O k hO n l e A ders t l O C O u hA n g A e Influencer€¦ · dengan orang lain yang mempunyai...

6
Copyright © 2018 Human Dynamic. All Rights Reserved. Influencer A N O U T L O O K O N L E A D E R S H I P & C H A N G E Isu 172 – November 2018 Akses melalui aplikasi pembaca kod QR Baca Influencer: An Outlook on Leadership & Change di mana anda berada! Login ke… MyHD Learning Space hp://hd-lms.netdimensions.com/ Partner for Leadership and Change ª KE MASA HADAPAN Mengurus Pengurus Anda! ª SANTAPAN RINGKAS Bahagian A: Mari Berbincang tentang Kimia Perniagaan! Bacaan 60 Saat: Penggerak Budaya Organisasi: Personali Pemimpin ª MEJA PEMIMPIN Pengurusan Manusia Khusus ª MENAMPILKAN: KES PERNIAGAAN Pemahaman Gaya Komunikasi untuk Menjalinkan Hubungan Kerja Posif DI DALAM Personaliti di Tempat Kerja: Menyingkap Kelebihan Berdaya Saing untuk Kejayaan Organisasi

Transcript of O k hO n l e A ders t l O C O u hA n g A e Influencer€¦ · dengan orang lain yang mempunyai...

Page 1: O k hO n l e A ders t l O C O u hA n g A e Influencer€¦ · dengan orang lain yang mempunyai personaliti yang berbeza daripada kita dan kita melayan mereka dengan cara yang tidak

Copyright © 2018 Human Dynamic. All Rights Reserved.

Inf luencerA

n O

utlOOk On leAdership & ChAng

eIsu 172 – November 2018

Akses melalui aplikasi pembaca kod QR

Baca Influencer: An Outlook

on Leadership & Change di mana anda

berada!

Login ke… MyHD Learning Spacehttp://hd-lms.netdimensions.com/

P a r t n e r f o r L e a d e r s h i p a n d C h a n g e

ªKe Masa Hadapan Mengurus Pengurus Anda!

ªsantapan RingKas Bahagian A: Mari Berbincang tentang Kimia Perniagaan! Bacaan 60 Saat: Penggerak Budaya Organisasi: Personaliti Pemimpin

ªMeja peMiMpin Pengurusan Manusia Khusus

ªMenaMpilKan: Kes peRniagaan Pemahaman Gaya Komunikasi untuk Menjalinkan Hubungan Kerja Positif

Di DaLaM

Personaliti di Tempat Kerja: Menyingkap Kelebihan Berdaya Saing untuk

Kejayaan Organisasi

Page 2: O k hO n l e A ders t l O C O u hA n g A e Influencer€¦ · dengan orang lain yang mempunyai personaliti yang berbeza daripada kita dan kita melayan mereka dengan cara yang tidak

Inf luencerIsu 172 – November 2018 HadaPan

Ke Masa

Copyright © 2018 Human Dynamic. All Rights Reserved.

P a r t n e r f o r L e a d e r s h i p a n d C h a n g e

Terdapat satu bidalan yang selalu digunakan – ‘Layanlah orang lain seperti mana anda mahu orang lain melayan anda’. Bidalan ini, bagaimanapun

ada kebenarannya. Seringkali, jika tidak selalu, kita bekerja dengan orang lain yang mempunyai personaliti yang berbeza daripada kita dan kita melayan mereka dengan cara yang tidak menepati personaliti mereka, yang mungkin tidak kena dengan cara kita. Mengendalikan orang lain dengan berkesan dan mengurus mereka, sama ada rakan sekerja, subordinat atau pengurus, adalah dipengaruhi oleh pemahaman kita tentang gaya – gaya personaliti masing – masing. Penyelidikan yang telah dijalankan selama beberapa tahun menunjukkan pekerja – pekerja meninggalkan pengurus mereka dan bukan organisasi. Rasa tidak puas hati di antara hubungan perseorangan ialah salah satu sebab terpenting yang berkaitan dengan perselisihan.

