Pemikiran Novel

download Pemikiran Novel

of 25

Transcript of Pemikiran Novel

  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    1/25

    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

    PEMIKIRAN DALAM NOVEL-NOVEL KHADIJAH HASHIM

    MASRIZAYU MUSTAFA.

    FBMK 2006 10

  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    2/25

    PEMIKIRAN DALAM NOVEL-NOVEL K HADIJAH HASHIM

    OlehMASRIZAYU MUSTAFA

    Tesis Ini Dikem ukakan Kepada Seko lah Pengajian Siswazah Un iversiti PutraMalaysia Sebagai Memenuhi Keperluan Untuk Ijazah Master SasteraJun 2006

  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    3/25

    DEDIKASI

    Terima kasih abah dan emakHaji Mustafa Ahmad dan Hajah Zainon Abas

    Atas kasih sayang tiada penghujungMemberiku 'dunia' dan mendidikku menjadi 'rnanusia'

    Terima kasih abang dan isteriMusrizal Mustaf a dan Na f zah Ismaii

    Atas pengertian dan sumbanganMembantuku tanpa jemu dengan harapan yang satu

    Terima kasih inspirasikuZal Hazmi Musrizal

    Atas kehadiran yang kunanti kanMembakar semangat untuk meneruskan cita

    Terima kasih kaum keluargaAtas doa yang tidak pernah putusMengiringi jejakku hingga ke puncak

    Terima kasih guru-guruAtas sumbangan dan bimbingan

    Memasti kan aku beroleh ke ayaan

  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    4/25

    Abstrak tesis yang dikemukakan kepa da Senat Universiti Putra Malaysia sebaga ime men uhi keperluan untuk ijazah Master Sastera

    PEMIKIRAN DALAM NOVEL-NOVEL KHADIJAH HASHIMOleh

    MASRIZAYU MUSTAFAJun 2006

    Pengerusi :Arbai'e b in Sujud, PhDFakulti :Bahasa Moden d an Kom unikasi

    Kajian ini bertujuan untuk mendapat maklumat dan rumusan tentang pemikiran dalamnovel-novel Khadijah Hashim. Dalam menganalisis 10 buah novel Khadijah Hashimyang dijadikan bahan kajian, peneliti menggunakan pendekatan sosiologi sastera.Objektif kajian ini untuk menganalisis pemikiran yang diungkapkan oleh KhadijahHashim da lam novel-novel yang dikaji.

    Penyelidikan ini menyentuh beberapa kajian lalu, buku-buku d m kertas kerja yangmemperkatakan tentang pemikiran. Kajian ini juga menganalisis pemikiran yangmerangkumi aspek sosiobudaya, sosiopolitik dan sosioekonomi. Aspek-aspek ini ditelitiuntuk m elihat perkaitannya dengan masyarakat.

  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    5/25

    Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfilment of therequirement for the degree of Master of ArtsTHOUG HT IN KHADIJAH HASHIM'S NOVELS

    BYMASRIZAYU MUSTAFA

    June 2006

    ChairmanFaculty

    : Arbai'e bi n Sujud, PhD: Modern Languages and Communication

    The main objective of this study is to gather information and draw conclusion onKhadijah Hashim7sview in the novels. Ten novels have been studied using the sociologyapproaches. Therefore, the objective of this study is to analyse Khadijah Hashim7sviewthat she has explored in her novels.

    The study has also examined several previous studies, books and seminar papers whichdiscuss on thoughts. This study also analyses issues which are related to sociocultural,sociopolitical and socioeconomic aspects. These aspects have been examined closely inorder to identify its relation with society

  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    6/25

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah bersyukur saya kepada Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya dapat sayamenyelesaikan penulisan tesis ini.

    Dalam melaksanakan penyelidikan ini, saya merakarnkan setinggi-tinggi penghargaankepada Dr Arba'ie Sujud selaku pengerusi penyeliaan, Dr Haji Abd Rahim Marasidi danPuan Hjh Halimah Hassan yang banyak memberikan saranan idea, membimbing danmenyemak tesis ini sepanjang masa sehingga dapat diselesaikan.

    Rakaman terima kasih juga saya tujukan kepada Dr Ramli Isin, Tuan Hj Mohd KasimIsmail, dan Allahyarham Dato Kamaruzzaman Kadir (Dharmaw ijaya) kerana sudimemberikan pandangan dan kemudahan meminjamkan buku-buku yang amat berhargadalam melaksanakan kajian ini.

    Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada responden, iaitu penulis novel KhadijahHashim kerana memberikan kerjasama bagi menjayakan penyelidikan ini. Terima kasihjuga diucapkan kepada rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan moral danmembantu ketika diperlukan

    Akhirnya, penghargaan yang tidak terhingga kepada abah dan emak atas doa,pengorbanan dan kasih sayang yang tiada penghujungnya. Doa kalian telah dimakbulkan.Kepada Zal Hazmi yang menjadi surnber inspirasi dengan senyurn dan tawanya. Semoga

  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    7/25

    jalan yang dirintis menjadi pendorong buatmu pada masa depan. Buat seorang sahabatyang sentiasa meyakini dan banyak membantu, budimu tetap dikenang. Terima kasihjuga kepada seluruh keluarga terutamanya yang sentiasa mem berikan galakan. Tanpakalian sem ua ini pastinya m ustahil untuk direalisasikan.

    Wassalam

    MASRIZAYU MUSTAFAPT 733Desa Permai Serting Tengah72200 Batu Kikir Negeri Sem bilan

  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    8/25

    Saya mengesahkan bahawa Jawatankuasa Peperiksaan Tesis bagi Masrizayu bt Mustafatelah mengadakan pep eriksaan akhir pada 1 Jun 200 6 untuk menilai tesis Ma ster Sasterabeliau yang bertajuk "Pemikiran Dalam Novel-Novel Khadijah Hashim" mengikut AktaUniversiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan)l980 dan Peraturan-Peraturan UniversitiPertanian M alaysia (Ijazah L anjutan) 198 1. Ahli Jaw atankuasa Peperiksaan Tesismemperakukan bahawa calon ini layak dianugerahi ijazah tersebut. Ahli JawatankuasaPeperiksaan T esis adalah seperti berikut:

    AHMAD M AHM OOD M USANIF, PhDProfesor M adyaFakulti Bahasa M oden dan Kom unikasiUniversiti Putra M alaysia(Pengerusi)

    ABDUL RASH ID DAENG M ELEBEK, PhDPensyarahFakulti Bah asa Moden d an Kom unikasiUniversiti P utra M alaysia(Pemeriksa Dalam I)

    WAN ROSELEZAM W AN YAHAYA, PhDPensyarahFakulti Bahasa M oden dan Kom unikasiUniversiti Pu tra Malaysia(Pemeriksa Dalam 11)

    DATO' M OH D YUSOF HASAN, PhDProfesorPusat Pendidikan G lobal Aminuddin BakiUniversiti Pendidikan Sultan Idris(Pemeriksa Luar)

    Z A K A ~ HBDUL RA SHID, PhDProfesorl Timbalan DekanSekolah Pengajian SiswazahUniversiti Putra MalaysiaTarikh: I I JUL 2006

  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    9/25

    ...Vl l l

    Tesis ini telah diserahkan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterimasebagai mem enuh i keperluan ijazah M aster Sastera. Ahli Jawatankuasa Peny eliaan adalahseperti berikut:

    ARBA'IE BIN SUJUD , hDPensyarahFakulti Bahasa M oden dan K omunikasiUniversiti Putra Malaysia(Pengerusi)

    ABDUL RAHIM BIN MARA SIDI, PhDPensyarahFakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia(Ahli)

    HALIMAH B T HASAN, M.APensyarahFakulti Bahasa M oden dan Kom unikasiUniversiti Putra Malaysia(Ahli)

    AINI IDERIS ,PhDProfesor / DekanSekolah Pengajian SiswazahUniversiti Putra Ma laysia

    Tarikh: 10 AUG 2006

  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    10/25

    PENGAKUANSaya mengaku bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikandan sedutan yang telah diberi penghargaan di dalam tesis. Saya juga mengakubahawa tesis ini tidak dimajukan untuk ijazah-ijazah lain di Universiti PutraMalaysia atau institusi-institusi lain.

