Nota Sifat 20

26
Memahami Konsep Tauhid Pengertian Tauhid : Mengesakan Allah , tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan . Pengertian Iman: Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota. Rukun Iman dan Pengertiannya Rukun Percaya kepada Allah Sifat Allah Wajib Mustahil Harus 20 Lawan sifat 20 1 Percaya kepada Malaikat Malaikat yang wajib dipercayai secara tafsili Jibril Menyampaikan wahyu Mikail Membawa rezeki Israfil Meniup sangkakala 'Izrail Mencabut nyawa Munkar Menyoal mayat di dalam kubur Nakir Menyoal mayat di dalam kubur Raqib Mencatit amalan kebajikan Atid Mencatit amalan kejahatan Malik Menjaga pintu neraka Ridwan Menjaga pintu syurga Percaya kepada Kitab Kitab Samawi Al-Quran Injil Zabur Taurat Muhammad Bahasa Arab Isa Bahasa Siryani Daud Bahasa Qibti Musa Bahasa Ibrani

description

h

Transcript of Nota Sifat 20

  • Memahami Konsep Tauhid

    Pengertian Tauhid :

    Mengesakan Allah , tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan .

    Pengertian Iman:

    Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan

    dengan anggota.

    Rukun Iman dan Pengertiannya

    Rukun

    Percaya kepada Allah

    Sifat Allah

    Wajib Mustahil Harus 20 Lawan sifat 20 1

    Percaya kepada Malaikat

    Malaikat yang wajib dipercayai secara tafsili

    Jibril Menyampaikan wahyu

    Mikail Membawa rezeki

    Israfil Meniup sangkakala

    'Izrail Mencabut nyawa

    Munkar Menyoal mayat di dalam kubur

    Nakir Menyoal mayat di dalam kubur

    Raqib Mencatit amalan kebajikan

    Atid Mencatit amalan kejahatan

    Malik Menjaga pintu neraka

    Ridwan Menjaga pintu syurga

    Percaya kepada Kitab

    Kitab Samawi

    Al-Quran Injil Zabur Taurat

    Muhammad Bahasa Arab Isa

    Bahasa Siryani Daud

    Bahasa Qibti Musa

    Bahasa Ibrani

  • Percaya kepada Rasul

    1. Adam 2. Idris 3. Nuh 4. Hud 5. Saleh

    6. Ibrahim 7. Luth 8. Ishak 9. Ismail 10. Ya'qub

    11. Yusuf 12. Ayub 13. Syu'aib 14. Harun 15. Musa

    16. Ilyasa' 17. Zulkifli 18. Daud 19. Sulaiman 20. Ilyas

    21. Yunus 22. Zakaria 23. Yahya 24. Isa 25. Muhammad S.A.W.

    Percaya kepada Hari Akhirat Percaya kepada Qadha dan Qadar

    o Erti Qadha' adalah perlaksanaan setiap satu perkara o Erti Qadar pula adalah ketentuan setiap satu perkara o Oleh itu percaya kepada Qadha' dan Qadar adalah setiap perkara yang

    terjadi itu adalah kehendak dan ketentuan Allah

    Permulaan Ilmu Tauhid

    Mabadi ( Permulaan ) Ilmu Tauhid

    Perkataan ' Mabadi ' itu bahasa Arab jama' daripada perkataan mabda' Bererti :

    Punca , mula terbit . Maksudnya keterangan yang ringkas atau tujuan sesuatu ilmu

    sebelum membaca atau belajar ilmu itu. Disebut juga Pembukaan sesuatu ilmu. Adalah Mabadi ilmu tauhid itu sepuluh perkara :

    1) Nama ilmu ini :

    Iaitu dinamakan Ilmu Tauhid , Ilmu Kalam , Ilmu Usuluddin, Ilmu 'Aqaid, Ilmu sifat

    dan Al-Iman.

    2) Tempat ambilannya : Iaitu diterbitkan daripada Al-Quran dan Al-Hadith.

    3) Kandungannya :

    Iaitu mengandungi pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan pegangan,

    kepercayaan kepada Allah dan kepada rasul-rasulnya daripada beberapa simpulan

    atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperolehi I'ktikad yang

    yakin, kepercayaan yang putus yang mana ia akan menaikkan perasaan bekerja dan beramal menurut bagaimana kepercayaan tersebut.

    4) Tempat bahasannya ( Maudhu'nya )kepada empat tempat :

    Pertama : Pada zat Allah Ta'ala dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang mustahil atasNya dan sifat yang harus padaNya.

    Kedua : Pada zat Rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang

    mustahil atasNya dan sifat yang harus padanya.

  • Ketiga : Pada segala kejadian dari segi jirim-jirim(benda yang boleh dipotong) dan

    aradh-aradh yang mana menjadi dalil dan bukti atas wujud yang menjadikannya. Contoh aradh ialah sifat bagi benda tadi contohnya warna hijau pada daun. Warna hijau itu aradh bagi daun. Manakala daun ialah jirim.

    Keempat : Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar

    daripada perkhabaran Rasulullah seperti hal-hal perkara ghaib contohnya arash , syurga , mahsyar ,neraka dan lain-lain tentang hari Qiamat.

    5) Faedah Ilmu Tauhid :

    Iaitu dapat mengenal Allah s.w.t. dan percayakan rasul serta mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat yang kekal.

    6) Nisbah ilmu Tauhid dengan ilmu-ilmu yang lain :

    Ilmu yang merangkumi ilmu asas di dalam ajaran Islam dan yang paling utama sekali.

    7) Yang menghantarkan :

    Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi. Dan orang yang

    pertama menerima ilmu Tauhid daripada Allah Ta'ala ialah nabi Adam a.s. dan yang akhir sekali ialah Saidina Muhammad s.a.w.

    8) Hukumnya :

    Iaitu fardhu A'in atas tiap-tiap orang mukallaf lelaki atau perempuan mengetahui

    sifat-sifat Allah s.w.t. dengan cara ijmal ( ringkas ) dan dengan cara tafsil ( huraian

    atau satu persatu ) berserta dengan dalil ijmal . Adapun mengetahui dalil tafsil itu fardhu kifayah .

    9) Kelebihannya :

    Iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu yang lain kerana

    menurut hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

    " Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memfardhukan sesuatu yang terlebih afdhal

    daripada mengEsakan Allah dan ada sesuatu itu terlebih afdhal daripadanya ,nescaya

    tetaplah telah difardhukan ke atas MalaikatNya padahal setengah daripada Malaikat-

    malaikat itu ada yang rukuk selama-lamanya dan setengahnya ada yang sujud

    selama-lamanya." ( Riwayat Hakim )

    10) Kesudahan ilmu ini :

    Iaitu dapat membezakan di antara 'aqaid dan kepercayaan yang sah dengan yang batil.

    MAKSUD HUKUM

    Pengertian hukum

    Hukum adalah ( ) menetapkan suatu bagi suatu atau menafikan daripadanya, seperti kita menetapka putih pada kain atau kita menafikan putih pada arang.

  • Bahagian hukum Pada umumnya hukum terbahagi tiga:

    Hukum syarak ialah undang-undang yang diturunkan oleh Allah kepada manusia

    melalui para rasul seperti wajib sembahyang lima waktu, haram melakukan zina dan lainnya.

    Hukum aqal ialah ketetapan yang didapati melalui aqal seperti satu separuh daripada dua dan lainnya.

    Hukum adat ialah ketetapan yang didapati melalui percubaan dan kebiasaan seperti api boleh membakar dan lainnya.

    Hukum syarak terbahagi lima.

    Wajib: Iaitu barang yang diberi pahala memperbuatnya dan diseksa apabila

    ditingalkannya, sama maknanya dengan fardhu. Contohnya sembahayang Fardhu,

    puasa ramadhan dan zakat.

    Wajib terbahagi dua:

    Wajib aini: iaitu wajib yang dituntut oleh syarak atas tiap-tiap mukallaf memperbuatnya. dipanggil juga fardhu ain. Contohnya sembahyang yang lima dan puasa ramadhan.