Peranan pengurus, terutamanya pengurus – pengurus di barisan hadapan adalah penting untuk melibatkan, mengekalkan dan mengembangkan bakat. Walaupun ada kajian – kajian berkenaan bagaimana menguruskan pekerja - pekerja, kajian berkenaan bagaimana mengurus bos adalah sangat sedikit. Jadi, pertamanya, mari kita kenali beberapa gaya personaliti dan lihat sama ada anda boleh mengenal pasti yang mana satukah gaya pengurus anda?

Gaya personaliti utama saya: Gaya personaliti utama pengurus saya:

Pemahaman tentang perbezaan ini membantu anda untuk mengetahui bagaimana menangani diri anda dan orang lain ketika bekerja bersama – sama dengan memilih untuk melengkapi antara satu sama lain.

Rujukan:« NA. (2015). 4 Personality Types that all Leaders Should Learn to Recognize. Retrieved from: http://crestcomleadership.com/2015/11/24/4-personality-types-that-all-leaders-should-learn-to-recognize/

analitiKMendalam, bertimbang rasa, merancang dan cenderung kepada kesempurnaan

MesRaSabar, seimbang, mudah mesra dan disukai ramai

peManduDinamik & aktif, fokus kepada gambaran besar

eKspResiF Peramah, ekspresif, berkarisma, tidak teratur

Mari kita ambil contoh Anna di bawah untuk memahami perkara ini dengan lebih baik.

Anna merasakan hubungannya dengan pengurusnya sangat dingin dan tidak mesra. Dia seorang yang mudah mesra dan sangat bersemangat dengan kerjanya, suka mengambil risiko dan suka bereksperimentasi manakala pengurusnya lebih gemar mengikut perancangan apabila melibatkan perancangan atau strategi atau penyelesaian masalah. ‘Perbincangan’ seringkali akan menjadi ‘pendesakan’ di mana dia mahu menyampaikan pelan rancangan yang lebih kreatif manakala pengurusnya akan cenderung kepada pelan lengkap yang telah dicuba dan diguna pakai untuk mengelakkan kesalahan. Dia mula beransur – ansur hilang minat terhadap tugasan –tugasannya.

Ianya kelihatan bahawa personaliti Anna lebih kepada ekspresif manakala pengurusnya lebih kepada analitik. Mendekati orang lain melalui sudut pandang sendiri dan mengharapkan tingkahlaku mereka menyerupai tingkahlaku sendiri boleh menyebabkan konflik dan ketidaksesuaian.

Beberapa petua untuk membantu menghadapai beberapa gaya personaliti berbeza di tempat kerja:1. Kenal pasti personaliti utama anda dan orang lain2. Kenal pasti persamaan antara kedua – duanya 3. Kekal fokus pada persamaan profesional4. Proaktif dalam kemahiran pembelajaran, jangan mengharapkan semuanya disediakan5. Bina persahabatan dengan orang yang berbeza daripada anda.

1. Peningkatan desakan untuk mengawal orang lain boleh diterjemahkan kepada kekurangan empati dan belas kasihan yang menyebabkan pengurangan motivasi dan salah faham.2. Terlalu bercita – cita tinggi, tidak berasas kepada realiti boleh mengakibatkan tekanan berlebihan dalam lapangan kehidupan peribadi dan profesional dan menampakkan seseorang sebagai kurang menyesuaikan diri, tidak mudah dibentuk dan tidak bekerjasama dengan orang lain.

3. Pemikiran yang tidak selamat boleh membawa seseorang kepada komunikasi yang tidak wajar, keraguan pada diri sendiri dan kebimbangan yang boleh menyebabkan seseorang takut dan tidak mahu berubah. 4. Tekanan berlebihan untuk menyelesaikan tugasan atau bebanan kerja yang banyak dengan skil ketegasan yang rendah boleh mengakibatkan keharmonian terjejas dan suasana negatif di tempat kerja di mana dialog sama rata tidak berlaku.

