Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

24
1 OUM TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL PENGENALAN Topik ini membincangkan beberapa aspek tentang falsafah moral ataupun etika yang berkaitan dengan pendidikan moral. Sememangnya terdapat beberapa konsep asas tentang moral yang penting dalan Pendidikan Moral. Konsep-konsep seperti nilai dan moral perlu dijelaskan sebelum bidang dan prinsip asas dalam Pendidikan Moral dapat difahami. Kajian tentang falsafah moral adalah penting dan dapat memberi guru justifikasi dan bimbingan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Selain itu, topik ini juga membincangkan tentang pandangan tentang nilai tradisional kaum-kaum di negara ini dan nilai yang kini diamalkan oleh mereka. Nilai agama dan kepercayaan mereka turut dihuraikan. Ini kerana rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama. Dengan mengetahui kepekaan setiap agama, kepercayaan dan kebudayaan kaum-kaum lain, kemoralan rakyat negara ini dapat dipertingkatkan lagi, lantas memperkukuhkan toleransi dan perpaduan antara satu dengan yang lain. Konsep Insan Bermoral juga akan diterangkan di dalam topik ini. Dengan mempelajari konsep ini, diharapkan anda dapat menggunakan kepakaran sebagai guru kelak untuk mendidik anak bangsa supaya mencapai tahap moral yang dikehendaki oleh masyarakat, iaitu Insan Bermoral.

Transcript of Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

Page 1: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

1OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

PENGENALAN

Topik ini membincangkan beberapa aspek tentang falsafah moral ataupun etika yang berkaitan dengan pendidikan moral. Sememangnya terdapat beberapa konsep asas tentang moral yang penting dalan Pendidikan Moral. Konsep-konsep seperti nilai dan moral perlu dijelaskan sebelum bidang dan prinsip asas dalam Pendidikan Moral dapat difahami. Kajian tentang falsafah moral adalah penting dan dapat memberi guru justifikasi dan bimbingan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.

Selain itu, topik ini juga membincangkan tentang pandangan tentang nilai tradisional kaum-kaum di negara ini dan nilai yang kini diamalkan oleh mereka. Nilai agama dan kepercayaan mereka turut dihuraikan. Ini kerana rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama. Dengan mengetahui kepekaan setiap agama, kepercayaan dan kebudayaan kaum-kaum lain, kemoralan rakyat negara ini dapat dipertingkatkan lagi, lantas memperkukuhkan toleransi dan perpaduan antara satu dengan yang lain.

Konsep Insan Bermoral juga akan diterangkan di dalam topik ini. Dengan mempelajari konsep ini, diharapkan anda dapat menggunakan kepakaran sebagai guru kelak untuk mendidik anak bangsa supaya mencapai tahap moral yang dikehendaki oleh masyarakat, iaitu Insan Bermoral.

Page 2: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

2OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

PETA MINDA

KONSEP-KONSEP MORAL

Istilah Asas Moral

Konsep Asas Nilai

Insan Bermoral

Nilai Agama dan Masyarakat

Konsep Baik, Benar dan Patut

Moral, Akhlak dan Etika

Aliran Pemikiran Moral

Rasional

Intuisionsi

Emotivis

Naturalis

Profil Insan Bermoral

Dimensi Kendiri Moral Individu

Prinsip-prinsip Asas Kemoralan

Prinsip Altruisme

Prinsip Keadilan

Prinsip Autonomi

Penaakulan Moral

Emosi Moral

Tingkahlaku Moral

Definisi dan Fungsi Nilai

Jenis-jenis Nilai

Perubahan Nilai dalam Masyarakat

Nilai Instrumental dan Intrinsik

Nilai Subjektif dan Objektif

Nilai Relatif dan Mutlak

Nilai Masyarakat Malaysia

Nilai Agama/Kepercayaan

Islam

Buddhisme

Hinduisme

Taoisme

Sikhisme

Kristian

Animisme

Page 3: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

3OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan konsep asas moral dan etika;

2. membezakan konsep-konsep yang berlainan dalam beberapa aliran pemikiran moral seperti naturalis, emotivis, intuisionsi dan rasional;

3. menjelaskan konsep asas nilai dari segi definisi, fungsi, dan jenis-jenisnya;

4. menjelaskan perubahan nilai dalam masyarakat;

5. membezakan nilai agama dan masyarakat dalam masyarakat Malaysia; dan

6. memahami konsep Insan Bermoral.

1.1 ISTILAH ASAS MORAL

(a) MoralMoral merujuk kepada satu sistem perlakuan yang berdasarkan prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik, dan patut dilakukan. Manakala ‘tidak bermoral’ pula bermaksud tidak mengikut prinsip dan melakukan sesuatu yang tidak benar dan tidak baik. Secara umumnya, moral dianggap tetap dan membawa maksud peraturan yang dikenalpasti oleh masyarakat sedunia. Walaupun begitu, perkataan moral itu sendiri mempunyai makna yang berlainan bagi individu dan masyarakat yang berlainan, di masa dan tempat yang berlainan.

Moral merupakan perkataan yang berasal daripada daripada bahasa Latin ‘moralis’ yang bermaksud tingkahlaku yang sesuai dengan tatasusila serta peraturan masyarakat. Oleh itu, perkataan moral merangkumi segala sifat luhur seperti kejujuran, keadilan, kebenaran, bersopan-santun dan sebagainya.

Istilah moral juga boleh dirujuk kepada penentangan terhadap suatu keinginan atau penahanan daripada suatu tingkahlaku yang dianggap salah. Ia juga merupakan kawalan tingkahlaku yang berdasarkan standard-standard dihayati oleh seseorang individu.

Moral juga merujuk kepada tingkahlaku yang berdasarkan peraturan-peraturan atau prinsip-prinsip yang diterima secara rasional, iaitu sebab-sebab penerimaan itu difahami dan dirasakan berpatutan. Maka sebagai rumusannya moral bolehlah dimaksudkan sebagai cara atau berbagai cara untuk melihat dan mempersoalkan pelbagai isu berhubung dengan perbuatan atau tingkahlaku berdasarkan persoalan betul atau salah, benar atau tidak dan apakah ia harus dilakukan atau tidak dalam satu-satu keadaan.

(b) AkhlakAkhlak berasal daripada kalimah bahasa Arab ‘khuluk’ yang bermaksud perangai atau tingkahlaku, tabiat, kepercayaan, pegangan atau agama. Berdasarkan pengertian ini, akhlak boleh didefinisikan sebagai sifat semulajadi atau tabiat yang mempamerkan gambaran atau rupa batin seseorang. Secara kesimpulannya, akhlak mempunyai aspek seperti sifat semulajadi yang dimiliki individu dan sifat yang dimiliki menerusi latihan atau rangsangan yang akhirnya menjadi tabiat. Ia meliputi dua dimensi, iaitu batin atau kejiwaan dan zahir dalam bentuk perlakuan.

Page 4: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

4OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

(c) EtikaEtika boleh didefinisikan sebagai disiplin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan piawai yang mewajarkan kelakuan perseorangan serta antara individu. Ia merupakan kod perlakuan yang nyata dan kadang-kala tersurat yang berperanan untuk mengawal tindak-tanduk ahli-ahli di dalam sesuatu profesion atau kelompok. Ia juga mempunyai kesepatutan dan kadangkala hukuman (bukan legal) dikenakan terhadap individu-individu yang menyeleweng agar konformiti diperolehi dan prestij dikekalkan.

Perkataan etika berasal daripada perkataan Greek, iaitu ‘ethos’ yang bermaksud adat atau cara hidup. Ia juga bermaksud satu set peraturan tingkahlaku seperti kod etika perubatan, guaman, perakaunan, perguruan dan sebagainya.

Terdapat dua jenis etika, iaitu etika normatif dan etika metaetika. Etika normatif menekankan sifat perlakuan yang unggul dan sepatutnya diterima dan dihayati oleh seseorang. Contohnya kesyukuran, kebersihan, dan sebagainya. Ia bertujuan mencari norma atau standard bagi sesuatu tindakan supaya manusia boleh memilih tindakan-tindakan mereka dengan kefahaman yang mendalam dan berupaya menilai secara kritis amalan-amalan yang terdapat dalam sesuatu masyarakat. Dengan ini, manusia mampu menilai tingkahlaku diri sendiri dan orang lain, dimana mereka dapat melihat yang baik dan sebaliknya. Penafsiran ini dikenali sebagai penafsiran moral dengan menekankan baik dan buruknya sesuatu tingkahlaku manusia. Apapun, seseorang itu tidak boleh dipersalahkan sekiranya satu-satu tingkahlaku tidak dapat dikawal oleh dirinya sendiri. Sebagai kesimpulan, etika normatif merupakan kajian tentang prinsip-prinsip yang menentukan bentuk-bentuk tingkahlaku moral manusia. Tujuannya mencari satu standard bagi tindakan kita supaya dapat memilih sesuatu tindakan dengan lebih bijaksana.

Sementara itu, etika metaetika pula mengkaji tentang pertanyaan-pertanyaan cara hidup kita. Tumpuan utama adalah kepada masalah-masalah dalam etika seperti mengenalpasti perlakuan manusia yang paling baik yang boleh diteladani, menentukan punca maklumat tentang perlakuan yang paling baik itu, menyenaraikan motif yang melahirkan perlakuan yang baik itu, dan menentukan dasar perlakuan moral yang ingin digunakan. Kesimpulannya, tekanan metaetika ialah pada analisis dan makna istilah-istilah dan bahasa yang digunakan dalam sesuatu system etika serta penaakulan yang digunakan untuk memberi justifikasi kepada kenyataan-kenyataan etika.

