PEMBENTANGAN BM2 - Tautan Kolokasi

8
TAUTAN KOLOKASI MOHAMED DANIAL BIN ABDUL GHANI PPISMP PL (BM)/MT/BI

Transcript of PEMBENTANGAN BM2 - Tautan Kolokasi

Page 1: PEMBENTANGAN BM2 - Tautan Kolokasi

TAUTAN KOLOKASIMOHAMED DANIAL BIN ABDUL GHANI

PPISMP PL (BM)/MT/BI

Page 2: PEMBENTANGAN BM2 - Tautan Kolokasi

Tautan Kolokasi

Dengan berdasarkan domain maka, hadirlah unsur linguistik yang terlibat yang diperincikan kepada 4 jenis

Kehadiran melibatkan domain makna.

Merujuk kepada konteksnya, iaitu kehadiran sesuatu unsur linguistik dengan yang lain antara dua unit teks.

Tidak melibatkan unsur linguistik berulang bentuk dan makna.

Page 3: PEMBENTANGAN BM2 - Tautan Kolokasi

Tautan kolokasi

1. Tautan Kolokasi Antonimi

2. Tautan Kolokasi

Kohiponima

3. Tautan Kolokasi Hasil

4. Tautan Kolokasi Sifat

Page 4: PEMBENTANGAN BM2 - Tautan Kolokasi

1. Tautan Kolokasi Antonimi

FungsiMenunjukkan kehadiran unsur tautan yang bercirikan makna yang berlawanan

Contoh

(a) Industri pengiklanan tempatan masa ini semakin diperakui di peringkat antarabangsa.(b) Berbanding pada masa dahulu industri ini kurang mendapat tempat.

Unsur ‘dahulu’ dalam ayat (b) dikataka bertaut dengan unsur ‘kini’ dalam ayat (a)

- Unsur tersebut – unsur linguistik pada peringkat kata - menunjukkan hubungan makna yang bertentangan.

Page 5: PEMBENTANGAN BM2 - Tautan Kolokasi

2. Tautan Kolokasi Kohiponiman

1.

•Merujuk kepada kehadiran hubungan makna unsur pada peringkat superordinat dengan ordinatnya atau antara hiponiman atau termasuk meronimi

2.

•Meronimi bermaksud hubungan unsur yang sebahagian dengan unsur yang menyeluruh atau antara unsur sebahagian daripada entiti yang menyeluruh

Contoh

•(a) Program tuisyen mata pelajaran utama bertujuan untuk membantu pelajar mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan.

•(b) Pelajar yang lemah dalam Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris digalakkan untuk menghadiri tuisyen itu secara percuma

•Unsur dalam ayat (b) yang terdiri daripada kata dan frasa ‘Matematik’ dikatakan bertaut secara kolokasi dengan frasa ‘mata pelajaran’ dalam ayat (a)

Page 6: PEMBENTANGAN BM2 - Tautan Kolokasi

3. Tautan Kolokasi Hasil

Melibatkan kehadiran hubungan makna unsur tautan yang satu menghasilkan yang lain atau antara unsur yang dihasilkan oleh sesuatu entiti semantik.

(a) “Ladang ternakan ini mampu membekalkan induk lembu yang berkualiti kepada penternak tempatan yang berminat dalam bidang ini,” kata Encik Ali Shah(b) Baka jenis ini melahirka anak lembu yang sihat dan tahan serangan penyakit.,” tambah beliau lagi.

Dalam ayat (b), unsur ‘anak’ yang terdiri daripada kata bertaut secara kolokasi dengan unsur ‘induk’ dalam ayat (a) yang juga terdiri kata. - Menghasilkan hubungan makna hasil antara entiti, iaitu yang menghasilkan (induk) mendahului yang dihasilkan (anak).

Page 7: PEMBENTANGAN BM2 - Tautan Kolokasi

• Merujuk kepada kehadiran hubungan makna antara unsur tautan yang menjadi punca sifat dengan unsur sifat atau unsur sifat daripada entiti punca sifat

Fungsi

• (a) Sikap berbudi bahasa, bertolak ansur dan hormat-menghormati merupakan antara sifat masyarakat majmuk yang perlu dimiliki oleh warga Malaysia.

• (b) Kempen nilai murni itu wajar diteruskan bagi menjamin berkeperibadian Malaysia tertanam dalam diri setiap individu yang berlainan agama.

Contoh

• Unsur dalam ayat (b) yang terdiri daripada frasa ‘berkeperibadian Malaysia’ bertaut secara kolokasi dengan unsur ‘sifat masyarakat majmuk’ dalam ayat (a) yang juga terdiri daripada frasa.

• Entiti (berkeperibadian Malaysia) didahului oleh sifatnya (sifat masyarakat majmuk).

4. Tautan Kolokasi Sifat

Page 8: PEMBENTANGAN BM2 - Tautan Kolokasi

TERIMA KASIH