Pendidikan Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah

download Pendidikan Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah

of 13

Embed Size (px)

description

PBSM

Transcript of Pendidikan Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah

Pendidikan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

1.0 Sejarah Ringkas Palang Merah (Kanak-kanak)

1.1 Pengasas Palang Merah/ Bulan Sabit Merah

Pengasas Palang Merah atau Bulan Sabit Merah ialah Jean Hendry Dunant. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland. Beliau dikenali sebagai Bapa Palang Merah. Beliau dilahirkan dari keluarga yang kaya dan patuh beragama. Beliau mula aktif dengan pelbagai pergerakan kebajikan dan agama dengan menyatukan orang Kristian dan Yahudi dan menjadi ahli sebuah badan kebajikan yang dikenali sebagai League of Alma. Semasa berumur 30 tahun, minatnya adalah kepada sekumpulan organisasi di Switzerland, France, dan Belgium yang terkenal dengan nama Young Mens Christian Union dan di England dikenali sebagai Young Mens Christian Assiosiation. Pada tahun 1853, satu pergerakan untuk menyatukan beberapa kumpulan Eropah dimulakan. Dunant menentang dan mencadangkan satu gagasan sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak terhad di Eropah sahaja. hasil desakan Dunant, satu persidangan YMCA sedunia telah diadakan di Paris pada 1955.Pada tahun 1849, beliau telah menjadi perantis dalam sebuah bank di Geneva dan kemudiannya menjadi pengurus bank Colonies Suisses de Setif cawangan Algeria. Selepas itu, beliau telah mula berniaga sendiri. Pada 25 Jun 1859, semasa beliau berada di Solferino, beliau telah melihat sendiri pertempuran antara Austria dengan Perikatan Tentera Perancis-Sardinia. Jean Hendry Dunant telah melihat ramai yang mati dan cedera akibat bantuan perubatan yang tidak lengkap dan tidak mencukupi. Oleh yang demikian, beliau telah mula mengetepikan perniagaan dan memberi bantuan kepada orang yang cedera. Beliau cuba menumpukan pemikirannya tentang bagaimana penderitaan dan peeperangan dapat diringankan.Jean Hendry Dunant telah menerbitkan kenangan beliau sepanjang masa berada di Solferino dengan saranannya supaya persatuan-persatuan yang mengandungi sukarelawan-sukarelawan yang terlatih patut ditubuhkan di semua negara untuk menolong menjaga anggota-anggota tentera yang cedera di medan perang. Pada tahun 1863 dan 1864 kejayaannya meningkat kemudian menurun semula pada selepas itu. Sokongan ramai kepada beliau membolehkan beliau menubuhkan jawatankuasa Palang Merah. Setelah itu, persidangan telah diadakan dalam transformasi itu, beliau mengetepikan diri dan tempatnya itu digantikan oleh orang lebih praktikal pada 1865 dan 1866. Pernyataannya semakin merosot, ini kerana perasaan malu dan kurang keyakinan terhadap diri sendiri.Tahun 1867 merupakan tahun yang malang bagi Dunant kerana urusan perniagaan yang diabaikannya juga merosot sehingga beliau terpaksa menggunakan hartanya untuk membayar hutang-piutang. Ekoran daripada itu, beliau telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Geneva pada usia 39 Tahun.Beliau telah bergantung hidup atas belas kasihan orang ramai selama 20 tahun. Beliau telah dimasukkan ke hospital selama 18 tahun disebabkan oleh masalah kesihatan. Pada tahun 1895, seorang wartawan muda dalam pengembaraannya telah mendapat tahu mengenai Dunant dan memohon untuk mewawancana Dunant. Ekoran wawancana itu, seluruh dunia mengetahui bahawa Dunant masih hidup walaupun dalam keadaan daif. Pada tahun 1901, Jean Hendry Dunant telah dianugerahkan Hadiah Keamanan yang pertama oleh Jawatankuasa Noble. Beliau tidak dapat pergi ke Christiana untuk menerima anugerah kerana terlalu lemah tetapi hadiah itu dihantar terus kepadanya dari Geneva. Pada 30 Oktober 1910, beliau telah menghembus nafas terakhir di Heidden.