Sekiranya etika dahulu menekankan kebaikan moral dan rasionalnya, etika moden banyak menfokuskan kepada menentukan sifat-sifat beretika menerusi tindakan dan telah membentuk 2 persaingan iaitu tindakan yang mempunyai sifat etika dalaman dan memerlukan status moral daripada akibat yang dibuat dan tindakan itu samada betul atau salah. Dahulunya ia dikenali sebagai Teologikal dan sekarang dikenali dengan Deontologikal iaitu pendekatan kepada etika.

Etika bukan sahaja terdiri daripada satu set peraturan atau huraian yang menentukan bagaimana seseorang seharusnya bertindak tetapi ia terdiri daripada tindakan dan motif orang yang beretika dalam melakukan sesuatu yang betul dalam semua situasi yang dihadapi. Tindakan beretika datang dari seorang yang berakhlak mulia yang mengambil berat tentang melakukan sesuatu yang baik dan bukannya menjadi hamba kepada satu set peraturan yang difikirkan mempunyai kaitan dengan kebaikan dalam keadaan yang tertentu.

Page 5: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

5OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

1.1.1 Konsep Baik, Benar, dan Patut dalam Moral

Dalam masyarakat statik, apa yang baik, benar dan patut mungkin tidak berubah dan mudah ditentukan. Namun begitu, dengan perubahan sosial dan ekonomi dalam masyarakat, soal baik, benar dan patut menjadi semakin kompleks. Oleh itu, aliran pemikiran moral cuba menghuraikan sebab wujudnya perbezaan tentang erti baik, benar dan patut.

Persoalan-persoalan dalam etika seperti apa sebenarnya makna baik, benar dan patut adalah tidak dapat dipastikan lagi tentang maksudnya yang paling tepat. Ini kerana apabila sesuatu persetujuan telah dicapai tentangnya, persoalan lain akan timbul.

Walaubagaimanapun, terdapat satu definisi yang boleh dikatakan hampir dengan konsep ini, iaitu ia adalah satu sains yang mengkaji tingkahlaku manusia dalam masyarakat dengan cara mentafsir tingkahlaku manusia sebagai benar atau salah, baik atau buruk. Secara logiknya, ia adalah untuk mengkaji standard-standard (nilaitara) yang digunakan untuk menentukan samada satu-satu kenyataan itu benar atau salah. Ini seiring dengan konsep etika, dimana tingkahlaku manusia merangkumi tindakan sengaja atau tindakan yang tidak boleh dikawal. Contoh tindakan sengaja adalah seperti tindakan disertakan dengan niat, umpamanya seseorang pelajar yang belajar bersungguh-sungguh dengan niat untuk lulus peperiksaaan dengan cemerlang. Manakala contoh tindakan tidak sengaja adalah seperti menghisap jari.

1.1.2 Aliran Pemikiran Moral

(a) NaturalisPemikir naturalis mengatakan bahawa manusia jauh berbeza daripada haiwan kerana manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara rasional dengan menggunakan akal. Oleh itu, manusia secara rasional haruslah menentukan perlakuan yang baik atau benar berasaskan kerasionalannya. Sebagai contoh, manusia lebih mengingini kesihatan tubuh daripada kesakitan. Keinginan ini adalah berdasarkan kepada bukti empirikal iaitu maklumat yang dikumpul daripada pengalaman.

Manusia juga mampunyai kebolehan untuk membentuk dan mengekalkan hubungan peribadi, oleh itu, mereka dapat menggalakkan pembentukan hubungan yang baik sesama sendiri. Ini bermaksud mereka akan menganggap hubungan seperti hubungan kekeluargaan sebagai hubungan yang biasa dan bermoral manakala hubungan atau kelakuan seperti hubungan seks sejenis sebagaitidak bermoral.

Walaubagaimanapun, pemikiran ini dikritik kerana ada yang berpendapat bahawa ia adalah falasi naturalistik, dimana kita tidak boleh menyatakan bahawa wanita seharusnya menjadi suri-rumah sahaja dan lelaki adalah yang memberi nafkah. Secara logiknya, sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan berdasarkan sesuatu situasi sahaja.

(b) EmotivisPemikir emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut pernyataan fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut emosi, sikap atau perasaan. Berdasarkan pertimbangan moral, seseorang itu mula-mula menyatakan perasaannya dan kemudian akan cuba mengajak orang lain berkongsi perasaan itu.

Page 6: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

6OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

Menurut pandangan emotivis, pertimbangan moral adalah subjektif, dan tidak memerlukan sebarang teori asas yang istimewa atau yang boleh mendukung perlakuan moral. Pandangan ini dipersoal kerana terdapat tindak-balas emosi yang berlainan terhadap situasi yang sama. Oleh itu keputusan mungkin dibuat secara sewenang-wenangnya dan tidak dikaji terlebih dahulu.

Walaupun terdapat kelemahan dalam teori ini, ia telah memberi sumbangan yang penting kepada pendidikan moral. Emotivisme telah memperkenalkan satu dimensi yang penting yang bukan sahaja berfokus kepada pemikiran rasional, malah emosi moral.

(c) IntuisionisPandangan intuisionis menyatakan bahawa pertimbangan moral tidak berpunca daripada sebarang generalisasi yang empirikal seperti yang dikatakan oleh naturalisme, tetapi ianya terbukti dengan sendiri. Oleh itu seseorang menentukan apa yang baik dan tidak baik mengikut naluri dan tidak memerlukan sebarang penerangan atau sebab untuknya.

Namun, pandangan ini dikritik kerana prinsip terbukti dengan sendiri ini adalah tidak jelas. Contohnya, sekiranya mengikut prinsip ini, kita tidak dapat menentang pendapat yang mengatakan seseorang yang hodoh tidak boleh dipercayai kerana pendapat ini adalah berdasarkan kepada naluri sendiri (Mukherjee et. al. 1992).

(d) RasionalisRasionalis tidak menolak sepenuhnya pandangan-pandangan yang telah diketengahkan oleh pemikir-pemikir aliran lain. Ini kerana rasionalis menitikberatkan penggunaan sebab yang munasabah dalam membuat keputusan dan melakukan sesuatu. Namun begitu, rasionalis berpendapat walaupun mematuhi peraturan itu penting sebagai satu tabiat yang baik, tetapi apabila seseorang itu berada di tahap berupaya untuk berfikir secara kritikal, dia hendaklah memastikan kerasionalan peraturan tersebut. Seseorang itu hendaklah mempersoalkan tradisi yang menganggap nilai sebagai suatu yang tetap dan tidak berubah. Walaubagaimanapun, rasionalis tidak pula bersifat subjektif yang tidak mengambilkira prinsip dan peraturan moral yang asas. Bagi rasionalis, seseorang itu perlu mengkaji secara objektif beberapa aspek tentang prinsip dan peraturan moral yang asas sebelum dia menerima atau menilak peraturan tersebut.

Latihan 1.1 Apakah kepentingan untuk mempelajari konsep-konsep seperti moral, akhlak dan etika?

Page 7: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

7OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

1.2 KONSEP ASAS NILAI

1.2.1 Definisi dan Fungsi Nilai

Nilai merupakan satu konsep yang kompleks disebabkan berbentuk abstrak dan tidak dapat dilihat atau disentuh. Ahli-ahli falsafah belum lagi mencapai kata sepakat bagaimana hendak memberikan satu definisi rigit tentang nilai. Sungguhpun demikian, ia boleh diterangkan dengan melihat ciri-ciri amnya, iaitu dengan melihat penonjolan secara lisan atau perlakuan seseorang. Perlakuan tersebut akan dipertahankan sekiranya dikritik. Selain itu, ia juga akan menghalang individu lain yang tidak mengamalkan tingkahlaku seperti yang diamalkannya.

Nilai juga merupakan konsepsi manusia tentang apa yang dianggapnya berharga, penting dan ingin dimiliki mereka dalam kehidupan. Ia adalah amalan harian bagi kebanyakan individu. Menilai merupakan amalan berterusan bagi manusia.

Fungsi nilai Nilai berfungsi sebagai memberi rangsangan sesuatu isu atau situasi. Selain itu, nilai boleh menghadkan perlakuan seseorang. Contohnya, seorang pekerja yang mempunyai nilai bertanggungjawab tidak akan menggunakan masa bekerja untuk menyelesaikan hal persendiriannya. Sebaliknya akan menjalankan tugas sebagai seorang pekerja yang berdedikasi dan akan menyelesaikan hal persendirian selepas waktu kerja. Kesimpulannya, seseorang yang menghayati sesuatu nilai akan melakukan sesuatu yang ada kaitan dengan nilai yang dihayatinya, dan tidak melakukan nilai yang bercanggah.

1.2.2 Jenis-Jenis Nilai

Jadual 1.1

Nilai Definisi

Instrumental Kualiti samada diingini (dikehendaki atau patut dimiliki) atau tidak sebagai alat mencapai matlamat atau nilai lain.

Intrinsik Kualiti samada diingini atau tidak sebagai sesuatu yang muktamad.

