Pendapat Tokoh Math

download Pendapat Tokoh Math

of 51

Transcript of Pendapat Tokoh Math

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    1/51

    PENDAPAT TOKOH-TOKOH

     (1) George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaianmasalah

    dan pelakuan semula jadi yang kompleks. “Satu lagi elemen baru yang diperkenalkan dalam Reormasi !endidikan ialah

    "emahiran #erikir. #erikir adalah satu kemahiran dan bukan kebolehansemula jadi. "epintaran akal atau $intelligent% tidak bererti mempunyaikemahiran berikir sekiranya ia tidak menguasai kemahiran itu.& George (1970)melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalahdan pelakuan semula jadi yang kompleks.

      dan perlakuan semulajadi yang kompleks.

     

    (') dard de #ono (197*) pula mengaitkan kemahiran berikir dengan

    pemikiran lateral yang membaa

    lateral yang membaa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah+malahan juga berikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai perspekti bagi

    maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah+ malahan juga

    berikir untuk melihat sesuatu

    dengan pelbagai perspekti bagi menyelesaikan masalah.

    (,) -eyer (1977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaanoperasioperasi

      mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistemkogniti seseorang yang bertujuan

    menyelesaikan masalah.

     

    (/) haee (19) pula+ pemikiran merupakan proses luar biasa yangdigunakan dalam proses membuat

    keputusan dan menyelesaikan masalah.

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    2/51

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    3/51

    %OT* merupakan sau program kemahiran berfikir $ang menggunakan akiii!

    akiii pemikiran peringka inggi melalui kompuer unuk memperbaiki kemahiran

    asas# ke$akinan sosial dan kemahiran pen$elesaian masalah pelajar (Pogrow# 19+)"

    Penguasaan kemahiran dan ke$akinan adalah s$ara $ang pening unuk pelajar

    melibakan diri dengan cekap dalam akiii pembelajaran $ang kompleks"

    *ebelum menggunakan kompuer# guru mengadakan sau perbincangan pemikiran

    di mana pelajar dimina menerangkan akiba dari sraegi mereka dan guru juga

    menguarakan soalan!soalan $ang mencabar unuk pelajar selesaikan" Perlaksanaan

    program %OT* adalah berpisah dari pengajaran kelas $ang biasa, di mana %OT*menggabungkan akiii kompuer $ang membolehkan pelajar menguji secara sera

    mera akiba dari idea mereka erhadap soalan!soalan# dengan kaedah pengajaran

     $ang memberikan peluang kepada pelajar unuk ban$ak berfikir secara berkesan"

    %OT* membanu pelajar membina sraegi unuk menghubungkan idea!idea

    mereka secara berkesan"

    #erikir se3ara selari menggunakan teknik nam 5opi #erikir dard

    de #ono

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    4/51

    Selalu berikir se3ara serentak+ terlalu banyak yang masuk dalam otak.

    5etapi dengan kaedah pemikiran selari 8 paralel thinking8 kita melakukansatu 3ara berikir sahaja. "aedah ini digunakan oleh jurutera pereka 5

    arna. :alam 5 ada tiga tiub+ tiaptiap satu tiub mengeluarkan arna

    arna yang berlainan. 5api pada skrin 5 tiaptiap arna bergabung dan

    menghasilkan arnaarna yang penuh. :alam proses per3etakan

    gambar+ proses yang serupa juga digunakan. "aedah enam topi berikir

    pun begitu.

    5opitopi berikir yang di3iptakan ialah;

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    5/51

    dilihat melalui topi hitam.

    "uning

    =ambang pemikiran konstrukti atau membina. "uning lambang hari3erah. :igunakan untuk men3ari aedah dan manaaat daripada apaapa

    idea yang diterbitkan oleh topi hijau. #agi topi kuning semua idea boleh

    diperbaiki. 5idak ada yang mustahil. Semuanya boleh belaka. 6dea yang

    3omot sekalipun boleh digilap. Situasi yang paling baik untuk memakai

    topi ini ialah apabila mendengar ideaidea yang banyak kelemahan.

    !utih

    =ambang pemikiran objekti. 5ujuan untuk men3ari maklumat sematamata. #erapa? Siapa? :i mana? #ila? bagaimana? 5idak emosi. 5idak

    prejudis. 5idak timbul soal suka atau tidak suka. Gunakan 5opi ini

    sebelum membuat keputusan memilih manamana alternati. 5opi ini

    akan memastikan keputusan yang diambil adalah berdasarkan maklumat

    yang betul

    5opi putih digunakan untuk mengumpul se3ara objekti segala maklumat

    yang berkaitan dengan apa yang sedang kita amati. Setiap pengguna topi

    putih tidak seharusnya memberi sebarang penilaian atau pendapat

    terhadap sesuatu maklumat.

    !endapat sendiri tidak akan dibenarkan sama sekali untuk dimasukkan

    sebagai maklumat yang hendak dikumpul atau menguatkan sesuatu

    pendapat.

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    6/51

    Hitam

    =ambang pemikiran yang kritikal dan negati.

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    7/51

    #iru

    5opi #iru =ambang langit. 5opi diatas sekali. -engaasi topitopi lain

    bekerja. 5opi biru meakili kaalan proses berikir se3arakeseluruhannya ataupun dalam bahasa yang lebih mudah ia digunakan

    untuk mengaal kegunaan topi berikir yang lain. "ebiasaannya+ ia

    digunakan oleh pengerusi mesyuarat atau ketua perbin3angan.

    6a boleh digunakan pada aal perbin3angan untuk menjelaskan perkara

    yang akan dibin3angkan+ menjelaskan tujuan sesuatu perbin3angan dan

    meran3ang 3orak pemikiran yang akan digunakan dalam perbin3angan

    tersebut. !emikir yang memakai topi biru boleh bersuara semasa

    perbin3angan sedang berlangsung untuk mengaal perbin3angan agartidak kelam kabut dan pengunaan topi lain adalah mengikut peraturan.

    "Thinking is the ultimate human resource. Yet

    we can never be satisfied with our most important skill. No matter how

    good we became, we should always want to be better." 

    "What I am putting forward in this book is a very simple concept which

    allows a thinker to do one thing at a time. e or she becomes able to

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    8/51

    separate emotion from logic, creativity from information, and so on." 

    "The si! thinking hats allow us to conduct our thinking as a conductor

    might lead an orchestra."

    CSiD 5hinking

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    9/51

    KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan

    merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi,

    menganalisa, menilai dan mencipta.

     

    KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran

    logical, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap

    sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya

    dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan

    sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.

    Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur,

    mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan

    mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di

    sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di

    kalangan murid.

     

    KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan

    dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan

    mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan

    mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat

    meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja

    perkara yang mereka pelajari nanti.

     

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    10/51

    Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka

    peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara

    bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada

    guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini

    semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu.

    Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka

    supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka.

    Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan KBAT dalam PdP

    ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT semasa

    proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan

    murid untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat

    daripada sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah

    dipelajari.

     

    2.1 Perbandingan Teori Berkaitan KBAR dan KBAT Dalam Matematik

     

    Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) Kemahiran Berfik

    “Lower-order thinking (LOT) is often characterized by the recall of 

    information or the application of concepts or knowledge to familiar 

     situations and contexts! Resnick (1987)

    Characterized higher-order thinResnick (1987)

     LOT tasks re"uires a student “# to recall a fact$ perform a simpleoperation$ or sol%e a familiar type of problem! &t does not re"uire

    “The use of complex$ non-algorwhich there is not a predictable

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    11/51

    the student to work outside the familiar !chmalz (197")  pathway explicitly suggested by

    worked out example! !tein an

    “LOT is in%ol%ed when students are sol%ing tasks where the solution re"uires applying a well-known algorithm$ often with no

     'ustification$ explanation$ or proof re"uired$ and where only a

     single correct answer is possible!!enk% &eckman% ' Thomson (1997)

    “OT as sol%ing tasks where no 'ustification or explanation are

     solution may be possible! !en

    “LOT as sol%ing tasks while working in familiar situations and

    contexts or$ applying algorithms already familiar to the student! Thomson (**8)

    “OT in%ol%es sol%ing tasks wh

    taught or using known algorithmcontexts or situations!Thomson (**8)

     

    Jadual 1

     

    1.0 PERBEZAAN ANTARA MASALAH RUTIN DAN BUKAN RUTIN

     

    Secara umum, masalah boleh diklasifikasikan sebagai masalah rutin dan masalah

    bukan rutin. Masalah rutin hanya memerlukan beberapa prosedur seperti operasi

    aritmetik untuk mendapatkan penyelesaian.

