Pelan Integriti Nasional

download Pelan Integriti Nasional

of 27

description

Pelan Integriti

Transcript of Pelan Integriti Nasional

  • PELAN INTEGRITI NASIONAL

  • KOMITMEN KERAJAAN MALAYSIA

    Hala tuju dan prinsip dalam ketiga-tiga pelan jangka panjang ini dipandu oleh semangat dan prinsip negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan Rukun Negara dan Wawasan 2020. Perlembagaan Persekutuan menggariskan kontrak sosial yang menjadi pedoman kerukunan hidup serta kemajuan negara dan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Rukun Negara ialah falsafah dan ideologi negara yang diisytiharkan pada 1970 untuk membentuk konsensus baru, menyatupadukan masyarakat berbilang kaum serta mambangunkan sebuah masyarakat yang adil, demokratik, leberal dan progresif. Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 mengandungi aspirasi negara ini untuk menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri serta cabaran-cabaran yang perlu ditanganinya dalam usaha merealisasikan aspirasi itu. Prinsip dan semangat Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Wawasan 2020 menjadi asas pelbagai dasar dan strategi yang dilaksanakan di Malaysia sehingga ke hari ini.

  • Bagi memantapkan keutuhan pengurusan dan pentadbiran, Kerajaan telah membentuk Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK), dengan meletakkan isu keutuhan atau integriti pengurusan Kerajaan sebagai fokus utamanya. Pada masa ini Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri.

  • Langkah di peringkat Kerajaan Pusat ini telah disusuli dengan pembentukan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. Dengan demikian keutuhan pengurusan bukan sahaja menangani isu integriti peringkat teratas, tetapi juga jentera pentadbiran pelbagai peringkat sehingga ke peringkat akar umbi.

  • Terdapat lapan terma rujukan yang menjadi panduan JKP, iaitu Perundangan, Sistem dan Prosedur Kerja, Nilai-nilai Murni dan Etika, Kod Etika, Pengiktirafan, Kawalan Dalaman, Tindakan Pengesanan dan Punitif, serta Tindakan Pemulihan. JKP merupakan suatu mekanisme keutuhan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan Malaysia secara dalaman, menyeluruh, sistematik dan berterusan.

  • Hasil inisiatif tersebut, satu kod mengenai tadbir urus korporat yang dikenali sebagai Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) telah diterbitkan pada Mac tahun 2000. Walaupun pada mulanya MCCG tidak diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak swasta, keadaan berubah sejak Januari 2001 apabila Malaysia Securities Exchange Berhad (MSEB) menguatkuasakan Revamped Listing Requirements dan menerima pakai kod ini. Dalam syarat penyenaraian bagi syarikat, MSEB tidak menjadikan kepatuhan pada prinsip dan amalan terbaik dalam MCCG sebagai syarat mandatori. Walau bagaimanapun, semua syarikat di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dituntut supaya bersifat telus dengan melakukan disclosures seperti yang dituntut dalam syarat penyenaraian atau Listing Requirements. Mereka diwajibkan membuat laporan mengenai pelbagai perkara seperti yang dituntut oleh syarat penyenaraian.

  • Apa yang nyata daripada huraian di atas ialah usaha peningkatan etika dan integriti masih merupakan usaha yang tidak bersepadu, tidak menyeluruh, dan bergerak secara bersendirian tanpa sinergi semua sektor untuk melaksanakannya. Oleh yang demikian, suatu mekanisme menyeluruh yang merangkumi semua sektor perlu dibentuk dan agenda integritinya dilaksanakan secara berkoordinasi.

  • Untuk tujuan itu, suatu perancangan menyeluruh yang dikenali sebagai Pelan Integriti Nasional (PIN) dibentuk dengan memberi fokus kepada matlamat pemantapan etika dan integriti serta membudayakan integriti di kalangan semua anggota masyarakat. Semua pihak iaitu Kerajaan, swasta, parti politik, institusi agama, kesatuan sekerja, NGO, wanita, media, belia, pelajar dan golongan lain dalam masyarakat dari setiap pelusuk negara, secara keseluruhannya perlu meningkatkan kefahaman dan komitmen mereka terhadap integriti.

