Perempuan CHIJ St Nicholas Sekolah Perempuan Crescent Sekolah Tinggi Dunman^

Sekolah Perempuan Methodist (Menengah) Sekolah Perempuan Raffles (Menengah) Institusi Raffles Sekolah Perempuan Tanjong Katong Maktab Rendah Temasek

PROGRAM SENI DAN MUZIK DIPERTINGKATKAN

Program Seni Dipertingkatkan (EAP)

Layak untuk Seni GCE Peringkat 'O' di peringkat menengah atasan dan apa-apa kriteria lain yang ditetapkan oleh pihak sekolah

CHIJ Katong Convent Sekolah Menengah Jurong West*Sekolah Menengah Meridien*Sekolah Tinggi Nan Chiau Sekolah Menengah Naval Base*Sekolah Menengah New Town*Sekolah Menengah Ngee Ann Sekolah Menengah Orchid Park* Sekolah Menengah St Andrew’s

Program Muzik Dipertingkatkan (EMP)

Layak untuk Muzik GCE Peringkat 'O' di peringkat menengah atasan dan apa-apa kriteria lain yang ditetapkan oleh pihak sekolah

Sekolah Menengah Ahmad IbrahimSekolah Tinggi Chung Cheng (Utama) Sekolah Menengah St Margaret'sSekolah Menengah Yuhua*

^ Sejak tahun 2016, pelajar-pelajar di sekolah bukan AEP/MEP boleh menawarkan program-program tersebut di pusat-pusat ini: Maktab Rendah Kebangsaan [AEP]; Sekolah Anglo-Cina (Bebas) [MEP]; dan Sekolah Tinggi Dunman [MEP].

Page 8: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH11 12

PROGRAM ELEKTIF BAHASA MELAYU BAGI SEKOLAH MENENGAH (EMAS)Sekiranya anak anda mempunyai kebolehan dalam Bahasa Melayu, EMAS boleh membantu-nya mencapai tahap kemahiran yang lebih tinggi. Dia bakal mendalami pemahaman serta penghayatannya terhadap bahasa, sejarah dan budaya Melayu.

Empat program ini ditawarkan di Sekolah Menengah Anderson, Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang, dan Sekolah Menengah Tanjong Katong sebagai program tukikan. Para pelajar yang mengambil Bahasa Melayu Lanjutan di sekolah-sekolah tersebut akan ditawarkan program ini.

PROGRAM ELEKTIF NASIONAL BAHASA TAMIL (NETP)Program ini ditawarkan kepada semua pelajar Menengah 1 yang mempunyai kebolehan dalam bahasa dan budaya Tamil. NETP boleh membantu anak anda mencapai tahap kemahiran yang lebih tinggi. Dia bakal mendalami pemahaman dan penghayatan dalam bahasa, sastera dan budaya Tamil. Program ini ditawarkan di Pusat Bahasa Tamil Umar Pulavar.

BAHASA KETIGAAnak anda juga boleh memilih untuk mempelajari bahasa ketiga daripada senarai lapan bahasa yang ditawarkan, iaitu Bahasa Cina (Program Khas), Bahasa Melayu (Program Khas), Bahasa Indonesia, Bahasa Arab, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun dan Bahasa Sepanyol.

BAHASA CINA (PROGRAM KHAS) / BAHASA MELAYU (PROGRAM KHAS)

Bahasa Cina (Program Khas) [CSP] ditawarkan kepada semua pelajar Menengah 1 Kursus Ekspres dan Normal (Akademik) selagi mereka mempunyai minat dan kecenderungan dan tidak menawarkan Bahasa Cina Lanjutan atau Bahasa Cina sebagai Bahasa Ibunda mereka di peringkat PSLE.

Bahasa Melayu (Program Khas) [MSP] juga ditawarkan kepada semua pelajar Menengah 1 Kursus Ekspres dan Normal (Akademik) selagi mereka mempunyai minat dan kecenderungan dan tidak menawarkan Bahasa Melayu Lanjutan atau Bahasa Melayu di peringkat PSLE.

Para pelajar akan ditawarkan CSP/ MSP sebagai bahasa ketiga di samping Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda mereka.

Para pelajar yang ditawarkan program ini akan mengikuti pelajaran dua kali seminggu, dua jam setiap sesi di luar waktu kurikulum sekolah, sama ada di sekolah menengah mereka sendiri jika sekolah tersebut menawarkannya atau di pusat CSP/ MSP yang terdekat.*

Anak anda boleh membuat permohonan dalam talian untuk program ini sejurus selepas mendapatkan keputusan PSLE. Jika bilangan pemohon melebihi bilangan tempat kosong yang terdapat di pusat-pusat CSP/ MSP tersebut, pemohon akan dipilih berdasarkan keputusan PSLE mereka.

* Selain M(SP) di Pusat Bahasa MOE (Bishan), di mana pembelajaran dijalankan sekali seminggu selama tiga jam dan lima belas minit.

PROGRAM-PROGRAM BAHASA ASING

Anak anda boleh ditawarkan Bahasa Asing (Bahasa Perancis/ Jerman/ Jepun) jika keputusan PSLEnya adalah antara 10% terbaik.

Anak anda, anda atau pasangan anda mesti-lah Warganegara Singapura atau Penduduk Tetap Singapura.

Program Bahasa Asing ialah kursus selama enam tahun yang boleh berakhir di peringkat Menengah 4, JC1 dan JC2. Pelajar akan masing-masing menduduki peperiksaan Peringkat-O, H1 dan H2. Pembelajaran dijalankan di luar waktu kurikulum sekolah di Pusat Bahasa MOE yang terletak di Bishan atau Newton.

