nota seni 1 pismp

download nota seni 1 pismp

of 26

description

nota seni

Transcript of nota seni 1 pismp

MINGGU 7 8 DAN 9MINGGU 7

PANDANGAN TOKOH-TOKOH BARAT, TENTANG SENI DAN KESENIANPendidikan Seni merupakan suatu program pendidikan yang bersistem dan mempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh tersebut mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing.PANDANGAN TOKOH BARAT TENTANG PENDIDIKAN SENI.Herbert Read dan Viktor Lowenfeld. Pendidikan seni seharusnya berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan dirinya. Dalam konteks ini, guru seni perlu melihat potensi kedua-dua pihak, pelajar dan guru itu sendiri dari asoek motivasi, personaliti dan sebagainya.Eisner ( 1967 ), Pendidikan Seni dan kreativiti bukanlah diperolehi secara mutlak, sebaliknya ia harus dipupuk melalui proses pembelajaran. beliau juga berpandangan kreativiti dan kebolehan kanak-kanak adalah berbeza berdasarkan latar belakang dan pengalaman mereka. Berdasarkan kajian beliau, kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai kebolehan yang rendah berbanding dengan kanak-kanak sebaliknya.Feldman ( 1996 ) Pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah seni visual yang merangkumi keseluruhan bidangnya. Ini adalah kerana seni visual adalah berkait rapat dengan alam dan persekitarannya yang turut merangkumi manusia dan kemanusiaannya, kebudayaan dan lain-lain altiviti yang berkaitan dengan kehidupan.

PANDANGAN TOKOH BARAT TENTANG KESENIANa) Plato (347 SM) Lukisan adalah 3 kali terpisah daripada kebenaran. Seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada kebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan. Dikatakan dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral. Mencipta sesuatu persekitaran yang berbudaya dan meningkatkan perpaduan. Lukisan dibincang dengan konsep imitasi. Membandingkan lukisan dengan kebenaran. Pelukis meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat.b) Aristotle (384-322SM) pelukis tidak meniru tetapi memberi struktur bentuk kepada benda alam, maka seni itu baik. Pelukis sebenarnya tidak meniru benda alam tetapi memberi struktur bentuk yang universal kepada benda alam. Pembaca puisi sebenarnya tidak mendapat ilham dari dewa tetapi mencapai kartasis dengan struktur bentuk dalam cerita puisi itu. Pelukis pokok tidak meniru pokok tetapi memberikan struktur bentuk yang universal kepada pokok. Maka seni itu adalah baik. Aristotle juga melihat seni sebagai elemen yang mendekatkan manusia dengan alam dan menggunakan istilah mimesis yang merujuk kepada proses meniru atau penghasilan semula kata-kata dan gerak-geri orang lain. Dalam istilah mimesis yang digunakan oleh Aristotle, Aristotle menambahkan satu lagi syarat iaitu, satu potret yang dihasilkan itu haruslah lebih cantik atau kacak daripada model asal. Aristotle bersetuju dengan pandangan Plato yang mengatakan bahawa seni itu dihasilkan berdasarkan dengan emosi terhasil dengan meniru sesuatu objek dunia fizikal. Beliau juga menegaskan bahawa di samping seni menimbulkan emosi, ia juga merupakan satu sumber pengetahuan. Aristotle menerangkan bahawa melalui seni manusia dapat mempelajari cara untuk mengawal dan menggunakan emosi mereka.c) Pestalozzi (1746-1827) Memberi peluang kepada kanak-kanak belajar seni sama ada berbakat atau tidak, seni diberi penekanan kepada konsep kepentingan aktiviti mata dan tangan. Kerja tangan atau kraftangan diajar dengan konsep sepanjang hayat, aktiviti bercorak praktikal.d) Herbert Read Seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yg menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik. Seni alat untuk mendidik seseorang Seni boleh menyatukan semua Negara (pendidikan dan pembentukan diri)e) Frank Cizek ( 1865-1946) Seni sebagai satu peranan ekspresi bebas dalam pendidikan . Kanak-kanak diberi ruang untuk melukis mengikut pandangan mereka supaya tidak hilang kreativiti dan sifat keperibadian diri. Seni mewujudkan suasana gembira, suka, riang, minat untuk belajar dan memajukan diri.f) John Dewey (1859 1952) Aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak. Memberi kebebasan kepada kanak-kanak menyusun pengalaman untuk mencerdaskannya. (kreativiti, pemikiran)g) Walter Gropius Seni visual memberi faedah kepada kehidupan seharian seperti dalam prinsip-prinsip rekaan dan nilai estetik bagi menghasilkan barangan harian eg. Kerusi,meja dan lain lain. Ianya mengabungkan seni, pertukangan, sains dan teknologi.h) Efland dan Laura H. Chapman Seni adalah untuk masyarakat Seni dan kreativiti menjadi satu unsur imaginasi.i) Kenneth M Lansing Seni dapat mengembangkan potensi pemikiran, sikap dan psikomotor. Aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan kaedah yang betul akan dapat membantu menginterpretasi pelajar. j) June McFee Menekan kpd kesenian dan individu serta seni dalam masyarakat warisan budaya. Mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea.k) Feldman Seni dan kebudayaan tunjang pembangunan seni manusia. Pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita melalui seni. Secara jelasnya, pendidikan seni mempunyai peranan di dalam segenap aspek kehidupan samada sosial, politik, kebudayaan mahupun ekonomi.l) Clive Bell ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) Berpendapat bahawa emosi yang dialami apabila menghayati sesebuah karya seni adalah emosi yang tersendiri dan berada di dalam alam yang asingm) Crose dan Collingwood ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) Berpendapat bahawa, karya seni itu suatu imej mental. Objek yang ideal yang dinyatakan di dalam bentuk fizikal melalui bahan yang terhasil daripada karya sebenar dalam fikiran pemerhatian.