Kita cenderung untuk bergelut dengan menyesuaikan diri disebabkan oleh 4 faktor di bawah:

Mengurus Pengurus anda!- Oleh Shruti Sapre

Page 3: O k hO n l e A ders t l O C O u hA n g A e Influencer€¦ · dengan orang lain yang mempunyai personaliti yang berbeza daripada kita dan kita melayan mereka dengan cara yang tidak

Inf luencer

Copyright © 2018 Human Dynamic. All Rights Reserved.

P a r t n e r f o r L e a d e r s h i p a n d C h a n g e

RingKasSantapan

Mari Berbincang tentang kimia Perniagaan!- Oleh Thevamalar Sarancheeway

Ilustrasi di bawah adalah pemberi tenaga dan penghalang motivasi

utama untuk empat gaya kepimpinan (warna) yang dikenal pasti di bawah model Kimia Perniagaan yang dibangunkan oleh Deloitte. Walaupun kita mempunyai satu gabungan kepada keempat – empat gaya ini, selalunya terdapat satu gaya yang dominan berbanding yang lain. Bagaimanapun, tiada gaya betul atau salah. Seseorang mungkin juga mempunyai campuran lebih daripada satu gaya atau satu gaya yang utama, bergantung kepada situasi.

Jadi, apakah warna gaya kepimpinan anda – Kuning, Biru, Oren atau Hijau?

Setelah mengenal pasti apa yang membuatkan anda berasa positif atau negatif di tempat kerja berdasarkan di atas, senaraikan 1 perkara yang anda perlu lakukan dengan lebih dan 1 perkara yang anda perlu kurangkan untuk berjaya!

Ditenagakan oleh:

KerjasamaKomunikasi

Kepercayaan & Hormat

Dihalang oleh: Politik

KonflikTidak mempunyai

Kefleksibelan

Ditenagakan oleh:

OrganisasiKebolehramalan

KonsistensiPelan Terperinci

Dihalang oleh: Gangguan

Tekanan MasaKetidakpastian

Ditenagakan oleh:Penyelesaian MasalahKetepatanKemenangan

Dihalang oleh: Tidak dapat membuat keputusanKetidakcekapanKurang fokus

Ditenagakan oleh:Percambahan fikiranKespontananSemangat

Dihalang oleh: Peraturan & StrukturOrang yang berkata “TIDAK”Fokus pada proses

penjaga

peRintis

Mempunyai Tatacara

Teliti

Praktikal

Mempunyai struktur

Setia

Kurang berkata - kata

penyatu

Diplomatik

Tradisional

Berorientasikan hubungan

Mempunyai dorongan dalaman

Tidak bersemuka

Mempunyai empati

peMandu

Kuantitatif

Logik

Fokus

Kompetitif

Bereksperimentasi

Perasaan ingin tahu yang mendalam

Fokus kepada gambaran besar

Suka mengambil risiko

Senang menyesuaikan diri

Spontan

Suka berimaginasi

Peramah

Rujukan: « Vickberg, S.M.J. and Christfort, K. (2017), Pioneers, Drivers, Integrators & Guardians. Retrieved from https://hbr.org/2017/03/the-new-science-of-team-chemistry

« Dawursk, D Jr. (2007), Pupil Services: True Colors Testing. Retrieved from http://www.yuthguy.com/classroom/super/pupilservicestruecolors.htm

BaHagian a- Oleh Priyanka Vaidya

Isu 172 – November 2018

Page 4: O k hO n l e A ders t l O C O u hA n g A e Influencer€¦ · dengan orang lain yang mempunyai personaliti yang berbeza daripada kita dan kita melayan mereka dengan cara yang tidak

Inf luencer

Copyright © 2018 Human Dynamic. All Rights Reserved.