    Wajib kifayah: iaitu wajib yang memada dilakukan sebahagian mukallaf. Dipanggil

    juga fardhu kifayah. Contuhnya jihad, menjadi qadhi, mengeluarkan fatwa, dan lainnya.

    Sunat: iaitu pekara yang diberi pahala memperbuatnya dan tidak diseksa meninggalkannya. Dipanggil juga mandub, sunat, mustahab, tatawwu, dan naflu.

    Sunat terbahagi dua

    Sunat Muakkad: iaitu amalan yang tekun/selalu dilakukan oleh Rasulullah. Seperti sembahyang dua rakaat sebelum subuh

    Sunat tidak muakkad: iaitu amalan yang tidak tekun dilakukan oleh Rasulullah. Seperti sembahyang sunat 2 rakaat sebelum maghrib.

    Haram: iaitu pekara yang diseksa apabila diperbuat dan diberi pahala apabila ditinggalnya. Seperti zina, makan riba, dan meninggalkan sembahyang.

    Harus: iaitu pekara yang diberi pahala memperbuatnya dan tidak disiksa

    meningalnya. Seperti makan, mengqasar sembahyang ketika musafir dan menjamaknya.

    Makruh: barang yang diberi pahala kerana meningalkannya dan tidak diseksa kerana

    melakukannya Seperti makan bawang mentah dan meningalkan bersugi ketika

    hendak sembahyang.

  • HUKUM ADAT

    Hukum adat ialah menthabitkan atau menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara

    atau menafikannya dengan perantaraan ujian dan percubaan berkali-kali. Sesuatu

    perkara yang kebiasaannya berlaku. Ia terbahagi kepada empat bahagian jenis iaitu:

    1. Perkaitan antara wujud dengan wujud seperti perkaitan antara wujudnya kenyang

    setelah wujudnya makan. Kebiasaannya jika makan akan kenyang.

    2. Perkaitan antara tiada dengan tiada seperti perkaitan antara tiadanya kenyang

    dengan tiada makan.

    3. Perkaitan antara wujud dengan tiada seperti perkaitan antara wujudnya sejuk

    pada badan dengan tiada pakaian. Kebiasaan orang tidak berbaju akan merasa

    sejuk.

    4. Perkaitan antara tiada dengan wujud seperti perkaitan tiada membakar api

    dengan wujudnya air.

    Perkaitan ini dipanggil sebagai sebab musabbab. (Sebab tidak memberi kesan kepada

    musabbab sama sekali kerana yang memberi kesan terhadap sesuatu ialah Allah Taala).

    Hukum adat terbahagi kepada tiga bahagian:

    1. Wajib pada adat. Wajib pada adat adalah perkara yang kebiasaannya pasti

    berlaku. Contoh: Apabila makan, maka wajib pada adat akan rasa kenyang. Apabila

    membakar dengan api, maka wajib hangus.

    2. Mustahil pada adat. Perkara yang tidak biasa berlaku. Contoh: Apabila

    makan banyak, tidak rasa kenyang. Apabila dibakar dengan api, tidak hangus.

    Contoh-contoh perkara mustahil pada adat yang pernah berlaku: Allah ta`ala

    memberhentikan sunnah-Nya (peraturan-Nya) ketika Nabi Ibrahim dilemparkan ke

    dalam api tetapi tidak terbakar. Inilah yang dikatakan perkara yang mustahil pada

    adat dan wajib kita mempercayai dan meyakini

    3. Harus pada adat. Iaitu perkara yang boleh berlaku dan juga boleh tidak

    berlaku. Contoh: seseorang itu boleh (harus) kenyang dengan memakan dua

    pinggan nasi. Kadang-kadang ada juga yang makan satu pinggan sudah kenyang. v

    Ketiga-tiga hukum adat ini (wajib, mustahil dan harus pada adat) termasuk di dalam

    hukum harus pada akal (boleh diterima oleh akal). v Orang yang jahil tentang

    hukum adat, terkadang boleh membawa seseorang itu kepada fasiq (iaitu orang

    yang melakukan dosa) seperti ia berkata ketika memotong tali dengan pisau yang

    tajam tetapi tidak putus: Tak masuk akal, pisau yang tajam ini tidak dapat

    memotong tali. v Dan terkadang boleh membawa seseorang itu keluar daripada

    Islam (kufur) seperti dia mengingkari mukjizat para Rasul dan Karamah para wali.

  • HUKUM AQAL

    Pengertian Hukum 'Aqal :

    Hukum aqal ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau menafikan suatu perkara daripada perkara yang lain dengan tidak berkehendak

    kepada dicuba pada menetapkan sesuatu perkara itu ( Adat ) dan tidak tergantung

    kepada sesuatu perbuatan yang diperbuat oleh mukallaf ( bersalahan dengan hukum

    Syari'e ).

    Pengertian 'Aqal :

    Adalah 'Aqal itu satu sifat yang dijadikan Allah s.w.t. pada manusia sehingga dengan

    itu manusia berbeza dengan haiwan. Maka dengannya boleh menerima ilmu

    Nazhariyyah ( Ilmu yang berkehendakkan berfikir ) dan boleh mentadbirkan segala

    pekerjaan dengan fikiran yang halus dan daripadanya tempat lahirnya berbagai-

    bagai manafaat dan kebahagiaan kepada manusia.

    Dan aqal itu berhajat kepada undang-undang Syara dan undang-undang Syara juga tidak boleh berjalan mengikut yang dikehendaki melainkan berhajat kepada 'aqal.

    Dan di antara keduanya berhajat antara satu dengan yang lain ( ' Aqal berhajat kepada Syarak dan Syara' berhajat kepada 'Aqal ) .

    Bahagian Hukum 'Aqal :

    Adalah hukum 'aqal itu terbahagi kepada tiga :

    1) Wajib 'Aqli iaitu perkara yang tidak diterima 'aqal akan tiadanya, hakikatnya

    mesti menerima ada.Yang demikian wajib bagi Allah s.w.t. bersifat qidam maka

    maksudnya ialah mesti ada Allah s.w.t bersifat qidam. Maka wajib pada aqal kita menerima Allah itu bersifat dengan sifat qidam misalnya.

    2) Mustahil 'Aqli iaitu perkara yang tidak diterima 'aqal akan adanya , hakikatnya

    mesti tiada . Yang demikian mustahil Allah s.w.t. bersifat baharu(ada permulaan dan

    pengakhiran) maka maksudnya tidak sekali-kali Allah s.w.t. itu bersifat baharu. Aqal kita tak boleh terima jika mengatakan Allah itu bersifat baharu.

    3) Harus 'Aqli iaitu perkara yang diterima 'aqal adanya dan tiadanya, maka

    hakikatnya aqal boleh menerima ada dan tiada seperti keadaan seseorang itu adakalanya boleh bergerak atau diam.

    Bahagian Wajib 'Aqli :

    Adalah wajib 'aqli terbahagi dua :

    1) Wajib 'aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap adanya dengan

    tiada berkehendak kepada bahasan dan kenyataan seperti menghukumkan satu itu

  • tetap separuh daripada dua . Aqal tidak perlu berfikir sebab sudah maklum bahawa 1 itu separuh daripada dua.

    2) Wajib 'aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap adanya dengan

    berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatang- kan dalil-dalil atas

    ketetapan hukumnya itu seperti menghukumkan wajib adanya Allah s.w.t. yang

    menjadikan alam ini berserta dengan bahasan dan dalil-dalilnya. Maka wajib belajar tauhid untuk mengetahui dalil tentang kewujudan Allah.

    Bahagian Mustahil 'Aqli :

    Adalah Mustahil 'Aqli terbahagi dua :

    1) Mustahil 'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada

    Berkehendak kepada bahasan dan mendirikan dalil seperti contoh menghukumkan

    tidak terima ;aqal satu itu separuh daripada tiga. Aqal kita tanpa perlu perbahasan terus boleh untuk tidak menerima pernyataan yang mengatakan 1 itu separuh dari 3.