MINGGU 8

HARON MOKHTAR

Berasal dari Simpang Lima Sungai Besar. Dilahirkan pada 29.08.1963.Mendapat pendidikan awal di SK Simpang (190-1975), SMK Sg Besar Sabak Bernam Selangor (1976-1982 memperolehi Sijil SPM,STPM)Pendidikan:Tahun 1983 sehingga 1987 melanjutkan pelajaran di UiTM dan mendapat BA in Fine Art (Panting,Printing). Pada tahun 1988 memperolehi Art Teachers Diploma (Pendidikan Seni) untuk bertugas sebagai guru.Pekerjaan:Beliau pernah mengajar sebagai Guru Penolong di SMK Meradong Serikei Sarawak (1989-1990). Pernah berkhidmat sebagai Penyelia Petang dan Penolng Kanan HEM di SMK Telok Gadong Klang, Selangor (1994-1998). Mulai Julai 198 sehingga kini bertugas di SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam, Selangor sebagai Guru Kanan Kemanusiaan.Penglibatan Seni:Haron Mokhtar terlibat dan berpengalaman dalam dunia seni catan bermula di alam persekolahan lagi. Pada tahun 1987 beliau memenangi Hadiah Utama Pertandingan Bakat Muda Sezaman anjran Balai Seni Lukis Negara (BSLN) Kuala Lumpur. 1988 mendapat Hadiah Utama Pertandingan Melukis ITM, UiTM Shah Alam. Pada tahun 2002 memenangi tempat kedua dalam pertandingan Melukis Landskap Selangor, Balai Senilukis Shah Alam Selangor (BSLSA). Tahun 2005 Hadiah saguhati Pertandingan Melukis Peristiwa Sejarah (SAKSI) Balai Seni Lukis Negara Kuala Lumpur. Pada tahun 2007 beliau mendapat Hadiah Saguhati dalam Pertandingan Melukis Sempena Kemerdekan ke 50 (MEKARCITRA) anjuran BSLSA ,Shah Alam Selangor. Tahun 2010 beliau mendapat Hadiah Kedua dalam pertandingan MEKARCITRA Kemerdekaan ke 53, Selain itu beliau juga pernah mengadakan Pameran perseorangan. Antaranya Siri Kaseh Sayang-1994,BSLSA, Persuit In Penang1999, Artist Space, Hotel Concord Shah Alam dan Siri Atas Bawah Pusaka-2005, Galeri Pelita Hati Bangsar Kuala Lumpur.Beliau juga banya menyertai pameran berkumpulan di dalam dan luar Negara mulai 1985 sehingga kini. Antaranya:Pameran Kelantan Indah,Pameran terbuka Malaysia, Pameran Craf and Flower , Sarawak, Pameran Landskap Taman Negara , Daya Bumi, Pameran ASEAN BANKERS, Menara May Bank, Kuala Lumpur, Pameran Women And Women, Pesuruh Jaya Tnggi Australia, Pameran Pelukis-pelukis Muda Singapura, Thailand, Indonesia, Filiphina dan Brunei. Pameran Terbuka BSLSA, Pameran Pelukis Malaysia Argentina,Pameran Philip Morris BSLSA, Pameran Tanpannya Budi, UKM Bangi, Pameran SAKSI dan lain-lain.Teraru beliau telah menyiapkan 22 keping karya (Siri Mengadap Sultan) untuk Koeksi Kebawah Dli Sultan Selangor. Sebagai pendidik dan ahli masyarakat, beliau juga terlibat sebagai Pengubal Sukatan Pelajaran Seni Visual (STPM), Jurulatih Utama danPentaksir STPM peringkat Kebangsaan dan Negeri, Penyemak Kertas 2 Lukisan STPM (MPM), sebagai guru seni Visual Tingkatan 6 Atas dan 6 Rendah di SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam.Aktiviti lain:Selain itu belau sering dijemput member ceramah dan motivasi, hakim pertandingan seni visual peringkat IPTA/IPTS dan sekolah seluruh Negara.Beliau juga terlibat dalam AJK Taman Seri Bedena, Surau Nurul Huda Kg Sg. Lias dan Setiausaha Khairat Kematian surau tersebut.