Subjektif Kualiti diingini dan lebih disukai atau yang didapati tidak diingini penutur.

Objektif Kualiti berharga atau bernilai samada lebih disukai atau tidak dan bebas daripada kecenderungan atau keutamaan penutur.

Relatif Nilai diingini atau tidak diingini sebagai alat peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat yang muktamad.

Mutlak Nilai yang kebaikannya tidak bergantung kepada situasi atau peraturan khusus sesebuah masyarakat.

Page 8: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

8OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

1.2.3 Perubahan Nilai dalam Masyarakat

Rokeach (1973) berpendapat bahawa perubahan pegangan nilai berlaku jika terdapat perubahan pada konsep diri yang menjadi tampuk atau pusat sistem kepercayaan individu. Sistem kepercayaan, sikap dan nilai bertindak sebagai sistem-sistem yang menyusur-galurkan perubahan terhadap konsep diri. Sistem nilai memberikan individu standard-standard yang memandu tingkah laku, justifikasi, pertimbangan dan menjadi tunggak bagi pengubahsuaian, pertahanan ego, dan harga diri. Setiap individu seberapa daya yang mungkin cuba mempertingkatkan konsepsi diri semasa berinteraksi sosial berasaskan rangka ketetapan budaya dan masyarakat.

Perubahan-perubahan pada sikap, sistem nilai dan kepercayaan dapat dilihat pada tingkah laku. Perubahan sikap bersifat jangka pendek berlaku jika dibandingkan dengan perubahan pada sistem nilai atau pada sistem kepercayaan. Perubahan sikap, nilai atau kepercayaan berlaku sekiranya ianya bertentangan dengan konsep diri dan kadang kala perubahan berlaku dengan cara indoktrinasi, asakan emosi, pertukaran agama dan pukauan.

Perubahan sesuatu nilai boleh mengakibatkan perubahan pada nilai-nilai yang lain. Perubahan nilai menuju kepada dua polar, iaitu sama ada kepada pengukuhan ataupun kemorosotan. Pengukuhan nilai berlaku sekiranya sesuatu nilai itu selaras dengan konsep diri dan juga dengan kehendak masyarakat. Sebaliknya, kemorosotan nilai berlaku jika sesuatu nilai itu tidak dapat diterima ke dalam konsep diri dan juga bertentangan dengan kehendak masyarakat. Sebaliknya kemorosotan nilai berlaku jika sesuatu nilai itu tidak dapat diterima ke dalam konsep diri dan juga bertentangan dengan kehendak masyararakat. Terdapat beberapa cara perubahan nilai berlaku, antaranya adalah seperti berikut:

1. Akibat perkembangan pengetahuan dan perubahan maklumat, misalnya tentang penemuan-penemuan sains, perkembangan teknologi dan perkembangan bidang-bidang kehidupan lain. Penemuan dan perkembangan pengetahuan mempengaruhi nilai-nilai yang bersabit dengan keselesaan hidup manusia.

2. Melalui perubahan ideologi dan politik sama ada secara propaganda, indoktrinasi, pelaziman ataupun penyiaran. Misalnya, nilai patriotik dan nasionalisme orang Melayu bertambah kuat pada masa pemerintahan orang Jepun jika dibandingkan dengan semassa pemerintahan Inggeris sebelum Perang Dunia Kedua.

3. Akibat kebosanan dan salah anggapan, misalnya hipokrasi dalam politik dan pemerintahan, kebebasan bersuara dalam demokrasi, keadilan mendapatkan peluang dan kecekapan birokrasi. Kebosanan dan salah anggapan mengakibatkan kemorosotan nilai.

4. Berpunca daripada perubahan persekitaran opertif masyarakat seperti faktor-faktor sosial, ekonomi, demografi dan teknologi yang mempengaruhi cara hidup dan nilai-nilai ahli masyarakat. Misalnya, kemorosotan sistem ekonomi negara mewujudkan nilai jimat cermat, teliti belanja, produktiviti dan persefahaman antarabangsa.

Di dalam situasi bilik darjah, kaedah yang didapati berkesan untuk mengubah nilai pegangan murid-murid ialah penyertaan aktif murid-murid di dalam pembelajaran nilai yang digalakkan ialah main peranan, analisis diri, permainan pendidikan, bercerita, analisis gambar, analisis puisi dan aktiviti berkumpulan.

Page 9: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

9OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

Pembatinan nilai merupakan peringkat sesuatu nilai diterapkan ke dalam sistem nilai dan membentuk sebahagian daripada konsep diri dan personaliti. Nilai-nilai yang dibatinkan mengusur-galurkan operasi kognitif dan kesedaran yang seterusnya menentukan corak perlakuan. Pembatinan sesuatu nilai pada darjah tertinggi berlaku apabila individu menunjukkan sesuatu tingkah laku secara tekal dan ketekalan tingkah laku itu tidak mudah terpengaruh oleh tekanan-tekanan atau pengaruh dari luar. Misalnya, jika nilai kebersihan telah dibatinkan ke dalam konsep diri, maka seseorang individu itu sentiasa memelihara kebersihan pada dirinya sendiri, pakaian dan harta bendanya. Malahan, dari segi tingkah laku berbahasa, orang yang memegang nilai bersih akan mengkritik, memberi komen atau menasihati orang lain yang bersikap dan bersifat pengotor.

Proses pembatinan nilai tidak berlaku dalam tempoh masa yang singkat dan tempoh masa itu juga tidak tentu lamanya. Ini adalah kerana sesuatu nilai yang ingin diterapkan ke dalam konsep diri perlu menembusi benteng sistem penilaian dan nilai, sistem kepercayaan super ego dan pertimbangan kognitif yang rumit. Sesuatu nilai yang baru menimbulkan keadaan peralihan ataupun konflik pertimbangan dalam diri apabila wujud fenomena-fenomena seperti penilaian nilai, piawaian nilai, pengekalan nilai, organisasi nilai, penghalusan semula nilai dan penekanan nilai. Jika sesuatu nilai berkenaan didapati sesuai atau diperlukan daya hidup individu dan diperakukan pula oleh masyarakat, maka individu secara tidak sedar menerapkan nilai tersebut ke dalam sistem nilai dan menjadi sebahagian daripada konsep diri dan perwatakan.

1.3 NILAI AGAMA DAN MASYARAKAT

1.3.1 Nilai Masyarakat Malaysia

Dalam mengkaji nilai serta norma masyarakat di Malaysia, perlulah diambil kira tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Proses menilai yang utama pula ialah dari segi sosial, dimana ia berdasarkan bahawa manusia dipengaruhi dan bertindak dalam konteks sosial. Pertamanya, nilai masyarakat Malaysia, walaupun mungkin berbeza dengan masyarakat di Barat, adalah tidak semestinya sama dengan nilai masyarakat Timur yang lain. Di Malaysia sendiri, terdapat pelbagai jenis nilai dan norma, disebabkan masyarakat Malaysia adalah gabungan berbagai jenis etnik dan agama. Oleh itu, sukar untuk mengenalpasti nilai-nilai sebenar masyarakat di Malaysia. Tradisionalnya, kesemua kaum di Malaysia menilai keluarga sebagai asas bagi komuniti, sambil menekankan nilai menghormati ibubapa, orang tua dan orang yang bijaksana. Mereka menganggap kemoralan sosial kolektif penting untuk keharmonian negara.

Kebanyakan orang Melayu menganggap sistem susun lapis sosial masyarakat Melayu tradisional kini masih dianggap sah dari segi budaya. Contohnya, raja dan golongan bangsawan berjaya mengekalkan kedudukan mereka di atas sekali dalam hirarki sistem sosial dengan menggunakan sistem status kehormatan walaupun mereka telah menyerahkan kuasa politik kepada kumpulan pemimpin dari kalangan orang biasa.

Latihan 1.2 Berdasarkan pengalaman anda, apakah antara cara perubahan nilai dalam masyarakat yang anda ketahui?

Page 10: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

10OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

Sebagai rakyat, orang Melayu percaya bahawa mereka perlu mematuhi pemimpin sebagai satu kewajipan. Seperti juga perasaan bekerjasama yang dipengaruhi oleh Islam, ia menjadikan orang Melayu terkenal sebagai antara kaum paling bersopan santun di dunia kerana kaum itu mempunyai kecenderungan untuk menyenangkan hati orang lain. Walaubagaimanapun, disebabkan kemewahan yang melanda kini, orang Melayu semakin berubah daripada bersifat feudal dan tradisional kepada kapitalis dan moden. Sebenarnya perkara ini sudah lama berlaku keatas masyarakat Melayu yang tinggal di bandar, dimana mereka bersikap kosmopolitan, liberal dan individualistik.

Perubahan ini disedari oleh orang Melayu dan mereka berusaha mengubah semula masyarakat yang kelihatan tercemar ini dengan matlamat untuk menubuhkan sebuah negara Islam menerusi dakwah dan reformasi pendidikan, kebudayaan, politik dan ekonomi. Walaupun usaha sudah giat dijalankan, namun mereka masih sangsi terhadap kebudayaan dan cara hidup tradisional mereka, dan juga ragu-ragu terhadap nilai Barat yang mungkin dibawa bersama dengan pemodenan dan peindustrian yang dialami oleh Malaysia. Dilema ini ialah contoh konflik cara hidup yang berlaku di antara kumpulan dakwah dengan mereka yang berorientasikan Barat yang berlaku dikalangan masyarakat Melayu pada masa kini.

