Novel Timulak Kapal Perang

download Novel Timulak Kapal Perang

of 7

description

Novel Timulak Kapal Perang

Transcript of Novel Timulak Kapal Perang

NOVEL TIMULAK KAPAL PERANG (TEKS KOMSAS TINGKATAN 2)

SINOPSISAndayu, Unong, Suri dan Sirah adalah anak-anak gadis di daerah Inanam yang berani dan bersemangat waja dalam menentang penjajah Inggeris. Mereka berjuang bersama-sama dengan pejuang yang lain di bawah pimpinan Penghulu Inanam, iaitu Paduka Mat Salleh. Mereka sering ke tempat sulit untuk belajar ilmu silat dan bermain senjata sebagai persiapan menentang Inggeris. Sebelum kematian ayahnya, perjuangan Andayu tidak direstui. Andayu begitu anti kepada penjajahan, sedangkan ayahnya propenjajah dan bekerja dengan Inggeris sebagai pemungut cukai. Penduduk kampung terutama para pedagang sering dipaksa oleh Inggeris supaya membayar cukai. Penduduk Inanam tidak senang dengan tindak-tanduk penjajah Inggeris dan ingin mengusir Inggeris dari Inanam. Pada suatu petang, Pak Cik Tidung dan rakan-rakannya ditangkap oleh Inggeris selepas satu pertelingkahan antara Pak Cik Tidung dengan pemungut cukai di pinggir Sungai Sungut. Andayu mengekori Pak Cik Tidung sementara rakan Andayu memberitahu kejadian tersebut kepada Paduka Mat Salleh. Paduka Mat Salleh dan pasukan sukarelawannya telah pergi menyerang Pulau Gaya dan menyelamatkan Pak Cik Tidung dan pada masa yang sama, kampung mereka di daerah Inanam telah diserang. Mereka yang terselamat berkumpul di rumah Dayang Bandan sebelum ke Teluk Marudu. Mereka berlindung di lereng Gunung Kinabalu di Ranau, tetapi Inggeris dapat menyerang mereka dengan senjata yang lengkap termasuk beberapa laras meriam.

Dalam peperangan itu, Pak Cik Tidung terkorban. Mereka berjaya menewaskan Inggeris, Andayu, Halipan dan lain-lain meninggalkan lereng Gunung Kinabalu melalui sebuah jalan sulit menuju ke tempat yang lebih selamat. Dia ingin menyusun strategi pertempuran bagi menghadapi kemungkinan serangan daripada pihak Inggeris kelak.

PLOT(a) Permulaan - Andayu dan rakan-rakannya secara sukarela menganggotai pasukan keamanan di bawah pimpinan Paduka Mat Salleh.

(b) Konflik - Ayah Andayu tidak suka Andayu menyertai pasukan keamanan sebaliknya dia mahu Andayu memupuk sifat-sifat kewanitaan dalam diri. Pak Cik Tidung mendesak Paduka Mat Salleh menentang pihak Inggeris secepat mungkin.

(c) Klimaks - Pengikut Paduka Mat Salleh bertempur dengan pihak Inggeris di Pulau Gaya untuk membebaskan Pak Cik Tidung dan rakan-rakannya yang dipenjarakan. Pihak Inggeris bertindak balas dengan menyerang daerah Inanam. Kemudiannya pihak Inggeris menyerang pengikut-pengikut Paduka Mat Salleh di lereng Gunung Kinabalu.

(d) Peleraian - Pihak Inggeris mengalami kekalahan ketika bertempur dengan pengikut-pengikut Paduka Mat Salleh di lereng Gunung Kinabalu. Walaupun pihak Inggeris berundur, Paduka Mat Salleh mengarahkan para pengikutnya berpindah ke kawasan yang lebih selamat untuk bersiap sedia menentang pihak Inggeris kelak.

TEMA

Tema bagi novel ini ialah perjuangan seorang gadis remaja dan rakan-rakannya dengan memberi kerjasama kepada Paduka Mat Salleh dalam perjuangan membebaskan bangsa dan tanah air daripada penjajah Inggeris.