Antara catan Haron Mokhtar:

IBRAHIM HUSSEINIbrahim Hussein merupakan seorang pelukis dari Malaysia yang cukup tersohor. Beliau lahir pada 13 Mac 1936 di Yan, Kedah Darul Aman. Kerjaya beliau ialah pelukis sepenuh masa.[1]Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia telah mengusahakan Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussein (IHMCF) di pulau Langkawi, Kedah. Muziumnya itu termasuk di dalam kawasan Langkawi Geopark yang telah diiktiraf oleh UNESCO.Sejak dari sekolah rendah telah menunjukkan bakatnya dalam bidang lukisan apabila salah satu karyanya pernah disiarkan di dalam sebuah majalah. Dia menyambung pelajarannya dalam bidang lukisan) di Akademi Seni Nanyang di Singapura. Rumahnya di Lorong Bukit Pantai, Bangsar.Ibrahim berkahwin dengan gadis pilihannya di Universiti Malaya bernama Datin Sim Hussein pada 1976. Anaknya bernama Alia Ibrahim Hussein. Abangnya, Datuk Abdullah Hussein dan Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein adalah sasterawan terulung di Malaysia dan memberikan sumbangan besar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.Pada 1976 beliau menjadi residen artis di UM atas jemputan Profesor Diraja Ungku Aziz di mana beliau bertemu jodoh.PENDIDIKAN1. Akademi Seni Nanyang Singapura (1956)2. Byam Shaw School of Drawing and Printing, London (1959 1963)3. Royal Academy Schools, London (1964 1966)4. American Workshop, Venice (1970)