Untuk layak memohon untuk mempelajari Bahasa Jepun, anak anda dikehendaki lulus Bahasa Cina Lanjutan atau Bahasa Cina di peringkat PSLE kerana bentuk tulisan standard bahasa Jepun menggunakan Kanji (tulisan Cina).

Sekiranya bilangan pemohonan melebihi bilangan tempat kosong yang terdapat, pemohon akan dipilih berdasarkan keputusan PSLE.

BAHASA INDONESIA DAN BAHASA ARAB

Anak anda boleh ditawarkan salah satu daripada bahasa-bahasa ini jika dia daripada Kursus Ekspres dan Normal (Akademik).

Bagi Bahasa Indonesia, dia mestilah tidak pernah ditawarkan Bahasa Melayu Lanjutan atau Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ibunda di peringkat PSLE. Pelajar atau salah seorang daripada ibu bapanya juga mestilah Warganegara Singapura atau Penduduk Tetap Singapura.

Bahasa Indonesia dan Bahasa Arab merupakan kursus empat tahun yang membawa kepada Peperiksaan Peringkat GCE ‘O’. Kelas dijalankan di luar waktu kurikulum sekolah di Pusat Bahasa MOE di Bishan. Bahasa Indonesia juga ditawarkan di Sekolah Victoria sebagai sebahagian daripada Program Pengajian Serantau (RSP) mereka.

Page 9: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH13 14

PROGRAM PENGAJIAN DWIBUDAYA (CINA)Anak anda boleh mengambil Program Pengajian Dwibudaya (Cina) [BSP(C)] jika dia mempunyai minat dalam China kontemporari dan budayanya.

Program empat tahun ini ditawarkan di tujuh sekolah bermula dari Menegah 3, di Institusi Hwa Chong, Sekolah Tinggi Dunman, Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang, Sekolah Tinggi River Valley, Sekolah Tinggi Katolik, Sekolah Perempuan CHIJ St Nicholas dan Sekolah Perempuan Cina Singapura.

Anak anda akan berpeluang menimba pengalaman penyerapan di negara China sehingga enam bulan dan di sebuah negara Barat sehingga dua minggu.

Para pelajar yang berjaya didaftarkan ke dalam program ini akan dipertimbangkan untuk Biasiswa Pelan Bantuan Khas (SAP) bagi BSP(C).

PROGRAM PENGAJIAN SERANTAU (RSP)Program Pengajian Serantau (RSP) tertumpu pada budaya dan masyarakat kontemporari di rantau Asia Tenggara.

Sekolah-sekolah menengah yang menawarkan program tersebut ialah Sekolah Anglo-Chinese (Bebas), Institusi Raffles, Sekolah Perempuan Raffles (Menengah), Sekolah Victoria dan Sekolah Menengah Perempuan Cedar.

Para pelajar yang berjaya didaftarkan ke dalam RSP akan dipertimbangkan untuk Biasiswa RSP.

BAHASA IBUNDA ‘B’Anak anda boleh mengambil Bahasa Ibunda ‘B’ (MTL ‘B’) sekiranya anak anda mendapat Gred C atau kurang bagi MTL di PSLE.

Sekolah juga mempunyai kebebasan untuk menawarkan MTL ‘B’ kepada pelajar-pelajar walaupun mereka tidak memenuhi kriteria kelayakan di atas

Para pelajar yang ditawarkan MTL ‘B’ akan menghadiri kelas di sekolah menengah mereka jika MTL ‘B’ ditawarkan di sekolah tersebut. Jika tidak, para pelajar perlu menghadiri kelas MTL ‘B’ di Pusat Bahasa MOE di luar waktu kurikulum sekolah.

Ketahui kriteria bagi setiap program dengan lebih lanjut dan dapatkan borang permohonan daripada sekolah-sekolah menengah yang berkenaan selepas keputusan PSLE anak anda diumumkan.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai program-program yang tertera, sila rujuk ke lelaman web MOE di www.moe.gov.sg/education/secondary/languageprogrammes/.

PROGRAM-PROGRAM ELEKTIF SENI LUKIS DAN MUZIKMOE juga menawarkan program-program elektif dalam bidang Seni Lukis dan Muzik.

PROGRAM ELEKTIF SENI LUKIS (AEP)Kanak-kanak yang mempunyai kecenderungan artistik boleh mempertimbangkan Program Elektif Seni Lukis (AEP), kursus empat tahun yang membawa kepada Peperiksaan Seni Lukis Lanjutan di Peringkat GCE ‘O’. Kurikulum seni lukis yang telah diperkaya dalam AEP meliputi pengajian sejarah dan teori dalam Seni Lukis, menekankan proses-proses kreatif dan mendedahkan para pelajar kepada pelbagai jenis media dan bentuk-bentuk seni.

Para pelajar AEP akan mengambil Seni bagi menggantikan Reka Bentuk & Teknologi dan Pendidikan Makanan dan Pengguna di peringkat menengah rendah. Mereka dikehendaki melengkapkan program empat tahun ini, dan selanjutnya, akan ditawarkan Seni Lukis Lanjutan sebagai subjek peperiksaan Peringkat O.

AEP ditawarkan di sekolah-sekolah berikut:• Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang• Sekolah Menengah CHIJ (Toa Payoh)

• Institusi Hwa Chong• Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang• Maktab Rendah Kebangsaan• Sekolah Victoria• Sekolah Menengah Zhonghua

Para pelajar AEP di sekolah-sekolah Program Bersepadu – Institusi Hwa Chong, Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang dan Maktab Rendah Kebangsaan – akan mengambil peperiksaan Seni Lukis Lanjutan berasaskan sekolah pada tahun keempat dan mempunyai pilihan untuk meneruskan dengan AEP selama dua tahun lagi dalam Tahun 5 dan 6. Setelah berjaya melengkapkan AEP selama enam tahun, mereka akan ditawarkan Seni Lukis H2 dan H3 sebagai subjek Peringkat A.