  • FAKTOR YANG MENJEJASKAN INTEGRITI

  • INDIVIDU Kelemahan individu merupakan salah satu faktor yang amat penting. Individu yang lemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni, lemah disiplin diri dan etika kerja, serta tamak dan mementingkan diri akan menyebabkan merosotnya integriti.

  • KEPIMPINAN Kepimpinan sangat penting dalam mencorakkan budaya organisasi dan masyarakat serta tahap integriti. Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mempunyai azam dan iltizam yang teguh untuk memberikan pedoman dan petunjuk serta melakukan perubahan untuk kebaikan.

  • SISTEM DAN PROSEDUR Kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam, misalnya dalam urusan tender;Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan bagi menjalankan tugas.Penguatkuasaan yang tidak berkesan.Kurang pemantauan dan penilaian tentang keberkesanan sesuatu strategi atau program;Keupayaan sumber yang terhad sama ada sumber manusia ataupun material sehingga menjejaskan keupayaan penguatkuasaan;Kerangka undang-undang yang tidak kemaskini, lapuk dan kurang jelas.

  • STRUKTUR DAN INSTITUSI Struktur dan institusi ialah komponen penting dalam menjamin kelancaran pentadbiran Kerajaan, swasta dan masyarakat umum. Struktur sesebuah organisasi perlu kemas, terfokus serta mempunyai matlamat yang jelas dan munasabah.

  • BUDAYA Persekitaran amat penting dalam mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai dan tingkah lakunya. Salah satu komponen persekitaran ialah budaya. Budaya dipengaruhi oleh sejarah dan perkembangan semasa. Justeru, ia berubah dan boleh diubah.

  • PELAN INTEGRITI NASIONAL(PIN)

  • KONSEP PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara.

  • OBJEKTIF UMUM Objektif umum PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

  • OBJEKTIF KHUSUS Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang;Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; danMeningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

  • STRATEGI PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN INTEGRITI

  • STRATEGI 1:PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI KELUARGA Pembangunan keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga bahagia; Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan rohani; dan Pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan identiti.

  • STRATEGI 2: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK KOMUNITI Pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan dan komuniti;Pemantapan pertubuhan dan institusi asas dalam komuniti; danPengukuhan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum serta kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar.

  • STRATEGI 3: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK MASYARAKAT SIVILPeningkatan integriti masyarakat sivil badan bukan kerajaan (NGO);Peningkatan sumbangan NGO kepada usaha pemantapan integriti; danPengukuhan kerjasama antara NGO, kerajaan dan swasta untuk pemantapan integriti.

  • STRATEGI 4: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI SOSIOBUDAYAPembinaan insan yang berintegriti dalam persekitaran sosiobudaya yang berintegriti;Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan, jasmani dan rohani; danPemantapan nilai-nilai murni, perpaduan dan pembentukan identiti warga negara.

  • STRATEGI 5: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI AGAMAPeningkatan kerjasama, persefahaman dan saling menghormati antara penganut pelbagai agama;Penghayatan dan pengalaman nilai-nilai murni ajaran agama; danPeningkatan penghayatan dan pengamalan ajaran agama Islam sebagai agama kemajuan.

  • STRATEGI 6: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI EKONOMIPemantapan integriti sektor korporat;Peningkatan komitmen sektor korporat terhadap pertanggungjawaban sosial;

    Pengembangan dan pengukuhan budaya niaga yang beretika;

    Pengukuhan perpaduan antara perpaduan antara kumpulan etnik dan antara wilayah melalui aktiviti ekonomi.

  • STRATEGI 7: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI POLITIKPengekalan keluhuran Perlembagaan dan sistem politik negara;Pengekalan kedeaulatan dan peningkatan keutuhan institusi parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang yang luhur;Pengalaman politik yang berintegriti serta pengembangan budaya politik yang sihat, beretika, matang dan demokratik mengikut acuan sendiri; danPemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik.

  • STRATEGI 8: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI PENTADBIRANPemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik; danPeningkatan integriti jentera pentadbiran awam.