Dalam novel ini, watak utama Andayu dan beberapa orang rakannya telah berjuang membebaskan bangsa dan tanahairnya daripada cengkaman penjajah Inggeris semasa campurtangan Inggeris di negeri Sabah. Penjajah Inggeris yang bernaung di bawah pertubuhan Syarikat British Borneo Utara mula berkuasa di daerah Inanam sekitar tahun 1894 sehingga tahun 1990. Andayu menerima tentangan hebat daripada bapanya yang tidak menyokong perjuangannya itu. Walaubagaimanapun, Andayu dan rakan-rakannya telah berjaya menentang penjajah Inggeris hasil daripada semangat keberanian, kegigihan dan semangat patriotik yang padu dalam diri mereka beserta bantuan Paduka Mat Salleh dan orang-orangnya. PERSOALAN(a) Keberanian seorang gadis Andayu digambarkan sebagai seorang gadis yang berani kerana sanggup menyertai pasukan sukarelawan walaupun dia tahu banyak risiko yang perlu dihadapinya.

(b) Penindasan orang Inggeris terhadap penduduk tempatan Mereka memaksa penduduk kampong dan golongan pedagang membayar cukai di pangkalan.(c) Kebijaksanaan pemimpinSebagai contoh, Paduka Mat Salleh seorang yang bijak dalam membuat keputusan. Beliau telah membawa orangnya ke Teluk Marudu selepas Inanam diserang.

(d) Pengorbanan para pejuang Contohnya, Halipan dan rakan-rakan seperjuangannya sanggup pergi berjuang ke Pulau gaya sehingga ada yang tercedera dan terkorban.

(e) Keteguhan pendirian. Paduka Mat Salleh merupakan seorang yang berpendirian teguh. Beliau tidak mahu menyerahkan Inanam kepada Inggeris walaupun mengahadapi tentangan daripada mereka.

WATAK DAN PERWATAKAN.

WATAK UTAMAANDAYU(a) Berusia 15 tahun.(b) Anak yatim piatu.(c) Taat pada perintah Tuhan.(d) Berani dan kuat semangat.(e) Tetap pendirian.(f) Rajin.(g) Antipenjajah.

WATAK SAMPINGANPADUKA MAT SALLEH(a) Penghulu di daerah Inanam.(b) Berketurunan bangsawan.(c) Handal dalam ilmu persilatan dan ilmu batin.(d) Bijak mengatur strategi peperangan.

HALIPAN(a) Anak saudara Paduka Mat Salleh.(b) Tubuhnya tegap dan tinggi.(c) Handal bersilat dan menggunakan senjata.(d) Bersemangat tinggi untuk berjuang.PAK CIK TIDUNG(a) Bapa saudara Andayu.(b) Peniaga garam di desa.(c) Bengis dan panas baran.(d) Berani.(e) Berjaya membunuh Jones.(f) Mati ditembak askar Inggeris.

MAK CIK MALA(a) Emak saudara Andayu.(b) Pembantu rumah Paduka Mat Salleh.(c) Memelihara Andayu sejak kecil.(d) Penyayang.(e) Pandai bercerita.

AYAH ANDAYU(a) Asalnya nelayan.(b) Kemudiannya menjadi penolong pegawai pemungut cukai bagi pihak Inggeris.(c) Penyayang.(d) Sensitif dan mudah tersinggung.(e) Mementingkan diri sendiri.(f) Meninggal dunia kerana dipatuk ular senduk.

DAYANG BANDANDayang Bandan ialah Puteri Bangsawan Sulu dan ibu saudara kepada Sultan Jamalul Kiram, Sultan Sulu. Dia juga merupakan isteri Datu Paduka Mat Salleh. Dia memiliki pelbagai ilmu seperti ilmu kebal, ilmu penunduk dan ilmu penggerun. Selain itu, Dayang Bandan berkebolehan menguasai orang halus dan orang bunian, malahan segala ilmu itu diturunkan pula kepada suaminya Datu Paduka Mat Salleh. Puteri bangsawan ini dipantangkan memijak tanah kerana jika dicabuli, keluarganya akan ditimpa bencana.

NILAI(a) Keberanian.Nilai keberanian telah digambar oleh pengarang menerusi watak-watak seperti Andayu serta rakan-rakan seperjuangannya. Keberanian mereka berjuang menentang pihak Inggeris serta konco-konconya menyerlah. Begitu juga dengan keberanian pejuang-pejuang seperti Datu Paduka Mat Salleh, Pak Cik Tidung, Pak Cik Ali, Pak Cik Jonan dan ramai lagi semasa berjuang menentang campur tangan orang-orang Inggeris.

(b) Kerjasama.Pengarang berjaya menonjolkan nilai kerjasama menerusi novel ini. Semangat kerjasama digambarkan melalui watak pengikut-pengikut Datu Paduka Mat Salleh dalam menghadapi sesuatu kesukaran atau rintangan. Misalnya semasa bertempur, ada yang bertempur dan ada pula yang merawat mangsa yang tercedera.

