Pandangan Semesta

download Pandangan Semesta

of 27

Transcript of Pandangan Semesta

1. Pandangan Evolusi 1.0 Definisi Apakah itu pandangan evolusi?Terdapat perbezaan pandangan terhadap definasi pandangan semesta antara sarjana barat dengan sarjana Islam.Menurut pandangan sarjana Islam,Naquib al-Attlas(1995:1),pandangan semesta Islam merangkumi segala dunia dan akhirat di mana aspek aspek dunia merupakan persediaan untuk aspek

akhirat.Maka,pandangan semesta dari perspektif Islam ialah pandangan realiti atau hakikat yang terjelma dari hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.Menurut Ibn Khaldun,demi membentuk pandangan semesta dalam masyarakat,unsur yang terpenting ialah suasana persekitaran .Bagi sarjana Barat pula,Albert Schweitzer mendefinisikan world-view(pandangan semesta) sebagai the some total of thought which a community or individual think about the nature and purposed of the universe and about the place and destiny of mankind within the world. 1.1 Pengenalan Evolusi Pandangan Semesta Masyarakat Melayu Secara umumnya,evolusi pandangan semesta masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada dua peringkat yang utama,iaitu zaman pra-Islam dan selepas kedatangan Islam.Namun begitu,semasa zaman pra-Islam juga terbahagikan kepada dua peringkat iaitu sebelum dan selepas kedatangan agama Hindu dan Buddha ke masyarakat Melayu. Pandangan semesta Tamadun Melayu mengalami perkembangan dari pengaruh agama Animisme dan Hindu-Buddha(zaman pra-Islam) dan diikuti agama Islam dan Barat(selepas kedatangan Islam).Sebenarnya,perkembangan agama telah membawa perubahan kepada masyarakat dari aspek sosial,politik dan ekonomi.Setiap ciri agama

1

yang dipegang oleh masyarakat pada masa itu adalah berbeza.Tetapi,agama telah mendidik masyarakat membentuk masyarakat yang bermoral,berdisplin,berilmu serta sentiasa berkembang maju sejak zaman pra-sejarah sehingga zaman moden dalam masyarakat pada masa sekarang. 2 Animisme

2.0 Pandangan Pakar Psikologi terhadap Animisme Menurut Sigmund Freud,konsep psikis teori tentang keberadaan spiritual dijelaskan dalam animisme.Sebenarnya,animisme berasal dari wawasan printif yang luar biasa tentang alam semesta. Menurut Tylor dan Comtedunia,pembentukan tahap pertama agama adalah bermula dari animisme.Dalam istilah mereka,peradaban dimulakan dengan animisme yang seterusnya berkembang menjadi agama. 2.1 Pengenalan Animisme ialah agama yang dipegang oleh masyarakat purba kuno sebelum kedatangan agama lain seperti Hindu-Buddha,Islam dan Barat.Agama ini dipegang semasa zaman pra-sejarah iaitu zaman paleolitik,mesolitik,neolitik dan logam.Semasa itu,masyarakat pada masa itu adalah buta huruf dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi.Tetapi,mereka telahpun mempunyai kepercayaan iaitu animisme.Dalam kepercayaan animisme,masyarakat percaya segala ataupun setiap benda yang terdapat dalam bumi ini mempunyai jiwa,roh atau semangat. Masyarakat purba kuno memanggil nenek moyang mereka sebagai hyang.Masyarakat percaya nenek moyang mereka masih mempunyai semangat yang kuat yang boleh mempengaruhi mereka.dalam kehidupan seharian.Oleh hal yang2

demikian,mereka amat menghormati benda di bumi kerana mereka percaya mereka akan diganggu oleh benda di bumi ini sekiranya mereka tidak menghormati benda di bumi ini.Contoh gangguan yang akan berlaku sekiranya mereka tidak memberikan penghormatan kepada benda di bumi ialah mungkin mereka akan cedera semasa melakukan kegiatan harian. Selain itu,kepercayaan animisme juga telah mempengaruhi aspek sosial,politik dan ekonomi dalam masyarakat.Beberapa bukti dapat menunjukkan bahawa animisme mempengaruhi ketiga-tiga aspek masyarakat. 2.2 Pengaruh Animisme terhadap aspek ekonomi Pada zaman pra-sejarah,masyarakat mengamalkan sistem sara diri.Mereka menjalankan kegiatan eknomi seperti bercucuk tanam,memungut hasil hutan dan memburu binatang. Pada masa itu,suasana kehidupan amat bergantung kepada alam

sekeliling,bentuk muka bumi dan sebagainya.Hal imi telah menyebabkan mereka percaya bahawa setiap benda di sekeliling mempunyai nyawa dan hidup.Benda-benda ini mempunyai semangat,keperibadian dan roh. Sebagai contohnya,masyarakat percaya perempuan perlu diarahkan untuk mengambil padi dari jelapang padi kerana padi dipercayai mempunyai semangat dan lebih-lebih lagi semangat padi adalah bersifat perempuan.Perempuan perlu diarahkan untuk melakukan kerja mengambil padi kerana wanita adalah lebih bersifat lemahlembut berbanding dengan lelaki. Masyarakat percaya sekiranya mereka tidak mematuhi pantang larang ini, kesan yang buruk akan ditimpa terhadap mereka.Antara kesan yang akan dikenakan3