Konflik sedemikian tidak berlaku di kalangan masyarakat India dan Cina di negara ini, mungkin disebabkan oleh mereka mampu menyesuaikan dan menyatukan pelbagai sistem kepercayaan yang berbeza. Dalam kebudayaan tradisional orang Cina, dipercayai asas hubungan keluarga yang harmoni adalah bergantung kepada hubungan manusia dan sumber ekonomi yang stabil. Sikap ini menyebabkan orang Cina lebih dimotivasi dan berusaha untuk mencari kekayaan. Namun, dari segi ini, kekayaan memperoleh kemoralannya sendiri, dimana orang yang lebih kaya akan lebih dipercayai berbanding orang yang miskin. Seperti juga orang Cina, masyarakat India tradisional juga adalah bersifat materialistik. Mereka juga sentiasa berusaha untuk memperoleh harta demi kekayaan dan mendapat darjat yang lebih tinggi dalam kelas sosial.

Sungguhpun begitu, ini tidak bermakna orang Cina dan India tidak memberi perhatian terhadap nilai sosial dan moral. Walaupun terdapat banyak pembahagian di kalangan orang Cina mengikut agama, kelas, keluarga, dialek, kelompok, komuniti dan kawasan dalam politik atau kesatuan, mereka masih lagi bersatu menerusi kegiatan ekonomi. Begitu juga orang India, dimana mereka juga berpecah dalam kelompok kecil mengikut bahasa dan agama serta kelas dan kasta. Tetapi, berbanding dengan orang Cina, mereka lebih cerewet dan merupakan punca utama kegagalan untuk bersatu dalam bidang sosial dan kebudayaan, serta tidak berkesan dari segi politik. Mereka bagaimanapun mempunyai nilai kekeluargaan yang tinggi. Oleh itu, kedua masyarakat Cina dan India mempunyai persamaan disini, dimana mereka sentiasa mengambil berat akan kebajikan ahli keluarga yang lain.

Daripada penerangan di atas, ternyata bahawa terdapat persamaan diantara masyarakat Melayu, Cina dan India. Sungguhpun keinginan dan kewajipan dilihat berbeza-beza, namun sifat hormat-menghormati masih dikekalkan. Individualisme pula, walau dilihat sebagai sifat yang negatif, namun ia adalah kehidupan biasa di bandar besar atau bandaraya.

Jika dilihat dalam masyarakat Malaysia pada masa kini, nilai murni masih lagi belum runtuh. Tetapi keruntuhan moral di seluruh dunia yang dikatakan sudah merebak ke Malaysia kini harus ditangani sebelum terlambat. Usaha pemimpin negara dalam

Page 11: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

11OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

menegaskan soal moral dan hormat kepada undang-undang dapat dilihat dengan penerapan nilai murni merentasi kurikulum dan mata pelajaran Pendidikan Moral (Pendidikan Islam bagi umat Islam) sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah. Selain itu, pemimpin negara juga menerapkan nilai murni menerusi konsep bersih, cekap dan amanah ke pejabat kerajaan, di samping pengenalan dan pelancaran nilai-nilai kebangsaan melalui Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar pembangunan Nasional dan Wawasan 2020.

1.3.2 Nilai Agama dan Kepercayaan

Islam(a) Sabar

Manusia diciptakan dengan sifat tidak sabar dan kerananya ia banyak membuat kesalahan. Oleh itu, Agama Islam menyarankan supaya mereka bersabar kerana Allah. Orang beriman, contohnya, harus sabar dalam menunggu keselamatan yang besar yang dijanjikan Allah. Sabar merupakan satu sifat penting untuk mencapai keredhaan Allah, dan itulah kebaikan yang harus diusahakan agar lebih dekat kepada Allah.

Dalam masyarakat jahiliah, erti sabar bercampur dengan ketahanan diri. Akan tetapi, ketahanan diri memiliki makna yang berbeza, iaitu menahan sakit kesusahan. Makna sabar yang sebenarnya dijelaskan di dalam Al-Quran. Perbezaan ini hanya difahami oleh orang yang benar-benar beriman. Ketekunan orang orang beriman bertujuan untuk mencapai keredhaan Allah, dan dengan demikian, sabar memberikan penerangan bagi orang beriman, sedangkan ketahanan diri hanya memberikan kejengkelan dan kesusahan bagi orang-orang yang tidak beriman.

Sabar juga merupakan sifat yang tergolong positif yang diterangkan dalam Al Quran. Seseorang boleh berasa rendah diri, sederhana, baik budi dan taat atau patuh, namun semua kebaikan ini hanya akan menjadi nyata apabila manusia menggabungkannya dengan kesabaran. Kesabaranlah yang diperlihatkan dalam berdoa dan merupakan sifat orang beriman.

(b) Bersyukur Allah menciptakan segala dengan tujuan tertentu, seperti anugerah-anugerah Nya. Setiap anugerah ini, seperti kehidupan, keimanan, makanan, kesihatan, deria-deria merupakan penberianNya supaya manusia bersyukur kepadaNya.

Tanpa diragukan lagi, semua anugerah ini diberikan dengan satu alasan, iaitu tiada sesuatu pun diciptakan bagi kita untuk digunakan sebagaimana kehendak kita sendiri. Sebaliknya, alasan bagi semua kemurahan ini apapun bentuknya adalah perintah kepada manusia supaya menuju ketentuan Allah. Hal ini kerana segala sesuatu yang diberikan mewajibkan manusia supaya bersyukur kerana Allah yang telah memberikan rahmat keatasnya. Rasa bersyukur merupakan ibadah dan juga satu cara untuk melindungi dari penyimpangan. Tidak bersyukur bererti melangkah menuju kerosakan dan kejahatan, melupakan kelemahan-kelemahan, dan menjadi takabur tatkala manusia semakin kaya dan berkuasa.

Page 12: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

12OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

(c) Boleh Dipercayai Al Quran menggambarkan sifat amanah sebagai salah satu prinsip moral dan jalan menuju kejayaan. Orang-orang beriman harus menjaga amanat yang dipercayakan kepadanya sehingga amanat itu dikembalikan. Selain itu, mereka juga harus dapat membezakan siapa yang mengamanatkan dan siapa yang berhak keatas amanat tersebut.

HinduismeAjaran agama Hindu mengutamakan beberapa nilai-nilai murni. Di antaranya adalah seperti berikut:

1. Dharma, yang bermaksud tanggungjawab. Nilai ini menyeru manusia supaya menjalankan segala tugas dan tanggungjawab dengan sempurna dan amanah.

2. Ahimsa, yang bermaksud kasih sayang. Agama Hindu menyeru manusia supaya tidak melakukan kekejaman terhadap sebarang makhluk samada manusia mahupun haiwan.

3. Dhruthi, yang bermaksud keberanian dan ketetapan.

4. Kahamaa, yang bermaksud bertimbangrasa atau baik hati. Nilai ini menyeru manusia supaya bertimbangrasa dan baik hati terhadap semua orang serta haiwan.

5. Damo, ialah mengawal fikiran. Nilai ini penting kerana manusia tidak seharusnya bertindak dengan sesuka hati atau mengikut perasaan yang mingkin menyebabkan kecederaan, kecelakaan dan apa-apa yang tidak baik kepada orang lain.

6. Stheyam, ialah tidak tamak. Nilai ini adalah untuk menyedarkan manusia untuk hidup secara sederhana dan tidak harus tamak untuk memperoleh kebahagiaan. Sebaliknya manusia akan berasa sedih dan terseksa jika selalu tamak dan bersifat kebendaan. Oleh itu, individu mesti hidup mengikut kemampuannya sahaja.

7. Showcha, yang bermaksud kebersihan. Agama ini mementingkan kebersihan dari segi mental dan fizikal.

8. Mindriya Nigharam, ialah mengawal perasaan. Manusia perlu mengawal perasaan supaya dapat berfikir dan bertindak dengan rasional.

9. Dheer, atau membentuk fikiran yang tetap adalah saling berkait dengan nilai mengawal perasaan kerana kedua-dua nilai ini manusia dapat melakukan perkara dengan rasional.

BudhismeAjaran Buddha berhubung rapat dengan kehidupan manusia. Dalam dunia yang serba moden ini pun, ia tetap praktikal. Pada peringkat yang paling asas, Buddhisme mengajar manusia cara untuk menghadapi keadaan yang baik ataupun sebaliknya. Dengan mengamalkan ajaran-ajaran Buddha, seseorang dapat menjalin hubungan yang baik dengan orang lain. Pada peringkat yang tinggi, Buddhisme mengajar bagaimana melatih pemikiran untuk menghadapi cabaran hidup serta memahami makna hidup yang benar. Buddhisme menunjukkan cara untuk menamatkan kesengsaraan. Sekiranya seseorang mengikuti jalan yang telah ditunjukkan maka dia akan memperolehi kesejahteraan ini.

Dengan mengamalkan ajaran Buddha, seseorang dapat memperbaiki hubungannya dengan keluarga serta masyarakat. Dengan ini kebahagiaan dan keharmonian akan

Page 13: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

13OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

muncul. Selain daripada itu, ia memberi peluang untuk kebahagiaan kerana ia menunjukkan cara untuk menghapuskan kesengsaraan.