    2) Mustahil 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Dengan

    berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatangkan dalil-dalil atas

    ketetapan hukumannya itu seperti menghukumkan tidak terima pada 'aqal ada yang

    mensyirik bagi Allah s.w.t. maka dengan itu 'aqal menghukumkan mustahil ada

    syirik bagi Allah s.w.t itu melainkan dengan diadakan bahasan dengan

    mendatangkan dalil. Aqal kita tidak boleh terima dengan adanya tuhan selain Allah. Kita mengatakan tiada tuhan selain Allah melalui dalil2. Kita tahu dalil itu setelah kita belajar.

    Bahagian Harus 'Aqli :

    Adalah Harus Aqli itu terbahagi dua :

    1) Harus 'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh terima ada dan tiada

    dengan tidak berkehendakkan bahasan dan mendatangkan dalil seperti

    menghukumkan keadaan seseorang itu adakalanya ia bergerak atau diam . Aqal kita boleh menerima keadaan bergerak atau diam itu tanpa perlu kepada perbahasan. Seperti Ahmad kadang2 bergerak. Kadang2 diam.

    2) Harus 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh dijadikan atau tiada

    boleh dengan berkehendak kepada bahasan dan mendatangkan dalil-dalil seperti

    contoh memberikan ganjaran pahala kepada orang yang tidak beramal , maka 'aqal

    menghukumkan hal itu adalah harus melainkan dengan diadakan bahasan dan dalil-

    dalil yang menunjukkan harus pada Allah s.w.t. memberikan seperti itu . Aqal boleh menerima bahawa Allah boleh memberikan pahala kepada orang yang tidak beramal

    soleh. Tapi untuk tahu tentang perkara itu aqal perlu kepada perbahasan dalil.

  • Kejadian Alam

    Sesungguhnya apabila seseorang itu berfikir dan meneliti kejadian alam ini maka ia dapat petunjuk bahawa Allah s.w.t yang telah menjadikannya.

    1. Melihat sesuatu kejadian yang ada disekeliling kita seperti kerusi atau meja dan

    sebagainya maka kita dapati kerusi atau meja tersebut tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang membuatnya dan yang mengadakannya.

    Maka dengan itu kita beritiqad dan percaya alam ini tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang menjadikan dan menciptakannya tentulah Allah s.w.t yang Maha Pencipta.

    2. Kita meneliti dan mengkaji dengan lebih jauh lagi akan perbuatan-perbuatan

    orang yang membuat kerusi atau meja ada yang berbagai bentuk dan rupa, yang

    mana mereka sentiasa membuat dan mengukir kerusi atau meja tadi dengan lebih

    baik dan lebih halus lagi ukirannya tetapi tidak pernah lengkap dan sempurna.

    Maka itu kelemahan dan kekurangan manusia yang mengikut kadar dan ilmu serta

    kekuatan yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala. Maka kita menyedari bahawa Allah Taala adalah Maha Sempurna di dalam mencipta kejadian alam ini.

    3. Kita melihat akan kejadian langit dan bumi ini dan alam cekerawala ini daripada

    manusia, bulan, matahari, haiwan, tumbuh-tumbuhan yang mana setiap jenis

    dijadikan dengan cukup lengkap dan sempurna. Contohnya manusia yang dijadikan

    adalah sebaik-baik kejadian iaitu: berakal, bertutur, mendengar dan lain-lain sifat lagi.

    Dan apabila kita perhatikan alam cekerawala seperti bumi, langit, bulan, matahari

    dan lain-lain yang mana semuanya dicipta untuk manafaat dan keperluan semua

    makhluk yang mana semua itu melemahkan akal para cerdik pandai memikirkan

    segala kejadian tersebut yang tiada tolok bandingnya. Maka nyatalah di sini bahawa

    penciptanya mempunyai kuasa yang Maha Sempurna, Ilmu yang Maha luas dan

    bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang Maha Suci dari segala sifat

    kekurangan.

    Sesungguhnya dari Kaedah Syariyyah dan berita para Nabi bahawa yang menjadikan alam ini ialah Allah s.w.t kerana segala perbuatanNya menunjukkan

    bekas bagi segala sifat yang Maha Suci dan tidaklah makhluk dapat mengetahui

  • hakikatnya kerana segala makhluk ciptaanNya sentiasa bersifat lemah dan mempunyai segala kekurangan.

    Siapakah yang dikatakan mukallaf ? Mukallaf ialah mereka yang baligh, berakal, sejahtera salah satu daripada pendengar

    atau pelihat(tidak buta dan pekak), dan sampai dakwah rasul yang ditentukan kepada mereka.

    Difaham daripada takrif di atas tidak dikira mukallaf kanak-kanak jika mumaiz

    sekalipun, orang gila, mereka yang tiada pendengar dan pelihat., dan mereka yang

    tiada sampai dakwah rasul yang ditentu kepada mereka. Pendapat yang sahih

    mengatakan orang-orang yang tidak sampai seruan rasul yang diutus kepada

    mereka terlepas dari api neraka walaupun mereka beramal dengan ajaran rasul terdahulu yang telah diubah atau mereka menyembah berhala.

    Dikehendaki dengan mukallaf di sini jin dan manusia maka jadi mukallaf jin daripada

    mula jadinya(sejak lahir terus jadi mukallaf) dan jadi mukallaf kanak-kanak dengan

    salah satu daripada tiga pekara pertama keluar mani dengan bermimpi atau lainnya

    setelah cukup umurnya sembilan tahun. Kedua dengan sempurna umurnya lima

    belas tahun, kedua alamat ini bersekutu antara kanak-kanak lelaki dan perempuan

    dan ditambah satu alamat lagi bagi kanak-kanak perempuan iaitu kedatangan haid setelah umurnya cukup sembilan tahun.

    Peringatan pertama

    Wajib atas wali, penjaga kanak-kanak dan suami mengajar orang yang dibawah

    jagaan mereka akan perkara yang wajib, mustahil, dan harus pada akal bagi dan segala rasulnya.

    Peringatan yang kedua

    Telah berkata ulamak haram belajar ilmu usuludin daripada orang yang tiada mahir ilmunya dan tidak mengambil dari gurunya. Setengah daripada mereka itu orang-orang berpegang dengan ayat al-Quran dan hadis yang kesamaran dengan tidak

    membawa datang dalil naqli (al-Quran dan hadis) yang putus lagi nyata dan akal

    yang sempurna tetapi mengambil mereka dengan zahir ayat yang kesemaran maka

    jatuh mereka itu di dalam laut kekufuran, jadi seset mereka itu dan menyesatkan

    orang awam.

  • SIFAT 20

    Sifat yang wajib diketahui

    Ertinya maka sebahagian sifat yang wajib bagi Tuhan kita dua puluh sifat.

    Maksud perbahasan pengarang adalah sifat kesempurnan yang wajib pada akal bagi tidak terhinga banyaknya tetapi syarak mewajibkan kita mengetahui dua

    puluh sifat supaya dengan dua puluh sifat itu kita dapat mengenal Tuhan pencipta

    sekelian alam ini.

    Setelah menkaji dari sumber hukum yang mutawatir maka ulama mendapati untuk mengenal Allah mestilah mengetahui dua puluh sifat atau tiga belas sifat atas satu

    pendapat, sekiranya seorang itu tidak mengetahui kadar yang tersebut atau tahu tetapi kurang maka dia tidak akan mengenal Allah.

    Sifat yang pertama wajib bagi

    Wujud ertinya ada. Tiap-tiap mukallaf diwajibkan mempercayai bahawa itu memang ada dengan ketiadaan syak dan ragu. Adanya tidak

    dengan sebab ada yang menjadikanNya, dan adaNya berbeza dengan ada kita,

    kita akan bahaskannya apabila sampai pada tempatnya.

    Mustahil tiada () iaitu lawan bagi ada ) ) ertinya ketiadan tidak boleh diterima pada akal.