ialah kemungkinan mereka akan kehilangan rezeki kerana semangat padi telah merosot disebabkan masyarakat melanggari pantang larang dan begitu juga dengan hasil padi. 2.3 Pengaruh Animisme terhadap aspek politik Semasa zaman agama animisme,masyarakat masih belum mempunyai sistem politik yang kompleks.Walau bagaimanapun,pada masa itu,manusia telah

mengadakan perbincangan untuk membuat keputusan dalam mesyuarat.Hal ini bermakna masyarakat pada masa itu telah mewujudkan sistem mesyuarat untuk membuat keputusan dan masyarakat telah mula menggunakan akal fikiran mereka.Tambahan pula,kata sepakat perlu ada dalam sistem mesyuarat dalam melakukan sesuatu tugasan.Hal ini juga sekali menunjukkan masyarakat telah bermula bekerjasama antara satu sama yang lain. Susunan organisasi masyarakat bagi kampung adalah berbentuk unit-unit

perkampungan.Manakala,ketua bertanggungjawab menjaga

kampong

adalah

penghulu.Penghulu perpanduan adalah

mereka.Pencapaian

berdasarkan kesukuan atau kekeluarga. Apabila berlaku sebarang masalah,mesyuarat perbincangan akan diadakan untuk menyelesaikan masalah.Anggota-anggota ahli kelurga yang lebih tua dan mempunyai pertalian darah ataupun berasal dari suku yang sama akan menyertai mesyuarat untuk menyelesaikan masalah. 2.4 Pengaruh Animisme terhadap aspek sosial Animisme juga telah mempengaruhi aspek sosial masyarakat Melayu.Salah satu pengaruh terhadap sosial ialah pengaruh terhadap kesenian.Akibat agama animisme,masyarakat telah menghasilkan pelbagai lagu.Biasanya,lagu dimainkan oleh masyarakat adalah untuk tujuan tertentu.Sebagai contohnya,lagu Senandung4

Nelayan Memanggil Angin dipersembahkan untuk menghalaukan angin supaya nelayan dapat keluar mencari rezeki di laut dengan selamat. Selain itu,istiadat pengembumian semasa kepercayaan animisme ialah orang yang meninggal dunia perlu dikembumikan dengan segera apabila berlaku kematian.Masyarakat percaya bahawa sekiranya membiarkan binatang seperti kucing atau anjing untuk melangkah mayat,mayat tersebut akan hidup semula dan akan memakan semua orang kampung.Amalan meletakkan kapur di telinga perlu dilakukan oleh setiap ahli kelurga yang kematian ahlinya untuk mengelakkan sebarang gangguan. Di samping itu,semasa zaman animisme,apabila seseorang itu

sakit,masyarakat akan mencari bomoh untuk mengubati mereka.Pada masa itu,belum lagi ada tadbir untuk mengubati mereka.Bomoh dipercayai oleh masyarakat dapat menjadi pengantata untuk memohon segala ampun bagi pihak sendiri supaya tidak berlaku sebarang kemalangan pada dirinya sendiri.Bagi mengatasi minpi

pula,masyarakat akan mencari pawing supaya pawing dapat menolong mereka menghilangkan perkara buruk berlaku dalam kehidupan mereka.

5

3

Agama Hindu-Buddha

3.0 Pengenalan dan Kedatangan Agama Hindu-Buddha

Amalan-amalan dan struktur agama Hindu dan Buddha yang berasal dari India telah mempengaruhi kerajaan-kerajaan tempatan di Asia Tenggara di Semenanjung Tanah Melayu. Selain itu, kehidupan sosial dan kebudayaan tempatan agama ini turut mempengaruhi terhadap kerajaan tempatan. Kehidupan sosial antara raja dengan rakyat telah mewujudkan konsep kosmologis.

Sejarah kedatangan agama Hindu dan Buddha pula adalah berlaku sejak abad ke-6. Pada masa itu pengaruh agama Hindu telah disebarkan. Agama Hindu adalah dibawa oleh pedagang India dan juga golongan tentera. Semasa kehadiran golongan Brahmin dan golongan pemerintah menerima agama Hindu, agama ini telah disebar secara luas. Pemerintahan menerima agama ini disebabkan oleh agama ini berpegang teguh terhadap konsep Dewaraja.

Pengaruh agama Hindu dan Buddha dibahagikan kepada tiga bidang, iaitu bidang sosial, bidang politik, dan bidang ekonomi. Bidang sosial adalah mengenai istilah kesusteraan, seni bina dan seni arca. Bidang politik pula adalah mengenai sistem pemerintah beraja. Manakala bidang ekonomi pula adalah mengenai perdagangan. Sebagai buktinya pengaruh sosial masyarakat yang dapat kita lihat ialah peninggalan candi dan perkembangan agama Hindu dan Buddha di Srivijaya.

3.1 Pengaruh agama Hindu-Buddha terhadap sosial

Kemunculan kitab-kitab suci agama Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita dan Bratagudha.Tema yang berciri mitos, roman dan epik lebih ditekankan dalam

6

unsur-unsur kesasteraan. Karya-karya yang dihasilkan adalah lebih berciri mitos. Ciri rasional tidak diutamakan pada zaman masyarakat itu.