Murid-murid Darjah 6 yang diterima masuk ke Sekolah-sekolah Bebas yang menawarkan AEP layak untuk menerima subsidi yuran AEP. Mereka akan ditawarkan subsidi ini jika mereka berjaya diterima dan mendaftarkan diri dalam AEP di sebuah Sekolah Bebas di Menengah 1 dan tidak menerima sebarang subsidi yuran lain.

PUSAT AEPMaktab Rendah Kebangsaan (NJC) beroperasi sebagai Pusat AEP untuk pelajar-pelajar sekolah menengah yang mempunyai minat yang mendalam dan bakat untuk seni yang belajar di sekolah-sekolah yang tidak menawarkan AEP.

Pelajar-pelajar akan berulang-alik ke NJC untuk kelas mingguan sepanjang empat tahun AEP peringkat menengah. Pelajar-pelajar ini akan menikmati kurikulum AEP khusus dan rapi yang sama dalam amalan, sejarah dan teori seni.

Page 10: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH15 16Para pelajar Menengah 1 aliran Ekspres yang berminat dalam seni boleh memohon untuk menjadi seorang pelajar AEP luar di NJC dengan mengemukakan permohonan mereka melalui sekolah menengah mereka pada bulan Januari. Pemohon akan menduduki ujian pemilihan yang terdiri daripada latihan melukis dan kreativiti. Mereka yang disenaraipendekkan akan diundang untuk temu duga portfolio. Butiran permohonan akan disiarkan di laman web AEP Kementerian menjelang akhir November. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai AEP, sila rujuk ke lelaman web MOE di www.moe.gov.sg/education/secondary/other/art-elective-programme/.

PROGRAM ELEKTIF MUZIK (MEP)Kanak-kanak yang cenderung dalam bidang muzik boleh mempertimbangkan Program Elektif Muzik (MEP), yang merupakan kursus empat tahun dan menduduki Peperiksaan Muzik Lanjutan di peringkat GCE ‘O’.

Program ini membolehkan para pelajar membangunkan kemahiran konseptual dan kreatif mereka menerusi sesi amali dan pembelajaran teori muzik.

Pelajar-pelajar MEP akan mengambil Muzik bagi menggantikan Reka Bentuk & Teknologi dan Pendidikan Makanan dan Pengguna di peringkat menengah rendah. Mereka dikehendaki untuk menduduki program empat tahun ini, dan selanjutnya, akan ditawarkan Muzik Lanjutan sebagai subjek peperiksaan di Peringkat O.

MEP ditawarkan di sekolah-sekolah berikut:• Sekolah Anglo-Chinese (Bebas)• Sekolah Tinggi Katolik• Sekolah Perempuan CHIJ St Nicholas• Sekolah Perempuan Crescent• Sekolah Tinggi Dunman• Sekolah Perempuan Methodist (Menengah)• Sekolah Perempuan Raffles (Menengah)• Institusi Raffles• Sekolah Perempuan Tanjong Katong• Maktab Rendah Temasek

Pelajar-pelajar Program Bersepadu (IP) yang berdaftar di Sekolah Anglo-Chinese (Bebas), Sekolah Tinggi Katolik, Sekolah Perempuan St Nicholas CHIJ dan Sekolah

disenaraipendekkan akan diundang untuk uji bakat dan temu duga. Butiran permohonan akan disiarkan di laman web MEP Kementerian pad akhir November.

Untuk maklumat lanjut mengenai MEP, sila rujuk ke lelaman web MOE di www.moe.gov.sg/education/secondary/other/music-elective-programme/.

PROGRAM SENI DIPERTINGKAT (EAP)Program Seni Dipertingkatkan (EAP) merupakan satu lagi program Seni yang boleh dipertimbangkan oleh pelajar-pelajar yang mempunyai kecenderungan dalam bidang seni. EAP ialah program menengah atasan yang mambawa ke peperiksaan Seni atau Seni Tinggi di Peringkat O. Program EAP mendedahkan pelajar-pelajar pada pelbagai media seni, proses dan amalan kreatif di industri-industri kreatif. Pelajar-pelajar juga akan mendapat peluang untuk mendalami pemahaman dan kemahiran mereka dalam media pilihan.Sekolah yang menawarkan EAP ialah:• CHIJ Katong Convent• Sekolah Menengah Jurong West*• Sekolah Menengah Meridian*• Sekolah Tinggi Nan Chiau• Sekolah Menengah Naval Base*• Sekolah Menengah New Town*• Sekolah Menengah Ngee Ann• Sekolah Menengah Orchid Park*• Sekolah Menengah St Andrew’s

Memandangkan EAP hanya ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang didaftarkan di sekolah-sekolah ini, para pelajar yang berminat untuk menyertai program ini dinasihati supaya menyertakan sekolah-sekolah ini ke dalam enam pilihan mereka sewaktu memilih sekolah menengah. Untuk berdaftar ke dalam program ini, pelajar-pelajar hendaklah layak untuk Seni Peringkat GCE O di peringkat menengah atasan dan memenuhi sebarang keperluan kemasukan yang ditetapkan oleh sekolah berkenaan.Untuk maklumat lanjut mengenai EAP, sila rujuk ke lelaman web MOE di www.moe.gov.sg/education/secondary/other/enhanced- art- programme/.