PENGLIBATAN DAN SUMBANGAN

1. Ahli Lembaga Pemegang AmanahBalai Seni Lukis Negara,Kuala Lumpur(1971-1973)2. Pelukis Undangan diUniversiti Malaya(1970-1977)3. Menguruskan Festival Seni Asia Pertama diBali,Indonesia(1987)4. Menguruskan Festival Seni Asia Kedua diCherating,PahangDarul Makmur (1988)5. Pakar rujuk Academie Europeene Des Sciences, Des Arts Et Des Letters,Paris (1987)6. Menubuhkan Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussein (MYSIH) yang terletak di Langkawi, Kedah pada tahun 1997 bagi tujuan pengembangan seni rupa di tanah air dan antarabangsa. MYSIH merupakan muzium dan yayasan seni yang unik dan yang pertama sepertinya di dunia, sebagai usaha untuk memperkasakan pembangunan dunia kesenian dan kebudayaan. Ia menjadi tempat rujukan kepada seniman, pencinta seni dan pelajar-pelajar dari seluruh dunia.7. Penglibatan di dalam Forum Seni Antarabangsa diVenice,Itali(1991)8. Menghadiri Forum Ekonomi Antarabangsa diDavos,Switzerland(1994-1995, 1997 $ 2005)9. Menguruskan Festival Seni Antarabangsa di Langkawi, Malaysia (2000)

SYED AHMAD JAMALSyed Ahmad Jamal dilahirkan pada 19 September 1929 di bandar Maharani Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah dari tahun 1936 hingga 1938. Kemudian beliau melanjutkan persekolahannya di Sekolah Tambatan Tinggi pada tahun 1939; Ngee Heng English School, 1940; Bukit Zahra English School dan English College, Johor Bahru hingga tahun 1949.Beliau mendapat biasiswa Sultan Ibrahim dan dengan biasiswa tersebut beliau telah melanjutkan pelajaran di Birmingham School of Architecture pada tahun 1950. Pada tahun 1951 hingga 1955, beliau melanjutkan pelajaran di Chelsea School of Art, London. Setahun kemudian beliau belajar pula di Institute of Education, London University. Semasa di Chelsea School of Art, beliau memenangi beberapa hadiah dalam pertandingan dalam seni lukis.Setelah pulang dari England, beliau menjadi guru di High School, Batu Pahat, Johor dari tahun 1956 hingga 1957. Pada tahun 1957, beliau menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Harian, Kuala Lumpur. Diantara tahun 1958 hingga 1959, beliau menjadi pensyarah di Malayan Teacher College, Kirby, Lancs, United Kingdom dan pulang semula ke Maktab Perguruan Harian, Kuala Lumpur pada tahun 1960. Pada tahun 1951 hingga 1963, beliau bertugas sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras.Syed Ahmad Jamal merupakan nama yang amat sinonim dengan seni lukis Malaysia. Beliau adalah merupakan pelopor gerakan ekspresionisme abstrak di negara ini. Syed Ahmad Jamal merupakan seorang tokoh di dalam seni lukis yang paling berjaya di negara ini. Beliau mempunyai ketokohan dalam bidang berikut seperti sebagai pelukis, penulis, pereka, pendidik dan pemimpin seni.