    Sebaliknya, jika situasi masalah itu tidak boleh diselesaikan mengikut kaedah

    pengiraan biasa maka ia dikenali sebagai masalah bukan rutin. Dalam situasi

    seperti itu, pelajar meneroka cara penyelesaian yang lebih mendalam untuk

    menyelesaikan masalah tersebut.

     

    3.1 Masalah Rutin

     

    Masalah rutin merupakan masalah yang melibatkan hanya satu operasi aritmetik

    sahaja dalam menyelesaikannya. Dalam menyelesaikan masalah rutin, kita hanya

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    12/51

    perlu memahami masalah, memilih operasi yang sesuai serta mengaplikasikan

    algoritma-algoritma yang telah dipelajari. Prosedur penyelesaiannya adalah sudah

    kita ketahui. Ketika menyelesaikan masalah rutin, kita perlu mengenalpasti

     

    1. Apakah soalan yang perlu dijawab

    2. Fakta-fakta atau nombor yang perlu digunakan

    3. Operasi-operasi yang perlu digunakan

    4. Anggaran nilai penyelesaian

     

    Masalah rutin memberi kesan seperti berikut kepada kita:

    a. Memberi latihan dalam mengingat fakta-fakta asas dan langkah-

    langkah yang berurutan

    b. Mempertingkat kemahiran-kemahiran dalam operasi asas

    c. Memberi peluang untuk berfikir tentang perkaitan antara

    sesuatu operasi dan aplikasinya kepada situasi-situasi sebenar.

     

    Contoh-Contoh Soalan Rutin

     Contoh 1 :

    Ali makan 2 keping roti. 5 minit kemudian, dia makan 1 keping lagi roti. Berapa

    banyak keping roti Ali makan kesemuanya?

     Contoh 2:

    Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan

    harga RM1.70. Berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Maria?

    Contoh 3 :

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    13/51

    Cari perimeter segi empat tepat yang mempunyai panjang 8 meter dan lebar 17

    meter.

    Contoh 4 :

    Cari panjang sebuah segi empat tepat yang mempunyai luas 48 meter persegi dan

    lebar 6 meter.

     

    3.2 Masalah Bukan Rutin

    Masalah bukan rutin merupakan masalah yang memerlukan proses-proses yang

    lebih tinggi dalam menyelesaikan masalah berbanding masalah rutin. Untuk mencari

    penyelesaian dalam masalah bukan rutin adalah bergantung kepada kebolehan

    menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah bersama dengan fakta-fakta

    dan maklumat dalam pertimbangan. Prosedur penyelesaian masalah bukan rutin

    tidak kita ketahui. Masalah bukan rutin biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara

    yang memerlukan proses pemikiran yang berbeza.

    Antara kesan positif dalam mengaplikasikan masalah bukan rutin ialah seperti

    berikut:

    1. Dapat mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah

    2. Memberi peluang untuk memikirkan pelbagai cara penyelesaian, berkongsi

    kaedah-kaedah penyelesaian masalah serta meningkatkan keyakinan diri dalam

    penyelesaian masalah matematik

    3. Dapat menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam matematik

    4. Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis.

     Contoh-contoh soalan bukan rutin

     

    Contoh 1 :

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    14/51

    Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan

    harga RM1.70. Dia memberikan RM4.00 kepada jurujual. Berapakah bilangan

    syiling yang diterima oleh Maria sekiranya jurujual itu memberikannya beberapa

    syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen?

    Terangkan jawapan anda?

     

    Contoh 2 :

    Mamat ingin membina pagar bagi reban ayam yang berbentuk segi empat. Dia

    mempunyai 20 meter wayar pagar.

    1. Apakah saiz segi empat yang boleh beliau hasilkan?

    2. Bentuk manakah yang terbaik

     Contoh 3 :

    Antara nombor-nombor berikut, nombor yang mana berbeza? Mengapa?

    23, 20, 15, 25

     Contoh 4 :

    Ali telah membeli sebuah basikal dan kemudian menjualnya kepada rakannya

    dengan harga RM240. Dia telah mendapat keuntungan sebanyak 20% selepas

    menjual basikal itu.

    Berapakah harga kos basikal tersebut ?

    3.3 Nota Aktiviti

    Perbincangan kumpulan kecil dijalankan secara berpasangan. Tugasan yang

    diberikan adalah menukarkan soalan rutin (KBAR) kepada soalan bukan rutin

    (KBAT).

     

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    15/51

    Soalan-soalan rutin yang dikemukakan adalah seperti berikut :

     

    1. RM 210 – RM 30 =

    2. Rajah menunjukkan sebuah segi empat tepat

    8×4= ?

     Kira luas, dalam cm², segi empat tepat tersebut.

    Pelbagai jenis soalan akan diberikan oleh peserta. Perbincangan akan dilakukan

    bagi menentukan soalan-soalan yang dikemukakan adalah bukan rutin atau tidak.

     

    Cadangan jawapan :

     

    1. Pak Ali mempunyai wang sebanyak RM210. Dia memberikan wang

    tersebut kepada Chong dan Raju. Raju menerima RM30 kurang daripada

    Chong.

    Berapakah jumlah wang yang diterima oleh Chong?

    Jelaskan bagaimana anda mendapat jawapan?

     

    1. Johan ingin menggunakan seutas dawai yang panjangnya 24 cm untuk

    membentuk satu rangka segi empat dengan luas yang maksimum.

    Apakah panjang dan lebar bentuk segi empat itu?

     

    2.0 KEPELBAGAIAN STRATEGI DALAM PENYELESAIAN MASALAH

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    16/51

    Strategi juga merujuk kepada prosedur yang akan membantu anda untuk memilih

    pengetahuan dan kemahiran yang digunakan di semua langkah penyelesaian

    masalah. Strategi yang dipilih harus fleksibel agar dapat digunakan untuk

    menyelesaikan pelbagai masalah. Berikut adalah beberapa strategi yang boleh

    digunakan.

    Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam pengajaran dan

    pembelajaran matematik. Justeru, pembelajaran dan pengajaran perlu melibatkan

    kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan

    kurikulum. Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penekanan

    sewajarnya supaya murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah secara berkesan.

    Kemahiran ini melibatkan langkah-langkah seperti berikut :

    ü Memahami dan mentafsirkan masalah

    ü Merancang strategi penyelesaian

    ü Melaksanakan strategi

    ü Menyemak semula penyelesaian

    Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaian masalah, termasuk

    langkah-langkah penyelesaiannya harus diperluaskan lagi penggunaannya dalammata pelajaran ini. Dalam menjalankan aktiviti pembelajaran untuk membina

    kemahiran penyelesaian masalah ini, perkenalkan masalah yang berasaskan aktiviti

    manusia. Melalui aktiviti ini murid dapat menggunakan Matematik apabila berdepan

    dengan pelbagai situasi harian yang lebih mencabar. Antara strategi-strategi

    penyelesaian masalah yang boleh dipertimbangkan :

    Cuba jaya / teka uji

    1. Membina senarai / jadual / carta yang sesuai

    2. Mengenal pasti kemungkinan

    3. Menggunakan algebra

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    17/51

    4. Mengenal pasti pola

    5. Melukis gambarajah

    6. Guna Kaedah Unitari

    7. Guna Model

    8. Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu

    10. Guna rumus

    11. Guna analogi / perbandingan

    12. Lakonan / ujikaji

    13. Mempermudahkan masalah

    14. Membuat anggaran

    15. Mental arimetik

    4.1 Strategi : (Cuba jaya / Mengenal pasti kemungkinan / Melukis

    gambarajah / Guna rumus)

    Contoh soalan yang diberikan ini mempunyai pelbagai strategi penyelesaian

    masalah.

    Contoh Soalan:

    Johan ingin menggunakan seutas dawai yang panjangnya 24 cm untuk membentuk

    satu rangka segiempat dengan luas yang maksimum. Apakah panjang dan lebar

    bentuk segi empat itu?

    Penyelesaian :

     

    Melukis gambarajah

     

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    18/51

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    19/51

    Ali telah membeli sebuah basikal dan kemudian menjualnya kepada John dengan

    harga RM 240. Dia telah mendapat keuntungan sebanyak 20% selepas menjual

    basikal itu. Berapakah harga kos basikal tersebut?