Buddha tidak mengajar pengikutnya tentang ketuhanan, metafizik atau falsafah, sebaliknya ianya merupakan pandangan psikologi, etika, nilai atau moral samada baik atau betul di dalam kehidupan. Matlamat utama ialah untuk mencapai Nirwana. Nirwana dikaitkan dengan konsep pembebasan daripada kelahiran semula. Jesteru itu di dalam Buddha kaedah untuk encapai Nirwana ialah dengan melalui pembebasan daripada penderitaan melaui konsep empat kebenaran mulia (Four Noble Truth).

Kebenaran mulia yang pertama ialah disebut penderitaan (Dukka). Contoh penderitaan seperti kesakitan, usia tua, kematian, perpisahan dengan orang yang disayangi dan keinginan yang tidak dapat dipuaskan. Jadi ianya mesti dihubungkan dan diimbangkan dengan kesabaran. Kebenaran yang kedua ialah sebab atau punca yang membawa kepada penderitaan (Samudaya). Keinginan, nafsu, cinta, gila kekayaan adalah merupakan samudaya yang menjadi faktor kepada penderitaan. Kebenaran yang ketiga ialah pemadaman atau penghapusan penderitaan (Nirodha). Pemadaman ini berlaku di dalam hati dimana, dengan menghapuskan sebab penderitaan iaitu menghapuskan keinginan dan kehendak. Kebenaran yang terakhir ialah cara atau jalan penghapusan penderitaan dengan mengambil jalan sederhana atau moderat (Marga). Seseorang mesti mengimbangkan keinginan dan mengamalkan displin diri. Kesederhanaan membawa keselesaan. Cara terbaik yang difikirkan oleh Buddha ialah mengambil jalan tengah antara hidup mewah dengan peyeksaan diri. Empat kebenaran mulia ini merupakan jalan tengah yang ditunjukkan oleh Buddha ke arah kebahagiaan.

Jalan tengah ini lebih dikenali sebagai Jalan Lapan Lapis Mulia. Ia merupakan prinsip-prinsip panduan dalam kehidupan kita. Sekiranya kita mengetahui jalan tengah, maka kehidupan kita penuh dengan kebahagiaan. Jalan Lapan Lapis Mulia ialah:

1. Pandangan yang Betul (samma-sitthi) – Ianya berdasarkan kepada pengetahuan betul. Ianya bertujuan untuk mengelakkan daripada melakukan kesalahan.

2. Fikiran yang Betul (samma-sankappa) – Menurut Buddha tindakan yang baik didasari oleh niat yang baik. Tujuannya ialah untuk menghapuskan keinginan.

3. Pertuturan yang Betul (samma-vaca) – Jalan ini menerangkan seseorang mesti bercakap benar dan tidak mempunyai dan tidak melakukan perbuatan negatif.

4. Perbuatan yang Betul (samma-kammanta) – Tindakan yang betul merupakan jalan yang benar. Ianya memberikan contoh, sikap bercakap kosong membawa sikap membangga diri.

5. Pekerjaan yang Betul (samma-ajiva) – Bagi jalan ini seseorang itu perlu hidup secara betul. Dengan erti kata lain ianya tidak mempunyai sifat-sifat negatif. Ianya perlu hidup secara merendah diri dan berusaha melakukan kebaikan.

6. Usaha yang Betul ( samma-vayama) – Jalan ini menerangkan usaha atau tindakan memadamkan sifat-sifat negatif atau kesedihan. Ianya memerlukan pengabdian dengan cara membersihkan jiwa dalaman dengan cara membuang sikap negatif dan digantikan dengan nilai-nilai positif.

7. Kesedaran yang Betul (samma-sati) – Ketenangan fikiran hanya dapat diperolehi dengan menghapuskan sikap egoistik, marah dan cemburu.

Page 14: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

14OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

8. Tumpuan yang Betul (samma-samadhi) – Jalan ini bertujuan untuk meningkatkan ketenangan. Ianya boleh dicapai melalui renungan dan membebaskan daripada sifat sombong.

Satu lagi aspek penting dalam ajaran Buddha yang membawa ke arah kesejahteraan ialah Panca Sila. Panca Sila merupakan lima peraturan yang penting dalam ajaran Buddha. Panca Sila ialah asas pendidikan moral yang dapat memupuk keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat. Menghindari daripada membunuh ialah peraturan pertama dalam Panca Sila. Adalah penting untuk menegaskan bahawa ajaran Buddha menyemaikan benih kasih sayang antara semua makhluk yang hidup. Peraturan yang kedua ialah tidak mengambil apa yang tidak diberikan. Ini bertujuan menghormati hak milik harta benda orang lain, disamping memupuk sifat jujur dan ikhlas. Mengikut peraturan ketiga, seseorang pengikut Buddha juga tidak dibenarkan melakukan hubungan kelamin dengan orang lain kecuali isteri atau suami sendiri. Tidak berzina merupakan cara mengekalkan hubungan baik antara manusia dan seterusnya membina persaudaraan antara manusia. Peraturan keempat ialah menghindari diri daripada berdusta – bercakap benar, tidak menyimpang dari kebenaran, jujur dan boleh dipercayai. Peraturan kelima ialah mengelakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang memabukkan. Ini bertujuan untuk menjaga kesihatan akal dan selanjutnya menanam kesedaran tiap-tiap saat dan di mana-mana pun. Melalui cara ini, ia akan membentuk sikap atau personaliti yang baik, bukan sahaja akan membawa kebahagiaan kepada diri tetapi juga kepada semua makhluk.

TaoismeKonsep ‘Tao melahirkan yang satu’ bermaksud Tao ialah suatu yang aktif, iaitu sesuatu tindakan adalah bersifat semulajadi dan bukan dipaksa. Contohnya seorang pemimpin akan mendapat keharmonian diri sendiri apabila dia hanya membiarkan apa yang berlaku kerana ia adalah perkara semulajadi. Perkataan ‘Dua’ dalam konsep ‘Yang Satu melahirkan yang Dua’ merujuk kepada kuasa kembar yin dan yang. Kuasa yin dan yang ini berlawanan sekali, contohnya hitam dan putih, baik dan salah dan sebagainya. Namun kuasa yin dan yang bukanlah kuasa keharmonian, tetapi kuasa terkunci antara kehidupan dan kematian. Oleh itu, interaksi antara yin dan yang dimana keduanya bertentangan, adalah punca kepada segala perkara yang berlaku. Konsep ‘Yang Dua melahirkan yang Tiga’ pula merujuk kepada Syurga, Bumi dan Perikemanusiaan. Tiga elemen serangkai ini ialah bentuk dimana segala makhluk sebenarnya wujud.

Untuk mencapai perpaduan dengan Tao, penganutnya mengamalkan Wu-Wei yang bermaksud ‘cara bukan tindakan’. Wu-Wei adalah melakukan sesuatu bukan untuk kepentingan diri sendiri sahaja tetapi juga atas sebab altruistik. Dengan kata lain, ia adalah mengamalkan kehidupan yang sederhana, bebas dan tidak dikongkong oleh hawa nafsu.

Walaupun Taoisme dianggap suatu kepercayaan yang materialistik, namun sifat Taoisme yang memandang kebendaan akan kemudiannya dikawal oleh kerohanian. Ajaran ini menitikberatkan bagaimana masyarakat harus dikawal supaya individu tidak bertindak mengikut kepentingan yang tidak berasas. Taoisme juga menyatakan bahawa penganjuran doa umum dan upacara adalah penting kerana ia dianggap sebagai saluran untuk mengimbangi dunia dan seterusnya mengatasi kuasa tidak baik dan kehidupan dapat diteruskan dan dimajukan. Selain itu, Taoisme juga mementingkan kemoralan manusia, dimana ia menyatakan bahawa jalan yang benar akan memajukan, manakala jalan yang salah akan membinasakan, dan sentiasa menyarankan pengikutnya supaya menambahkan sifat mulia dan pertingkatkan bakti kepada masyarakat.

Page 15: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

15OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

KristianAgama merupakan jalan penentu bagi manusia untuk mengamalkan satu cara hidup yang berunsur keamanan dan keharmonian. Sepertimana agama-agama lain, agama Kristian juga mempunyai banyak elemen dalam kitab suci Bible yang memimpin manusia ke arah masa depan yang cerah, baik dan beretika.

Menurut Kitab Old Testament, 10 peraturan etika manusia telah diturunkan sebagai wahyu kepada Nabi Isa untuk dijadikan pedoman kepada umat Kristian ketika itu. Ini menunjukkan etika sosial telah dititikberatkan sebelum kedatangan Nabi Isa lagi. 10 Commandments yang disampaikan oleh Nabi Isa adalah seperti berikut:

1. Jangan ada padamu Tuhan lain dihadapanku.

2. Jangan bagimu apa-apa patung yang merupai apa-apa dilangit, bumi atau bawah bumi ini.

3. Jangan menyebut nama Tuhanmu dengan sebarangan.

4. Tetaplah ingat dan kuduskanlah Hari Sabbath.

5. Hormatilah ayah dan ibumu.

6. Jangan membunuh.

7. Jangan berzina.

8. Jangan mencuri.

9. Jangan buat tuduhan palsu.

10. Jangan mengingini apa-apa yang dipunyai oleh jiranmu.

Selain daripada 10 Commandments ini, kitab lama juga menyarankan 3 konsep etika yang lain iaitu:

1. Keadilan dan Kesamaan – Umat Kristian disarankan agar sentiasa menegakkan keadilan di mana jua dan tidak kira dalam keadaan apa sekalipun. Ia juga menyarankan agar mereka tidak tuduh menuduh di antara satu sama lain tanpa usul periksa terlebih dahulu.