Selain itu, pengaruh agama Hindu terhadap kesenian dan hiburan juga dapat ditunjukkan.Bidang kesenian termasuklah binaan, ukiran, dan tarian.Seni asli bangsa Indonesia dengan seni Hindu dan Buddha telah bercampur dan wujud . Sebagai contohnya, Kemboja telah membina pelbagai kuil yang mempunyai lingam emas dan ukiran-ukiran pemandangan. Antara kuil yang tinggi nilainya dalam sejarah pemerintahan khmer ialah Angkor Watt dan Angkor Thom yang dibina oleh Suryavarman. Perkembangan dalam bidang kesenian juga terdapat di Jawa dengan pembinaan Candi. Candi merupakan bentuk bangunan yang berupa makam bagi mengingati nenek moyang. Antara candi-candi yang terdapat di Jawa adalah Candi Gunung Wukir, Candi Borobodur, Candi Sari, Candi Singasari dan Candi Jawi.

Dalam bidang kesenian juga termasuk nyayian, tarian, drama serta muzik. Sebagai contohnya, permainan wayang di Jawa yang menggunakan bahasa Jawa Kuno dalam jalan ceritanya telah dipengaruhi oleh agama Hindu dengan bertukar menggunakan bahasa Jawa Kumo bercampur bahasa Sankrit.

Pada zaman itu,masyarakat yang beragama Hindu telah mencipta satu sistem kemasyarakatan iaitu Sistem Kasta yang berdasarkan Kitab Rig-Vega.Bagi pemerintahan yang tertinggi dalam sistem kasta ialah raja dan baginda berkuasa mutlak. Raja dibantu oleh dewan tertua dan golongan Brahmin. Definisi sistem kasta ialah susunan lapisan masyarakat yang memisahkan golongan perintah dengan golongan yang diperintah. Pembahagian kasta-kasta dibagikan kepada 4 bahagian, iaitu Brahmin, Ksatria, Waisya dan Sudra.

7

Tugas Brahmin adalah mengurus soal kehidupan keagamaan. Dalam Sistem Kasta, mereka menjadi golongan yang terpenting dalam menguruskan hal pemerintahan. Mereka juga sebagai penasihat raja. Brahmin yang paling mengetahui tentang agama Hindu kerana mereka dapat membaca kitab suci weda.

Manakala,Ksatria bertugas sebagai pertahanan Negara. Raja dan keluarganya, para bangsawan, dan para pejabat pemerintah adalah berada pada kasta ini. Kasta ini juga penting dalam pemerintahan.

Kasta ketiga ialah Waisya. Tugas Waisya adalah berdagang, berternak dan bertani. Para pengusaha dan para pengusaha adalah termasuk dalam kasta ini. Ia menjadi peranan yang penting dalam masyarakat. Kasta yang terendah ialah Sudra. Tugas mereka adalah petani dan peternak. Mereka juga sebagai pekerja kasar. . Golongan Candala dan golongan Tuccha adalah golongan yang paling dihina oleh Sudra. Golongan tersebut tidak berada dalam kasta atau sebagai kasta terbuang.

3.2 Pengaruh agama Hindu-Buddha terhadap bidang politik

Oleh sebab pengaruh agama Hindu, dalam pemerintahan Srivijaya juga mempunyai dua kelas manusia. iaitu kelas raja-raja dan kelas rakyat jelata. Ia dibahagikan kepada 4 golongan. Kedudukan yang tertinggi adalah golongan raja-raja. Seterusnya adalah golongan bangsawan. Kedudukan yang kedua rendah adalah golongan orang merdeka. Akhir sekali, golongan abdi adalah berada dalam kedudukan yang terendah dalam kelas manusia.

Organisasi politik mulai berkembang semasa pengaruh Hindu dan Buddha sejak memasuki tanah Melayu. Orang Melayu telah menyerap sistem pentadbiran8

politik Hindu. Ia juga dilaksanakan selepas melakukan pelbagai penyesuaian. Pemimpin kerajaan adalah konsep dalam masyarakat Melayu iaitu raja yang berkembang. Raja dianggap sebagai berdatah dewa dari kayangan dalam sistem politik pengaruh Hindu.

3.3 Pengaruh agama Hindu-Buddha terhadap bidang ekonomi

Mengenai aspek ekonomi, kemakmuran Majapahit diduga karena dua faktor. Faktor pertama ialah lembah sungai Brantas dan Bengawan Solo di dataran rendah Jawa Timur utara sangat cocok untuk pertanian padi. Pada masa jayanya Majapahit membangun berbagai infrastruktur irigasi, sebagian dengan dukungan pemerintah. Faktor kedua adalah pelabuhan-pelabuhan Majapahit di pantai utara Jawa mungkin sekali berperanan penting sebagai pelabuhan pangkalan untuk mendapatkan komoditas rempah-rempah Maluku. Pajak yang dikenakan pada komoditas rempahrempah yang melewati Jawa merupakan sumber pemasukan penting bagi Majapahit. Selain itu, Majapahit juga telah menarik banyak pedagang asing, di antaranya pedagang dari India, Khmer, Siam, dan China. Pajak khusus dikenakan pada orang asing terutama yang menetap semi-permanen di Jawa dan melakukan pekerjaan selain perdagangan internasional. Majapahit memiliki pejabat sendiri untuk mengurusi pedagang dari India dan Tiongkok yang menetap di ibu kota kerajaan maupun berbagai tempat lain di wilayah Majapahit di Jawa.