1.2 Peperangan di SalfarenoPeperangan di Salfareno telah berlaku pada 25 Jun 1859. Peperangan ini merupakan pertempuran antara Austria dengan Perikatan Tentera Perancis-Sardinia. Jean Hendry Dunant telah melihat ramai yang mati dan cedera akibat bantuan perubatan yang tidak lengkap dan tidak mencukupi. Oleh yang demikian, beliau telah mula mengetepikan perniagaan dan memberi bantuan kepada orang yang cedera secara sedaya upaya. Beliau cuba menumpukan pemikirannya tentang bagaimana penderitaan dan peeperangan dapat diringankan.

1.3 Kelahiran Palang MerahPada tahun 1863 dan 1864, Jawatankuasa Palang Merah telah ditubuhkan oleh Jean Hendry Dunant atas sebab saranannya iaitu persatuan-persatuan yang mengandungi sukarelawan-sukarelawan yang terlatih patut ditubuhkan di semua negara untuk menolong menjaga anggota-anggota tentera yang cedera di medan perang telah mendapat sokongan yang ramai. Idea Hendry Dunant telah diterima oleh Gustev Moynier (peguam), iaitu pengerusi The Societe Genevoise dUtilite Publigue. Sebuah Jawatankuasa Antarabangsa telah ditubuhkan oleh Gustev Moynier bersama Guilleume- Henri Dufour, Louis Appia dan Theodere Mounior. Jawatankuasa ini kemudian dikenali sebagai International Committee of the Red Cross- ICRC. Pada 26-29 Oktober 1863, satu persidangan yang melibatkan 16 negara Eropah telah diadakan di Geneva dan kemudian meluluskan Resolusi Jawatankuasa Geneva. Jawatankuasa ini telah bersetuju menubuhkan pasukan perkhidmatan perubatan tentera dengan menggunakan lambang Palang Merah.Pada Februari 1864, satu peperangan telah berlaku antara Prussia dan Denmark. ICRC telah menghantar Dr. Louis Appia untuk bertugas dengan tentera Prussia. Namun demikian, beliau telah menghadapi masalah kerana perlu mendapat pengiktirafan secara rasmi. Oleh yang demikian, pada Ogos 1864, kerajaan Switzerland mengadakan Persidangan Diplomatik. Pada 22 Ogos 1864, satu Konvensyen Geneva telah ditandatangani oleh 12 buah negara untuk menolong mangsa perang. Konvensyen Geneva pertama menjadi asas bagi kerja-kerja kemanusiaan terutamanya semasa perang Perancis-Prussia (1870-1871), Sepanyol-Amerika (1898) dan Rusia-Jepun (1904). Kebanyakan negara telah menubukan palang merah mereka. Pada tahun 1867, semasa Perang Turki-Russia, kerajaan Turki telah menghantar pasukan bantuan yang menggunakan lambang Bulan Sabit Merah.

1.4Emblem/Lambang Bulan Sabit Merah

Pengiktirafan Emblem Palang Merah sebagai Emblem Palang Merah Kebangsaan dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM) atau International Committee of Red Cross (ICRC) telah dibuat pada tahun 1864. Lambang palang merah merupakan lambang terbalik dari bendera Switzerland. Lambang tersebut dipilih untuk memberi penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara tersebut.

Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Rusia selama enam bulan tiba-tiba mengumumkan kepada majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva, lambang palang merah menghina kepercayaan agama anggota-anggota tenteranya. Oleh yang demikian, mereka menggunakan lambang bulan sabit merah untuk perkhidmatan ambulans mereka. Langkah itu diikuti oleh banyak negara-negara Arab atau nrgara-negara yang mempunyai banyak penduduk Muslim. Kedua-dua lambang ini iaitu palang merah dan bulan sabit merah telah dilindungi oleh Konvensyen Geneva sejak tahun 1929.Emblem Bulan Sabit Merah

Logo Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Logo PBSM pada pakaian seragam.