    Dalil wujud Firman di dalam surah Al-Baqarah ayat 164

    Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan

    siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang turunkan

    dari langit lalu hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya,

    serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa ) terapung-apung di antara

    langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan ada , keesaanNya, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan

    rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

  • Dalil aqal bagi Wujud:

    Maksudnya adapun tanda atau dalil ada , baharu alam ini, kerana jika ada alam

    tiada yang membaharu ( tiada yang menjadikannya) tetapi ia terjadi dengan sendiri

    nescaya berlaku salah satu dua keadan (ada dan tiada) yang bersamaan keduanya

    pada hal kuat sebelah ada ( ada alam ini dengan kita lihat) dengan ketiadan sebab

    (ketiadan yang menjadi) ini adalah mustahil. Adanya sifat-sifat baru pada alam ini

    seperti begerak, diam dan lainnya menjadi dalil baru alam ini. Tiap-tiap suatu yang

    bersifat dengan baru nescaya baru. Dalil adanya sifat-sifat baru pada alam ini

    dengan kita lihat ada perubahan tiap-tiap suatu daripada tiada kepada ada dan

    daripada ada kepada tiada.

    Maka ada alam ini jadi tanda adanya Tuhan, kerana tiada terfikir / tidak boleh diterima pada aqal bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya.

    Dengan lain perkatan dalil ada ialah ada alam ini kerana tidak

    tersembunyi pada tiap-tiap orang yang berakal, bahawa langit, bumi dan tiap-tiap

    suatu yang ada di antara keduanya adalah jirim yang bersifat dengan sifat-sifat yang

    baru, seperti gerak, diam dan lainnya; kerana dapat kita lihat perubahannya

    daripada ada kepada tiada dan daripada tiada kepada ada. Gerak atau diam adalah

    pekara yang mesti ada pada jirim, apabila kita sabitkan (tetapkan) baru sifat yang

    ada pada jirim maka tetaplah baru jirim, dengan itu wajib ada penciptanya kerana

    alam ini jika ia terjadi dengan sendirinya nescaya berhipun dua yang brlawanan (ada

    dan tiada). Keterangannya; ada alam dan tiadanya bersamaan pada timbangan akal,

    apabila tetap ada dengan kita lihat ternafi tiada, tidak sah ia ada dengan sendirinya

    dengan tiada yang mengadakan yakni tidak sah ada alam ini dengan tiada penjadi.

    Sifat yang kedua wajib bagi

    Qidam () ertinya sedia maksudnya ada tiada permulaan yakni tidak menerima aqal kita ada permulaan bagiNya.

    Mustahil baharu ertinya ada permulaan yakni adaNya berkehendak

    kepada penjadi. Apabila ada dalam lintasan hati sesorang bertanya siapa yang menjadikan maka ikut lah seperti mana yang telah diajar oleh nabi di dalam

    sebuah riwayat

    :

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah

    bersabda: Manusia masih lagi tertanya-tanya, sehinggalah dikatakan bahawa

    telah menciptakan makhluk, lalu mereka bertanya siapakah yang menciptakan

    sesiapa yang mendapati perkara tersebut ada di dalam hatinya maka hendaklah

    dia mengucapkan: ertinya aku beriman kepada .

  • Dalil Qidam Firman di dalam surah Al-Hadiid ayat 3

    Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah

    Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

    Peringatan

    Ada kita dan alam ini iaitu ada permulaan. Walaupun ada langit, bumi dan

    lainnya tidak kita lihat permulaannya tetapi kita boleh ketahui kesemua itu ada

    permulaan dengen kita lihat sifat-sifatnya, iaitu sama dengen sifat kita seperti

    bergerak, diam, berjisim dan sebagainya yang menunjuk semua itu sama dengen

    kita. Apabila kita ketahui ada permulaan bagi kita, maka demikian juga ada permulaan benda yang sama sifatnya dengan kita.

    Bergerak adalah sifat baharu sebab itu kita tidak boleh kata tuhan turun,

    tuhan datang, dan sebagainya. Sebab itu ditakwil dengan turun rahmatnya, turun

    pesuruhnya atau lain.

    Dalil akal wajib bersifat Qidam:

    Dalil wajib bersifat Qidam ialah jika dibuat andaian ada permulaan pada

    ketika itu dia baharu dan jikalau baharu nescaya berkehendak kepada yang

    membaharuiNya yakni yang menjadikanNya, yang demikian itu sudah pasti berlaku

    dua keadan:

    1. Daur () ertinya berpusing antara dua penjadi atau lebih. Makna daur:

    Terhenti ada suatu atas suatu yang lain, dan ada suatu yang lain terhenti ia atasnya (suatu yang pertama) sama ada dua mertabat atau beberapa mertabat.

    Maksudnya ada tuhan berhajat kepada tuhan yang lain supaya

    menjadikannya, padahal tuhan yang menjadi berhajat kepada yang kena jadi supaya

    menjadikannya samaada pekara ini berpusing antara dua tuhan atau beberapa tuhan.

    Contoh bagi dua martabat seperti Zaid menjadikan Umar dan Umar

    menjadikan Zaid maka yang demikian itu terdahulu Zaid pada ketika dia menjadikan

    Umar dan dia terkemudiannya pada ketika Umar menjadikannya; begitu juga dengan

    Umar terkemudiannya pada ketika Zaid menjadikannya dan terdahulunya pada

    ketika dia menjadikan Zaid, maka berhimpun terdahulu dan terkemudian dalam satu masa pada keduanya yang membawa kepada mustahil.

    Contoh beberapa mertabat seperti Zaid menjadikan Umar sementara Umar

    menjadikan Bakar dan Bakar menjadikan Zaid. Seperti diatas penjelasan bagaimana

    boleh jadi mustahil.

    2. Tasalsul () ertinya berantaiyan/berrentetan. Makna tasalsul: teratur beberapa perkerjan yang tiada berkesudahan yakni berkehendak ada suatu kepada yang menjadikan hinga tiada kesudahan, maka

    yang demikian mustahil kerana membawa kepada tiada tuhan, kerana ketiadan

  • diketahui asal tuhan yang menjadi. Contoh tasalsul seperti Zaid dijadikan oleh Omar

    sementara Omar dijadikan oleh bakar kemudian bakar pula dijadikan oleh Hamdan

    dan dijadikan dan dijadikan dan dijadikan sehinga tiada kesudahan. Ini membawa ketiadaan diketahui siapa yang sebenar penjadi. Maka daur dan tasalsul

    ini ternafi bagi Allah. Mustahil ada pada Allah.

    Apabila mustahil daur ( ) dan tasalsul ( ) maka tetaplah bersifat dengan Qidam kerana tiada ada lain daripada dua ini yang boleh kita buat

    andaian adanya permulaan bagi .

    Sifat yang ketiga wajib bagi

    Baqa ( ) ertinya kekal yakni tiada kesudahan wujud maksudnya aqal kita tidak dapat menerima akan binasa atau ada kesudahan.

    Mustahil binasa ( )ertinya kedatangan tiada. Makhluk ciptaan akan binasa kecuali yang tidak dibinasa oleh pada

    ketika tiupan itu, seperti roh.

    Kekalnya pekara-pekara yang dikecuali oleh daripada binasa adalah kekal

    yang baharu yakni mengekal perkara itu sedangkan ia tergulung dalam pekara

    yang boleh binasa. Seperti Allah kekalkan syurga dan neraka. Kedua2 ini ialah

    makhluq Allah dan ia baharu. Syurga dan neraka boleh terima binasa jika Allah

    mengkehendakinya. Tidak wajib bagi Allah untuk kekalkan syurga dan neraka sebab

    tiada kuasa lain yang boleh memaksa Allah untuk kekalkan syurga dan neraka.

    Dalil Baqa Dalil wajib bersifat dengan Baqa firman yang telah lalu sebut pada Qidam dan dalil yang lain firman di dalam surah Al-Rahmaan ayat 26 dan 27

    Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang

    mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

    Dalil aqal bagi Baqa

    wajib bersifat dengan kekal dalilnya adalah jika diandaikan binasa nescaya

    ternafi/tertolak bersifat dengan Qidam kerana wujudNya pada ketika itu harus,

    tidak wujud yang wajib, maka tiap-tiap yang harus tidak dapat tidak berhajat kepada

    penjadi, bagaimana boleh kita terfikir pekara ini sedangkan kita mengetahui baru sebentar dalil bersifat dengan Qidam ( ) .