  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    11/25

    JADUAL KANDUNGAN

    DEDIKASIABSTRAKABSTRACTPENGHARGAANPENGESAHANPERAKUANSENARAI RAJAHSENARAI SINGKATA NBAB

    PENDAHULUAN,Latar Belakang KajianPernyataan MasalahKepentingan KajianObjektif KajianBatasan KajianDefinisi Konsep dan IstilahPengarang dan KepengaranganSOROTAN LITERATURKajian tentang Aspek Pemikiran dalam Novel MelayuKaj an tentang Novel-Novel Khadijah Hashim

    I11 METODOLOGIKaedah KajianPenganalisisan BahanPendekatan KajianKerangka Konsepsi

    IV PEMIKIRA N DALAM NOVEL-NOVELKHADIJAH HASHIMPendahuluanAspek PendidikanAspek KebudayaanAspek Hak Kebebasan wanitaAspek Tradisi

    Muka Surat

    ivvviiixxii.X l l l

    http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/
  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    12/25

    Fenomena sosialFenomena manusiaFenomena EkonomiFenomena KeluargaFaktor-Faktor Mempengaruhi Pemikiran Khadijah

    Hashim Dalam Novel-Novel Yang Dikaji

    RUMUSAN DAN KESIMPULAN

    BIBLIOGRAFIBIODATA PENULIS

    http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/
  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    13/25

    SENARAI RAJAH

    RajahKerangka Konsepsi

    xi i

    Muka Surat29

    http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/http://0.0.0.0/
  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    14/25

    ...X l l l

    SENARAI SINGKATAN

    SPM Sijil Pelajaran MalaysiaBS Badai SemalamJKK Jalan Ke KuburBDM Bila dan Di ManaDTK Di Tengah KabusDRM Di Ruang Mu Aku Di SiniMPTL Merpati Putih Terbang LagiCK Cinta KeduaAH Alun HidupSA Senator AdilaMA Mencari Azizah

  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    15/25

    BAB 1PENDAHULUAN

    Latar Belakang Kajian

    Kem uncu lan penulis wanita dalam bidang novel baharu sahaja dikesan pada tahun 1940-an. Hal ini dinyatakan oleh Safian Husin (1 98 1 143 ) bahawa pa da tahun 1940-an tampildua orang penulis wanita yang mula menceburkan diri dalarn bidang penulisan novel,iaitu Rafiah Yusuf yang mencipta novel Cerita Budiman (1 941) dan A. Kamariahdengan novelnya yang berjudul Dua Pengembara (1941). Kemunculan penulis wanitaadalah lebih lewat daripada penulis lelaki kerana faktor sosial seperti pendidikan yangmembataskan wanita untuk berkarya. Namun dengan kelahiran novel-novel awal initelah merintis kepada penglahiran penulis-penulis wanita lain yang memaparkanpelbagai tema dan persoalan yang rata-ratanya mengenai wan ita secara lebih tuntas danmenyeluruh.

    Penulis-penulis wanita lebih suka memilih tema yang berhubungan langsung denganmasalah mereka dan terutarna sekali mengenai rurnah tangga dan keluarga. Malahmereka cuba memberikan garnbaran yang positif tentang kedudukan kaum wanita didalam karya-karya mereka agar dapat memberikan impak kepada pembaca agarmen contoh i watak-watak w anita positif yang mereka gam barkan di dalam karya. Perkara

    ini secara tidak langsung dapat meningkatkan imej wanita di mata masyarakat. Hal inidisokong oleh Rosnah Baharudin yang menyatakan bahawa hanya novelis-novelis

  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    16/25

    wanita sahaja yang benar-benar dapat memberikan gambaran yang jelas mengenaikedudukan wanita dalam masyarakatnya yang sekaligus dapat menaikkkan imej kaumwanita itu sendiri (Rosnah Baharudin, 1979:78).

    Kemunculan penulis-penulis wanita telah memberi warna dan corak pilihan kepadapembaca untuk memilih novel-novel yang disukai. Dalam ha1 ini, pelbagai pemikirancuba diungkapkan oleh penulis wanita di dalam karya-karya yang dihasilkan. Mereka-bukan sah aja menggarap ha1 kew anitaan malah turut mencakupi pelbagai persoalanyang menyeluruh, berkaitan dengan masalah kehidupan merentasi politik, ekonomi dansosial. Hal ini bersesuaian dengan sika p wanita yang halus dan tajarn persepsinya.Malah wanita juga adalah manusia yang tekun dan tidak mudah bosan. (Rogayah AHamid. 199 8: 17).