1.5Lagu Bulan Sabit MerahBulan Sabit Merah Di MalaysiaGiat Berjasa Untuk NegaraTidak Kira Kaum Dan AgamaWaktu Aman Atau BahayaBulan Sabit Merah Gerakan SeduniaMembantu Semua Yang MenderitaBadan Sukarela BerkhidmatDengan Tabah Dan BersemangatDi Mana Jua Adanya SengsaraDi Sana Ada KitaDi Darat Dan Laut Kita BersediaWalaupun Diancam Bahaya1.6Pakaian Seragam PBSMMPakaian PBSM terbahagi kepada dua kategori iaitu pakaian pelatih atau pelajar dan pakaian pemimin. Perbezaan pakaian antara pelatih dan pemimpin hanyalah dari segi bush jaket dan pangkat. Gambar di bawah adalah contoh pakaian lengkap seragam pelajar.

Baju seragam dan aksesori yang terdapat pada pakaian pelatih atau pelajar adalah seperti dalam jadual di bawah:1Baju PBSM Lelaki

2Baju PBSM Perempuan

3Seluar putih

4T-shirt PBSM lengan pendek

5T-shirt PBSM lengan panjang

6Beret Hitam

7Lencana beret PBSM

8Lencana Bahu Negeri

9Lencana bahu logo PBSM

10Lencana kolar PBSM

11Lencana poket PBSM

12Lanyard Hitam Single

13Tali Pinggang

14Butang

15Topi

16Pangkat bagi Pelajar

17Kasut potong hitam

18Kain Anduk

Baju seragam dan aksesori yang terdapat pada pakaian pemimpin atau pegawai adalah seperti dalam jadual di bawah:1Bush jaket pegawai lelaki

2 Bush jaket pegawai perempuan

3Vest Pegawai

4Baju Korporat Pegawai Lelaki

5Baju Korporat Pegawai Perempuan

6Lanyard Hitam Double

7Pangkat bagi Pegawai

2.0 Sejarah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

2.1 Cawangan Palang Merah British 1948Sejarah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia bermula semasa era penjajahan British, selepas Perang Dunia Kedua. Oleh sebab negara kita ketika itu di bawah pentadbiran British, maka persatuan yang ditubuhkan sudah tentulah merupakan cawangan kepada Palang Merah British, dengan ibu pejabatnya di London.Cawangan yang pertama ditubuhkan ialah di Borneo Utara (Sabah) pada Mei 1948 dengan nama Persatuan Palang Merah British Cawangan Borneo Utara. Ini diikuti sebulan kemudian dengan penubuhan Persatuan Palang Merah British Cawangan Sarawak di Sarawak.Dua tahun kemudian, beberapa lagi cawangan ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu pula, bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950, diikuti Perak, Terengganu, dan Selangor pada tahun 1951. Ini diikuti dengan Melakua, Johor, dan Pahang pada tahun 1952.2.2Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu 1957Setelah Malaysia mencapai kemerdekaaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi Persatuan Palang Merah di Semenanjung Tanah Melayu bertaraf cawangan sahaja dengan ibu pejabatnya jauh di London. Satu akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962, iaitu Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act 1962. Akta ini berkatkuasa pada 16 April 1962. Dengan itu, Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya telah ditubuhkan dengan adanya ibu pejabatnya terletak di Kuala Lumpur. Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya menerima pengiktirafan daripada ICRC pada 4 Julai 1963, dan selepas itu diterima menjadi ahli IFRC pada 24 Ogos 1963.2.2 Persatuan Palang Merah Malaysia (Semenanjung/ Sabah dan Sarawak 1963)Malaysia dibentuk pada bulan September 1963 dengan menggabungkan negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah, Sarawak, dan Singapura. Oleh itu, Persatuan Palang Merah Persekutuan Malaya bergabung pula dengan Persatuan Palang Merah Sabah, Sarawak, dan Singapura yang ketika itu masih lagi menjadi cawangan Palang Merah British. Satu lagi akta digubal, iaitu Malaysian Red Cross Society (Incorporation) Act 1965. Dengan itu, tertubuhlah Persatuan Palang Merah Malaysia. 2.3 Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 1975Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malaysian Red Crescent Society (Change of Name) atau Persatuan Bulan Sabit merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162).2.4 Cogan Kata