    Keterangan: apabila kita andaikan binasa nescaya Dia baharu, tiap-

    tiap yang baharu mesti ada permulaan maka ia berhajat kepada penjadi pada ketika

    itu berlaku daur atau tasalsul, telah lalu perbahasan keduanya.

    Sifat yang keempat wajib bagi

    Mukhalafatuhu taala lilhawadits, ( ) Tidak menyerupai dengan segala yang baru pada zatNya, sifatNya, dan

    perbuatanNya samada segala yang baru itu sudah ada ataupun belum ada.

    Tempat bersalahan Zat dengan segala yang baru ialah ZatNya bukan

    daripada jirim, tidak sekali-kali ZatNya berdarah, berdaging dan bertulang,

  • bukan itu cecair, bukan tumbuhan, Zat tidak berpihak(berjihah) seperti

    ada bagiNya kanan dan kiri, tidak duduk di mana-mana pihak seperti di atas arash (), dia tidak di dalam tempat, dan dia tidak terlibat/tidak tertakluk dengan masa.

    Tempat bersalahan sifat tuhan dengan segala sifat yang baru adalah tidak

    bersamaan pada tempat pertambatan kerana pertambatan sifat yang baru pada

    setengah pekara sedangkan sifat tuhan bertambatan kepada sekelian seperti

    pendengar tuhan boleh mendengar sekelian yang ada samaada yang bersuara atau

    tidak semantara pendengar suatu yang baru seperti kita mendengar hanya pekara

    yang mengeluarkan suara sahaja.

    Tempat bersalahan perbuatan dengan perbuatan yang baharu adalah

    perbuatan memberi bekas. Bersalahan dengan perbuatan yang baharu.

    perbuatan tidak berkehendak kepada alat-perkakas, tidak berhajat kepada

    pembantu, tidak mengambil faedah dari perbuatanNya, dan perbuatan

    tiada yang sia-sia.

    Mustahil menyerupai dengan segala yang baharu (yang kena jadi.ada mula

    dan akhir). Telah menyebut pengarang sepuluh perkara mustahil pada menyerupai dengan yang baharu;

    1. Dengan bahawa berjirim yang berkehendak kepada lapang.

    2. sifat yang ada pada jirim.

    3. berada dipehak bagi jirim.

    4. Bahawa zat berpihak yakni zatnya ada kiri, kanan, atas, bawah,

    hadapan dan belakang.

    5. bertempat seperti duduk di dalam alam, di luarnya,

    atau duduk di atas Aras.

    6. Bahawa terlibat/tertakluk dengan masa

    7. bersifat dengan segala sifat yang baharu, seperti turun.

    8. Zat kecil

    9. Zat besar

    10. bersifat mengambil faedah pada segala perbuatan dan hukumNya.

    Maka sekelian ini(10 perkara tadi) mustahil bagi kerana jika bersifat dengan sifat

    yang baharu jadilah dia baharu, apabila Dia bersifat dengan sifat baharu nescaya Dia

    berhajat kepada penjadi.

    Dalil Mukhalafatuhu taala lilhawadits

    Firmannya yang menunjukkan Dia tidak bersaman dengan yang baru di

    dalam surah Asy-syuura ayat 11

    Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (zat , sifat-sifatnya, dan

    pentadbirannya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

  • Firmannya di dalam surah Al-Ikhlas ayat 4

    Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengaNya.

    Dalil aqal wajib bersifat dengan Mukhalafatuhu taala lilhawadits

    Adapun dalil aqal wajib tidak menyerupai yang baru iaitu jika dibuat andaian

    bersaman dengan yang baru tetap Dia baru yang demikian itu mustahil seperti

    mana yang telah engkau ketahui sebelum ini bahawa wajib bersifat Qidam

    (tiada permulaan) dan Baqa (tiada kesudahan).

    Sifat yang kelima wajib bagi

    Qiyamuhu taala binafsih ( ) ertinya berdiri dengan sendiriNya

    yakni( ) tidak berhajat kepada tempat dan tidak berhajat kepada penjadi. Dengan lain perkataan tidak boleh diterima pada akal bahawa berhajat kepada tempat dan berhajat kepada penjadi.

    Demikian juga tidak berhajat atau tidak mempunyai keperluan apa-apa dan

    memerlu kepada siapa pun dalam urusannya daripada sekecil-kecilnya hingga

    sebesar-besarnya sebaliknya sekelian makhluk berhajat dan bergantung harap

    kepadanya. Kerana dia amat sempurna dan terkaya dari sekelian makhluknya.

    Ertinya mustahil bahawa tidak berdiri dengan sendiri dengan bahawa

    sifat yang menumpang pada zat atau berhajat kepada penjadi.

    Zat tidak berhajat kepada tempat kerana bukan dia sifat seperti putih

    yang berhajat kepada zat kain, dan Zat tidak berhajat kepada penjadi supaya

    menjadikanNya kerana dia bukan suatu yang baharu seperti alam ini yang berhajat

    kepada penjadi.

    Ketahuilah bahawa tiap-tiap suatu yang ada apabila kita pandang kepada

    berkehendak kepada zat tempat bergantung dan kepada yang menjadikannya atau tidak brrkehendak kepada kedua, terbahagi kepada empat:

    1. Segala sifat yang baharu: berkehendak ia pada tempat berdiri serta

    berkehendak kepada penjadi, seperti putih yang berhajat pada zat kain.

    2. Segala jirim: tidak berkehendak ia kepada zat tempat berdiri tetapi

    berhajat kepada penjadi, seperti zat kita tidak berhajat pada zat yang lain,

    tetapi berhajat kepada Tuhan untuk menjadikan kita.

    3. Zat : Dia tidak berhajat kepada zat tempat berdiri dan tidak

    brkehendak kepada penjadi.

    4. Sifat : tidak berhajat kepada penjadi tetapi berkehendak kepada zat

    tempat berdiri, seperti Qudrat berhajat kepada Zat Tuhan untuk brdiri.

  • Dalil Qiyamuhu taala binafsih Firman di dalam surah faatir ayat 15

    (Oleh kerana menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia,

    kamulah yang sentiasa berhajat kepada (dalam segala perkara),

    sedang Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

    Dalil aqal bagi Qiyamuhu taala binafsih

    Dalilny wajib bersifat dengan Qiyamuhu taala binafsih ( )iaitu kita andaikan berhajat kepada zat tempat brgantung nescaya dia sifat,

    adapun sifat tidaklah bersifat dengan sifat maani ( ) dan manawiyah ( )sedangkan kita tahu wajib bersifat dengan kedua sifat ini maka bukanlah Dia sifat. Jikalau berkehendak kepada penjadi yang

    menjadikanNya nescaya Dia baru, bagaimana kita boleh berkata demikian itu sedangkan kita telah mengetahui dalil wajib Qidam dan Baqa .

    Sifat yang keenam wajib bagi Wahdaniyah ( ) ertinya ketunggalan pada zat, sifat, dan perbuatan

    yakni aqal kita tidak boleh menerima tuhan berbilang-bilang pada zat, sifat dan

    perbuatan.

    Wahdaniah iaitu Allah tiada berbilang-bilang pada zatNya dan tidak berbilang-bilang pada sifatNya dan pada perbuatannya.

    Apabila wajib bersifat dengan Wahdaniah ( ) maka ternafi kam (berbilang) pada zat, sifat dan perbuatan. Kam yang wajib kita nafi berlaku pada ada lima:

    1. Menafikan kam muttasil ( ) pada zat ertinya menafikan bilangan

    yang berhubung pada zat. Seperti menafi Zat tersusun daripada

    darah, daging, tulang dan urat.

    2. Menafikan kam mumfasil ( ) pada zat ertinya menafikan bilangan

    yang bercerai pada Zat , seperti tiada suatu zat yang serupa dengan

    Zat .

    3. Menafikan kam muttasil pada sifat ertinya menafikan bilangan yang

    berhubung pada sifat yakni sifat sama sekali tidak ada duanya

    bagi satu-satu jenis, seperti tidak ada dua Qudrat, dua Iradat dan

    seterusnya.