PROGRAM MUZIK DIPERTINGKATKAN (EMP)Program Muzik Dipertingkatkan (EMP) ialah satu lagi program Muzik yang diperkaya yang boleh dipertimbangkan oleh pelajar-pelajar yang mempunyai kecenderungan dalam bidang muzik. EMP ialah program menengah atasan yang mambawa ke peperiksaan Muzik atau Muzik Tinggi di Peringkat O. Program EMP membangunkan pemahaman pelajar dalam pelbagai tradisi, teori dan amalan muzik di industri-industri kreatif. Pelajar-pelajar juga akan mendapat peluang untuk mendalami pemahaman dan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang pengajian muzik.Sekolah yang menawarkan EMP ialah:• Sekolah Menengah Ahmad Ibrahim*• Sekolah Tinggi Chung Cheng (Utama)• Sekolah Menengah St Margaret’s• Sekolah Menengah Yuhua*

Memandangkan EMP hanya ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang didaftarkan di sekolah-sekolah ini, para pelajar yang berminat untuk menyertai program ini dinasihati supaya menyertakan sekolah-sekolah ini ke dalam enam pilihan mereka sewaktu memilih sekolah menengah. Untuk berdaftar ke dalam program ini, pelajar-pelajar hendaklah layak untuk Muzik Peringkat GCE O di peringkat menengah atasan dan memenuhi sebarang keperluan kemasukan yang ditetapkan oleh sekolah berkenaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai EMP, sila rujuk ke lelaman web MOE di www.moe.gov.sg/education/secondary/other/enhanced-music-programme/.

Perempuan Methodist (Menengah) akan perlu menduduki peperiksaan Muzik Lanjutan O-Level.Pelajar-pelajar IP di Sekolah Tinggi Dunman akan mempunyai pilihan untuk menduduki peperiksaan Muzik Lanjutan Peringkat O pada tahun keempat atau meneruskan MEP dua tahun pada Tahun 5 dan 6.

Pelajar-pelajar MEP di sekolah-sekolah IP– Sekolah Perempuan Raffles (Menegah), Institusi Raffles, Maktab Rendah Temasek – akan mengambil peperiksaan Muzik Lanjutan berasaskan sekolah pada tahun keempat dan mempunyai pilihan untuk meneruskan dengan MEP dua tahun dalam Tahun 5 dan 6.

Setelah tamat enam tahun MEP, pelajar-pelajar di Sekolah Anglo-Chinese (Bebas) [ACS(I)] akan ditawarkan Program Diploma Muzik Baccalaureate Antarabangsa (IB) di Peringkat Lanjutan, dan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah IP lain akan ditawarkan Muzik di peringkat H2 dan H3 sebagai subjek peperiksaan Peringkat A.

Murid-murid Darjah 6 yang diterima masuk ke Sekolah-sekolahBebas yang menawarkan MEP layak untuk menerima subsidi yuran MEP. Mereka akan ditawarkan subsidi ini jika mereka berjaya diterima dan mendaftarkan diri dalam MEP di sebuah Sekolah Bebas di Menengah 1 dan tidak menerima sebarang subsidi yuran lain.

PUSAT MEPKedua-dua ACS(I) dan Sekolah Tinggi Dunman (DHS) beroperasi sebagai pusat MEP untuk pelajar-pelajar sekolah menengah yang mempunyai minat yang mendalam dan bakat untuk muzik yang belajar di sekolah-sekolah yang tidak menawarkan MEP.

Pelajar akan berulang-alik ke salah sebuah pusat MEP tersebut untuk kelas mingguan sepanjang empat tahun MEP peringkat menengah. Pelajar-pelajar ini akan menikmati kurikulum MEP khusus dan rapi yang sama dalam amalan, sejarah dan teori muzik.

Para pelajar Menengah 1 aliran Ekspres yang berminat dalam muzik boleh memohon untuk menjadi seorang pelajar MEP luar sama ada di ACS (I) atau DHS dengan mengemukakan permohonan mereka melalui sekolah menengah mereka sendiri pada bulan Januari. Pusat-pusat ini akan menerima pelajar-pelajar daripada kedua-dua jantina. Pemohon akan menduduki ujian pemilihan yang terdiri daripada latihan teori dan persepsi muzik. Mereka yang

Page 11: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH17 18

* Sekolah-sekolah dwialiran yang menawarkan kedua-dua program Bersepadu dan Peringkat O.

PROGRAM BERSEPADU (IP)Program Bersepadu (IP) menyediakan Pendidikan Sekolah Menengah dan Maktab Rendah (JC) bersepadu sepanjang enam tahun untuk pelajar yang mempunyai kekuatan dalam bidang akademik, yang boleh mendapat manfaat daripada program-program yang menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih luas. IP bertujuan untuk mengembangkan potensi mereka dalam aspek bukan akademik di luar kurikulum akademik.

IP membawa pada kelayakan Peringkat A atau diploma-diploma lain.

Sekolah-sekolah yang menawarkan IP mengambil pelajar dari Menengah 1. Tempat juga disediakan untuk mengambil pelajar yang sesuai di Menengah 3.

Maklumat lanjut mengenai sekolah-sekolah IP dan prosedur permohonan sekolah masing-masing boleh didapati di laman web mereka.