(c) Kebijaksanaan.Sesuatu tindakan atau keputusan yang dibuat memerlukan kebijaksanaan seseorang menilai kembali tindak tanduknya. Andayu merupakan gambaran tentang kebijaksanaan seorang gadis dalam menghadapi detik-detik perjuangannya. Kebijaksanaannya boleh dilihat apabila dia berjaya mendapatkan maklumat tentang penangkapan Pak Cik Tidung.

(d) Kesabaran.Kesabaran Andayu serta rakan-rakannya semasa bersembunyi di celah-celah daun simpur berhampiran pangkalan untuk menyiasat peristiwa penangkapan Pak Cik Tidung serta pengikut-pengikutnya. Kesabaran mereka banyak membantu Datu Paduka Mat Salleh mengatur strategi seterusnya.

(e) Kesetiaan.Semangat setiakawan negara ini merupakan satu nilai yang ingin disampaikan oleh pengarang. Menerusi watak Andayu, Halipan, Datu Paduka Mat Salleh, Pak Cik Tidung dan Haji Utih dapat kita lihat bagaimana nilai tersebut digambarkan. Misalnya, Andayu merupakan watak yang banyak membantu Datu Paduka Mat Salleh kerana semangatnya yang cintakan negara dan tidak mahu orang Inggeris menjadi tuan di daerahnya. Begitu juga dengan Haji Utih, yang bukan sahaja menyumbangkan tenaganya tetapi juga memberikan sumbangan moral dan material kepada pasukan pejuang keamanan secara sukarela.

(f) Kasih sayang.Perasaan kasih sayang ini telah digambarkan oleh pengarang melalui beberapa watak. Perasaan kasih dan sayang seseorang bapa kepada anaknya, perasaan kasih ibu saudara kepada anak saudaranya, perasaan kasih isteri kepada suami dan perasaan kasih sayang sesama ahli masyarakat, semuanya dapat dilihat dengan jelas dalam novel ini dan digarap dengan baik serta berkesan.

LATAR

1. Latar Masa- Karya ini memaparkan latar masa lalu, iaitu zaman campur tangan Inggeris di negeri Sabah. Peristiwa-peristiwa yang digambarkan hanya berlaku dalam masa beberapa hari sahaja tetapi melalui teknik imbas kembali sama ada secara penceritaan atau ingatan watak-watak, pengarang membawa ceritanya ke satu latar masa yang terdahulu, misalnya sebelum kematian bapa Andayu.

2. Latar TempatAntara latar tempat yang dipaparkan dalam novel Timulak kapal Perang ialah di Pangkalan Sungai Sugut. Telah berlaku perbalahan antara paduka mat Salleh dan ketua pemungut cukai kerana beliau enggan membayar cukai kepada Inggeris.Seterusnya di pinggir Sungai Sugut telah berlaku peristiwa penawanan Pak Cik Tidung dan rakan-rakannya oleh Inggeris. Selain itu, rumah paduka Mat Salleh telah dijadikan tempat pasukan sukarelawan dan pengikut-pengikut Paduka Mat Salleh belajar silat dan bermain senjata.Latar tempat seterusnya ialah daerah Inanam dan Mengkabung. Di situlah tempat Inggeris melancarkan serangan sebagai tindak balas atas serangan yang diketuai oleh Paduka Mat Salleh. Rumah Andayu juga latar tempat dalam novel ini. Andayu dan ayahnya telah bertengkar tentang peminangan ketua pemungut cukai yang bekerja untuk Inggeris.

3. Latar MasyarakatLatar masyarakat yang terdapat dalam novel Timulak Kapal Perang karya Azmah Nordin ialah masyarakat Bajau yang bekerjasama. Contohnya, Mak Cik Mala dan Andayu beramu bersama-sama penduduk kampong di lereng bukit.Selain itu, penduduk Inanam ialah masyarakat yang beragama Islam. Keadaan ini dapat dilihat melalui watak Andayu yang menunaikan solat Maghrib pada permulaan cerita. Penduduk Inanam juga digambarkan sebagai masyarakat yang cintakan tanah air. Andayu dan rakan-rakannya menyertai pasukan sukarelawan semata-mata ingin menewaskan Inggeris.Terdapat juga masyarakat pemungut cukai. Contohnya, golongan pedagang sering berbalah dengan pemungut-pemungut cukai kerana mereka dipaksa membayar cukai. Masyarakat penjajah Inggeris turut terdapat dalam novel ini. Mereka digambarkan bersifat bengis dan zalim. Pak Cik Tidung diseksa dengan teruk ketika di Pulau Gaya kerana tidak mahu menjawab pertanyaan mereka.