9

4. Islam

4.1 Pengenalan

Kedatangan Islam di Alam Melayu telah menyebabkan berlaku suatu proses perubahan dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Walaupun sebelum kedatangan Islam amalan dan kepercayaan Hindu-Buddha sudah kuat mempengaruhi kehidupan dalam masyarakat Melayu. Namun kedatangan Islam kea lam Melayu talah membawa unsure rasionalisme dan intelektualisme ke dalam penghidupan masyarakat Melayu, iaitu Islam dapat mengubah kerpercayaan masyarakat Melayu dari kepercayaan yang mempersekutukan Allah kepada agama mentauhidkan Allah. Islam sebagai agama sejagat yang merangkumi keseluruhan cara hidup, dengan kata lain sebagai suatu cara hidup, sudah tentu membawa perubahan keseluruhan pemikiran masyarakat Melayu.

4.2 Kedatangan Islam

Tidak ada jawapan yang tepat bagi memastikan siapakah yang pertama sekali menyebarkan Islam kerana tiada bukti sahih yang ditemui bagi memastikan bilakah tarikh kedatangan mereka dan golongan manakah yang terlebih dahulu menyebarkan Islam. Walau bagaimanapun, dengan berpandukan beberapa penemuan batu bersurat dan catatan sejarah yang dibaca, ahli-ahli sejarawan tempatan telah membuat pelbagai teori kedatangan Islam. Terdapat tiga teori yang dikatakan ahli sejarawan, iaitu Islam adahlah datang daripada Tanah Arab, India dan China.

10

4.2.1 Kedatangan Islam Secara Langsung Dari Tanah Arab

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satusatunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum mmeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabadabad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu (Ruslan Zainuddin, 2004: 91).

Menurut John Crawford dan disokong oleh Syed Muhamad Naquib al-Attas. John Crawford berpendapat Islam datang dari Tanah Arab sebab aktiviti perdagangan

11

menerusi catatan China yang menyatakan orang Arab dan Parsi mempunyai petempatan di Canton pd 300M. Pedagang Arab dapat kuasai laut dari pelabuhan Iskandariah hingga Chinadan telah berdagang di rantau ini terutama setelah kemunculan Islam pada abad 7M. Pedagang Arab singgah di pelabuhan utama Asia Tenggara sebelum ke China untuk menunggu dari angin monsoon. Mereka telah menetap beberapa bulan dan mewujudkan perkampungan dan ada urusan jual beli barangan mewah dari China dan India, iaitu perkampungan Islam Ta Shih di Sumatera Utara pd 650M menurut catatan China. Selain itu, terdapat juga pedagang arab yang berkahwinan dengan orang tempatan telah mendorong Islam disebarkan dalam kalangan orang tempatan. Islam dipercayai datang dari Tanah Arab juge dibuktikan dengan wujud persamaan tulisan kesusasteraan di Asia Tenggara dan Arab, perkataan arab terdapat dalam tulisan Jawi, Zapin dan dabus. Selain itu, menurut cacatan, pengislaman raja-raja melayu oleh syeikh dari Arab seperti dalam Hikayat Raja-Raja Pasai.

Menurut satu catatan lagi, pada zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan 1 orang dari kalangan mereka berketurunan Quraish belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Apabila mereka sampai di Perlak, mereka mengadap Raja Perlak, Acheh dan berjaya mengislamkan baginda.Baginda Raja Perlak mengahwinkan puterinya itu denagan mubaligh Quraish itu tadi sementara mubaligh lain berkahwin dengan wanita biasa. Hasl perkahwinan mubaligh Quraish dengan puteri raja tersebut,Allah kurniakan mereka seorang putera lalu diberi nama Syed Abdul Aziz yang kemudian menjadi Sultan Perlak.

12

Terdapat juga dalam satu catatan Barat menyebut bahawa pada tahun 1717 Masihi, sebuah angkatan laut Islam yang terdiri dari 35 buah kapal berlayar dari Tanah Arab menuju ke China. Dalam perjalanan ke China,kapa-kapal itu telah berhenti sebentar di Ceyloon di Sri Lanka, Srivijaya dan Palembang.Ketika mereka berhenti , mereka telah berdakwah dan menyebarkan agama Islam di situ.

4.2.2 Kedatangan Islam Melalui India

Hubungan India dengan beberapa negara di Nusantara telah lama terjalin.Pada abad ke-13 Masihi, apabila kerajaan umat Islam di Arab menguasai bahagian barat dan timur India, mereka menjadikan Gujerat sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan, bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur dengan barat. Dengan adanya kemudahan tersebut, saudagar-saudaugar Muslim dari Gujerat dikatakan sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan. Ada pendapat menyatakan kedatangan Islam ke Nusantara ialah melalui daerah Bengal yang terletak di Malabar, India bukan Gujerat. Bengal jatuh ke tangan umat Islam pada abad ke-13 Masihi lalu dijadikan pusat pengajian dan penyebaran ajaran Islam terulung di India. Ramai pelajar yang lulus di pusat pengajian tersebut merantau ke Nusantara untuk mengembangkan ajaran Islam bermazhab Syafie.Ramai daripada mereka berkahwin dengan wanita tempatan lalu menjadikan rumah mereka sebagai tempat mengaji Quran danfardhu ain.

Menurut Snouck Hurgronge pada abad 13M, Islam datang dari Wilayah Gujerat dan Pantai Coromandel. Buktinya ialah Hubungan rantau Asia Tenggara dan

13

India sudah lama wujud. Boleh pedagang Islam India sebar Islam ke Asia Tenggara. Gujerat pelabuhan penting pada zaman Alaudin Khinji di India. Selain itu, batu marmar pada batu nesan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan Malik al-Salih di pasai didapati mempunyai ciri-ciri India, kewujudan unsur India dan kebudayaan masyarakat.