    Menurut Rosnah Baharudin (1 979: 195 ) dekad 1960-an m emperlihat kemunculanpenulis-penulis wanita dengan membawakan isu dan persoalan semasa yang telahditerap dan diadun di dalam novel-novel mereka dengan keindahan estetika. Antarapenulis-penulis wanita tersebut ialah Salmi Manja yang menghasilkan dua buah noveliaitu Hari Mana Bulan Mana (1960) d m Dari Mana Punai Melayang (1961). NovelHari Mana Bulan Mana menggambarkan citra wanita progresif, sedar akan diri danmemperjuangkan gendernya. Selain itu, Hamidah Hassan telah menghasilkan novelMeniti Pelang i (1 964). Adibah Am in pu la menghasilkan Seroja Masih Di Kolam (1 968).

    Khadijah Hashim telah menulis novel Badai Semalam (1968) yang menonjolkangolongan wanita baru yang dapat dianggap sebagai watak yang dinanti-nantikan. Wanita

  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    17/25

    baru ini bercirikan wanita moden yang berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapaicita-cita dan keinginan dan akhirnya ia teguh berdiri di atas kakinya sendiri (A WahabAli. 198 9: 156).

    Khadijah Hashim telah membawa persoalan baru dalam karya ketika itu denganmemaparkan watak wanita yang melangkah dengan yakin ke dalarn milleu sosial negarayang barn merdeka. Pada era 60-an belum ramai wanita profesional seperti doktor,peguam, jurutera terutama sekali wanita Melayu. Peluang pendidikan selepas merdekatidak mengira gender namun sikap masyarakat masih tebal bahawa anak perempuancukup setakat sekolah rendah atau menengah terutama di kampung-kampung. Fenomenaini telah mencetuskan idea untuk Khadijah Hashim menghasilkan no vel Badai Semalambagi mengubah pemikiran masyarakat ketika itu. Perkara ini dinyatakan oleh beliaudalam tulisannya yang bertajuk "Saya dan Badai Semalam" di dalam Dewan SasteraDisember 1999.

    Khadijah Hashim terus aktif dalam berkarya selepas kejayaan novel sulungnya BadaiSemalam. Pada mas a kini terdapat 19 bua h novelnya yang telah berada di pasaran danmendapat sambutan yang menggalakkan. Menurut Rosnah Baharudin (2003:181)kem ampu an Khadijah H ashim menghasilkan novel semenjak 1968 banyak bergantungkepada k etekunannya menghasilkan novel dan beberapa faktor yang a da pada novel itusendiri menyeb abkan beliau muncul sebag ai pengarang yang terkenal di Malaysia.

    Berdasarkan fenomena-fenomena tersebut telah mendorong pengkaji untuk melihatpemikiran dalam novel-novel Khadijah Hashim. Sebagai novelis yang telah

  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    18/25

    berkecimpung lama dalam penulisan pastinya pelbagai pemikiran dapat dilihat di dalamkarya-karyanya, terutama novel.

    Pernyataan Masalah

    Kajian ini dilakukan untuk meneliti aspek pemikiran yang ditonjolkan oleh KhadijahHashim dalam bidang penulisan novel. Persoalan mengenai pemikiran yangdiungkapkan dalam novel adalah menarik untuk dikaji. Hal ini kerana pemikiranmerupakan pusat utam a dapat dilihat gagasan seseorang penulis mem perlihatkanperjuangan mereka menerusi hasil-hasil seninya (Baha Zain,199 1:18-2 1).

    Kehadiran Khadijah Hashim dalam arena kesusasteraan di Malaysia memang sangatdirasakan pentingnya. B eliau merupakan seorang pengarang wanita yang prolifik keranatelah menghasilkan banyak karya dalam penulisan cerpen dan novel. Kebanyakanpengkaji banyak mengkaji tentang citra wanita dalam novel-novel Khadijah Hashim.Antaranya ialah Chin Hye Run dalam tesis sarjananya dan Siti Khariah Mohd Zubirdalam tesis doktor falsafahnya. Sedangkan pada pendapat pengkaji terdapat pelbagaiaspek lagi perlu diberi penekanan sew ajarnya terutama sekali aspek pemikiran.