2. Kejujuran – Di mana jua, umat Kristian disarankan supaya menegakkan keadilan dan kebenaran. Lebih-lebih lagi sekiranya sifat kejujuran itu dapat menyelamatkan nyawa. Maka seseorang itu diwajibkan untuk menegakkan kejujuran bagi menolong orang lain.

3. Membuat Baik – Umat Kristian juga disarankan supaya berbuat baik dan mengamalkan budi pekerti yang baik agar mendapat pahala daripadanya. Selain itu, mereka juga tidak harus menyimpan perasaan dendam di hati terhadap orang yang telah menyakikan hati mereka. Sebaliknya, mereka haruslah lebih menumpukan kepada pertolongan kepada mereka yang dalam kesusahan. Tambahan lagi, orang yang mengalami kesusahan itu juga akan menghargai pertolongan yang diberikan.

Page 16: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

16OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

SikhismeKitab suci Guru Granth Sahib, juga dipanggil Adi Grandth ditulis dalam bentuk puisi mengandungi ajaran etika dan kerohanian yang boleh diringkaskan dalam tiga bahagian:

1. Keperluan perkembangan insan

2. Perhubungan antara manusia

3. Penyelarasan kewujudan roh yang disifatkan sebagai matlamat terakhir

Kitab suci menjelaskan bahawa setiap orang dalam kewujudan yang nyata, dan mempunyai pandangan dan fikiran yang sempit dan terbatas (houmai atau egoness). Secara moral, manusia digalakkan membuka mindanya supaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di persekitarannya. Ini akan menyempurnakan sifat kendiri yang sebenar, iaitu mempunyai fikiran yang lebih luas dan bijak. Ini akan menjadikan seseorang itu bertingkahlaku yang lebih adil dan sederhana (sachiara atau sifat kendiri yang sebenar dan terbaik). Seseorang yang baik dan bermoral ialah individu yang berusaha meningkatkan diri dengan bergerak jauh daripada houmai dan menuju ke sachiara. Sesuatu itu baik jika dapat memberikan individu penyempurnaan swadiri – puncak bagi yang paling baik. Penyempurnaan swadiri melibatkan penelitian dalam aspek-aspek Khand:

1. Dharam Khand – Bersedia membawa perubahan dalam kemajuan untuk diri melalui pengorbanan dan kewajipan sosial.

2. Gian Khand – Mencari ilmu untuk melengkapkan diri dengan kebijaksanaan.

3. Saram Khand – Mencari keharmonian dan ketenteraman diri, menghayati keindahan alam dan diri.

4. Karam Khand – Menjadi individu altruistik, iaitu mencapai kesempurnaan dalam diri sendiri, tidak lagi mementingkan diri tetapi sentiasa menunaikan kewajipan sosial yang amat bermoral.

5. Sach Khand – Berjaya mencaapi tahap yang paling sempurna, dapat menyatukan kebijaksanaan dan kemuliaan diri (kar kar), kesedaran (vekhe) dan kebahagiaan dalaman (nihala) dalam individu sendiri.

Tegasnya aspek Khand bertujuan memperolehi kesempuranaan dan membentuk individu yang seimbang dari segi jasmani, rohani dan emosi. Dalam Khand, konsep individu dihapuskan. Seseorang itu akan mencapai swadiri yang sebenar dan akan membantu orang lain dengan tidak memikirkan kesusahannya sendiri. Disebaliknya pula, terdapat lima aspek yang tidak secara moral iaitu:

1. Kam – dorongan nafsu

2. Lobh – tamak

3. Moh – percaya dan menyembah sesuatu yang palsu

4. Krodhi – kemarahan

5. Ahankar – keangkuhan

Kelima-lima aspek ini menganggu ketenteraman daalm diri seseorang dan mengakibatkan tingkah laku yang tidak bermoral. Masalah ini hanya boleh diatasi dengan kepercayaan

Page 17: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

17OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

dalam agama dan keperibadian mulia. Sifat murni ini boleh dipelajari dan disuburkan menerusi komunikasi social dengan orang yang berperibadi mulia.

Dalam Sikhism, keperibadian mulia adalah disenaraikan seperti berikut:

1. Kebijaksanaan atau Kearifan – Satu pandangan yang komprehensif yang ditunjukkan dalam tindakan seseorang. Kearifan boleh dicapai melalui penerangan, refleksi dan ilmu rohani.

2. Kejujuran – Persetujuan antara pertuturan dan pemikiran serta keyakinan dan tindakan seseorang. Ia merangkumi sifat amanah dan sayang terhadap orang lain.

3. Keadilan – Ini meliputi kesamaan sosial, hormat terhadap hak orang lain dan tidak mengeksploitasi orang lain.

4. Kesederhanaan – Mengawal diri secara sederhana, tidak kejam atau keterlaluan.

5. Keberanian – Individu tanpa keberanian dianggap seorang yang tidak sejati atau betul. Sifat ini tidak meliputi kebencian atau permusuhan. Keberanian merujuk penyuaraan kebenaran kerohanian tanpa permusuhan dengan sesiapa pun.

6. Merendah diri – Merendah diri terhadap kepujian dan kejayaan yang didapati. Ini dibayangkan dalam sikap individu terhadap diri dan hubungan sosial serta nilai moral yang harus disokong dengan merendah diri.

7. Kepuasan diri – Kebahagiaan dan ketenteraman dalam kehidupan, berharmonian dengan keunggulan kerohanian dalam hidupnya. Ia tidak bererti kecelaan atau berkompromi dengan sesuatu yang tidak baik, di samping menandakan kebebasan daripada ketakutan atau bimbang bahawa dosanya tidak akan diselamatkan.

Daripada penjelasan tentang ajaran dalam Kitab suci Sikh, dikatakan bahawa Sikhism adalah satu agama yang mementingkan displin kehidupan, mengutamakan kesempurnaan, kerohanian dan ketenteraman dalam diri seseorang dan kewajipan sosial.

AnimismeKepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dikalangan manusia primitif. Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Dianggarkan bahawa di Kalimantan Barat masih terdapat 7.5 juta orang Dayak yang tergolong sebagai pemeluk kepercayaan animisme.

Selain daripada semangat dan roh yang mendiami di tempat-tempat yang dinyatakan di atas, kepercayaan animisme juga mempercayai bahawa roh orang yang telah mati boleh masuk ke dalam tubuh haiwan, misalnya suku Nias, disebuah pulau yang terletak di barat Sumatera mempercayai bahawa seekor tikus yang keluar masuk dari rumah merupakan roh daripada wanita yang telah mati beranak. Roh-roh orang yang telah mati juga boleh memasuki tubuh babi atau harimau dan dipercayai akan menuntut bela ke atas orang yang menjadi musuh simati pada masa hidupnya. Kepercayaan ini menyerupai dengan kepercayaan kelahiran semula seperti yang terdapat pada agama Hindu.

Page 18: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

18OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

Secara umum, masyarakat Orang Asli di Malaysia masih mengamalkan Animisme, iaitu suatu amalan yang menyatakan bahawa setiap benda hidup atau makhluk mempunyai roh tersendiri. Kebanyakan suku Negrito mengamalkan animisme dan percaya dunia ini didiami pelbagai jenis dewa dan makhluk yang mempunyai kuasa dan dikenali sebagai Orang Hidup kerana tidak akan mati. Orang Hidup yang paling berkuasa dan mampu melakukan apa-apa sahaja ialah Tok Pendin yang menjadikan alam ini, termasuk alam, binatang, gunung ganang dan tumbuh-tumbuhan. Negrito percaya dewa-dewa seperti Chinoi dan Halak sentiasa menjaga kebajikan manusia supaya tidak melakukan kesalahan yang terkeluar daripada norma-norma kemanusiaan. Tok Pendin mempunyai seorang pembantu bernama Karei yang telah menggalurkan beberapa adat dan pantang larang untuk dijadikan panduan mereka dan akan menurunkan beberapa bencana sebagai balasan masyarakat yang menyalahinya - hujan lebat, ribut, harimau atau binatang-binatang liar lain.

Suku kaum Senoi mempunyai seorang dewata yang maha kuasa. Dewata ini bermacam-macam bentuk. Terdapat empat dewata utama dan tiap-tiap nama dewata berkaitan dengan satu bidang kuasa, iaitu Engku, Karei, Hilok dan Hiwoh. Dewata-dewata ini mempunyai kuasa dan berlaku adil. Sesiapa yang melanggar adat akan dihukum dengan kecelakaan manakala yang baik akan dibalas dengan kebaikan juga. Senoi juga percaya dengan kewujudan jin-jin. Ramai dari suku Melayu Asli menganuti Islam (85%). Ada sebilangan yang masih mengamalkan animisme dan juga mempercayai wujudnya hantu, dewa-dewa dan roh yang mendiami dunia ini. Oleh itu suku Melayu Asli mempunyai beberapa peraturan untuk menghindari diri dari melakukan kesalahan seperti pembunuhan atau sebagainya kerana mereka percaya setiap kesalahan akan dibalas Tuhan dengan kecelakaan. Secara umum boleh dikatakan tiap-tiap kumpulan Orang Asli mempunyai sistem kepercayaan yang hampir sama.Mereka menganggap kepercayaan sebagai satu peraturan yang membataskan mereka dari melakukan kejahatan dan tidak boleh melakukan kesalahan diluar norma-norma kemanusiaan dan masyarakat.

