Panji Semirang

download Panji Semirang

of 3

Transcript of Panji Semirang

  • 7/28/2019 Panji Semirang

    1/3

    Petikan :Hikayat Panji Semirang

    Paduka Liku melihat hal anak-nya, Galoh Ajeng itu mata-nya balut bekasmenangis,sakit-lah hati-nya teramat sangat, lalu mengadap ke-bawah duli Sang

    Nata. Paduka Liku itu lalu duduk berderet dengan Mahadewi di-hadapanSang Nata itu. Pada masa itu Galoh Chendera Kirana dudok jauh tandamenghormati pada ibu-nya. Baginda Sang Ratu melihat tingkah lakupaduka anakanda sangat hormat dan taadzim itu, bertambahtambah- lahbelas kasehan hati-nya, sebab di-lihat-nya, bahawa puteri-nya itumengetahui akan darjat diri-nya dan lemah lembut segala barang laku-nya. Baginda Sang Ratu memanggil Chendera Kirana, di-ajak-nya santap.Ia pun datang-lah dengan taadzim serta menyenbah, lalu santapbersama-sama dengan Sang Nata dan Mahadewi itu. Pada masa ituPaduka Liku dan Galoh Ajeng itu sakit hati teramat sangat dan timbul-lah

    kedengkian di-dalam hati-nya, kerana melihat Chendera Kirana santap.Sunggoh masing masing santap, tetapi hati Paduka Liku dan Galoh Ajengtiada terlepas daripada kedengkian itu. Sa-telah sudah santap lalukembali-lah dan masing-masing di-iringikan oleh dayang-dayangnya. Sa-telah masing-masing sudah tiba ka-dalam istana-nya, Paduka Liku tiadajuga hilang sakit hati-nya dan tiada mengetahui apa yang akan di-buatnya.Pada ketika itu lalu ia membuat tapai dan di-buboh-nya rachun, lalu di-taroh-nya didalam bokor emas. Sa-telah sudah lalu di-surohpersembahkan oleh dayang-dayang-nya pada permaisuri, dayng-dayangitu pergi-lah membawa persembahkan yang di-taroh didalam bokor yang

    amat majlis dan permai itu sa-hingga tiada tersangka, bahawa telahberchampor dengan rachun. Dayang-dayang itu pun berjalan menuju ka-istana permaisuri. Sa-telah sampai lalu di-persembahkan-nyapersembahan itu dengan manis muka-nya seraya berdatang sembah,katanya:Ini-lah persembahan Paduka Liku yang tiada dengan seperti-nya, yang di-iringi dengan sujud, di-suroh Paduka Liku persembahkan ka-bawah dulituan-ku

    Permaisuri lalu menyambut bokor itu sambil memandang muka dayang-dayang yangamat manis itu, serta di-suroh-nya dayang-dayang-nya menyalin bokoritu, lalu di-salin dayang-dayang-lah bokor itu. Sa-telah itu lalu kembali-lahdayang-dayang itu dan dipersembahkan- nya apa-apa yang telah di-perbuat-nya itu. Paduka Liku bersuka hati teramat sangat dan berfikir di-dalam hati-nya:Pada hari ini-lah permaisuri itu akan mati dan aku-lah yang akanmenggantikan-nyamenjadi permaisuri, jikalau Chendera Kirana yang memakan itu, neschayaia pun akan mati juga dan anak-ku Galoh Ajeng akan aku jadikantunangan Raden Inu Kertapati, supaya kerajaan negeri Daha dan Kuripan

    di-dudokki-nya semua, kerana patut-lah ia menggantikan

  • 7/28/2019 Panji Semirang

    2/3

    Sa-telah sudah ia berfikir yang demikian, lalu di-suroh-nya dayang-dayang-nya menutup pintu. Dayang-dayang itu lari menyembunyikan diri-nya, hanya tinggal Galoh Ajeng dan Paduka Liku sahaja di-dalam puri itudan rupa-nya tiada lain yang di-fikirkan-nya hanya:Jikalau permaisuri memakai tapai itu, ia tadapat tiada, pada hari itu akan

    mati

    Unsur-Unsur Intrinsik

    Latar SuasanaKedengkian antar saudara

    Latar WaktuZaman dahulu

    Latar TempatTanah Jawa ( Sebermula pada zaman dahulu kala ada raja di Tanah Jawaempat bersaudra,) Kuripan ( Yang tua menjadi ratu di Kuripan) Daha ( yang tengah menjadi ratu di Daha) Gegelang ( yang bungsu menjadi ratu di Gegelang) Karang Banjar Ketapang ( , maka dipungutkan inang pengasuh dengansepertinya dan diberi pekarangan oleh Baginda di Karang Banjar Ketapang.)

    Tokoh

    Paduka Liku

    Raden Galoh Ajeng

    Nata Kuripan

    Raden Galoh Chendera Kirana

    Permaisuri

    Watak TokohPaduka Liku : Dengki tau tidak suka dengan candera kirana (Pada ketika itu laluia membuat tapai dan di-buboh-nya rachun, lalu di-taroh-nya didalam bokoremas.)Raden Galoh Ajeng : Dengki atau tidak suka dengan cendera kirana danpermaisuri (Pada ketika itu lalu ia membuat tapai dan di-buboh-nya rachun, laludi-taroh-nya didalam bokor emas.)Nata Kuripan : agung ( .dan sikapnya dan jejak keagung-agungan), maumenerimapendapat ( Setelah sang nata mendengar kata Permaisuri demikian makadipikirkansang Nata, benarlah seperti kata Permaisuri.), tekun.Raden Galoh Chendera Kirana : baik, penuh dengan kesabaran (Pada masa ituGaloh Chendera Kirana dudok jauh tanda menghormati pada ibu-nya. Baginda

    Sang Ratu melihat tingkah laku paduka anakanda sangat hormat dan taadzimitu, bertambahtambah- lah belas kasehan hati-nya, sebab di-lihat-nya, bahawa

  • 7/28/2019 Panji Semirang

    3/3

    puteri-nya itu mengetahui akan darjat diri-nya dan lemah lembut segala baranglaku-nya.)Permaisuri : sabar, baik dan selalu berlaku adil dengan sesama saudara (Padamasa itu Galoh Chendera Kirana dudok jauh tanda menghormati pada ibu-nya.Baginda Sang Ratu melihat tingkah laku paduka anakanda sangat hormat dantaadzim itu, bertambahtambah- lah belas kasehan hati-nya, sebab di-lihat-nya,bahawa puteri-nya itu mengetahui akan darjat diri-nya dan lemah lembut segalabarang laku-nya. Baginda Sang Ratu memanggil Chendera Kirana, di-ajak-nyasantap.)

    Sudut PandangOrang ketiga tunggal ( Karena tidak melibatkan sang pencerita di dalamnya)

    Amanat

    Janganlah ada sifat dengki antara kita, karena kedengkian akan mengakibatkan kehancuran.

    Unsur Ektrinsik

    Religi

    Dimana terdapat sikap dengki pada puduka liku terhadap permaisusi dengan candera

    kirana, dimana sifat dengki tersebut dilrang oleh agama.

    Nama : Hesti Apriwiyani

    Kelas : X IPA B

    Absen : 11

    Nama : Hesti Apriwiyani

    Kelas : X IPA B

    Absen : 11