RingKasSantapan

P a r t n e r f o r L e a d e r s h i p a n d C h a n g e

Bacaan 60 Saat

Titik Unik Penjualan sesebuah organisasi adalah produk yang dijual atau perkhidmatan yang ditawarkan serta budaya yang dipupuk secara dalaman dan dipamerkan secara luaran. Budaya organisasi terbentuk melalui cara orang berfikir,

bekerja dan berinteraksi antara satu sama lain.

Tetapi, siapakah yang membina budaya ini?adakah ia satu kombinasi lama atau teori – teori penyelidikan dan produk?adakah ia satu replika daripada apa yang kita saksikan dalam industri – industri yang serupa? atau,adakah ia satu ekspresi personaliti Pengasasnya?

Selalunya, kita melihat personaliti pemimpin – cara mereka berfikir dan bertindak, membina asas budaya sesuatu organisasi. Jom terokai bagaimana personaliti – personaliti telah mempengaruhi dan membentuk budaya organisasi – organisasi besar ini:

OrganiSaSi

aMazon

FoRd MotoRs

disney

Pengasas

Jeff Bezos

Henry Ford

Walt Disney

sifat – sifat PeRsonaliti/CoRak PeMikiRanu Inovatoru Realisu Pemikir

u Lakukan dengan betul, apabila tiada orang melihatu Menjadi yang terbaik dalam apa yang dilakukan sehingga orang fikir anda yang telah menciptanyau Kecerdasan Emosi Tinggi

u Berimpian u Berdaya Tahanu Inovator

BuDaya OrganiSaSi

Berani - Berkira – kira dan risiko yang didorong oleh data, pengenalan idea – idea baru yang berterusanBerpusatkan Pelanggan – Membina perniagaan dengan fokus jangka masa panjang terhadap kepuasan pelanggan. Misalnya menyimpan ulasan – ulasan negatif produk untuk analisa pelanggantidak konvensional: Melampaui batas – batas tradisional untuk menghasilkan idea – idea dan solusi – solusi pintar

u F: Galakkan Kecemerlangan Fungsi dan Teknikalu O: Bekerja Bersama – Samau R: Contoh Teladan Nilai – Nilai Ford u D: Memberikan Hasil

Berpusatkan pekerja: Latihan – latihan yang menyeluruh dan penglibatan ‘onboading’ yang membuat pekerja – pekerja berasa sebahagian daripada keluarga Disney fokus kepada optimisme – harapan dan kebahagiaan sebagai tema kerja, melatih setiap pekerja untuk mencipta magisinovasi: Pertunjukan Gong, satu mesyuarat istimewa dijalankan tiga kali setahun, di mana semua kakitangan berpeluang untuk menyampaikan idea – idea filem mereka

Rujukan:« Cook, J. (2017). The 4 traits that make Amazon’s Jeff Bezos such an unusual tech leader, according to AWS CEO Andy Jassy. Retrieved from: https://www.geekwire.com/2017/4-traits-make-amazons-jeff-bezos-unusual-tech-leader-according-aws-ceo-andy-jassy/

« Mapes, T. (2017). Walt Disney's Dream Culture. Retrieved from: https://www.linkedin.com/pulse/walt-disneys-dream-culture-tara-mapes

« Meyer,P. (2017). Amazon.com Inc.’s Organizational Culture Characteristics (An Analysis). Retrieved from: http://panmore.com/amazon-com-inc-organizational-culture-characteristics-analysis

« Deutschman, A. (2004). Inside the Mind of Jeff Bezos. Retrieved from: https://www.fastcompany.com/50106/inside-mind-jeff-bezos-5

« White,M. (2013). Walt Disney: 7 Things You Didn't Know About the Man & the MagicRetrieved from: https://www.biography.com/news/walt-disney-biography-facts-video

Penggerak Budaya organisasi: Personaliti Pemimpin - Oleh Priyanka Vaidya

Isu 172 – November 2018

Page 5: O k hO n l e A ders t l O C O u hA n g A e Influencer€¦ · dengan orang lain yang mempunyai personaliti yang berbeza daripada kita dan kita melayan mereka dengan cara yang tidak

Inf luencer

Copyright © 2018 Human Dynamic. All Rights Reserved.