     

    Penyelesaian :

     

    i) Guna Kaedah Unitari 

    Untung = 20%

    Harga Jual = RM 240 (100% +20%)

    Harga Kos = (100%)

     

    Oleh itu, 120% = RM 240

    1% = ?

     

    Cari nilai 1% terlebih dahulu.

    RM 240 ÷ 120 = RM 2

     

    Oleh itu, 1% = RM 2

    Harga Kos = RM 2 × 100

    = RM 200

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    20/51

    ENDIDIKAN KESIHATAN HBHE 1203

    Strategi Pengajaran

    Strategi pengajaran adalah merujuk kepada cara-cara bagaimana guru

    mengendalikan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan

    dengan cara cuba jaya. Ia merupakan tindakan-tindakan spesifik yang

    dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk mencapai matlamat-matlamat khusus

    dalam proses pembelajaran. Guru memerlukan kemahiran untuk merancang dan

    menguruskan kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat disampaikan kepada

    murid-murid untuk memperolehi hasil pembelajaran maksimum. Aspek-aspek

    yang perlu diambil kira oleh guru semasa menentukan strategi pengajaran

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    21/51

    yang sesuai ialah objektif pengajaran, proses pengajaran, isi kandungan,

    persediaan dan kebolehan mengajar, gaya peribadi pengajaran dan

    persekitaran di dalam bilik darjah.

    Antara contoh-contoh strategi pengajaran ialah strategi pemusatan guru,

    strategi pemusatan murid, strategi pemusatan bahan dan strategi berasaskan

    tugasan.

    Dari segi strategi pemusatan guru, ia dikenali sebagai eksplisit. Ia

    merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan

    di dalam bilik darjah. Strategi pemusatan guru ini meletakkan guru

    ditengah-tengah aktiviti bilik darjah. Dalam strategi ini, guru perlu

    menguasai dan mengawal segala aktiviti pembelajaran. Dalam aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting sedangkan

    murid hanya berperanan sebagai penonton sahaja. Bentuk komunikasi dan

    interaksi diantara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan

    murid banyak mendengar. Ciri kepimpinan guru juga bersifat autokratik.

    Murid-murid tidak berpeluang menyumbangkan pendapat mereka. Guru yang

    banyak bertindak dan memberi arahan. Strategi pengajaran dan pembelajaran

    pula lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru. Penyebaran

    ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyebaran nilai-nilai murni

    dan perkembangan emosi oleh guru.

    Strategi ini mementingkan pencapaian murid-murid berdasarkan keputusan

    ujian dan peperiksaan. Teknik guru mengajar adalah tertumpu kepada

    penyampaian fakta-fakta. Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan

    menghafal. Justeru itu, murid kurang berupaya membuat interpretasi.

    Interaksi diantara murid juga pasif dan sifat-sifat social positif kurang

    dipupuk. Strategi ini mementingkan pengolahan kaedah keseluruhan kelas.

    Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian oleh

    guru. Akibatnya, dibawah strategi ini, murid-murid menjadi kurang kreatif

    dan berinisiatif. Strategi ini menggunakan persembahan bahan dalam

    langkah-langkah kecil dan sistematik dengan hentian untuk menyemak

    pemahaman murid. Strategi pemusatan guru mengandungi pengajaran yang

    mempunyai langkah-langkah kecil yang menegaskan latihan amali murid

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    22/51

    selepas setiap langkah. Peranan guru ialah menyampaikan bahan, membimbing

    murid pada sesi awal latihan amali dan membekalkan setiap murid dengan

    amali yang lebih tinggi dan kerap.

    Strategi pemusatan murid pula menunjukkan murid memainkan peranan penting

    dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini menjadikan murid sebagai

    fokus utama dalam proses pembelajaran. Murid-murid digalakkan melibatkan

    diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah

    kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah,

    bermain, simulasi dan lain-lain. Strategi ini mungkin lebih sesuai apabila

    maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan melalui strategi

    pemusatan guru dan apabila matlamat pengajaran merangkumi kemahiran

    kreatif dan kritikal. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid

    memainkan peranan penting, sedangkan guru hanya sebagai pembimbing kepada

    murid. Komunikasi dan interaksi diantara guru dan murid adalah dua hala.

    Guru menggunakan kaedah menyoal dan membimbing murid supaya berfikir dan

    bertindakbalas memberi jawapan. Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik

    dan murid sentiasa digalakkan memberikan pendapat mereka untuk mencapai

    objektif pembelajaran murid. Guru mengamanahkan tanggungjawab yang lebih

    kepada murid.

    Strategi ini lebih berkesan dalam mengembangkan kebolehan murid dalam

    mengaplikasikan konsep dan sikap positif, menggalakkan motivasi,

    mengembangkan penyuburan diri dan menggalakkan kemahiran sosial

    berkumpulan. Strategi ini menimbulkan dan mewujudkan persekitaran kelas

    yang membolehkan murid dapat berinteraksi dengan guru dan murid lain.

    Strategi pemusatan berasaskan bahan terbahagi kepada dua kategori iaitu

    bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan-bahan yang digunakan adalah

    seperti carta, graf, peta, spesimen, model gambar, slaid video, perakam

    pita dan projektor. Bahan yang lebih canggih adalah pakej pembelajaran

    berasaskan komputer, CD ROM, komputer multimedia, caker padat interaktif,

    bahan daripada internet, persidangan tele dan persidangan video. Strategi

    ini memupuk sifat-sifat social yang positif khasnya apabila murid dan guru

    berkongsi sumber dan bahan. Murid akan mendapat pengalaman realistik

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    23/51

    kerana dapat melihat situasi sebenar atau bahan maujud dan konkrit serta

    boleh menjadikan proses pengajaran lebih bermakna. Interaksi yang berlaku

    dalam bilik darjah banyak hala iaitu antara guru dengan bahan, bahan

    dengan murid dan guru dengan murid dan bahan. Strategi ini mengutamakan

    kecekapan dan kemahiran murid dalam memanipulasikan pelbagai jenis bahan.

    Strategi ini sesuai digunakan guru kerana ia menekankan perkembangan

    jasmani, kognitif dan rohani murid. Pembelajaran berasaskan sumber sangat

    berguna dalam membantu guru menghadapi murid pelbagai keperluan serta

    menyediakan pelbagai wahana untuk murid belajar pada kadar masing-masing

    pada setiap masa dan tempat.

    Guru yang menggunakan strategi berasaskan tugasan melibatkan murid dalam

    aktiviti atau memberi peluang untuk mengamalkan dan mengaplikasikan apa

    yang sedang mereka belajar. Aktiviti atau tugasan tersebut membuka peluang

    kepada murid menerima bimbingan, pelbagai strategi mempermudahkan tugasan

    atau scaffolding bentuk lain yang diperlukan untuk membolehkan mereka

    melaksanakan tugasan dengan jaya. Aktiviti yang dipilih dengan bijak perlu

    disampaikan dengan berkesan, dipantau dan diteruskan sekiranya inginkan

    kesan maksimum. Justeru itu, guru perlu menyediakan murid dengan

    memberikan bimbingan dan maklum balas semasa aktiviti dan menstruktur

    refleksi pasca aktiviti selepas sesuatu aktiviti.

    Semasa memperkenalkan aktiviti, guru perlu menekankan tujuannya dengan

    cara yang boleh membantu murid melibatkan diri dalam aktiviti tersebut

    dengan idea yang jelas akan matlamat yang ingin dicapai. Kebanyakan

    tugasan bersama dengan murid akan memberi maklum balas tentang persembahan

    mereka dan mengukuhkan idea utama dengan mengaitkan kepada matlamat

    keseluruhan. Antara tugasan yang boleh diberikan ialah berlakon, menyanyi,

    membuat model, perbahasan dan perbincangan.

    Strategi Pembelajaran

    Guru digalakkan untuk menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan

    pembelajaran untuk mengoptimumkan pembelajaran. Strategi yang dicadangkan

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    24/51

    berasaskan pada satu kontinum dari pemusatan guru pemusatan murid.

    Strategi yang dipilih untuk pengajaran dan pembelajaran efektif mesti

    memenuhi keperluan pelajar dan ia sesuai dengan iklim sekolah. Antara

    jenis-jenis strategi bagi strategi pembelajaran ialah strategi direktif,

    strategi pemerhatian, strategi mediatif, strategi generatif, strategi

    kolaboratif, strategi “Outside-context” dan strategi metakognitif.