1.4 INSAN BERMORAL

1.4.1 Dimensi Kendiri Moral Individu

Kesedaran tentang moral merupakan satu kemestian bagi setiap orang untuk menjamin keamanan sesebuah negara dan dunia. Selaras dengan itu, Pendidikan Moral telah dijadikan salah satu subjek yang diwajibkan di semua sekolah di Malaysia. Ia merupakan satu program yang dirancang secara sistematik menerusi kurikulum sekolah sebagai satu mata pelajaran formal yang diajar kepada pelajar bukan Islam manakala pelajar Islam mengikuti Pendidikan Islam. Pendidikan moral juga diajarkan secara tidak langsung dalam bentuk nilai merentasi kurikulum serta melalui kegiatan kokurikulum dan budaya sekolah.

Latihan 1.3 Pada pandangan anda, adakah nilai masyarakat Malaysia berbeza antara satu kaum dengan yang lain?

Page 19: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

19OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

Usaha-usaha yang telah dijalankan ini bertujuan untuk menghasilkan Insan Bermoral, selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitikberatkan perkembangan moral setiap rakyat Malaysia. Insan Bermoral mepunyai tiga komponen berikut:

1. Kandungan: Seseorang insan moral adalah seorang yang memahami keperluan untuk peraturan dalam masyarakat tetapi tidaklah pula mematuhi tanpa berfikir.

(a) Peraturan Masyarakat – Peraturan menjimatkan tenaga dan masa manusia daripada terpaksa sentiasa berfikir bagaimana mereka sendiri mesti berkelakuan.

(b) Keperibadian Mulia – Selain peraturan masyarakat, satu lagi kandungan etika yang penting ialah keperibadian mulia. Insan Bermoral mempunyai keperibadian yang baik dan mengamalkan kesederhanaan (mengikuti jalan tengah) dan boleh dipuji.

Insan moral merupakan seorang insan yang menganggap perasaan, keperluan dan kepentingan orang lain sama pentingnya dengan perasaan, keperluan dan kepentingan sendiri. Penerimaan perasaan, hak-hak dan keperluan-keperluan orang lain dari segi emosi merupakan satu sikap emosi terhadap tingkap laku moral.

Seseorang bermoral perlu mempunyai fahaman mengenai dirinya sendiri dan telah memperolehi keinsafan sendiri, iaitu mengetahui kelemahan-kelemahan serta kekuatan-kekuatan tentang dirinya. Dia juga adalah seorang yang sihat dari segi fisiologi dan emosi.

Seseorang yang bermoral berupaya membuat keputusan secara rasional (berdasarkan konsep, prinsip serta hukum), sejagat (berdasarkan keadilan, kejujuran, amanah, kebebasan dan hak seseorang individu) dan preskriptif (berdasarkan keadilan, kejujuran, amanah, kebebasan dan hak seseorang individu). Orang yang bermoral dapat bertindak secara terkawal dan tidaklah keterlaluan serta mempunyai fikiran waras serta berupaya untuk meletakkan had-had tertentu bagi satu-satu tindakan yang melampau.

Tindakan bermoral berdasarkan autonomi atau kebebasan. Insan moral harus bertindak asalkan tidak melanggar batas-batas peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh keluarga, komuniti, masyarakat dan negara. Orang bermoral seharusnya menonjolkan keadilan dari segi perlakuan, peraturan serta membuat keputusan yang saksama dan tidak berat sebelah.

2. Bentuk: Apabila berhadapan dengan isu atau dilema moral, insan moral dapat membuat pertimbangan dan tanggapan berhubung dengan situasi yang melahirkan masalah itu, iaitu berdasarkan etika situasi tetapi keputusan yang diambilnya hendaklah ditentukan oleh prinsip moral keadilan dan kepedulian (mungkin altruisme), iaitu etika prinsip.

(a) Etika Prinsip – Bentuk etika insan moral yang berdasarkan prinsip termasuklah prinsip keadilan dan kepedulian.

Keadilan dimaksudkan sebagai kewajipan untuk memberi perlakuan yang sama kepada semua orang dalam memberikan apa yang baik dan apa yang buruk berdasarkan keperluan dan kemampuan. Kewajipan ini tidak sepatutnya terkecuali. Keadilan merujuk kepada fikiran yang rasional. Prinsip keadilan mempunyai kaitan dengan autonomi atau kebebasan. Individu yang adil perlu ada kebebasan kerana tindakannya tidak dianggap moral jika dia membuat sesuatu berikutan paksaan dari luar atau kepatuhan membuta buli terhadap sesuatu autoriti atau kuasa luar.

Page 20: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

20OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

Kepedulian merupakan prinsip yang dikaitkan dengan perasaan moral yang suci dan jernih. Oleh kerana apa sahaja yang dilakukan oleh individu dalam bidang moral melibatkan orang lain, adalah lebih berperikemanusiaan dan bermoral jika hubungan itu berdasarkan belas kasihan serta mengambil berat kebajikan orang lain. Kepedulian juga menjauhkan individu daripada kejahatan dan terlalu mementingkan diri.

(b) Etika Situasi – Etika situasi menyatakan bahawa setiap situasi itu adalah unik dan berlainan dalam semua segi daripada semua situasi lain di dunia. Tindakan seseorang itu dalam satu-satu situasi mesti ditentukan sendiri berdasarkan pertimbangan bebas dan kebebasan memilih tanpa paksaan dari luar. Namun sebenarnya walaupun setiap situasi itu unik dan berbeza tetapi terdapat norma-norma moral umum yang menjadi dasar melakukan sesuatu.

3. Dimensi: Terdapat tiga dimensi Insan Bermoral, iaitu penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral.

(a) Penaakulan moral Penaakulan moral merupakan satu dimensi yang penting dalam pendidikan moral. Ia suatu proses seseorang individu memperkembang kebolehan membuat pertimbangan atau keputusan moral yang matang dan tersendiri tanpa dipengaruhi oleh perasaannya dan pandangan orang lain dalam sesuatu situasi moral.

Dari pandangan ahli psikologi seperti Piaget (1968) dan Kohlberg (1968), proses penaakulan moral berlaku secara berperingkat dan melibatkan perkembangan moral seseorang daripada mematuhi peraturan moral untuk mengelakkan hukuman sehingga menjadi seorang yang berautonomi dan akan mengikut peraturan moral seiring dengan prinsip moral sejagat.

(b) Emosi moralEmosi moral bermaksud memberi rangsangan kepada seseorang untuk bertindak secara bermoral dengan yakin, dan merupakan sesuatu yang tidak dapat diketepikan dalam sesuatu keputusan dan tindakan moral. Ini berlaku disebabkan manusia mempunyai perasaan. Walaubagaimanapun, bukan semua perasaan boleh dikatakan sebagai emosi moral. Emosi moral hanya merujuk kepada perasaan yang betul yang melibatkan percaturan secara rasional dalam sesuatu situasi.

Emosi moral memberi perangsangan kepada seorang untuk bertindak secara bermoral dengan yakin dan merupakan sesuatu yang tidak dapat diketepikan dalam suatu keputusan dan tindakan moral kerana manusia mempunyai perasaan. Walau bagaimanapun bukan semua perasaan boleh dikatakan sebagai emosi moral. Emosi moral hanya merujuk kepada perasaan yang "betul" yang melibatkan kerasionalan dalam sesuatu situasi yang dihadapi.

Untuk menyuburkan emosi moral, seseorang perlu:

(i) Memahami perasaan orang lain serta diri sendiri dalam sesuatu situasi moral.

(ii) Berupaya menyatakan dengan jelas perasaan-perasaan yang timbul dalam situasi itu.

(iii) Membuat keputusan berdasarkan perasaan yang betul bukan perasaan yang tidak munasabah dalam situasi itu.

Page 21: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

21OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

Emosi moral dapat menghubungkan perasaan dengan keputusan moral secara objektif serta mengurangkan atau merapatkan jurang perbezaan di antara keputusan dan tingkah laku.

(c) Tingkahlaku moral Tingkahlaku moral ialah segala perkara yang dilakukan oleh seseorang individu yang berkaitan dengan peraturan moral. Di sini, peraturan moral bukan sahaja menentukan tingkahlaku semasa, tetapi juga memberi panduan kepada seseorang individu pada masa depan dan juga merupakan asas bagi menilai sesuatu tingkahlaku yang lepas.

Tidak dinafikan, peraturan amat penting dalam kemoralan, khususnya di kalangan kanak-kanak untuk menjamin tingkahlaku moral yang boleh diterima oleh masyarakat. Ia juga berfungsi sebagai jambatan yang mengaitkan kepatuhan kepada sesuatu peraturan dengan memahami peraturan itu (Straughan, 1989). Tetapi, tingkahlaku moral tidak seharusnya hanya terhad kepada mematuhi sesuatu peraturan semata-mata kerana mahu mengelakkan hukuman, tetapi ia haruslah berdasarkan pemahaman tentang kerasionalan tindakan yang akan dilakukan, samada ianya betul atau salah.