SEKOLAH RAKAN MAKTAB RENDAH KELAYAKAN YANG DIPEROLEHI

Sekolah Tinggi Katolik*Sekolah Perempuan CHIJ St Nicholas*Sekolah Perempuan Cina Singapura*

Maktab Rendah Eunoia (bermula 2017)

GCE Peringkat ‘A’

Institusi Hwa Chong (Menengah)Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang

Institusi Hwa Chong

Sekolah Perempuan Raffles (Menengah)Institusi Raffles (Menengah)

Institusi Raffles

Sekolah Menengah Perempuan Cedar* Sekolah Victoria*

Maktab Rendah Victoria

Sekolah Tinggi Dunman -

Maktab Rendah Kebangsaan -

Sekolah Tinggi River Valley -

Maktab Rendah Temasek -

Sekolah Perempuan Methodist*Sekolah Anglo-Chinese (Bebas)*

Sekolah Anglo-Chinese (Bebas)

Baccalaureate Antarabangsa

Institusi St Joseph's* -

Sekolah Tinggi Universiti Nasional Singapura (NUS)

-Diploma Sekolah Tinggi NUS

PROGRAM PENDIDIKAN BIJAK (GEP)Pelajar yang cemerlang dalam Program Pendidikan Bijak (GEP) di peringkat sekolah rendah boleh memilih untuk mendaftar di sekolah-sekolah IP yang menawarkan program Pendidikan Bijak Berasaskan Sekolah (SBGE). Program ini menyediakan peluang pengayaan yang disesuaikan mengikut keperluan pelajar-pelajar GEP.

Di peringkat menengah, jika pembangunan intelektual mereka terus berkembang lebih awal daripada kohort peringkat umur mereka, mereka boleh menghadiri sekolah-sekolah yang menawarkan IP, di mana mereka boleh terlibat melalui program Pendidikan Bijak Berasaskan Sekolah (SBGE).

Sekolah-sekolah IP yang menawarkan program-program SBGE bagi pelajar GEP ialah:• Sekolah Anglo-Chinese (Bebas)• Sekolah Tinggi Dunman• Institusi Hwa Chong • Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang • Sekolah Tinggi NUS bagi Matematik dan Sains

• Sekolah Perempuan Raffles (Menengah) • Institusi Raffles

Murid-murid GEP Darjah 6 yang memilih untuk mendaftar dalam program Peringkat O boleh menyertai sekolah landasan berkembar IP yang menawarkan kedua-dua IP dan program Peringkat O, supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam program-program pengayaan berasaskan sekolah di sekolah-sekolah tersebut agar mereka dapat lebih melibatkan diri mereka dalam pembelajaran.

Sekolah-sekolah yang menawarkan kedua-dua program IP dan GCE Peringkat ‘O’ ialah:• Sekolah Anglo-Chinese (Bebas)• Sekolah Tinggi Katolik• Sekolah Menengah Perempuan Cedar • Sekolah Perempuan CHIJ St Nicholas • Sekolah Perempuan Methodist (Menengah)• Sekolah Perempuan Cina Singapura• Institusi St Joseph's• Sekolah Victoria

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai GEP, sila rujuk ke lelaman web MOE di www.moe.gov.sg/education/programmes/gifted-education-programme/gep-schools/.

Page 12: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH19 20

JENIS-JENIS SEKOLAH MENENGAH

SEKOLAH-SEKOLAH BERAUTONOMI

• Sekolah-sekolah ini menawarkan pelbagai kursus inovatif dan program-program pengayaan yang dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran anak anda dan mengembangkan bakatnya.

• Sekolah-sekolah ini mungkin akan mengenakan yuran rampaian tambahan antara $3 dan $18 sebulan untuk menampung kos program-program pendidikan yang dipertingkatkan (berbanding Sekolah-sekolah Pemerintah atau Sekolah-sekolah Bantuan Pemerintah yang lain).

SEKOLAH-SEKOLAH BEBAS

• Sekolah-sekolah ini menikmati lebih banyak autonomi dalam inovasi kurikulum, pelaksanaan program-program sekolah, pentadbiran, kemasukan pelajar dan penetapan struktur yuran.

• Biasiswa yang ditawarkan oleh MOE dan sekolah-sekolah ini, disediakan untuk pelajar-pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dan ingin menyertai Sekolah-sekolah Bebas ini.

SEKOLAH-SEKOLAH RANCANGAN BANTUAN KHAS (SAP)

• Sekolah-sekolah ini menawarkan program-program pengayaan dan persekitaran pembelajaran yang memupuk penguasaan dwibahasa dan dwibudaya dalam Bahasa Inggeris dan Cina.

SEKOLAH-SEKOLAH KHAS

Sekolah-sekolah Khas seperti Sekolah NorthLight dan Sekolah Assumption Pathway menawarkan program-program yang dibina khas untuk pelajar yang cenderung ke arah pembelajaran yang bersifat praktikal dan amali.

SEKOLAH-SEKOLAH KHAS UNTUK PELAJAR-PELAJAR N(T) YANG LAYAK

Sekolah Menengah Crest dan Sekolah Menengah Spectra khas menempatkan khususnya pelajar-pelajar N(T) yang layak.

Kedua-dua sekolah mengamalkan kaedah pengajaran inovatif yang menggabungkan aplikasi yang lebih praktikal dan dilengkapi dengan prasarana khusus bagi membolehkan pelajar-pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam kehidupan sebenar dan keadaan autentik. Mereka juga bekerja rapat dengan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan rakan kongsi industri bagi membangunkan program-program vokasional dan menyediakan peluang-peluang penempatan untuk pelajar-pelajar mereka.

SEKOLAH-SEKOLAH BEBAS KHAS

Jika anak anda menunjukkan kebolehan terhadap Matematik dan penyelidikan saintifik, atau mempunyai kecenderungan terhadap pembelajaran gunaan dan kreativiti, atau cemerlang dalam sukan, atau mempunyai bakat kreatif dalam bidang seni, anda mungkin ingin mendaftarkan anak anda ke salah sebuah daripada Sekolah-sekolah Bebas Khas. Sekolah-sekolah ini menawarkan kursus-kursus yang dibina khas untuk membantu anak anda mengembangkan potensinya dalam bidang-bidang tersebut.