PemimPinMeja

P a r t n e r f o r L e a d e r s h i p a n d C h a n g e

Salah satu cabaran terbesar dihadapi oleh pemimpin adalah berkaitan dengan

pengendalian manusia – pemegang saham, pasukan dan ketua. Ramuan rahsia kepada kejayaan kepimpinan seseorang ialah dengan mengetahui personaliti – personaliti anggota pasukan dan menyatukan pasukan yang berjaya dengan memanfaatkan kelebihan dalam setiap anggota pasukan.

Pada 2012, Google telah melancarkan Projek Aristotle untuk menilai apa yang membentuk

1. Menerima, menggalakan dan melibatkan pelbagai pihak dan fikiran dalam pasukan anda

2. Khususkan komunikasi anda – lisan dan bukan lisan untuk ahli pasukan yang lain daripada mengguna pakai pendekatan ‘satu gaya sesuai untuk semua’

3. Membina budaya pasukan yang bersepadu dan saling bergantung di mana anggota pasukan berasa terdorong untuk melibatkan diri dan berasa dimiliki

Faktor Personaliti berdasarkan Model Big 5 (Paul Costa and Robert McCrae 1992)

Keterbukaan kepada Pengalaman

Berhemah

Ekstroversi

Menyenangkan

Neurotik

Sifat Personaliti

Ingin Tahu, Berdaya Cipta

Rajin bekerja, Tersusun

Ditenagakan oleh Interaksi Manusia

Senang, Membantu, Baik

Tahap Stabiliti Emosi

pasukan terbaik. Selepas bertahun – tahun menganalisis temuramah dan data daripada lebih 100 pasukan, ia telah didapati bahawa tahap purata kecerdasan emosi kumpulan dan tahap komunikasi yang tinggi antara ahli – ahli adalah pemacu kepada prestasi pasukan yang berkesan. Pemimpin – pemimpin yang berkomunikasi dengan baik dan kurang mengurus pasukan pada tahap mikro telah didapati membantu dalam membina pasukan seperti itu. Dapatan ini telah membawa kepada pemahaman bahawa petua

Pengurusan Manusia khusus - Oleh Priscilla Lee

Rujukan:« Duhigg, C. (2016). What Google Learned from its Quest to build Perfect teams. Retrieved from: https://www.nytimes.com/2016/02/28/magazine/what-google-learned-from-its-quest-to-build-the-perfect-team.html

pasukan yang hebat adalah berkait rapat dengan manusia, bukan sahaja kemahiran.

Baca pernyataan di bawah untuk mengetahui apa yang boleh anda buat untuk mengenali dan mengurus pekerja – pekerja dengan lebih bekesan:

Bagaimana untuk menguruskan mereka yang Tinggi Sifat ini

Berikan projek – projek baharu yang memerlukan penyelesaian masalah secara kreatif atau kerja baharu

Berikan tugasan – tugasan yang memerlukan perincian

Libatkan dalam perbincangan kumpulan yang dinamik

Mendekati dengan cara yang mesra, tidak mengancam dan membenarkan kerja disiapkan secara amanah dan berkomunikasi

Menyediakan tugasan – tugasan mencabar yang memerlukan bekerja di bawah tekanan

Bagaimana untuk menguruskan mereka yang Rendah Sifat ini

Berikan kerja rutin, mungkin berjaya dengan pengurusan operasi

Cari jalan yang lebih dekat untuk kejayaan yang cepat atau tugasan – tugan yang memerlukan sumbangan individu

Benarkan masa untuk memberi respons, berhubung secara terus

Libatkan orang tersebut dengan menjadi penasihat untuk mencari kesalahan – kesalahan kritikal yang mungkin tidak nampak

Memberikan keyakinan, keteguhan dan sokongan dalam menyiapkan tugasan

Isu 172 – November 2018

Page 6: O k hO n l e A ders t l O C O u hA n g A e Influencer€¦ · dengan orang lain yang mempunyai personaliti yang berbeza daripada kita dan kita melayan mereka dengan cara yang tidak

Copyright © 2018 Human Dynamic. All Rights Reserved.