Tingkahlaku moral juga menekankan seseorang supaya mengikuti peraturan-peraturan moral secara konsisten dan dengan penuh iltizam.

1.4.2 Profil Insan Bermoral

Dari satu sudut, konsep Insan Bermoral berkait rapat dengan pendidikan agama. Insan Bermoral adalah seseorang yang mempunyai perlakuan yang boleh diterima oleh masyarakat umum, dengan mematuhi satu set peraturan yang preskriptif dan ditetapkan oleh autoriti tanpa sebarang soal. Orang bermoral mempunyai hemah tinggi seperti:

1. Budi pekerti, tingkah laku mulia, serta berbudi bahasa.

2. Tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk serta tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain.

3. Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri serta sedia mengakui kesilapan dan kelemahan sendiri.

4. Orang bermoral juga mempunyai sifat hormat-menghormati dan ini termasuk menghormati:

(i) Raja dan negara.

(ii) Orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran.

(iii) Ibu-bapa.

(iv) Hak asasi manusia.

(v) Kepercayaan dan adat resam pelbagain kaum.

(vi) Sifat-sifat yang tersendiri pada setiap individu.

(vii) Undang-undang.

(viii) Maruah diri.

Page 22: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

22OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

Kejujuran juga merupakan salah satu sifat insan moral. Kejujuran adalah sikap dan perlakuan yang membayangkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Insan moral juga mengandungi sifat-sifat lain selain apa yang dinyatakan sebelum ini.

Walaupun begitu, pemikiran, kefahaman dan autonomi moral pelajar haruslah diperkembangkan untuk melahirkan Insan Bermoral yang berkesan dengan mengembangkan penaakulan mereka dalam menangani sesuatu masalah. Ini adalah penting supaya tidak terjadi kekeliruan atau konflik di antara nilai tradisi dengan nilai Barat disebabkan oleh perkembangan media massa. Oleh itu, Insan Bermoral haruslah mampu:

(a) mengenalpasti sesuatu situasi moral;

(b) berfikir secara rasional mengenai sesuatu situasi itu serta membuat pelbagai pilihan perlakuan yang berkaitan dengan situasi tersebut;

(c) memilih sesuatu tindakan berasaskan pertimbangan tertentu; dan

(d) bertindak terhadap pilihan itu yang berdasarkan peraturan dan prinsip moral yang asas.

Selain itu, satu lagi dimensi yang perlu dikuasai oleh seseorang untuk menjadi Insan Bermoral adalah dengan dipupuk dengan emosi simpati dan empati. Namun, ia tidaklah bermaksud bahawa mereka boleh meluahkan perasaan sesuka hati. Pendidikan emosi ini diharapkan akan membuat pelajar memahami emosi diri sendiri secara rasional dan juga perasaan orang lain.

Ciri-Ciri Insan BermoralHasil daripada pendidikan moral, seseorang individu akan mempunyai sifat-sifat seperti berikut:

1. Menghormati autoriti (seperti ibubapa dan guru, pemimpin negara atau agama) yang menunjukkan contoh dan teladan serta amalan yang diterima sebagai bermoral. Mereka akan menghormati agama dan kepercayaan orang lain serta menyayangi nyawa mereka dan juga menghargai nyawa orang lain. Orang yang berpendidikan moral membuat keputusan moral secara autonomous dan setelah menimbangkan segala fakta, alternatif dan kesannya.

2. Melakukan sesuatu secara bebas tanpa sebarang tekanan, tetapi ia berdasarkan sebab yang munasabah serta motif dan tujuan yang rasional. Segala fakta yang berkaitan dengan isu yang dipersoal akan dipertimbangkan secara objektif sebelum sesuatu keputusan dibuat.

3. Mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain di dalam satu-satu situasi. Kesedaran tentang perasaan dan kepentingan orang lain haruslah dititikberatkan dalam sesuatu situasi dan keputusan moral.

4. Mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukan sesuatu yang benar selepas keputusan moral diambil. Seseorang akan sukar untuk bertindak sekiranya dia tidak bermotivasi untuk melakukannya.

5. Mempunyai iltizam untuk melakukan sesuatu yang patut dilakukan secara konsisten berdasarkan prinsip-prinsip dan peraturan moral yang asas.

Page 23: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

23OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

Hubungkait Konsep Insan BermoralKonsep Insan Bermoral berkait rapat dengan hubungan sosial di antara individu dengan individu yang lain serta hubungan antara individu dengan komuniti dan masyarakatnya. Dalam konteks ini Insan Bermoral akan merujuk kepada pelbagai sumber autoriti untuk menentukan samada sesuatu perlakuan itu bermoral atau tidak. Sumber-sumber yang dimaksudkan adalah contohnya agama, undang-undang, pemimpin komuniti atau masyarakat, ibubapa, atau sesiapa yang dianggap mempunyai autoriti. Disebabkan terdapatnya pelbagai sumber, maka mereka mungkin merujuk kepada lebih dari satu sumber. Apapun, dalam menerima atau menolak alternatif-alternatif yang didapati untuk menyelesaikan sesuatu situasi, ia hendaklah sentiasa berdasarkan prinsip moral yang asas.

Peranan Guru dalam Pembentukan Insan bermoral1. Memerhati samada terdapat salah laku yang dilakukan oleh pelajar.

2. Memberi ceramah-ceramah tentang kepentingan berbuat baik dan meninggalkan perkara jahat.

3. Menggalak pelajar memajukan hobi masing-masing yang bersifat memajukan.

4. Menggalak pelajar bergiat dalam sukan dan permainan, serta badan beruniform.

5. Mengadakan pameran dan kempen yang berkaitan dengan pembentukan moral.

6. Mengadakan sesi kaunseling antara rakan sebaya.

7. Menghadiri kursus-kursus kaunseling untuk membimbing pelajar yang bermasalah ke jalan yang betul.

8. Membincangkan tentang keburukan salah laku dalam setiap mata pelajaran. Contohnya seorang guru Bahasa Inggeris boleh menggunakan petikan tentang keburukan berbuat jahat kepada orang lain semasa sesi pembelajaran.

9. Memberi peluang kepada pelajar untuk menonton video tentang kelakuan yang bermoral dan tidak bermoral.

Prinsip-Prinsip Asas Kemoralan(a) Altruisme

Prinsip altruisme adalah penting. Apa sahaja yang guru lakukan dalam bidang moral akan melibatkan orang lain. Dalam pertimbangan sedemikian adalah berperikemanusiaan dan bermoral jika hubungan itu berdasarkan belas kasihan, simpati dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain. Altruisme juga akan menjauhkan guru daripada kejahatan mementingkan diri.

(b) KeadilanPrinsip keadilan melibatkan konsep kesaksamaan dan menghormati orang lain (yang memastikan seseorang itu bercakap benar, menepati janji dan sebagainya). Oleh itu, mengambil berat tentang keadilan tidak akan membenarkan guru menyalahgunakan autonomi atau kebebasannya untuk sesuatu yang bersifat tamak dan mementingkan diri sendiri. Kezaliman dan ketidakadilan bukan sahaja boleh menyakiti orang lain, tetapi boleh juga merugikan orang tidak adil itu sendiri. Mesti disebutkan juga bahawa mengambil berat tentang keadilan merupakan satu sokongan kepada taakulan dalam mengawal keghairahan dan kemarahan apabila perasaan itu melebihi had-had yang diterima dan menjadi punca kejahatan.

Page 24: Oum Unit 1 Konsep Asas Moral

24OUM

TOPIK 1 KONSEP-KONSEP MORAL

(c) AutonomiPrinsip autonomi meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih. Prinsip ini penting, kerana pertimbangan dan tingkah laku (walaupun baik) yang guru buat akibat paksaan oleh sesuatu autoriti dominan tidak boleh dikategorikan sebagai moral. Guru itu tidak bertanggungjawab moral, tetapi hanya mengakuri dan mematuhi perintah.

RUMUSAN

Dalam topik ini, anda telah diterangkan tentang beberapa konsep-konsep asas dalam Pendidikan Moral. Konsep-konsep ini perlu difahami untuk membolehkan anda mampu untuk memilih asas kepada pendirian anda semasa berada di situasi sekolah kelak. Di samping itu, anda juga telah didedahkan tentang nilai-nilai dalam masyarakat Malaysia. Dengan pengetahuan ini, anda seharusnya mampu untuk memahami pendirian dan nilai-nilai kemoralan pelajar-pelajar yang berbilang bangsa dan agama. Konsep Insan Bermoral yang diterangkan diharapkan dapat menjadi panduan supaya anda dapat berusaha untuk menjadikan pelajar-pelajar anda mencapai tahap kemoralan yang dikehendaki oleh masyarakat kelak.

UJIAN 1

1. Terangkan perbezaan di antara aliran pemikiran moral naturalis, emotivis, intuisionsi dan rasional.

2. Nyatakan perubahan nilai yang berlaku di dalam masyarakat Malaysia.

UJIAN 2

1. Terangkan bagaimana agama mempengaruhi nilai dan moral dalam masyarakat Malaysia.

2. Jelaskan tentang tiga dimensi kendiri moral individu yang penting dalam pembentukan Insan Bermoral.

Latihan 1.4 Nyatakan profil Insan Bermoral pada pandangan anda. Adakah prinsip-prinsip seperti Altruisme, Keadilan dan Autonomi penting untuk digunakan sebagai aplikasi dalam bilik darjah?