Senarai Sekolah-sekolah Bebas Khas ialah:a. Sekolah Tinggi Universiti Nasional

Singapura bagi Matematik dan Sainsb. Sekolah Sains dan Teknologic. Sekolah Senid. Sekolah Sukan Singapura

Sila lungsuri lelaman web sekolah-sekolah ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Page 13: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH21 22

Pelajar warga Singapura yang memperoleh pencapaian akademik dan bukan akademik yang baik mungkin layak untuk biasiswa dan anugerah berikut:

• Anugerah Perwatakan Edusave• Biasiswa Edusave untuk Sekolah Menengah, Biasiswa Edusave untuk Sekolah Bebas• Dermasiswa Merit Edusave• Anugerah Kemajuan Baik Edusave

Maklumat lanjut boleh didapati di www.moe.gov.sg/education/scholarships/.

MENDAPATKAN BANTUAN KEWANGANSkim bantuan kewangan disediakan untuk semua Warganegara Singapura di sekolah-sekolah kita. Skim bantuan kewangan ini akan memastikan tiada Warganegara Singapura yang dinafikan hak pendidikan disebabkan oleh latar belakang kewangan mereka.

Borang permohonan bantuan kewangan boleh didapati dari sekolah-sekolah dan di lelaman sesawang MOE di www.moe.gov.sg/education/financial-assistance. Permohonan hendaklah diserahkan berserta dokumen-dokumen berkaitan langsung ke sekolah anak anda.

* PCI ialah pendapatan kasar bulanan keluarga yang dibahagikan dengan bilangan anggota keluarga.

BIASISWA SEKOLAH BEBAS (ISB) MOEBagi membantu Warganegara Singapura daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana menangani yuran yang agak tinggi yang dikenakan oleh Sekolah-sekolah Bebas, MOE menyediakan sokongan tambahan melalui skim ISB.

KRITERIA PENDAPATAN DAN FAEDAH

PROGRAM MAKANAN SEKOLAH (SMP)Di bawah SMP, pelajar sekolah menengah di bawah skim FAS MOE akan menerima subsidi makanan bernilai $2.50 bagi tujuh hidangan setiap minggu persekolahan. SMP juga dilanjutkan kepada pelajar-pelajar yang menerima 100% subsidi di bawah skim ISB. Pelajar tidak perlu bermohon untuk subsidi makanan.

# Sekolah Sukan Singapura, Sekolah Seni, Sekolah NorthLight, Sekolah Assumption Pathway, Sekolah Menengah Crest dan Sekolah Menengah Spectra mempunyai skim tersendiri bagi menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar. Sila rujuk lelaman sesawang sekolah-sekolah tersebut untuk mendapatkan maklumat.

+ Bagi penerima ISB yang layak untuk mendapatkan subsidi separa bagi yuran sekolah serta penerima biasiswa MOE, anugerah khas atau biasiswa yang menyediakan bayaran yuran sekolah separa, jumlah subsidi yang diterima akan dihadkan pada jumlah yuran sekolah tahunan yang dikenakan oleh setiap sekolah bebas tolak jumlah yuran tahunan sekolah dan yuran tambahan standard yang dibayar oleh pelajar di sekolah-sekolah pemerintah/bantuan pemerintah menengah.

○ Merangkumi yuran sekolah dan yuran rampaian.

^ Bagi pelajar yang didaftarkan dalam IBDP sahaja. Yuran peperiksaan untuk Warganegara Singapura yang menduduki peperiksaan nasional di sekolah-sekolah yang dibiayai Pemerintah akan dikecualikan.

SKIM BANTUAN KEWANGAN MOE UNTUK WARGANEGARA SINGAPURA DI SEKOLAH PEMERINTAH DAN SEKOLAH BANTUAN PEMERINTAH

HAD PENDAPATAN#

(Memenuhi salah satu daripada kriteria berikut) BANTUAN KEWANGAN BAGI PARA PELAJAR PERINGKAT MENENGAH+

100% subsidi yuranO

Buku teks dan pakaian sekolah percumaSubsidi penuh yuran peperiksaan^ Subsidi Pengangkutan: $ 120 kredit pengangkutan setahun (untuk pelajar yang menggunakan pengangkutan awam)

90% subsidi yuran○

70% subsidi yuran○

50% subsidi yuran○

33% subsidi yuran○

PENDAPATAN PER KAPITA (PCI)

Tidak melebihi $625

$626 - $1,000$1,001 - $1,250$1,251 - $1,500$1,501 - $1,800

PENDAPATAN KASAR

BULANAN KELUARGA (GHI)

Tidak melebihi $2,500

$2,501 - $4,000$4,001 - $5,000$5,001 - $6,000$6,001 - $7,200

YURAN SEKOLAH

100% subsidi

YURANRAMPAIANSTANDARD

100% subsidi

BUKUTEKS

Percuma

PAKAIAN SEKOLAH

Percuma

SUBSIDI PENGANGKUTAN

$120 kredit pengangkutan setahun (untuk pelajar yang menggunakan pengangkutan awam)

Bantuan Kewangan bagi Para Pelajar Peringkat Menengah

(i) Kriteria• Anak tersebut hendaklah merupakan Warganegara Singapura yang belajar di

Sekolah Pemerintah atau Sekolah Bantuan Pemerintah.• Memenuhi kriteria pendapatan berikut:

a. Pendapatan Kasar Keluarga (GHI) tidak boleh melebihi $2,500 sebulan; ataub. Pendapatan per kapita (PCI)* keluarga tidak boleh melebihi $625 sebulan.

(ii) Faedah

Biasiswa & Anugerah Edusave dan Skim Bantuan Kewangan

Page 14: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH23 24

Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan penting dalam membantu anak anda memilih sesebuah sekolah menengah. Anda digalakkan untuk membincangkan sekolah-sekolah yang ingin dipilih secara holistik bersama anak anda dan memilih sekolah terbaik yang boleh memenuhi keperluan anak anda. Berikut ialah beberapa faktor yang boleh dipertimbangkan.