Tahun 1970an menampilkan karya-karya kreatif dan memperlihatkan transformasi dalam kebebasan berkarya contohnya karya Conference of Soul (1970) bertolak dari puisi Sidang Roh karya penyair Kassim Ahmad yang pernah menjadi polimik dunia kesusasteraan pada ketika itu. Karya ini dihasilkan selepas tragedi 1969 berkenaan dengan pengertian terhadap kebenaran yang sentiasa berubah mengikut kehendak dan selera semasa.Dalam karier sebagai pelukis siri Gunung Ledang memuncakkan nama Syed Ahmad Jamal dalam menghasilkan karya-karya besar kepada khazanah negara seperti dalam Semangat Ledang. Pada tahap ini lukisannya amat bertenaga melambangkan keunggulan kaedah dan pemikiran yang didokongnya selama ini. Siri Gunung Ledang mempertemukan dunia mistik kisah Puteri Gunung Ledang yang terdapat di dalam teks Sejarah Melayu yang berwajah tempatan kepada aspek penceritaan berkonsepkan barat iaitu dalam format catan.Walaupun mendapat pendidikan Barat dalam bidang seni halus namun seniman Syed Ahmad Jamal tetap mengkagumi akar tradisi budaya Melayu untuk turut sama berada dalam setiap pengkaryaanya . Pada sekitar 1980 an maka lahirlah Siri Songket imej dari seni kraftangan anyaman tikar mengkuang mula tercipta seperti Energy Mat (1980), Terengganu (1986), Siri Gunung Ledang (1987) dalam memaparkan keindahan tenunan tekstil Melayu tradisi yang diwarisi sejak turun temurun lagi.Bentuk segitiga begitu dominan pada era ini, boleh dikatakan bentuk segitiga itu adalah motif pucuk rebung yang begitu banyak dalam rekabentuk tradisional masyarakat Melayu. Ia dianggap sebagai simbol kepada kesuburan, satu penyataan yang bersesuaian dengan kenyataan mengenai Gunung Ledang. Beliau seterusnya menyatakan bahawa motif segitiga tersebut menyerupai pohon hayat dan bunga semangat sebagai manifestasi alam semulajadi yang begitu dekat dengan rantau Asia Tenggara ini.Tahun awal tahun 1990 an, Syed Ahmad Jamal bersara dari perkhidmatan awam. Hal ini memberikan beliau begitu banyak masa untuk terus bergerak aktif secara sepenuh masa dalam seni lukis pada pertengahan karier . Penglibatan yang tidak mengenal jemu selama enam puluh tahun berkarier dengan seni ini telah memberi peluang kepada beliau untuk menyumbangkan ke arah pembinaan dan perkembangan seni lukis moden Malaysia. Berdasarkan sumbangan penting beliau itulah kerajaan menganugerahkan Anugerah Seni Negara kepada beliau pada 1995 iaitu anugerah seni tertinggi Malaysia yang membawa gelaran Seniman Negara. Era ini memperlihatkan pula satu pendekatan yang berlainan pada karya-karya Syed Ahmad Jamal sebelumnya. Karya-karya beliau sangat mesra menyentuh isu sosial politik negara dan dunia luar di akhir tahun 1990 an.Selepas itu beliau terus menaburkan baktinya kepada keseniaan negara dan pengorbanannya dihargai apabila dianugerahkan pingat Paglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk pada 1996. Pada tahun 2005 beliau menerima pengiktirafan sebagai Doktor (Kepujian) Pendidikan Seni oleh Universiti Sultan Idris (UPSI). Pengkaryaan Syed Ahmad Jamal mula berarah kepada manifestasi ketuhanan di akhir-akhir kariernya. Penghormatan institusi seni utama negara untuk mengadakan pameran retrospektif yang mempamerkan semula hasil karya beliau selama berkarier selama enam puluh tahun bertajuk Syed Ahmad Jamal: Pelukis adalah pameran solo terbesar dan terakhir oleh beliau pada tahun 2009 di Balai Seni Visual Negara .Dua tahun kemudian pada tanggal 31 Julai 2011 Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal meninggalkan dunia pada usia 82 tahun. Segala jasa dan ketokohan beliau dalam membangunkan seni lukis Malaysia akan dikenang sepanjang zaman oleh generasi seni visual di masa depan. Semoga rohnya diletakkan dikalangan orang yang terpilih. Amin.Anugerah Syed Ahmad Jamal1950 Sultan Ibrahim Scholarship1962 Indian Council for Cultural Relations1963-1964 United State Department Award1969 Ahli Mangku Negara1970 Alliance Francaise Medallion1973 East-West Centre Award1983 Kesatria Mangku Negara1984 Australia Cultural Award1987 Cultural Award (Visual Art)1995 Anugerah Seni Negara1996 Panglima Jasa Negara2005 Doktor (Kepujian) Pendidikan Seni, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)2008-2009 Pelukis Tamu, Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur

MINGGU 9

MENGENAL KRAF TRADISIONALPENGENALANKraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:1.ALAT DOMESTIK2.ALAT PERMAINAN3.ALAT PERTAHANAN DIRI4.PERHIASAN DIRI (ORNAMENT)5.BATIK6.TEKAT7.UKIRAN8.TENUNAN9.ANYAMAN

ALAT DOMESTIK

ALAT PERMAINAN

ALAT PERTAHANAN DIRI

ALAT PERHIASAN DIRI

BATIK

TEKAT

TENUNAN

UKIRAN KAYU

ANYAMAN