MotoMoto asal bagi ICRC adalah :Inter Arma Caritas (In War, Charity") Moto ICRC yang telah digubal pada tahun 1961 adalah:Per Humanitatem ad Pacem ("With humanity, towards peace").

Cogan kataDari tahun 1999 sehingga tahun 2003, cogan kata yang sering digunakan bagi semua aktiviti gerakan antarabangsa adalahThe Power of Humanity.Pada December 2003, cogan kata telah ditukar kepada Protecting Human DignityCogan kata semasa sambutan Hari Palang Merah/ Bulan Sabit Merah Sedunia ke-145 pada tanggal 8 Mei 2008.Bersama untuk Kemanusiaan(Together For Humanity. ) Tema Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia tahun 2010 ini adalahOur world. Your move Tema Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia tahun 2011 ini adalah

Mencari Sukarelawan Di Dalam Diri Anda Peringatan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia yang jatuh pada 8 Mei 2012, Gerakan mengusung tema besar iaitu Youth on The Move

3.0 Prinsip-prinsip Palang Merah/ Bulan Sabit Merah Malaysia

3.1 KemanusiaanPergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa dibentuk untuk memberikan bantuan tanpa pilih kasih kepada orang-orang yang cedera di medan perang, dan berusaha dalam kemampuannya di peringkat antarabangsa dan kebangsaan untuk mengelakkan atau mengurangkan kesengsaraan manusia di mana-mana jua. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan dan memastikan kehormatan manusia dijaga. Pergerakan ini menggalakkan saling persefahaman, persahabatan, kerjasama, dan keamanan yang berkekalan di kalangan insan.3.2 KesaksamaanPergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa tidak akan pilih kasih berdasarkan apa-apa pun seperti kewarganegaraan, bangsa, kepercayaan agama, taraf hidup, kepercayaan politik dan sebagainya. Pergerakan ini berusaha untuk mengurangkan penderitaan setiap individu berpanduka hanya kepada keperluannya dan memberikan keutamaan kepada kes-kes kesusahan yang memerlukan perhatian segera.3.3 KeberkecualianUntuk mendapatkan kepercayaan penuh setiap orang, Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa tidak akan menyebelahi mana-mana pihak yang bertelagah, dan tidak akan mengambil bahagian atau terlibat dalam kontroversi sama ada bersifat plitik, bangsa, agama, atau ideologi.3.4 KebebasanPergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa ialah badan yang bebas. Persatuan Kebangsaan pula menolong kerajaan negaranya dalam memberikan perkhidmatan kemanusiaan dan tertakluk di bawah undang-undang negara tersebut, tetapi mestilah sentiasa mengekalkan kuasa autonomi supaya boleh bertindak pada bila-bila masa selaras dengan prinsip-prinsip Pergerakan.3.5 Khidmat SukarelaPergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa ialah pergerakan membantu secara sukarela dan tidak didorong dengan apa cara pun untuk mencari keuntungan.3.6 KetunggalanDi sesebuah negara hanya boleh ada satu sahaja Persatuan Kebangsaan, sama ada Persatuan Palang Merah atau Persatua Bulan Sabit Merah. Persatuan ini mestilah terbuka kepada semua. Persatuan ini juga mestilah menjalankan tugas-tugas kemanusiaan di setiap pelosok negara.3.7 KesejagatanPergerakan palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa ialah pergerakan sedunia. Dalam Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa, setiap Persatuan Kebangsaan mempunyai taraf yang sama dan memikul tanggungjawab dan tugas yang sama untuk menolong satu sama lain.