4.2.3 Kedatangan Islam Melalui China

Islam telah sampai ke Tanah Besar China sejak zaman Khalifah Uthman bin Affan lagi. Baginda telah menghantar seorang sahabat nabi yang bernama Saad bin Abi Waqas ke sana untuk menyebarkan agama Islam di negara China yang luas itu. Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyyah, Khalifah Al-Walid telah menghantar pasukan tenteranya ke sempadan Negeri China. Ketua pasukan tentera tersebut telah menghadap raja China dan berunding dengannya. Menurut catatan Cina, pada abad ke-9, ramai penduduk di sebelah selatan negara China khususnya Yunan,China telah memeluk Islam. Pada suatu masa, berlaku huru hara di daerah Yunan tersebut, lalu ramai Muslim berhijrah ke Asia Tenggara. Antara mereka ada yang menetap di Champa,Kemboja dan ada juga yang menetap di Negeri Pantai Timur Tanah Melayu.Oleh sebab itulah,sesetengah seni bina masjid lama di Kelantan dan Demak,Indonesia mempunyai senibina Cina. Sesetengah ahli sejarawan tempatan berpendapat kedatangan Islam ke Nusantara melalui China telah berlaku pada akhir abad ke-10 dengan awal abad ke-11.

Menurut

Emanuel Gadinho, Khan Fo atau Canton

menjadi pusat

perdagangan Arab sejak abad 9M, pedangan arab menyebarkan Islam dikalangan

14

peniaga China kemudian sebar ke Asia Tenggara seperti pelabuhan Melaka yang menjadi tempat pedangan.

Selain itu, menurut SQ Fatimi, berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam di Canton ke Asia Tenggara pada 876M. Pendapat ini diperkukuhkan dengan adanya batu bersurat Kuala Berang. Wujud Islam di Trengganu. Dijumpai pd 1899M. Isi tulisan tentang hukum syarak, peraturan dan undang-undang kekeluargaan, hukuman zina, hukuman terhadap yang tidak hutang. Bukti lain termasuklah penemuan batu nisan bertarikh 1028M di Kg Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan Pahang mempunyai ayat al-Quran dan kalimah Arab. Bukti Islam telah sampai sebelum abad 13M yang dibawa oleh mubaligh Cina menerusi Laut Cina Selatan ke Phang Rang IndoCina dan Pekan Pahang. Persamaan seni bina China dan seni bina masjid di Kelantan, Melaka dan Jawa, di Melaka bentuk bumbung, atap genting, warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap,lantai, dinding, tangga, dan kolam air.

4.3 Pengaruhan Islam terhadap Tanah Melayu

Agama Islam merupakan agama yang menjadi anutan masyarakat Melayu di Tanah Melayu sejak abad ke-15. Sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu, masyarakat di Tanah Melayu menganut agama Hindu dan Buddha. Islam telah berjaya mengubah masyarakat Melayu dari aspek politik, sosial dan ekonomi.

15

4.3.1 Politik

Tanah Melayu telah memperkenalkan sistem pemerintahan yang berasaskan agama Islam. Gelaran raja telah ditukar dengan gelaran Sultan yang bermaksud Sultan adalah khalifah Allah di muka bumi. Sultan adalah pelindung kepada agama Islam dan ketua agama Islam. Dalam pentadbiran, sultan menggunapakai sistem pentadbiran yang berteraskan AlQur'an dan hadis. Sultan mendapat nasihat daripada pemimpin agama yang berperanan meniberi nasihat kepada Sultan dalam hal yang berkaitan dengan hukum syarak mazhab Shafie. Mereka adalah terdiri daripada Maharaja Kadi, Dato Mufti dan sebagainya. Di Terengganu menggunakan gelaran Tokku. Dalam bidang perundangan, negeri-negeri Melayu menggunakan sistem perundangan Islam berasaskan hukum syarak mazhab Syafie yang terdapat di Perak, Johor, Terengganu. Hukum syarak yang digunakan termasuklah undang-undang jenayah, undang-undang muamalat. Contohnya Undang-undang Terengganu yang melaksanakan

undang=undang syarak. Dalam pertabalan sultan terdapat upacara menjunjung AlQur'an yang memberi signifikan yang besar kepada pemerintahan sultan di negerinegerinya. Sultan wajib memerintah dengan adil dan saksama. Sistem penggantian sultan yang mengutamakan kaum lelaki menjadi Sultan. Upacara pertabalan pengganti Sultan dilakukan sebelum almarhum dimakamkan. Dalam melaksanakan

pemerintahan, Sultan banyak merujuk kepada ulama-ulama dalam hal yang berkaitan hukum-hakam Islam.

16

4.3.2 Ekonomi

Islam mengharamkan amalan riba dan sebarang bentuk penindasan dalam urusan jual beli di samping memperkenalkan konsep halal dan haram. Masyarakat tempatan bergiat dalam urusan perdagangan. Peniaga-peniaga tempatan menggunakan sistem timbangan dan sukat yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa. Terdapat undang-undang yang berkaitan dengan hukum jual beli, hutang-piutang, sewa tanah dan hukum berhuma, berladang, berternak dan sebagainya. Contohnya Undangundang Terengganu. Amalan zakat dan fitrah menjadi sebahagian daripada amalan hidup seharian masyarakat tempatan di Tanah Melayu. Penggunaan sistem mata wang dinar emas yang tercatat tulisan jawi yang mencatat nama sultan dan negeri. Baitulmal diperkenalkan di Acheh oleh Sultan Iskandar Muda yang berfungsi sebagai perbendaharaan negara ( hasilnya diperoleh daripada zakat dan sedekah ). Islam menggalakkan umatnya mencari rezeki halal dan melarang mengemis iaitu berdagang ekonomi yang halal digalakkan, perkara dilarang seperti riba, penindasan. Islam juga menyarankan sikap berjimat cermat.