    4. Menafikan kam mumfasil pada sifat ertinya menafikan bilangan yang

    bercerai pada sifat yakni sifat tidak menyamai sifat yang lain.

    5. Menafikan kam mumfasil pada perbuatan Allah ertinya menafikan bilangan

    yang bercerai pada perbuatan yakni tidak ada perbuatan sesiapa yang

    menyamai perbuatan .

  • Mustahil berbilang-bilang dengan bahawa adala zat berjuzuk-juzuk

    seperti berdaging, berdarah, bertulang dan berurat atau ada baginya sebanding pada zatnya iaitu ada yang menyerupai pada zat atau sifatnya atau ada sertanya

    yang lain memberi kesan pada perbuatan daripada sekalian perbuatan seperti api boleh menghangus dengan sendiri yakni dengan tidak daripada perbuatan .

    Dalil Wahdaniyah

    Firman di dalam surah Al-Ikhlas

    Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Yang Maha Esa; Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Dia tiada

    beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

    FirmanNya lagi di dalam surah Al-Anbiyaa ayat 22

    Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya.

    Dalil aqal wajib bersifat Wahdaniah:

    Dalil wajib bersifat dengan wahdaniyah iaitu jika diandaikan tidak

    bersifat dengan wahdaniyah tentulah dia berbilang (ada tuhan yang lain) jika dia

    berbilang tetaplah lemahnya, apabila lemah tuhan maka tidak terdapat alam ini.

    Jika ada dua tuhan dan kita andaikan tidak muafakat keduanya menjadikan

    alam ini nescaya salah satu daripada keduanya tidak menguasai alam yang dibuat

    oleh tuhan yang satu lagi, pada ketika itu lemahlah dia, apabila lemah satu nescaya

    lemah keduanya kerana keduanya bersamaan pada martabat ketuhanan. Adapun

    makna tuhan itu adalah berhajat tiap-tiap satu kepadaNya; apabila ada yang terlepas daripada kekuasanNya maka cacatlah sifat ketuhanan.

    Jika kita kata muafakat keduanya boleh kita andaikan dua pekara samada

    serentak keduanya menjadikan sesuatu atau berasingan, jika kita andaikan

    keduanya serentak menjadikan suatu yang tidak boleh dibelah-bagi seperti jauhar

    fardi(zarah atau atom) nescaya jadi dua, bandingannya dua batang pen hendak

    dibuat satu titik dan kita letakkan serentak, hasilnya yang didapati dua titik. Jika kita

    andaikan berasingan keduanya menjadikan suatu pada ketika itu yang mula-mula

    yaang dapat melakukan dan yang kemudian tidak perlu memperbuatnya kerana

    suatu itu sudah terhasil. Dengan itu jadi lemah keduanya kerana keduanya

    mempunyi mertabat ketuhanan, apabila lemah salah satu maka lemah yang satu lagi.

  • Perbahasan sifat Nafsiah dan salbiah

    Sekalian sifat yang telah disebut ada enam maka yang pertama sifat

    Nafsiah ( )iaitu wujud dan baki lagi lima adalah sifat Salbiah ( ).

    Makna sifat Nafsiah ialah sifat yang menunjukan diri sifat itu sendiri dan tidak

    menunjuk yang lain daripada dirinya, sifat tersebut satu sahaja iaitu wujud ( ) yang menunjukkan ada Zat .

    Sifat Salbiah iaitu sifat yang maknanya menunjuk pada menafi atau menolak perkara yang tidak layak atau tidak patut bagi , sifat ini ada lima selepas

    daripada wujud. Dinamakan sifat Salbiah kerana peranan sifat ini menafi pekara yang tidak layak bagi , seperti Qidam menafi ada permulaan bagi , Baqa menafi ada kesudahan bagi dan seterusnya pada sifat yang lain.

    Sifat Nafsiah = wujud

    Sifat Salbiah = qidam, baqa, mukhalafatuhu lil hawadith, qiyamuhu binafsih, wahdaniah.

    Tujuh sifat Maani

    Kemudian wajib bagi tujuh sifat diberi nama sifat Maani iaitu Qudrat dan Iradat bertaluk keduanya pada sekalian mumkinat (benda yang boleh ada dan boleh tiada); Ilmu bertaluk pada sekalian pekara yang wajib, harus dan mustahil; Hayat tiada bertaluk pada suatu pekara; Sama dan Bashar bertaluk keduanya pada sekelian yang ada; dan yang akhir Kalam yakni berkata-kata tanpa huruf dan

    suara, bertaluk ia sepertimana taluk Ilmu yakni taluk pada sekelian yang wajib, harus dan mustahil.

    Makna sifat maani ( ) tiap-tiap sifat yang ada, berdiri ia pada suatu yang ada yang mewajibkan baginya

    hukum, seperti Qudrat berdiri ia pada zat yang mewajibkan baginya Kaunuhu

    Qadiran.

    Erti taluq melakukan suatu yang lain daripada zat, misalnya Qudrat ialah satu sifat yang sabit pada Zat dan ia melakukan tindakan pada suatu yang lain

    pula, seperti menjadikan alam ini.

    Sifat yang ketujuh wajib bagi Qudrat () ertinya berkuasa/pekuasa. Sifat ini menunjukkan berkuasa pada

    sedia kala lagi. berkuasa mengadakan dan meniadakan tiap-tiap suatu tanpa

    memerlukan alat dan bahan. adapun kita hendak membuat suatu memerlukan

    bahan, seperti kerusi yang memerlukan kayu, dan lainnya. Sifat Qudrat bertaluq () pada pekara yang mumkin (yang harus) secara memberi bekas / kesan yakni mengadakan suatu atau meniadakannya dengan

  • sifat QudratNya, maka Qudrat tidak bertaluq kepada wajib hakiki (seperti mengadakan Zat ) dan mustahil hakiki (seperti mengadakan anak bagiNya )

    Erti taalluq

    Tuntutan sifat akan pekara yang lebih, diatas berdiri sifat dengan zat.

    Sifat yang kelapan wajib bagi Iradat () ertinya berkehendak/pekehendak. Setiap sesuatu yang ada dan

    berlaku di dalam alam ini kesemuanya adalah kehendak dan kemahuan bukan

    kerana terpaksa, tersalah, lalai dan lainnya. Sifat ini menunjukkan berkehendak pada sedia kala. Taluq sifat ini sama dengan taluq sifat Qudrat iaitu bertaluq dengan segala yang harus, tetapi dalam bentuk menentukan sesuatu mumkin, bukan melahirkan dan melaksanakannya. Mustahil bersifat dengan lawan bagi Qudrat dan Iradat

    1. Mustahil lemah menjadikan mumkin. Erti mumkin, benda yang

    boleh ada dan tiada.

    2. Mustahil menjadikan alam ini dalam masa yang sama Dia benci

    adanya, yakni tidak berkehendak mengadakannya.

    3. Mustahil menjadikan alam ini dalam keadan lupa, ertinya sebelum

    menjadikan alam ini dia mengetahui kemudian semasa menjadikannya dia

    lupa.

    4. Mustahil lalai semasa menjadikan alam ini.

    5. Mustahil menjadikan alam ini dengan kerana ertinya

    ada melazimkan ada segala mumkin ertinya lazim yang dikerana dengan

    ada kerana umpama bergerak cincin kerana bergerak tangan, tidaklah

    wujud mewajibkan/melazimkan ada alam ini.

    6. Mustahil menjadikan alam ini dengan tabiat, maka jadikan

    alam ini tidak dengan tabiatnya sepertimana tabiat api menghangus.

    Sifat yang kesembilan wajib bagi

    Ilmu ( ) ertinya mengetahui segala-galanya samada yang lepas, yang sedang dan yang akan datang, Dia mengetahui yang tersembunyi dan yang nyata,

    tidak ada suatu pekara yang terlepas dari pengetahuanNya.

    Tempat taluq Ilmu pada segala yang wajib (seperti mengetahui diriNya bersifat dengan sifat kesempurnaan) , yang harus (seperti mengetahui adanya

    mahkluk), dan yang mustahil (seperti mengetahui Dia tidak mempunyai

    anak), yakni mengetahui tiga pekara tersebut dengan sifat IlmuNya.