    Meneliti novel-novel yang telah dihasilkan oleh Khadijah Hashim telah menimbulkanpersoalan berkaitan dengan aspek pemikiran yang diungkapkan. H al ini kerana KhadijahHashim merupakan seorang novelis yang prolifik ekoran keproduktifannya

    menghasilkan karya. Hal ini dinyatakan oleh Rogayah A Hamid dalam artikelnya yangbertajuk "Wanita dan Penulisan: Suatu Tinjauan dalam Dunia Penerbitan Buku" dalam

  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    19/25

    Dewan Sastera 1998 . Maka kesan daripada penulisan novel yang pelbagai ini dapatdilihat kepelbagaian pemikiran yang diungkapkan oleh beliau. Dalarn konteks ini, perludianalisis pemikiran yang diungkapkan oleh Khadijah Hashim dalam novel-novel yangdikaji serta persoalan dan isu-isu dom inan yang sering diungkapkannya.

    Di sam ping itu perlu juga dilihat faktor-faktor yang mendorong Khadijah Hashim dalammenghasilkan novel-novelnya. Sesebuah karya yang ditulis tidak dihasilkan tanpasebarang sebab atau tujuan. Dalam ha1 ini penulis lebih tahu dan diberikan hakkebebasan menentukan tujuan karya itu dihasilkan selaras dengan pemikiran yangdiungkapkan. Walaupun penulis mempunyai kebebasan dalam menyatakan pemikirannarnun timbul persoalan samada pemikiran yang diungkapkan itu dipengaruhi atau tidakoleh faktor-faktor tertentu. Justeru dalam ha1 ini penelitian perlu dilakukan bagimengenal pasti faktor-faktor mempengaruhi atau mendorong pengungkapan sesuatupemikiran dalam novel yang dihasilkan oleh Khadijah Hashim.

    Berdasarkan persoalan-persoalan yang d itimbulkan itu, pengkaji memikirkan perlu adakajian lanjut untuk menjawab dan merungkai pennasalahan dalam novel-novel yangdikaji dengan memberi fokus dan tumpuan kepada pemikiran. Hal ini kerana sehinggakini kajian yang menyentuh aspek pemikiran dalam novel-novel Khadijah Hashim m asihberkurangan dan belurn meluas serta perlu diberi perhatian. Selain itu, dapatmemperbanyakkan lagi kajian tentang penulis wanita dalam perkembangan sastera diMalaysia. Justeru, kajian ini perlu dilakukan.

  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    20/25

    Kepentingan Kajian

    Penyelidikan ini diharapkan dapat mempelbagaikan corak kajian terhadap sasteraMe layu dalam menyingkap pemikiran dan kreativiti pengarang. Ma syarakat &an lebihmemahami pemikiran yang cuba diungkapkan oleh Khadijah Hashim berdasarkan realitikehidupan masyarakat umum pada waktu itu. Selain itu akan dapat pula menelitisejau hm ana pengaran g ini berjaya mem baw a kesedaran dari cerminan latar kehidupandan permasalahan masyarakat di luar dalam bentuk novel sebagai tatapan khalayak.Maka diharapkan akan dapat membuatkan khalayak umum lebih memahami karyanyadalam memberikan kesedaran melalui penerapan nilai-nilai murni yang ada di dalamnovel-novelnya untuk tatapan khalayak.

    Kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan landasan oleh pengkritik-pengkritik laindalarn menambah lagi kritikan dalam memartabatkan dan memajukan bidangkesusasteraan tanah air. Penglibatan pengkritik dalarn memberikan ulasan dan sarananterutamanya dalam bidang pemikiran akan dapat memartabatkan lagi bidang penulisannovel terutamanya di dalarn novel-novel yang dihasilkan oleh penulis wanita. Maka

    kajian ini akan memperbanyak khazanah kritikan dan kajian novel. Kajian inidiharapkan dapat menambah kuantiti penulisan kreatif di samping meningkatkan kualitipenghasilan novel di negara ini. Malah diharapkan kajian ini juga dapat dijadikan satuanjak an paradigm a dalam meneliti pemikiran yang masih kurang meluas dikaji.