    Strategi direktif memerlukan murid belajar melalui penerangan tentang

    konsep atau kemahiran oleh guru dan kemudian diikuti oleh ujian kefahaman

    dan latihan dengan bimbingan guru. Contohnya adalah seperti melalui kuliah

    dan latih tubi.

    Strategi pemerhatian pula memerlukan murid belajar dengan memerhati

    perbuatan orang lain atau perlakuan sesuatu kemahiran. Antaranya adalah

    seperti demonstrasi dan model.

    Strategi mediatif ialah murid belajar melalui interaksi yang dirancang

    oleh guru untuk menolong murid. Pertama, ianya memerlukan murid belajar

    bagaimana untuk mengaplikasi pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.

    Kedua, membuat keputusan. Ketiga, mengenalpasti andaian dan keempat,

    menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis. Contohnya ialah

    ‘dialectical reasoning’, ‘concept attainment’, ‘concept formation’,

    ‘inquiry training’ dan ‘open-ended discussion’.

    Strategi generatif pula menggalakkan murid menjana idea kreatif dan

    kritis. Ia membantu murid menyelesaikan masalah secara kreatif dengan

    menggunakan idea asli atau unik. Contohnya melalui sumbangsaran, peta

    minda, ‘synectics’, pemikiran lateral dan kreatif serta metafora.

    Strategi kolaboratif pula memerlukan murid bekerjasama dalam kumpulan

    untuk menyelesaikan masalah iaitu melalui pembelajaran koperatif.

    Strategi ‘Outside-context’ ialah murid belajar melalui aktiviti yang

    berfokus dan intensif dalam satu tempoh masa melalui seminar, bengkel dan

    projek.

    Strategi metakognitif pula memerlukan murid memikirkan tentang proses

    pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri.

    Antara contoh-contoh soalan yang boleh difikirkan adalah seperti:

    Bagaimana saya boleh mempertingkatkan prestasi saya?

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    25/51

    Apakah yang saya telah belajar?

    Apakah bantuan yang saya perlukan?

    PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

    Definisi

    Perkataan kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa

    Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) membawa maksud

    mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan,

    situasi dan kejadian. Secara umum, kontekstual membawa dua erti iaitu yang

    pertama, yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung serta

    mengikut konteks. Erti yang kedua ialah yang membawa maksud, makna dan

    kepentingan.

    Oleh itu, pembelajaran secara kontekstual iaitu kaedah atau strategi yang

    dilihat berwibawa untuk mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang

    harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

    Konsep Pembelajaran Kontekstual

    Pembelajaran secara kontekstual adalah strategi pengajaran dan

    pembelajaran yang menggabungkan isi pelajaran dengan pengalaman harian

    individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Dengan demikian pembelajaran akan

    lebih bermakna bagi murid jika maklumat disampaikan dalam konteks yang

    pelbagai dan bermakna kepada murid seperti dari segi konteks budaya,

    fizikal, sosial, fizikal dan psikologi. Kaedah ini menyediakan

    pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-

    on. Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran

    untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Contoh persekitaran adalah

    seperti di dalam bilik darjah, makmal, di tempat kerja dan semasa

    menjalani kehidupan seharian.

    Pembelajaran kontekstual ini hanya berlaku apabila murid dapat memproses

    maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka

    minda mereka. Pembelajaran ini juga lebih berkesan jika maklumat

    disampaikan dalam konteks yang pelbagai iaitu dari segi fizikal, budaya,

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    26/51

    sosial serta psikologi dan bermakna kepada murid.

    Pendekatan kontekstual juga merentas pelbagai disiplin ilmu seperti ilmu

    matematik, sains, bahasa, teknologi maklumat, komunikasi, kemanusiaan,

    teknikal dan vokasional.

    Kepentingan Pembelajaran Secara Kontekstual Dalam Pengajaran dan

    Pembelajaran

    Pembelajaran kontekstual sangat penting atau perlu dalam pengajaran dan

    pembelajaran kerana murid-murid di dalam bilik darjah mempunyai pelbagai

    jenis kecerdasan. Pendekatan kontekstual ini menggalakkan guru memilih dan

    membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan pengalaman-pengalaman

    yang mereka lalui seberapa banyak yang boleh. Pengalaman-pengalaman yang

    dilalui termasuklah dari aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah

    mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Melalui persekitaran

    sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak

    dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Penghayatan konsep

    diperolehi melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan.

    Dengan ini, murid dapat mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui

    pengalaman sendiri.

    Cara tradisional tidak menggalakkan pembelajaran yang mampu membina minda

    pelajar ke arah pemikiran saintifik seperti mana yang dirasakan amat perlu

    dikuasai setiap pelajar bagi membolehkan mereka menghayati pelajaran

    sebagai budaya kehidupan seharian.

    Cara penyampaian guru menggunakan kaedah kontekstual secara langsung dan

    terus, sama ada secara sedar atau tidak, mahu atau tidak mahu, akan

    membantu guru mengajar dan membantu pelajar mempelajari setiap

    matapelajaran secara berkesan.

    Pembelajaran kontekstual juga mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran

    yang boleh diaplikasikan oleh murid yang mempunyai pelbagai jenis tahap

    kecerdasan.

    Proses “REACT” Dalam Pembelajaran Secara Kontekstual

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    27/51

    Menurut modul yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2001),

    pelajar akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran berikut:

    R (relating / menghubungkait) iaitu pelajar belajar dalam konteks

    menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.

    E (experiencing / mengalami) iaitu pelajar belajar dalam konteks

    penerokaan, penemuan dan reka cipta.

    A (applying / mengaplikasikan) iaitu pelajar belajar dalam konteks

    bagaimana

    pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain.

    C (cooperating / bekerjasama) iaitu pelajar belajar dalam konteks

    bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi.

    T (transferring / memindahkan) iaitu pelajar belajar dalam konteks

    pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang

    diketahui.

    Prinsip REACT adalah amat penting untuk difahami oleh guru dalam

    melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Menurut Noor

    Azizah (2002), elemen menghubung kait iaitu ‘Relating’ bermakna

    mempelajari sesuatu dalam konteks pengalaman hidup. Kurikulum yang cuba

    menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan

    perhatian murid kepada taakulan, peristiwa dan situasi harian. Kemudiannya

    taakulan, peristiwa dan situasi harian itu dikaitkan dengan maklumat baru

    untuk menyelesaikan sesuatu masalah (Noor Azizah, 2002). Murid juga

    digalak dan dibimbing untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa

    yang dipelajari atau yang akan dipelajari.

    ‘Experincing’ atau elemen mengalami adalah merujuk kepada pembelajaran

    aktif murid itu sendiri yang mengalami atau membentuk pengalaman mereka.

    Prinsip ini penting untuk murid meneroka dan menemukan pengetahuan dengan

    sendiri dan dapat membuat perkaitan melalui pengalaman yang dialami.

    Walaupun murid-murid dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan

    pembelajaran seperti aktiviti berasaskan teks, video dan lain-lain, tetapi

    bentuk ini masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif (Noor Azizah,

    2002).

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    28/51

    Prinsip REACT yang ketiga ialah aplikasi atau ‘Applying’. Alikasi adalah

    berdasarkan kepada aktiviti pekerjaan dalam pembelajaran kontekstual (Noor

    Azizah, 2002). Guru harus memastikan murid dapat melihat perkaitannya

    antara yang dipelajari didalam bilik darjah dengan dunia luar. Menurutnya

    lagi, sekolah boleh melakukan aktiviti seperti dalam teks, video, makmal,

    amali, lawatan kilang, ‘mentoring’ dan latihan kerja.

    Elemen seterusnya ialah ‘Cooperating’ iaitu bekerjasama. Pengalaman

    bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan murid mempelajari bahan

    pelajaran, malah ia juga konsisten dengan fokus dunia tentang pengajaran

    kontekstual (Tan, 2003). Melaluinya, selain daripada murid mendapat

    pengetahuan, mereka juga dapat belajar untuk ‘cope’ dengan pelbagai

    situasi seperti pembahagian tugas, kawalan emosi semasa perbincangan,

    semasa membentang dan seumpamanya. Kemahiran interpersonal yang merupakan

    salah satu daripada kecerdasan pelbagai juga dapat digilap. Sekaligus,

    potensi murid dapat diperkembang dengan lebih menyeluruh merangkumi

    pelbagai aspek.