  • Mustahil jahil dengan sekelian maklumat dan yang sama makna dengan

    jahil. Makna jahil iaitu tidak mengetahui apa-apa dan yang sama makna dengannya

    adalah syak, zan dan waham, tiap-tiap satu telah dihurai maknanya.

    Sifat yang kesepuluh wajib bagi

    Hayat ( ) ertinya hidup. Hidup tidak seperti hidup makhluk, Dia hidup tidak dengan perantaraan daging darah, bernafas dan sebagainya. HidupNya tiada

    permulaan dan kesudahan.

    Sifat hayat tiada bertaluq pada suatu pun samada yang ada atau yang tiada, kerana ia bukan sifat yang memberi bekas mengadakan suatu atau meniadakannya

    seperti Qudrat, tidak juga membuka hakikat suatu seperti Ilmu dan tidak menunjuk tentang suatu seperti Kalam.

    Mustahil mati (), kerana Tuhan hidup tidak dengan nyawa, tidak bersusun daripada empat unsur iaitu api, air, tanah dan angin atau hidupnya berkehendakkan

    makanan, kerana hidup yang demikian tertentu bagi makhluk.

    Dalil bersifat Qudrat, Iradat, Ilmu dan Hayat Dalil Al-Quran bagi sifat Qudrat di dalam surah Qaaf ayat 38

    Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang

    ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang

    susah payah.

    Firman menunjukkan Dia bersifat Iradat di dalam surah Al-Qasas ayat 68

    Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga

    yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan

    kemuliaan); Firman menunjukkan Dia bersifat Iradat

    Dalil Ilmu firman di dalam surah Al Mujaadalah ayat 7

    Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya mengetahui segala yang

    ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang

    melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang

    melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan

    tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja

    mereka berada. Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka pada hari kiamat apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Maha Mengetahui akan tiap-

    tiap sesuatu.

    Dalil naqli bagi sifat Hayat firman di dalam surah Al-furqaan ayat 58.

    Dan berserahlah engkau kepada Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta

    bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam

    akan dosa-dosa hambaNya;

  • Dalil aqal bersifat dengan Qudrat, Iradat, Ilmu dan Hayat.

    Adapun dalil bersifat dengan Qudrat, Iradat, Ilmu dan Hayat maka jika

    tidak bersifat dengan yang tersebut sudah pasti tidak ada segala yang baharu (alam

    ini). Ketahuilah bahawa sifat Qudrat memberi kesan pada menjadikan dan

    meniadakan alam dengan muafakat sifat Iradat sedangkan Iradat (berkehendakNya)

    dengan muafakat sifat Ilmu kerana Iradat itu qasad pada menentukan ada atau tiada alam dan qasad itu disyaratkan ada Ilmu dan bersifat dengan Qudrat, Iradat

    dan Ilmu setelah kita hukumkan pada akal bersifat dengan Hayat.

    Sifat yang kesebelas wajib bagi

    Sama () ertinya mendengar/pedengar. mendengar tidak dengan gegendang telinga dan tidak dengan perantaran gelumbang bunyi. Berkata Imam Abu Hasan Asyari, mendengar benda yang bersuara dan yang tiada bersuara

    Mustahil tuli / pekak (), tidak jelas pendengaranNya atau pendengaranNya ada had.

    Sifat yang keduabelas wajib bagi Basor ( ) ertinya melihat/pelihat. Penglihatan tidak dengan mata, tidak

    terdinding, dan tidak dengan perantaran cahaya.

    Mustahil buta (), kabur penglihatanNya atau pengelihatanNya terdinding.

    Sama dan Basor bertaluq kepada segala pekara yang ada. Dia mendengar dan melihat tiap-tiap suatu yang ada, samada suatu itu Qadim atau baharu.

    Sifat yang ketigabelas wajib bagi

    Kalam () ertinya berkata-kata yakni ( ) berkata-kata tidak berhuruf, dan tidak bersuara. berkata-kata dengan

    sifat pekata yang ada pada zatnya, dia tidak berkata-kata dengan mulut.

    Mustahil bisu atau kelu ( ) yang membawa kepada kekurangan.

    Taluq kalam pada sekalian taluq Ilmu iaitu taluq pada segala yang wajib, yang harus dan yang mustahil yakni memberi tahu tiga pekara yang tersebut

    kepada hambaNya dengan sifat KalamNya.

    Dalil Sama, Basor, Kalam v Dalil Sama

    Sesungguhnya telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang

    bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil dia berdoa merayu kepada (mengenai perkara yang menyusahkannya),

    sedang sedia mendengar perbincangan kamu berdua.

    Sesungguhnya Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (al mujadalah ayat 1)

  • v Dalil Basor

    Katakanlah (wahai Muhammad): jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang

    sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit

    dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk

    campur dalam hukumNya.(al kahfi ayat 26)

    v Dalil Kalam

    Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung,

    tidak ada perantaraan)(an nisa ayat 164). v Dalil aqal bagi Sama, Basor dan Kalam

    Dalil menunjukkan wajib bersifat Sama, Basar, dan Kalam diambil daripada Al-Quran, Sunah, ijmak (muafakat ulama), dan demikian lagi sekira tidak

    bersifat denga sekelian sifat yang tersebut nescaya lazim Dia bersifat dengan lawan yang tersebut yang demikian itu kekurangan pada yang membawa kepada

    mustahil.

    sifat Manawiyah

    Kemudian tujuh sifat diberi nama sifat Manawiyah ( ) iaitu sifat yang melazimkan bagi tujuh sifat yang terdahulu (sifat Mani) Makna sifat Manawiyah adalah hal yang wajib bagi zat yang dikerana dengan suatu kerana. Makna kerana disini iaitu lazim, kerana tujuh sifat ini melazimi ia akan

    sifat Maani, seperti ada Qudrat melazimkan ada Kaunuhu Qadiran demikianlah seterusnya pada sifat yang lain. Atau sifat manawiyyah adalah sifat2 yang melazimi dari sifat maani, dengan kata lain sifat manawiyyah adalah sifat yang wujud disebabkan adanya sifat maani seperti Allah memiliki sifat qudrat, maka lazimlah Allah itu keadaannya berkuasa.

    Pertama: Kaunuhu Qadiran ( )(sifat yang ke-14) ertinya dalam keadaan berkuasa.

    Kedua: Kaunuhu Murida ( )(sifat yang ke-15) ertinya dalam keadaan berkemahuan.

    Ketiga: Kaunuhu Aliman ( )(sifat yang ke-16) ertinya dalam keadaan mengetahui.

  • Keempat: Kaunuhu Hayyan ( )(sifat yang ke-17) ertinya dalam keadaan hidup.

    Kelima: Kaunuhu Samian ( )(sifat yang ke-18) ertinya dalam keadan mendengar.

    Keenam: Kaunuhu Basiran ( )(sifat yang ke-19) ertinya dalam keadan melihat.

    Ketujuh: Kaunuhu Mutakalliman ( )(sifat yang ke-

    20) ertinya dalam keadan berkata-kata.

    Dan segala lawan sifat Manawiyah itu terlebih nyata ia dripada sifat mani.

    Sifat yang harus bagi

    Adapun yang harus pada hak itu adalah memperbuat tiap-tiap mumkin (benda

    yang boleh ada dan tiada) atau meningalkannya. Adalah sifat yang harus pada hanya satu iaitu memperbuat segala

    kejadian atau tidak memperbuatnya. mempunyai pemerintahan yang amat

    luas di dalam kerajanNya maka Dia boleh melakukan apa sekehendakNya. Termasuk

    dalam memperbuat segala mumkin memberi pahala kepada mereka yang berbuat

    taat dan menyeksa mereka yang melakukan masiat. Lawannya wajib memperbuat mumkin atau mustahil memperbuatnya.