4.3.3 Sosial

Islam membawa perubahan yang besar dari segi akidah iaitu konsep Allah Yang Maha Esa dan konsep ibadat yang lebih luas. Islam membawa fahaman akliah atau rasional. Islam mengubah cara berfikir masyarakat Melayu daripada tahyul kepada bercorak akliah. Kedatangan Islam juga mengubah pandangan masyarakat tempatan daripada tokoh agama Hindu seperti sami, ahli sihir, bomoh kepada tokohtokoh dan alim ulama Islam. Adat dan undang-undang tempatan juga telah disesuaikan dengan ajaran Islam dan hukum syarak. Adat Perpatih dan Adat Temenggong yang diamalkan oleh masyarakat tempatan menggunakan sumber dari17

Al-Qur'an dan Hadis di samping berpandukan sumber hukum dari mazhab Shafie. Amalan harian yang dilakukan oleh masyarakat tempatan juga telah diubahsuai dengan unsur-unsur Islam. Contohnya terdapat doa-doa dan bacaan AI-Qur' an digunakan dalam upacara berkenaan. Upacara atau perayaan yang diadakan di istana juga banyak menggunakan unsur Islam seperti bacaan doa. Kedatangan Islam juga mempengaruhi sistem pendidikan masyarakat tempatan. Masyarakat tempatan didedahkan dengan pendidikan Al-Qur'an. Sekolah-sekolah pondok banyak didirikan oleh alim ulama yang didatangkan khas dari Arab ataupun di sekitar Asia Tenggara. Mata pelajaran seperti tauhid, fekah, tajwid mula diperkenalkan kepada pelajarpelajar yang mengikuti sekolah pondok. Dari aspek seni bina pula - terdapat pengaruh Islam seperti bangunan, mimbar, menara azan, batu nisan, tulisan khat dan sebagainya. Tulisan Jawi mula diperkenalkan kepada masyarakat tempatan. Pelbagai buku telah ditulis dengan menggunakan tulisan jawi. Istilah-istilah dari bahasa Farsi dan Arab telah dibawa masuk ke dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Islam membawa perubahan yang besar dari segi akidah iaitu konsep Allah Yang Maha Esa dan konsep ibadat yang lebih luas. Islam membawa fahaman akliah atau rasional. Islam mengubah cara berfikir masyarakat Melayu daripada tahyul kepada bercorak akliah.

18

5.0 Budaya Barat Budaya barat merujuk kepada warisan norma-norma sosial, nilai-nilai etika, adat istiadat, agama, sistem politik dan teknologi yang berasal dari Eropah. Namun, kedatangan kuasa barat seperti Sepanyol, Belanda, Portugis dan British telah juga membawa masuk budaya barat ke tanah melayu dan menyebabkan pertembungan antara budaya melayu dan budaya barat. Pertembungan ini mewujudkan evolusi dari segi politik, ekonomi dan sosial di tanah melayu. 5.1 Latar belakang budaya barat Budaya barat dibawa masuk melalui dasar imperialisme yang diperkenalkan oleh kuasa-kuasa barat, contohnya British. Imperialisme bererti penguasaan negara lebih kuat terhadap negara yang lebih lemah. Dengan kata lain, dasar imperialisme melibatkan aktiviti penjelajahan dan penjajahan oleh kuasa barat. Ini boleh dilihat dalam gerakan perluasan daerah Portugis, British dan Belanda. Pada tahun 1511, orang-orang Portugis telah menawan kota dan pelabuhan Melaka, dan menjadikannya sebagai pusat kegiatan mereka. Seterusnya, Belanda menakluk Melaka pada tahun 1641, manakala British pula mula bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786. Penjajahan ini bertujuan untuk mendapatkan keuntungan ekonomi dan politik. Biasanya, faktor ekonomi adalah faktor utama bagi kuasa barat untuk menjalankan dasar imperialisme di Tanah Malayu, ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber semula jadi seperti bijih timah, perak, tanah subur dan lain-lain. Tanah melayu telah menjadi tumpuan utama bagi mendapatkan bahan mentah. Sumber semula jadi adalah penting untuk dijadikan bahan mentah oleh kuasa barat untuk memenuhi keperluan perindustrian. Oleh itu, kuasa barat menguasai kuasa politik dan ekonomi di tanah melayu untuk menstrukturkan ekonomi negara jajahan agar memenuhi keperluan