    Yang terakhir sekali, elemen ‘Transfering’ iaitu memindahkan. Secara

    lazimnya, kebanyakan murid menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa

    sebarang kaitan dengan pengetahuan yang sedia ada. Jadi, pemindahan

    pembelajaran yang lepas adalah penting dan bagi menggalakkan pemindahan

    ini, tindak balas dari murid adalah mustahak (Noor Azizah, 2002). Menurut

    Ng (1999) dan Tan (2003), pendekatan ini menyerupai aspek menghubung kait

    iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui. Secara

    tradisinya, kebanyakan murid menghadapi situasi pembelajaran yang baru

    tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Guru boleh membantu

    meningkatkan semangat dan keyakinan murid dengan menyediakan titian yang

    dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah

    diketahui oleh murid iaitu melalui proses pemindahan.

    Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), elemen ‘Transfering’

    melibatkan murid belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada. Mereka akan

    memindahkan pengetahuan tersebut samada menggunakan ataupun membina

    daripada apa yang diketahui. Contohnya murid menggunakan Teorem Pythogoras

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    29/51

    untuk membuat sudut tegak gelanggang permainan. Aktiviti seperti

    pertandingan rekacipta umpamanya dapat memupuk elemen ini kepada murid

    apabila murid menggunakan konsep atau pengetahuan mereka untuk mencipta

    ciptaan baru mahupun memperelok benda yang sudah ada.

    KEMAHIRAN BERFIKIR

    Definisi

    Costa (1985), mengatakan pemikiran sebagai proses penerimaan rangsangan

    luar oleh minda melalui deria-deria yang kemudiannya diproses dan

    digunakan. Menurut Dewey (1933), menganggap pemikiran sebagai usaha

    memeriksa dan menimbang sesuatu butir maklumat dengan teliti berdasarkan

    criteria tertentu. Sigel (1984) pula mengatakan pemikiran meliputi

    aktiviti seperti refleksi pengkonsepan dan penyelesaian masalah.

    Pressiesen (1987) mengatakan pemikiran sebagai aktiviti mental di mana

    pengetahuan diperolehi dan diolah melalui proses penaakulan. Beyer (1992),

    menerusi “Functional Thinking Model” melabelkan berfikir dalam domain

    kognitif yang pelbagai aras. Aras terendah merupakan kebolehan mengingat

    dan menyimpan data diikuti kebolehan memproses dan penaakulan. Aras ketiga

    menerangkan kebolehan kemahiran kritis dan kreatif dan aras tertinggi

    sekali menentukan kebolehan seseorang menyelesaikan masalah dan membuat

    keputusan. Keseluruhan proses kognisi ini dikawal oleh satu lagi proses

    iaitu metakognisi.

    Som Hj Nor dan Dahalan Mohd Ramli (1998), merumuskan pemikiran sebagai

    proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap

    sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan danmembuat

    pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

    dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang

    dialami.

    Kepentingan Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    Dari aspek pendidikan, kemahiran belajar akan mempengaruhi cara

    pembelajarannya sama ada kepantasan serta keberkesanan pembelajarannya.

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    30/51

    Kajian-kajian tentang berfikir menunjukkan bahawa murid yang dilatih untuk

    berfikir mempunyai perkembangan positif terhadap pembelajarannya.

    Kemahiran berfikir berupaya meningkatkan penguasaan pengetahuan dan

    meningkatkan motivasi dalam diri murid. Peningkatan motivasi untuk belajar

    dengan cara tidak langsung membantu kemahiran berfikir.

    Selain itu, semua negara tidak terlepas daripada perubahan dan

    perkembangan pesat. Maka dengan itu, Malaysia memerlukan rakyatnya

    berkeupayaan dan berkuasa untuk berfikir selari dengan pembangunan negara

    dan dunia sekarang. Jika rakyat tiada kemahiran ini, segala hasrat

    kerajaan tidak akan tercapai dan negara akan menjadi hamba negara maju.

    Kemahiran berfikir juga penting untuk memenuhi tuntutan Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan “….mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

    segi intelek, rohani, jasmani dan emosi (JERI)”. Aspek JERI ini bertujuan

    melahirkan individu yang bijaksana dan bermoral. Bagaimana ia boleh

    tercapai? Dalam kemahiran berfikir, ada disentuh tentang akal dan hati

    dimana pemikiran yang baik ialah pemikiran yang telah mengambil kira

    kedua-dua akal dan hati.

    Latihan kemahiran berfikir juga diperlukan dewasa ini sebagai usaha dalam

    menjayakan konsep terkini negara seperti KBSR, KBSM, Sekolah Bestari yang

    mahukan murid berkemampuan bukan sahaja dari segi intelek, malah dalam

    kemahiran berkomunikasi, berfikir secara kritis dan kreatif, menyelesaikan

    masalah dan membuat keputusan.

    Kemahiran berfikir juga penting dalam merealisasikan Wawasan 2020 yang

    bertujuan membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju dan sejahtera.

    Terdapat pelbagai cabaran untuk mencapai wawasan ini antaranya mewujudkan

    masyarakat berjiwa bebas, gagah dalam menghadapi masalah, membangunkan

    negara yang demokratik, membentuk masyarakat bermoral dan beretika,

    liberal, saintifik dan progresif. Untuk menangani cabaran-cabaran ini,

    cara berfikir dan strategi berfikir yang lebih sesuai dan serasi perlu

    ditemui.

    Berdasarkan keperluan ini, Khalid Mohd Nor dan Mohd Amir Sharifuddin telah

    menyarankan satu strategi berfikir yang memerlukan pemindahan paradigm dan

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    31/51

    berfikir secara tradisional kepada berfikir secara lebih kreatif,

    membangun, meneroka dan proaktif. Penekanan ini perlu kepada

    perekabentukan, percambahan idea dan kemahiran berfikir. Hasrat Wawasan

    2020 jelas menerangkan kepentingan belajar dan mengajar kemahiran berfikir

    kepada individu yang kita damping. Justeru itu, semua pihak harus

    mengembeling tenaga untuk menjana pemikiran yang kritis dan kreatif ini

    terhadap individu pelajar sejak kecil lagi.

    Model Kemahiran Berfikir

    Model kemahiran berfikir yang telah dicipta oleh Pusat Perkembangan

    Kurikulum dikenali sebagai Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

    (KBKK). Dalam model ini kemahiran berfikir dikategorikan kepada empat

    kategori yang saling berkait antara satu sama lain. Model ini

    digambarajahkan seperti dalam rajah dibawah.

    KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS

    Maksud Kemahiran Berfikir Kritis

    Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan

    minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti

    kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang

    wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Kemahiran-kemahiran mikro dalam

    kemahiran ini ialah:

    Membanding beza

    Membuat kategori

    Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan

    Menerangkan sebab

    Menyusun mengikut urutan

    Membuat ramalan

    Mengusul periksa andaian

    Membuat inferens.

    Kepentingan Kemahiran Berfikir Kritis

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    32/51

    Kemahiran berfikir kritis begitu penting kerana murid-murid diajar

    berfikir secara kritis; belajar cara menyoal; iaitu, bila hendak menyoal

    dan jenis soalan yang hendak ditanya dan belajar bagaimana menaakul;

    iaitu, bila menggunakan penaakul dan kaedah penaakul yang hendak

    digunakan. Dalam proses pemikiran kritikal ini, murid perlu memahirkan

    diri mereka dalam beberapa aspek. Antaranya ialah:

    mahir dalam menyatakan sesuatu kenyataan dengan jelas.

    berkemahiran untuk mencari jawapan kepada sesuatu persoalan

    menumpukan kepada beberapa isi-isi penting

    fikiran terbuka

    Tiga Proses Dalam Kemahiran Berfikir Kritis

    1) Kemahiran Membanding dan Membeza

    Kemahiran membanding beza bermaksud kemahiran berfikir yang membolehkan

    kita meneliti perbezaan dan persamaan dua atau lebih perkara. Perkara yang

    dikaji boleh merupakan objektif, peristiwa, idea organisma dan sebagainya.

    Contohnya, membanding beza lori dengan kereta atau ayat pasif dengan ayat

    aktif. Proses banding beza ini juga tidak berdiri dengan sendiri kerana ia

    sebahagian daripada proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan

    ekoran daripada melihat perbezaan ini.

    Tujuan membanding beza dilakukan adalah untuk menganalisis ciri-ciri yang

    sepadan dan tidak sepadan dan cuba merangka implikasi daripada analisis

    tersebut. Selain itu, kemahiran ini dapat membantu kemahiran mikro lain

    seperti mengorganisasi, membuat definisi dan membuat analogi. Hasil

    daripada aktiviti ini seharusnya dapat membantu kita membuat keputusan

    yang bijaksana.