• Apakah personaliti, gaya pembelajaran, kekuatan dan minat anak saya?• Apakah program-program serta skim-skim yang ditawarkan di sekolah tersebut?• Apakah budaya dan etos sekolah tersebut?• Adakah kegiatan kokurikulum yang ditawarkan oleh sekolah tersebut sepadan dengan minat anak saya?• Adakah sekolah menengah tersebut menyediakan persekitaran yang sesuai untuk anak saya belajar bersama-sama pelajar lain dengan keupayaan akademik yang serupa?• Berapa jauhkah sekolah tersebut dari rumah saya?• Adakah sekolah menengah tersebut bergabung dengan

sekolah rendah anak saya atau sekolah rendah yang lain?

Memilih Sebuah Sekolah Menengah

FASA PILIHAN MENENGAH 1 (S1) 1. Sebaik sahaja anda menerima keputusan PSLE

anak anda, anda perlu berbincang dengan anak anda untuk memilih enam buah sekolah yang diinginkan mengikut urutan keutamaan dan serahkan pilihan itu kepada MOE.

2. Berikan perhatian pada program dan skim yang ditawarkan oleh setiap sekolah. Anda mungkin ingin memilih sekolah-sekolah yang menawarkan program-program yang diminati oleh anak anda dan dapat memberikan manfaat kepadanya.

3. Keputusan PSLE anak anda juga akan mendorong pilihan anda.

Julat PSLE sekolah-sekolah tidak ditentukan lebih awal sebelum penempatan. Julat agregat setiap sekolah bergantung pada keputusan PSLE pelajar dan pemilihan sekolah mereka semasa Urusan Penempatan S1 pada tahun tersebut.

Setiap sekolah menengah akan memaparkan julat agregat sekolah bagi kemasukan PSLE tahun sebelumnya dalam buku maklumat ‘Choosing your Secondary Schools for Admission to Secondary One in 2018’. Julat agregat sekolah menunjukkan skor tertinggi dan terendah para pelajar yang diterima masuk ke sekolah tersebut bagi setiap kursus. Julat agregat PSLE tahun sebelumnya hanyalah sebagai panduan.

PENYERAHAN PILIHAN

Dalam Borang Pemilihan S1, anda perlu menyatakan enam sekolah menengah yang anda ingin anak anda ditempatkan, mengikut susunan keutamaan. Borang Pilihan S1 tersebut boleh diserahkan sama ada menerusi Sistem Internet S1, yang boleh diakses melalui lelaman web MOE, atau secara sendiri di sekolah rendah anak anda.

Jika anda menghadapi sebarang kesukaran, anda boleh mendapatkan bantuan daripada sekolah rendah anak anda semasa mengisi Borang Pilihan S1.

Penempatan Menengah 1

Page 15: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN SEKOLAH

MENENGAH25 26

JANGAN TERLEPAS TARIKH PENGHANTARAN BORANG!

PERKARA PENTING

Pengumuman Keputusan PSLE

Penghantaran Borang Pemilihana. Melalui Sistem Internet S1 (S1-IS)

b. Melalui Sekolah Rendah

Pengumuman Keputusan Penempatan Menengah 1

Pelajar-pelajar harus melaporkan diri ke Sekolah Menengah untuk pendaftaran

TARIKH (SEMENTARA)

Antara 24 hingga 28 November 2017

Tujuh hari kalendar bermula dari pengumuman keputusan PSLE (sebagai contoh, jika keputusan PSLE diumumkan pada 24 November, pilihan boleh diserahkan dari 24 hingga 30 November).

S1-IS dibuka 24 jam dari 11 pagi pada hari pertama hingga 3 petang pada hari terakhir bagi Fasa Pilihan S1.

Lima hari kerja bermula dari pengumuman keputusan PSLE (sebagai contoh, jika keputusan PSLE diumumkan pada 24 November, pilihan boleh diserahkan dari 24 hingga 30 November). Sekolah rendah tidak akan dibuka pada hujung minggu.

Penyerahan permohonan bermula dari 11 pagi hingga 3 petang pada hari pertama; dan 9 pagi hingga 3 petang dari hari kedua hingga hari terakhir Fasa Pilihan S1.

Pelajar yang ketinggalan untuk menyerahkan borang pilihan dalam jangka waktu seminggu itu boleh menghubungi sekolah rendah masing-masing selepas tarikh tutup penyerahan, dari 9 pagi hingga 12 tengahari. Waktu penghantaran setengah hari ini hanyalah dikhususkan bagi penyerahan untuk pilihan sekolah S1 yang baharu dan bukan untuk membuat perubahan pada pilihan yang telah diserahkan.

21 Disember 2017 (sementara)

22 Disember 2017 pada 8.30 pagi (sementara)

2. Jika anak anda tidak dapat memasuki mana-mana daripada enam buah sekolah yang dipilih, dia akan dihantar ke sekolah yang mempunyai tempat kosong, berhampiran rumah anda. Ini akan memudahkan anak anda untuk pergi dan pulang dari sekolah.

3. Anda boleh menyemak keputusan penempatan menerusi (a) sistem pesanan ringkas (SMS) yang diterima menerusi telefon mudah alih yang disediakan semasa Fasa Pemilihan S1; (b) S1-IS atau (c) di sekolah rendah anak anda, selepas keputusan Penempatan S1 diumumkan.

1. Semua pelajar akan ditempatkan di sekolah pilihan tertinggi berdasarkan keputusan PSLE mereka, bergantung pada kekosongan yang terdapat di sekolah tersebut.