19

perindustrian negera sendiri, contohnya menjalankan aktiviti perlombongan bijih timah secara besar-besaran. Selain itu, dasar imperialisme membolehkan British untuk mencari pasaran baru bagi barang perindustrian mereka ketika negara barat lain dan Amerika Syarikat memperkanalkan peraturan tariff untuk melindungi industrinya. Pada masa yang sama, kuasa-kuasa barat juga berebut-rebut sesama mereka untuk menjajah negara Asia kerana menjajah telah menjadi simbol status kuasa yang kuat. Tanah Melayu adalah penting bagi British. Dengan itu, British yang telah berjaya menguasai Tanah Melayu turut menyebarkan budaya barat dan mengkristiankan penduduk tempatan bagi mudah dikawal dan diekspoloitasi supaya Tanah Malayu tidak jatuh ke tangan kuasa barat lain seperti Belanda yang berada di kepulauan Indonesia dan Jerman. 5.2 Pengaruh budaya barat terhadap politik Tanah Melayu 5.2.1 Sistem Residen Kedatangan barat telah membawa pembaharuan dalam politik. Perjanjian Pangkor 1874 pula menjadi titik bermulanya campur tangan Birtish di Tanah Melayu. Salah satu pembaharuan yang ketara ialah sistem residen yang diperkenalkan oleh British. Dalam sistem residen, kedudukan sultan dan pembesar masih dikekalkan tetapi mesti menerima nasihat residen yang dipilih oleh residen dalam semua hal kecuali agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sebelum kedatangan kuasa-kuasa barat di negara-negara Asia, raja merupakan pemerintah mutlak sesebuah kerajaan. Raja menjalankan pemerintahannya dalam urusan membuat undang-undang, menjatuhkan hukuman, membentuk protockol, adat istiadat, peraturan, disiplin, bidang keagamaan dan sebagainya. Raja merupakan kuasa tertinggi dalam sesebuah kerajaan dan setiap rakyat mesti menghormati dan mentaati raja. Namun, sistem residen telah menggugat

20

kekuasaan raja di mana kuasa mutlak raja dalam pentadbiran dihapuskan dan kuasa membuat keputusan jatuh ke tangan residen. Dengan kata lain, sistem pemerintahan beraja di tanah Malayu ditamatkan. Di samping itu, kuasa pembesar-pembesar daerah juga diambilalih oleh pengawai daerah British seperti hal ehwal kutipan hasil, pentadbiran kehakiman, penempatan tanah, amalan ke atas penghulu dan pengawasan kegiatan jabatan kerajaan. Dengan lain perkataan, walaupun pembesar dikekalkan tetapi mereka tidak mempunyai kuasa yang kewibawaan dan hanya digelar Majistret Tempatan. Selain itu, British telah menubuh sebuah kerajaan pusat untuk menyatukan wilayah-wilayah di tanah Melayu supaya pentadbiran dan pemerintahan lebih mudah dijalankan. Gabenor Jeneral akan dilantik sebagai ketua pentadbiran dan ketua barat juga dilantik sebagai ketua biro untuk menlaksanakan pentadbiran melalui biro. 5.2.2 Sistem pungutan cukai Pada masa yang sama, satu pembaharuan yang penting juga diperkanalkan oleh kuasa barat iaitu sistem pungutan cukai yang baru. Sistem pungutan cukai dikelolakan oleh pengawai Eropah secara berpusat. Ini telah bercanggah dengan adat dan tradisi tempatan di mana cukai dianggap sebagai tanda taat dan penghormatan oleh penduduk kepada raja dan pembesar-pembesar. Jadi, dikatakan sistem pungutan cukai ini telah menjejas kedudukan dan maruah raja dan pembesar. Sebagai tambahan, pendapatan pembesar juga dijejaskan dalam sistem pungutan cukai ini, di mana sesiap yang memungut cukai akan didenda kecuali pengawai British.

21

5.2.3 Sistem perundangan Sebelum kedatangan penjajah, tanah melayu mengamalkan undang-undang adat yang terdiri daripada adat temenggung dan adat perpatih. Adat perpatih diamalkan oleh penduduk di Negeri Sembilan manakala semenanjung negeri lain di tanah melayu mengamalkan adat temenggung. Pada era penjajahan British, perlaksanaan undang-undang common law Inggeris bermula pada tahun 1807 di Pulau Pinang. Secara umumnya, undang-undang Inggeris di tanah Melayu mula berkuatkuasa melalui sistem residen. Dalam sistem residen, hakim dan majistret British mengambilalih peranan sultan dan pembesar dalam pengadili kes-kes jenayah dan sivil di daerah mereka. Namun begitu, pihak British telah mengasingkan bidang kuasa agama dan adat istiadat Melayu kepada sultan atau raja. Walaubagaimanapun, sistem kehakiman digubal berdasarkan undang-undang jenayah British dengan keputusan muktamad terletak di tangan majistret dan residen. British melaksanakan perundangan barat dan tidak lagi mengikut perundangan negeri-negeri Melayu, serta mewujud hakim, penguam dan pasukan polis bagi menjaga ketenteraan dan keadilan masyarakat. Sultan atau raja dan pembesar Melayu hanya berkuasa dalam membuat keputusan kehakiman dalam hal yang berkaitan dengan urusan agama dan adat istiadat sahaja. Jadi, British yang memperkanalkan sistem perundangan barat telah mempengaruhi kedudukan undang-undang islam iaitu dihadkan bidang kuasanya hanya dalam hal kekeluargaan, pewarisan dan kesalahan jenayah yang sangat terhad sahaja. Di antara undang-undang British yang diterima pakai termasuk Kanun Jenayah(Penal Code), Enakmen Keterangan(Evidence Enactment), Enakmen

Kontrak(Contract Enactment), Kanun Acara Sivil(Civil Prosedure Code), Kanun Acara Jenayah(Criminal Prosedur Code) dan Enakmen Tanah (Land