    2) Kemahiran Mengklasifikasi

    Kemahiran mengklasifikasi adalah merupakan kemahiran berfikir dalam

    mengelompokkan sebilangan perkara dalam kategori tertentu mengikut ciri-

    ciri tertentu yang boleh diperhatikan. Contohnya, mengkategori jenis

    sayur-sayuran, kenderaan, nutrient makanan dan alat-alat muzik.

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    33/51

    Tujuan mengkategori atau mengklasifikasi ialah membantu kita mengenal

    sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Dalam zaman ledakan maklumat ini,

    keupayaan kita untuk mengumpul, mencari dan menyenarai dan mengkategori

    maklumat dapat membantu kita menyusun dan mengatur maklumat dengan lebih

    sistematik dan teratur

    3) Kemahiran Membuat Urutan

    Kemahiran membuat urutan adalah mengatur perkara-perkara mengikut satu

    susunan berdasarkan criteria yang bermakna. Perkara yang dikaji boleh

    merupakan sesuatu objek, organisma, idea atau institusi.

    Tujuannya adalah untuk mengesan mana-mana perkara yang disusun mengikut

    turutan dapat dijalankan dengan senang, cepat dan ekonomik. Objek-objek

    yang disusun mengikut urutan dapat disimpan didalam ruang yang memadai.

    Sebarang objek yang hilang dapat dikesan dengan cepat. Sesuatu peristiwa

    yang telah berlaku seperti kemalangan dapat ditinjau semula supaya sebab

    kemalangan dan siapakah yang bertanggungjawab dapat dikenalpasti. Semasa

    menyusun tugas secara urutan, kita boleh mengutamakan tugas yang lebih

    penting.

    Aktiviti Murid Berfikir Secara Kritis

    Aktiviti Kemahiran Menyusun Mengikut Turutan

    Murid perlu membuat menyusun cara memberi bantuan mula bagi apabila

    melecur:

    Sapukan ubat luka.

    Sapukan antiseptik bagi mencegah pembiakan bakteria

    Tampalkan plaster bagi menutup luka

    Cuci luka dengan air bersih.

    Jawapan diatas akan disusun menjadi:

    1. Cuci luka dengan air bersih.

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    34/51

    2. Sapukan antiseptik bagi mencegah pembiakan bakteria

    3. Sapukan ubat luka

    4. Tampalkan plaster bagi menutup luka.

    Lembaran Kerja Kemahiran Berfikir Kritis (1) (Mengkelas)

    Kenalpasti ciri-ciri diatas dan cuba kelaskan mengikut jantina.

    Lelaki

    1) ………………………………………………………………………………………………

    ………………………………………………………………………………………………

    2) ………………………………………………………………………………………………

    ………………………………………………………………………………………………

    3) ………………………………………………………………………………………………

    ………………………………………………………………………………………………

    Perempuan

    1) ………………………………………………………………………………………………

    ………………………………………………………………………………………………

    2) ………………………………………………………………………………………………

    ………………………………………………………………………………………………

    3) ………………………………………………………………………………………………

    ………………………………………………………………………………………………

    Lembaran Kerja Kemahiran Berfikir Kritis (2) (Membuat inferens)

    1) Perhatikan situasi diatas.

    2) Nyatakan mengapa situasi sedemikian terjadi?

    ……………………………………………………………………………………………………

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    35/51

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    36/51

    kepentingan menguasai kemahiran berfikir secara kreatif iaitu:

    Untuk memupuk dan mewujudkan pemikiran yang baik dan berkesan.

    Untuk mengamalkan budaya berfikir secara kreatif

    Untuk mengelakkan kesilapan dalam berfikir

    Meningkatkan kualiti dalam berfikir

    Tiga Proses Dalam Kemahiran Berfikir Kreatif

    1) Menjana Idea (Sumbangsaran)

    Menjana idea adalah menghasilkan idea-idea baru yang dapat digunakan untuk

    menyelesaikan sesuatu masalah atau menghasilkan ciptaan baru.

    Ia bertujuan untuk membolehkan kita memikirkan sebab-sebab yang mungkin

    bagi sesuatu perkara. Ia juga menyenaraikan kemungkinan-kemungkinan

    pilihan dan penyelesaian untuk dipertimbangkan sebelum membuat keputusan

    dan menyelesaikan masalah.

    Kita juga dapat belajar menjana idea-idea sendiri supaya tidak perlu

    bergantung kepada orang lain sebelum membuat pilihan.

    2) Mencipta Metafora

    Mencipta metafora menggunakan bahasa figuratif untuk menerangkan makna

    sesuatu perkara. Metafora menegaskan ciri-ciri sesuatu objek, orang atau

    peristiwa dengan menggunakan sesuatu perkara lain yang beranalogi untuk

    menerangkan ciri-ciri dengan jelas dan dramatis. Apabila kita mencipta

    metafora, kita sebenarnya menggunakan suatu analogi secara figuratif.

    Ini bertujuan untuk membolehkan kita memikirkan sebab-sebab yang mungkin

    bagi sesuatu perkara. Ia juga menyenaraikan kemungkinan-kemungkinan

    pilihan dan penyelesaian untuk dipertimbangkan sebelum membuat keputusan

    dan menyelesaikan masalah. Ia membolehkan kita belajar menjana idea-idea

    sendiri supaya tidak perlu bergantung pada orang lain sebelum membuat

    pilihan.

    3) Mencipta analogi

    Mencipta analogi ialah kemahiran untuk membentuk kefahaman tentang sesuatu

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    37/51

    konsep secara mengaitkan konsep itu dengan konsep lain, yang mempunyai

    ciri yanga serupa.

    Tujuan membuat analogi ialah untuk membantu kita memahami sesuatu yang

    abstrak dengan mengaitkan sesuatu yang konkrit yang agak serupa.

    Contohnya, kita bandingkan sebatang pokok dengan sebuah keluarga. Pokok

    perlu disiram air, dibaja dan dicantas supaya subur dan mengeluarkan

    hasil. Begitu juga dengan keluarga, perlu diberi kasih sayang, makanan,

    pakaian dan perhatian supaya bahagia. Analoginya ialah keluarga yang

    bahagia adalah seperti pokok yang sihat.

    Aktiviti Murid Berfikir Secara Kreatif

    Aktiviti Kemahiran Membuat Keputusan

    BERHENTI MEROKOK!!!

    1. Kenalpasti alternatif-alternatif yang boleh diambil bagi membuat

    keputusan.

     ________________________________________________________________________ 

     ________________________________________________________________________ 

    2. Apakah kesan atau akibat dijangka timbul apabila alternatif

    dilaksanakan, sama ada baik atau buruk.

     ________________________________________________________________________ 

     ________________________________________________________________________ 

    3. Nyatakan pilihan yang terbaik.

     ________________________________________________________________________ 

     ________________________________________________________________________ 

    4. Apakah kriteria utama pilihan tersebut dibuat?

     ________________________________________________________________________ 

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    38/51

     ________________________________________________________________________ 

    5. Apakah keputusan terbaik bagi memenuhi matlamat.

     ________________________________________________________________________ 

     ________________________________________________________________________ 

    Lembaran Kerja Kemahiran Berfikir Secara Kreatif (1) (Penyelesaian

    Masalah)

    1) Apakah masalahnya?

     ________________________________________________________________________ 

     ________________________________________________________________________ 

    2) Apakah masalah utama dan apakah masalah sampingan?

     ________________________________________________________________________ 

     ________________________________________________________________________ 

    3) Bagaimana cara untuk mengatasi masalah?

    - Masalah utama :_________________________________________________________ 

     _________________________________________________________________ 

    - Masalah sampingan: _____________________________________________________ 

     _________________________________________________________________ 

    4) Apakah cara penyelesaian terbaik?

     _______________________________________________________________________ 

     _______________________________________________________________________ 

    5) Adakah cara penyelesaian itu berkesan selepas dilaksanakan?

     ________________________________________________________________________

     ________________________________________________________________________ 

    Lembaran Kerja Kemahiran Berfikir Secara Kreatif (1) (Membuat analogi)

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    39/51

    1) Bandingkan dua item atau perkara yang tidak sama diatas.

    2) Cari sifat-sifat yang sama yang boleh dihubungkaitkan.