.

• Pelajar yang telah ditawarkan tempat di sekolah di bawah DSA-Pelaksanaan Men perlu layak untuk kursus Ekspres/ Normal (Akademik)/ Normal (Teknikal) yang ditawarkan oleh sekolah DSA tersebut.

• Pemohon yang diterima masuk ke sekolah melalui DSA-Pelaksanaan Men tidak akan dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam Urusan Penempatan

S1 tahunan untuk memilih sekolah menengah kerana tempat telah dikhaskan untuk mereka di sekolah-sekolah DSA.

Orang yang diberi kuasa dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut untuk pengesahan:

Kad Pengenalan asal ibu bapa2018

20182017

Page 16: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

27

Memilih Sebuah Sekolah : Perspektif Pengetua

“Libatkan anak anda dalam pemilihan sekolah. Setiap kanak-kanak unik dan mempunyai kekuatan, keinginan dan keperluan. Dengarkan pandangan anak anda dan teroka program dan pengalaman yang ditawarkan oleh pelbagai sekolah. Ketahui visi, misi dan nilai-nilai sekolah tersebut. Kunjungi sekolah-sekolah untuk memerhatikan persekitaran, dan berbual dengan kakitangan sekolah, pelajar dan ibu bapa untuk memahami budaya sekolah.

Sekolah yang anda dan anak anda pilih sebaiknya satu yang dapat memupuknya dalam fasa pembangunan selanjutnya, di mana peluang-peluang dan pengalaman yang disediakan akan melibatkan dan mendorongnya ke memenuhi potensi diri. Nilai, kemahiran dan pengetahuan yang disemai dalam anak anda akan membentuk dan membangunkannya secara holistik, dan menyediakannya untuk masa depan.”

PUAN JESSIE KOHPengetua, Sekolah Menengah Yusof Ishak

"Melangkah ke sekolah menengah adalah salah satu fasa yang paling menarik dalam kehidupan anak anda; sekaligus permulaan perjalanan ke alam dewasa. Jadi, keputusan tentang sekolah menengah harus dibuat bersama – diputuskan oleh anda dan anak anda. Adakan perbualan penting itu. Sekolah-sekolah kini mempunyai program tersendiri, daripada pendidikan luar darjah ke estetika, dan robotik ke aeronautik yang boleh merangsang anak anda. Pertimbangkan apa yang terbaik yang akan memenuhi keperluan bakat dan minat anak anda. Adalah baik untuk berada dalam suasana pembelajaran yang menawarkan hanya cabaran yang betul, dengan sistem kepercayaan dan nilai-nilai yang sehaluan dengan anda. Apabila semangat anak anda dinyalakan dan bakat dioptimumkan, dia akan menemui tujuan dan kemungkinan yang tiada kesudahan. "

PUAN SHANTI DEVISekolah Menengah Riverside

"Memilih sebuah sekolah menengah adalah satu keputusan yang besar. Sangat penting untukkanak-kanak suka akan sekolah yang mereka pilih kerana mereka akan meluangkan empat hingga lima tahun mendatang di situ. Ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka mencari penyesuaian yang baik; ini akan membantu mereka beralih pada kehidupan sekolah menengah dengan lebih mudah, dan berkembang maju dalam persekitaran yang baru. Apa yang dimaksudkan dengan penyesuaian yang baik? Selain daripada memenuhi syarat kelayakan sekolah itu, ibu bapa perlu mengambil kira bagaimana sekolah tersebut akan menambah nilai pada pembelajaran dan pertumbuhan anak-anak. Mereka juga perlu untuk mengetahui program-program yang ditawarkan oleh sekolah itu, dan bagaimana semua ini akan membantu anak mereka memenuhi minat mereka, mengenal pasti kekuatan mereka dan merealisasikan potensi mereka sepenuhnya. Cara terbaik untuk melakukannya ialah untuk ibu bapa melawat sekolah dengan anak-anak mereka, berbual dengan kakitangan dan pelajar, dan mengenali sekolah itu dengan lebih baik."

ENCIK MOHD AZHAR TERIMOPengetua, Sekolah Menengah Bartley

Kunjungilah lelaman web MOE di www.moe.gov.sg atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MOE di 6872 2220 jika anda memerlukan maklumat lanjut tentang pendidikan sekolah menengah.

Anda juga boleh melawat portal Pendidikan dan Bimbingan Kerjaya MOE bagi para pelajar

di lelaman web www.ecareers.sg dengan menggunakan akaun anak anda. Anda boleh meneroka pelbagai cabang pendidikan dan kerjaya yang terbuka untuk anak anda.

Untuk mendapatkan informasi terkini tentang pendidikan dan berita mengenai sekolah-sekolah

dan guru-guru, sila lungsuri www.schoolbag.sg.

MOE kerap menganjurkan seminar-seminar bagi ibu bapa mengenai pendidikan sekolah rendah dan menengah. Untuk berita terkini mengenai pendidikan dan sorotan mengenai sekolah dan guru, sila layari www.schoolbag.sg dan aplikasi

mudah alih Schoolbag yang boleh didapati di Apple iTunes Store (untuk iOS) atau Google Play store (untuk Android).

Anda juga boleh berhubung dengan kami melalui facebook di www.facebook.com/moesingapore.

SALURAN HUBUNGAN DAN SOKONGAN

Page 17: PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

1 North Buona Vista Drive Singapore 138675 Tel: 6872 2220

Email: [email protected]

www.moe.gov.sg

MAKLUMAT YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU INI TEPAT PADA OKTOBER 2017

DIKELUARKAN OLEH KUMPULAN KOMUNIKASI DAN PENGLIBATAN MOE