Pantun Berkait

download Pantun Berkait

of 13

Transcript of Pantun Berkait

Slide 1

Pantun Berkait(Bekerja)Sebelum bermula.

Mari kita saksikan deklamasi sajak ini dari kumpulan kamiMaksud rangkapRangkap 1Penulis menyeru sahabatnya agar segera melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.Rangkap 2Kita diarahkan supaya mengikis sifat malasRangkap 3Semua pekerjaan dapat dilakukan apabila tiada sikap malas.Rangkap 4Kita perlu menguasai bidang tugas masing-masing.

Rangkap 5Setiap pekerjaan dilakukan dengan teliti.Rangkap 6Sikap berhati-hati dalam pekerjaan membolehkan seseorang dapat menghadapi kerja-kerja yang sukar.Rangkap 7Kegembiraan dan kepuasan akan tergambar setelah kerja-kerja berat dapat disiapkan.Rangkap 8Penat lelah selama ini tidak terasa apabila pekerjaan berhasil.TemaTema pantun ini ialah semangat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.PersoalanPenulis menyeru sahabatnya agar segera melaksanakan tugas.Kepentingan membuang sikap malas dan lemah semangat.Kemampuan melaksanakan pelbagai tugasan kerja.Ketelitian dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Kepuasan kerana berjaya menyelesaikan kerja-kerja yang berat.Kegigihan berusaha dapat membuahkan hasil.BentukBentuknya terikat.Terdiri daripada lapan rangkap.Berisi empat baris serangkap.Ada pembayang dam maksudnya.Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris.Terdiri daripada sepuluh hingga sebelas suku kata sebaris.Setiap rangkap pantun mempunyai baris yang terikat.Rima akhir ialah abab.Unsur-unsur BunyiAsonansiContohnya (vokal a) : BajakCangkulTebas TerbangSemuanya ada dalam selamatContohnya (vokal e) :Semua kerja mestilah tahuDapat dikerjakan dengan cermatContohnya (vokal i) :Tiada satu tinggal di perahuTidaklah bimbang barangkan hilang

AliterasiContohnya (perulangan konsonan g) :Bangkit segera kita berjuangContohnya ( perulangan konsonan n) :Wahai rakanHandaiTaulanContohnya (perulangan konsonan t) :Tiadalah tinggal tebuang penatGaya BahasaRepetisi (perulangan kata, ungkapan, baris, atau rangkap).Contohnya:Sampai di pangakalan (baris 2, rangkap 1)Memunggah barang (baris 1, rangkap 2)Inversi (ayat songsang)Contohnya: Semuanya siap hati pun legaNilaiKegigihanSetiap pekerjaan yang dilakukan dengan gigih akan membuahkan hasil yang menguntungkan.Kerajinan Sikap malas perlu dibuang dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Berhati-hatiJika kita berhati-hati, maka kerja yang sukar dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.KesyukuranHati akan berasa lega dan tenang sekiranya kerja dapat dilunaskan dengan sebaik-baiknya.

PengajaranKita perlulah memiliki semangat juang yang tinggi.Kita perlulah membuang sikap malas dan lemah semangat.Kita perlulah memiliki pelbagai kemahiran dalam pekerjaan.Kita perlulah berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Kita perlulah bekerja bersungguh-sungguh kerana penat lelah akhirnya akan terbalas juga.Sekian terima kasih :)