     __________________________________________________________________________ 

     __________________________________________________________________________ 

     __________________________________________________________________________ 

     __________________________________________________________________________ 

     __________________________________________________________________________ 

     __________________________________________________________________________ 

     __________________________________________________________________________ 

     ______________________ 

    3) Nyatakan hubungkait sebagai metafora.

     __________________________________________________________________________ 

     __________________________________________________________________________ 

     __________________________________________________________________________ 

     __________________________________________________________________________ 

     __________________________________________________________________________ 

     __________________________________________________________________________ 

     __________________________________________________________________________ 

     ______________________ 

    PENUTUP

    Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) yang bijak dapat

    menyediakan generasi kini untuk menghadapi kehidupan yang mencabar dunia

    yang berteknologi tinggi dan berpelbagai budaya. Kepentingan menguasai

    KBKK adalah termasuk :

    Mengelakkan Kesilapan Berfikir

    Empat jenis kesilapan berfikir yang umum dan harus dielakkan adalah

    berfikir secara:

     Terburu-buru iaitu tanpa menggunakan masa untuk meneliti unsur-unsur yang

    terlibat.ϖ

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    40/51

     Sempit iaitu tanpa menggunakan maklumat yang mencukupi dan relevan.ϖ

     Kabur iaitu tanpa mengorganisasikan maklumat dan pemikiran secara jelas.ϖ

     Bercelaru iaitu tanpa mempertimbangkan semua factor secara sistematik dan

    teratur.ϖ

    Meningkatkan Pemikiran Secara Kritis dan Kreatif

    Pemikiran yang kritis dan kreatif dapat dipelajari sekiranya latihan yang

    secukupnya diadakan. Tiga prinsip pengajaran pembelajaran KBKK adalah :

     Pengajaran berfikir dijalankan secara eksplisit, jelas, tersurat dan

    nyata supaya murid-murid sedar tentang proses berfikir yang dialami.ϖ

     Suasana bilik darjah yang penuh dengan timbang rasa supaya murid-murid

    menghargai pemikiran yang bijak.ϖ

     Kemahiran berfikir disebatikan dalam pengajaran kandungan supaya murid-

    murid dapat memikirkan apa yang dipelajari.ϖ

    Memperkembangkan Daya Intelek

    Pengajaran pembelajaran KBKK dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

    (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah sesuai

    dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang

    dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Peningkatan

    KBKK juga sesuai dengan konsep Sekolah Bestari yang membolehkan murid-

    murid menguasai pelajaran mereka berdasarkan sifat-sifat individu sendiri.

    Memupuk Pembelajaran Berdaya Fikir

    Murid-murid mempunyai pengetahuan awal tentang alam sekitar sebelum

    mengikut pendidikan persekolahan. Untuk meningkatkan pengetahuan mereka,

    mereka harus menilai, mengkritik, mengubahsuai dan membina semula

    pemahaman mereka secara aktif dalam pemikiran mereka. Oleh itu, penguasaan

    KBKK dapat memupuk pembelajaran berdaya fikir.

    Merealisasikan Wawasan 2020

    Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia, sewaktu melancarkan

    Wawasan 2020 pada 20 Februari 1991, telah menyatakan bahawa apa yang lebih

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    41/51

    penting kepada kita semua ialah apa yang berada di antara dua telinga: the

    brain power atau kuasa otak, bukan apa yang berada di antara dua bahu: the

    brawn power atau kuasa otot, atau apa yang berada di antara dua tapak

    kaki: the natural resources atau sumber semulajadi.

    Kepentingan Global, Nasional dan Individu

    Zaman ini adalah zaman persaingan kekuatan minda dan fikiran. Ledakan

    maklumat telah menyebabkan situasi di mana bagaiman menguasai pengetahuan

    lebih penting daripada apa yang dikuasai. Oleh itu, persaingan global yang

    hebat telah menyebabkan negara kita melancarkan rancangan Multimedia Super

    Corridor (MSC), di mana kekuatan minda akan membolehkan negara kita

    mendahului negara-negara yang lain dalam abad ke-21.

    Pendidikan kesihatan – konsep, matlamat dan objektif

    Konsep pendidikan kesihatan-

    Pendidikan Kesihatan merupakan satu aktiviti penting yang biasa diambil untuk

    menggalakkan kesihatan. Ia adalah komunikasi maklumat yang membolehkanorang untuk membuat keputusan untuk mengikuti aktiviti-aktiviti berkaitan

    kesihatan di semua peringkat hidup yang kondusif untuk kesihatan yang betul.

    Ia adalah berkenaan dengan komunikasi dalam bidang-bidang yang berkaitan

    dengan bekalan air, kebersihan, kesihatan masyarakat, kesihatan mental, kawalan

    penyakit, kebersihan diri, kitaran pengurusan bencana, mengurangkan risiko

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    42/51

    penyakit berjangkit yang penghantaran, pemakanan yang betul, alkohol dan

    dadah, kemalangan dan pertolongan cemas dan lain-lain.

    Matlamat Pendidikan Kesihatan hendaklah-

    1. Membantu pelajar untuk mengasimilasikan badan jika pengetahuan yang

    bersesuaian untuk pendidikan kesihatan.

    2. Mendedahkan pelajar kepada pelbagai aktiviti dan pengalaman yang berkaitan

    dengan pendidikan kesihatan.

    3. Membantu individu membangunkan pemahaman yang kukuh pembangunan

     jumlah mereka dan membolehkan mereka untuk mencapai self-images yang

    positif.

    4. Menyediakan peluang untuk pelajar membuat keputusan peribadi yang

    berkaitan dengan pembangunan Intelek, fizikal dan emosi mereka.

    5. Membolehkan pelajar untuk mengalami hubungan sosial yang akan

    menggalakkan tingkah laku yang wajar, kepimpinan dan kerjasama dengan orang

    lain.

    Objektif pendidikan jasmani-

    Bagi pelajar-

    1. Sikap positif terhadap kecergasan fizikal dan kesihatan yang baik.

    2. Sistem nilai peribadi dan memuaskan hubungan dengan rakan sebaya.

    3. meningkatkan kesedaran diri dan konsep diri yang positif.

    4. kemerdekaan, kesalingbergantungan dan rasa tanggungjawab.

    5. Pemahaman isu-isu seksualiti manusia.

    6. Kefahaman tentang konsep dan maklumat fakta yang sesuai.

    Bagi pesakit-pesakit dan orang awam-

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    43/51

    1. Meningkatkan kesedaran penyakit itu adalah masalah kesihatan awam yang

    penting.

    2. Untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap gejala-gejala dan tanda-

    tanda penyakit.

    3. Untuk meningkatkan pengetahuan dan sikap pesakit mengenai pengesanan,

    rawatan dan kawalan penyakit.

    4. Untuk menggalakkan keluarga dan komuniti pendidikan bahan penting untuk

    tabiat gaya hidup yang positif.

    5. Untuk mewujudkan kesedaran awam tentang kesan-kesan sakit = arak, rokok

    dan dadah, dan sebagainya.

    Untuk profesional kesihatan-

    1. Meningkatkan pengetahuan, sikap dan kemahiran profesional kesihatan semua

    mengenai tanda, simptom dan strategi pengurusan bagi bahaya kesihatan bagi

    meningkatkan kawalan penyakit.

    2. Untuk menggalakkan profesional kesihatan untuk merawat pesakit dengan

    berhati-hati.

    3. Untuk membangunkan sumber dan bahan untuk kegunaan profesional

    kesihatan.

    4. Untuk menggalakkan penyelidikan seluruh dunia bagi membendung

    kemalangan.

    5. Untuk menggalakkan meneruskan program pendidikan maklumat yang tepat

    mengenai diagnosis dan rawatan penyakit

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    44/51

    ENDAHULUAN

    Datuk Dr. Abdul Shukor b Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

    dalam kata penghantarnya dalam buku Sukatan Pelajaran Pendidikan

    Kesihatan, Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999 menjelaskan bahawa

    Pendidikan Kesihatan membantu murid meningkatkan pengetahuan

    kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya

    hidup sihat.

    Kurikulum Pendidikan Kesihatan di Malaysia digubal untuk memenuhi

    keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk

    masyarakat sihat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan dibahagikan

    kepada 3 tunjang pembelajaran iaitu:-

    i.Kesihatan Diri dan Keluarga

    ii.Gaya Hidup Sihat

    iii.Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran.

    Matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan diharap dapat dicapai melalui

    tunjang yang dinyatakan. Pemahaman dan menghayati pengetahuan,

    kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid amat

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    45/51

    perlu agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat

    Malaysia. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan

    cabaran perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan

    yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan prosespengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap

    optimum.( Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 )

    2. DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN

    Wikipedia menerangkan bahawa Pendidikan Kesihatan merupakan

    suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi

    mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan

    berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula, kesihatan ialah

    satu tahap atau keadaan apabila seseorang individu itu mempunyai

    kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial, dan

    bukan semata-mata bebas daripada penyakit atau tidak upaya. Definisi

    ini melibatkan dua aspek penting dalam kesihatan, iaitu aspek negatif

    (penyakit tidak sihat, cedera, cacat, tidak upaya atau lemah ), dan aspek

    positif (kesejahteraan dari segi mental, fizikal dan sosial).

    Perkataan “kesihatan” dikatakan berasal daripada perkataan Inggeris

    lama untuk perkataanheal (hael) yang bermaksud keseluruhan

    (whole) . Ia merujuk kepada kesihatan yang menyeluruh, iaitu berkaitan

    individu secara keseluruhan termasuklah integriti, sihat atau

    kesejahteraan.

    Kesihatan bersifat holistik dan merangkumi pelbagai dimensi atau

    domain. Kesihatan holistik bermaksud mengambil kira pelbagai

    pengaruh dan interaksi dimensi-dimensi tersebut. Dimensi kesihatan

    bagi individu adalah seperti berikut :

    iKesihatan fizikal.

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    46/51

    ii Kesihatan mental

    iii Kesihatan emosi

    i+

    Kesihatan sosial

    +Kesihatan rohaniah

    +iKesihatan seksual

    Selain kesihatan individu terdapat dua lagi dimensi kesihatan yang lebih

    luas yang mempengaruhi individu iaitu :

    i.Kesihatan Masyarakat iaitu hubungan antara kesihatan dan cara

    masyarakat distruktur, disusun dan dibangunkan. Ini

    termasuklah keperluan infrastruktur asas untuk kesihatan

    ii.Kesihatan persekitaran – bermaksud persekitaran fizikal di

    mana orang ramai tinggal dan ini termasuklah perkara-

    perkara seperti perumahan, pengangkutan, kemudahan

    sanitasi dan air bersih, serta pencemaran.

    3. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN

    Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan

    pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan

    mengamalkan gaya hidup sihat.( wikipedia.org)

    Objektif pendidikan kesihatan dirancang dan digubal agar murid-murid

    boleh mencapai perkara-perkara seperti berikut :

    i.mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga,

    masyarakat dan persekitaran.

    ii.menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah

    dan isu berkaitan dengan kesihatan.

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    47/51

    iii.membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan

    pengetahuan dan pengalaman.

    iv.menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian

    v.berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupanmasyarakat secara keseluruhan.

    ( Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 )

    4. BUDAYA PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN

    Budaya pembelajaran Pendidikan Kersihatan di Malaysia adalah melalui

    penglibatan murid-murid secara penghayatan ilmu, berinteraksi dengan

    guru, rakan dan masyarakat serta penyimpanan rekod kesihatan dankegiatan murid sebagai bukit pembelajaran

    Tiga tunjang dalam Pendidikan Kesihatan iaitu yang pertama Kesihatan

    Diri dan Keluarga, ini bermakna penjagaan kesihatan diri, perasaaan

    dan kekeluargaan. Tumpuan pengajaran dan pembelajaran diberi

    kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan

    keibubapaan’

    Gaya Hidup Sihat merupakan tunjang yang kedua, dan konsep tunjang

    ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan

    menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan. Pengajaran dan

    pembelajaran memberi tumpuan kepada penyelesaian konflik,

    pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan

    bahan dan pencegahan dadah.

    Tunjang yang ketiga adalah Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran,konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan

    persekitaran dan pertolongan cemas.

    Kaedah atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam

    Pendidikan Kesihatan adalah menekankan gaya hidup sihat yang sesuai

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    48/51

    dengan ciri dan keperluan murid, dan pembelajaran adalaha melalui

    aktivitiMurid diberi peluang mempelajari pengetahuan,kemahiran dan

    nilai berkaitan dengan mata pelajaran dengan melakukan aktiviti,

    eksperimen dan amalan rutin. Murid juga perlu diberi peluang untukmeluahkan emosi, memperkembangkan proses mental dan membentuk

    perhubungan yang sihat dalam suasana yang membina.

    Murid juga diajar menguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan

    inovatif. Kemahiran berfikir yang terdapat dalam Pendidikan Kesihatan

    ini termasuklah membanding dan membeza, meneliti bahagian-

    bahagian kecil dan keseluruhan, menyusun mengikut urutan, membuat

    inferens, menjana dan menghasilkan idea, dan mencipta analogi. Matapelajaran ini juga mendidik murid membuat keputusan yang bijak dan

    menyelesaikan masalah.

    Nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan

    selaras dengan matlamat mata pelajaran ini antaranya ialah

    kebersihan,keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang

    dan kerjasama.

    5. INTERPRETASI PENDIDIKAN KESIHATAN DAN PROGRAM YANG

    BOLEH DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

    Sebagai Pentadbir atau Guru Besar pelagai program boleh

    dilaksanakan di sekolah yang berkaitan dengan Pendidikan Kesihatan.

    Kebanyakan sekolah sememangnya telah mengadakan pelbagai

    program yang merupakan program Pendidikan Kesihatan samada

    secara lansung atau tidak langsung. Selain daripada mata pelajaran

    Pendidikan Kesihatan yang diajar sebagai subjek, Pendidikan Kesihatan

    boleh diterapkan melalui pelbagai kaedah atau pendekatan. Ini

    termasuklah dalam program-program Hal-Ehwal Murid, begitu juga

    dalam program-program Kokurikulum.

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    49/51

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    50/51

    Pelbagai aktiviti boleh dirancang dan dilaksanakan di sekolah dalam

    usaha menerapkan kefahaman dan kesedaran di samping matlamat

     jangka panjang iaitu untuk menjadikan satu budaya, antaranya :-

    I.Kempen anti denggi

    II.Taklimat, ceramah & motivasi tentang tanggungjawab menjaga kebersihan

    dan kesihatan diri.

    III.Mengadakan hari kesihatan

    IV.Program anti rokok dan dadah

    V.Menceriakan tempat-tempat rekreasi & persekitaran sekolah

    VI.Menggalakkan program motivasi, amalan hidup sihat, senaman &

    permainan

    VII.Tandas bersih

    VIII.Kantin bersih & selamat

    IX.Pertandingan kelas terbersih

    X.Pameran kesihatan

    XI.Melukis poster

    XII.Kempen kebersihan

    XIII.Kitar semula

    XIV.Melukis mural

    8. RUMUSAN

    Program-Program Kesihatan yang dilaksanakan dengan terancang dan

    baik sudah tentu akan memberi kesan yang efektif kepada murid-murid

    khasnya dan sekolah secara amnya.Kawasan sekolah yang bersih dan

  • 8/15/2019 Pendapat Tokoh Math

    51/51

    ceria sudah pasti akan mwujudkan suasana pembelajaran yang

    menyeronokkan. Penekanan kepada Pendidikan Kesihatan kepada

    murid-murid, malah sebagai Guru Besar penekanannya juga harus

    kepada guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta, pengusaha kantin,

    ibubapa dan komuniti sekitar sudah pasti akan mewujudkan budaya

    sekolah yang sihat, bersih, ceria dan selamat.

    Guru Besar atau Pentabdir haruys memainkan peranan utama dalam

    menerapkan kesedaran Pendidikan Kesihatan kepada warga sekolah

    dan komniti sekitar. Program-program yang dirancang atau inigin

    dilaksanakan biarlah melibatkan semua pihak kerananya melalui

    penglibatan semua pihak baru kefahaman dan kesedaran timbul.

    Selain daripada itu pihak sekolah juga boleh memohon bantuan atau

    pertolongan komuniti dan ibubapa yang mempunyai latar yang berkaitan

    Kesihatan. Mereka boleh membantu pihak sekolah dalam program-

    program yang berkaitan. Agensi-agensi luar samada swasta atau

    kerajaan juga boleh membantu pihak sekolah dalam usaha sekolah

    untuk menjadikannya satu budaya.

    Kesimpulannya Pendidikan Kesihatan bukan hanya mengajar

    matapelajaran Pendidikan Kesihatan sebagai satu subjek malah ia

    boleh dilaksanakan dengan merangkumi pelbagai aktiviti atau program

    dalam usaha menjadikan satu cara hidup yang baik.