    Adapun dalil yang menunjukkan harus memperbuat mumkin atau tidak

    memperbuatnya adalah seperti berikut, jika wajib pada akal atas

    memperbuatnya atau meninggalkannya atau mustahil pada akal yang demikian itu

    nescaya jadilah pekara yang mumkin itu wajib atau mustahil dan demikian itu tidak

    diterima akal. Contohnya harus atau mumkin bagi Allah untuk mengadakan anak

    bagi Ahmad. Tapi jika Allah wajib adakan anak untuk Ahmad, maka itu bukanlah lagi

    harus atau mumkin bagi Allah. Sedangkan mengadakan anak bagi Ahmad hanyalah

    harus saja bagi Allah. Allah boleh adakan anak atau tidak bagi Ahmad.

    Sifat yang wajib bagi sekelian rasul

    Adapun segala rasul maka wajib pada hak mereka itu benar, amanah, menyampai

    pekara yang disuruh sampaikan kepada makhluk. Mustahil pada hak mereka itu

    segala lawan sifat yang tersebut iaitu pendusta, khianat dengan memperbuat suatu

    yang ditegah sama ada tegah haram atau tegah makruh, dan menyembunyi suatu

    yang disuruh sampai kepada makhluk (jin dan manusia)

  • Keterangan tiap-tiap satu sifat bagi rasul Pertama: Shidiq () ertinya benar yakni muafakat perbuatan dan perkatan

    mereka itu dengan sebenar. Yang dikehendaki disini benar pada dakwa mereka itu

    menjadi rasul dan benar segala hukum yang disampaikan.

    Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam)

    menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu

    (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan

    kepadanya.(an najm ayat 3 dan 4)

    Mustahil mereka itu Kizbu () ertinya pendusta yakni perbuatan dan perkatan mereka tidak muafakat dan tidak berbetulan dengan hukum dan perintah .

    Adapun dalil yang menunjuk benar segala rasul maka seandainya mereka pendusta

    nescaya berdusta pada khabarNya, kerana membenarkan mereka itu

    dengan memberi mukjizat, (kejadian luar biasa kurnian kepada para nabi dan

    rasul untuk membuktikan kebenaran mereka) oleh itu seolah-olah berfirman

    ketika memberi mukjizat benar hamba ku pada tiap-tiap pekara yang disampaikan daripada aku maka dusta mustahil, jadilah dusta para rasul mustahil.

    Kedua: Amanah ( ) ertinya terpercaya/jujur maksudnya para rasul tidak melakukan khianat dengan melakukan perbuatan haram, makruh atau menyalahi

    yang terlebih utama. Mereka itu tidak sekali-kali melakukan penipuan atau menyeleweng terhadap hukum yang perintahkan.

    Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu. (asy syuara ayat 143)

    Mustahil mereka melakukan khianat ( ) yakni mereka tidak terpelihara pada zahir dan batin daripada melakukan pekerjan yang ditegah, samaada yang ditegah

    itu haram, makruh atau pekara yang menyalahi terlebih utama.

    Adapun tanda/dalil segala rasul bersifat amanah maka sekiranya

    khianat mereka itu dengan memperbuat pekara haramkan atau makruh nescaya

    betukar keduanya jadi taat, kerana menyuruh kami mengikut mereka itu pada

    perkataan dan perbuatan dan tidak menyuruh kami memperbuat pekara yang

    haram dan makruh. Dalil ini sama dengan dalil wajib mereka itu bersifat tabligh

    yakni jika mereka tidak menyampi, lazim mereka menyembunyi yang demikian itu

    lazim pula kita disuruh ikut menyembunyi, kerana kita disuruh mengikut perkatan

    dan perbuatan mereka.

    Ketiga: Tabligh ( ) ertinya menyampaikan, maksudnya rasul-rasul menyampaikan apa-apa yang telah dititah oleh kepada sekalian makhluk.

    Hakikatnya mereka mengajar sekalian manusia akan syariat kerana menunjuk

    kepada kebahagian didalam dunia dan akhirat.

  • Wahai Rasul ! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka

    bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan jualah akan

    memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya tidak memberi hidayah

    petunjuk kepada kaum yang kafir.(al maidah ayat 67)

    Mustahil Kitman ( ) ertinya mustahil mereka menyembunyi pekara yang disuruh sampaikan.

    Keempat: Fatanah ( )ertinya cerdik / bijaksana maksudnya kesempurnaan cerdik bagi mematahkan hujah musuh dan berkuasa membatalkan dakwaan yang

    tidak betul. Sifat ini tidak disebut didalam kitab Umul Berahin tempat sandaran buku

    ini.

    Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan

    nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau

    serukan itu) dengan cara yang lebih baik;(an nahlu ayat 125)

    Mustahil para rasul bodoh yakni lemah menolak hujah musuh dan membatal dakwaan yang tidak betul.

    Dalil akal wajib mereka bersifat fatanah/cerdik adalah; sekiranya mereka

    tidak cerdiak nescaya mereka tidak boleh mendatangkan hujah untuk menentang

    hujah orang yang mengingkari seruan mereka, demikian itu bertentangan dengan

    pangkat kerasulan maka mustahil mereka itu tidak cerdik.

    Sifat yang harus bagi rasul

    Harus para rasul bersifat dengan sifat kemanusian yang tidak membawa kepada

    kekurangan pada ketinggian martabat mereka itu seperti sakit dan sebagainya.

    Yang dimaksudkan dengan kekurangan iaitu sifat yang dicela seperti penyakit yang

    menjauhkan manusia daripada mereka itu, pekara yang mencederakan maruah mereka itu dan lainnya.

    Termasuk dalam kata sifat manusian seperti makan, minum, berjalan , sakit, tidur,

    berkahwin dan sebagainya.

    Dalil para rasul bersifat manusia adalah dengan penyaksian orang-orang sezaman

    dengannya bahawa berlaku pada mereka sifat manusia. Mereka bersifat manusia

    kerana ada kala membesarkan pahala mereka itu, mengajar syariat kepada

    umatnya, supaya sabar manusia menghadapi cuban dunia dengen sebab sabar mereka itu, peringatan kepada umat rendahnya pangkat dunia disisi dengen

    sebab meninggal mereka akan dunia dan kerana ketiadaan suka (reda) dunia

  • ini jadi tempat membalas amalan nabi-nabi dan wali-walinya dengan sebab terendah

    pangkat dunia disisi mereka itu.

    Keterangan

    Tidak mustahil para rasul bersifat manusia, tidak patut mereka itu bersifat

    ketuhanan dan tidak pula mereka bersifat malaikat kerana telah kita ketahui dengan

    khabar mutawatir dari orang-orang yang sezaman dengan mereka itu yang melihat

    mereka itu bersifat dengan sifat manusia seperti berkahwin, sakit dan sebagainya. Faidah jadikan mereka bersifat manusia supaya

    1. Membesarkan pahala mereka dengan sebab sabar mereka itu ketika sakit,

    ketika manusia menyakiti mereka, ketika lapar dan sebagainya.

    2. Dapat mengajar umatnya hukum-hukum syariat seperti hukum sujud

    sahwi didalam sembahyang, sembahyang kerana bersangatan takut dan

    sebagainya sebagai mana dilakukan oleh junjungan kita Nabi Muhammad .

    3. Senang hati umatnya menghadapi cuban dunia seperti kepayahan mencari

    rezki dan bersabar daripadanya kerana mengetahui mereka itu bahawa para

    rasul seperti itu juga.

    4. Memberi ketahui umatnya betapa rendah pangkat dunia

    disisi setelah mereka mengetahui para rasul mengambil dunia sekadar

    menguatkan diri melakukan ibadat.

    5. Umat mengetahui bahawa dunia ini bukan tempat balasan pahala bagi

    para nabi dan wali kerana ketiadan reda dunia ini negara balasan.

    Para rasul bersifat masum Masum ertinya terpelihara daripada melakukan dosa dan kesalahan pada zahir dan batin. Mereka tidak melakukan dosa kerana mereka dipelihara oleh daripada melakukan dosa, mereka dipilih dari kalangan orang yang berseh

    dan yang sempurna sifatnya, dan mereka dijadikan contoh bagi umatnya.

    KREDIT :

    Al Fadhil Ustaz Mohammad Elias bin Abdul Jalil.

    Jabatan Mufti Melaka.

    Matan Ummul Barahin.