    Di sam ping itu kajian ini diharapkan dapat membantu pengkaji-pengkaji lain yang inginmelihat pemikiran yang diungkapkan oleh penulis wanita. Diharapk an mak lumat yang

  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    21/25

    diperoleh melalui kajian ini akan membantu pengkaji lain memperhalusi danmemperdalam kajian tentang aspek pemikiran penulis-penulis wanita lain secara lebihterperinci. Pengkaji-pengkaji terdahulu kurang menitik beratkan tentang pemikirandalam novel-novel Khadijah Hashim. Mereka lebih memberikan tumpuan kepada citrawanita. Walaupun Khadijah menggunakan watak wanita sebagai pendokong utamadalarn novelnya namun beliau tidak mengkesampingkan watak lelaki dalam karyanya.Maka pastinya pemikiran yang pelbagai dapat dilihat di dalam novel-novelnya yangbukan hanya tertumpu pada persoalan wanita semata-mata. Maka dengan kajian inidapat dijadikan sumber maklumat kepada pengkaji lain.

    Objektif Kajian

    Ob jektif kajian bagi penyelidikan ini adalah seperti berikut:

    1. Untuk menganalisis dan membincangkan aspek-aspek pemikiran yang diutarakanoleh Khadijah Hashim dalam novel-novel yang dijadikan bahan kajian.

    2. Untuk mengenal pasti dan membincangkan pemikiran yang paling dominandalam novel-novel Khadijah Hashim yang dijadikan bahan kajian.

    3 . Untuk mengenal pasti dan membincangkan faktor-faktor yang mem pengaruhipemikiran K hadijah Hashim dalam nov el-novel yang dikaji.

  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    22/25

    Batasan K ajian

    Kajian dibataskan kepada novel-novel Khadijah Hashim yang mewakili setiap zarnanpenulisannya. Terdapat 19 novel Khadijah Hashim yan g telah dihasilkannya. Pengkajitelah memilih 10 daripadanya untuk dijadikan bahan kajian. Novel itu dipilihberdasarkan sebab antara novel yang popular dan sering diperkatakan oleh pengkritiklain dan memaparkan isu yang lebih sesuai untuk dijadikan bahan kajian. Dalam kajianini juga pengkaji telah menggunakan novel-novel Khadijah Hashim y ang terkini narnunnovel-novel itu telah dihasilkan pada era 60-an, 70-an. 80-an dan 90 -an

    Bagi mewakili zaman 60-an pengkaji telah memilih dua novel iaitu Badai Semalam(2000) dan Jalan Ke Kubur (1969). Zaman 70-an diwakili oleh novel Merpati PutihTerbang Lagi (2000). Bagi era 80-an pengk aji telah mem ilih tiga novel iaitu Bila da n DiMana (1996), Di Tengah Kabus (1991) dan Cinta Kedua (2000). Pengkaji memilih tiganovel ini sebagai mewakili era 80-an kerana novel-novel lain yang dihasilkan olehKhad ijah pada era 80-an lebih menjurus kepada novel remaja. Justeru pengkaji melihatbahawa tiga novel ini yang sesuai dijadikan bahan kajian kerana pemaparan isu yanglebih berat dan global.

    Novel Bila dan Di Mana sendiri merupakan sebuah novel berat kerana memaparkandunia sebenar wartaw an dan syarikat akhbar. Perkara ini disokong oleh pendapat Adibah

    Amin (1983), yang menyatakan bahawa Khadijah Hashim telah berjaya memberikan

  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    23/25

    sumbangan bermutu kepada kesusasteraan tanah air apabila berjaya menghasilkan novelBila du n Di Mana yang memap arkan situasi sebenar dunia suratkhabar dan w artawan.

    Pengkaji telah memilih 4 novel era 90-an sebagai bahan kajian kerana merasakan padaera ini Khadijah Hashim lebih memperlihatkan persoalan yang lebih berat dan merentasizaman kerana tidak lagi bergantung kepada suatu-suatu aspek sahaja seperti percintaan.Novel-novel era 90-an yang telah dipilih ialah Alun Hidup(2000), Senator Adila ( 20 00 ),Di Ruangmu Aku Di Sini (199 6)dan Mencari Azizah (2 001 ).

    Menurut Rosnah Baharudin (2003:182) pengalaman pahit manis kehidupan keluargaMelayu dalam Alun Hidup telah menyebabkan Christine Campbell, seorang sarjanawanita Au tralia telah menterjemahk an novel ini ke dalarn bahasa Ingge ris. Justeru itulahpengkaji telah memilih 10 novel Khadijah Hashim sebagai kajian kerana merasakannovel-novel ini dapat memperlihatkan pemikiran Khadijah Hashim dalam di dikarya.