Inf luencerP a r t n e r f o r L e a d e r s h i p a n d C h a n g e

menamPiLKanKes Perniagaan

MatlaMat: Membina budaya kerja positif dan kolaboratif

oBjektif: Melatih pekerja – pekerja di semua peringkat organisasi dari pengurusan atasan, ketua – ketua jabatan, pengurus – pengurus kanan kepada pengurus pertengahan, penyelia – penyelia, pekerja – pekerja kanan dan lain – lain untuk memahami gaya - gaya komunikasi peribadi, membuang halangan – halangan psikologi dan membina strategi – strategi sesuai untuk bekerja dengan satu sama lain dengan berkesan.

kaeDaH: Latihan Berpengalaman

RanCangan PelaksanaanPusingan pertama program latihan telah dijalankan dengan 4 pasukan berlainan: peringkat pengurusan atasan dan 3 jabatan utama (Jualan dan

lanjutan: 6 latihan yang telah dijalankan diterima baik oleh organisasi tersebut. Ia membantu peserta – peserta untuk mengenali cara pemikiran unik mereka dan bagaimana mereka membaca dan mentafsir mesej dalam komunikasi, membantu mereka untuk memahami dengan mendalam tentang diri mereka, memahami dan membuang halangan – halangan diri dan menyedari kepelbagaian dan keunikan orang lain.

Perancangan masa depan ialah untuk melibatkan semua pekerja organisasi dalam tahun 2019. Selain itu, Human Dynamic akan terus menyokong pihak Sumber Manusia untuk aktiviti – aktiviti lanjutan seperti kejurulatihan berkumpulan, latihan dan kejurulatihan perseorangan.

Perkhidmatan Pelanggan, Pasukan Reka Bentuk dan pasukan Kejuruteraan).

Kumpulan kecil latihan – latihan pengalaman dengan tenaga kerja dan kejurulatihan dengan pihak Sumber Manusia telah dijalankan dalam 6 kumpulan berbeza untuk memastikan kumpulan tersebut adalah kecil untuk mengadakan perbincangan berfokus. Pusingan pertama telah merangkumi sekitar 180 orang pekerja.

Latihan tersebut termasuk aspek – aspek penilaian kendiri untuk mengetahui tingkah laku personaliti seseorang dengan menggunakan Model DISC (Dominan, Pengaruh, Kestabilan dan Hemah). Kajian – kajian kes yang berkaitan digunakan untuk menggambarkan senario – senario harian untuk mengenal pasti situasi – situasi konflik dan bagaimana cara untuk menguruskannya.

lataR Belakang Konflik dan masalah dalam organisasi wujud disebabkan oleh perbezaan - perbezaan dalam pendekatan dan cara berinteraksi. Kebiasaannya, untuk mengelakkan perbezaan ini, pekerja – pekerja menjauhkan diri

daripada berkomunikasi antara satu sama lain. Mereka mendapati kesukaran untuk berkomunikasi malahan tidak boleh bekerja dengan seseorang disebabkan oleh corak komunikasi yang tidak sepadan dan tanggapan yang tersembunyi, nilai dan kepercayaan.

Satu syarikat prasarana yang mempunyai 1,000+ pekerja di Vietnam telah mendekati Human Dynamic untuk meningkatkan komunikasi bersemuka merentasi organisasi dengan membantu pekerja – pekerja memahami gaya komunikasi mereka.

Pemahaman gaya komunikasi untuk Menjalinkan Hubungan kerja Positif- Oleh Duc Dao

Isu 172 – November 2018