Enactment). Contoh perubahan ketara dari segi perundangan ialah undang-undang22

tanah yang diperkenalkan oleh British. Undang-undang tanah telah menghapuskan sistem serah yang diamalkan pada zaman feudal dan memperkanalkan cara yang sistematik dalam pengurusan tanah di tanah Melayu. Undang-undang tanah ini dilanjut penggunaanya sehingga masa kini.5.3 Pengaruh terhadap ekonomi

5.3.1KedatanganBritish

Pada akhir abad ke XIII, penemuan teknik industri. Ia merupakan hasilan daripada pelayaran Colombus dan Vasco Da Gama. Beliau telah memberi bangsa eropah kekuasaan strategi di laut samudara dan menyebabkan revolusi indusrti Eropa menjadi penguasa ekonomi di seluruh dunia. Sistem ekonomi sosialis dan kapitalis masih dikekalkan oleh dunia timur, sehingga menghilangkan sistem ekonomi Islam dengan sempurna, penghormatan terhadap hukum riba yang dianggap menghambat laju perekomonian. Hal ini kuat dengan cara damai, investasi barat dan konsesi ekonomi telah menjadikan timur sebagai bangsa terjajah yang berkepanjangan. Tambahan pula, sentuhan ekonomi kolonialisme dan kapitalisme lambat laun membuat kacuan etika kehidupan. 5.3.2 Sebab campur tangan British dalam ekonomi Sebab-sebab pengaruh barat campur tangan dalam ekonomi di tanah melayu kerana ingin menguasai kekayaan ekonomi di negara ini. Terutamanya kehendak dan pemilikan bahan mentah seperti bijih timah dan logam yang lumayan di tanah kita. Jadi, hal ini telah mendorong mereka bertekad perkembangan revolusi industry di Eropah. Oleh kerana perkembangkan perindustrian memerlukan lebih banyak tenaga23

buruh , jadi mereka mengambil buruh dari China dan India untuk menjalankan ekonomi yang diingini. Sebagai contohnya, orang melayu bekerja sebagai seorang petani, orang cina bekerja sebagai seorang peniaga dan pelombong, dan orang india bekerja sebagai seorang penoreh getah. Dengan pembahagian kerja dalam ekonomi ini, pasaran di tanah melayu dapatlah dikembangkan ke seluruh dunia. Ekonomi di negara ini telah banyak menguntungkan orang Eropah dan juga membangunkan ekonomi di kalangan masyarakat ini. Jadi, mereka mulai persaingan kuasa untuk mendapat keuntungan yang lumayan dan meluaskan pengaruh serta monopoli ekonomi. Tanah melayu merupakan satu tempat untuk melambakkan barangan penjajah yang utama. Oleh itu, pasaran di negara ini agaknya besar dan semakin berkembang maju. Faktor lain ekonomi dapat berkembang maju adalah kedudukan yang strategi untuk semua pelayaran. Tanah melayu merupakan sebuah tempat persinggahan dan pembaikan kapal tentera laut serta tempat perlindungan daripada pertukaran musim.5.4 Pengaruh barat terhadap sosial

5.4.1 Campur tangan British dalam kalangan masyarakat Terdapat beberapa sebab yang mencetuskan peperangan di tanah melayu ini contohnya perebutan takhta, menuntut kemerdekaan, gangguan terhadap sistem pembesar, tafsiran yang salah oleh pegawai Inggeris, kegiatan kongsi gelap, perebutan kawasan ekonomi, gangguan terhadap adat istiadat melayu/bumiputera, masalah sempadan dan perubahan pentadbiran. Oleh kerana mempunyai sebab-

24

sebab tersebut, telah memberi peluang kepada British campur tangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan menandatangani perjanjian yang tertentu. Jadi, British mendapat kuasa yang besar untuk mengawal segala perkara di negara ini. Setelah campur tangan British telah mengubah tradisi budaya dan agama iaitu perhambaan di kalangan masyarakat orang melayu. Orang British menganggap setiap orang mempunyai hak asasi sendiri dan tidak patut dibahagikan orang atasan dan orang bawahan (hamba). Jadi, kejadian tersebut ditentang oleh masyarakat melayu kerana berlaku percanggahan pendapat antara mereka. 5.4.2 Pendidikan Sebelum kedatangan British, pendidikan yang dijalankan adalah tidak formal. ia hanya menekankan kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan sifat kerohanian. Pendidikan agama adalah di pondok. Setelah kedatangan British, telah menubuhkan sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri- negeri selat dengan bantuan kerajaan british. Seterusnya, sekolah Vernakular Cina yang pertama juga didirikan dan menggabungkan pengajian Confucious de gan pengajian sains barat. Selain itu, kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian telah memberi sumbangan yang banyak kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada peringkat awalnya.

25

Perkembangan sekolah Inggeris ditubuhkan adalah untuk semua bangsa, mendidik supaya berdisiplin,berkelakuan baik dan rajin serta murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu kira-kira.

26

6.0 Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, memanglah pandangan semesta Tamadun Melayu telah melalui beberapa peringkat evolusi. Tambahan pula,sekiranya diteliti dengan lebih mendalam, zaman penjajahan, zaman menuntut kemerdekaan serta zaman kontemporari juga telah mempengaruhi pembentukan pandangan semesta masyarakat Melayu. Namun, Islam memang telah berakar umbi dalam pemikiran serta pembentukan pandangan semesta masyarakat Melayu. Namun begitu, unsurunsur yang diwarisi secara tradisi masih mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan seharian mereka.

27