    Definisi Konsep

    Bagi memastikan perbincangan yang dilakukan selaras dengan objektif kajian, beberapakata dan frasa ak an didefinisikan dan dihuraikan.

    Pemikiran

    Pemikiran berasal dari kata bahasa Ara b 'fik'r' bererti berfikir iaitu melibatkan prosesberfikir. Menurut S Othman Kelantan (1997:6) ,kalimat arab iaitu fikrun atau afkar yan g

  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    24/25

    berrnaksud fikiran daripada kata akar fakara, yakfiru, fikran, fakkara, tafakkara daniftakara yang bererti memikir perkara itu, memikirkan sesuatu;atau fikkir, faikar yangbererti yang banyak berfikir atau tafakur yang memberi erti hal-ha1 tentang berfikir.Menurut Mohd Yusof Othman (1995:59) pemikiran mempunyai pengertian yang luasdan boleh diterangkan dalam pelbagai pendekatan. Namun berfikir yang pastinya suatuusaha atau proses untuk meningkatkan pengetahuan atau ilmu seseorang. Oleh itu hanyaorang yang mampu berfikir boleh melakukan perubahan dan menjana aktiviti-aktivitiyang bersifat kreatif dan membangun. Kemampuan dan keluasan berfikir tidak akanmenjadikan stereotype dalam tindakan dan amalannya.

    Bagi S. Othman Kelantan (1997:269) pemikiran berrnaksud idea yang wujud daripadagolongan intelektual yang menggunakan fakulti kritikan dalarn mindanya untukmemikirkan sesuatu masalah dalam masyarakatnya. Pemikirannya disebarkan ke dalamatau ke luar lingkungan masyarakatnya. Hal ini berkemungkinan kerana memikirkanancaman yang muncul pada zamannya, golongan intelektual ini merakamkanketidaksenangan dan kegelisahannya dalam bentuk novel. Pemikiran yang tersembunyidalarn novel dikaji untuk melihat keupayaan dan keunggulan pengarang Melayumeluahkan perasaan mereka yang pelbagai. Oleh itu pemikiran dalam novel juga dapatdilihat melalui watak-watak yang beraneka ragam.

    Dalam konteks kreatif pula, Mana Sikana (1988:37) menjelaskan pemikiran sebagaigagasan atau persoalan induk. Pemikiran adalah peristiwa yang tersurat dan tersirat dari

    peristiwa yang hendak dikemukakan. Dengan demikian, apa-apa yang ingin disampaikan

  • 7/29/2019 Pemikiran Novel

    25/25

    oleh pengarang merupakan pemikiran iaitu proses menyampaikan mesej yangterkandung dalam fikiran penyair atau pengarang.

    Menurut Samsina Abd Rahman (1 99O:3 9) pemikiran adalah tanggapan atau siratan-siratan yang tetap terhadap sesuatu benda atau perkara dan ia boleh dijadikan peganganyang di dalamnya terdapat perkara-perkara yang diketahui sebagai langkah pertamauntuk membentuk satu pandangan atau penyelesaian yang dapat digambarkan sertadapat diterima akal.

    Hashim Awang (1997:16) pula menegaskan bahawa pemikiran utama hams dinilaidengan cara yang sama seperti pemikiran yang dinyatakan oleh watak-watak dalamkarya, bukan lebih banyak tertumpu kepada bentuk pemikiran itu tetapi bagaimanaindahnya, bagaimana dengan jelas dan halus pemikiran itu dikemukakan.

    Menurut Asmah Haji Omar (1986:17) pemikiran ialah kegiatan yang berlaku di dalarnotak apabila menghadapi sesuatu keadaan, perbuatan dan sebagainya. Hasil daripadapemikiran adalah fikiran. Manakala bagi Mohd. Michael Abdullah (1995:1) menyatakanpemikiran merujuk kepada kebolehan manusia untuk mencipta gagasan-gagasan danpengertian, berhujah, menilai dan membuat keputusan. Manusia dikurniakan kebolehanberfikir tetapi kemampuan berfikir setiap orang berbeza antara satu dengan yang laintentang cara menggunakan kebolehan itu.